The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Modul UB- Buku 1 Pengenalan, Konsep, Sejarah dan Kepentingan Unit Beruniform

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 9w2sgp, 2021-01-19 10:51:02

Modul UB- Buku 1 Pengenalan, Konsep, Sejarah dan Kepentingan Unit Beruniform

Modul UB- Buku 1 Pengenalan, Konsep, Sejarah dan Kepentingan Unit Beruniform

SEJARAH PERGERAKAN PENGAKAP
Sejarah Pergerakan Pengakap Dunia

i. Pergerakan Pengakap telah diasaskan oleh Robert Stephenson Smyth
Baden-Powell atau Lord Baden-Powell (of Gilwell), seorang tentera Inggeris (British)
berpangkat Leftenan Jeneral.

ii. Lord Baden-Powell juga dikenali sebagai “BP” - dilahirkan pada 22 Februari 1857 di
Hyde Park, London. Bapanya, Reverend H.H. Baden-Powell merupakan seorang
pensyarah di Universiti Oxford, London. Manakala ibunya pula adalah anak kepada
Laksamana British yang bernama W.T. Smyth. Semasa BP berumur tiga tahun,
ayahnya meninggal dunia. Tinggallah beliau bersama ibunya dalam keadaan yang
sederhana.

iii. Sejak kecil sudah menunjukkan minat yang amat mendalam terhadap penghidupan
di luar rumah dan alam semula jadi. Pada zaman persekolahan, BP banyak
menceburkan diri dalam kegiatan sekolah seperti berlakon, menyanyi dan
menembak.

LORD ROBERT STEPHENSON SMYTH BADEN-POWELL
PENGASAS PERGERAKAN PENGAKAP

42

iv. Semasa cuti persekolahan BP bersama-sama tiga orang abangnya selalu pergi
mengembara, berjalan kaki, berkhemah, belayar dan berperahu di beberapa buah
tempat di England. Aktiviti-aktiviti tersebut telah memberikan suatu pengalaman
dan pengetahuan yang amat berguna kepada BP, khususnya dari segi sikap
bekerjasama dan mematuhi perintah (ketua).

v. Oleh sebab minatnya yang mendalam terhadap aktiviti pengembaraan dan
perkhemahan, beliau telah memilih tentera sebagai kerjaya tetapnya. Setelah
berjaya dalam peperiksaan ketenteraan, BP telah ditauliahkan pangkat Leftenan
Muda dan mula bertugas ke merata-rata tempat di dunia, termasuklah di India dan
Afghanistan pada tahun 1876. Kemudiannya beliau telah dihantar ke Natal
(Zululand) dan Malta sebagai penolong Setiausaha Tentera.

v. Beberapa tahun kemudian, BP dihantar bertugas di Benua Afrika untuk
menamatkan satu peperangan di Ashanti, Ghana. Di situ, BP digelar KANTANKYE
yang bermaksud Topi Besar. BP juga pernah mendapat gelaran IMPEESA yang
bermaksud Serigala yang tidak pernah tidur atas sifatnya yang sentiasa
berhati-hati terhadap pergerakan musuh semasa dalam peperangan.

Permulaan Pengakap
i. Pada tahun 1897, BP telah dinaikkan pangkat sebagai Kolonel dan ditempatkan di
India untuk memimpin pasukan Dragon Guard ke-5. Sebagai Kolonel, beliau
pernah menghadiahi lencana SCOUTS yang bermaksud Peninjau kepada
askar-askarnya yang menunjukkan kebolehan yang luar biasa dalam ketenteraan.
ii. Semasa berkhidmat di sinilah, BP telah menghasilkan sebuah buku bertajuk Aids to
Scouting (Bimbingan Pengakap) pada tahun 1899, yang menceritakan tentang
kisah peninjauan di India serta hasil daripada pengalaman dan pengamatan beliau
terhadap kepantasan dan kecekapan kanak-kanak semasa menjalankan tugas
sebagai utusan atau pemberita menggantikan tentera di medan perang ketika
pasukannya dikepung musuh.

43

BUKU AIDS TO SCOUTMASTERSHIP

iii. Dalam jangka waktu yang hampir sama, BP telah dihantar ke Afrika Selatan untuk
menambahkan dua rejimen askar berkuda mempertahankan sempadan British
daripada serangan orang Boer, iaitu puak keturunan pendatang Belanda.
Orang-orang British telah mengepung bandar Mafeking, iaitu sebuah bandar
jajahan British. Pengepungan ini telah mencetuskan satu peperangan besar yang
dinamakan Peperangan Boer.

iv. Dalam peperangan tersebut, BP hanya mempunyai seramai 1,000 orang askar
berbanding tentera Boer yang berjumlah 9,000 orang. Dengan tipu helah yang
beliau lakukan, beliau meletakkan periuk api pasir dan papan tanda BAHAYA
sehingga beliau telah berjaya memperdayakan orang-orang Boer. Beliau telah
menggunakan budak-budak untuk mengintip rahsia musuh. Akhirnya Baden-Powell
berjaya memenangi peperangan itu.

v. Kemenangan tersebut menyebabkan BP dinaikkan pangkat ke pangkat Mejar
Jeneral ketika berumur 43 tahun, pegawai yang termuda menerima pangkat
tersebut pada masa itu. Selepas peperangan Boer, Baden-Powell diarahkan
menubuhkan pasukan polis Afrika Selatan dan dilantik sebagai Jeneral Tentera
Berkuda. Beliau menjadi Jeneral pasukan tentera Simpanan ketika berumur 50
tahun.

vi. Setelah bersara dari tentera, BP telah kembali ke England. Ekoran daripada
sambutan yang amat menggalakkan terhadap buku Aids to Scouting, khususnya
dalam kalangan kanak-kanak telah mendorong BP menganjurkan satu
perkhemahan selama 10 hari di Pulau Brownsea, England pada tahun 1907. BP
telah menggunakan idea berpandukan kepada pengalamannya dalam peperangan
Mafeking dan buku Aids To Scouting.

POSTER DAN BATU PERINGATAN PERKHEMAHAN PERTAMA PENGAKAP
DI PULAU BROWNSEA, ENGLAND

vii. Inilah perkhemahan pengakap yang pertama pernah dianjurkan di dunia. Seramai
20 orang budak-budak pengakap telah menyertainya dan dibahagikan kepada
empat sekawan atau empat patrol. Mereka diajarkan cara-cara mendirikan khemah,
memasak, mengembara, berperahu, cara-cara menyelamatkan nyawa, cara-cara
untuk mengesan jejak sepanjang perkhemahan dijalankan.

44

viii. Pada malam terakhir perkhemahan telah diadakan aktiviti Malam Unggun Api.
Kejayaan penganjuran perkhemahan pengakap di Pulau Browsea telah berjaya
menyuntik ramai kanak-kanak untuk menyertainya.

ix. Pada tahun 1908, BP telah menghasilkan sebuah buku secara bersiri bertajuk
Scouting for Boys (Ilmu Pengakap untuk Kanak-Kanak) yang memuatkan segala
pengalaman beliau semasa bertugas di Afrika dan India serta perkhemahan
pertama pengakap di Pulau Brownsea. Buku tersebut telah berjaya memikat lebih
ramai lagi kanak-kanak kepada pengakap.

BUKU SCOUTING FOR BOYS OLEH LORD BADEN POWELL

xi. Pada tahun 1909, Pergerakan Pengakap telah ditubuhkan di Canada, Amerika
Syarikat, Ghana, India dan seterusnya berkembang ke seluruh dunia seperti di
Chile, Amerika Syarikat, Ghana, India dan Malaysia.

xii. Pada tahun 1912, BP telah berkahwin dengan Olave St. Clare Baden-Powell dan
dikurniakan seramai tiga orang cahaya mata.

KELUARGA LORD BADEN-POWELL

xiii. Pada tahun 1919, BP telah mewujudkan satu tapak perkhemahan yang pertama di
dunia yang dikenali sebagai Gilwell Park di England

45

GILWELL PARK DI ENGLAND

CONTOH MANIK KAYU DAN LENCANA GILWELL

xiv. Setahun kemudian (1920), Jambori Pengakap
Sedunia yang pertama telah diadakan di Olympiad,
Old Deer Park, Richwood, London. BP kemudiannya
telah dilantik sebagai Pengakap Agung (Chief Scout)
bagi seluruh dunia semasa Jambori tersebut.

xv. 1937, semasa berumur 80 tahun, BP berpindah ke LENCANA JAMBORI PENGAKAP
Kenya (Afrika) bersama isterinya, Lady Baden
Powell. Sebelum berpindah, BP sempat
menganjurkan Jambori Pengakap di Washington DC
pada tahun yang sama.

vi. Sebagai mengenangkan jasanya dalam bidang kepengakapan, BP telah
dianugerahi gelaran Pengakap Agung Sedunia dan kemudiannya gelaran Lord
oleh Ratu England.

xvii. BP juga telah dianugerahi gelaran Lord Baden-Powell of Gilwell. Pada tahun 1922,
BP telah dianugerahi pingat French Legion of Honour.

46

xviii. BP meninggal dunia pada 8 Januari 1941. Manakala isteri beliau, Lady
Baden-Powell yang merupakan pengasas Pandu Puteri meninggal dunia pada 25
Jun 1977.

Sejarah Pergerakan Pengakap di Malaysia
i. Mula diperkenalkan di Malaysia (atau Semenanjung Tanah Melayu/Malaya ketika
itu) oleh Frank Copper Sands, seorang pendidik dan jaguh pengakap dari
Nottingham, England di Institut Victoria (Victoria Institution), Singapura pada tahun
1910, iaitu dua tahun selepas pergerakan pengakap dimulakan di Great Britain.
Seramai 30 orang kanak-kanak telah menyertai pergerakan tersebut.

FRANK COOPER SANDS DAN PERGERAKAN PENGAKAP DI SINGAPURA

ii. Dipercayai bahawa Pulau Pinang merupakan negeri yang paling awal menubuhkan
pergerakan pengakap di Semenanjung Tanah Melayu, iaitu pada tahun 1908 diikuti
Selangor pada tahun 1909 tetapi tidak bergerak cergas.

iii. Pahang menubuhkan Pergerakan Pengakap Pahang pada tahun 1912 oleh G.M.
Laidlow. Dikuti Sabah pada tahun 1913. Pada tahun 1915, pengakap telah
ditubuhkan di Sarawak, manakala H.R. Cheesman telah menubuhkan pengakap di
Penang Free School, Pulau Pinang.

47

ABDULLAH AHMAD BADAWI (GAMBAR KANAN)
SEMASA MENYERTAI PASUKAN PENGAKAP

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT MERTAJAM

iv. Pergerakan Pengakap khusus untuk anak-anak Melayu telah ditubuhkan di
Singapura pada tahun 1919 oleh Kapten N.M. Hashim dan A.Z. Al-Sagoff.

v. Perak 1920 oleh I.R.Wheeler di Maktab Melayu Kuala Kangsar. Dikuti Kedah dan
Perlis pada tahun 1922. Melaka dan Negeri Sembilan pada tahun 1925 oleh
Brunstone.

vi. Pada tahun 1926, pengakap telah ditubuhkan di Selangor oleh Ameen Akbar,
manakala Terengganu oleh A.J. Gracle pada tahun yang sama. Kelantan pada
tahun 1927 oleh YM Tengku Ahmad Temenggong dan Johor pada tahun 1928 di
Maktab Abu Bakar, Johor Bahru, Johor. Dipercayai jumlah keahlian pengakap pada
masa ini melebihi 85,000 orang.

vii. Sebelum merdeka, semua pergerakan pengakap di seluruh Semenanjung Tanah
Melayu, termasuk Singapura disatukan di bawah satu persekutuan dikenali
sebagai Persekutuan Budak-Budak Pengakap Kawasan Malaya dan diletakkan
di bawah Persekutuan Budak-Budak Pengakap Great Britain dengan setiap negeri
sebagai satu Daerah Pengakap. Sabah dan Sarawak menjadi ahli cawangan Great
Britain.

IBU PEJABAT PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA

48

viii. Selepas Perang Dunia II, Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura telah menjadi
dua cawangan yang berasingan daripada Great Britain. Setiap cawangan
mempunyai Persekutuan Negeri yang dibahagikan kepada beberapa Daerah
Pengakap yang mempunyai Persekutuan-persekutuan Tempatan yang dikenali
sebagai Persekutuan Budak-Budak Pengakap Persekutuan Tanah Melayu.

ix. Persekutuan Budak-Budak Pengakap Kawasan Malaya kemudiannya telah
menjadi satu badan bebas dan berasingan dan dikenali sebagai Persekutuan
Budak-Budak Pengakap Persekutuan Tanah Melayu.

x. Pada 1 September 1957, Persekutuan Budak-Budak Pengakap Persekutuan
Tanah Melayu telah dinaikkan taraf menjadi satu cawangan penuh kepada
Persidangan Pengakap Sedunia dan seterusnya diterima menjadi anggota
Kawasan Asia Pasifik.

xi. Pada tahun 1964, selepas Malaysia diwujudkan, Persekutuan Budak-Budak
Pengakap Persekutuan Tanah Melayu dikenali sebagai Persekutuan
Budak-budak Pengakap Malaysia meliputi Pergerakan-pergerakan Budak-budak
Pengakap Semenanjung Tanah Melayu, Singapura, Sabah, dan Sarawak.

xiii. Persekutuan Budak-budak Pengakap Malaysia yang dianggotai 14 Majlis
Pengakap Negeri, termasuk Majlis Pengakap Wilayah Persekutuan (selepas tahun
1972) tertakluk di bawah Akta Parlimen No. 38 tahun 1968, Pindaan Akta Parlimen
No. 143 - Akta Persekutuan Pengakap Malaysia Tahun 1974.

Akta Parlimen No. 38 tahun 1968,
Pindaan Akta Parlimen No. 143 –
Akta Persekutuan Pengakap Malaysia Tahun 1974
“…Maka inilah diperbuat Undang-undang oleh Duli Yang Maha
Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat
dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang
dalam Parlimen dan dengan kuasa daripadanya seperti berikut :
1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Persekutuan Pengakap
Malaysia 1974.

2. (1) Persekutuan Budak-budak Pengakap Malaysia yang
diperbadankan di bawah Seksyen 3(1) Akta (Perbadanan)
Persekutuan Budak-budak Pengakap Malaysia, 1968. (kemudian
daripada ini disebut ‘persekutuan’ itu) hendaklah selepas akta ini
berkuat kuasa dikenali sebagai Persekutuan Pengakap
Malaysia dan semua sebutan di dalam akta ini dan mana-mana
undang-undang bertulis lain mengenai persekutuan ini hendaklah
ditaksirkan sewajarnya…”

AKTA PARLIMEN NO. 38 TAHUN 1968 PINDAAN AKTA PARLIMEN NO. 143 –
AKTA PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA TAHUN 1974

49

xiii. Akta ini telah menggugurkan perkataan Budak-budak yang terdapat pada nama
Persekutuan Budak-budak Pengakap Malaysia, lalu dikenali dengan nama baru
sebagai Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM).

xiii. Persekutuan Pengakap Malaysia diperbadankan melalui Akta Persekutuan
Pengakap Malaysia (Pemerbadanan) 1968, dan (Semakan) 1989. Dengan
keistimewaan ini Duli-duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja
Melayu serta Tuan-tuan Yang Terutama merupakan penaung pergerakan
pengakap di peringkat negeri dan nasional.

Sejarah Penubuhan Majlis Pengakap Kumpulan Latihan Malaysia, Institut Pendidikan
Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia (MPKLMIPG)

i. Peringkat awal penubuhan:

a. Pergerakan pengakap di Maktab-maktab Perguruan (kini Institut Pendidikan
Guru) telah lama wujud dengan Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Tg.
Malim menjadi maktab perguruan yaqng pertama menubuhkan pergerakan
pengakap, diikuti Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka (MPPM),
Durian Daun, Melaka dan seterusnya di semua maktab perguruan di
Malaysia.

b. Pada masa itu, pergerakan-pergerakan pengakap di maktab-maktab
perguruan diletakkan di bawah pengurusan dan pentadbiran negeri yang
berbeza mengikut lokasi maktab perguruan tersebut berada. Misalnya,
Pergerakan Pengakap MPSI diletakkan di bawah pengurusan dan
pentadbiran PPM Negeri Perak, manakala Pergerakan Pengakap MPPM
diletakkan di bawah pengurusan dan pentadbiran PPM Negeri Melaka.
Pergerakan Pengakap Maktab Perguruan Kota Bharu, Kelantan diletakkan di
bawah pengurusan dan pentadbiran PPM Negeri Kelantan, manakala
Pergerakan Pengakap Maktab Perguruan Persekutuan, Pulau Pinang
diletakkan di bawah pengurusan dan pentadbiran PPM Negeri Pulau Pinang.

c. Disebabkan pengurusan pergerakan pengakap di maktab-maktab perguruan
diletakkan di bawah pengurusan negeri yang berbeza, justeru tidak wujud
keselarasan pengurusan dan pentadbiran di antara pergerakan-pergerakan
pengakap tersebut.

d. Untuk memastikan agar pergerakan pengakap di maktab-maktab perguruan
nampak bersatu dan setanding dengan pergerakan pengakap yang terdapat
di daerah dan negeri Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM), telah timbul
kesedaran dalam kalangan beberapa pemimpin pengakap di maktab-maktab
perguruan untuk menyatukan semua pengerakan pengakap maktab
perguruan di bawah sebuah pengurusan dan pentadbiran negeri pengakap
yang sama tarafnya seperti PPM Negeri pada pertengahan tahun 1980-an.

e. Sebuah kertas kerja berkaitan penyatuan semua pergerakan pengakap di
maktab-maktab perguruan di bawah satu bumbung telah dibuat dan
diangkatkan kepada pengurusan tertinggi PPM untuk dipertimbangkan. Jika
dipersetujui oleh PPM, pengurusan dan pentadbiran pergerakan pengakap

50

maktab-maktab perguran akan diletakkan di bawah pengurusan Unit
Kokurikulum, Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

ii. Penubuhan Majlis Pengakap Kumpulan Latihan Malaysia, Bahagian Pendidikan
Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (MPKLMBPG):

a. Impian Bahagian Pendidikan Guru (BPG)
untuk menyatukan semua pergerakan
pengakap maktab perguruan di bawah satu
pengurusan dan pentadbiran negeri PPM
akhirnya tercapai.

b. Atas persetujuan PPM, pada 10 Ogos 1985, SIJIL PENUBUHAN MAJLIS PENGAKAP
sebuah negeri PPM yang baharu telah KUMPULAN LATIHAN MALAYSIA,
ditubuhkan khusus untuk mengurustadbirkan BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU,
semua pergerakan pengakap di maktab
perguruan di seluruh Malaysia. Negeri KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
tersebut dikenali sebagai Majlis Pengakap
Kumpulan Latihan Malaysia, Bahagian
Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran
Malaysia atau ringkasnya MPKLMBPG.

c. MPKLMBPG telah ditubuhkan di Institut DOKUMEN PUNCA KUASA
Perguruan Pendidikan Negara (IPPN), yang PENUBUHAN MPKLMBPG
kini dikenali sebagai Institut Aminuddin Baki
(IAB), Pahang Darul Makmur. Manakala PADA TAHUN 1985
pergerakan pengakap di maktab-maktab
perguruan diiktiraf sebagai sebuah daerah
PPM yang dikenali sebagai Kumpulan Latihan
Malaysia atau KLM. Setiap daerah pengakap
di maktab perguruan diberikan nombor.
Misalnya, Pergerakan Pengakap Maktab
Perguruan Sultan Idris diberikan nombor
KLM-01.

d. Penubuhan MPKLMBPG telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Amar
Dr. Hj. Sulaiman Hj. Daud Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan selaku
Ketua Pengakap Negara.

e. Tujuan utama MPKLMBPG ditubuhkan adalah untuk menghimpunkan semua
pergerakan pengakap di maktab-maktab/institut perguruan merangkumi 31
buah maktab perguruan seluruh Malaysia ketika itu agar pergerakan tersebut
mudah untuk dijaga, diawasi dan diurustadbirkan di bawah satu pengurusan
yang sama seperti yang termaktub dalam Buku Perlembagaan MPKLMBPG.

f. MPKLMBPG beribu pejabat di Unit Kokurikulum, Bahagian Pendidikan Guru,
Kementerian Pelajaran Malaysia, Pusat Bandar Damansara, Kuala Lumpur.

g. Disebabkan MPKLMBPG di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM),
maka pengurusan tertinggi MPKLMBPG terdiri daripada mereka yang berada
di KPM, iaitu:

51

(i) Penaung Utama : YB Menteri Pendidikan Malaysia.

(ii) Penaung : Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

(iii) Yang Dipertua : Pengarah BPG.

(iv) Naib Yang Dipertua : Timbalan Pengarah BPG.

(v) Pengerusi : Ketua Penolong Pengarah,
Unit Kokurikulum, BPG, KPM.

h. Dengan kejayaan penubuhan MPKLMBPG, maka kesemua 31 buah
pergerakan pengakap di maktab-maktab/institut perguruan Malaysia yang
dinamakan sebagai Kumpulan Latihan Malaysia atau KLM telah berjaya
disatukan di bawah satu pengurusan dan pentadbiran PPM Negeri yang
baharu.

i. Bagi melancarkan lagi pengurusan dan perjalanan MPKLMBPG, BPG telah
melantik Encik Abu Bakar bin Ahmad, pensyarah akademik dari Maktab
Perguruan Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan sebagai Pesuruhjaya
Pengakap Negeri, MPKLMBPG yang pertama.

j. Beliau dibantu oleh Tuan Haji Abdul Shukor bin Mohsin, Penolong Pengarah
Unit Kokurikulum, BPG, KPM yang telah dilantik sebagai Setiausaha
Kehormat, MPKLMBPG yang pertama pada tahun 1985.

k. Bidang kuasa yang dimiliki oleh Pesuruhjaya Pengakap Negeri, MPKLMBPG
adalah sama seperti bidang kuasa yang dimiliki oleh Pesuruhjaya Pengakap
Negeri yang lain.

l. Pada tahun 1994, Tuan Haji Abdul Shukor bin Mohsin telah dilantik sebagai
Pesuruhjaya Pengakap Negeri, MPKLMBPG yang baharu menggantikan
Encik Abu Bakar bin Ahmad yang bersara wajib dalam perkhidmatan
kerajaan.

m. Manakala tempat beliau sebagai Setiausaha Kehormat MPKLMBPG telah
diambil alih oleh Encik Zainal bin Mohd. Salleh, Penolong Pengarah, Unit
Kokurikulum, BPG.

n. Pada tahun 2007, jawatan Pesuruhjaya Pengakap Negeri, MPKLMBPG telah
diserahkan kepada Tuan Haji Mohd. Kamar bin Zainuddin, pensyarah
akademik di Institut Perguruan Bahasa-bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur
setelah Tuan Haji Abdul Shukor bin Mohsin bersara wajib dalam
perkhidmatan kerajaan.

o. Tuan Haji Mohd. Kamar bin Zainuddin merupakan Pesuruhjaya Pengakap
Negeri, MPKLMBPG yang terakhir sebelum MPKLMBPG dibubarkan dan
digantikan dengan Majlis Pengakap Kumpulan Latihan Malaysia, Institut
Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia atau ringkasnya
MPKLMIPG.

52

(1984 – 1994) (1994 – 2007) (2007 – 2008)

PESURUHJAYA-PESURUHJAYA PENGAKAP NEGERI MPKLMBPG

iii. Penubuhan Majlis Pengakap Kumpulan Latihan Malaysia, Institut Pendidikan Guru,
Kementerian Pendidikan Malaysia (MPKLMIPG):

a. Pada tahun 2008 Kementerian Pendidikan Malaysia telah menaiktarafkan
pusat latihan perguruan dengan mewujudkan Institut Pendidikan Guru
Malaysia bagi meneruskan peranan BPG untuk melatih bakal-bakal guru di
seluruh Malaysia. Peranan BPG dijumudkan hanya untuk memberikan latihan
tambahan atau lanjutan dalam bidang pendidikan kepada guru-guru dalam
perkhidmatan. Secara tidak langsung, MPKLMBPG sudah tidak relevan lagi
di BPG.

b. Sehubungan dengan itu, bagi melangsungkan kesinambungan MPKLM
sebagai sebuah negeri PPM, khususnya untuk melatih dan memimpin bakal
pemimpin pengakap di IPG, MPKLMIPG telah ditubuhkan di Institut
Pendidikan Guru Malaysia, Cyberjaya, Selangor pada 17 Jun 2010 atas
persetujuan YBhg Datuk Dr. Haili bin Dolhan selaku Rektor, IPGM, KPM pada
masa itu.

c. Penubuhan MPKLMIPG telah dirasmikan oleh Ybhg. Dr. Noriati binti A.
Rashid, Pengarah Pusat Pembangunan Akademik, IPGM, KPM selaku
Pengerusi, MPKLMIPG pada 29 Mac 2011 di Hotel Carlton, Shah Alam,
Selangor. Manakala Majlis Perisytiharan MPKLMIPG telah disempurnakan
oleh YBhg. Dato’ Seri Dr. Hj. Shafie b. Hj. Mohd Salleh, Ketua Pengakap
Negara pada 30 Mac 2011 di tempat yang sama.

d. Selaras dengan itu, MPKLMIPG secara rasminya telah ditubuhkan
menggantikan MPKLMBPG tanpa menukarkan fungsi penubuhan MPKLM
yang asal, iaitu untuk menjaga dan mengawasi serta mengurustadbirkan 27
Pergerakan Pengakap Daerah yang dikenali sebagai Kumpulan Latihan
Malaysia (KLM) di 27 buah Institut Pendidikan Guru di seluruh Malaysia,
seperti yang termaktub di dalam Buku Undang-undang Kecil MPKLMIPG.

e. Seperti mana MPKLMBPG, MPKLMIPG juga berada di bawah Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM). Justeru pengurusan tertinggi MPKLMIPG masih
terdiri daripada pegawai tertinggi yang berada di KPM, iaitu:

53

(i) Penaung Utama : YB Menteri Pendidikan Malaysia.

(ii) Penaung : Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

(iii) Yang Dipertua : Rektor IPGM, KPM.

(iv) Naib Yang Dipertua : Timbalan Rektor, IPGM, KPM.

(v) Pengerusi : Pengarah,
Pusat Pembangunan Akademik,
IPGM, KPM.

(vi) Timbalan Pengerusi I : Pengarah,
Sektor Hal Ehwal Pelajar dan Hubungan
Luar, IPGM, KPM.

(vii) Timbalan Pengerusi II : Pengarah/Ketua Jabatan,
Jabatan Kepimpinan dan Pembangunan
Profesionalisme, IPGM, KPM.

h. Yang Dipertua MPKLMIPG yang pertama ialah YBhg. Datuk Dr. Haili bin
Dolhan, Rektor, IPGM, KPM yang pertama. YDP MPKLMIPG yang kedua
ialah YH Dato’ Sulaiman bin Wak. YDP MPKLMIPG yang ketiga ialah YBhg.
Dr. Aziah binti T.S. Abdullah. Kini jawatan YDP MPKLMIPG disandang oleh
YBhg. Dr. Sariah binti Abdul Jalil mulai tahun 2017.

i. Naib Yang Dipertua MPKLMIPG yang pertama dipegang oleh YBhg. Dr. Amin
bin Senin selaku Timbalan Rektor, IPGM, KPM yang pertama. NYDP
MPKLMIPG yang kedua ialah YBhg. Dr. Lee Boon Hua. Setelah Dr. Lee
Boon Hua bersara wajib dalam perkhidmatan kerajaan, tempat beliau
sebagai NYDP MPKLMIPG telah dipegang oleh YBhg. Dr. Noriati bin A.
Rashid. Kini jawatan NYDP MPKLMIPG telah disandang oleh YBhg. Dr.
Rusmini binti Ku Ahmad setelah Dr. Noriati bersama wajib dalam
perkhidmatan kerajaan pada bulan April 2017.

j. Pengerusi MPKLMIPG yang pertama ialah YBhg. Dr. Noriati binti A. Rashid,
Pengarah Pusat Pembangunan Akademik yang pertama di IPGM, KPM.

k. Setelah Dr. Noriati binti A. Rashid dinaikkan pangkat sebagai Timbalan
Rektor, IPGM, KPM, tempat beliau telah digantikan oleh YBhg. Datin
Rashidah binti Mohd. Yusof pada awal tahun 2015.

l. Pengerusi MPKLMIPG yang ketiga dan terkini ialah YBhg. Dr. Jamiah binti
Mohamad, Pengarah Pusat Pembangunan Akademik yang baharu setelah
Datin Rashidah binti Mohd. Yusof bersara wajib dalam perkhidmatan
kerajaan pada penghujung tahun 2015.

54

DR. NORIATI BINTI A. RASHID DATIN RASHIDAH BINTI MOHD. YUSOF DR. JAMIAH BINTI MOHAMAD

PENGERUSI-PENGERUSI PENGAKAP NEGERI MPKLMIPG

m. Timbalan Pengerusi I MPKLMIPG yang pertama ialah YBhg. Puan Latifah,
Pengarah Sektor Hal Ehwal Pelajar dan Hubungan Luar yang pertama di
IPGM, KPM. Tempat beliau kemudiannya telah digantikan oleh YBhg. Tuan
Haji Rahim bin Abdul Latif sehingga kini setelah Puan Latifah bersara wajib
dalam perkhidmatan kerajaan.

n. Jawatan Pengerusi II MPKLMIPG yang pertama dipegang oleh YBhg. Dr.
Jamiah binti Mohamad, Ketua Jabatan, Jabatan Kepimpinan dan
Pembangunan Profesionalisme, IPGM, KPM. Jawatan tersebut kini
disandang oleh YBhg. Dr. Mashitah binti Mohd. Yusuf setelah Dr. Jamiah binti
Mohamad dilantik sebagai Pengarah, Pusat Pembangunan Akademik, IPGM,
KPM.

o. Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri (KPPNg) MPKLMIPG yang pertama
dipegang oleh YBhg. Tuan Haji Mohd. Kamar bin Zainuddin, Pensyarah
Kanan, IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur, menyambung
tugas dan tanggungjawab sama yang sedang beliau pegang dalam
MPKLMBPG. Beliau memegang jawatan ini mulai 2008 hingga beliau bersara
wajib dalam perkhidmatan kerajaan pada tahun 2010.

p. Jawatan KPPNg MPKLMIPG yang kedua dipegang oleh YBhg. En. Mohd.
Radzi bin Johari, Pensyarah Kanan, IPG Kampus Ipoh, Perak mulai 2010
hingga beliau bersara wajib pada bulan April 2017.

q. Jawatan KPPNg MPKLMIPG yang Ketiga disandang oleh YBhg. Encik Zainal
Ariff bin Mat, Pensyarah Kanan, IPG Kampus Ipoh, Perak mulai April 2017
sehingga kini.

55

HJ. MOHD. KAMAR ZAINUDDIN EN. MOHD. RADZI HJ. JOHARI EN. ZAINAL ARIFF BIN MAT

KETUA-KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGERI MPKLMIPG

r. MPKLMIPG digerakkan berdasarkan Undang-undang Kecil, Majlis Pengakap
Kumpulan Latihan Malaysia, Institut Pendidikan Guru, Kementerian
Pendidikan Malaysia dan terikat dengan Perlembagaan Persekutuan
Pengakap Malaysia. Kesemua jawatan di atas diwujudkan berdasarkan
kepada perkara-perkara yang termaktub dalam Buku Undang-undang Kecil
MPKLMIPG.

BUKU UNDANG-UNDANG KECIL MPKLMIPG

Tujuan Penubuhan

i. Pergerakan Pengakap mempunyai tujuan untuk memberi latihan kepemimpinan
yang berasaskan Prinsip dan Undang-undang Pengakap ke arah mencapai nilai
murni dan mengeratkan Persaudaraan Pengakap Antarabangsa tanpa mengira
warna kulit, agama dan kebudayaan.

ii. Pergerakan pengakap juga bermatlamat untuk melatih generasi muda bagi
melahirkan individu pengakap yang mempunyai potensi dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani serta hubungan sosial dengan berdasarkan kepada
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Pergerakan pengakap
bertanggungjawab terhadap masyarakat, negaranya dan masyarakat
antarabangsa.

56

iii. Pengakap percaya bahawa kehidupan di dunia akan menjadi lebih baik apabila
setiap individu:-
a. Boleh dipercayai, mempunyai kawalan diri serta berkeyakinan.
b. Menghormati diri sendiri dan orang lain.
c. Bekerjasama untuk berkhidmat kepada orang lain demi memperbaiki
suasana kehidupan bermasyarakat.
d. Menunjukkan sikap bertanggungjawab kepada alam sekitar serta rasa
hormat terhadap harta dan pemilikan.
e. Beriman serta beramal soleh.

iv. Ringkasnya, Pengakap bersifat Pendidikan Sepanjang Hayat.

Istiadat-istiadat Pengakap
i. Pengenalan:
a. Mana-mana badan atau unit beruniform, seperti Pergerakan Pengakap,
Pandu Puteri dan lain-lain mempunyai beberapa istiadat yang tersendiri.
Terdapat beberapa istiadat yang sama tetapi kebanyakan istiadat adalah
berbeza antara satu unit dengan satu unit yang lain.
b. Antara unit-unit beruniform tersebut, Pergerakan Pengakap dan Pandu
Puterilah yang memiliki paling banyak istiadat. Antaranya, ialah:
(i) Istiadat Laung Agung (untuk PKK sahaja);
(ii) Istiadat Bendera;
(iii) Istiadat Melantik;
(iv) Istiadat Meningkat Naik;
(v) Istiadat Pemeriksaan Pagi;
(vi) Istiadat Pengalungan Manik Kayu; dan
(vii) Istiadat Penganugerahan Pingat dan Bintang PPM.

ii. Tujuan Pelaksanaan Istiadat:
a. Melatihkan diri taat kepada Tuhan;

57

b. Menghargai dan menghormati pemimpin;
c. Melatih ahli pengakap supaya lebih berdisiplin dan bersikap positif serta

mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan;
d. Menandakan permulaan dan tamat sesuatu aktiviti atau perjumpaan;
e. Kaedah memberi hormat kepada tetamu;
f. Mengingati semula asas atau asal usul Pergerakan Pengakap;
g. Menyuburkan semangat Persaudaraan dan Perpaduan;
h. Menerapkan nilai kesopanan dan kesusilaan;
i. Melahirkan semangat bekerjasama, kekitaan, kejelikitan dan

bertanggungjawab; dan
j. Memahami dan membina perasaan cintakan agama dan negara melalui

aktiviti:
(i) Hormat bendera (dalam Istiadat Bendera);
(ii) Nyanyian lagu Negaraku atau lagu Kebesaran Negeri;
(iii) Nyanyian lagu Pengakap Malaysia; dan
(iv) Bacaan Doa.

iii. Istiadat Laung Agung (untuk PKK sahaja):
a. Istiadat Laung Agung merupakan satu istiadat yang penting dan hanya
terdapat di dalam Unit Pengakap Kanak-kanak sahaja. Istiadat ini tidak
dilakukan dalam unit-unit pengakap yang lain.
b. Istiadat Laung Agung dilakukan oleh Pengakap Kanak-kanak di seluruh
dunia.
c. Laung Agung atau nama asalnya Laung Tuk Guru (Grand Howl) dilakukan
sama seperti situasi keluarga serigala berhimpun mengelilingi batu untuk
bermesyuarat. Dalam mesyuarat tersebut, Akela atau ketua serigala berada
di tengah-tengah bulatan.

58

d. Istiadat Laung Agung dilakukan untuk menunjukkan bahawa mereka boleh
melaksanakan sesuatu dengan ”Buat Habis Baik”.

e. Istiadat Laung Agung dilaksanakan setiap kali diadakan perjumpaan PEK,
iaitu semasa permulaan dan penutupan perjumpaan PEK.

f. Prosedur pelaksanaan Istiadat Laung Agung:
(i) AKELA (Pemimpin/Jurulatih) berdiri dalam keadaan SEDIA lalu
berteriak “PEK!” (semua PKK berdiri dalam keadaan SEDIA).
(ii) (Setelah semua PKK dalam keadaan SEDIA) AKELA
(Pemimpin/Jurulatih) berteriak “PEK! PEK! PEK!”
(iii) Semua PKK berlari-lari anak ke arah AKELA sambil menyahut
“P…E….K….!” (sekitar lima harakat) lalu mengelilingi AKELA.

KEADAAN PKK MENGELILINGI AKELA

(iv) AKELA mengangkat (mendepakan) kedua-dua tangan hingga ke paras
bahu untuk memerintahkan PKK membentuk satu bulatan besar
dengan memegang tangan di antara satu sama lain dalam Sekawan
yang sama (amat digalakkan berpegangan tangan sesama jantina).

59

PKK MEMBENTUK BULATAN DENGAN AKELA BERADA DI TENGAH
BULATAN

(v) Apabila bulatan telah sempurna dilakukan, AKELA yang berada di
tengah-tengah bulatan akan menjatuhkan tangan rapat ke sisi paha
untuk meminta PKK menjatuhkan tangan masing-masing.

(vi) AKELA kemudian mengangkat/mendepakan tangan sekali lagi tetapi
kali ini mengatasi sedikit paras bahu untuk meminta PKK mengangkat
tumit.

(vii) AKELA menjatuhkan tangan rapat ke sisi paha. PKK akan duduk
mencangkung dengan kedua-dua belah jari tangan mencecah ke bumi
sambil berteriak: “A K E L A, KITA BUAT HABIS BAIK!

KEADAAN PKK DUDUK MENCANGKUNG
(viii) AKELA kemudian mencabar dengan merenung seorang PKK dalam

Sekawan Bertugas. PKK yang dicabar akan bangun sambil memberi
Tabik Hormat Pengakap kepada AKELA dengan berteriak: “KAMU
BUAT HABIS BAIK?”

60

KEADAAN PKK SEMASA MENYAHUT CABARAN AKELA

(ix) Setelah dicabar, semua PKK bangun sambil memberikan Tabik Hormat
Pengakap kepada AKELA dengan menjawab “KAMI BUAT HABIS
BAIK!”

(x) AKELA membalas Hormat Pengakap PKK. PKK menjatuhkan tangan
setelah AKELA selesai membalas Tabik Hormat Pengakap
menandakan bahawa istiadat Laung Agung telahpun tamat.

iv. Istiadat Bendera:
a. Istiadat Bendera terbahagi kepada tiga jenis istiadat, iaitu:
(i) Istiadat Mengibarkan Bendera;
(ii) Istiadat Menaikkan Bendera; dan
(iii) Istiadat Menurunkan Bendera.
b. Prosedur Pelaksanaan Istiadat Mengibarkan Bendera (PKK):
(i) Istiadat ini diadakan selepas istiadat laung agung pada setiap pagi.
Kebiasaannya selepas diadakan Istiadat Pemeriksaan Pagi.
(ii) Bendera dilipat dan diikat di puncak tiang bendera pada awal pagi oleh
Sekawan Bertugas.
(iii) Pemimpin Pengakap atau AKELA sudah siap berdiri tegak dalam
keadaan SEDIA menghadap bendera kerana baru sahaja selesai
melaksanakan Istiadat Laung Agung. Manakala Penolong Pemimpin
Pengakap pula akan berdiri di belakang tiang bendera.

61

KEADAAN PENOLONG PEMIMPIN BERDIRI DI BELAKANG TIANG
BENDERA

(iv) PKK berdiri dalam bentuk bulatan dalam keadaan sedia.

(v) Pemimpin/AKELA berteriak “BENDERA!” Seorang PKK daripada
Sekawan Bertugas akan berkawad ke tiang bendera. Manakala PKK
yang berdiri di sisi bendera akan berpusing untuk menghadap tiang
bendera.

PKK BERTUGAS SEDANG MENARIK/MENYENTAP TALI BENDERA

(vi) Petugas menarik atau menyentap tali bendera sekali sahaja dengan
tangan kanan. Petugas tidak perlu membetulkan bendera jika bendera
tidak “pecah” selepas tali bendera ditarik atau disentap.

(vii) Setelah tali bendera ditarik, petugas berundur satu langkah kemudian
berteriak “AP!” sambil memberikan tabik hormat pengakap kepada
bendera diikuti oleh PEK dan para pemimpin serta penolong pemimpin
pengakap.

62

(viii) Setelah semua memberikan tabik hormat pengakap, petugas akan
berteriak “AP!” lalu menjatuhkan tangan diikuti oleh PEK dan para
pemimpin serta penolong pemimpin pengakap.

(ix) Petugas berkawad untuk kembali ke tempat asal.
(x) Pemimpin/AKELA kemudian berteriak “NEGARAKU!” dan PEK akan

menyanyikan Lagu Kebangsaan.
(xi) Dikuti Lagu Pengakap Malaysia setelah pemimpin/AKELA berteriak

“LAGU PENGAKAP MALAYSIA!”
(xii) Pemimpin/Akela kemudian berteriak “DOA!” dan seorang PKK

Bertugas akan melangkah satu langkah ke hadapan sambil berteriak
“AP!”. PEK dan semua yang hadir akan menadah tangan untuk
mengaminkan doa yang dibacakan oleh petugas.
(xiii) PKK yang bukan Islam digalakkan berdoa mengikut agama dan
kepercayaan masing-masing dengan menundukkan kepala.

KEADAAN PEK MENGAMINKAN DOA DALAM ISTIADAT MENGIBARKAN BENDERA

(xiv) Petugas kemudian akan berteriak “AP!” sebagai menandakan doa
selesai dibacakan dan PEK serta semua yang hadir akan menjatuhkan
tangan. Petugas akan berundur satu langkah ke belakang untuk
kembali ke tempat yang asal.

(xv) Pemimpin/AKELA berkawad lalu berdiri di sebelah kiri tiang bendera,
kemudian berteriak “SENANG DIRI!”

(xvi) Pemimpin/AKELA memberi nasihat/kata-kata perangsang, taklimat dan
lain-lain kepada PEK.

(xvii) Setelah selesai memberikan ucapan, pemimpin/AKELA memberikan
arahan “PEK… SEDIA!” “KELUAR… BARIS!” sebagai menandakan
Istiadat Mengibarkan Bendera selesai.

63

c. Prosedur Pelaksanaan Istiadat Mengibarkan Bendera (PM/PR/PK):

(i) Istiadat ini diadakan pada setiap pagi dan dilaksanakan oleh Unit
Pengakap Muda, Unit Pengakap Remaja dan Unit Pengakap Kelana.
Kebiasaannya selepas diadakan Istiadat Pemeriksaan Pagi.

(ii) Bendera dilipat dan diikat di puncak tiang bendera pada awal pagi oleh
Patrol Bertugas.

(iii) Trup atau kumpulan pengakap berada di hadapan tiang bendera, sama
ada dalam bentuk ladam kuda atau berbaris di hadapan tiang bendera
mengikut Patrol.

(iv) Pemimpin Pengakap berdiri dalam keadaan SEDIA di sebelah tiang
bendera. Manakala Penolong Pemimpin Pengakap berdiri di belakang
tiang bendera.

(v) Pemimpin memberikan arahan “TRUP! TRUP… SEDIA!” Trup berdiri
tegak dalam keadaan SEDIA.

(vi) Pemimpin berteriak “BENDERA!” Seorang PM/PR/PK daripada Patrol
Bertugas akan berkawad ke tiang bendera. Jika dalam keadaan ladam
kuda, PM/PR/PK yang berdiri di sisi bendera akan berpusing untuk
menghadap tiang bendera.

(vii) Petugas menarik atau menyentap tali bendera sekali sahaja dengan
tangan kanan. Petugas tidak perlu membetulkan bendera jika bendera
tidak “pecah” selepas tali bendera ditarik atau disentap.

(viii) Setelah tali bendera ditarik, petugas berundur satu langkah kemudian
berteriak “AP!” sambil memberikan tabik hormat pengakap kepada
bendera diikuti oleh Trup dan para pemimpin serta penolong pemimpin
pengakap.

(ix) Setelah semua memberikan tabik hormat pengakap, petugas akan
berteriak “AP!” lalu menjatuhkan tangan diikuti oleh Trup dan para
pemimpin serta penolong pemimpin pengakap.

(x) Petugas berkawad untuk kembali ke tempat asal.

(xi) Pemimpin kemudian berteriak “NEGARAKU!” dan Trup akan
menyanyikan Lagu Kebangsaan.

(xii) Dikuti Lagu Pengakap Malaysia setelah pemimpin/AKELA berteriak
“LAGU PENGAKAP MALAYSIA!”

(xiii) Pemimpin kemudian berteriak “DOA!” dan seorang PM/PR/PK
Bertugas akan melangkah satu langkah ke hadapan sambil berteriak
“AP!”. Trup dan semua yang hadir akan menadah tangan untuk
mengaminkan doa yang dibacakan oleh petugas.

64

(xiv) PM/PR/PK yang bukan Islam digalakkan berdoa mengikut agama dan
kepercayaan masing-masing dengan cara menundukkan kepala.

(xv) Petugas kemudian akan berteriak “AP!” sebagai menandakan doa
selesai dibacakan dan Trup serta semua yang hadir akan menjatuhkan
tangan. Petugas akan berundur satu langkah ke belakang untuk
kembali ke tempat yang asal.

(xvi) Pemimpin berkawad lalu berdiri di sebelah kiri tiang bendera, kemudian
berteriak “SENANG DIRI!”

(xvi) Pemimpin memberi nasihat/kata-kata perangsang, taklimat dan lain-lain
kepada Trup.

(xvii) Setelah selesai memberikan ucapan, pemimpin memberikan arahan
“Trup… SEDIA!” “KELUAR… BARIS!” sebagai menandakan Istiadat
Mengibarkan Bendera selesai.

d. Prosedur Pelaksanaan Istiadat Menaikkan Bendera (PM/PR/PK):

(i) Seperti mana Istiadat Mengibarkan Bendera, Istiadat Menaikkan
Bendera juga diadakan pada setiap pagi dan hanya dilaksanakan oleh
Unit Pengakap Muda, Unit Pengakap Remaja dan Unit Pengakap
Kelana. Kebiasaannya selepas diadakan Istiadat Pemeriksaan Pagi.

(ii) Bendera sudah siap diikat pada tali tiang bendera pada awal pagi oleh
Patrol Bertugas.

(iii) Trup atau kumpulan pengakap berada di hadapan tiang bendera, sama
ada dalam bentuk ladam kuda atau berbaris di hadapan tiang bendera
mengikut Patrol.

(iv) Pemimpin Pengakap berdiri dalam keadaan SEDIA di sebelah tiang
bendera. Manakala Penolong Pemimpin Pengakap berdiri di belakang
tiang bendera.

(v) Pemimpin memberikan arahan “TRUP! TRUP… SEDIA!” Trup berdiri
tegak dalam keadaan SEDIA.

(vi) Pemimpin berteriak “BENDERA!” Seorang PM/PR/PK daripada Patrol
Bertugas akan berkawad ke tiang bendera. Jika dalam keadaan ladam
kuda, PM/PR/PK yang berdiri di sisi bendera akan berpusing untuk
menghadap tiang bendera.

(vii) Petugas menaikkan bendera secara perlahan-lahan seiring dengan
nyanyian lagu NEGARA KU hingga ke puncak tiang bendera.

(viii) Setelah bendera berada di puncak tiang bendera, petugas mengikat tali
bendera pada tiang bendera lalu berundur satu langkah kemudian
berteriak “AP!” sambil memberikan tabik hormat pengakap kepada

65

bendera diikuti oleh Trup dan para pemimpin serta penolong pemimpin
pengakap.

(ix) Setelah semua memberikan tabik hormat pengakap, petugas akan
berteriak “AP!” lalu menjatuhkan tangan diikuti oleh Trup dan para
pemimpin serta penolong pemimpin pengakap.

(x) Petugas berkawad untuk kembali ke tempat asal.

(xi) Pemimpin berteriak “LAGU PENGAKAP MALAYSIA!”

(xiii) Pemimpin kemudian berteriak “DOA!” dan seorang PM/PR/PK
Bertugas akan melangkah satu langkah ke hadapan sambil berteriak
“AP!”. Trup dan semua yang hadir akan menadah tangan untuk
mengaminkan doa yang dibacakan oleh petugas.

(xiv) PM/PR/PK yang bukan Islam digalakkan berdoa mengikut agama dan
kepercayaan masing-masing dengan cara menundukkan kepala.

(xv) Petugas kemudian akan berteriak “AP!” sebagai menandakan doa
selesai dibacakan dan Trup serta semua yang hadir akan menjatuhkan
tangan. Petugas akan berundur satu langkah ke belakang untuk
kembali ke tempat yang asal.

(xvi) Pemimpin berkawad lalu berdiri di sebelah kiri tiang bendera, kemudian
berteriak “SENANG DIRI!”

(xvi) Pemimpin memberi nasihat/kata-kata perangsang, taklimat dan lain-lain
kepada Trup.

(xvii) Setelah selesai memberikan ucapan, pemimpin memberikan arahan
“Trup… SEDIA!” “KELUAR… BARIS!” sebagai menandakan Istiadat
Mengibarkan Bendera selesai.

e. Prosedur Pelaksanaan Istiadat Menurunkan Bendera (PM/PR/ PK):

(i) Terdapat dua situasi dalam mengendalikan Istiadat Menurunkan
Bendera, iaitu:

(a) Pada sebelah petang (sekitar jam 6.30 petang) semasa mengikuti
perkhemahan pengakap; dan

(b) Setelah selesai sesuatu perjumpaan, aktiviti perkhemahan atau
Breakcamp.

(ii) Istiadat Menurunkan Bendera pada sebelah petang dalam aktiviti
perkhemahan:

(a) Pada jam 6.30 petang (dikira waktu yang paling sesuai), dua
orang petugas yang lengkap beruniform dan wisel bergerak ke
tiang bendera untuk melakukan Istiadat Menurunkan Bendera.

66

PEK/Trup yang lain berada di tempat masing-masing sambil
melakukan aktiviti tersendiri.

(b) Sebaik-baiknya kedua-dua petugas bergerak dalam keadaan
berkawad ke tiang bendera agar pergerakan tersebut tampak
lebih kemas, teratur dan bersistematik.

(c) Sampai di hadapan tiang bendera, petugas pertama akan berdiri
di hadapan tiang manakala petugas kedua akan berdiri di
belakang petugas pertama.

(d) Petugas di hadapan akan membuka ikatan pada tiang bendera,
manakala petugas di belakang akan meniup wisel dengan satu
tiupan yang kuat dan panjang sebaik sahaja ikatan tali pada tiang
bendera dibuka. Semua PEK/Trup yang mendengar tiupan wisel
akan berdiri tegak dalam keadaan SEDIA ke arah bendera
sebagai tanda hormat kepada bendera.

(e) Petugas di hadapan akan menurunkan bendera secara
perlahan-lahan. Setelah bendera diturunkan, petugas yang
berada di belakang akan menyambut hujung bendera lalu
diletakkan di atas bahu kedua-dua petugas sebelum bendera
tersebut mencecah tanah.

(f) Petugas di belakang akan meniup wisel dengan satu tiupan yang
kuat dan panjang sekali lagi sebagai menandakan Istiadat
Menurunkan Bendera berakhir dan PEK/Trup kembali dengan
melakukan tugas masing-masing.

(g) Petugas di hadapan akan membuka ikatan pada bendera
kemudian berpusing ke belakang untuk melipatkan bendera
dalam bentuk segi tiga secara bersama-sama.

(k) Setelah bendera dilipat, petugas di hadapan akan memegang
bendera tersebut dengan tangan kiri dan menyimpan bendera
tersebut dengan baik untuk diserahkan kepada Sekawan/Patrol
yang akan bertugas pada hari esok. Istiadat Penyerahan Bendera
akan dilakukan sebaik sahaja selesai sesi terakhir pada sebelah
malam.

(iii) Istiadat Menurunkan Bendera setelah selesai perjumpaan atau
breakcamp:

(a) Dua orang petugas yang lengkap beruniform diperlukan untuk
melaksanakan tugas menurunkan bendera, jika satu bendera
sahaja diturunkan. Empat orang petugas diperlukan jika dua
bendera diturunkan.

(b) Jika PKK, Pemimpin/AKELA akan melaksanakan Istiadat Laung
Agung terlebih dahulu.

67

Jika PM/PR/PK, Trup atau kumpulan pengakap berada di
hadapan tiang bendera, sama ada dalam bentuk ladam kuda atau
berbaris di hadapan tiang bendera mengikut Patrol.

(c) Jika PKK, Pemimpin/AKELA akan berdiri dalam keadan SEDIA di
tengah-tengah bulatan laung agung. Manakala Penolong
Pemimpin Pengakap berdiri di belakang tiang bendera.

Jika PM/PR/PK, Pemimpin berdiri dalam keadaan SEDIA di
sebelah tiang bendera. Manakala Penolong Pemimpin Pengakap
berdiri di belakang tiang bendera.

(d) Jika PM/PR/PK, Pemimpin memberikan arahan “TRUP! TRUP…
SEDIA!” Trup berdiri tegak dalam keadaan SEDIA.

(e) Pemimpin berteriak “BENDERA!” Dua orang ahli PM/PR/PK
daripada Sekawan atau Patrol Bertugas akan berkawad ke tiang
bendera. Jika dalam bentuk ladam kuda atau bulatan,
PKK/PM/PR/PK yang berdiri di sisi bendera akan berpusing untuk
menghadap tiang bendera.

(f) Setelah berada di hadapan tiang bendera, petugas di hadapan
kemudian berteriak “AP!” sambil memberikan tabik hormat
pengakap kepada bendera diikuti oleh PEK atau Trup, pemimpin
dan penolong-penolong pemimpin pengakap.

(g) Setelah semua memberikan tabik hormat pengakap, petugas
akan berteriak “AP!” lalu menjatuhkan tangan diikuti oleh
PEK/Trup, pemimpin dan penolong-penolong pemimpin
pengakap.

(h) Kedua-dua petugas melangkah satu langkah ke hadapan tiang
bendera. Petugas di hadapan akan membuka ikatan pada tiang
bendera dan menurunkan bendera secara perlahan-lahan.

(i) Setelah bendera diturunkan, petugas yang berada di belakang
akan menyambut hujung bendera lalu diletakkan di atas bahu
kedua-dua petugas sebelum bendera tersebut mencecah tanah.

(j) Petugas di hadapan akan membuka ikatan pada bendera
kemudian berpusing ke belakang untuk melipatkan bendera
secara bersama-sama.

(k) Setelah bendera dilipat dalam bentuk segi tiga, petugas di
hadapan akan memegang bendera tersebut dengan tangan kiri.

(l) Petugas di hadapan akan berteriak “AP!” secara perlahan dan
kedua-dua petugas akan mula bergerak. Petugas di belakang
akan berkawad kembali ke tempat asal, manakala petugas di
hadapan akan ‘berkawad selaku terima gaji’ untuk menyerahkan
bendera tersebut kepada Pemimpin/AKELA, sama ada di tengah

68

bulatan (PKK) atau di sebelah kiri tiang bendera (PM/PR/PK)
sebelum kembali ke tempat asal.

(m) Pemimpin/AKELA kemudian berteriak “DOA!” dan seorang
PKK/PM/PR/PK Bertugas akan melangkah satu langkah ke
hadapan sambil berteriak “AP!”. PEK/Trup dan semua yang hadir
akan menadah tangan untuk mengaminkan doa yang dibacakan
oleh petugas.

(n) PKK/PM/PR/PK yang bukan Islam digalakkan berdoa mengikut
agama dan kepercayaan masing-masing dengan cara
menundukkan kepala.

(o) Petugas kemudian akan berteriak “AP!” sebagai menandakan
doa selesai dibacakan dan PEK/Trup serta semua yang hadir
akan menjatuhkan tangan atau mengangkatkan kepala. Petugas
akan berundur satu langkah ke belakang untuk kembali ke tempat
yang asal.

(p) Jika UPKK, Pemimpin/AKELA akan ‘kawad selaku terima gaji’
untuk menyerahkan bendera kepada Ketua Pemimpin, Ketua
Kursus atau Ketua Jurulatih, kemudian bergerak ke sebelah kiri
tiang bendera.

(q) Pemimpin/AKELA yang berdiri di sebelah kiri tiang bendera,
kemudian berteriak “SENANG DIRI!” Pemimpin / AKELA
memberikan ucapan ringkas dalam bentuk nasihat atau
rangsangan kepada PEK/Trup. (Ada juga Pemimpin/AKELA yang
meminta Ketua Pemimpin, Ketua Kursus atau Ketua Jurulatih
untuk memberikan ucapan ringkas dalam istiadat ini).

(r) Setelah selesai memberikan ucapan, Pemimpin/AKELA
memberikan arahan “PEK/Trup… SEDIA!” “BERSU…RAI!”
sebagai menandakan Istiadat Menurunkan Bendera selesai dan
aktiviti perkhemahan berakhir (dengan PEK/Trup
bersalam-salaman dengan pemimpin dan penolong-penolong
pemimpin sambil menyanyikan beberapa lagu perpisahan).

v. Istiadat Melantik:

a. Istiadat Melantik akan diadakan apabila ada ahli atau adik baharu yang ingin
menjadi ahli Pengakap Kanak-Kanak, Pengakap Muda, Pengakap Remaja
atau Pengakap Kelana.

b. Sebelum istiadat ini dilaksanakan, pemimpin/Akela perlu menyediakan
lencana keahlian, skaf, wogel dan topi mengikut bilangan adik baharu
pengakap.

c. Prosedur pelaksanaan Istiadat Melantik adalah seperti yang berikut:

(i) Jika PKK, Istiadat Melantik akan dimulakan dengan melakukan Istiadat
Laung Agung terlebih dahulu. PEK membuat bulatan manakala

69

pemimpin/Akela berdiri di tengah bulatan. Penolong pemimpin berada
di luar bulatan di belakang tiang bendera (jika ada tiang bendera).

(ii) Adik (ahli) baharu berdiri dalam keadaan SEDIA dalam satu barisan di
luar bulatan, bersedia untuk dibawa masuk ke dalam bulatan oleh
seorang petugas atau Ketua Sekawan yang bertugas.

(iii) Petugas akan membawa masuk adik baharu ke dalam bulatan lalu
berdiri tegak di hadapan Pemimpin/Akela. Petugas akan kembali ke
tempal asal setelah adik baharu berdiri di hadapan pemimpin/Akela.

(iv) Penolong Pemimpin Pengakap akan bergerak masuk ke dalam bulatan
lalu berdiri di sebelah Pemimpin/Akela dengan membawa lencana
keahlian, skaf, wogel dan forage cap mengikut bilangan adik baharu
pengakap.

(v) Pemimpin/Akela akan memulakan dialog dengan Adik Baharu:

Akela : “Adakah kamu ingin menjadi seorang Pengakap
Kanak-Kanak?”

Adik Baharu : “Ya, Akela!”

Akela : “Adakah kamu bersedia untuk melafazkan Persetiaan
Pengakap?”

Adik Baharu : “Ya, Akela!”

(vi) Akela melafazkan Persetiaan Pengakap diikuti oleh Adik Baharu.

(vii) Akela berjabat tangan dengan Adik Baharu dan berkata,
”Saya percaya kamu akan buat habis baik dan menurut apa yang kamu
janjikan. Kamu sekarang adalah seorang Pengakap Kanak-kanak dan
seorang ahli dalam Persaudaraan Pengakap Sedunia.”

(viii) Pemimpin/Akela kemudian menyematkan lencana keahlian,
menyarungkan skaf dan memakaikan forage cap kepada Adik Baharu.

(ix) Adik Baharu memberikan Tabik Hormat Pengakap kepada
Pemimpin/Akela. Adik Baharu berpusing lalu memberikan Tabik
Hormat Pengakap kepada PEK. PEK membalas tabik hormat sebagai
tanda mengalu-alukan kehadiran Adik Baharu ke dalam PEK.

(x) Ketua Sekawan membawa Adik Baharu untuk diperkenalkan kepada
Sekawan.

(xi) Istiadat Melantik diakhiri dengan Istiadat Laung Agung yang buat
pertama kalinya disertai oleh Adik Baharu.

70

(xii) Sekiranya keseluruhan PEK merupakan ahli baharu dalam PKK, maka
Istiadat Melantik akan diadakan dalam dua peringkat. Ketua Sekawan
akan dilantik terlebih dahulu diikuti oleh Adik Baharu yang lain.

** Peringatan : Ibu bapa Adik Baharu boleh diundang untuk menyaksikan
Istiadat Melantik ini.

vi. Istiadat Meningkat Naik:

a. Istiadat Meningkat Naik akan diadakan atas faktor seperti yang berikut:

(i) apabila Pengakap Kanak-kanak meningkat naik untuk menjadi ahli
Pengakap Muda;

(ii) apabila ahli Pengakap Muda meningkat naik untuk menjadi ahli
Pengakap Remaja; dan

(iii) ahli Pengakap Remaja meningkat naik untuk menjadi ahli Pengakap
Kelana.

b. Prosedur pelaksanaan Istiadat Meningkat Naik:

(i) PKK dalam PEK dan PM dalam TRUP berdiri dalam bentuk ladam kuda
berhadapan di antara satu sama lain.

(ii) Pemimpin PKK/Akela memulakan istiadat dengan membuat Istiadat
Laung Agung dalam kawasan PKK. Setelah selesai, Pemimpin/Akela
mara ke garisan pemisah di antara PKK dan PM.

(iii) Manakala Pemimpin PM pula memberikan arahan, “TRUP! TRUP…
SEDIA!” Setelah Trup dalam keadaan SEDIA, Pemimpin PM/Akela
menerangkan dengan ringkas tujuan Istiadat Meningkat Naik diadakan.

(iv) Pemimpin PKK/Akela memanggil PKK yang akan meningkat naik
bergerak ke garisan pemisah. PKK yang meningkat naik akan:

(a) bergerak satu langkah ke hadapan, kanan pusing dan terus
bersalam dengan PEK;

(b) bergerak ke garisan pemisah dan berhenti di hadapan Pemimpin
PKK/Akela;

(c) Pemimpin PKK/Akela memberikan pesanan terakhir kepada PKK;

(d) PKK mengucapkan terima kasih atas tunjukan ajar Pemimpin dan
Penolong Pemimpin sepanjang berada di dalam PEK;

(e) PKK bersalaman dengan Pemimpin PKK/Akela, Penolong
Pemimpin dan PEK; dan

71

(f) Akhirnya, Pemimpin/Akela memimpin PKK melangkah garisan
(tali) pemisah dengan menggunakan tangan kiri lalu
menyerahkan PKK kepada Pemimpin PM/Akela dan Ketua Patrol
yang sedang menunggu dalam kawasan PM.

GAMBAR RAJAH SUASANA ISTIADAT MENINGKAT NAIK

(v) Setelah melangkah masuk ke dalam kawasan PM:
(a) Pemimpin PM/Akela menyambut dengan mengucapkan
“SELAMAT DATANG” kepada Adik Baharu.
(b) Adik Baharu memberikan Tabik Hormat Pengakap kepada
Pemimpin PM/Akela dan kemudian bersalam dengan beliau;
(b) Pemimpin PM/Akela menyerah Adik Baharu kepada Ketua Patrol;
(c) Ketua Patrol membawa Adik Baharu ke dalam Patrolnya dan
diperkenalkan kepada ahli.
(d) Setelah semua selesai, Trup memberikan sorakan pengakap atau
‘Yell’ yang berbunyi “SELAMAT DATANG” kepada Adik Baharu
dan secara rasminya Adik Baharu telah diterima menjadi ahli PM.

(vi) Pemimpin PKK/Akela mengarahkan PEK membuat Laung Agung
penutup sebagai tanda Istiadat Meningkat Naik tamat dengan berteriak
“BERSURAI!”.

** Peringatan : Ibu bapa Adik Baharu boleh diundang untuk menyaksikan
Istiadat Meningkat Naik ini.

72

STRUKTUR DAN ORGANISASI PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA

i. Mengikut Seksyen 6 (1), Akta Pengakap, 1968, Majlis ialah satu badan yang
bertanggungjawab mentadbir segala urusan Perbadanan.

ii. Terdapat empat jenis Majlis Pengakap dalam Persekutuan Pengakap Malaysia,
iaitu:

a. Majlis Pengakap Negara;

b. Majlis Pengakap Negeri;

c. Majlis Pengakap Daerah; dan

d. Majlis Pengakap Kawasan.

iii. Semua majlis pengakap ini mempunyai struktur organisasi dan kepemimpinan
yang tersendiri. Misalnya:

a. Majlis Pengakap Negara (MPN) diketuai oleh Ketua Pengakap Negara (KPN)
selaku Yang DiPertua MPN dan dibantu oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap
Negara (KPPN) dari segi pentadbiran.

b. Majlis Pengakap Negeri (MPNg) diketuai oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap
Negeri (KPPNg). Beliau terikat secara langsung dengan KPPN dan KPN
selain Pengerusi Pengakap Negeri.

c. Majlis Pengakap Daerah (MPG) diketuai oleh Pesuruhjaya Daerah (PjD). PjD
terikat secara langsung dengan KPPNg, KPPN dan KPN selain daripada
Pengerusi Pengakap Daerah dan Negeri.

d. Manakala di peringkat Majlis Pengakap Kawasan (MPK) atau sekolah
dipimpin oleh seorang pemimpin pengakap (PP). PP terikat secara langsung
dengan PjD, KPPNg, KPPN dan KPN selain daripada Pengerusi Pengakap
Kawasan atau Kuasa Penganjur, Pengerusi Pengakap Daerah dan Negeri.

iv. Majlis Pengakap Kumpulan Latihan Malaysia, Institut Pendidikan Guru,
Kementerian Malaysia atau MPKLMIPG merupakan sebuah negeri sama seperti
PPM negeri Perak, Selangor dan seumpamanya. Walau bagaimanapun,
MPKLMIPG mempunyai struktur dan organisasi tersendiri yang bergerak
berpandukan kepada Undang-undang Kecil MPKLMIPG, namun masih terikat di
bawah PPM.

73

Apakah tanggungjawab Majlis mengikut Akta Pengakap 1968?

i. Mengurus-tadbir urusan-urusan Perbadanan. [Sek. 6 (1)]

ii. Membuat ketetapan tentang segala surat ikatan, suratan dan surat cara lain yang
perlu dimenterikan. [Sek. 7 (2)]

iii. Merekod dan menyimpan data pendaftaran ahli pengakap. [Sek. 8 (1)]

iv. Membuat, mengubah atau membatalkan kaedah dan Undang-undang Kecil
Perbadanan. [Sek. 9]

v. Memidah milik harta atas nama PPM Negeri atau Pesuruhjaya Pengakap kepada
Perbadanan. [Sek. 10 (1)]

vi. Segala urusan hutang dan tanggungan yang kena bayar dan yuran dan caruman
yang perlu dikutip oleh Perbadanan. [Sek. 10 (2)]

vii. Menggunakan pendapatan untuk membangunkan Perbadanan. [S. 11]

viii. Mencari dan mentadbirkan segala wang. [POR 12(3)(a)(i)]

ix. Menjual lencana dan lambang-lambang kebesaran yang terkawal kepada ahli
pengakap. [POR 12(3)(b)]

x. Mengurus kedai pengakap. [POR 12(3)(c)]

xi. Menerbit, menyiar dan menjilid buku serta risalah pengakap. ‘[POR (3)(d)]

xii. Mengatur dan menjalankan sebaran am dalam apa cara pun. [POR 12(3)(e)] dan
POR 35(2)]

xiii. Menguruskan mesyuarat, pertunjukan, perhimpunan dan gerak

kerja kebangsaan. [POR 12(3)(f)]

xiv. Mengelola Persaudaraan Pengakap BP [POR 12{3)(g)]

xv. Melantik juruaudit profesional. [POR 12(3)(h)]

xvi. Meminda, mengubah dan menambah POR. [POR 12(3)(i) dan POR48]
xvii. Pencalonan Anugerah Pengakap (dengan persetujuan Ketua Pesuruhjaya

Pengakap Negara) [POR 12(3)(j)] kecuali Pingat Semangat Padi dan Pingat
Semangat Rimba hanya oleh Ketua Pengakap Negara. [POR 393(4)]

xviii. Menjalankan tugas mengikut Akta Pengakap 1968. [POR 12(3)(m)]

xix. Melantik, mengelola, membuang/menggantung pekerja Persekutuan [POR 12(3)(l)]

xx. Menerima semula, menggangtung atau membuang ahli. [POR 12(3)(m)]

74

xxi. Pendaftaran dan memansuhkan Majlis Pengakap Negeri/Daerah. [POR 12(3)(n)]
xxii. Pendaftaran dan memansuhkan Kumpulan. [POR 12(3)(0)]
xxiii. Memberi kuasa pengeluaran Tauliah Pengakap. [POR 12(3)(p)]
xxiv. Mengambil pekerja untuk Ibu Pejabat dan Majlis Pengakap. [POR 12(3)(q)]
xxv. Menyelaraskan kerja-kerja Majlis Pengakap Negeri dan Daerah. [POR 12(3)(r)]

Struktur dan Organisasi Peringkat Negara
i. Terdapat empat struktur organisasi Persekutuan Pengakap Malaysia, iaitu:
a. Pegawai Utama PPM;
b. Majlis Pengakap Negara;
c. Jawatankuasa Kerja Majlis Eksekutif Pengakap Malaysia (Exco Members);
dan
d. Kumpulan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri
ii. Pegawai Utama PPM:
a. Empat jawatan tertinggi di dalam PPM dilantik atas nama jawatan yang
disandang. Sehubungan dengan itu, sesiapa sahaja yang memegang
jawatan-jawatan ini secara automatik akan dilantik sebagai:
(i) Penaung Utama PPM dilantik atas nama jawatan, iaitu DYMM Seri
Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong (YDPA). Oleh itu, mana-mana
sultan yang menjadi YDPA secara automatik akan menjadi Penaung
Utama PPM.

DYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG
PENAUNG UTAMA PPM

75

(ii) Penaung PPM setiap negeri dilantik atas nama jawatan yang terdiri
daripada Sultan, Raja dan Tuan Yang Terutama negeri.

(iii) Presiden Agung PPM dilantik secara automatik atas jawatan Perdana
Menteri.

YAB DATO’ SERI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK
PRESIDEN AGUNG PPM

(iv) Timbalan Presiden Agung juga dilantik secara automatik atas jawatan
Timbalan Perdana Menteri.

YAB DATO’ SERI DR. AHMAD ZAHID BIN HAMIDI
TIMBALAN PRESIDEN AGUNG PPM

b. Berdasarkan Perlembagaan PPM atau POR, DYMM Seri Paduka Baginda
Yang Di-Pertuan Agong mempunyai kuasa untuk melantik seorang rakyat
Malaysia yang berkelayakan dan berpengalaman, sama ada dalam kalangan
menteri kabinet, mantan menteri kabinet atau warganegara Malaysia lain
yang berkelayakan sebagai Ketua Pengakap Negara (KPN) berdasarkan
POR 12(1) dan POR 12(4) dalam Perlembagaan PPM.

c. KPN secara automatik akan memegang jawatan sebagai Yang Dipertua
Majlis Pengakap Negara (MPN) sebuah badan yang tertinggi dalam urus
tadbir perjalanan PPM.

76

d. KPN akan dibantu oleh seorang Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara
(KPPN) yang dipilih dalam Mesyuarat Agung PPM berdasarkan POR 11(4)
dalam Perlembagaan PPM.

YBHG TAN SRI DATO’ SRI PADUKA DR. YBHG. MEJAR JEN. (B) PROF. DATO’ DR.

HJ. SHAFIE BIN HJ. MOHD. SALLEH, HJ. MOHD. ZIN BIN BIDIN

KETUA PENGAKAP NEGARA KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGARA

e. Struktur organisasi Pegawai Utama PPM adalah seperti yang berikut:

BIL. JAWATAN DALAM PPM PEMEGANG

1 PENAUNG UTAMA SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG
(Atas jawatan)
2 PRESIDEN AGUNG YAB PERDANA MENTERI MALAYSIA
(Atas jawatan)
3 TIMBALAN PRESIDEN
AGUNG YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA
(Atas jawatan)
4 KETUA PENGAKAP
NEGARA BERTAULIAH [POR 12(1), POR 12(4)]
Dilantik oleh Yang DiPertuan Agong
5 KETUA PESURUHJAYA YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Paduka Dr. Hj. Shafie b. Hj. Mohd.
PENGAKAP NEGARA Salleh
BERTAULIAH [POR 11(4)]
Dipilh dalam Mesyuarat Agung PPM
YBhg. Mejar Jen. Prof. Dato’ Dr. Hj. Mohd. Zin bin Bidin

iii. Majlis Pengakap Negara

a. Kuasa tertinggi PPM ialah Majlis Pengakap Negara yang menjalankan tugas
utamanya dalam menentukan dasar, urus tadbir dan perjalanan PPM.

b. Berdasarkan POR 12(1) dan POR 12(4) dalam Perlembagaan PPM, KPN
secara automatik akan memegang jawatan sebagai Yang DiPertua MPN.

c. Jawatan-jawatan lain yang dipilih secara rasmi dalam MPN ialah:

(i) Timbalan Yang DiPertua

(ii) Naib Yang DiPertua (dua orang)

77

(iii) Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara
(iv) Penolong-penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara
(v) Pesuruhjaya Antarabangsa
(vi) Pesuruhjaya Latihan Negara
(vii) Pesuruhjaya Program
(viii) Ketua-ketua Pesuruhjaya Negeri
(ix) Setiausaha Majlis
(x) Bendahari Majlis
d. Selain daripada ahli rasmi, MPN juga terdiri daripada ahli-ahli jawatankuasa
yang dipilih dan dilantik dalam Mesyuarat Agung PPM. Ahli-ahli yang dipilih
ialah Wakil Ahli yang dipilih ke MPN (sekitar 22 orang).
e. Ahli-ahli yang dilantik ialah:
(i) Wakil Majlis Pengakap Negeri (seorang)
(ii) Wakil Kementerian Pendidikan Malaysia (seorang)
(iii) Wakil Kementerian Belia dan Sukan (seorang)
(iv) Wakil Kementerian Kewangan (seorang)
(v) Wakil Persatuan Pandu Puteri Malaysia (seorang)
(vi) Wakil Majlis Belia Malaysia (seorang).

78

f. Struktur organisasi adalah seperti yang berikut:
(i) Majlis Pengakap Negara:

BIL. JAWATAN DALAM PPM PEMEGANG
1 YANG DIPERTUA
Dijawat oleh Ketua Pengakap Negara [POR 12(1), POR 12(4)]
2 TIMBALAN YANG DIPERTUA YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Paduka Dr. Hj. Shafie b. Hj. Mohd. Salleh
Dipilih dalam Mesyuarat Agung PPM [POR 12(4)]
3 NAIB YANG DIPERTUA I YBhg. Datuk Md Sirat bin Abu
Dipilih dalam Mesyuarat Agung PPM [POR 12(4)]
4 NAIB YANG DIPERTUA II YBhg. Dato‘ Haji Ahmad Shazilly bin Ismail Bakti
Dipilih dalam Mesyuarat Agung PPM [POR 12(4)]
5 SETIAUSAHA MAJLIS YBhg. Datuk Zamani bin Tambichek
Dipilih dalam Mesyuarat Agung PPM [POR 12(4)]
6 BENDAHARI MAJLIS YM. Dato’ Raja Ruslan bin Raja Samah
Dipilih dalam Mesyuarat Agung PPM [POR 12(4)]
BIL. JAWATAN DALAM PPM YBhg. Tan Sri Dato‘ Haji Abdullah bin Haji Taib

7 WAKIL AHLI YANG DIPILIH KE PEMEGANG
MAJLIS PENGAKAP NEGARA
22 orang dipilih dalam Mesyuarat Agung PPM [POR 12(4)]
(Senarai nama seperti di bawah)*

* WAKIL AHLI YANG DIPILIH KE MAJLIS PENGAKAP NEGARA

1 Encik Mohd Ridhwan Bin Tan Sri Mohd Ali 2 YM.Dato’ Raja Ruslan bin Raja Samah

3 Tuan Haji Mohd. Mujab bin Sukaimi 4 YBhg. Prof. Datuk Dr. Mohd. Noh Bin Dalimin

5 Tuan Haji Ibrahim bin Haji Junid 6 YBhg. Datuk Haji Idris Bin Muhamood

7 YBhg. Ar. Dato‘ Sri Dr. Amer Hamzah Bin Mohd 8 YB. Datuk Seri Haji Irmohizam bin Ibrahim
Yunus

9 YBhg. Prof. Dato‘ Dr. Mohammad Shatar Sabran 10 YBhg. Prof. Datuk Dr. Mohd Tajudin bin Ninggal

11 Puan Zaharah Bt. Abd. Manaf 12 Tuan Hj Mohd Annuar bin Dato‘ Ngah

13 YBhg. Datuk Rashidy bin Jamil 14 YBhg. Dato‘ Helmy bin Jaafar
15 Encik Mohd. Nazlee bin Mohd. Baki 16 YBhg. Dato’ Lee Yuen Fong

17 YB. Dato‘ Haji Ahmad Zaini bin Haji Japar 18 Encik Ong Tai Hsian

19 YBhg. Dato’ Dr. Hoe Wat Sing (Ivan) 20 YBhg. Dato’ Azhar bin Ma’ah

21 Tuan Haji Abdul Halim bin Haji Abd. Kadir 22 Encik Muhammad Ammir bin Haron

79

(ii) Jawatankuasa Kerja Majlis Eksekutif Pengakap Malaysia (Exco
Members)

BIL. JAWATAN DALAM PPM PEMEGANG

1 YANG DIPERTUA Dijawat oleh Ketua Pengakap Negara [POR 12(1), POR 12(4)]
YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Paduka Dr. Hj. Shafie b. Hj. Mohd. Salleh

2 TIMBALAN YANG DIPERTUA Dipilih dalam Mesyuarat Agung PPM [POR 12(4)]
YBhg. Datuk Md Sirat bin Abu

3 NAIB YANG DIPERTUA I Dipilih dalam Mesyuarat Agung PPM [POR 12(4)]
YBhg. Dato‘ Haji Ahmad Shazilly bin Ismail Bakti

4 NAIB YANG DIPERTUA II Dipilih dalam Mesyuarat Agung PPM [POR 12(4)]
YBhg. Datuk Zamani bin Tambichek

5 SETIAUSAHA MAJLIS Dipilih dalam Mesyuarat Agung PPM [POR 12(4)]
YM. Dato’ Raja Ruslan bin Raja Samah

6 BENDAHARI MAJLIS Dipilih dalam Mesyuarat Agung PPM [POR 12(4)]
YBhg. Tan Sri Dato‘ Haji Abdullah bin Haji Taib

7 KETUA PESURUHJAYA Bertauliah [POR 11(4)]
PENGAKAP NEGARA Dipilih dalam Mesyuarat Agung PPM
YBhg. Mejar Jen. (B) Prof. Dato’ Dr. Hj. Mohd. Zin bin Bidin

TIMB. KETUA PESURUHJAYA

8 PENGAKAP NEGARA I Dipilih dalam Mesyuarat Agung PPM [POR 12(4)]
(YAYASAN PENGAKAP DAN BP YBhg Datuk Hj. Abdul Kader bin Md. Noor

GUILD)

TIMB. KETUA PESURUHJAYA

9 PENGAKAP NEGARA II Dipilih dalam Mesyuarat Agung PPM [POR 12(4)]
(SABAH, SARAWAK DAN WP YBhg Datuk Dr. Awang Zainie bin Hj. Suntim

LABUAN)

10 PESURUHJAYA ANTARABANGSA Bertauliah [POR 11(6)]
YBhg. Dr. Muhammed Mukhyuddin bin Sarwani

11 PESURUHJAYA LATIHAN NEGARA Sijil Kehormatan daripada WOSM [POR 11 (8)]
YBsh. Tn. Hj. Ishak bin Mohd. Jonid

12 PESURUHJAYA PROGRAM Bertauliah [POR 11(6)]
YBsh. Tn. Hj. Mohd. Zulkifli bin Dato’ Hj. Maulud

PEN. KETUA PESURUHJAYA Bertauliah [POR 11(3)]
13 PENGAKAP NEGARA YBsh. Tn. Hj. Nasaruddin bin Shamsuddin

(AKADEMI PENGAKAP)

80

BIL. JAWATAN DALAM PPM PEMEGANG
Bertauliah [POR 11(3)]
PEN. KETUA PESURUHJAYA YBhg. Datuk Hj. Zakran bin Abdul Manan
14 PENGAKAP NEGARA
Bertauliah [POR 11(3)]
(PENGURUSAN) YBsh. En. Amer Hamzah bin Aman

PEN. KETUA PESURUHJAYA Bertauliah [POR 11(3)]
YBsh. En. Ahmad Sabri bin Ahmad
15 PENGAKAP NEGARA
(MESSENGER OF PEACE DAN Bertauliah [POR 11(3)]
YBsh. En. Gordon Koh Hong Kian
BICARA TOKOH)
Bertauliah [POR 11(3)]
PEN. KETUA PESURUHJAYA YBsh. En. Paramasivam Palany
16 PENGAKAP NEGARA
Bertauliah [POR 11(3)]
(PROFIL KEPENGAKAPAN) YBsh. En. T. Gunaselan

PEN. KETUA PESURUHJAYA Bertauliah [POR 11(3)]
17 PENGAKAP NEGARA YBsh. Tn. Hj. Yaacob bin Abdul Karim

(PENAJAAN DAN SUMBANGAN) Bertauliah [POR 11(3)]
YBsh. En. Shah Anuar bin Harun
PEN. KETUA PESURUHJAYA
Bertauliah [POR 11(3)]
18 PENGAKAP NEGARA YBsh. Pn. Hjh. Normah binti Mohd. Yusuf
(PERUNDANGAN, PATERN & HAK
Bertauliah [POR 11(3)]
MILIK INTELEKTUAL) YBsh. En. Jamaludin bin Jamal @ Jinal

PEN. KETUA PESURUHJAYA Bertauliah [POR 11(3)]
19 PENGAKAP NEGARA YBsh. En. Kalaimani Supramaniam

(PERUNDANGAN DAN BP GUILD) Dilantik (1 orang)
YBsh. Dr. Mohd. Ghani bin Mohd. Yusof
PEN. KETUA PESURUHJAYA Dilantik (1 orang)
20 PENGAKAP NEGARA YBsh. En. Nazar bin Mamat
Dilantik (1 orang)
(KEROHANIAN) YBsh. Tuan Haji Nor Muhammad bin Che Dan

PEN. KETUA PESURUHJAYA
21 PENGAKAP NEGARA

(KESENIAN DAN KEBUDAYAAN)

PEN. KETUA PESURUHJAYA
22 PENGAKAP NEGARA

(HAL EHWAL WANITA)

PEN. KETUA PESURUHJAYA
23 PENGAKAP NEGARA

(SUMBER DEWASA [AIS])

PEN. KETUA PESURUHJAYA

24 PENGAKAP NEGARA
(ALAM SEKITAR

KEPENGAKAPAN)

25 WAKIL KEMENTERIAN BELIA DAN
SUKAN

26 WAKIL KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA

27 WAKIL KEMENTERIAN
KEWANGAN MALAYSIA

81

(iii) Ketua-ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri (Bertauliah – 17 orang)

BIL. NEGERI PEMEGANG

1 PPP NEGERI PERLIS En. Azmi bin Abdullah
2 PPP NEGERI KEDAH Tn. Hj. Mohd. Nizar bin Hj. Yusuf
3 PPP NEGERI PULAU PINANG Tn. Hj. Zulkafli bin Kamaruddin
4 PPP NEGERI PERAK Tn. Hj. Ahmad Azam Shah bin Abd. Majid
5 PPP NEGERI SELANGOR Tn. Hj. Ishak bin Mohd. Jonid
6 PPP NEGERI WP KUALA LUMPUR Dato’ Dr. Elli bin Mohd Tahir
7 PPP NEGERI NEGERI SEMBILAN En. Hamdan bin Hj. Mohd. Nor

BIL. NEGERI PEMEGANG

8 PPP NEGERI MELAKA En. Mohd. Zamir bin Mohd. Sharif

9 PPP NEGERI JOHOR Tn. Hj. Yaacob bin A. Karim

10 PPP NEGERI PAHANG YH Dato’ Lias bin Mohd. Nor

11 PPP NEGERI TERENGGANU Tn. Hj. Che Soh bin Muda

12 PPP NEGERI KELANTAN Tn. Hj. Aminuddin bin Mohamad

13 PPP NEGERI SARAWAK En. Sudaryo bin Osman

14 PPP NEGERI SABAH YBhg Datuk Awang Zainie bin Hj. Suntim

15 PPP NEGERI WP LABUAN En. Hong Heng Chee

16 MAJLIS PENGAKAP KUMPULAN LATIHAN En. Zainal Ariff bin Mat
MALAYSIA IPG, KPM (MPKLMIPG)

17 KUMPULAN LATIHAN KELANASISWA YBhg. Prof. Madya. Dr. Abdul Rashid bin Mohamad
MALAYSIA (KLKM)

Struktur dan Organisasi Peringkat Negeri

i. Pentadbiran pengakap di peringkat negeri atau PPM Negeri diurus tadbir oleh
Majlis Pengakap Negeri (MPNg) yang diketuai oleh seorang Yang DiPertua MPNg.
Yang DiPertua MPNg dilantik oleh PPM.

ii. MPNg menjalankan urus tadbir PPM Negeri berdasarkan Undang-undang Kecil
PPM Negeri yang terikat dengan POR PPM. Berdasarkan Undang-undang Kecil ini,
PPM Negeri mempunyai kuasa untuk menubuhkan Jawatankuasa Eksekutif dan
Jawatankuasa Tadbir untuk menjalankan tugas-tugas MPNg. Ahli MPNg terdiri
daripada (bergantung kepada Undang-undang Kecil PPM Negeri):

a. Penaung

b. Yang DiPertua

c. Naib Yang DiPertua

d. Pengerusi

e. Timbalan Pengerusi

f. Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri

832

g. Penolong-penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri
h. Ahli Jawatankuasa:

(i) Ahli Beruniform
(ii) Ahli Tidak Beruniform
i. Ex-Officio (pegawai daripada PPM atau MPNg)
(i) Juruaudit Dalaman (dua orang)
iii. Contoh Carta Organisasi Jawatankuasa Tadbir sebuah PPM Negeri adalah seperti
yang berikut:

83

Struktur dan Organisasi Peringkat Daerah
i. Pentadbiran pengakap di peringkat daerah atau PPM Daerah diurus tadbir oleh
Majlis Pengakap Daerah (MPD) yang diketuai oleh seorang Yang DiPertua MPD.
Yang DiPertua MPD dilantik oleh PPM.
ii. MPD menjalankan urus tadbir PPM Daerah berdasarkan Undang-undang Kecil
PPM Negeri yang terikat dengan POR PPM. Berdasarkan Undang-undang Kecil ini,
PPM Negeri mempunyai kuasa untuk menasihati MPD menubuhkan Jawatankuasa
Eksekutif dan Jawatankuasa Tadbir MPD untuk menjalankan tugas-tugas MPNg.
Ahli MPD terdiri daripada (bergantung kepada Undang-undang Kecil PPM Negeri):
a. Penaung
b. Yang DiPertua
c. Naib Yang DiPertua
d. Pengerusi
e. Timbalan Pengerusi
f. Pesuruhjaya Pengakap Daerah
g. Penolong-penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah
h. Ahli Jawatankuasa:
(i) Ahli Beruniform
(ii) Ahli Tidak Beruniform
i. Juruaudit Dalaman (dua orang)
iii. Contoh Carta Organisasi sebuah Jawatankuasa Tadbir MPD adalah seperti yang
berikut:

84

Struktur dan Organisasi Peringkat Kumpulan/Sekolah

i. Pergerakan Pengakap di peringkat Kumpulan atau Sekolah amat penting kerana
kumpulanlah yang akan menentukan perjalanan hidup sebuah pergerakan
pengakap di peringkat negeri dan negara.

ii. Setiap sekolah tidak semestinya mempunyai satu kumpulan pengakap. Jika ahli
pengakap melebihi 36 orang, sekolah tersebut perlu menubuhkan dua kumpulan
pengakap.

iii. Oleh itu, amat penting untuk membentuk sebuah pentadbiran pengakap yang jitu
dan mantap agar perjalanan pengakap di peringkat sekolah akan sentiasa berjalan
dan hidup.

iv. Pergerakan pengakap di peringkat kumpulan atau sekolah ditadbir oleh
Jawatankuasa Tadbir Pengakap Kumpulan yang terdiri daripada:

a. Kuasa Penganjur/Pengerusi – Pengetua/Guru Besar Sekolah

b. Setiausaha – Pemimpin Pengakap, iaitu guru pengakap di sekolah
berkenaan

c. Bendahari – Penolong Pemimpin Pengakap, iaitu guru pengakap di

sekolah yang berkenaan atau wakil PIBG

d. Jawatankuasa– Dilantik dalam kalangan guru, wakil PIBG dan/atau individu
yang berminat

iv. Bagi melancarkan perjalanan aktiviti pergerakan pengakap kumpulan,
Jawatankuasa Tadbir akan dibantu oleh Jawatankuasa Kerja atau Jawatankuasa
Kerja Kumpulan yang terdiri daripada:

85

a. Seorang Pengerusi

b. Seorang Setiausaha

c. Seorang Bendahari

d. Empat orang atau lebih Ahli Jawatankuasa.

Struktur dan Organisasi Peringkat Institut Pendidikan Guru Malaysia

i. Menurut Undang-undang Kecil Majlis Pengakap Kumpulan Latihan Malaysia,
Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia atau MPKLMIPG [Bil.
11(a)], maka hendaklah ada sebuah Majlis Pengakap Kumpulan Latihan Malaysia
bagi menjaga dan mengawasi Pergerakan Pengakap di Institut Pendidikan Guru
yang berdaftar dan bertauliah yang ditandatangani oleh Ketua Pengakap Negara
dan dikeluarkan oleh Ibu Pejabat, PPM.

ii. MPKLMIPG diiktiraf sebagai sebuah negeri pengakap sama seperti PPM Negeri
Perak, PPM Negeri Johor dan seumpamanya. Oleh sebab itu, sistem pentadbiran
MPKLMIPG adalah sama seperti sistem pentadbiran yang diamalkan negeri PPM
Negeri yang lain. Yang membezakan hanyalah disebabkan oleh sedikit perbezaan
yang terdapat di dalam Undang-undang Kecil PPM Negeri masing-masing.

iii. Tugas-tugas MPKLMIPG adalah seperti yang berikut:

a. memajukan kebajikan pergerakan pengakap di IPG;

b. mengaturkan kerjasama di antara IPG dalam kursus kepemimpinan
pengakap;

c. memilih jawatankuasa kerja, jawatankuasa kewangan dan
jawatankuasa-jawatankuasa kecil yang lain untuk menjalankan tugas-tugas
tertentu, jika perlu;

d. menghantar satu salinan laporan tahunan MPKLMIPG kepada Ibu Pejabat,
PPM tidak lewat daripada 15 November pada setiap tahun;

e. bertindak bersama-sama dengan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri
MPKLMIPG dalam semua perkara yang berkaitan dengan kewangan dan
harta benda MPKLMIPG mengikut Peraturan-Peraturan dalam Bahagian III,
Seksyen V Peraturan, PPM;

f. menerbit, menyiar dan menjual buku-buku dan risalah-risalah yang sesuai
untuk kegunaan anggota MPKLMIPG dengan syarat kandungan sesuatu
penerbitan itu telah disahkan oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara;

g. mencari dan mentadbirkan segala wang, sama ada dicari, dermaan, yuran
kurniaan atau diterima daripada sebarang punca yang sesuai dengan

86

peraturan-peraturan ini untuk pembangunan kepengakapan di MPKLMIPG;
dan

h. menguruskan mesyuarat-mesyuarat, perhimpunan-perhimpunan,

persidangan-persidangan dan gerak-gerak kerja MPKLMIPG secara

bersama untuk faedah MPKLMIPG dan para anggotanya.

iv. MPKLMIPG diurus tadbir oleh Majlis Pengakap Negeri berdasarkan
Undang-undang Kecil PPM Negeri yang terikat dengan POR PPM. Pengurusan
dan pentadbiran MPKLMIPG melibatkan empat buah majlis atau jawatankuasa
tadbir, iaitu:

a. Majlis Eksekutif;

b. Majlis Tadbir;

c. Majlis Tadbir Zon/Jawatankuasa Tadbir Zon; dan

d. Majlis Pesuruhjaya Daerah/Jawatankuasa Tadbir Daerah.

v. Majlis Eksekutif MPKLMIPG:

Barisan kepemimpinan Majlis Eksekutif MPKLMIPG disandang atas nama jawatan
yang mereka jawat dalam perkhidmatan awam seperti yang berikut:

a. Ahli-ahli rasmi:

(i) Penaung Utama:
Menteri Pendidikan Malaysia.

(ii) Penaung:
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia,
Kementerian Pendidikan Malaysia.

(iii) Yang Dipertua:
Rektor,
Institut Pendidikan Guru Malaysia,
Kementerian Pendidikan Malaysia.

(iv) Naib Yang Dipertua:
Timbalan Rektor,
Institut Pendidikan Guru Malaysia, KPM.

(v) Pengerusi:
Pengarah,
Pusat Pembangunan Akademik,
IPGM, KPM.

(vi) Timbalan Pengerusi I:
Pengarah,
Sektor Hal Ehwal Pelajar dan Hubungan Luar,
IPGM, KPM.

87

(vii) Timbalan Pengerusi II:
Pengarah/Ketua Jabatan,
Jabatan Kepimpinan dan Pembangunan Profesionalisme,
IPGM, KPM.

(viii) Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri:
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Siswazah) yang sedang
berkhidmat di IPGM atau di IPG. Memiliki sekurang-kurangnya tiga butir
manik kayu dan telah berada dalam MPKLMIPG lebih daripada lima
tahun serta berumur lebih daripada 40 tahun.

(ix) Setiausaha Kehormat:
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Siswazah) yang sedang
berkhidmat di IPGM atau di IPG dan memiliki sekurang-kurangnya tiga
butir manik kayu serta telah berada dalam MPKLMIPG lebih daripada
lima tahun. Jawatan ini boleh juga disandang oleh mereka yang bukan
ahli pengakap (taraf KEHORMAT) dengan memakai epolet berwarna
hijau.

(x) Penolong Setiausaha Kehormat 1:
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Siswazah) yang sedang
berkhidmat di IPG dan memiliki sekurang-kurangnya dua butir manik
kayu serta telah berada dalam MPKLMIPG lebih daripada lima tahun.
Jawatan ini boleh juga disandang oleh mereka yang bukan ahli
pengakap (taraf KEHORMAT) dengan memakai epolet berwarna hijau.

(xi) Penolong Setiausaha Kehormat 2:
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Siswazah) yang sedang
berkhidmat di Pusat Pembangunan Akademik, IPGM, KPM dan
memiliki sekurang-kurangnya dua butir manik kayu serta telah berada
dalam MPKLMIPG lebih daripada lima tahun. Jawatan ini boleh juga
disandang oleh mereka yang bukan ahli pengakap (taraf KEHORMAT)
dengan memakai epolet berwarna hijau.

(xii) Penolong Setiausaha Kehormat 3:
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Siswazah) yang sedang
berkhidmat di Sektor Hal Ehwal Pelajar dan Hubungan Luar, IPGM,
KPM dan memiliki sekurang-kurangnya dua butir manik kayu serta
telah berada dalam MPKLMIPG lebih daripada lima tahun. Jawatan ini
boleh juga disandang oleh mereka yang bukan ahli pengakap (taraf
KEHORMAT) dengan memakai epolet berwarna hijau.

(xiii) Penolong Setiausaha Kehormat 4:
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Siswazah) yang sedang
berkhidmat di Jabatan Kepimpinan dan Pembangunan Profesionalisme,
IPGM, KPM dan memiliki sekurang-kurangnya dua butir manik kayu
serta telah berada dalam MPKLMIPG lebih daripada lima tahun.
Jawatan ini boleh juga disandang oleh mereka yang bukan ahli
pengakap (taraf KEHORMAT) dengan memakai epolet berwarna hijau.

88

(xiv) Bendahari Kehormat:
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Siswazah) yang sedang
berkhidmat di IPGM atau di IPG dan memiliki sekurang-kurangnya tiga
butir manik kayu serta telah berada dalam MPKLMIPG lebih daripada
lima tahun. Jawatan ini boleh juga disandang oleh mereka yang bukan
ahli pengakap (taraf KEHORMAT) dengan memakai epolet berwarna
hijau.

(xv) Penolong Bendahari Kehormat (jika perlu):
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Siswazah) yang sedang
berkhidmat di IPGM atau di IPG dan memiliki sekurang-kurangnya tiga
butir manik kayu serta telah berada dalam MPKLMIPG lebih daripada
lima tahun. Jawatan ini boleh juga disandang oleh mereka yang bukan
ahli pengakap (taraf KEHORMAT) dengan memakai epolet berwarna
hijau.

b. Ahli-ahli yang Dilantik:

(xvi) Pengerusi Zon:
Pengarah, IPG yang sama dengan Penolong Ketua Pesuruhjaya
Pengakap MPKLMIPG: Unit Zon (yang berkenaan). Jawatan ini boleh
juga disandang oleh mereka yang bukan ahli pengakap (taraf
KEHORMAT) dengan memakai epolet berwarna hijau.

(xvii) Timbalan Pengerusi Zon
Pengarah, IPG dalam zon yang sama dengan Penolong Ketua
Pesuruhjaya Pengakap MPKLMIPG: Unit Zon (yang berkenaan) atau
Timbalan Pengarah, IPG yang sama dengan Penolong Ketua
Pesuruhjaya Pengakap MPKLMIPG: Unit Zon (yang berkenaan).
Jawatan ini boleh juga disandang oleh mereka yang bukan ahli
pengakap (taraf KEHORMAT) dengan memakai epolet berwarna hijau.

c. Ahli-ahli Beruniform:

(xviii) Penolong-penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri:
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Siswazah) yang sedang
berkhidmat di IPGM atau di IPG dan memiliki sekurang-kurangnya tiga
butir manik kayu serta telah berada dalam MPKLMIPG lebih daripada
lima tahun.

89

d. Ahli-ahli yang Dipilih:
(ix) Dua orang Pemeriksa Kira-kira/Juruaudit:
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Siswazah) yang sedang
berkhidmat di IPGM atau di IPG dan memiliki sekurang-kurangnya dua
butir manik kayu serta telah berada dalam MPKLMIPG lebih daripada
lima tahun.

e. Ex-Officio:
(x) Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara;
(xi) Ketua Setiausaha Eksekutif, PPM;
(xii) Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara: Latihan;
(xiii) Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara: Program.

vi. Majlis Tadbir MPKLMIPG:
Maka hendaklah diwujudkan suatu Majlis Tadbir bagi Majlis Pengakap Kumpulan
Latihan Malaysia. Majlis Tadbir ini hendaklah mengandungi ahli seperti yang
berikut:
a. Ahli-ahli rasmi:
(i) Pengerusi
(ii) Timbalan Pengerusi I
(iii) Timbalan Pengerusi II
(iv) Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri
(v) Setiausaha Kehormat:
(vi) Penolong Setiausaha Kehormat 1
(vii) Penolong Setiausaha Kehormat 2
(viii) Penolong Setiausaha Kehormat 3
(ix) Penolong Setiausaha Kehormat 4
(x) Bendahari Kehormat
(xi) Penolong Bendahari Kehormat (jika perlu)
(xii) Penolong-penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri

90

b. Ahli-ahli yang dipilih:

(xiii) Dua orang Pemeriksa Kira-kira/Juruaudit.

vii. Majlis atau Jawatankuasa Tadbir Zon:

Majlis atau Jawatankuasa Tadbir MPKLMIPG Unit Zon ditubuhkan untuk menjaga
dan menguruskan kebajikan dan aktiviti zon seperti yang berikut:

a. Ahli-ahli rasmi:

(i) Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri MPKLMIPG: Unit Zon

(ii) Pesuruhjaya-pesuruhjaya Daerah KLMIPG (dalam zon berkaitan)

(iii) Penolong-penolong Pesuruhjaya Daerah KLMIPG (dalam zon
berkaitan).

b. Ahli yang Dilantik:

(iv) Pengerusi:
Pengarah, IPG yang sama dengan Penolong Ketua Pesuruhjaya
Pengakap MPKLMIPG: Unit Zon (yang berkenaan). Jawatan ini boleh
juga disandang oleh mereka yang bukan ahli pengakap (taraf
KEHORMAT) dengan memakai epolet berwarna hijau.

(v) Timbalan Pengerusi Zon
Pengarah, IPG dalam zon yang sama dengan Penolong Ketua
Pesuruhjaya Pengakap MPKLMIPG: Unit Zon (yang berkenaan) atau
Timbalan Pengarah, IPG yang sama dengan Penolong Ketua
Pesuruhjaya Pengakap MPKLMIPG: Unit Zon (yang berkenaan).
Jawatan ini boleh juga disandang oleh mereka yang bukan ahli
pengakap (taraf KEHORMAT) dengan memakai epolet berwarna hijau.

(vi) Setiausaha Kehormat;

(vii) Penolong Setiausaha Kehormat;

(viii) Bendahari Kehormat;

(ix) Kuarter Master Alatan;

(x) Kuarter Master Makanan;

(xi) Dua ahli biasa (bukan beruniform); dan
(xii) Dua orang pemeriksa kira-kira/Juruaudit.

c. Senarai tugas:
Bertanggungjawab kepada Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri MPKLMIPG,
Pengerusi dan Timbalan Pengerusi MPKLMIPG: Unit Zon bagi tujuan
kebajikan, kemajuan dan latihan kepemimpinan dan pergerakan,

91


Click to View FlipBook Version