Berhenti! Ke dalam pusing!
Pasukan Panji-Panji! Jalankan tugas!
(Pasukan Panji-Panji keluar baris dan masuk baris di luar
Ladam Kuda)
Ketua Pasukan Panji-Panji:
Pasukan Panji-Panji! Masuk Baris!
Cepat Jalan!
Berhenti:
Ke kiri/kanan, Pusing!
(Ketua Pasukan Panji-Panji mengambil selangkah ke
hadapan dan mengibarkan bendera. Semua ahli memberi
isyarat hormat kecuali Pasukan Panji-Panji dan terus
menyanyi Lagu Dunia/World Song. Ketua mengambil satu
langkah ke belakang).
Hormat bendera, Hormat!
(Pasukan Panji-Panji memberi isyarat hormat).
Ke kiri/kanan, Pusing! Cepat Jalan!
Berhenti!
Keluar Baris!
(Pasukan Panji-Panji keluar baris dan masuk Ladam Kuda)
Kapten: Doa!
(Pembaca doa ambil selangkah ke hadapan)
Pembaca Doa: Up!
(Semua ahli menadah tangan
untuk berdoa)
Up!
(Semua ahli menurunkan tangan.
Pembaca doa mengambil selangkah
ke belakang).
142
Kapten:Kata-Kata Hikmah!
(Pemberi kata-kata hikmah mengambil selangkah ke
hadapan dan memberi kata-kata hikmah dengan jelas lalu
mengambil selangkah kembali ke belakang).
Senang Diri!
(Kapten/pemimpin lain memberi pesanan ataupun arahan
untuk aktiviti selanjutnya).
Pasukan, Sedia!
Keluar Baris!
Ladam Kuda
Cara Kedua: Bilangan kurang daripada 20 orang.
Kapten: Pasukan!
(Semua ahli diam dalam keadaan sedia dan mengadap
Kapten)
Pasukan Panji-Panji, Masuk baris!
(Pasukan Panji-Panji berbaris mengadap Kapten dalam
keadaan senang diri – bahu ke bahu. Ketua Pasukan
Panji-Panji harus berdiri empat langkah di hadapan
Kapten.)
Pasukan! Masuk Baris!
(Semua ahli berbaris di belakang kedua-dua pengiring
Ketua Panji-Panji dalam keadaan senang diri).
143
Kapten:Pasukan, Sedia!
Pasukan akan bentuk Ladam Kuda.
Ke bentuk Ladam Kuda, Cepat Gerak!
(Ahli-ahli bergerak dari kiri dan kanan sisi pengiring Ketua
Pasukan Panji-Panji terus ke hadapan untuk membentuk
Ladam Kuda)
Berhenti! Ke dalam pusing!
Pasukan Panji-Panji! Jalankan tugas!
Ketua Pasukan Panji-Panji:
Pasukan Panji-Panji! Cepat Jalan!
(Pasukan Panji-Panji mara ke hadapan bersama menuju
tiang bendera)
Berhenti!
(Ketua Pasukan Panji-Panji mengambil selangkah ke
hadapan dan terus mengibar bendera. Semua ahli
memberi isyarat hormat kecuali Pasukan Panji-Panji dan
terus menyanyi Lagu Dunia/World Song. Ketua mengambil
satu langkah ke belakang).
Hormat bendera, Hormat!
(Pasukan Panji-Panji memberi isyarat hormat).
Ke belakang, Pusing! Cepat Jalan!
Berhenti!
Ke dalam Pusing!
Kapten: Doa!
(Pembaca doa ambil selangkah ke hadapan)
Pembaca Doa: Up!
(Semua ahli menadah tangan untuk
berdoa)
Up!
(Semua ahli menurunkan tangan.
Pembaca doa mengambil selangkah
ke belakang).
144
Kapten:Kata-Kata Hikmah!
(Pemberi kata-kata hikmah mengambil selangkah ke
hadapan dan memberi kata-kata hikmah dengan jelas lalu
mengambil selangkah kembali ke belakang).
Senang Diri!
(Kapten/pemimpin lain memberi pesanan ataupun arahan
untuk aktiviti selanjutnya).
Pasukan, Sedia!
Keluar Baris!
ii. Istiadat Pelantikan
Sebelum dilantik, seseorang ahli baharu harus memahami dan
menghayati Persetiaan dan Undang-Undang Pandu Puteri.
Semua ahli harus memakai uniform lengkap.
Istiadat pelantikan dilaksanakan dalam bentuk Ladam Kuda
selepas selesai istiadat mengibar bendera.
Ahli-ahli baharu boleh dibawa mengikut kumpulan tetapi dilantik
seorang demi seorang.
Kapten: Ketua Kumpulan ………….. (Contoh: Bunga Raya),
bawa ahli baharu untuk dilantik!
(Ketua Kumpulan Bunga Raya mengambil
selangkah ke hadapan)
Ketua Kumpulan Bunga Raya:
Ahli baharu, selangkah ke hadapan gerak!
Cepat jalan!
Berhenti!
(Ketua Kumpulan Bunga Raya berkawad kepada
Kapten, berhenti, beri isyarat hormat)
145
Selamat pagi/petang Kapten. Saya bawa
seramai ……… (bilangan) orang ahli baharu untuk
dilantik.
(Ketua Kumpulan Bunga Raya beri isyarat hormat
dan undur).
Kapten: (Bergerak mengadap ahli baharu dan sebut
namanya)
…………….. (Nama ahli baharu), apakah
kemuliaan anda?
Ahli Baharu: Kemuliaan saya ialah saya boleh dipercayai.
Kapten: Bolehkah saya menaruh kepercayaan ke atas
kemuliaan anda untuk menunaikan kewajipan anda
kepada Tuhan, Raja dan Negara kita Malaysia,
menolong orang setiap masa dan mematuhi
Undang-Undang Pandu Puteri?
Ahli Baharu: Ya, boleh.
(Sambil memberi isyarat hormat, ahli baharu
melafaz dengan jelas Persetiaan Pandu Puteri)
Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan
bersetia dengan sedaya upaya untuk menunaikan
kewajipan saya kepada Tuhan, Raja dan negara
kita Malaysia, menolong orang setiap masa dan
mematuhi Undang-Undang Pandu Puteri.
Kapten: (Menyemat lencana pelantikan Pandu Puteri Kadet
pada skaf ahli baharu)
Dengan lafaz Persetiaan Pandu Puteri, anda adalah
seorang ahli Pandu Puteri sedunia. Tahniah. Saya
berharap anda akan membuat khidmat
sekurang-kurangnya sekali dalam sehari.
(Menghulurkan tangan kiri dan berjabat tangan)
146
Ahli Baharu: Ya, boleh. Terima kasih, Kapten
Apabila setiap ahli baharu dalam kumpulan selesai dilantik, Ketua
Kumpulannya memberi arahan:
Hormat bendera, Hormat!
(Semua ahli yang baru dilantik memandang bendera Persatuan
Pandu Puteri Malaysia yang dikibarkan sambil memberi isyarat
hormat)
Ke belakang, Pusing!
Hormat Pasukan, Hormat!
(Semua ahli yang baru dilantik pusing ke belakang mengadap
Pasukan dan beri isyarat hormat. Ahli-ahli Pasukan dalam Ladam
Kuda membalas isyarat hormat)
Ke kiri/kanan, Pusing!
Cepat Jalan!
(Ketua Kumpulan membawa ahli/ahli-ahli yang baru dilantik balik
ke dalam Ladam Kuda)
Berhenti!
Ke kiri/kanan, Pusing!
Selangkah ke belakang, Gerak!
Seterusnya, Kapten memberi arahan kepada Ketua Kumpulan lain
untuk membawa ahli-ahli baharunya untuk dilantik.
Struktur Dan Organisasi Pertubuhan
Struktur Organisasi Di Peringkat Antarabangsa
Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia atau World Association of
Girl Guides and Girl Scouts (WAGGGS) adalah ditadbir oleh Lembaga Dunia
(World Board) yang dianggotai oleh 17 ahli WAGGGS yang aktif dari seluruh
dunia. 12 orang ahli Lembaga Dunia dipilih secara demokratik di Persidangan
Dunia yang diadakan setiap tiga tahun. Lima Pengerusi Rantau pula dipilih oleh
rantau masing-masing ketika Konferen Rantau yang diadakan setiap tiga tahun.
Sila layari laman sesawang berikut untuk maklumat lanjut:
https://www.wagggs.org/en/about-us/governance/world-board-and-committees/
147
Struktur Organisasi Di Peringkat Kebangsaan
STRUKTUR ORGANISASI PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA
PENAUNG DIRAJA
YANG DIPERTUA
TIMBALAN YANG DIPERTUA
KETUA PESURUHJAYA
TIMBALAN KETUA PESURUHJAYA
LEMBAGA EKSEKUTIF KEBANGSAAN MAJLIS KETUA MAJLIS STAF IBU
PESURUHJAYA JURULATIH PEJABAT
YDP CAWANGAN
PJ STRUKTUR & PENGURUSAN CAWANGAN KEBANGSAAN
PJ ANTARABANGSA MAJLIS PANDU PUTERI RENJER
PJ KEAHLIAN
PJ GUILD
PJ PANDU PUTERI TUNAS
PJ PERHUB. DGN MSYKT
PJ PANDU PUTERI REMAJA
PJ PANDU PUTERI RENJER
PJ PANDU PUTERI DEWASA
PJ PROGRAM
PJ LATIHAN
SU KEHORMAT
BENDAHARI KEHORMAT
PENASIHAT UNDANG-UNDANG
148
Struktur Organisasi Di Peringkat Cawangan
Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai 18 cawangan iaitu Cawangan
Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kuala Lumpur, Selangor, Cawangan
Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah, Sarawak,
Putrajaya, Institut Pendidikan Guru, Labuan dan Maktab Rendah Sains MARA.
149
Struktur Organisasi Di Peringkat Daerah
Setiap cawangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai struktur organisasi di peringkat
daerah. Sebagai contoh, Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Pulau Pinang, Daerah
Balik Pulau.
150
Struktur Organisasi Di Peringkat Sekolah Rendah
PASUKAN PANDU PUTERI TUNAS
PASUKAN PANDU PUTERI TUNAS KE ………
DAERAH .....................................
SEKOLAH .............K...A...K....A...K....S...E...T...I.A.............................
SITI SETIA
KETUA PASUKAN
KETUA KETUA KETUA KETUA KETUA KETUA
KUMPULAN
KUMPULAN KUMPULAN KUMPULAN KUMPULAN KUMPULAN
BERENAM BERENAM BERENAM BERENAM BERENAM BERENAM
PENOLONG PENOLONG PENOLONG PENOLONG PENOLONG PENOLONG
KETUA KETUA KETUA KETUA KETUA KETUA
KUMPULAN KUMPULAN KUMPULAN KUMPULAN KUMPULAN KUMPULAN
BERENAM BERENAM BERENAM BERENAM BERENAM BERENAM
KUMPULAN KUMPULAN KUMPULAN KUMPULAN KUMPULAN KUMPULAN
BUNGA BUNGA BUNGA BUNGA BUNGA BUNGA
TERATAI MELUR SIANTAN
CEMPAKA KENANGA KESIDANG
(AHLI) (AHLI) (AHLI)
(AHLI) (AHLI) (AHLI)
151
Struktur Organisasi Di Peringkat Sekolah Menengah
PASUKAN PANDU PUTERI REMAJA
PASUKAN PANDU PUTERI REMAJA KE ………
DAERAH .....................................
SEKOLAH MENENGAH................................................
KAPTEN
LEFTENAN
KETUA PASUKAN
SETIAUSAHA
BENDAHARI
KETUA KETUA KETUA KETUA KETUA KETUA
KUMPULAN KUMPULAN KUMPULAN KUMPULAN KUMPULAN KUMPULAN
PENOLONG PENOLONG PENOLONG PENOLONG PENOLONG PENOLONG
KETUA KETUA KETUA KETUA KETUA KETUA
KUMPULAN KUMPULAN KUMPULAN KUMPULAN KUMPULAN KUMPULAN
(AHLI) (AHLI) (AHLI) (AHLI) (AHLI) (AHLI)
152
FUNGSI MAJLIS TADBIR
Majlis Tadbir Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Institut Pendidikan Guru
dikenali sebagai Lembaga Eksekutif Cawangan (LEC). Berikut adalah antara tugas dan
tanggungjawab LEC:
i. Bertindak bagi pihak Majlis Cawangan
ii. Menetapkan objektif-objektif, mengkaji semula, meluluskan dan memimpin
strategi dan perancangan, peruntukan belanja dan mengawasi pelaksanaan
acara
ii. Memastikan dan menyelia program latihan terancang;
iii. Menghasilkan dan melaksanakan program-program untuk komunikasi yang
berkesan dengan ahli-ahli di semua kampus;
iv. Mengkaji kecukupan dan integriti sistem laporan perakaunan dan
kewangan, sistem kawalan kewangan dan pematuhan dengan Persetiaan dan
Undang-Undang Persatuan Pandu Puteri Malaysia;
iii. Mencalonkan Ketua Pesuruhjaya Cawangan.
Pengurusan Dan Pentadbiran
Pendaftaran Ahli
Pengurusan dan pentadbiran sesebuah Pasukan Pandu Puteri adalah
berdasarkan Dasar Perlembangaan dan Undang-Undang (DPU) Persatuan
Pandu Puteri Malaysia.
Sebagai seorang ahli Pandu Puteri Kadet, pelajar harus menjadi seorang ahli
yang berdaftar, memiliki pakaian seragam serta menguasai tatacara
pemakaiannya dengan betul dan kemas, menyedia dan menguruskan folio log,
mengenalpasti cara merancang aktiviti di samping memahami tanggungjawab
seseorang pemimpin Pandu Puteri.
Pasukan perlu mengemaskinikan dan membaharui pendaftaran tahunan
ahli-ahlinya dengan ibu pejabat kebangsaan melalui e-daftar di laman sesawang
Persatuan Pandu Puteri Malaysia (http://www.panduputeri.org.my)
Pembaharuan pendaftaran tahunan berserta bayaran yuran ahli perlu dihantar ke
ibu pejabat kebangsaan tidak lewat daripada 30 Mac setiap tahun melalui
Pesuruhjaya Daerah dan Ketua Pesuruhjaya Cawangan .
153
Struktur Pasukan
Pengurusan dan pentadbiran sesebuah Pasukan Pandu Puteri adalah mengikut
kategori keahlian seperti yang tertera dalam jadual berikut. Pasukan untuk
kanak-kanak dan wanita remaja biasanya bertapak di sekolah atau institusi
pendidikan. Ia dipimpin oleh wanita dewasa (pemimpin) telah menerima latihan
mentadbir dan mengurus pasukan.
PASUKAN/GUILD PEMIMPIN GELARAN Yuran
PEMIMPIN Tahunan
Pasukan Kelip-Kelip Ketua
(5 – 6 tahun) Penolong Kakak Setia PPPM
Siti Setia RM2
Pasukan Pandu Puteri Tunas Ketua
(7 – 12 tahun) Penolong Kakak Setia RM2
Siti Setia RM2
Pasukan Pandu Puteri Remaja Ketua RM2
(13 – 15 tahun) Penolong Kapten
Leftenan RM5
Pasukan Pandu Puteri Renjer Ketua
(16 – 17 tahun) Penolong Kapten RM5
Leftenan
Pasukan Pandu Puteri Kadet Ketua RM5
(pelajar guru 18 – 35 tahun di Penolong Kapten
IPG) Leftenan
Ketua
Pasukan Pandu Puteri Siswi Penolong Kapten
(siswi 18 tahun ke atas di IPTA) Leftenan
Guild Ketua Pengerusi
(bekas ahli Pandu Puteri yang Penolong Naib
ingin terus terlibat secara
langsung dalam kegiatan Pandu Pengerusi
Puteri, memberi khidmat dan
sokongan, mendapatkan tajaan
dan derma untuk Persatuan
Pandu Puteri Malaysia di
peringkat kebangsaan, cawangan
dan daerah).
154
Pengurusan Folio/Buku Log
Folio/Buku Log merupakan sebuah rekod catatan bagi seorang ahli Pandu Puteri.
Ia merupakan sebuah laporan kemajuan, pencapaian dan aktiviti oleh ahli Pandu
Puteri.
Folio/Buku Log harus mengandungi catatan rekod yang diharapkan boleh
dijadikan panduan dan pengesahan terhadap penglibatan seseorang Pandu
Puteri itu. Ia juga merupakan rakaman peristiwa yang berlaku dan catatan harian
bagi sesuatu aktiviti Pandu Puteri. Ahli Pandu Puteri dapat mengasah kemahiran
meneliti dan menghalusi pemahaman terhadap persekitarannya serta mampu
menzahirkannya dalam bentuk penulisan, lakaran grafik atau bantuan visual.
Ciri-Ciri Folio/Buku Log
Folio/Buku Log mengandungi rekod atau catatan maklumat hasil daripada
pengalaman yang dilalui. Anda harus pastikan:
i. bahan-bahan disusun kemas
ii. rekod disimpan berterusan, tersusun dan berperingkat
iii. maklumat dikumpul menunjukkan perkembangan dan kemajuan
iv. sijil atau surat perakuan atau bukti penyertaan dilampirkan bersama
v. keaslian dan kreativiti dalam tugasan
vi. hasil kerja dizahirkan sama ada dalam bentuk tulisan tangan atau bercetak
termasuk biodata / profil diri.
Tanggungjawab Pemimpin
i. Mengenalpasti dasar latihan dan program Persatuan Pandu Puteri Malaysia
ii. Mengetahui latarbelakang sejarah Pandu Puteri
iii. Mematuhi dan menghayati Persetiaan dan Undang-Undang Pandu Puteri
iv. Mengikuti perkembangan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
v. Sentiasa berikhtiar untuk menambah pengetahuan dan kemahiran Pandu
Puteri
vi. Berkeupayaan merancang dan melaksanakan aktiviti Pandu Puteri dengan
berkesan
155
vii. Berkeupayaan menyampaikan maklumat dengan menggunakan teknik dan
kaedah yang sesuai dan berkesan
viii. Berkebolehan menyesuaikan rancangan latihan dengan keadaan alam
sekitar dan suasana tempatan
ix. Bersedia memberi kerjasama kepada semua pemimpin, pihak pengurusan
dan lain-lain yang berkaitan.
Ciri-Ciri Seorang Pemimpin
i. Berminat terhadap tugas untuk memimpin
ii. Ikhlas, jujur terhadap tugas dan berhemah tinggi
iii. Mempunyai rasa persaudaraan Pandu Puteri dengan pemimpin lain
iv. Sentiasa sabar dalam menjalankan tugas
v. Sedia menerima teguran dengan hati yang terbuka dan segera membaiki
kesilapan
vi. Menjadi rol model kepada ahli-ahli yang dipimpin
vii. Sentiasa menunaikan kewajipan terhadap agama
viii. Berpakaian kemas dan bersesuaian dengan aktiviti/majlis
ix. Pandai menyesuaikan diri
x. Sentiasa tenang dan berfikiran terbuka
xi. Sentiasa ramah mesra dan cermat dalam tutur kata
xii. Sentiasa berwaspada dan selalu sedia.
Pakaian Seragam Ahli Dan Pemimpin
Pakaian seragam Pandu Puteri perlu dipakai dengan cara yang betul, kemas
dan bergaya. Gambar-gambar berikut menunjukan cara pemakaian yang betul
dan yang dipakai dengan kemas.
156
Uniform Rasmi Baju Kerja (Logo)
Uniform Pemimpin
PPPM
Baju Sosial PPPM (`Batik Sotong’)
Uniform Pandu Puteri Kadet
157
Ahli Pandu Puteri perlu mengutamakan kebersihan diri dan pakaian seragam
mereka. Solekan muka dan diri dikurangkan seperti ketetapan pakaian seragam
organisasi lain, gaya rambut perlu kemas seperti yang panjang perlu didandan
ataupun diikat.
Uniform Rasmi Ahli-Ahli Muda BajuT (Kerja) Ahli Muda
Pakaian seragam perlu sentiasa berada dalam keadaan kemas dan bersih,
termasuk kasut yang dipakai. Hanya aksesori yang sah sahaja dibenarkan pakai
bersama-sama pakaian seragam. Pemakaian perhiasan seperti barang kemas
tidak dibenarkan kecuali cincin kahwin ataupun pertunangan bagi orang dewasa
dan jam tangan dengan pengikat yang biasa sahaja bagi remaja.
Setiap ahli perlu mematuhi peraturan pakaian yang ditetapkan oleh Persatuan
Pandu Puteri Malaysia termasuk stail atau potongan dan penggunaan aksesori
serta lencana.
158
Peraturan Penggunaan Aksesori Dan
Lencana Pada Pakaian Seragam
Rasmi Pemimpin
Maksimum Lima (05) Lencana Sahaja
(Termasuk Tag Nama)
Takwim Dan Perancangan Aktiviti
Perancangan aktiviti Pandu Puteri yang baik memenuhi minat dan kebolehan
semua peringkat ahli melalui sistem latihan dan skim Lencana Kecekapan.
Rancangan Pandu Puteri yang bersesuaian disediakan di semua peringkat
pasukan, daerah, cawangan dan kebangsaan dengan mengambilkira takwim
persekolahan terutamanya waktu peperiksaan dan cuti sekolah.
Takwim atau perancangan jangka panjang disediakan di peringkat kebangsaan
oleh Lembaga Eksekutif Kebangsaan dengan kerjasama Majlis Jurulatih
Kebangsaan.
Perancangan aktiviti jangka pendek dan strategi pelaksanaan disediakan di
peringkat cawangan oleh Ketua Pesuruhjaya Cawangan dan barisan
jawatankuasa masing-masing.
Pemimpin dan ahli muda melaksanakan rancangan jangka pendek di dalam
Pasukan.
Antara aktiviti yang perlu dimasukkan dalam perancangan tahunan adalah
sambutan Hari Peringatan Sedunia, Mesyuarat Agung Tahunan peringkat
cawangan, Persidangan Tahunan Pesuruhjaya dan Mesyuarat Agung Tahunan
Persatuan Pandu Puteri Malaysia, dan sebagainya.
159
Contoh Perancangan Program atau Aktiviti Tahunan Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM)
Bil Tarikh Aktiviti Tempat Tindakan Peringkat
Mysuru, Pesuruhjaya Antarabangsa
1. 1 – 4 17th National Karnataka, Antarabangsa
India Kebangsaan
Jan Jamboree of
2017 the Barat
Scouts and
Guides
2. 15 Jan Tarikh ahkir Wisma Ketua Kebangsaan
2017 hantaran hasil Pandu Puteri Pesuruhjaya
projek Patung PPPM Cawangan
Dandanan
3. 28 – 30 Cuti Tahun Baharu Cina
Jan
2017
4. 25 – 26 Mesyuarat Wisma JK Majlis Kebangsaan
Jan Majlis Jurulatih Pandu Puteri Jurulatih
2017 Kebangsaan PPPM Kebangsaan
Kali 1/2017 PPPM
5. 10 Feb Cuti Hari Thaipusam
2017
6. 4 Mac Sambutan Hari IPG Kampus KPC PPPM
2017 Peringatan Bahasa Cawangan IPG
Sedunia Melayu KPM Kebangsaan
7. 18 – 20 Bengkel Universiti Majlis Jurulatih Kebangsaan
Mac Pengurusan Nottingham, Kebangsaan
2017 Kejurulatihan Semenyih,
PPPM
Selangor.
8. 27 – 29 Persidangan Bukit Ketua Kebangsaan
Mei dan MAT Gambang Pesuruhjaya
2017 PPPM PPPM
Resort,
Pahang
160
KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)
PERLEMBAGAAN PETUBUHAN
Nama dan alamat berdaftar
i. Pasukan Pakaian Seragam ini dikenali dengan nama Kadet Remaja Sekolah
atau ringkasnya KRS bagi sekolah menengah
ii. Alamat berdaftar atau alamat KRS :
a. Peringkat Kebangsaan:
Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia,
Blok E 8, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
b. Peringkat Negeri
Jabatan Pendidikan Negeri berkenaan
c. Peringkat Daerah:
Pejabat Pendidikan Daerah berkenaan
d. Peringkat Sekolah:
Sekolah berkenaan.
e. Atau di tempat lain dalam Malaysia sebagaimana yang ditentukan oleh
Jawatankuasa KRS dari semasa ke semasa.
161
Pengertian logo
i. Perisai melambangkan benteng ketahanan diri daripada gejala yang tidak sihat.
ii. Bulan dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi Negara Malaysia.
iii. Dua tangkai padi bersilang melambangkan resmi padi iaitu berilmu dan berketrampilan
serta matang dan rasional dalam semua tindakan.
iv. Buku yang terbuka dan rehal melambangkan peranan institusi pendidikan yang
mementingkan tradisi ilmu untuk semua tanpa mengira keturunan dan kaum, agama
dan latar belakang budaya ke arah melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan
Falsafah Pendidikan Negara.
v. Warna hijau melambangkan alam sekitar yang sihat.
vi. Warna merah melambangkan keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankan negara
yang tercinta.
vii. Warna kuning melambangkan warna diraja yang menjadi tonggak kedaulatan Negara
Malaysia.
viii. Warna putih melambangkan keikhlasan serta kesucian.
162
Bendera
SEJARAH PENUBUHAN KADET REMAJA SEKOLAH ( KRS )
Kadet Remaja Sekolah ( KRS ) telah ditubuhkan dan diasaskan oleh
En. Muhammad Thani Bin Sha'aban di Sekolah Menengah Raja Abdullah , Jalan
Kepong , Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987 Pada mulanya pasukan ini dikenali
sebagai Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM) yang merupakan pasukan beruniform
kepada Persatuan Pelajar-Pelajar Islam SMRA (PERWIRA) .Keahliannya adalah
seramai 20 orang pelajar sahaja iaitu terdiri daripada pelajar tingkatan I dan 2.
Matlamat utama penubuhannya ialah untuk melahirkan pelajar cemerlang yang
BERILMU, BERIMAN, DAN BERAMAL , berakhlak mulia , bersemangat patriotik dan
berketrampilan selaras dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah
Pendidikan Negara ke arah Wawasan 2020.
Pasukan KPIM ini bernaung di bawah pengawasan Unit Pendidikan Islam
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan . Setiap aktiviti yang dijalankan adalah
berteraskan ISLAM SEBAGAI CARA KEHIDUPAN (AD DEEN) Mulai tahun 1989
beberapa buah sekolah di Wilayah Persekutuan telah mula menubuhkan KPIM. Di
antaranya ialah Sek. Men. Tmn Tun Dr Ismail di bawah pimpinan Ustaz Ahmad
Farazilla Bin Abdul Ghani , Sek. Men Sri Titiwangsa di bawah pimpinan En. Anuar Bin
Abd Aziz dan Sek. Men. Agama Ma'ahad Hamidiah , Kajang , Selangor di bawah
pimpinan En. Abu Hassan Bin Morad. Pada tahun 1993, sebanyak 53 buah Sekolah
Menengah di seluruh negara telah menubuhkan KPIM. Usaha untuk menubuhkan
KPIM secara rasmi dan bernaung di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia telah
dimulakan pada 10 Ogos 1993. Satu pertemuan telah diadakan dengan Yang
Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid Bin Wan Mohd Nordin iaitu Ketua
Pengarah Pendidikan Malaysia pada 13 September 1993. Di dalam pertemuan ini
tesis mengenai KPIM telah dibentangkan. Hasilnya, sebuah jawatankuasa kecil telah
dibentuk untuk menyediakan kertas kabinet . Jawatankuasa ini
163
mencadangkan agar pasukan ini diberi nama KADET PUTERA - PUTERI
ISLAM ( KPIM ) . Walau bagairnanapun nama pasukan ini kemudiannya ditukar
kepada KADET REMAJA ISLAM (KRIS)
Sementara itu taklimat dan pendedahan kepada Pengarah-Pengarah Bahagian
Kementerian Pendidikan yang diadakan pada bulan Oktober 1993 dan
dipengerusikan oleh yang berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid telah
membuat keputusan agar nama pasukan ini ditukar kepada KADET REMAJA
SEKOLAH ( KRS ) yang bertujuan agar keahliannya terbuka kepada semua kaum
sama ada pelajar lelaki atau perempuan. Upacara Pelancaran KADET REMAJA
SEKOLAH Peringkat Kebangsaan teiah diiaksanakan pada 20 Jun 1995 bersamaan
21 Muharam 1416 oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak,
Menteri Pendidikan Malaysia di Sekolah Menengah Raja Abdullah , Jalan Kepong,
Kuala Lumpur.
Tujuan Penubuhan
Tujuan KRS ditubuhkan ialah untuk:
i. Membentuk generasi pelajar yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki
ketrampilan diri, berdaya, saing, kreatif serta inovatif dalam menghadapi
pelbagai cabaran kehidupan.
ii. Membantu mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan
ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang
mengamalkan nilai-nilai murni selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan
Negara demi menjayakan Wawasan 2020.
iii. Menangani masalah salah laku di kalangan pelajar remaja seperti salah guna
dadah, budaya lepak dan juvana.
iv. Mempelbagaikan kegiatan pasukan beruniform di sekolah bagi menyediakan
pelajar-pelajar memperolehi pengetahuan, pengalaman, kemahiran,
kebolehan mengurus dan memimpin.
v. Membina generasi pelajar patriotik yang menjiwai semangat cintakan agama,
bangsa dan Negara Malaysia.
164
vi. Melahirkan generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati dan
mengamalkan nilai murni serta mampu memberikan sumbangan demi
kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bernegara.
vii. Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan
mengenai isu-isu semasa di kalangan pelajar serta berkeupayaan untuk
bertindak sewajarnya.
Struktur dan Organisasi Pertubuhan
Jawatankuasa
i. Penaung peringkat kebangsaan, negeri dan daerah:
Menteri Pendidikan Malaysia.
ii. Penaung peringkat kebangsaan, negeri dan daerah:
iii. Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia.
iv. Jawatankuasa peringkat kebangsaan, negeri dan daerah adalah seperti berikut:
a. Penaung
b. Pengerusi
c. Timbalan Pengerusi
d. Naib Pengerusi
e. Setiausaha Kehormat
f. Penolong Setiausaha Kehormat
g. Bendahari Kehormat
h. AJK yang dilantik
165
Jawatankuasa terdiri daripada empat peringkat:
a. Peringkat Kebangsaan
b. Peringkat Negeri
c. Peringkat Daerah
d. Peringkat Sekolah
Jawatankuasa peringkat kebangsaan:
a. Penaung : Menteri Pendidikan Malaysia
b. Penasihat : Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
c. Pengerusi : Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan
( Jabatan Sekolah )
d.Timbalan Pengerusi : Pengarah Bahagian Sekolah
e. Naib Pengerusi : Timbalan Pengarah Bahagian Sekolah
f. Setiausaha Kehormat : Ketua Penolong Pengarah (HEM ) Bahagian
Sekolah
g. Penolong Setiausaha Kehormat : Dilantik (Dua Orang)
h. Bendahari Kehormat : Dilantik
166
i. Ahli-ahli ( 11 orang) : Pengarah Bahagian Pendidikan Guru
Pengarah Bahagian Pendidikan Islam
Pengarah Bahagian Teknik & Vokasional
Pengarah Institut Aminuddin Baki
Tiga ahli dilantik
Dua Wakil Jurulatih KRS
Dua Wakil Jurulatih TKRS
Jawatankuasa Peringkat Negeri:
a. Penaung : Menteri Pendidikan Malaysia
b. Penasihat : Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
c. Pengerusi : Pengarah Pendidikan Negeri
d. Timbalan Pengerusi : Timbalan Pengarah Pendidikan
e. Naib Pengerusi : Ketua Sektor Pengurusan
Pembangunan Kemanusiaan
f. Setiausaha Kehormat : Ketua Unit Kokurikulum
g. Pen.Setiausaha Kehormat : Pegawai Tadbir KRS
h. Bendahari Kehormat : Dilantik
i. Ahli-ahli (7 orang) : Dilantik Termasuk 2 Wakil Jurulatih KRS
dan 2 Wakil Jurulatih TKRS
167
Jawatankuasa Peringkat Daerah:
a. Penaung : Menteri Pendidikan Malaysia
b. Penasihat : Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
c. Pengerusi : Pegawai Pendidikan Daerah
d. Tim. Pengerusi : Penolong Pegawai Pendidikan Daerah(M)
e. Naib Pengerusi : Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (R)
f. Setiausaha Kehormat : Penyelia
g. Pen. Setiausaha Kehormat : Dilantik
h. Bendahari Kehormat : Dilantik
i. Ahli (7 orang) : Dilantik Termasuk 2 Wakil Jurulatih KRS
dan 2 Wakil TKRS
j. Ex-Officio : Pegawai Tadbir KRS Negeri
Perlantikan bagi jawatan-jawatan di atas hendaklah dilakukan oleh Pengerusi setiap
Jawatankuasa.
168
Jawatankuasa Peringkat Sekolah:
a. Penaung : Pengarah Pendidikan Negeri
Pengetua
b. Penasihat : Pen.Kanan KoKurikulum
Pen. Kanan Kurikulum
c. Pengerusi : Pen.Kanan HEM dan Peny. Petang
d. Timbalan Pengerusi : Dilantik
Dilantik
e. Naib Pengerusi : Dilantik
(7 orang Dilantik + Ketua Platun KRS/TKRS )
f. Setiausaha : (Dilantik di kalangan guru)
g. Penolong Setiausaha :
h. Bendahari :
i. Ahli-ahli :
j. Juruaudit 2 orang):
Perlantikan jawatan-jawatan di atas dilakukan oieh penolong pendaftar sekolah.
Pemegang-pemegang jawatan ini dan tiap-tiap pegawai yang hendak menjalankan
tugas pengurusan KRS hendaklah warganegara Malaysia.
Guru KRS/TKRS sekolah adalah pemimpin dan pemudahcara kepada Jawatankuasa
Peringkat Sekolah.
Tugas Jawatankuasa ialah merancang, mengelola dan mengatur program
KRS/TKRS
Jawatankuasa ini boleh menubuhkan jawatankuasa kecil untuk memantapkan lagi
aktiviti KRS/TKRS.
169
Pengurusan dan Pentadbiran
Keahlian
i. Keahlian KRS/TKRS adalah terbuka kepada semua pelajar di sekolah
kerajaan dan bantuan kerajaan.
ii. Ahli bersekutu KRS/TKRS terbuka kepada semua pelajar yang menuntut di
institusi pendidikan selain daripada yang dinyatakan dalam perkara 5. 1.
iii. KRS/TKRS yang dianggotai oleh ahli bersekutu diurus dan dibiayai oleh
institusi di mana KRS/TKRS itu ditubuhkan.
iv. Keahlian KRS/TKRS lucut serta merta apabila pelajar tersebut berhenti
atau diberhentikan daripada menjadi pelajar berdaftar di sekolah/institusi
seperti yang dinyatakan di atas.
v. Keahlian TKRS terbuka kepada semua pelajar tahap II (tahun 4, 5 & 6) di
sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan.
vi. Ahli KRS / TKRS yang bertukar ke sekolah / negeri lain, keahlian asal masih
diterima pakai.
Pakaian Rasmi KRS
i. Lelaki
a. Beret berwarna Sherwood Dark Green.
b. Baju kemeja lengan panjang Sherwood Dark Green.
c. Seluar panjang warna Sherwood Dark Green.
(Ukuran kaki 40 cm - 46 cm)
d. Tali wisel merah.
e. Tali pinggang kanvas warna hijau berkepala emas dengan logo KRS.
f. Spike boot.
170
ii. Perempuan
a. Beret berwarna Sherwood Dark Green.
b. Baju kemeja labuh paras bawah punggung, berlengan panjang dan
warna Sherwood Dark Green.
c. Seluar panjang warna Sherwood Dark Green.
d. Spike boot.
e. Tali wisel merah.
*Pemakaian Telekung mini berwarna Sherwood Dark Green.
Warna Hijau melambangkan
a. Tunas muda/remaja yang masih boleh dibentuk.
b. Laluan hidup yang jelas untuk masa depan.
c. Alam sekitar merupakan sebahagian daripada kurikulum KRS
Cogan kata KRS/TKRS ’ ILMU IMAN AMAL’
a. ILMU : Asas keintelektualan dan ketrampilan ahli KRS
b. IMAN : Keimanan yang mendalam merupakan asas pembinaan diri.
c. AMAL : Penghayatan dan perlakuan gaya hidup sihat yang berterusan
merupakan natijah daripada kekuatan intelektual dan disiplin diri.
171
LAGU KADET REMAJA SEKOLAH
Kadet Remaja Sekolah
Menuju satu ikatan bersaudara
Bersatu menjulang keamanan negara
Menjayakan Ilmu, Iman dan Amal
Marilah kita membina peribadi
Membentuk insan yang kreatif
Ke arah kecemerlangan diri
Sepanjang masa yang berterusan
Remaja , sambutlah cabaran
Menjadi bangsa Malaysia
Maju dan cemerlang
Remaja berwawasan
Jangan kita lupa kepada pencipta
Remaja , hayati budaya
Ilmu, Iman dan Amal
Kekalkan di hati , dan jiwamu
Wawasan Kadet Remaja Sekolah
172
RUJUKAN
Abdul Alim Abdul Rahim, 1988. Ilmu Pengakap, Penerbit Fajar Bakti Sdn.
Bhd, Petaling Jaya.
Ab. Alim abdul Rahim, 1992. Panduan Perkhemahan, Simpulan Dan Pioneering.
Penerbitan Jaya: Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Abdul Alim Abdul Rahim dan Balkis Wan Daud, 1993. Panduan Ekspedisi
Pengakap Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian
Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.
Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia (1997 ). Kurikulum Latihan
Tunas Kadet Remaja Sekolah.
Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia (1997). Panduan Kawat
Tunas Kadet Remaja Sekolah.
Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia (1997). Perlembagaan
Tunas Kadet Remaja Sekolah.
Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia (1997). Tatacara Pemakaian
Tunas Kadet Remaja Sekolah.
Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia (2009).
Buku Panduan Pengurusan Tunas Kadet Remaja Sekolah.
Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia (2009).
Buku Panduan Pengurusan Kadet Remaja Sekolah.
Bulan Sabit Merah Malaysia, 2006. Buku Panduan No. 1, Ibu Pejabat Kebangsaan
BSMM, Kuala Lumpur.
Bulan Sabit Merah Malaysia, 2006. Buku Panduan No. 2, Ibu Pejabat Kebangsaan
BSMM, Kuala Lumpur.
Bulan Sabit Merah Malaysia, 2006. Buku Panduan No. 3, Ibu Pejabat Kebangsaan
BSMM, Kuala Lumpur.
Bulan Sabit Merah Malaysia, 2006. Buku Panduan No. 4, Ibu Pejabat Kebangsaan
BSMM, Kuala Lumpur.
Bulan Sabit Merah Malaysia, 2006. Buku Panduan No. 5, Ibu Pejabat Kebangsaan
BSMM, Kuala Lumpur.
Bulan Sabit Merah Malaysia, 2006. Buku Panduan No. 6, Ibu Pejabat Kebangsaan
BSMM, Kuala Lumpur.
173
Bulan Sabit Merah Malaysia, 2006. Buku Panduan No. 7, Ibu Pejabat Kebangsaan
BSMM, Kuala Lumpur.
Gordon Koh Hong Kian, 1994. Panduan Lencana Kemajuan Pengakap Muda Edisi
ke-2,Penerbit Fajar Sdn. Bhd, Kuala Lumpur.
Kementerian Pendidikan Malaysia (1995). Modul Kursus Kejurulatihan TKRS
Peringkat Kebangsaan Kali 1.
Majlis Pengakap Kumpulan Latihan Malaysia Bahagian Pendidikan Guru. Modul
Kursus Asas Kepimpinan Asas Pengakap Kanak-Kanak. Kuala Lumpur.
Majlis Pengakap Kumpulan Latihan Malaysia Bahagian Pendidikan Guru. Modul
Kursus Lanjutan Kepimpinan Asas Pengakap Kanak-Kanak. Kuala Lumpur.
Persekutuan Pengakap Malaysia, April 1994. Istiadat Pengakap.Kuala Lumpur
Persekutuan Pengakap Malaysia, April 1994. Skim Latihan Pengakap Kanak-Kanak.
Kuala Lumpur.
Persekutuan Pengakap Malaysia, April 1994. Skim Latihan Pengakap Muda.
Kuala Lumpur.
Persekutuan Pengakap Malaysia, April 1994. Skim Latihan Pengakap Remaja.
Kuala Lumpur.
Persekutuan Pemgakap Malaysia, April 1994. Tatacara Pengurniaan dan Pencalonan
bagi Penganugerahan Darjah dan Bintang Kebesaran serta pingat Ketua
Pengakap Negara
Persekutuan Pengakap Malaysia. Jawatankuasa Anugerah Darjah dan Bintang
Kebesaran serta pingat Ketua Pengakap Negara Persekutuan Pengakap
Malaysia.
Persatuan Pandu Puteri Malaysia (2012). Jom Berkhemah. Persatuan Pandu Puteri
Malaysia, Kuala Lumpur
http://www.pengakapmalaysia.org
http://www.scout.org
http://www.mpklm.com.my
http://yusofmpklmipg.blogspot.com
http://yusofalhaj.wordpress.com
174
NAMA PENUH PANEL
EN. MOHAMAD ROSLI BIN BADRON
Ketua Unit Kokurikulum
Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu
Jalan Maktab, Durian Daun
75400 Melaka
TN. HJ. ZAINAL ABIDIN BIN SAMSUDIN
Jurulatih Kokurikulum
Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu
Jalan Maktab, Durian Daun
75400 Melaka
EN. HISHAMUDDIN BIN BASIRON
Jurulatih Kokurikulum
Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu
Jalan Maktab, Durian Daun
75400 Melaka
CIK KRISTIL TAN AI TENG
Jurulatih Kokurikulum
Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu
Jalan Maktab, Durian Daun
75400 Melaka
DR. NORSIAH BINTI BAHARI
Pensyarah
Unit Kokurikulum
Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu
Jalan Maktab, Durian Daun
75400 Melaka
EN. SHAHRIN BIN ABIDIN
Jurulatih Kokurikulum
Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu
Jalan Maktab, Durian Daun
75400 Melaka
PN. ZAIMAWATI BINTI ABDUL KADIR
Jurulatih Kokurikulum
Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu
Jalan Maktab, Durian Daun
75400 Melaka
PN. HJH. NORHASLINA BINTI NORDIN
Jurulatih Kokurikulum
Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu
Jalan Maktab, Durian Daun
75400 Melaka
175