The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Modul UB- Buku 1 Pengenalan, Konsep, Sejarah dan Kepentingan Unit Beruniform

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 9w2sgp, 2021-01-19 10:51:02

Modul UB- Buku 1 Pengenalan, Konsep, Sejarah dan Kepentingan Unit Beruniform

Modul UB- Buku 1 Pengenalan, Konsep, Sejarah dan Kepentingan Unit Beruniform

mengekalkan Perlembagaan dan Peraturan-peraturan Persekutuan terhadap
perkara-perkara seperti yang berikut :

(i) memastikan Ringkasan Maklumat Kursus (RMK) dan aktiviti
kokurikulum tambahan di peringkat IPG dapat dilaksanakan dengan
sempurna;

(ii) memastikan setiap Pesuruhjaya Daerah KLMIPG telah mendaftar dan
memperbaharui pendaftaran kumpulan, pemimpin dan ahli KLMIPG
sebelum 30 April, 31 Ogos atau 31 Disember pada setiap tahun;

(iii) mengurus pentauliahan Penolong-penolong Pesuruhjaya Daerahnya;

(iv) mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir MPKLMIPG: Unit Zon
sekurang-kurangnya sekali dalam satu semester;

(v) menghantar laporan aktiviti semester kepada Penolong Ketua
Pesuruhjaya Pengakap Negeri MPKLMIPG: Unit Program, Sekretariat
dan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri MPKLMIPG;

(vi) mengenal pasti dan mengesyorkan nama jurulatih untuk mengikuti
kursus kepemimpinan pengakap;

(vii) mencadangkan pencalonan anugerah bintang, pingat dan sijil kepujian
PPM kepada Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri MPKLMIPG melalui
Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri MPKLMIPG: Unit
Anugerah Bintang dan Pingat;

(viii) menyelaraskan penilaian pelajar agar sentiasa dilaksanakan dengan
sempurna;

(ix) membantu menyediakan Perancangan Tahunan dan Takwim di
peringkat IPG dan MPKLMIPG;

(x) mengurus rekod peribadi Pesuruhjaya dan Penolong Pesuruhjaya
Daerah KLMIPG di bawah jagaannya;

(xi) mengurus persiapan pelajar untuk menjalani kursus-kursus
kepemimpinan dan mengambil maklum tentang tempat mereka
dihantar bertugas agar pemantauan boleh terus dilakukan;

(xii) menyelesaikan sebarang perbalahan di antara ahli-ahli pergerakan,
sebarang perbalahan yang Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap
Negeri MPKLMIPG Unit Zon tidak mampu untuk menyelesaikannya,
akan dengan serta merta dirujukkan kepada Ketua Pesuruhjaya
Pengakap Negeri MPKLMIPG;

(xiii) menyediakan laporan tahunan termasuk bancian jurulatih, penolong
jurulatih dan anggota pengakap yang terkini dalam daerahnya untuk
dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir MPKLMIPG Unit
Zon;

92

(xiv) menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir MPKLMIPG Unit Zon;

(xv) mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir MPKLMIPG Unit
Zon, jika Pengerusi atau Timbalan Pengerusi MPKLMIPG Unit Zon
tidak dapat hadir atau diarahkan untuk mewakili beliau; dan

(xvi) menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Ketua Pesuruhjaya
Pengakap Negeri MPKLMIPG, Pengerusi dan Timbalan Pengerusi
MPKLMIPG Unit Zon dari semasa ke semasa.

vii. Majlis atau Jawatankuasa Tadbir Daerah KLMIPG:
Kumpulan Latihan Malaysia, Institut Pendidikan Guru perlu mewujudkan dua
bentuk Jawatankuasa KLMIPG, iaitu:

a. Jawatankuasa Tadbir KLMIPG yang dianggotai oleh semua pensyarah
penasihat;

b. Jawatankuasa Kerja KLMIPG yang dianggotai oleh penolong pemimpin
KLMIPG atau siswa guru di IPG.

viii. Jawatankuasa Tadbir KLMIPG

a. Jawatankuasa Tadbir KLMIPG ditubuhkan untuk menjaga dan menguruskan
kebajikan dan aktiviti KLMIPG. Jawatankuasa Tadbir KLMIPG diketuai oleh:

(i) Kuasa Penganjur:
Pengarah, IPG yang berkenaan. Jawatan ini boleh juga disandang oleh
mereka yang bukan ahli pengakap (taraf KEHORMAT) dengan
memakai epolet berwarna hijau.

(ii) Pengerusi KLMIPG
Timbalan Pengarah, IPG yang berkenaan. Jawatan ini boleh juga
disandang oleh mereka yang bukan ahli pengakap (taraf KEHORMAT)
dengan memakai epolet berwarna hijau.

b. Jawatankuasa Tadbir KLMIPG ditubuhkan berdasarkan perkara seperti yang
berikut:

(i) Ahli Rasmi:

(a) Pesuruhjaya Daerah (Pemimpin Pengakap di IPG):
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Siswazah) yang sedang
berkhidmat di IPG. Sebaik-baiknya mereka yang telah megikuti
Kursus Kepemimpinan Manik Kayu (KMK) atau memiliki
sekurang-kurangnya dua butir manik kayu.

(b) Penolong Pesuruhjaya Daerah (PPjD):
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Siswazah) dan staf
sokongan yang sedang berkhidmat di IPG serta telah menjadi ahli

93

pengakap serta telah mengikuti sekurang-kurang KMK Peringkat
Satu.

(c) Pemangku Penolong Pesuruhjaya Daerah (PPPjD):
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Siswazah) dan staf
sokongan yang sedang berkhidmat di IPG serta telah menjadi ahli
pengakap tetapi belum menghadiri sebarang Kursus
Kepemimpinan Manik Kayu Pengakap.

(d) PPjD dan PPPjD akan memegang jawatan-jawatan seperti yang
berikut:

(i) Setiausaha;

(ii) Penolong Setiausaha;

(iii) Bendahari;

(iv) Pendaftaran dan Rekod;

(v) Kuarter Master Alatan; dan

(vi) Kuarter Master Makanan.

(e) Dua ahli biasa (bukan beruniform)

(ii) Ahli yang Dilantik:

(f) Dua orang juruaudit.

ix. Jawatankuasa Kerja KLMIPG

a. Jawatankuasa Tadbir KLMIPG ditubuhkan untuk menjaga dan menguruskan
kebajikan dan aktiviti KLMIPG. Jawatankuasa Kerja KLMIPG diketuai oleh
Kuasa Penganjur, iaitu Pengarah, IPG dan ditubuhkan berdasarkan perkara
seperti yang berikut:

i. Ahli-ahli Rasmi:

(a) Pesuruhjaya Daerah KLMIPG selaku Ketua Penasihat dan;

(b) Penolong-penolong Pesuruhjaya Daerah KLMIPG selaku
Penasihat.

ii. Ahli-ahli yang Dilantik:

(a) Penolong Pemimpin:
Pelajar dan siswa guru yang sedang belajar di IPG, sama ada
secara sepenuh masa atau secara kursus dalam cuti yang
menjadi anggota pengakap KLMIPG. Mereka bakal menjadi

94

penolong pemimpin atau pemimpin pengakap apabila
ditempatkan di sekolah.
Jawatankuasa Kerja KLMIPG terdiri daripada:

(i) Pengerusi;

(ii) Timbalan Pengerusi;

(iii) Setiausaha;

(iv) Penolong Setiausaha;

(v) Bendahari;

(vi) Kuarter Master Alatan;

(vii) Kuarter Master Makanan;

(viii) Ketua Enam Sekawan/Patrol; dan

(ix) Dua orang juruaudit (terdiri daripada seorang pensyarah
dan seorang penolong pemimpin).

Fungsi Majlis Pesuruhjaya Negeri/Majlis Tadbir

i. Fungsi utama:

a. Fungsi utama Majlis Tadbir MPKLMIPG adalah untuk menjaga dan
mengawasi serta mengurustadbirkan 27 Pergerakan Pengakap Daerah yang
dikenali sebagai Kumpulan Latihan Malaysia (KLM) di 27 buah Institut
Pendidikan Guru di seluruh Malaysia, seperti yang termaktub dalam Buku
Undang-undang Kecil MPKLMIPG. MPKLMIPG beribu pejabat di Institut
Pendidikan Guru Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia.

ii. Senarai tugas:

a. memajukan kebajikan pergerakan pengakap di IPG;

b. mengaturkan kerjasama di antara IPG dalam kursus kepemimpinan
pengakap;

c. memilih jawatankuasa kerja, jawatankuasa kewangan dan
jawatankuasa-jawatankuasa kecil yang lain untuk menjalankan tugas-tugas
tertentu, jika perlu;

d. menghantar satu salinan laporan tahunan MPKLMIPG kepada Ibu Pejabat,
PPM tidak lewat daripada 15 November pada setiap tahun;

e. bertindak bersama-sama dengan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri
MPKLMIPG dalam semua perkara yang berkaitan dengan kewangan dan

95

harta benda MPKLMIPG mengikut Peraturan-Peraturan dalam Bahagian III,
Seksyen V Peraturan, PPM;

f. menerbit, menyiar dan menjual buku-buku dan risalah-risalah yang sesuai
untuk kegunaan anggota MPKLMIPG dengan syarat kandungan sesuatu
penerbitan itu telah disahkan oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara;

g. mencari dan mentadbirkan segala wang, sama ada dicari, dermaan, yuran
kurniaan atau diterima daripada sebarang punca yang sesuai dengan
peraturan-peraturan ini untuk pembangunan kepengakapan di MPKLMIPG;
dan

h. menguruskan mesyuarat-mesyuarat, perhimpunan-perhimpunan,

persidangan-persidangan dan gerak-gerak kerja MPKLMIPG secara

bersama untuk faedah MPKLMIPG dan para anggotanya.

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

Penubuhan dan Pendaftaran Kumpulan Pengakap

i. Untuk mendaftarkan ahli pengakap perlu ada kumpulan pengakap, sama ada di
sekolah, institusi perguruan atau di institusi pengajian tinggi.

ii. Satu organisasi atau institusi hanya perlu menubuhkan satu kumpulan pengakap
sahaja.

iii. Satu kumnpulan pengakap dihadkan keahlian antara 18 hingga 48 orang sahaja.
Sekiranya bilangan ahli melebihi 48 orang maka kumpulan tersebut perlu
dipecahkan kepada beberapa buah pasukan.

Misalnya:

Kinta Ke-35A
Kinta Ke-35B

Atau:

SM Anderson Ke-10A
SM Anderson Ke-10B

iv. Setiap kumpulan, sama ada yang lama atau yang baharu perlu didaftarkan dengan
PPM menggunakan Borang PPM 8 (Pendaftaran Kumpulan) dan Borang PPM 1B
(Borang Kawalan [diisi oleh Pemimpin Pengakap]). Setelah diisi, borang tersebut
perlu dihantar kepada Ibu Pejabat PPM untuk diterima dan didaftarkan.

v. Borang tersebut boleh diperolehi daripada Pesuruhjaya Daerah, Penolong Ketua
Pesuruhjaya Pengakap Negeri: Unit Pentadbiran, Ketua Pesuruhjaya Pengakap
Negeri atau daripada Ibu Pejabat PPM.

vi. Yuran pendaftaran bagi setiap kumpulan pengakap ialah RM10.00 (Ringgit Malaysia
Sepuluh) sahaja.

96

vii. Kumpulan Pengakap yang tidak berdaftar dengan PPM atau tidak menjelaskan
yuran pendaftaran dianggap TIDAK SAH dan tidak dibenarkan menjalankan
sebarang aktiviti kepengakapan.

Pendaftaran Ahli

i. Setiap rakyat Malaysia yang berumur 8 tahun dan ke atas adalah layak untuk
menjadi ahli Persekutuan Pengakap Malaysia.

ii. Mereka dikategorikan mengikut unit-unit yang ada di dalam Pergerakan Pengakap
Malaysia.

Misalnya:

Unit Pengakap Kanak-kanak - berumur dari 8 hingga 12½ tahun
Unit Pengakap Muda - berumur dari 12½ hingga 15½ tahun
Unit Pengakap Remaja - berumur dari 15½ hingga 18½ tahun
Unit Pengakap Kelana – berumur dari 18½ hingga 35 tahun

iii. Semua ahli pengakap perlu didaftarkan dengan PPM menggunakan Borang PPM
1A (Pendaftaran Ahli) dan Borang PPM 1B (Borang Kawalan [diisi oleh Pemimpin
Pengakap]). Setelah diisi, borang tersebut perlu dihantar kepada Ibu Pejabat PPM
untuk diterima dan didaftarkan.

v. Borang tersebut boleh diperolehi daripada Pesuruhjaya Daerah, Penolong Ketua
Pesuruhjaya Pengakap Negeri: Unit Pentadbiran, Ketua Pesuruhjaya Pengakap
Negeri atau daripada Ibu Pejabat PPM.

vi. Yuran pendaftaran bagi setiap ahli pengakap ialah RM5.00 (Ringgit Malaysia Lima)
sahaja.

vii. Ahli Pengakap yang tidak berdaftar dengan PPM atau tidak menjelaskan yuran
pendaftaran akan digugurkan keahlian dan tidak dibenarkan memakai uniform
pengakap atau menjalankan/mengikuti sebarang aktiviti kepengakapan.

Pendaftaran Kumpulan dan Tauliah Pemimpin

i. Setiap Kumpulan Pengakap mesti didaftarkan. Yuran pendaftaran bagi kumpulan
ialah RM10.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh) sahaja.

ii. Pemimpin menggunakan Borang PPM 9A (Borang Permohonan Tauliah
Pemimpin/Penolong Pemimpin Pengakap). Setelah diisi, borang tersebut perlu
dihantar kepada Ibu Pejabat PPM untuk diterima dan didaftarkan.

iii. Ada dua jenis Tauliah Pemimpin daripada PPM, iaitu:

a. Tauliah Sementara,

b. Tauliah Tetap.

97

vii. Tauliah Sementara diberikan kepada pemimpin pengakap yang telah lulus dan
memiliki Sijil Kursus Kepemimpinan Manikayu Peringkat Satu dan Dua.

viii. Tauliah Tetap diberikan kepada pemimpin pengakap yang telah lulus dan memiliki
Sijil Kursus Kepemimpinan Manikayu Peringkat Tiga.

ix. Pemimpin pengakap perlu memohon tauliah yang baharu serta mengembalikan
tauliah yang lama kepada PPM sekiranya pemimpin tersebut bertukar ke tempat
lain.

Struktur Unit
i. Semua rakyat Malaysia yang berumur 8 tahun dan ke atas boleh memohon untuk
menjadi ahli Persekutuan Pengakap Malaysia.
ii. Mereka kemudian akan dikategorikan mengikut unit-unit yang ada di dalam
Pergerakan Pengakap Malaysia berdasarkan umur seprti yang berikut:

UNIT-UNIT YANG TERDAPAT DALAM PERGERAKAN PENGAKAP

Pengurusan Buku Log
i. Buku Log ialah buku catatan untuk merakamkan apajua kerja yang telah dilakukan.
Buku Log sangat penting kerana ia bukan sahaja akan menjadi sumber rujukan
pada masa yang akan datang tetapi juga untuk menunjukkan sejauh manakah
pengalaman dan pemahaman seseorang tentang kerja-kerja yang telah dibuatnya.
Misalnya, catatan oleh ahli pengakap yang mengambil sesuatu ujian lencana atau
anugerah.
ii Buku Log yang mengandungi pelbagai catatan pengetahuan dan pengalaman
diharapkan boleh dijadikan panduan, laporan dan juga pengesahan terhadap
penglibatan seseorang dalam sesebuah oerganisasi atau pertubuhan. Misalnya
Buku Log Pergerakan Pengakap merupakan rakaman peristiwa yang berlaku dan

98

catatan harian bagi sesuatu aktiviti. Sehubungan dengan itu, seseorang pencatat
buku log perlu memiliki kemahiran meneliti dan menghalusi pemahaman terhadap
persekitarannya serta mampu menzahirkannya dalam bentuk penulisan, lakaran
mahupun bantuan visual ataupun grafik.
iii. Di dalam buku log ahli pengakap, pemimpin pengakap digalakkan untuk
mencatatkan sebarang komen terhadap penulisan serta memberikan pengesahan
terhadap ujian yang diambil oleh beliau.
Misalnya, semasa Ujian Pentarafan Pengakap Raja, buku log peserta akan
diperiksa oleh Lembaga Pentaraf Pengakap Raja Negeri untuk melihat sejarah
serta penglibatan peserta dalam Kepengakapan secara keseluruhan. Oleh itu,
pemeriksa amat mengharapkan agar para peserta akan melampirkan atau
melekatkan salinan sijil kelulusan lencana dan ujian terbabit di dalam buku log
mereka.

CONTOH BUKU LOG/LATIHAN PENGAKAP KANAK-KANAK

iv. Setakat ini, tiada had piawaian ditentukan tentang jumlah muka surat bagi
sesebuah buku log. Namun begitu, buku log yang baik hendaklah mempunyai
sekitar 200 hingga 300 muka surat. Sebaiknya buku log hendaklah berkulit tebal
agar ia boleh disimpan dengan baik dan elok untuk satu jangka masa yang lama.

99

CONTOH KULIT BUKU LOG

v. Objektif penulisan buku log:
a. Berupaya untuk mencatatkan atau merekodkan setiap perjumpaan
mingguan.
b. Berupaya untuk mencatatkan atau merekodkan setiap aktiviti atau gerak
kerja yang telah dilakukan, termasuklah aktiviti ujian lencana atau anugerah
pengakap.
c. Mampu menguruskan buku log dengan kemas, baik dan sempurna.
d. Memudahkan proses pemantauan, penilaian dan pemeriksaan dilakukan oleh
pemimpin dari semasa ke semasa.
e. Menjadi bahan bukti bertulis yang disahkan dari semasa ke semasa berkaitan
aktiviti kepengakapan.
f. Menjadi bahan rujukan untuk masa yang akan datang.

vi. Kandungan yang perlu ada di dalam buku log mengikut unit-unit dalam pengakap
adalah seperti yang berikut:
a. Kandungan Umum:
(i) Catatan/Butiran Peribadi
(ii) Senarai pemimpin pengakap di sekolah anda (berserta tandatangan)

100

BIL SENARAI PEMIMPIN TANDATANGAN

JAWATAN NAMA

1 PEMIMPIN

2 PENOLONG PEMIMPIN

3 PENOLONG PEMIMPIN

4 PENOLONG PEMIMPIN

CONTOH SENARAI PEMIMPIN PENGAKAP BERSERTA RUANGAN TANDATANGAN

(iii) Seni kata Lagu Negaraku
(iv) Seni kata Lagu Pengakap Malaysia
(v) Prinsip Rukun Negara

Maka kami rakyat Malaysia berikrar
akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami

untuk mencapai cita-cita tersebut
berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara

Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan

PRINSIP RUKUN NEGARA

(vi) Persetiaan Pengakap

(vii) Undang-undang Pengakap

(viii) Logo Pengakap Malaysia berserta keterangan tentang logo.

(ix) Logo Pengakap Dunia berserta keterangan tentang logo.

LOGO PERGERAKAN PENGAKAP DUNIA BERSERTA KETERANGAN

101

(x) Lencana Keahlian berserta keterangan tentang Lencana.

LENCANA KEAHLIAN PENGAKAP

(xi) Isyarat dan Hormat Pengakap berserta keretangan.

CONTOH ISYARAT DAN HORMAT PENGAKAP

(xii) Cogan Kata Pengakap
(a) Cogan kata Pengakap ialah “Selalu Sedia”.
(b) Namun setiap unit pengakap juga mempunyai cogan kata
masing-masing seperti yang berikut:

COGAN KATA UNIT-UNIT PENGAKAP

102

(xiii) Pakaian Seragam Pengakap

(xiv) Laung Agung (jika berkenaan)

LAUNG AGUNG

1. Laung Agung merupakan:
i. Tradisi dalam Istiadat Pengakap Kanak-Kanak.
ii. Diamalkan di seluruh dunia.
iii. Mengingatkan Pengakap Kanak-Kanak supaya ‘BUAT HABIS BAIK”.
iv. Untuk menghormati tetamu.
v. Melahirkan semangat setiakawan,perpaduan serta membina displin.

2. Bilakah diadakan?
i. Setiap kali diadakan perjumpaan.
ii. Setiap kali semasa menamatkan perjumpaan.

3. Pelaksanaan Istiadat Laung Agung:
i. AKELA (Pemimpin/Jurulatih) berdiri dalam keadaan SEDIA lalu berteriak “PEK!” (semua PKK
berdiri dalam keadaan SEDIA).
ii. (Setelah semua PKK dalam keadaan BERSEDIA) AKELA (Pemimpin/Jurulatih) berteriak “PEK!
PEK! PEK!”
iii. Semua PKK berlari-lari anak ke arah AKELA sambil menyahut “P…E….K….!” (sekitar lima
harakat) lalu mengelilingi AKELA.
iv. AKELA mengangkat (mendepakan) kedua-dua tangan hingga ke paras baru untuk
memerintahkan PKK membentuk satu bulatan besar dengan memegang tangan di antara satu
sama lain (amat digalakkan berpegangan tangan sesama jantina).
v. Apabila bulatan telah sempurna dilakukan, AKELA menjatuhkan tangan rapat ke sisi paha untuk
meminta PKK menjatuhkan tangan masing-masing.
vi. AKELA kemudian mengangkat/mendepakan tangan sekali lagi tetapi kali ini mengatasi sedikit
paras bahu untuk meminta PKK mengangkat tumit.
vii. AKELA menjatuhkan tangan rapat ke sisi paha. PKK akan duduk mencangkung dengan
kedua-dua belah tangan mencecah ke bumi sambil berteriak: “A K E L A, KITA BUAT HABIS
BAIK!
viii. AKELA kemudian mencabar dengan merenung seorang PKK dalam Sekawan Bertugas. PKK
yang dicabar akan bangun sambil memberi Hormat Pengakap kepada AKELA dengan
kata-kata: “KAMU BUAT HABIS BAIK?”
ix. Setelah dicabar, semua PKK bangun sambil memberikan Hormat Pengakap kepada AKELA
dengan menjawab “KAMI BUAT HABIS BAIK!”
x. AKELA membalas Hormat Pengakap PKK. PKK menjatuhkan tangan setelah AKELA selesai
membalas Hormat Pengakap (tanda istiadat Laung Agung tamat).
CONTOH PELAKSANAAN ISTIADAT LAUNG AGUNG

103

(xv) Carta atau Struktur Organisasi Pergerakan Pengakap Sekolah

STRUKTUR ORGANISASI PERGERAKAN PENGAKAP
SEKOLAH KEBANGSAAN/MENENGAH ……………………………….

TAHUN ……………………

KUASA PENGANJUR

(Guru Besar/Pengetua)

………………………………………..
PENGERUSI

…(G…ur…u …Pe…no…lon…g…Ka…na…n…Ko…ku…rik…ul…um..)

PEMIMPIN

(Guru Penasihat UB Pengakap)

………………………………………..
PENOLONG-PENOLONG PEMIMPIN

(Guru Penasihat UB Pengakap)

………………………………………..
………………………………………..

(xvi) Carta/Struktur Organisasi Jawatankuasa Kerja Pergerakan Pengakap
Sekolah

STRUKTUR ORGANISASI PERGERAKAN PENGAKAP
SEKOLAH MENENGAH ……………………………….
TAHUN ……………………

PENAUNG

………(…G…uru…B…es…ar…/Pe…n…ge…tua…) ……..

PENASIHAT

…(G…ur…u P…en…o…lon…g …Ka…na…n …Ko…ku…rik…ulu…m.).

PEMIMPIN

……(G…ur…u P…e…na…sih…at…UB…P…e…ng…ak…ap…) ..

PENOLONG-PENOLONG PEMIMPIN

……(G…ur…u P…e…na…sih…at…U…B P…e…ng…ak…ap…) ..

………………………………………..

PENGERUSI

……………(…Mu…rid…/P…el…aja…r)…………..

NAIB PENGERUSI

……………(…Mu…rid…/P…el…aja…r)…………..

SETIAUSAHA

……………(M…u…rid…/P…ela…ja…r) …………..

BENDAHARI

……………(…Mu…rid…/P…el…aja…r)…………..

MAJLIS ENAM SEKAWAN/PATROL

……………(…Mu…rid…/P…ela…ja…r) …………..

………………………………………..
AHLI JAWATANKUASA

……………(M…u…rid…/P…ela…ja…r) ………….

………………………………………...

104

(xvii) Sejarah Pergerakan Pengakap
(xviii) Cerita Hutan (Sekurang-kurangnya satu cerita sahaja)
(xix) Beberapa gambar yang telah diambil sewaktu menghadiri apa jua

aktivit kepangakapan
(xx) Borang penilaian individu menunjukkan ringkasan kandungan buku log

dan bukti bahawa maklumat di dalamnya telah dihafal.
(xxi) Halaman autograf

AUTOGRAF

CONTOH HALAMAN AUTOGRAF

b. Kandungan Khusus:
(i) Buku Log Unit Pengakap Kanak-kanak:
(a) Catatan Peribadi (Maklumat diri) + Lencana Keahlian
(b) Lencana Keris Gangsa
(c) Lencana Keris Perak
(d) Lencana Keris Emas + Rambu Pengakap Kanak-kanak
(ii) Buku Log Unit Pengakap Muda:
(a) Catatan Peribadi (Maklumat diri) + Lencana Keahlian
(b) Lencana Usaha
(c) Lencana Maju
(d) Lencana Jaya + Rambu Pengakap Muda
(e) Buku Log Pengembaraan
(iii) Buku Log Unit Pengakap Remaja:
(a) Lencana Ekspedisi
(b) Lencana Jayadiri
(c) Lencana Kegiatan
(d) Lencana Kemahiran
(e) Lencana Perkhidmatan
(f) Ujian Sikap

105

(iv) Buku Log Unit Pengakap Kelana:
(a) Catatan Peribadi + Lencana Keahlian + Vigil + Pertabalan
(b) Lencana-lencana Kemajuan
(c) Projek
(d) Program atau Aktiviti Khas (jika ada)

vii. Prosedur Penyediaan Buku Log:
a. Beli sebuah buklu log yang bersaiz buku tulis, berkulit tebal atau keras dan
mempunyi muka surat antara 100 hingga 200 halaman. Elakkan daripada
membeli buku log yang bersaiz panjang.
b. Balut buku log dengan sampul plastik lutsinar agar kalis air dan tidak
basah seandainya terkena air.
c. Pada kulit hadapan dicadangkan dituliskan seperti yang berikut:

BUKU LOG PENGAKAP

Nama : …………………………………………………………………………
No. kad pengenalan : ……………………………………………………
Sekolah : …………………………………………………………………….
Tahun/tingkatan : ………………………………………………………
Kumpulan : ………………………………………………………………….
Nama sekawan/patrol : ……………………………………………….
Cogan kata : ………………………………………………………………..
Nama pemimpin : …………………………………………………………..

c. Anda boleh menaip butir-butir di atas atau menulis dengan
pen/marker pada kulit hadapan.

d. Di bahagian dalam buku log, catatkan:
(i) Kandungan umum; dan
(ii) Kandungan Khusus.

e. Anda dibenarkan untuk fotostat gambar/logo/lukisan dan menampalkannya
di dalam buku log.

106

f. Salin semua nota yang telah dan akan diberikan mengikut susunan
topik/tajuk.

g. Elakkan daripada menampal nota cetakan atau fotostat ke dalam buku log.
Hanya gambar/logo/lukisan sahaja dibenarkan untuk ditampalkan ke dalam
buku log.

h. Hiasilah buku log anda agar kelihatan cantik dan kemas.

i. Buku log akan dinilai oleh pemimpin dan penolong pemimpin pengakap dari
semsa ke semasa.

Tanggungjawab Pemimpin

i. Sebagai pemimpin anda bertanggungjawab mengarah dan menyelaras aktiviti
yang boleh membantu kumpulan anda mencapai matlamat.

ii. Apakah tugas utama pengakap mengikut Akta Pengakap 1968 dan POR PPM?

Bil. Jawatan Tugas dan Tanggungjawab

1 Pesuruhjaya-pesuruhjaya  Menggubal dan mengeluarkan dasar latihan.
di peringkat Ibu Pejabat  Perhubungan antarabangsa.
PPM
 Merancang dan mengadakan program pembangunan

pengakap di peringkat negara.

2 Pesuruhjaya-pesuruhjaya  Menggalak dan memberi kemudahan melatih Pengakap
di peringkat negeri
Negeri dan mengadakan program-program.

 Bekerjasama dengan Majlis Negeri, Pandu Puteri, BP Guilds

untuk pembangunan pengakap.

 Memajukan taraf kepengakapan dalam negeri.

3 Pesuruhjaya-pesuruhjaya  Bekerjasama dengan Majlis Pengakap Daerah untuk

di peringkat daerah pembangunan Pengakap Daerah.

 Mengawasi dan melatih kumpulan-kumpulan pengakap yang

berkaitan dengan peningkatan kepengakapan dan

program-program daerah.

 Menentukan pendaftaran kumpulan dan ahli pengakap.

4 Pemimpin-pemimpin  Membimbing pengakap supaya mencapai tujuan dan objektif

PPM.

 Berhubung rapat dengan kuasa penganjur dan ibu bapa ahli

pengakap.

5 Ahli pengakap  Bekerjasama dengan Pesuruhjaya Daerah untuk tujuan
penyeragaman.

 Memahami cara hidup dalam sistem berpatrol.

 Sambil bersuka ria, perlu sentiasa taat kepada Tuhan, raja
dan negara, menolong orang pada setiap masaa dan
menghayati dan mengamalkan Undang-undang Pengakap.

 Berusaha untuk memperoleh Anugerah Pengakap Raja
dan/atau BP Award.

107

iii. Sifat seorang Pemimpin
a. Patuh kepada tujuan kepengakapan untuk membentuk generasi akan datang
b. Patuh kepada Persetiaan dan Undang-Undang Pengakap
c. Berminat, sabar, tabah, beryakinan serta jujur
d. Ikhlas, berfikiran terbuka, sedia memberi dan menerima teguran
e. Tidak berkepentingan diri sendiri, ikhlas dan jujur terhadap tugas
f. Berkemampuan dan berwibawa
g. Berminat terhadap tugas untuk memimpin
h. Mempunyai kesedaran untuk memimpin dan dipimpin
i. Mempunyai rasa persaudaraan dengan pemimpin lain
j. Sentiasa bersabar dalam menjalankan tugas
k. Sentiasa menunaikan kewajipan terhadap agama
l. Sentiasa tenang dan berfikiran terbuka
m. Sentiasa ramah mesra dan cermat dalam tuturkata
o. Sentiasa menambah pengetahuan dan pengalaman diri
p. Sentiasa berwaspada dan selalu sedia
q. Yakin untuk mencapai matlamat dan objektif kepengakapan
r. Sedia menerima teguran dengan hati yang terbuka dan segera membaiki
kesilapan
s. Menjadi pemimpin bukan kerana satu-satu tujuan lain
t. Menjadi contoh kepada ahli-ahli yang dipimpin
u. Berhemah tinggi, berpakaian kemas dan pandai menyesuaikan diri

iv. Tugas Awal Pemimpin
a. Dapatkan tauliah sementara sebagai pemimpin dan menjelaskan yuran
pendaftaran sebagai ahli PPM.
b. Kumpulan yang dipimpin mestilah berdaftar serta memperbaharui
pendaftaran keahliannya.
c. Menyempurnakan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin unit.

108

d. Mendampingkan diri dengan pembimbing untuk mendalami ilmu
kepengakapan.

e. Terangkan masalah bagaimana menjalankan skim latihan lencana kepada
pembimbing.

f. Mematuhi kehendak yang tercatat dalam program Kursus Dalam
Perkhidmatan dan minta Pembimbing/Pemimpin Kumpulan yang melawat
menandatangani borang selepas menjalankan perjumpaan mingguan.

v. Tanggungjawab Pemimpin;
a. Menubuhkan kumpulan.
b. Mendaftarkan kumpulan dan keahlian setiap tahun.
c. Memilih / membentuk Majlis Ketua Sekawan.
d. Menentukan Sistem Berpatrol berfungsi.
e. Memberi bidang kuasa yang terhad kepada Ketua Sekawan.
f. Menggunakan sumber alam di peringkat kumpulan dan daerah dengan
berkesan.
g. Mengkaji kegagalan dan pencapaian yang telah lalu.
h. Mempraktikkan kemahiran berpengakap.
i. Memelihara semangat berpasukan.
j. Merancang perjumpaan mingguan / bulanan dan latihan / aktiviti.
k. Merancang untuk mencari wang.
l. Menilai semula pencapaian dan kejayaannya.
m. Merekodkan semua aktiviti di dalam Buku Log Kumpulan.
n. Merujuk kepada PJ Daerah / Negeri untuk mendapatkan nasihat.
o. Melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan sempurna dan cemerlang.
p. Berusaha memperkembangkan potensi individu dan kumpulan.
q. Dapat memenuhi keperluan individu.

109

Pakaian Seragam Ahli dan Pemimpin

i. Menurut Akta Pengakap 1964, pakaian seragam pengakap yang betul dan lengkap
bagi semua unit Pergerakan Pengakap, termasuk Penaung Utama dan
Penaung-penaung adalah seperti mana yang dinyatakan di bawah peraturan dalam
bahagian ini.

ii. Rupa bentuk dan corak alatan yang mengandungi pakaian seragam hendaklah
mengikut rupa bentuk ukuran dan corak yang telah ditetapkan.

iii. Anggota Pergerakan Pengakap TIDAK DIBENARKAN memakai pakaian seragam
yang lain selain daripada apa yang telah ditetapkan.

iv. Warna rasmi bagi kemeja, baju wanita dan seluar atau kain wanita dan apa jua
jenis pakaian ialah:

a. Kelabu asap bagi kemeja, iaitu uniform kerja atau bush jaket;

b. Biri tua bagi seluar ataupun kain (wanita).

v. Terdapat empat jenis pakaian seragam dalam pergerakan pengakap.
Pakaian-pakaian ini dikategorikan berdasarkan kod yang telah ditetapkan, iaitu:

a. Pakaian No. 1 : Uniform pengakap berwarna putih (bersongkok)

b. Pakaian No. 2 : Bush Jacket Lengan Panjang (bersongkok)

c. Pakaian No. 3 : Uniform Kerja dan uniform Jurulatih/Penolong Jurulaih

d. Pakaian No. 4 : Baju-T pengakap

vi. Di samping itu, terdapat juga beberapa pakaian pengakap yang masih belum
diberikan kod. Umpamanya:

a. Kemeja korporat pengakap

b. Baju batik pengakap

vii. Pakaian No. 1 hingga No. 4 serta kemeja korporat dan baju batik pengakap boleh
dipakai oleh semua pemimpin pengakap mengikut situasi.

viii. Pelajar atau ahli pengakap (bukan pemimpin) hanya boleh memakai Pakaian No. 3
dan Pakaian No. 4 sahaja mengikut situasi.

ix. Apabila pakaian seragam dipakai dalam istiadat-istiadat rasmi, seperti
perhimpunan pengakap atau semasa menjalankan kerja-kerja latihan (gerak kerja)
pengakap, pakaian seragam hendaklah dipakai dengan lengkap dan betul seperti
mana yang telah ditetapkan dalam peraturan yang mengandungi:

a. topi (forage cap/bowller hat/songkok) berlencana;

110

b. berre berwarna biru tua dan berlencana (hanya untuk jurulatih/pemimpin
yang memiliki empat butir manik kayu sahaja);

c. kemeja/baju wanita/bush jaket berwarna kelabu asap yang lengkap
berlencana;

d. epolet yang sesuai dengan taraf;
e. seluar/kain (wanita) berwarna biru tua;
f. skaf Malaysia berwarna biru berjalur merah dan putih pada bahagian tepi

atau skaf Gilwell (berwarna cokelat) untuk jurulatih;
g. wogel pvc (ahli) atau wogel tali (pemimpin);
h. tudung kepala berwarna kelabu asap (wanita);
i. tali pinggang dengan kepala (perak [pemimpin] atau gangsa [ahli] berlogo

pengakap (lelaki);
j. setokin berwarna biru tua;
k. kasut berwarna hitam (bertali [lelaki], tanpa tali [wanita].
x. Sewaktu mengikuti program perkhemahan atau kurus pengakap, anggota
pengakap boleh mengikut kebijaksanaan Pemimpin untuk memakai pakaian yang
sesuai dan selesa dengan aktiviti perkhemahan atau kursus.
xi. Walau bagaimanapun, sebaik keluar dari kawasan perkhemahan atau tempat
kursus anggota pengakap hendaklah memakai pakaian seragam yang betul dan
lengkap.
xii. Cara pemakaian pakaian seragam pengakap adalah seperti yang berikut:
a. Pakaian seragam Pengakap Kanak-kanak, Muda dan Remaja Lelaki

111

b. Pakaian seragam Pengakap Kanak-kanak, Muda dan Remaja Wanita
112

c. Cara Pemakaian lencana pada lengan baju

d. Penggunaan nama Sekawan atau nama Patrol pada lengan baju

NAMA
SEKAWAN/PATROL

113

e. Penggunaan lencana pangkat pada baju
f. Cara memasang lencana Pengakap Kanak-kanak pada lengan baju

114

g. Cara memasang lencana Pengakap Muda pada lengan baju
h. Cara memasang lencana Pengakap Remaja pada lengan baju

115

i. Pakaian seragam pemimpin pengakap lelaki

Kasut Kulit Hitam Bertali

j. Cara pemakaian lencana pada lengan baju pemimpin lelaki

k. Pakaian seragam pemimpin pengakap wanita

Kasut Kulit Hitam Tanpa Tali

116

l. Cara pemakaian lencana pada lengan baju pemimpin wanita

Takwim dan Rancangan Aktiviti
i. Pengenalan:
a. Takwim memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan manusia
sejak dari tamadun awal, masyarakat primitif Sumeria di Babylon dipercayai
merupakan manusia pertama yang mencipta takwim.
b. Takwim ialah kalendar tahunan atau tahun kalendar yang digunakan untuk
merancangkan sesuatu program atau aktiviti.
c. Takwim merupakan sistem masa yang berkait rapat dengan aktiviti sosial dan
juga aktiviti keagamaan yang membantu manusia menguruskan kehidupan
seharian dengan lebih sistematik dan berkualiti. Misalnya, dalam Islam
sendiri, takwim memainkan peranan untuk mencari kesempurnaan dalam
pelaksanaan ibadah seperti penentuan bagi awal bulan Ramadan, awal bulan
Syawal dan penentuan hari Wukuf.
d. Sehubungan dengan itu, terdapat dua jenis takwim, khususnya di Malaysia,
iaitu
(i) Takwim Masihi ditentukan berdasarkan perjalanan matahari; dan
(ii) Takwim Hijri atau Takwim Islam ditentukan mengikut peredaran bulan.
e. Tahun kalendar yang digunakan di Malaysia ialah tahun Masihi berdasarkan
bulan bermula dari bulan Januari hingga Disember dan mempunyai kira-kira
356 hari pada setiap tahun. Namun begitu, terdapat beberapa organisasi
yang berkonsepkan Islam, seperti Jabatan Agama dan Kebajikan Islam
Malaysia atau JAKIM dan Jabatan-jabatan Agama Islam setiap negeri
menggunakan Takwim Hijri dalam merancang aktiviti tahunan di samping
Takwim Masihi.

117

f. Takwim atau kalendar boleh ditakrifkan sebagai satu rekod perjalanan waktu
atau sistem susunan masa yang membahagikan tahun menjadi bulan, bulan
menjadi minggu dan minggu menjadi hari.

g. Kebiasaannya takwim dirujuk untuk merancangkan sesuatu program atau
aktiviti tahunan.

ii. Perancangan Program atau Aktiviti Tahunan:

a. Perancangan program bermaksud merancang, merangka dan menyusun
aktiviti berdasarkan takwim atau kalendar tahunan agar segala program dan
tugasan yang telah dirancang dapat diselaraskan dengan pelbagai pihak.

b. Perancangan tahunan sangat penting untuk memastikan agar segala
program dan aktiviti yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan baik
dan terancang tanpa sebarang gangguan. Tanpa perancangan akan
mengakibatkan pelaksanaan sesuatu program atau aktiviti itu sukar untuk
mencapai matlamat dengan jayanya, menarik dan menyeronokkan.

c. Sehubungan dengan itu, setiap program atau aktiviti yang hendak
dilaksanakan perlulah dirancang dengan baik dan teliti agar objektif
pelaksanaan sesuatu program atau aktiviti itu dapat dilaksanakan dengan
sempurna dan tercapai secara optimum.

d. Dalam proses untuk merancang takwim aktiviti, organisasi yang kecil perlu
merujuk kepada organisasi yang besar terlebih dahulu agar tiada sebarang
program atau aktiviti yang bakal dilaksanakan nanti bertindan.

e. Misalnya, pergerakan pengakap di sekolah yang ingin membina perancangan
tahunan perlulah merujuk perancangan tahunan yang telah dibina oleh MPD,
MPNg dan MPN terlebih dahulu.

f. Elakkan daripada menetapkan tarikh pelaksanaan program dan aktiviti di
sekolah jika pada tarikh yang berkenaan telah ada program dan aktiviti
penting yang telah ditetapkan oleh MPD, MPNg dan MPN.

iii. Contoh Perancangan Program atau Aktiviti Tahunan:

a. Majlis Pengakap Kumpulan Latihan Malaysia (MPKLMIPG):

BIL BULAN PROGRAM TARIKH TEMPAT PERINGKAT TINDAKAN
01 Januari 23 - 26 Jan Pusat Belia Kebangsaan
02 Februari Kursus Istiadat dan Protokol anjuran Antarabangsa, Kuala Kebangsaan
03 Mac Persekutuan Pengakap Malaysia 18 Feb. Lumpur MPKLMIPG
04 Mac 29 - 31 Mac MPKLMIPG
Mesyuarat Jawatankuasa Program 29 - 31 Mac Rumah B-P, Kuala
05 Mac Negara Bil. 01/2011 Lumpur MPKLMIPG
30 Mac
Mesyuarat MT MPKLMIPGM Bil. Hotel Charlton, Shah
01/2011 Alam, Selangor

Mesyuarat Pesuruhjaya KLMIPG Bil. Hotel Charlton, Shah
01/2011 Alam, Selangor

MAJLIS PERASMIAN PENUBUHAN Hotel Charlton, Shah
MPKLMIPGM OLEH PENGERUSI Alam, Selangor
MPKLMIPGM

118

BIL BULAN PROGRAM TARIKH TEMPAT PERINGKAT TINDAKAN
06 April 06 - 13 April Zon Zon
07 April Mesyuarat JT MPKLMIPGM Unit Zon 01 - 30 April Zon/IPG
Bil. 01/2011 IPG/Zon
08 Mei 25 - 27 Mei Zon/IPG
Kursus Kepemimpinan Manik Kayu IPG/Zon
Pengenalan dan Peringkat Satu untuk
Penolong Pemimpin KPLI

Kursus Kepemimpinan Manik Kayu
Peringkat III (Fasa Satu) untuk Penolong
Pemimpin KDPM Mod KDC

b. Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM):

BIL. BULAN PROGRAM TARIKH TEMPAT PERINGKAT TINDAKAN
01 Januari 03 - 09 Jan Hyderabad, Andhra Antarabangsa
02 Januari 16th National Jamboree of Bharat and Pradesh, India Antarabangsa
03 Januari Guides India 02 Jan
04 Januari International Scout Forum for Muslim 03 - 06 Jan Blumenau, Brazil.
05 Mac Youth. 17 - 21 Jan
06 Mac 12 - 16 Mac Curtiba, Brazil Antarabangsa
11th Scout Youth Forum. 21 - 26 Mac
07 April Ligao Citu, Philpines Antarabangsa
ASEAN Neighbourhood Invitation Kebangsaan
Jamboree. Kem Pengakap Antarabangsa
Melaka
Korobori Peringkat Kebangsaan 2011 Bhutan.

SAARC Camp. 15 - 17 April. Kem Metropolitan Kebangsaan
Kebangsaan
Pertandingan Kepandaian dan
Kemahiran Pengakap Muda Peringkat Negeri
Kebangsaan 2011

08 Mei 04th National JOTA. 13 – 17 Mei PPM Negeri-Negeri
28 Mei - 02 Jun & Persatuan Radio
09 Mei Jambori Pengakap Melaka Maju 2011 Amatur.

Kem Pengakap
Melaka

119

PANDU PUTERI MALAYSIA

Prinsip-prinsip Asas Pandu Puteri

i. Asas program Pandu Puteri terdiri daripada empat komponen iaitu
perkembangan diri, sahsiah dan intelek; minat dan hobi; gaya hidup sihat;
dan khidmat. Program Pandu Puteri juga menekankan empat elemen utama iaitu
perkembangan jasmani, emosi, kerohanian dan intelek.

ii. Untuk mencapai tujuan murni ini, didikan dan latihan untuk ahli adalah melalui program
Pandu Puteri yang mengutamakan sistem kumpulan (Patrol System) yang menjadi ciri
utama pergerakan Pandu Puteri seluruh dunia. Program Pandu Puteri juga memenuhi
minat dan kebolehan semua peringkat ahli melalui sistem latihan dan skim Lencana
Kecekapan.

iii. Prinsip-prinsip asas Pandu Puteri adalah berdasarkan:

o Persetiaan Pandu Puteri
 Menghayati kepercayaan dan ketaatan kepada Tuhan;
 Tanggungjawab kepada agama, masyarakat dan negara;
 Bertindak dan bertimbang rasa terhadap hak-hak asasi manusia
serta mengelakkan diri daripada bersifat kejam; dan
 Berkeyakinan menggunakan kebolehannya untuk diri sendiri,
keluarga dan masyarakat di sekelilingnya.

o Undang-Undang Pandu Puteri:
 Undang-undang perlu diamalkan dan dilaksanakan untuk melatih
ahli Pandu Puteri patuh pada peraturan, khususnya pada
Persetiaan Dan Undang-Undang Pandu Puteri. Prinsip-prinsip ini
merupakan suatu nilai hidup yang positif.



o Dasar Keagamaan:
 Seseorang ahli Pandu Puteri mestilah mengamalkan Kepercayaan
dan Rukun Agama masing-masing;
 Ahli Pandu Puteri perlu menghormati orang lain yang tidak
seagama dengannya; dan

120

 Pemimpin menggalakkan ahli bawahannya untuk membuat ibadat
mengikut kepercayaan masing-masing.

o Kewarganegaraan:
 Mengingatkan keperibadian sebagai berbudi pekerti yang baik,
berhemah tinggi dan berpotensi;
 Seorang yang baik dan sanggup berkorban untuk mempertahankan
maruah;
 Menghormati ibu bapa, keluarga, pemimpin bagi membentuk
keperibadian;
 Bersopan santun, berbudi bahasa dan lemah lembut; dan
 Mematuhi Perlembagaan negara dan memupuk semangat
perpaduan.

o Cara Pandu Puteri.
 Keanggotaan secara sukarela untuk berpakaian seragam dalam
sebuah pasukan;
 Mematuhi rukun hidup seperti yang ditegaskan dalam Persetiaan
dan Undang-Undang Pandu Puteri;
 Mengadakan pelbagai aktiviti yang menarik, penuh cabaran dan
daya tahan;
 Berpeluang menjadi seorang yang bertanggungjawab;
 Belajar dari pengalaman dan aktiviti Pandu Puteri.

Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia
Perlembagaan sesebuah organisasi menjelaskan bentuknya, strukturnya,
aktiviti-aktivitinya, sifat-sifatnya dan peraturan-peraturannya yang utama.
Sebagai sebuah persatuan NGO, Persatuan Pandu Puteri Malaysia juga
mempunyai dasar dan perlembagaan untuk ahli-ahlinya. Anda digalakkan
untuk melayari pautan berikut di laman sesawang untuk meneliti Dasar
Dan Perlembagaan (DPU) yang terdapat dalam Persatuan Pandu Puteri
Malaysia.

121

o Dasar dan Perlembagaan Am:
https://drive.google.com/file/d/0BzRkcNM-9IIieGFfRUVwUXoxbG8/view
o Dasar dan Perlembagaan Pemimpin:
https://drive.google.com/file/d/0BzRkcNM-9IIiaDFJLWdreWdrRkE/view
o Dasar dan Perlembagaan Pandu Puteri Tunas:
https://drive.google.com/file/d/0BzRkcNM-9IIicVFNcDBfZmtMdlE/view
o Dasar dan Perlembagaan Pandu Puteri Remaja:
https://drive.google.com/file/d/0BzRkcNM-9IIiUDNEODYzb3VWT1E/view
o Dasar dan Perlembagaan Perkhemahan:
https://drive.google.com/file/d/0BzRkcNM-9IIiYVpnQXZiZzEyRWM/view

Lambang dan Cogan Kata
i. Lencana Persatuan Pandu Puteri Malaysia

Menurut persetujuan Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia pada
tahun 1928, semua negara bersetuju untuk menerima trefoil sebagai lencana
ikrar Pandu Puteri. Reka bentuk trefoil di peringkat kebangsaan bergantung
kepada kepada kehendak sesebuah negara. Reka bentuk lencana Pandu Puteri
Malaysia telah dicipta oleh Cik Mary Bowers, seorang Pesuruhjaya Latihan, Ibu
Pejabat pada tahun 1962 untuk menggantikan trefoil Inggeris yang telah
digunakan sebelum tahun itu.

122

Trefoil Pandu Puteri Malaysia terdiri daripada tiga rangkaian atau cantuman daun
yang terdapat bintang pecah 14 di tengahnya serta perkataan Pandu Puteri di
bawahnya.

Tiga rangkaian daun lebar itu melambangkan tiga Persetiaan iaitu taat kepada
Tuhan, Raja dan negara kita Malaysia, menolong setiap masa dan mematuhi
Undang-Undang Pandu Puteri. Cantuman tiga daun ini melambangkan
persaudaraan Pandu Puteri di negara ini.

ii. Logo Persatuan Pandu Puteri Malaysia

iii. Logo Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia

Simbol Maksud

Trefoil (tiga cabang) Ikrar Pandu Puteri

Warna emas trefoil Matahari yang bersinar-sinar di langit biru

Bintang pada cabang Bintang petunjuk jalan iaitu Persetiaan dan

trefoil Undang-Undang Pandu Puteri

Jalur Jalur kompas sebagai penunjuk jalan yang harus

dituju dalam Pandu Puteri

Tapak Perasaan kasih saying semua manusia sentiasa

menyala dalam jiwa Pandu Puteri

123

Cogan Kata Pandu Puteri
Cogan kata Pandu Puteri berbeza mengikut kategori keahlian Persatuan Pandu
Puteri Malaysia, iaitu:

i. Pandu Puteri Tunas:
”TOLONG ORANG SELALU”

ii. Pandu Puteri Remaja:
”SELALU SEDIA”

iii. Pandu Puteri Renjer:
”TERUS BERKHIDMAT”

iv. Pandu Puteri Kadet / Pandu Puteri Siswi / Pemimpin:
”SELALU SEDIA”

Bendera Jalur Gemilang
i.

ii. Bendera Persatuan Pandu Puteri Malaysia

Tiga rangkaian daun lebar
melambangkan tiga Persetiaan Pandu
Puteri.

Bintang pecah melambangkan 13 buah
negeri serta Wilayah Persekutuan di
Malaysia.

Lencana Pandu Puteri Malaysia di
tengah latar biru membawa maksud
matahari menyinari setiap kanak-kanak
di dunia.

124

iii. Bendera Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia
(World Association of Girl Guides and Girl Scouts)

Tiga blok atau petak jingga
menyerong sederet di bahagian
kanan bawah melambangkan 3
bahagian Persetiaan.

Bahagian putih di penjuru
melambangkan komitmen semua
ahli Pandu Puteri dan Pengakap
Puteri Sedunia terhadap keamanan.

Trefoil dunia dalam latar biru
melambangkan matahari menyinari
kanak-kanak di dunia.

Lagu-Lagu Pandu Puteri (Wajib) THE WORLD SONG
Our way is clear as we march on
LAGU DUNIA And see our flag on high
Arah kita jelas ke depan Is never furled throughout the world
Bendera berkibar For hope shall never die
Tidak berlipat di dunia We must unite for what is right
Harapan abadi In friendship true and strong
Bersatu untuk kebenaran Until the earth in its rebirth
Persahabatan kukuh Shall sing our song ( 2x)
Selagi dunia masih ada
Akan nyanyi lagu ini (2x)

Layari: https://www.youtube.com/watch?v=1gKXt2s5pNw
https://www.youtube.com/watch?v=yfSbLv7FB8Y

125

TAPS (Siang) TAPS (Malam)
Kami puji, nikmat diberi Malam datang, siang hilang
Matahari, bintang-bintang, Dari laut, dari gunung, dari langit
langit biru Semua selamat, sihat rehat
Mana pergi hidup kami Berkat Tuhan
Tuhan saksi
Day is done, gone the sun
Thanks and praise, for our days From the sea, from the hills, from the
‘Neath the sun, ‘neath the stars, ‘neath sky
the sky All is well, safely rest
As we go, this we know God is nigh
God is nigh

Layari: https://www.youtube.com/watch?v=wEnm23RDdhY
Persetiaan/Ikrar Dan Undang-Undang Pertubuhan

i.

126

ii. UNDANG-UNDANG PANDU PUTERI
– Seorang Pandu Puteri boleh dipercayai.
– Seorang Pandu Puteri sentiasa taat dan setia.
– Seorang Pandu Puteri suka menolong orang lain.
– Seorang Pandu Puteri bersahabat dengan semua orang dan
bersaudara dengan ahli Pandu Puteri yang lain.
– Seorang Pandu Puteri sentiasa bersopan santun.
– Seorang Pandu Puteri melindungi haiwan dan memelihara alam
sekitar.
– Seorang Pandu Puteri sentiasa menurut perintah.
– Seorang Pandu Puteri bersemangat dan bergembira walaupun dalam
kesulitan.
– Seorang Pandu Puteri sentiasa berjimat cermat.
– Seorang Pandu Puteri suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan.

Hormat Pandu Puteri

Maksud
Tiga jari menunjukkan tiga bahagian Persetiaan Pandu
Puteri
Ibu jari yang diletakkan di atas jari kelingking bermaksud
yang kuat membantu yang lemah

Hormat Pandu Penggunaan Hormat Pandu Puteri
Puteri Semasa berjumpa dengan D.Y.M.M Sultan-sultan negeri,
raja-raja, pembesar-pembesar negara dan negeri, pemimpin
Pandu Puteri negara, negeri/cawangan, daerah dan
kumpulan
 Semasa menerima hadiah dan kurniaan
 Semasa istiadat mengibar bendera
 Semasa memberi penghormatan kepada

jenazah

127

Sejarah Pengasas
i. Pergerakan Pandu Puteri telah diasaskan oleh seorang
bangsa lnggeris bernama Robert Stephenson Smyth
Baden-Powell yang terkenal dengan nama Lord
Baden-Powell atau BP pada tahun 1909.
ii. Baden-Powell dilahirkan di bandar London, England pada
22 Februari 1857, dan meninggal dunia pada 8 Januari,
1941 pada usia 84 tahun di Kenya.
iii. Bekas askar Inggeris berpangkat Lt .Jeneral.
iv. Gemar pada kehidupan di tempat lapang.
v. Semasa berkhidmat di India, BP telah menghasilkan sebuah buku bertajuk Aids
to Scouting (Bimbingan Pengakap) pada tahun 1899, yang menceritakan tentang
kisah peninjauan di India serta hasil daripada pengalaman dan pengamatan
beliau terhadap kepantasan dan kecekapan kanak-kanak semasa menjalankan
tugas sebagai utusan atau pemberita menggantikan tentera di medan perang
ketika pasukannya dikepung musuh
vi. Setelah bersara dari tentera, BP telah kembali ke England. Ekoran daripada
sambutan yang amat menggalakkan terhadap buku Aids to Scouting, khususnya
dalam kalangan kanak-kanak telah mendorong BP menganjurkan satu
perkhemahan selama 10 hari di Pulau Brownsea, England pada tahun 1907. BP
telah menggunakan idea berpandukan kepada pengalamannya dalam
peperangan Mafeking dan buku Aids To Scouting.

Poster Dan Batu Peringatan Perkhemahan Pertama Pengakap
Di Pulau Brownsea, England

128

vii. Inilah perkhemahan Pengakap yang pertama pernah dianjurkan di dunia.
Seramai 20 orang budak-budak pengakap telah menyertainya dan dibahagikan
kepada empat sekawan atau empat patrol. Mereka diajarkan cara-cara
mendirikan khemah, memasak, mengembara, berperahu, cara-cara
menyelamatkan nyawa, cara-cara untuk mengesan jejak sepanjang
perkhemahan dijalankan.

viii. Pada malam terakhir perkhemahan telah diadakan aktiviti Malam Unggun Api.
Kejayaan penganjuran perkhemahan pengakap di Pulau Browsea telah berjaya
menyuntik ramai kanak-kanak untuk menyertainya.

ix. Pada tahun 1908, BP telah menghasilkan sebuah buku secara bersiri bertajuk
Scouting for Boys (Ilmu Pengakap untuk Kanak-Kanak) yang memuatkan segala
pengalaman beliau semasa bertugas di Afrika dan India serta perkhemahan
pertama pengakap di Pulau Brownsea. Buku tersebut telah berjaya memikat lebih
ramai lagi kanak-kanak kepada pengakap.

Buku Scouting For Boys Oleh Lord Baden Powell
xi. Pada tahun 1919, BP telah mewujudkan satu tapak perkhemahan yang

pertama di dunia yang dikenali sebagai Gilwell Park di England

129

Gilwell Park Di England

Olave-Lady Baden Powell
i. Nama penuhnya Olave St Clair Soames.
ii. Dilahirkan pada 22 Februari 1889.
iii. Beliau berkenalan dengan Lord Baden Powell tahun
dalam satu pelayaran atas kapal S.S. Arcardian dan
diakhiri dengan perkahwinan pada tahun 1912.

iv. Mereka dikurniakan seramai tiga orang cahaya mata.

KELUARGA LORD BADEN-POWELL
v. Pada tahun 1916, Lady Baden-Powell telah menubuhkan pergerakan

Pandu Puteri di Britain.
vi. 1918, beliau dilantik sebagai Ketua Pandu Puteri yang bertanggungjawab

terhadap Pergerakan Pandu Puteri di negaranya dan di seluruh dunia.

130

vii. 1918 hingga 1919, beliau menubuhkan Majlis Tanah Jajahan dan Majlis
Antarabangsa.

viii. Majlis Antarabangsa bertanggungjawab sebagai perantara di antara
Persatuan Pandu Puteri di sesebuah negara dengan pergerakan Pandu
Puteri di negara lain. Kini ia dikenali sebagai Persatuan Pandu Puteri dan
Pengakap Puteri Sedunia.(WAGGGS)

ix. Akhir 1920-an dan awal 30-an Lady dan Lord Baden-Powell telah
memberi sumbangan yang tiada tolok bandingnya bagi
memperkembangkan Pergerakan Pandu Puteri dan Pengakap Sedunia.

x. Lady dan Lord Baden Powell tinggal di Pax Hill, Hampshire, England dan
menjadikan rumah mereka sebagai tempat dan pejabat perjumpaan
ahli-ahli Pandu Puteri dan Pengakap.

xi. 1938, mereka berpindah dan menetap di Kenya.
xii. 8 Januari 1941, Lord Baden Powell meninggal dunia. Usaha

memperkembangkan Pergerakan Pandu Puteri diteruskan oleh Lady
Baden Powell.
xiii. Beliau telah sempat melawat ke 111 buah negara dan bertemu dengan
ahli Pandu Puteri lain termasuklah Malaysia.
xiv. 1970, beliau menghidap penyakit kencing manis dan pada tahun 1977
dalam usia 88 tahun beliau telah meninggal dunia.
xv. Kematian beliau amat dirasai oleh setiap masyarakat dunia sama ada ahli
Pandu Puteri maupun masyarakat umum.

Sejarah Penubuhan Di Dunia Sekumpulan remaja wanita muncul di perhimpunan
1909 Pengakap di Crystal Palace dan meminta Lord Baden-
Powell untuk menyertai perhimpunan tersebut. Lord
1910 Baden- Powell menamakan kumpulan tersebut sebagai Girl
1914 Guides sempena Guides Corps di India dengan program
tersendiri.
Pergerakan Pandu Puteri diuruskan oleh Agnes
Baden-Powell
Brownies ditubuhkan (Rosebud)

131

1926 Sambutan Hari Peringatan Sedunia dimulakan

(22 Februari)

1928 World Association of Girl Guides and Girl Scouts

(WAGGGS) ditubuhkan

1930 Bendera Dunia mula digunakan

1942 - 1945 Gerakan Pandu Puteri terhenti kerana tercetus

Perang Dunia Kedua.

1946 Lencana dunia diperknalkan. Pergerakan Pandu

Puteri bergerak semula

1966 Malaysia – menjadi ahli penuh WAGGGS

Sejarah Penubuhan Di Malaysia

1916 Pandu Puteri bermula di Kuala Lumpur
Pasukan Pandu Puteri Pertama telah ditubuhkan oleh Cik Gertrude
1917 Ballard di Perempuan Methodist, Kuala Lumpur, dibantu oleh tiga
orang pemimin berpangkat Leftenan iaitu Cik Ford, Cik King dan Cik
1919 Pykett. Pasukan ini telah didaftarkan di Ibu Pejabat Pandu Puteri
1921 India dan dikelolakan di bawah YWCA.
1920an Lady Guillemard dilantik Yang Di Pertua dan Puan Cavendish
1923 dilantik sebagai Pesuruhjaya Penyelaras untuk Malaya
1924 Penubuhan Pasukan Pandu Puteri Pulau Pinang
1925 Penubuhan Pasukan Pandu Puteri Perak
1925 Pek Tunas Puteri yang pertama pula ditubuhkan di Sekolah
Perempuan Kampung Baru, Kuala Lumpur
Penubuhan Pasukan Kadet Pandu Puteri Pulau Pinang
Pasukan Pandu Puteri Negeri Sembilan ditubuhkan pada tahun
1924
Pasukan Pandu Puteri Melaka ditubuhkan
Penubuhan Unit Renjer Puteri Pulau Pinang.
Puan P.M. Robinson dilantik sebagai Ketua Unit Renjer Puteri
Malaya.

132

Kepanduan mula mendapat perhatian pihak kerajaan yang berkuasa

pada masa ini. Kerajaan Negeri-Negeri Selat serta Kerajaan

1928 Persekutuan telah memberi pengiktirafan rasmi dalam bentuk

sokongan dan kerjasama seterusnya memberi sumbangan dan

peruntukan tahunan sebanyak dua ribu ringgit.

Pasukan Pandu Puteri Johor dan Pasukan Pandu Puteri Kedah

1932 ditubuhkan dan merupakan Pasukan Pandu Puteri yang pertama

mengadakan kegiatan dalam bahasa Melayu.

1934 Ketua Pengakap Lord Baden-Powell Dan Ketua Olave, Lady Baden-
Powell telah mengadakan lawatan ke Malaya.

Kegiatan kepanduan di Malaya tergendala disebabkan perubahan

1937-1946 takhta pemerintahan kerajaan yang mana Malaya mula diperintah

oleh kerajaan Jepun.

Kegiatan kepanduan yang tergendala telah dihidupkan semula

dengan usaha-usaha menggalakkan lebih ramai lagi penyertaan

gadis-gadis remaja apabila penubuhan Pasukan Pandu Puteri

1947 dilancarkan di semua negeri Persekutuan Tanah Melayu.

Beberapa orang ahli Pandu Puteri dan pemimpin dari PPPM telah

mengambil bahagian dalam perhimpunan antarabangsa buat

pertama kalinya.

Sekali lagi kegiatan kepanduan tergendala akibat pengisytiharan
1948-1960

darurat di seluruh negara.

1953 Ordinan Pandu Puteri 1953 telah digantikan oleh Akta Pandu Puteri 1953

PPPM diterima bergabung dengan WAGGGS (Persatuan Pandu

1957 Puteri dan Pengakap Sedunia).
Perjanjian Pandu Puteri yang diubahsuai untuk memenuhi keperluan

negara mula digunakan.

1960 PPPM telah diterima sebagai Ahli Tenderfoot WAGGGS, dalam
Persidangan Dunia ke-17 di Athens, Greece.

PPPM telah diberi penghormatan menjadi penganjur dan tuan

1962 rumah Persidangan Pemimpin Pandu Puteri Sedunia yang diadakan

di Kuala Lumpur pada bulan Disember.

133

Dame Leslie Whateley, Pengarah Biro Dunia telah memberi

1964 Pengiktirafan PPPM, gabungan Persatuan Pandu Puteri Sabah,
Sarawak, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) hasil

dari pembentukan negara Malaysia pada 1963.

Sambutan Tahun Jubli Emas 50 Tahun disambut meriah dengan
1967-1976

aktiviti – aktiviti Perkhemahan Jubli Emas.

Perletakkan Batu Asas Bangunan Ibu Pejabat dan Perasmian

Bangunan Ibu Pejabat dan Perasmian Bangunan Ibu Pejabat,

1969 Wisma Pandu Puteri oleh DYMM Sri Paduka Baginda Raja

Permaisuri Agong, Tuanku Intan Zaharah Ibni Almarhum Tengku

Seri Setia Raja Terengganu.

Sambutan Tahun Jubli Intan disambut dengan Jambori Jubli Intan,

Penubuhan Guild Trefoil Malaysia, Bengkel Penyediaan Buku Dasar

Pertubuhan dan Undang-Undang (DPU) Perkhemahan dan

Perkhemahan Antarabangsa KEMMAS.
1977-1986

Majlis Kebangsaan bersetuju menukarkan BROWNIE kepada

TUNAS PUTERI.

Pakaian seragam baru untuk Pandu Puteri, Tunas Puteri dan

Pemimpin mula digunakan di seluruh negara.

1986 PPP Selangor dipecahkan untuk membentuk PPP Wilayah
Persekutuan dan PPP Selangor.

1987 Sambutan 70 Tahun Kepanduan di Malaysia secara besar-besaran
di seluruh negara.

Penubuhan Majlis Kadet Pandu Puteri Maktab Perguruan

1992 Malaysia di mana semua urusan latihan dan program kepanduan
guru-guru pelatih dipertanggungjawabkan kepada Pesuruhjaya

Kadet Pandu Puteri yang setaraf dengan Pesuruhjaya Negeri.

1997 Sambutan 80 Tahun PPPM dengan Semangat Keamanan dan
Harmoni bermula.

1998 Sempena SUKOM ’98 di Malaysia, PPPM telah menganjurkan
Perkhemahan Komanwel ’98.

1991 Akta Pandu Puteri telah disemak.

134

1999 Bagi menyahut cabaran perkembangan era ICT, Laman Web PPPM
2000 telah mula dilancarkan dengan peningkatan maklumat dari semasa
ke semasa.
2001 8 – 15 Febuari – Laporan Kemajuan WAGGGS ke atas PPPM oleh
2002 Jan Mac Intyre.
2003 Pelancaran Projek Biskut.
Majlis Menandatangani Laman Web PPPM.
Pesta Tunas Puteri Antarabangsa 2000 / International Brownies
Festival 2000. di UITM Shah Alam Selangor yang bertemakan
`Kerjasama Sejagat Ke Arah Kesejahteraan Sedunia’ (Global
Cooperation For A Better World). 11 buah negara mengambil
bahagian.
7 - 12 September – Kem Integrasi 2001: Kem ini yang disertai oleh
peserta dari dalam dan luar negara dari Maldives, Korea dan
Pakistan telah diadakan di Pusat Kecemerlangan dan
Pembangunan Insan YPJ, Sekakap, Mersing, Johor.
Projek Asia Pasifik: PPPM – Fiji GGA: Lend A Hand
Sambutan menyambut sempena 85 tahun Kepanduan di Malaysia.
Pelancaran Projek Khidmat Hospital Majlis Renjer Puteri
Kebangsaan di Hospital Besar Tengku Ampuan Afzan, Kuantan,
Pahang. Projek berterusan ini akan diadakan di setiap cawangan
PPPM pada bulan Oktober sempena Sambutan Hari Kanak-Kanak
Sedunia. Tema yang ditetapkan ialah "Kami Membawa Keriangan".
Projek "Lids for Limbs" telah diterima untuk dijalankan di setiap
cawangan PPPM.
Projek Bungkusan Kasih atau "Peace Packs" telah diterima untuk
dijalankan di setiap cawangan PPPM.

135

2004 Seramai 55 orang ahli Renjer Puteri dan Pemimpin mencipta sejarah
2005 mendaki Gunung Kinabalu dengan menyertai Ekspedisi Kinabalu
Rakan Muda yang bertemakan "Menuju ke Puncak". Seramai 49 ahli
berjaya ke puncak.
PPPM terpilih sebagai salah satu organisasi ahli WAGGGS untuk
projek International Signature Programme (ISP), satu kerjasama
antara The UPS Foundation, WAGGGS dan PPPM. Melalui projek
ini, PPPM menerima geran daripada The UPS Foundation selama
tiga tahun untuk mencapai beberapa matlamat.
Cycleton Puteri Terengganu (Ogos 2004) - 290 ahli Pandu Puteri
dan Renjer Puteri berbasikal 300 km merentasi negeri Terengganu
bagi menjana dana untuk kanak-kanak kurang upaya dan sakit
kronik.
Ekspedisi Berbasikal Pulau Pinang (Oktober 2004) berjaya
memasuki Malaysian Book of Records sebagai "Ekspedisi
Berbasikal Wanita yang Terbesar di Malaysia".
21 - 23 Februari - Pada pertama kalinya "Girl Guides'
Summit" diadakan di Hotel Kuala Lumpur International untuk
ahli-ahli kepanduan lepasan sekolah.
Sebanyak 4,581 "Peace Packs" telah dihantar ke Iraq. Pengurusan
penghantaran dibuat oleh Kementerian Luar Negeri dan kos
penghantaran dibiayai oleh Kementerian Pertahanan.
16 - 17 April - Kursus Jurulatih Kurikulum Lencana HIV/AIDS
WAGGGS diadakan di Wisma Pandu Puteri dengan kerjasama
Majlis AIDS Malaysia. Seramai 23 orang Jurulatih Kurikulum
Lencana HIV/AIDS berjaya dihasilkan.
16-19 Ogos - Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada Perhimpunan
Agung Pertama Sahabat Asia Pasifik WAGGGS (Friends of Asia
Pacific WAGGGS) yang diadakan di Kuantan, Pahang dan disertai
oleh 190 orang peserta dari 12 negara.
17 Ogos - Majlis Pelantikan KDYTM Tengku Puan Pahang Tunku
Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Al-Mutawakkil
'Alallah Sultan Iskandar Al-Haj sebagai Penaung Di Raja Sahabat
Rantau Asia Pasifik WAGGGS di Kuantan, Pahang

136

2006 September - Mesyuarat Meja Bulat di Sungai Petani, Kedah bagi
membincangkan Perlembagaan baru PPPM
Januari - Perubahan nama bahagian dalam PPPM berkuatkuasa:

Nama Lama Nama Baru

Tunas Puteri Pandu Puteri Tunas

Pandu Puteri Pandu Puteri Remaja

Renjer Puteri Pandu Puteri Renjer

Kadet Puteri Pandu Puteri Kadet

Pek Tunas Puteri / Pasukan Pandu Puteri / Unit Renjer Puteri
diubah kepada Pasukan Pandu Puteri Tunas, Pasukan Pandu
Puteri Remaja dan Pasukan Pandu Puteri Renjer.
13-17 Mac - Perkhemahan Pandu Puteri Remaja Peringkat
Kebangsaan diadakan di Kem Bina Negara, Kaki Bukit, Perlis dan
dihadiri oleh 600 orang peserta.
1 - 6 April - Malaysia menjadi tuan rumah kepada Seminar Penilaian
Signature Programme Volunteerism yang dihadiri 27 peserta dari
Malaysia, Hong Kong, Mexico, Afrika Selatan serta pegawai dari
Biro Dunia WAGGGS, APCO Worldwide dan Points of Lights
Foundation.
26 April - 1 Mei -Ekspedisi Berakit Menyusuri Sungai Pahang.
Ekspedisi 5 hari 4 malam sejauh 180 km disertai 140 orang ahli dan
sukarelawan Pandu Puteri. PPPM mendapat hadiah Penyertaaan
Terbanyak.
9 Jun - Perlembagaan baru PPPM dibentang dan diluluskan oleh
Majlis Kebangsaan, berkuat kuasa serta-merta.
9 Jun - Pelancaran projek khidmat masyarakat yang baru "Program
Etika Bendera: Kesedaran dan Penjagaan" telah disempurnakan
oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah
binti Al-Marhum Tengku Abdul Rashid, Penaung Di Raja PPPM di
Majlis Perasmian MAT PPPM di Hotel Sutera Harbour, Kota
Kinabalu.

137

2007 Julai - Modul Program Pandu Puteri Siswi dimantapkan
Oktober - Projek Perintis Kempen Pendaftaran Pasukan dan Ahli
2008 dijalankan di kesemua 9 daerah di negeri Selangor.
2009 Januari - Pelaksanaan Perlembagaan baru PPPM.
2010 1 April - PPPM menerima tawaran daripada WAGGGS untuk
menjadi Tuan Rumah Persidangan Rantau Asia Pasifik WAGGGS
yang ke-9
3 - 9 Jun - Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada "9th Asia Pacific
Regional Conference and 3rd Friends of Asia Pacific WAGGGS
Gathering".
6 Jun - Forum Belia bertajuk "Voice of Girls and Young
Women" diadakan sempena Persidangan Rantau Asia Pasifik. 100
orang ahli Pandu Puteri Remaja dari Malaysia dan Singapura
mengambil bahagian.
25 November - Majlis Makan Malam sempena Ulang Tahun Ke-90
PPPM.
19 Januari - Pelancaran "Kempen Mega Pendaftaran Keahlian
Peringkat Kebangsaan" di Sungai Petani, Kedah.
6 - 12 Julai - Delegasi PPPM menghadiri Persidangan Dunia
WAGGGS Ke-33 di Afrika Selatan dan membentangkan pembidaan
untuk Persidangan Dunia Ke-34, tahun 2011.
17 - 22 Ogos - Perkhemahan Antarabangsa Pandu Puteri Remaja
diadakan di Kem Bina Negara, Ulu Kenas, Kuala Kangsar, Perak.
Perkhemahan ini dihadiri oleh 500 peserta dari Malaysia, Maldives,
Singapura, Sri Lanka, Hong Kong dan United Kingdom
Tahun Warga Emas PPPM
GGAM Public Speaking Competition 2009
Theme: girls worldwide say “we can stop the spread of AIDS,
malaria and other diseases”.
10 Apr: Projek Khidmat Komuniti Sempena Pelancaran Sambutan
Centenary WAGGGS peringkat kebangsaan di CASP, Bukit
Mertajam.
10 Apr: Pelancaran Centenary Patch hasil sumbangan semua
cawangan yang dicantumkan bersama.

138

2011 Dua orang pemenang (pemimpin muda) pertandingan pengucapan
awam PPPM 2009 mewakili Malaysia ke Young Women Youth
2013 Forum di United Kingdom.
2015 24 – 25 July 2010: GGAM YABhg Datin Paduka Seri Rosmah
2016 Mansor’s Challenge Trophy Public Speaking Competition 2010
2017 Theme: Girls worldwide say, “Together we can end extreme poverty
and hunger”.
19 – 26 Mac: Empat orang pemimpin muda berjaya mewakili PPPM
ke Young Women’s World Forum 2011 semepna sambutan
centenary WAGGGS di empat Pusat Dunia secara serentak.
17 April: PPPM berjaya mengumpul sebanyak RM2,166,819.90
untuk Tabung Bencana Pandu Puteri-Maybank. Tabung tersebut
juga berjaya mencatat rekod baru dalam Malaysia Book Of Records.
2 & 3 Jul: YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor’s Challenge
Trophy Public Speaking Competition 2011
Theme: Empowering Girls Will Change Our World
YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor’s Challenge Trophy
Public Speaking Competition 2013
Theme: MDG 4: Together We Can save Children’s Lives and MDG
5: Every Mother’s Life And Health Is Precious.
YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor’s Challenge Trophy
Public Speaking Competition 2016
Bengkel Selalu Sedia 2017 di Rembau
Pelancaran sambutan ulangtahun ke 100 PPPM
Bengkel Selalu Sedia 2017 di Kedah
Bengkel Pengurusan Kejurulatihan PPPM 2017 di University
Nottingham Kampus Malaysia
YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor’s Challenge Trophy
Public Speaking Competition 2017
Theme: GROW

139

Tujuan Penubuhan
Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai komitmen melahirkan
golongan remaja wanita dan wanita dewasa yang berkaliber melalui
penerapan ilmu,kemahiran dan nilai Pandu Puteri demi kepentingan nusa,
bangsa dan masyarakat sejagat.
Persatuan Pandu Puteri Malaysia bertujuan menjadi sebuah organisasi
yang dinamik dan efektif untuk remaja dan wanita dewasa. Persatuan
Pandu Puteri Malaysia akan menonjolkan imej yang selari dengan
program berkualiti yang menyediakan remaja dan wanita dewasa hari ini
untuk menjadi pemimpin berwibawa hari esok.
Persatuan Pandu Puteri Malaysia menyediakan program Pandu Puteri
yang bercorak pendidikan bukan formal.
Pelaksanaan program bukan formal ini mementingkan perkaedahan yang
fleksibel, ceria dan aktif untuk memenuhi kehendak dan keperluan anak
gadis, remaja wanita dan wanita dewasa Malaysia.

Istiadat-Istiadat Pandu Puteri

UJIAN PRA

Sebelum anda meneruskan bacaan unit ini, sila jawab soalan-soalan
berikut:

i. Senaraikan jenis-jenis istiadat untuk Pasukan Pandu Puteri Kadet.
ii. Lakarkan kedudukan ahli Pandu Puteri dalam istiadat

mengibarkan bendera.
iii. Senaraikan arahan untuk membentuk Ladam Kuda.

Tujuan Istiadat Pandu Puteri:
i. Memupuk dan semangat patriotisme terhadap Pandu
Puteri melalui
 nyanyian Lagu Dunia/World Song
 mengibar bendera
 menghormati bendera

140

ii. Penerapan nilai-nilai positif dan disiplin serta amalan
Persetiaan dan Undang-Undang Pandu Puteri

Jenis-Jenis Istiadat Pasukan Pandu Puteri Kadet
i. Istiadat Mengibarkan Bendera
Istiadat ini dijalankan oleh Pasukan Pandu Puteri Kadet
dan juga Pasukan Pandu Puteri Remaja serta pemimpin
semasa istiadat menaikkan panji-panji pada setiap kali
perjumpaan.
Pembentukan Ladam Kuda juga diadakan ketika istiadat
pelantikan ahli baharu.

Cara 1: Bilangan lebih daripada 20 orang.

Kapten: Pasukan!
(Semua ahli diam dalam keadaan sedia dan mengadap
Kapten)

Kapten:Ketua! Masuk baris!
(Semua Ketua Kumpulan berbaris di hadapan Kapten
dalam satu baris dan keadaan senang diri – bahu ke bahu.
Ketua Kumpulan yang pertama sampai harus berdiri empat
langkah di hadapannya.)

Kapten:Pasukan! Masuk Baris!
(Semua ahli berdiri di belakang Ketua Kumpulan
masing-masing dalam keadaan senang diri).

Kapten:Pasukan, Sedia!
Pasukan akan bentuk Ladam Kuda. Ke bentuk Ladam
Kuda, cepat gerak!
(Ahli-ahli bergerak dari kiri dan kanan membentuk Ladam
Kuda)

141


Click to View FlipBook Version