50 PAI SK 31 OKTOBER 2023 | BILIK 2.12 KOLOKIUM PENYELIDIKAN KOPPI 2023 PISMP AMBILAN JUN 2020 JADUAL PEMBENTANGAN KOLOKIUM PENYELIDIKAN PENDIDIKAN
51 BKD 30 OCTOBER 2023 | BILIK 1.10 KOLOKIUM PENYELIDIKAN KOPPI 2023 PISMP AMBILAN JUN 2020 JADUAL PEMBENTANGAN KOLOKIUM PENYELIDIKAN PENDIDIKAN
52 BKD 31 OCTOBER 2023 | BILIK 1.10 KOLOKIUM PENYELIDIKAN KOPPI 2023 PISMP AMBILAN JUN 2020 JADUAL PEMBENTANGAN KOLOKIUM PENYELIDIKAN PENDIDIKAN
KOLOKIUM PENYELIDIKAN KOPPI 2023 PISMP AMBILAN JUN 2020 53 PISMP AMBILAN JUN 2020 Himpunan Abstrak
KOLOKIUM PENYELIDIKAN KOPPI 2023 PISMP AMBILAN JUN 2020 54 PISMP BAHASA MELAYU (SK) 1 Abstrak Pelajar
55 AISHAH MARDHIAH BINTI MOHD SAKHRI NAMA PENYELIA: DR. CAROLINE @ LORENA DAVID MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS KATA TERBITAN DALAM KALANGAN MURID TAHAP 2 MENGGUNAKAN LAMINATOR IMBUHAN ADLINA ARMA BINTI SHAARI NAMA PENYELIA: DR. CAROLINE @ LORENA DAVID MENINGKATKAN PENGGUNAAN HURUF VOKAL PADA SUKU KATA KV+KV MENGGUNAKAN TEKNIK LIJAKI BAGI MURID TAHAP 1 ABSTRAK Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui tahap penggunaan huruf vokal bagi suku kata KV+KV dalam kalangan murid Tahap 1. Kajian ini telah dilaksanakan di salah sebuah sekolah kurang murid (SKM) di daerah Tamparuli. Seramai tujuh orang murid yang terdiri daripada murid lelaki dan murid perempuan telah dipilih sebagai responden kajian ini. Tinjauan awal menunjukkan responden tidak dapat menyenaraikan huruf vokal dengan betul. Bagi mengatasi masalah tersebut, fokus kajian menumpukan terhadap langkah untuk responden mengingati huruf vokal yang betul sekaligus membantu mereka membina suku kata KV+KV yang tepat menggunakan teknik LiJaKi. Model kajian Kemmis dan Mc Taggart (1988) menjadi panduan bagi pengkaji dalam melaksanakan kajian tindakan ini secara sistematik. Pengkaji melalui keempat-empat fasa yang terdapat dalam model ini bagi memudahkan proses pelaksanaan kajian. Pengumpulan data pula dilaksanakan menggunakan kaedah ujian pra, ujian pos, analisis dokumen dan soal selidik. Hasil analisis data menunjukkan bahawa berlaku peningkatan terhadap murid dalam ujian pos. Pendedahan mengenai teknik LiJaKi ini telah meningkatkan pemahaman murid terhadap penggunaan huruf vokal bagi suku kata KV+KV yang betul sekaligus menarik minat mereka terhadap pembelajaran tersebut kerana keunikan teknik itu sendiri. ABSTRAK Kajian tindakan ini dijalankan untuk memperkasakan aspek tatabahasa Bahasa Melayu dari aspek penguasaan kata ganti nama diri orang dalam kalangan murid Tahun 3. Hal ini dilaksanakan dengan menerapkan penggunaan Teknik Kit Bulatan KG NaDirang sewaktu sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Teknik Kit Bulatan KG NaDiRang dibina dalam bentuk maujud sebagai bahan bantu mengajar. Teknik ini telah dijadikan sebagai intervensi kepada 8 orang murid di sebuah sekolah kebangsaan di kawasan Tuaran, Sabah. Peserta kajian dikenalpasti mempunyai masalah asas dalam membezakan kata ganti nama diri orang dan menyenaraikan contoh kata ganti nama diri orang. Maka, pengkaji telah menggabungjalinkan elemen teknik mengingat dengan elemen seni visual secara konkrit bagi menggambarkan dengan lebih jelas berkaitan kata ganti nama diri orang kepada peserta kajian. Kajian tindakan ini juga menggunakan model Kemmis & Mctaggart (1988) dalam prosedur pelaksanaan. Data-data kajian diperoleh menerusi pemerhatian, soal selidik, temubual dan analisis dokumen. Penganalisisan data dilaksanakan secara kualitatif dan kuantitatif bagi menguji kebolehan intervensi. Hasil dapatan kajian menunjukkan keberkesanan Teknik Kit Bulatan KG NaDiRang dalam meningkatkan penguasaan kata ganti nama diri orang dalam kalangan murid Tahun 3 menerusi peningkatan pencapaian dan perubahan tingkah laku murid. Kajian ini juga telah mengubah gaya pengajaran guru menerusi kaedah pedadogi yang lebih berkesan. Cadangan penambahbaikan kajian ini ialah dengan membina inovasi secara digital, pengimplimentasian amalan pedadogi didik hibur dan perluasan tempat kajian di kawasan bandar. KOLOKIUM PENYELIDIKAN KOPPI 2023 PISMP AMBILAN JUN 2020
56 AISHAH SALSABILA AHSIM NAMA PENYELIA: DR. CAROLINE @ LORENA DAVID TEKNIK NYANYIAN KERETA PENA MENINGKATKAN PENGGUNAAN PENANDA WACANA PENULISAN KARANGAN BAHASA MELAYU MURID TAHAP DUA ABSTRAK Kajian tindakan ini dilaksanakan bertujuan untuk membantu murid menggunakan penanda wacana semasa penulisan karangan bahasa Melayu dengan menggunakan teknik nyanyian Kereta Pena. Penanda wacana dinyanyikan oleh murid mengikut irama ‘Bapaku Pulang Dari Kota’ melalui model keretapi yang diletakkan beberapa jenis penanda wacana mengikut turutan bagi setiap perenggan. Sampel seramai 3 orang murid daripada 25 orang murid telah dipilih sebagai peserta kajian berdasarkan keputusan ujian pra dilaksanakan di sebuah sekolah daerah Tuaran. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan mengadaptasi Model Kemmis & Mc Taggart. Data dikumpulkan melalui analisis dokumen, ujian pra dan ujian pos, dan soal selidik. Melalui penganalisisan data, didapati peserta kajian tidak cenderung untuk menggunakan penanda wacana dalam karangan mereka. Oleh itu, teknik nyanyian ‘Kereta Pena’ telah diperkenalkan sebagai intervensi menggalakkan murid menggunakan penanda wacana dalam karangan. Setelah intervensi dijalankan, keputusan ujian pasca peserta kajian menunjukkan peningkatan yang positif. Berdasarkan soal selidik yang dilakukan menunjukkan terdapat persepsi murid yang positif terhadap teknik nyanyian Kereta Pena. Diharapkan teknik nyanyian Kereta Pena dapat digunakan sebagai pemudahcara kepada para guru bahasa Melayu secara meluas. ELNI NADHIRAH BINTI DELAN NAMA PENYELIA: DR. CAROLINE @ LORENA DAVID MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA AYAT TUNGGAL BERDASARKAN SUBJEK DAN PREDIKAT YANG BETUL MENGGUNAKAN KIT “KANAMAKERA” ABSTRAK Kajian ini dilaksanakan bertujuan bagi meningkatkan kemahiran membina ayat tunggal berdasarkan subjek dan predikat yang betul dengan menggunakan kit “KanaMaKerA” dalam kalangan murid tahap 2. Kit yang digunakan adalah bersifat didik hibur dimana para murid boleh belajar sambil bermain. Teknik jadual juga digunakan dalam kit ini bagi memudahkan para murid membina ayat dengan menggunakan subjek dan predikat yang tepat. Pengkaji telah memilih Model Kajian Tindakan Kemmis dan McTaggart (1988) sebagai model dalam melaksanakan kajian ini. Peserta kajian adalah seramai lima orang, iaitu dua orang lelaki dan tiga orang perempuan di salah satu sekolah daerah Tamparuli. Kajian ini juga menggunakan tiga instrumen kajian, iaitu ujian diagnostik, soal selidik dan analisis dokumen. Reka bentuk kajian ialah kuantitatif dan kualitatif (mix method, iaitu seramai 32 orang murid telah dikaji dengan lebih awal, dan hanya lima orang murid sahaja diberi perhatian bagi menganalisis data. Pencapaian murid setelah menggunakan inovasi ini telah menunjukkan peningkatan yang positif berbanding pencapaian sebelumnya. Inovasi kit “KaNaMaKerA” ini memberikan impak yang baik dan bole ditambah baik serta diharap dapat digunakan oleh penyelidik lain bagi melahirkan para murid yang berkualiti. KOLOKIUM PENYELIDIKAN KOPPI 2023 PISMP AMBILAN JUN 2020
GEVENIE MELNE BINTI GIPLI NAMA PENYELIA: PN. JULIANA DUMPIL TAHAP KESANTUNAN BERBAHASA DALAM KALANGAN GURU PRAPERKHIDMATAN DI IPG KAMPUS KENT, TUARAN ABSTRAK Kesantunan berbahasa merupakan aspek yang sangat penting dan menjadi cerminan terhadap keperibadian seseorang individu tersebut. Namun, golongan masyarakat kini khususnya remaja juga sering terdedah dengan penggunaan bahasa yang tidak baik atau kasar apabila berkomunikasi dengan rakan-rakan atau orang sekeliling. Oleh itu, kajian yang dilaksanakan ini merupakan sebuah kajian tinjauan untuk melihat tahap kesantunan berbahasa dalam kalangan guru pra-perkhidmatan di IPG Kampus Kent, Tuaran dalam kawasan kampus dan juga luar kawasan kampus serta kesannya terhadap diri mereka. Data kuantitatif dikumpul melalui borang soal selidik berbentuk ‘Google Form’ berdasarkan lima skala Likert telah digunakan untuk mengumpul data yang mengandungi 17 item utama iaitu maklumat responden, amalan kesantunan berbahasa di dalam dan luar kawasan kampus serta kesannya terhadap diri guru pra-perkhidmatan di IPG Kampus Kent, Tuaran. Data ini juga dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 26.0 untuk pemerihalan data deskriptif. Responden kajian terdiri daripada 140 orang guru pra-perkhidmatan IPG Kampus Kent, Tuaran daripada unit Bahasa Melayu dan Bahasa Kazadandusun Ambilan Jun 2020. Dapatan kajian menunjukkan tahap amalan kesantunan berbahasa guru pra-perkhidmatan adalah sangat tinggi di dalam kawasan IPG iaitu (M = 4.644, SP = 0.310) dan luar kawasan IPG (M = 4.652, SP = 0.313). Berdasarkan kajian ini diharapkan agar dapatan yang diperolehi mampu menjadi salah satu panduan kepada pihak lain terhadap tahap amalan kesantunan berbahasa untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian demi melahirkan insan yang berguna serta membentuk kemenjadian jiwa pendidik yang berbudi bahasa. KELLY JAKLIN NAMA PENYELIA: PN. JULIANA DUMPIL PENGGUNAAN TEKNIK PIRAMID ADSUKE 213 BAGI MENGUASAI AYAT SONGSANG PENDEPANAN KATA ADJEKTIF DALAM AYAT TUNGGAL ABSTRAK Kajian tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan ayat songsang pendepanan kata adjektif dalam ayat tunggal bahasa Melayu dengan menggunakan Teknik Piramid ADSUKE 213. ADSUKE 213 merujuk kepada akronim terhadap beberapa aspek yang utama dalam menyusun ayat songsang pendepanan kata adjektif dalam ayattunggal. Akronim AD merujuk kepada kata adjektif, SU sebagai subjek dan KE sebagai keterangan. Manakala, nombor 213 pula merupakan formula bagi menyusun ayatsongsang dengan menggunakan bentuk piramid. Kajian ini dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Bantayan, Tamparuli. Responden kajian ialah murid Tahun 3 yang terdiri daripada 5 orang murid iaitu 3 orang murid lelaki dan 2 orang murid perempuan.Data kajian ini dikumpul melalui beberapa penilaian iaitu ujian pra, ujian pos, pemerhatian dan temu bual. Penyelidik turut menggunakan teknik gabungan untuk menganalisis data yang melibatkan dua kaedah iaitu kaedah kualitatif dan kaedah kuantitatif. Berdasarkanhasil kajian, markah responden bagi ujian pos menunjukkan peningkatan yang cemerlang daripada ujian pra yang telah dilaksanakan. Diharapkan dengan maklumat yang diperoleh daripada hasil kajian ini dapat membantu murid meningkatkan penguasaanayat songsang pendepanan kata adjektif dalam ayat tunggal bahasa Melayu seterusnya membantu bakal pendidik untuk mengatasi masalah murid yang kurang mahir dalam menyusun ayat songsang pendepanan kata adjektif dalam ayat tunggal. KOLOKIUM PENYELIDIKAN KOPPI 2023 PISMP AMBILAN JUN 2020 57
MARWEN MARKUS NAMA PENYELIA: PN. JULIANA DUMPIL PENGUASAAN TANDA BACA DALAM KALANGAN MURID: SATU KAJIAN KES ABSTRAK Masalah penguasaan tanda baca dalam kalangan murid menjadi satu cabaran dalam pembelajaran bahasa Melayu di sekolah rendah. Ini kerana, masalah ini bukan sahaja membabitkan murid, tetapi juga melibatkan guru itu sendiri. Oleh itu, kajian kes ‘Penguasaan Tanda Baca dalam Kalangan Murid: Satu Kajian Kes’ ini dijalankan untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh guru berkenaan penguasaan tanda baca dalam kalangan murid di samping mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid berkenaan penguasaan tanda baca berdasarkan perspektif guru. Selain itu, kajian ini juga dijalankan untuk mengenal pasti strategi yang dilaksanakan oleh guru untuk mengatasi masalah penguasaan tanda baca dalam kalangan murid dalam pembelajaran bahasa Melayu. Kajian kes ini dijalankan dengan menggunakan pendekatan kualitatif. Kajian kes ini dijalankan terhadap dua orang guru di sebuah sekolah di daerah kecil Kiulu, Sabah. Data kajian dikumpul menggunakan temu bual untuk menyokong data kajian. Hasil kajian mendapati bahawa masalah penguasaan tanda baca berlaku apabila murid keliru dan lalai untuk mengenal pasti tanda baca dengan betul semasa penulisan. Selain itu, penggunaan latih tubi berfokus oleh guru merupakan cara yang berkesan untuk membantu murid memahami aspek tanda baca dan meningkatkan penguasaan terhadap tanda baca. Secara keseluruhannya, kajian yang dijalankan ini memberi kesedaran dan manfaat kepada guru dan murid agar peka dengan kepentingan penguasaan tanda baca. MARY MORIS NAMA PENYELIA: PN. JULIANA DUMPIL TAHAP KESEDIAAN DAN AMALAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 (PAK-21) DALAM KALANGAN GURU PRAPERKHIDMATAN BAHASA MELAYU SEMASA PRAKTIKUM ABSTRAK Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21) merupakan salah satu elemen penting dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang diperluaskan ke seluruh sekolah di Malaysia bagi membantu meningkatkan kualiti pengajaran guru dalam proses mengembangkan kemahiran kendiri dalam kalangan murid. Maka, pengkaji telah melakukan kajian berbentuk tinjauan untuk menilai tahap kesediaan dan amalan pelaksanaan PAK-21 dalam kalangan guru praperkhidmatan bahasa Melayu semasa praktikum dengan lebih terperinci. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji tahap pengetahuan, kesediaan dan amalan pelaksanaan PAK-21 dalam kalangan guru praperkhidmatan bahasa Melayu semasa praktikum. Data diperolehi menggunakan set soal selidik yang mengandungi 26 item telah diedarkan melalui pautan google form di IPG kampus Kent dan kumpulan sasaran ialah guru praperkhidmatan bahasa Melayu Ambilan Jun 2020 iaitu seramai 106 responden. Analisis data dijalankan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 27.0 bagi tujuan pemerihalan data deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan guru praperkhidmatan terhadap konsep PAK-21 adalah berada pada tahap sangat tinggi dengan min sebanyak 4.489 (0.270). Manakala, tahap kesediaan dan amalan pelaksanaan PAK-21 dalam kalangan guru praperkhidmatan bahasa Melayu semasa praktikum turut menunjukkan tahap yang sangat tinggi dengan min sebanyak 4.57 (SD = 0.305), dan 4.56 (SD= 0.278) masingmasing. Diharapkan kajian ini dapat memberikan maklumat tentang tahap kesediaan dan tahap amalan untuk tujuan penambahbaikan daripada pelbagai pihak pada masa akan datang. KOLOKIUM PENYELIDIKAN KOPPI 2023 PISMP AMBILAN JUN 2020 58
MUHAMMAD IKMAL HAKIMI BIN SOTERNAN NAMA PENYELIA: DR. BAYRE SUADIK KIT WARLARAT: PENGUASAAN TANDA BACA KOMA DAN NOKTAH BAGI MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA MURID TAHUN 4 ABSTRAK Penyelidikan tindakan ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk meningkatkan penguasaan tanda baca koma dan noktah bagi kemahiran membaca dalam kalangan murid-murid sekolah rendah. Berdasarkan pengalaman praktikum yang lepas, pengkaji mendapati bahawa murid-murid menghadapi masalah dalam membaca khususnya dalam penggunaan tanda baca koma dan noktah. Akibatnya, murid membaca secara mendatar dan terburu-buru untuk menghabiskan bacaan kerana tidak menguasai fungsi tanda baca koma dan noktah. Kajian tindakan ini dilaksanakan di sebuah sekolah daerah Tuaran dan melibatkan 5 orang murid yang dijadikan sebagai sampel kajian. Model Kajian Tindakan Kurt Lewin (1946) dijadikan sebagai panduan pelaksanaan kajian yang merangkumi aspek merancang, bertindak, memerhati dan mereflek. Pelaksanaan kajian ini melibatkan tiga jenis intervensi yang menggunakan bahan bantu belajar “Kit WarLaRat” yang dicipta untuk menyelesaikan masalah dalam kemahiran membaca. Konsep warna lampu isyarat ini dijadikan sebagai panduan untuk murid mengenali fungsi tanda baca koma dan noktah, iaitu merah mewakili tanda noktah yang menandakan berhenti membaca, kuning mewakili tanda koma yang menandakan berhenti seketika dan warna hijau pula menandakan teruskan pembacaan. Beberapa instrumen telah digunakan untuk mendapatkan data kajian iaitu analisis data, pemerhatian dan temu bual. Dapatan kajian mendapati bahawa murid mudah untuk memahami penggunaan warna lampu isyarat dalam menguasai fungsi tanda baca koma dan noktah bagi kemahiran membaca. Oleh itu, penggunaan Kit WarLaRat ini dilihat berpotensi untuk dijadikan sebagai suatu amalan pengajaran kemahiran membaca bahasa Melayu khususnya dalam menguasai fungsi tanda baca koma dan noktah. NUR AMIRAH SYAFIQAH BINTI MAT SALLEH NAMA PENYELIA: DR. BAYRE SUADIK MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA AYAT MAJMUK BERDASARKAN GAMBAR TUNGGAL MENGGUNAKAN TEKNIK PEKABAKOP TERHADAP MURID TAHUN 4 ABSTRAK Kajian tindakan ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan prestasi murid dalam kemahiran membina ayat majmuk berdasarkan gambar tunggal. Kajian ini telah dijalankan di sebuah sekolah yang terletak di daerah Tuaran, Sabah. Model penyelidikan kajian tindakan oleh Kurt Lewin (1948). Semasa menjalani praktikum fasa pertama, pengkaji mendapati terdapat lima orang murid Tahun 4 yang lemah dalam membina ayat majmuk. Oleh itu, fokus kajian ini adalah untuk meneliti keberkesanan penggunaan teknik PeKaBaKOP bagi membina ayat majmuk berdasarkan gambar. Terdapat tiga instrumen yang digunakan bagi mengumpul data kajian iaitu ujian (ujian pra dan ujian pos), analisis dokumen dan pemerhatian. Melalui dapatan kajian, didapati bahawa peserta kajian menunjukkan peningkatan yang ketara daripada lemah kepada yang lebih baik berdasarkan ujian pos. Keputusan kajian ini selaras dengan dapatan kajian yang telah dilaksanakan oleh Azahar (2019), yang telah membuat kajian tindakan mengenai kemahiran membina ayat berdasarkan gambar menggunakan teknik PeGam. Hasil kajian menunjukkan bahawa penggunaan teknik PeKaBaKOP ini berjaya membantu peserta kajian meningkatkan prestasi dan berkebolehan dalam kemahiran membina ayat majmuk berdasarkan gambar tunggal. Buktinya, murid-murid juga tidak memerlukan bimbingan dan bantuan daripada guru semasa membina ayat majmuk. KOLOKIUM PENYELIDIKAN KOPPI 2023 PISMP AMBILAN JUN 2020 59
NUR ASHILA BINTI MAT DAUD NAMA PENYELIA: DR. BAYRE SUADIK MENINGKATKAN PENGUASAAN HURUF BESAR PADA PERMULAAN AYAT BAGI MURID TAHUN TIGA MENGGUNAKAN TEKNIK TAWAR ABSTRAK Penyelidikan tindakan ini bertujuan untuk menguji tahap keberkesanan dalam menggunakan Teknik TaWar untuk memperbaiki penggunaan huruf besar pada permulaan ayat. Teknik TaWar merupakan singkatan bagi gabungan teknik kenal tanda baca noktah dan teknik warna huruf selepas tanda baca noktah yang digunakan untuk memantapkan penggunaan huruf besar pada permulaan ayat. Kaedah ini melibatkan penggunaan pen berwarna yang berasaskan salah satu teori warna iaitu Teori Johann Wolfgang von Goethe yang mengembangkan warna bersifat psikologis yang berkait rapat dengan emosi manusia. Dalam kajian ini, sampel terdiri daripada sepuluh orang murid tahun tiga dari Sekolah Kebangsaan Nongkolud, Tuaran Sabah. Instrumen yang terlibat dalam pengumpulan data adalah ujian diagnostik, analisis dokumen, analisis ujian kemajuan setiap intervensi, ujian pra dan pasca serta borang soal selidik dengan bermatlamatkan untuk memberi perubahan positif dan meningkatkan minat responden di akhir kajian terhadap penggunaan Teknik TaWar semasa menulis ayat. Data terkumpul dianalisis secara kuantitatif dan kualitatif. Dapatan kajian menunjukkan Teknik TaWar berupaya membantu responden dalam memperbaiki penggunaan huruf besar dalam penulisan bahasa Melayu. Hal ini dianlisis daripada keputusan ujian pasca yang menunjukkan peningkatan markah berbanding ujian pra. Jelaslah bahawa teknik TaWar ini dapat membantu mengurangkan kesalahan responden dalam menulis huruf besar pada permulaan ayat. NUR ILIA FARAHASYAH BINTI ISMAN NAMA PENYELIA: DR. BAYRE SUADIK MENINGKATKAN PENGUASAAN PENGGUNAAN PENJODOH BILANGAN DALAM KALANGAN MURID TAHUN 4 MENGGUNAKAN “KOPENBI” ABSTRAK Satu cabang daripada linguistik umum yang menerangkan peraturan-peraturan atau hukum sesuatu bahasa ialah tatabahasa. Penguasaan tatabahasa memainkan peranan penting dalam sesi pengajaran dan pembelajaran agar murid menguasainya dalam ilmu linguistik bidang huraian hingga ke peringkat ayat. Secara umumnya, terdapat pelbagai kesalahan tatabahasa yang dilakukan oleh murid. Antara masalah yang dihadapi oleh murid iaitu kekeliruan mengenai penggunaan penjodoh bilangan yang tepat. Kajian Tindakan ini bertujuan untuk membantu murid-murid Tahun Empat yang kurang penguasaan penggunaan penjodoh bilangan mengikut konteks ayat yang betul dengan menggunakan KoPenBi. Responden yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada enam orang murid Tahun Empat Abaal di SK Pekan Tamparuli, Sabah. Tinjauan awal yang dibuat melalui lembaran aktiviti murid menunjukkan beberapa murid masih lemah dalam penggunaan penjodoh bilangan pada ayat dan kurang memahami perkara asas bagi penjodoh bilangan. Data dikumpul melalui Ujian Diagnostik dan Ujian Pencapaian, analisis dokumen dan pemerhatian. Dalam kajian ini, saya telah mengadaptasi model yang dipelopori oleh Kemmis dan Mc Taggart (1988) dan dianalisis secara kualitatif. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa “KoPenBi” mampu meningkatkan pencapaian murid dalam kemahiran menulis dan penggunaan penjodoh bilangan dalam membina ayat. Murid menunjukkan sikap yang lebih positif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan “KoPenBi”. Kesimpulannya, peningkatan dan pencapaian yang baik dalam kajian menunjukkan bahawa “KoPenBi” dapat membantu memahami dengan jelas mengenai penggunaan penjodoh bilangan dengan betul. KOLOKIUM PENYELIDIKAN KOPPI 2023 PISMP AMBILAN JUN 2020 60
NURIZZAH FARZANA BINTI AWANG TANGAH NAMA PENYELIA: DR. BAYRE SUADIK MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA AYAT MUDAH DALAM KALANGAN MURID TAHUN 2 MENGGUNAKAN TEKNIK JADUAL SPBT ABSTRAK Kajian tindakan yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kemahiran membina ayat mudah berdasarkan gambar menggunakan teknik Jadual Spbt.. Akronim Spbt. tersebut adalah merujuk kepada S (siapa), P (perbuatan), B (benda) dan T (tempat). Sebanyak 12 responden tahun 2 daripada sebuah sekolah rendah di daerah Tuaran telah terlibat dalam kajian yang dijalankan ini. Fokus kajian ini adalah untuk memberi penekanan terhadap penggunaan Teknik Jadual Spbt. dalam binaan ayat mudah berdasarkan gambar. Kajian ini menggunakan empat jenis instrument pengumpulan data iaitu pemerhatian, temu bual, ujian serta analisis dokumen. Kaedah Kualitatif digunapakai sebagai kaedah penganalisisan data bagi instrument pemerhatian dan temu bual. Kaedah Kuantitatif pula diaplikasikan dalam penganalisisan data kajian bagi intrument ujian pra dan pasca serta analisis dokumen bagi latihan-latihan intervensi. Dapatan kajian menunjukkan berlakunya peningkatan dalam kemahiran membina ayat iaitu dalam susunan ayat yang teratur serta pengunaan huruf kecil dan huruf besar di awal binaan ayat. Tahap kemahiran membina ayat kumpulan sasaran telah meningkat daripada tahap lemah kepada tahap yang cemerlang. Peningkatan tersebut dipaparkan menerusi graf perbandingan markah antara ujian pra dan ujian pasca. Ini membuktikan bahawa Teknik Jadual Spbt. mampu meningkatkan kemahiran membina ayat mudah berdasarkan gambar dalam kalangan kumpulan sasaran. Hal ini turut disokong oleh dapatan daripada temu bual yang dijalankan. PUTERI NUR ISHQWA BINTI ISHAK NAMA PENYELIA: DR. ROSNAH @ NINING BINTI SIDEK TEKNIK SAOK: MEMBANTU MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA AYAT MENGIKUT KONTEKS YANG BETUL DALAM KALANGAN MURID TAHUN 3 ABSTRAK Kajian tindakan ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk membantu meningkatkan penguasaan murid tahun 3 menguasai kemahiran menulis ayat dengan menggunakan teknik SAOK. Kajian ini melibatkan seramai 30 orang murid tahun 3 di sebuah sekolah yang terletak di daerah Tuaran, Sabah. Pengumpulan data dilakukan melalui kaedah pemerhatian, analisis data dan temu bual. Melalui penganalisisan data, didapati murid-murid ini menghadapi masalah untuk menulis ayat mengikut struktur yang betul. Kosa kata yang terhad dalam kalangan murid juga menyebabkan ayat yang dibina tidak gramatis. Melihat kepada masalah yang dihadapi, teknik SAOK yang diadptasi daripada teknik SALAK telah dijadikan sebagai intervensi dalam membantu murid meningkatkan kemahiran menulis ayat mengikut struktur yang betul. Penggunaan gambar sebagai bahan dalam pengajaran yang teknik ini dilihat mampu membantu murid menjana idea-idea yang menarik dalam binaan ayat. Pengajaran teknik yang mengaplikasikan pengajaran secara berperingkat memudahkan murid untuk memahami isi pembelajaran dengan lebih baik. Hasil dapatan kajian berkemungkinan menunjukkan peningkatan yang positif dimana murid dapat menulis ayat yang gramatis dengan struktur ayat yang betul dengan menggunakan kosa kata yang baharu. Tambahan lagi, mereka juga suka akan penggunaan teknik SAOK khususnya semasa dijadikan sebagai kit pembelajaran. Dengan itu, pengkaji telah memberi penambahbaikan dalam amalan pengajaran kemahiran menulis ayat yang lebih menarik dan berkesan. KOLOKIUM PENYELIDIKAN KOPPI 2023 PISMP AMBILAN JUN 2020 61
PUTRI NURUL AIEN BINTI ROZHAN NAMA PENYELIA: DR. ROSNAH @ NINING BINTI SIDEK MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA AYAT MAJMUK BAHASA MELAYU MENGGUNAKAN TEKNIK PAM ABSTRAK Kajian ini dijalankan bertujuan untuk membantu meningkatkan kemahiran membina ayat majmuk Bahasa Melayu 4 menggunakan Teknik Piramid Ayat Majmuk (PAM). Tinjauan awal menunjukkan peserta kajian menghadapi masalah dalam membina ayat majmuk yang betul kerana tidak dapat mengenalpasti perkataan yang perlu dikekalkan atau digugurkan dalam sesuatu binaan ayat majmuk. Kajian ini bertujuan membantu murid untuk memahami struktur binaan ayat majmuk dan mempelajari cara menggabungkan dua ayat tunggal menjadi satu ayat majmuk yang gramatis dengan pengaplikasian teknik PAM. Instrumen yang digunakan untuk mengutip data kajian ialah ujian pra dan pasca serta soal selidik yang melibatkan 24 orang murid Tahun 4 dari sebuah sekolah di daerah Tuaran, Sabah. Hasil analisis data secara kuantitatif menunjukkan peningkatan peratus markah yang ketara pada ujian pasca berbanding ujian pra. Secara keseluruhannya, keputusan kajian menunjukkan bahawa intervensi teknik PAM dapat membantu dalam meningkatkan pencapaian dan kemahiran murid membina ayat majmuk dengan gramatis. SHIRLEY VERUS NAMA PENYELIA: DR. ROSNAH @ NINING BINTI SIDEK PENERAPAN PEMBELAJARAN KOPERATIF DALAM BILIK DARJAH BAGI MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU DALAM KALANGAN SISWA GURU IPG KAMPUS KENT, TUARAN ABSTRAK Pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid sangat kurang diterapkan dalam pendidikan pada masa ini. Perkara ini menyebabkan pelaksanaan pdp menjadi kurang berkesan kerana kurangnya penglibatan murid yang aktif dan menyeluruh dalam aktiviti yang dilaksanakan. Oleh itu, kajian tinjauan yang bertajuk “Penerapan Pembelajaran Koperatif Dalam PDP Bahasa Melayu Dalam Kalangan Siswa Guru IPG Kampus Kent, Tuaran” ini dijalankan untuk mengenalpasti jenis, amalan dan sikap siswa guru dalam menerapkan pembelajaran koperatif dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan pendekatan kuantitatif berbentuk soal selidik yang telah diedarkan melalui google form. Kajian ini melibatkan 120 pelajar yang terdiri daripada unit PISMP SK dan SJKC Ambilan Jun 2020 di IPG Kampus Kent. Secara keseluruhannya, kajian ini dilaksanakan untuk mengkaji jenis pembelajaran koperatif yang diterapkan oleh siswa guru dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, amalan dan sikap siswa guru semasa menerapkan pembelajaran koperatif dalam bilik darjah bagi mata pelajaran bahasa Melayu. Kajian ini telah memberi pengetahuan dan kesedaran kepada siswa guru untuk lebih kreatif dalam merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dengan menerapkan pembelajaran koperatif. KOLOKIUM PENYELIDIKAN KOPPI 2023 PISMP AMBILAN JUN 2020 62
SITI NORFAIZAH BINTI ERIANSHAN NAMA PENYELIA: DR. ROSNAH @ NINING BINTI SIDEK PENGGUNAAN TEKNIK SUAKKE UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA AYAT BAGI MURID TAHUN 3 ABSTRAK Kajian tindakan ini dijalankan bertujuan untuk membantu murid tahun 3 dalam membina ayat lengkap dan bermakna dengan menggunakan teknik SuAkKe berdasarkan gambar rajah. Tinjauan awal menunjukkan subjek kajian menghadapi masalah untuk membina ayat yang bermakna serta terikat dengan kata bantu “sedang” yang menyebabkan ayat menjadi tidak gramatis. Oleh itu, kajian ini juga dijalankan bagi menambah baik kemahiran menulis dalam kalangan murid tahun 3 terutamanya dalam aspek membina ayat. Teknik SuAkKe telah diperkenalkan kepada murid adalah untuk membantu mereka membina ayat lengkap tanpa terikat dengan peraturan struktur ayat. Kajian ini dijalankan dengan bersandarkan kepada model kajian Stephen Kemmis dan Mc Taggart (1988). Kajian ini juga menggunakan instrumen seperti pemerhatian, soal selidik dan analisis dokumen. Kaedah analisis data secara campuran telah digunakan dalam kajian ini iaitu secara kuantitatif dan kualitatif. SITI NURAZILAWATI BINTI ZULKEFLI NAMA PENYELIA: DR. ROSNAH @ NINING BINTI SIDEK MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS DAN MEMBINA AYAT MURID TAHUN 4 MENGGUNAKAN TEKNIK WAKOH ABSTRAK Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk mengaplikasikan penggunaan teknik WaKOH dalam membantu muridmurid tahun empat dari aspek membina ayat berdasarkan gambar dengan betul. Teknik WaKOH yang digunakan ini dibentuk berpandukan salah satu cabang dalam kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif iaitu kemahiran menjana idea. Kajian yang dijalankan ke atas Tahun 4 ini juga adalah berdasarkan aplikasi Model kajian Kemmis dan McTaggart (1988). Antara instrumen yang digunakan dalam menjalankan kajian ini ialah uijian pra dan pos, soal selidik, dan analisis dokumen untuk mengumpul data kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa teknik WaKOH ini sesuai digunakan untuk membantu murid-murid dalam membina ayat berdasarkan gambar dengan lebih mudah. Teknik ini juga sesuai untuk diaplikasikan oleh murid dari pelbagai jenis tahap sama ada lemah, sederhana atau cemerlang untuk membina ayat dengan cara yang lebih efektif dan berkesan. Hasil daripada analisis kajian ini, ianya menunjukkan penggunaan teknik WaKOH berjaya meningkatkan penguasaan dan kemahiran murid dalam membina ayat berdasarkan gambar. Penyelidikan tindakan yang dijalankan ini juga merupakan inisiatif pengkaji dalam meningkatkan penguasaan murid-murid dalam kemahiran menulis ayat. Bukan itu sahaja, penyelidikan ini juga turut memberi peluang kepada pengkaji untuk menambah baik amalan kendiri dalam pengajaran dan pembelajaran khususnya dalam bidang yang diceburi iaitu bahasa Melayu. KOLOKIUM PENYELIDIKAN KOPPI 2023 PISMP AMBILAN JUN 2020 63
SITI NURHAZIQAH BINTI OMAR ALI NAMA PENYELIA: HJ. AWANG NAZRUL BIN AG. MASRI MENINGKATKAN PENGUASAAN KATA NAFI DENGAN MENGGUNAKAN TEKNIK “KANATIBU” DALAM KALANGAN MURID TAHUN 4 ABSTRAK Kajian tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan kata nafi dengan menggunakan Teknik “KaNaTiBu” dalam kalangan murid Tahun 4. Kajian ini telah dilaksanakan di sebuah sekolah di daerah Menggatal, Sabah. Kumpulan sasaran terdiri daripada sepuluh orang murid Tahun 4. Data dikumpulkan melalui kaedah pemerhatian berstruktur, temu bual, analisis dokumen dan ujian bertulis yang merangkumi ujian pra dan ujian pos bagi melihat perubahan tahap penguasaan kata nafi setiap responden yang diperoleh pada akhir kajian berdasarkan penggunaan Teknik “KaNaTiBu”. Pelaksanaan kajian tindakan ini adalah berlandaskan Model Kajian Kemmis dan McTaggart (1988). Data terkumpul dianalisis secara kualitatif dan kuantitatif. Hasil analisis data mendapati kesemua responden telah menunjukkan peningkatan yang ketara dan nyata setelah menjalani intervensi melalui ujian pos. Kesimpulannya, keputusan kajian menunjukkan Teknik “KaNaTiBu” ini berkesan dalam membantu murid untuk menguasai penggunaan kata nafi tidak dan bukan dengan betul dalam aspek tatabahasa bagi mata pelajaran Bahasa Melayu khususnya dalam kalangan murid Tahun 4. SYAFIKA HAZWANA BINTI SUBRI NAMA PENYELIA: HJ. AWANG NAZRUL BIN AG. MASRI MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA AYAT AKTIF YANG LENGKAP MENGGUNAKAN TEKNIK OBBK DALAM KALANGAN MURID TAHUN 5 ABSTRAK Kajian tindakan ini dilaksanakan bertujuan untuk membantu murid dalam membina ayat aktif yang lengkap khususnya murid tahun 5 dengan menggunakan teknik OBBK. Kajian ini melibatkan seramai 20 orang murid tahun 5 di sebuah sekolah luar bandar yang terletak di daerah Tuaran, Sabah. Kajian ini dijalankan dengan merujuk kepada Model Kemmis dan McTaggart (1988). Kaedah kajian yang dilaksanakan adalah secara kualitattif dan juga kuantitatif. Oleh itu, data dikumpul melalui pemerhatian, analisis dokumen iaitu ujian pra dan ujian pos serta temu bual. Melalui penganalisisan data, didapati bahawa murid-murid mempunyai masalah untuk membina ayat aktif yang lengkap. Oleh hal demikian, ayat yang dihasilkan oleh murid-murid kurang sedap dibaca dan juga tidak gramatis atau tidak jelas kepada pembaca. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan yang positif di mana boleh dilihat dengan jelas dari nilai min bagi ujian pra dan ujian pos. Perkara tersebut menunjukkan bahawa teknik OBBK yang diperkenalkan mampu membantu murid tahun 5 untuk membina ayat aktif dengan lengkap. KOLOKIUM PENYELIDIKAN KOPPI 2023 PISMP AMBILAN JUN 2020 64
SYAMIMI SYAZWANI BINTI AJIN NAMA PENYELIA: HJ. AWANG NAZRUL BIN AG. MASRI TEKNIK PETUA 5 JARI (ADIOSIK) MEMBANTU MURID TAHUN 6 MEMBINA AYAT PASIF DIRI KETIGA ABSTRAK iOSiK) ini membantu murid-murid tahun 6 membina ayat pasif diri ketiga dengan struktur ayat yang betul dan gramatis. Kajian tindakan ini bertujuan untuk membantu murid-murid tahun 6 meningkatkan kemahiran membina ayat pasif kata ganti nama diri ketiga dengan kata pasif di- dihadapan kata kerja menggunakan teknik Petua 5 Jari (ADiOSiK). Kajian ini juga bertujuan untuk melihat penerimaan murid-murid terhadap teknik yang telah diperkenalkan. Persampelan adalah melibatkan 20 orang murid di sebuah sekolah di Tuaran, Sabah. Pengumpulan data dilaksanakan melalui pemerhatian, analisis dokumen, ujian sebelum dan selepas intervensi dijalankan dan disokong dengan temu bual berstruktur bersama murid-murid. Kajian ini dilaksanakan berpandukan Model Kemmis dan McTaggart (1988), dan data dianalisis secara kualitatif dan kuantitatif. Dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan min daripada ujian pra dan pos setelah menggunakan Teknik Petua 5 Jari (ADiOSiK) untuk membina ayat pasif diri ketiga dengan kata pasif di-. Melalui temu bual, ramai murid menjawab ‘ya’ bagi soalan berstruktur ‘Saya suka menggunakan teknik Petua 5 Jari (ADiOSiK)’. Hal ini jelas menunjukkan penerimaan yang positif dalam kalangan murid-murid. Secara keseluruhannya, impikasi daripada penggunaan teknik Petua 5 Jari (AD WAFDA BINTI MOHAMMAD ROMLI NAMA PENYELIA: HJ. AWANG NAZRUL BIN AG. MASRI MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA AYAT BERDASARKAN GAMBAR TUNGGAL JENIS AKTIVITI MENGGUNAKAN TEKNIK SIKOP ABSTRAK Kajian tindakan ini dilaksanakan bertujuan untuk membantu murid menguasai kemahiran menulis ayat berdasarkan gambar dengan menggunakan teknik SiKOP. Penggunaan teknik SiKOP merupakan salah satu intervensi yang digunakan dalam membantu mengajar murid untuk membina ayat mudah dengan betul. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif dengan mengadaptasikan reka bentuk kajian tindakan Model Kemmis & Mc Taggart. Instrumen yang digunakan dalam kajian ialah temu bual, pemerhatian, analisis dokumen, ujian pra dan pasca yang melibatkan lima orang murid tahun 3 di sebuah sekolah daerah Tamparuli, Sabah. Dapatan kajian menunjukkan wujudnya peningkatan min pencapaian murid dalam ujian pra dan pasca. Selain itu, penerimaan murid terhadap teknik SiKOP adalah pada tahap positif dan murid lebih yakin dalam menulis ayat berpandukan teknik yang diajar. Secara keseluruhannya, teknik SiKOP ini berjaya membantu murid dari pelbagai tahap dalam membina ayat dengan betul bagi meningkatkan kemahiran murid menulis ayat. KOLOKIUM PENYELIDIKAN KOPPI 2023 PISMP AMBILAN JUN 2020 65
66 NAMA PELAJAR: ZULAIKHA BINTI HOLLAN NAMA PENYELIA: HJ. AWANG NAZRUL BIN AG. MASRI MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGGUNAKAN KATA SENDI NAMA “DARI” DAN “DARIPADA” MENGGUNAKAN TEKNIK TAM ABSTRAK Kajian tindakan ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran penggunaan kata sendi nama ‘dari’ dan ‘daripada’ dalam ayat secara tepat bagi murid-murid tahun 3 dengan menggunakan teknik TAM-2PBSN. Kajian ini juga bertujuan untuk melihat sama ada terdapat peningkatan kemahiran murid yang diajar dalam penggunaan kata sendi nama ‘dari’ dan ‘daripada’ dalam ayat selepas intervensi dijalankan. Teknik TAM-2PBSN merupakan satu teknik yang dilaksanakan untuk membantu murid membezakan fungsi kata sendi nama ‘dari’ dan ‘daripada’. Kajian tindakan ini telah dijalankan di sebuah sekolah di daerah Menggatal, Kota Kinabalu. Sampel kajian terdiri daripada 12 orang murid yang terdiri daripada 6 orang murid lelaki dan 6 orang murid perempuan. Data-data telah dikumpulkan melalui analisis dokumen sebelum dan selepas intervensi dijalankan, borang senarai semak untuk pemerhatian semasa intervensi dilaksanakan dan hasil temubual berstruktur murid selepas intervensi dijalankan. Kemudian, data dianalisis menggunakan pengiraan min berdasarkan data yang dikumpulkan untuk melihat perbezaan sebelum dan selepas teknik TAM-2PBSN dilaksanakan. Dapatan kajian menunjukkan teknik TAM2PBSN mampu meningkatkan tahap penguasaan murid dalam penggunaan ‘dari’ dan ‘daripada’ selepas intervensi diimplementasikan. Secara keseluruhan, teknik TAM-2PBSN berjaya membantu murid dalam meningkatkan kemahiran menggunakan kata sendi nama ‘dari’ dan ‘daripada’ dalam ayat secara tepat. KOLOKIUM PENYELIDIKAN KOPPI 2023 PISMP AMBILAN JUN 2020
KOLOKIUM PENYELIDIKAN KOPPI 2023 PISMP AMBILAN JUN 2020 67 PISMP BAHASA MELAYU (SK) 2 Abstrak Pelajar
ALICELIANITA JEFRISON NAMA PENYELIA 1 : EN. MOHD FAUZI BIN AZRAI NAMA PENYELIA 2: DR. AFFENDY BIN YUSUF AMALAN KEMAHIRAN PENEGUHAN GURU PELATIH CEMERLANG DALAM MEMPERBAIKI PENGGUNAAN HURUF BESAR DAN HURUF KECIL MURID ABSTRAK PdP yang berkesan berlaku jika guru dapat mengamalkan aspek-aspek kemahiran PdP. Amalan kemahiran peneguhan adalah antara aspek penting dalam kemahiran PdP yang berkesan bagi memupuk tingkah laku positif dalam kalangan murid terutamanya dalam menggunakan hururf besar dan huruf kecil yang betul. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti pengetahuan, dan pengaplikasian kemahiran peneguhan guru serta keberkesanan kemahiran peneguhan terhadap penggunaan huruf besar dan huruf kecil murid. Peserta kajian dalam kajian ini terdiri daripada 4 orang guru pelatih cemerlang praktikum Fasa 1 Institut Pendidikan Guru Kampus Kent Ambilan Jun 2020 Bahasa Melayu dengan menggunakan persampelan bertujuan. Data dianalisis menggunakan analisis tematik berpendekatan kualitatif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengetahuan guru pelatih terhadap kemahiran peneguhan dalam memperbaiki pengguaan huruf besar dan huruf kecil murid meliputi aspek tindakan yang dijadikan sebagai pedoman kepada perlakuan positif yang diinginkan terhadap murid dalam bentuk peneguhan positif, peneguhan negatif, peneguhan aktiviti bebas, peneguhan simbolik, peneguhan tengible, dan peneguhan sosial. Empat jenis peneguhan iaitu peneguhan positif, peneguhan negatif, peneguhan tangible dan peneguhan sosial menjadi amalan guru pelatih dalam PdP Bahasa Melayu bagi memperbaiki penggunaan huruf besar dan huruf kecil murid. Amalan kemahiran peneguhan guru pelatih dalam PdP memberi kesan positif terhadap penggunaan huruf besar dan huruf kecil murid sekolah rendah. Tuntasnya, diharapkan agar guru pelatih sentiasa mengamalkan kemahiran peneguhan dalam PdP agar dapat memperbaiki penggunaan huruf besar dan huruf kecil murid khususnya bagi matapelajaran Bahasa Melayu. AVVA NATASA DIKSON NAMA PENYELIA 1 : EN. MOHD FAUZI BIN AZRAI NAMA PENYELIA 2: DR. AFFENDY BIN YUSUF HUBUNGAN GAYA PEMBELAJARAN DENGAN MOTIVASI EKSTRINSIK DALAM KALANGAN GURU PELATIH BAHASA MELAYU ABSTRAK PPPM 2013 – 2025 menekankan kepada pembelajaran pelbagai mod yang mengambil kira gaya pembelajaran diaplikasikan semasa sesi PdPC. Hal ini demikian kerana, penerimaan dan tahap pembelajaran setiap individu terhadap satu-satu subjek, adalah berbeza antara satu sama lain. Malah, setiap individu memerlukan dorongan luar bagi memotivasikan mereka melaksanakan sesuatu tugasan. Dalam hal ini, gaya pembelajaran saling berkait rapat dengan motivasi ekstrinsik kerana berupaya mempengaruhi tingkah laku individu. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara gaya pembelajaran dengan motivasi ekstrinsik dalam kalangan guru pelatih Bahasa Melayu IPG Kampus Kent. Kajian adalah berbentuk kuantitatif dengan menggunakan, instrumen soal selidik dengan skala likert lima mata telah digunakan bagi mengukur tiga kategori gaya pembelajaran iaitu visual, auditori, dan kinestetik, serta tahap motivasi ekstrinsik. Data dianalisis secara deskriptif dan juga statistik inferensi. Dapatan kajian mendapati kategori kinestetik (min 4.39, SP = 0.44) adalah gaya pembelajaran paling dominan diamalkan oleh responden, diikuti dengan kategori auditoril (min 4.22, SP = 0.46), dan kategori visual (min 4.12, SP = 0.53). Manakala, tahap motivasi ekstrinsik dalam kalangan responden adalah sederhana (min 3.59, SP = 0.58). Hasil ujian kolerasi menunjukkan bahawa tidak terdapatnya hubungan signifikan, antara gaya pembelajaran dengan motivasi ekstrinsik. Kesimpulannya, gaya pembelajaran dan motivasi ekstrinsik merupakan elemen penting yang perlu dititikberatkan dalam pemilihan strategi pembelajaran yang bersesuaian bagi meningkatkan pencapaian akademik guru pelatih. KOLOKIUM PENYELIDIKAN KOPPI 2023 PISMP AMBILAN JUN 2020 68
AZZA ADHAWIAH BINTI JAMILUN NAMA PENYELIA 1 : EN. MOHD FAUZI BIN AZRAI NAMA PENYELIA 2: DR. AFFENDY BIN YUSUFF PENGAPLIKASIAN GAMIFIKASI DIGITAL OLEH GURU PELATIH DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU ABSTRAK Gamifikasi atau pembelajaran berasaskan permainan (gamed-based learning) merupakan sebuah poses pengajaran dan pembelajaran baharu yang diwujudkan beriringan dengan kemajuan pesat teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Kajian ini merupakan satu kajian kes bertujuan untuk menelusuri pengaplikasian gamifikasi semasa pengajaran bahasa melayu dalam kalangan guru pelatih. Terdapat dua objektif yang ingin di rungkai dalam kajian ini iaitu pertama proses pelaksanaan gamifikasi oleh guru pelatih semasa mengajar dan cabaran pelaksanaan gamifikasi digital yang dihadapi oleh guru pelatih bahasa melayu. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif untuk mengumpul data dan melibatkan seramai tiga orang peserta kajian dalam kalangan guru pelatih Bahasa Melayu Ambilan Jun 2020 yang telah melaksanakan praktikum fasa 1. Dalam kajian ini, triangulasi data dijalankan melalui tiga set instrumen yang digunakan untuk mengumpul data iaitu temu bual separa berstruktur, borang senarai semak pemerhatian, dan borang senarai semak analisis dokumen. Dapatan kajian menunjukkan ketiga-tiga guru pelatih melaksanakan proses gamifikasi secara terancang melalui lima proses utama iaitu (1) memahami kumpulan sasaran, (2) mengenal pasti objektif pembelajaran, (3) menstruktur pengalaman, (4) mengenal pasti sumber, dan (5) melaksana elemen gamifikasi. Dapatan juga menunjukkan, antara cabaran penggunaan gamifikasi yang dihadapi oleh kesemua guru pelatih dapat dikelaskan kepada tiga aspek iaitu aspek kekurangan infrastruktur, pengurusan masa, dan kawalan kelas. Kajian ini memperlihatkan betapa pentingnya perancangan dan persediaan yang rapi perlu dilakukan oleh para pendidik sebelum melaksanakan proses gamifikasi di kelas agar dapat mengatasi cabaran penggunaan gamifikasi yang dihadapi. Perkara ini dikaji sekaligus agar dapat merealisasikan matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk meningkatkan prestasi sekolah digital. EVERONICAH MOISIN NAMA PENYELIA 1: EN. MOHD FAUZI BIN AZRAI NAMA PENYELIA 2: DR. AFFENDY BIN YUSUFF KESANTUNAN BERBAHASA MELALUI PENGGUNAAN KATA GANTI NAMA DIRI DI IPG KAMPUS KENT ABSTRAK Kesantunan berbahasa merupakan suatu aspek penting yang menunjukkan kesopanan seseorang individu semasa berkomunikasi dalam kehidupan harian. Salah satu aspek yang dinilai dalam kesantunan berbahasa adalah melalui penggunaan kata ganti nama diri. Kata ganti nama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan nama orang. Kajian ini berfokus kepada penggunaan kata ganti nama diri di IPG Kampus Kent. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti jenis kata ganti nama diri yang digunakan oleh siswa guru di IPG Kampus Kent serta menganalisis faktor yang mempengaruhi pemilihan penggunaan kata ganti nama diri itu. Kajian yang dijalankan merupakan sebuah kajian kes dengan menggunakan metodologi kualitatif serta menggunakan kaedah pengumpulan data berbentuk pemerhatian, temubual dan analisis dokumen ke atas tiga orang siswa guru yang berbeza bangsa di IPG Kampus Kent. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat beberapa jenis kata ganti nama diri yang digunakan oleh siswa guru untuk menyapa pensyarah, staf dan rakan siswa serta beberapa faktor yang mempengaruhi pemilihan penggunaan kata ganti nama diri dalam kalangan siswa guru di IPG Kampus Kent. Penggunaan kata ganti nama yang betul dan sesuai dapat mengelakkan berlakunya kesalahfahaman antara dua pihak, iaitu pihak yang menyapa dan pihak yang disapa. Oleh itu, penggunaan kata ganti nama menjadi komponen sosial yang penting dalam sesebuah komuniti masyarakAT. KOLOKIUM PENYELIDIKAN KOPPI 2023 PISMP AMBILAN JUN 2020 69
LIZA NADIA PETER NAMA PENYELIA 1 : EN. MOHD FAUZI BIN AZRAI NAMA PENYELIA 2: DR. AFFENDY BIN YUSUFF PENGETAHUAN DAN CABARAN GURU PELATIH BAHASA MELAYU TERHADAP AMALAN PENGAJARAN BERASASKAN PETA PEMIKIRAN I-THINK ABSTRAK Program i-Think telah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sejak tahun 2014. Peta Pemikiran i-Think merupakan salah satu bahagian daripada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang mana merupakan satu set teknik penyusunan grafik yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui amalan penggunaan Peta Pemikiran i-Think ia dapat mempertingkat serta membudayakan kemahiran belajar bagi melahirkan murid-murid kearah yang lebih kreatif, berfikiran kritis dan inovatif. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui pengetahuan dan cabaran guru pelatih Bahasa Melayu di Institut Pendidikan Guru Kampus Kent Tuaran, Sabah terhadap amalan pengajaran dan pembelajaran berasaskan Peta Pemikiran i-Think semasa menjalankan praktikum fasa 1. Seramai 3 orang peserta kajian dalam kalangan guru pelatih Bahasa Melayu telah dipilih sebagai sampel kajian. Kajian ini menggunakan kaedah kajian kes dengan pendekatan kualitatif sebagai medium penganalisisan data. Data kajian dikumpul menggunakan kaedah temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa guru mempunyai pengetahuan dalam melaksanakan pengajaran berasaskan peta pemikiran i-Think dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selanjutnya, dalam penelitian melalui peserta kajian, terdapat beberapa cabaran yang perlu dihadapi misalnya kekangan masa, tingkahlaku murid-murid dan perkaitan antara topik pembelajaran dengan penerapan Peta Pemikiran i-Think. Hasil kajian juga mendapati bahawa penggunaan Peta Pemikiran i-Think sering digunakan oleh guru dalam subjek Bahasa Melayu. Berdasarkan kepada dapatan kajian ini, beberapa cadangan telah dikemukakan bagi meningkatkan lagi kualiti pengajaran guru-guru Bahasa Melayu berasaskan Peta Pemikiran i-Think. MOHD HANIF BIN ABDUL LATIF NAMA PENYELIA: DR. EFFENDY BIN YUSUFF PENGAPLIKASIAN BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM) BERSUMBERKAN TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI (TMK) DALAM PENGAJARAN GURU PELATIH BAHASA MELAYU ABSTRAK Penggunaan TMK semakin luas digunakan terutamanya dalam bidang pendidikan. Setiap guru perlu mengaplikasikan penggunaan TMK dalam PdPselaras dengan kandungan yang termaktub dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) bahasa Melayu sekolah rendah. Kajian kualitatif ini dilaksanakan bagi mengenalpasti bahan bantu mengajar (BBM)bersumberkan TMK yang digunakan oleh guru pelatih dalam pengajaran bahasa Melayu serta meneroka kaedah pelaksanaan BBM TMK tersebut dan menilai cabaran semasa mengaplikasikannya dalam bilik darjah. Peserta kajian terdiri daripada 3 orang guru pelatih bahasa Melayu ambilan Jun 2020 yang dipilih menggunakan kaedah persampelan bertujuan. Data dianalisis secara statistik deskriptif menggunakan kaedah analisis tematik bagi dapatan data temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen yang telah dikumpulkan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa peserta kajian menggunakan BBM bersumberkan TMK dalam pengajaran bahasa Melayu di bilik darjah. Dapatan juga menunjukkan bahawa kaedah pelaksanaan menggunakan BBM TMK ini dibuat secara terkawal bermula daripada fasa set induksi sehinggalah ke fasa punutup. Namun, dapatan menemukan bahawa wujud caabran dari segi penggunaan BBM TMK ini di blik darjah sehingga menyukarkan pengajaran bahasa Melayu untuk disampaikan secara berkesan. Penyelidikan ini menggunakan reka bentuk kajian kes dengan menggunakan pendekatan kualitatif untuk meneroka cabaran yang dihadapi serta melihat sejauh mana pengggunaan BBM bersumberkan TMK diaplikasikan dalam PdP di bilik darjah. KOLOKIUM PENYELIDIKAN KOPPI 2023 PISMP AMBILAN JUN 2020 70
MOHD NAJRIN JURAIREY BIN JAFFRY_ABSTRAK NAMA PENYELIA: DR. AFFENDY BIN YUSUFF KERANCUAN BAHASA ROJAK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GURU PELATIH PRAKTIKUM BAHASA MELAYU ABSTRAK Kerancuan bahasa tidak hanya merangkumi penggunaan tatabahasa yang salah, tetapi juga penggunaan istilah atau frasa yang mungkin tidak difahami sepenuhnya oleh murid. Ia boleh mengganggu proses penghantaran maklumat yang penting dan mungkin mencipta pemahaman yang salah di kalangan murid. Objektif kajian ini adalah untuk mendapatkan jenis – jenis kerancuan yang sering digunakan serta punca berlakunya kerancuan bahasa dalam kalangan guru pelatih dan mencari kesan kerancuan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran terhadap murid. Reka bentuk kajian adalah kajian kualitatif dengan pendekatan kajian kes. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti dan memperincikan penggunaan bahasa rojak dalam kalangan guru pelatih praktikum opsyen bahasa Melayu melalui kaedah pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen yang melibatkan empat orang responden yang mempunyai latar belakang yang berbeza dengan menggunakan teknik persampelan bertujuan. Fokus utama yang diberikan dalam kajian ini adalah untuk mengetahui jenis serta punca kerancuan bahasa. Proses Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor kerancuan bahasa adalah berpunca daripada persekitaran, genetik, media sosial dan etnik. Kesimpulan yang didapati daripada kajian ini adalah kerancuan bahasa yang berlaku dalam kalangan guru pelatih adalah berpunca daripada masalah persekitaran dan faktor genetik guru pelatih. Implikasi kajian menunjukkan bahawa masalah ini perlu dicegah oleh guru pelatih bagi mengatasi masalah kerancuan bahasa rojak dalam pengajaran dan pembelajaran. NOOR EZAYU SHAFEZAM BINTI MOHD SYAM NAMA PENYELIA: DR. AFFENDY BIN YUSUFF KESEDIAAN GURU PELATIH MELAKSANAKAN TEKNIK MAIN PERANAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU ABSTRAK Ierajaan Malaysia telah berusaha menaik taraf sistem pendidikan negara dan salah satunya ialah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) dimana antara agenda yang dicadangkan ialah mengangkat kualiti guru bagi mencapai hasrat Falsafah Pendidikann Kebangsaan (FPK) iaitu melahirkan modal insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Hal ini kerana guru merupakan penggerak utama dalam kemenjadian generasi akan datang agar mampu bersaing pada peringkat global. Maka, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga telah memperkenalkan pelbagai strategi, pendekatan, kaedah dan teknik untuk membantu meningkatkan kemahiran dan kualiti pengajaran guru selaras dengan peralihan zaman yang semakin maju. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengkaji kesediaan guru pelatih melaksanakan teknik main peranan dari aspek pengetahun, aspek minat dan amalan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Didapati bahawa guru kurang mengaplikasikan teknik main peranan dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) Bahasa Melayu kerana kurangnya pengetahuan mengenai teknik main peranan. Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan kaedah kajian kes serta menggunakan instrumen kajian temubual separa struktur, analisis data dan senarai semak. Dalam kajian ini, sampel yang terlibat merupakan 3 orang guru pelatih Bahasa Melayu IPG Kampus Kent yang telah menjalani praktikum fasa 1. Berdasarkan dapatan kajian mendapati bahawa guru pelatih mempunyai kesediaan dalam melaksanakan teknik main peranan berdasarkan aspek pengetahuan mengenai teknik main peranan, aspek minat dalam mengaplikasikan teknik main peranan dan amalan guru pelatih dalam penambahan ilmu tentang pelaksanaan teknik main peranan. Perkara ini dapat menambah sumber ilmu pengetahuan dan pendedahan kepada para untuk mengaplikasikan teknik main peranan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. KOLOKIUM PENYELIDIKAN KOPPI 2023 PISMP AMBILAN JUN 2020 71
NOR AZERA WANI BINTI ZAINUDDIN NAMA PENYELIA: DR. AFFENDY BIN YUSUFF AMALAN PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR SEMASA PRAKTIKUM FASA 1 DALAM KALANGAN GURU PELATIH BAHASA MELAYU ABSTRAK Penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) sangatlah dititikberatkan dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) kerana ia merupakan sebuah medium pemudahcara yang membantu guru menyampaikan pengajaran dengan lebih berkesan. Namun, penggunaan BBM dalam kalangan guru juga turut dipengaruhi beberapa faktor pemilihan penggunaan dan masalah yang dihadapi oleh guru. Justeru, kajian ini meneroka penggunaan BBM dari aspek ciriciri BBM, faktor penggunaan BBM serta masalah yang dihadapi semasa menggunakan BBM dalam kalangan Guru Pelatih Bahasa Melayu di Institut Pendidikan Guru Kampus Kent. Kajian ini menggabungkan konsep dan prinsip dalam Teori Pemikiran Kawalan Adaptif dan Model ASSURE. Kajian kes ini menggunakan kaedah kualitatif dalam pengumpulan data. Seramai empat orang guru pelatih terlibat dalam kajian ini daripada sekolah berpraktikum yang berlainan. Peserta kajian dalam kajian ini dipilih secara persampelan bertujuan. Data diperoleh melalui temu bual, pemerhatian, analisis dokumen dan senarai semak. Instrumen kajian adalah terdiri daripada protokol temu bual, senarai semak pemerhatian dan senarai semak kendiri. Secara keseluruhannya, proses pengumpulan data mengambil masa lebih kurang tiga minggu. Proses temu bual dilaksanakan selama seminggu dan pemerhatian mengambil masa seminggu iaitu dua kali bagi setiap peserta kajian. Kesahan dan kebolehpercayaan data kajian dinilai melalui proses kajian rintis dan pengesahan peserta kajian. Data kajian dianalisi secara deskriptif. Hasil kajian mendapati guru pelatih mementingkan ciri-ciri BBM yang memiliki nilai estetika, kefungsian, penerapan pelbagai warna, reka bentuk kukuh, kepelbagaian grafik dan jelas serta boleh diguna semula. Faktor pemilihan penggunaan BBM pula ialah bagi menarik minat dan fokus murid untuk menyertai PdP. Selain itu, penggunaan BBM ini bertujuan untuk memudahkan lagi pengajaran guru itu disampaikan dan murid dapat meneroka sendiri pembelajaran melalui BBM. Hal ini kerana, BBM merupakan pemudahcara yang digunakan dalam PdP. Manakala, antara masalah yang dihadapi oleh guru semasa menggunakan BBM ialah penyediaan bahan itu sendiri yang mengambil masa, kos untuk menyediakan sesebuah BBM turut menjadi penghalang. Malah, guru pelatih juga memerlukan masa penyediaan sekiranya ingin menggunakan. NUR FARISSHA IRDAYU BINTI AZHAR NAMA PENYELIA 1 : DR. SALINA BINTI ABDULLAH SANGGURO NAMA PENYELIA 2: DR. AFFENDY BIN YUSUFF PENGGUNAAN GAMIFIKASI GURU PELATIH CEMERLANG DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU ABSTRAK Pada era globalisasi ini, gamifikasi telah digunakan secara meluas menerusi penerapan unsur-unsur permainan secara digital semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) murid di dalam kelas. Kajian ini telah dilaksanakan bagi mengenal pasti aplikasi dan elemen-elemen penting dalam gamifikasi yang digunakan oleh guru novis sewaktu proses PdP bahasa Melayu. Reka bentuk kajian adalah kajian kes dengan menggunakan pendekatan kualitatif melalui penggunaan instrumen temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Lokasi kajian adalah di IPG Kampus Kent, Tuaran, Sabah. Peserta kajian bagi kajian ini terdiri daripada tiga orang guru pelatih yang mengambil opsyen bahasa Melayu dan dipilih menggunakan kaedah persampelan bertujuan. Data telah dianalisis menggunakan teknik analisis tematik.Dapatan kajian mendapati aplikasi gamifikasi yang digunakan guru novis adalah Wordwall dan Quizizz. Manakala, elemen penting yang dititikberatkan dalam gamifikasi adalah skor mata, tahap perkembangan dan cabaran. Penggunaan gamifikasi dalam pendidikan juga memberi impak yang positif kepada murid dan boleh dijadikan panduan kepada para pendidik tentang reka bentuk pembelajaran bahasa Melayu berasaskan penggunaan gamifikasi. KOLOKIUM PENYELIDIKAN KOPPI 2023 PISMP AMBILAN JUN 2020 72
NUR ASIKIN BINTI JAMIL NAMA PENYELIA 1 : DR. SALINA BINTI ABDULLAH SANGGURO NAMA PENYELIA 2: DR. AFFENDY BIN YUSUFF MENEROKA PELAKSANAAN TEKNIK DIDIK HIBUR DALAM PROSES PDP GURU PELATIH PRAKTIKUM BAHASA MELAYU FASA 1 ABSTRAK Teknik didik hibur merupakan suatu pendekatan yang biasa digunakan oleh guru-guru di sekolah bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih santai serta dapat mengurangkan kebimbangan murid dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini mengupas isu berkaitan dengan penerokaan pelaksanaan teknik didik hibur dalam kalangan guru pelatih Bahasa Melayu. Ini kerana, guru kurang mengaplikasikan teknik didik hibur dalam pengajaran dan pembelajaran disebabkan oleh kurang pengetahuan dan kemahiran serta masih menggunakan kaedah chalk and talk. Kajian ini dilaksanakan di Institut Pendidikan Guru Kampus Kent Tuaran, Sabah. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti jenis teknik didik hibur serta elemen yang digunakan oleh guru pelatih Bahasa Melayu semasa pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif iaitu berbentuk kajian kes. Data yang diperolehi adalah menerusi kaedah temu bual separa berstruktur, pemerhatian dan analisis dokumen. Peserta kajian yang terlibat dalam penyelidikan ini adalah seramai tiga orang yang terdiri daripada guru pelatih Bahasa Melayu yang telah menjalani praktikum fasa 1 di sekolah. Dapatan kajian membuktikan bahawa guru pelatih Bahasa Melayu telah menggunakan beberapa jenis teknik didik hibur yang berasaskan nyanyian, lakonan, bercerita dan berpuisi. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa guru turut menerapkan elemen menyeronokkan dan memotivasikan murid semasa pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Demikian itu, implikasi daripada kajian ini ialah dapat memberi peluang kepada guru-guru di sekolah serta guru-guru novis supaya memiliki sedikit sebanyak ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan di dalam bilik darjah. Selain itu, kajian ini juga turut menunjukkan kecekapan guru-guru pelatih bahasa Melayu dalam merancang sesuatu pengajaran dan pembelajaran mengikut RPH dengan menerapkan teknik didik hibur yang bersesuaian dalam matapelajaran bahasa Melayu. NURUL NAZIHAH BINTI NASIRIN NAMA PENYELIA 1 : DR. FADZILAH BINTI PATMAN NAMA PENYELIA 2: DR. AFFENDY BIN YUSUFF ELEMEN DAN TEKNIK KBAT DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU GURU PELATIH CEMERLANG PRAKTIKUM BM SK. ABSTRAK Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji tentang elemen kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan teknik pengajaran KBAT dalam kalangan guru pelatih cemerlang praktikum bahasa Melayu SK dari Institut Pendidikan Guru Kampus Kent. Pemilihan sampel kajian adalah bertujuan. Metodologi kajian ini menggunakan reka bentuk pendekatan kajian kualitatif dan kajian kes. Pengumpulan data kajian diperoleh melalui proses temu bual separa bersturktur, pemerhatian (video pengajaran) dan analisis dokumen Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Seramai empat orang peserta kajian yang terlibat dalam kajian ini. Penganalisisan data kajian yang diperoleh dibuat melalui kaedah triangulasi data. Dapatan kajian menunjukkan penggunaan beberapa elemen KBAT dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru pelatih cemerlang praktikum bahasa Melayu dan teknik-teknik yang digunakan bagi membantu keberkesanan proses pengajaran guru pelatih semasa mengajar bahasa Melayu. Kajian juga membuktikan bahawa guru pelatih cemerlang praktikum bahasa Melayu mengaplikasikan elemen pengajaran KBAT beserta teknik KBAT yang berkesan berdasarkan tahap penerimaan murid-murid yang mereka telah kenal pasti. Akhir sekali, kajian ini juga membincangkan tentang implikasi dan cadangan kajian lanjutan. KOLOKIUM PENYELIDIKAN KOPPI 2023 PISMP AMBILAN JUN 2020 73
NURUL AIN BINTI MOHD SAIDI NAMA PENYELIA 1 : DR. SALINA BINTI ABDULLAH SANGGURO NAMA PENYELIA 2: DR. AFFENDY BIN YUSUFF AMALAN PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM) DALAM KALANGAN GURU PELATIH BAHASA MELAYU DI IPG KAMPUS KENT ABSTRAK Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) adalah sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Setiap guru perlu merancang proses PdP dengan mengaplikasikan penggunaan bahan bantu mengajar sebagai suatu usaha untuk meningkatkan kualiti pengajaran demi memastikan penyampaian maklumat berlaku secara maksimal. Justeru, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti jenis-jenis bahan bantu mengajar serta kriteria pemilihan bahan bantu mengajar yang digunakan guru pelatih semasa praktikum fasa 1. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kes dengan menggunakan pendekatan secara kualitatif. Peserta kajian adalah terdiri daripada tiga orang guru pelatih yang dipilih berdasarkan persampelan bertujuan. Dapatan kajian ditriangulasi berdasarkan analisis temubual separa struktur, pemerhatian dan analisis dokumen. Hasil dapatan menunjukkan bahawa guru pelatih menggunakan bahan bantu mengajar berbentuk bahan elektronik iaitu (bahan multimedia) dan bahan bukan elektronik (bahan maujud). Namun, penggunaan bahan multimedia lebih kerap digunakan kerana ia tidak melibatkan kos yang besar, menjimatkan masa, mudah disediakan serta dapat menarik minat murid untuk belajar. Kajian turut mendapati pemilihan bahan bantu mengajar yang baik adalah penting agar ia memberi impak positif terhadap pengajaran guru. Misalnya, perancangan haruslah selari dengan objektif pengajaran selain mengambil kira faktor saiz bahan, pengiraan kos, anggaran masa serta kekreatifan guru dalam penghasilan bahan bantu mengajar. Melalui kajian ini, guru-guru terutamanya guru pelatih akan sedar pentingnya untuk sentiasa mengoptimumkan pengajaran menggunakan bahan bantu mengajar agar PdP yang dijalankan lebih berkesan. Rentetan itu, cadangan kaiian lanjutan berhubungan penggunaan BBM bersumberkan Teknologi dan Maklumat (TMK) yang lebih meluas dalam kalangan guru boleh diteruskan dan dikaji oleh pengkaji – pengkaji lain akan datang. NURUL AIN AFIFAH BINTI SUHAIMI NAMA PENYELIA 1 : DR. SALINA BINTI ABDULLAH SANGGURO NAMA PENYELIA 2: DR. AFFENDY BIN YUSUFF TAHAP KESEDIAAN GURU PELATIH BAHASA MELAYU TERHADAP AMALAN PENGAJARAN BERKESAN BERDASARKAN MODEL SLAVIN ABSTRAK Kualiti serta kompetensi seseorang guru merupakan pengukur bagi menentukan keberkesanan dalam bidang pendidikan. Justeru, pengkaji telah menjalankan kajian tinjauan ini bagi mengenalpasti tahap kesediaan guru pelatih Bahasa Melayu terhadap amalan pengajaran berkesan berdasarkan model Slavin secara lebih mendalam dan terperinci. Seramai 132 orang guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru Kampus Kent dan Kampus Gaya Ambilan Jun 2020 dipilih sebagai sampel kajian menggunakan persampelan rawak. Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian iaitu set soalan yang mempunyai empat dimensi kualiti pengajaran guru, kesesuaian aras pengajaran, pemberian insentif dan pengurusan masa. Data dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 29.0. hasil dapatan menujukkan amalan pengajaran berkesan guru pelatih bahasa Melayu menunjukkan min (M = 4.456). Min bagi dimensi kualiti pengajaran menunjukkan (M = 4.521) manakala min bagi dimensi kesesuaian aras pengajaran (M = 4.369). Bagi min keseluruhan dimensi pemberian insentif dan pengurusan masa adalah (M = 4.613, M = 4.3225). Tidak hairanlah, latihan dan kursus diberikan kepada guru-guru pelatih bagi melahirkan pendidik yang berkualiti, berketerampilan serta komited dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang guru yang profesional. KOLOKIUM PENYELIDIKAN KOPPI 2023 PISMP AMBILAN JUN 2020 74
NURUL SYAFIQAH BINTI ALKAF NAMA PENYELIA 1 : DR. FADZILAH BINTI PATMAN NAMA PENYELIA 2: DR. AFFENDY BIN YUSUFF SIKAP DAN MASALAH GURU PELATIH BAHASA MELAYU DALAM PENGAJARAN DIDIK HIBUR ABSTRAK Didik hibur adalah pendekatan alternatif yang menekankan persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan dalam Bahasa Melayu. Namun, kebanyakan guru masih bergantung kepada pengajaran secara konvensional dan kurang mengamalkan didik hibur sebagai strategi pengajaran. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menentukan tahap sikap, masalah dan amalan pengajaran kaedah didik hibur dalam kalangan guru pelatih Bahasa Melayu serta menguji hubungan di antara ketiga-tiga variabel tersebut. Kajian ini berbentuk kajian tinjauan dengan menggunakan soal selidik berskala likert sebagai instrumen pengumpulan data. Seramai 92 orang guru pelatih Bahasa Melayu di IPG Kampus Kent telah terlibat sebagai responden. Analisis deskriptif yang merangkumi taburan frekuensi, peratusan, min dan sisihan piawai serta analisis inferensi iaitu Kolerasi Pearson digunakan sebagai teknik menganalisis data melalui aplikasi SPSS versi 29.0. Dapatan kajian mendapati bahawa dimensi masalah guru pelatih di tahap yang sederhana (m=2.79) manakala nilai min bagi variabel sikap dan amalan pengajaran didik hibur guru pelatih berada pada tahap yang tinggi (m=4.44, m=4.22). Hasil analisis koelarasi pula didapati bahawa hubungan yang signifikan dan positif pada aras sederhana antara sikap guru pelatih Bahasa Melayu dengan amalan pengajaran didik hibur (r=0.587, p=<0.05). Kemudian, kajian ini juga menunjukkan bahawa wujud hubungan yang negatif dan signifikan pada aras rendah antara masalah yang dihadapi oleh guru pelatih Bahasa Melayu dengan amalan pengajaran didik hibur (r=-0.314, p=<0.01). Maka, ia menjadi petunjuk penting kepada pihak berkepentingan seperti KPM, JPN dan PPD serta para guru di sekolah untuk meningkatkan amalan pengajaran didik hibur dalam Bahasa Melayu di negeri Sabah. Misalnya, menyediakan kursus dan latihan secara berterusan kepada guru pelatih Bahasa Melayu berkaitan didik hibur supaya melahirkan guru yang berkaliber. Hal ini kerana, usaja ini memerlukan gerak daya seorang guru pelatih yang dibimbing di IPG bagi mewujudkan PdP yang berkesan. NUR AMIRAH BINTI AHMAD NAMA PENYELIA 1 : DR. SALINA BINTI ABDULLAH SANGGURO NAMA PENYELIA 2: DR. AFFENDY BIN YUSUFF MENGKAJI KEMAHIRAN ASAS MEBACA DALAM KALANGAN MURID PEMULIHAN TAHUN 3: SATU KAJIAN KES ABSTRAK Kajian ini bertujuan mengkaji kemahiran asas membaca dalam kalangan murid pemulihan khas tahun tiga. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti masalah kemahiran asas membaca serta mengkategori tahap penguasaan kemahiran asas membaca dalam kalangan murid pemulihan khas tahun 3. Reka bentuk kajian adalah kajian kualitatif dengan pendekatan kajian kes. Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah rendah di daerah Tuaran, Sabah. Peserta kajian ini terdiri daripada tiga orang peserta iaitu murid pemulihan khas. Peserta kajian telah dipilih secara persampelan bertujuan. Kaedah pengumpulan data yang digunakan adalah pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Manakala instrumen kajian pula melibatkan borang catatan pemerhatian tidak berstruktur, lembaran bahan bacaan, protokol temu bual separa struktur dan borang pelaporan penguasaan individu. Pengekodan transkrip temu bual dijalankan sebanyak dua kitaran dengan pendekatan deduktif. Proses analisis data dilakukan secaramanual dengan menganalisis dan mengkategori berdasarkan dapatan instrumen kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat banyak masalah kemahiran asas membaca dan masalah utamanya adalah murid belum mengenal huruf menyebabkan proses membaca tidak berkesan. Tahap penguasaan murid pula dibahagikan kepada dua aras iaitu menguasai dan tidak menguasai. Kesimpulan yang diperoleh daripada kajian ini adalah masih terdapat masalah kemahiran asas membaca dalam kalangan murid pemulihan khas tahun tiga. Implikasi kajian menunjukkan bahawa masalah ini perlu diketahui lebih lanjut oleh guru pemulihan supaya dapat mengatur strategi untuk mewujudkan pembelajaran yang berkesan bagi mengatasi masalah kemahiran membaca dalam kalangan murid pemulihan khas. KOLOKIUM PENYELIDIKAN KOPPI 2023 PISMP AMBILAN JUN 2020 75
SITI NADZIRAH BINTI ABDUL AMIN NAMA PENYELIA 1 : DR. FADZILAH BINTI PATMAN NAMA PENYELIA 2: DR. AFFENDY BIN YUSUFF KEUPAYAAN PENGINTERGRASIAN TMK DALAM PENGAJARAN TATABAHASA GURU PELATIH CEMERLANG PRAKTIKUM BM(SK) ABSTRAK Kajian kualitatif ini mengupas isu berkaitan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) bagi aspek tatabahasa dalam kalangan guru pelatih cemerlang. Perkembangan Revolusi Industri 4.0 tidak terkecuali dalam bidang pendidikan namun guru kurang menggunakan TMK tatabahasa disebabkan kurang pengetahuan berkaitan TMK tatabahasa yang megakibatkan mereka tidak dapat mengaplikasikannya dalam pengajaran Bahasa Melayu. Kajian ini dijalankan di Institut Pendidikan Guru Kampus Kent Tuaran, Sabah. Kajian ini bertujuan mengenal pasti jenisjenis TMK dalam pengajaran tatabahasa yang digunakan oleh guru pelatih cemerlang praktikum. Objektif kedua kajian ini adalah untuk mengkaji elemen-elemen yang terdapat dalam TMK yang digunakan oleh guru pelatih cemerlang praktikum dalam pengajaran tatabahasa. Reka bentuk kajian kes telah digunakan menerusi temu bual separa berstruktur, pemerhatian dan analisis dokumen. Peserta kajian adalah seramai empat orang yang terdiri daripada guru pelatih cemerlang yang telah menjalani praktikum fasa 1. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru pelatih cemerlang IPG Kent menggunakan beberapa jenis TMK iaitu MS Powerpoint, Quizizz, Wordwall, dan YouTube (tayangan video dan nyanyian). Hasil kajian juga menunjukkan elemen-elemen yang diaplikasikan dalam pengajaran berasaskan TMK yang digunakan semasa pengajaran tatabahasa adalah belajar dengan TMK dan belajar melalui TMK iaitu berpusatkan murid sahaja dan berpusatkan guru dan murid. Dapatan turut menunjukkan implikasi kajian iaitu memberi peluang kepada pensyarah untuk terus memberi galakan kepada guru pelatih mengintergrasikan TMK semasa praktikum. Selain itu, kajian ini turut memberi ilmu pengetahuan baharu kepada guru-guru di sekolah serta guru pelatih mengenai kepentingan pengintergrasian TMK untuk mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. SARIDAH BINTI SIMIN NAMA PENYELIA 1 : DR. FADZILAH BINTI PATMAN NAMA PENYELIA 2: DR. AFFENDY BIN YUSUFF SET INDUKSI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU GURU PELATIH CEMERLANG AMBILAN JUN 2020 ABSTRAK Kajian kes ini bertujuan untuk meneroka amalan set induksi dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) Bahasa Melayu yang diamalkan oleh guru pelatih cemerlang praktikum bidang pengkhususan Bahasa Melayu. Kajian ini dilakukan ke atas guru pelatih cemerlang praktikum bidang pengkhususan Bahasa Melayu daripada unit Bahasa Melayu 1 dan Bahasa Melayu 2 PISMP Ambilan Jun 2020 di Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Tuaran, Sabah. Selain itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti kemahiran, komponen dan elemen dalam set induksi yang diamalkan oleh guru pelatih cemerlang praktikum. Bagi mencapai objektif tersebut, kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif dengan memperolehi data melalui pemerhatian video pengajaran set induksi, senarai semak Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dan temu bual separa berstruktur. Hasil kajian mendapati guru pelatih cemerlang menjalankan pengajaran peringkat set induksi mengikut sukatan dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). Di samping itu, kajian ini juga mendapati guru pelatih cemerlang praktikum cenderung menggunakan elemen set induksi bahan bantu mengajar untuk memberi rangsangan terhadap murid. Implikasi kajian ini menunjukkan guru pelatih perlu menggunakan komponen dan elemen set induksi yang kreatif dan berkesan untuk mewujudkan kesinambungan pembelajaran pada peringkat PdP yang seterusnya. KOLOKIUM PENYELIDIKAN KOPPI 2023 PISMP AMBILAN JUN 2020 76
THASMAWATY BINTI ARIPIN NAMA PENYELIA: HJ. MADLAIM BIN EJIB KEMAHIRAN PELAKSANAAN SET INDUKSI GURU PELATIH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU MURID TAHAP DUA ABSTRAK Kemahiran set induksi dalam kalangan guru untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu adalah sangat penting bagi memastikan kesediaan murid menerima pembelajaran baharu di samping membantu mereka memperoleh gambaran awal mengenai konsep pembelajaran. Kajian kualitatif ini dijalankan bagi mengenal pasti strategi pengajaran, elemen kreativiti dan bahan bantu mengajar yang diaplikasikan semasa fasa set induksi di dalam bilik darjah. Peserta kajian terdiri daripada tiga orang guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Tuaran, Sabah yang telah menjalani Praktikum Fasa 1 dalam bidang pengkhususan Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Data dianalisis melalui analisis tematik dengan menggunakan tiga jenis instrumen, iaitu temu bual separa berstruktur, senarai semak video pengajaran dan analisis dokumen Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Hasil kajian mendapati strategi berpusatkan murid dan bahan lebih kerap digunakan dalam pelaksanaan fasa set induksi berbanding strategi berpusatkan guru dan masalah. Selain itu, melalui peneguhan positif seperti galakan motivasi serta melibatkan pelbagai pancaindera murid didapati berupaya meningkatkan lagi kreativiti dalam proses penyampaian guru. Dapatan kajian turut mendapati bahan bantu mengajar yang berbentuk audio, visual dan audio-visual perlu diterapkan bagi memastikan keberkesanan yang tinggi dalam pelaksanaan fasa set induksi. Oleh itu, pelaksanaan set induksi perlu sentiasa dititikberatkan kerana fasa ini akan menentukan daya tarikan minat murid untuk melibatkan diri secara aktif terhadap pengajaran guru yang seterusnya. SYAFIRAH NUR ATHIRAH BINTI ADNAN NAMA PENYELIA 1 : DR. FADZILAH BINTI PATMAN NAMA PENYELIA 2: DR. AFFENDY BIN YUSUFF PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR TATABAHASA GURU PELATIH CEMERLANG PRAKTIKUM BAHASA MELAYU AMBILAN JUN 2020 ABSTRAK Kajian kualitatif ini mengupas isu bahan bantu mengajar (BBM) bagi aspek tatabahasa dalam kalangan guru pelatih cemerlang. Hal Ini kerana, guru kurang menggunakan BBM tatabahasa disebabkan kurang pengetahuan dalam penggunaan BBM tatabahasa yang megakibatkan mereka tidak dapat mengaplikasikannya dalam pengajaran Bahasa Melayu. Kajian ini dijalankan di Institut Pendidikan Guru Kampus Kent Tuaran, Sabah. Kajian ini bertujuan mengenal pasti jenis-jenis BBM dalam pengajaran tatabahasa yang digunakan oleh guru pelatih cemerlang praktikum. Objektif kajian ini juga adalah untuk mengenal pasti elemen-elemen yang terdapat dalam BBM yang digunakan oleh guru pelatih cemerlang praktikum semasa pengajaran tatabahasa. Metodologi yang digunakan ialah reka bentuk kajian kes menerusi temu bual separa berstruktur, pemerhatian dan analisis dokumen. Peserta kajian yang terlibat dalam penyelidikan ini adalah terdiri daripada guru pelatih cemerlang yang telah menjalani praktikum fasa 1 di sekolah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru pelatih cemerlang IPG Kent menggunakan beberapa jenis BBM iaitu Powerpoint, Quizizz, Wordwall, Scratch, video nyanyian, video animasi, kad imbasan (bergambar), puzzle, buah-buahan, kotak beracun atau kotak misteri. Hasil kajian juga menunjukkan elemen-elemen yang dititikberatkan dalam BBM yang digunakan oleh guru pelatih cemerlang semasa pengajaran tatabahasa adalah penggunaan tulisan yang sesuai dan jelas, kesesuaian warna dan kontras, maklumat yang tepat, boleh difahami, sesuai dengan peristiwa pengajaran, mempunyai daya kreativit dan inovatif, kesesuaian audio dan visual serta mudah dikendalikan. Dapatan turut menunjukkan implikasi kajian iaitu memberi peluang kepada pensyarah untuk terus memberi galakan kepada guru pelatih menggunakan BBM semasa praktikum. Selain itu, kajian ini turut memberi ilmu pengetahuan baharu kepada guru-guru di sekolah serta guru pelatih mengenai kepentingan menggunakan BBM untuk mewujudkan pengajaran yang berkesan. KOLOKIUM PENYELIDIKAN KOPPI 2023 PISMP AMBILAN JUN 2020 77
YOEL BIN BAIDOS NAMA PENYELIA: HJ. MADLAIM BIN EJIB AMALAN GURU CEMERLANG PRAKTIKUM BAHASA MELAYU TERHADAP KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI ABSTRAK Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk menganalisis dan meneroka amalan guru cemerlang praktikum bahasa Melayu terhadap kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Kaedah kajian kualitatif digunakan dengan reka bentuk kajian kes bagi melaksanakan kajian ini. Peserta kajian melibatkan tiga orang guru cemerlang praktikum bahasa Melayu di IPG Kampus Kent sebagai sampel dalam kajian ini. Data dikumpul dengan menjalankan temu bual separa berstruktur, pemerhatian video PdP dan analisis dokumen. Pemerhatian video PdP dilaksanakan menggunakan senarai semak pemerhatian video PdP, dan dokumen yang dianalisis ialah rancangan pengajaran harian (RPH). Data dianalisis menggunakan kaedah analisis tematik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru cemerlang praktikum bahasa Melayu mempunyai pengetahuan yang baik terhadap unsur KBAT berdasarkan kefahaman masing-masing. Teknik penyoalan untuk menerapkan unsur pada aras menilai kerap kali digunakan oleh guru cemerlang praktikum bahasa Melayu dalam menerapkan KBAT. Namun begitu, cabaran utama dalam menerapkan KBAT oleh guru cemerlang praktikum bahasa Melayu ini ialah cabaran dari segi masa, kemahiran guru, tahap pengetahuan murid yang berbeza dan persekitaran bilik darjah. Keseluruhannya, kajian ini mendapati pengetahuan yang baik oleh guru cemerlang praktikum bahasa Melayu terhadap KBAT tidak menjamin penerapan unsur KBAT yang berkesan semasa melaksanakan PdP di bilik darjah. Implikasi kajian ini menuntut guru cemerlang praktikum bahasa Melayu untuk menambahbaik amalan penerapan KBAT agar PdP mereka lebih berkesan seiring dengan keperluan melahirkan murid yang berfikiran kritis dan berpandangan jauh. UMMI NAZIHAH BINTI ERWIN NAMA PENYELIA: HJ. MADLAIM BIN EJIB AMALAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN FORMATIF DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU GURU PRAKTIKUM IPG KAMPUS KENT ABSTRAK Pentaksiran bilik darjah merupakan satu proses yang dapat mengukur perkembangan murid secara berterusan. Pentaksiran formatif khususnya merupakan pentaksiran yang digunakan oleh guru secara berterusan semasa melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Kajian ini bertujuan untuk meneroka amalan pelaksanaan pentaksiran formatif dalam pengajaran Bahasa Melayu yang dilaksanakan oleh guru pelatih praktikum bidang pengkhususan Bahasa Melayu. Kajian ini dilaksanakan keatas tiga orang guru pelatih praktikum unit Bahasa Melayu 2 PISMP Ambilan Jun 2020 di Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Tuaran, Sabah. Terdapat dua objektif dalam kajian ini iaitu mengenal pasti kaedah dan cabaran dalam pelaksanaan pentaksiran formatif Bahasa Melayu yang diamalkan oleh guru pelatih praktikum. Bagi mencapai persoalan ataupun objektif tersebut, kajian ini telah menggunakan reka bentuk kualitatif dengan memperoleh data melalui temu bual separa berstruktur, pemerhatian video pengajaran Bahasa Melayu dan senarai semak Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Kajian ini dianalisis menggunakan kaedah analisis tematik. Hasil dapatan kajian ini mendapati guru pelatih praktikum yang melaksanakan pentaksiran formatif mempunyai pengetahuan umum tentang pentaksiran formatif. Selain itu, melalui kaedah yang digunakan, kebanyakkan daripada mereka menggunakan pentaksiran formatif jenis penulisan kaedah lembaran kerja. Bukan itu sahaja, kajian ini juga telah mendapati bahawa cabaran-cabaran yang sering dihadapi oleh guru pelatih praktikum semasa melaksanakan pentaksiran formatif Bahasa Melayu di bilik darjah juga adalah dari segi kekangan masa, kesukaran menentukan tahap pencapaian murid dan banyak lagi. Implikasi daripada kajian ini adalah guru pelatih praktikum perlu mahir dalam kemahiran membina pelbagai jenis dan melaksanakan pelbagai kaedah pentaksiran formatif untuk memudahkan guru sendiri dalam menentuka pencapaian murid sekaligus dapat mencapai objektif PdP pada hari tersebut. KOLOKIUM PENYELIDIKAN KOPPI 2023 PISMP AMBILAN JUN 2020 78
KOLOKIUM PENYELIDIKAN KOPPI 2023 PISMP AMBILAN JUN 2020 79 PISMP BAHASA MELAYU (SK) 3 Abstrak Pelajar
AZIDAH BINTI HAJIRIN @ HAJARIN PENYELIA 1: DR. CAROLINE @ LORENA DAVID PENYELIA 2: DR. KOK BOON SHIONG KIT RODA DIDI: MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS IMBUHAN DI DAN KATA SENDI DI BAGI MURID TAHUN TIGA ABSTRAK Kajian tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran menulis kata berimbuhan ‘di’ dan kata sendi ‘di’ menggunakan bahan bantu mengajar iaitu Roda didi. Seramai Sembilan orang peserta kajian yang terdiri daripada murid tahun tiga di salah sebuah sekolah kebangsaan yang terletak di daerah Tuaran, Sabah. Tinjauan awal menunjukkan bahawa murid menghadapi masalah dalam menulis imbuhan ‘di’ iaitu murid menulis dengan menjarakkan kata imbuhan ‘di’ pada kata kerja. Disamping itu, murid juga menghadapi masalah menulis kata sendi ‘di’ yang mana murid merapatkan kata sendi ‘di’ dengan frasa seterusnya. Pengkaji telah mengaplikasikan penggunaan bahan bantu mengajar iaitu Roda didi sebagai intervensi bagi mengatasi masalah murid ini. Kajian yang dilaksanakan ini mengaplikasikan Model Penyelidikan Tindakan Kemmis & Mc Taggart (1988) yang berkonsepkan dua kitaran gelung. Bagi kaedah memperoleh data, pengkaji menggunakan kaedah pemerhatian, temu bual, analisis ujian dan analisis dokumen. Data yang diperoleh dianalisis secara kualitatif dan kuantitatif. Peningkatan prestasi peserta kajian diukur melalui ujian pasca selepas intervensi Roda didi diperkenalkan. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa murid menunjukkan peningkatan dalam menulis kata berimbuhan ‘di’ dan kata sendi ‘di’. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan intervensi iaitu Roda didi dapat membantu mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid. FARAH AIN NADRAH BINTI ANDROD PENYELIA 1: DR. CAROLINE @ LORENA DAVID PENYELIA 2: DR. KOK BOON SHIONG TEKNIK KIT BULATAN KG NADIRANG MENINGKATKAN PENGUASAAN KATA GANTI NAMA DIRI UNTUK MURID TAHUN TIGA ABSTRAK Kajian tindakan ini dijalankan untuk memperkasakan aspek tatabahasa Bahasa Melayu dari aspek penguasaan kata ganti nama diri orang dalam kalangan murid Tahun 3. Hal ini dilaksanakan dengan menerapkan penggunaan Teknik Kit Bulatan KG NaDirang sewaktu sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Teknik Kit Bulatan KG NaDiRang dibina dalam bentuk maujud sebagai bahan bantu mengajar. Teknik ini telah dijadikan sebagai intervensi kepada 8 orang murid di sebuah sekolah kebangsaan di kawasan Tuaran, Sabah. Peserta kajian dikenalpasti mempunyai masalah asas dalam membezakan kata ganti nama diri orang dan menyenaraikan contoh kata ganti nama diri orang. Maka, pengkaji telah menggabungjalinkan elemen teknik mengingat dengan elemen seni visual secara konkrit bagi menggambarkan dengan lebih jelas berkaitan kata ganti nama diri orang kepada peserta kajian. Kajian tindakan ini juga menggunakan model Kemmis & Mctaggart (1988) dalam prosedur pelaksanaan. Data-data kajian diperoleh menerusi pemerhatian, soal selidik, temubual dan analisis dokumen. Penganalisisan data dilaksanakan secara kualitatif dan kuantitatif bagi menguji kebolehan intervensi. Hasil dapatan kajian menunjukkan keberkesanan Teknik Kit Bulatan KG NaDiRang dalam meningkatkan penguasaan kata ganti nama diri orang dalam kalangan murid Tahun 3 menerusi peningkatan pencapaian dan perubahan tingkah laku murid. Kajian ini juga telah mengubah gaya pengajaran guru menerusi kaedah pedadogi yang lebih berkesan. Cadangan penambahbaikan kajian ini ialah dengan membina inovasi secara digital, pengimplimentasian amalan pedadogi didik hibur dan perluasan tempat kajian di kawasan bandar. KOLOKIUM PENYELIDIKAN KOPPI 2023 PISMP AMBILAN JUN 2020 80
JALIANAH BINTI LONG PENYELIA 1: DR. CAROLINE @ LORENA DAVID PENYELIA 2: DR. KOK BOON SHIONG PENGGUNAAN TEKNIK ‘NAK’ DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN MENULIS AYAT PENYATA DALAM KALANGAN MURID TAHUN DUA ABSTRAK Kajian tindakan ini dijalankan pengkaji bagi membantu murid menguasai kemahiran menulis ayat penyata dalam Bahasa Melayu. Idea Teknik NAK ini tercetus ekoran daripada tinjauan awal semasa praktikum fasa pertama yang lalu. Kajian ini menitikberatkan pembinaan ayat penyata mengikut teknik yang diperkenalkan dengan elemen akronim NAK iaitu N (nama), A (aktiviti), K (keterangan) dan berlandaskan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Tahun 2. Rekaan seakan-akan jadual menggunakan kit bahan bantu mengajar dalam teknik ini membantu murid untuk membina ayat penyata yang gramatis dengan mudah. Peserta kajian ini terdiri daripada 6 orang murid Tahun 2 di sebuah sekolah rendah di daerah Tuaran. Penggunaan kotak seakan misteri beserta ilustrasi gambar dapat menarik minat sekaligus merangsang psikomotor murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini dirancang dengan menjadikan Model Kemmis & Mc Taggart (1988) sebagai panduan bagi pelaksanaan intervensi dan kaedah pengumpulan data. Tuntasnya, kajian tindakan yang dijalankan ini telah berjaya mencapai objektif yang ditetapkan. Hasil dapatan kajian membuktikan Teknik NAK ini dapat membantu murid menguasai pembinaan ayat penyata berdasarkan gambar. Amalan pedagogi guru dalam membantu murid membina ayat penyata juga telah ditambah baik. Pengkaji berharap agar Teknik NAK ini dapat memberikan sedikit sumbangan dalam bidang pendidikan terutamanya guru-guru dalam menambahbaik amalan pedagogi bagi menyelesaikan isu pembelajaran murid-murid di dalam bilik darjah. Pengkaji turut mencadangkan agar penyelidikan seterusnya memperkenalkan Teknik NAK ini dalam bentuk inovasi digital yang berasaskan gamifikasi interaktif selaras dengan arus pemodenan pada hari ini bagi menarik minat murid dalam aktiviti PdP. JOYCE CYNTIA YAP FRANKIE PENYELIA 1: DR. CAROLINE @ LORENA DAVID PENYELIA 2: DR. KOK BOON SHIONG IMBACOP: MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN MENGEMBANGKAN ISI KARANGAN DALAM KALANGAN MURID TAHUN LIMA ABSTRAK Kajian tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran mengembangkan isi karangan dalam bidang penulisan dalam kalangan murid Tahun 5 melalui teknik IMBACOP. Teknik IMBACOP merupakan akronim yang dicipta sebagai formula untuk memberikan panduan kepada murid-murid menghuraikan isi-isi penting dalam penulisan karangan. Pengkaji telah menetapkan fokus kajian dari aspek cara pengembangan isi karangan, persembahan penulisan isi karangan dan penghuraian contoh isi karangan yang berkesinambungan. Oleh yang demikian, obejktif kajian tindakan ini adalah untuk meningkatkan penguasaan kemahiran mengembangkan isi karangan dalam penulisan dalam kalangan murid Tahun 5 melalui teknik IMBACOP. Peserta kajian terdiri daripada 10 orang murid Tahun 5 di sebuah Sekolah Kebangsaan di daerah Tuaran. Empat instrumen pengumpulan data bagi menjawab persoalan dan mencapai objektif kajian seterusnya menguji keberkesanan teknik IMBACOP. Antaranya ialah ujian bertulis, pemerhatian berstruktur, borang soal selidik dan analisis data. Hasil dapatan kajian menunjukkan peningkatan markah apabila teknik IMBACOP diperkenalkan kepada peserta kajian. Tambahan, dapatan daripada pemerhatian berstruktur yang dijalankan semasa proses intervensi dilaksanakan menunjukkan tingkahlaku murid yang semakin bersemangat dan menunjukkan minat dalam mengembangkan isi karangan dalam penulisan mereka. Justeru itu, melalui penganalisisan data-data yang dikumpul telah memberikan gambaran teknik IMBACOP dilihat mampu meningkatkan kemahiran mengembangkan isi karangan dalam bidang penulisan bahasa Melayu. Dalam pada itu, tindakan susulan haruslah diteruskan demi penambahbaikan seperti menerapkan teknik IMBACOP dalam inovasi digital dan bahan maujud serta latihan penulisan secara berterusan. KOLOKIUM PENYELIDIKAN KOPPI 2023 PISMP AMBILAN JUN 2020 81
MARINA BINTI MOHAMAD PENYELIA: DR. CAROLINE @ LORENA DAVID MENINGKATKAN PENGUASAAN KATA MAJMUK BEBAS DALAM KALANGAN MURID TAHUN 4 MENGGUNAKAN KIT LAJADU KMB ABSTRAK Kajian tindakan ini bertujuan membantu murid Tahun 4 meningkatkan penguasaan kata majmuk bebas dengan menggunakan Kit LaJadu KMB. Kajian dilaksanakan di salah sebuah sekolah di daerah Tuaran, Sabah melibatkan enam orang peserta kajian. Hasil tinjauan awal melalui pemerhatian dan analisis dokumen mendapati tahap penguasaan kata majmuk bebas adalah rendah dan sederhana. Ujian pra dilaksanakan bagi mengenal pasti kelemahan dan permasalahan yang berlaku dalam kalangan murid secara lebih tepat. Pengumpulan data awal mendapati bahawa peserta kajian menghadapi masalah dalam memahami binaan kata majmuk bebas. Peserta kajian melakukan kesalahan dalam membina kata majmuk bebas seperti menggunakan kata nama khas, tidak menjarakkan ejaan antara dua perkataan, menggunakan tanda sempang dan tidak berjaya menyelesaikan soalan. Setelah berjaya mengenalpasti permasalahan, Kit LaJadu KMB diperkenalkan sebagai intervensi dengan menerapkan unsur didik hibur iaitu nyanyian dan penggunaan bahan rangsangan iaitu jadual. Intervensi ini dihasilkan secara maujud iaitu melalui penghasilan video lagu dan kit binaan jadual. Kaedah pemerhatian, soal selidik, ujian pra dan pos serta analisis dokumen digunakan untuk pengumpulan data yang terperinci dan tepat. Ujian pos dilaksanakan selepas pengenalan intervensi bagi menilai peningkatan penguasaan dan kefahaman murid terhadap topik kata majmuk bebas. Data yang diperoleh daripada pelbagai instrumen seperti senarai semak, ujian pra dan pos serta borang soal selidik dianalisis dengan teliti dan teratur menggunakan kaedah penganalisisan secara kuantitatif dan kualitatif. Cadangan kajian yang boleh dilaksanakan pada masa hadapan turut dibincangkan oleh pengkaji seperti pengguna bahan rangsangan secara digital dan sebagainya. Tuntasnya, Kit LaJadu KMB yang digunakan sebagai intervensi kajian dapat meningkatkan penguasaan murid terhadap topik kata majmuk bebas. MASLIZAHWATY BINTI ABD GHANI PENYELIA: DR. CAROLINE @ LORENA DAVID PENGGUNAAN TEKNIK “SKOP” DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMBINA AYAT BERDASARKAN GAMBAR TUNGGAL ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan penguasaan murid dalam membina ayat secara gramatis menggunakan teknik SKOP dalam kalangan murid tahun 4 yang mempunyai masalah dalam membina ayat. Teknik SKOP ini disediakan dalam bentuk Bahan Bantu Mengajar (BBM) supaya mudah difahami oleh murid-murid. Kajian ini melibatkan 6 orang murid tahun 4 Bestari dari sebuah sekolah di daerah Tuaran. Dapatan kajian dibuat terhadap 6 orang murid Tahun 4 sebagai peserta kajian yang lemah dalam membina ayat. Tinjauan awal mendapati kebanyakan murid Tahun 4 Bestari masih tidak mahir dalam membina ayat secara gramatis. Teknik SKOP ini didapati membantu 6 orang peserta kajian membina dan mengembangkan ayat dengan lebih baik dan gramatis. Akhir sekali, melalui teknik ini juga guru dapat melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih menyeronokkan dan memberi kesan positif kepada murid. pengkaji akan mengaplikasikan teknik ini kepada muridmurid yang menghadapi masalah yang sama dalam membina dan mengembangkan ayat secara gramatis. KOLOKIUM PENYELIDIKAN KOPPI 2023 PISMP AMBILAN JUN 2020 82
MERSQUELINESSA MAJUTIN PENYELIA: DR. CAROLINE @ LORENA DAVID MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA AYAT MAJMUK GABUNGAN MENGGUNAKAN TEKNIK SAGUKHUSA DALAM KALANGAN MURID TAHUN 4 ABSTRAK Kajian ini dijalankan bagi meningkatkan kemahiran membina ayat majmuk gabungan dalam kalangan murid tahun 4 menggunakan Teknik SaGuKHuSa yang mempunyai masalah mengugurkan unsur ayat yang sama dengan tepat. Teknik SaGuKHuSa mengintegrasikan beberapa asas utuh penghasilannya seperti kaedah akronim, warna, BBM maujud dan sokongan BBM TMK. Kajian ini dilaksanakan di sebuah sekolah di daerah Tuaran dan memfokuskan kepada 6 peserta kajian yang telah dikenalpasti menghadapi masalah dalam membina ayat majmuk gabungan dengan betul. Kajian ini adalah merujuk dan diaplikasikan menggunakan Model Kurt Lewin (1949). Data-data kajian telah dikumpul melalui pemerhatian, analisis dokumen, dan soal selidik. Hasil kajian daripada pemerhatian, semua peserta kajian menunjukkan minat, dan tumpuan yang baik semasa sesi pembelajaran selepas intervensi dan daripada analisis dokumen menunjukkan semua peserta kajian menunjukkan peningkatan yang positif. Data soal selidik menunjukkan penerimaa positif kepada “Teknik SaGuKHuSa” dalam membantu meningkatkan kefahaman, minat serta keyakinan peserta kajian dalam membina ayat majmuk gabungan. Berdasarkan hasil analisis dapatan kajian ini, penggunaan Teknik SaGuKHuSa telah meningkatkan penguasaan murid dalam membina ayat majmuk gabungan dengan betul. MOHD FAIZAL HIP PENYELIA: DR. CAROLINE @ LORENA DAVID KIT SUKA-OBAT : MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENYUSUN STRUKTUR AYAT DALAM KALANGAN MURID TAHUN 5 ABSTRAK Penyelidikan tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran menyusun struktur ayat bagi murid tahun 5 di salah sebuah sekolah daerah Telipok dengan mengaplikasikan kit SUKA-OBAT. Kajian ini juga bertujuan untuk melihat keberkesanan pengaplikasian kit SUKA-OBAT ini terhadap murid tahun 5. Didapati bahawa murid tahun 5 menghadapi masalah dalam penyusunan yang betul dalam binaan ayat menjadikan struktur ayat tersebut tidak kukuh. Oleh yang demikian, kit SUKA-OBAT telah dihasilkan bagi membantu murid yang menghadapi masalah tersebut. Kit ini dapat membantu murid untuk mengingat penyusunan subjek, kata kerja, objek dan predikat dalam binaan ayat. Kajian ini juga menggunakan beberapa kaedah seperti ujian pra dan pos, senarai semak dan soal selidik untuk mengumpul dan menganalisis data. Hasil daripada analisis data yang dibuat, kit SUKA-OBAT ini dapat membantu murid untuk menyusun struktur ayat dengan kukuh. Konklusinya, kit yang dihasilkan ini dapat mengatasi masalah murid sekaligus memudahkan objektif pengajaran dan pembelajaran untuk dicapai. KOLOKIUM PENYELIDIKAN KOPPI 2023 PISMP AMBILAN JUN 2020 83
MOHD FAZWAN PANG NAMA PENYELIA 1: DR. CAROLINE @ LORENA DAVID NAMA PENYELIA 2: PN. FITRI SHAHWALIAH BINTI SU’UT MENINGKATKAN PENGUASAAN KATA SENDI NAMA DARI DAN DARIPADA TERHADAP MURID TAHUN EMPAT MENGGUNAKAN PIRAMID DR. DP. ABSTRAK Antara masalah yang dihadapi ialah murid tidak dapat membezakan penggunaan fungsi kata sendi nama ‘dari’ dan ‘daripada’. Hal ini telah menyebabkan kesukaran seterusnya memberi satu impak yang negatif kepada murid yang kurang menguasai topik ini kerana kata sendi nama ‘dari’ dan ‘daripada’ sering digunakan dalam ayat bahasa Melayu. Secara tidak langsung, prestasi murid dalam mata pelajaran bahasa Melayu akan terjejas. Oleh itu, kajian ini adalah mengenai penggunaan Piramid Dr. Dp. yang dapat membantu murid memahami dan menggunakan kata sendi nama dari dan daripada dengan betul dan tepat. Seramai 6 orang peserta kajian yang terdiri daripada dua lelaki dan 4 perempuan yang mempunyai tahap pencapaian akademik yang berbeza di salah sebuah sekolah di daerah Tamparuli, Sabah. Objektif utama pelaksanaan kajian ini adalah untuk membantu meningkatkan kemahiran murid menggunakan kata sendi nama dari dan daripada menggunakan Piramid Dr. Dp. Model kajian yang digunakan adalah model penyelidikan Kemmis dan Mc Taggart (1988) melibatkan empat peringkat iaitu merancang, bertindak, memerhati dan mereflek dengan menggunakan dua gelung. Data dikumpul menggunakan senarai semak, ujian, soal selidik dan temu bual yang dianalisis secara kuantitatif bagi membuktikan keberkesanan intervensi dalam menangani isu kajian. Hasil dapatan kajian telah membuktikan bahawa Piramid Dr. Dp. dapat meningkatkan kemahiran murid dalam menggunakan kata sendi nama dari dan daripada dengan betul. Oleh hal yang demikian, kajian ini dapat membantu murid dan guru dalam meningkatkan kemahiran menggunakan kata sendi nama dari dan daripada dengan betul pada masa akan datang. MUHAMMAD IZZAT IKHWAN BIN SUHAIMI NAMA PENYELIA 1: DR. CAROLINE @ LORENA DAVID NAMA PENYELIA 2: PN. FITRI SHAHWALIAH BINTI SU’UT MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA KATA GANDA SEPARA MENGGUNAKAN KIT KAGARA BAGI MURID TAHUN 4 ABSTRAK Kajian ini merupakan kajian tindakan mengenai penggunaan Kit KaGaRa dalam membantu murid tahun 4 membina kata ganda separa dengan betul dan tepat. Peserta kajian tindakan terdiri daripada 5 orang murid tahun 4 iaitu 2 lelaki 3 perempuan. Setiap peserta kajian mempunyai tahap pencapaian akademik yang berbeza di salah sebuah sekolah rendah daerah Tuaran, Sabah. Kajian ini dilaksanakan dengan tujuan meningkatkan kemahiran murid dalam membina kata ganda separa dengan bantuan Kit KaGaRa. Kajian ini dilaksanakan berdasarkan model kajian Kurt Lewin (1948) yang merangkumi 4 peringkat iaitu merancang, bertindak, memerhati dan mereflek. Kaedah pengumpulan data yang digunakan dalam kajian tindakan ini adalah ujian penilaian (Ujian Pra dan Ujian Pasca), analisis dokumen, pemerhatian dan temu bual. Oleh hal demikian, data yang telah dikumpulkan melalui kaedah ini dianalisis bagi membuktikan keberkesanan Kit KaGaRa dalam menyelesaikan masalah membina kata ganda separa peserta kajian. Hasil dapatan kajian telah membuktikan Kit KaGaRa yang digunakan dapat meningkatkan kemahiran membina kata ganda separa dengan betul. Oleh itu, pengkaji berharap kajian tindakan ini dapat membantu murid mempelajari dan menguasai kemahiran membina kata ganda separa dengan betul dan tepat pada masa akan datang. KOLOKIUM PENYELIDIKAN KOPPI 2023 PISMP AMBILAN JUN 2020 84
NOR SUZIEANA BINTI RABANI NAMA PENYELIA 1: DR. CAROLINE @ LORENA DAVID NAMA PENYELIA 2: PN. FITRI SHAHWALIAH BINTI SU’UT TEKNIK SAOK: SATU KAEDAH MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID TAHUN 4 UNTUK MEMBINA AYAT TUNGGAL BERDASARKAN GAMBAR ABSTRAK Kajian tindakan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kemahiran murid dalam membina dan mengembangkan ayat berdasarkan gambar menggunakan teknik SAOK terhadap murid Tahun 4. SAOK merupakan akronim daripada perkataan (S) Siapa, (A) Aktiviti, (O) Objek, (K) Keterangan. Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah yang terletak di daerah Tuaran, Sabah. Melalui tinjauan awal, pengkaji mendapati daripada jumlah 9 orang murid Tahun 4, terdapat 4 orang murid yang lemah untuk meluaskan ayat yang mereka fikirkan melalui idea utama yang mereka dapati. Justeru itu, fokus kajian ini menekankan penggunaan teknik jadual SAOK dalam membina ayat yang gramatis berdasarkan gambar. Kajian ini telah menggunakan tiga instrumen bagi mengumpul data kajian iaitu ujian (ujian pra dan ujian pos), temu bual dan pemerhatian. Intervensi telah dijalankan bagi meningkatkan penguasaan kemahiran membina ayat yang lengkap. Berdasarkan dapatan kajian, didapati bahawa peserta kajian menunjukkan peningkatan yang ketara daripada lemah kepada baik dalam ujian pos. Perkara ini membuktikan bahawa teknik SAOK berjaya membantu peserta kajian dalam meningkatkan kemahiran membina ayat tunggal berdasarkan gambar. NURAFIFAH BINTI ARDI PENYELIA 1: EN. DOHIMBANG BIN BINGKIHOI PENYELIA 2: EN. SAID BIN JULPIN KEBERKESANAN RUMUS SEDISETAK DALAM MENINGKATKAN PENGGUNAAN PENANDA WACANA MURID TAHUN ENAM ABSTRAK Kajian tindakan yang dijalankan bertujuan untuk menyelesaikan isu yang dihadapi oleh murid Tahun Enam dalam penggunaan penanda wacana dalam penulisan karangan fakta dengan mengaplikasikan rumus SeDiSetAk. Kajian dilakukan di sebuah sekolah rendah kebangsaan Tuaran, Sabah yang melibatkan seramai lima orang murid aliran perdana sebagai peserta kajian. Hasil tinjauan awal mendapati bahawa kesemua peserta menghadapi masalah dalam mengaplikasikan penanda wacana. Berdasarkan dapatan awal menunjukkan peserta tidak menggunakan penanda wacana sebagai penyambung bagi setiap perenggan ketika menulis karangan. Kaedah pengumpulan data seperti pemerhatian, soal selidik dan ujian dijalankan untuk memastikan kajian yang dilakukan boleh dipercayai dan mempunyai kesahan yang baik. Intervensi kajian yang dikenali sebagai rumus SeDiSetAk yang mengaplikasikan teknik jadual serta hafalan dan ujian pra, pos pemerhatian serta soal selidik dilaksanakan untuk mengenalpasti permasalahan yang wujud. Analisis data juga dijalankan sepanjang kajian dilakukan dan diukur melalui ujian yang diberikan kepada peserta. Dapatan kajian dilakukan dengan teliti berpandukan kaedah mengumpul data yang dipilih. Dapat disimpulkan bahawa rumus SeDiSetAk yang mengaplikasikan kaedah hafalan dan jadual yang boleh dilakukan secara abstrak atau konkrit dapat meningkatkan penggunaan penanda wacana dalam penulisan karangan. KOLOKIUM PENYELIDIKAN KOPPI 2023 PISMP AMBILAN JUN 2020 85
NUR ISYATUN RODIYAH BINTI AB JALIL PENYELIA 1: EN. DOHIMBANG BIN BINGKIHOI PENYELIA 2: PN. FITRI SHAHWALIAH BINTI SU’UT PENGGUNAAN TEKNIK SAMBD DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGEMBANGKAN AYAT BERPANDUKAN BAHAN RANGSANGAN ABSTRAK Penyelidikan tindakan ini bertujuan untuk mengaplikasikan teknik SAMBD dalam meningkatkan kemahiran membina ayat berpandukan bahan rangsangan bagi murid Tahun Empat di salah sebuah sekolah daerah Tamparuli, Sabah. Tinjauan awal mendapati peserta kajian tidak mampu mengembangkan idea utama dengan lebih mendalam. Maka, ayat yang dihasilkan adalah terlalu ringkas. Teknik SAMBD merupakan akronim daripada perkataan (S) bagi ‘Siapakah”, (A) bagi ‘Apakah’, (M) bagi ‘Mengapakah’, (B) bagi ‘Bagaimakah’ dan ‘Bilakah’ dan (D) bagi ‘Di manakah’. Inovasi Kit SAMBD ini bertujuan bagi membantu murid untuk mengembangkan penulisan ayat. Bukan itu sahaja, penghasilan kit ini adalah supaya pelajar mampu melahirkan persoalan yang boleh digunakan dalam menghuraikan isi idea utama. Peratusan bilangan patah perkataan yang digunakan dalam pembinaan ayat telah menunjukkan peningkatan bagi setiap peserta kajian. Peningkatan bilangan patah perkataan ini menunjukkan bahawa Teknik SAMBD membantu menyelesaikan masalah murid dalam mengembangkan idea utama. Secara keseluruhannya, teknik yang dicipta ini bukan sahaja mampu membantu murid mengembangkan idea utama tetapi juga memudahkan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) berkaitan pembinaan ayat. KALROSLENE SINUN PENYELIA 1: DR. CAROLINE @ LORENA DAVID PENYELIA 2: DR. KOK BOON SHIONG PENGGUNAAN TEKNIK SIPOKET UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA DAN MENULIS AYAT ABSTRAK Kemahiran menulis merupakan elemen penting dalam pembelajaran seseorang individu. Penguasaan kemahiran menulis menjadi hala tuju bagi keberkesanan penyampaian mesej dan buah fikiran yang dilahirkan melalui lambang-lambang bertulis. Proses menulis memerlukan seseorang itu menterjemahkan buah fikiran melalui lambang-lambang bertulis untuk difahami oleh pembaca (Faridah Nazir, 2018). Maka, kajian tindakan ini dijalankan untuk membantu murid yang tidak menguasai kemahiran menulis iaitu tidak mampu membina ayat yang gramatis. Teknik SiPOKet diperkenalkan kepada murid untuk membantu mereka menguasai kemahiran membina dan menulis ayat dengan baik. Gabungan antara kaedah mnemonik, jadual dan warna dijadikan sebagai bahan utama untuk diperkenalkan kepada murid teknik membina ayat yang mudah. Teknik SiPOKet adalah ringkasan kepada “Siapa”, “Perbuatan”, “Objek”, dan ‘Keterangan”. Objektif Teknik SiPOKet diperkenalkan kepada murid adalah untuk memberi rangsangan dan idea kepada murid semasa membina dan menulis ayat. Peserta kajian ini melibatkan 6 orang murid tahun 3 dari sebuah sekolah rendah di daerah Tuaran. Kesemua 6 orang murid ini mempunyai kelemahan dalam kemahiran menulis dan membina ayat apabila diperhatikan melalui lembaran kerja yang diberikan. Oleh itu, data dikutip melalui instrumen seperti soal selidik, pemerhatian, analisis dokumen dan ujian. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa Teknik SiPOKet memberi impak yang memberangsangkan kerana dapat membantu murid membina ayat yang baik. KOLOKIUM PENYELIDIKAN KOPPI 2023 PISMP AMBILAN JUN 2020 86
NUR WAFARINA BINTI WASLI PENYELIA 1: EN. DOHIMBANG BIN BINGKIHOI PENYELIA 2: PN. FITRI SHAHWALIAH BINTI SU’UT MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS HURUF KECIL BERTANGKAI MURID TAHUN 1 MENGGUNAKAN KIT HUKEBER ABSTRAK Kajian yang akan dijalankan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kemahiran menulis huruf kecil bertangkai g, j, p, q dan y dengan menggunakan Kit HuKeber. “HuKeBer” merupakan akronim yang diambil daripada perkataan “Huruf Kecil Bertangkai”. Melalui kit ini, murid dibimbing untuk menulis huruf kecil bertangkai g, j, p, q dan y di garisan yang betul dengan kemas. Tinjauan awal bagi mengenalpasti masalah yang dihadapi dalam pembelajaran kemahiran menulis akan dijalankan dengan menganalisis latihan dan hasil kerja murid pada buku latihan mereka. Hasil analisis tersebut akan membawa kepada dapatan bahawa murid sememangnya telah boleh menulis huruf kecil bertangkai g, j, p, q dan y namun di garisan yang salah. Sehubungan dengan itu, data akan dikumpul melalui kaedah analisis dokumen, kaedah pemerhatian berstuktur serta ujian bertulis yang merangkumi Ujian 1 dan Ujian 2 bagi melihat perubahan kemahiran menulis murid yang diperoleh pada akhir kajian berdasarkan penggunaan Kit HuKeBer. Gelung Kajian Tindakan Kurt Lewin (1946) akan digunakan dalam pelaksanaan kajian tindakan ini bagi memudahkan intervensi dapat dijalankan dengan lebih tertib. NURMIMIEMAISARAH PENYELIA 1: EN. DOHIMBANG BIN BINGKIHOI PENYELIA 2: EN. SAID BIN JULPIN MENINGKATKAN PENGUASAAN PENGGUNAAN IMBUHAN AWALAN MENG- BAGI MURID TAHUN 4 BERDASARKAN TEKNIK NYANYIAN LAGU KABUMENG ABSTRAK Kajian tindakan ini dijalankan untuk membantu murid-murid lemah bagi meningkatkan penguasaan penggunaan imbuhan awalan meng-. Pengkaji telah menghasilkan intervensi iaitu teknik nyanyian Lagu KaBuMeng bagi mengatasi masalah tersebut. Teknik ini dicipta menggunakan lirik lagu yang diubahsuai berkaitan dengan imbuhan awalan meng- agar murid mudah ingat kata dasar yang boleh digabungkan dengan imbuhan awalan meng-. Kajian ini melibatkan lima orang murid Tahun 4 yang terdiri daripada tiga orang perempuan dan dua orang lelaki sebagai peserta kajian di sebuah sekolah di daerah Tuaran. Bahan bantu mengajar ini dibina bertunjangkan Teori Kecerdasan Pelbagai Gardner, khususnya kecerdasan auditori. Pengkaji juga menggunakan Model Kemmis dan Mc Taggart sebagai panduan semasa melaksanakan kajian ini. Data dikumpul secara kualitatif melalui tiga instrumen seperti pemerhatian berstruktur, ujian pra, ujian pos dan temubual. Berdasarkan dapatan kajian, peserta kajian mampu menunjukkan prestasi yang memberangsangkan selepas intervensi dijalankan. Hal ini membuktikan teknik nyanyian Lagu KaBuMeng dapat membantu peserta kajian dalam meningkatkan penguasaan penggunaan kata berimbuhan meng- dalam kalangan murid Tahun 4. KOLOKIUM PENYELIDIKAN KOPPI 2023 PISMP AMBILAN JUN 2020 87
NURUL ATHIRAH NABILAH BINTI MOHD RAHIM PENYELIA 1: EN. DOHIMBANG BIN BINGKIHOI PENYELIA 2: EN. SAID BIN JULPIN PENGGUNAAN TEKNIK PERSUSILA DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN PENGGUNAAN AYAT PERINTAH DALAM KALANGAN MURID TAHUN 5 ABSTRAK Kajian tindakan ini dilaksanakan bertujuan untuk melihat keberkesanan Teknik PerSuSiLa dalam meningkatkan penguasaan ayat perintah iaitu ayat permintaan, ayat suruhan, ayat silaan dan ayat larangan dalam kalangan murid tahun 5. Teknik PerSuSiLa ialah akronim kepada permintaan, suruhan, silaan dan larangan. Teknik ini diaplikasikan melalui empat warna iaitu warna kuning untuk permintaan, warna biru untuk suruhan, warna hijau untuk silaan dan warna merah untuk larangan. Peserta dalam kajian ini terdiri daripada tujuh orang murid tahun 5 di salah sebuah sekolah yang terletak di daerah Tuaran, Sabah. Tinjauan awal menunjukkan bahawa peserta kajian mempunyai masalah dalam mengenal pasti dan membezakan ayat perintah sama ada melalui ayat mahupun petikan teks dengan baik dan betul. Kajian ini dijalankan berorientasikan Model Penyelidikan Stephen Kemmis & Mc Taggart (1988). Pengumpulan data dilakukan melalui kaedah pemerhatian, temu bual, ujian pra dan ujian pasca sebagai sampel kajian. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa semua peserta kajian berjaya menguasai penggunaan ayat perintah setelah intervensi diperkenalkan. Hal ini dapat dibuktikan melalui dapatan kajian yang menunjukkan bahawa markah ujian pos setiap peserta kajian lebih tinggi berbanding markah ujian ujian pra. Tambahan lagi, perbezaan min ujian pra juga dapat dilihat apabila mencatatkan 3 berbanding min ujian pos iaitu 14. Kesimpulannya, penggunaan Teknik PerSuSiLa yang telah diperkenalkan dalam kajian tindakan ini dapat membantu murid untuk meningkatakan penguasaannya terhadap ayat perintah dengan lebih mudah dan berkesan. OLEAVIANA RITA ANAK OSMAN PENYELIA 1: EN. DOHIMBANG BIN BINGKIHOI PENYELIA 2: EN. SAID BIN JULPIN KIT HUKONOK DALAM MEMBANTU MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS MURID MENGGUNAKAN HURUF BESAR DAN TANDA BACA KOMA DAN NOKTAH ABSTRAK Kajian ini adalah bertujuan untuk membantu meningkatkan penguasaan kemahiran menulis murid tahun 4 menggunakan huruf besar dan tanda baca dalam membina ayat dalam mata pelajaran bahasa Melayu. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tindakan berdasarkan Model Penyelidikan Kemmis dan Mc Taggart (1988). Kit Hukonok diperkenalkan untuk membantu peserta kajian membina ayat menggunakan huruf besar di permulaan ayat dan pada kata nama khas, serta menggunakan tanda baca yang sesuai mengikut konteks ayat dengan betul. Peserta kajian ini melibatkan enam orang murid tahun 4 iaitu tiga orang murid lelaki dan 3 orang murid perempuan di sebuah sekolah di daerah Tuaran, Sabah. Data dikumpul dengan menggunakan kaedah pemerhatian, ujian pra dan pos, soal selidik berstruktur dan ujian pengukuhan. Intervensi dijalankan selaras dengan pencapaian murid bagi meningkatkan kemahiran menggunakan huruf besar dan tanda baca koma dan noktah. Hasil dapatan kajian menunjukkan pencapaian murid yang meningkat dan positif dalam penggunaan huruf besar, tanda baca koma dan noktah setelah pelaksanaan intervensi. Konklusinya, Kit Hukonok yang didedahkan adalah berkesan dalam membantu murid menguasai penggunaan huruf besar pada permulaan ayat dan kata nama khas serta penggunaan tanda baca koma dan noktah. KOLOKIUM PENYELIDIKAN KOPPI 2023 PISMP AMBILAN JUN 2020 88
RAJA INTAN NAJIHAH BINTI RAJA SHAHRIMAN PENYELIA 1: EN. DOHIMBANG BIN BINGKIHOI PENYELIA 2: EN. SAID BIN JULPIN MENINGKATKAN PENGUASAAN TANDA BACA BAGI MURID TAHUN TIGA MELALUI TEKNIK ‘LAMPU ISYARAT ISTIMEWA’ ABSTRAK Penyelidikan tindakan ini dijalankan adalah bertujuan untuk membantu murid Tahun 3 di sekolah bagi memperbaiki kelemahan murid dalam menguasai kemahiran penggunaan tanda baca yang melibatkan tanda noktah dan koma semasa membaca melalui Teknik ‘Lampu Isyarat Istimewa’. Kajian ini bertujuan untuk membantu murid menggunakan teknik ‘Lampu Isyarat Istimewa’ dalam bacaan dengan tepat dan betul. Peserta kajian ini melibatkan seramai 6 orang murid Tahun 3 di sebuah sekolah daerah Tamparuli, Sabah. Kajian tindakan ini dijalankan berdasarkan model Kemmis dan Mc Taggart (1988). Data dikumpul dengan menggunakan tinjauan awal telah dibuat melalui pemerhatian, soal selidik, ujian diagnostik dan ujian pencapaian. Hasil daripada analisis data kajian mendapati semua peserta kajian telah menunjukkan peningkatan yang positif dalam membaca petikan dengan menggunakan tanda baca yang betul dan tepat. Peserta-peserta tersebut menunjukkan pembelajaran aktif untuk menguasai kemahiran menggunakan tanda baca koma dan noktah dalam bacaan. Kesimpulannya, teknik ‘Lampu Isyarat Istimewa’ terbukti sangat efektif dalam menangani masalah membaca dalam kalangan murid Tahun 3. SITI AISYAH BINTI MAZLAN PENYELIA: EN. DOHIMBANG BIN BINGKIHOI PEKOK: MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS AYAT BERPANDUKAN GAMBAR DENGAN GRAMATIS DALAM KALANGAN MURID TAHUN 4 ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah menulis ayat dengan struktur yang betul dan pembinaan ayat yang tidak gramatis dalam kalangan murid tahun 4 dalam penulisan bahasa Melayu. Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah yang terletak di sekitar daerah Tuaran, Sabah. Seramai 7 orang murid tahun 4 akan menjadi peserta kajian yang didapati mempunyai masalah dalam penulisan dan pembinaan ayat. Berdasarkan tinjauan awal menunjukkan bahawa peserta kajian kurang menguasai kemahiran membina ayat yang lengkap dengan struktur ayat yang betul dan mendapati bahawa pembinaan ayat adalah terlalu mudah dan ringkas menjadikan ayat tersebut tidak gramatis. Oleh itu, teknik PeKOK diperkenalkan sebagai langkah intervensi bagi membantu murid tahun 4 untuk menulis dan membina ayat menggunakan struktur yang betul dan gramatis berdasarkan Model Penyelidikan Kemmis & Mc Taggart. Teknik PeKOK adalah dihasilkan daripada pengakroniman perkataan Pelaku (Pe), Kata Kerja (K), Objek (O) dan Keterangan (K). Beberapa instrumen kajian dipilih seperti ujian penilaian, pemerhatian, analisis dokumen dan soal selidik bagi memastikan kebolehpercayaan dan kesahan yang baik dalam kajian ini. Hasil data kajian yang telah diperoleh seterusnya dianalisis secara kuantitatif dan kualitatif. Peningkatan kemahiran membina ayat diukur setelah peserta kajian menyelesaikan ujian pasca yang dilaksanakan selepas Teknik PeKOK diperkenalkan. Dapatan kajian ini dapat membuktikan bahawa penggunaan teknik PeKOK dapat meningkatkan tahap penguasaan murid dalam kemahiran membina ayat menggunakan struktur yang betul dan gramatis dalam penulisan Bahasa Melayu. KOLOKIUM PENYELIDIKAN KOPPI 2023 PISMP AMBILAN JUN 2020 89
SITI HAJAR BINTI SUKIMAN PENYELIA: EN. DOHIMBANG BIN BINGKIHOI JADUAL SUP MENGUKUHKAN BINAAN AYAT TUNGGAL DENGAN PELUASAN SUBJEK DAN PREDIKAT MURID TAHUN LIMA ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran membina ayat tunggal dengan peluasan subjek dan predikat dalam kalangan murid Tahun 5 dengan menggunakan kaedah jadual Subjek Predikat (SuP). Kajian ini dilaksanakan di sebuah sekolah kebangsaan di daerah Tuaran, Sabah. Peserta kajian terdiri daripada enam orang murid Tahun 5 yang telah dikenal pasti mempunyai masalah dalam membina ayat tunggal dengan peluasan subjek dan predikat. Justeru, jadual SuP telah diperkenalkan bagi menangani isu tersebut agar kemahiran membina ayat murid lebih kukuh dan konstruktif. Pengkaji menggunakan kaedah jadual SuP sebagai langkah intervensi berdasarkan Model Penyelidikan Tindakan Kemmis dan McTaggart (1988). Data-data dalam kajian dikumpul menggunkan borang soal selidik, analisis dokumen dan ujian. Data yang diperoleh kemudiannya dianalisis secara kuantitatif dan kualitatif. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan pada nilai min ujian pos (7.83) berbanding nilai min ujian pra (5). Hal ini menunjukkan peserta kajian dapat membina ayat tunggal dengan peluasan subjek dan predikat dengan menggunakan jadual SuP dan ayat yang dibina adalah betul dan gramatis. Secara ringkasnya, jadual SuP dapat membantu murid Tahun 5 meningkatkan tahap penguasaannya dalam pembinaan ayat tunggal dengan peluasan subjek dan predikat bagi penulisan Bahasa Melayu. SITI NOR ZALINA BINTI MARASUN PENYELIA: EN. DOHIMBANG BIN BINGKIHOI MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS HURUF BESAR DI AWAL AYAT DAN SELEPAS NOKTAH DENGAN KAEDAH IMEJ VISUAL ABSTRAK Kajian tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran murid dalam penulisan huruf besar di awal ayat dan selepas noktah dengan menggunakan kaedah imej visual. Kaedah imej visual yang dijalankan adalah berdasarkan teori yang telah diperkenalkan oleh Howard Gardner dalam teorinya iaitu Teori Kecerdasan Pelbagai (1983). Dengan menggunakan kaedah ini, pengkaji telah menjalankan beberapa intervensi untuk mengetahui kesan penggunaan kaedah imej visual terhadap kemahiran penulisan huruf besar di awal ayat dan selepas noktah. Data dikumpul melalui pemerhatian, temu bual, ujian dan soal selidik analis data dan kemudian dianalisis menggunakan kaedah kuantitatif. Dapatan soal selidik menunjukkan bahawa murid berasa seronok dan dapat mengingati apa yang diajar oleh guru dengan mudah melalui kaedah yang diperkenalkan. Data pencapaian ujian akhir juga menunjukkan peningkatan kemahiran murid dalam penulisan huruf besar di awal ayat dan selepas noktah. Rumusan kajian secara keseluruhannya, membuktikan bahawa kaedah imej visual dapat membantu murid yang kurang mahir dalam penggunaan huruf besar. KOLOKIUM PENYELIDIKAN KOPPI 2023 PISMP AMBILAN JUN 2020 90
SITI NOR ATHIRAH BINTI MOHD NIZAN PENYELIA: EN. DOHIMBANG BIN BONGKIHOI MENINGKATKAN PENGUASAAN ASPEK TATABAHASA KATA PENGUAT TAHUN 3 MENGGUNAKAN TEKNIK DEBEBAS ABSTRAK Kajian tindakan ini bertujuan untuk membantu murid Tahun 3 meningkatkan penguasaan aspek tatabahasa, iaitu kata penguat menggunakan teknik DEBEBAS. Kajian ini juga dijalankan untuk memastikan murid dapat mengenal pasti kedudukan kata penguat bersama kata adjektif yang betul dalam ayat dan menguasai setiap jenis kata penguat dengan betul. Subjek yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 6 orang murid Tahun 3 di salah sebuah sekolah kebangsaan daerah Tuaran, Sabah. Saya telah menjalankan intervensi selama seminggu di sekolah tersebut. Masalah utama yang dihadapi oleh murid ialah kekeliruan tentang kedudukan kata penguat bersama kata adjektif dalam ayat. Selain itu, murid tidak dapat mengenal pasti jenis kata penguat dengan tepat. Seterusnya, guru sukar untuk menjelaskan rumus kata penguat yang mudah difahami kepada murid. Akhir sekali, murid tidak dapat merujuk rumus yang mudah bagi menjelaskan jenis dan penggunaan kata penguat yang betul dalam ayat. Data dikumpul melalui analisis ujian bertulis, iaitu ujian Pra dan Pos, temubual dan pemerhatian. Dalam kajian ini, saya telah mengadaptasi model penyelidikan tindakan yang dipelopori oleh Kemmis dan Mc Taggart (1988) dan dianalisis secara kuantitatif. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa teknik DEBEBAS meningkatkan pencapaian murid dalam penguasaan aspek tatabahasa, iaitu kata penguat. Kesimpulannya, peningkatan dan pencapaian yang baik dalam ujian membuktikan bahawa teknik DEBEBAS dapat memudahkan murid untuk mengenal pasti setiap jenis dan kedudukan kata penguat dalam ayat. Teknik DEBEBAS bukan sahaja membantu murid dalam membina ayat, tetapi secara langsung dapat membantu murid dalam kemahiran berbahasa dalam kehidupan seharian. SOPHIA BINTI SABRI PENYELIA: EN. DOHIMBANG BIN BONGKIHOI TEKNIK KKB KATA PEMERI MENINGKATKAN PENGUASAAN KATA PEMERI DALAM KALANGAN MURID TAHUN 4 ABSTRAK Kajian tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan penggunaan kata pemeri bahasa Melayu dalam kalangan murid tahun 4 menggunakan teknik KKB di sebuah sekolah di daerah Tuaran. Kajian ini telah dilaksanakan terhadap 5 orang murid yang dipilih berdasarkan keputusan ujian pra. Tinjauan awal mendapati bahawa peserta kajian menghadapi masalah dalam menggunakan kata pemeri ialah dan adalah. Peserta kajian keliru dengan penggunaan dan kedudukan kata pemeri di dalam ayat dan menyebabkan mereka tidak dapat menguasai penggunaan kata pemeri dengan baik. Oleh sebab itu, pengkaji menggunakan teknik KKB bagi mengukuhkan lagi kefahaman peserta kajian bagi tajuk kata pemeri ini. Pengkaji menjalankan kajian ini berdasarkan model penyelidikan Stephen Kemmis dan Mac Taggart (1988). Pengkaji juga telah menggunakan ujian pra dan pos, pemerhatian dan soal selidik sebagai kaedah pengumpulan data. Hasil dapatan kajian mendapati semua peserta kajian merekodkan peningkatan pencapaian dalam kata pemeri selepas menggunakan teknik KKB. Hal ini menunjukkan bahawa teknik KKB dapat membantu murid menguasai penggunaan kata pemeri ialah dan adalah dalam kemahiran menulis mahupun bertutur. KOLOKIUM PENYELIDIKAN KOPPI 2023 PISMP AMBILAN JUN 2020 91
KOLOKIUM PENYELIDIKAN KOPPI 2023 PISMP AMBILAN JUN 2020 92 PISMP BAHASA MELAYU (SJKC) 1 Abstrak Pelajar
AHMAD DANISH BIN AHMAD SOLAHUDDIN PENYELIA 1: DR. CAROLINE @ LORENA DAVID PENYELIA 2: TS. DR. EBON GANSOI PENGGUNAAN “KAYU BERWARNA” UNTUK MENJARAKKAN PERKATAAN DALAM PENULISAN KARANGAN BAGI MURID TAHUN 2 ABSTRAK Kajian tindakan ini dilaksanakan untuk meningkatkan kemahiran menjarakkan perkataan dalam penulisan karangan bagi murid tahun 2 dengan menggunakan Kayu Berwarna. Tulisan memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan khasnya kanak-kanak. Mereka perlu didedahkan dengan cara menulis yang betul agar tulisan mereka mudah difahami oleh pembaca. Kajian tindakan yang telah dilaksanakan ini bertujuan membantu murid tahun 2 menjarakkan perkataan dengan kemas ketika menulis karangan. Peserta kajian dalam kajian tindakan ini terdiri daripada 5 orang murid tahun 2 di salah sebuah sekolah yang terletak di daerah Tamparuli, Sabah. Peserta kajian mempunyai masalah tidak dapat menjarakkan perkataan dengan kemas ketika menulis karangan. Model Kurt Lewin (1948) telah digunakan dalam kajian ini. Data telah dikumpulkan melalui ujian iaitu ujian pra dan pasca, analisis dokumen dan kaedah pemerhatian. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa semua peserta kajian berjaya memperbaiki tulisan mereka dalam ujian pasca berbanding ujian pra. Hasil kajian juga mendapati bahawa penggunaan Kayu Berwarna berkesan dalam meningkatkan kemahiran menjarakkan perkataan dalam penulisan karangan bagi murid tahun 2. AHMAD DZULKIFLI BIN LARADONG PENYELIA 1: DR. CAROLINE @ LORENA DAVID PENYELIA 2: TS. DR. EBON GANSOI MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENGGUNAAN HURUF BESAR DALAM PENULISAN MENGGUNAKAN KIT SUWAHU BAGI MURID TAHUN TIGA ABSTRAK Kajian tindakan ini dijalankan dengan tujuan menyelesaikan isu penggunaan huruf besar dalam kalangan murid tahun tiga. Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran penggunaan huruf besar diawal ayat, selepas tanda baca noktah dan kata nama khas dengan menggunakan Kit SUWAHU. Sasaran kajian ini terdiri daripada lima orang murid tahun tiga di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina daerah Tamparuli yang dikenalpasti mempunyai masalah dalam penggunaan huruf besar dalam ayat. Dalam kajian ini, model kajian tindakan Kurt Lewin ( 1946 ) digunakan bagi menjalankan semua elemen yang diperlukan seperti merancang, bertindak, memerhati dan mereflek. Kaedah mengumpul data adalah melalui beberapa instrumen termasuklah ujian, pemerhatian, soal selidik dan analisis dokumen. Hasil analisis yang dijalankan mendapati bahawa murid dapat menulis huruf besar ditempat yang betul dan markah ujian pra/pos juga menunjukkan peningkatan selepas intervensi dan penggunaan Kit SUWAHU diterapkan. Maka, penggunaan bahan bantu mengajar dan elemen warna dalam pengajaran dan pembelajaran sangat memberi impak sekaligus menimbulkan keseronokan serta pengalaman kepada murid semasa menjalankan aktiviti. KOLOKIUM PENYELIDIKAN KOPPI 2023 PISMP AMBILAN JUN 2020 93
ANNIE CHAI XING HUI PENYELIA 1: DR. CAROLINE @ LORENA DAVID PENYELIA 2: TS. DR. EBON GANSOI PENGGUNAAN KIT PAPA DALAM MENINGKATKAN PENGETAHUAN PENGGUNAAN POLA AYAT DALAM KALANGAN MURID TAHAP SATU ABSTRAK Kajian tindakan ini dijalankan adalah untuk mengkaji masalah penggunaan pola ayat dalam murid Tahap 1 di sebuah sekolah rendah di daerah Tenghilan, Sabah dengan menggunakan kit PAPA. Seramai 8 orang murid iaitu 4 orang murid lelaki dan 4 orang perempuan dipilih sebagai peserta kajian. Kajian ini menggunakan Model Kurt Lewin (1948). Intervensi telah dijalankan bagi meningkatkan tahap penguasaan peserta kajian dalam membezakan pola ayat. Semasa intervensi dijalankan, data dikumpul melalui tiga instrumen iaitu ujian bertulis, pemerhatian serta soal selidik. Data yang diperoleh telah dianalisis dan dihuraikan dengan menggunakan kaedah kuantitatif. Berdasarkan dapatan data yang diperolehi oleh pengkaji, didapati keputusan yang positif dalam pencapaian peserta kajian terutamanya dalam ujian pos di mana peserta kajian lebih yakin menjawab soalan ujian pos dan mendapat markah yang cemerlang. Ini terbukti apabila peserta kajian mempunyai peningkatan yang ketara dalam membezakan empat pola ayat. Pengkaji berfokus kepada empat pola ayat yang sering dikelirukan oleh muridmurid, iaitu Frasa Nama+Frasa Nama (FN+FN), Frasa Nama+Frasa Kerja (FN+FK), Frasa Nama+Frasa Adjektif (FN+FA), dan Frasa Nama+Frasa Sendi Nama (FN+FSN). Kit PAPA dalam mengatasi masalah kekeliruan murid untuk membezakan pola ayat perlu diteruskan atau dibuat penambahbaikan untuk membantu peserta kajian membezakan pola ayat dengan lebih teliti dan jelas pada masa akan datang. CAREEN TAI VEN QIAN PENYELIA 1: DR. CAROLINE @ LORENA DAVID PENYELIA 2: TS. DR. EBON GANSOI MENINGKATKAN PEMAHAMAN MURID TAHUN 3 TERHADAP PENGGUNAAN KATA TANYA MELALUI KIT “KIPAS NANYA” ABSTRAK Pengkaji telah menjalankan praktikum selama tiga bulan di sebuah sekolah, dan melalui sesi pengajaran dan pembelajaran, pengkaji mendapati murid Tahun 3 mengalami kesulitan dalam mencari jawapan daripada petikan teks untuk menjawab soalan pemahaman. Punca utama masalah ini adalah kurang pemahaman murid dalam penggunaan kata tanya. Kajian tindakan ini adalah bertujuan untuk mengatasi masalah tersebut dengan menggunakan sebuah alat bantu yang dinamakan “Kipas Nanya” untuk meningkatkan pemahaman murid Tahun 3 dalam penggunaan kata tanya untuk menjawab soalan pemahaman. Seramai 10 orang murid terlibat sebagai peserta kajian ini. Instrumen yang digunakan termasuklah borang pemerhatian, ujian pra, ujian pos, dan borang soal selidik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa “Kipas Nanya” dapat membantu peserta lebih memahami penggunaan kata tanya dan memudahkan murid dalam menjawab soalan pemahaman. Hasil kajian dari ujian pos yang dijalankan menunjukkan 70% murid mencapai markah 100%, berbanding dengan hanya 40% murid lulus dalam ujian sebelum “Kipas Nanya” diperkenalkan. Dapatan daripada soal selidik menunjukkan peserta lebih menikmati pembelajaran dengan menggunakan “Kipas Nanya”. Secara keseluruhan, pengunaan “Kipas Nanya” telah membuktikan keberkesanannya dalam meningkatkan pemahaman murid terhadap penggunaan kata tanya. Penguasaan murid terhadap kata tanya bukan hanya membantu mereka mengenal pasti jawapan daripada petikan teks, tetapi juga dapat memberikan manfaat dalam penulisan bahasa Melayu. Secara tidak langsung, penggunaan kata tanya yang tepat dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi dalam kehidupan seharian manusia. KOLOKIUM PENYELIDIKAN KOPPI 2023 PISMP AMBILAN JUN 2020 94
EDLYEN PILUS PENYELIA 1: DR. CAROLINE @ LORENA DAVID PENYELIA 2: TS. DR. EBON GANSOI MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGENAL PASTI KATA BERIMBUHAN MEN- DALAM KALANGAN MURID TAHUN 3 MELALUI KIT TEPUK TANGAN ABSTRAK Kajian ini dijalankan bagi membantu murid Tahun 3 untuk meningkatkan kemahiran mengenal pasti kata berimbuhan meN- yang sesuai bagi kata dasar yang berpangkalkan huruf k, t,p dan s dengan menggunakan Kit Tepuk Tangan. Kit Tepuk Tangan ini disediakan dalam bentuk bahan bantu mengajar (BBM) agar mudah difahami dan dilihat oleh murid-murid. Peserta kajian melibatkan 7 orang murid tahun 3 yang terdiri daripada 5 orang murid perempuan dan 2 orang murid lelaki dari sebuah sekolah jenis kebangsaan cina di daerah Tuaran. Kajian ini adalah merujuk dan diaplikasikan menggunakan Model Kajian Kurt Lewin (1946). Reka bentuk bagi kajian ini adalah secara kuantitaif. Hasil daripada pelaksanaan penggunaan Kit Tepuk Tangan kepada 7 peserta kajian, didapati bahawa Kit Tepuk Tangan telah meningkatkan kemahiran mengenal pasti kata berimbuhan meN- yang sesuai bagi kata dasar yang berpangkalkan huruf k, t, p dan s. Selain itu, peserta kajian juga dilihat seronok semasa sesi pembelajaran dilaksanakan. Perkara ini dapat dibuktikan melalui instrumen yang telah digunakan dalam kajian iaitu ujian bertulis dan soal selidik. Berdasarkan hasil analisis dapatan kajian ini, penggunaan Kit Tepuk Tangan telah meningkatkan kemahiran mengenal pasti kata berimbuhan meN- yang sesuai bagi kata dasar yang berpangkalkan huruf k, t, p dan s yang betul. ERNY BINTI MUSTAPHA PENYELIA 1: DR. CAROLINE @ LORENA DAVID PENYELIA 2: DR. ADELINE LEONG SUK YEE MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA AYAT MURID TAHUN EMPAT DENGAN MENGGUNAKAN TEKNIK “SIAKKAP” ABSTRAK Kajian tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran membina ayat berdasarkan gambar dengan menggunakan Teknik SiAKKAP. Teknik SiAKKAP merupakan gabungan daripada Siapa/Apa + Kata Kerja + Keterangan + Ayat Pelengkap untuk membantu murid dalam membina ayat berdasarkan gambar dengan mudah dan gramatis. Peserta dalam kajian ini terdiri daripada 10 orang murid dari Tahun 4 Yi yang memperoleh pencapaian yang kurang memuaskan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Data kajian ini dikumpulkan melalui ujian diagnostik, pemerhatian, temu bual,analisis dokumen, ujian pra dan ujian pos. Pengkaji menggunakan kaedah bercampur untuk menganalisis data kajian ini iaitu dengan menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif. Dalam ujian pra, hampir semua peserta kajian iaitu seramai 10 orang menunjukkan pencapaian pada tahap kurang memuaskan. Selepas intervensi-imtervensi dilaksanakan menunjukkan peningkatan prestasi dalam mebina ayat berdasarkan gambar. Peserta kajian telah mengetahui cara membina ayat menggunakan Teknik SiAKKAP. Kesimpulannya, keputusan analisis data-data yang telah dikumpul membuktikan bahawa penggunaan Teknik SiAKKAP dapat membantu meningkatkan kemahiran membina ayat berdasarkan gambar dengan mudah dan gramatis. KOLOKIUM PENYELIDIKAN KOPPI 2023 PISMP AMBILAN JUN 2020 95
HELEN TEO KAI YU PENYELIA 1: DR. CAROLINE @ LORENA DAVID PENYELIA 2: DR. ADELINE LEONG SUK YEE MENINGKATKAN PENGUASAAN KATA NAFI DENGAN MENGGUNAKAN TEKNIK “TAK BSNN” DALAM KALANGAN MURID TAHUN 3 ABSTRAK Penyelidikan tindakan ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan penguasaan kata nafi dalam kalangan murid Tahun 3 di sebuah sekolah rendah di daerah Tuaran. Kajian ini melibatkan 10 orang murid Tahun 3 yang dipilih sebagai peserta kajian berdasarkan keputusan ujian diagnostik. Tinjauan awal menunjukkan bahawa peserta kajian keliru dengan penggunaan kata nafi “tidak” dan “bukan” mengikut jenis frasa dalam ayat menyebabkan mereka tidak dapat menguasainya dengan baik. Maka, pengkaji menggunakan Teknik Tak Bsnn secara akronim untuk mengukuhkan kefahaman peserta kajian bagi tajuk kata nafi. Model Kurt Lewin (1948) telah digunakan oleh pengkaji dalam melaksanakan kajian ini. Instrumen yang digunakan oleh pengkaji bagi pengumpulan data ialah ujian, analisis dokumen, pemerhatian dan temu bual. Data terkumpul dianalisis secara kuantitatif dan kualitatif. Berdasarkan hasil dapatan kajian, didapati semua peserta kajian berjaya memperoleh peningkatan markah yang ketara dalam ujian pos berbanding ujian pra selepas intervensi dijalankan. Pemerhatian dan temu bual yang dilaksanakan pula menunjukkan minat murid yang tinggi terhadap kata nafi selepas menggunakan Teknik Tak Bsnn dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Secara keseluruhannya, pengaplikasian Teknik Tak Bsnn menjadi wahana yang berkesan dengan meningkatkan penguasaan dan membantu murid yang lemah dalam menggunakan kata nafi yang tepat mengikut konteks. HONNIGGER KRISHEN JORUTING@JANIS PENYELIA 1: DR. CAROLINE @ LORENA DAVID PENYELIA 2: DR. ADELINE LEONG SUK YEE MENINGKATKAN PENGUASAAN SIMPULAN BAHASA DALAM KALANGAN MURID TAHAP 2 DENGAN MENGGUNAKAN KIT SUSIMA ABSTRAK Simpulan Bahasa merupakan komponen Peribahasa yang perlu dikuasai oleh murid di sekolah. Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan simpulan bahasa dalam kalangan murid tahap 2 dengan menggunakan KIT SUSIMA. Kit ini diciptakan khas untuk memudahkan murid mengingat maksud simpulan bahasa berdasarkan Kit bergambar yang disediakan. Kajian ini diikuti dengan tiga latihan soalan intervensi secara ansur maju mengikut nama kit ini iaitu SU melambangkan isi tersurat, SI melambangkan isi tersirat, dan MA melambangkan makna. Model Penyelidikan Tindakan Kurt Lewin (1948) dirujuk dan diguna pakai dalam kajian tindaan ini. Kajian ini melibatkan 12 orang murid Tahun 4 di sebuah sekolah sekitar daerah tamparuli. Data-data dikumpul melalui kaedah pemerhatian, temu bual berstruktur serta ujian pra dan ujian pos. Analisis data yang digunakan dalam kajian ini adalah secara kuantitatif. Hasil analisis data bagi kajian ini menunjukkan peningkatan dimana markah murid dalam ujian pos adalah lebih tinggi atas bantuan KIT SUSIMA. Minat murid juga didapati meningkat hasil daripada dapatan pemerhatian sebelum dan selepas intervensi. Pendek kata, KIT SUSIMA sememangnya berkesan dalam membantu murid tahap 2 mengingat maksud simpulan bahasa. KOLOKIUM PENYELIDIKAN KOPPI 2023 PISMP AMBILAN JUN 2020 96
ISYKANDAR BIN YAHYA PENYELIA 1: DR. CAROLINE @ LORENA DAVID PENYELIA 2: DR. ADELINE LEONG SUK YEE PENGGUNAAN KAEDAH “SIBUDI” MENINGKATKAN PENGUASAAN MEMBINA AYAT TUNGGAL BERDASARKAN GAMBAR DALAM KALANGAN MURID TAHUN 5 ABSTRAK Penyelidikan tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran menulis iaitu membina ayat tunggal berdasarkan gambar dengan menggunakan Kaedah “SiBuDi”. “SiBuDi” adalah akronim bagi “Si-Siapa” “BuBuat Apa” “Di-Dimana” yang diperkenalkan agar murid mudah mengenalpasti aktiviti yang terdapat dalam gambar serta membina ayat tunggal dengan mudah dan bermakna. Model Penyelidikan Tindakan Kurt Lewin (1948) telah digunakan dalam kajian tindakan ini. Kajian ini melibatkan empat orang murid lelaki dan empat orang murid perempuan tahun 5 yang lemah dalam kemahiran menulis membina ayat tunggal hasil daripada ujian diagnostik. Data-data dikumpul melalui kaedah pemerhatian (senarai semak), temubual, ujian pra, pos, dan pencapaian, serta analisis dokumen. Analisis data yang digunakan dalam kajian ini adalah secara kualitatif dan kuantitatif. Hasil analisis data berdasarkan intervensi yang dilaksankan menunjukkan peningkatan prestasi yang positif dalam kalangan peserta kajian membina ayat tunggal berdasarkan gambar menggunakan Kaedah “SiBuDi”. Secara keseluruhannya, kaedah “SiBuDi” yang diperkenalkan berkesan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran menulis iaitu membina ayat tunggal berdasarkan gambar dalam kalangan murid tahun 5. JANE LAU CHIEN YI PENYELIA 1: DR. CAROLINE @ LORENA DAVID PENYELIA 2: DR. ADELINE LEONG SUK YEE MENINGKATKAN PENGUASAAN HURUF BESAR DAN NOKTAH DENGAN KIT “BUSAR SETAH” DALAM KALANGAN MURID TAHUN 2 ABSTRAK Tujuan kajian tindakan ini dijalankan adalah untuk meningkatkan penguasaan murid dalam penulisan huruf besar pada awal ayat dan noktah dengan menggunakan kit “BuSar SETah” dalam kalangan murid Tahun 2. B ialah singkatan untuk perkataan “bulat”, S ialah singkatan untuk perkataan “besar”, SE ialah singkatan untuk perkataan “segi empat” dan T ialah singkatan untuk perkataan “tanda noktah”. Kajian ini dilaksanakan di sebuah sekolah di daerah Kota Belud, Sabah. Model Kurt Lewin (1948) telah digunakan dalam kajian ini. Peserta kajian terdiri daripada 10 orang murid Tahun 2, iaitu 6 orang perempuan dan 4 orang lelaki. Terdapat empat instrumen yang digunakan oleh pengkaji semasa menjalankan kajian ini, iaitu ujian (pra dan pos), analisis dokumen, kaedah pemerhatian dan temu bual. Data terkumpul dianalisis secara kuantitatif dan kualitatif. Dapatan kajian telah jelas menunjukkan bahawa semua peserta kajian mempunyai peningkatan yang ketara dalam ujian pos selepas intervensi dijalankan. Dengan itu, dapat disimpulkan bahawa kit “BuSar SETah” berkesan dalam meningkatkan penguasaan murid menulis huruf besar pada awal ayat dan noktah apabila ayat berakhir. KOLOKIUM PENYELIDIKAN KOPPI 2023 PISMP AMBILAN JUN 2020 97
JOAN CHUNG YI YANG PENYELIA 1: DR. CAROLINE @ LORENA DAVID PENYELIA 2: PN. LAJIWIN @ JOVINIA BT KUDUN TEKNIK LATANBA + BUATANBA UNTUK MENINGKATKAN PENGGUNAAN TANDA BACA DALAM KALANGAN MURID TAHUN 2 ABSTRAK Penggunaan tanda baca berasaskan Teknik ‘LATanba + BUATanba’ merupakan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan lagu dan butang ajaib tanda baca. Kajian tindakan ini bertujuan untuk mengatasi masalah penggunaan tanda baca bagi murid Tahun 2 di salah sebuah sekolah rendah sekitar Kota Kinabalu, Sabah. Kajian ini juga dilaksanakan untuk meningkatkan keyakinan murid dalam menggunakan tanda baca. Seramai tiga orang peserta kajian dari kelas Tahun 2 telah terlibat dalam kajian ini. Hasil tinjauan awal pengkaji mendapati peserta kajian menhadapi masalah penggunaan tanda baca. Data-data kajian dikumpul melalui ujian formatif dan borang senarai semak pemerhatian. Penilaian keberkesanan Teknik ‘LATanba + BUATanba’ dibuat berdasarkan analisis ujian formatif manakala kaedah pemerhatian melalui borang senarai semak digunakan bagi menilai tahap keyakinan peserta kajian sebelum dan selepas intervensi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan Teknik ‘LATanba + BUATanba’ dapat meningkatkan penguasaan peserta kajian terhadap penggunaan tanda baca serta meningkatkan keyakinan peserta kajian dalam menggunakan tanda baca. LAI XIAO CI PENYELIA 1: DR. CAROLINE @ LORENA DAVID PENYELIA 2: PN. LAJIWIN @ JOVINIA BT KUDUN MENIGNKATKAN PENGUASAAN MURID TAHUN 2 TERHADAP PEMBENTUKAN KATA KERJA TERBITAN BERIMBUHAN MEMENGGUNAKAN KIT RIMBUHME ABSTRAK Penggunaan kit RimbuhMe merupakan salah satu intervensi yang digunakan dalam membantu mengatasi masalah penguasaan pembelajaran murid. Kit RimbuhMe ini digunakan untuk meningkatkan motivasi belajar murid terhadap topik pembentukan kata kerja terbitan berimbuhan me- serta meningkatkan pencapaian murid dalam membentuk kata kerja terbitan berimbuhan me- daripada kata dasar. Seramai tiga orang murid tahun dua bermasalah dalam menguasai pembentukan kata kerja terbitan berimbuhan me- di salah sebuah sekolah di Kota Kinabalu., Sabah terlibat dalam kajian tersebut. Hasil pemerhatian awal yang dilaksanakan berpandukan borang senarai semak menunjukkan bahawa peserta yang terlibat dalam kajian mempunyai motivasi yang rendah semasa belajar pembentukan kata kerja terbitan berimbuhan me- manakala ujian pra juga medapati peserta yang terlibat dalam kajian belum menguasai pembentukan kata kerja terbitan berimbuhan me-. Dalam kajian ini, pengkaji mengumpulkan data melalui kaedah pemerhatian berpandukan borang senarai semak dan kaedah ujian pencapaian. Penilaian keberkesanan kit RimbuhMe dibuat melalui analisis kekerapan tindakan menunjukkan motivasi peserta semasa belajar melalui pemerhatian serta menganalisis data peningkatan pencapaian peserta melalui ujian pencapaian selepas pelaksanaan intervensi. Berdasarkan data yang dikumpul, motivasi belajar dan penguasaan peserta terhadap pembentukan kata kerja terbitan berimbuhan me- telah menunjukkan peningkatan. Tuntasnya, kit RimbuhMe berjaya membantu meningkatkan penguasaan murid tahun dua terhadap pembentukan kata kerja terbitan berimbuhan me-. KOLOKIUM PENYELIDIKAN KOPPI 2023 PISMP AMBILAN JUN 2020 98
LAW ZHI XUAN PENYELIA 1: DR. CAROLINE @ LORENA DAVID PENYELIA 2: PN. LAJIWIN @ JOVINIA BT KUDUN KEBERKESANAN KIT BBSAD DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN TATABAHASA KATA TANYA MURID TAHUN 2 ABSTRAK Penggunaan Kit BBSAD merupakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan Berapa (B), Bila (B), Siapa (S), Apa (A) dan Di Mana (D). Kajian ini adalah untuk meningkatkan penguasaan tatabahasa kata tanya murid Tahun 2 dalam mata pelajaran Bahasa Melayu melalui Kit BBSAD seterusnya meningkatkan motivasi murid Tahun 2 terhadap tatabahasa kata tanya melalui Kit BBSAD. Lima orang murid Tahun 2 dari sebuah sekolah daerah Tuaran terlibat dalam kajian ini. Hasil tinjauan awal mendapati peserta kajian menghadapi masalah dalam menguasai kata tanya. Oleh itu, pengkaji telah melaksanakan ujian diagnostik bagi mengenal pasti masalah peserta kajian dalam penguasaan kata tanya. Dalam menjalankan kajian ini, pengkaji menggunakan ujian pencapaian dan pemerhatian untuk menganalisis data yang diperolehi. Penilaian keberkesanan Kit BBSAD dalam meningkatkan penguasaan tatabahasa kata tanya dibuat berdasarkan ujian pencapaian iaitu ujian pra dan ujian pos manakala kaedah pemerhatian melalui borang senarai semak telah digunakan bagi menilai motivasi peserta kajian sebelum dan selepas intervensi. Berdasarkan data yang diperoleh, didapati penguasaan tatabahasa kata tanya peserta kajian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu semakin meningkat. Sehubungan itu, analisis pemerhatian melalui borang senarai semak juga mendapati berlakunya perubahan yang positif terhadap motivasi peserta kajian dalam tatabahasa kata tanya. Secara keseluruhannya, Kit BBSAD berjaya membantu meningkatkan penguasaan peserta kajian dalam tatabahasa kata tanya seterusnya meningkatkan lagi motivasi peserta kajian terhadap tatabahasa kata tanya. MOHD FARHAN AHLAMI BIN TAHAH PENYELIA 1: DR. CAROLINE @ LORENA DAVID PENYELIA 2: PN. LAJIWIN @ JOVINIA BT KUDUN PENGGUNAAN TEKNIK SUKAPE DAL MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA AYAT TUNGGAL DALAM KALANGAN TAHUN 4 ABSTRAK Kajian ini dijalankan kerana murid perlu meningkatkan penguasaan membina ayat tunggal dari aspek subjek dan predikat. Dalam DSKP Bahasa Melayu SJKC Tahun 4, terdapat standard untuk murid membina ayat yang bermakna. Kepentingan dalam membina ayat yang bermakna dapat menyampaikan maklumat dengan tepat kepada orang lain. Setelah memberikan ujian formatif, murid tidak dapat membina ayat tunggal dengan betul. Oleh itu, pengkaji telah membina teknik dalam menyusun subjek dan predikat dengan betul iaitu nama teknik ‘SuKaPe’. Teknik ini akan memaparkan susunan di antara subjek, predikat dan pelengkap mengikut warna yang telah ditentukan. Dengan teknik ‘SuKaPe’ ini, murid dapat membina ayat tunggal dengan betul tanpa menjadi makna yang songsang. Ujian dan latihan juga akan diberikan warna yang sama dalam teknik ‘SuKaPe’ agar murid dapat menjawab ujian dengan lebih tepat. Berdasarkan analisa dari data yang dikumpulkan, teknik ini mampu membantu murid dalam menyusun dan membina ayat tunggal yang betul dan tepat agar mampu meningkatkan penguasaan kemahiran menulis mereka. KOLOKIUM PENYELIDIKAN KOPPI 2023 PISMP AMBILAN JUN 2020 99