The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zact1977, 2021-06-27 04:23:45

Panduan PdP PIKAP Matematik Tahun 1

Panduan PdP PIKAP Matematik Tahun 1

PANDUAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PROGRAM INTERVENSI KHAS

MURID ORANG ASLI DAN PERIBUMI

MATEMATIK
TAHUN 1

Bahagian Pembangunan Kurikulum
2019

i

Terbitan 2019
© Kementerian Pendidikan Malaysia
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian
artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam sebarang bentuk dan dengan
cara apa-apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau
cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah Bahagian
Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok
E9, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya, MALAYSIA.

ii

KANDUNGAN

Muka Surat

Kandungan .......................................................................................... iii
Rukun Negara .......................................................................................... v
Falsafah Pendidikan Kebangsaan ........................................................... vi
Definisi Kurikulum Kebangsaan ............................................................... vii
Kata Alu-aluan ........................................................................................... ix
Pengenalan .............................................................................................. 1
Matlamat ................................................................................................... 2
Objektif ..................................................................................................... 2
Prinsip ....................................................................................................... 2
Prosedur/ Pelaksanaan ............................................................................ 3
Kandungan PIKAP ................................................................................... 5
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran ................................................... 6
Pentaksiran ....... ...................................................................................... 11
Peranan ................................................................................................... 13
Pelaksanaan PIKAP Matematik Tahun 1 ………………………………….. 23
Modul 1: Nombor dan Operasi ................................................................ 27
Modul 2: Sukatan dan Geometri .............................................................. 113
Penghargaan ........................................................................................... 169

iii

iv

RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:
Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh
masyarakatnya;
Memelihara satu cara hidup demokratik;

Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara
akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi

kebudayaannya yang kaya dan pelbagai corak; Membina satu
masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi

moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh
tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut
berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA
DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN

UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN

v

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan
warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara”

Sumber: Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)

vi

DEFINISI KURIKULUM KEBANGSAAN

3. Kurikulum Kebangsaan

(1) Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang
termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi
semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan
kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid
dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta
untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan
untuk menyampaikan pengetahuan.

Sumber: Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997
[PU(A)531/97.]

vii

viii

KATA ALU-ALUAN PENGARAH
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.
Program Intervensi Khas Murid Orang Asli dan Peribumi
(PIKAP) ialah satu Program Pengukuhan Pedagogi
Pendidikan Murid Orang Asli dan Peribumi yang terkandung
dalam Inisiatif #57: Pelan Transformasi Pendidikan Orang
Asli dan Peribumi.

Makmal Hala Tuju Pendidikan Murid Orang Asli yang diadakan pada 21-25
November 2016 telah memutuskan BPK mengadakan penjenamaan semula
Kurikulum Asli Penan (KAP) sebagai Program Intervensi Khas Murid Orang Asli
dan Peribumi.

Buku Penerangan PIKAP dihasilkan sebagai rujukan guru untuk menjalankan
pengajaran dan pembelajaran (PdP) seharian. Buku ini juga diharapkan dapat
memberikan gambaran pelaksanaan PIKAP di sekolah-sekolah murid orang asli.

Kandungan buku penerangan ini akan disemak secara berkala mengikut
perkembangan kurikulum. Penyediaan buku panduan ini memerlukan masa dan
pemikiran mendalam terhadap keselarasan Dokumen Standard Kurikulum
Pentaksiran (DSKP) dan pedagogi peribumi. Oleh itu, kritikan dan cadangan
daripada pelbagai pihak akan diambil maklum untuk penambahbaikan pada masa
hadapan.

Kementerian Pendidikan Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam penyediaan PIKAP
ini. Melalui medium ini, diharapkan murid Orang Asli dan Peribumi dapat bersaing
dalam pendidikan setanding murid arus perdana.

Dr. Mohamed bin Abu Bakar
Pengarah
Bahagian Pembangunan Kurikulum

ix

x

1. PENGENALAN

Kementerian Pendidikan Malaysia komited untuk mempertingkat dan
memantapkan pedagogi murid Orang Asli dan peribumi di bawah Inisiatif #57:
Transformasi Pendidikan Orang Asli dan Peribumi. Selaras dengan usaha ini,
PIKAP telah dibangunkan sebagai salah satu daripada prgram insiatif tersebut.

Pelaksanaan PIKAP mempunyai serampang dua mata dalam memantapkan
pedagogi murid orang asli dan peribumi. Pertama, menarik minat murid
mengikuti pembelajaran dengan suasana kondusif dan menyeronokkan.
Melalui PIKAP diharapkan dapat mengekalkan minat murid untuk hadir ke
sekolah. Kedua, membantu murid Orang Asli dan Peribumi (OAP) menguasai
dan meningkatkan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M).

Program ini dibangunkan untuk merapatkan jurang pendidikan antara murid
OAP dengan murid arus perdana agar mereka tidak ketinggalan dalam arus
transformasi pendidikan. Selain itu, program ini adalah untuk membantu murid-
murid OAP menguasai dan meningkatkan kemahiran asas 3M.

PIKAP dilaksanakan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris
dan Matematik di Tahap 1. Ketika merancang aktiviti pengajaran dan
pembelajaran, guru perlu menerapkan elemen perspektif peribumi agar
pembelajaran menjadi lebih menyeronokkan dan dekat dengan jiwa murid.

PIKAP digubal sejajar dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
dan Kurikulum Standard Sekolah Murid Asli dan Penan (KAP) bagi mata
pelajaran Bahasa Melayu (BM) dan Matematik. Mata pelajaran Bahasa Inggeris
pula dijajarkan dengan Common European Framework of Reference for
Languages (CEFR). Penjajaran ini dibuat untuk memastikan PIKAP
membekalkan ilmu yang sesuai dan relevan dengan tahap, keupayaan dan
persekitaran murid OAP. Pendekatan didik hibur diberi penekanan untuk
menarik minat murid OAP dalam pembelajaran mereka. Program ini
menyediakan murid yang lebih berdaya saing, membentuk insan yang
seimbang dan dapat menyumbang kepada keharmonian serta kesejahteraan
negara.

1

2. MATLAMAT
PIKAP bermatlamat untuk menggalakkan murid OAP hadir dan mengekalkan
minat mereka ke sekolah bagi menguasai kemahiran asas 3M (membaca,
menulis dan mengira. Selain itu, PIKAP diharap dapat membantu pihak sekolah
menangani masalah keciciran murid orang asli.

3. OBJEKTIF
Pada akhir program, murid boleh:
i. motivasi diri untuk hadir ke sekolah;
ii. menguasai kemahiran asas 3M (membaca, menulis dan mengira; dan
iii. memupuk nilai murni dan pembelajaran sepanjang hayat dalam kehidupan
seharian.

4. PRINSIP
Prinsip pelaksanaan PIKAP adalah:

i. berfokus kepada pembelajaran yang menyeronokkan dan menarik minat
murid berasaskan persekitaran mereka;

ii. memberi fokus kepada perolehan pengetahuan dan kemahiran asas;
iii. bersifat individu dan fleksibel mengikut tahap keupayaan murid;
iv. membimbing murid menguasai kemahiran asas 3M untuk melonjak ke

arus perdana; dan
v. bersifat kolaboratif semua pihak yang terlibat dengan pihak

berkepentingan.

2

5. PROSEDUR/ PELAKSANAAN
PIKAP hendaklah dirujuk dan digunakan oleh pihak sekolah untuk mengurus
murid Tahun 1 yang berisiko cicir dalam mata pelajaran Bahasa Melayu,
Bahasa Inggeris dan Matematik. Pihak sekolah perlu memainkan peranan
dan tanggungjawab seperti berikut:
i. Murid masih berada dalam satu kelas yang sama.
ii. PdP menggunakan jadual waktu aliran perdana.
iii. Tiada guru tambahan yang akan dibekalkan.
iv. Murid yang menguasai kemahiran asas 3M akan mengikuti pembelajaran
arus perdana.
v. Manakala murid yang TIDAK MENGUASAI kemahiran asas 3M akan
mengikuti PIKAP.
vi. Pelaporan PBD direkodkan untuk menilai tahap penguasaan murid setiap
6 bulan/2 kali setahun.
vii. Murid yang berjaya menguasai minimum Tahap Penguasaan 3 (TP3)
semasa PBD dijalankan akan mengikuti pembelajaran arus perdana.
viii. Murid yang tidak menguasai minimum TP3 selepas ditaksir perlu
meneruskan PdP PIKAP untuk tahun berikutnya.
ix. Murid yang tidak menguasai kemahiran asas 3M di beri peluang mengikuti
PIKAP sepanjang berada di Tahap 1.

3

Carta alir pelaksanaan PIKAP adalah seperti rajah di bawah:

Awal Tahun 1

Menguasai kemahiran asas 3M

PdP

Pemerhatian dan penilain oleh guru
Tidak menguasai kemahiran asas 3M

PIKAP (Februari-Jun)

Ya
PBD 1:
Jun

Pemerhatian dan penilain oleh guru
Tidak menguasai minimum TP 3

PIKAP (Jun-November)

PBD 2:
November

Pemerhatian dan penilain oleh guru
Tidak menguasai minimum TP 3

Ya PIKAP Tahun 2

Kelas Arus Perdana

Rajah 1: Carta Alir Pelaksanaan PIKAP

4

6. KANDUNGAN PIKAP

Program PIKAP melibatkan mata pelajaran KSSR Tahap 1 iaitu (Semakan
2017) Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik Tahap Satu.
Peruntukan masa bagi setiap mata pelajaran mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas
Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 8 Tahun 2016.

6.1 Matematik

Panduan PdP PIKAP Matematik dihasilkan mengikut penjajaran
kandungan dalam KSSR (Semakan 2017), LINUS dan Kurikulum
Standard Murid Orang Asli dan Peribumi (KAP). Terdapat dua
kandungan iaitu Modul Nombor & Operasi, dan Modul Sukatan &
Geometri. Setiap kandungan mengandungi beberapa topik. Setiap topik
mengandungi beberapa kemahiran yang merangkumi pra-nombor,
nombor bulat hingga 20, tambah hingga 20, tolak dalam lingkungan 20,
wang hingga RM10, masa dan waktu, panjang, jisim dan isipadu.

6.1.1 Objektif

Modul Matematik membolehkan murid:

i. menguasai asas matematik seperti menyebut, menulis dan
membilang nombor.

ii. menguasai operasi asas tambah dan tolak.
iii. mengaplikasikan pengetahuan operasi asas yang mudah

dalam wang, masa dan waktu, ukuran panjang, timbangan
dan isi padu cecair.

6.1.2 Fokus

Pembelajaran berfokus kepada aspek pemikiran murid secara
matematik berdasarkan prinsip komunikasi, perkaitan,
membuat perwakilan, penaakulan, penyelesaian masalah dan
penggunaan teknologi. Pendekatan yang digunakan adalah
secara ansur maju iaitu daripada senang kepada susah, konkrit
kepada abstrak dan daripada kontekstual kepada konstruktif.

5

6.1.3 Kandungan Panduan PdP PIKAP Matematik Tahun 1

Nombor dan 1.1 Pra-nombor
Operasi 1.2 Nombor Bulat 0 hingga 10
1.3 Nombor Bulat 11 hingga 20
Sukatan dan 1.4 Tambah hingga 20
Geometri 1.5 Tolak dalam lingkungan 20
1.6 Wang hingga RM10
2.1 Masa dan Waktu
2.2 Panjang
2.3 Jisim
2.4 Isi Padu Cecair

7.0 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Strategi PdP bagi PIKAP adalah mengikut kesesuaian persekitaran,
kemudahan infrasruktur, keupayaan dan kecenderungan murid. Guru boleh
mempelbagaikan strategi PdP supaya menarik minat murid dan
menggalakkan murid bagi mereka hadir ke sekolah. Antara strategi PdP yang
dicadangkan adalah seperti berikut:

7.1 Pengajaran Berasaskan Perspektif Peribumi

Pengajaran Berasaskan Perspektif Peribumi merujuk kepada
pengajaran yang menggunakan latar belakang, budaya dan
persekitaran murid OAP yang diintegrasikan dalam aktiviti PdP.
Pengintegrasian perspektif peribumi dapat membantu murid dalam
pembelajaran. Proses pengumpulan maklumat dan pengintegrasian
dilakukan secara berterusan agar murid dapat memahami pendidikan
yang disampaikan. Terdapat 8 elemen PdP berasaskan perspektif
peribumi iaitu:

6

7.1.1 Bina Semula/Ubahsuai

Bina semula/ubah suai merupakan mengubahsuai kurikulum atau
aktiviti PdP mengikut persekitaran dan keupayaan murid untuk
mencapai hasrat pembelajaran secara menyeluruh dan bersepadu.
Bina semula/ubahsuai dilaksanakan secara modular dan holistik.

7.1.2 Hubungan dengan Tempat Tinggal/ Alam

Aktiviti PdP yang berkaitan dengan tempat tinggal/alam merujuk
kepada hubungan kehidupan dengan tempat tinggal dan
persekitaran murid. Persekitaran ekologi dan kemudahan sedia ada
mempengaruhi aktiviti pembelajaran murid agar mereka boleh
berinteraksi dan mengaitkan aktiviti dengan persekitaran secara
langsung.

7.1.3 Hubungan Komuniti

Kehidupan komuniti dan nilai-nilai dalam masyarakat mempunyai
hubungan dengan pembelajaran murid. Nilai-nilai budaya
masyarakat setempat boleh diserapkan ke dalam pengajaran agar
murid dapat menyesuaikan kandungan dengan kehidupannya.
Aktiviti berasaskan nilai kemasyarakatan komuniti boleh membina
kekuatan tingkah laku positif murid untuk mengembangkan nilai
dalam diri murid.

7.1.4 Secara Tidak Langsung

Aktiviti secara tidak langsung dapat membantu murid menguasai
kemahiran tanpa mereka sedari. Guru boleh menyoal dan memberi
arahan secara tidak langsung. Aktiviti PdP yang boleh dijalankan
adalah seperti permainan, nyanyian, lakonan, simulasi dan lain-lain
lagi. Aktiviti ini secara tidak langsung dapat membentuk sahsiah
murid seperti melakukan sesuatu secara bersungguh-sungguh,
bermotivasi dan membentuk jati diri serta intrinsik yang tinggi.

7

7.1.5 Simbol dan Imej

Penggunaan simbol dan imej yang konkrit boleh digunakan
oleh guru untuk mengukuhkan pemahaman murid. Aktiviti
PdP yang melibatkan simbol dan imej dapat merangsang
deria, ingatan dan pergerakan murid yang cenderung kepada
kecerdasan visual spatial.

7.1.6 Praktikal/Hands-On

Aktiviti praktikal/hands-on dijalankan secara melakukan
sendiri atau mengalami sendiri sesuatu tugasan seperti
menyentuh, merasa dan mendengar untuk mengenali dan
memahami. Aktiviti ini dijalankan untuk mengekalkan
tumpuan murid dan memastikan keberkesanan PdP. Dalam
aktiviti ini, murid boleh membilang menggunakan alatan,
membuat tugasan seperti menghasilkan buku skrap,
melakukan pergerakan fizikal, berkomunikasi dan lain-lain
lagi.

7.1.7 Pemetaan Pembelajaran

Pemetaan adalah aktiviti melihat sesuatu perkara secara
keseluruhan sama ada dalam bentuk teks atau aktiviti ke
bentuk visual yang jelas. Guru menggunakan gambar rajah
atau teknik visualisasi untuk merangka proses bagi murid
ikuti. Kaedah ini memerlukan murid menggambarkan fakta-
fakta penting dalam bentuk lakaran tersendiri untuk
memudahkan mereka memahami pelajaran. Murid dilatih
membina pemetaan untuk menstruktur maklumat yang dibaca
melalui gambarajah atau secara visual. Sebagai contoh murid
menggunakan peta pemikiran i-THINK, peta minda dan lain-
lain lagi.

8

7.1.8 Kongsi Cerita

Guru menggunakan cerita, memetik isi pelajaran dari kisah
yang diceritakan sebagai asas dalam menarik dan
mengekalkan minat belajar murid serta mengaitkannya
dengan jiwa murid. Guru mempunyai unsur humor dan kasih
sayang dalam menyampaikan maklumat kepada murid.
Penggunaan cerita dan nilai murni merupakan pengalaman
langsung murid-murid melalui proses membuat, mengalami
atau melalui sendiri perkara yang hendak dipelajari.

7.2 Pembelajaran Masteri

Pembelajaran Masteri adalah satu pendekatan PdP bagi
memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang
dihasratkan dalam satu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit
pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini memerlukan peruntukan
masa yang mencukupi dan proses PdP yang berkualiti.
Pembelajaran Masteri dilaksanakan kerana murid mempunyai
kebolehan dan keperluan yang berbeza. Murid perlu menguasai 80%
aras masteri yang ditetapkan sebelum berpindah ke unit baru. Aktiviti
pemulihan dijalankan bagi murid yang belum juga lagi menguasai
dan aktiviti pengayaan dilaksanakan untuk murid yang telah
mencapai aras masteri.

7.3 Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai

Terdapat lapan jenis Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai yang
melibatkan kecenderungan potensi seseorang iaitu verbal linguistik,
logik matematik, visual ruang, kinestetik, muzik, interpersonal,
intrapersonal dan naturalis. Aplikasi teori ini dijalankan untuk
menerima persamaan dan perbezaan antara individu yang unik dan
belajar dengan cara yang berlainan dan menggalakkan potensi yang
tidak terbatas.

9

7.4 Pembelajaran Abad Ke-21
Proses pembelajaran yang berpusatkan murid berteraskan elemen
komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis dan kreativiti serta aplikasi
nilai murni dan etika.

 Komunikasi
interaksi antara guru-murid, murid-murid dan murid-bahan secara
lisan dan bukan lisan bagi menyampaikan ilmu yang mereka
faham dan berkongsi pengetahuan dengan rakan-rakan.

 Kolaboratif
kerjasama dan muafakat antara guru-murid dan murid-murid
secara aktif dan menyeluruh yang membolehkan pertukaran idea
dan pandangan antara murid.

 Pemikiran Kritis
Penerokaan pemikiran untuk menilai sesuatu idea secara logik
dan rasional untuk membuat pertimbangan yang wajar dengan
menggunakan alasan dan bukti yang munasabah.

 Kreativiti
Proses penjanaan idea yang menghasilkan inovasi bahan, aktiviti
dan projek yang baharu, unik, berguna dan berkualiti.

 Nilai Murni dan Etika
Penerapan dan pemupukan nilai murni dan etika ke arah
pembentukan jati diri nasional mengikut acuan Malaysia.

10

8.0 PENTAKSIRAN

Pentaksiran dijalankan untuk mendapatkan maklumat tentang
perkembangan, kemajuan, kebolehan dan penguasaan murid terhadap
sesuatu Objektif Pembelajaran atau Standard Pembelajaran. Pentaksiran
dijalankan secara formatif dan sumatif yang autentik dan berterusan dalam
sesi PdP.

8.1 Pentaksiran Bilik Darjah
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan pentaksiran yang
melibatkan proses membuat refleksi yang berterusan dalam
membuat pertimbangan yang konsisten ke arah menambah baik
PdP tersebut. PBD dilakukan sama ada melalui pentaksiran untuk
pembelajaran, pentaksiran semasa pembelajaran ataupun
pentaksiran tentang pembelajaran.

PBD PIKAP dijalankan untuk:
i. mengesan perkembangan murid;
ii. mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam

pembelajaran dari semasa ke semasa;
iii. mengetahui keberkesanan PdP;
iv. merancang, mengubah suai dan menambah baik PdP; dan
v. menjalankan tindakan susulan yang sesuai.

PBD dalam PIKAP dilaksanakan berdasarkan perkara berikut:
i. menggunakan pelbagai kaedah dan strategi pentaksiran.
ii. mengambil kira pelbagai aras kognitif.
iii. mengambil kira pengetahuan dan kemahiran yang telah

dipelajari.

Bagi tujuan perekodan pentaksiran, satu templat fail MS Excel
diwujudkan bagi setiap mata pelajaran.

11

8.2 Tahap Penguasaan Umum

Tahap penguasaan merupakan satu bentuk pernyataan pencapaian
yang menunjukkan perkembangan pembelajaran murid. Terdapat
enam tahap penguasaan yang menunjukkan aras penguasaan yang
disusun secara hierarki dan digunakan bagi tujuan rujukan bagi
setiap mata pelajaran. Tahap penguasaan ini mengambil kira
standard yang harus dicapai dari segi pengetahuan, kemahiran dan
nilai yang ditetapkan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR). Tahap Penguasaan ini perlu dibaca bersama dengan DSKP
mata pelajaran.

Jadual 1 menunjukkan pernyataan tahap penguasaan umum.

Jadual 1: Pernyataan Tahap Penguasaan Umum

Tahap Penguasaan Tafsiran

1 Tahu Murid tahu perkara asas atau boleh melakukan
kemahiran asas atau memberi respons
terhadap perkara yang asas

2 Tahu dan faham Murid menunjukkan kefahaman dengan
menjelaskan sesuatu perkara yang dipelajari
dalam bentuk komunikasi

3 Tahu, faham dan Murid menggunakan pengetahuan untuk

boleh buat melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu

situasi

4 Tahu, faham dan Murid menggunakan pengetahuan dan

boleh buat melaksanakan sesuatu kemahiran dengan

dengan beradab beradab iaitu mengikut prosedur atau secara

analitik dan sistematik

5 Tahu, faham dan Murid menggunakan pengetahuan dan

boleh buat melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi

dengan beradab baharu dengan mengikut prosedur atau secara

terpuji sistematik serta tekal dan bersikap positif

6 Tahu, faham dan Murid berupaya menggunakan pengetahuan

boleh buat dan kemahiran sedia ada untuk digunakan

dengan beradab pada situasi baharu secara sistematik, bersikap

mithali positif, kreatif dan inovatif dalam penghasilan

idea baharu serta boleh dicontohi

12

8.3 Tahap Penguasaan Keseluruhan
Tahap penguasaan keseluruhan ditentukan dari aspek pengetahuan,
kemahiran dan nilai dalam mata pelajaran berkenaan. Guru
mentaksir murid secara holistik dan berterusan dengan
menggunakan pertimbangan profesional semasa proses
pembelajaran. Pertimbangan profesional dilakukan berdasarkan
pengetahuan dan pengalaman guru, interaksi guru dengan murid
serta perbincangan bersama-sama rakan sejawat.

9.0 PERANAN
Peranan dan bidang tugas adalah penting dalam menjayakan PIKAP di
sekolah adalah seperti berikut:

9.1 Pegawai Pendidikan Negeri/ Daerah
Menyelaras, membantu, merancang, membimbing dan menyelia
guru dalam melaksanakan program.

9.2 Guru Besar
Mengurus dan memimpin program untuk menentukan perubahaan,
penambahbaikan dan penyesuaian dengan tahap murid. Guru Besar
juga mencerap PdP dan menentukan program dilaksanakan dengan
berkesan dan terancang.

9.3 Ketua Panitia
Menyelaras dan membimbing pelaksanaan PIKAP.

9.4 Guru
Melaksana merancang dan menentukan murid menguasai
kemahiran, pengetahuan dan nilai. Guru memotivasikan murid dan
menyemai sifat kasih sayang untuk menarik minat murid ke sekolah.

9.5 Ibu bapa
Membantu anak-anak mengulang kaji pelajaran mereka, menyokong
segala penglibatan anak-anak dalam aktiviti sekolah dan
memberikan motivasi supaya mereka bergiat aktif dalam apa jua
bidang serta aktiviti yang diadakan di sekolah.

13

14

PELAKSANAAN PIKAP MATEMATIK TAHUN 1
STANDARD KANDUNGAN, STANDARD PEMBELAJARAN DAN STRATEGI/AKTIVITI

TAJUK STANDARD STANDARD STRATEGI / AKTIVITI
KANDUNGAN PEMBELAJARAN
(i) Fokus kepada
1. Nombor 1.1 Kuantiti secara 1.1.1 Menyatakan perbendaharaan
Bulat intuitif kuantiti melalui kata:
Hingga perbandingan.  banyak/sedikit
100  sama banyak
 tidak sama banyak
(Pra-  lebih/kurang
nombor)

1. Nombor 1.2 Nilai nombor 1.2.1 Menamakan (ii) Murid mengumpul
Bulat nombor hingga daun-daun kering di
Hingga 100. sekitar sekolah, buat
100 pemerhatian terhadap
(Nombor hingga daun yang dikumpul.
(Nombor 10 dalam angka) Murid menyatakan
Bulat 0 kumpulan daun banyak
hingga 10) /sedikit.

(iii) Membuat perbandingan
dua ikatan petai sama
ada banyak, sedikit
atau sama banyak.
Tukar dengan objek
lain seperti rotan,
kelubi, biji saga dsb.

(iv) Murid membina
kumpulan banyak dan
sedikit dengan bahan
yang disediakan oleh
guru.

(i) Murid menyebut
nombor 1 hingga 10.

(ii) Murid mengenal pasti
nombor yang
ditunjukkan.

(iii) Ulang aktiviti
menggunakan nombor
yang diperhatikan di
persekitaran sekolah,
buku, majalah, surat
khabar atau plat
kenderaan guru.

15

TAJUK STANDARD STANDARD STRATEGI / AKTIVITI
KANDUNGAN PEMBELAJARAN

1.2.2 Menentukan nilai (i) Murid mengumpul
nombor hingga 100. pensel yang dimiliki
dalam kumpulan dan
(Nombor hingga membilangnya.
10 dalam angka)
(ii) Gantikan dengan objek
lain seperti buku, batu,
daun, kad nombor dsb.

(iii) Murid menyatakan
bilangan objek dengan
betul.

(iv) Murid membina
kumpulan objek dan
menyusun daripada
sedikit ke banyak untuk
memperkenalkan tertib
menaik.

(v) Ulangi langkah yang
sama untuk kad gambar
dan kad angka.

(vi) Gunakan kaedah yang
sama untuk
memperkenalkan tertib
menurun.

(vii)Gunakan garis nombor
yang lengkap dan minta
murid membilang satu-
satu.

(viii) Gunakan garis nombor
yang tidak lengkap untuk
murid membuat
perbandingan dan
melengkapkannya.

1.3 Menulis nombor 1.3.1 Menulis nombor (i) Murid menulis nombor
dalam angka dan dengan teknik yang
perkataan. betul menggunakan
jari di:
(Nombor hingga  udara
10 dalam angka)  atas meja
 atas pasir
 belakang rakan

(ii) Ulangi dengan menulis
menggunakan marker,
pensel dan pensel warna.

16

TAJUK STANDARD STANDARD STRATEGI / AKTIVITI
KANDUNGAN PEMBELAJARAN
(iii) Gunakan garis nombor
(Nombor 1.2 Nilai nombor 1.2.1 Menamakan yang tidak lengkap,
11 hingga nombor hingga murid bilang dan tulis
20) 100. nombor yang tertinggal.
(Nombor hingga
20 dalam angka) (iv) Ulangi aktiviti untuk
tertib menaik dan
menurun.

(i) Murid membilang
penyedut minuman yang
dibekalkan oleh guru.

(ii) Gantikan dengan
mengira tepukan
tangan, lambungan bola,
lompatan rakan dsb.

(iii) Murid menyatakan
bilangan objek dengan
betul.

1.2.2 Menentukan nilai (i) Murid menyebut nombor
nombor hingga 11 hingga 20.
100
(ii) Murid mengenal pasti
(Nombor hingga nombor yang ditunjukkan.
20 dalam angka)
(iii) Ulang aktiviti mengguna-
kan nombor yang
diperhatikan di
persekitaran sekolah,
buku, majalah, surat
khabar atau plat
kenderaan guru.

(iv) Setiap murid memegang
sekeping kad nombor
dan menggantungkan
kad mengikut urutan
menaik.

(v) Menyusun kumpulan
objek, kad gambar dan
kad angka mengikut tertib
menaik dan tertib
menurun.

(vi) Ulangi langkah yang
sama mengikut urutan
menurun.

17

TAJUK STANDARD STANDARD STRATEGI / AKTIVITI
KANDUNGAN PEMBELAJARAN
(vii) Gunakan garis nombor
1.3 Menulis Nombor yang lengkap dan minta
murid membilang satu-
satu.

(viii) Gunakan garis nombor
yang tidak lengkap
untuk murid membuat
perbandingan dan
melengkapkannya.

1.3.1 Menulis nombor (i) Murid menulis nombor

dalam angka dan dengan teknik yang

perkataan. betul menggunakan

jari di:

(Nombor hingga 20  udara

dalam angka)  atas meja

 atas pasir

 belakang rakan

(ii) Ulangi dengan menulis
menggunakan marker,
pensel dan pensel warna.

2. Operasi 2.1 Konsep tambah 2.1.1 Mengguna dan (i) Fokus pada
mempelbagaikan perbendaharaan kata:
asas dan tolak perbendaharaan  campur, dan, semua,
kata yang relevan jumlah, hasil tambah
(Operasi dalam konteks
tambah) tambah dan tolak. (ii) Gunakan petak nombor
yang dilukis atas tanah.
(operasi tambah) Minta murid lompat ke
hadapan.

(iii) Bina situasi yang
menerangkan maksud
perbendaharaan kata
yang digunakan.

2.1.2 Memperkenalkan (i) Perkenalkan simbol ‘+’

simbol bagi tambah, (ii) Cipta permainan yang
tolak dan sama memerlukan murid
dengan. memilih simbol yang betul

(tambah dan sama daripada beberapa kad
dengan) dengan simbol ‘+’ dan ‘=’.

18

TAJUK STANDARD STANDARD STRATEGI / AKTIVITI
KANDUNGAN PEMBELAJARAN

2.1.3 Mengguna simbol (i) Bimbing murid menulis

tambah, tolak dan ayat matematik dengan

sama dengan bagi betul melalui aktiviti yang

menulis ayat telah dijalankan

matematik

berdasarkan situasi

yang diberi.

(tambah dan sama
dengan)

2.2 Tambah dalam 2.2.1 Menambah dalam (i) Bimbing murid mengenal
lingkungan 100. lingkungan fakta pasti pasangan nombor
asas. menggunakan kad fakta
asas.

Contoh fakta asas
tambah:
 1+4=5
 2+3=5
 0+5=5
dan sebaliknya.

(ii) Laksanakan aktiviti
permainan atau kuiz
menggunakan kad fakta
asas seperti bola
beracun, permainan
muzikal, dam ular dan
sebagainya.

2.2.2 Menambah dua (i) Gunakan pelbagai
nombor, hasil kaedah untuk
tambah dalam menyatakan hasil tambah
lingkungan 20. yang diberi.

Contoh:
 Menggunakan kad

petak 20
 batu/guli/biji getah
 lukisan/gambar
 garis nombor

19

TAJUK STANDARD STANDARD STRATEGI / AKTIVITI
KANDUNGAN PEMBELAJARAN
(i) Bimbing murid membina
2.4 Penyelesaian 2.4.1 Mereka cerita cerita daripada gambar
masalah masalah tambah diberi.
dan tolak dalam
lingkungan 100. (ii) Bimbing murid melukis
gambar berdasarkan ayat
2.4.2 Menyelesaikan matematik yang diberi.
masalah tambah
dan tolak yang (iii) Bimbing murid menulis
melibatkan situasi ayat matematik daripada
harian. cerita yang diberi.

(Menyelesaikan
masalah tambah)

2. Operasi 2.1 Konsep tambah 2.1.1 Mengguna dan (i) Fokus pada
mempelbagaikan perbendaharaan kata:
Asas dan tolak perbendaharaan  Kurang, buang, beza,
kata yang relevan baki, tinggal, dll.
(Operasi dalam konteks
tolak) tambah dan tolak. (ii) Gunakan petak nombor
yang dilukis atas tanah.
(Operasi tolak) Minta murid lompat ke
belakang.

(iii) Bina situasi yang
menerangkan maksud
perbendaharaan kata
yang digunakan.

2.1.2 Memperkenalkan (i) Perkenalkan simbol ‘–’

simbol bagi tambah, (ii) Cipta permainan yang
tolak dan sama memerlukan murid
dengan. memilih simbol yang betul

(tolak dan sama daripada beberapa kad
dengan)
dengan simbol ‘+’, ‘–’ dan
‘=’.

2.1.3 Mengguna simbol (i) Bimbing murid menulis

tambah, tolak dan ayat matematik dengan

sama dengan bagi betul melalui aktiviti yang

menulis ayat telah dijalankan.

matematik

berdasarkan situasi

yang diberi.

(tolak dan sama
dengan)

20

TAJUK STANDARD STANDARD STRATEGI / AKTIVITI
KANDUNGAN PEMBELAJARAN
(i) Bimbing murid mengenal
2.3 Tolak dalam 2.3.1 Menolak dalam pasti pasangan nombor
lingkungan 100 lingkungan fakta menggunakan kad fakta
asas. asas.

Contoh fakta asas tolak:
 5–4=1
 5–3=2
 5–5=0
dan sebagainya.

(ii) Laksanakan aktiviti
permainan atau kuiz
menggunakan kad fakta
asas seperti bola
beracun, permainan
muzikal, dam ular dan
sebagainya.

2.3.2 Menolak dua (i) Gunakan pelbagai
nombor dalam kaedah untuk
lingkungan 100. menyatakan baki yang
diberi.
(Menolak dalam Contoh:
lingkungan 20)  Menggunakan kad
petak 20
 batu/guli/biji getah
 lukisan/gambar
 garis nombor

2.4 Penyelesaian 2.4.1 Mereka cerita (i) Bimbing murid membina
masalah masalah tambah cerita daripada gambar
dan tolak dalam diberi.
lingkungan 100.
(ii) Bimbing murid melukis
2.4.2 Menyelesaikan gambar berdasarkan ayat
masalah tambah matematik yang diberi.
dan tolak yang
melibatkan situasi (iii) Bimbing murid menulis
harian. ayat matematik daripada
cerita yang diberi.
(Operasi tolak)

21

TAJUK STANDARD STANDARD STRATEGI / AKTIVITI
4. Wang KANDUNGAN PEMBELAJARAN
(i) Duit syiling : 5 sen,
4.1 Wang kertas dan 4.1.1 Mengenal pasti 10 sen, 20 sen dan
duit syiling mata wang 50 sen
Malaysia dalam Wang kertas: RM1,
bentuk syiling dan RM5, RM10
wang kertas.

4.1.2 Mewakilkan nilai (i) Menggabungkan duit
wang: syiling untuk
(a) sen hingga membentuk satu nilai
RM1 tidak melebihi RM1
(b) ringgit hingga tanpa melibatkan duit
RM10 syiling 5 sen.

(ii) Menggabungkan
wang kertas untuk
membentuk satu nilai
tidak melebihi RM10.

4.1.3 Menukar wang: (i) Aktiviti gabungan wang
(ii) Aktiviti jual beli.
(a) sen hingga RM1
(b) ringgit hingga

RM10

4.3 Penyelesaian 4.3.1 Menyelesaikan (i) Bina masalah yang tidak
masalah masalah harian melibatkan gabungan sen
melibatkan dan ringgit.
penolakan wang.

5. Masa 5.1 Hari dan bulan 5.1.1 Menyatakan waktu (i) Siang, malam, pagi,
dan
waktu dalam sehari. tengah hari, petang,

malam.

5.1.2 Menyatakan dalam (i) Nyatakan aktiviti dalam

urutan peristiwa sehari mengikut

dalam sehari. pengalaman murid.

Contoh:

 Isnin: Perhimpunan

mingguan, hari

pertama sekolah

 Rabu: Aktiviti

kokurikulum

 Jumaat: Solat Jumaat

5.1.3 Menamakan hari (i) Urutan hari bermula
dalam seminggu.
dengan hari Ahad,
nyanyian lagu ‘hari dalam
seminggu’.

22

TAJUK STANDARD STANDARD STRATEGI / AKTIVITI
KANDUNGAN PEMBELAJARAN
(i) Fokus kepada
6. Ukuran 6.1 Unit relatif untuk 6.1.1 Menggunakan dan perbendaharaan kata:
dan mengukur mempelbagaikan  Tinggi, rendah,
Sukatan panjang, jisim dan perbendaharaan panjang, pendek,
isi padu cecair. kata ukuran besar, kecil, tebal,
panjang, jisim dan nipis.
isi padu cecair.

(Ukuran panjang) (ii) Gunakan dua objek yang
berlainan panjang untuk
membuat perbandingan.

6.1.2 Membuat (i) Gunakan klip kertas,
pengukuran, jisim pemadam, skru, kasut,
dan menyukat jengkal, depa dsb.
objek mengguna-
kan unit bukan (ii) Gunakan dua jenis objek
piawai. yang panjangnya
berbeza.
(Ukuran panjang) Contoh:
 panjang pensel
bersamaan dengan 4
klip kertas
 Panjang papan putih
bersamaan dengan 8
pembaris
 Panjang penyapu
bersamaan dengan 3
pensel.

6.1.3 Membanding dua (i) Gunakan objek dengan

atau lebih ukuran, beza panjang yang

jisim dan menyukat ketara seperti pensel dan

objek mengguna- klip kertas, penyapu,

kan unit bukan pembaris dan

piawai. sebagainya.

(Ukuran panjang) (ii) Fokus kepada susunan:
 daripada rendah ke
tinggi
 daripada pendek ke
panjang
 daripada kecil ke besar
 daripada nipis ke tebal
dan sebaliknya.

23

TAJUK STANDARD STANDARD STRATEGI / AKTIVITI
KANDUNGAN PEMBELAJARAN
(i) Fokus kepada
6.1.1 Menggunakan dan perbendaharaan kata:
mempelbagaikan  Tinggi, rendah,
perbendaharaan panjang, pendek,
kata ukuran besar, kecil, tebal,
panjang, jisim dan nipis.
isi padu cecair.
(ii) Gunakan dua objek yang
(Jisim) berlainan panjang untuk
membuat perbandingan.

6.1.2 Membuat (i) Gunakan objek dengan
pengukuran, jisim beza jisim yang ketara
dan menyukat seperti almari dan kerusi
objek mengguna- murid, durian dan
kan unit bukan mangga dan sebagainya.
piawai.
(ii) Fokus kepada susunan:
(Jisim)  ringan ke berat
 berat ke
ringan

6.1.3 Membanding dua (i) Gunakan buku, alat tulis,
atau lebih ukuran, batu, mainan, guli dsb.
jisim dan menyukat
objek mengguna- (ii) Gunakan dua jenis objek
kan unit bukan yang jisimnya berbeza.
piawai.
Contoh:
(Jisim)  batu lebih berat

daripada guli.
 Pemadam lebih ringan

daripada buku.
 Sebuah buku teks

sama berat dengan 8
buku tulis.

6.1.1 Menggunakan dan (i) Fokus kepada
mempelbagaikan perbendaharaan kata:
perbendaharaan  penuh
kata ukuran  Separuh
panjang, jisim dan  Kosong
isi padu cecair.
(ii) Guna bekas yang sama
(Isi padu cecair) untuk membuat
perbandingan.

(iii) Gunakan bekas lutsinar
seperti botol mineral atau
gelas.

24

TAJUK STANDARD STANDARD STRATEGI / AKTIVITI
KANDUNGAN PEMBELAJARAN
(i) Fokus kepada susunan:
6.1.2 Membuat  sedikit ke banyak
pengukuran, jisim  banyak ke sedikit
dan menyukat
objek mengguna-
kan unit bukan
piawai.

(Isi padu cecair)

6.1.3 Membanding dua (i) Gunakan gelas, cawan,
atau lebih ukuran, botol air, tempurung,
jisim dan menyukat buluh, baldi dan
objek mengguna- sebagainya.
kan unit bukan
piawai. (ii) Guna dua jenis bekas
yang berbeza untuk
(Isi padu cecair) membuat penyukatan.

Contoh:
1 kotak susu sama
dengan 4 gelas susu.

25

26

MODUL 1: NOMBOR DAN OPERASI

CADANGAN

NO BIDANG TAJUK SUB TAJUK STANDARD AKTIVITI
1
Nombor PEMBELAJARAN PEMBELAJARAN
2 MODUL 1: Bulat
Nombor dan hingga (MUKA SURAT)
Operasi 100
Pra-nombor 1.1.1 29
3 Operasi 1.2.1 33
Asas Nombor Bulat 1.2.2 41
0 hingga 10 48
Wang 1.3.1 55
Nombor Bulat 1.2.2 59
11 hingga 20 1.3.1 64
2.1.1 68
Tambah 2.1.2
hingga 70
2.1.3
20 2.2.1 73
2.1.1 77
Tolak 2.1.2 81
dalam 2.3.2
lingkungan 2.4.2 86

20 4.1.1 88
4.1.2 91
Wang 95
hingga 4.1.3 98
RM10 101
103
109

27

28

CONTOH RPH PIKAP
MODUL 1: NOMBOR DAN OPERASI (PRA-NOMBOR)

NAMA GURU Matematik KELAS
MATA PELAJARAN
TARIKH/HARI MASA
TAJUK
STANDARD Nombor Bulat Hingga 100 (Pra-nombor)
PEMBELAJARAN
1.1.1 Menyatakan kuantiti melalui perbandingan.
OBJEKTIF
Murid berupaya menyatakan kumpulan banyak dan kumpulan
sedikit dan membuat perbandingan kuantiti dengan
menggunakan pola yang berlainan.

AKTIVITI 1. Murid dibahagikan kepada dua kumpulan.
PEMBELAJARAN
2. Murid diminta mengumpulkan daun-daun kering di
sekitar kawasan sekolah dalam masa 2 minit.

3. Murid membuat perbandingan antara kumpulan daun
kering banyak dengan sedikit (guru menggunakan
bahasa ibunda bagi istilah banyak dan sedikit).

4. Ulang aktiviti yang sama dengan bahan yang lain
seperti kertas, plastik, ranting, batu dan lain-lain.

5. Murid kembali ke dalam kelas, murid buat pemerhatian
terhadap dua kumpulan pisang di atas meja. Murid
membandingkan dan menunjukkan kumpulan banyak
dan kumpulan sedikit.

PENTAKSIRAN 6. Murid mengasingkan objek mengikut pola bagi
BBM kumpulan banyak dan kumpulan sedikit sedikit.

7. Ulang aktiviti yang sama dengan bahan yang berlainan
seperti buah kelubi, pensil, kerusi, murid dan lain-lain.

8. Edar Lembaran Kerja 1.

Lisan / Bertulis / Pemerhatian

Daun kering, batu, ranting, pisang, kelubi, pensil, kerusi.

29

Lembaran Kerja 1
Nama: …………………………………………………....................................
Kelas: ……………………….........
A. Bulatkan kumpulan yang banyak.

30

31

B. Warnakan objek yang sedikit.

32

CONTOH RPH PIKAP
MODUL 1: NOMBOR DAN OPERASI (PRA-NOMBOR)

NAMA GURU Matematik KELAS
MATA PELAJARAN
TARIKH/HARI MASA
TAJUK
Nombor Bulat Hingga 100 (Pra-nombor)
STANDARD
PEMBELAJARAN 1.1.1 Menyatakan kuantiti melalui perbandingan.

OBJEKTIF Murid berupaya menyatakan kumpulan banyak dan
kumpulan sedikit dan membuat perbandingan kuantiti
dengan menggunakan pola yang berlainan.

1. Murid membuat pemerhatian terhadap dua kumpulan buah
rambutan yang diletakkan di atas meja.

KUMPULAN A

AKTIVITI
PEMBELAJARAN

KUMPULAN B

2. Perkukuhkan aktiviti dengan meminta murid membuat
pemerhatian terhadap sejumlah guli yang
diberikan(guli mempunyai dua warna iaitu merah dan
biru).

3. Minta murid mengasing dan menyusun guli
mengikut warna seperti yang ditunjukkan.

33

Merah Biru

4. Bawa murid keluar dari bilik darjah dan murid diminta
membentuk dua bulatan, satu bulatan kecil dan satu
bulatan besar.

5. Minta murid mengutip daun kering dalam masa 30 saat.
Murid diminta mengumpul hasil kutipan mengikut
bilangan ahli kumpulan masing-masing.

6. Minta murid membentuk:
a kumpulan banyak dan kumpulan sedikit.
b. kumpulan sama banyak dan tidak sama banyak, dan
c. kumpulan lebih dan kumpulan kurang, berdasarkan
objek yang ada di sekeliling murid.

7. Minta murid menjelaskan bagaimana pembentukan
kumpulan a hingga c dilakukan.

8. Paparkan kepada murid kad gambar seperti contoh di
bawah:

34

PENTAKSIRAN 9. Edarkan kertas majong dan pen marker kepada
BBM setiap kumpulan murid. Minta murid melukiskan
gambar bagi menunjukkan kumpulan:
a. banyak atau sedikit.
b. Sama banyak atau tidak sama banyak.
c. Lebih atau kurang.

10. Edarkan Lembaran Kerja 1 kepada setiap murid.

11. Edarkan Lembaran Kerja 2 kepada setiap murid.

12. Edarkan Lembaran Kerja 3 kepada setiap murid.

Lisan / Bertulis / Pemerhatian

Daun kering, batu, ranting, pisang, kelubi, pensil, kerusi.

35

Lembaran Kerja 1
Nama: …………………………………………………....................................
Kelas: ……………………….........

A. Tanda () pada kumpulan yang lebih banyak.
1.

Kenapa (lisan): _______________________________________
2.

Kenapa (lisan): _______________________________________

36

3.

Kenapa (lisan): _________________________________________
4.

Kenapa (lisan): ________________________________________

37

Lembaran Kerja 2
Nama: …………………………………………………....................................
Kelas: ……………………….........

B. Warnakan merah bagi objek yang paling banyak
dan warnakan biru bagi objek yang sama
banyak.

Secara lisan:
1. Kenapa kamu katakan lebih?
2. Kenapa kamu katakan sama banyak?

38


Click to View FlipBook Version