The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

standard guru malaysia - 2009

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by wmnasir, 2019-10-21 00:55:27

STANDARD GURU MALAYSIA

standard guru malaysia - 2009

Bahagian Pendidikan Guru

Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan,
Kementerian Pelajaran Malaysia,

Aras 2 - 6, Blok 13, Kompleks Kerajaan Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 PUTRAJAYA.

Telefon : 03-88841000 / Faks : 03-88849307, 88841197
Kawat : “PELAJARAN”

Web Site : http://bpg.edidik.edu.my/

Pengiktirafan
MS ISO 9000 : 1994 & MS ISO 9001 : 2000
Komitmen Menyeluruh Menjamin Kecemerlangan

Standard Guru Malaysia i

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

Kementerian Pelajaran Malaysia

ii S t a n d a r d G u r u M a l a y s i a

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

Cetakan Pertama: 2009
Hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang
mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan
buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan cara apa
juga, sama ada elektronik, fotokopi, mekanikal, rakaman
atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada
Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian
Pelajaran Malaysia. Perundingan tertakluk kepada
perkiraan royalti atau honorarium.

Kementerian Pelajaran Malaysia

Kandungan S t a n d a r d G u r u M a l a y s i a 1
Guru Berkualiti Kekal Berkualiti
Kata Alu-aluan i-v

KONSEP STANDARD GURU MALAYSIA 3-5
6
Pengenalan 7
Rasional 8
Tujuan
Penggubalan 9 - 10
Penggunaan 11 - 16
Glosari 17 - 21
Kerangka Standard Guru Malaysia 22 - 25
Perincian Standard 26 - 30
Perincian Keperluan
Penutup 31

HURAIAN STANDARD GURU MALAYSIA

Standard 37 - 57

Standard 1
Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan

Standard 2 61 - 74
Pengetahuan dan Kefahaman

Standard 3 77- 84
Kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran

Kementerian Pelajaran Malaysia

2 Standard Guru Malaysia 89 - 93

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

Keperluan

Keperluan 1
Kelayakan Masuk dan Prosedur Kemasukan
Latihan Perguruan

Keperluan 2 97 - 103
Latihan, Pentaksiran dan Penilaian Program
Latihan Perguruan

Keperluan 3 107 - 109
Kolaborasi

Keperluan 4 113
Infrastruktur dan Infostruktur

Keperluan 5 117 - 118
Jaminan Kualiti

INSTRUMEN STANDARD GURU MALAYSIA

Standard 1: Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan 121 - 130
Standard 2: Pengetahuan dan Kefahaman 131 - 144
Standard 3: Kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran 145 - 155
Senarai Semak Keperluan 156 - 162

BIBLIOGRAFI 163 - 167
PANEL PENGGUBAL 168 - 175

Kementerian Pelajaran Malaysia

(i)

Standard Guru Malaysia i

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

MENTERI PELAJARAN MALAYSIA

Kata Alu-Aluan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Bahagian Pendidikan Guru (BPG) atas
usaha gigih menghasilkan dokumen Standard Guru Malaysia (SGM). Dokumen
ini merupakan panduan dan rujukan kepada warga pendidik di semua peringkat
selaras dengan hasrat negara untuk melahirkan modal insan minda kelas pertama
dan pendidikan bertaraf dunia.

Misi negara telah memberikan penekanan pada pembangunan modal
insan minda kelas pertama sebagai pemangkin untuk melonjakkan Malaysia ke
peringkat status negara maju. Pembangunan modal insan berkualiti ini bergantung
pada pendidikan yang berkualiti. Oleh yang demikian, Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) berperanan membangunkan pendidikan negara bertaraf dunia.

BPG sebagai peneraju utama latihan perguruan bersama-sama
Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT),
bertanggungjawab menyediakan latihan perguruan untuk memenuhi keperluan
tenaga pengajar di institusi pendidikan di seluruh negara. Bagi menjamin guru
berkualiti dari segi profesionalisme, kompetensi dan keberkesanan mengajar, tiga
aspek utama perlu diberikan penekanan, iaitu nilai dan amalan profesionalisme
keguruan, pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran pengajaran dan
pembelajaran. Keupayaan menguasai ketiga-tiga aspek ini dapat diukur
berdasarkan satu standard, iaitu Standard Guru Malaysia yang telah ditetapkan
oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Usaha BPG menyediakan SGM merupakan langkah proaktif dalam
membangunkan standard guru sebagai panduan dan rujukan pihak berkepentingan,
khasnya yang berkaitan dengan kualiti guru dan latihan perguruan di Malaysia.
Diharapkan SGM menjadi rujukan bagi menambah baik dasar, perancangan dan
pembangunan sistem pendidikan negara.

Saya berharap agar SGM berjaya direalisasikan demi menghasilkan insan
guru yang berkualiti dan kekal berkualiti. Saya yakin bahawa SGM berupaya
meningkatkan citra dan martabat profesion keguruan.

(DATO’ SERI HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN)
Menteri Pelajaran Malaysia

Kementerian Pelajaran Malaysia

( ii )

ii S t a n d a r d G u r u M a l a y s i a

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

KETUA SETIAUSAHA
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Kata Alu-Aluan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih
dan tahniah kepada Bahagian Pendidikan Guru (BPG) atas kejayaan
menghasilkan dokumen Standard Guru Malaysia (SGM). Kejayaan ini jelas
menunjukkan komitmen dan kesungguhan BPG dalam menyediakan satu
dokumen yang dapat meningkatkan mutu perkhidmatan profesion keguruan
demi mencapai kualiti yang telah ditetapkan.

Dunia pendidikan sentiasa mengalami perubahan mengikut
perkembangan dan tuntutan semasa. Segala dasar dan perubahan yang
diperkenalkan menuntut seluruh warga pendidik memahami, menghayati,
dan melaksanakannya dengan sebaik mungkin. Ini bermakna para pendidik
bertanggungjawab merealisasikan segala perubahan yang dibawa.

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melaksanakan pelbagai
usaha untuk melahirkan dan melestarikan guru-guru berkualiti. Antaranya
termasuklah usaha memantapkan latihan perguruan, menambah baik sistem
pemilihan calon guru, melonjakkan kecemerlangan institusi latihan perguruan,
menambah baik laluan kerjaya dan kebajikan guru. Pencapaian tahap kualiti
yang tinggi di peringkat sekolah rendah dan menengah merupakan penentu
kesinambungan tahap kualiti di peringkat institusi pengajian tinggi. Institusi yang
menawarkan latihan perguruan patut menyediakan keperluan latihan yang mantap
bagi menjamin guru yang berkualiti.

BPG sebagai teraju utama latihan perguruan di KPM telah memulakan usaha
menyediakan SGM untuk mengenal pasti tahap kompetensi guru. Dalam hal ini,
guru perlu mempunyai tahap amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan
dan kefahaman serta kemahiran mengajar yang terkini bagi membolehkan mereka
berfungsi secara berkesan sebagai pendidik.

Saya percaya bahawa SGM akan menjadi dokumen yang signifikan dan
selaras dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) demi memartabatkan
profesion keguruan. Saya berharap semoga usaha murni ini akan berjaya dan
mencapai matlamatnya.

(TAN SRI DR. ZULKURNAIN BIN HAJI AWANG)
Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia

Kementerian Pelajaran Malaysia

( iii )

Standard Guru Malaysia iii

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

Kata Alu-Aluan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Syabas dan tahniah kepada Bahagian Pendidikan Guru (BPG) kerana berjaya
menghasilkan dokumen Standard Guru Malaysia (SGM). Usaha murni ini jelas
mencerminkan komitmen dan tanggungjawab BPG menyediakan satu standard
sebagai panduan dan rujukan kepada semua warga pendidik demi menjamin
kualiti guru dan kecemerlangan profesion keguruan.

Guru merupakan nadi kepada sekolah dan profesionalismenya ialah kunci
kepada kualiti. Kualiti yang dimaksudkan bukan sahaja meliputi kualiti proses
tetapi kualiti hasilnya (output) juga. Perkara ini tidak mungkin tercapai jika individu,
kumpulan, kelompok dan organisasi tidak cekap dan tidak berkesan. Sumber
manusia perlu dibangunkan secara bersepadu bagi memastikan individu itu dapat
mengembangkan potensi dan bakat insan guru.

Perubahan utama yang perlu dilakukan oleh setiap guru ialah perubahan
paradigma, sikap dan perlakuan guru. Semua elemen ini dapat membantu
guru berfungsi dengan berkesan, mempunyai daya saing yang tinggi dan
berketerampilan. Guru hendaklah menyedari, memahami, dan menghayati
bahawa konsep penambahbaikan yang berterusan dalam profesion keguruan
perlu dilaksanakan tanpa garis penamat.

SGM yang telah disediakan oleh BPG bertujuan menggariskan cadangan
amalan terbaik untuk guru dan institusi latihan perguruan. Gagasan SGM ini
menjadi titik tolak bagi melakukan perubahan untuk mencapai kemahiran dan
kesempurnaan sebagai seorang guru. Sesungguhnya, seseorang guru yang
unggul bukan sahaja perlu menambah pengetahuan dan menguasai kemahiran
terkini, malah mereka perlu mengikuti latihan semula program atau kursus yang
berkaitan dengan profesion keguruan secara berterusan.

Kesimpulannya, SGM merupakan dokumen yang dapat membentuk
sahsiah unggul seseorang guru yang berteraskan pemupukan daya fikir,
pembinaan sikap serta nilai. SGM mampu menjadi manifestasi dan bukti kepada
komitmen warga pendidik bagi menggerakkan semua pihak untuk mencapai
kecemerlangan pendidikan negara.

(DATO’ HJ. ALIMUDDIN B. HJ. MOHD DOM)
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Kementerian Pelajaran Malaysia

( iv )

iv S t a n d a r d G u r u M a l a y s i a

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

TIMBALAN KETUA PENGARAH
PELAJARAN MALAYSIA
SEKTOR PEMBANGUNAN

PROFESIONALISME KEGURUAN

Kata Alu-Aluan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Bahagian Pendidikan
Guru (BPG) dan warga Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) kerana berjaya
menghasilkan dokumen Standard Guru Malaysia (SGM). Kerjasama ini jelas
menunjukkan komitmen dan kesungguhan BPG dan IPGM dalam menyediakan
satu dokumen sebagai rujukan, dan panduan untuk memperkasakan dan
melestarikan guru berkualiti.

Pendidikan merupakan salah satu elemen dalam mencapai misi nasional.
Guru berperanan penting menentukan kejayaan misi tersebut. Dalam abad
ke-21 ini, guru menghadapi pelbagai cabaran globalisasi dan pengantarabangsaan
serta perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Oleh itu,
mereka perlu memahami tanggungjawab guru, memberikan komitmen dengan
melaksanakan pendekatan baharu ke arah meningkatkan kualiti pendidikan.

Guru yang profesional dan kompeten perlu mempunyai integriti dan
kredibiliti. Mereka berperanan dalam mendidik pelajar supaya menjadi insan yang
seimbang dan bersepadu. Guru hendaklah sentiasa bersedia mengemaskinikan
pengetahuan dan menguasai kemahiran terkini, selaras dengan peranan mereka
sebagai sumber utama, pemudah cara dalam pengajaran dan pembelajaran, agen
perubahan serta sumber inspirasi kepada pelajar. Mereka juga perlu kreatif dan
inovatif supaya sistem penyampaian pengajaran dan pembelajaran menarik dan
menyeronokkan. Seterusnya, para guru wajib berusaha ke arah pembentukan
warga negara yang tinggi nilai patriotisme, berilmu, taat setia, bertanggungjawab,
berakhlak dan berketrampilan.

Untuk menjamin kualiti guru, satu standard perlu disediakan. Oleh
itu, SGM ini digubal sebagai panduan bagi mengenal pasti tahap kualiti,
kompetensi profesional guru dari segi amalan profesionalisme keguruan,
kefahaman dan pengetahuan serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran.
Harapan saya semua pihak berkepentingan akan menggunakan dokumen SGM
ini sebagai panduan bagi melahirkan guru yang berkualiti dan terus kekal
berkualiti.

(DATIN ASARIAH BINTI MIOR SHAHARUDDIN)
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan

Kementerian Pelajaran Malaysia

(v)

Standard Guru Malaysia v

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

PENGARAH BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU

Kata Alu-Aluan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan tahniah ditujukan kepada semua warga
kerja Bahagian Pendidikan Guru (BPG) dan warga Institut Pendidikan Guru
Malaysia (IPGM) kerana kesungguhan dan komitmen yang tinggi dalam
menghasilkan dokumen Standard Guru Malaysia (SGM). Kerjasama dalam
merealisasikan SGM ini jelas menunjukkan keprihatinan BPG dan IPGM dalam
menyediakan sebuah dokumen yang menjadi panduan standard kualiti guru
di negara ini.

SGM ialah perincian penyataan prestasi yang patut dicapai oleh
seseorang guru, dan perincian aspek yang patut disediakan dan dilaksanakan oleh
agensi serta institusi yang mengendalikan latihan perguruan. Prestasi ini merujuk
kepada tahap pencapaian guru berdasarkan tiga standard, iaitu amalan nilai
profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, kemahiran pengajaran
dan pembelajaran yang patut ada pada seseorang guru. Bagi menyokong
pencapaian ketiga-tiga standard ini, agensi dan institusi latihan perguruan
hendaklah menyediakan dan melaksanakan keperluan yang ditetapkan. SGM
ini akan menjadi penanda aras bagi mengawal kualiti guru dan pelaksanaannya
perlu dibuat secara berterusan. Berdasarkan data dan maklumat SGM, kita
dapat membuat penambahbaikan untuk memantapkan kualiti guru.

Guru yang dinamis merupakan guru yang berpandangan jauh, berfikiran
positif, reflektif, dan sentiasa berusaha untuk melonjakkan diri mereka ke tahap
yang lebih cemerlang. Dengan ini, guru menjadi lebih kompeten, terarah, dan
sistematik dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Standard yang
digariskan dalam SGM ini akan membantu guru meningkatkan keterampilan diri.

Saya berharap SGM ini akan menjamin kualiti guru secara berterusan.
Sesungguhnya saya benar-benar yakin bahawa SGM akan dapat memberikan
manfaat kepada semua pihak yang terlibat dengan dunia pendidikan dan profesion
keguruan.

(DATO’ MISRAH BIN HAJI IBRAHIM)
Pengarah Bahagian Pendidikan Guru

Kementerian Pelajaran Malaysia

vi S t a n d a r d G u r u M a l a y s i a

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

Kementerian Pelajaran Malaysia

Standard Guru Malaysia 1

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

KONSEP
STANDARD
GURU MALAYSIA

Kementerian Pelajaran Malaysia

2 Standard Guru Malaysia

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

Kementerian Pelajaran Malaysia

Standard Guru Malaysia 3

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

1.0 PENGENALAN

1.1 Pengantar

Standard Guru Malaysia (SGM) menggariskan kompetensi
profesional yang patut dicapai oleh guru, dan keperluan yang patut
disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi
membantu guru mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan.
Dokumen ini disediakan sebagai panduan dan rujukan kepada guru,
pendidik guru, agensi dan institusi latihan perguruan dalam usaha
untuk melahirkan dan melestarikan guru berkualiti. Dokumen ini
akan disemak semula secara berkala bagi tujuan penambahbaikan
berterusan.

1.2 Latar Belakang

Malaysia memberi penekanan tinggi terhadap pembangunan modal
insan kelas pertama dengan bina upaya merupakan pendekatan
utama ke arah mencapai status negara maju pada tahun 2020.
Modal insan adalah harta yang boleh disuntik nilai tambahnya,
diinjakkan nilai inteleknya serta diperbanyak modal budayanya.

Pembangunan modal insan berkualiti bergantung kepada
pendidikan berkualiti yang dapat menghasilkan individu yang
mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadian
mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi
keperluan negara maju. Pendidikan juga perlu membentuk modal
insan yang mampu berfikiran kritis dan kreatif, berkemahiran
menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang baru,
mempunyai daya tahan serta kebolehan untuk berhadapan dengan
persekitaran global yang sering berubah.

Kementerian Pelajaran Malaysia

4 Standard Guru Malaysia

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

Dalam abad ke-21 ini, negara menghadapi cabaran baru
kesan daripada globalisasi, liberalisasi, pengantarabangsaan
dan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(TMK). Sehubungan dengan itu, Malaysia memerlukan modal
insan yang juga celik TMK, progresif dan mampu bersaing di
pasaran kerja global.

Pembangunan sistem pendidikan bertaraf dunia mengikut
acuan Malaysia adalah agenda utama Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Justeru itu, guru perlu memahami, menunjukkan kesungguhan,
dan mempunyai iltizam yang tinggi dalam melaksanakan
daya usaha dan pendekatan baru untuk meningkatkan kualiti
pendidikan seperti petikan yang berikut:

”... as the most significant and costly resource in schools,
teachers are central to school improvement efforts.
Improving the efficiency and equity of schooling depends,
in large measure, on ensuring that competent people
want to work as teachers, that their teaching is of high
quality, and that all students have access to high quality
teaching.”

(Organization for Economic Co-operation and Development;
petikan daripada Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
KPM 2007; hal. 106)

Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan pelbagai
usaha untuk melahirkan guru yang berkualiti dan memastikan
mereka yang berkualiti kekal dalam sistem pendidikan negara
dan kekal berkualiti di sepanjang tempoh perkhidmatan.
Antara langkah yang telah diusahakan termasuklah
memantapkan latihan perguruan, menambah baik sistem
pemilihan calon guru, melonjakkan kecemerlangan institusi
latihan perguruan, dan menambah baik laluan kerjaya serta
kebajikan guru.

Kementerian Pelajaran Malaysia

Standard Guru Malaysia 5

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pelajaran
Malaysia merupakan peneraju utama latihan perguruan
di Malaysia. BPG bersama-sama Institut Pendidikan
Guru (IPG) dan Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA)
bertanggungjawab merancang dan melaksanakan latihan
perguruan untuk memenuhi keperluan tenaga pengajar di
institusi pendidikan seluruh negara. Bagi menjamin guru yang
dihasilkan berkualiti tinggi, tiga aspek utama ditekankan, iaitu
amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan
kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran.

Bahagian Pendidian Guru telah mengambil langkah proaktif
dalam membangunkan standard guru sebagai panduan dan
rujukan kepada guru, pendidik guru, agensi dan institusi
latihan perguruan di Malaysia.

Kementerian Pelajaran Malaysia

6 Standard Guru Malaysia

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

2.0 RASIONAL

Standard Guru Malaysia ini digubal berdasarkan rasional yang berikut:
a. guru perlu mempunyai tahap amalan nilai profesionalisme keguruan,

pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan
pembelajaran yang tinggi bagi membolehkan mereka berfungsi
sebagai guru profesional dengan berkesan,
b. agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan keperluan
yang jelas dan lengkap seperti dasar, kurikulum, infrastruktur, tenaga
pengajar, sumber pengajaran dan pembelajaran, serta jaminan kualiti
untuk membolehkan proses latihan dijalankan dengan lancar, berkesan
dan bermutu tinggi,
c. KPM sedang berusaha untuk melonjakkan kecemerlangan institusi
pendidikan guru yang dapat dijadikan showcase. Justeru, adalah wajar
standard bagi institusi latihan perguruan diwujudkan, dan
d. Standard Guru Malaysia menggariskan kriteria dan standard am guru
selaras dengan Kerangka Kelayakan Malaysia yang menggariskan
kriteria dan standard am pendidikan tinggi.

Kementerian Pelajaran Malaysia

Standard Guru Malaysia 7

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

3.0 TUJUAN

Standard Guru Malaysia digubal bagi tujuan yang berikut:

a. mengenal pasti tahap kompetensi profesional guru dalam aspek
amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman,
serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran,

b. mengenal pasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan latihan
oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi menjamin tahap
kompetensi guru yang ditetapkan tercapai.

Standard Guru Malaysia akan dapat mengenal pasti dasar dan strategi
pembangunan pendidikan guru yang patut ditambah baik sejajar dengan
perkembangan dan cabaran semasa dunia pendidikan.

Kementerian Pelajaran Malaysia

8 Standard Guru Malaysia

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

4.0 PENGGUBALAN
Penggubalan SGM adalah berasaskan kepada prinsip dan proses yang
berikut:
a. penyataan Standard dan Keperluan jelas, tepat, relevan, praktikal, adil,
dan realistik,
b. Standard dan Keperluan yang dicadangkan adalah berasaskan kajian
serta penandaarasan, dan
c. proses penggubalan dilaksanakan secara kolaboratif, telus, terbuka dan
persetujuan bersama dengan pihak-pihak berkepentingan.

Kementerian Pelajaran Malaysia

Standard Guru Malaysia 9

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

5.0 PENGGUNAAN

Standard Guru Malaysia adalah dokumen rujukan yang patut diguna pakai
oleh pihak yang berikut:

5.1 Guru

i. Membuat refleksi kendiri terhadap tahap pencapaian standard.

ii. Mengenal pasti keperluan pembangunan profesionalisme diri.

5.2 Pendidik Guru di Institusi Latihan Perguruan

i. Membuat refleksi kendiri terhadap tahap pencapaian standard.

ii. Mengenal pasti keperluan pembangunan profesionalisme diri.

iii. Mengenal pasti tahap pencapaian standard oleh guru pelatih
(guru praperkhidmatan) atau peserta kursus (guru dalam
perkhidmatan).

iv. Mengenal pasti strategi bagi membantu guru pelatih atau peserta
kursus meningkatkan tahap pencapaian standard.

Kementerian Pelajaran Malaysia

10 Standard Guru Malaysia

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

5.3 Pengurus dan Pentadbir Institusi Latihan Perguruan

i. Mengenal pasti tahap pencapaian standard oleh guru pelatih dan
peserta kursus.

ii. Mengenal pasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan
latihan oleh institusi.

iii. Mengenal pasti strategi bagi meningkatkan tahap pencapaian
standard dan keperluan.

5.4 Guru Besar dan Pengetua Sekolah

i. Mengenal pasti tahap pencapaian standard oleh guru.

ii. Menyediakan dan melaksanakan strategi bagi meningkatkan tahap
pencapaian standard oleh guru.

5.5 Agensi Latihan Perguruan

i. Mengenal pasti tahap pencapaian standard oleh guru pelatih dan
peserta kursus di institusi latihan perguruan.

ii. Mengenal pasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan oleh
agensi dan institusi latihan perguruan.

iii. Mengenal pasti dasar dan strategi pembangunan pendidikan guru
yang boleh ditambah baik.

Kementerian Pelajaran Malaysia

Standard Guru Malaysia 11

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

6.0 GLOSARI

Berikut adalah penjelasan kepada istilah yang digunakan dalam dokumen
Standard Guru Malaysia.

6.1 Guru

Tiga kategori guru yang dimaksudkan ialah guru terlatih yang sedang
mengajar di sekolah, guru terlatih yang sedang mengikuti kursus dalam
perkhidmatan di institusi latihan perguruan, dan guru pelatih yang
sedang mengikuti kursus praperkhidmatan di institusi latihan
perguruan.

6.2 Institusi Pendidikan

Sekolah atau mana-mana tempat lain, di mana dalam menjalankan
kerja sesuatu organisasi atau institusi, individu lazimnya diajar, sama
ada di dalam satu kelas atau lebih.

6.3 Standard

Penyataan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru.

6.4 Keperluan

Penyataan aspek latihan perguruan yang patut disediakan dan
dilaksanakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan.

Kementerian Pelajaran Malaysia

12 Standard Guru Malaysia

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

6.5 Bilik Darjah

Lokasi dan ruang di mana sesi pengajaran dan pembelajaran
dijalankan, termasuk bilik kuliah, bengkel dan makmal.

6.6 Kompetensi

Kemahiran profesional guru berdasarkan amalan nilai
profesionalisme, pengetahuan dan kefahaman, dan kemahiran
pengajaran dan pembelajaran.

6.7 Institusi Latihan Perguruan

Organisasi yang bertanggungjawab mereka bentuk dan
melaksanakan latihan perguruan termasuklah IPG dan fakulti
pendidikan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

6.8 Agensi Latihan Perguruan

Organisasi yang menggubal dasar dan memantau pelaksanaan
latihan perguruan seperti Kementerian Pengajian Tinggi dan BPG

6.9 Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)

Institusi yang melaksanakan latihan perguruan di bawah Kementerian
Pelajaran Malaysia.

6.10 Sekolah

Institusi pendidikan ini merangkumi sekolah rendah dan menengah,
sekolah teknik, sekolah pendidikan khas, sekolah vokasional.

Kementerian Pelajaran Malaysia

Standard Guru Malaysia 13

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

6.11 Murid

Pelajar sekolah yang menerima pengajaran dan pembelajaran
daripada guru.

6.12 Program

Susunan kursus dan isi kandungan pembelajaran yang dirancang
serta direka bentuk bagi suatu tempoh tertentu untuk mencapai hasil
pembelajaran seperti yang ditentukan dalam matlamat dan
objektifnya. Program yang dimaksudkan akan menjurus kepada
penganugerahan sesuatu kelayakan.

6.13 Kursus

Unit asas pembelajaran yang membentuk sesuatu program,
mempunyai hasil khusus, kandungan dan kaedah pengajaran dan
pembelajaran serta kaedah penilaian bagi menyokong pencapaian
hasil pembelajaran.

6.14 Kurikulum

Skop dan isi kandungan sesuatu mata pelajaran di institusi latihan
perguruan. Kurikulum merangkumi semua pengetahuan, kemahiran,
norma, nilai, unsur kebudayaan, dan kepercayaan untuk membantu
perkembangan seseorang pelajar dengan sepenuhnya dari segi
jasmani, rohani, mental dan emosi.

Kementerian Pelajaran Malaysia

14 Standard Guru Malaysia

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

6.15 Aktiviti Kokurikulum

Aktiviti persatuan atau kelab, sukan dan olahraga, serta unit
beruniform yang wajib diikuti oleh semua guru pelatih yang
mengikuti latihan perguruan.

6.16 Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)

Guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
ditempatkan di sekolah untuk memberi peluang kepada mereka
memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan dan
peranan guru di dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian
dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru dan komuniti sekolah.

6.17 Praktikum

Semua guru pelatih yang mengikuti latihan perguruan ditempatkan
di sekolah untuk pengalaman praktik di dalam dan di luar bilik darjah.
Praktikum menyediakan peluang kepada guru pelatih
mempraktikkan teori dalam amalan pengajaran dan pembelajaran
serta menghasilkan teori pengajaran dan pembelajaran yang
tersendiri.

6.18 Penilaian

Pengukuran berterusan yang dijalankan sepanjang tempoh kursus
pengajian atau program latihan dan termasuklah sebarang
peperiksaan bertulis yang membawa markah atau gred bagi sesuatu
kursus atau program latihan atau sebahagian daripadanya.

Kementerian Pelajaran Malaysia

Standard Guru Malaysia 15

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

6.19 Pembangunan Profesionalisme Berterusan

Program latihan secara sistematik yang menjurus ke arah
peningkatan profesionalisme dan pembangunan kerjaya serta
kecemerlangan perkhidmatan.

6.20 Hasil Pembelajaran

Penguasaan guru dalam amalan nilai profesionalisme keguruan,
ilmu pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran pengajaran dan
pembelajaran.

6.21 Pihak Berkepentingan

Pihak yang mempunyai kepentingan bersama secara langsung
dalam konteks perkhidmatan pendidikan. Contohnya, sekolah, ibu
bapa, penaja, ketua perkhidmatan.

6.22 Budaya IPG

Amalan kerja warga IPG bertujuan mewujudkan identiti institusi
unggul yang melahirkan guru yang berpekerti mulia, berpandangan
progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara, serta
menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan
individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu,
demokratik, progresif dan berdisiplin.

Kementerian Pelajaran Malaysia

16 Standard Guru Malaysia

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

6.23 Infrastruktur

Kemudahan fizikal di institusi latihan perguruan bagi menyokong
penterjemahan dan pelaksanaan kurikulum serta kokurikulum yang
berkesan, bermakna dan menyeronokkan.

6.24 Infostruktur

Pemilihan dan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi
(TMK) secara berkesan, jaringan dalaman dan luaran serta
perkhidmatan pusat sumber.

6.25 Pengurusan Kualiti

Mekanisme dan kerangka kualiti semua proses aktiviti organisasi
bagi menjamin kualiti produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.

6.26 Pendidik Guru
Merupakan individu yang bertauliah yang melatih guru di institusi
latihan perguruan.

Kementerian Pelajaran Malaysia

Standard Guru Malaysia 17

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

7.0 KERANGKA DAN MODEL STANDARD GURU MALAYSIA

7.1 Pengertian Standard Guru Malaysia

Standard Guru Malaysia ialah pernyataan kompetensi profesional
yang patut dicapai oleh guru (Standard) dan pernyataan aspek yang
patut disediakan serta dilaksanakan oleh agensi dan institusi latihan
perguruan (Keperluan).

7.2 Asas Penentuan Standard Dan Keperluan

Perincian Standard dan Keperluan adalah berasaskan kepada aspek
yang berikut:

a. Misi Nasional

Bagi mencapai prestasi yang tinggi dan impak maksimum daripada
pembangunan nasional, Misi Nasional telah menggariskan lima
teras utama seperti yang berikut:

i. meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi,

ii. meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara
serta memupuk minda kelas pertama,

iii. menangani masalah ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang
berterusan secara membina dan produktif,

iv. meningkatkan tahap dan kemampuan kualiti hidup, dan

v. mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan.

Kementerian Pelajaran Malaysia

18 Standard Guru Malaysia

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

b. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan
warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.”

c. Falsafah Pendidikan Guru (FPG)

“Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik,
bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan
kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara
suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan
berdisiplin.”

d. Tatasusila Profesion Keguruan

Bagi menjaga nama baik profesion keguruan serta meningkatkan
lagi mutu profesion, semua guru di Malaysia tertakluk kepada Tatasusila
Profesion Keguruan yang disediakan dalam bentuk ikrar seperti
berikut:

Kementerian Pelajaran Malaysia

Standard Guru Malaysia 19

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

“Kami, guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah
berusaha menuju ke arah pembentukan warga negara yang berilmu,
yang taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang
menyedari betapa pentingnya usaha kami ke arah kebenaran dan ke
arah pencapaian hasrat yang gemilang, dan yang percaya akan
demokrasi, kebebasan perseorangan dan prinsip-prinsip Rukun
Negara.

Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya
memahami kebudayaan mereka, memperoleh pengetahuan yang
terkumpul sejak zaman berzaman dan menyediakan mereka untuk
menghadapi cabaran masa hadapan.

Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing
anak muda untuk mencapai kemajuan sepenuhnya maka dengan ini
kami menerima tatasusila berikut sebagai panduan untuk
membolehkan kami menyempurnakan profesion kami ke taraf
kesusilaan yang setinggi-tingginya; (i) tanggungjawab terhadap pelajar,
(ii) tanggungjawab terhadap ibu bapa (iii) tanggungjawab terhadap
negara dan (iv) tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion
keguruan.”

e. Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia

Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia perlu dilaksanakan dan
dihayati berdasarkan enam prinsip iaitu niat yang betul, perlakuan yang
baik, penggerak ke arah kebaikan, memperkotakan apa yang dikatakan,
berdisiplin dan beradab serta menghargai dan bertanggungjawab
terhadap hasil usaha organisasi.

Kementerian Pelajaran Malaysia

20 Standard Guru Malaysia

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

Standard Guru Malaysia juga digubal berdasarkan rujukan dan
penandaarasan standard-standard yang sedia ada dalam sistem
pendidikan Malaysia dan standard pendidikan guru di beberapa
negara maju.

7.3 Komponen Standard Guru Malaysia

Standard Guru Malaysia mempunyai dua komponen utama yang saling
berkait iaitu Standard (S) dan Keperluan (K). Sila rujuk Rajah 1.

Rajah 1: Komponen Standard Guru Malaysia

Kementerian Pelajaran Malaysia

Standard Guru Malaysia 21

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

7.4 Model Standard Guru Malaysia

Model Standard Guru Malaysia dihuraikan berdasarkan Rajah 2.

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti
Rajah 2: Model Standard Guru Malaysia

Kementerian Pelajaran Malaysia

22 Standard Guru Malaysia

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

8.0 PERINCIAN STANDARD

Standard

Standard merangkumi tiga aspek yang berikut:

Standard 1 Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan

Standard ini memperincikan kompetensi amalan nilai profesionalisme
keguruan berdasarkan domain diri, profesion dan sosial, yang patut ada
pada seseorang guru.

Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan digubal berlandaskan budaya
Institut Pendidikan Guru (IPG), Tatasusila Profesion Keguruan, nilai
murni dalam kurikulum sekolah, nilai utama dalam Perkhidmatan
Awam, prinsip utama Etika Kerja KPM, dan Tonggak Dua Belas.
Standard ini mempunyai tiga domain utama iaitu:

S1.1 Domain Diri

Domain ini merujuk kepada pegangan nilai diri guru yang sedia
ada dan patut dikembangkan supaya guru boleh memberi
sumbangan yang lebih berkesan kepada profesion keguruan
bagi mencapai matlamat sistem pendidikan negara.

Nilai-nilai yang difokuskan dalam domain ini ialah kepercayaan
kepada Tuhan, amanah, ikhlas, berilmu, kasih sayang, sabar, budi
bahasa, adil, bertimbang rasa, daya tahan, daya saing, dan tahan
lasak, cergas, aktif dan sihat, kemahiran interpersonal dan
intrapersonal, semangat sukarela, dan efisien.

Kementerian Pelajaran Malaysia

Standard Guru Malaysia 23

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

S1.2 Domain Profesion

Domain ini merujuk kepada pegangan nilai yang patut diamalkan
secara telus oleh guru dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang
guru yang profesional. Nilai-nilai yang ditekankan dalam domain
ini adalah kecintaan terhadap profesion, berketerampilan, integriti,
teladan, mengamalkan kerja sepasukan, proaktif, kreatif dan inovatif.

S1.3 Domain Sosial

Guru berperanan sebagai agen sosialisasi dan penjana modal insan
dalam masyarakat. Nilai-nilai utama yang patut diamalkan oleh guru
adalah keharmonian, kemahiran sosial, semangat bermasyarakat,
patriotisme dan kecintaan terhadap alam sekitar.

Standard 2 Pengetahuan dan Kefahaman

Standard ini memperincikan kompetensi ilmu pengetahuan dan
kefahaman tentang subjek pengkhususan, ilmu pendidikan, kurikulum
dan kokurikulum yang patut ada pada seseorang guru.

Guru yang memiliki dan menguasai ilmu yang mantap dapat
meningkatkan profesionalisme keguruan, melaksanakan tugas
dengan cekap dan berkesan serta menjadi lebih kreatif dan
inovatif. Bidang pengetahuan yang patut dikuasai oleh guru
adalah seperti yang berikut:

S2.1 Falsafah, matlamat, dan objektif pendidikan yang menjadi
teras dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.

S2.2 Falsafah, matlamat, objektif kurikulum dan kokurikulum,
hasil pembelajaran, dan keperluan pengajaran dan
pembelajaran bagi mata pelajaran yang diajarkan.

Kementerian Pelajaran Malaysia

24 Standard Guru Malaysia

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

S2.3 Kandungan mata pelajaran yang diajarkan.

S2.4 Kandungan Ilmu Pendidikan

S2.5 Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), media dan
sumber pendidikan dalam pelaksanaan kurikulum dan
kokurikulum.

S2.6 Strategi untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran
yang kondusif.

S2.7 Kaedah pentaksiran dan penilaian, dan penyelidikan
tindakan untuk menambah baik amalan pengajaran dan
pembelajaran.

S2.8 Potensi murid dan cara mengembangkannya secara
menyeluruh dan bersepadu.

Kementerian Pelajaran Malaysia

Standard Guru Malaysia 25

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

Standard 3 Kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran

Standard ini memperincikan kompetensi kemahiran pengajaran dan
pembelajaran yang patut dikuasai oleh guru.

Kemahiran pengajaran dan pembelajaran menekankan kebolehan guru
untuk membuat perancangan, pelaksanaan dan penilaian pengajaran dan
pembelajaran akademik dan kokurikulum.

Kemahiran yang patut ada pada semua guru adalah seperti yang berikut:

S3.1 Kemahiran menyediakan perancangan pengajaran dan pembelajaran
berdasarkan Sukatan Pelajaran dan takwim dengan mengambil kira
perbezaan kebolehan, pengetahuan sedia ada, serta jangkaan
pencapaian murid.

S3.2 Kemahiran melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan
menggunakan pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik serta
mengintegrasikan kemahiran berfikir, kemahiran belajar, kemahiran
teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran pemudah cara dan
kemahiran mentaksir dan menilai.

S3.3 Kemahiran memantau, mentaksir dan menilai keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran bertujuan memperbaik pengajaran
guru dan meningkatkan pencapaian murid.

S3.4 Kemahiran mengurus bilik darjah; melibatkan pengurusan hubungan
kemanusiaan, masa, ruang, dan sumber untuk mencapai
pembelajaran yang bermakna dan berkesan.

Kementerian Pelajaran Malaysia

26 Standard Guru Malaysia

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

9.0 PERINCIAN KEPERLUAN

Agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan keperluan latihan dengan
mengambil kira dasar kerajaan, peruntukan kewangan, pekeliling am dan arahan
pentadbiran, tuntutan serta perkembangan semasa. Lima keperluan penting latihan
perguruan telah dikenal pasti bagi memastikan guru mencapai tahap kompetensi
yang diharapkan iaitu:

Keperluan 1 Kelayakan Masuk dan Prosedur Kemasukan
Program Latihan Perguruan

Keperluan ini memperincikan syarat dan kriteria serta prosedur
pengambilan calon program latihan perguruan. Untuk memastikan
permohonan yang layak sahaja ditawarkan mengikuti program latihan
perguruan, agensi dan institusi latihan perguruan patut mematuhi
syarat dan prosedur berikut:

K1.1 Mengiklankan permohonan

K1.2 Menapis semua permohonan dan memanggil calon yang
layak untuk menduduki ujian kelayakan

K1.3 Memanggil calon guru yang melepasi ujian kelayakan pada
tahap yang ditetapkan untuk menghadiri temu duga

K1.4 Melaksanakan sesi temu duga calon guru

K1.5 Membuat tawaran kepada calon guru yang berjaya

K1.6 Mendaftar calon guru berpandukan buku panduan
pendaftaran

K1.7 Menandatangani perjanjian latihan perguruan

Kementerian Pelajaran Malaysia

Standard Guru Malaysia 27

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

Keperluan 2 Latihan, Pentaksiran dan Penilaian

Keperluan ini memperincikan program latihan, sistem pemantauan, dan
pentaksiran dan penilaian. Bagi memenuhi keperluan latihan, pentaksiran
dan penilaian latihan perguruan, agensi dan institusi latihan perguruan
patut menyediakan perkara berikut:

K2.1 Kurikulum latihan

K2.2 Sumber manusia yang berkelayakan, kompeten, dan mencukupi

K2.3 Program terancang bagi guru pelatih memperoleh pengetahuan
dan pengalaman di sekolah

K2.4 Sumber pengajaran dan pembelajaran

K2.5 Pentaksiran dan penilaian berdasarkan peraturan peperiksaan
dan penilaian yang sedang berkuat kuasa

Kementerian Pelajaran Malaysia

28 Standard Guru Malaysia

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

Keperluan 3 Kolaborasi

Keperluan ini memperincikan permuafakatan antara agensi dan institusi
latihan perguruan dengan pihak sekolah, institusi pendidikan tinggi
tempatan dan luar negara, badan bukan kerajaan serta institusi-institusi
lain yang boleh memantapkan lagi latihan perguruan.

Bagi meningkatkan lagi kualiti latihan perguruan, agensi dan institusi
latihan perguruan patut mewujudkan permuafakatan dengan pelbagai
pihak seperti yang berikut:

K3.1 Sekolah

K3.2 Institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negara

K3.3 Badan bukan kerajaan seperti persatuan, unit beruniform, serta
sukan dan permainan

Keperluan 4 Infrastruktur dan Infostruktur

Keperluan ini memperincikan prasarana pengajaran dan pembelajaran,
informasi dan komunikasi bagi mengoptimum kecekapan dan
keberkesanan program latihan.

Bagi menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan, bermakna dan menyeronokkan, agensi dan institusi latihan
perguruan patut menyediakan prasarana dan sumber yang lengkap dan
terkini seperti yang berikut:

K4.1 Menyediakan kemuda.han fizikal yang sesuai dan mencukupi bagi
memenuhi keperluan kurikulum dan kokurikulum, pengurusan dan

Kementerian Pelajaran Malaysia

Standard Guru Malaysia 29

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

pentadbiran, serta kebajikan pelajar dan staf berdasarkan
spesifikasi standard dan kos yang sedang berkuat kuasa.

K4.2 Menyediakan rangkaian infostruktur yang bersepadu untuk
menyokong aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta
pengurusan dan pentadbiran.

Keperluan 5 Jaminan Kualiti

Keperluan ini memperincikan semua aspek perancangan dan
pelaksanaan dasar, strategi, prosedur serta aktiviti bagi mewujudkan
keyakinan bahawa kualiti latihan sentiasa terpelihara dan ditingkatkan
secara berterusan.

Mekanisme jaminan kualiti merupakan aspek penting bagi memastikan
latihan perguruan yang dilaksanakan kekal bermutu tinggi. Pemantauan,
penilaian, dan pelaporan perlu dibuat terhadap perkara-perkara berikut
bagi menjamin kualiti latihan perguruan:

K5.1 Pemastian jaminan kualiti terhadap Standard

K5.2 Pemastian jaminan kualiti terhadap Keperluan

K5.3 Penandaarasan latihan perguruan

K5.4 Pemastian Amalan Jaminan Kualiti Agensi Kelayakan
Malaysia

Perincian standard dan keperluan yang digariskan amat penting bagi
menjamin program latihan yang dilaksanakan akan menghasilkan guru
yang kompeten, kreatif, inovatif, dan berketerampilan.

Kementerian Pelajaran Malaysia

30 Standard Guru Malaysia

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

Guru (digambarkan oleh huruf G) yang dihasratkan oleh Malaysia mempunyai
kompetensi yang tinggi dalam aspek amalan nilai profesionalisme keguruan
(Standard 1), pengetahuan dan kefahaman (Standard 2) serta kemahiran
pengajaran dan pembelajaran (Standard 3). Ketiga-tiga standard tersebut
digambarkan oleh tiga lingkaran kecil yang bertindan; membawa maksud
ketiga-tiga aspek kompetensi yang dikuasai oleh guru adalah saling berkait dan
bersepadu.

Lingkaran besar putih yang melingkari Standard menggambarkan Keperluan
utama yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan
bagi menyokong dan membantu guru mencapai Standard. Keperluan yang
dimaksudkan ialah kelayakan masuk dan prosedur pengambilan calon program
latihan perguruan (Keperluan 1), latihan, pentaksiran dan penilaian program
perguruan (Keperluan 2), kolaborasi (Keperluan 3), infrastruktur dan infostruktur
(Keperluan 4), dan jaminan kualiti (Keperluan 5).

Lingkaran besar yang memagari Keperluan menggambarkan asas penentuan
Standard dan Keperluan iaitu Misi Nasional, Falsafah Pendidikan Kebangsaan,
Falsafah Pendidikan Guru, Tatasusila Profesion Keguruan, dan Etika Kerja
Kementerian Pelajaran Malaysia,

Glob di tengah-tengah lingkaran Standard merujuk kepada kualiti guru bertaraf
dunia yang dipertanggungjawab membangunkan modal insan berminda kelas
pertama, iaitu menguasai ilmu dan kemahiran tinggi, menjunjung nilai budaya
bangsa, memiliki semangat patriotisme yang utuh, mempunyai daya saing yang
tinggi dan berwibawa.

Kementerian Pelajaran Malaysia

Standard Guru Malaysia 31

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

10.0 PENUTUP

Standard Guru Malaysia menetapkan tahap pencapaian kompetensi
profesional yang patut dicapai oleh guru untuk menjamin dan
mengekalkan pendidikan yang berkualiti kepada warganegara Malaysia
kini dan akan datang. Standard Guru Malaysia akan dapat memastikan
guru yang dihasilkan mempunyai kompetensi yang tinggi dalam
aspek amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan
kefahaman serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran.

Kementerian Pelajaran Malaysia

32 Standard Guru Malaysia

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

Kementerian Pelajaran Malaysia

Standard Guru Malaysia 33

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

HURAIAN
STANDARD
GURU MALAYSIA

Kementerian Pelajaran Malaysia

34 Standard Guru Malaysia

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

Kementerian Pelajaran Malaysia

Standard Guru Malaysia 35

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

Standard 1

Amalan Nilai
Profesionalisme Keguruan

Kementerian Pelajaran Malaysia

36 Standard Guru Malaysia

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

Kementerian Pelajaran Malaysia

Standard Guru Malaysia 37

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

STANDARD 1: AMALAN NILAI PROFESIONALISME KEGURUAN

Pengenalan

Setiap guru bertanggungjawab untuk melahirkan murid yang sentiasa
mengamalkan nilai-nilai murni. Guru yang profesional dan kompeten
hendaklah mempunyai integriti dan kredibiliti yang boleh diteladani.
Peranan guru bukan hanya menyampaikan ilmu pengetahuan dan
maklumat tetapi juga berperanan dalam membimbing dan mendidik
murid mereka supaya menjadi insan yang berpekerti mulia.

Selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah
Pendidikan Guru, Standard Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan
akan menjadi satu landasan untuk melahirkan guru yang berwatak bagi
memenuhi fungsi sekolah sebagai tempat pembentukan warga yang akan
menunjangi pembangunan modal insan.

Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan ialah suatu usaha untuk
membentuk guru yang memiliki towering personality dan mempunyai
world view ke arah melahirkan guru yang unggul.

Kementerian Pelajaran Malaysia

38 Standard Guru Malaysia

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

Kerangka Konsep

KETUHANAN

KEMASYARAKATAN KENEGARAAN

Rajah 1: Kerangka Konsep Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan

Kerangka konsep Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan yang ditunjukkan
dalam Rajah 1 berdasarkan tiga paksi, iaitu Ketuhanan, Kemasyarakatan, dan
Kenegaraan. Seseorang guru yang unggul dapat dilahirkan dengan berpegang
pada tiga paksi di atas. Segala pemikiran dan pandangan hidup seseorang
guru hendaklah berpaksikan kepercayaan kepada Tuhan, Kemasyarakatan dan
Kenegaraan.

Berdasarkan tiga paksi tersebut terdapat tiga domain yang menjadi fokus untuk
membina Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan yang jitu, iaitu domain diri,
domain profesion, dan domain sosial. Penghayatan dan pengamalan ketiga-tiga
domain tersebut dalam latihan perguruan menjadi prasyarat untuk melahirkan
guru yang unggul.

Nilai-nilai utama dalam Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan adalah
berlandaskan Tujuh Dimensi Budaya Institut Pendidikan Guru yang juga
mengambil kira Tatasusila Profesion Keguruan, nilai murni dalam kurikulum
sekolah, Nilai Utama dalam Perkhidmatan Awam, Prinsip Utama Etika Kerja
Kementerian Pelajaran Malaysia, dan Tonggak Dua Belas.

Kementerian Pelajaran Malaysia

Standard Guru Malaysia 39

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

Domain Dalam Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan

a. S1.1 Domain Diri

Domain ini merujuk kepada pegangan nilai diri guru yang sedia ada dan patut
dikembangkan supaya guru boleh memberi sumbangan yang lebih berkesan
kepada profesion keguruan bagi mencapai matlamat sistem pendidikan negara.

Nilai-nilai yang merangkumi domain diri adalah seperti yang berikut:

S1.1.1 kepercayaan kepada Tuhan
S1.1.2 amanah
S1.1.3 ikhlas
S1.1.4 berilmu
S1.1.5 kasih sayang
S1.1.6 sabar
S1.1.7 budi bahasa
S1.1.8 adil
S1.1.9 bertimbang rasa
S1.1.10 daya tahan, daya saing dan tahan lasak
S1.1.11 cergas, aktif dan sihat
S1.1.12 kemahiran interpersonal dan intrapersonal
S1.1.13 semangat sukarela
S1.1.14 efisien

Kementerian Pelajaran Malaysia


Click to View FlipBook Version