The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

standard guru malaysia - 2009

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by wmnasir, 2019-10-21 00:55:27

STANDARD GURU MALAYSIA

standard guru malaysia - 2009

40 Standard Guru Malaysia

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

S1.1.1 Kepercayaan Kepada Tuhan

Kepercayaan kepada Tuhan merujuk kepada pegangan hati dan keyakinan
terhadap wujudnya zat yang mempunyai segala sifat kesempurnaan dan
berkuasa terhadap segala sesuatu. Kepercayaan ini dimanifestasi melalui
penganutan agama. Penghayatan kepada agama ini akan memberi panduan
hidup yang positif kepada penganutnya.

Standard ini tercapai apabila guru:

• mempunyai pegangan agama yang dapat membentuk keperibadian bagi
memenuhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan,

• melaksanakan ibadat mengikut ajaran agama dan menjalani kehidupan
berlandaskan panduan agama,

• menerapkan nilai-nilai universal yang diterima oleh semua agama dalam
melaksanakan tugas-tugasnya sebagai seorang guru, dan

• dapat menerapkan nilai-nilai agama dalam pengajarannya.

S1.1.2 Amanah

Guru patut menerima tugas dan tanggungjawab sebagai satu amanah yang
mesti dilaksanakan. Apabila bidang pendidikan dianggap sebagai satu amanah
maka unsur-unsur yang berkaitan dengan kepentingan peribadi, sifat-sifat negatif,
tindakan-tindakan yang tidak profesional akan dapat dihindari.

Kementerian Pelajaran Malaysia

Standard Guru Malaysia 41

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

Standard ini tercapai apabila guru:

• menjalankan tugas dan tanggungjawabnya secara profesional dan
berakauntabiliti,

• menggunakan masa dan sumber untuk kepentingan profesional,

• menggunakan kuasa dan kedudukan dengan betul, dan

• menepati waktu dan rekod kehadiran yang baik.

S1.1.3 Ikhlas
Guru patut menjalankan tugas demi agama, bangsa dan negara dengan
semangat sukarela, berintegriti dan akauntabiliti. Guru juga perlu menjalankan
tugas dengan suci hati untuk mendapat keredhaan Tuhan.

Standard ini tercapai apabila guru:

• menjalankan tugas dengan dedikasi, jujur, sukarela dan bertanggungjawab,

• sedia memberi sumbangan dan melaksanakan tugas,

• mengutamakan kesempurnaan kerja, dan

• menjadikan kerja sebagai satu ibadah.

Kementerian Pelajaran Malaysia

42 Standard Guru Malaysia

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

S1.1.4 Berilmu

Guru patut berpegang kepada konsep pembelajaran sepanjang hayat untuk
menimba ilmu sebagai satu amalan hidup demi mencapai dan meningkatkan
kecemerlangan diri.

Standard ini tercapai apabila guru:

• mencari peluang meningkatkan kecekapan dan kebolehan,

• mengoptimumkan segala sumber dan peluang yang ada untuk meningkatkan
ilmu pengetahuan dan kemahiran ikhtisas diri,

• melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti keilmuan, dan

• menerapkan teknologi dalam pengurusan, pengajaran dan pembelajaran.

S1.1.5 Kasih Sayang

Kasih sayang merupakan nilai murni yang perlu ada pada seseorang guru.
Setiap agama menekankan aspek kasih sayang dalam ajarannya, dengan ini,
pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan demi
menjaga kesejahteraan murid.

Standard ini tercapai apabila guru:

• mempunyai sifat kasih sayang, prihatin, dan empati sesama makhluk
berlandaskan nilai-nilai agama dan norma-norma masyarakat,

• sanggup mengorbankan masa dan tenaga demi kesejahteraan murid, dan

• sentiasa bersedia serta komited dalam menyelesaikan masalah murid.

Kementerian Pelajaran Malaysia

Standard Guru Malaysia 43

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

S1.1.6 Sabar

Kesabaran merupakan kesediaan guru menerima segala cabaran dan dugaan
dengan tenang, memikirkan, dan berusaha menyelesaikannya dengan sistematik
dan tidak mudah berputus asa. Kesabaran akan meningkatkan kewibawaan guru.

Standard ini tercapai apabila guru:

• menunjukkan sifat sabar, bersedia mendengar keluhan dan masalah
muridnya secara terbuka, profesional, pemaaf, dan tidak cepat marah,

• sentiasa memikirkan jalan penyelesaian yang sistematik bagi sesuatu
masalah yang dihadapi, dan

• sanggup menghadapi tekanan kerja dengan tenang.

S1.1.7 Budi Bahasa

Budi bahasa ialah amalan murni yang dapat membina jati diri rakyat Malaysia.
Kekuatan budaya dan sistem nilai masyarakat sebenarnya menjadi kayu ukur
dan petunjuk kepada kemajuan sesebuah negara. Budaya berbudi bahasa
dan mengamalkan nilai-nilai murni bukan sekadar perlu dipertahankan
bahkan perlu diperkaya lagi agar ia tidak mengalami kepupusan serta sentiasa
berkesinambungan untuk diwarisi daripada generasi kepada generasi
seterusnya. Usaha kita mempertahankan budaya perlu juga disertai oleh aspek
tingkah laku berbudi bahasa.

Standard ini tercapai apabila guru:

• memikul tanggungjawab untuk menanam, menghayati, dan sentiasa
mengamalkan budaya berbudi bahasa,

Kementerian Pelajaran Malaysia

44 Standard Guru Malaysia

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

• bersopan santun dan berbudi bahasa, dan

• memahami dan menghormati kepelbagaian budaya dan warisan semua
bangsa dan suku kaum.

S1.1.8 Adil

Sifat adil berkait rapat dengan sifat kejujuran, kesaksamaan, dan tindakan
yang mengambil kira semua aspek dalam membuat keputusan. Seseorang
guru hendaklah bersikap adil terhadap dirinya dan semua pihak yang berkaitan
dengan amalan profesional dan peribadi.

Standard ini tercapai apabila guru:

• sentiasa bertoleransi dan tidak mendiskriminasi murid kerana perbezaan
status sosioekonomi, nilai budaya, kaum, agama, dan kepercayaan,

• mengamalkan nilai dan prinsip secara saksama untuk dirinya dan pihak lain,
dan

• berupaya membuat keputusan yang saksama dengan mengambil kira
semua faktor.

S1.1.9 Bertimbang Rasa

Bertimbang rasa ialah perasaan kasih, simpati, empati dan belas kasihan kepada
manusia dan makhluk lain. Dalam mengambil dan membuat sesuatu keputusan
atau tindakan, seseorang guru haruslah mengutamakan sifat bertimbang rasa
agar keharmonian dapat diwujudkan.

Kementerian Pelajaran Malaysia

Standard Guru Malaysia 45

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

Standard ini tercapai apabila guru:

• mesra, kasih, penyayang, dan sentiasa mengambil berat terhadap
permasalahan dan kebajikan murid,

• sentiasa disayangi dan dihormati oleh murid, dan

• menyedari keupayaan murid dan sentiasa bertolak ansur.

S1.1.10 Daya Tahan, Daya Saing dan Tahan Lasak

Guru patut menghadapi dan menyelesaikan masalah atau situasi yang
mencabar dirinya dengan tenang dan proaktif serta tidak mudah berputus asa.
Di samping itu, guru perlu mempunyai semangat persaingan yang sihat.

Standard ini tercapai apabila guru:

• mengutamakan kejayaan, kemenangan, dan kecemerlangan untuk dirinya
dan juga organisasi,

• menyumbangkan masa dan tenaga dalam melaksanakan tanggungjawab
yang diamanahkan secara sempurna dan efektif, dan

• memikirkan dan melaksanakan strategi untuk mencapai kejayaan.

Kementerian Pelajaran Malaysia

46 Standard Guru Malaysia

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

S1.1.11 Cergas, Aktif dan Sihat

Guru patut melibatkan diri secara aktif dan konsisten dalam melaksanakan aktiviti-
aktiviti anjuran organisasi yang menjurus kepada kecemerlangan pendidikan
negara.

Standard ini tercapai apabila guru:

• mengamalkan budaya hidup sihat,

• memelihara kesihatan diri dengan beriadah serta menjaga pemakanan, dan

• menganjur dan mengadakan aktiviti pendidikan dan melibatkan diri secara
aktif dalam badan kerajaan dan bukan kerajaan yang memperjuangkan
pendidikan negara.

S1.1.12 Kemahiran Interpersonal dan Intrapersonal

Guru patut yakin dan dapat berkomunikasi dengan orang lain secara berkesan
dengan mengamalkan kesantunan berbahasa demi memelihara keharmonian.
Secara peribadi, guru sentiasa bermuhasabah dalam usaha menambah baik diri
secara berterusan.

Standard ini tercapai apabila guru:

• berkomunikasi secara berkesan,

• menyampai dan menerima maklumat dengan tepat,

• menggunakan laras bahasa yang sesuai dalam berkomunikasi, dan

• membuat refleksi, penilaian diri dan dapat meyakinkan orang lain serta
sentiasa disenangi oleh rakan sejawat, masyarakat, dan murid.

Kementerian Pelajaran Malaysia

Standard Guru Malaysia 47

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

S1.1.13 Semangat Sukarela

Guru haruslah bersedia melibatkan diri dan komited dalam aktiviti organisasi
dan masyarakat atas kerelaan hati yang luhur. Di samping itu, guru patut
bersedia dan rela untuk berkhidmat di luar waktu tugas rasmi.

Standard ini tercapai apabila guru:

• menyertai badan sukarela di dalam dan di luar sekolah,

• sentiasa menawarkan diri untuk berkhidmat dalam aktiviti yang dirancang
organisasi, dan

• rela berkhidmat di luar waktu tugas rasmi.

S1.1.14 Efisien

Guru patut memiliki kecekapan mengurus diri, masa, dan emosi, mengatasi
kesukaran, dan memantapkan rohani. Guru juga perlu dapat menyampaikan ilmu
secara signifikan mengikut tahap kebolehan murid dengan strategi yang cekap
dan berkesan.

Standard ini tercapai apabila guru:

• mengutamakan kualiti hasil kerja,

• menyimpan rekod dan data organisasi dengan teratur,

• menyelesaikan tugas dalam masa yang ditetapkan, dan

• melaksanakan kerja mengikut apa yang dirancang berlandaskan peraturan
yang ada.

Kementerian Pelajaran Malaysia

48 Standard Guru Malaysia

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

b. S1.2 Domain Profesion

Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan dalam domain profesion ialah
pegangan nilai yang diperoleh dan dikembangkan semasa mengikuti latihan
keguruan. Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan patut diamalkan secara
telus oleh guru dalam menjalankan tugasnya mengikut acuan Malaysia.

Nilai-nilai yang ditekankan dalam domain ini termasuklah menjaga imej
profesion dengan keterampilan diri yang sesuai, kecintaan terhadap
profesion dan menjaga integriti profesion keguruan semasa menjalankan
tugas. Guru patut menjadi teladan kepada murid, rakan sejawat dan
masyarakat, dan mengamalkan semangat kerja sepasukan. Selain itu,
guru patut mempunyai sikap proaktif dalam melaksanakan amanah,
berfikiran kreatif, dan sentiasa bermotivasi serta berupaya merangsang
minat belajar dalam kalangan murid.

Nilai-nilai yang merangkumi domain profesion adalah seperti yang
berikut:

S1.2.1 kecintaan terhadap profesion
S1.2.2 berketerampilan
S1.2.3 integriti
S1.2.4 teladan
S1.2.5 mengamalkan kerja sepasukan
S1.2.6 proaktif
S1.2.7 kreatif dan inovatif

Kementerian Pelajaran Malaysia

Standard Guru Malaysia 49

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

S1.2.1 Kecintaan Terhadap Profesion

Guru patut menunjukkan perasaan cinta dan sayang terhadap profesion keguruan.
Kecintaan ini dinyatakan melalui kesediaan memelihara imej profesion, kesetiaan
terhadap kerjaya, dan kesanggupan berkorban demi memartabatkan profesion.

Standard ini tercapai apabila guru:

• mempertahankan nama baik profesion,

• menjadikan profesion keguruan sebagai hala tuju kehidupan,

• sanggup berkorban masa dan tenaga, dan

• taat setia terhadap profesion.

S1.2.2 Berketerampilan

Guru patut memartabatkan profesion keguruan dengan memelihara keterampilan
diri. Keterampilan guru memberikan satu gambaran bahawa guru sememangnya
mempunyai ilmu dan kemahiran yang tinggi serta nilai diri yang positif dan minda
yang sihat.

Standard ini tercapai apabila guru:

• berpakaian kemas dan sesuai,

• bertingkah laku secara sopan,

• menggunakan bahasa yang santun dan cara pertuturan yang jelas serta
meyakinkan, dan

• memiliki perwatakan mesra murid dan masyarakat.

Kementerian Pelajaran Malaysia

50 Standard Guru Malaysia

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

S1.2.3 Integriti

Guru patut berintegriti dalam melaksanakan tanggungjawab dengan
mengamalkan sikap yang positif, penuh komitmen, amanah, dan mementingkan
kesempurnaan hasil tugas. Integriti dikaitkan dengan nilai amanah, jujur , boleh
dipercayai dan juga sentiasa memelihara kepentingan awam tanpa mengambil
peluang untuk kepentingan diri sendiri.

Standard ini tercapai apabila guru:

• menjalankan tugas dengan penuh ikhlas tanpa ada matlamat atau
kepentingan peribadi,

• menyempurnakan tugas dengan penuh komitmen,

• mematuhi peraturan yang dikuatkuasakan demi menjaga kepentingan
awam, dan

• menunjukkan ketegasan dan ketekalan dalam berpegang kepada prinsip.

Kementerian Pelajaran Malaysia

Standard Guru Malaysia 51

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

S1.2.4 Teladan

Guru patut menunjukkan teladan yang baik bagi mempengaruhi pemikiran
dan tingkah laku murid. Tingkah laku guru patut menjadi teladan dalam
pembentukan sahsiah diri murid. Setiap tindakan perlu dilakukan secara
bijaksana, mempamerkan kematangan, sikap bekerjasama dengan rakan
sejawat dan mempunyai gaya kepimpinan yang sesuai dalam mengendalikan
aktiviti di sekolah atau organisasi.

Standard ini tercapai apabila guru:

• mempamerkan imej diri yang kemas dan disenangi,

• menunjukkan perlakuan yang beradab,

• membuktikan bahawa dirinya mudah didekati, tenang dan sabar, dan

• memperlihatkan gaya kepimpinan yang boleh dicontohi.

S1.2.5 Mengamalkan Kerja Sepasukan

Guru yang berjaya menjalankan tugasnya dengan sempurna, memerlukan
sokongan, dorongan dan bimbingan daripada rakan sejawat dan masyarakat
atau persekitaran. Seseorang guru tidak boleh berfungsi dengan baik secara
bersendirian bahkan mereka harus mengamalkan budaya kerja sepasukan
menerusi amalan kolaborasi, koperatif, keakraban dan kesepakatan.

Standard ini tercapai apabila guru:

• menerima kekuatan dan kelemahan orang lain,

• bekerja dalam pelbagai suasana dengan penuh harmoni,

Kementerian Pelajaran Malaysia

52 Standard Guru Malaysia

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

• menerima perbezaan pendapat dengan terbuka,

• menghasilkan kerja yang sempurna dan berkualiti,

• mempertahankan rasional dan keberkesanan keputusan yang telah dibuat,
dan

• mampu bertindak dalam menangani masalah secara bersama.

S1.2.6 Proaktif

Guru yang proaktif akan sentiasa berfikiran progresif dan mengambil inisiatif
dalam usaha menambah baik diri dan organisasi. Seseorang guru juga patut
merancang, melaksana serta bertindak untuk menyempurnakan segala tugas
yang diamanahkan.

Standard ini tercapai apabila guru:

• memberi sumbangan lebih daripada apa yang disasarkan,

• bertanggungjawab sepenuhnya terhadap setiap tindakan yang diambil, dan

• mengenal pasti peluang untuk meningkatkan prestasi organisasi.

S1.2.7 Kreatif dan Inovatif

Guru yang kreatif dan inovatif ialah guru yang berkemampuan dan berkebolehan
mencipta dan mencuba idea dan kaedah baru untuk meningkatkan nilai tambah
kualiti pengajaran dan pembelajaran. Guru patut lebih kreatif dan inovatif dalam
mengamalkan sifat ingin tahu dan kemahuan meningkatkan ilmu.

Kementerian Pelajaran Malaysia

Standard Guru Malaysia 53

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

Standard ini tercapai apabila guru berupaya:

• menggunakan lebih daripada satu strategi, pendekatan, dan kaedah pengajaran
dan pembelajaran,

• mengubah suai dan menggunakan pelbagai sumber pengajaran dan
pembelajaran,

• mencipta kaedah baru dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran, dan

• menggunakan kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi secara
kreatif dan optimum.

c. S1.3 Domain Sosial

Guru patut berperanan sebagai agen sosialisasi dan penjana modal insan
dalam masyarakat. Sehubungan dengan itu, domain sosial perlu dititikberatkan
dalam Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan ketika guru berinteraksi
dengan masyarakat dan persekitaran.

Nilai-nilai yang merangkumi domain sosial adalah seperti berikut:

S1.3.1 keharmonian
S1.3.2 kemahiran sosial
S1.3.3 semangat bermasyarakat
S1.3.4 patriotisme
S1.3.5 kecintaan terhadap alam sekitar

Kementerian Pelajaran Malaysia

54 Standard Guru Malaysia

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

S1.3.1 Keharmonian

Guru patut mewujudkan suasana harmoni di tempat kerja dengan mengamalkan
kerja sepasukan yang merentas perbezaan agama, bangsa, kaum, jantina
dan fahaman. Dalam pergaulan seharian, guru patut menganggap perbezaan
pendapat sebagai satu rahmat yang membawa kepada semangat hormat
menghormati dan saling memahami serta kesepaduan keputusan atau tindakan.

Standard ini tercapai apabila guru berupaya:

• menunjukkan kesediaan untuk melakukan aktiviti dengan semua peringkat,

• menjalankan aktiviti kokurikulum yang melibatkan pelbagai kaum dan agama,

• menerima pendapat orang lain, bertoleransi dan bertimbang rasa, dan

• menyatakan pendapat dengan santun dan menjaga perasaan orang lain.

S1.3.2 Kemahiran Sosial

Guru patut menguasai dan mengamalkan kemahiran sosial bagi mengeratkan
hubungan silaturrahim serta mewujudkan persekitaran yang kondusif dalam
pergaulan di dalam dan di luar sekolah. Guru patut menyesuaikan diri dalam semua
aktiviti formal dan tidak formal.

Standard ini tercapai apabila guru:

• berkomunikasi dengan murid, rakan sejawat, pegawai atasan dan anggota
masyarakat secara berkesan,

• menunjukkan kebijaksanaan memilih rakan,

Kementerian Pelajaran Malaysia

Standard Guru Malaysia 55

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

• memanfaatkan masa lapang,

• menggunakan kata sapaan dan laras bahasa yang sesuai dalam komunikasi,
dan

• mempamerkan kompetensi emosi yang tinggi.

S1.3.3 Semangat Kemasyarakatan

Guru patut melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan oleh
komuniti setempat. Penglibatan ini hendaklah dilakukan secara ikhlas dan
sukarela.

Standard ini tercapai apabila guru:

• melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan,

• sanggup berkorban masa, tenaga dan sumber untuk memberi khidmat kepada
masyarakat, dan

• membuat keputusan berdasarkan persetujuan bersama dan semangat
bermuafakat.

Kementerian Pelajaran Malaysia

56 Standard Guru Malaysia

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

S1.3.4 Patriotisme

Guru patut memupuk semangat patriotisme dalam dirinya dengan memberi
sumbangan dan taat setia kepada negara. Guru juga patut menjaga imej
negara, sentiasa memartabatkan nama baik negara di mata dunia luar dan
memperlihatkan jati diri bangsa Malaysia yang unggul dari segi penampilan,
perawakan, fahaman dan pergaulan.

Standard ini tercapai apabila guru:

• menghargai sejarah negara,

• mempamerkan tingkah laku yang sesuai dan positif terhadap aktiviti yang
memupuk semangat kenegaraan,

• sentiasa menjaga nama baik pemimpin negara, dan

• meraikan hari-hari kebesaran negara.

S1.3.5 Kecintaan Terhadap Alam Sekitar

Guru patut menunjukkan kecintaan terhadap alam sekitar dengan memastikan
sekolah, bilik darjah dan iklim pengajaran dan pembelajaran yang kondusif. Guru
juga patut melibatkan diri dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
Unsur-unsur kebersihan, kesihatan, dan keselamatan persekitaran sentiasa
dipelihara.

Standard ini tercapai apabila guru:

• mengutamakan kebersihan, kesihatan, dan keselamatan dalam pengurusan
bilik darjah dan tempat kerja,

Kementerian Pelajaran Malaysia

Standard Guru Malaysia 57

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

• menjaga alam sekitar melalui penglibatan aktif dalam aktiviti kesedaran alam
sekitar, dan

• peka terhadap isu semasa berkaitan alam sekitar.

Penutup

Dengan mengamalkan kesemua domain dalam Standard Amalan Nilai
Profesionalisme Keguruan, guru diyakini akan mempunyai hala tuju, matlamat,
serta wawasan pendidikan yang jelas. Guru akan dapat melihat realiti semasa
yang berlaku dalam profesion keguruan daripada perspektif yang betul dan akan
bersikap proaktif terhadapnya. Guru patut berusaha meningkatkan keupayaan
diri, komitmen, inisiatif, dan bertanggungjawab dalam membina peribadi yang
unggul.

* Pencapaian standard tidak terbatas kepada cadangan yang dihuraikan
di atas. Pencapaian ini juga bergantung kepada keadaan lokasi, masa,
budaya, perkembangan dan keperluan semasa.

Kementerian Pelajaran Malaysia

58 Standard Guru Malaysia

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

Kementerian Pelajaran Malaysia

Standard Guru Malaysia 59

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

Standard 2

Pengetahuan dan Kefahaman

Kementerian Pelajaran Malaysia

60 Standard Guru Malaysia

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

Kementerian Pelajaran Malaysia

Standard Guru Malaysia 61

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

STANDARD 2: PENGETAHUAN DAN KEFAHAMAN

Pengenalan

Pendidikan merupakan salah satu faktor utama dalam mencapai misi nasional
melahirkan modal insan kelas pertama dan guru memainkan peranan penting
bagi memastikan kejayaan ini. Guru patut memiliki dan menguasai ilmu
pengetahuan yang mantap dalam bidang pendidikan dan keguruan. Guru
yang memiliki dan menguasai ilmu yang mantap dapat meningkatkan kuasa
profesional, melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan serta menjadi
lebih kreatif dan inovatif.

Guru patut mempunyai keyakinan diri dan kewibawaan dalam melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran yang diajarkan. Untuk
mencapai tujuan ini, guru patut menguasai pelbagai disiplin ilmu yang berkaitan,
mempunyai kefahaman dan penghayatan yang jelas tentang Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK), kurikulum sekolah, pengetahuan ikhtisas, potensi murid,
penggunaan pelbagai media, kaedah pentaksiran dan penilaian, penyelidikan,
serta pelbagai strategi pragmatik bagi membina persekitaran pembelajaran yang
berkesan.

Guru patut mempunyai pengetahuan dan kefahaman yang mantap dan tepat
dalam elemen-elemen yang berikut:

S2.1 Falsafah, matlamat, dan objektif pendidikan yang menjadi teras dalam
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.

S2.2 Falsafah, matlamat, objektif kurikulum sekolah, hasil pembelajaran, dan
keperluan pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran yang
diajarkan.

Kementerian Pelajaran Malaysia

62 Standard Guru Malaysia

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

S2.3 Kandungan mata pelajaran yang diajarkan.

S2.4 Kandungan Ilmu Pendidikan.

S2.5 Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), media dan sumber
pendidikan dalam pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum.

S2.6 Strategi untuk membina persekitaran pembelajaran yang kondusif.

S2.7 Kaedah pentaksiran dan penilaian dan penyelidikan tindakan untuk
penambahbaikan amalan pengajaran dan pembelajaran.

S2.8 Potensi murid dan cara mengembangkannya secara menyeluruh dan
bersepadu.

Kementerian Pelajaran Malaysia

Standard Guru Malaysia 63

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

S2.1 Pengetahuan dan Kefahaman Falsafah, Matlamat, dan
Objektif Pendidikan

Guru patut memahami dan menghayati FPK, serta matlamat dan objektif
pendidikan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab. Seterusnya, guru
dapat menterjemahkan pengetahuan ini sebagai teras dalam merancang dan
melaksanakan program dan aktiviti pendidikan.

Dari segi pelaksanaan pendidikan, guru patut memahami nilai-nilai pendidikan
berasaskan Rukun Negara, Tonggak Dua Belas, Nilai dan Etika Perkhidmatan
Awam, Tatasusila Profesion Keguruan, Pelan Integriti Nasional, dan Dasar
Pendidikan Negara. Guru patut memahami keperluan dan strategi penerapan dan
penyerapan nilai pendidikan dalam pelaksanaan program, aktiviti, serta proses
pengajaran dan pembelajaran.

Dalam bidang kokurikulum, guru patut memahami dan menghayati konsep 4K,
iaitu Kemahiran Asas, Kepegawaian, Kejurulatihan dan Kepengelolaan. Konsep
ini perlu diterjemahkan dalam pelaksanaan dan pengurusan kokurikulum
berasaskan FPK, matlamat dan objektif pendidikan.

Standard ini tercapai apabila guru:

• mengetahui, memahami dan menghayati FPK dan menterjemahkannya
ke dalam perancangan pengajaran dan pembelajaran,

• mengetahui dan memahami matlamat dan objektif pendidikan dalam
merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran,

• mengetahui dan memahami nilai pendidikan dan tahu bagaimana nilai
tersebut diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran,dan

• mengetahui, memahami dan menghayati konsep 4K dan tahu dalam
pengurusan kokurikulum.

Kementerian Pelajaran Malaysia

64 Standard Guru Malaysia

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

S2.2 Pengetahuan dan Kefahaman Falsafah, Matlamat, Objektif
Kurikulum dan Kokurikulum, Hasil Pembelajaran, dan Keperluan
Pengajaran dan Pembelajaran

Bagi melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, guru patut
mengetahui, memahami, dan menghayati falsafah, matlamat dan objektif
kurikulum serta kokurikulum. Pengetahuan dan kefahaman ini akan menjadi
panduan kepada guru dalam merancang dan melaksanakan proses pengajaran
dan pembelajaran dan aktiviti sokongan kurikulum dan kokurikulum bagi mencapai
hasil pembelajaran yang ditetapkan.

Standard ini tercapai apabila guru:

• mengetahui dan memahami serta menterjemahkan falsafah Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR), dan Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM) dalam pengajaran dan pembelajaran,

• mengetahui dan memahami serta menterjemahkan matlamat dan objektif
KBSR dan KBSM dalam pengajaran pembelajaran, dan

• mengetahui dan memahami penggunaan hasil pembelajaran dalam
perancangan pengajaran dan pembelajaran,

• mengetahui dan memahami penggunaan strategi pengajaran dan
pembelajaran. Antaranya:

o Pembelajaran Masteri
o Pembelajaran Koperatif
o Kecerdasan Pelbagai
o Kajian Masa Depan
o Pembelajaran Konstruktivisme
o Pembelajaran Kontekstual

Kementerian Pelajaran Malaysia

Standard Guru Malaysia 65

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

• memahami aplikasi kemahiran generik dalam pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran. Antaranya:

o kemahiran belajar
o kemahiran berfikir
o kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi
o Kemahiran pemudah cara
o Kemahiran mentaksir dan menilai

Kementerian Pelajaran Malaysia

66 Standard Guru Malaysia

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

S2.3 Pengetahuan dan Kefahaman Mata Pelajaran

Keutamaan dalam kerjaya guru adalah untuk membantu murid meningkatkan
pengetahuan dan kefahaman dalam mata pelajaran yang dipelajari. Bagi
mencapai tujuan ini, guru patut menguasai kandungan mata pelajaran yang
meliputi aspek ilmu, kemahiran, dan nilai selaras dengan kehendak kurikulum
untuk membolehkan guru mengajar dengan berkesan.

Perancangan dan penyusunan pengalaman pembelajaran yang dibuat patut
mengambil kira kandungan mata pelajaran dan objektif pembelajaran. Guru
yang mempunyai pengetahuan dan kefahaman yang mantap dalam kandungan
mata pelajaran dapat merancang, menyediakan, dan menyusun pengalaman
pembelajaran yang sesuai serta bertindak balas terhadap masalah pembelajaran
dan keperluan pembelajaran murid.

Dalam kokurikulum, guru patut mengetahui dan memahami aspek pengurusan
aktiviti kokurikulum, menguasai aspek kemahiran asas, kepegawaian,
kejurulatihan, dan kepengelolaan. Pengetahuan dan kefahaman ini membolehkan
guru merancang, mengurus, dan melatih murid dalam bidang sukan, kelab dan
persatuan, serta unit beruniform.

Standard ini tercapai apabila guru:

• mengetahui dan memahami penggunaan sukatan pelajaran dalam perancangan
pengajaran dan pembelajaran,

• mempunyai pengetahuan dan kefahaman dalam mata pelajaran yang
diajarkan,

• mengetahui dan memahami strategi penyerapan dan penggabungjalinan unsur
daripada mata pelajaran lain dalam mata pelajaran yang diajarkan,

Kementerian Pelajaran Malaysia

Standard Guru Malaysia 67

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

• mengetahui dan memahami perkembangan terkini mata pelajaran yang
diajarkan,

• mengetahui dan memahami perkaitan mata pelajaran yang diajarkan dengan
kehidupan seharian, dan

• mengetahui dan memahami cara menyediakan rancangan pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran yang diajarkan dan pelaksanaan kokurikulum.

S2.4 Pengetahuan dan Kefahaman Ilmu Pendidikan

Ilmu pendidikan merangkumi bidang pedagogi, psikologi, sosiologi, bimbingan
dan kaunseling, dan Pendidikan di Malaysia. Penguasaan pengetahuan dan
kefahaman ini menjadi teras kepada perkembangan ikhtisas guru.

Pengetahuan dan kefahaman guru dalam psikologi perkembangan kanak-kanak
dan psikologi pendidikan membolehkan guru memahami tahap perkembangan
murid dan faktor yang mempengaruhinya. Guru patut mengetahui dan memahami
implikasi perkembangan murid terhadap pengajaran dan pembelajaran.

Pengetahuan dan kefahaman pedagogi membolehkan guru mengetahui pelbagai
kaedah mengajar dan penggunaannya sesuai dengan kepelbagaian murid, mata
pelajaran yang diajarkan, dan keperluan pembangunan potensi murid. Guru patut
mengetahui dan memahami strategi pentaksiran dan penilaian bagi mengukur
pencapaian murid dan mengambil tindakan susulan.

Pengetahuan dan kefahaman sosiologi pendidikan membolehkan guru memahami
pengaruh latar belakang dan persekitaran murid terhadap pembelajaran.
Pengetahuan dan kefahaman ini akan membantu guru mewujudkan suasana
bilik darjah yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran. Pengetahuan
dan kefahaman juga membolehkan guru membina hubungan komuniti dan peka

Kementerian Pelajaran Malaysia

68 Standard Guru Malaysia

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

terhadap faktor kepelbagaian budaya dan pengaruhnya terhadap pembelajaran
murid.

Pengetahuan dan kefahaman Pendidikan di Malaysia membolehkan guru
memahami sejarah perkembangan pendidikan, pembentukan FPK, FPG dan
implikasinya terhadap peranan profesional guru. Pengetahuan dan kefahaman
juga membolehkan guru memahami peranan sekolah, dan hubungannya dengan
komuniti. Guru juga dapat memahami ciri keguruan sebagai satu profesion,
cabaran profesion keguruan, dan peranan profesional guru.

Pengetahuan dan kefahaman bimbingan dan kaunseling membolehkan guru
memahami peranan bimbingan dan kaunseling dalam perkembangan murid,
merancang serta melaksanakan pelbagai program perkembangan potensi murid.
Pengetahuan dan kefahaman kemahiran asas kaunseling dapat membantu guru
menangani masalah murid.

Dalam bidang kokurikulum, penguasaan Ilmu Pendidikan dapat meningkatkan
kemahiran guru dalam pengurusan kokurikulum. Penguasaan ilmu ini
meningkatkan pemahaman guru terhadap tahap perkembangan murid serta
mengenal pasti minat dan bakat yang perlu dikembangkan.

Standard ini tercapai apabila guru:

• mengetahui dan memahami cara menyediakan rancangan pengajaran dan
pembelajaran berdasarkan tahap perkembangan murid,

• mengetahui dan memahami cara membuat perancangan pengajaran dan
pembelajaran berdasarkan ciri murid kurang upaya,

• mengetahui dan memahami pengaplikasian teori pembelajaran dalam
pengajaran dan pembelajaran,

Kementerian Pelajaran Malaysia

Standard Guru Malaysia 69

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

• mengetahui dan memahami penggunaan laras bahasa yang sesuai dengan
tahap kebolehan murid,

• mengetahui dan memahami kepentingan dan cara membina hubungan
dengan komuniti pendidikan setempat,

• mengetahui dan memahami serta menghormati kepelbagaian budaya
setempat,

• mengetahui dan memahami penggunaan pelbagai pendekatan, kaedah, dan
strategi pengajaran dan pembelajaran,

• mengetahui dan memahami prosedur pelaksanaan pentaksiran dan penilaian
berterusan dalam pengajaran dan pembelajaran,

• mengetahui dan memahami pelaksanaan aktiviti pemulihan dan pengayaan,

• mengetahui dan memahami peranan guru sebagai pembimbing,

• mengetahui dan memahami prosedur pengurusan bilik darjah, dan

• mengetahui dan memahami cara membuat refleksi pengajaran dan
pembelajaran.

Kementerian Pelajaran Malaysia

70 Standard Guru Malaysia

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

S2.5 Pengetahuan dan Kefahaman Penggunaan Teknologi Maklumat
dan Komunikasi, dan Sumber Pendidikan.

Teknologi Maklumat dan Komunikasi dan sumber pendidikan merupakan
komponen penting dalam pendidikan hari ini. Guru patut mengetahui dan
mengikuti perkembangan TMK yang sentiasa berubah dan mengaplikasikannya
dalam pengajaran dan pembelajaran. Pengetahuan ini dapat membantu guru
melaksanakan tugas dengan lebih berkesan.

Standard ini tercapai apabila guru:

• mengetahui dan memahami kemahiran pengintegrasian TMK dalam
pengajaran dan pembelajaran,

• mengetahui dan memahami kriteria pemilihan dan penggunaan sumber
pendidikan, dan

• mengetahui dan memahami etika penggunaan TMK.

Kementerian Pelajaran Malaysia

Standard Guru Malaysia 71

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

S2.6 Pengetahuan dan Kefahaman Strategi untuk Mewujudkan
Persekitaran Pembelajaran

Persekitaran pembelajaran mempengaruhi prestasi dan pencapaian murid di
sekolah. Persekitaran yang kondusif dari aspek fizikal, sosial dan budaya banyak
membantu murid untuk belajar dalam keadaan yang selesa dan menyeronokkan
serta berkesan. Guru patut mengetahui dan memahami pelbagai strategi untuk
mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif.

Standard ini tercapai apabila guru:

• mengetahui dan memahami strategi untuk mewujudkan suasana pembelajaran
yang selamat,

• mengetahui dan memahami strategi untuk mewujudkan bilik darjah yang
bersih dan ceria,

• mengetahui dan memahami strategi penyusunan kedudukan murid dan
perabot yang merangsangkan pembelajaran,

• mengetahui dan memahami strategi untuk mewujudkan budaya kerjasama dan
persaingan yang sihat,

• mengetahui dan memahami strategi untuk mewujudkan suasana
pembelajaran yang menggalakkan kreativiti, daya usaha dan pemikiran
terbuka, dan

• mengetahui dan memahami strategi untuk mewujudkan hubungan
interpersonal yang positif.

Kementerian Pelajaran Malaysia

72 Standard Guru Malaysia

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

S2.7 Pengetahuan dan Kefahaman Pentaksiran dan Penilaian, dan
Penyelidikan Tindakan

Guru patut mempunyai pengetahuan dan kefahaman yang mantap dalam
merancang dan menyepadukan aktiviti pentaksiran dan penilaian dalam pengajaran
dan pembelajaran. Tujuannya adalah untuk mengesan penguasaan dan kemajuan
pembelajaran, mengenal pasti kesukaran pembelajaran serta keberkesanan
pengajaran guru. Guru juga patut mempunyai pengetahuan dan kefahaman yang
jelas dalam menganalisis maklumat pentaksiran. Pengetahuan dan kefahaman
ini membolehkan guru membuat keputusan yang mempunyai ciri kesahan dan
kebolehpercayaan yang berkaitan dengan pembelajaran murid dan keberkesanan
pengajaran guru.

Guru patut mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang prosedur
pelaksanaan penyelidikan tindakan. Tujuannya adalah untuk memperbaik
kelemahan atau menangani isu yang dihadapi dalam pelaksanaan pengajaran
dan pembelajaran. Pengetahuan dan kefahaman juga dapat membantu
guru melaksanakan penambahbaikan secara berterusan dalam pengurusan
pengajaran dan pembelajaran.

Standard ini tercapai apabila guru:

• mengetahui dan memahami penggunaan pelbagai kaedah pentaksiran dan
penilaian,

• mengetahui dan memahami prosedur dan prinsip pembinaan instrumen
pentaksiran dan penilaian yang berkualiti,

• mengetahui dan memahami penggunaan maklumat pentaksiran dan penilaian
untuk meningkatkan kefahaman guru terhadap murid,

Kementerian Pelajaran Malaysia

Standard Guru Malaysia 73

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

• mengetahui dan memahami penggunaan maklumat pentaksiran dan penilaian
untuk membina program intervensi bagi mengatasi masalah pembelajaran
murid,

• mengetahui dan memahami penggunaan maklumat pentaksiran dan penilaian
untuk menilai keberkesanan pengajaran guru dan mengambil tindakan susulan
yang sesuai, dan

• mengetahui dan memahami penggunaan prosedur penyelidikan tindakan
dalam memperbaik amalan pengajaran dan pembelajaran.

S2.8 Pengetahuan dan Kefahaman Pengembangan Potensi Murid

Guru patut mempunyai pengetahuan dan kefahaman yang mendalam tentang
pengembangan potensi murid. Guru patut menyediakan pelbagai peluang bagi
mengenal pasti dan mengembangkan potensi murid yang berbeza. Guru dapat
merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti
pendidikan dengan lebih berkesan bagi mengembangkan potensi murid secara
menyeluruh dan bersepadu.

Dalam pengurusan kokurikulum, guru patut mengetahui dan memahami kemahiran
tentang kejurulatihan dan kepegawaian untuk mengenal pasti potensi murid dan
mengambil tindakan susulan.

Standard ini tercapai apabila guru:

• mengetahui dan memahami pengenalpastian perbezaan murid dari segi
kecerdasan, kecergasan, persepsi, gaya pembelajaran, dan tahap
pencapaian,

Kementerian Pelajaran Malaysia

74 Standard Guru Malaysia

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

• mengetahui dan memahami cara mengembangkan potensi murid secara
menyeluruh dan bersepadu, dan

• mengetahui dan memahami penggunaan kemahiran asas, kejurulatihan,
kepengelolaan, dan kepegawaian untuk meningkatkan potensi murid melalui
kokurikulum.

Penutup

Penguasaan ilmu keguruan dan pendidikan yang mantap dapat meningkatkan
keyakinan guru melaksanakan tugas profesional dan mengekalkan
keberkesanannya. Pelaksanaan standard pengetahuan dan kefahaman ini akan
menjamin kualiti profesional guru berada pada tahap tinggi dan mengekalkannya
relevan dengan perkembangan pendidikan. Guru dapat menghayati budaya ilmu
seperti yang dihasratkan oleh FPG.

* Pencapaian standard tidak terbatas kepada cadangan yang dihuraikan
di atas. Pencapaian ini juga bergantung kepada keadaan lokasi, masa,
budaya, perkembangan dan keperluan semasa.

Kementerian Pelajaran Malaysia

Standard Guru Malaysia 75

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

Standard 3

Kemahiran
Pengajaran dan Pembelajaran

Kementerian Pelajaran Malaysia

76 Standard Guru Malaysia

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

Kementerian Pelajaran Malaysia

Standard Guru Malaysia 77

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

STANDARD 3 : KEMAHIRAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Pengenalan

Standard ini memfokuskan kebolehan guru membuat perancangan, pelaksanaan,
pentaksiran dan penilaian pengajaran dan pembelajaran, pengurusan bilik darjah
dan kokurikulum.

Kemahiran pengajaran dan pembelajaran merangkumi aspek perancangan dan
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang dapat menjamin kemajuan
pelajar secara optimum. Perancangan mestilah sesuai, spesifik, dan relevan
dengan objektif pembelajaran, persekitaran bilik darjah, masa yang diperuntukkan,
dan profil murid.

Pengurusan dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran melibatkan
pemilihan, penyusunan, dan pemanipulasian sumber untuk membantu
meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran ini patut
dikuasai dalam perancangan dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran
serta kokurikulum.

Standard ini tercapai apabila guru dapat menguasai kemahiran yang berikut:

S3.1 menyediakan perancangan pengajaran dan pembelajaran,
S3.2 melaksanakan pengajaran dan pembelajaran,
S3.3 memantau, mentaksir dan menilai, dan
S3.4 mengurus bilik darjah.

Kementerian Pelajaran Malaysia

78 Standard Guru Malaysia

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

S3.1 Kemahiran Menyediakan Perancangan Pengajaran dan
Pembelajaran

Guru patut berupaya menyediakan rancangan pengajaran tahunan dan
rancangan pengurusan kokurikulum tahunan berdasarkan Sukatan Pelajaran,
Garis Panduan Pelaksanaan Kokurikulum dan Takwim Persekolahan.
Berdasarkan perancangan tahunan, guru dapat menyediakan rancangan
pelajaran harian dan aktiviti kokurikulum dengan menetapkan objektif
pembelajaran, aktiviti, sumber, dan pentaksiran dan penilaian. Perancangan
ini perlu mengambil kira perbezaan kebolehan, pengetahuan sedia ada, dan
jangkaan pencapaian murid.

Dalam perancangan aktiviti luar bilik darjah bagi akademik dan kokurikulum, guru
perlu menetapkan objektif pengajaran dan pembelajaran, menentukan aktiviti,
merancang pengendalian dan pengelolaan aktiviti, dan membuat anggaran kos.
Guru patut menetapkan prosedur pelaksanaan, dan aspek keselamatan agar
objektif pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai dengan berkesan. Bagi
bidang kokurikulum khususnya, guru perlu menguasai kemahiran mengurus dan
merancang strategi dan kaedah pelaksanaan aktiviti kelab dan persatuan, sukan
dan permainan serta unit beruniform.

Standard ini tercapai apabila guru:

• menghasilkan rancangan pengajaran tahunan berdasarkan Sukatan Pelajaran,
Huraian Sukatan Pelajaran, dan Takwim Persekolahan,

• menghasilkan rancangan pengurusan kokurikulum tahunan berdasarkan
Garis Panduan Pelaksanaan Kokurikulum, peralatan dan kemudahan, Takwim
Persekolahan, Takwim Badan Sukan (contoh: Persatuan Bola Sepak
Malaysia, Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia), unit beruniform (contoh:
Persekutuan Pengakap Malaysia), kelab dan persatuan (contoh: Persatuan
Catur Malaysia).

Kementerian Pelajaran Malaysia

Standard Guru Malaysia 79

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

• menghasilkan rancangan pelajaran harian yang mengandungi:

o objektif pembelajaran secara eksplisit yang boleh diukur dan boleh
dicapai,

o set induksi yang sesuai dengan tajuk, menarik perhatian, merangsang
minda, dan membantu kesediaan murid,

o aktiviti yang merangsang pelbagai kecerdasan dan kemahiran murid,
penglibatan murid secara optimum, sesuai dengan tahap kebolehan murid
atau kumpulan, dan peruntukan masa,

o sumber yang sesuai, menarik, mencukupi, dan berbentuk interaktif yang
dapat membantu pembelajaran, dan

o pentaksiran dan penilaian yang relevan dan dapat mengukur pencapaian
objektif pembelajaran.

• menghasilkan rancangan aktiviti kokurikulum yang mengandungi:

o kertas kerja yang menyatakan objektif, aktiviti, anggaran kos, prosedur
pelaksanaan, aspek keselamatan, senarai nama murid, dan guru pengiring/
pensyarah pengiring,

o surat rasmi yang berkaitan, dan

o maklumat pertandingan/karnival/perkhemahan dalam bidang sukan dan
permainan, unit beruniform, serta kelab dan persatuan.

Kementerian Pelajaran Malaysia

80 Standard Guru Malaysia

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

S3.2 Kemahiran Melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran

Guru patut menggunakan pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik untuk
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Guru berupaya mengintegrasikan
kemahiran generik seperti Kemahiran Berfikir, Kemahiran Belajar, Kemahiran
Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Kemahiran Mentaksir dan Menilai, dan
Kemahiran Pemudah Cara untuk memperkaya pengalaman pembelajaran murid.

Untuk mempertingkat keberkesanan pelaksanaan pengajaran, guru patut
memainkan peranan sebagai penyampai ilmu, pemudah cara, pengurus, dan
pemimpin pembelajaran.

Pembelajaran berkesan bergantung pada kemahiran guru membuat pemilihan,
penyediaan, dan pengurusan bahan sumber yang sesuai, mencukupi, dan
selamat digunakan. Guru patut mengambil kira gaya pembelajaran, minat dan
tahap pencapaian murid agar pembelajaran bermakna dan berkesan.

Dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran, guru berdepan dengan
kepelbagaian kecerdasan murid. Guru patut mengesan murid yang menghadapi
masalah pembelajaran. Guru patut menyesuaikan strategi pengajaran dan
pembelajaran berdasarkan keperluan kepelbagaian kecerdasan murid. Guru
patut menyediakan aktiviti latihan bercorak pengayaan dan pemulihan untuk
mengukuhkan kemahiran yang dipelajari dan menggalakkan kemahiran berfikir
secara kritis dan kreatif.

Dalam pengurusan gerak kerja kokurikulum, guru patut menguasai Kemahiran
Asas, Kepegawaian, Kejurulatihan, dan Kepengelolaan. Guru juga berupaya
mengaplikasikan undang-undang, peraturan dan disiplin dalam bidang sukan,
unit beruniform, serta kelab dan persatuan. Guru patut mahir dalam penggunaan
peralatan dan kemudahan yang diperlukan.

Kementerian Pelajaran Malaysia

Standard Guru Malaysia 81

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

Standard ini tercapai apabila guru:

• mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang telah dirancang,

• melaksanakan penggunaan bahasa, penyerapan dan penerapan nilai murni,
dan semangat patriotisme merentas kurikulum,

• menggunakan pelbagai kaedah dan teknik yang sesuai,

• melaksanakan aktiviti menggunakan kemahiran generik yang sesuai,

• melibatkan murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara
optimum,

• membuat refleksi,

• menggunakan sumber yang boleh membantu pengajaran dan pembelajaran,

• mengesan dan menangani keperluan perbezaan keupayaan murid,

• menyediakan aktiviti pengukuhan, pemulihan dan pengayaan,

• menyedia dan menggunakan soalan aras tinggi yang boleh menggalakkan
pemikiran kritis dan kreatif,

• menggalakkan pembelajaran kendiri, dan

• menjalankan tanggungjawab sebagai pegawai/jurulatih/pengadil/hakim/ juri
pertandingan dalam bidang sukan dan permainan, unit beruniform serta kelab
dan persatuan.

Kementerian Pelajaran Malaysia

82 Standard Guru Malaysia

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

S3.3 Kemahiran Memantau, Mentaksir dan Menilai

Pemantauan, pentaksiran dan penilaian ialah tiga aspek yang penting sebagai
mekanisme jaminan kualiti bagi pengajaran guru. Standard ini memerlukan guru
mempelbagaikan strategi pemantauan dan pentaksiran yang berterusan untuk
menilai kemajuan pelajaran murid sebagaimana yang telah ditetapkan dalam
sukatan pelajaran. Guru patut memberikan maklum balas dengan segera kepada
murid untuk membantu mereka membuat penilaian kendiri untuk meningkatkan
prestasi. Guru patut menggunakan maklumat pemantauan, pentaksiran dan
penilaian untuk menambah baik amalan pengajaran.

Guru patut membuat pemantauan, pentaksiran dan penilaian dalam pengurusan
aktiviti kokurikulum. Maklumat daripada proses tersebut dapat digunakan untuk
menilai kemajuan murid dan mengesan kesukaran yang dialami oleh murid
dalam aktiviti kokurikulum. Seterusnya, guru patut menggunakan maklumat ini
untuk membantu murid menyelesaikan kesukaran tersebut dan memperkaya
pengalaman mereka.

Standard ini tercapai apabila guru:

• menggunakan pelbagai kaedah untuk menilai perkembangan pembelajaran
murid,

• menganalisis data pemantauan, pentaksiran dan penilaian untuk
meningkatkan amalan pengajaran dan pembelajaran,

• membimbing murid membuat penilaian kendiri,

Kementerian Pelajaran Malaysia

Standard Guru Malaysia 83

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

• merekodkan pencapaian murid secara sistematik supaya laporan yang
lengkap dan tepat dapat membantu murid dan ibu bapa membuat tindakan
susulan, dan

• berinteraksi dengan ibu bapa tentang kemajuan murid.

S3.4 Kemahiran Mengurus Bilik Darjah

Pengurusan bilik darjah yang baik mencerminkan keberkesanan guru.
Pengurusan bilik darjah melibatkan pengurusan hubungan kemanusiaan, masa,
ruang, dan sumber untuk mencapai pembelajaran yang bermakna dan berkesan.

Standard ini tercapai apabila guru:

• melaksanakan peraturan bilik darjah yang sistematik agar disiplin murid
dapat dikawal,

• mengurus disiplin murid untuk mewujudkan tingkah laku yang positif,

• mengesan dan mengenal pasti murid yang terlibat dalam salah laku dan
mengambil tindakan yang sewajarnya,

• membina persekitaran bilik darjah yang bersih, pencahayaan yang mencukupi,
selesa, ceria, dan selamat,

• menyusun atur bahan sumber pembelajaran dengan kemas,

• merancang penggunaan masa supaya murid dapat dilibatkan dalam
pembelajaran yang bermakna dan berkesan,

Kementerian Pelajaran Malaysia

84 Standard Guru Malaysia

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

• menyediakan bahan sumber, media dan teknologi yang mudah diakses oleh
murid, dan

• mengenal pasti bahan sumber di luar bilik darjah atau sekolah yang dapat
membantu pembelajaran.

Penutup

Kemahiran pengajaran dan pembelajaran dikuasai oleh guru untuk melaksanakan
pengajaran dengan efisien dan pembelajaran murid berlaku secara bermakna
dan berkesan.

Kemahiran pengajaran dan pembelajaran ini mencakupi kemahiran menyediakan
perancangan pengajaran dan pembelajaran, kemahiran melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran, kemahiran memantau, mentaksir dan menilai,
dan kemahiran mengurus bilik darjah. Guru yang kompeten dalam kemahiran
pengajaran dan pembelajaran berupaya membentuk murid seperti yang
dihasratkan oleh FPK.

* Pencapaian standard tidak terbatas kepada cadangan yang dihuraikan
di atas. Pencapaian ini juga bergantung kepada keadaan lokasi, masa,
budaya, perkembangan dan keperluan semasa.

Kementerian Pelajaran Malaysia

Standard Guru Malaysia 85

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

Keperluan

Kementerian Pelajaran Malaysia

86 Standard Guru Malaysia

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

Kementerian Pelajaran Malaysia

Standard Guru Malaysia 87

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

Keperluan 1

Kelayakan Masuk dan
Prosedur Kemasukan Latihan

Perguruan

Kementerian Pelajaran Malaysia

88 Standard Guru Malaysia

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

Kementerian Pelajaran Malaysia

Standard Guru Malaysia 89

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

K1: KELAYAKAN MASUK DAN PROSEDUR KEMASUKAN LATIHAN
PERGURUAN

Tujuan keperluan kelayakan masuk latihan perguruan ini adalah untuk
memastikan hanya calon guru yang berpotensi, layak, dan sesuai sahaja dipilih
memasuki program latihan perguruan.

Panduan ini bertujuan untuk membantu agensi dan institusi latihan perguruan
serta pihak yang berkepentingan menjamin keberkesanan, ketekalan,
kesamarataan, dan kesaksamaan prosedur pengambilan calon guru institusi
latihan perguruan. Proses penapisan yang teliti dapat menyumbang ke arah
penghasilan guru yang berkualiti. Selain kualiti peribadi dan kelayakan akademik,
pengalaman sedia ada dan pencapaian terdahulu diambilkira untuk menyokong
pemilihan calon guru. Kelayakan masuk untuk mengikuti latihan perguruan serta
kelayakan tambahan lain yang ditetapkan dari semasa ke semasa hendaklah
dimaklumkan kepada semua pihak yang berkepentingan.

Agensi dan institusi latihan perguruan juga arif tentang tanggungjawab daripada
aspek perundangan dan perlembagaan berkaitan dengan hak ras, jantina, lokasi,
dan yang berkeperluan khas. Kesamarataan dan kesaksamaan peluang dan
prosedur pemilihan yang diamalkan hendaklah bebas daripada unsur diskriminasi.
Impak pelaksanaan dasar kemasukan ini juga patut dipantau.

Kementerian Pelajaran Malaysia


Click to View FlipBook Version