The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

standard guru malaysia - 2009

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by wmnasir, 2019-10-21 00:55:27

STANDARD GURU MALAYSIA

standard guru malaysia - 2009

90 Standard Guru Malaysia

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

K1.1 Mengiklankan Permohonan Untuk Mengikuti Latihan Perguruan

Agensi dan institusi latihan mengiklankan program latihan perguruan yang
ditawarkan dalam akhbar perdana tempatan. Iklan bagi setiap program juga
dimasukkan ke dalam laman web. Sebagai contoh laman web KPM di alamat:
http://www.emoe.gov.my.

Tujuan dan Skop

Iklan ini disiarkan bagi memudahkan calon yang berminat membuat
permohonan untuk mengikuti program yang ditawarkan sekiranya memenuhi
syarat-syarat yang berikut:

• status kewarganegaraan Malaysia,
• kelayakan akademik,
• kepujian Bahasa Malaysia peringkat SPM atau yang setara,
• status kesihatan, dan
• umur.

K1.2 Menapis Semua Permohonan Dan Memanggil Calon Guru Yang
Layak Untuk Menduduki Ujian Kelayakan

Agensi dan institusi latihan perguruan patut menapis dan meneliti semua
permohonan untuk menentukan calon guru yang layak untuk menduduki ujian
kelayakan. Sebagai contoh Malaysian Teacher Selection Test (MTeST) oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kementerian Pelajaran Malaysia

Standard Guru Malaysia 91

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

Tujuan dan Skop

Calon guru perlu menyemak keputusan panggilan ujian kelayakan melalui laman
web agensi dan institusi latihan perguruan yang berkenaan untuk mengetahui
tentang tarikh, masa, dan pusat ujian. Ujian ini hendaklah dijalankan serentak
di seluruh negara.

K1.3 Memanggil Calon Guru Yang Melepasi Ujian Kelayakan Untuk
Ditemu Duga Mengikut Keperluan Program

Calon guru yang melepasi ujian kelayakan pada tahap yang ditetapkan akan
dipanggil secara dalam talian untuk ditemu duga mengikut bidang pengajian.
Senarai nama calon yang berjaya dan dipanggil untuk ditemu duga dimuatkan
dalam laman web agensi dan institusi latihan perguruan. Calon guru boleh
menyemak status permohonan dalam laman web.

Tujuan dan Skop

Maklumat tentang penyemakan calon guru yang dipanggil untuk ditemu duga
hendaklah disiarkan di laman web, media cetak, dan media elektronik. Calon
guru yang dipanggil untuk ditemu duga hendaklah memuat turun dan mencetak
maklumat temu duga untuk dibawa bersama semasa temu duga.

Kementerian Pelajaran Malaysia

92 Standard Guru Malaysia

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

K1.4 Melaksanakan Sesi Temu Duga Calon Guru

Agensi dan institusi latihan perguruan patut mengadakan taklimat penyelarasan
dan pelaksanaan temu duga kepada ahli panel. Buku Panduan dan Instrumen
Temu Duga patut disediakan bagi kelancaran dan ketekalan proses temu duga.

Tujuan dan Skop

Taklimat dilaksanakan bagi tujuan penyelarasan antara panel temu duga bagi
mengelakkan ralat dalam temu duga.

Melalui sesi temu duga, ahli panel dapat meneroka dan menilai aspek kualiti
peribadi dan potensi calon guru yang memenuhi standard, terutama yang
berhubung dengan nilai amalan profesional, pengetahuan am, bidang yang
dipohon, keupayaan berkomunikasi, dan penguasaan bahasa. Sesi temu duga
merupakan cara bagaimana maklumat tentang diri calon guru dapat dikumpul
dan disahkan. Proses temu duga dapat memastikan kesamarataan dan
kesaksamaan dalam pemilihan calon guru.

K1.5 Membuat Tawaran Masuk Latihan Perguruan Kepada Calon
Guru Yang Berjaya Dalam Temu Duga

Calon guru yang berjaya dalam memenuhi syarat dan temu duga akan ditawarkan
secara atas talian untuk mengikuti program latihan perguruan.

Tujuan dan Skop

Nama calon guru yang berjaya dalam temu duga hendaklah dimuatkan dalam
laman web. Calon guru dikehendaki memuat turun surat tawaran daripada laman
web untuk dibawa semasa pendaftaran.

Kementerian Pelajaran Malaysia

Standard Guru Malaysia 93

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

K1.6 Mendaftar Calon Guru Untuk Mengikuti Program Latihan Perguruan
Berpandukan Buku Panduan Pendaftaran

Agensi dan institusi latihan perguruan patut memastikan calon guru yang
berjaya, didaftarkan di institusi latihan perguruan setelah memenuhi semua
syarat kemasukan yang telah ditetapkan dalam Buku Panduan Pendaftaran.

Tujuan dan Skop

Pendaftaran merupakan tapisan terakhir yang boleh dilakukan untuk menentukan
syarat kelayakan calon guru dipatuhi. Semasa pendaftaran, pihak yang diberi
autoriti dan tanggungjawab patut memastikan semua calon guru memenuhi
kesemua kriteria dan syarat yang ditetapkan. Pemastian kesemua kriteria dan
syarat boleh dilakukan menerusi penelitian dokumen yang dikemukakan dan
pemerhatian terhadap personaliti calon guru ketika mendaftar. Calon guru tidak
boleh didaftarkan sekiranya dokumen yang dikemukakan tidak lengkap atau
diragui kesahannya.

K1.7 Menandatangani Perjanjian Latihan Perguruan

Agensi dan institusi latihan perguruan patut memastikan calon guru yang ditaja
oleh kerajaan melengkapkan borang perjanjian dan memahami terma yang
terkandung dalam borang perjanjian yang telah ditetapkan.

Tujuan dan Skop

Taklimat tentang cara melengkapkan borang perjanjian dan terma yang
terkandung dalam borang tersebut dijelaskan kepada calon guru. Taklimat
ini penting untuk memastikan semua calon guru memahami isi kandungan
perjanjian serta implikasi perundangan jika perjanjian tersebut tidak dipatuhi.
Borang perjanjian perlu ditandatangani oleh calon guru dalam tempoh yang
ditetapkan.

Kementerian Pelajaran Malaysia

94 Standard Guru Malaysia

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

Kementerian Pelajaran Malaysia

Standard Guru Malaysia 95

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

Keperluan 2

Latihan, Pentaksiran dan
Penilaian Program
Latihan Perguruan

Kementerian Pelajaran Malaysia

96 Standard Guru Malaysia

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

Kementerian Pelajaran Malaysia

Standard Guru Malaysia 97

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

K2 LATIHAN, PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN PROGRAM LATIHAN
PERGURUAN

Keperluan latihan, pentaksiran dan penilaian adalah untuk memastikan guru
pelatih diberi latihan, ditaksir dan dinilai untuk memperoleh penganugerahan
kelayakan ikhtisas keguruan dan memenuhi tuntutan SGM.

Tujuan dan Skop

Untuk melaksanakan latihan perguruan, agensi dan institusi latihan perguruan
patut mereka bentuk kurikulum latihan perguruan serta menyediakan sumber
manusia dan sumber pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi bagi
melahirkan guru yang berkualiti. Sekolah berperanan penting bagi memastikan
guru pelatih mendapat peluang menjalani praktikum dan internship.

Kementerian Pelajaran Malaysia

98 Standard Guru Malaysia

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

K2.1 Kurikulum Bagi Program Latihan Perguruan

Kurikulum latihan perguruan merupakan dokumen penting yang perlu digubal
selari dengan Misi KPM, FPK, dan hala tuju agensi dan institusi latihan perguruan.
Kurikulum latihan perguruan digubal bagi melahirkan guru yang kompeten dan
memiliki sahsiah yang menepati keperluan dan aspirasi negara.

Tujuan dan Skop

Agensi dan institusi latihan perguruan patut memastikan kurikulum latihan
perguruan yang direka bentuk merangkumi komponen utama dan komponen
teras. Komponen utama terdiri daripada mata pelajaran akademik, pengajian
profesional, praktikum, internship, dan kokurikulum. Komponen teras terdiri
daripada mata pelajaran teras dan asas dinamika yang patut diikuti oleh
semua guru pelatih semasa latihan perguruan. Kurikulum latihan perguruan
memastikan guru pelatih mendapat pengetahuan, kemahiran, dan nilai keguruan
selari dengan tuntutan SGM.

Pembentukan kurikulum tersebut patut mengandungi perkara-perkara yang
berikut:
• Falsafah Pendidikan Kebangsaan,
• Falsafah Pendidikan Guru,
• Model Konseptual Pendidikan Guru,
• skop kandungan mata pelajaran,

Kementerian Pelajaran Malaysia

Standard Guru Malaysia 99

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

• objektif kandungan mata pelajaran,

• peruntukan masa,

• tempoh pengajian,

• strategi pengajaran dan pembelajaran,

• komponen utama,

• komponen teras,

• pengajian profesional,

• kokurikulum (kelab dan persatuan, unit beruniform, sukan dan permainan),

• praktikum dan internship.

Kementerian Pelajaran Malaysia

100 Standard Guru Malaysia

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

K2.2 Sumber Manusia Yang Berkelayakan, Kompeten, Dan Mencukupi
Selaras Dengan Keperluan Latihan Perguruan

Sebagai memenuhi keperluan calon guru untuk menguasai ilmu dan kemahiran
mengajar pada peringkat prasekolah, sekolah rendah, dan sekolah menengah,
agensi dan institusi latihan perguruan patut memastikan tenaga pengajar yang
berkelayakan, kompeten, dan mencukupi. Agensi dan institusi latihan perguruan
patut menyediakan program peningkatan profesionalisme bagi membudayakan
pendidikan sepanjang hayat. Agensi dan institusi latihan perguruan patut
menyediakan sumber manusia seperti pensyarah penasihat dan kaunselor yang
dapat memberikan khidmat sokongan supaya guru pelatih sentiasa bermotivasi.

Tujuan dan Skop

Untuk pelaksanaan program latihan yang berkesan, agensi dan institusi latihan
perguruan patut memastikan tenaga pengajar memiliki kelayakan yang ditetapkan
dan pengalaman mengajar di sekolah sekurang-kurangnya lima tahun. Tenaga
pengajar patut berkelayakan, bertauliah, dan mencukupi.

Program peningkatan profesionalisme yang bersesuaian dan bertepatan dengan
keperluan semasa patut disediakan bagi pemantapan ilmu dan kemahiran serta
pengukuhan sahsiah tenaga pengajar.

Kementerian Pelajaran Malaysia

Standard Guru Malaysia 101

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

K2.3 Program Bagi Guru Pelatih Memperoleh Pengetahuan Dan
Pengalaman Di Sekolah

Program praktikum dan internship patut disediakan supaya guru pelatih mendapat
pengetahuan dan pengalaman dalam situasi sebenar di sekolah.

Tujuan dan Skop

Agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan program yang berkaitan
dengan amalan profesionalisme. Program Pengalaman Berasaskan Sekolah
(PBS) membolehkan guru pelatih memahami budaya sekolah melalui pemerhatian,
refleksi, dan interaksi dengan komuniti sekolah.

Program praktikum membolehkan guru pelatih mempraktikkan teori pengajaran
dan pembelajaran dalam situasi sebenar di sekolah dengan bimbingan
pensyarah dan guru pembimbing. Semua guru pelatih patut menjalani serta lulus
praktikum seperti yang ditetapkan dalam kurikulum latihan perguruan. Agensi dan
institusi latihan perguruan patut memastikan pelaksanaan praktikum mematuhi
garis panduan yang ditetapkan.

Program internship ialah program yang membolehkan guru pelatih merancang
aktiviti luar bilik darjah yang melibatkan aspek pengurusan, pentadbiran, dan
kepimpinan guru sebagai pemimpin yang berkesan di sekolah dan masyarakat.

Program Teaching School memberi peluang kepada pensyarah dan guru pelatih
menimba pengetahuan dan mendapat pengalaman melalui pemerhatian dan
penglibatan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Kementerian Pelajaran Malaysia

102 Standard Guru Malaysia

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

K2.4 Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Untuk Latihan Perguruan

Agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan sumber pengajaran
dan pembelajaran yang lengkap, sesuai, dan terkini. Sumber pengajaran dan
pembejalaran boleh disediakan dalam bentuk bercetak dan elektronik seperti
buku, jurnal, prosiding, bahan e-pembelajaran, bahan bantu belajar dan modul
pengajaran dan pembelajaran.

Tujuan dan Skop

Sumber pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi, sesuai, dan terkini patut
disediakan sebagai rujukan serta boleh diakses dengan mudah. Penyediaan
sumber pengajaran dan pembelajaran patut disediakan mengikut Piawaian
Pembangunan Koleksi Pusat Sumber semasa.

K2.5 Pentaksiran dan Penilaian Program Latihan Perguruan

Program latihan perguruan patut ditaksir dan dinilai berdasarkan kurikulum latihan
perguruan. Akta dan peraturan peperiksaan dan penilaian yang berkuat kuasa
mesti dipatuhi.

Tujuan dan Skop

Agensi dan institusi latihan perguruan mesti mematuhi peraturan peperiksaan dan
penilaian sebagaimana termaktub dalam Akta Pendidikan 1996 (Pindaan 2002).
Syarat lulus peperiksaan ditetapkan dan mesti dipatuhi.

Kementerian Pelajaran Malaysia

Standard Guru Malaysia 103

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

Contoh syarat menduduki peperiksaan di IPG:

• kehadiran seratus peratus, dan
• wajib lulus semua kerja kursus pengajian.

Contoh syarat penganugerahan di IPG:

• hadir seratus peratus dalam kursus akademik, praktikum dan kokurikulum,
• wajib lulus semua komponen kursus pengajian, kerja kursus, praktikum,

kokurikulum, dan program Bina Insan Guru (BIG), dan
• mendapat Nilai Mata Gred terkumpul yang ditetapkan.

Kementerian Pelajaran Malaysia

104 Standard Guru Malaysia

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

Kementerian Pelajaran Malaysia

Standard Guru Malaysia 105

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

Keperluan 3

Kolaborasi

Kementerian Pelajaran Malaysia

106 Standard Guru Malaysia

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

Kementerian Pelajaran Malaysia

Standard Guru Malaysia 107

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

K3 KOLABORASI

Kolaborasi antara agensi dan institusi latihan perguruan dengan sekolah dan
institusi pendidikan tinggi dalam dan luar negara patut dilaksanakan. Kolaborasi
patut dilaksanakan secara konsisten dan sistematik.

Tujuan dan Skop

Tujuan keperluan ini adalah untuk menjalin kerjasama kepakaran dalam bidang
praktikum, amalan terbaik, penandaarasan untuk jaminan kualiti, pensyarah
pelawat, fellowship, program berkembar, penyelidikan pendidikan, dan
pengantarabangsaan.

K3.1 Mewujudkan Kolaborasi Dengan Sekolah

Latihan perguruan yang mantap memerlukan kolaborasi antara agensi dan
institusi latihan perguruan dan sekolah. Semua pihak patut bekerjasama
mewujudkan aktiviti latihan yang boleh mendatangkan faedah kepada latihan
perguruan.

Tujuan dan Skop

Kolaborasi agensi dan institusi latihan perguruan dengan sekolah diperlukan
untuk memberi peluang kepada guru pelatih dan tenaga pengajar mendapat
pengalaman sebenar melalui program amalan profesionalisme secara terancang
seperti program sandaran tenaga pensyarah, Teaching School, Latihan
Pembangunan Staf, dan PBS.

Kolaborasi juga memberi peluang kepada guru pelatih dan tenaga pengajar
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran profesionalisme melalui penyelidikan
dan pembangunan, aktiviti projek sekolah angkat, dan kursus kelolaan institusi
latihan perguruan.

Kementerian Pelajaran Malaysia

108 Standard Guru Malaysia

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

K3.2 Mewujudkan Kolaborasi Dengan Institusi Dalam Dan Luar Negara

Agensi dan institusi latihan perguruan patut mengikuti perkembangan pendidikan
dalam dan luar negara serta organisasi lain untuk mengenal pasti bidang
kolaborasi yang boleh dilaksanakan bagi memantapkan program latihan
perguruan.

Tujuan dan Skop

Kolaborasi dapat menggalakkan perkembangan profesionalisme guru pelatih dan
tenaga pengajar melalui perkongsian kepakaran, perkongsian teknologi, sumber
pendidikan, dan program berkembar. Penyelidikan, perkongsian kursus dalam
pembangunan staf, konsultansi, pensyarah pelawat, amalan terbaik, penggubalan
kurikulum, pentaksiran dan penilaian, PBS, serta penglibatan dalam kokurikulum.

Kementerian Pelajaran Malaysia

Standard Guru Malaysia 109

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

K3.3 Menilai Keberkesanan Kolaborasi Secara Berterusan

Agensi dan institusi perguruan patut mengesan keberkesanan program
kolaborasi dengan sekolah, universiti dalam dan luar negara, organisasi dan
agensi yang berkaitan melalui proses pemantauan dan penilaian secara
sistematik dan berterusan.

Agensi dan institusi latihan perguruan patut mengesan keberkesanan program
kolaborasi dengan sekolah, universiti dalam dan luar negara, organisasi dan
agensi yang berkaitan melalui proses pemantauan dan penilaian secara
sistematik dan berterusan.

Keberkesanan kolaborasi boleh dinilai melalui pemantauan, kajian, dan maklum
balas. Sebagai contoh, maklum balas Keberkesanan Latihan Perguruan,
Keperluan Latihan Perkembangan Profesionalisme, Keberkesanan Bimbingan
Praktikum, dan perundingan.

Tujuan dan Skop

Penilaian keberkesanan kolaborasi antara agensi dan institusi latihan perguruan
dengan sekolah, universiti tempatan, dan luar negara patut dijalankan bagi
mencapai tujuan yang berikut:

• memperoleh maklumat bagi menambah baik program kolaborasi,

• memanfaatkan hasil pemantauan dan penilaian serta perkongsian kepakaran
dan teknologi dalam meningkatkan keberkesanan latihan perguruan, dan

• memantapkan keyakinan kepada institusi dan pihak yang berkepentingan
terhadap jaminan kualiti latihan perguruan.

Kementerian Pelajaran Malaysia

110 Standard Guru Malaysia

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

Kementerian Pelajaran Malaysia

Standard Guru Malaysia 111

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

Keperluan 4

Infrastruktur dan Infostruktur

Kementerian Pelajaran Malaysia

112 Standard Guru Malaysia

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

Kementerian Pelajaran Malaysia

Standard Guru Malaysia 113

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

K4 INFRASTRUKTUR DAN INFOSTRUKTUR

Latihan perguruan yang berkesan memerlukan infrastruktur dan infostruktur
yang lengkap dan terkini untuk mewujudkan iklim belajar dan bekerja yang
kondusif bagi menjamin kecemerlangan latihan perguruan. Kemudahan ini
merupakan asas yang menyokong keberkesanan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran serta pengurusan dan pentadbiran organisasi.

Tujuan dan Skop

Infrastruktur dan infostruktur merangkumi kemudahan fizikal institusi dan TMK.
Penyediaan infrastruktur dan infostruktur di institusi latihan perguruan patut
menepati perkara-perkara yang berikut:

• memenuhi keperluan kurikulum dan kokurikulum semasa, pengurusan dan
pentadbiran, serta kebajikan guru pelatih dan staf berdasarkan Standard dan
kos yang sedang berkuat kuasa,

• mempunyai rangkaian infostruktur yang bersepadu untuk menyokong aktiviti
pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan dan pentadbiran.

Kementerian Pelajaran Malaysia

114 Standard Guru Malaysia

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

Kementerian Pelajaran Malaysia

Standard Guru Malaysia 115

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

Keperluan 5

Jaminan Kualiti

Kementerian Pelajaran Malaysia

116 Standard Guru Malaysia

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

Kementerian Pelajaran Malaysia

Standard Guru Malaysia 117

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

K5 JAMINAN KUALITI

Jaminan Kualiti merupakan satu mekanisme untuk memastikan program latihan
perguruan berkualiti dan penambahbaikan berterusan dilaksanakan. Agensi dan
institusi latihan perguruan patut mematuhi Kerangka Kelayakan Malaysia untuk
mendapat pengiktirafan daripada Agensi Kelayakan Malaysia.

Tujuan dan Skop

Jaminan Kualiti dibuat berdasarkan pengauditan terhadap program dan institusi.
Laporan pengauditan patut dikaji dan digunakan untuk penambahbaikan
berterusan.

K5.1 Standard Guru Malaysia Sebagai Mekanisme Jaminan Kualiti

Standard Guru Malaysia adalah satu mekanisme jaminan kualiti agensi dan latihan
perguruan. Pemantauan dan penilaian pelaksanaan latihan perguruan patut
dibuat berdasarkan S1, S2, S3, dan Keperluan bagi menjamin kualiti. Laporan
komprehensif dijadikan asas untuk penambahbaikan berterusan.

Tujuan dan Skop

Pemantauan, penilaian, dan pelaporan jaminan kualiti patut dilaksanakan untuk
memastikan kualiti guru dapat memenuhi keperluan semasa dan kehendak
pelanggan. Instrumen SGM digunakan sebagai alat refleksi, pemantauan dan
penilaian berdasarkan Standard Guru Malaysia.

Kementerian Pelajaran Malaysia

118 Standard Guru Malaysia

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

K5.2 Penandaarasan Latihan Perguruan

Penandaarasan latihan perguruan patut diadakan untuk menjamin kualiti latihan.
Produk agensi dan institusi latihan perguruan patut berkualiti, terkini, dan relevan
dengan keperluan semasa dan cabaran masa depan.

Tujuan dan Skop

Penandaarasan patut dilakukan untuk mencontohi amalan terbaik.
Penandaarasan boleh dilakukan seperti yang berikut:

• antara bahagian/jabatan/unit dalam organisasi,

• antara institusi latihan perguruan dalam negeri, dan

• antara institusi latihan perguruan luar negara.

Penutup

Keperluan SGM dibina bagi memastikan agensi dan institusi latihan perguruan
menyediakan keperluan latihan bagi menjamin guru yang berkualiti. Keperluan ini
telah mengambil kira peruntukan dalam perlembagaan, akta dan perundangan,
bagi memastikan kesamarataan dan kesaksamaan semua guru terpelihara, dan
dapat menyokong pelaksanaan latihan perguruan. Keperluan ini perlu disemak
dari semasa ke semasa supaya sentiasa selari dengan tuntutan latihan
perguruan.

Kementerian Pelajaran Malaysia

Standard Guru Malaysia 119

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

Instrumen
Standard Guru

Malaysia

Kementerian Pelajaran Malaysia

120 Standard Guru Malaysia

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

Kementerian Pelajaran Malaysia

S t a n d a r d G u r u M a l a y s i a 121

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

STANDARD 1: AMALAN NILAI PROFESIONALISME KEGURUAN
Elemen / Domain: S1.1 DOMAIN DIRI

Arahan: Setiap domain terdiri daripada beberapa gagasan yang mengandungi beberapa ciri.
Anda perlu meneliti setiap gagasan dan mengenal pasti ciri yang pernah diamalkan oleh guru
dalam melaksanakan tugas. Bulatkan nombor yang sesuai bagi menunjukkan penilaian anda
terhadap setiap item berdasarkan skala dan rubrik yang disediakan.

Petunjuk Skala:
1 Lemah
2 Kurang Baik
3 Baik
4 Cemerlang

S1.1 : Domain diri

Manakah ciri-ciri bagi setiap gagasan berikut diamalkan oleh anda semasa melaksanakan
tugas?

1.1.1 Gagasan: Kepercayaan kepada Tuhan 1 23 4

Ciri-ciri: Rubrik

i. Mempunyai pegangan agama yang dapat membentuk 1 Satu atau tiada ciri
keperibadian dapat diamalkan

ii. Melaksanakan ibadat dalam menjalani kehidupan 2 Dua ciri dapat
berlandaskan panduan agama diamalkan

iii. Menerapkan nilai universal dalam melaksanakan 3 Tiga ciri dapat
tugas diamalkan

iv. Menerapkan nilai agama dalam melaksanakan tugas 4 Kesemua ciri dapat
diamalkan

1.1.2 Gagasan: Amanah 1 23 4
Ciri-ciri:
Rubrik
i. Menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab
dan berakauntabiliti 1 Satu atau tiada ciri
dapat diamalkan
ii. Menggunakan sumber untuk kepentingan tugas
2 Dua ciri dapat
iii. Menggunakan masa untuk kepentingan tugas diamalkan

iv. Menggunakan kuasa yang diamanahkan dengan 3 Tiga ciri dapat
betul diamalkan

v. Menepati waktu dalam menjalankan tugas 4 Kesemua ciri dapat
diamalkan

Kementerian Pelajaran Malaysia

122 Standard Guru Malaysia

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

1.1.3 Gagasan: Ikhlas 1 23 4

Ciri-ciri: Rubrik

i. Menjalankan tugas dengan jujur dan 1 Satu atau tiada ciri
bertanggungjawab dapat diamalkan

ii. Menjalankan tugas dengan dedikasi 2 Dua ciri dapat
diamalkan
iii. Memberikan sumbangan dengan rela hati
3 Tiga ciri dapat
iv. Mengutamakan kesempurnaan kerja diamalkan

v. Menjadikan kerja sebagai ibadah 4 Kesemua ciri dapat
diamalkan
1.1.4 Gagasan: Berilmu
1 23 4
Ciri-ciri:
Rubrik
i. Mencari peluang meningkatkan kecekapan diri
1 Satu atau tiada ciri
ii. Mengoptimumkan penggunaan sumber untuk dapat diamalkan
meningkatkan nilai, pengetahuan dan kemahiran
2 Dua ciri dapat
iii. Melibatkan diri dalam aktiviti keilmuan secara aktif diamalkan

iv. Menerapkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi 3 Tiga ciri dapat
(TMK) dalam pengurusan diamalkan

v. Menerapkan TMK dalam pengajaran dan 4 Kesemua ciri dapat
pembelajaran diamalkan

1.1.5 Gagasan: Kasih Sayang 1 23 4

Ciri-ciri: Rubrik
i. Mesra dan mudah didekati
ii. Mempunyai sifat empati 1 Satu atau tiada ciri
iii. Menjaga maruah diri dapat diamalkan
iv. Mempunyai sifat keprihatinan dalam menyelesaikan
masalah murid 2 Dua ciri dapat
v. Prihatin terhadap masa depan diamalkan
vi. Sanggup mengorbankan masa dan tenaga demi
kesejahteraan murid 3 Tiga atau empat ciri
dapat diamalkan

4 Lima atau kesemua
ciri dapat diamalkan

Kementerian Pelajaran Malaysia

Standard Guru Malaysia 123

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

1.1.6 Gagasan: Kesabaran 1 23 4
Ciri-ciri:
Rubrik
i. Bersedia mendengar masalah secara terbuka
ii. Sanggup memaafkan orang lain 1 Satu atau tiada ciri
iii. Cekal menghadapi cabaran dapat diamalkan
iv. Berusaha mencari jalan penyelesaian secara
2 Dua ciri dapat
sistematik diamalkan
v. Mampu mengawal emosi
3 Tiga ciri dapat
1.1.7 Gagasan: Budi Bahasa diamalkan
Ciri-ciri:
4 Empat atau kesemua
i. Menjaga tutur kata ciri dapat diamalkan
ii. Menjaga tingkah laku
iii. Menggunakan bahasa sapaan yang sesuai 1 23 4
iv. Berhemah dan sopan
v. Menghormati pelbagai budaya dan warisan bangsa Rubrik

1 Satu atau tiada ciri
dapat diamalkan

2 Dua ciri dapat
diamalkan

3 Tiga ciri dapat
diamalkan

4 Empat atau kesemua
ciri dapat diamalkan

1.1.8 Gagasan: Adil 1 23 4
Ciri-ciri:
Rubrik
i. Memberikan layanan secara saksama
ii. Bersikap telus 1 Satu atau tiada ciri
iii. Mengambil tindakan yang wajar dapat diamalkan
iv. Mengambil kira kepentingan semua pihak
2 Dua ciri dapat
diamalkan

3 Tiga ciri dapat
diamalkan

4 Kesemua ciri dapat
diamalkan

Kementerian Pelajaran Malaysia

124 Standard Guru Malaysia

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

1.1.9 Gagasan: Bertimbang Rasa 1 23 4
Ciri-ciri:
Rubrik
i. Bertolak ansur
ii. Berperikemanusiaan 1 Satu atau tiada ciri
iii. Mengambil berat tentang orang lain dapat diamalkan
iv. Tidak mementingkan diri
2 Dua ciri dapat
1.1.10 Gagasan: Daya Tahan, Daya Saing dan diamalkan
Tahan Lasak
3 Tiga ciri dapat
Ciri-ciri: diamalkan

i. Mengutamakan semangat juang 4 Kesemua ciri dapat
diamalkan
ii. Memberikan sumbangan untuk kecemerlangan
organisasi 1 23 4

iii. Berupaya menghadapi cabaran dalam pelbagai situasi Rubrik
untuk mencapai kejayaan
1 Satu atau tiada ciri
iv. Melaksanakan pelbagai strategi untuk mencapai dapat diamalkan
kejayaan
2 Dua ciri dapat
1.1.11 Gagasan: Cergas, Aktif dan Sihat diamalkan
Ciri-ciri:
3 Tiga ciri dapat
i. Mempamerkan perwatakan ceria diamalkan
ii. Sentiasa bertenaga
iii. Mengamalkan senaman 4 Kesemua ciri dapat
iv. Mengamalkan rekreasi diamalkan
v. Mengamalkan pemakanan yang seimbang
vi. Mempunyai pemikiran yang cerdas 1 23 4

Rubrik

1 Satu atau tiada ciri
dapat diamalkan

2 Dua ciri dapat
diamalkan

3 Tiga atau empat ciri
dapat diamalkan

4 Lima atau kesemua
ciri dapat diamalkan

Kementerian Pelajaran Malaysia

Standard Guru Malaysia 125

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

1.1.12 Gagasan: Kemahiran Interpersonal dan 1 23 4
Intrapersonal
Rubrik
Ciri-ciri:
i. Berkomunikasi secara berkesan 1 Satu atau tiada ciri
dapat diamalkan
ii. Menyampaikan dan menerima maklumat dengan
tepat 2 Dua ciri dapat
diamalkan
iii. Menyedari kekuatan dan kelemahan diri
3 Tiga ciri dapat
iv. Muhasabah diri untuk penambahbaikan diamalkan

1.1.13 Gagasan: Semangat Sukarela 4 Kesemua ciri dapat
Ciri-ciri: diamalkan

i. Menyertai badan sukarela 1 23 4

ii. Melibatkan diri dalam aktiviti kebajikan dan Rubrik
kemasyarakatan
1 Satu atau tiada ciri
iii. Mengutamakan kebajikan dapat diamalkan

iv. Mengutamakan kesejahteraan 2 Dua ciri dapat
diamalkan
1.1.14 Gagasan: Efisien
Ciri-ciri: 3 Tiga ciri dapat
diamalkan
i. Melaksanakan kerja seperti yang dirancang
4 Kesemua ciri dapat
ii. Menghasilkan kerja yang berkualiti dalam waktu yang diamalkan
ditetapkan
1 23 4
iii. Menyimpan rekod dan data yang mudah diakses
Rubrik
iv. Mengurus perbelanjaan dengan cekap
1 Satu atau tiada ciri
dapat diamalkan

2 Dua ciri dapat
diamalkan

3 Tiga ciri dapat
diamalkan

4 Kesemua ciri dapat
diamalkan

Kementerian Pelajaran Malaysia

126 S t a n d a r d G u r u M a l a y s i a

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

STANDARD 1: AMALAN NILAI PROFESIONALISME KEGURUAN
Elemen / Domain: S1.2 DOMAIN PROFESION

Arahan: Bulatkan nombor yang sesuai bagi menunjukkan penilaian anda terhadap setiap item
berdasarkan skala dan rubrik yang disediakan.

Petunjuk Skala:
1 Lemah
2 Kurang Baik
3 Baik
4 Cemerlang

S1.2 : Domain Profesion

Manakah ciri-ciri setiap gagasan berikut diamalkan oleh anda semasa melaksanakan
tugas?

1.2.1 Gagasan: Kecintaan Terhadap Profesion 1 23 4
Ciri-ciri: Rubrik

i. Mempertahankan nama baik profesion 1 Satu atau tiada ciri
dapat diamalkan
ii. Menjadikan profesion keguruan sebagai hala tuju
kehidupan 2 Dua ciri dapat
diamalkan
iii. Taat setia terhadap profesion
3 Tiga atau empat ciri
iv. Sanggup berkorban masa dapat diamalkan

v. Sanggup berkorban tenaga 4 Lima atau kesemua
vi. Bekerja dengan penuh dedikasi ciri dapat diamalkan

1.2.2 Gagasan: Keterampilan 1 23 4
Ciri-ciri:
Rubrik
i. Memperlihatkan keyakinan dan kepercayaan diri
ii. Mempamerkan kekemasan diri 1 Satu atau tiada ciri
iii. Boleh menyesuaikan diri dalam pelbagai keadaan dapat diamalkan
iv. Mempunyai pengetahuan untuk melaksanakan tugas
v. Menguasai kemahiran untuk melaksanakan tugas 2 Dua ciri dapat
diamalkan

3 Tiga ciri dapat
diamalkan

4 Empat atau kesemua
ciri dapat diamalkan

Kementerian Pelajaran Malaysia

Standard Guru Malaysia 127

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

1.2.3 Gagasan: Integriti 1 23 4
Ciri-ciri:
Rubrik
i. Memperlihatkan keyakinan dan kepercayaan diri
ii. Mempamerkan kekemasan diri 1 Satu atau tiada ciri
iii. Boleh menyesuaikan diri dalam pelbagai keadaan dapat diamalkan
iv. Mempunyai pengetahuan untuk melaksanakan tugas
v. Menguasai kemahiran untuk melaksanakan tugas 2 Dua ciri dapat
diamalkan
1.2. 4 Gagasan: Teladan
Ciri-ciri: 3 Tiga ciri dapat
diamalkan
i. Mengamalkan tingkah laku yang boleh dicontohi
ii. Mempamerkan imej diri yang boleh dicontohi 4 Empat atau kesemua
iii. Menunjukkan perlakuan yang beradab ciri dapat diamalkan
iv. Kepemimpinan yang boleh dicontohi
1 23 4

Rubrik

1 Satu atau tiada ciri
dapat diamalkan

2 Dua ciri dapat
diamalkan

3 Tiga ciri dapat
diamalkan

4 Kesemua ciri dapat
diamalkan

1.2.5 Gagasan: Mengamalkan Kerja Sepasukan 1 23 4
Ciri-ciri:
Rubrik
i. Menggembleng kekuatan rakan sepasukan untuk
mencapai objektif organisasi 1 Satu atau tiada ciri
dapat diamalkan
ii. Menyesuaikan diri dengan rakan sepasukan
2 Dua ciri dapat
iii. Komited dalam menjayakan aktiviti organisasi diamalkan

iv. Bertindak bersama dalam menangani masalah 3 Tiga ciri dapat
diamalkan

4 Kesemua ciri dapat
diamalkan

Kementerian Pelajaran Malaysia

128 Standard Guru Malaysia

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

1.2.6 Gagasan: Proaktif 1 23 4

Ciri-ciri: Rubrik
i. Mengenal pasti peluang untuk meningkatkan
pencapaian organisasi 1 Satu atau tiada ciri
dapat diamalkan
ii. Bertanggungjawab sepenuhnya atas setiap tindakan
2 Dua ciri dapat
iii. Berani mengambil risiko positif diamalkan

iv. Berinisiatif 3 Tiga ciri dapat
diamalkan
1.2.7 Gagasan: Kreatif dan Inovatif
Ciri-ciri: 4 Kesemua ciri dapat
diamalkan
i. Menjana idea baharu
ii. Menggunakan pelbagai strategi dan teknik 1 23 4
iii. Mengamalkan strategi dan teknik baharu
iv. Mengubah suai strategi dan teknik Rubrik

1 Satu atau tiada ciri
dapat diamalkan

2 Dua ciri dapat
diamalkan

3 Tiga ciri dapat
diamalkan

4 Kesemua ciri dapat
diamalkan

Kementerian Pelajaran Malaysia

Standard Guru Malaysia 129

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

STANDARD 1: AMALAN NILAI PROFESIONALISME KEGURUAN
Elemen/ Domain: S1.3 DOMAIN SOSIAL

Arahan: Bulatkan nombor yang sesuai bagi menunjukkan penilaian anda terhadap setiap item
berdasarkan skala dan rubrik yang disediakan.

Petunjuk Skala:
1 Lemah
2 Kurang Baik
3 Baik
4 Cemerlang

S1.3 : Domain Sosial

Manakah ciri-ciri setiap gagasan berikut diamalkan oleh anda semasa melaksanakan
tugas?

1.3.1 Gagasan: Keharmonian 1 23 4

Ciri-ciri: Rubrik

i. Serasi dengan semua pihak 1 Satu atau tiada ciri
dapat diamalkan
ii. Bertoleransi terhadap perbezaan
2 Dua ciri dapat
iii. Mempamerkan kompetensi kecerdasan emosi diamalkan
kendiri
3 Tiga ciri dapat
iv. Menyertai aktiviti yang melibatkan pelbagai kaum diamalkan

4 Kesemua ciri dapat
diamalkan

1.3.2 Gagasan: Kemahiran Sosial 1 23 4

Ciri-ciri: Rubrik
i. Menunjukkan tingkah laku yang sesuai dalam semua
situasi 1 Satu atau tiada ciri
dapat diamalkan
ii. Ramah dan mesra
2 Dua ciri dapat
iii. Menggunakan sapaan yang tepat diamalkan

iv. Kesantunan berbahasa 3 Tiga ciri dapat
diamalkan
v. Mempamerkan kompetensi kecerdasan sosial yang
tinggi 4 Kesemua ciri dapat
diamalkan

Kementerian Pelajaran Malaysia

130 Standard Guru Malaysia

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

1.3.3 Gagasan: Semangat Bermasyarakat 1 23 4

Ciri-ciri: Rubrik
i. Melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan
1 Satu atau tiada ciri
ii. Sanggup berkorban masa dan tenaga dapat diamalkan

iii. Membuat keputusan berdasarkan persetujuan 2 Dua ciri dapat
bersama diamalkan

iv. Mengamalkan permuafakatan 3 Tiga ciri dapat
diamalkan

4 Kesemua ciri dapat
diamalkan

1.3.4 Gagasan: Patriotisme 1 23 4
Ciri-ciri:
Rubrik
i. Memupuk semangat kenegaraan
ii. Menghayati sejarah negara 1 Satu atau tiada ciri
iii. Menjaga nama baik negara dapat diamalkan
iv. Meraikan hari-hari kebesaran negara
2 Dua ciri dapat
1.3.5 Gagasan: Kecintaan Terhadap Alam Sekitar diamalkan
Ciri-ciri:
3 Tiga ciri dapat
i. Mengutamakan 3K (kebersihan, kesihatan, dan diamalkan
keselamatan)
4 Kesemua ciri dapat
ii. Pelibatan aktif dalam aktiviti kesedaran alam sekitar diamalkan
iii. Prihatin terhadap isu-isu semasa berkaitan alam
1 23 4
sekitar
Rubrik

1 Hanya sedar atau
tiada ciri dapat
diamalkan

2 Satu ciri dapat
diamalkan

3 Dua ciri dapat
diamalkan

4 Kesemua ciri dapat
diamalkan

Kementerian Pelajaran Malaysia

Standard Guru Malaysia 131

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

STANDARD 2: PENGETAHUAN DAN KEFAHAMAN

Arahan: Bulatkan nombor yang sesuai bagi menunjukkan penilaian anda terhadap setiap item
berdasarkan skala dan rubrik yang disediakan.

Petunjuk Skala:
1 Lemah
2 Kurang Baik
3 Baik
4 Cemerlang

S2.1: Falsafah, matlamat, dan objektif pendidikan yang menjadi teras dalam pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran.

Sejauh manakah kefahaman anda terhadap falsafah-falsafah berikut sebagai asas
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran?.

2.1.1 Gagasan: Falsafah pendidikan 1 23 4

Ciri-ciri: Rubrik
i. Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
ii. Falsafah Pendidikan Guru 1 Memahami mana-
satu aspek sahaja

2 Memahami kedua-
dua aspek tetapi
tidak mampu
menterjemahkan
dalam P&P

3 Memahami dan
mampu
menterjemahkan
satu aspek sahaja
dalam P&P dengan
amat baik

4 Memahami dan
mampu
menterjemahkan
kedua-dua aspek ini
dalam P&P dengan
amat baik

Kementerian Pelajaran Malaysia

132 Standard Guru Malaysia

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

Sejauh manakah kefahaman anda terhadap nilai pendidikan dalam aspek-aspek berikut
sebagai asas pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran?.

2.1.2 Gagasan: Nilai pendidikan 1 23 4

Aspek-aspek: Rubrik
i. Etika Perkhidmatan Awam
ii. Tonggak Dua Belas 1 Kurang memahami
iii. Tatasusila Profesion Keguruan nilai-nilai pendidikan
iv. Nilai KBSR/KBSM dalam aspek
berkenaan

2 Memahami nilai
pendidikan dalam
dua aspek dengan
baik

3 Memahami nilai
pendidikan dalam
tiga aspek dengan
baik

4 Memahami nilai
pendidikan dalam
semua aspek
dengan baik

S2.2: Falsafah, matlamat, objektif kurikulum dan kokurikulum, hasil pembelajaran dan
keperluan pengajaran pembelajaran bagi mata pelajaran yang diajarkan

Sejauh manakah anda memahami hasrat falsafah berikut dalam melaksanakan pengajaran
dan pembelajaran?

2.2.1 Gagasan: Falsafah KBSR/KBSM 1 23 4

Aspek-aspek: Rubrik
i. Hasrat Falsafah KBSR 1 Kurang memahami
ii. Hasrat Falsafah KBSM
semua aspek
2 Memahami semua

aspek secara
sederhana
3 Memahami semua
aspek dengan baik
4 Memahami semua
aspek dengan amat
baik

Kementerian Pelajaran Malaysia

Standard Guru Malaysia 133

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

Manakah daripada aspek-aspek berikut difahami oleh anda dalam perancangan
pengajaran dan pembelajaran.

2.2.2 Gagasan: Penggunaan strategi pengajaran 1 23 4
Strategi-strategi: dan pembelajaran.
Rubrik
i. Pembelajaran masteri
1 Menggunakan
ii. Pembelajaran koperatif satu strategi dalam
perancangan
iii. Aplikasi pelbagai kecerdasan pengajaran

iv. Kajian masa depan 2 Menggunakan
dua strategi dalam
v. Pembelajaran konstruktivisme perancangan
pengajaran

vi. Pembelajaran kontekstual 3 Menggunakan
tiga strategi dalam
perancangan
pengajaran

4 Menggunakan empat
atau lebih strategi
dalam perancangan
pengajaran

Kementerian Pelajaran Malaysia

134 Standard Guru Malaysia

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

2.2.3 Gagasan: Kemahiran generik. 1 23 4

Kemahiran-kemahiran: Rubrik
i. Kemahiran belajar
ii. Kemahiran berfikir 1 Menggunakan
iii. Kemahiran TMK satu kemahiran
iv. Kemahiran fasilitator dalam perancangan
v. Kemahiran mentaksir dan menilai pengajaran

2 Menggunakan
dua kemahiran
dalam perancangan
pengajaran

3 Menggunakan
tiga kemahiran
dalam perancangan
pengajaran

4 Menggunakan empat
atau lebih kemahiran
dalam perancangan
pengajar

S2.3: Pengetahuan dan kefahaman yang mantap dan tepat dalam kandungan mata
pelajaran yang diajar

Sejauh manakah kefahaman anda terhadap kandungan mata pelajaran dalam aspek-
aspek berikut:

2.3.1 Gagasan: Kandungan mata pelajaran 1 23 4

Aspek-aspek: Rubrik
1 Memahami hanya
i. Penggunaan sukatan pelajaran dan huraian sukatan
pelajaran dalam perancangan pengajaran dan satu aspek dengan
pembelajaran baik
2 Memahami dua
ii. Isi kandungan mata pelajaran aspek dengan baik
3 Memahami tiga
iii. Perkembangan terkini dalam mata pelajaran yang aspek dengan baik
diajarkan 4 Memahami semua
aspek dengan baik
iv. Kaitan mata pelajaran yang diajarkan dengan
kehidupan seharian

Kementerian Pelajaran Malaysia

Standard Guru Malaysia 135

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

2.3.2 Gagasan: Perancangan isi kandungan pengajaran 1 23 4

Aspek-aspek: Rubrik

i. Pemilihan isi kandungan 1 Kurang memahami
semua aspek
ii. Strategi penyebatian dan penggabungjalinan dalam
mata pelajaran yang sama 2 Memahami semua
aspek secara
iii. Strategi penyebatian dan penggabungjalinan antara sederhana
mata pelajaran
3 Memahami semua
aspek dengan baik

4 Memahami semua
aspek dengan
sangat baik

S2.4 Pengetahuan dan kefahaman yang mantap dan tepat dalam ilmu pendidikan

Sejauh manakah anda memahami aspek-aspek Ilmu Pendidikan berikut dalam amalan
perancangan pengajaran?.

2.4.1 Gagasan: Penyesuaian pengajaran 1 23 4

Aspek-aspek: Rubrik

i. Kepelbagaian murid 1 Kurang memahami
ii. Murid kurang upaya semua aspek
iii. Kepelbagaian budaya murid
2 Memahami semua
aspek secara
sederhana

3 Memahami semua
aspek dengan baik

4 Memahami semua
aspek dengan
sangat baik

Kementerian Pelajaran Malaysia

136 Standard Guru Malaysia

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

2.4.2 Gagasan: Isi kandungan. 1 23 4

Aspek-aspek: Rubrik

i. Menyediakan perancangan pengajaran pembelajaran 1 Kurang memahami
dari segi isi kandungan semua aspek

ii. Strategi penyebatian dan penggabungjalinan dalam 2 Memahami semua
mata pelajaran yang sama aspek secara
sederhana
iii. Strategi penyebatian dan penggabungjalinan antara
mata pelajaran 3 Memahami semua
aspek dengan baik

4 Memahami semua
aspek dengan
sangat baik

2.4.3 Gagasan: Pemilihan pendekatan, kaedah, dan teknik 1 23 4

Aspek-aspek: Rubrik

i. Kepelbagaian pendekatan, kaedah, dan teknik 1 Kurang memahami
semua aspek
ii. Mengaitkan teori-teori pembelajaran dengan
pendekatan, kaedah, dan teknik dalam pengajaran 2 Memahami semua
pembelajaran aspek secara
sederhana
iii. Penggunaan bahasa yang sesuai
3 Memahami semua
iv. Guru sebagai pembimbing aspek dengan baik

4 Memahami semua
aspek dengan
sangat baik

Kementerian Pelajaran Malaysia

Standard Guru Malaysia 137

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

2.4.4 Gagasan: Pentaksiran dan penilaian 1 23 4

Aspek-aspek: Rubrik

i. Kepelbagaian bentuk pentaksiran dan penilaian 1 Kurang memahami
semua aspek
ii. Pelaksanaan pentaksiran dan penilaian secara
berterusan 2 Memahami semua
aspek secara
iii. Tujuan pelaksanaan pentaksiran dan penilaian sederhana

iv. Mengumpul maklum balas dan membuat tindakan 3 Memahami semua
susulan aspek dengan baik

4 Memahami semua
aspek dengan
sangat baik

2.4.5 Gagasan: Pelaksanaan aktiviti pengukuhan, 1 23 4
pemulihan, dan pengayaan
Rubrik
Aspek-aspek:
1 Kurang memahami
i. Kepelbagaian aktiviti pengukuhan semua aspek

ii. Kepelbagaian aktiviti pemulihan 2 Memahami semua
aspek secara
iii. Kepelbagaian aktiviti pengayaan sederhana

3 Memahami semua
aspek dengan baik

4 Memahami semua
aspek dengan
sangat baik

Kementerian Pelajaran Malaysia

138 Standard Guru Malaysia

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

2.4.6 Gagasan: Pengurusan bilik darjah 1 23 4

Aspek-aspek: Rubrik

i. Pengurusan suasana fizikal, sosial dan emosi 1 Kurang memahami
i semua aspek.

i. Pelaksanaan peraturan dan rutin/ prosedur 2 Memahami semua
aspek secara
iii. Pengurusan tingkah laku murid sederhana.

3 Memahami semua
aspek dengan baik.

4 Memahami semua
aspek dengan
sangat baik.

2.4.7 Gagasan: Refleksi pengajaran dan pembelajaran. 1 23 4

Aspek-aspek: Rubrik

i. Menginterpretasi sesuatu peristiwa/ tindakan secara 1 Kurang memahami
terperinci semua aspek

ii. Menilai kekuatan dan kelemahan diri 2 Memahami semua
aspek secara
iii. Mempelajari sesuatu daripada peristiwa atau sederhana
pengalaman
3 Memahami semua
iv. Mengambil tindakan penambahbaikan kepada amalan aspek dengan baik
kendiri
4 Memahami semua
aspek dengan
sangat baik

Kementerian Pelajaran Malaysia

Standard Guru Malaysia 139

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti

S2.5: Pengetahuan dan kefahaman yang mantap dan tepat tentang pengintegrasian
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dan sumber pendidikan

Sejauh manakah kefahaman guru terhadap penggunaan teknologi dan sumber dalam
pengajaran dan pembelajaran berkaitan aspek-aspek berikut:

2.5.1 Gagasan: Teknologi Maklumat dan Komunikasi 1 23 4
(TMK), media dan sumber

Aspek-aspek: Rubrik

i. Penggunaan pelbagai kaedah integrasi TMK dalam 1 Kurang memahami
pengajaran pembelajaran semua aspek

ii. Etika penggunaan TMK 2 Memahami semua
aspek secara
iii. Penggunaan media sederhana

iv. Penggunaan sumber 3 Memahami semua
aspek dengan baik

4 Memahami semua
aspek dengan
sangat baik

Kementerian Pelajaran Malaysia


Click to View FlipBook Version