BAB 2
PENGURUSAN
                                                    CREDITS: This presentation template was
                                                        created by Slidesgo, including icons by
                                                   Flaticon, infographics & images by Freepik
2.1 PENGENALAN
PENGURUSAN
2.1.1 Fungsi Pengurusan
             a. Definisi Pengurusan Dan Organisasi
Definisi Pengurusan:
• Mengkoordinasi dan mengawasi aktiviti kerja orang lain agar
     aktiviti mereka dapat disiapkan dengan efektif dan efisien.
                                              (Stephen P. Robbins, 2013, m.s. 9)
• Proses merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal
     sumber-sumber organisasi untuk mencapai matlamat
     organisasi secara efektif dan efisien.
                                                     (Richard L. Daft, 2006 m.s. 8)
Definisi Organisasi :
 • Satu penyusunan tenaga manusia secara terancang
       untuk mencapai matlamat tertentu.
 • Gabungan dua atau lebih orang yang bekerja secara
       sistematik dan berstruktur untuk mencapai matlamat
       organisasi.
PENGAWALAN2.1.1 Fungsi Pengurusan                           PENGORGANIS
                                                         ASIAN
     b. Fungsi-fungsi Pengurusan
                               PERANCANGAN
                                                   FUNGSI
                                              PENGURUSAN
                                KEPIMPINAN
b. Fungsi-fungsi Pengurusan
i. Perancangan
   Proses di mana pengurus menentukan matlamat yang
   ingin dicapai, membangunkan strategi dan menentukan
   tindakan paling bersesuaian serta menyelaraskan semua
   aktiviti di setiap peringkat organisasi demi mencapai
   matlamat organisasi.
ii. Pengorganisasian
   Proses di mana pengurus menyusun, mengagih dan
   menstruktur sumber-sumber organisasi untuk
   melaksanakan tugas yang telah ditetapkan agar dapat
    mencapai matlamat organisasi.
   Proses di mana pengurus menentukan apa yang perlu di
   laksanakan, bagaimana ia dilaksanakan dan siapa yang
   akan melaksanakannya.
iii. Kepimpinan
   Proses di mana pengurus bekerjasama dengan sumber
   manusia/ pekerja untuk mencapai matlamat organisasi.
   Proses di mana pengurus memotivasi, memimpin dan
   melaksanakan segala tindakan yang melibatkan berurusan
   dengan sumber manusia untuk mencapai matlamat
    organisasi.
   Pengurus cuba mempengaruhi gelagat pekerja agar mereka
   dapat melaksanakan tugas yang diberikan dengan efektif
    dan efisien.
iv. Pengawalan
   Proses di mana pengurus memantau aktiviti-
   aktiviti semasa, membandingkan prestasi dan
   membuat tindakan pembetulan bagi
   memastikan hasil akhir kerja tercapai seperti
    yang dirancang.
2.1.2 Peringkat Pengurusan
a. Gambarajah Tiga Peringkat Pengurusan
                   Board of Directors           PERINGKAT
                   Chairman, General              ATASAN
                  Manager, President,
                     Vice President,
                Chief Executive (C.E.O),
             Chief Financial Officer (C.F.O),
                Chief Operating Officer
  PERINGKAT  Purchase Manager, Sales Manager,
PERTENGAHAN     Marketing Manager, Executive
                Officer, Plant Superintendent,
             Divisional Heads, Department Head
               Supervisor, Superintendent.                 PERINGKAT
             Foreman, Section Officer, Clerk,              BAWAHAN
              Sub-department executive etc.
             Levels of management
a. Tiga Peringkat Pengurusan
i. Pengurusan Atasan
• Bertanggungjawab untuk membuat keputusan ke
      atas organisasi secara menyeluruh.
• Membangunkan matlamat dan perancangan yang
      akan memberi kesan keatas keseluruhan organisasi.
• Tumpuan kepada perancangan jangka panjang/
      strategik.
• Menetap dan menggariskan visi, misi, dasar, polisi
      dan matlamat organisasi serta membimbing
      organisasi agar interaksinya dengan persekitaran
      adalah baik.
• Contohnya: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO),
      Presiden, Naib Presiden.
ii. Pengurusan Pertengahan
 Pengurus yang berada diantara pengurus atasan dan
     pengurus bawahan serta menyelia pengurus bawahan.
 Pengurusan pertengahan bertanggungjawab untuk
     melaksanakan segala keputusan yang dibuat oleh
     pengurusan atasan.
 Pengurus peringkat ini merangka keputusan jangka
     sederhana berpandukan matlamat yang ditetapkan oleh
     pengurusan atasan.
 Membuat laporan kepada pengurus atasan.
 Contohnya: Ketua Jabatan Pembangunan Produk,
     Pengurus Jabatan Sumber Manusia.
iii. Pengurus Bawahan
 Pengurus barisan pertama (first line manager) dan
      bertanggungjawab ke atas pekerja organisasi yang tidak
      terlibat dalam pengurusan.
 Bertanggungjawab secara langsung ke atas pengeluaran
      produk dan perkhidmatan serta membuat laporan kepada
      pengurus pertengahan.
 Tumpuan kepada perancangan jangka pendek.
 Memberi penekanan terhadap tugas penyeliaan ke atas kerja-
      kerja operasi dan memastikan pekerja bawahan melaksanakan
      tugas harian agar mencapai matlamat organisasi .
 Contoh: Penyelia Tapak, Ketua Kerani, Penyelia Jualan.
2.1.3 PERANAN DAN KEMAHIRAN
       PENGURUSAN
    a. Peranan Pengurusan
  Definisi Peranan:
  Tindakan atau tingkahlaku tertentu yang
  dijangka dan dipamerkan oleh seseorang
  pengurus.
2.1.3 PERANAN DAN KEMAHIRAN PENGURUSAN
     a. Peranan Pengurusan
Berdasarkan Henry Mintzberg terdapat 10 peranan
pengurus yang boleh dikategorikan kepada 3 bahagian:
III II I
           Penjalin
          Hubungan                 Pembuat                   Pemberi
         Perorangan               Keputusan                 Maklumat
• Tunggak (Figurehead)  • Usahawan                • Pemantau (Monitor)
• Pemimpin (Leader)       (Entreprenuer)          • Penyebar
• Penghubung Liaison)
                        • Pengagih Sumber           (Disseminator)
                          (Resource Allocator)    • Jurucakap
                        • Perunding (Negotiator)    (Spokeperson)
                        • Menangani Gangguan
                          (Crisis Handler)
I. Penjalin Hubungan Perorangan
i. Tunggak (Figurehead)
• Menjalankan beberapa tugas yang
    berbentuk simbolik atau upacara.
• Contoh: CEO akan menghadiri majlis,
    menyampaikan sijil dan anugerah.
• Pengarah akan menandatangani
    dokumen rasmi perjanjian dengan
    syarikat pembekal .
ii. Pemimpin (Leader)
• Mengarah, mengkoordinasi dan memotivasikan
    pekerja melaksanakan kerja.
• Memastikan kerja-kerja yang dilaksanakan
    mematuhi apa yang telah dirancang.
• Contoh: CEO menggesa agar setiap Pengurus
    Cawangan dapat mencapai target hasil jualan
    sebanyak RM20 juta pada penghujung tahun ini.
iii. Pengawai Penghubung (Liaison)
 Mengekalkan hubungan jaringan (networking)
    sama ada di dalam atau di luar organisasi; melalui
    e-mel, panggilan telefon dan mesyuarat.
 Contoh: Pengurus Sumber Manusia berunding
    dengan Ketua Kesatuan Pekerja berkaitan
    ketidakpuasan hati pekerja berkaitan tuntuntan
    kerja lebih masa atau berinteraksi dengan
    pelanggan, pembekal dan sebagainya.
II. Pembuat Keputusan
i. Usahawan (entrepreneur)
 Berperanan sebagai perintis (initiator), pereka dan
    penggalak kepada perubahan dan inovasi.
 Contoh: CEO Samsung mengumumkan peranti boleh
    lipat (berada di antara telefon dan tablet) yang
    pertama dikomersialkan iaitu Galaxy Fold mempunyai
    6 kamera dengan harga sekitar RM8051.00
ii. Menangani gangguan (crisis handler)
 Membuat keputusan atau tindakan yang tepat
    terhadap krisis yang timbul dalam organisasi
    supaya persekitaran organisasi yang bermasalah
    dapat diselesaikan.
 Contoh: Pengurus Sumber Manusia berbincang
    dengan wakil Kesatuan Sekerja untuk
    menyelesaikan masalah ketidakpuasan hati
    pekerja berkaitan masalah kenaikan gaji tahunan
    .
iii. Pengagih sumber (resource allocator)
 Menetapkan bagaimana sumber organisasi yang
     terhad diagih dan digunakan oleh semua ahli
     organisasi untuk mencapai matlamat organisasi.
 Contoh: Pengurus Jabatan Kewangan memutuskan
     pengagihan sumber-sumber dana mengikut
     keutamaan di mana sebanyak RM30juta
     diperuntukkan kepada Jabatan Pengeluaran untuk
     membeli mesin dan jentera.
iv. Perunding (negotiator)
 Mewakili organisasi dalam perundingan yang
    melibatkan bidang kuasa.
 Contoh: Pengurus Jabatan Jualan berunding
    dengan Pengurusan Jabatan Pengeluaran untuk
    membuat ramalan jualan berdasarkan kapisiti
    pengeluaran yang mampu dihasilkan oleh
    jabatan tersebut untuk tahun hadapan.
III. Pemberi Maklumat
i. Pemantau (monitor)
 Mencari dan menerima maklumat, mengimbas
    laporan berkala dan mengekalkan hubungan
    perorangan.
 Contoh: Presiden syarikat sentiasa memantau
    keadaan gejala pendamik Convid 19 yang
    mempengaruhi perjalanan operasi organisasinya.
ii. Penyebar maklumat (disseminator)
  Menyebar maklumat penting yang diperolehi
     sama ada dari dalam atau luar organisasi
     kepada ahli organisasi melalui memo,laporan
     atau panggilan telefon.
  Contoh: Penyelia Jualan perlu memberi laporan
     jualan bulanan kepada Pengurus Jabatan
     Jualan pada setiap awal bulan yang berikutnya.
iii. Jurucakap (spokesperson)
 Mewakili unit/jabatan untuk memberi
    maklumat yang jelas kepada pihak
    pengurusan atasan dalam organisasi atau
    berkomunikasi dengan individu/kesatuan
    pekerja di luar organisasi.
 Contoh: Pengawai Perhubungan Awam
    berucap dalam sidang akhbar berkaitan isu
    masalah produk yang perlu ditarik balik dari
    pasaran.
2.1.3 PERANAN DAN KEMAHIRAN PENGURUSAN
       b. Kepentingan Kemahiran Dalam Pengurusan
i. Pembuat keputusan yang berkesan.
 Membolehkan pengurus mengenalpasti masalah dan
    membuat keputusan yang tepat bagi sesuatu
    situasi yang penting.
ii.Mewujudkan penyelarasan organisasi
 Membolehkan pengurus menyelaras kerja di dalam organisasi
    secara lebih baik dan berkesan supaya dapat mengelakkan
    berlakunya pertindihan tugas serta pengurus boleh mengurus
    dengan berkesan.
iii. Kebolehan bertindak dengan cepat
 Pengurus yang berkemahiran dapat mengetahui dan
      menyelesaikan semua masalah secara cekap dan berkesan.
iv. Pengurusan hubungan dengan pekerja dan
     membangunkan sumber manusia
 Pengurus yang berkemahiran akan mengenalpasti
    prestasi pekerja yang kurang baik dan akan memastikan
    ianya tidak akan menjejaskan pencapaian organisasi.
    Pengurus yang berkemahiran akan memberi motivasi dan
    dorongan kepada pekerja agar terus meningkatkan
    prestasi kerja para pekerja seperti yang diperlukan oleh
    orgaanisasi.
v. Membolehkan penguru mengenalpasti dan
mengambil peluang yang wujud sama ada dari
dalam dan luar organisasi
 Pengurus yang berkemahiran akan cuba
    meneroka peluang yang ada di sekelilingnya dan
    menukarkannya kepada keberhasilan bagi
    organisasi.
2.1.3 PERANAN DAN KEMAHIRAN PENGURUSAN
     c. Kemahiran Pengurusan
Kemahiran    Kemahiran   Kemahiran
Konseptual  Kemanusiaan   Teknikal
c. Kemahiran Pengurusan
i. Kemahiran Konseptual
 Kemahiran yang digunakan untuk berfikir dan mengkonsepsualisasikan
    (memaujudkan) sesuatu yang abstraks dan situasi yang kompleks.
 Kemampuan untuk melihat organisasi secara keseluruhan dan
    mengintegrasikan hubungan antara bahagian-bahagian dalam
    organisasi.
 Melibatkan proses perancangan dan pengurusan strategik untuk
    mencapai matlamat organisasi.
 Melibatkan pembuatan keputusan yang kompleks yang melibatkan
    kesan jangka panjang.
ii. Kemahiran Kemanusiaan
 Kebolehan untuk bekerja dengan baik bersama orang lain
    samada secara individu atau berkumpulan.
 Memimpin, memotivasi, mengurus konflik dan mempengaruhi
    individu dengan memahami perasaan, tingkah laku dan sikap
    individu lain.
 Kebolehan berkomunikasi dengan pelbagai golongan manusia
    atau masyarakat seperti bertemu dengan pelbagai jenis
    pelanggan, bermesyuarat dengan pegawai atasan, berbincang
    dan berhubung dengan pekerja.
Contoh: Pengurus sumber manusia perlu
berusaha menangani masalah prestasi
pekerja, membekalkan maklumbalas prestasi
kerja kepada para pekerja, memotivasi
pekerja dan mengawal aktiviti-aktiviti yang
membabitkan pengurusan prestasi pekerja.
iii. Kemahiran Teknikal
 Pengetahuan berkaitan pekerjaan dan teknik
     yang diperlukan untuk menjalankan tugas
     dengan cekap.
 Kebolehan untuk mengaplikasikan kaedah,
     prosedur dan teknik dalam bidang tertentu.
 Mempunyai kaitan yang rapat dengan aktiviti
     harian organisasi.
d. Hubungkait Kemahiran Pengurusan Dengan Peringkat Pengurusan
JENIS        BAWAHAN (OPERASI)           PERTENGAHAN                  ATASAN
KEMAHIRAN                                (JABATAN)                    (KETUA ORGANISASI)
KONSEPTUAL
             Tidak penting kerana pengurus Penting kerana pengurus Sangat penting kerana
KEMANUSIAAN
             terlibat dengan aktiviti operasi terlibat dalam perancangan pengurus perlu terlibat balas
             sahaja.                     dalam jabatan.               terhadap perubahan.
             Penting kerana komunikasi Penting kerana pengurus Penting kerana pengurus
             perlu berlaku antara rakan mengurus pekerja dalam berkomunikasi dengan pihak
             sejawat dan memberi tunjuk ajar jabatan dan berkomunikasi berkepentingan          dan
             dan penerangan kepada pekerja dalam mesyuarat antara bermesyuarat             dengan
             bawahan                     pengurus jabatan             pengurus setiap jabatan
TEKNIKAL     Sangat penting kerana Penting kerana pengurus Tidak penting                   kerana
                                                                                             tidak
             pengurus perlu memahami perlu memberi tunjuk ajar pengurus atasan
                                                                                           aktiviti
             proses dan prosedur kerja.  kepada pekerja jabatan       terlibat dalam
                                         dan berbincang dengan operasi.
                                         penyelia          berkaitan
                                         operasian
Rajah Hubungkait Antara Kemahiran
Pengurusan Dengan Peringkat Pengurusan
  Tingkat Kemahiran    Kemahiran  Kemahiran
Pengurusan Konseptual  Kemanusiaan Teknikal
Pengurus
Atasan
Pengurus
Pertengahan
Pengurus
Bawahan
2.2 PERANCANGAN
2.2.1 PENGENALAN PERANCANGAN
          a. Takrif Perancangan
 Proses di mana pengurus menentukan matlamat
   yang ingin dicapai, membangunkan strategi dan
   menentukan tindakan paling bersesuaian serta
   menyelaraskan semua aktiviti di setiap peringkat
    organisasi demi mencapai matlamat organisasi.
 Proses di mana pengurus menentukan matlamat
   yang ingin dicapai dan menentukan tindakan
   yang paling sesuai untuk diambil di semua
    peringkat organisasi untuk mencapai matlamat
    organisasi.
 Contoh matlamat syarikat untuk ke pasaran
    antarabangsa:
 Presiden Syarikat Suria Bhd. merancang untuk
    memasuki pasaran antarabangsa 2 tahun dari sekarang.
 Tindakan di semua jabatan:
 Pengurus Kewangan merancang untuk menambahkan
    sumber dana melalui sumber jangka panjang .
 Pengurus Pengeluaran merancang untuk membeli mesin
    baru bagi meningkatkan volum pengeluaran.
 Pengurus Sumber Manusia merancang untuk merekrut
    pekerja dari sumber dalam dan luar organisasi bagi
    menambahkan ambilan pekerja baru.
 Pengurus Pemasaran akan mempergiatkan iklan di media
    sosial dan elektronik.
 Pengurus RnD sentiasa menyelidiki dan membangunkan
    produk yang berinovasi dan menambahkan beberapa
    fungsi baru.
2.2.1 PENGENALAN PERANCANGAN
             b. Kepentingan Perancangan
i. Menyediakan Hala Tuju Organisasi
 Membantu pengurus menentukan matlamat, kumpulan kerja dan
    membangunkan strategi yang menyeluruh bagi mencapai
    matlamat.
 Pengurus juga dapat mengagih dan mengguna sumber dengan
    lebih efektif dan efisien.
 Membantu mengenalpasti operasi yang diperlukan serta
    bagaimana ia mempengaruhi organisasi.
 Contoh: Sehat Herbs Holdings akan menjadi pengeluar produk
    kesihatan berasaskan herba tropika yang terunggul di Asia
    menjelang 2023.
ii. Tanda aras untuk mencapai objektif
 Tanda aras adalah satu proses mencari ciri-ciri produk,
   perkhidmatan atau proses yang terbaik berbanding pesaing
   sebagai satu standard atau piawai untuk meningkatkan
   prestasi organisasi
 Perancangan membolehkan penetapan tanda aras yang
   hendak dicapai.
 Contoh: Sehat Herbs Holdings (SHH) akan menguasai 30
    peratus syer pasaran di Asia bagi produk kesihatan
    berasaskan herba tropika menjelang 2023.
 (30 peratus dan tahun 2023 adalah menjadi tanda aras yang
    menjadi panduan dan matlamat yang perlu dicapai oleh
    pekerja organisasi)
iii. Bertindak kepada persekitaran yang dinamik
• Pengurus dapat mengenalpasti peluang, masalah dan ancaman
   yang dihadapi oleh perniagaan pada masa sekarang dan masa
   depan
• Pengurus telah bersedia dan boleh membuat pengubahsuaian
   mengikut situasi atau masalah yang timbul berdasarkan
   strategi sediada.
• Memastikan operasi organisasi berjalan lancar
• Persediaan awal dapat menjimatkan kos operasi,
   mengurangkan pembaziran dan menguruskan risiko dengan
   baik.
Contoh: masalah Convid19 yang melanda
dunia menyebabkan masyarakat
dikenakan perintah berkurung. Banyak
organisasi tidak dapat beroperasi maka
Pengurus terpaksa mengarahkan pekerja
untuk bekerja dari rumah dan
mengadakan mesyuarat secara atas
talian.
iv.Sebagai Alat Kawalan Pengurus
• Melalui perancangan satu sistem kawalan dapat diwujudkan.
• Pengurus dapat memastikan pencapaian organisasi selaras
  dengan perancangan.
• Tindakan pembetulan dapat dilakukan dari semasa ke
  semasa.
• Contoh: Sehat Herbs Holdings (SHH) akan menguasai 30
  peratus syer pasaran di Asia bagi produk kesihatan
  berasaskan herba tropika menjelang 2023.
• Sekiranya SHH tidak dapat mencapai syer pasaran pada
  tahun tersebut maka Pengurus akan mengenalpasti punca
  dan cuba membangunkan strategi baru.
2.2.1 PENGENALAN PERANCANGAN
     c. Hubungkait Jenis Perancangan dan
         Peringkat Pengurusan
   Jenis-jenis Perancangan
i. Perancangan Strategik (Jangka Panjang)
ii. Perancangan Taktikal (Jangka Sederhana)
iii.Perancangan Operasian (Jangka Pendek)
• i. Perancangan Strategik (Jangka Panjang)
• Adalah perancangan menyeluruh bagi mencapai matlamat
  organisasi.
• Melibatkan proses pembuatan keputusan berkenaan matlamat
  jangka panjang organisasi.
• Tempoh masa melebihi tiga tahun.
• Dilakukan oleh pengurus peringkat atasan.
• Risiko yang tinggi kerana melibatkan perancangan
  keseluruhan.
• Memerlukan kemahiran konseptual yang tinggi.
• Contoh: Syarikat Triple Jati (STJ) ingin meluaskan pasaran
  perabotnya ke pasaran Eropah 5 tahun akan datang.
ii. Perancangan Taktikal (Jangka Sederhana)
• Adalah perancangan yang direkabentuk bagi melaksanakan
  perancangan strategik.
• Diterjemahkan daripada perancangan jangka panjang oleh
  pengurus peringkat pertengahan.
• Tempoh lebih singkat berbanding perancangan strategik iaitu
  antara satu hingga tiga tahun.
• Dikenali sebagai rancangan fungsian yang meliputi perancangan
  sesuatu jabatan seperti perancangan pemasaran, perancangan
  kewangan, perancangan sumber manusia dan perancangan
  pengeluaran.
• Contoh: Jabatan Pengeluaran Syarikat Triple Jati mensasarkan
  peningkatan volum pengeluaran sebanyak 20% dalam tempoh 2
  tahun.
• iii.Perancangan Operasian (Jangka Pendek)
• Adalah perancangan terperinci yang dilakukan oleh pengurus
  peringkat bawahan.
• Jangka masa paling pendek kurang daripada satu tahun.
• Penekanan pada tugas-tugas rutin.
• Dilakukan secara berulang-ulang contohnya kerja harian, mingguan,
  bulanan.
• Berkaitan aktiviti pengeluaran.
• Contoh: Kilang A mensasarkan peningkatan volum pengeluaran set
  sofa ekskusif sebanyak 10% setiap bulan sebagai persediaan untuk
  ke pasaran Eropah kelak.
Syarikat Triple Jati               Syarikat Triple
                                                      Jati ingin
                           Ketua Pegawai              meluaskan
                               Eksekutif              pasaran ke
                                                      Eropah 5 tahun
                                                      akan datang.
Pengurus Jabatan                   Pengurus Jabatan
    Pengeluaran                         Kewangan
Penyelia Kilang A                  Penyelia Kilang B
Penyelia Kilang A mensasarkan      Rajah Perkaitan
peningkatan volum pengeluaran set  Jenis Perancangan
sofa sebanyak 10% setiap bulan.    dengan Peringkat
                                   Pengurusan
Rajah Hubungkait Antara Jenis Perancangan
 Dengan Peringkat Kemahiran Pengurusan
      Tingkat    Kemahiran                       Kemahiran Kemahiran
 Pengurusan &    Konseptual                      Kemanusiaa Teknikal
                                                 n
         Jenis
   Perancangan
Pengurus Atasan
Perancangan              Tinggi                  Tinggi
Strategik
                                                                 Rendah
Pengurus         Sederhana               Tinggi
Pertengahan
                                                         Sederhana
Perancangan
Taktikal
Pengurus         Rendah          Tinggi                  Tinggi
Bawahan
Perancangan
Operasi
