1
                            Penggayaan Kerja
    Kerja dikembangkan secara vertikal dengan menambah tanggungjawab untuk
         merancang dan menilai.
    Ia meningkatkan kedalaman kerja iaitu sebanyak mana kawalan seseorang
         pekerja ke atas kerja mereka sehingga selesai.
    Pekerja diberi kuasa untuk membuat andaian beberapa tugas yang biasanya
         dilakukan oleh pengurus mereka.
    Ia membenarkan pekerja melaksanakan seluruh aktiviti dengan bebas, berdikari
         dan bertanggungjawab.
    Contoh, pengurus perkhidmatan penerbangan diberi lebih tanggungjawab dan
         kuasa dalam mengagihkan tugas-tugas kepada krew penerbangan.
2
                     Penggayaan Kerja
Pegawai    Staff Pemasaran
Pemasaran   Staff Promosi
              Staff Jualan
3
                                    iii. Kualiti Suasana Kerja (KSK)
       Melibatkan usaha mewujudkan suasana bekerja untuk meningkatkan
          motivasi pekerja, kepuasan dan komitmen sebagai faktor yang boleh
          menyumbang kepada peningkatan prestasi organisasi.
      Secara khususnya KSK merupakan cara untuk meningkatkan output
          organisasi dan memperbaiki kualiti dengan melibatkan pekerja dalam
          membuat keputusan yang boleh memberi kesan kepada pekerjaan
          mereka.
      Pendekatan KSK dibentuk untuk membantu pekerja merasa seronok
          dengan diri, kerja dan organisasi mereka
4
       Faktor-faktor yang dikaitkan dengan KSK:
     • Pampasan yang sesuai dan munasabah
     • Persekitaran kerja yang selamat dan sihat
     • Peluang untuk membangunkan kebolehan sumber manusia
     • Peluang untuk pembangunan dan keselamatan kerja yang berterusan
     • Jadual kerja dan tugasan mudah/longgar (flexible)
     • Perhatian yang berhati-hati terhadap aliran serta rekabentuk kerja
          dan pekerja dilibatkan di dalam menghasilkan rekabentuk kerja
     • Kerjasama yang bertambah dan lebih baik dalam kesatuan
          pengurusan
     • Kurang struktur penyeliaan dan banyak pembangunan efektif dalam
          kumpulan kerja
5
                            iv. Pengupayaan Kerja (Job Empowerment)
        ▶ Penurunan kuasa (delegasi kuasa) kepada subordinat untuk membuat
              keputusan.
       ▶ Menerangkan bagaimana pekerja diberi lebih autonomi terhadap proses
              kerja.
       ▶ Pekerja diberi autonomi iaitu kebebasan, berdikari dan menggunakan
              budibicara terhadap aktiviti-aktiviti kerja mereka.
       ▶ Ini termasuklah:
            i. Membenarkan pekerja menentukan kaedah kerja
            ii. Memberi cadangan bagaimana menyelesaikan masalah
            iii. Menerima maklumat yang berkesan serta mengawal belanjawan
                   kewangan
       ▶ Pengupayaan juga membolehkan pekerja mengawal maklumbalas
              prestasi kerja mereka.
       ▶ Pekerja percaya pada keupayaan diri sendiri untuk menyelesaikan
              tugas dengan jayanya.
6
                        v. Ganjaran
      ▶ Suatu balasan yang diingini oleh pekerja terhadap usaha
           dan kerja yang mereka lakukan.
     ▶ Melibatkan ganjaran kepada pekerja:
         • Kewangan – gaji, upah dan bonus, elaun,
         • Bukan Kewangan – anugerah khidmat cemerlang,
                hadiah percutian dan sijil pengiktirafan
     ▶ Objektif utama adalah untuk memotivasikan pekerja dan
           menggalakkan pekerja bekerja dengan lebih tekun dan
           bersemangat.
2.5 PENGAWALAN
2.5 Pengawalan
2.5.1 Pengawalan Fungsi Kawalan
a. Takrif kawalan
• Proses di mana pengurus memantau aktiviti- aktiviti,
membandingkan dan membuat  tindakan pembetulan bagi
memastikan hasil akhir kerja tercapai seperti yang
dirancang.
• Proses memantau prestasi dan mengambil  tindakan
untuk memastikan hasil tercapai seperti yang dijangkakan.
b.Kepentingan kawalan
1. Mengukur prestasi pengurus dan pekerja
     Mekanisma kawalan dapat memantau prestasi pekerja dan kecekapan
     pengurus dalam membuat keputusan.
2. Jaminan kualiti produk
     Mengawasi, memeriksa dan meningkatkan mutu keluaran.
3. Mengenalpasti peluang dan ancaman
     Perniagaan perlu menganalisa peluang dan ancaman yang terdapat di
     sekitar perniagaan seperti persaingan, perubahan teknologi, politik dan
     undang-undang, ekonomi, dan lain-lain.
4. Bersedia menghadapi ancaman.
Organisasi sentiasa berdepan dengan persekitaran yang dinamik (sentiasa
berubah) terutamanya apabila ia  melibatkan perubahan citarasa dan
keperluan pengguna.
a. Takrif Proses Kawalan
  Proses kawalan ialah langkah-langkah yang perlu
  dilakukan untuk mengawal melibatkan
  penetapan piawai, mengukur prestasi sebenar,
  membuat perbandingan antara prestasi dan
  piawai dan melakukan tindakan pembaikan
  supaya objektif yang dirancang tercapai.
a. Rajah Proses Kawalan
MENETAPKAN PIAWAIAN
MENGUKUR PENCAPAIAN
                     TIDAK
 MEMBANDINGKAN                    MEMBUAT
     PENCAPAIAN                   LANGKAH
                                PEMBETULAN
DENGAN PIAWAIAN
                            YA
                 YA
      TERUSKAN
i. Menetapkan Piawaian
• Proses kawalan bermula dengan membentuk objektif dan
   piawai yang ingin dicapai.
• Ia merujuk kepada perancangan dan rancangan yang hendak
   dilaksanakan itu perlu mengandungi piawai tertentu.
• Piawai yang hendak dicapai ini perlulah ditetapkan dengan
   jelas dan boleh diukur.
• Contoh:Jabatan pengeluaran, Syarikat Mahsuri menetapkan
   objektif untuk mengeluarkan 1000 kampit beras sehari bagi
   kuantiti 5kg dan 10kg yang mempunyai 5% beras hancur.
ii. Mengukur Pencapaian
•  Pengurus akan mengukur pencapaian sebenar.
•  Sebelum mengukur beberapa perkara perlu dikenalpasti
•
   AntAKBakaertkgaieavnriiymtaiapayainaananlagphpe:rinnogislaeinisadnpiendniliiallaaikiaunkaankan dilakukan
• Contohnya, pekerja Syarikat Mahsuri mengambil 5%
    sampel beras yang telah dihasilkan setiap 2 jam untuk
    mengukur berat dan % beras hancur dan mengira
    prestasi.
iii. Membandingkan Pencapaian dengan Piawaian
• Pengurus perlu membuat perbandingan di antara piawaian
    yang ditetapkan dengan prestasi sebenar.
• Perbandingan ini dilakukan dengan tujuan untuk
    mengenalpasti perbezaan di antara maklumat yang telah
    dikumpulkan daripada penilaian prestasi sebenar dengan
    piawai yang telah ditetapkan
• Untuk membuat perbandingan, lazimnya pengurus akan
    bergantung kepada laporan yang diserahkan kepadanya oleh
    staf bawahan yang bertanggungjawab merekodkan hasil
    keputusan kemajuan prestasi sebenar.
• Contohnya, pekerja Syarikat Mahsuri mendapati bahawa 2
    kampit beras yang sepatutnya berat 5kg tidak mencapai
    berat tersebut dan mempunyai 10 kampit beras mempunyai
    % beras hancur yang lebih dari 5%.
iv. Membuat Langkah Pembetulan
• Pengurus boleh memilih diantara 3 tindakan: tidak buat apa-
    apa, membuat pembetulan keatas prestasi sebenar, atau
    menyemak semula piawaian.
• Tindakan pembetulan/pembaikan dilakukan ke atas tahap-
    tahap operasi tertentu yang dikenalpasti menyebabkan
    penyimpangan.
• Jika didapati semua faktor yang dinilai tidak mencapai
    piawai, piawaian perlu diubahsuai – mungkin piawaian terlalu
    tinggi
• Jika tiada penyimpangan, aktiviti akan diteruskan seperti
    biasa dan tindakan susulan akan dilaksanakan.
• Contohnya, Syarikat Mahsuri mengisi timbangan beras yang
    kurang beratnya dan mengasingkan beras yang % hancur
    tidak mencapai piawaian sebenar.
2.5 Pengawalan
2.5.3 Alat-alat Kawalan
Belanjawan                 Carta Gantt
                Alat-alat
                Kawalan
Carta PERT/CPM  Titik Pulang Modal
i. Belanjawan
• Satu bentuk perancangan berangka yang memperuntukkan
   sumber kewangan untuk pelaksanaan sesuatu aktiviti bagi
   sesuatu tempoh tertentu.
• KEGUNAAN: sebagai panduan dimana pihak pengurusan dapat
   mengawal perbelanjaan seperti yang ditetapkan.
• Contoh belanjawan – Belanjawan induk, belanjawan tunai,
   belanjawan modal, kredit, pentadbiran, stok, induk dan lain-
   lain.
• Contohnya, Belanjawan  Syarikat Kejora yang
memperuntukkan kewangan sebanyak RM20 juta bagi
perbelanjaan operasian yang dianggarkan untuk tahun depan
telah dibentangkan oleh Pengurus Kewangan dalam mesyuarat
kewangan.
2.5.3 Alat-alat Kawalan
                  RnD
                  5%
Utiliti & Am
15%
Gaji Upah &            Jentera dan
Komisyen               Mesin 55%
25%
Rajah Carta Pai - Belanjawan Pengagihan Peruntukkan Kewangan
sebanyak RM20j mengikut keperluan perbelanjaan
ii.Carta Gantt
• Carta berjadual yang menunjukkan output yang sebenar dan
    dirancang dalam satu tempoh masa.
• Carta yang menunjukkan susunan langkah-langkah/aktiviti di
    dalam suatu projek dan masa yang diperuntukkan bagi
    menyelesaikan setiap langkah/aktiviti tersebut.
• Gantt menunjukkan secara grafik bila kegiatan perlu
    dilaksanakan dan membandingkan unjuran tersebut dengan
    progres sebenar bagi setiap kegiatan.
• Jadual keseluruhan dibentuk dengan menetapkan masa
    permulaan dan masa siap setiap kegiatan yang perlu
    disempurnakan mengikut turutan sehingga tamatnya projek
    berkenaan.
• KEGUNAAN: untuk mengawal atau memastikan aktiviti
    perniagaan dilaksanakan seperti masa yang ditetapkan.
0
   Contoh: Proses membuat baju Kurung Butik
   ZZA yang dirancangkan bagi bulan Februari
         Kerja     Masa
   Melakar       1/2 – 7/2
   Menggunting
   Menjahit      7/2 -14/2
   Membungkus    8/2–21/2
                15/2 – 28/2
Carta Gantt : Aktiviti Menyiapkan 500 helai baju
Kurung yang dijangkakan dalam bulan Februari
Tarikh       1/2  7/2  14/2         21/2          28/2
/Aktiviti
Melakar
Menggunting
Menjahit
Membungkus
                                    Tarikh pemantauan 19/2
Perancangan       Prestasi sebenar
ii.Carta Gantt – contoh 2
Aktiviti Mengubah suai Bilik Tutoran
A Dapatkan kelulusan kewangan(13/4—20/4)
B Alihkan kerusi dan meja keluar bilik(20/4—24/4)
C Beli jubin baru(20/4—11/5)
D Bawa kerusi dan meja ke bengkel perabut
    (24/4—27/4)
E Keluarkan jubin lama dari bilik(24/4—8/5)
F Pasang jubin baru(11/5—25/5)
G Baik pulih kerusi dan meja(27/4—8/6)
H Masukkan kerusi meja ke kelas(8/6—12/6)
I Pasang kerusi dan meja(12/6—19/6)
**nota: tarikh pemantauan kemajuan projek pada 4/5
ii.Carta Gantt
Aktiviti A
        B                                                           Rancang
                                                                      Sebenar
        C
        D
        E
        F
        G
        H
Tarikh  I
          13/4 20/4 27/4 4/5 11/5 18/5 25/5 1/6 8/6 15/6 22/6
                                                 Tarikh pemantauan
iii. Carta PERT/CPM
• Rajah yang menggunakan garisan bagi mewakili turutan
    aktiviti-aktiviti dan masa yang diperuntukkan di dalam
    menyiapkan sesuatu projek di mana melaluinya masa
    terpanjang (laluan genting) projek dapat disiapkan boleh
    diketahui.
• Jaringan atau gambarajah menunjukkan hubungan serta
    turutan berlakunya setiap kegiatan-kegiatan dalam
    projek tersebut.
• KEGUNAAN : Digunakan oleh pengurus untuk
    mengenalpasti dan mengawal tindakan berasingan yang
    dilakukan untuk menyiapkan sesuatu projek.
iii. Carta PERT/CPM
Aktiviti  Aktiviti Sebelum     Masa
  A               -             7
  B              A              4
  C              A              21
  D              B              3
  E              B              14
  F            C, E             14
  G              D              42
  H            F, G             4
   I             H              7
21          14
                C
                    F
      74
Mula     AB         14          42   4      7
                    E           G    H      I
                         3              Tamat
                        D
               Rajah carta PERT/CPM
Petunjuk:
       Laluan genting
iv. Titik Pulang Modal
• Analisis yang digunakan untuk mengkaji hubungan antara
   jualan (hasil) dengan kos untuk menentukan titik di mana
   jumlah jualan akan menyamai jumlah kos iaitu titik pulang
   modal.
• Ia tercapai bila Jumlah Hasil = Jumlah Kos
• Dengan ini firma akan mempastikan output yang dijual
    melebihi titik yang telah ditetapkan supaya memperolehi
    keuntungan.
• KEGUNAAN: digunakan untuk menentukan unit minima
    yang patut dikeluarkan atau dijual untuk mendapat
    pulangan modal.
Contoh soalan
Apakah kuantiti pulang modal jika harga jualan seunit ialah
RM 25, Kos Berubah seunit ialah RM 10 dan Kos Tetap seunit
RM 150,000?
Jawapan:    =  Kos Tetap
TPM (unit)  =  Harga – Kos Berubah seunit
            =  150,000
               25 – 10
               10,000 unit
TPM (RM) = 10,000 x 25
                      = RM250,000
iv. Titik Pulang Modal
Kos/hasil  TPM                     Jum. hasil
(RM)                               Kos berubah
                                   Kos tetap
250,000
150,000
0 Kuantiti(Q)
           10,000                  (Unit)
TAMAT
