c. Hubungkait Jenis Perancangan dan
   Kemahiran Peringkat Pengurusan
PERANCANGAN   Pengurus perlu mempunyai kemahiran konseptual
   STRATEGIK  yang tinggi berbanding pengurus peringkat lain.
              Pengurus perlu memantau persekitaran dalaman dan
& PENGURUSAN  luaran seperti ekonomi, teknologi, kebudayaan,
      ATASAN  pelanggan, pekerja, pesaing dan sebagainya.
PERANCANGAN   Pengurus akan menentukan bagaimana syarikat akan
    TAKTIKAL  menggunakan sumber-sumber yang ada bagi
              mencapai matlamat yang ditetapkan. Pengurus amat
& PENGURUSAN  memerlukan kemahiran kemanusiaan bagi memimpin
PERTENGAHAN   dan memotivasikan pekerja untuk mencapai matlamat
              organisasi.
PERANCANGAN   Pengurus juga amat memerlukan kemahiran teknikal
   OPERASIAN  kerana bertanggungjawab mengawal operasi harian.
& PENGURUSAN
    BAWAHAN
c. Hubungkait Jenis Perancangan dan
           Kemahiran Peringkat Pengurusan
i. Pengurusan Atasan – Perancangan Strategik
Pengurusan atasan (antaranya seperti CEO, Presiden, Pengarah
Urusan) melakukan perancangan strategik (jangka panjang).
Merujuk kepada rancangan untuk keseluruhan organisasi.
Pengurus perlu mempunyai kemahiran konseptual yang tinggi
berbanding pengurus peringkat lain. Pengurus perlu memantau
persekitaran dalaman dan luaran seperti ekonomi, teknologi,
kebudayaan, pelanggan, pekerja, pesaing dan sebagainya agar
peka kepada perubahan persekitaran yang dinamik bagi mengelak
ancaman kepada organisasi.
Pengurus atasan juga penting untuk mempunyai
kemahiran kemanusiaan kerna beliau perlu berkomunikasi
dengan pelbagai pihak luar dan dalam organisasi iaitu
semua pengurus jabatan dan pengurus bawahan ketika
mesyuarat pengurusan. Pengurus atasan adalah ketua
dalam organisasi maka mereka perlu menyampaikan visi
dan misi syarikat kepada pengurus peringkat lain. Mereka
juga perlu turun untuk melihat dan memotivasikan pekerja
bawahan dalam organisasinya.
Pengurus atasan hanya perlukan sedikit sahaja kemahiran
teknikal kerana beliau tidak terlibat secara langsung dalam
operasi dan kerja rutin organisasi.
ii. Pengurusan Pertengahan – Perancangan Taktikal
Pengurus pertengahan (terdiri daripada pengurus-pengurus jabatan)
menyediakan perancangan taktikal (jangka sederhana). Menyokong
perancangan jangka panjang yang dibuat oleh pengurus atasan.
Pengurus akan menentukan bagaimana syarikat akan menggunakan
sumber-sumber yang ada bagi mencapai matlamat yang ditetapkan.
Pengurus memerlukan kemahiran kemanusiaan kerana penting
baginya untuk memimpin dan memotivasikan pekerja untuk
mencapai matlamat organisasi.
Pengurus pertengahan juga adalah penghubung kepada jabatan-
jabatan laindalam organisasi. Contohnya meysuarat antara
jabatan akan melibatkan pengurus pertengahan dan pengurus
atasan untuk membincangkan masalah dan objektif jabatan
masing-masing.
Kemahiran konseptual yang sederhana diperlukan oleh pengurus
pertengahan untuk membentuk objektif jabatan dan
membangunkan strategi jabatan masing-masing. Begitu juga
mereka memerlukan kemahiran teknikal secara sederhana untuk
membantu pengurus bawahan menyelesaikan dan membincang
prosedur kerja harian operasi organisasi.
iii.Pengurusan Bawahan – Perancangan Operasian
Pengurus bawahan (antaranya seperti Penyelia Jualan,
Penyelia Tapak, Ketua Unit) akan menyediakan perancangan
operasian (jangka pendek).
Perancangan yang dibuat perlu selaras dengan perancangan
yang dibuat oleh pengurus peringkat atasan dan pertengahan.
Pengurus bawahan memerlukan kemahiran teknikal kerana
penting baginya untuk bertanggungjawab mengawal operasi
harian organisasi. Mereka perlu memberi tunjuk ajar dan
mengawal selia prosedur kerja pekerja bawahan dan cekap
dalam tunjuk ajar cara mengendalikan mesin dan jentera.
Pengurus juga penting memerlukan kemahiran kemanusiaan
kerana perlu berkomunikasi dengan pekerja bawahan untuk
memberi penerangan, tunjuk ajar tentang prosedur kerja bagi
operasi harian organisasi. Beliu perlu membentuk kerjasama
iaitu melakukan tugas secara berpasukan bagi kumpulan yang
dipimpin. Beliau perlu adalah kemahiran untuk memotivasikan
pekerja secara unggul bagi mendorong pekerja bergelagat dan
mempengaruhi pekerja bagi mencapai matlamat organisasi.
Keperluan terhadap kemahiran konseptual yang rendah kerana
mereka tidak terlibat secara langsung dan tidak
bertanggungjawab untuk membentuk visi dan misi bagi
menentukan hala tuju organisasi .
2.2.2 Alat Alat
            Perancangan
Carta PERT                   Carta GANTT
Belanjawan                   Titik Pulang Modal
2.2.2 Alat-alat Perancangan
             a. Jenis Alat-alat Perancangan
i. Belanjawan
 Satu bentuk perancangan yang memperuntukkan sumber
  kewangan untuk pelaksanaan sesuatu aktiviti, projek atau
  program bagi sesuatu tempoh tertentu.
  Kegunaan:
 Merupakan alat pengurusan yang penting bagi tujuan
  pengagihan sumber kewangan yang terhad untuk pelbagai
  kegunaan.
 Merancang perbelanjaan organisasi bagi suatu tempoh
  tertentu.
RnD
              5%
Utiliti & Am
15%
Gaji Upah &        Jentera dan
Komisyen           Mesin 55%
25%
Rajah Carta Pai - Belanjawan Pengagihan Peruntukkan
Kewangan sebanyak RM20j mengikut keperluan perbelanjaan
ii. Titik Pulang Modal (TPM)
• Analisis yang digunakan untuk mengkaji
   hubungan antara jualan (hasil) dengan kos untuk
   menentukan titik di mana jumlah jualan akan
   menyamai jumlah kos iaitu titik pulang modal.
• Ia tercapai bila Jumlah Hasil= Jumlah Kos
Kegunaan:
• TPM digunakan untuk menentukan unit minima
  yang patut dikeluarkan atau dijual untuk
  mendapat pulangan modal.
 TPM boleh ditunjukkan dalam nilai wang (ringgit) atau volum jualan
  mengikut formula berikut:
       TPM (unit) = KT
                               H - KB
       TPM (ringgit) = TPM (unit) x H
 Analisis TPM boleh juga ditunjukkan dengan grafik (lakaran graf) -
  merupakan titik persilangan di antara garis jumlah hasil (JH) dengan
  garis jumlah kos (JK).
Hasil, Kos                          Jumlah Hasil
                                             Jumlah Kos
                     TPM
   p                      B
            A                                       Kos Tetap
                                                          Volum jualan
                          q
                                  Rajah Titik Pulang Modal
iii. Carta Gantt
Carta berbentuk bar yang menunjukkan susunan
langkah-langkah/aktiviti di dalam suatu projek dan
masa yang diperuntukkan bagi menyelesaikan setiap
langkah/aktiviti tersebut
KEGUNAAN:                             projek
 Sebagai panduan dalam melaksanakan
  mengikut masa yang ditetapkan.
 Merancang kemajuan projek.
 Merancang kos pelaksanakan projek.
5
   Contoh: Proses membuat baju Kurung
   Butik ZZA yang dirancangkan bagi bulan
   Februari
         Kerja     Masa
   Melakar       1/2 – 7/2
   Menggunting
   Menjahit      7/2 -14/2
   Membungkus    8/2–21/2
                15/2 – 28/2
6
   Carta Gantt : Aktiviti Menyiapkan 500 helai baju
   Kurung yang dijangkakan dalam bulan Februari
   Tarikh       1/2  7/2 14/2 21/2 28/2
   /Aktiviti
   Melakar
   Menggunting
   Menjahit
   Membungkus
   Perancangan
iv. Carta PERT
• Ialah rajah yang menggunakan garisan bagi mewakili turutan
   aktiviti-aktiviti dan masa yang diperuntukkan di dalam menyiapkan
   sesuatu projek di mana melaluinya masa terpanjang (laluan
   genting) projek dapat disiapkan boleh diketahui.
Kegunaan:
• Merancang kemajuan projek dari segi tempoh masa yang
   diperlukan untuk menyiapkan sesuatu aktiviti dalam projek.
• Merancang kos pelaksanaan projek berdasarkan tempoh masa
   penyiapan projek.
• Sebagai panduan dalam melaksanakan projek mengikut rancangan
   masa yang ditetapkan.
• Merancang kegiatan yang penting yang perlu dilaksanakan dahulu.
Jadual aktiviti Pembinaan Taman Mini
Carta PERT/CPM
Aktiviti Aktiviti Terdahulu Masa (hari)
A Tiada  4
B Tiada  8
CA       6
D B,C    3
ED       4
Pembinaan Taman Mini Carta PERT/CPM
      4 hari             6 hari
           A                   C
                         3 hari      4 hari  Tamat
Mula                              D      E
              8 hari
                      B
a. Takrif Visi, Misi dan Objektif Organisasi
i. Visi
 Satu pernyataan yang menyeluruh tentang penubuhan
    sesebuah organisasi.
 Merupakan sesuatu yang ideal dan unik untuk dicapai.
 Merupakan matlamat jangka panjang sesebuah organisasi.
 Ciri-Ciri Visi:
    Ringkas, padat dan jelas (tidak melebihi 25 patah
    perkataan)
    Realistik dan menimbulkan semangat
    Menjawab persoalan apa, untuk siapa dan bila
ii. Misi
• Tujuan utama sesebuah organisasi ditubuhkan.
• Biasanya misi dinyatakan dalam bentuk yang umum, luas
  dan memperlihatkan nilai-nilai kepercayaan, keluaran utama,
  pasaran utama, sifat orang yang memegang kepentingan
  dalam firma dan masyarakat dan falsafah pengurusan.
• Membentuk identiti dan imej organisasi.
• Misi penting sebagai panduan dan motivasi ahli organisasi –
  hala tuju yang dikongsi bersama – dapat memfokus usaha.
iii. Objektif
 Merupakan sasaran atau hasil akhir yang cuba/dijangka
   dapat dicapai oleh sesebuah organisasi – terbentuk daripada
   misi.
 Biasanya dinyatakan dalam bentuk yang lebih khusus
   berbanding misi organisasi – dimensi masa lebih jelas.
 Setiap bahagian atau unit akan menetapkan objektif masing-
   masing selari dengan misi organisasi.
 Ciri objektif – Spesifik, Boleh diukur, Boleh dicapai, Dikaitkan
   dengan Ganjaran, Mempunyai tempoh masa. ’SMART’
 Contoh objektif
Setiap pesakit luar akan dilayan dalam masa 30 minit dari
tempoh pendaftaran
i. Spesifik
 Objektif yang ditetapkan mestilah khusus (mendalam) dan jelas.
ii. Boleh Diukur
 Objektif perlu dinyatakan dalam bentuk kuantitatif .
iii. Boleh dicapai
o Matlamat mestilah mencabar tetapi boleh dicapai (Realistik).
iv. Dikaitkan Dengan Ganjaran
o Matlamat atau objektif perlu dikaitkan dengan ganjaran
v. Mempunyai Tempoh Masa
o Objektif yang ditetapkan mesti mempunyai had masa bila ia perlu
   dicapai.
2.3 PENGORGANISASIAN
7
       2.3.1 PENGENALAN PENGORGANISASIAN
     a. Takrif Pengorganisasian
          Proses di mana pengurus menyusun dan mengagihkan
          sumber-sumber organisasi untuk melaksanakan tugas yang
          telah ditetapkan agar dapat mencapai matlamat organisasi
          dengan cekap dan berkesan.
          Proses di mana pengurus menentukan apa yang perlu di
          laksanakan, bagaimana ia dilaksanakan dan siapa yang akan
          melaksanakannya
b. Kepentingan Pengorganisasian
i. Menghasilkan satu susunan tenaga kerja yang sistematik
   bagi mencapai matlamat organisasi.
ii. Memastikan pengagihan sumber di antara jabatan dapat
    dilakukan dengan saksama.
iii. Mengawal tingkah laku pekerja melalui prosedur dan
     sistem yang telah ditetapkan.
2.3.2 Elemen Pengorganisasian
a. 6 Elemen Pengorganisasian
Terdapat 6 elemen :                          Arahan
i. Pengkhususan Kerja
ii. Penjabatanan
iii. Rantaian Arahan (Autoriti dan Kesatuan
iv. Jangkauan Kawalan (Luas dan Sempit)
v. Delegasi/Penurunan Kuasa
     (Pemusatan dan Pemencaran)
i. Keformalan
i. Pengkhususan Kerja
● Pembahagian sesuatu aktiviti kerja/tugas kepada
     komponen-komponen yang khusus. Pekerja hanya
     menumpukan dalam melakukan sejenis pekerjaan atau
     aktiviti tertentu mengikut kemahiran seseorang
     pekerja.
● Contoh:  Restoran    McDonald’s  mengamalkan
pengkhususan kerja dalam kalangan pekerja McD untuk
perkhidmatan penyediaan makanan segera.
Rajah Pengkhususan Kerja Dalam
Kalangan Pekerja Restoran McDonald's
Kebaikan pengkhususan kerja
i. Dapat meningkatkan kemahiran pekerja dan
    kebolehan dalam melakukan sesuatu kerja.
ii. Dapat meningkatkan produktiviti.
iii.Kerja dapat disiapkan dengan lebih cepat dan
    menjimatkan masa.
iv.Menjimatkan kos latihan.
v. Penggunaan sumber-sumber dengan lebih efisien.
Kelemahan pengkhususan kerja:
i. Kurang kreativiti di mana kerja yang sama sahaja yang
    dilakukan dan tiada pembaharuan.
ii. Pekerja cepat rasa bosan dan malas.
iii. Tidak dapat menguasai bidang baru.
iv. Tidak berpeluang menunjukkan bakat baru.
v. Produktiviti menurun kerana konsentrasi menurun.
vi. Menaikkan kos latihan sekiranya ada sebarang perubahan
    kepada gaya kerja yang dilakukan.
ii. Penjabatanan
Menyusun sumber-sumbernya dengan cara yang efisien dan
berkesan. Aktiviti-aktiviti yang sama diletakkan di bawah satu
unit, bahagian atau kumpulan.
Proses mengumpul dan menyatukan semua kegiatan yang sama
dengan cara yang sesuai dan praktikal di panggil penjabatanan.
Biasanya setiap organisasi akan membentuk penjabatanan
bergantung kepada aktiviti utama organisasi tersebut. Untuk
tujuan ini, carta organisasi digunakan untuk menjelaskan
bagaimana tugas diagih, dikelompok dan ditempatkan.
Pengurus Besar
 Pengurus   Pengurus       Pengurus Sumber
Pemasaran  Pengeluaran          Manusia
iii. Rantaian Arahan           Pengarah Urusan
                                     Pengarah Bahagian
          Garisan autoriti yang
   menunjukkan hubungan langsung           Pengurus
                                            Penyelia
       antara ketua diatas dengan            Pekerja
           bahagian paling bawah
     menggambarkan siapa melapor
                  kepada siapa.
   Rantaian arahan menunjukkan
   sistem pelaporan dalam sesebuah
                     organisasi.
 Arahan bergerak daripada atas ke
       bawah di sepanjang rantaian
     arahan, manakala akauntabiliti
   bergerak daripada bawah ke atas.
2.3.2 Pengenalan Pengorganisasian
      I. Autoriti
●Autoriti ialah hak untuk membuat keputusan dan mengambil tindakan
  untuk menjalankan sesuatu kerja.
●Semua pengurus mempunyai autoriti tetapi darjah autoriti yang
  dimiliki itu adalah berbeza berasaskan peringkat pengurusan di mana
  mereka berada.
●Autoriti bukan sahaja membolehkan pengurus membuat keputusan
  dan mengambil tindakan ke atas keputusannya tetapi juga
  membolehkan pengurus mengarah dan menurunkan kuasanya kepada
  staf di bawahnya.
●Terdapat 2 jenis autoriti iaitu:
   ➢ Autoriti Lini
   ➢ Autoriti Staf
Rajah Autoriti
---------- Autoriti Staf            PENGARAH
______ Autoriti Lini                EKSEKUTIF
                                                       EKSEKUTIF
                                                     PERUNDANGAN
PENGARAH                            PENGARAH              PENGARAH   PENGARAH
PEMASARAN                            OPERASI         SUMBER MANUSIA    AKAUN
                            UNIT 1                     UNIT 2
                          PENGURUS                   PENGURUS
SUMBER MANUSIA            OPERASI             AKAUN  PEMASARAN
Autoriti Lini
• Hak yang dimiliki oleh pengurus untuk mengarah dan mengawal aktiviti
   staf bawahannya untuk mencapai objektif organisasi.
• Autoriti lini mengalir ke bawah organisasi melalui rantaian arahan
   utama.
• Autoriti lini berkait rapat dengan objektif dan proses organisasi.
• Pengurus lini bertanggungjawab secara langsung dalam melaksanakan
   tugas bagi pencapaian matlamat organisasi.
• Contoh: Pengurus Pemasaran mengarahkan pasukan pemasaran untuk
   menjalankan penyelidikan pemasaran berkaitan tren pakaian remaja
   masa kini.
Autoriti Staf
   ● Pengurus yang dilantik hanya sebagai sokongan kepada
      fungsi lini dan tidak diberikan kuasa untuk mengarah orang
                              lain melalui rantaian arahan.
 ● Bertindak memberikan sokongan kepada fungsi lini dengan
         memberikan nasihat, cadangan, membuat penyelidikan,
     menyediakan perkhidmatan pakar dan perkhidmatan khusus.
  ● Contoh: Eksekutif Perundangan hanya boleh memberikan
      nasihat kepada Pengurus Sumber Manusia tentang tindakan
         untuk pemecatan pekerja berkaitan salah laku mengikut
                                  Undang-undang Buruh.
II. Kesatuan Arahan
   Satu prinsip dimana setiap pekerja di dalam sesebuah
   organisasi hanya melapor kepada seorang ketua
   sahaja.
▶ Setiap pekerja hanya ada seorang ketua sahaja.
                                         Pengurus
                                                              Kewangan
Pegawai Akaun 1  Pegawai Akaun 2
2.3.2 Pengenalan Pengorganisasian
  iv. Jangkauan Kawalan
1. Merujuk kepada bilangan staf bawahan yang melapor terus
    kepada seorang ketua/pengurus
2. Jangkauan kawalan memberi kesan kepada keberkesanan
    interaksi antara pengurus dan staf bawah serta kepada
    keberkesanan penyeliaan staf bawah oleh pengurus/penyelia.
3. Terdiri daripada;
    i. Jangkauan kawalan luas.
    ii. Jangkauan kawalan sempit.
1. Contoh: Andaian terdapat dua buah organisasi, masing-masing
    mempunyai 4,100 orang pekerja. Berdasarkan gambarajah
    disebelah, jangkauan kawalan tahap pengurus Organisasi A
    ialah 4 manakala jangkauan kawalan tahap pengurus
    Organisasi B ialah 8.
i. Jangkauan Kawalan Luas
      Bilangan staf yang diletakkan dibawah kawalan
      pengurus/ketua adalah ramai.
ii. Jangkauan Kawalan Sempit
    Bilangan staf yang diletakkan dibawah seorang pengurus
    adalah sedikit.
v. Delegasi/ Penurunan Kuasa
    Satu cara penumpuan kuasa pada individu tertentu
    dengan memberikannya autoriti, tanggungjawab,
    sumber dan kuasa.
   * delegasi tanggungjawab untuk membuat keputusan.
   * penurunan kuasa yang terkawal.
   * mewujudkan suasana agar pekerja dapat
   menggunakan keupayaan mereka semaksimum mungkin
   untuk mencapai matlamat organisasi.
                                                              https://ms.wikipedia.org/wiki/Pemberian_dan_Perwakilan_Kuasa
Delegasi tugas berlaku apabila autoriti diagihkan secara penurunan
kuasa dalam sesebuah organisasi. Terdapat dua jenis delegasi
tugas iaitu pemusatan dan pemencaran.
Pemusatan
  Autoriti dan keputusan tertumpu pada pengurus
      peringkat atasan dan hanya sedikit dan terbatas
      sahaja autoriti membuat keputusan diberi kepada
      pengurus peringkat bawahan.\
  Keputusan dibuat oleh pihak atasan yang mempunyai
      autoriti. Pekerja hanya menerima arahan yang telah
      diputuskan oleh pihak atasan.
  Proses pembuatan keputusan banyak dibuat oleh ibu
      pejabat dan amat sedikit di cawangan.
  Contoh: Keputusan untuk meluluskan pinjaman bank
      yang melebihi RM1 juta akan diputuskan oleh
      Pengurus Besar di ibupejabat.
Pemencaran
   Proses membuat keputusan diagihkan ke semua
      peringkat yang lebih rendah dalam hirarki autoriti
                                    organisasi.
 Pengurus di setiap peringkat organisasi diberi kuasa
   untuk membuat keputusan dan melibatkan pengurus
               bawahan di dalam penetapan objektif.
    Proses pembuatan keputusan banyak dibuat di
                            peringkat cawangan.
 Contoh: Keputusan meluluskan pinjaman bank yang
       kurang daripada RM1 juta akan diputuskan oleh
              Pengurus di cawangan masing-masing.
vi. Keformalan
 Merujuk kepada sejauh mana pekerjaan di dalam
   organisasi diseragamkan dan sejauh mana tingkahlaku
   pekerja di pandu oleh peraturan dan prosedur.
 Dalam organisasi formal, terdapat penerangan yang jelas
   tentang pekerjaan, peraturan organisasi dan prosedur
   yang jelas yang meliputi proses kerja, kesannya pekerja
   akan dapat melakukan segala tugasan dengan baik.
 Sebaliknya, sekiranya organisasi mempunyai tahap
   keformalan yang rendah, pekerja tidak dapat melakukan
   tugasan dengan baik.
2.3 PENGORGANISASIAN
                 2.3.2 Elemen Pengorganisasian
b. Carta Organisasi
    Suatu sistem atau jaringan formal tentang perkaitan
         dan perhubungan antara tugas dan aktiviti yang
         berlainan.
    Menggambarkan hubungan diantara pelbagai tahap
         pengurusan.
    Membentuk struktur lini dan staf melalui carta
         organisasi.
Struktur  b. Carta organisasi  Struktur Matriks
Fungsian
                Struktur                3
  1            Divisional
                      2
