The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Panduan PdP KSSR (Semakan 2017) Sains Tahun 5

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nathan6101970, 2021-03-04 20:33:19

Panduan PdP KSSR (Semakan 2017) Sains Tahun 5

Panduan PdP KSSR (Semakan 2017) Sains Tahun 5

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
(SEMAKAN 2017)

SAINS

TAHUN 5

Panduan Pengajaran dan Pembelajaran

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
2020



KANDUNGAN
INKUIRI DALAM SAINS

Kemahiran Proses Sains ……………………………………………. 1
SAINS HAYAT

Sistem Rangka Manusia………………………………………………10
Sistem Peredaran Darah Manusia…………………………………...20
Perkaitan antara Sistem dalam Tubuh Manusia……………………30
Kemandirian Spesies Haiwan………………………………………...35
Kemandirian Spesies Tumbuhan …………………………………....53
Pencaran Biji Benih …………………………...………………………63
SAINS FIZIKAL
Sumber Tenaga Elektrik……………………………………………….73
Litar Bersiri dan Litar Selari……………………………………………87
Haba dan Suhu………………………………………………………....102
SAINS BAHAN
Pengaratan………………………………………………………………111
Jirim………………………………………………………………………123
BUMI DAN ANGKASA
Fasa Bulan ………………...............................................................138
Buruj……………………………………………………………………. 154
TEKNOLOGI DAN KEHIDUPAN LESTARI
Penggunaan Alat dalam Kehidupan………………………………….164

INKUIRI DALAM SAINS: Tahun 5

Tajuk Kemahiran Saintifik

Standard Kandungan 1.1 Kemahiran Proses Sains

Standard Pembelajaran 1.1.1 Memerhati dengan menggunakan semua deria yang
terlibat untuk membuat pemerhatian secara kualitatif
dengan alat yang sesuai bagi menerangkan
fenomena atau perubahan yang berlaku.

1.1.3 Mengukur dan menggunakan nombor dengan
menggunakan alat dan unit piawai dengan teknik
yang betul.

1.1.4 Membuat inferens dengan menyatakan kesimpulan
awal atau penerangan yang munasabah bagi sesuatu
pemerhatian dengan menggunakan maklumat yang
diperoleh.

1.1.5 Meramal dengan membuat jangkaan tentang sesuatu
peristiwa atau fenomena berdasarkan pemerhatian
pengalaman lalu atau data.

1.1.6 Berkomunikasi dengan merekod maklumat atau idea
dalam bentuk yang sesuai dan mempersembahkan
maklumat atau idea tersebut secara sistematik.

1.1.7 Menggunakan perhubungan ruang dan masa dengan
menyusun kejadiaan sesuatu fenomena atau
peristiwa mengikut kronologi berdasarkan masa.

1.1.8 Mentafsir data dengan memilih idea yang relevan
tentang objek, peristiwa atau pola yang terdapat pada
data untuk membuat penerangan.

1.1.9 Mendefinisi secara operasi dengan memerihalkan
satu tafsiran tentang perkara yang dilakukan dan
diperhatikan bagi sesuati situasi mengikut aspek yang
ditentukan.

1.1.10 Mengawal pemboleh ubah dengan menentukan
pemboleh ubah bergerak balas dan dimalarkan
setelah pemboleh ubah dimanipulasi ditentukan
dalam sesuatu penyiasatan.

1.1.11 Membuat hipotesis dengan membuat pernyataan
umum yang boleh diuji tentang hubungan antara
pemboleh ubah dalam sesuatu penyiasatan.

1.1.12 Mengeksperimen dengan menggunakan kemahiran
proses sains asas bagi mengumpul dan mentafsir
data serta memnbuat rumusan untuk membuktikan
hipotesis dan membuat laporan.

1

INKUIRI DALAM SAINS: Tahun 5

KPS Memerhati, Mengukur dan menggunakan nombor, membuat
inferens, meramal, berkomunikasi, menggunakan
perhubungan ruang dan masa, mentafsir, mendefinisi secara
operasi, mengawal pembolehubah, membuat hipotesis,
mengeksperimen

Set Induksi
(Guru menunjukkan beberapa gambar manusia diperingkat umur yang berbeza iaitu bayi,
kanak-kanak dan remaja)

Murid bersoal jawab:

Mengapa saiz manusia berubah?

Adakah tumbuhan juga mengalami tumbesaran sama seperti manusia?

Bagaimana kita boleh membuktikan pertumbuhan tumbuhan?

(Guru perlu menekankan eksperimen bagi membuktikan pertumbuhan tumbuhan)

Aktiviti 1:

i. Murid berbincang secara berkumpulan untuk mengkaji pertumbuhan tumbuhan
dengan menentukan:
a. Pernyataan masalah
b. Membuat hipotesis
c. Pemboleh ubah
d. Kaedah
e. Alat dan bahan

Nota guru: Kacang hijau tidak sesuai digunakan bagi menjalankan eksperimen ini.

Aktiviti 2:
i. Murid menjalankan eksperimen.
ii. Murid merekod pemerhatian pertumbuhan tumbuhan dari aspek bilangan daun, ukur lilit
batang dan ketinggian mengikut kreativiti sendiri.
iii. Murid membuat rumusan berdasarkan data yang diperolehi.

Aktiviti 3:
Murid membuat laporan penyiasatan eksperimen.(Rujuk lampiran 1)

Pentaksiran:
Murid menjawab soalan di Lampiran 1 .

Penutup:
Soal jawab tentang penyiasatan yang telah dijalankan

2

INKUIRI DALAM SAINS: Tahun 5

LAMPIRAN 1
Laporan eksperimen
Tujuan eksperimen: ___________________________________________________

___________________________________________________
Penyataan hipotesis:__________________________________________________

___________________________________________________
Bahan / Radas: ______________________________________________________
Menyatakan pemboleh ubah:

i. Pemboleh ubah dimanipulasi : _________________________________
ii. Pemboleh ubah bergerakbalas: _________________________________
iii. Pemboleh ubah dimalarkan :_________________________________

Langkah-langkah menjalankan eksperimen:
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

Pemerhatian

Kesimpulan : Semakin bertambah hari penyiasatan, semakin bertambah bilangan ketinggian
pokok.

3

INKUIRI DALAM SAINS: Tahun 5

Soalan

1. Nyatakan satu pemerhatian yang dapat dibuat daripada eksperimen diatas.
____________________________________________________________
____________________________________________________________

2. Berikan satu inferens berdasakan pemerhatian anda?
____________________________________________________________
____________________________________________________________

3. Ramalkan ketinggian pokok selepas empat minggu?
____________________________________________________________
____________________________________________________________

4. Nyatakan definisi secara operasi bagi pertumbuhan pokok berdasarkan eksperimen.
____________________________________________________________
____________________________________________________________

5. Susun rajah di bawah mengikut urutan yang betul

P QR S

i. Minggu pertama :
ii. Minggu kedua :
iii. Minggu ketiga :
iv. Minggu keempat :

4

INKUIRI DALAM SAINS: Tahun 5

LATIHAN

Soalan Objektif
1. Rajah 1 menunjukkan tumbuhan yang layu.

Rajah 1
Antara berikut, yang manakah merupakan inferens tentang keadaan tumbuhan itu?

A. Tumbuhan itu memerlukan air untuk hidup.
B. Tumbuhan itu akan mati selepas dua hari.
C. Tumbuhan itu layu kerana tidak mendapat air.
D. Tumbuhan itu adalah tumbuhan yang tidak berbunga.

2. Rajah 2 di bawah menunjukkan satu eksperimen.

Rajah 2
Apakah kesimpulan yang dapat dibuat daripada pemerhatian di atas?

A. Tumbuhan memerlukan air untuk hidup.
B. Tumbuhan memerlukan udara untuk hidup.
C. Tumbuhan memerlukan makanan untuk hidup.
D. Tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk hidup.

3. Sekumpulan murid menjalankan satu penyiasatan tentang pembiakan tumbuhan.
Antara berikut, yang manakah jawapan yang betul?

Keratan batang Daun
A. Ubi kayu Setawar
B. Pokok pisang Cendawan
C. Pokok semalu Kaktus
D. Pokok kelapa Rumput

5

INKUIRI DALAM SAINS: Tahun 5
4. Rajah 3 di bawah menunjukkan 12 cawan yang berisi air untuk diisi ke dalam jag.

Rajah 3

Setiap cawan boleh diisi dengan 125 ml air. Berapakah isi padu jag itu?

A. 700 ml B. 1000 ml

C. 1300 ml D. 1500 ml

5. Sekumpulan murid menjalankan eksperimen untuk mengkaji hubungan antara jenis
bahan dengan keupayaan bahan untuk menyerap air. Antara berikut, yang manakah
merupakan pemboleh ubah yang boleh dimanipulasikan.

A. Jenis bahan C. Isi padu awal air
B. Saiz bahan D. Isipadu air yang tinggal

6. Jadual 1 menunjukkan suhu di bandar Z dalam tempoh empat hari.

Hari 1 2 3 4

Suhu (oC) 27 28 27 26

Jadual 1

Berdasarkan Jadual 1, nyatakan corak perubahan suhu?

A. Semakin menurun
B. Semakin meningkat

C. Meningkat dan kemudian menurun

D. Menurun dan kemudian meningkat

7. Rajah 4 menunjukkan reaksi seorang budak lelaki apabila ternampak seekor ular.

Rajah 4
Apakah kesimpulan yang boleh dibuat?

A. Manusia menggunakan tangan mereka untuk melindungi diri daripada
bahaya.

B. Manusia menjerit apabila berada dalam keadaan bahaya.
C. Manusia bergerak balas terhadap rangsangan.
D. Manusia takut kepada ular.

6

INKUIRI DALAM SAINS: Tahun 5

8. Jadual 2 menunjukkan penyiasatan tentang ketinggian anak benih keembung.

Bilangan hari Ketinggian (cm)

24
48
6 12
8 16

Jadual 2
Ramalkan ketinggian anak benih keembung pada hari ke- 10.

A. 17 cm B. 20 cm
C. D. 24 cm

22 cm

9. Baca petikan di bawah

Zuraida meletakkan seekor anak tikus di dalam sebuah sangkar.
Keesokan harinya didapati anak tikus itu telah mati. Dia
menganggap bahawa anak tikus mati kerana tidak mendapat air.

Apakah kemahiran proses sains yang terdapat dalam petikan di atas?

A. Meramal dan memerhati
B. Memerhati dan membuat inferens
C. Memerhati dan mengukur menggunakan nombor
D. Membuat inferens dan mengukur menggunakan nombor

10. Rajah 5 menunjukkan satu eksperimen tentang menguji kekuatan magnet.

Rajah 5

Daripada hasil penyiasatan, apakah definisi secara operasi kekuatan magnet?

A. Kekuatan magnet bergantung kepada saiz magnet.
Kekuatan magnet ialah bilangan klip kertas yang dapat ditarik oleh

B.
magnet

C. Kekuatan magnet bergantung kepada saiz paku.
D. Kekuatan magnet ialah daya ketahanan magnet.

7

INKUIRI DALAM SAINS: Tahun 5

Soalan Struktur

1. Rajah 1 menunjukkan penyiasatan yang dijalankan oleh Zafran. Dia meletakkan tiga span
yang berlainan saiz ke dalam tiga buah bikar yang sama saiz. Setiap bikar mengandungi 500
ml air.

500 ml 500 ml 500 ml
air
air air
Bikar P Bikar Q Bikar R

Rajah 1

Selepas 15 minit, dia merekodkan isipadu air yang tertinggal di dalam bikar. Jadual 1

menunjukkan keputusan penyiasatan.

Bikar PQR

Isipadu air yang tertinggal (ml) 400 250 100

Jadual 1

a. Berdasarkan Jadual 1, nyatakan satu pemerhatian.
…………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………
(1 markah)

b. Berikan alasan bagi jawapan kamu di 1 (a).
…………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………
(1 markah)

c. Apakah definisi secara operasi kadar penyerapan span?
…………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………
(1 markah)

8

INKUIRI DALAM SAINS: Tahun 5
d. Berdasarkan Jadual 1 di atas nyatakan:

i. pembolehubah dimanipulasi
………………………………………………………………………………
(1 markah)

ii. pembolehubah bergerak balas
………………………………………………………………………………
(1 markah)

iii. pembolehubah dimalarkan
………………………………………………………………………………
(1 markah)

e. Nyatakan satu hipotesis antara pemboleh ubah dimanipulasi dengan pemboleh ubah
bergerak balas.
…………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………
(1 markah)

9

SAINS HAYAT: Tahun 5

Tajuk Manusia
Standard Kandungan 2.1 Sistem Rangka Manusia

Standard Pembelajaran 2.1.1 Memerihalkan fungsi rangka utama manusia
KPS
2.1.2 Mengenal pasti tulang dan kedudukan sendi
dalam sistem rangka manusia

2.1.3 Menyatakan fungsi sendi dalam sistem rangka
manusia.

2.1.4 Menaakul kepentingan sistem rangka kepada
tubuh manusia.

2.1.5 Menjelaskan pemerhatian tentang sistem
rangka manusia melalui lakaran, TMK,
penulisan atau lisan secara kreatif.

Memerhati, Membuat inferens, Meramal, Berkomunikasi

Set Induksi
(Mengikut kreativiti guru)

Aktiviti 1:

i. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
ii. Salah seorang ahli kumpulan dikehendaki bersandar pada kertas mahjong yang ditampal

di dinding.
iii. Ahli kumpulan yang lain melakar tubuh rakan mereka di atas kertas mahjong tersebut.
iv. Murid melekatkan rajah tulang rangka utama manusia pada lakaran tubuh. (lampiran

1)
v. Murid melabelkan rangka utama pada lakaran tubuh. (lampiran 2)
vi. Setiap kumpulan memadankan kad fungsi rangka utama yang diedarkan oleh guru pada

lakaran tubuh.
vii. Wakil setiap kumpulan membentang hasil kerja.
viii. Murid membandingkan hasil kerja mereka berdasarkan rajah rangka utama manusia

beserta fungsi yang ditunjukkan oleh guru.
ix. Murid melengkapkan Lembaran 1 dan 2.

Aktiviti 2 :

i. Murid secara berpasangan membina model rangka manusia menggunakan bahan
seperti berikut :
(a) dawai mudah lentur, dan
(b) playdoh / tanah liat / span

(Nota guru : Penyedut minuman / dawai mudah lentur / pencungkil lidi mewakili tulang.
Playdoh/ tanah liat mewakili sendi. Dawai mudah lentur yang tebal mewakili tulang
belakang. Kulit telur mewakili tengkorak)

10

SAINS HAYAT: Tahun 5

ii. Murid bersoal jawab dengan guru.
Contoh soalan guru :
(a) Bagaimanakah kamu menyambungkan dawai mudah lentur ini?
(b) Ramalkan apakah yang terjadi sekiranya playdoh tidak digunakan?
(c) Apakah fungsi playdoh dalam aktiviti ini?

iii. Murid menyatakan bahawa sendi merupakan penghubung antara tulang-tulang dalam
membentuk rangka manusia dengan bimbingan guru.

Aktiviti 3
i. Guru menyediakan satu model rangka manusia sama seperti model binaan murid dalam
Aktiviti 2. Tengkorak pada model guru diisi dengan agar-agar yang mewakili otak.
ii. Seorang murid diminta memecahkan tengkorak pada model yang disediakan oleh guru.
(Pemerhatian: Agar-agar berkecai apabila tengkorak dipecahkan)
iii. Murid bersoal jawab dengan guru berdasarkan pemerhatian.
Contoh soalan guru:
(a) Apakah yang berlaku apabila tengkorak pecah? Mengapa?
(b) Nyatakan fungsi tengkorak kepada manusia.
iv. Murid menaakul kepentingan sistem rangka kepada tubuh manusia berdasarkan aktiviti
di atas dengan bimbingan guru.
Contoh soalan guru:
(a) Apakah kepentingan sistem rangka kepada tubuh manusia?
(b) Ramalkan apakah yang berlaku sekiranya manusia tiada sistem rangka.

Pentaksiran:
Murid melabel rangka utama manusia dan fungsinya di atas kertas mahjong. melengkapkan
Lembaran 1, membina model rangka manusia dan pembentangan hasil kerja berkumpulan.

Penutup:
Murid dibimbing untuk merumuskan pembelajaran pada hari itu.

11

SAINS HAYAT: Tahun 5

LAMPIRAN 1

12

SAINS HAYAT: Tahun 5

LAMPIRAN 2

13

SAINS HAYAT: Tahun 5

LEMBARAN KERJA 1 Kelas: …………….……
Nama: ………………………………………………………
Labelkan rajah rangka utama manusia di bawah

14

LEMBARAN KERJA 2 SAINS HAYAT: Tahun 5
Padankan.
FUNGSI RANGKA
RANGKA UTAMA melindungi organ dalaman

seperti jantung hati dan
peparu

menyokong tubuh

sokongan dan pergerakan
seperti berjalan dan berlari

melindungi otak

15

SAINS HAYAT: Tahun 5

LAMPIRAN 3
Bahan Bantu Guru

Langkah-Langkah Membina Model Rangka Manusia

Sediakan alat dan bahan. Lakar rajah model rangka.

Bina tengkorak. Bina tulang rusuk.
(Cadangan : kulit telur )

Bina rangka utama manusia. Gunakan Cantumkan tengkorak dan tulang rusuk pada
playdoh sebagai sendi yang model.
menyambungkan tulang.

16

SAINS HAYAT: Tahun 5

LATIHAN
Soalan objektif

1. Rajah 1 menunjukkan salah satu rangka utama manusia.

Rajah 1

Antara berikut, yang manakah fungsi tulang dalam Rajah 1?

A. Menyokong tubuh
B. Menyokong pergerakan
C. Menyokong berat badan
D. Melindungi organ dalaman

2. Rajah 2 di bawah menunjukkan satu rangka utama manusia.

Rajah 2

Nyatakan fungsi rangka di atas?

A. Melindungi otak manusia
B. Menyokong tubuh manusia
C. Menyokong pergerakan manusia
D. Melindungi organ dalaman manusia

17

SAINS HAYAT: Tahun 5

3. Antara berikut, yang manakah fungsi sendi dalam sistem rangka manusia?
A. Melindungi tulang
B. Menggerakkan tulang
C. Melancarkan pergerakan manusia
D. Menghubungkan tulang agar dapat bergerak

P

Q

R

S
Rajah 3
4. Berdasarkan Rajah 3, bahagian manakah yang boleh memberi sokongan dan
pergerakan manusia?
A. P dan Q
B. R dan S
C. Q dan S
D. P dan R

5. Nyatakan makanan yang perlu diambil untuk menjaga kesihatan sistem rangka
manusia?
A. nasi
B. ikan
C. susu
D. limau

18

Soalan Struktur SAINS HAYAT: Tahun 5
S
P
Q
R

T

Rajah 1

1. Labelkan sistem rangka manusia di atas.

P - ___________________________________________________________
Q - ___________________________________________________________
R - ___________________________________________________________
S - ___________________________________________________________
T - ___________________________________________________________

2. Nyatakan setiap fungsi sistem rangka manusia tersebut.

P - ___________________________________________________________
Q - ___________________________________________________________
R - ___________________________________________________________
S - ___________________________________________________________
T - ___________________________________________________________

3. Rakan anda terjatuh dan mengadu sakit pada pergelangan tangannya. Berikan
alasan kamu.
____________________________________________________________________
__________________________________________________________

19

Tajuk SAINS HAYAT: Tahun 5
Standard Kandungan Manusia
2.2 Sistem Peredaran Darah Manusia

Standard Pembelajaran 2.2.1 Memerihalkan fungsi bahagian utama yang terlibat
dalam sistem peredaran darah manusia.

2.2.2 Melakar laluan peredaran darah yang lebih oksigen
dan laluan peredaran darah yang lebih karbon
dioksida dalam tubuh manusia.

2.2.3 Merumuskan kepentingan sistem peredaran
darah kepada tubuh manusia.

2.2.4 Menjelaskan pemerhatian tentang sistem
peredaran darah manusia melalui lakaran, TMK,
penulisan atau lisan secara kreatif.

KPS Memerhati, Berkomunikasi,

Set Induksi
i. Guru menunjukkan video/ gambar pesakit yang sedang menjalani pemindahan
darah di hospital.
ii. Murid bersoal jawab dengan guru.

Contoh soalan:
(a) Mengapa darah di dalam beg darah berkurangan?
(b) Apakah yang akan berlaku pada darah yang masuk ke dalam badan?

(Nota: Guru menerima semua jawapan daripada murid)

Aktiviti 1:

i. Murid ditunjukkan gambar bahagian dalaman manusia yang telah dipelajari oleh
murid.(Lampiran 1)

ii. Murid diminta memilih bahagian yang terlibat dengan sistem peredaran darah.
iii. Murid memberi sebab berdasarkan bahagian dalaman manusia yang dipilih.
iv. Murid mencari maklumat berkaitan fungsi bahagian utama yang terlibat dalam

sistem peredaran darah manusia. (buku teks/buku rujukan/internet)
v. Murid membentangkan hasil dapatan menggunakan peta pengurusan grafik yang

sesuai.

Aktiviti 2 :

i. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil. Setiap kumpulan dibekalkan
kad blok. (Lampiran 2)

ii. Setiap kumpulan menyusun kad blok diatas kertas sebak untuk menunjukkan
kitaran laluan peredaran darah dalam tubuh manusia yang betul.

iii. Setiap kumpulan mempamerkan hasil kerja dan menilai hasil kerja kumpulan lain.
iv. Murid melakarkan kitaran laluan peredaran darah dalam buku berdasarkan

susunan blok yang telah dibina.

20

SAINS HAYAT: Tahun 5
v. Murid bersoal jawab dengan guru tentang kepentingan sistem peredaran darah

kepada tubuh manusia berdasarkan aktiviti yang telah dijalankan.
Contoh soalan:
(a) Apakah kepentingan sistem peredaran darah kepada manusia?
(b) Apa yang berlaku sekiranya jantung berhenti mengepam darah?
(c) Apa yang berlaku sekiranya salur darah terputus?
vi. Murid membina peta pengurusan grafik untuk menunjukkan sistem peredaran
darah.
Pengayaan
Murid membina model (Lampiran 3).
Pentaksiran:
Murid melakar laluan peredaran darah dalam tubuh dengan menggunakan pengurusan grafik
yang sesuai.
Penutup:
Murid membuat kesimpulan berdasarkan aktiviti yang dijalankan.

21

SAINS HAYAT: Tahun 5

LAMPIRAN 1

22

SAINS HAYAT: Tahun 5
23

SAINS HAYAT: Tahun 5
24

SAINS HAYAT: Tahun 5
25

LAMPIRAN 2 SAINS HAYAT: Tahun 5

JANTUNG PEPARU

DARAH LEBIH TUBUH MANUSIA
KARBON DIOKSIDA

DARAH LEBIH
OKSIGEN

26

SAINS HAYAT: Tahun 5

LAMPIRAN 3
Bahan/alat yang diperlukan: botol air mineral, tiub plastik jernih, plastisin, air berwarna merah
dan biru, mounting board

Contoh model:

BAHAGIAN DEPAN (TAMBAHAN BAHAGIAN BELAKANG
PEPARU)

27

SAINS HAYAT: Tahun 5

LATIHAN
Soalan Objektif

1. Rajah 1 menunjukkan bahagian utama dalam sistem peredaran darah manusia.

Rajah 1
Namakan bahagian sistem peredaran darah manusia di dalam Rajah 1.
A. Kulit
B. Ginjal
C. Jantung
D. Peparu

2. Rajah 2 menunjukkan bahagian dalam sistem peredaran darah manusia.

X

Rajah 2
Apakah fungsi X dalam Rajah 2?
A. Mengangkut darah ke seluruh tubuh
B. Mengepam oksigen ke seluruh tubuh
C. Mengepam darah ke peparu dan seluruh tubuh
D. Tempat pertukaran gas karbon dioksida dan oksigen

3. Nyatakan kepentingan salur darah kepada tubuh manusia?
A. Mengangkut darah ke otak
B. Mengangkut air ke seluruh tubuh
C. Mengangkut darah ke seluruh tubuh
D. Mengangkut oksigen ke seluruh tubuh

28

SAINS HAYAT: Tahun 5

Soalan Struktur
1. Rajah 1 menunjukkan sistem peredaran darah manusia.

X

Z
Y

Rajah 1
a. Nyatakan bahagian yang terlibat dalam sistem peredaran darah.

b. Nyatakan fungsi setiap bahagian berikut.
X - ____________________________________________________________
Y - ____________________________________________________________
Z - _____________________________________________________________

3. Lengkap dan label kitaran laluan peredaran darah dalam tubuh manusia.

Peparu

___________ ____________________ Darah lebih
___________ oksigen
___________

29
Tubuh manusia

SAINS HAYAT: Tahun 5

Tajuk Manusia
Standard Kandungan 2.3 Perkaitan antara Sistem dalam Badan Manusia

Standard Pembelajaran 2.3.1 Menjelaskan melalui contoh perkaitan antara sistem
KPS dalam tubuh manusia.

2.3.2 Menaakul kepentingan penjagaan semua sistem dalam
tubuh manusia supaya berfungsi dengan sempurna.

2.3.3 Menjana idea cara memelihara sistem dalam
tubuh manusia bagi menjamin kehidupan yang sihat.

2.3.4 Menjelaskan pemerhatian tentang perkaitan antara
sistem dalam tubuh manusia melalui lakaran, TMK,
penulisan atau lisan secara kreatif.

Memerhati, Memberi inferens, Berkomunikasi, Meramal

Set Induksi
i. Murid meneka aksi dan menyatakan sistem atau proses yang terlibat.
(Contoh aksi: menarik dan menghembus nafas, melompat, makan biskut)

Aktiviti 1
i. Murid menonton tayangan video atau memerhati gambar tentang gangguan sistem
dalam badan manusia.
Nota: Guru boleh menggunakan kata kunci “peristiwa tersedak” untuk carian video.
ii. Murid dan guru bersoal jawab.
Contoh soalan:
(a) Apa yang kamu perhatikan dalam video atau gambar yang ditunjukkan?
(b) Apabila kamu tercekik makanan, apakah kesukaran yang dialami?
(c) Apakah sistem dalam badan manusia yang terganggu apabila tercekik makan?
iii. Murid menjelaskan perkaitan antara sistem dalam badan manusia dengan
bimbingan guru.

Aktiviti 2:

i. Setiap kumpulan diberi satu kad tugasan (rujuk lampiran 1).
ii. Murid di dalam kumpulan berbincang mengikut kad tugasan yang diberi.
iii. Murid membentangkan hasil perbincangan dengan menggunakan pengurusan

grafik yang sesuai.
iv. Murid menaakul kepentingan penjagaan sistem dalam badan manusia yang telah

dipelajari berdasarkan soalan rangsangan yang diberikan oleh guru.
Contoh soalan: (a)Mengapa kita mesti menjaga sistem dalam badan kita?

Pentaksiran:

Pembentangan aktiviti 2 menggunakan pengurusan grafik yang sesuai.

Penutup:

Murid membuat kesimpulan berdasarkan perbincangan yang dijalankan.

30

SAINS HAYAT: Tahun 5

LAMPIRAN 1

KUMPULAN 1

Bincangkan dalam kumpulan kamu tentang:

1. Kesan kepada tubuh manusia jika sistem
pencernaan tidak berfungsi.

2. Cara menjaga sistem pencernaan manusia bagi
menjamin kehidupan yang sihat.

Persembahkan hasil perbincangan kamu

menggunakan peta pengurusan grafik yang sesuai.

KUMPULAN 2

Bincangkan dalam kumpulan kamu tentang:

1. Kesan kepada tubuh manusia jika sistem
pernafasan tidak berfungsi

2. Cara menjaga sistem pernafasan manusia bagi
menjamin kehidupan yang sihat.

Persembahkan hasil perbincangan kamu
menggunakan peta pengurusan grafik yang sesuai.

31

SAINS HAYAT: Tahun 5

KUMPULAN 3

Bincangkan dalam kumpulan kamu tentang:
1. Kesan kepada tubuh manusia jika sistem

peredaran darah tidak berfungsi
2. Cara menjaga sistem peredaran manusia bagi

menjamin kehidupan yang sihat.
Persembahkan hasil perbincangan kamu
menggunakan peta pengurusan grafik yang sesuai.

KUMPULAN 4

Bincangkan dalam kumpulan kamu tentang:
1. Kesan kepada tubuh manusia jika sistem

rangka tidak berfungsi
2. Cara menjaga sistem rangka manusia bagi

menjamin kehidupan yang sihat.
Persembahkan hasil perbincangan kamu
menggunakan peta pengurusan grafik yang sesuai.

32

SAINS HAYAT: Tahun 5
LATIHAN
Soalan objektif

1. Apakah tabiat yang mengganggu sistem pernafasan manusia?
A. Merokok
B. Bersenam setiap hari
C. Makan makanan tidak seimbang
D. Minum air dengan banyak setiap hari.

2. Sistem pencernaan yang sempurna menjamin kesihatan yang baik kepada manusia. Di
antara berikut, makanan yang manakah dapat membantu sistem pencernaan?
A. nasi
B. telur
C. kentang
D. asparagus

Soalan Struktur

1. Rajah 1 menunjukkan seorang kanak-kanak yang sedang makan dengan gelojoh.

Rajah 1
a) Tandakan (√ ) pada jawapan yang betul.
Berdasarkan Rajah 1, apakah yang akan berlaku?

Tercekik makanan
Tertelan makanan
Terkunyah makanan

33

SAINS HAYAT: Tahun 5
b) Berdasarkan jawapan di 1 (a), nyatakan kesan terhadap sistem pernafasan

manusia.
___________________________________________________________________
___________________________________________________________

c) Berikan satu cadangan untuk mengelakkan daripada berlaku situasi di 1(a).
___________________________________________________________________
___________________________________________________________

2. Rajah 2 menunjukkan seorang murid mengalami kecederaan semasa bermain bola.

Rajah 2
a) Berdasarkan Rajah 2, nyatakan pemerhatian kamu.

___________________________________________________________________
___________________________________________________________

b) Apakah kesan terhadap pengaliran darah di bahagian kaki murid tersebut?
___________________________________________________________________
___________________________________________________________

34

SAINS HAYAT: Tahun 5

Tajuk 3.0 Haiwan
Standard Kandungan 3.1 Kemandirian Spesies Haiwan

Standard Pembelajaran 3.1.1 Menyatakan maksud kemandirian spesies

3.1.2 Menjelas dengan contoh ciri dan tingkah laku khas
haiwan untuk melindungi diri daripada musuh

3.1.3 Menjelas dengan contoh ciri dan tingkah laku khas
haiwan untuk melindungi diri daripada cuaca
melampau.

3.1.4 Mengenalpasti cara haiwan melindungi telurnya.

3.1.5 Mengenalpasti cara haiwan memastikan anaknya terus
hidup.

KPS Memerhati, Membuat inferens, Meramal, Berkomunikasi.
Mengelas.

Set Induksi

Murid menonton video tentang ciri dan tingkah laku khas haiwan melindungi diri daripada musuh.

Nota: Guru boleh menggunakan kata kunci “cara haiwan melindungi diri daripada musuh”
untuk carian video.

Aktiviti 1:

i. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
ii. Setiap kumpulan diberi 2 keping gambar haiwan. (Lampiran1)
iii. Ahli kumpulan berbincang dan menjawab soalan daripada guru, dan mengenal pasti ciri

dan tingkah laku khas haiwan untuk melindungi diri daripada musuh.

Contoh soalan guru:
(a) Apakah ciri khas haiwan untuk melindungi diri daripada musuh?
(b) Apakah tingkah laku khas haiwan untuk melindungi diri daripada musuh?
(c) Bagaimana ciri dan tingkah laku dapat melindungi haiwan daripada musuh?
(d) Ramalkan jika haiwan tersebut tidak mempunyai ciri dan tingkah laku yang kamu

nyatakan? Berikan alasan kamu.

iv. Setiap kumpulan membentangkan hasil dapatan ciri dan tingkah laku khas
haiwan yang mereka perolehi di hadapan kelas.

v. Setiap murid diberikan lembaran kerja untuk mengenal pasti ciri dan tingkah laku khas
haiwan melindungi diri daripada musuh. (Lembaran 1)

vi. Murid membuat kesimpulan haiwan mempunyai ciri dan tingkah laku khas untuk
melindungi diri daripada musuh.

35

SAINS HAYAT: Tahun 5

Aktiviti 2 :

i. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
ii. Setiap kumpulan diberi 2 keping gambar haiwan. (Lampiran 2)
iii. Ahli kumpulan berbincang dan menjawab soalan daripada guru, dan mengenal pasti

ciri dan tingkah laku khas haiwan untuk melindungi diri daripada cuaca melampau.
Contoh soalan guru :
(a) Apakah ciri khas haiwan untuk melindungi diri daripada cuaca melampau?
(b) Apakah tingkah laku khas haiwan untuk melindungi daripada cuaca melampau?
(c) Bagaimana ciri dan tingkah laku dapat melindungi haiwan daripada cuaca

melampau?
(d) Ramalkan jika unta tidak mempunyai bonggol? Berikan alasan kamu.

iv. Setiap murid diberikan lembaran kerja mengenal pasti ciri dan tingkahlaku khas
haiwan melindungi diri daripada cuaca melampau. (Lembaran 2)

v. Murid membuat kesimpulan haiwan mempunyai ciri dan tingkah laku khas untuk
melindungi diri daripada cuaca melampau.

Aktiviti 3
i. Murid menonton tayangan slaid tentang cara haiwan melindungi telur dan memastikan
anaknya terus hidup.

Contoh soalan guru :
(a) Bagaimanakah haiwan seperti katak, rama-rama, cicak dan buaya melindungi

telurnya daripada ancaman musuh.
(b) Ramalkan apa yang akan terjadi kepada spesies haiwan tersebut sekiranya haiwan

tersebut tidak melindungi telur dan anaknya.

ii. Setiap murid diberikan lembaran kerja untuk mengenal pasti bagaimana haiwan
memastikan kemandirian spesiesnya sama ada melindungi telur atau menjaga anak.
(Lembaran 3)

iii. Murid menghasilkan peta titi berdasarkan lembaran 3.
iv. Murid membuat kesimpulan cara haiwan melindungi telur dan memastikan anaknya terus

hidup.

Pentaksiran:

1. Murid membina pengurusan grafik tentang ciri dan tingkah laku khas haiwan bagi
memastikan kemandirian spesiesnya.

2. Murid melengkapkan lembaran 1, lembaran 2 dan lembaran 3.

Penutup:

Murid dibimbing untuk merumuskan pembelajaran pada hari itu.

36

SAINS HAYAT: Tahun 5

LAMPIRAN 1
Aktiviti 1

37

SAINS HAYAT: Tahun 5
38

SAINS HAYAT: Tahun 5

LEMBARAN KERJA 1
1) Nyatakan ciri-ciri khas untuk melindungi diri daripada musuh bagi haiwan di bawah.

a) Lebah: _________________________________
b) Skunk: _________________________________
c) Ular: ___________________________________
d) Ikan buntal: ______________________________
e) Sesumpah: _____________________________
f) Buaya: __________________________________
g) Kuda: __________________________________
h) Penyu: _________________________________
i) Rusa: ___________________________________
j) Singa: ______________________________
k) Helang: __________________________________
l) Beruang: __________________________________

2) Rajah 1 menunjukkan haiwan-haiwan yang mempunyai ciri-ciri khas untuk melindungi diri daripada
bahaya/musuh.

Haiwan P Haiwan Q
a) Namakan haiwan P dan Q Rajah 1

. Haiwan P: ________________________ Haiwan Q : _______________________

b) Nyatakan bagaimana ciri-ciri khas haiwan tersebut untuk membantunya melindungi diri daripada
musuh.
Haiwan P: ____________________________________________

Haiwan Q: ____________________________________________

c) Berikan satu contoh haiwan lain yang mempunyai ciri-ciri yang sama seperti Haiwan P dan Haiwan
Q
Haiwan P: __________________________

Haiwan Q: __________________________
39

SAINS HAYAT: Tahun 5

LAMPIRAN 2
Aktiviti 2

40

SAINS HAYAT: Tahun 5
41

SAINS HAYAT: Tahun 5
42

SAINS HAYAT: Tahun 5
43

SAINS HAYAT: Tahun 5
44

SAINS HAYAT: Tahun 5
45


Click to View FlipBook Version