The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Digital programme book for International Conference on Syariah & Law 2021 by Faculty of Syariah & Law, KUIS.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by anzadesign art, 2021-04-04 01:23:31

E-Programme Book ICONSYAL2021

Digital programme book for International Conference on Syariah & Law 2021 by Faculty of Syariah & Law, KUIS.

Keywords: ICONSYAL2021,E-book,online conference

International Conference on Syariah & Law 2021
2021 ‫اﻟﻤﺆﺗﻤﺮ اﻟﺪوﻟﻲ ﻓﻲ اﻟﺸﺮﻳﻌﺔ واﻟﻘﺎﻧﻮن‬

Theme: Syariah and Law: An Impetus of Environmental Sustainability

6th April 2021 (Tuesday) l Online Conference

e-Programme Book

Supported by: Organised by: In Collaboration with:

TABLE OF CONTENTS

FOREWORD: 1
• Minister of Environment & Water, Malaysia
3
WELCOMING SPEECH 4
5
• Rector 6
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) 8
9
• Dean 12
Academy of Islamic and Arabic Studies, Princess of 14
Naradhiwas University (PNU), Thailand 197

• Dean
Syariah Faculty, Institut Agama Islam Negeri Surakarta
(IAIN), Indonesia.

• Dean
Faculty of Syariah and Law, Kolej Universiti Islam
Antarabangsa Selangor (KUIS).

• Director
International Conference On Syariah & Law 2021
(ICONSYAL 2021).

COMMITTEE MEMBERS

PROGRAMME TENTATIVE

ABSTRACTS

ACKNOWLEDGEMENT

FOREWORD

FOREWORD

YB DATO’ SRI TUAN IBRAHIM BIN TUAN MAN
Minister of Environment & Water, Malaysia

Firman Allah SWT dalam Surah at-Talaq ayat ke-12;

Maksudnya;
“Allah yang telah menciptakan tujuh petala langit dan juga bumi seperti itu, Dia
telah menurunkan perintah terus menerus kepada langit dan bumi untuk kamu
semua mengetahui bahawa Allah Maha Berkuasa atas setiap sesuatu dan
sesungguhnya Allah Maha Mengetahui semua perkara”
Alhamdulillah, marilah kita sentiasa mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT atas
segala nikmat kurnia yang telah diberikan kepada kita semua sehingga saat ini.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang telah
merintis jalan hidayah, menyelamatkan manusia daripada kegelapan jahiliyyah
kepada cahaya Islam.
Saya mengucapkan syabas atas penganjuran seminar yang begitu dekat dengan
topik di hati saya iaitu alam sekitar. Malaysia, Indonesia dan Thailand adalah
negara jiran yang dianugerahkan dengan khazanah alam semulajadi yang cantik.
Sungai yang jernih, laut yang biru, bukit bukau yang menghijau dan udara yang

1

FOREWORD

segar. Semuanya adalah nikmat Allah yang wajib dipelihara sebagai amanah dan
tanggungjawab bersama. Walau bagaimanapun, kita juga berdepan dengan
pelbagai cabaran daripada aktiviti antropogenik yang merosakkan sumber alam
semulajadi. Pencemaran sungai, pembakaran terbuka, pembuangan sisa toksik
dan sampah sarap serta penebangan pokok hutan tidak terkawal antara faktor
yang membawa kepada kefasadan. Oleh itu, bumi hilang keseimbangan dan
keharmonian sehingga menatijahkan bencana alam yang lebih besar.

Untuk makluman, bagi sektor alam sekitar, terdapat dua akta yang utama iaitu
Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Akta Biokeselamatan 2007, manakala sektor
air pula terdapat tiga akta yang lain iaitu Akta Industri Perkhidmatan Air 2006, Akta
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 2006 dan Akta Kawasan Pengairan 1953.
KASA telah merevisi beberapa akta berkaitan dan akan membentangkan
cadangan pindaan pada tahun ini. Selain daripada akta, KASA juga mempunyai
beberapa dokumen dasar penting untuk menentukan hala tuju sektor alam sekitar
dan air di Malaysia seperti Dasar Alam Sekitar Negara 2002, Dasar Perubahan Iklim
Negara 2009, Dasar Teknologi Hijau Kebangsaan 2009, Dasar Sumber Air Negara,
Manual Saliran Mesra Alam dan Hala Tuju Inovasi Air Negara 2020. Insya-Allah,
banyak lagi rancangan utama yang akan diperkenalkan oleh KASA antaranya
Suruhanjaya Alam Sekitar, Grid Air Kebangsaan dan penubuhan Inventori Rumah
Kaca Kebangsaan.

KASA amat menyokong kajian-kajian ilmiah dalam kalangan ahli akademik untuk
membantu kami menggubal polisi-polisi terbaik dan idea- idea inovatif sebagai
solusi bagi cabaran semasa. Saya difahamkan oleh pihak penganjur lebih 150
kertas kerja ilmiah yang akan diwacanakan dan mudah-mudahan hasilan seminar
ini dapat dimanfaatkan oleh agama, nusa dan bangsa. Insya-Allah.

Sekian, terima kasih. Wabillahi Taufik Wal Hidayah,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wa Barakatuh.

2

WELCOMING SPEECH

‫بسم الله الرحمن الرحيم‬
‫ والصلاة والسلام على سيدنا أشرف‬،‫الحمد لله رب العالمين‬

.‫ وبعد‬،‫ وعلى اله وصحبه أجمعين‬،‫الآنبياء والمرسلين‬

Assalamualaikum wrt.wbth.

Alhamdulillah, our gratitude to Allah, Lord of the
Worlds, that with His Grace, the Faculty of Syariah and
Law of KUIS and KUISCELL collaborated with
Academy of Islamic and Arabic Studies, Princess of
Naradhiwas University (PNU), Thailand and Syariah
Faculty, Institut Agama Islam Negeri Surakarta (IAIN),
Indonesia have organised the ICONSYAL 2021, with
the theme, SYARIAH AND LAW AS THE IMPETUS TO THE
SUSTAINABILITY OF THE ENVIRONMENT.

Syariah and Law have a prominent agenda in the development of human
beings since the early human civilisation. They are imbued with sacred teachings and
limits which are harmonious in perpetuating and guiding every human activity in this
existence. The environment is a gift and a trust from Allah that has to be developed
in accordance to “sunanul kaun” in the natural framework, so it is a blessing for all.
But mindlessness and greed have contributed much “al fasad” to the environmental
content and system. Those have given rise to issues and symptoms, creating an
excess in restoration liabilities, which require treatment based on Syariah and law.

It is our prayer that, through this conference, scholars, professionals and
academics, based on their respective platforms and experience, will forward their
thoughts and academic findings specifically related to Syariah and law for the
benefit of sustaining the environment and the ummah.

Finally, I express great acknowledgement and gratitude to the Faculty of Syariah
and Law, and all parties and individuals who have strived for this conference to be
a success.

Thank you. Wassalam.

PROF. DATO` DR. AB. HALIM BIN TAMURI
RECTOR OF KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS).

3

WELCOMING SPEECH

‫بسم الله الرحمن الرحيم‬

‫السلام عليكم ورحمة الله‬

ALHAMDULILLAH, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana
dengan izin-Nya kita dapat bersama-sama berada di
dalam majlis ini. Semoga majlis ini mendapat kerahmatan
dan keberkatan daripada Allah S.W.T. Terlebih dahulu
saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada Jawatankuasa Penganjur Seminar
Antarabangsa INTERNATIONAL CONFERENCE ON SYARIAH
& LAW 2021 (ICONSYAL 2021). Bagi pihak Akademi
Pengajian Islam dan Bahasa Arab (AIAS), Princess of
Naradhiwas University (PNU) saya mengucapkan syabas
dan tahniah kepada Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS, Jawatankuasa
Penganjur dan seluruh barisan jawatankuasanya yang telah curahkan tenaga
menjayakan seminar ini. Saya percaya tanpa usaha, pengorbanan masa dan tenaga
daripada mereka, seminar ini tidak mampu diadakan. Kerjasama yang diberikan oleh
pihak KUIS amat kami hargai dan diharapkan kerjasama ini akan berterusan pada
masa-masa akan datang.

Seminar ini adalah kali pertama yang dilaksanakan melibatkan penyertaan daripada
Akademi Pengajian Islam dan Bahasa Arab (AIAS), Princess of Naradhiwas University
(PNU) , Institut Agama Islam Negeri Surakarta (IAIN) Surakarta dan Kolej Universiti Islam
Antarabangsa Selangor (KUIS) yang bertindak sebagai tuan rumah kepada seminar ini.
Sesungguhnya kejayaan pelaksanaan seminar ini adalah hasil komitmen, semangat
dan kerjasama erat serta usaha gigih daripada semua pihak yang terlibat. Semoga
usaha murni ini diteruskan lagi.

Saya berharap program ini akan dapat meningkatkan lagi kerjasama antara PNU, IAIN
dan KUIS seterusnya dapat melancarkan program-program ke arah kesejahteraan
masyarakat. Semoga usaha murni ini diberkati oleh Allah S.W.T. Insya-Allah. Sebelum
saya akhiri ucapan ini, saya mengucapkan terima kasih kepada pegawai dan urusetia
KUIS yang telah berjaya menganjurkan seminar ini. Sesungguhnya komitmen tuan-puan
amatlah dihargai oleh kami dan seluruh peserta seminar pada kali ini.

WASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.

ASSOC. PROF. DR. ANIS PATTANAPRICHAWONG
DEKAN AKADEMI PENGAJIAN ISLAM DAN BAHASA ARAB (AIAS), PNU.

4

WELCOMING SPEECH

‫بسم الله الرحمن الرحيم‬

The invention of modern science and technology, most
notably with the emergence of computer, mobile
phone and internet, has created a sort of new world
order: communities in different parts of the world that
initially felt distant and far away, now getting closer and
closer, and even become more borderless. It is in this
“global village,” where the members of the
communities manage to communicate to each other
more intensively, that virtual talks and conferences,
seminars and workshops take place. Should we wish to
make a positive contribution in the making of this “new”
world order, as our status as vice-gerent of God
(khalifah fi al-ardl), we must be actively involved in the
content construction of the events.

In this light, when Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Malaysia offers
collaboration in holding International Conference on Syariah and Law (ICONSYAL),
wherein knowledge sharing of research findings among scholars, academicians, and
policy makers, as well as experts in vast variety of field on Syariah and Law, we eagerly
welcome this offer: it is a great honor to be part of this prestigious event. Apart from
advancement of academic matters that will imprint positive impact factors upon
academic and non-academic communities and spheres, this collaboration is a follow-
up of the Memorandum of Understanding (MoU), signed on September 25, 2019.

We hope, this collaboration will give fruitful enhancement for the emergence of
professional academic milieu and atmosphere, both in Indonesia, Malaysia, and
Thailand in particular, and in international level in general. In the future, this
collaboration will hopefully go further into wider horizons and scopes in academic
affairs, such as researches and publications. Success for ICONSYAL.

DR. ISMAIL YAHYA, M.A
DEAN OF SYARIAH FACULTY, IAIN SURAKARTA, INDONESIA.

5

WELCOMING SPEECH

‫بسم الله الرحمن الرحيم‬

Alhamdulillah… All praises to Allah, the Merciful, the All
Beneficent by Whose Grace and Blessings have enabled us
to meet in a virtual ceremony platform in line with the new
norm. My humblest gratitude to the Holy Prophet
Muhammad (Peace be Upon Him) whose way of Life has
been a continuous guidance for us. On behalf of Kolej
Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), we feel
blessed to have our first international conference
organized by the Faculty of Syariah and Law, KUIS and
KUISCELL collaborated with Academy of Islamic and
Arabic Studies, Princess of Naradhiwas University, Thailand and Syariah Faculty,
Institut Agama Islam Negeri Surakarta, Indonesia as part of our wide global network.
It is also a privileged honour for us to have the support of the Ministry of Environment
& Water, Malaysia in organising this conference.

Faculty of Syariah and Law, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor in
collaboration with our collaboration partners have successfully organized several
series of international conferences. In 2017, we organised the 3rd Muzakarah Fiqh &
International Conference in collaboration with Faculty of Management and
Muamalah with the theme of “Managing Differences, Uniting the Ummah”, in 2018,
the 4th Muzakarah Fiqh & International Conference in collaboration with Institut Sosial
Malaysia with the theme of “Empowering Women, Children And Families” and 5th
Muzakarah Fiqh & International Conference in collaboration with Faculty of
Management and Muamalah, KUIS and KUISCELL with the theme of “Embracing
Mubah Forbearing Syubhah".

After signing the Memorandum of Understanding between KUIS and Princess of
Naradhiwas University in 2020, we now look forward to this special collaboration of
organizing this prestigious international conference that we hope will bring us
together in the quest for multilateral solutions for global issues concerning the
environment. Moreover, we are honoured to also have IAIN Surakarta joining us
organising this international conference.

It is my pleasure to welcome all the eminent speakers and participants to the
International Conference on Syariah and Law 2021 (ICONSYAL 2021) with the
engrossing theme of " Syariah and Law: An Impetus of Environmental Sustainability ".
This international conference aims to gather scholars, academics, government
representatives and non-government representatives in one avenue conducted via
online platform to share their knowledge and products of research. In line with the
social distancing norms due to covid-19, it is hoped that the conference will provide
a space for healthy and exciting discussions among subject matter experts,

6

WELCOMING SPEECH

academics, policy makers, NGOs, members of the public and students locally and
internationally. Interestingly, the selected papers of this international conference will
be compiled into book chapters as useful inputs that will assist stakeholders in
addressing the current challenges and issues faced by the ummah.
I would like to express my high gratitude to all involved, especially for our
collaborated partners, honourable speakers, presenters, participants, committees
and all for having this fruitful memorable conference.
DR. NORA’INAN BINTI BAHARI
DEAN, FACULTY OF SYARIAH AND LAW
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR.

7

WELCOMING SPEECH

‫بسم الله الرحمن الرحيم‬

All praise is for Allah SWT and selawat and salam to the Holy
Prophet Muhammad SAW. The International Conference of
Syariah and Law (ICONSYAL) for the year 2021 carries the
theme, “Syariah and Law as the Impetus to the Sustainability
of the Environment”. This is significant with the current situation
where the environment is under torment and direly requires
the awareness of all levels of the society.
ICONSYAL 2021 is a special conference as for the first time, it
is organised online during this Movement Restriction Order in
Malaysia. On behalf of all the committees of the ICONSYAL
2021, I welcome the presenters and participants to this conference. Your presence here is
truly meaningful to us.
To the organisers, I extend my deepest gratitude to the co-organisers of ICONSYAL, The
Ministry of Environment and Water, Princess of Naradhiwas University, Thailand and the
Islamic Religious Institute of the State of Surakarta, Indonesia. May this networking
cooperation be a lasting one.
I thank the committees of ICONSYAL 2021 who have given a high level of commitment in
their roles. It is hoped that the sharing of ideas in this conference will contribute positive
input to be spread to the society.
Thank you.
MOHD ISA BIN MOHD DENI
DIRECTOR
ICONSYAL 2021
FACULTY OF SYARIAH AND LAW
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR.

8

COMMITTEE MEMBERS

FACULTY OF SYARIAH & LAW
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS)

Patron : • Prof. Dato’ Dr. Ab. Halim bin Tamuri
Advisor I : • Dr. Mokmin bin Basri
Advisor II : • Dr. Nora’inan binti Bahari
Advisor III : • Dr. Khairul Anuar bin Ahmad

Director : • Mohd Isa bin Mohd Deni
• Farah binti Mohd Shahwahid
Deputy Director :
• Nur Zulfah binti Md. Abdul Salam
Secretary : • Tuan Nurhafiza binti Raja Abdul Aziz
• Nurhairunisa binti Mohamad
Treasurer I :
Treasurer II :

Papers & : • Norazla Abdul Wahab (H)
Publication • Zaini Yusnita binti Mat Jusoh
• Marliana binti Abdullah
• Zanariah binti Dimon
• Dr. Rosli Mokhtar
• Mohd Kamarul Khaidzir bin Saadan

Promotion & : • Nawal binti Sholehuddin (H)

Publicity • Mohamad Hafifi bin Hassim

• Sharifah Hana binti Abdul Rahman

• Muhammad Ismail Abdullah

Registration : • Norita binti Kamaruddin (H)
• Mohd Farok Mat Nor
• Nor Azlin binti Mat Yasin

Technical & : • Abdul Hakim bin Baharudin (H)

Logistic • Muhammad Subari bin Ramli

• Dr. Ahmad Misbah bin Mohamad Helmi

• Hamid bin Mat Isa

9

COMMITTEE MEMBERS

Refreshment : • Maffuza binti Salleh(H)
• Azizah binti Mohd Rapini
Invitation : • Zainuddin bin Che Seman
& Relations • Amzan bin Satiman

• Nurhayati binti Abd Ghani (H)
• Mohd Rofaizal bin Ibhraim

International : • Surianom binti Miskam (H)
Relations • Sharifah Nazirah binti Syed Ager
• Dr. Mohd Musa Sarip

Sponsorship : • Hammad bin Mohd Dahalan (H)
• Hairullfazli bin Muhamad Som
• Dr. Fakhri bin Sungit
• Mohd Nasir bin Ali

Tentative & : • Dr. Azizah binti Mat Rashid (H)
Protocol • Norul Huda binti Bakar
• Noor Syahida binti Abd Rahman
• Ismail bin Omar

10

COMMITTEE MEMBERS

SYARIAH FACULTY,
INSTITUT AGAMA ISLAM NEGERI SURAKARTA, INDONESIA

Advisor : • Dr. Ismail Yahya, M.A
Secretary
: • Putu Widhi Iswari, MSM.
• Roikhatun Nikmah, M.H

Treasurer : • Siti Mukodimah, S.H
• Heni Sayekti Puji Lestari, M.H

Papers & Publication : • Dr. Aris Widodo, M.A
Promotion & Publicity • Dr. Layyin Mahfiana, M. Hum.
• Dr. Hafidah, M.Ag
• Muh. Zumar Aminuddin, M.H

• Desti Widiani, S.Pd.I., M.Pd.I.
• Arkin Haris, S.Pd., M.Hum.
• Ahmad Faizun, S.H.
• Wildan Chanifuddin, S.Pd.

ACADEMY OF ISLAMIC AND ARABIC STUDIES,
PRINCESS OF NARADHIWAS UNIVERSITY

Advisor : • Assoc. Prof. Dr. Anis Pattanaprichawong
• Assoc. Prof. Cheloh Khaekphong
Secretary, Paperwork : • Asst. Prof. Dr. Manapiyah Maoti
& Publication, • Asst. Prof. Dr. Abdulroya Benseng
Promotion & Publicity • Asst. Prof. Dr. Muhammad Umudee

• Asst. Pro. Dr. Abdulroya Benseng
• Asst. Prof. Dr. Tarmisi Salaeh

Logistic : • Dr. Wae Amrene Waepa (Wan Imran Wan
Jaafar)

• Asst. Prof. Dr. Abdulrashid Hamiyae
• Dr. Ibrorheng Dorloh

11

PROGRAMME TENTATIVE

INTERNATIONAL CONFERENCE ON SYARIAH & LAW 2021 (ICONSYAL 2021)
6th APRIL 2021 (TUESDAY)

9.45 am Registration

10.00 am Opening Speech by Master of Ceremonies
10.10 am
Welcoming Speech

Programme Director
Mohd Isa bin Mohd Deni

Rector KUIS
Prof. Dato’ Dr. Abd Halim bin Tamuri

10.45 am Launching Address by Minister

YB. Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Minister of Environment & Water, Malaysia
Keynote Address

11.15 am Moderator
11.45 am Assoc. Prof. Dr. Nor'adha binti Ab Hamid
12.15 pm Deputy Director, Center of Graduate Studies, KUIS
Assoc. Prof., Faculty of Syariah and Law, Kolej Universiti Islam Antarabangsa
Selangor (KUIS)

Speaker 1
YBhg. Prof. Dato’ Ir. Dr. Hassan bin Basri
Adjunct Professor, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
Visiting Professor, Universiti Selangor (UNISEL)
Honorary Professor, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Topic: The Critical Role of Fiqh in Addressing Environmental
Sustainability.

Speaker 2
Assoc. Prof. Dr. Ibrahem Narongraksakhet
Lecturer, Prince of Songkla University, Thailand
Deputy President & Board of Directors Fatoni University,
Thailand
Topic: Man as a Key Impetus of Environmental Sustainability

Speaker 3
Prof. Dr. Mudofir, M.Pd
Rector, Institut Agama Islam Negeri Surakarta (IAIN), Indonesia.
Topic: Environment Crises Literacy for Muslim Society through Islamic
Education: The Role of Islamic University in Developing Prosperity of Cosmic
Environment.

12

PROGRAMME TENTATIVE

12.45 pm Announcement:
Best Paper Award
1.00 pm Best Poster Award
2.15 pm Break
3.15 pm
4.15 pm Parallel Session I (Virtual Room)
5.30 pm
Parallel Session II (Virtual Room)

Parallel Session III (Virtual Room)

Disperse

13

ABSTRACTS

(1001)
ADAB MENUNTUT ILMU: PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN NORMA

BAHARU

SOLHAL HUDA SAHIDAN
[email protected]
Jabatan Pengajian Am, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Pauh Putra

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kefahaman pelajar terhadap
konsep menuntut ilmu dan penghayatan adab pelajar dan pensyarah dalam
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran norma baharu di Politeknik Tuanku
Syed Sirajuddin (PTSS), Pauh Putra. Kajian ini adalah kajian deskriptif berbentuk
tinjauan. Instrumen kajian adalah borang soal selidik yang dilengkapkan secara
dalam talian melalui aplikasi Google Form untuk mengumpul maklumat. Seterusnya
data dianalisis menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi
22.0. Sampel kajian melibatkan pelajar semester satu dan dua seramai 485
responden yang terlibat dengan pembelajaran dalam talian bagi Sesi Jun 2020. Hasil
kajian, ditunjukkan dalam bentuk kekerapan, peratusan dan min. Dapatan
menunjukkan tahap kefahaman pelajar terhadap konsep menuntut ilmu berada
pada tahap yang tinggi dengan nilai min ialah 4.77. Begitu juga dengan
penghayatan adab pelajar dalam pelaksanaan pembelajaran dalam talian
berada pada tahap yang tinggi dengan nilai min ialah 4.40. Manakala, adab
pensyarah dalam pelaksanaan pengajaran dalam talian menunjukkan nilai min
4.73. Secara keseluruhannya, kajian mendapati pelajar memahami dan
mengamalkan adab menuntut ilmu dalam pelaksanaan pembelajaran dalam
talian. Walau bagaimanapun, beberapa aspek adab perlu diberi perhatian
terhadap kedua-dua pihak iaitu pelajar dan pensyarah terutama item yang tidak
mencapai tahap maksima supaya penghayatan adab diamalkan sepenuhnya oleh
mereka. Justeru itu, kajian ini menyarankankan adab-adab yang harus diamalkan
oleh pelajar dan pensyarah dalam konteks pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran secara dalam talian sebagai kelaziman baharu.

Kata kunci: adab, pengajaran dan pembelajaran dalam talian (PdPDT)

14

ABSTRACTS

(1002)
PENGARUH PERANAN JURULATIH TERHADAP PRESTASI KERJA IMAM

MOHD NA’IM BIN HAJI AHMAD
[email protected]

ZAHIMI ZAINAL ABIDIN
[email protected]

DAUD MOHAMED SALLEH
[email protected]

RIDWAN HASHIM
[email protected]

Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan,
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

ABSTRAK
Pengajaran dan pembelajaran al-Quran di Malaysia adalah seiring dengan
kedatangan dan perkembangan Islam. Sejarah mencatatkan bahawa Islam mula
bertapak di Tanah Melayu pada tahun 903 Masehi di Kedah, 1181 Masihi di Kelantan,
1302 Masihi di Terengganu dan 1414 Masihi di Melaka. Kaedah pengajaran al-Quran
secara hafalan diteruskan lagi pada zaman sahabat untuk menjamin agar al-Quran
berkekalan. Al-Quran yang dipelajari oleh para sahabat telah berjaya melahirkan
ramai para huffaz. Masjid dan para imam termasuk imam lantikan Kor Agama
Angkatan Tentera Malaysia (KAGAT) turut memainkan banyak peranan dalam
masyarakat Islam iaitu sebagai nadi penggerak dakwah Islamiah, pusat aduan
rumahtangga, pusat pendidikan dan sebagainya. Penilaian tahap prestasi imam
KAGAT mampu membantu organisasi mempertingkatkan kemahiran terhadap
imam yang dilatih di Institut Latihan dan Kefahaman Islam ATM (ILMI) melalui
Program Tahsin al-Quran (PTA). Objektif kajian ini adalah untuk mengukur peranan
jurulatih dalam PTA terhadap peningkatan prestasi kerja para imam KAGAT
sekembalinya mereka ke pasukan perkhidmatan. Borang soal selidik telah diedarkan
kepada sejumlah 280 orang responden yang terdiri daripada anggota Lain-Lain
Pangkat (LLP) KAGAT yang pernah mengikuti PTA di ILMI sebagai tempat menimba
ilmu. Data yang diperoleh kemudiannya dianalisis menggunakan pakej perisian
SmartPLS 3.2.5. Ujian bootstrapping menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang
signifikan antara peranan jurulatih dengan prestasi kerja imam namun pada tahap
yang sederhana melalui nilai R2.
Kata kunci: Program Tahsin al-Quran, Peranan Jurulatih, Prestasi Kerja, ILMI

15

ABSTRACTS

(1003)
PENGARUH KEPUASAN KERJA TERHADAP PENINGKATAN PRESTASI KERJA IMAM KOR

AGAMA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

AMIRRUL HAFFIS BIN MOHAMAD
[email protected]

ZAHIMI ZAINAL ABIDIN
[email protected]

DAUD MOHAMED SALLEH
[email protected]

RIDWAN HASHIM
[email protected]

Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan,
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

ABSTRAK
Pendidikan adalah alat yang memberi pengetahuan, kemahiran, teknik, maklumat
kepada manusia. Ia membolehkan mereka mengetahui hak dan tugas mereka
terhadap keluarga, masyarakat dan juga negara. Demikan juga tugas imam di
masjid dan surau dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memerlukan
penambahan ilmu dan peningkatan kemahiran dalam bidang yang mereka ceburi.
Institut Latihan dan Kefahaman Islam (ILMI) merupakan pusat pendidikan ATM yang
berorentasikan agama turut berperanan sebagai pusat yang menyediakan latihan
kemahiran imam dalam ATM. Tujuan kajian ini dilaksanakan untuk menilai
keberkesanan kaedah latihan yang digunakan oleh jurulath ILMI untuk membimbing
dan meningkatkan potensi para imam ATM. Kajian ini menggunakan kaedah
kuantitatif dengan pengedaran borang soal selidik kepada 280 orang responden
yang terdiri daripada anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) KAGAT yang pernah
mengikuti Kursus Imam di ILMI. Data yang diperoleh kemudiannya dianalisis
menggunakan pakej perisian SmartPLS 3.2.5. Ujian bootstrapping menunjukkan
bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara kaedah latihan dengan prestasi
kerja imam manakala nilai R2 berada dalam keadaan sederhana.

Kata kunci: Kursus Imam, Kaedah Latihan, Prestasi Imam, ILMI

16

ABSTRACTS

(1004)
PELAKSANAAN UNDANG-UNDANG PERSAINGAN SEMASA PANDEMIK

COVID-19

HALIZA A. SHUKOR
[email protected]

Faculty Syariah and Law, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

ABSTRAK
Covid-19 yang diisytiharkan sebagai wabak oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia
pada bulan Mac 2020 telah menyebabkan kesan ekonomi dan sosial secara global.
Akibatnya, perniagaan terpaksa ditutup untuk jangka waktu tertentu sehingga
penyebaran Covid-19 dapat dikendalikan. Perintah Kawalan Pergerakan yang
diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada 18 Mac 2020 menyaksikan
penutupan hampir semua sektor perniagaan. Ia kemudiannya diikuti dengan
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang berakhir pada 9 Jun 2020 dan
perniagaan mula dibuka secara beransur-ansur setelah pengumuman pemerintah
mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (Fasa Pemulihan) pada 10 Jun 2020. Dalam
memastikan kelangsungan bekalan barang keperluan dan perkhidmatan untuk
rakyat, telah wujud desas desus agar pesaing industri menjalinkan kerjasama di
antara mereka walaupun perbuatan ini merupakan satu perlanggaran terhadap
Akta Persaingan 2010. Oleh yang demikian, telah timbul persoalan sama ada pihak
Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) akan memberikan kelonggaran dari segi
penguatkuasaan undangundang terhadap sektor perniagaan dalam musim
pandemik Covid-19. Justeru, kertas kerja ini akan mengenalpasti dan menerangkan
tentang kedudukan Undang-Undang Persaingan di Malaysia sebelum dan semasa
pandemik Covid19. Bagi mencapai objektif tersebut, kaedah kepustakaan
dijalankan dengan menganalisis Akta Persaingan 2010, keskes yang telah diputuskan
oleh MyCC berkaitan perlanggaran Akta Persaingan 2010, laporan-laporan yang
dikeluarkan oleh badan-badan yang terlibat dengan pelaksanaan Undang-Undang
Persaingan seperti Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD),
Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) dan MyCC di samping buku-buku
teks dan jurnal. Hasil kajian mendapati bahawa Undang-Undang Persaingan masih
dilaksana dan dikuatkuasa seperti biasa mengikut peruntukan Akta Persaingan 2010
walaupun semasa pandemik Covid-19.

Kata Kunci: Malaysia, Undang-Undang Persaingan, Akta Persaingan 2010, Covid-19,
perintah kawalan pergerakan.

17

ABSTRACTS

(1005)
PELAKSANAAN HUKUMAN ALTERNATIF BAGI PESALAH MUDA DAN

WANITA : KAJIAN PERBANDINGAN SYARIAH DAN SIVIL

NURHIDAYAH AZAHARI
[email protected]

ZANARIAH DIMON [email protected]

Fakulti Syariah dan Undang-undang
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

ABSTRAK
Hukuman alternatif merupakan hukuman selain yang diperuntukkan menurut
Seksyen 2 Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) pindaan 1988, iaitu
denda, penjara dan sebatan. Penulisan dan kajian mengenai pelaksanaan
hukuman alternatif telah banyak dikaji dan telah dibincangkan. Malah ada juga
beberapa negeri telah pun melaksanakan hukuman alternatif bahkan di peringkat
Persekutuan juga, hukuman alternatif ini telah dilaksanakan sejak sekian lama
dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat. Namun, ketiadaan peruntukan
dan kayu ukur yang jelas mengenai pelaksanaan hukuman alternatif dari sudut
perundangan Syariah, telah menimbulkan kesukaran badan kehakiman Syariah
untuk memutuskan hukuman alternatif yang bersesuaian terhadap pesalah muda
dan wanita. Timbul persoalan sejauh manakah penguatkuasaan dan kekuatan
perundangan di Malaysia dalam melaksanakan hukuman alternatif khususnya
kepada pesalah muda dan pesalah wanita? Bentuk kesalahan yang
bagaimanakah pesalah muda dan pesalah wanita boleh dikenakan hukuman
alternatif? Apakah bentuk hukuman alternatif yang bersesuaian terhadap dua
kategori pesalah ini? Adakah wujud peruntukan khusus mengenai pesalah muda
dan pesalah wanita? Berdasarkan kepada persoalan-persoalan yang timbul, kertas
kerja ini akan mengupas mengenai perbandingan pelaksanaan hukuman alternatif
terhadap pesalah muda dan wanita menurut undang-undang Syariah dan Sivil.
Kajian kualitatif ini menggunakan metod kajian perpustakaan serta dokumen seperti
Al-Quran, buku, kertas kajian dan juga kajian kes. Kertas kerja ini juga akan
memperhalusi konsep pelaksanaan hukuman alternatif terhadap pesalah muda
dan wanita yang belum begitu meluas pelaksanaannya khususnya di Mahkamah
Syariah jika dibandingkan dengan hukuman yang sedia ada seperti denda, penjara
dan sebatan. Kajian ini penting dalam usaha untuk memperbaiki mutu dan kualiti
perundangan di Malaysia khususnya Undangundang Syariah yang lebih menitik
beratkan nilai dan elemen pemulihan berdasarkan objektif pelaksanaan hukuman
menurut Syarak.

Kata kunci : hukuman alternatif, pesalah muda dan wanita, kajian perbandingan

18

ABSTRACTS

(1006)
KONSEP HIFZ AN-NAFS (PEMELIHARAAN NYAWA) BERDASARKAN MAQASID SHARIAH

DALAM MENGHADAPI PANDEMIK COVID-19

HASRI HARUN
[email protected]

Institut Maqasid Shariah
Universiti Selangor (UNISEL)

HASLIZA MOHAMAD ALI [email protected]

Jabatan Pengajian Islam
Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial UNISEL

ABSTRAK

Konsep Pemeliharaan Nyawa (Hifz al-Nafs) adalah salah satu daripada lima konsep
utama yang dihuraikan oleh ulama dalam kerangka Maqasid Shariah. Menjaga
nyawa sangat penting kerana ianya perlu bagi memastikan manusia dapat
meneruskan kehidupan dan melaksanakan amanah pengabdian kepada Allah
apatah lagi ketika menghadapi ujian yang besar seperti pandemik Virus Covid-19.
Namun ada dalam kalangan masyarakat yang tidak mengambil berat persoalan
menjaga nyawa terutama apabila isu Covid-19 ini berlaku. Usaha yang digerakkan
oleh pihak berkuasa seperti kempen penjarakkan sosial (social distance) dan
kempen duduk di rumah (stay at home) bagi sesetengah pihak diambil sambil lewa.
Artikel ini bertujuan menghuraikan konsep Hifz Al-Nafs (menjaga nyawa) menurut
Islam dalam menghadapi cabaran Virus Covid-19. Beberapa hujah dan pandangan
tentang kempen yang digerakkan oleh pihak berkuasa menepati prinsip islam
berdasarkan objektif syariat. Artikel ini berteraskan penelitian perpustakaan analisa
pandangan ulama dan hujah primer melalui Al-Quran dan hadith. Justeru , melalui
kefahaman yang benar menurut pandangan syarak bahawa kempen yang
digerakkan oleh pihak berkuasa menepati objektif fiqh iaitu konsep memelihara
nyawa daripada kemudaratan yang lebih besar.

Kata Kunci: Hifz Nafs. Maqasid Shariah. Pandemik Covid-19.

19

ABSTRACTS

(20)
PERKEMBANGAN PENYERAGAMAN UNDANG-UNDANG ISLAM DI MALAYSIA:
ANALISIS TERHADAP AKTA/ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM NEGERI-NEGERI

ZANARIAH DIMON
[email protected]

Fakulti Syariah dan Undang-undang
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

ABSTRAK

Pembahagian kuasa perundangan telah diperuntukkan dalam Perlembagaan
Persekutuan bagi membezakan kuasa kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
Bidang kuasa mengenai hukum syarak dan orang Islam diperuntukkan kepada
negeri-negeri termasuklah dalam mengurus tadbir bidang kuasa dan menggubal
undang-undang serta menubuhkan institusi Islam berkaitan. Keadaan ini
menyebabkan berlakunya perbezaan pentadbiran dan undangundang Islam di
antara setiap negeri. Ketidakselarasan undang-undang Islam menyebabkan
perbezaan dalam penghakiman yang dibuat oleh Mahkamah Syariah antara satu
negeri dengan negeri yang lain walaupun penghakiman tersebut berhubung
dengan kes yang mempunyai fakta dan matan yang sama. Permasalahan ini
menimbulkan kesan negatif tehadap perlaksanaan undang-undang Islam di
peringkat negeri. Pelbagai usaha telah dibuat bagi menyelaras dan
menyeragamkan undang-undang Islam sejak tahun 2000-an dengan kerjasama
pelbagai pihak di peringkat Persekutuan dan Negeri. Justeru artikel ini akan
menjelaskan perkembangan terkini usaha-usaha penyelarasan tersebut dengan
memfokuskan kepada penyeragaman akta/enakmen pentadbiran agama Islam
yang dikira sebagai enakmen induk bagi setiap negeri. Kaedah yang digunakan
dalam pengumpulan data adalah melalui kajian kepustakaan dan analisis
dokumen. Hasil kajian mendapati pada dasarnya model undang-undang
pentadbiran agama Islam yang seragam telah diterima di peringkat negeri.
Walaupun begitu, terdapat pelbagai bentuk penerimaan undang-undang tersebut
di peringkat negeri-negeri iaitu sama ada badan perundangan negeri meluluskan
sepenuhnya tanpa pindaan atau meluluskannya dengan pengubahsuaian yang
perlu mengikut kehendak dan keperluan negeri. Justeru itu, walaupun tidak
kesemua bidang kuasa undang-undang Islam di peringkat negeri dapat diselaras
dan diseragamkan, namun usaha-usaha yang telah dibuat menunjukkan
kesungguhan semua pihak di pelbagai peringkat bagi meningkatkan kedudukan
undang-undang Islam.

Kata kunci: penyeragaman, pentadbiran agama Islam, undang-undang Islam,
bidang kuasa negeri

20

ABSTRACTS

(1008)
AMALAN SOLAT DAN IMPLIKASINYA DALAM PEMBENTUKAN SAHSIAH SERTA NILAI

TAQWA DALAM DIRI PELAJAR

ROSHADAH BINTI ABU BAKAR
[email protected]

RAZAK BIN NORDIN
HASMINUDDIN BIN HASHIM

Jabatan Pengajian Am, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau, Perlis

ABSTRAK
Masalah pengabaian solat dalam kalangan generasi muda masa kini sangat
membimbangkan. Masalah ini memberi implikasi yang buruk kepada
pembentukan sahsiah dan nilai taqwa dalam diri. Kajian ini bertujuan mengkaji
tahap amalan solat fardu dan implikasi pembentukkan sahsiah serta nilai taqwa
dalam diri pelajar. Bagi mencapai matlamat ini, kajian dijalankan terhadap 220
responden yang terdiri daripada para pelajar semester 1 sesi Jun 2020 di Politeknik
Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif
analisis deskriptif untuk mendapat nilai min dan peratus. Data kajian dianalisis
menggunakan SPSS versi 22.0. Dapatan kajian menunjukkan bahawa amalan
pelaksanaan solat dalam kalangan responden agak memuaskan dengan skor min
3.75 manakala dorangan untuk mendirikan solat dengan sempurna lima waktu
adalah dengan nilai min 3.72. Bagi implikasi amalan solat dalam pembentukkan
sahsiah dengan nilai skor min 4.67. Selain itu nilai taqwa juga tinggi dengan nilai skor
min 4.67. Hasil kajian ini dapat membantu pihak pengurusan politeknik agar dapat
memberi penekanan yang lebih serius terhadap amalan pelaksanaan solat pelajar
dalam setiap aktiviti yang dirancang agar mampu melahirkan sahsiah mulia dan
nilai taqwa yang tinggi dalam diri bagi menghasilkan graduan yang berkualiti dan
cemerlang bukan sahaja dari segi akademik tetapi juga cemerlang dari segi sahsiah
dan hubungannya dengan Allah.

Kata kunci: amalan solat, sahsiah, nilai taqwa

21

ABSTRACTS

(1009)
RELEVANSI PENAWARAN KURSUS UNDANG-UNDANG HARTA INTELEK UNTUK PELAJAR

SARJANA MUDA FIQH DAN FATWA DENGAN KEPUJIAN, UNIVERSITI SAINS ISLAM
MALAYSIA

HALIZA A. SHUKOR
[email protected]

INTAN NADIA GHULAM KHAN
HASNIZAM HASHIM, SETIYAWAN GUNARDI

Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

ABSTRAK

Kursus Undang-undang Harta Intelek merupakan salah satu kursus elektif yang
ditawarkan kepada pelajar-pelajar Program Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa Dengan
Kepujian di Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU), Universiti Sains Islam Malaysia
(USIM). Kursus ini telah mula ditawarkan sejak tahun 2009 dan sehingga kini telah
mendapat sambutan daripada para pelajar. Dengan menggunakan kaedah
kepustakaan dan soal selidik, artikel ini menganalisis relevansi kursus Undang-undang
Harta Intelek di kalangan pelajar Program Syariah khususnya program Sarjana Muda
Fiqh dan Fatwa di FSU, USIM yang meliputi topik-topik yang disediakan dalam rangka
kursus subjek UndangUndang Harta Intelek, relevansinya sebagai subjek elektif untuk
pelajar program Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa dan cabaran yang dihadapi oleh
tenaga pengajar dan juga pelajar yang mengikuti kursus tersebut serta cadangan
penambahbaikan bagi penawaran kursus tersebut di masa akan datang. Secara
umumnya, kajian mendapati bahawa penawaran kursus ini adalah penting dan
relevan dengan situasi semasa serta merupakan satu nilai tambah kepada graduan
Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa untuk mendalami undang-undang harta intelek serta
peluang dalam prospek kerjaya yang berkaitan. Walau bagaimanapun, beberapa
penambah baikan perlu dilakukan bagi memantapkan lagi kandungan dan
penyampaian kursus ini agar ia benar-benar dapat memenuhi objektif yang
diharapkan.

Kata Kunci: Undang-Undang Harta Intelek, Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa, Fakulti
Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia.

22

ABSTRACTS

(1010)
TINJAUAN DAN ANALISA KANDUNGAN TEKS KHUTBAH JUMAAT TERBITAN JABATAN

HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH (JHEAIK)

KAMSANI BIN MD. SAAD
[email protected]

Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS), Kedah

ABSTRAK

Dakwah harus dilakukan melalui perbagai cara. Salah satu bentuk dakwah melalui
ibadat khusus untuk kaum lelaki Muslim ialah Khutbah Jumaat, kerana ia merupakan
satu medium dakwah bersifat mingguan yang disampaikan oleh khatib di atas
mimbar berbentuk nasihat atau pesanan agama. Peranan khutbah telah
mengalami perkembangan dari masa ke semasa dan seringkali dijadikan isu penting
dibincang dan diperdebatkan. Antaranya isu yang ditimbulkan oleh pendengar
khutbah terhadap khatib ialah mereka dianggap sekadar membaca teks khutbah
tanpa mempedulikan matlamat pendengar yang memerlukan mesej yang jelas, isi
khutbah yang efektif dan tidak mengelirukan terhadap maksud intipati khutbah.
Persoalannya, sejauh manakah keberkesanan khutbah yang disampaikan oleh
khatib selain faktor bantuan alat pembesar suara serta peralatan multimedia dalam
menyampaikan mesej agama benar-benar berkesan kepada hadirin? Seringkali
terjadi ramai dalam kalangan hadirin tidak mampu untuk fokus sepanjang
berlangsungnya khutbah Jumaat. Hasilnya, hadirin tidak dapat menghayati intipati
khutbah yang dibacakan. Maka tidak tercapailah objektif khutbah iaitu untuk
menyebarkan dakwah kepada umat Islam secara amnya. Sehubungan itu, kajian
ini dilakukan bertujuan untuk mengkaji isi kandungan sampel teks khutbah
berdasarkan kerangka teori penganalisaan kandungan (content analysis) melalui
bidang pengucapan awam oleh Lucas (2012). Penganalisan dijalankan terhadap
sampel teks khutbah sepanjang bulan Januari 2021 yang dimuatnaik dari laman
sesawang Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK). Hasil kajian yang
bakal diperolehi mampu menyelesaikan masalah berkaitan kualiti penulisan teks
khutbah Jumaat yang perlu diperbaiki dan dipertingkatkan dalam memastikan
keberkesanan penyampaian khutbah akan lebih efektif kepada emosi, rohani dan
perubahan sikap yang positif dalam kalangan pendengar khutbah Jumaat.

Kata kunci: Analisa Kandungan, Khatib, Khutbah Jumaat, JHEAIK

23

ABSTRACTS

(1011)
PERSEPSI PELAJAR TERHADAP IMPLIMENTASI KURSUS PENGHAYATAN ETIKA DAN

PERADABAN DI POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MUADZAM SHAH, KEDAH

KAMSANI BIN MD. SAAD
[email protected]

Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS), Kedah

ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti persepsi pelajar semester satu
terhadap kursus Penghayatan Etika dan Peradaban yang baru diperkenalkan
dalam sistem pengajian Politeknik Malaysia bagi sesi pengajian Jun 2020. Persepsi
yang dikaji oleh pengkaji diukur berdasarkan kepada pernyataanpernyataan
berikut; mengetahui tahap penerimaan pelajar terhadap kandungan kursus ini,
mengesan tahap penerimaan pelajar terhadap pengajaran pensyarah bagi kursus
ini dan mengenal pasti tahap penerimaan pelajar terhadap penilaian kursus ini.
Kajian ini juga bertujuan untuk melihat persepsi pelajar-pelajar terhadap kursus
Penghayatan Etika dan Peradaban dengan beberapa pemboleh ubah bebas yang
dipilih iaitu terhadap demografi jantina, agihan berdasarkan tiga Jabatan
Pengajian dan persepsi pelajar terhadap aspek kandungan kursus ini, aspek
pengajaran pensyarah dan aspek penilaian kursus. Sampel yang diambil melalui
kajian ini terdiri daripada 214 sampel pelajar semester satu daripada kalangan lelaki
dan wanita, mewakili tiga Jabatan Pengajian di Politeknik Sultan Abdul Halim
Mu’adzam Shah, Kedah. Data kajian dianalisa secara deskriptif dengan
menggunakan perisian ‘Statistical Package for Social Sciences (SPSS Statistics 22.0)’.
Secara keseluruhannya, dapatan analisa data mendapati penerimaan pelajar
terhadap kursus Penghayatan Etika dan Peradaban bagi tiga aspek iaitu pada
aspek kandungan kursus (min=4.452), aspek pengajaran pensyarah (min=4.532) dan
aspek penilaian kursus (min=4.443), ketiga-tiga aspek menunjukkan penerimaan
pelajar adalah sangat tinggi. Implikasi kajian ini membuka ruang kepada pensyarah
untuk menambah baik proses PdP dan menjadikan kursus Penghayatan Etika dan
Peradaban sebagai satu platform kepada pelajar untuk menambah pengetahuan
tentang ilmu peradaban yang bermoral dalam kehidupan di samping menguasai
kemahiran generik yang berkaitan.

Kata kunci: Penghayatan Etika dan Peradaban, kandungan kursus, pengajaran
pensyarah, penilaian kursus, kemahiran generic

24

ABSTRACTS

(1012)
MENGKAJI AMALAN MUTAWWIF DALAM TUGASAN MEMBIMBING JEMAAH UMRAH DI

MALAYSIA

MOHD SABRI BIN JAMALUDIN
[email protected]

Master In Business Administration (Muamalah)
Fakulti Pengurusan dan Muamalah

Koej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

DR. NOOR RAUDHIAH BT. ABU BAKAR
[email protected]

Fakulti Pengurusan dan Muamalah
Koej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

ABSTRAK
Mutawwif atau lebih dikenali sebagai individu yang berkemahiran dalam memberi
bimbingan ibadah umrah dan ziarah merupakan satu kerjaya yang kian mendapat
perhatian di Malaysia. Namun kajian berkaitan mutawwif ini tidak banyak dilakukan
kerana mungkin ramai individu dan kelompok masyarakat yang tidak mempunyai
ilmu dan berpengetahuan mengenai bidang ini. Objektif utama kajian ini dijalankan
adalah untuk mengkaji amalan mutawwif dalam tugasan membimbing Jemaah
umrah di Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif yang menggunakan
borang soalselidik sebagai kaedah kutipan data. Borang ini diedarkan secara online
kerana keterbatasan dalam pandemik Covid-19 yang kian menular. Instrumen soal
selidik kajian ini mengambil perspektif holistik terhadap kompetensi mutawwif
berdasarkan rujukan Standard Kemahiran Pekerja Kebangsaan (NOSS), Sijil
Kemahiran Malaysia dari Kementerian Sumber Manusia Malaysia. Set soal selidik
yang telah dibina lalu diberi kesahan oleh pakar akademik yang berkaitan dalam
industri umrah dan bimbingan bertujuan dalam mengukuhkan soal selidik ini. Analisis
data secara kuantitatif dalam kajian ini menggunakan Statistical Package For Social
Science (SPSS) versi 26. Hasil kajian mendapati kesemua tahap amalan mutawwif
ketika membimbing Jemaah umrah di Tanah Suci adalah tinggi. Ini menunjukkan
mutawwif sentiasa peka dan mengutamakan kompetensi yang dititikberatkan oleh
kerajaan sepanjang bertugas di Tanah Suci. Penemuan ini kemudian akan
dilaksanakan sebagai satu petunjuk aras kepada mutawwif yang menjadikan NOSS
ini sebagai panduan kerjaya untuk meningkatkan kemahiran dan ekonomi mereka,
sehingga menjadi lebih kompetitif. Kajian ini dilihat dapat meningkatkan manfaat
kepada industri khusus dalam melahirkan mutawwif yang mengikut spesifikasi dan
keperluan industri. Juga, manfaat kepada kerajaan dalam menyumbang
pendapatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Negara.

Kata Kunci: Mutawwif, Umrah Ziarah, Sijil Kemahiran Malaysia, Standard Kemahiran
Pekerja Kebangsaan (NOSS)

25

ABSTRACTS

(1013)
HUBUNG KAIT UNDAN-UNDANG KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DENGAN

MAQASID SYARIAH DAN KEPENTINGANNYA DALAM ALASAN PENGHAKIMAN
MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA

AZIZAH MOHD RAPINI
[email protected]

Fakulti Syariah dan Undang-undang
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

ABSTRAK

Prinsip-prinsip asas undang-undang keterangan Islam telah diperuntukkan dalam
undang-undang keterangan mahkamah syariah di Malaysia dalam bentuk statut
sama ada atas nama akta, enakmen dan ordinan. Undang-undang tersebut
memberikan garis panduan penerimaan segala bentuk keterangan dan bukti di
mahkamah syariah kepada pegawai-pegawai mahkamah syariah yang terdiri dari
hakim syarie, pendakwa syarie dan peguam syarie. Undang-undang keterangan
mahkamah syariah juga merupakan rujukan utama hakim-hakim syarie selain dari
undang-undang tatacara (mal atau jenayah), undangundang substantif seperti
undang-undang jenayah syariah atau undang-undang keluarga Islam,
undangundang pentadbiran agama Islam, Arahan-arahan Amalan Mahkamah
Syariah dan hukum syarak. Malah, penyediaan alasan penghakiman sesuatu kes,
hakim dikehendaki mengemukakan rujukanrujukan tersebut sebagai bukti
pelaksanaan tanggungjawab memutuskan kes secara adil. Rujukan terhadap
hukum syarak pula bukan sahaja rujukan terhadap dalil-dalil al-Quran atau hadis,
tetapi juga prinsip-prinsip hukum syarak yang terdiri dari kaedah fiqh dan maqasid
syariah berserta pandanganpandangan ulama fiqh melalui kitab-kitab fiqh
muktabar. Walau bagaimanapun kajian awal mendapati tidak semua alasan
penghakiman mahkamah syariah menjelaskan secara terperinci dalam alasan
penghakiman mereka berkaitan elemen-elemen keterangan dan maqasid syariah
walau pun kebanyakan mereka memperakui maqasid syariah merupakan salah
satu asas penghakiman walaupun tidak diperincikan secara langsung dalam alasan
penghakiman mereka. Kajian ini merupakan kajian kualitatif melibatkan data
perpustakaan, dokumen dan temubual bagi membincangkan sejauh mana alasan
penghakiman mahkamah syariah telah memperincikan elemen-elemen
pembuktian dan keterangan serta hubung kaitnya dengan maqasid syariah kerana
elemen-elemen tersebut adalah penting bagi membuktikan bahawa pentadbiran
keadilan di Malaysia telah dilaksanakan secara serius menepati prinsip-prinsip sistem
kehakiman Islam.

Kata kunci : undang-undang keterangan, mahkamah syariah, maqasid syariah,
alasan penghakiman

26

ABSTRACTS

(1014)
GAYA KEPIMPINAN MEMPENGARUHI KOMITMEN PEKERJA: SATU TINJAUAN DI KOLEJ

KOMUNITI PADANG TERAP

KHODZIRAH AHMAD
[email protected]

HOSNI MUBARAK MOHD DERIS
SHAHIR BIN SABU

Kolej Komuniti Padang Terap

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi kakitangan terhadap gaya
kepimpinan pengurusan dan hubungannya dengan komitmen kakitangan di Kolej
Komuniti Padang Terap. Instrumen kajian Leader Behavior Description Questionnair
(LBDQ) digunakan untuk mengenalpasti gaya kepimpinan pihak pengurusan dari
aspek mengarah, bertimbang rasa, penyertaan dan berorientasikan kejayaan.
Sementara pengamalan faktor kepimpinan pengurusan dari aspek budaya ilmu,
permuafakatan, motivasi dan dorongan, kepimpinan kurikulum dan pengupayaan
kepimpinan di Kolej Komuniti Padang Terap diukur dengan menggunakan soal
selidik dalam instrumen SPSS. Kajian rintis telah dijalankan di kalangan 32 orang
kakitangan Kolej Komuniti Padang Terap, Alpha Cronbach digunakan untuk menguji
ketekalan dalaman item-item dalam soal selidik dan nilainya ialah 0.942. Dalam
kajian ini analysis deskriptif seperti min, frekuensi dan peratus digunakan untuk
mengenalpasti faktor demografi jantina, umur, pengalaman kerja dan gred jawatan
responden, dan inferensi ujian-t, ANOVA dan Pearson Correlation digunakan untuk
menguji hipotesis-hipotesis dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan, gaya
kepimpinan berorientasi iaitu fleksibiliti dan inisiatif yang dilihat boleh mempengaruhi
komitmen kerja di organisasi ini. Ini merupakan gaya kepimpinan yang paling
dominan diamalkan oleh pihak pengurusan Kolej Komuniti Padang Terap. Analisis
menunjukkan terdapat hubungan yang kuat antara gaya kepimpinan pihak
pengurusan Kolej Komuniti Padang Terap secara menyeluruh dengan kesemua
aspek faktor kepimpinan yang dikaji. Kesimpulan yang diperolehi daripada kajian ini
ialah pihak pengurusan haruslah cekap dalam pengamalan gaya kepimpinannya
mengikut keperluan situasi.

Kata Kunci : Gaya Kepimpinan, Komitmen

27

ABSTRACTS

(1015)
FENOMENA ANAK TAK SAH TARAF DALAM KALANGAN ORANG ISLAM DI MALAYSIA

NOR IZZATI BINTI MAHD NOR
[email protected]

Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang.

ABSTRAK

Anak tak sah taraf atau anak luar nikah merupakan satu fenomena yang
mengancam struktur sosial khususnya masyarakat Islam di Malaysia. Peningkatan kes
anak tak sah taraf dilihat semakin membimbangkan dan perlu diberi perhatian yang
sewajarnya. Tujuan penulisan ini adalah untuk mengetahui sejauhmanakah
fenomena anak tak sah taraf yang berlaku dalam kalangan orang Islam di Malaysia.
Seterusnya penulis menjelaskan perspektif Islam serta perundangan Malaysia
mengenai anak tak sah taraf. Kajian ini merupakan kajian kualitatif iaitu dengan
merujuk kepada bahan-bahan penulisan seperti buku-buku ilmiah, bab dalam buku,
dan artikel jurnal yang berkaitan dengan tajuk kajian. Dapatan kajian mendapati
anak tak sah taraf tidak boleh dinafikan hak untuk bermasyarakat, bekerjaya,
berkahwin dan mempunyai hak yang sama rata sebagai manusia di sisi Islam dan
perundangan Malaysia. Perbezaan anak tidak sah taraf ini dengan anak-anak lain
yang sah taraf ialah dari sudut hak untuk dinasabkan, diberi nafkah, dan hak
hadanah daripada bapa biologinya sematamata. Kesimpulannya, anak tak sah
taraf tetap mulia dan sewajarnya disanjung dalam masyarakat jika berilmu, beriman
dan bertaqwa. Fenomena anak tidak sah taraf dalam kalangan masyarakat Islam
di Malaysia ini perlu dipandang serius oleh semua pihak khususnya institusi keluarga
melalui pengukuhan keimanan dan penerapan nilai murni dalam pendidikan anak-
anak bagi memastikan tiada lagi anak luar nikah dalam kalangan orang Islam pada
masa hadapan.

Kata kunci: fenomena; anak tak sah taraf; orang Islam; hukum Islam; perundangan
Malaysia

28

ABSTRACTS

(1016)
PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) DARI PERSPEKTIF MASLAHAH

SITI SHAMSIAH MD SUPI
[email protected]

SITI NURIZZATI SA’AIDIN
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

ABSTRAK
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) merupakan tindakan pencegahan oleh
kerajaan Malaysia terhadap penularan wabak atau jangkitan Covid-19. Covid-19
ialah nama satu penyakit yang disingkatkan daripada Coronavirus Disease 2019,
dan ia boleh berjangkit kepada orang lain. Penyakit ini berpunca daripada sejenis
virus yang berada dalam kumpulan Coronavirus. Virus yang diperkatakan ini
merupakan Coronavirus paling baharu yang ditemui di Negara China. Manakala
angka 2019 pula merujuk pada tahun Coronavirus ini ditemui. Oleh sebab berlaku
perubahan jumlah kes—sama ada turun ataupun naik--di sepanjang tempoh
negara ini melaksanakan PKP, maka perintah ini dilaksanakan dengan mengikut
keadaan dan keperluan masyarakat setempat yang terlibat. Perintah yang
dilaksanakan oleh pihak kerajaan ini melibatkan beberapa kategori termasuk
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD); Perintah Kawalan Pergerakan
Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Kajian ini akan
melihat pada punca kuasa, peraturan atau standard operating procedure (SOP),
dan kesan kepada perlanggaran perintah ini menurut undang-undang. Prinsip
maslahah dan maqasid al-shariah akan menjadi alat pengukur kepada perintah
yang dikeluarkan, untuk merumuskan sama ada tindakan kerajaan ini bertepatan
dengan prinsip-prinsip syariah ataupun sebaliknya.
Kata Kunci: Covid-19, PKP, Maslahah, Kerajaan, Rakyat

29

ABSTRACTS

(1017)
TANGGUNGJAWAB MENJAGA ADAB MENUNTUT ILMU SEMASA SESI PENGAJARAN

DAN PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

NUR KHAMSIAH BINTI ADAN
[email protected]

Jabatan Pengajian Am, Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan

ABSTRAK
Adab menuntut ilmu adalah satu perkara yang penting dalam proses mendapatkan
ilmu pengetahuan. Bermula dengan kaedah penyampaian ilmu pada zaman
Rasulullah SAW yang dilakukan secara halaqah, kemudian secara bersemuka di
dalam kelas atau bilik darjah, kini kaedah Pengajaran dan Pembelajaran dalam
Talian (PdPDT) semakin meluas dipraktikkan berikutan perubahan teknologi yang
pesat. Dengan perubahan kaedah pembelajaran ini, ianya telah menyebabkan
pengabaian pendidikan adab dalam silibus baru yang diperkenalkan. Tambahan
pula, penggunaan kaedah PdPDT secara mendadak telah melunturkan sikap dan
peribadi seorang pelajar kerana mereka beranggapan tiada guru dihadapan
mereka. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk menerapkan semula
tanggungjawab pelajar dan guru dalam menjaga adab-adab menuntut ilmu
walaupun semasa sesi PdPDT. Kajian ilmiah ini yang menggunakan metodogi kajian
kualitatif iaitu kajian secara penelitian, pengumpulan bahanbahan rujukan seperti
buku, artikel jurnal, majalah dan akhbar, serta membaca dan membuat kesimpulan
yang terbaik. Dapatan kajian ini memperlihatkan tanggungjawab yang perlu
dilaksanakan oleh pihak yang terlibat khususnya pelajar, guru dan ibu bapa dalam
menjaga adab-adab dalam menuntut ilmu walaupun kaedah pembelajaran
dalam talian. Kesimpulannya, apabila adab-adab menuntut ilmu ini dipegang
dengan penuh kebertanggungjawaban serta ikhlas dan sempurna maka semua
pihak akan memperolehi ganjaran pahala, ilmu yang bermanfaat dan diredhai
Allah SWT.

Kata kunci: Tanggungjawab; Pembelajaran dalam Talian; Adab; Ilmu; Pendidikan
Islam

30

ABSTRACTS

(1018)
PERANAN KONTRAK PEMBINAAN DALAM PEMBANGUNAN HARTANAH WAQAF

NURSHAFEEQAH BINTI MOHD ZIN
[email protected]

DR. AMINUDDIN BIN RUSKAM
[email protected]

Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
ABSTRAK

Harta wakaf merupakan salah satu daripada hasil negara Islam selain zakat dan
cukai. Ia merupakan suatu bentuk kebajikan yang bukan sahaja memberi kebajikan
secara one-off semata-mata, malahan boleh menjadi sumber ekonomi yang
berterusan bagi umat Islam jika di uruskan secara efisien. Bagi memaksimumkan hasil
dari sumber wakaf, pihak kerajaan dengan kerjasama majlis agama negeri
mengambil langkah untuk mengkomersialkan hartanah wakaf yang sedia ada.
Dalam proses pembinaan banguanan-bangunan tersebut, beberapa pihak telah
terlibat dan antaranya ialah pihak kontraktor dan majlis agama negeri. Lantaran itu
bagi melancarkan kerja pembinaan, kontrak antara mereka telah termeterai. Kertas
ini akan membincangkan peranan kontrak pembinaan serta kepentingannya
dalam projek pembangunan hartanah wakaf.
Kata Kunci : Wakaf, Kontrak Pembinaan, Pembangunan Hartanah, Kontraktor

31

ABSTRACTS

(1019)
AMALAN GAYA HIDUP DAN KESANNYA TERHADAP PELAJAR POLITEKNIK TUANKU SYED

SIRAJUDDIN

AZIRAH BINTI SEMAN
[email protected]

ROSHADAH BINTI ABU BAKAR
ANIS NADYA BINTI CHE AHMAD

Jabatan Pengajian Am, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau, Perlis

ABSTRAK

Salah satu faktor yang menyumbang kepada kecemerlangan pelajar adalah
amalan gaya hidup yang positif. Sehubungan itu, satu kajian telah dijalankan di
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin bagi mengenal pasti amalan gaya hidup dan
kesannya terhadap pelajar. Kajian melibatkan 220 responden yang terdiri daripada
pelajar Semester Satu sesi Jun 2020. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif
analisis deskriptif. Data kajian dianalisis menggunakan SPSS versi 22.0. Dapatan
kajian menunjukkan bahawa amalan gaya hidup pelajar Politeknik Tuanku Syed
Sirajuddin terbahagi kepada dua iaitu amalan positif dan amalan negatif. Bagi
amalan positif tahap yang dicapai tinggi dengan nilai min 3.73 dan bagi amalan
negatif tahap yang dicapai rendah dengan nilai min 2.33. Selain itu, kesan amalan
gaya hidup pelajar juga terbahagi kepada 2 iaitu kesan positif dan kesan negatif.
Bagi kesan positif, tahap yang dicapai tinggi dengan nilai min 4.13 manakala bagi
kesan amalan negatif, tahap yang dicapai rendah dengan nilai min 1.97. Hasil kajian
ini menunjukkan amalan gaya hidup pelajar sangat memberi kesan kepada
kejayaan pelajar. Justeru itu, kajian ini dapat membantu pihak pengurusan politeknik
agar dapat memberi penekanan yang serius terhadap peraturan rutin harian dan
program yang perlu diikuti oleh setiap pelajar agar sentiasa mengamalkan gaya
hidup yang positif.

Kata kunci: Amalan Gaya Hidup, Kesan Terhadap Pelajar, Kecemerlangan
Akademik dan Sahsiah

32

ABSTRACTS

(1020)
KAEDAH FIQAH DAN PERANANNYA DALAM PENENTUAN HUKUM BERKAITAN
IBADAH SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) SEMASA PANDEMIK COVID

19: SATU ANALISIS

WAN MOHD ZUL BIN WAN YUSUF
[email protected]

Kolej Komuniti Lipis, Pahang

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk membincangkan peranan Kaedah Fiqah sebagai
sandaran dalam menentukan hukum berkaitan ibadah semasa perintah kawalan
pergerakan semasa pandemic COVID 19. Kajian ini juga mengaplikasikan beberapa
kaedah yang terpilih dalam isu-isu berkaitan. Kajian ini mempunyai beberapa
objektif utama. Pertama mengenalpasti peranan kaedah fiqah dalam menangani
isu-isu berkaitan ibadah. Kedua mengenalpasti kaedah-laedah yang boleh
dijadikan sandaran dalam penentuan hukum berkaitan pelaksanaan ibadah.
Ketiga mengaplikasikan beberapa kaedah terpilih dengan masalah-masalah
berkaitan. Kajian ini merupakan kajian berbentuk kualitatif yang menekankan
kepada pembinaan makna, pemahaman kepada konsep, istilah dan penjelasan
terperinci sesuatu perkara. Data akan dikumpulkan dari kajian perpustakaan. Data
kajian dalam bentuk buku-buku kaedah fiqah, bukubuku fiqah dari pelbagai
mazhab, buku buku hadis, warta-warta Kerajaan yang berkaitan akan dikumpulkan
dan dibuat analisis. Data ini dianalisis secara mendalam untuk mencari hubungan
dan perkaitan isu yang dibincangkan dan hukum.. Kajian ini menunjukkan bahawa
kaedah fiqah mempunyai peranan yang besar sebagai satu sandaran dalam
menentukan hukum berkaitan pelaksanaan ibadah semasa perintah kawalan
pergerakan. Kajian ini juga menunjukkan beberapa kaedah utama sesuai dijadikan
sandaran bagi menyelesaikan isu-isu yang timbul berkaitan dengan pelaksanaan
ibadah dalam tempoh pelaksanaan perintah kawalan pergerakan.

Kata Kunci: Kaedah Fiqah, Hukum berkaitan Ibadah, Perintah Kawalan
Pergerakan(PKP)

33

ABSTRACTS

(1021)
KELANGSUNGAN KEHIDUPAN WARGA EMAS: USAHA KERAJAAN DAN CADANGAN

PENAMBAHBAIKAN

MOHD FAROK MAT NOR
[email protected]

NOR ‘ADHA AB HAMID
NUR ZULFAH MD ABDUL SALAM
SHARIFAH HANA ABD RAHMAN

MASHITAH NABEES KHAN

Fakulti Syariah dan Undang-Undang,
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

ABSTRAK
Tanggal 1 Oktober setiap tahun, negara kita menyambut hari warga emas bagi
menghargai jasa wargawarga emas yang ada di negara kita khususnya. Terkini,
pada tahun lepas 1 Oktober 2020, melalui Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat, dengan slogan, “Pandemik dan Penuaan Mendepani
Perubahan”, sekali lagi kerajaan menghargai sumbangan warga emas ini. Malahan,
pada sambutan tahun lepas juga, dijangkakan pihak kerajaan bakal
membentangkan satu draft Rang UndangUndang (RUU) khusus untuk warga emas
pada tahun ini, iaitu 2021. Draft RUU ini dibangunkan dengan kerjasama pihak
kementerian dengan Unit Perundingan Universiti Malaya. Namun, berdasarkan
senario politik dan keadaan pandemik Covid 19 serta saat-saat negara kita berada
di dalam tempoh darurat (sehingga 1 Ogos 2021 atau mana-mana tarikh yang lebih
awal), pembentangan RUU ini mungkin sukar untuk direalisasikan sebagai undang-
undang dalam tempoh yang terdekat. Namun, pihak kerajaan banyak
melaksanakan pelbagai kaedah dan cara bagi menghargai jasa dan sumbangan
warga emas ini terhadap kejayaan Malaysia sehingga hari ini. Objektif kajian ilmiah
ini adalah bertujuan membincangkan langkah-langkah yang telah atau boleh
diambil oleh pihak kerajaan dalam menghargai serta melindungi hak warga emas
di negara kita, di samping memastikan keselesaan hidup warga emas di Malaysia.
Kajian ini turut menggunakan kaedah kepustakaan (library research) dengan
merujuk kepada bahan-bahan ilmiah tentang langkah-langkah yang telah
dijalankan oleh pihak Kerajaan dalam memastikan kelangsungan kehidupan warga
emas lebih terjamin. Justeru, objektif utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti
usaha-usaha kerajaan yang patut diberikan pujian dan ruang-ruang
penambahbaikan boleh oleh pihak kerajaan lakukan dalam meningkatkan mutu
kehidupan warga emas ketika negara kita berada di saat yang gentir ini.

Kata Kunci: Warga Emas, Pandemik Covid, keselesaan hidup, kelangsungan
kehidupan

34

ABSTRACTS

(1022)
PERBICARAAN ONLINE DI MAHKAMAH SYARIAH:
SUATU SUMBANGAN KEPADA PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR

SYAHRULNIZAM BIN SAAT
[email protected]

NASRUL HISYAM BIN NOR MUHAMAD
[email protected]

SAHUL HAMID BIN MOIDEEN
[email protected]

Akademi Tamadun Islam, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

ABSTRAK
Mahkamah Syariah tidak ketinggalan di dalam memanfaatkan Teknologi Maklumat
dan Komunikasi di dalam operasinya sama ada dari segi pentadbiran mahupun di
dalam proses perundangan. Sistem eSyariah contohnya sudah diketahui umum
sebagai suatu sistem yang terbukti berkesan dan efektif. Perkembangan terkini
penularan pandemik Covid-19 telah turut membuka peluang kepada Mahkamah
Syariah untuk melangkah ke hadapan dengan melaksanakan perbicaraan secara
online. Walau bagaimanapun, beberapa isu seperti ketiadaan peruntukan undang-
undang yang jelas dan kepastian tentang kedudukan Hukum Syarak di dalam
mengharuskan perbicaraan secara online ini perlu dijelaskan di dalam usaha
tersebut. Oleh yang demikian, kajian ini akan mengkaji kedudukan perbicaraan
secara online mengikut undang-undang dan hukum syarak. Tumpuan turut
diberikan kepada kepentingan alam sekitar di dalam mempertimbangkan
keharusan tersebut. Kajian ini menggunakan pendekatan metodologi kajian
undang-undang, kepustakaan, dan kualitatif. Hasil kajian mendapati perbicaraan
secara online adalah tidak bercanggah dengan Hukum Syarak, malah turut
memberi sumbangan yang besar kepada pemeliharaan alam sekitar.
Kesimpulannya, usaha untuk menjadikan perbicaraan secara on-line sebagai suatu
tatacara perbicaraan yang sah mengikut hukum syarak dan undang-undang di
Mahkamah Syariah patut diteruskan dan disegerakan. Adalah dicadangkan suatu
kajian lanjut yang menyeluruh dapat dijalankan sehingga dapat mencadangkan
suatu pindaan kepada undang-undang dan menghasilkan satu peraturan khusus
tentang bagaimana perbicaraan secara online ini dapat direalisasikan dan dalam
masa yang sama prinsip keadilan dapat ditegakkan.

Kata kunci: Perbicaraan Online, Tatacara, Mahkamah Syariah, Alam Sekitar.

35

ABSTRACTS

(1023)
KEMASLAHATAN MANGSA BANJIR MENURUT PERSPEKTIF MAQASID SYARIAH

MOHD IZZUDDIN BIN MOHD NOOR
[email protected]

FATIMAH NADIRAH BINTI MOHD NOOR

Fakulti Keilmuan Islam, Kolej Universiti Islam Melaka

ABSTRAK

Saban tahun, bencana alam banjir melanda negara kita. Banjir yang besar telah
memberikan kesan yang sangat buruk terhadap kehidupan mangsa banjir.
Kehilangan tempat tinggal, haiwan ternakan mati bergelimpangan, hasil pertanian
musnah dibawa arus air banjir, kehilangan orang yang tersayang merupakan
antara bentuk episod duka yang dihadapi oleh mangsa banjir. Maka kemaslahatan
dan kebajikan mangsa banjir perlulah dipelihara terutamanya pasca banjir. Pengkaji
berpandangan bahawa aplikasi Maqasid Syariah mampu menjamin kemaslahatan
mangsa banjir dalam menghadapi kehidupan selepas daripada banjir. Kajian ini
berbentuk kualitatif, di mana pengkaji mendapatkan maklumat berkaitan dengan,
maslahah, fenomena banjir dan Maqasid Syariah daripada kitab-kitab turath dan
kontemporari, kajian ilmiah, fatwa semasa dan juga akhbar-akhbar. Maklumat ini
kemudiannya akan diteliti dan dianalisis bagi mendapat gambaran sebenarnya
tentang kemaslahatan mangsa banjir dari sudut pandang Maqasid Syariah. Hasil
kajian mendapati Maqasid Syariah merupakan satu pendekatan yang boleh
diaplikasikan dalam membantu mangsa banjir untuk bangkit semula meneruskan
kehidupan selepas musibah banjir berakhir.Kesimpulannya kemaslahatan mangsa
banjir adalah perkara yang boleh digarap dan digali daripada ilmu Maqasid Syariah
yang bersifat sangat fleksibel dan anjal dalam menghadapi cabaran tuntutan masa
dan keadaan.

Kata Kunci: Kemaslahatan, Mangsa Banjir, Maqasid Syariah

36

ABSTRACTS

(1024)
KEBOLEHTERIMAAN KETERANGAN DOKUMEN ELEKTRONIK DI MAHKAMAH SYARIAH:

ANALISIS PERMASALAHAN DAN PENYELESAIANNYA

MOHAMAD AZHAN YAHYA
[email protected]

AHMAD AZAM MOHD SHARIFF

Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Masa kini, keterangan dokumen elektronik sering kali dikemukakan dalam
perbicaraan di mahkamah syariah. Keterangan dokumen elektronik dikemukakan
untuk membuktikan fakta isu dan fakta relevan serta digunakan untuk menyokong
keterangan-keterangan lain yang dikemukakan dalam sesuatu perbicaraan.
Penulisan ini mensasarkan tiga objektif. Objektif pertama mensasarkan untuk
menganalisis prinsip syariah serta pengaplikasian peruntukan undang-undang
berkaitan kebolehterimaan keterangan dokumen elektronik di mahkamah syariah.
Objektif kedua mensasarkan untuk mengenal pasti permasalahan yang wujud.
Objektif ketiga mensasarkan untuk mencadangkan penyelesaian ke atas
permasalahan yang telah dikenal pasti. Bentuk penulisan ini adalah penulisan
doktrinal. Penulisan ini menggunakan kaedah penganalisisan secara kualitatif.
Bahan-bahan berkaitan dengan prinsip syariah, pengaplikasian undang-undang
serta kebolehterimaan keterangan dokumen elektronik dikumpul melalui kaedah
kajian peprustakaan. Pada masa yang sama, kaedah temu bual ke atas pengamal
undangundang turut dilakukan untuk menyokong dapatan penulisan. Penulis
mendapati sekiranya keterangan keterangan dokumen elektronik yang
dikemukakan ini relevan, mempunyai nilai probatif dan koroboratif yang tinggi, serta
terjaga rantaian keterangan dan jagaannya, ia boleh dikemukakan serta dijadikan
sebagai asas penghakiman kes. Walau bagaimanapun, penulis mendapati bahawa
pendefinisian keterangan dokumen elektronik di bawah Enakmen Keterangan
Mahkamah Syariah ini kabur. Ini akhirnya telah mengakibatkan kebolehterimaannya
di mahkamah syariah menjadi turut tidak jelas. Dengan demikian, penulis
mencadangkan agar satu kesepakatan dalam menerima serta memperincikan
definisi serta pengaplikasian keterangan dokumen elektronik di bawah enakmen
tersebut dibuat agar kebolehterimaannya menjadi jelas.

Kata kunci: keterangan dokumen elektronik, prinsip syariah, keterangan Islam,
mahkamah syariah, kebolehterimaan.

37

ABSTRACTS

(1025)
KAJIAN PENGAMALAN TAKWA DALAM KEHIDUPAN PELAJAR PTSS

MOHD AZLI B. ADNAN
[email protected]

1Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS)

ABU ZARRIN B. SELAMAT
[email protected]

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

BORHANNUDIN B. YA
[email protected]

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS)

ABSTRAK

Takwa adalah satu diksi bagi menjelaskan kedudukan seseorang manusia di sisi Allah
SWT. Keistimewaan takwa akan membawa seseorang itu dalam kondisi sentiasa
berwaspada membuat keputusan dalam hidupnya. Pertimbangan pahala dan
dosa, baik dan buruk serta manfaat dan mudarat merupakan neraca dalam
menentukan segala tindakan. Mulia dan hinanya seseorang bergantung kepada
kualiti takwa yang dimilikinya. Kajian yang meggunakan metode kuantitatif ini
dilaksanakan bagi mengukur tahap kefahaman, penghayatan dan kesan konsep
takwa dalam kehidupan pelajar-pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. Populasi
kajian ini melibatkan 3623 orang pelajar dari pelbagai jabatan akademik di mana
menurut Morgan and Kriejcie (1971) sampel kajian yang akan digunakan ialah
seramai 341 orang pelajar. Namun penulis telah mengambil sampel seramai 499
orang. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kefahaman takwa sampel berada
pada tahap baik iaitu 89.1% iaitu baik. Namun min berstatus sederhana iaitu 3.7. Bagi
dapatan kajian yang berkaitan pengamalan takwa dalam aspek ibadat adalah
71.3% dan min yang diperolehi adalah 3.74. Kedua-duanya adalah pencapaian
sederhana. Bagi dapatan kajian yang berkaitan dengan akhlak telah mencapai
peratus 51.88% dan 2.45 pencapaian min. Dapatan ini menghampiri kepada tahap
rendah. Ada beberapa faktor yang mempengaruhi pencapaian konstruk ini. Bagi
dapatan kajian yang berkaitan dengan kesan takwa adalah mencapai peritus
88.74% dan pencapian min adalah 3.67. Peratusannya baik namun sederhana pada
min.

Kata Kunci : Pengamalan, Takwa, Kehidupan Pelajar

38

ABSTRACTS

(1026)
PENGARUH DIMENSI MASA DAN DIMENSI TEMPAT DALAM MEMAHAMI HADIS NABI

S.A.W. : ANALISIS HADIS-HADIS PILIHAN

IRUWAN BIN IDRIS
[email protected]

ABDUL SAMAD BIN MAT@ ISA
[email protected]

SITI AISHAH BINTI OTHMAN
[email protected]

Jabatan Pengajian Am, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah

ABSTRAK

Kajian ini merupakan penelitian terhadap Dimensi Masa (al-Bu’d al-Zamani) dan Dimensi
Tempat (alBu’d al-Makani) dan pengaruhnya dalam memahami hadis Nabi s.a.w.. Kajian ini
adalah sangat berkait rapat dengan dua pendekatan yang digunakan oleh ilmuan Islam
dalam memahami hadis iaitu pendekatan tekstual dan pendekatan kontekstual. Kedua-dua
pendekatan ini menegaskan bahawa dalam usaha untuk memahami hadis dengan tepat,
beberapa perkara perlu diperhatikan antaranya ialah sabab al-Wurud. Terdapat empat
dimensi yang memainkan pengaruh yang besar kepada sabab wurud alHadith iaitu Dimensi
al-Mukhatibi, Dimensi al-Mukhatabi, Dimensi Masa, Dimensi tempat. Kajian ini adalah penting
kerana didapati bahawa, pertama, telah berlaku kekeliruan sesetengah pihak dalam
mengambil pendekatan samada secara tekstual atau kontekstual ketika memahami hadis
Nabi s.a.w. Kekeliruan ini berkait dengan kurangnya perhatian kepada unsur-unsur yang
mempengaruhi hadis antaranya al-‘ilah dan al-Maqasid, sabab al-Wurud meliputi Dimensi
Masa dan Dimensi Tempat di samping faktor-faktor yang lain. Kedua, kurangnya perhatian
terhadap peranan Dimensi Masa dan Dimensi Tempat dalam memahami hadis oleh
golongan yang hanya mengambil pendekatan tekstual ketika memahami hadis. Ketiga,
berlebihan dalam menggunakan pendekatan kontekstual ketika memahami hadis sehingga
kepada menafikan status kesahihan hadis. Sehubungan itu, kajian ini akan memperkenalkan,
pertama, Konsep Dimensi Masa dan Dimensi Tempat dalam memahami hadis, kedua, Jenis-
jenis hadis yang terkesan dan yang tidak terkesan dengan Dimensi Masa dan Dimensi
Tempat, ketiga, Contoh analisis Dimensi Masa dan Dimensi Tempat dalam memahami hadis
berdasarkan 13 hadis pilihan. Analisis ini melibatkan tiga perkara utama iaitu Status hadis,
keberadaan hadis di dalam Kitab Hadis dan disusuli pandangan para ulama terhadap hadis
yang boleh dikaitkan dengan keberadaan Dimensi Masa atau Dimensi Tempat di dalam
hadis. Hasilnya, dalam memahami hadis, terdapat dua bentuk hadis iaitu pertama, al-
Thawabit yang mana ia tidak dipengaruhi oleh Dimensi Masa mahupun Dimensi Tempat dan
hadis jenis ini mesti difahami melalui pendekatan tekstual. Kedua, alMutaghayyirat yang
mana ia dipengaruhi oleh Dimensi Masa atau Dimensi Tempat atau kedua-duanya dan mesti
difahami melalui pendekatan kontekstual.

Kata kunci: Pendekatan Tekstual dan Kontekstual, Dimensi Masa dan Dimensi

(1027)

39

ABSTRACTS

(1027)
ANALISIS KEPERLUAN PEMBINAAN MODUL PEDAGOGI HIKMAH BAGI SUBJEK

PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH MENENGAH

NURUL SAKINAH AZIZ
[email protected]

HAFIZHAH ZULKIFLI

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

ABSTRAK

Isu kelemahan pengajaran berteraskan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi atau KBAT di
kalangan guru khususnya guru Pendidikan Islam sering kali ditimbulkan. Antara faktor
yang mempengaruhi kelemahan ini berpunca dari pelaksanaan pengajaran yang
masih bersifat konvensional dan penguasaaan ilmu pedagogikal KBAT yang masih
lagi rendah. Selain itu, kekurangan modul berteraskan KBAT juga menjadi satu
halangan kepada proses pengajaran KBAT untuk dilaksanakan oleh para guru. Bagi
memastikan penerapan KBAT dilaksanakan dalam pengajaran Pendidikan Islam
abad ke-21 ini, satu modul efektif yang berteraskan KBAT perlu dibangunkan.
Dengan itu, modul Pedagogi Hikmah iaitu satu kaedah pengajaran berteraskan
falsafah yang diadaptasi dari program Philosophy for Children (P4C) melalui
pendekatan penyoalan Sokratik dalam satu komuniti inkuiri akan dibangunkan
dalam kajian ini. Keseluruhan pembangunan modul ini berpandukan kepada model
ADDIE yang menggariskan lima fasa asas pembinaan modul iaitu fasa analisis
(analysis), pembangunan (development), rekabentuk (design), aplikasi
(implementation) dan penilaian (evaluation). Oleh itu, kajian ini bertujuan
menghuraikan dapatan bagi fasa pertama iaitu fasa analisis keperluan yang
dijalankan secara temubual separa berstruktur ke atas guru pendidikan Islam. Hasil
analisis temubual mendapati terdapat 6 tema yang diperlukan bagi pembinaan
modul Pedagogi Hikmah ini iaitu berpusatkan pelajar, aktiviti PAK 21, pengajaran
kolaboratif, menyeronokkan dan perbezaan mengikut tahap kelas serta
kemampuan pelajar. Hasil dapatan ini menjadi maklumat dan kayu ukur kepada
pengkaji dalam pembinaan modul Pedagogi Hikmah.

Kata kunci: Pedagogi Hikmah, KBAT, Pendidikan Islam, model ADDIE

40

ABSTRACTS

(1028)
PENGURUSAN SISA PEPEJAL ISI RUMAH SEMASA PANDEMIK COVID-19: SATU
ANALISIS MENURUT PERSPEKTIF UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA DAN PRINSIP

SYARIAH

INTAN NADIA GHULAM KHAN
[email protected]

HASNIZAM HASHIM
[email protected]

HALIZA A. SHUKOR
[email protected]

IZAWATI WOOK
[email protected]

Fakulti Syariah dan Undang-Undang
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

ABSTRAK

Sisa pepejal adalah merupakan salah satu masalah utama alam sekitar yang mendapat
perhatian di kebanyakan negara di dunia. Peningkatan sisa pepejal ketika dunia sedang
mendepani wabak Pandemik Covid-19 telah menimbulkan cabaran baru bagi kebanyakan
negara termasuk Malaysia dalam pengurusan sisa pepejal. Kegagalan menguruskan sisa
pepejal ketika menghadapi pandemik ini sudah pasti akan mengundang malapetaka dan
menyebabkan kesan buruk terhadap keselamatan dan kesihatan awam serta alam sekitar.
Setiap isi rumah boleh menghasilkan sisa pepejal berbahaya seperti topeng muka yang
tercemar atau sisa pepejal isi rumah yang lain semasa pandemik yang mesti diurus dengan
berhati-hati dan berkesan. Antara cabaran dalam pengurusan sisa pepejal ketika ini adalah
peningkatan jumlah sisa campuran termasuk sisa berjangkit akibat tahap pengasingan sisa
di sumber yang rendah, peningkatan jumlah sisa daripada plastik, dan pencampuran sisa
berjangkit. Dalam hal ini, undangundang sedia ada berkaitan pengurusan sisa pepejal di
Malaysia perlu diperkemaskan agar pengurusan sisa pepejal dapat dibuat dengan lebih
efektif sekaligus meminimumkun risiko pencemaran dan ancaman terhadap kesihatan
awam. Daripada sudut yang lain, Syariah Islam juga sebenarnya telah memberi penekanan
terhadap kepentingan dan tanggungjawab memelihara dan menguruskan alam sekitar
termasuklah aspek pengurusan sisa pepejal bagi menjaga maslahah kehidupan manusia
dan menolak mafsadah daripada mereka. Dengan menggunakan kaedah kajian
kepustakaan, kertas kerja ini membincangkan pengurusan sisa pepejal isi rumah semasa
pandemik Covid 19 dari perspektif undangundang di Malaysia dan prinsip Syariah berkaitan.
Perbincangan ini penting bagi mempertingkat kesedaran umum dan menambahbaik polisi
dalam pengurusan sisa pepejal dalam situasi pandemik.

Katakunci: Pengurusan, Sisa Pepejal, Covid 19, Perundangan Malaysia, Syariah

41

ABSTRACTS

(1029)
KONSEP INTERVENSI DALAM PEMBELAJARAN JAWI MURID PRA SEKOLAH

NORAISHAH BINTI A.RAHMAN
[email protected]

MOHD ISA BIN HAMZAH

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

ABSTRAK
Penulisan ini memfokuskan kepada konsep intervensi dalam kalangan murid pra
sekolah dan pelaksanaan intervensi dalam pembelajaran Jawi yang terdiri daripada
penggunaan bahan bantu mengajar (BBM), inovasi dan aplikasi mudah alih. Asas
mengeja Jawi sangat penting untuk murid pra sekolah kerana penguasaan Jawi
yang kukuh di usia muda, akan memudahkan mereka mempelajari mata pelajaran
Pendidikan Islam. Kaedah pengajaran yang berkesan oleh guru dapat membantu
murid mengenal huruf dan mengeja Jawi dengan baik malah, murid dapat
menguasai bidang ilmu lain dalam Pendidikan Islam dengan cepat. Guru
Pendidikan Islam perlu meningkatkan kemahiran menggunakan teknologi terkini
dan memikirkan idea yang kreatif dalam mempelbagaikan kaedah mengajar
supaya objektif pembelajaran tercapai. Dapatan kajian lepas menunjukkan
bahawa, tahap penguasaan Jawi dalam kalangan murid masih lemah disebabkan
oleh pengajaran Jawi yang kurang menarik. Oleh itu, pentingnya intervensi dalam
menambahbaik amalan pengajaran guru. Terdapat beberapa bentuk intervensi
yang boleh dilaksanakan dalam bidang Jawi. Antaranya ialah penggunaan video
sebagai BBM, aplikasi mudah alih dan inovasi dengan menggunakan kaedah
bermain. Metodologi yang digunakan berbentuk kualitatif. Hasil perbincangan
menunjukkan, kesemua bentuk intervensi yang dihasilkan, dapat membantu guru
mengajar Jawi dengan lebih mudah dan murid merasa lebih seronok. Intergrasi
penerangan guru dan penggunaan inovasi Jawi yang menarik, boleh disentuh dan
dilengkapi dengan aplikasi mudah alih terkini, dapat membantu murid pra sekolah
mengenal huruf Jawi dengan lebih cepat dan dapat membaca Jawi dengan lebih
baik.

Kata kunci: Konsep intervensi, pembelajaran Jawi, pra sekolah

42

ABSTRACTS

(1030)
HUKUMAN ALTERNATIF BAGI PESALAH JENAYAH SYARIAH: KAJIAN DI PUSAT

PERLINDUNGAN WANITA BAITUL EHSAN

HASNIZAM HASHIM
[email protected]

INTAN NADIA GHULAM KHAN
[email protected]

HALIZA A. SHUKOR
[email protected]

MUALIMIN MOCHAMMAD SAHID
[email protected]

MUHAMMAD NAJIB ABDULLAH
[email protected]

Fakulti Syariah dan Undang-Undang
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

ABSTRAK

Penubuhan Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan di Daerah Sabak Bernam Selangor pada
tahun 2001 telah memberikan suatu alternatif penghakiman dan juga hukuman di
Mahkamah Syariah selain daripada hukuman yang telah diperuntukkan di dalam Akta
Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Pindaan 1984) [Akta 355]. Dalam erti kata
lain, Hakim dengan mengambil kira fakta kes dan latar belakang pesalah boleh
memerintahkan pesalah tersebut menjalani pemulihan di Pusat ini bagi satu tempoh masa
tertentu. Setelah lebih hampir 20 tahun beroperasi, hukuman alternatif bermotifkan
pemulihan ini wajar di perkasa dan diperluas memandangkan ia adalah selari dengan
konsep hukuman takzir dan menepati objektif syarak dalam hukuman (maqsad al-uqubah).
Tambahan pula, hukuman sebegini dilihat mampu untuk menangkis tohmahan sesetengah
pihak yang mengatakan bahawa hukuman di Mahkamah Syariah sudah tidak lagi relevan
dengan situasi semasa dan hanya berorientasikan kewangan atau denda semata-mata.
Namun begitu, sebelum hukuman alternatif ini boleh diketengahkan agar menjadi contoh
dan ikutan kepada negeri-negeri, kaedah perlaksanaannya perlulah dikaji bertujuan
mengenal pasti kaedah pemulihan yang di laksanakan dari segi kekuatan dan kelemahan
serta aspek-aspek yang boleh ditambah baik. Justeru, penulisan yang menggunakan
pendekatan kualitatif ini akan mengutarakan kepentingan mengkaji kedua-dua aspek ini
sebagai langkah pemula ke arah pelaksanaannya yang lebih meluas dan berkesan dalam
usaha memulihkan pesalah jenayah syariah.

Kata kunci: Hukuman Alternatif, Pesalah Jenayah Syariah, Pusat Perlindungan Wanita Baitul
Ehsan

43

ABSTRACTS

(1031)
KUASA HAKAM DAN KESANNYA TERHADAP KES-KES PERMOHONAN
PERCERAIANTANPA PERSETUJUAN SATU PIHAK: SATU SOROTAN LITERATUR

ZAINI YUSNITA MAT JUSOH [email protected]

ZANARIAH DIMON [email protected]

SHARIFAH HANA ABDUL RAHMAN
[email protected]

Fakulti Syariah Dan Undang-Undang
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

ABSTRAK

Pasangan suami isteri tidak dapat lari daripada menghadapi pelbagai konflik dan
perselisihan faham di dalam rumah tangga. Konflik yang berlaku dalam perkahwinan ini
akhirnya boleh mengakibatkan perceraian . Syarak dan undang-undang telah
menyediakan banyak kaedah penyelesaian dalam menangani krisis rumah tangga sama
ada mendapatkan nasihat orang yang dipercayai, melantik hakam dan menghadiri
kaunseling sebelum akhirnya pasangan suami isteri membuat keputusan untuk bercerai
Menurut undang-undang keluarga Islam negeri-negeri di Malaysia, terdapat banyak
peruntukan undangundang yang boleh digunakan untuk mendapatkan perceraian
sebagai contoh peruntukan permohonan perceraian di bawah seksyen 47, Enakmen
Undang-undang Keluarga Islam Selangor 2003. Permohonan Perceraian di bawah seksyen
47 iaitu melalui lafaz talak memerlukan persetujuan keduadua belah pihak untuk bercerai .
Mahkamah tidak akan membenarkan suami melafazkan talak sekiranya pihak isteri tidak
bersetuju untuk bercerai. Sebaliknya mahkamah akan melantik Jawatankuasa Pendamai
dan seterusnya hakam sekiranya Jawatankuasa Pendamai gagal untuk mencapai
perdamaian atau persetujuan untuk bercerai dalam tempoh yang ditetapkan. Hakam
mempunyai kuasa untuk membubarkan perkahwinan tersebut sekiranya pihak-pihak masih
tidak berjaya mencapai perdamaian. Keputusan hakam tersebut tidak boleh dirayu lagi dan
pembubaran perkahwinan dikira sebagai talak bain sughra yang tidak boleh dirujuk semula.
Kesannya terdapat pihak yang terkilan dengan keputusan hakam tersebut. Amalan
Mahkamah Syariah negeri-negeri juga berbeza. Di Selangor, perlantikan dan kuasa hakam
adalah berdasarkan Kaedah Hakam Negeri Selangor (2014) yang membolehkan
mahkamah melantik hakam yang bukan terdiri daripada kaum kerabat pasangan suami
isteri tersebut. Manakala di negeri-negeri lain tiada langsung kaedah-kaedah hakam yang
diperuntukan oleh mahkamah Syariah dan tiada sebarang garis panduan yang standard
digunakan dalam perlantikan hakam ini. Tinjauan awal juga mendapati tidak banyak kajian
lepas didalam jurnal ilmiah, artikel prosiding mahupun didalam media massa yang
membincangkan tentang isu ini. Oleh itu, kertas kerja ini akan membincangkan kajian-kajian
lepas tentang perkara ini melalui kajian perpustakaan dan dokumentasi. Justeru, kajian ini
dilaksanakan bagi mengkaji sejauh mana kuasa hakam menurut undang-undang dan
kesannya dalam kes-kes permohonan perceraian menurut undang-undang.

Kata Kunci: Hakam, perceraian, satu pihak, mahkamah Syariah, literatur

44

ABSTRACTS

(1032)
KEUNGGULAN FALSAFAH PERTANIAN ISLAM PENYUMBANG KELESTARIAN

ALAM SEKITAR
ISMAIL BIN OMAR
[email protected]
DR ZAINUDDIN BIN CHE SEMAN
Fakulti Syariah dan Undang-undang
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

ABSTRAK
Alam sekitar adalah kurniaan dan amanah Allah kepada manusia selaku
KhalifahNya. Pertanian pula merupakan salah satu dari perintah dan strategi untuk
memelihara alam sekitar sehingga ke tempoh yang ditentukanNya. Oleh itu kertas
ini cuba menyingkap konsep falsafah pertanian dalam Syariah Islam yang sebegitu
unggul dan menyumbang ke arah kelestarian alam sekitar. Secara khususnya
perkara-perkara yang berkaitan dengannya akan dihuraikan iaitu: penjagaan dan
pembangunan alam sekitar sebagai amanah Tuhan, falsafah pertanian dalam
Islam, hukum dan dalil melaksanakan pertanian, asas-asas pertanian menurut Al
Quran, faedah pertanian terhadap manusia dan alam. asas tanah pertanian
mengikut Rasulululah saw., amanah tanah dan amanah petani, galakan bercucuk
tanam serta ilmu-ilmu yang diperlukan dan bab-bab fiqh yang berkaitan dengan
pertanian. Kajian ini telah menggunakan, kaedah perpustakaan dan kaedah
dokumentasi bagi mendapat maklumat yang berkaitan.
Kata Kunci: pertanian Islam, kelestarian, alam sekitar

45

ABSTRACTS

(1033)
PERANAN SERTA CABARAN INSTITUSI ZAKAT DAN BAITULMAL

DALAM MENANGANI KESAN WABAK COVID-19

MOHD ISA BIN MOHD DENI
[email protected]

SRIRAHAYU BINTI SARIFIN

, Fakulti Syariah dan Undang-undang
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

ABSTRAK
Serangan wabak Covid-19 sudah lebih setahun melanda dunia sejak mula dikesan
di Wuhan China. Impak pandemik tersebut telah menjejaskan pelbagai sektor
kehidupan manusia. Di Malaysia pelbagai pihak terkesan dengan fenomena ini
khususnya dalam aspek kesihatan dan ekonomi. Pelbagai pihak sama ada
kerajaan, swasta atau NGO berganding bahu membantu masyarakat dalam
menghadapi masa sukar ini. Penulis akan meninjau sejauh mana agensi agama
Islam di Malaysia berperanan membantu rakyat yang terkesan khususnya institusi
zakat dan baitulmal. Data-data berkaitan usaha yang dijalankan oleh beberapa
institusi zakat dan baitulmal di Malaysia akan dianalisis dan dinilai sejauh mana
kesungguhan dan keberkesanannya. Pada masa yang sama penulis mengenalpasti
apakah cabarancabaran yang dihadapi oleh mereka. Kajian ringkas ini juga cuba
menyingkap kebenaran dakwaan sesetengah pihak yang mengkritik agensi agama
dalam berhadapan dengan suasana wabak Covid-19. Data menunjukkan, pihak
institusi zakat dan baitulmal begitu aktif dalam membantu masyarakat yang
terkesan dengan wabak ini. Banyak dana yang telah dikeluarkan berbanding
tahun-tahun sebelumnya memandangkan pihak yang terjejas bertambah dengan
begitu drastik. Namun demikian terdapat cabaran-cabaran yang dihadapi yang
mungkin tidak semuanya mendapat liputan media masa.

Kata kunci: Covid-19, zakat, baitulmal,

46

ABSTRACTS

(1035)
KEISTIMEWAAN METODOLOGI PENULISAN
KITAB RAWAI AL-BAYAN TAFSIR AYAT AL-AHKAM MIN AL-QURAN

KARYA MUHAMMAD ALI AL-SABUNI

HASAN BIN JALI
[email protected]

Calon Phd Islamiyyat
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

ABSTRAK
Dr Saad al-Din Awnal (1995) pentahqiq kitab Ahkam al-Quran karya Abu Ja’far al-
Tahawy menyebut enam belas kitab yang membahas secara khusus hukum-hukum
dalam al-Quran mengikut tahun dan mengatakan bahawa Tafsir Rawai al-Bayan al-
Sabuni adalah kitab yang terakhir. Rahmat Sani (2018) mengatakan Muhammad Ali
al-Sabuni satu di antara ulama’ moden yang produktif menghasilkan karya dalam
pelbagai bidang keilmuan, termasuk fiqh dan tafsir. Satu di antara karya tersebut
adalah Rawai al-Bayan Tafsir Ayat al-Ahkam min al-Quran. Laila Badriyah (2017)
walau kitab ini karya kontemporari, metode pentafsirannya menggunakan
pendekatan bil ma’thur, kerana menyandarkan tafsir al-Qur'an dengan Al-Qur'an,
Al-Qur'an dengan Sunnah, al-Quran dengan perkataan sahabat dan tokoh-tokoh
besar tabi‟in. Walhal, kebanyakan kitab-kitab tafsir hasil ulama’ kontemporari lebih
condong kepada ra’yu (rasional). Kajian ini ingin mengenal pasti keistimewaan
metode penulisan kitab Tafsir Rawai al-Bayan ini dibandingkan dengan tafsir ahkam
sebelumnya yang banyak dipuji masyarakat dan dijadikan rujukan dibeberapa IPTA.
Metodologi kajian yang akan digunakan adalah penelitian teks. Teks kitab karya al-
Sabuni ini akan dianalisis serta diperbandingkan dengan karya-karya serupa
sebelumnya. Fokus penyelidikan akan ditumpukan kepada kaedah penulisan kitab
yang sistematik, mudah dan menarik. Kitab Rawa'i al-Bayan Tafsir Ayat al-Ahkam min
al-Qur'an hasil buah tangan al-Sabuni, ulama moden asal Syiria ini dianggap salah
satu karya terbaik dalam bidang tafsir ahkam al-Quran kerana menggabungkan
karya-karya klasik dari aspek kandungan dan pemikirannya serta karya-karya
moden dari aspek kemudahan uslub-nya. Kajian ini jauh dari kesempurnaan. Oleh
itu, pengkaji mencadangkan supaya kajan metodologi kitab ini diperluaskan dari
aspek lain seperti aspek kebahasaan, rujukan, nuqilan dan sebagainya.

Kata kunci: metodologi penulisan, bayan tafsir, penelitian teks

47

ABSTRACTS

(1036)
KESEDARAN MASYARAKAT TERHADAP PENGURUSAN HARTA ANAK YATIM NEGERI

SELANGOR

HASLIZA BINTI TALIB
[email protected]

SITI ZALEHA BINTI IBRAHIM
NORSAADAH BINTI DIN @ MOHAMAD NASIRUDIN

DR. NORAINI BINTI MOHAMAD

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

PROF MADYA DR MEK WOK BINTI MAHMUD

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

SITI NUR HUSNA ABD RAHMAN

UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Kuala Pilah

ABSTRAK
Masyarakat pernah dikejutkan dengan beberapa kes perebutan harta anak yatim.
Ramai yang menyatakan rasa simpati dan solidariti terhadap nasib anak-anak yatim
piatu yang didakwa dinafikan hak mereka. Sehubungan dengan itu, kajian ini
memberi fokus kepada pengurusan harta anak yatim. Populasi kajian terdiri
daripada wali, pengurus rumah anak yatim, ibu tunggal/balu, kakitangan Jabatan
Kebajikan Masyarakat (JKM) dan masyarakat awam yang terdiri daripada
beberapa buah daerah di negeri Selangor. Sebanyak 400 set soal selidik diedarkan
dan sebanyak 400 set soal selidik berjaya dikutip. Kajian ini berbentuk kuantitatif yang
menekankan pengukuran dan pencarian hubungan antara variable sebagai
penyokong data kualitatif. Jenis kajian ini adalah kajian korelasi dan dianalisis
dengan menggunakan Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 25.
Dapatan kajian menunjukkan tahap kesedaran masyarakat terhadap pengurusan
harta anak yatim di negeri Selangor adalah berada pada tahap skor yang tinggi.
Hasil kajian diharapkan agar masyarakat dapat memahami peranan dan
tanggungjawab menguruskan harta anak yatim sebagaimana yang ditetapkan
dalam Islam bagi memastikan institusi keluarga dan kebajikan anak-anak yatim terus
terpelihara.

Kata kunci: kesedaran masyarakat, pengurusan harta, anak yatim di Negeri
Selangor

48


Click to View FlipBook Version