ABSTRACTS
(1037)
KAJIAN TENTANG KONSEP AL-ISTIQRA` AL-MA’NAWÎ DALAM MEMBINA HUKUM
SEMASA
AHMAD MISBAH BIN MUHAMAD HILMI
[email protected]
Fakulti Syariah dan Undang-undang
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
ABSTRAK
Seperti kita ketahui bahawa sumber hukum Islam iaitu al-Quran dan as-Sunnah
adalah sumber yang terbatas, maka para ulama’ usul menggunakan kaedah
tertentu untuk memahami maksudnya dan menetapkan hukum. Perkara ini berlaku
terutamanya berkaitan dengan isu-isu masyarakat yang berkembang dengan
cepat pada masa kini. Antaranya menerusi prosedur istinbât hukum dalam bentuk
qiyâs, istihsân, maşlahah mursalah dan lain-lain yang terkenal dalam literatur ilmu
uşûl al-fiqh. Namun kaedah al-istiqrâ` al-ma'nawî adalah kaedah untuk menentukan
hukum atau peraturan yang bukan hanya dari satu dalîl tetapi dengan beberapa
dalîl yang digabungkan antara satu sama lain untuk membentuk hukum
berdasarkan gabungan dalîl-dalîl ini. Di samping itu, para penyelidik hukum mesti
mempertimbangkan qarâ`in ahwâl (petunjuk keadaan), keduanya sumber yang
dinaşşkan (manqûlah) dan yang bukan dinaşşkan (gairu manqûlah).
Kata kunci: Istiqra’, Ma’nawi, Hukum
49
ABSTRACTS
(1038)
PRAKTIS AGIHAN ZAKAT KEPADA PENGHUTANG CETI HARAM
DI MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI-NEGERI
MOHD KAMARUL KHAIDZIR SAADAN
[email protected]
Fakulti Syariah dan Undang-undang
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
SRIRAHAYU BINTI SARIFIN
Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan, Negeri Sembilan [email protected]
ABSTRAK
Zakat merupakan sebuah sistem sosioekonomi yang telah diwartakan
pensyariatannya di dalam alQuran dan hadis. Pengurusan zakat telah melalui
pelbagai perubahan dan evolusi bermula dari zaman Rasulullah SAW hinggalah hari
ini. Perubahan-perubahan tersebut termasuk takrifan asnaf, penetapan undang-
undang, kaedah dan prosedur agihan serta bayaran balik pinjaman. Setiap asnaf
yang dinyatakan di dalam nas syarak telah melalui proses pentakrifan yang
disesuaikan mengikut zaman dan tempat. Oleh kerana pengurusan zakat di
Malaysia diletakkan di bawah bidang kuasa setiap Majlis-majlis Agama Islam Negeri-
negeri, maka setiap negeri mempunyai pentakrifan tersendiri setiap asnaf yang
dinyatakan dalam ayat tersebut. Perbezaan ini berikutan perbezaan fahaman dan
dasar hukum yang diletakkan oleh pihak berautoriti dalam bidang hukum setiap
negeri di Malaysia. Tujuan kertas ini adalah untuk menganalisis takrifan asnaf
gharimin menurut para sarjana Islam dan hubungkaitnya dengan praktis agihan
zakat ke atas penghutang ceti haram. Fokus kajian adalah tertumpu kepada hukum
bantuan zakat kepada penghutang ceti haram, pengukuran kelayakan dan
mekanisma penyaluran bantuan. Metodologi kajian adalah melalui pendekatan
kualitatif dengan melakukan pengumpulan maklumat dari sumber primer dan
sekunder. Hasil kajian mendapati hukum meminjam dengan ceti haram adalah
haram melainkan di dalam keadaan dharurah. Elemen dharurah ini menjadi kayu
ukur kepada kelayakan penghutang, tahap keperluan bantuan, dan kaedah
agihan zakat. Kelonggaran ini menunjukkan keadilan dan fleksibeliti hukum Islam
yang sesuai dan praktikal sepanjang zaman.
Kata kunci: zakat, agihan, asnaf, gharimin, ceti haram, dharurah.
50
ABSTRACTS
(1039)
PEMILIKAN DAN TRANSAKSI HARTA MAFQŪD SELEPAS PERINTAH ANGGAPAN
KEMATIAN
MOHD KAMARUL KHAIDZIR SAADAN
[email protected]
Fakulti Syariah dan Undang-undang
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
MOHD SABRI HARON
[email protected]
MOHD ZAMRO MUDA
[email protected]
Institut Islam Hadhari
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
ABSTRAK
Terdapat kaedah dan peraturan yang telah digariskan oleh Islam dalam menangani
kes-kes Mafqūd. Status harta Mafqūd atau orang hilang menjadi perbincangan
hangat dalam kalangan ulama fiqh dan undang-undang kerana transaksi harta
tersebut melibatkan pelbagai pihak yang berkepentingan. Islam sangat
menekankan penyelesaian segera terhadap kes-kes yang berkaitan agar maslahah
semua pihak terjaga disamping dapat mengelakkan kebekuan harta dan kesulitan
akan datang. Kehilangan Mafqūd dalam tempoh yang lama sudah pasti
membawa kesukaran kepada ahli keluarga yang tinggal terutama pada perkara-
perkara yang melibatkan kewangan dan tanggungjawab. Perkara ini sekiranya
tidak diatasi dengan segera dan betul boleh membawa kemudaratan kepada ahli
waris. Tujuan kertas ini adalah untuk menganalisis pandangan sarjana Islam dan
implementasi undang-undang di Malaysia dalam isu pemilikan dan transaksi harta
orang hilang selepas diisytiharkan mati. Fokus kajian adalah tertumpu kepada
kaedah kiraan dan proses pembahagian harta milik Mafqūd selepas perintah
anggapan kematian. Metodologi kajian adalah melalui pendekatan kualitatif
dengan melakukan pengumpulan maklumat dari sumber primer dan sekunder. Hasil
kajian mendapati kiraan dan pembahagian harta pusaka hendaklah selari dengan
tarikh Mafqūd dianggap mati oleh mahkamah. Kecuaian dan salah urus dalam
perkara ini boleh mendatangkan ketidakadilan kepada pihak-pihak berkenaan.
Kata kunci: harta pusaka, Mafqūd, anggapan kematian, muamalah, perundangan
Islam.
51
ABSTRACTS
(1040)
PENDIDIKAN DIGITAL ERA RI 4.0 DALAM PENDIDIKAN ISLAM
DIGITAL EDUCATION ERA RI 4.0 IN ISLAMIC EDUCATION
FATIN IZATI BINTI MOHD TAHER
[email protected]
Politeknik Kuching Sarawak
FARAH HANAN BINTI ABU BAKAR
[email protected]
Politeknik Mukah Sarawak
ABSTRAK
Kemunculan era Revolusi Industri 4.0 telah memberi kesan yang sangat signifikan
terhadap dunia pendidikan termasuklah Pendidikan Islam. Kajian ini menggunakan
penganalisisan secara kajian kepustakaan dengan meneliti isi kandungan yang
mempunyai kesamaan dengan konsep pendidikan digital era Revolusi Industri 4.0
dalam Pendidikan Islam. Dapatan kajian ini membincangkan tentang cabaran dan
impak Revolusi Industri 4.0 terhadap guru, murid dan sistem pendidikan serta meneliti
persediaan guru Pendidikan Islam dalam menghadapi era Revolusi Industri 4.0.
Secara keseluruhannya, Pendidikan Islam tampak bersedia untuk menuju kepada
era pendidikan digital Revolusi Industri 4.0 kerana Pendidikan Islam itu sendiri
mempunyai aspek yang kuat dalam membentuk manusia yang seimbang dunia
dan akhirat.
Kata Kunci: Pendidikan Digital, Revolusi Industri 4.0, Pendidikan Islam
52
ABSTRACTS
(1041)
PENGGUNAAN KAEDAH GALLERY WALK DALAM PENGAJARAN KURSUS DUA6022
KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM : SATU TINJAUAN DI POLITEKNIK
FATIN IZATI BINTI MOHD TAHER
[email protected]
ZAHRATUN SAKINAH BINTI JAMALUDDIN
[email protected]
Politeknik Kuching Sarawak
ABSTRAK
Pendidikan abad ke-21 berteraskan pembelajaran berbentuk kolaboratif yang
berpusatkan pelajar sekaligus memfokuskan kepada kemenjadian murid di era
Pendidikan Abad ke-21. Salah satu cabangnya berpusat kepada amalan
pengajaran guru di dalam kelas berpaksikan PAK21. Oleh itu, kajian ini dijalankan
bertujuan untuk mengenal pasti tahap pemikiran reflektif dan tahap motivasi pelajar
terhadap penggunaan kaedah Gallery Walk dalam pengajaran kursus DUA6022
Komunikasi dan Penyiaran Islam serta mengenal pasti perbezaan yang signifikan di
antara pemikiran reflektif dan motivasi pelajar dalam penggunaan kaedah Gallery
Walk berdasarkan jantina, pengkhususan diploma dan sosio ekonomi keluarga
seterusnya mengenal pasti hubungan di antara pemikiran reflektif dan motivasi
pelajar. Kajian ini dijalankan menggunakan rekabentuk kuantitatif dengan
pendekatan kajian tinjauan secara rentas. Instrumen kajian yang digunakan adalah
soal selidik menggunakan perisian Google Form. Data dianalisis menggunakan
Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) version 26.0. Hasil kajian daripada
analisis deskriptif mendapati bahawa min tahap pemikiran reflektif dan tahap
motivasi pelajar berada pada tahap tinggi. Hasil analisis inferensi pula menunjukkan
dan tidak terdapat perbezaan signifikan di antara tahap pemikiran reflektif dan
motivasi pelajar berdasarkan jantina, pengkhususan diploma dan sosioekonomi
keluarga. Terdapat hubungan yang signifikan positif di antara pemikiran reflektif dan
motivasi pelajar. Justeru itu, kajian ini diharapkan dapat memberikan impak positif
kepada para pendidik khususnya kursus Pendidikan Islam dalam membentuk
kepelbagaian dan kreativiti dalam pengajaran bersandarkan PAK21
Kata Kunci: Pendidikan Abad Ke-21, Guru Pendidikan Islam, Pemikiran Reflektif,
Motivasi, Kaedah Gallery Walk
53
ABSTRACTS
(1042)
KESEDARAN ISU SEMASA BERKAITAN IHDAD DALAM KALANGAN WANITA ISLAM
BEKERJAYA DI SELANGOR
NORITA KAMARUDDIN
[email protected]
ZANARIAH DIMON
MAFFUZA SALLEH
NAQIBAH MANSOR
Fakulti Syariah dan Undang-undang
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
ABSTRAK
Perkahwinan adalah sesuatu ikatan yang sah di sisi syarak antara lelaki dan
perempuan. Tetapi ikatan yang terjalin tidak semuanya yang berpanjangan kerana
mungkin akan berlaku perpisahan sama ada hidup atau mati. Dalam fiqh usrah
terdapat hukum yang berkaitan iddah dan ihdad terhadap isteri apabila berlaku
perceraian atau kematian suami. Konsep iddah dan ihdad dalam Islam tertakluk
kepada hukum dan batasan yang tertentu dalam tempoh yang ditetapkan. Walau
bagaimanapun, dengan berlakunya peredaran masa dan zaman, wanita Islam
yang berada dalam tempoh ihdad sering berhadapan dengan pelbagai persoalan
dan isu-isu semasa yang memerlukan penjelasan terperinci khususnya dalam hal
yang melibatkan batas hukum dan adab bagi seorang wanita beriddah dan
berihdad. Tambahan pula, dengan tuntutan kerjaya, kemajuan teknologi maklumat
dan komunikasi hari ini, ia turut memberi impak dan cabaran terhadap cara dan
gaya hidup masyarakat. Objektif kajian ini di antaranya adalah untuk mengenal
pasti bagaimana wanita yang bekerjaya mengamalkan ihdad ketika tempoh iddah
kematian suami. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk menjelaskan isu-isu semasa
berkaitan hukum ihdad pada masa kini. Perbincangan dalam kertas ini adalah
berkaitan kesedaran isu-isu semasa berkaitan ihdad dalam kalangan wanita Islam
bekerjaya di Selangor. Kaedah yang digunakan adalah secara kuantitatif dengan
menggunakan metode soal selidik terhadap responden bagi mengumpulkan data.
Diharapkan kajian ini dapat memberi maklumat mengenai tahap kesedaran wanita
Islam bekerjaya mengenai isu-isu semasa yang berkaitan iddah dan ihdad supaya
dapatan tersebut dapat mencadangkan satu garis panduan yang komprehensif
mengenai ihdad wanita Islam di Malaysia.
Kata kunci: kesedaran, ihdad, iddah, wanita, bekerjaya
54
ABSTRACTS
(1043)
COVID -19 DAN REKA BENTUK PUSAT JAGAAN WARGA EMAS: KESESUAIAN
MENGHADAPI SITUASI PANDEMIK
SHARIFAH HANA ABD RAHMAN
[email protected]
NOR ‘ADHA AB HAMID
NUR ZULFAH MD ABDUL SALAM
MOHD FAROK MAT NOR
Fakulti Syariah dan Undang-Undang,
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
ABSTRAK
Reka bentuk pusat jagaan warga emas secara umumnya belum cukup selamat
untuk menyediakan kehidupan yang lebih selamat bagi golongan ini terutama
ketika menghadapi situasi pandemik. Situasi pandemik Covid-19 yang melanda
seluruh dunia baru-baru ini telah menyaksikan kematian beramairamai warga tua
pada kadar yang tinggi di pusat jagaan di Amerika Syarikat, Sweden dan beberapa
negara Eropah. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, warga emas di pusat
jagaan lebih berisiko mendapat jangkitan sebagai kesan langsung tinggal di dalam
persekitaran tertutup bersama-sama dengan individu lain secara beramai-ramai.
Malah, pusat jagaan ini dianggap sebagai inkubator jangkitan bagi wabak tersebut.
Jelas sekali, isu reka bentuk kediaman warga emas yang tidak dirancang dengan
baik untuk kawalan jangkitan dan perlindungan warga emas sebagai golongan
yang paling berisiko di dalam masyarakat perlu diberikan perhatian khusus. Oleh itu,
objektif utama kajian fenomenologi ini adalah untuk meneroka pengalaman hidup
warga emas di pusat jagaan orang tua ketika dilanda pandemik COVID-19,
terutamanya bagaimana reka bentuk kediaman sedia ada mempengaruhi rutin
harian mereka, hubungan sesama penghuni dan tahap kesihatan mereka. Hasil
kajian ini diharapkan dapat memberi sumbangan kepada penambahbaikan kualiti
hidup warga emas di Malaysia pada masa akan datang selaras dengan
pergerakan Malaysia menuju negara tua.
Kata kunci: reka bentuk, warga emas, pandemik, Covid-19.
55
ABSTRACTS
(1044)
PEMATUHAN KEPADA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI PEKERJA DI INSTITUSI
PENGAJIAN TINGGI
FARAH MOHD SHAHWAHID
[email protected]
NAWAL SHOLEHUDDIN
UMMI MUNIRAH SYUHADA MUHAMMAD ZAN
Fakulti Syariah dan Undang-undang
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
ABSTRAK
Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 mewajibkan pengguna data dari 13 sektor
memberi perlindungan ke atas data peribadi data subjek, iaitu pihak-pihak yang
berurusan dengan pengguna data untuk tujuan komersial. Kertas kerja ini
membincangkan berkenaan perlindungan data peribadi di tempat kerja dalam
sektor pendidikan. Dalam konteks pekerjaan, pekerja adalah subjek data dan
majikan bertindak sebagai pengguna data. Perhubungan antara kedua pihak ini
mewujudkan beberapa hak dan tanggungjawab yang perlu dipenuhi berkaitan
pemprosesan data peribadi. Kertas kerja kualitatif ini, melalui analisis kepustakaan
dan juga sesi temubual dengan pihak pengurusan sumber manusia di institusi
pengajian tinggi akan membincangkan konteks data peribadi, jenis-jenis data
peribadi dan perundangan yang berkaitan dengan perlindungan data peribadi
pekerja. Selain itu, artikel ini juga mengenal pasti langkahlangkah pematuhan yang
diambil oleh institusi-institusi pengajian tinggi dan juga cabaran-cabaran yang
dihadapi dalam mematuhi Akta ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pihak
pengurusan institusi pengajian tinggi menyedari kewajipan untuk mematuhi
perundangan ini dan pematuhan kepada Akta ini memerlukan komitmen daripada
pihak pengurusan institusi sebagai pengguna data dan juga kerjasama daripada
para pekerja dalam mengambil langkah melindungi data peribadi meraka.
Kata kunci: data peribadi, perlindungan data peribadi, privasi, institusi pengajian
tinggi, prinsip-prinsip perlindungan data peribadi
56
ABSTRACTS
(1045)
HAK PELINDUNGAN DATA PERIBADI MENURUT UNDANG-UNDANG MALAYSIA
NAWAL BINTI SHOLEHUDDIN
[email protected]
FARAH BINTI MOHD SHAHWAHID
UMMI MUNIRAH SYUHADA BINTI MOHAMAD ZAN
Fakulti Syariah dan Undang-undang
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
ABSTRAK
Privasi merujuk kepada kemampuan seseorang melindungi kehidupan dan
maklumat peribadinya dari pengetahuan orang lain. Ianya juga bermaksud
seseorang berkuasa untuk mengawal aliran maklumat mengenai dirinya. Privasi
sememangnya wujud pada setiap manusia dan wajar dihormati. Ia merupakan hak
yang diiktiraf di kebanyakan negara. Walau bagaimanapun, dalam masa yang
sama, data termasuk data peribadi dianggap sebagai sesuatu yang amat berharga
kepada sesebuah syarikat atau organisasi. Dengan kemajuan kaedah analisis data
dalam meningkatkan prestasi organisasi, hak privasi dianggap sebagai satu
cabaran. Selain itu, potensi data tersebut disalahgunakan atau dijual kepada pihak
ketiga merupakan satu kebimbangan. Kajian ini akan melihat sejauh mana undang-
undang yang ada di Malaysia menjamin hak privasi berkaitan data peribadi dengan
menjelaskan konsep privasi, pelindungan data peribadi serta kepentingannya dan
mengkaji Akta Pelindungan Data Peribadi 2010 dengan membandingkannya
dengan amalan antarabangsa. Kajian dijalankan dalam bentuk kualitatif dengan
menggunakan metode kajian kepustakaan dan temubual. Dapatan kajian
menunjukkan undangundang berkaitan pelindungan data peribadi perlu terus
ditambahbaik sejajar dengan perkembangan semasa dan juga amalan
antarabangsa. Ianya juga perlu bersifat menyeluruh bagi memastikan tiada mangsa
yang tidak mendapat keadilan dan pihak yang bersalah tidak terlepas dari
disabitkah kesalahan dan menerima hukuman setimpal.
Kata Kunci: privasi, data peribadi, kepentingan pelindungan data peribadi, Akta
Pelindungan Data Peribadi 2010.
57
ABSTRACTS
(1046)
AR-RAHN SEBAGAI INSTRUMEN PEMBANGUNAN SOSIO-EKONOMI UMMAT: SATU
KAJIAN DI YAYASAN PEMBANGUNAN EKONOMI ISLAM MALAYSIA (YaPEIM)
SYARIPAH NAZIRAH SYED AGER
[email protected]
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS),
MUHAMAD RAZAK IDRIS [email protected]
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
ABSTRAK
Sistem pajak gadai Islam (Ar-Rahnu) merupakan satu bentuk pembiayaan hutang
yang berasaskan cagaran. Kewujudan institusi ar-rahn yang diperkenalkan sejak
tahun 1993 adalah satu inisiatif bagi melindungi masyarakat Islam di Malaysia
daripada terlibat dengan transaksi yang berunsurkan riba. Ia menyediakan
perkhidmatan pembiayaan mikro patuh syariah yang mudah kepada mereka yang
memerlukan. Tujuan kajian ini adalah untuk menganalisis konsep ar-rahn sebagai
satu instrumen pembangunan sosio-ekonomi umat Islam dan aplikasi yang
dijalankan di Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM). Kertas
prosiding ini merupakan satu kajian awal kepada pelaksanaan geran penyelidikan
berkaitan Profil Motivasi Dan Tahap Sosio-Ekonomi Usahawan AlRahnu YaPEIM di
Daerah Tumpat, Kelantan yang dijalankan oleh kumpulan penyelidikan dari Universiti
kebangsaan Malaysia (UKM) dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).
Data dikumpulkan melalui kaedah perpustakaan dan dianalisis menggunakan
analisis kandungan. Dapatan awal menunjukkan, usaha mengarusperdanakan ar-
rahn sebagai isntrumen pembangunan sosio-ekonomi ummah semakin mendapat
perhatian. Manakala skim Al-Rahnu YaPEIM adalah satu model sokongan dan
komplementari yang penting dalam membantu kelestarian keusahawanan desa
terutama dalam memberikan dana modal kepada usahawan kecil menerusi sistem
gadaian emas. Selain dapat membantu golongan kurang berupaya,
pelaksanaannya turut juga menyokong perkembangan institusi kewangan Islam di
Malaysia.
Kata kunci : Pajak Gadai Islam, Ar-Rahn, YPEIM, Sosial, Ekonomi.
58
ABSTRACTS
(1047)
NILAI KEKUATAN KEKELUARGAAN DAN PERSEKITARAN POSITIF KEJIRANAN:
PILIHAN PETEMPATAN WARGA EMAS SECARA GLOBAL
NOR ‘ADHA AB HAMID
[email protected]
NUR ZULFAH MD ABDUL SALAM MOHD FAROK MAT NOR
SHARIFAH HANA ABD RAHMAN
MOHAMAD HAFIFI HASSIM
MASHITAH NABEES KHAN
Fakuti Syariah dan Undang-Undang,
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
ABSTRAK
Setiap manusia akan menjadi tua. Menjelang tahun 2030, peningkatan populasi tua
yang berterusan akan menjadikan Malaysia sebuah negara yang majoriti
populasinya terdiri daripada warga emas. Budaya anak-anak tinggal bersama ibu
bapa sudah dipraktikkan di Malaysia sejak bergenerasi lamanya. Nilainilai
kekeluargaan yang diterap dalam keluarga membuatkan golongan tua benar-
benar yakin bahawa keluarga mereka akan melaksanakan tanggungjawab
sebagai anak dan menjaga mereka. Namun begitu, ciri-ciri sosial Malaysia semakin
berubah, sejajar dengan arus pemodenan dan pembandaran yang berlaku. Oleh
itu, kajian ini bermatlamat untuk mengenal pasti aspirasi pengaturan tempat tinggal
dalam kalangan warga emas. Pandangan warga emas adalah berbeza-beza.
Justeru, untuk mengetahui kepelbagaian pandangan-pandangan ini, suatu kajian
yang teliti perlu dilaksanakan yang melibatkan aspirasi dan pilihan petempatan
golongan tua. Artikel ini menggunakan pendekatan kualitatif, mengaplikasi kajian
berasaskan perpustakaan dan pendekatan sorotan kajian untuk membuat analisis
kandungan dokumen yang diperolehi. Sorotan kajian menekankan pandangan
dan pendapat para pengkaji dalam kajian ini yang membangkitkan isu-isu
berkenaan subjek ini dan masalah-masalah berkaitan dengannya secara global.
Oleh sebab itu, kajian ini akan tertumpu pada analisis kandungan kajian-kajian
akademik terdahulu yang dijalankan tentang pengaturan tempat tinggal pilihan
warga emas. Hasil kajian-kajian ini menunjukkan bahawa kebanyakan warga emas
secara global lebih suka untuk tinggal bersama anak-anak dan hal ini menunjukkan
bahawa nilai-nilai kekeluargaan yang kuat serta persekitaran positif kejiranan
mereka sebagai faktor-faktor yang mempengaruhi pilihan dan aspirasi pengaturan
tempat tinggal golongan tua dan warga emas di seluruh dunia.
Kata Kunci: Warga emas, Golongan tua, Nilai kekeluargaan, Kejiranan, Petempatan
59
ABSTRACTS
(1048)
ZAKAT KEPADA GOLONGAN LESBIAN, GAY, BISEKSUAL DAN TRANSGENDER
(LGBT) SEBAGAI ASNAF AR-RIQAB: KAJIAN KE ATAS FATWA NEGERI SELANGOR
ZAFIRAH
[email protected]
MUALIMIN MOCHAMMAD SAHID
MUHAMAD FIRDAUS AB RAHMAN
ABSTRAK
Isu berkaitan LGBT bukanlah isu baharu. Akan tetapi permasalahan LGBT ini selalu
berkait dengan masalah sosial di dalam masyarakat khususnya di Selangor. Ini
kerana setiap tahun jumlah golongan LGBT meningkat. Permasalahan ini semakin
merebak dan meresahkan masyarakat bahkan menimbulkan berbagai
permasalahan di dalam masyarakat. Dengan demikian Majlis Agama Islam Negeri
dan Institusi Zakat di Selangor berinisiatif untuk menangani masalah ini yakni dengan
mengkategorikan LGBT sebagai asnaf ar-riqab. Inisiatif itu bertujuan untuk
membantu memulihkan sebahagian mereka yang mahu taubat dan hidup normal
seperti sedia kala. Kemudian timbul persoalan lagi antara masyarakat dengan
institusi mengenai inisiatif yang dijalankan oleh institusi zakat. Artikel ini bertujuan
untuk memberi pemahaman kepada masyarakat mengenai inisiatif atau kebijakan
institusi untuk menangani permasalahan LGBT. Diharapkan artikel ini dapat menjadi
penengah dalam permasalahan LGBT dikategorikan sebagai asnaf ar-riqab dam
menambah pengetahuan bagi masyarakat.
Kata kunci : LGBT, Asnaf Ar-Riqab, Fatwa, Selangor
60
ABSTRACTS
(1049)
PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG PERKAHWINAN KANAK-KANAK DI
SELANGOR SELEPAS PINDAAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 2003
(PINDAAN 2018): IMPLIKASI DAN CABARAN
MUMTAZAH NAROWI
[email protected]
SITI AMALINA AHMAD KHAIRUNDIN
[email protected]
Universiti Selangor (UNISEL)
ZARUL IZHAM JAAPAR
[email protected]
Pendakwa Syarie Kanan, Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Sembilan
ABSTRAK
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah melaksanakan
Pelan Strategi Kebangsaan bagi menangani punca perkahwinan bawah umur yang
masih dikategorikan sebagai kanakkanak. Menurut UNICEF, Artikel 5 dalam The
United Nations Convention on the Rights of the Child (UNCRC) memperuntukkan
bahawa kanak-kanak adalah di bawah tanggungjawab, hak dan tugas ibu bapa
untuk menyediakan arah tuju dan panduan yang sewajarnya kepada mereka. Di
Malaysia, perkahwinan kanak-kanak Islam merupakan bidangkuasa negeri dalam
menyediakan peruntukan dan memberi kebenaran untuk berkahwin di bawah
umur. Negeri Selangor merupakan negeri pertama yang membuat pindaan
undang-undang terhadap had umur kanak-kanak Islam untuk berkahwin selepas
berlakunya satu isu perkahwinan kanak-kanak di Malaysia. Justeru, kajian ini
membincangkan tentang penguatkuasaan undang-undang terhadap
perkahwinan kanak-kanak Islam di Selangor selepas pindaan Enakmen Undang-
undang Keluarga Islam 2003 (Pindaan 2018). Kajian ini juga turut membincangkan
implikasi dan cabaran selepas pindaan undang-undang tersebut. Kajian ini
menggunapakai data kualitatif yang menggunakan kaedah kepustakaan. Kajian
eksplorasi dan induktif ini menganalisis data primer dan sekunder seperti peruntukan
dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor, laporan-laporan
kes dan artikel akademik. Kajian ini mendapati bahawa penguatkuasaan undang-
undang yang baharu memberi jaminan kebajikan, perlindungan dan pendidikan
kepada kanakkanak tersebut. Malah implikasinya, beberapa badan di bawah
kerajaan Negeri Selangor turut terlibat dalam menyediakan saluran perkhidmatan
sokongan, kursus dan seminar kekeluargaan dan nasihat secara percuma.
Kata kunci: kanak-kanak, perkahwinan, perlindungan,
61
ABSTRACTS
(1050)
PENGAMALAN GAYA HIDUP SIHAT KETIKA PANDEMIK COVID-19: IMPAKNYA KEPADA
MAQASID AL-SYARIAH
SITI ZALEHA IBRAHIM
[email protected].
SITI RASHIDAH ABD RAZAK
[email protected].
NORAINI MOHAMAD
[email protected].
SYAMIM ZAKWAN ROSMAN
[email protected].
Jabatan Kefahaman & Pemikiran Islam
Pusat Pengajian Teras, KUIS
ABSTRAK
Statistik kes COVID-19 makin meningkat hari demi hari. Ia sangat membimbangkan
kita kerana penularan wabak ini memberi kesan yang negatif kepada ahli
masyarakat. Justeru, penulisan ini akan mengkaji amalan gaya hidup sihat dalam
mendepani wabak COVID-19. Islam bukan sahaja menitikberatkan penjagaan
kesihatan jasmani malahan juga rohani. Aspek pemakanan, kesihatan fizikal,
kesejahteraan keagamaan dan kesihatan mental merupakan antara elemen gaya
hidup yang perlu diberi perhatian bagi memastikan kesihatan diri berada pada
tahap yang optimum. Kajian dijalankan secara kuantitatif melalui tinjauan
menggunakan borang soal selidik kepada masyarakat di Selangor. Dapatan kajian
berbentuk deskriptif secara peratusan mendapati beberapa elemen gaya hidup
sihat telah dipraktikkan. Walau bagaimanapun, masih terdapat golongan yang
kurang mengambil berat tentangnya. Selain itu, kajian turut mendapati bahawa
pengamalan gaya hidup sihat mampu merealisasikan maqasid al- syariah.
Kata kunci: Gaya hidup sihat, COVID-19, penularan, maqasid al-syariah
62
ABSTRACTS
(1051)
PENGGUNAAN TANAH MENURUT KANUN TANAH NEGARA DAN KELESTARIAN ALAM
SEKITAR
RABI’AH MUHAMMAD SERJI
[email protected]
Fakulti Syariah dan Undang-undang,
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS),
DR. MAZLIZA MOHAMAD mazliza@ukm edu.my
Fakulti Undang-undang, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
PROF. MADYA DR SAFINAZ MOHD HUSSIEN finaz@ukm edu.my
Fakulti Undang-undang, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
ABSTRAK
Tanah merupakan antara harta yang sangat bernilai bagi masyarakat pada hari ini.
Pemilikan seseorang terhadap harta tanah di Malaysia ditentukan melalui
pendaftaran hak milik secara sistem Torrens yang diguna pakai melalui Kanun Tanah
Negara (Pindaan 2020) Akta 282. Walau pun Kanun Tanah Negara memperuntukkan
pendaftaran memberi kesan hak milik tidak boleh disangkal kepada pemiliknya,
namun pemilik berdaftar tidak boleh menggunakan tanah mereka sewenangnya
tanpa pematuhan kepada undang-undang. Pemilik tanah tetap tertakluk kepada
syarat-syarat penggunaan tanah sebagaimana yang telah diperuntukkan oleh
Kanun Tanah Negara. Justeru, kertas kerja ini bertujuan untuk mengenal pasti syarat-
syarat penggunaan tanah menurut Kanun Tanah Negara dan kesan pelanggaran
terhadap syarat-syarat tersebut serta menganalisis kaitannya terhadap kelestarian
alam sekitar. Hasil kajian yang menggunapakai kaedah analisis kandungan ini
mendapati bahawa penggunaan tanah menurut Kanun Tanah Negara adalah
tertakluk kepada tiga kategori syarat penggunaan tanah iaitu penggunaan tanah
bagi kategori pertanian, bangunan dan perindustrian. Pelanggaran syarat
penggunaan tanah mengikut kategori yang telah ditetapkan boleh memberi kesan
tindakan denda atau lucut hak pemilikan ke atas tanah tersebut. Ketegasan
undang–undang ini menunjukkan tahap keseriusan dalam menguatkuasakan
penggunaan tanah selari dengan hasrat kerajaan bagi melestarikan alam sekitar.
Kata kunci: Penggunaan Tanah, Pemilikan, Kanun Tanah Negara, Kelestarian Alam
Sekitar
63
ABSTRACTS
(1052)
KEHARUSAN PEMELIHARAAN HAIWAN LIAR DAN EKSOTIK
BAGI ORANG ISLAM
MOHD KAMARUL KHAIDZIR SAADAN
[email protected]
MUHAMMAD SAFWAN FIKRI BIN SAMSUDIN [email protected]
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
ABSTRAK
Memelihara binatang bagi tujuan hiburan, teman, dan perlindungan termasuk di
dalam adat budaya masyarakat di Malaysia. Haiwan peliharaan yang dipilih
merupakan haiwan domestik yang dijinakkan seperti kucing, arnab, burung,
hamster, dan sebagainya. Namun begitu terdapat trend masyarakat hari ini yang
menjadikan haiwan liar dan eksotik sebagai peliharaan dan teman seperti ular,
tupai, cicak, biawak, katak dan sebagainya. Perubahan trend ini perlu dikawalselia
dengan merujuk kepada garis panduan syarak agar terkawal dan tidak melampaui
batas. Tujuan kertas ini adalah untuk melihat sejauhmana keharusan memelihara
haiwan liar dan eksotik menurut perspektif Islam. Fokus kajian adalah tertumpu
kepada hukum memelihara haiwan bagi tujuan teman dan hiburan termasuk
haiwan eksotik, liar dan haram dimakan. Metodologi kajian adalah melalui
pendekatan kualitatif dengan melakukan pengumpulan maklumat dari sumber
rujukan fekah dan fatwa. Hasil kajian mendapati hukum pemeliharaan haiwan
adalah dibenarkan bagi orang Islam jika wujud keperluan dan maslahah kepada
haiwan dan pemiliknya.
Kata kunci: pemeliharaan haiwan, liar dan eksotik, hukum fekah, maslahah.
64
ABSTRACTS
(1053)
PERASIONALAN ISTILAH-ISTILAH KHUSUS DALAM URUTAN TRADISIONAL MELAYU
BERDASARKAN TERMA RAWATAN MODEN
MUHAMMAD SUBARI RAMLI
[email protected]
Fakulti Syariah dan Undang-undang
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
ABSTRAK
Urutan tradisional Melayu diperakui mampu menjadi komplimentari atau alternatif
kepada rawatan moden, namun semakin sukar untuk mencari juru urut tradisional
yang mahir dan berkaliber. Generasi hari ini mungkin lebih tertarik dengan pelbagai
seni urutan dan rawatan lain seperti Kiropraktik, Refleksologi dan lain-lain berbanding
seni urutan tradisional Melayu. Ia mungkin disebabkan branding tradisional itu sendiri
disamping penggunaan istilah-istilah tertentu yang sukar untuk dipadankan dengan
konteks rawatan moden sehingga menampakkan proses dan metod
pengajarannya begitu klasik tanpa modenisasi. Kajian ini akan menyorot aspek
penggunaan istilah-istilah khusus dalam urutan tradisional untuk dirasionalkan
dengan terma rawatan moden. Istilah-istilah ini sering digunakan untuk menjelaskan
keadaan, punca dan jenis penyakit atau bahagian tubuh yang terlibat. Metod
kajian ini tertumpu kepada metod penyelidikan kepustakaan, obeservasi dan
temubual. disamping penggunaan submetod lain seperti deskriptif dan komparatif.
Kajian ini sebagai usaha untuk memudah dan menghubungkait ilmu ini dengan sains
rawatan moden.
Kata Kunci : urut, urutan, tradisional, perasionalan, rawatan
65
ABSTRACTS
(1054)
PENGARUH CUACA DAN IKLIM TERHADAP HUKUM FIQH: KAJIAN DALAM
PERBINCANGAN FIQH IBADAH
ABDUL HAKIM BIN BAHARUDIN
[email protected]
Fakulti Syariah dan Undang-undang
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
ABSTRAK
Kehidupan manusia dan aktiviti mereka di atas muka bumi ini sebahagian besarnya
dipengaruhi oleh cuaca dan iklim setempat. Ini kerana cuaca dan iklim mempunyai
kesan terhadap sumber makanan, kegiatan seharian, gaya hidup dan kesihatan
manusia. Oleh kerana kehidupan manusia sentiasa dibebani dengan perintah
syarak dan nilai hukum, keterdedahan mereka kepada cuaca dan iklim juga boleh
menjadi faktor penentu hukum dan pelaksanaan perintah syarak ke atas mukallaf.
Ini kerana sesuatu hukum yang difahami daripada perintah syarak tergantung
kepada sebab, syarat dan penghalang selain ia juga terikat kepada asas-asas
utama Syariah sebagaimana yang dijelaskan dalam Maqasid Syariah. Juga
terdapat dengan jelas pada sesetengah dalil hukum dan pandangan fuqaha
terhadap permasalahan tertentu yang menjadikan keadaan cuaca atau iklim
sebagai pemboleh ubah dalam penentuan hukum. Justeru itu, untuk mengetahui
kewujudan pengaruh cuaca dan iklim dalam penetapan hukum fekah, penelitian
dilakukan terhadap beberapa perbincangan hukum oleh para ulama dalam
mengambil kira cuaca dan iklim sebagai faktor penentu hukum. Kajian ini akan
memfokuskan kepada permasalahan hukum dalam ibadah kerana ia merupakan
sebahagian daripada aktiviti harian manusia. Selain dibincangkan tentang
permasalahan fekah, pembahagian hukum dalam ilmu usul al-fiqh terutamanya
hukum wadh’i dan objektif utama Syariah akan dijadikan asas kepada kajian ini.
Berdasarkan penelitian yang dilakukan, cuaca dan iklim mempunyai pengaruh dan
kesan terhadap penetapan dan pandangan hukum oleh para ulama dalam
permasalahan fekah.
Kata kunci: Cuaca, Iklim, Hukum Taklifi, Hukum Wadh’i
66
ABSTRACTS
(1055)
KEPENTINGAN PERANCANGAN HARTA DALAM TEMPOH PERKAHWINAN:SATU
ANALISA
Maffuza Salleh
[email protected]
Nurhayati Abdul Ghani
[email protected].
Tuan Nurhafiza Raja Abdul Aziz
Fakulti Syariah Dan Undang-Undang
Kolej Unversiti Islam Antarabangsa Selangor.
ABSTRAK
Perancangan harta merupakan satu proses pengurusan yang dilakukan oleh seseorang
semasa hidup bertujuan melindungi kepentingan dan hak pemilik harta serta orang-orang
yang berkepentingan dengannya. Kegagalan merancang dan mengurus harta dalam
kalangan masyarakat Malaysia khususnya orang Islam telah membawa kepada masalah
harta beku, perebutan harta sesama waris juga memakan harta secara batil yang kini
menjadi polemik dalam masyarakat. Masalah ini akan terus meningkat dengan peningkatan
statistik perceraian saban tahun disebabkan oleh masalah kewangan, tren berkahwin pada
usia muda serta pandemik COVID-19. Kajian ini akan membincangkan tentang konsep,
instrumen perancangan harta orang Islam serta menganalisis kepentingan dan keperluan
perancangan harta khususnya dalam sesebuah perkahwinan serta medium penyampaian
yang bersesuaian untuk diaplikasi. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang terdiri daripada
metode pengumpulan data dan metode penganalisisan data. Kaedah pengumpulan
maklumat melalui metode penyelidikan perpustakaan digunakan bagi mendapatkan
kefahaman yang jelas berkenaan konsep perancangan harta masa kini dan permasalahan
yang timbul. Kajian ini juga merujuk kepada teks-teks perundangan serta penulisan sarjana
kontemporari dalam bentuk buku,jurnal, artikel dan sebagainya. Maklumat yang diperolehi
dianalisis dan diteliti menggunakan metode induktif dan deduktif. Metode induktif digunakan
untuk menganalisis hukum syarak dan perundangan yang berkaitan manakala metode
deduktif pula digunakan bagi meneliti kesesuaian penggunaan instrumen perancangan
harta. Kajian mendapati bahawa pasangan yang berkahwin perlu mewujudkan
perancangan harta sebagai satu persediaan sekiranya berlaku perceraian atau kematian
pasangan. Dengan situasi dan gaya hidup masa kini, kaedah perancangan harta semasa
hidup yang bersesuaian amat membantu dalam melindungi dan menjamin kelangsungan
hidup pihak yang terkesan. Penyelesaian secara komprehensif dan sistematik melalui
medium yang bersesuaian perlu dititik beratkan bagi mengatasi polemik yang telah lama
berlaku dalam masyarakat. Diharap kajian ini dapat memberikan pencerahan kepada
masyarakat khususnya generasi muda untuk lebih cakna dalam mengurus dan melindungi
kehidupan mereka.
Kata Kunci: perancangan harta, perkahwinan, hibah, wasiat, faraid.
67
ABSTRACTS
(1056)
PAJAK GADAI ISLAM (AR-RAHNU) DI MALAYSIA: ISU DAN CABARAN
PELAKSANAANNYA DI
MALAYSIA
ROSAIDI MOHAMAD HASAN
[email protected]
Norziah Othman
[email protected]
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
ABSTRAK
Skim pajak gadai Islam atau Ar-Rahnu merupakan salah satu alternatif perkhidmatan
kewangan patuh syariah yang tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat di
Malaysia. Bermula dari tahun 1992 dengan penubuhan Muassasah Gadaian Islam
Terengganu (MGIT) oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu
(MAIDAM), sektor industri pajak gadai Islam ini terus berkembang pesat sehingga ke
hari ini. Penawaran kadar upah simpan yang rendah dan prosedur pengurusan yang
telus telah menarik minat masyarakat di Malaysia untuk memilih menggunakan
perkhidmatan pajak gadai Islam atau Ar-Rahnu sebagai suatu kaedah pembiayaan
cepat tunai yang berkonsepkan sandaran emas atau barangan berharga yang
dimiliki oleh pelanggan. Setelah hampir 30 tahun pajak gadai Islam ini
diperkenalkan, ia diharap mendapat perhatian dan penerimaan yang positif dalam
kalangan masyarakat Malaysia. Justeru kertas kerja ini akan membincangkan
kaedah pelaksanaan di samping isu serta cabaran yang berkaitan dengannya.
Beberapa kajian sebelum ini dianalisis dapatannya berdasarkan kepada isu dan
cabaran bagi melaksanakannya dalam kehidupan masyarakat hari ini. Kurangnya
aktiviti promosi dalam meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat telah
dikenalpasti antara isu dan cabaran yang menyebabkan pajak gadai Islam ini
kurang diterima sebagai pilihan pembiayaan kehidupan sedangkan kelebihannya
sangat banyak dan berupaya membantu pembangunan sosio ekonomi negara.
Kata kunci : Pajak gadai Islam, Ar Rahnu, Pembangunan sosio ekonomi.
68
ABSTRACTS
(1057)
NAFKAH IDDAH DAN IHDAD: SATU ANALISA
MAFFUZA SALLEH
[email protected]
NORITA KAMARUDDIN
[email protected]
ZANARIAH DIMON
[email protected]
Fakulti Syariah Dan Undang-Undang,
Kolej Unversiti Islam Antarabangsa Selangor
ABSTRAK
Perkahwinan merupakan suatu ikatan yang sah di sisi syarak bagi menghalalkan
perhubungan di antara lelaki dan wanita ajnabi. Namun begitu, hubungan
perkahwinan boleh terbubar disebabkan perceraian atau kematian salah satu
pasangan. Dalam fiqh usrah terdapat perbincangan berkaitan hukum-hukum serta
hak nafkah iddah yang bermula dengan bermulanya iddah. Iddah adalah suatu
tempoh waktu tertentu yang perlu ditempuhi oleh isteri selepas berpisah dengan
suaminya kerana bercerai mahupun kematian suami. Semasa tempoh iddah isteri
tersebut tidak dibenarkan berkahwin atau melaksanakan akad perkahwinan
dengan lelaki lain Tempoh iddah adalah tidak sama bagi setiap wanita. Al-Qur’an
memberi petunjuk dalam berbagai ungkapan yang menegaskan bahawa tempoh
iddah ditetapkan berdasarkan keadaan isteri sama ada bercerai talak semasa
hidup atau kematian suami. Keadaan isteri semasa berlakunya perceraian seperti
talak raj’i, talak bain atau hamil menjadi faktor dalam membuat penentuan
tempoh iddah serta nafkah iddah. Kajian ini bertujuan mengkaji kaedah penentuan
tempoh dan kadar nafkah iddah seterusnya memberi kefahaman umum kepada
masyarakat berkaitan hak-hak nafkah yang boleh dituntut oleh seseorang wanita
dalam tempoh iddah dan ihdad serta isu-isu yang berkaitan. Kajian ini mengaplikasi
metode kualitatif dengan menggunakan analisis dokumentasi dan sorotan literatur
terhadap kajian-kajian lepas serta kes-kes relevan berkaitan penentuan tempoh
iddah dan ihdad untuk melihat perkaitan penentuan nafkah serta permasalahan
yang timbul. Kajian mendapati tiada peruntukan undang-undang yang khusus
mahupun garis panduan berkaitan penetapan tempoh iddah dan kadar nafkah
iddah sebagai rujukan. Walaupun terdapat garis panduan Ihdad terbitan Jakim , ia
lebih memfokuskan kepada hukum dan larangan semasa tempoh iddah dan ihdad
sahaja.Justeru, satu peruntukan khusus atau garis panduan perlu diwujudkan bagi
melindungi hak dan kebajikan wanita selepas perceraian hidup atau kematian
pasangan.
Kata Kunci: Iddah, ihdad, nafkah, syarak, perundangan.
69
ABSTRACTS
(1058)
PERANAN JAWATANKUASA PENDAMAI DALAM APLIKASI SULH DI MAHKAMAH
SYARIAH
MOHAMMAD NOR ANWAR BIN MOHD SABRI
[email protected]
NOR’ADHA BINTI ABDUL HAMID
[email protected]
Fakulti Syariah dan Undang-undang
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
ABSTRAK
Islam merupakan satu agama yang sering menjadikan perdamaian sebagai
kaedah terbaik bagi menyelesaikan pertikaian. Ini semata-mata untuk menjamin
sebuah kehidupan yang harmoni, bebas dari segala persengketaan dan
pertelingkahan yang boleh memporak-perandakan kehidupan manusia. Dalam
menjalani kehidupan seharian, manusia sering kali tidak dapat lari daripada
berhadapan dengan berbagai kesulitan, masalah, perselisihan dan pertikaian.
Untuk itu, Islam tidak membiarkan umatnya tercari-cari jalan penyelesaian pada
perkara tersebut tanpa memberikan jalan keluar dan meniupkan roh Islamiyyah ke
dalamnya. Kaedah sulh merupakan satu konsep penyelesaian pertikaian di luar dan
kaedah ini telah dijalankan di seluruh Mahkamah Syariah di seluruh Malaysia.
Perdamaian membawa takrifan salah satu ajaran pokok di dalam Islam yang
membawa kepada hal atau perbuatan untuk berdamai. Di mahkamah Syariah,
jawatankuasa pendamai sering memainkan peranan besar dalam memastikan
pertikaian mampu diselesaikan. Kajian kualitatif ini menggunakan metod kajian
perpustakaan serta dokumen seperti Al-Quran, buku dan kertas kajian. Kertas kerja
ini akan memperhalusi konsep jawatankuasa pendamai dalam mengaplikasikan
sulh di mahkamah Syariah serta peranannya. Kajian ini penting dalam
memartabatkan konsep dan hikmah Sulh yang perlu dititikberatkan dalam Islam
agar mampu dihayati serta diharmonikan oleh masyarakat.
Kata kunci: Sulh, Perdamaian, Jawatankuasa Pendamai, Aplikasi, Pertikaian
70
ABSTRACTS
(1059)
KESAN PENSWASTAAN TERHADAP PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DI INSTITUSI ZAKAT
IMPACT OF PRIVATIZATION ON HUMAN RESOURCE MANAGEMENT IN ZAKAT
INSTITUTIONS
HAIRULFAZLI MOHAMMAD SOM
[email protected]
Fakulti Syariah dan Undang-Undang
Kolej Universiti Islam Antarabangsa
MUHSIN NOR PAIZIN
[email protected]
Pusat Pungutan Zakat, Wisma PPZ
DR ROSLI MOKHAR
[email protected]
DR FAKHRI SUNGIT
[email protected]
Fakulti Syariah dan Undang-Undang
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS
ABSTRAK
Pengurusan sumber manusia bertujuan untuk memastikan seseorang yang diambil bekerja
oleh organisasi digunakan dengan cekap dan berkesan dan mereka berupaya
menyumbang kepada pencapaian matlamat organisasi. Lazimnya sumber manusia
dianggap sebagai aset kepada organisasi kerana menjadi nadi utama dalam sesebuah
organisasi agar ia dapat bergerak dengan lancar. Kajian ini menetapkan bahawa
pengurusan sumber manusia melibatkan kaedah pelantikan kakitangan baru serta kaedah
pengurusan perjawatan perkhidmatan kakitangan di institusi zakat yang dikaji. Secara
keseluruhan, kajian ini telah membuktikan penswastaan pentadbiran zakat memberi
beberapa kelebihan berbanding negeri yang tidak mengamalkan penswastaan. Negeri-
negeri yang tidak melaksanakan penswastaan dilihat mengalami kesukaran untuk
menambah kakitangan baharu serta dalam memberi jawatan tetap kepada kakitangan
mereka. Hal ini menimbulkan kesukaran untuk melaksanakan dan mengembangkan lagi
operasi zakat. Bagi negerinegeri lain yang melaksanakan penswastaan, mereka boleh
menentukan aktiviti perjalanan pengoperasian sendiri. Setiap permohonan kakitangan baru
hanya perlu diluluskan di peringkat pengurusan dalaman mengikut keperluan semasa, dan
sekiranya pihak pengurusan meluluskannya maka mereka boleh mengiklankan jawatan
kosong dalam media perdana.
Kata kunci: pentadbiran zakat, pengurusan, sumber manusia, penswastaan
71
ABSTRACTS
(1060)
KEWANGAN ISLAM DAN SUMBER TENAGA BERSIH: PENCAPAIAN MATLAMAT SDG DI
MALAYSIA
KHAIRUL ANUAR AHMAD
[email protected]
Fakulti Syariah Dan undang-Undang
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
ABSTRAK
Matlamat Pembangunan Mapan (Sustainable Development Goals - SDG)
merupakan satu inisiatif Pertubuhan Bangsabangsa Bersatu (UN) bermula semenjak
2015 merupakan blueprint yang dikongsi bagi keamanan dan kesejahteraan
manusia dan planet untuk sekarang dan masa akan datang. Terdapat 17 matlamat
pembangunan mapan yang mengundang tindakan segera semua negara sebagai
sebuah rakan kongsi global. Salah satu daripada matlamat pembangunan mapan
ini (matlamat ketujuh) ialah memastikan akses kepada tenaga bersih yang mampu
milik, mapan dan boleh dipercayai untuk semua. Dalam konteks Malaysia,
penggunaan sumber tenaga bersih telah pun direalisasikan melalui penghasilan
tenaga solar yang bukan sahaja digunakan oleh isi rumah, malahan oleh industri.
Potensi tenaga solar ini begitu besar kerana ia menjadi pembekal pihak ketiga
kepada pembekal tenaga elektrik utama di Malaysia. Melihat kepada kepentingan
tenaga bersih tersebut kepada negara, penulisan ini cuba mengupas tentang
peranan yang dimainkan oleh institusi kewangan Islam dalam membantu
menyediakan sumber pembiayaan kepada industi tenaga bersih ini bagi mencapai
matlamat ketujuh SDG tersebut. Untuk itu, penulisan ini akan mengumpul data
sekunder daripada penulisan terdahulu serta maklumat-maklumat tambahan
daripada internet. Seterusnya, analisis kandungan akan digunakan bagi mengkaji
maklumat-maklumat berkaitan potensi sumber tenaga bersih ini serta peranan-
peranan yang dimainkan oleh institusi kewangan Islam di Malaysia. Adalah
dijangkakan institusi kewangan Islam di Malaysia telah banyak memainkan peranan
dalam menyumbang ke arah pencapaian matlamat SDG tersebut.
Kata kunci: SDG, tenaga bersih, institusi kewangan Islam, Malaysia
72
ABSTRACTS
(1061)
KECICIRAN PELAJAR DI PERINGKAT PENDIDIKAN TINGGI: PUNCA DAN PENYELESAIANNYA
NORZIAH OTHMAN
[email protected]
NORFAIZAH OTHMAN
[email protected]
Hazlin Falina Rosli
[email protected]
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
ABSTRAK
Pendidikan untuk semua adalah hasrat kerajaan melalui Kementerian Pendidikan
Malaysia bagi merapatkan jurang pendidikan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Kejayaan dalam merapatkan jurang pendidikan boleh dicapai melalui usaha dan
komitmen berterusan daripada semua pihak termasuk pegawai pelaksana,
kumpulan masyarakat, ibu bapa malah pelajar itu sendiri. Matlamat utama
pendidikan di Fakulti Pengurusan dan Muamalah, Kolej Universiti Islam Antarabangsa
Selangor adalah melahirkan professional ulul albab yang dapat merealisasikan
rancangan pembangunan negara bagi mentadbir organisasi dan masyarakat
pada masa akan datang. Potensi intelek, rohani, emosi, pekerti, budaya, dan
jasmani etika seorang bakal graduan dibangunkan pada tahap maksimum agar
menjadi insan yang seimbang sepertimana yang dihasratkan. Namun masalah
dalam pendidikan terutama masalah keciciran dalam kalangan pelajar sering
berlaku di peringkat pendidikan tinggi dan beberapa faktor telah dikenalpasti
sebagai punca keciciran. Masalah disebabkan oleh kewangan, kesihatan,
keluarga, disiplin dan tidak berminat lagi untuk belajar telah dikenalpasti sebagai
antara punca keciciran pelajar. Oleh itu pelbagai langkah telah diambil oleh fakulti
dengan menghubungi ibu bapa/penjaga bagi mendapatkan pengesahan
pendidikan anak, khidmat nasihat atau kaunseling serta program mentoring yang
dijalankan dari semasa ke semasa. Fakulti dan kolej sendiri turut menjalankan
pelbagai usaha dalam membendung isu keciciran pelajar termasuklah menambah
baik kemudahan asas, memperbanyakkan program motivasi bagi meningkatkan
kesedaran pelajar dan memperluas program-program bantuan seperti bantuan
Tabung Infaq, Pusat Zakat dan sebagainya. Fakulti sendiri turut menyediakan unit
bimbingan dan motivasi kepada pelajar bagi meningkatkan minat mereka untuk
meneruskan pengajian. Bantuan berbentuk makanan percuma atau ‘free food’
turut diberikan dua kali seminggu sepanjang semester pengajian bagi memastikan
pelajar dapat belajar dengan lebih selesa.
Kata kunci : free food, Keciciran, Mentoring, Pendidikan Tinggi.
73
ABSTRACTS
(1062)
JUDIKAH MEMANCING IKAN DI KOLAM BERBAYAR?
MOHD MUSA BIN SARIP
[email protected]
AHMAD MURSHIDI BIN MUSTAPHA
MOHD ROFAIZAL BIN IBHRAIM
[email protected]
Fakulti Syariah dan Undang-undang
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
ABSTRAK
Memancing merupakan salah satu hobi yang dilakukan oleh sesetengah
masyarakat dan aktiviti ini semakin diterima ramai. Memandangkan risiko bagi
mereka yang memancing di laut dan sungai, wujud inisiatif dengan menyediakan
kolam memancing. Pelbagai pakej memancing disediakan seperti bayaran masuk
yang berpatutan, jenis-jenis ikan yang disediakan, pertandingan dan banyak lagi.
Hal ini bertujuan menarik minat para pengunjung untuk beralih ke kolam
memancing. Namun, isu seperti bentuk bayaran masuk memancing, bayaran untuk
pertandingan, pakej-pakej seperti seperti ‘pecah tabung’ dan ‘jackpot’,
menimbulkan keraguan dari aspek hukum syarak. Terdapat juga pakej memancing
yang mengenakan bayaran mengikut berat ikan yang berjaya dinaikkan oleh
pemancing. Beberapa pandangan hukum daripada ilmuan Islam kontemporari dan
juga fatwa-fatwa dalam dan luar negara merungkaikan beberapa jenis isu yang
berlaku dalam kolam memancing berbayar tersebut. Namun masih banyak pakej
aktiviti yang berlaku di kolam pancing yang memerlukan kepada penentuan hukum
yang sesuai. Justeru, penulisan ini untuk mengenal pasti pakej dan aktiviti di kolam
pancing yang ditawarkan oleh pengusaha kolam pancing yang diragui mempuyai
unsur perjudian yang diharamkan Syariah. Dapatan yang diperolehi boleh dijadikan
sebagai panduan dalam meletakkan cadangan penyelesaian Syariah untuk aktiviti-
aktiviti memancing di kolam berbayar dan membuka ruang kajian yang lebih
terperinci dalam isu-isu yang dibincangkan. Ini juga akan membantu para
pengusaha kolam pancing berbayar dan kaki pancing untuk lebih berhati-hati
dengan aktiviti memancing yang menyalahi syarak.
Kata kunci: pakej memancing, kolam memancing berbayar, penyelesaian Syariah
74
ABSTRACTS
(1063)
PERINTAH BEDAH SIASAT MAYAT DALAM KES HARTA PUSAKA
DI MAHKAMAH SYARIAH
WAN ABDULLAH SHAHIR WAN ABD HAMID
[email protected]
MOHAMAD AZHAN YAHYA
Universiti Kebangsaan Malaysia
ABSTRAK
Dalam Islam, harta pusaka diwariskan kepada ahli waris selepas berlakunya
kematian pewaris. Namun begitu, ahli waris akan terhalang daripada mewarisi harta
pusaka sekiranya ia didapati membunuh pewaris. Jadi adalah amat penting untuk
mahkamah syariah mengetahui dan menyiasat punca kematian pewaris dalam kes
tuntutan harta pusaka. Kajian ini bertujuan mengenalpasti bidangkuasa mahkamah
syariah bagi mengeluarkan perintah bedah siasat mayat dalam kes kematian tidak
semula jadi. Kajian ini dijalankan dengan meneliti kes-kes tuntutan harta pusaka di
mahkamah syariah negeri Selangor. Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik dan
temubual. Berdasarkan hasil kajian ini, pengkaji mendapati bahawa mahkamah
boleh memerintahkan mana-mana pihak untuk menzahirkan dokumen di bawah
Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah. Kajian turut mendapati bahawa tiada
garis panduan yang jelas untuk menyiasat punca kematian pewaris dalam kes
tuntutan harta pusaka. Penulisan ini mencadangkan agar kepentingan pengesahan
punca kematian pewaris di dalam tuntutan harta pusaka di mahkamah syariah
diambil berat serta diperjelaskan pengaplikasiannya.
Kata kunci : harta pusaka, halangan mempusakai, penzahiran, bedah siasat,
tatacara mal.
75
ABSTRACTS
(1064)
PENGIMARAHAN MASJID BERKONSEPKAN PEMBANGUNAN SOSIAL
MOHD ROFAIZAL IBHRAIM
[email protected]
Fakulti Syariah dan Undang-undang
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
MOHAMAD SABRI HARUN
[email protected]
ABDULL RAHMAN MAHMOOD
[email protected]
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
ABSTRAK
Masjid memainkan peranan sebagai tempat rujukan utama dalam perkara-perkara
tertentu di kalangan masyarakat Melayu selain sebagai tempat ibadah. Majlis-majlis
sambutan berunsur keagamaan, kematian, kebajikan, majlis kesyukuran,
perkahwinan sering dirujuk kepada masjid. Masjid merupakan insitusi yang penting
dalam masyarakat Melayu Islam di nusantara. Tidak hanya berfungsi sebagai
tempat ibadah masjid juga merupakan tempat rujukan masyarakat Melayu Islam
dalam perkara-perkara keagamaan dan keraian yang berbentuk agama seperti
perkahwinan, maulid nabi, berfungsi sebagai institusi yang membantu penduduk
setempat meringankan beban masalah terutamanya perkara yang berkaitan
dengan kematian sehingga tertubuhnya khairat kematian yang diuruskan oleh
masjid. Selain itu juga masjid dijadikan tempat bagi golongan yang kurang bernasib
baik untuk mendapatkan bantuan dan pertolongan jemaah. Imam masjid juga turut
dijadikan tempat rujukan dan memainkan peranan yang penting dalam
masyarakat Melayu Islam untuk menyelesaikan perkara-perkara yang berkitan
rumah tangga, majlis tahlil, pengurusan jenazah, memberi nasihat, menyampaikan
peringatan dan sebagainya. Masjid yang benar-benar berfungsi ialah masjid yang
masyarakat sekelilingnya dapat mengambil banyak faedah merangkumi aspek
kerohanian, keilmuan, rujukan dan khidmat kepada masyarakat sehingga kepada
pengislahan ekonomi dan sosial.
Kata Kunci: Pengimarahan, Pembangunan Social, Masjid, Khairat
76
ABSTRACTS
(1065)
QIAS MENURUT IMAM SHAFI’I: SOROTAN DALAM KITAB AL-RISALAH
MUHAMAD ISMAIL ABDULLAH
[email protected]
Fakulti Syariah dan Undang-undang
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
ABSTRAK
Imam Shafi’i merupakan salah seorang imam mujtahid yang telah menulis
metodologi yang jelas dalam perbahasan ilmu usul fiqh secara teori dan praktikal.
Karya magnum opus beliau, kitab Al-Risalah merupakan rujukan terpenting dalam
memahami ilmu usul fiqh secara tersusun, teliti dan terpandu. Selain menerima
penghujahan al-Quran dan sunnah sebagai sumber primer bagi hukum, Imam Shafi’i
juga telah menerima qias dan menganggapnya sebagai sebahagian daripada
ijtihad. Beliau telah menggariskan beberapa teori qias dan menetapkan limitasi
dalam operasi qias, sama ada pada proses mahu pun pada mujtahid. Selanjutnya
beliau juga telah mengemukakan beberapa contoh operasi qias dan argumen-
argumen fiqh dalam menjustifikasi penghujahan beliau. Sorotan kepada karya klasik
terawal ini sangat penting untuk melihat gagasan Imam Shafi’i dan kebijaksanaan
beliau dalam menggariskan metodologi hukum yang unik dan tersendiri. Melalui
kaedah analisis dokumentasi kajian ringkas ini menemukan bahawa qias
mempunyai pengaruh yang besar dan luas dalam pembinaan fiqh berasaskan
mazhab Shafi’i.
Kata kunci: qias, al-Risalah, Imam Shafi’i, mazhab Shafi’i,
77
ABSTRACTS
(1066)
SANTUNI ALAM SEKITAR: PELAKSANAAN HUKUMAN ALTERNATIF KESALAHAN
JENAYAH SYARIAH
AZIZAH MAT RASHID
[email protected]
MOHAMAD AZHAN YAHYA
ADIBAH BAHORI
SUHAIZAD SAIFUDDIN
MOHAMAD YUSZAIRI MOHAMAD ZAM-ZAM
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
ABSTRAK
Keterbatasan had hukuman jenayah syariah sering dikatakan kurang berkesan dan
kurang memberi impak yang boleh memberi keinsafan kepada pesalah. Meskipun
begitu, hal ini tidak boleh dijadikan alasan untuk kita berhenti mencari solusi,
memimikirkan alternatif dan menyediakan hukuman yang lebih efektif. Enakmen
tatacara jenayah syariah menyediakan beberapa peruntukan yang boleh
dimanfaatkan bagi menyediakan hukuman alternatif dan sesuatu pelaksanaan
hukuman yang berkesan perlu mencapai objektif hukuman yang boleh memberi
keinsafan kepada pesalah serta dapat mencegah pesalah mengulangi kesalahan
yang telah dilakukan selain boleh menjadi pengajaran kepada orang lain. Dalam
erti kata lain, hukuman yang dikenakan bukanlah bertujuan meyiksa atau
membebankan pesalah sebagai balasan kepada kesalahan yang dilakukan.
Penulisan ini bertujuan menjelaskan bagaimana aktiviti menyantuni alam sekitar
boleh dimanfaatkan sebagai satu bentuk pelaksanaan hukuman alternatif kepada
pesalah jenayah syariah tanpa melibatkan kos yang tinggi. Kaedah penulisan ini
menggunakan kerangka kajian perundangan tulen secara kualitatif di mana data-
data diperolehi melalui bahan-bahan berbentuk dokumentasi serta rujukan bahan-
bahan perpustakaan seperti buku-buku, jurnal, dokumen perundangan dan
sebagainya. Didapati, antara hukuman alternatif yang dilaksanakan setakat ini
berbentuk perintah berkelakuan baik, khidmat masyarakat seperti mencuci masjid
dan menghafaz alquran. Penulisan ini mencadangkan supaya aktiviti santuni alam
sekitar dijadikan sebagai satu bentuk khidmah ummah yang boleh dilaksanakan
sebagai satu hukuman alternatif di mahkamah syariah terhadap kesalahan jenayah
syariah. Di samping itu, penulisan ini turut mencadangkan garis panduan umum dan
kaedah pelaksanaan aktiviti santuni alam sekitar bagi tujuan memberi gambaran
yang jelas dan memudahkan proses pelaksanaan.
Kata kunci: alam sekitar, khidmat ummah, hukuman alternatif, jenayah Syariah
78
ABSTRACTS
(1067)
HAK UNTUK PERSEKITARAN YANG SIHAT DAN LARANGAN MEROKOK DI PREMIS
MAKAN
NURHAYATI BINTI ABDUL GHANI
[email protected]
NORAZLA BINTI ABDUL WAHAB
[email protected]
Fakulti Syariah dan Undang-undang
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
ABSTRAK
Setiap manusia mempunyai hak asasi untuk hidup. Ini termasuklah hak untuk hidup
dalam persekitaran yang sihat. Setiap orang harus dapat hidup di persekitaran yang
kondusif untuk kesihatan dan kesejahteraan mereka. Hak ini terkandung dalam hak
untuk kesihatan fizikal dan mental. Adalah menjadi tanggungjawab negara untuk
mengambil langkah-langkah bagi menyediakan hak untuk kesihatan seperti
meningkatkan semua aspek kebersihan alam sekitar. Alam sekitar merujuk kepada
alam sekeliling kita termasuk udara. Malaysia telah menyertai Perjanjian WHO
Framework Convention on Tobacco Control (FCTC) pada tahun 2005. Di bawah
Artikel 8 perjanjian ini, semua tempat yang mempunyai akses kepada orang awam
hendaklah dijadikan tempat larangan merokok. Kementerian Kesihatan Malaysia
telah pun mewartakan zon larangan merokok di seluruh negara sejajar dengan
Artikel 8 FCTC, untuk melindungi golongan bukan perokok daripada bahaya asap
rokok. Pewartaan ini dibuat di bawah kuasa yang diperuntukan oleh Akta Makanan
1983 dan Peraturan-Peraturan Hasil Tembakau 2004. Larangan merokok di premis
atau tempat makan telah dibuat melalui Peraturan-Peraturan Hasil Tembakau 2004
(Pindaan 2018). Artikel ini ditulis untuk menjelaskan bahawa larangan merokok
tersebut adalah suatu inisiatif kerajaan untuk mengadakan persekitaran yang sihat
kepada rakyat negara ini.
Kata kunci: hak persekitaran yang sihat, larangan merokok, premis makan.
79
ABSTRACTS
(1068)
TINJAUAN PEMBANGUNAN JAMINAN MAKANAN DI ASEAN
MUHAMMAD AZIMUDDIN BIN MOHAMED
[email protected]
ABSTRAK
Jaminan makanan (food security) merujuk kepada kewujudan bekalan makanan
dan kemampuan untuk memperolehnya. Makanan tersebut mestilah selamat bagi
membolehkan manusia menjalani suatu kehidupan yang aktif dan sihat. Kajian ini
dijalankan bagi mengenalpasti konsep jaminan makanan dan meninjau
pembangunan jaminan makanan di rantau ASEAN. Kajian ini adalah berbentuk
kualitatif dengan menjalankan kajian literatur terhadap dapatan kajian yang lepas
serta rumusan laporan dan fakta yang diterbitkan secara rasmi oleh badan yang
berautoriti dan relevan. Kajian mendapati food security ini adalah bertunjangkan
kepada tiga tonggak utama, iaitu ketersediaan, kestabilan dan akses kepada
makanan. Kajian juga mendapati isu jaminan makanan telah mendapat perhatian
serius oleh negaranegara ASEAN dan secara langsung pembangunannya adalah
semakin berkembang. Pelbagai perancangan pelan tindakan pembangunan yang
proaktif dijalankan oleh pihak yang terlibat dan antara perkaitan yang tidak boleh
dipisahkan ialah kemampanan sumber alam sekitar dan jaminan makanan.
Pencemaran alam sekitar mampu menyekat kitaran ekosistem dan boleh
membawa kepada penderitaan dan turut melemahkan sesuatu komuniti dan
menjadikannya tidak selamat. Oleh itu kajian ini mencadangkan negara-negara
ASEAN khususnya Malaysia untuk memfokuskan sektor pertanian negara sebagai
pemangkin kepada jaminan makanan disamping untuk memelihara kelestarian
alam sekitar.
Kata kunci; pembangunan, jaminan makanan, alam sekitar
80
ABSTRACTS
(1069)
PERBEZAAN PROSEDUR NIKAH NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA SEMASA PERINTAH
KAWALAN PERGERAKAN
NUR ATHIRAH SYUHADA HASNI
[email protected]
Faculty of Management,
University College of Yayasan Pahang
ABSTRAK
Semasa Perintah Kawalan Pergerakan diumumkan oleh kerajaan, antara isu yang
menjadi tanda tanya ialah sama ada upacara pernikahan akan dijalankan seperti
biasa dan bagaimana prosedur tersebut akan dijalankan. Disebabkan kuasa
menentukan undang-undang mengenai hal ehwal Islam termasuk pernikahan
adalah terletak di bawah bidang kuasa kerajaan Negeri, terdapat perbezaan dari
segi prosedur pernikahan yang diambil oleh negeri-negeri di Malaysia. Artikel ini
bertujuan untuk meninjau perbezaan prosedur pernikahan di negeri-negeri di
Malaysia dan melihat sejauh mana prosedur baru yang diperkenalkan membantu
memudahkan pasangan yang ingin bernikah semasa Perintah Kawalan Pergerakan
di Malaysia. Analisis akan dibuat terhadap garis panduan yang dikeluarkan oleh
Jabatan Agama Islam negeri-negeri di Malaysia serta rujukan kepada upacara
pernikahan yang telah dijalankan semasa Perintah Kawalan Pergerakan. Kajian ini
mendapati ada beberapa prosedur yang diperkenalkan sememangnya membantu
mempermudahkan pasangan yang ingin bernikah. Selain itu, terdapat prosedur
baru yang boleh dipertimbangkan untuk dikekalkan pasca Perintah Kawalan
Pergerakan kerana telah menjadi suatu normal baru yang diterima oleh masyarakat
Islam di Malaysia.
Kata Kunci: prosedur nikah, perintah kawalan pergerakan, akad nikah
81
ABSTRACTS
(1070)
APLIKASI MAQASID KE ATAS HUKUM MEMBAYAR ZAKAT FITRAH MENGIKUT
HARGA BERAS YANG DIMAKAN
DR. MUSTAFA MAT JUBRI SHAMSUDDIN
[email protected]
Jabatan Fiqh dan Usul al-Fiqh
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
ABSTRAK
Di beberapa negeri di Malaysia, pembayaran zakat fitrah telah mengalami satu
perubahan dari sudut pilihan yang diberikan kepada orang Islam. Mereka boleh
memilih untuk membayar zakat fitrah mengikut harga beras yang dimakan seharian
kepada amil untuk diberikan kepada asnaf fakir miskin. Kajian ini bertujuan untuk
mengukur keterhasilan pencapaian maqasid zakat fitrah di sebalik keharusan hukum
ini. Kajian ini bersandarkan kepada dua metod, secara induktif dalam mengumpul
dan mencari data yang berkaitan, dan secara deduktif dalam mentafsir dan
menganalisis data yang ditemui. Antara dapatan kajian ini, membayar zakat fitrah
mengikut harga beras yang dimakan lebih mendekati kepada keterhasilan maqasid
zakat fitrah iaitu menggembirakan golongan yang susah dengan berkongsi apa
yang dimiliki. Kajian ini juga mendapati ada beberapa syarat yang perlu diambil kira
dalam pelaksanaan hukum ini agar maqasidnya lebih berjaya dicapai. Kajian ini
menyimpulkan bahawa di samping hukum ini, kelonggaran yang diberikan kepada
muslimin untuk memilih dalam pembayaran zakat ini tanpa mewajibkannya juga
menepati maqasid zakat fitrah yang meraikan rasa tolak ansur dan tolong
menolong.
Kata kunci: Maqasid, Zakat Fitrah, Harga Beras, Malaysia
82
ABSTRACTS
(1071)
PEMBANGUNAN INSTRUMEN KEWANGAN SOSIAL ISLAM DALAM SEKTOR TIJARI:
SATU TINJAUAN
MARLIANA BINTI ABDULLAH
[email protected]
SURIANOM BINTI MISKAM
[email protected]
Fakulti Syariah dan Undang-Undang
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
ABSTRAK
Dewasa ini, kewangan Islam tidak hanya memberikan fokus kepada sektor siyasi dan
tijari sahaja malah turut memberi perhatian kepada sektor ijtima’i. Rentetan
daripada itu pelbagai inisiatif telah dilaksanakan oleh institusi perbankan Islam dan
institusi kewangan bukan bank dalam menawarkan instrumen kewangan sosial Islam
(Islamic social finance instruments) seperti wakaf, sedekah, zakat, qard al-hasan dan
al-rahnu. Sehubungan dengan itu, tujuan kajian memfokuskan kepada tinjauan
pembangunan instrumen kewangan sosial Islam yang ditawarkan oleh sektor tijari
seperti mywakaf, SRI Sukuk, Sadaqa House dan lain-lain yang berasaskan nilai
filantropidi. Tinjauan awal mendapati kecenderungan keterlibatan sektor tijari dalam
penawaran instrumen-instrumen ini secara tidak langsung menjadi pemangkin
kepada kesejahteraan sosial dan rangkuman kewangan (financial inclusion) serta
pertumbuhan ekonomi negara. Kajian ini menggunakan metode kajian
kepustakaan dan analisis dokumen.
Kata kunci: Instrumen kewangan sosial Islam, sektor tijari, rangkuman kewangan,
nilai filantropidi.
83
ABSTRACTS
(1072)
KEPENTINGAN PERANCANGAN HARTA DALAM TEMPOH PERKAHWINAN:SATU
KAJIAN LITERATUR
TUAN NURHAFIZA RAJA ABDUL AZIZ,
[email protected]
NURHAYATI ABDUL GHANI
[email protected]
MAFFUZA SALLEH
[email protected]
Fakulti Syariah Dan Undang-Undang
Kolej Unversiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
ABSTRAK
Perancangan harta merupakan suatu perancangan untuk menentukan dan
mentadbir pengurusan harta yang dimiliki oleh seseorang sepanjang kehidupannya
dan perancangan selepasa kematiannya. Perancangan harta amatlah penting
untuk memelihara kemaslahatan atau kepentingan manusia dalam menjalani
kehidupan di dunia dan juga bertujuan memelihara kepentingan manusia selepas
kematian. Kegagalan untuk membuat perancangan harta dengan baik memberi
kesan yang amat besar apabila berlakunya kes perceraian atau kematian, dimana
pasangan yang ditinggalkan kehilangan arah untuk meneruskan kehidupan apabila
timbulnya masalah-masalah seperti perebutan harta pusaka, penafian hak harta
sepencarian ke atas pasangan yang ditinggalkan dan masalah harta beku. Kajian
ini bertujuan mengenalpasti kepentingan perancangan harta dalam tempoh
perkahwinan. Kajian ini merupakan kajian literatur melalui analisis kandungan dan
dihuraikan secara deskriptif. Pengumpulan diperoleh daripada penulisan ilmiah
seperti tesis, disertasi, buku, jurnal, kertas kerja, seminar prosiding dan laman
sesawang yang berautoriti. Hasil kajian mendapati masyarakat Malaysia khususnya
orang Islam kurang berpengetahuan terhadap kepentingan dalam menguruskan
harta. Kajian ini memberi impak kepada pasangan yang berkahwin khususnya
pasangan muda sebagai persediaan dalam menghadapi sebarang kemungkinan
yang akan berlaku sekiranya berlaku perceraian atau kematian agar dapat
mengurus dan merancang harta dengan baik bagi kehidupan yang lebih terjamin.
Kata Kunci: kepentingan, literatur, perancangan harta, perkahwinan.
84
ABSTRACTS
(1073)
TASWIYAH DAN TAFDIL HIBAH KEPADA ANAK-ANAK: ANALISIS MENURUT IMAM
SYAFI’I DAN AL-SYIRBINI MENERUSI KARYA AL-UMM DAN MUGHNI AL-MUHTAJ
NOOR SYAHIDA ABDUL RAHMAN
[email protected]
NURUL SYAFINI ABD RAHMAN
NORHASLIZA TALIB
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
ABSTRAK
Hibah merupakan satu amalan yang digalakkan dalam Islam terutama hibah
kepada anak-anak sendiri kerana boleh mengeratkan silaturahim antara ibu bapa
dan anak-anak. Namun, tindakan taswiyah (menyamaratakan) dan tafdil
(melebihkan) pemberian salah seorang anak daripada anak yang lain menjadi isu
dan perselisihan pendapat dalam kalangan fuqaha. Artikel ini membincangkan dan
menganalisis mengenainya menurut pendapat Imam al-Syafi’i dan al-Syirbini
dengan memfokuskan kepada kitab al-Umm dan Mughni al-Muhtaj di samping
mengemukakan pendapat fuqaha yang lain. Metodologi kajian ini adalah
berbentuk kajian kualitatif yang melibatkan kajian kepustakaan dan analisis teks.
Dapatan kajian ini secara deskriptif mendapati taswiyah hibah kepada ana-anak
menurut Imam Syafi’i dan al-Syirbini serta majoriti fuqaha adalah sunat dan tafdil
adalah makruh. Sementara itu, terdapat fuqaha yang mewajibkan taswiyah hibah
dan hibah yang bersifat tafdil adalah terbatal. Namun makruh dan terbatalnya tafdil
hibah kepada anak-anak bukannya secara mutlak melihat kepada situasi dan fakta
kes. Asas kepada pendapat keduanya adalah berdasarkan kepada hadis, qiyas
dan athar sahabat. Perselisihan yang berlaku di antara fuqaha adalah berpunca
daripada perbezaan pandangan mereka dalam memahami hadis berkenaan
“hukm al-taswiyah wa al-tafdil bayn al-awlad fi al-hibah”.
Kata Kunci: Imam Syafi’i, al-Syirbini, Taswiyah dan Tafdil Hibah.
85
ABSTRACTS
(1074)
TAHAP KESEDARAN TERHADAP STATUS HALAL PREMIS MAKANAN
DI MALAYSIA
DR FATIMAH YUSRO HASHIM
[email protected]
Fakulti Undang-Undang
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
DR FAUZIAH MOHD NOOR
[email protected]
Pusat Pengajian Perniagaan Islam
Universiti Utara Malaysia (UUM)
ABSTRAK
Kelestarian umat Islam akan tercapai apabila dorongan untuk menjalani hidup yang
berteraskan syarak dipatuhi. Sebagai contoh, pengambilan makanan dan minuman
yang halalan toyyiban adalah fardhu terhadap semua umat Islam, tanpa sebarang
pengecualian melainkan rukhsah ketika darurat. Di Malaysia misalnya, tiada
sebarang masalah untuk mendapatkan sumber makanan yang halal. Hal ini
bagaimanapun telah menyebabkan sebahagian masyarakat menjadi alpa dalam
memastikan status halal makanan dan minuman yang diambil. Ini dapat dilihat
apabila terdapat masih ramai lagi orang Islam yang makan dan minum di premis-
premis yang tidak mempamerkan logo halal. Restoran-restoran yang tiada atau
belum mendapat pengiktirafan halal dari Jakim tetap dikunjungi oleh orang Islam.
Penulisan ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesedaran masyarakat Islam di
Malaysia terhadap isu ini, serta akan turut menganalisis pandangan mereka
berkaitan status halal premis-premis makanan. Kaedah yang digunakan dalam
penulisan ini adalah melalui soal selidik kepada orang awam untuk mengukur tahap
kefahaman masyarakat terhadap status halal Jakim, serta pengiktirafan halal yang
diberikan kepada premis yang menjual makanan dan minuman. Kaedah penulisan
perpustakaan juga digunakan untuk melihat pandangan dan fatwa berkaitan
mekanisme pengiktirafan status halal di Malaysia. Temubual berfokus dengan pakar
dan mufti juga penting dalam penulisan ini bagi menyokong dapatan kajian. Hasil
penulisan mendapati kebanyakan masyarakat Islam di Malaysia mempunyai tahap
pemahaman yang tinggi terhadap status halal yang diiktiraf oleh JAKIM, namun
masih terdapat segelintir yang tidak mempunyai ilmu pengetahuan yang
mencukupi terhadap perkara tersebut. Penulisan ini turut mendapati bahawa
Malaysia berjaya mengaplikasikan mekanisme pengiktirafan halal makanan dan
minuman yang dijual dengan cara yang menepati prinsip Islam.
Kata kunci: Premis makanan halal, prinsip Islam, mekanisme.
86
ABSTRACTS
(1075)
PENINGKATAN KES PENCERAIAN SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN:
PENYELESAIAN MENURUT UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM
Nur Ilyana Binti Ezwan
[email protected]
Dr Fatimah Yusro Hashim
[email protected]
Fakulti Undang-Undang
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
ABSTRAK
Kelestarian sebuah keluarga yang sakinah dan mawaddah adalah berteraskan
kepada ketelusan semua pihak mengaplikasikan hukum-hukum syarak dalam
segala aspek kehidupan. Garis panduan atau tatacara pengurusan perkahwinan
dan penceraian telah dinyatakan dengan jelas dalam sumber AlQuran, As-Sunnah,
Ijmak dan Qiyas. Tambahan kepada itu, peruntukan dan tatacara berkaitan
perkahwinan dan penceraian turut ditetapkan oleh statut tertentu mengikut
pentadbiran agama Islam Negeri masing-masing; sebagai contoh, Enakmen
Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 atau Akta Undang-undang
Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984. Pandemik Covid-19 yang
melanda seluruh dunia serta perlaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) telah
menyebabkan timbulnya berbagai masalah dalam keluarga, dan hal ini telah
membawa kepada peningkatan keruntuhan rumah tangga secara mendadak.
Pada masa yang sama, PKP juga telah menyebabkan pengurusan kes-kes
penceraian di mahkamah menjadi tertangguh. Penulisan ini adalah bertujuan untuk
mengenalpasti punca peningkatan kes penceraian yang berlaku semasa PKP, dan
tatacara bagaimana iddah dan rujuk dilaksanakan semasa PKP berlangsung.
Kaedah temu bual terfokus dilaksanakan untuk mengetahui pendapat pihak industri
daripada aspek tatacara perlaksanaan tempoh iddah dan rujuk semasa PKP.
Kaedah kajian perpustakaan akan dilaksanakan untuk merujuk sumber
perundangan yang sedia ada berkaitan dengan jenis-jenis dan tatacara
penceraian, serta perkara-perkara yang berkaitan dengan perceraian. Kaedah soal
selidik dijalankan untuk mengetahui bagaiamana PKP memberi kesan kepada
perkahwinan seseorang Muslim. Kajian mendapati bahawa punca peningkatan
penceraian adalah disebabkan oleh tekanan berkurung di rumah dan ini
menyebabkan berlakunya keganasan dalam rumah tangga. Hasil penulisan ini juga
turut mendapati bahawa ramai yang tidak mengetahui tatacara perlaksanaan
penceraian, iddah dan rujuk semasa PKP.
Kata Kunci: Covid-19, Perintah Kawalan Pergerakan, Penceraian
87
ABSTRACTS
(1076)
HALA TUJU PENGURUSAN GELANDANGAN PASCA COVID 19
MUHAMMAD NOR AMIR BIN ABDUL RAHMAN
[email protected]
DR FATIMAH YUSRO HASHIM [email protected]
Fakulti Undang-Undang
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
ABSTRAK
Kelestarian hidup setiap peringkat masyarakat adalah bergantung kepada
bagaimana masyarakat tersebut meneladani undang-undang dan hukum syarak
dalam menjalani kehidupan. Golongan gelandangan sebagai contohnya,
merupakan antara golongan yang berisiko tinggi apabila pandemik Covid 19
melanda dunia. Hal ini demikian kerana golongan ini terpaksa bersesak di rumah
perlindungan atau di jalanan serta tidak mempunyai akses tetap kepada
kemudahan asas untuk tujuan membersihkan diri. Penulisan ini bertujuan untuk
mengenal pasti dua perkara, pertama tentang kedudukan gelandangan sebagai
kelas yang dilindungi serta mengenal pasti hak-hak yang dimiliki oleh mereka, dan
kedua untuk mengkaji penguatkuasaan perundangan yang berkaitan dengan
golongan gelandangan. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah melalui
temu bual terfokus dengan pihak-pihak terbabit untuk mendapatkan maklumat
berkenaan tahap pengurusan gelandangan di negara ini. Kaedah perpustakaan
juga diguna pakai untuk meneliti kajian sedia ada dan kes-kes berkenaan
permasalahan yang wujud berkenaan gelandangan di negara ini. Hasil kajian
mendapati Akta 183 mempunyai kelompongan dan kelemahan yang ketara dalam
melindungi golongan gelandangan. Kajian mendapati peruntukan yang disediakan
oleh Akta 183 ini sudah lapuk dan tidak lagi relevan untuk digunakan pada masa
kini. Malah, pengkaji juga mendapati bantuan baitulmal atau badan-badan
berkaitan terbabit adalah tidak mencukupi dan badan-badan yang
menyelenggara golongan gelandangan ini terpaksa mencari dana dari sumber
yang lain. Di akhir penulisan ini, didapati bahawa perundangan dan polisi
berkenaan pengurusan gelandangan di Malaysia masih belum mencapai tahap
yang membanggakan dan memerlukan penambahbaikan yang bersesuaian. Oleh
itu, penyelidik telah mencadangkan solusi yang bersesuaian terutamanya
berkenaan cadangan penambahbaikan kepada kelompongan yang ada dalam
Akta Orang Papa (Akta 183).
Kata kunci: Pengurusan, gelandangan, Covid-19
88
ABSTRACTS
(1077)
APLIKASI MAQASID SYARIAH DALAM RESOLUSI HUKUM BERKAITAN MUAMALAT
DI MALAYSIA
NORA`INAN BT. BAHARI
[email protected]
Fakulti Syariah dan Undang-Undang
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
ABSTRAK
Secara umum maqasid syariah didefinisikan sebagai menolak kemudaratan dan
mencapai kebaikan. Prinsip asas dalam hukum mualamat berkaitan kehartaan
adalah harus kecuali ada dalil yang mengharamkan. Institusi perbankan Islam di
Malaysia masih perlu berusaha untuk mencapai sistem kewangan Islam yang
menepati maqasid syariah dengan menjaga kemaslahatan pelanggan di samping
aspek keuntungan. Justeru, pematuhan terhadap tuntutan sebenar syariah dab
impak sesuatu produk atau perkhidmatan terhadap pembangunan ekonomi
masyarakat perlu ditingkatkan berbanding aspek fiqh. Justeru pendekatan secara
maqasidi adalah perlu bagi memastikan keselarasan aktiviti dengan kehendak
Syarak dan keperluan semasa. Kajian ini dilakukan untuk menghuraikan kepentingan
maqasid syariah dalam perundangan Islam dan menganalisis pemakaiannya
dalam resolusi hukum berkaitan muamalat di Malaysia. Kajian kualitatif ini dijalankan
dengan menggunakan metode dokumentasi untuk mengumpulkan data-data
kompilasi resolusi hukum Majlis-Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia dan
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Kajian lapangan pula dijalankan dengan
menggunakan metode temu bual berstruktur bagi menganalisis kaedah dan
tahap penggunaan maqasid syariah dalam resolusi hukum antara tahun 1996-2018.
Responden melibatkan Pengerusi Ketua Penolong Pengarah Seksyen Muamalat dan
Sosioekonomi, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan JAKIM, Timbalan Pengarah
Jabatan Perbankan Islam dan Takaful, Bank Negara Malaysia dan Timbalan
Pengurus Besar dan Ketua Jabatan Syariah, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia serta
beberapa orang ahli Majlis-Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia dan
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Hasil kajian mendapati terdapat aplikasi maqasid
syariah dalam resolusi hukum yang dikeluarkan bagi memastikan objektif syariat
tercapai dalam menjaga agama, diri, akal, keturunan dan harta. Justeru, dengan
syaratsyarat yang tertentu.
Kata kunci: Maqasid, Syariah, Resolusi, Hukum, Pemakaian.
89
ABSTRACTS
(1078)
PELAKSANAAN KURSUS PERKAHWINAN ATAS TALIAN SEWAKTU PKP: KAJIAN
TERHADAP PENGAPLIKASIAN DAN KEBERKERSANANNYA
FATYN MAISARAH BINTI HISHAMSOL
[email protected]
DR FATIMAH YUSRO HASHIM
[email protected]
Fakulti Undang-Undang
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
ABSTRAK
Kelestarian sebuah keluarga bermula dari kepatuhan kedua-dua pasangan suami
isteri terhadap undangundang dan hukum syarak yang berkaitan dengan
kekeluargaan. Justeru, bagi memastikan pasangan yang akan berkahwin
mempunyai ilmu rumah tangga yang mantap, Kursus Pra Perkahwinan telah mula
diwajibkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia sejak tahun 1997. Tujuan kursus ini
diadakan adalah untuk memastikan bakal-bakal pengantin diberikan ilmu
pengetahuan yang mencukupi berkaitan pengurusan rumah tangga. Walau
bagaimanapun, sehingga ke hari ini, jumlah perceraian yang berlaku tetap tidak
berkurang malah semakin meningkat saban tahun. Maka, timbullah persoalan
tentang tahap keberkesanan kursus yang dijalankan. Kajian ini menyelidik
berkenaan pengendalian kursus pra perkahwinan Islam (KPPI) yang dijalankan
secara atas talian sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan
memberi pengkhususan di Negeri Selangor. Objektif kajian ini adalah untuk
mengenalpasti sejauh mana keberkesanan KPPI apabila dilaksanakan secara atas
talian di Negeri Selangor dalam memberi kefahaman ilmu berumah tangga kepada
bakal pengantin. Ini adalah kerana tahap kefahaman semasa dijalankan secara
bersemuka pun tidak begitu meyakinkan. Kajian ini menggunakan kaedah temu
bual dan kajian kepustakaan sepenuhnya menerusi pembacaan buku-buku serta
penulisan-penulisan yang berkaitan. Selain itu, soal selidik akan dikendalikan ke atas
bakal-bakal pengantin dan pengantin yang telah menghadiri KPPI secara atas
talian di Negeri Selangor semasa tempoh PKP bagi mengetahui tahap
keberkesanan kursus tersebut. Hasil dari kajian mendapati bahawa kursus Pra
perkahwinan itu sendiri tidak memberikan impak yang tinggi terhadap kadar
pemahaman calon-calon terhadap ilmu munakahat. Sebagai rumusan, penyelidik
mencadangkan cara penambahbaikkan dari sudut perundangan kepada
pengaplikasian KPPI atas talian bagi mengukuhkan institusi keluarga Islam di Negeri
Selangor
Kata Kunci: Covid-19, Perintah Kawalan Pergerakan, Kursus Pra Perkahwinan Islam
90
ABSTRACTS
(1079)
PERANAN DAN PEMERKASAAN SURUHANJAYA
PERKHIDMATAN AIR NEGARA (SPAN) DALAM PENTADBIRAN PENGURUSAN AIR DI
MALAYSIA
HAMMAD MOHAMAD DAHALAN
[email protected]
NORAZLA ABDUL WAHAB
NUR ZULFAH MD ABDUL SALAM
Fakulti Syariah dan Undang-Undang
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
ABSTRAK
Di Malaysia, secara umumnya bidang kuasa air terletak dalam bidang kuasa negeri
dan setiap negeri mempunyai pengurusan air yang tersendiri. Parlimen Malaysia
pada 2005 telah meluluskan pindaan bagi Jadual Kesembilan Perlembagaan
Persekutuan yang memindahkan perkara-perkara berkaitan dengan bekalan dan
perkhidmatan air daripada Senarai Negeri kepada Senarai Bersama (kecuali Sabah
dan Sarawak). Kesan pindaan ini, Kerajaan Persekutuan telah dapat mengawal selia
industri perkhidmatan air dari segi pelesenan dan kawal selia operator perkhidmatan
manakala Kerajaan Negeri mengekalkan kuasanya terhadap sumber air, kawasan
tadahan air dan lembangan sungai. Seterusnya pada 2006, Parlimen Malaysia telah
meluluskan dua undang-undang yang mengubah sistem pengurusan perkhidmatan
air iaitu Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara iaitu Akta 654 dan Akta Industri
Perkhidmatan Air iaitu Akta 655. Kajian ini memfokuskan untuk mengenalpasti punca
kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara dan menjelaskan kepada masyarakat
tentang peranan dan pemerkasaan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN)
dalam pentadbiran air di Malaysia. Analisis dibuat terhadap polisi dan peruntukan
akta yang berkaitan. Temubual separa struktur turut dijalankan dengan beberapa
pihak yang terlibat di dalam pentabdiran pengurusan air di Suruhanjaya
Perkhidmata Air Negara (SPAN). Kajian mendapati bahawa walaupun sistem
pengurusan air yang kompleks dapat diseleraskan di peringkat persekutuan namun
masih terdapat ruang untuk diperkasakan bagi membantu melestarikan dan
meningkatkan lagi kualiti pengeluaran air di Malaysia
Kata kunci: Pengurusan Air, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN),
Pentadbiran bidang kuasa,
91
ABSTRACTS
(1080)
STATUS AL-MAFQUD: HAK DAN KEBAJIKAN AHLI WARIS TRAGEDI MH370
NOOR HAFIZAH BINTI ANGGUN
[email protected]
DR FATIMAH YUSRO HASHIM
[email protected]
Fakulti Undang-Undang
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
ABSTRAK
Kelestarian dalam kehidupan manusia adalah berdasarkan kepada undang-
undang dan hukum syarak yang menjadi panduan. Justeru setiap masalah yang
timbul perlu diselesaikan dengan berpandukan kepada peruntukan hukum hakam
yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, pengurusan kehilangan atau anggapan
mati dalam tragedi MH370 amat menitik beratkan aplikasi hukum syarak terhadap
mangsa beragama Islam. Di dalam Islam, status al-mafqud diberikan kepada
seseorang yang hilang tanpa khabar sehingga tidak diketahui sama ada masih
hidup atau telah meninggal dunia. Penulisan ini mengkaji tentang kedudukan
semua mangsa tragedi tersebut, dan pengiktirafan mereka sebagai al-mafqud. Isu
almafqud melibatkan banyak masalah yang timbul seperti anggapan kematian
mangsa, hak dan kebajikan ahli-ahli waris, pembubaran perkahwinan serta
pembahagian harta pusaka. Sebelum mangsa boleh diisytiharkan sebagai al-
mafqud oleh pihak kerajaan, terdapat banyak isu yang perlu diselesaikan bagi
memelihara kebajikan para ahli waris. Penelitian terhadap undang-undang sedia
ada di Malaysia berkaitan orang hilang dari segi undang-undang sivil dan syariah
dilakukan secara mendalam untuk mengetahui keberkesanan perundangan sedia
ada di Malaysia dalam menyelesaikan permasalahan yang timbul dari tragedi
MH370. Kajian ini menggunakan kaedah temubual terfokus bagi mendapatkan
maklumat yang berkaitan di samping kaedah kajian kepustakaan bagi
mendapatkan maklumat yang tepat berkaitan hukum orang hilang atau al-mafqud
dalam Islam. Cadangan yang diberikan di akhir penulisan ini adalah daripada sudut
perundangan kerana terdapatnya ruang untuk penambahbaikan dari segi undang-
undang dan pertindanan kuasa mahkamah sivil dan syariah bagi tujuan
melancarkan tatacara tuntutan oleh ahli-ahli waris. Selain itu, cadangan
penyelesaian terhadap isu-isu yang memfokus kepada pembubaran perkahwinan
dan pembahagian harta pusaka secara faraid juga dibuat dengan lebih berstruktur.
Kata kunci: MH370, al-mafqud, orang hilang
92
ABSTRACTS
(1081)
ELEMEN TEMPAT AWAM DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENGUATKUASAAN
PERUNTUKAN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH DI SELANGOR
ZANARIAH DIMON
[email protected]
Fakulti Syariah Undang-undang
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
ABSTRAK
Undang-undang jenayah Syariah di Malaysia memperuntukkan kesalahan dan
hukuman berkaitan orang Islam dan dalam bidang kuasa tempatan negeri-negeri
di Malaysia. Peruntukannya berdasarkan akta/enakmen jenayah Syariah negeri-
negeri. Hukumannya pula terhad setakat mana yang diperuntukkan dalam Akta
Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 pindaan 1984. Penguatkuasaan
undang-undang jenayah Syariah adalah berdasarkan beberapa prinsip asas dalam
seperti larangan mengintip dan mencari kesalahan yang tersembunyi, akses ke
kawasan persendirian mestilah dengan kebenaran dan kesalahan dilakukan di
tempat awam. Justeru, objektif kertas kerja ini adalah untuk mengkaji mengenai
salah satu daripada elemen penting dalam penguatkuasaan kesalahah jenayah
Syariah iaitu elemen tempat di mana perbuatan jenayah tersebut dilakukan.
Tumpuan kajian adalah kepada peruntukan kesalahan yang meletakkan syarat
berkaitan tempat awam berdasarkan undang-undang jenayah Syariah di negeri
Selangor iaitu Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 (EJS Selangor 1995).
Kajian yang dilakukan adalah secara kualitatif dengan mengkaji sumber-sumber
bertulis, artikel, jurnal dan dokumen perundangan. Hasil kajian mendapati bahawa
elemen perbuatan salah yang melibatkan perlakuan di tempat awam adalah
elemen utama bagi penguatkuasaan kebanyakan peruntukan kesalahan dalam
EJS Selangor 1995. Penguatkuasaan di tempat persendirian memerlukan kepada
aduan dan pembuktian yang jelas. Oleh itu, kesimpulannya, penguatkuasaan
undang-undang jenayah Syariah adalah selaras dengan prinsip amar makruf nahi
mungkar dalam memastikan keamanan dan kesejahteraan dalam masyarakat.
Kata Kunci: tempat awam, penguatkuasaan, Enakmen Jenayah Syariah Selangor
93
ABSTRACTS
(2001)
A STUDY OF MUSLIM DIVORCES PROCEDURES IN SYARI’AH COURT SINGAPORE
K H MAJEED BIN MAIDEN
[email protected]
Kolej Universiti Antarabangsa Islam Selangor (KUIS)
ABSTRACT
In Syari’ah law, marriage (nikāḥ) is social contract between two individuals. Marriage is an
act of Islam and is strongly recommended. When marital harmony cannot be attained, the
Quran allows and even advises the spouses to bring the marriage to an end (2:231), although
this decision is not to be taken lightly, and the community is called upon to intervene by
appointing arbiters from the two families to attempt a reconciliation (4:35). This article reviews
research on the factors affecting Muslim divorces and the procedure in Syari’ah Court in
Singapore. Divorce proceedings in the Syari’ah Court are quite different from divorce
proceedings in the Family Court in Singapore. There are several matters to take note of and
certain procedural rules to comply with in order to ensure that your case runs smoothly and
ends in the shortest time possible with the desired outcomes.The main statute which governs
divorce proceedings in the Syari’ah Court is the Administration of Muslim Law Act (Cap. 3)
(AMLA). The Muslim Marriage and Divorce Rules (MMDR) prescribes the various processes and
procedures, while the Syari’ah Court Practice Directions 2018 (SCPD) sets out the templates
of the various forms used. In making its decision on the various issues which typically arise in
divorce proceedings which come before it – talak, nafkah iddah, mutaah, custody of
children, etc. – the Syari’ah Court applies Syari’ah law as well as (where applicable) Malay
custom. The recognized sources of Muslim law are the Holy Quran, the sayings and practices
of the Prophet (pbuh) and the majority opinion of Islamic scholars. The AMLA itself contains
several provisions dealing with some of these issues. Divorce is discussed in the context of a
continuum of matrimonial instability. Research on historical and sociological causes of
divorce and theoretical models for the study of divorce are reviewed. The contribution of
unmodifiable, and modifiable factors in easing the adjustment to divorce is examined. The
paper concludes with a discussion of issues relating to sampling and measurement that need
to be addressed in future research in order to improve and expand upon previous studies.
Divorced individuals, compared to their married counterparts, have higher levels of
psychological distress, substance abuse, and depression, as well as lower levels of overall
health (Amato, 2000; Hughes & Waite, 2009) . The study presents findings from interviews of 40
divorced individuals who received the Counselling and Marriage Preparation Course (MPC)
while engaged to be married. Using qualitative method, the study sought to understand
participant reasons for divorce (including identification of the “final straw”). The most
commonly reported major contributors to divorce were lack of commitment, infidelity, and
conflict/arguing. The most common “final straw” reasons were infidelity, domestic violence,
and substance use. More participants blamed their partners than blamed themselves for the
divorce. Recommendations from participants for the improvement of MPC included
receiving relationship education before making a commitment to marry (when it would be
easier to breakup), having support for implementing skills outside of the educational setting,
and increasing content about the stages of typical marital development. These results
provide new insights into the timing and content of premarital and relationship education.
Keywords: divorce, relationship, couples, prevention, counselling and education
94
ABSTRACTS
(2002)
NATURAL DISASTSER AND VULNERABLE VICTIMS IN MALAYSIA: A PRELIMINARY STUDY
SYAHIRAH ABDUL SHUKOR
[email protected]
DINA IMAM SUPAAT
NIK SALIDA SUHAILA NIK SALEH
NISAR MOHAMMAD AHMAD
ABIDAH ABDUL GHAFAR
FARAH SALWANI MUDA@ISMAIL
HENDUN ABD RAHMAN@SHAH
ADZIDAH YAACOB
MOHAMAD ZAHARUDDIN ZAKARIA
,
Fakulti Syariah dan Undang-Undang
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
ABSTRACT
Situated outside the Ring of Fire and south of major typhoon paths, Malaysia is
considered free from natural disaster resulting from volcanoes eruption, earthquake,
and typhoon. However, Malaysia is often affected by other disasters including floods,
landslides, haze, man-made disasters, as well as some rare cases of droughts and
tsunami. Thus, the 2014 flood in the East Coast and 2004 tsunami in Penang Coast
are an eye-opener to the government and the community. Due to climate change
and recurring natural disaster, a new disaster management structure, the National
Disaster Management Agency (NADMA) of the Prime Minister’s Office is established
to lead disaster management efforts. This paper aims to examine the extent to which
disasters that occurred are considered natural. It also examines the emerging legal
issues relating to infants, babies, pregnant women and old folks who are regarded
as vulnerable victims in need of extra vigilant and care in time of natural disaster.
Another important objective of this paper is to look at the role of NADMA is the
assistance and protection of vulnerable victims. Data and information for this paper
are developed based on library research. This paper concludes on the possible
arrangement and efforts that can be taken by the government as well as
communities at large as a preparation in facing unexpected disaster.
Keywords: natural disaster, victim of natural disaster,National Disaster Management
Agency (NADMA).
95
ABSTRACTS
(2003)
TAX RATE AND INTENTION TO COMPLY WITH TAXATION UNDER SUSTAINABLE TAX
SYSTEM: IBN KHALDUN’S THEORY OF TAXATION APPROACH
TEH SUHAILA TAJUDDIN
Department of Accounting and Finance, Faculty of Management and Muamalah
International Islamic University College Selangor (KUIS) [email protected]
IZLAWANIE MUHAMMAD
Faculty of Economics and Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
[email protected]
ABSTRACT
An outstanding and original theory from Islamic perspective, Ibn Khaldun’s Theory of
Taxation was found in his outstanding work of Muqaddimah in early 19th century. The
theory posited that an increased in tax rate will result a decreased in tax revenue.
Tax revenue plays a vital role as the main pillar to spur the economic growth and
secure sustainable income sources of any country in the world. An economically
sustainable tax system should be able to generate sufficient revenues to finance
government’s expenditure. However, little is known to what extent tax rate will impact
on the intention to comply with tax and eventually on tax revenue collection. This
study aims to examine the impact of changes in tax rates on tax compliance
intention among final year undergraduate students. By conducting online
questionnaire survey, the respondents consist of 102 students from a private higher
learning institution and 129 students from a public higher learning institution. As the
theory is less developed, Partial Least Squares Structural Equation Modelling has been
applied for this exploratory research and also used for the data analysis. It is
expected that cause-and-effect relationship under different levels of tax rates could
have wider generalizability. This study is expected to contribute to theoretical
comprehension in the literature on tax compliance behavior by using Khaldunian
Theory approach.
Keywords: Tax Rate, Tax Compliance, Intention, experimental, and Ibn Khaldun’s
Theory of Taxation.
96
ABSTRACTS
(2004)
GOVERNANCE AND LEGAL STRUCTURE OF PAWN BROKING SYSTEM IN MALAYSIA
NOR FADILAH BAHARI
[email protected]
Faculty of Management and Muamalah,
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor(KUIS),
PROF.DR.ZURINA SHAFII
[email protected]
Faculty of Economics and Muamalat,
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
PROF DATUK DR. MUSTAFA MOHD HANEFAH
[email protected]
Faculty of Economics and Muamalat,
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
NURUL WAJHI AHMAD
[email protected]
Faculty of Management and Muamalah
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor(KUIS)
ABSTRACT
The pawnbroking system operated as informal credit institutions and benefited primarily those
who exclude from the mainstream financial institutions. Established in the year 1811
influenced by the migration of Chinese citizens (Skully, 1992), conventional pawnbroking
being a pioneer in Malaysia’s financial market and received high demand from the public
before the introduction of the Islamic pawn broking system. In the early years of
establishment, most pawn shops are privately owned and operated for profit-making (Ismail
& Ahmad, 1997). The majority of them were illegal and unlicensed institutions. Started in the
year 1992, Islamic pawn broking system or known as Ar-Rahnu has been established due to
the high demand from Muslim society. At present, conventional pawnshops and Ar-Rahnu
operated parallel in Malaysia’s market. Both provide immediate funds to their clients. Since
its growth, the pawnbroking system was regulated by different acts and regulators depending
on its categories. For that reason, this study aims to examine the governance and legal
structure of the pawnbroking system in Malaysia including both segments; conventional and
Ar-Rahnu. This study applied a content analysis technique to fulfill the objective of this study.
At the end of this study, it’s providing a clear understanding of the current governance and
legal structured of the pawnbroking system in Malaysia.
Keywords: Pawn broking, Ar-Rahnu, Governance, Legal structure.
97
ABSTRACTS
(2005)
LEGAL PERSPETIVES OF MENTAL ILLNESS AMONG CHILDREN IN MALAYSIA: A
CRITICAL REVIEW
Syahirah Abdul Shukor
[email protected]
Amalina Ahmad Tajuddin
Ahmad Syukran Badruddin
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
ABSTRACT
A recent report published by the Malaysian Ministry of Health demonstrated an
increase in the number of Malaysian children affected with mental problems. Mental
health, if left untreated, might not only endanger those children who suffer from such
illness but also people around them. Untreated mental illness jeopardizes the future
of children. The Child Act 2001 and the Child Act Amendment 2016 of Malaysia are
silent pertaining to protection of children with mental problems. Most of the provisions
in these Acts highlight on protecting children who are victims to abuse or juvenile
who are in need of protection. Early intervention and identifying the problems of
young people with mental illness might be a taboo for some members in our society,
yet, if the problems are not properly addressed, the future generation will be
affected. By analysing secondary data, the authors explored the existing laws
related to mental illness among children in Malaysia. In tackling mental health issue
among children, this paper discussed possible legal mechanism using principles of
maqasid syariah. In addition, the World Health Organization (WHO) (2003) produced
a general guideline in handling mental illness and many world leaders regarded the
promotion of mental health and well- being should be included as health priorities
within global development agenda, which is included in the United Nations
Sustainable Development Goals (SDG). The suggestions in improving mental health
should not be too idealistic to be implemented but it is to ensure the problems are
under control by the members of the society. Finally, this paper suggested a cohesive
collaboration from all government agencies as well as private sectors in addressing
this critical issue as prevention is better than cure.
Keywords : Mental illness, child law, Malaysian law.
98