The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KOLEKSI SOALAN DAN CADANGAN JAWAPAN BAB 1 PENGURUSAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cg Suri, 2021-10-16 07:59:51

Q&A SEM2 BAB 1 PENGURUSAN

KOLEKSI SOALAN DAN CADANGAN JAWAPAN BAB 1 PENGURUSAN

Keywords: PENGURUSAN

STPM
PENGAJIAN PERNIAGAAN SEM

2
BAB 1: PENGURUSAN
ULANGKAJI: SOALAN & CADANGAN JAWAPAN

SIRI 1

(a) Terangkan maksud pengurusan dan lima kepentingan pengurusan kpd ssbh
organisasi. [6]

(b) Jika anda dilantik menjadi seorang pengurus, apakah aspek yg perlu diambil
kira semasa membuat perancangan. [4]

(c) Jelaskan konsep keberkesanan dan kecekapan dlm pengurusan menurut Peter
Drucker. [6]

(d) Jelaskan peranan Pengarah urusan Syarikat Ilmu bakti Sdn. Bhd. [6]

(e) Terangkan lima prinsip pengurusan yg diperkenalkan oleh Max Weber. [5]

(f) Dengan bantuan gambar rajah, huraikan Hierarki Keperluan Maslow yg
diperkenalkan oleh Abraham Maslow. [6]

(g) Pada pandangan anda, apakah gaya kepimpinan yg sesuai bg pengurus
berdasarkan sifat pekerja mengikut Teori X dan Teori Y. [4]

(h) Mengapakah kemahiran konseptual sangat penting kpd pengurusan atasan ssbh
organisasi perniagaan. [6]

(i) Terangkan kepentingan kemahiran teknikal kpd pengurusan bawahan.[4]

(j) Terangkan maksud perancangan dlm pengurusan . [4]

STPM

PENGAJIAN PERNIAGAAN SEM
2

BAB 1: PENGURUSAN

CADANGAN JAWAPAN

SIRI 1

1. Terangkan maksud pengurusan dan lima kepentingan pengurusan kpd ssbh
organisasi. [6]

Maksud pengurusan dan lima kepentingan pengurusan kpd ssbh organisasi ialah:

Maksud: Pengurusan merujuk kpd proses merancang, mengorganisasi,
memimpin dan mengawal sumber2 dlm organisasi dgn cekap dan berkesan

Lima kepentingan pengurusan kpd ssbh organisasi ialah:

1. Pengurusan penting kpd pengurusan ssbh organisasi ialah utk memastikan semua
matlamat yg dirancang dpt dicapai

2. Pengurusan penting utk memastikan setiap tindakan dilaksanakan mengikut
perancangan yg telah dibuat

3. Pengurusan penting utk memastikan semua sumber dlm organisasi diselaras dan
diagihkan mengikut kemahiran dan kecekapan

4. Pengurusan ptg utk memastikan setiap pekerja menjalankan tugas masing2 dgn cekap
dan berkesan

5. Pengurusan ptg utk memastikan semua aktiviti berjalan mengikut perancangan

2. Jika anda dilantik menjadi seorang pengurus, apakah aspek yg perlu diambil kira
semasa membuat perancangan. [4]

Aspek2 yg perlu diambil kira semasa membuat perancangan ialah:

1. Objektif - merujuk kpd tujuan yg ingin dicapai oleh organisasi
2. Strategi - merujuk kpd kaedah yg digunakan utk mencapai objektif
3. Perlindungan - iaitu kaedah utk meminimumkan risiko ketidakpastian dlm

persekitaran
4. Pencapaian matlamat - merujuk kpd kaedah pemantauan yg dilaksanakan bg

memastikan aktiviti berjalan mengikut perancangan

3. Jelaskan konsep keberkesanan dan kecekapan dlm pengurusan menurut Peter Drucker. [6]

Konsep keberkesanan dan kecekapan dlm pengurusan menurut Peter Drucker ialah:

Keberkesanan:
- Bermaksud melakukan sst yg betul
- Pengurus perlu memastikan matlamat yg hendak dicapai dan cara utk mencapai

matlamat tersebut
- Contohnya: melaksanakan aktiviti utk mencapai matlamat organisasi

Konsep keberkesanan dan kecekapan dlm pengurusan menurut Peter Drucker ialah:

Kecekapan:
- Bermaksud melakukan sst dgn betul
- Pengurus perlu memastikan kaedah terbaik digunakan utk mencapai matlamat

organisasi
- Contohnya: melaksanakan aktiviti dgn menggunakan kaedah terbaik utk

mencapai matlamat organisasi tanpa pembaziran sumber

4. Jelaskan peranan Pengarah urusan Syarikat Ilmu bakti Sdn. Bhd. [6]

Peranan Pengarah Urusan Syarikat Ilmu Bakti Sdn. Bhd. ialah:

1. Peranan antara perorangan - Pengarah Urusan Syarikat Ilmu Bakti Sdn Bhd. bertindak
sbg ketua, pemimpin dan penghubung dlm organisasi

2. Peranan bermaklumat - Pengarah Urusan Syarikat bertindak sbg pemantau,
penyampai dan jurucakap utk Syarikat Ilmu bakti sdn. Bhd.

3. Peranan Pembuat Keputusan - Pengarah Urusan bertindak sbg penyelesai masalah,
pengagih sumber dan perunding utk Syarikat Ilmu Bakti Sdn. Bhd.

5. Terangkan lima prinsip pengurusan yg diperkenalkan oleh Max Weber. [5]

Lima prinsip pengurusan yg diperkenalkan oleh Max Weber ialah:

- Pembahagian tugas kpd tenaga buruh mengikut kemahiran dan kepakaran
- Hierarki autoriti ditunjukkan dgn jelas
- Pengurus mewujudkan sistem prosedur yg sistematik spt peraturan yg jelas utk

mengawal pekerja
- Carta organisasi menunjukkan dgn jelas kpd pekerja siapa ketua mereka
- Hubungan antara individu bersifat professional dan tdk bersifat peribadi

6. Dengan bantuan gambar rajah, huraikan Hierarki Keperluan Maslow yg diperkenalkan
oleh Abraham Maslow. [6]

Hierarki Keperluan Maslow berserta gambar rajah:

Keperluan Pencapaian Hasrat Diri
Keperluan Penghargaan
Keperluan Sosial
Keperluan Keselamatan
Keperluan Fisiologi

Hierarki Keperluan Maslow

6. Dengan bantuan gambar rajah, huraikan Hierarki Keperluan Maslow yg diperkenalkan
oleh Abraham Maslow. [6]

Hierarki Keperluan Maslow berserta gambar rajah:

- Keperluan fisiologi - merujuk kpd keperluan asas spt makanan, pakaian dan tempat
tinggal

- Keperluan keselamatan - merujuk kpd perasan selamat dan bebas drpd ancaman
- Keperluan social - merujuk kpd keperluan mendapat kasih sayang dan persahabatan
- Keperluan penghargaan - merujuk kpd keperluan utk dihargai dan disanjungi
- Keperluan pencapaian hasrat diri - merujuk kpd keperluan utk mencapai apa yg

diingini

7. Pada pandangan anda, apakah gaya kepimpinan yg sesuai bg pengurus berdasarkan sifat

pekerja mengikut Teori X dan Teori Y. [4]

Gaya kepimpinan yg sesuai bg pengurus berdasarkan sifat pekerja mengikut Teori X
dan Teori Y:

- Teori X mengandaikan pekerja mempunyai sifat negative spt malas, tdk proaktif dan
mengamalkan sikap tdk mengambil tahu ttg kerja

- Oleh itu, pengurus harus mengamalkan gaya kepimpinan autokratik iaitu memaksa
pekerja utk melakukan kerja

- Teori Y pula mengandaikan pekerja mempunyai sifat positif spt rajin, produktif dan
proaktif

- Oleh itu, pengurus harus mengamalkan gaya kepimpinan demokratik atau laissez
faire dgn memberi kebebasan kpd pekerja utk membuat keputusan

8. Mengapakah kemahiran konseptual sangat penting kpd pengurusan atasan ssbh organisasi
perniagaan. [6]

Kemahiran konseptual sangat penting kpd pengurus atasan ssbh organisasi perniagaan kerana:

- Pengurus atasan perlu melihat organisasi secara menyeluruh dan hubungan antara
jabatan

- Pengurus atasan juga perlu membuat perancangan organisasi scr menyeluruh
- Pengurus atasan perlu membentuk visi dan misi organisasi
- Pengurus atasan perlu menterjemahkan wawasan organisasi supaya dpt difahami oleh

warga organisasi
- Pengurus atasan perlu membentuk dasar dan polisi organisasi
- Pengurus atasan perlu merancang strategi dan tindakan yg berdaya saing

9. Terangkan kepentingan kemahiran teknikal kpd pengurusan bawahan.[4]

Kepentingan kemahiran teknikal kpd pengurusan bawahan ialah:

- Untuk melaksanakan prosedur, peraturan dan teknologi
- Untuk memastikan prosedur, peraturan dan teknologi dilaksanakan dgn betul

dan berkesan
- Utk memberi tunjuk ajar kpd pekerja yg kurang mahir/ baharu
- Utk mengenal pasti sebarang kesilapan dan kekurangan serta mengambil

tindakan pembetulan dgn segera

10. Terangkan maksud perancangan dlm pengurusan. [4]

Maksud perancangan dlm pengurusan ialah:

- Merujuk kpd proses pembentukan visi dan misi organisasi
- Pengurus akan menganalisis persekitaran dgn menggunakan analisis kekuatan,

kelemahan, peluang dan ancaman (analisis SWOT) utk membentuk visi dan misi
organisasi
- Pengurus perlu merancang strategi utk mencapai visi dan misi organisasi
- Pengurus juga perlu menentukan tugasan yg sesuai mengikut kemahiran dan
kebolehan sumber manusia

SEKIAN, TERIMA KASIH
JUMPA LAGI

STPM
PENGAJIAN PERNIAGAAN SEM 2

BAB 1: PENGURUSAN
ULANGKAJI: SOALAN & CADANGAN JAWAPAN

SIRI 2

1. Terangkan enam kepentingan perancangan kpd organisasi perniagaan. [6]

2. Huraikan perbezaan antara perancangan strategic dgn perancangan taktikal. [6]

3. Perancangan operasi merupakan perancangan pada peringkat pelaksanaan.
Bincangkan. [4]

4. Terangkan maksud visi dan huraikan proses perancangan utk membentuk visi
sesebuah organisasi. [6]

5. Dengan memberikan contoh yg sesuai, huraikan analisis pulang modal. [6]

6. Terangkan maksud pengorganisasian dan huraikan lima kepentingan
pengorganisasian kpd ssbh organisasi.[6]

7. Dengan bantuan gambar rajah, huraikan penjabatan mengikut produk. [4]

8. Huraikan tiga jenis kuasa yg dimiliki oleh pemimpin ssbh organisasi. [6]

9. Terangkan maksud kepimpinan transformational dan huraikan lima cirri
kepimpinan transformational. [6]

CADANGAN JAWAPAN

1. Terangkan enam kepentingan perancangan kpd organisasi perniagaan. [6]

Enam kepentingan perancangan kpd organisasi perniagaan ialah

1. Menentukan hala tuju dgn menetapkan visi dan misi organisasi
2. Menyelaras sumber mengikut keperluan dan kepakaran
3. Mengukur prestasi dan pencapaian organisasi dgn membandingkan pencapaian

sebenar dgn pencapaian yg dirancang
4. Menentukan tindakan penambahbaikan yg dpt diambil sekiranya wujud kepincangan

drpd perancangan sebenar
5. Dijadikan alat kawalan utk mengelakkan kesilapan dan penyelewengan
6. Menjadi garis panduan kpd pihak pengurusan dlm membuat keputusan

2. Huraikan perbezaan antara perancangan strategic dgn perancangan taktikal. [6]

Perbezaan antara perancangan strategik dgn perancangan taktikal ialah:

Aspek Perancangan Strategik Perancangan Taktikal
Jangka
Meliputi jangka masa panjang Meliputi jangka masa

masa iaitu antara tiga hingga lima sederhana iaitu antara satu

tahun hingga tiga tahun

Peringkat Dilaksanakan oleh pengurusan Dilaksanakan oleh

pengurusan atasan pengurusan pertengahan

Kandungan Mengandungi maklumat umum Mengandungi maklumat

yg melibatkan keseluruhan khusus yg melibatkan

organisasi peringkat jabatan

3. Perancangan operasi merupakan perancangan pada peringkat pelaksanaan.
Bincangkan. [4]

(a)‘Perancangan operasi merupakan perancangan pd peringkat pelaksanaan’:

- Perancangan operasi merupakan perancangan yg dilakukan oleh pengurusan
bawahan utk mencapai matlamat organisasi

- Melibatkan jangka masa pendek, iaitu kurang drpd setahun
- Penekanan diberikan pd tugas rutin harian
- Menyenaraikan kaedah pelaksanaan aktiviti harian

4. Terangkan maksud visi dan huraikan proses perancangan utk membentuk visi
sesebuah organisasi. [6]

Maksud visi dan proses perancangan utk membentuk visi ssbh organisasi:

Maksud : Merupakan wawasan yg hendak dicapai oleh ssbh organisasi pd ms
hadapan

Proses perancangan utk membentuk visi:
1. Menentukan matlamat dan objektif utk visi yg akan dibentuk
2. Menganalisis persekitaran perniagaan iaitu persekitaran dalaman (spt aspek sumber

manusia dan kewangan) serta persekitaran luaran (spt aspek ekonomi dan politik)
agar sesuai dgn visi yg akan dibentuk
3. Membentuk alternative tindakan iaitu mengenal pasti beberapa alternative pilihan
utk membentuk visi
4. Menilai alternative tindakan, iaitu membandingkan kelebihan dan kelemahan setiap
alternative

5. Dengan memberikan contoh yg sesuai, huraikan analisis pulang modal. [6]

Analisis pulang modal berserta contoh:

- APM merupakan perancangan kuantiti produk yg perlu dijual utk menampung kos
dan memperoleh keuntungan

- Kegunaan APM ialah:
o Membantu pengurus mengenal pasti hubungan antara kos dgn hasil
o Membantu pengurus mengetahui titik pulang modal, iaitu kuantiti produk
apabila jumlah kos sama dgn jumlah hasil
o Mengetahui volum/ nilai jualan yg dpt menguntungkan perniagaan

- Contohnya: Syarikat XYZ menjual kasut pd harga RM40.00 sepasang. Kos
berubah seunit ialah RM30.00. kos tetap pengeluaran ialah RM20 000.00.
titik pulang modal bg Syarikat XYZ dapat dihitung spt berikut:

- TPM = KT/ HJ - KB
= 20 000/ 40 -30
= 2000 pasang kasut

- Pd volum jualan 2000 pasang kasut, Syarikat XYX akan memperoleh pulang
modal, iaitu jumlah kos sama dgn jumlah hasil

6. Terangkan maksud pengorganisasian dan huraikan lima kepentingan
pengorganisasian kpd ssbh organisasi.[6]

Maksud pengorganisasian dan lima kepentingan pengorganisasian kpd ssbh organisasi
ialah:

Maksud: merupakan proses mengagihkan sumber2 dlm organisasi mengikut
kepakaran dan kebolehan utk melaksanakan tugas bg mencapai matlamat
organisasi

Kepentingan:
1. Membantu operasi organisasi berjalan dgn teratur dan lancar
2. Memastikan aktiviti kerja dpt dijalankan dgn cakap dan berkesan
3. Mengurangkan konflik tugas antara pekerja
4. Membantu proses pembangunan sumber manusia melalui reka bentuk

semula kerja dan latihan sambil kerja
5. Membantu perancangan bilangan pekerja yg diperlukan dan penggunaan

tenaga kerja dgn lebih cekap dan berkesan

7. Dengan bantuan gambar rajah, huraikan penjabatan mengikut produk. [4]
Penjabatanan mengikut produk berserta gambar rajah:

Penjabatan mengikut produk

- Pembentukan jabatan mengikut jenis keluaran/ produk yg dihasilkan oleh
organisasi perniagaan

- Sesuai bg perniagaan yg mengeluarkan barisan produk yg berbeza

8. Huraikan tiga jenis kuasa yg dimiliki oleh pemimpin ssbh organisasi. [6]

3 jenis kuasa yg dimiliki oleh pemimpin ssbh organisasi ialah:

1. Kuasa sah - merupakan kuasa formal/ rasmi yg dimiliki oleh pemimpin kesan
drpd jawatan yg dipegang dan kedudukan did lm organisasi

2. Kuasa kepakaran - merujuk kpd keupayaan memimpin utk mempengaruhi
pengikutnya disebabkan pengetahuan atau kemahiran khusus yg dimiliki oleh
pemimpin berkenaan

3. Kuasa ganjaran - merupakan keupayaan pemimpin utk menawarkan sst yg
bernilai kpd pengikutnya bg mempengaruhi mereka dlm melakukan sst kerja

9. Terangkan maksud kepimpinan transformational dan huraikan lima cirri
kepimpinan transformational. [6]

Maksud kepimpinan transformational dan 5 ciri kepimpinan tersebut:

Maksud: merujuk kpd sifat pemimpin yg bersedia melakukan pembaharuan bg
memastikan organisasi sentiasa maju ke hadapan

Ciri:
1. Sentiasa melakukan pembaharuan
2. Berkebolehan mempengaruhi pengikut utk melakukan perubahan
3. Mempunyai kreativiti dan idea yg banyak
4. Bijak merebut peluang yg wujud drpd perubahan persekitaran
5. Cepat menyesuaikan diri dgn persekitaran baharu

SEKIAN, TERIMA KASIH

STPM
PENGAJIAN PERNIAGAAN SEM 2

BAB 1: PENGURUSAN
ULANGKAJI: SOALAN & CADANGAN JAWAPAN

SIRI 3

1. Perihalkan pemimpin tidak formal dlm ssbh organisasi. [4]

2. Huraikan gaya kepimpinan autokratik dan jelaskan jenis pekerja yg sesuai utk
gaya kepimpinan ini. [6]

3. Terangkan maksud gaya kepimpinan demokratik dan huraikan lima cirri gaya
kepimpinan demokratik. [6]

4. Huraikan empat kepentingan motivasi kpd ssbh organisasi. [4]

5. Huraikan kepentingan pembentukan pasukan kpd ssbh organisasi. [6]

6. Huraikan Teori Dua Faktor yg diperkenalkan oleh Frederick Herzberg. [6]

7. Pengurus ssbh organisasi blh melaksanakan Program Sokongan Keluarga utk
mengurangkan stres dlm kalangan pekerja. Huraikan [4]

8. Huraikan tiga kesan stres kpd individu. [6]

9. Huraikan Teori Pengurusan Saintifik yg diperkenalkan oleh Frederick Taylor. [6]

10. Syarikat Jamal Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat yg membekalkan wayar kpd
kontraktor binaan. Jumlah hasil yg diperoleh setahun ialah RM300 ribu. Harga jualan
satu gulung wayar ialah RM250.00 dan kos berubah seunit ialah RM90.00. Kos tetap
syarikat ini ialah RM80 ribu. Tentukan titik pulang modal dan hitung jumlah hasil dan
jumlah kos pd titik pulang modal [4]

CADANGAN JAWAPAN

1. Perihalkan pemimpin tidak formal dlm ssbh organisasi. [4]

Pemimpin tdk formal dlm ssbh organisasi:

- Pemimpin tdk formal dilantik dr kalangan ahli sst kumpulan disebabkan
kelebihan ttt yg dimiliki oleh pemimpin tersebut

- Tempoh pelantikan tdk tetap dan bersifat sementara
- Keputusan yg dibuat berbentuk nasihat dan tunjuk ajar
- Tdk mempunyai autoriti rasmi

2. Huraikan gaya kepimpinan autokratik dan jelaskan jenis pekerja yg sesuai utk gaya

kepimpinan ini. [6]

Gaya kepimpinan autokratik dan jenis pekerja yg sesuai utk gaya kepimpinan
tersebut:
- Gaya kepimpinan autokratik merupakan gaya kepimpinan apabila semua

keputusan dibuat oleh pengurus tanpa merujuk kpd subordinat
- Pengurus akan memberi arahan
- Pekerja akan melaksanakan arahan yg diberikan oleh pengurus
- Pekerja tdk diberi peluang langsung utk membuat keputusan
- Jenis pekerja yg sesuai utk gaya kepimpinan ini ialah pekerja yg malas dan tdk

bermotivasi
- Pekerja sedemikian akan bekerja mengikut arahan yg diberikan ketua mereka

3. Terangkan maksud gaya kepimpinan demokratik dan huraikan lima ciri gaya
kepimpinan demokratik. [6]

Maksud gaya kepimpinan demokratik dan 5 ciri gaya kepimpinan tersebut:

Maksud: merujuk kpd gaya kepimpinan di mana pengurus melibatkan pekerja
dlm proses pembuatan keputusan scr bersama

Ciri:

- Sentiasa menerima idea drpd pekerja sblm membuat keputusan
- Bersikap terbuka iaitu bersedia utk berbincang dgn pekerja
- Melibatkan pekerja dlm proses pembuatan keputusan
- Sentiasa berusaha meningkatkan prestasi pekerja utk meluahkan idea/ pendapat

4. Huraikan empat kepentingan motivasi kpd ssbh organisasi. [4]

4 kepentingan motivasi kpd ssbh organisasi ialah:

1. Menyatukan ahli2 organisasi utk mencapai matlamat organisasi
2. Mengekalkan pekerja dan mengurangkan kadar lantik henti pekerja
3. Mengurangkan kadar ponteng kerja
4. Meningkatkan prestasi kerja dan produktiviti organisasi

5. Huraikan kepentingan pembentukan pasukan kpd ssbh organisasi. [6]

Kepentingan pembentukan pasukan kpd ssbh organisasi ialah:
- Memberi motivasi kpd pekerja kerana ahli pasukan dpt saling bekerjasama
- Meringankan beban kerja pengurus kerana tanggungjawab dilaksanakan scr

bersama
- Menggalakkan penggabungan kepakaran dan kemahiran berbeza bg

meningkatkan kualiti kerja
- Menggalakkan pembuatan keputusan scr berpasukan
- Dpt mencungkil bakat kepimpinan dlm kalangan ahli pasukan
- Mengurangkan persaingan dan mewujudkan persefahaman antara pekerja

6. Huraikan Teori Dua Faktor yg diperkenalkan oleh Frederick Herzberg. [6]

Teori Dua Faktor yg diperkenalkan oleh Frederick Herzberg:

- Menyatakan bahawa ada dua faktor yg mempengaruhi motivasi pekerja iaitu factor
penjagaan dan factor motivasi

- Factor penjagaan berkaitan dgn faktor luaran spt gaji, upah, suasana tempat kerja
dan keselamatan kerja

- Sebarang peningkatan faktor penjagaan mewujudkan keadaan neutral dan tdk akan
meningkatkan motivasi

- Namun jika faktor penjagaan dikurangkan, ketidakpuasan akan timbul dlm diri
pekerja

- Factor motivasi berkaitan dgn factor dalaman spt pengiktirafan kerja dan pemberian
autoriti serta tanggungjawab

- Peningkatan factor dalaman akan meningkatkan motivasi dan seterusnya
meningkatkan produktiviti pekerja

- Pengurangan factor dalaman pula akan mengurangkan motivasi dan produktiviti
pekerja

7. Pengurus ssbh organisasi blh melaksanakan Program Sokongan Keluarga utk

mengurangkan stres dlm kalangan pekerja. Huraikan [4]

Pengurus ssbh organisasi blh melaksanakan Program Sokongan Keluarga utk
mengurangkan stres dlm kalangan pekerja dgn:
- Mengadakan pusat penjagaan kanak-kanak bg memudahkan ibu bapa yg bekerja utk

menghantar anak mereka ke tempat tersebut
- Mengadakan pusat penyusuan kanak2 bg memudahkan ibu utk menyusukan anak

mereka sms waktu kerja
- Mengadakan program bekerja dr rumah utk membolehkan para ibu bekerja sambil

menguruskan anak
- Menyediakan jadual waktu kerja anjal bg memudahkan ibu utk menyempurnakan

kerja rumah tangga terlebih dahulu sblm pergi bekerja


Click to View FlipBook Version