8. Huraikan tiga kesan stres kpd individu. [6]
3 kesan stres kpd individu ialah:
1. Kemerosotan tahap kesihatan
- Seseorg yg mengalami stres akan mudah letih dan sering sakit
2. Perubahan tingkah laku
- Seseorg yg mengalami stres cenderung makan lebih banyak drpd kebiasaan,
mengambil minuman keras atau kuat merokok
3. Kemerosotan prestasi kerja
- Seseorg yg mengalami stres akan sering ponteng kerja lalu menyebabkan prestasi
kerjanya merosot.
9. Huraikan Teori Pengurusan Saintifik yg diperkenalkan oleh Frederick Taylor. [6]
Teori Pengurusan Saintifik yg diperkenalkan oleh Frederick Taylor ialah:
- Satu pendekatan pengurusan yg bertujuan meningkatkan keberkesanan pekerja dan
produktiviti organisasi
- Kebajikan kedua2 pihak iaitu pekerja dan majikan diberikan penekanan utama
- Menurut Taylor, prinsip pengurusan ialah:
o Mengenal pasti kaedah terbaik utk melakukan sst kerja
o Memilih dan melatih pekerja scr saintifik dan sistematik
o Menggalakkan kerjasama antara pekerja semasa melaksanakan kerja
o Menggalakkan pembahagian kerja secara adil dan saksama antara pekerja dgn
pihak pengurusan
10. Syarikat Jamal Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat yg membekalkan wayar kpd
kontraktor binaan. Jumlah hasil yg diperoleh setahun ialah RM300 ribu. Harga jualan
satu gulung wayar ialah RM250.00 dan kos berubah seunit ialah RM90.00. Kos tetap
syarikat ini ialah RM80 ribu. Tentukan titik pulang modal dan hitung jumlah hasil dan
jumlah kos pd titik pulang modal [4]
TPM = KT/ HJ - KB
= RM80 000/ RM250.00 - RM90.00
= 500 gulung wayar
Jumlah hasil pada TPM = Harga Jualan X Kuantiti TPM
= RM250.00 X 500
= RM125 000
Jumlah kos pada TPM = Kos Tetap + Kos Berubah
= RM80 000 + (RM90.00 X 500)
= 80 000 + 45 000
= RM125 000
SEKIAN, TERIMA KASIH
STPM
PENGAJIAN PERNIAGAAN SEM 2
BAB 1: PENGURUSAN
ULANGKAJI: SOALAN & CADANGAN JAWAPAN
SIRI 4
1. Terangkan maksud carta gantt dan kegunaannya kpd ssbh organisasi. [6]
2. Huraikan kandungan fail meja bg ssbh organisasi. [4]
3. Berikan maksud pengurusan dan jelaskan kepentingan pengurusan kpd organisasi.
[6]
4. Huraikan Teori Pengurusan Saintifik dlm meningkatkan produktiviti pekerja. [6]
5. Huraikan analisis titik pulang modal sbg salah satu alat perancangan dlm ssbh
organisasi [4]
5. Terangkan maksud stres dan jelaskan empat kesan stres pekerja terhadap organisasi perniagaan [6]
6. Huraikan kemahiran perhubungan manusia yg ada pd seorg pengurus dlm ssbh organisasi [4]
7. Terangkan tiga unsur yg terdapat dlm perancangan strategiK. [6]
8. Terangkan maksud konsep-konsep pengorganisasi berikut
(i) Autoriti
(ii) Tanggungjawab
(iii) Akauntabiliti [6]
9. Jelaskan bagaimana keperluan fisiologi dipenuhi sebagaimana didlm teori motivasi Maslow. [4]
10. Jelaskan konsep kecekapan dan keberkesanan mengikut Peter Drucker yg seharusnya diamalkan oleh seorg
pengurus kilang. [6]
1. Terangkan maksud carta gantt dan kegunaannya kpd ssbh organisasi. [6]
Maksud carta gantt dan kegunaannya kpd ssbh organisasi:
Maksud:
- Carta gantt ialah satu carta yg digunakan oleh pengurus utk merancang
jangka masa yg perlu diambil bg menyempurnakan aktiviti2 dlm sst projek
- Setiap aktiviti akan dirancang mengikut jangka masa dan urutan aktiviti
Kegunaan:
1. Merancang dan memantau kemajuan sst projek dgn mudah kerana Carta
Gantt dpt dipamerkan
2. Menetapkan masa bermula dan masa berakhir sst aktiviti bg
mengelakkan kelewatan
3. Menentukan tempoh sst aktiviti dpt disempurnakan kerana setiap
tempoh aktiviti telah dirancang dr peringkat awal
4. Membantu pengurus membuat perbandingan antara kemajuan sebenar
dgn kemajuan yg dirancang bg sst projek
2. Huraikan kandungan fail meja bg ssbh organisasi. [4]
Kandungan fail meja bg ssbh organisasi ialah:
1. Senarai tugas dan tanggungjawab sseorg pekerja
2. Rangkaian prosedur kerja dan senarai semakan tindakan
3. Senarai peruntukan kuasa dan undang2 sbg sumber kuasa
4. Aliran kerja bg seseorg pekerja
5. Carta organisasi yg menunjukkan aliran kuasa dlm organisasi
3. Berikan maksud pengurusan dan jelaskan kepentingan pengurusan kpd organisasi.
[6]
Maksud pengurusan dan kepentingannya ialah:
Maksud:
Pengurusan bermaksud proses menentu dan mencapai matlamat organisasi
melalui fungsi2 pengurusan yg terdiri drpd perancangan, pengorganisasian,
kepimpinan dan pengawalan dgn menggunakan sumber manusia, kewangan,
bahan, peralatan dan sumber2 lain dlm organisasi secara cekap dan berkesan.
Kepentingan:
1. Memastikan objektif dan matlamat organisasi tercapai
2. Memastikan perancangan dan penggunaan sumber organisasi dilakukan
secara optimum dan mengelakkan pembaziran
3. Membantu pengurus organisasi membuat analisis persekitaran dgn mengenal
pasti kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman organisasi
4. Membantu organisasi dlm pembuatan keputusan yg tepat dan rasional
5. Memastikan penyelarasan kerja dilaksanakan dgn cekap dan berkesan
4. Huraikan Teori Pengurusan Saintifik dlm meningkatkan produktiviti pekerja. [6]
Teori pengurusan saintifik dlm meningkatkan produktiviti pekerja:
- Pelopor pendekatan pengurusan saintifik ialah Frederick Taylor, Frank dan Lilian
Gilbert serta Henry L. Gantt
o Frederick Taylor - beliau dikenali sbg ‘Bapa Pengurusan Saintifik’ yg
mengutamakan peningkatan kecekapan pekerja melalui pengkhususan kerja,
penyediaan latihan yg sesuai kpd pekerja, penggunaan kad arahan bg
melaksanakan tugas dan memberi kadar upah berdasarkan output yg
dihasilkan
o Frank dan Lilian gilbert
- mereka menjalankan kajian berkaitan masa dan penggerakan kerja iaitu setiap
tugas/ kerja ditentukan masa menyelesaikannya dgn menganalisis setiap pergerakan
pekerja dlm melaksanakan tugasan
- pergerakan kerja yg tdk perlu atau tdk cekap dihapuskan utk mengelakkan
pembaziran tenaga dan menghasilkan prestasi kerja yg optimum
o Henry L. Gantt
▪ Beliau memperkenalkan kaedah penjadualan tugas melalui Carta Gantt dlm
merancang, menjadual dan mengawal perjalanan sst tugas atau operasi
▪ Beliau juga memperkenalkan sistem ganjaran iaitu pemberian bonus kpd pekerja yg
dpt menyempurnakan tugas melepasi standard prestasi mereka
5. Huraikan analisis titik pulang modal sbg salah satu alat perancangan dlm ssbh
organisasi [4]
(a) Analisis titik pulang modal sbg salah satu alat perancangan dlm ssbh organisasi:
- APM merupakan alat dlm merancang jumlah keluaran dan jualan paling optimum
- Pengiraan APM adlh berdasarkan tahap pengeluaran di mana jumlah kos dan jumlah hasil
adlh sama
- Pd peringkat ini, perniagaan tiada keuntungan atau kerugian
- APM juga boleh digunakan sbg alat utk meramal untung sasaran
- Formula utk mendapatkan TPM = Jumlah KT/ HJ - KB
- Pengurus blh meningkatkan keuntungan dgn menambahkan kuantiti jualan, meningkatkan
harga jualan atau mengurangkan kos seunit keluaran
6. Terangkan maksud stres dan jelaskan empat kesan stres pekerja terhadap organisasi
perniagaan [6]
Maksud stres dan kesannya kpd organisasi ialah:
Maksud stres: merupakan tindak balas fizikal, mental atau emosi terhadap
kejadian atau peristiwa yg menyebabkan gangguan dan memberi reaksi
fizikal dan psikologikal ke atas individu
Kesan stres kpd organisasi perniagaan:
1. Penurunan produktiviti akibat prestasi pekerja menurun
2. Kerosakan harta benda organisasi kerana pekerja blh berkelakuan agresif
3. Kerja tdk dpt disiapkan dlm masa yg ditetapkan kerana pekerja sering ponteng
kerja
4. Pekerja mungkin melakukan sabotaj kerja atau sumber bahan mentah yg
menyebabkan kerugian kpd organisasi
5. Kos pengurusan sumber manusia meningkat kerana organisasi terpaksa
mencari pekerja baharu akibat pekerja yg berhenti
7. Huraikan kemahiran perhubungan manusia yg ada pd seorg pengurus dlm ssbh
organisasi [4]
Kemahiran perhubungan manusia yg ada pd seorg pengurus ssbh organisasi ialah:
- Merupakan kebolehan pengurus berkomunikasi dgn warga organisasi
- Mewujudkan hubungan baik dlm organisasi
- Dpt memberi motivasi dan mempengaruhi pekerja utk bekerja dgn bersungguh-
sungguh
- Dpt memastikan perhubungan dlm organisasi baik dan dpt mewujudkan suasana
kerja yg kondusif
- Ptg bg ketiga2 peringkat pengurusan dlm organisasi
8. Terangkan tiga unsur yg terdapat dlm perancangan strategiK. [6]
Unsur2 dlm perancangan strategik:
- Visi - merupakan bayangan/ persepsi yg hendak dicapai oleh ssbh organisasi pd ms
hadapan
- Misi - merupakan arah tuju utama ssbh perniagaan diwujudkan
- Objektif - merupakan matlamat atau sasaran yg ingin dicapai oleh ssbh organisasi
- Strategi dan taktik - merupakan tindakan atau kaedah yg digunakan utk mencapai
objektif
- Dasar/ polisi - merupakan prinsip yg menjadi garis panduan melaksanakan aktiviti yg
dirancang
- Prosedur - merupakan proses atau langkah yg perlu diikuti utk menjayakan sst
tindakan
- Standard - merupakan satu ukuran piawai yg ditetapkan dan blh digunakan utk
membuat perbandingan dgn pencapaian semasa
9. Terangkan maksud konsep-konsep pengorganisasi berikut
(i) Autoriti
(ii) Tanggungjawab
(iii) Akauntabiliti [6]
Konsep pengorganisasian:
1. Autoriti
- Merujuk hak formal utk membuat keputusan, bertindak mengikut peraturan dan memberi
arahan kpd pekerja bawahan
- Wujud akibat drpd kedudukan seseorg dlm organisasi
- Semakin tinggi jawatan seseorg individu berada dlm carta organisasi semakin besar autoriti yg
dimilikinya
- Namun, autoriti seseorg itu tertakluk kpd bidangnya shj, iatu dia tdk berhak utk memberi arahan
dlm bidang yg tdk berkaitan
2. Tanggungjawab
- Merupakan kewajiban seseorg pekerja atau subordinatnya utk melaksanakan kerja
yg diserahkan kpd nya oleh pihak atasan melalui autoriti yg diperolehnya
3. Akauntabiliti
- Merupakan amalan seseorg pengurus yg bertanggungjawab ke atas pelaksanaan
tanggungjawab melalui tindakan yg diambil apabila menjalankan tugas yg
diamanahkan
- Pengurus mempunyai akauntabiliti terhadap penggunaan autoriti/ kuasa yg diberi
kpd nya dan tindakan pekerjanya, manakala pekerja mesti bertanggungjawab
sepenuhnya terhadap tugasan yg dilaksanakan
9. Jelaskan bagaimana keperluan fisiologi dipenuhi sebagaimana didlm teori motivasi
Maslow. [4]
Kaedah keperluan fisiologi dipenuhi sebagaimana di dlm Teori Maslow:
- Merupakan keperluan paling asas utk meneruskan kehidupan
- Cthnya, makanan, pakaian dan tempat tinggal
- Keperluan fisiologi blh dipenuhi apabila manusia berusaha mencapai apa yg
diperlukan
- Pd peringkat kanak2 dan remaja, mereka perlu berusaha belajar sehingga mencapai
cita2 mereka
- Apabila dewasa mereka pelu mendapatkan pekerjaan utk memenuhi keperluan
fisiologi mereka
10. Jelaskan konsep kecekapan dan keberkesanan mengikut Peter Drucker yg seharusnya
diamalkan oleh seorg pengurus kilang. [6]
Konsep kecekapan dan keberkesanan:
Kecekapan:
- Kecekapan bermaksud melakukan sst kerja dgn betul
- Pengurus perlu memastikan pekerja melakukan kerja dgn cara yg terbaik dan
mengelakkan pembaziran sumber
- Pengurus dikatakan cekap apabila dpt memaksimumkan pengeluaran dgn
menggunakan kos pengeluaran yg paling minimum
Keberkesanan:
- Keberkesanan bermaksud melakukan sst kerja yg betul
- Pengurus perlu memastikan pekerja melakukan kerja dan mencapai
matlamat organisasi
- Pengurus perlu dpt menyiapkan kerja sebagaimana dirancang
- Maka pengurus tersebut dikatakan berkesan
SEKIAN, TERIMA KASIH
STPM
PENGAJIAN PERNIAGAAN SEM 2
BAB 1: PENGURUSAN
ULANGKAJI: SOALAN & CADANGAN JAWAPAN
SIRI 5
1. Terangkan 4 kepentingan kemahiran pengurusan kpd organisasi. [4]
2. Dengan bantuan gambar rajah yg sesuai, huraikan carta organisasi penjabatanan
mengikut fungsi. [6]
3. Berikan maksud pengawalan dan senaraikan 2 kepentingannya. [4]
4. Terangkan Pendekatan Kuantitatif dalam sistem pemgurusan ssbh organisasi. [4]
5. Terangkan maksud empowerman dan berikan 3 kebaikan empowerman kpd
organisasi [4]
6. Jelaskan 3 perbezaan antara pemimpin dgn pengurus. [6]
7. Huraikan Analisis Teknik Menilai dan Menyemak (PERT) sbg salah satu alat
kawalan dlm organisasi. [6]
8. Terangkan peranan pengurus sbg pendorong mengikut teori Minztberg. [6]
9. Terangkan maksud bajet dlm proses perancangan dan huraikan penggunaannya
dlm perancangan.[6]
CADANGAN JAWAPAN
1. Terangkan 4 kepentingan kemahiran pengurusan kpd organisasi. [4]
Kepentingan kemahiran pengurusan kpd organisasi ialah:
- Dpt memastikan operasi harian berjalan lancar dan sebarang kesilapan dpt diperbetulkan di
peringkat awal
- Dpt memastikan komunikasi berlaku dgn baik dlm ssbh organisasi - organisasi akan lebih
aman dan tdk wujud konflik antara pekerja
- Dpt memastikan aktiviti dan kerja dilakukan mengikut ms yg ditetapkan
- Dpt memastikan keputusan yg dibuat oleh organisasi merupakan keptusan yg plg baik dan
tepat
- Dpt memastikan saling kebergantungan antara st jabatan dgn jabatan lain dan sebarang
konflik dpt diselesaikan dgn baik
2. Dengan bantuan gambar rajah yg sesuai, huraikan carta organisasi penjabatanan
mengikut fungsi. [6]
Carta organisasi penjabatan mengikut fungsi:
- Penjabatan mengikut fungsi melibatkan pengelompokan tugas mengikut
fungsi asas ssbh organisasi
- Sebuah organisasi mempunyai seorg pengurus atasan iaitu Ketua Eksekutif
dan mempunyai kuasa kawalan ke atas pengurus pertengahan mengikut
jabatan, iaitu Jabatan Pemasaran, pengeluaran, dan kewangan
- Kebaikan penjabatan ini ialah dpt memudahkan penyeliaan dan
menggalakkan penggunaan sumber dgn cekap
3. Berikan maksud pengawalan dan senaraikan 2 kepentingannya. [4]
Maksud pengawalan dan kepentingannya:
Pengawalan bermaksud tindakan memastikan pelaksanaan aktiviti mengikut
perancangan yg tlh dibuat dgn membandingkan pencapaian sebenar dgn pencapaian
yg dirancang
Kepentingan:
1. Membolehkan segala aktiviti yg dirancang dilaksanakan dgn baik
2. Mengelakkan sebarang penyelewengan berlaku sms aktiviti dijalankan
3. Membolehkan punca kesilapan dikenal pasti dan dibuat penambahbaikan
4. Membolehkan maklum balas diperoleh drpd pekerja dan menjadi garis panduan pd ms
akan dtg
4. Terangkan Pendekatan Kuantitatif dalam sistem pemgurusan ssbh organisasi. [4]
Pendekatan kuantitatif dlm sistem pengurusan ssbh organisasi:
- Mengikut pendekatan ini, maklumat berangka diperlukan dlm proses pembuatan
keputusan
- Penggunaan formula matematik dan statistik digunakan utk mendapat keputusan
yg tepat
- Penggunaan formula matematik utk membuat keputusan pengurusan
- Penggunaan formula statistic utk menjalankan aktiviti harian spt kawalan
inventori
- Penggunaan teknologi maklumat utk mengurus data dlm organisasi
5. Terangkan maksud empowerman dan berikan 3 kebaikan empowerman kpd organisasi [4]
Maksud dan kebaikan empowermen:
Bermaksud pengagihan kuasa kpd semua peringkat pengurusan utk membuat
keputusan rasional
Kebaikan:
- Mengurangkan beban tugas pengurus atasan dlm pembuatan keputusan
- Pembuatan keputusan oleh jabatan scr individu akan menambahkan kelancaran
operasi organisasi
- Motivasi pekerja akan meningkat kerana idea mereka diterima dlm proses
pembuatan
6. Jelaskan 3 perbezaan antara pemimpin dgn pengurus. [6]
Perbezaan antara pemimpin dgn pengurus:
Aspek Pemimpin Pengurus
Fungsi Menetapkan hala tuju iaitu visi dan misi organisasi Merancang iaitu melaksanakan fungsi perancangan
Peranan Memainkan peranan mengurus iaitu menyusun, Menyusun dan mengorganisasi iaitu melaksanakan
mengagih sumber dgn cekap dan berkesan dan fungsi pengorganisasian dan penstafan dan berusaha
Pengaruh berusaha utk mencapai matlamat yg lbh baik mencapai matlamat organisasi
drpd yg tlh ditetapkan
Penyelesaian Memberi dorongan, motivasi dan inspirasi kpd Mengarah dan mempengaruhi pekerja dgn
masalah pekerja melalui kaunseling dan jalinan menggunakan autoriti atau kuasa rasmi
Akauntabiliti perhubungan yg baik
Menyelesaikan masalah yg berlaku antara pekerja Mengawas memastikan aktiviti organisasi berjalan pd
Focus isu dan menganalisis serta menangani perubahan yg landasan yg betul iaitu melaksanakan fungsi
peribadi berlaku pengawalan
Bertanggungjawab dan sanggup menanggung Tdk berani mengambil risiko dan tdk menyalahkan diri
beban apabila berlaku kesilapan ditempat kerja sdr apabila sst yg tdk baik berlaku di tempat kerja
iaitu mempunyai akauntabiliti
Prihatin terhdap isu peribadi pekerja dan Kurang prihatin terhadap isu peribadi pekerja dan
pencapaian pekerja serta mewujudkan hubungan pencapaian pekerja serta lbh mementingkan
interpersonal yg baik antara pemimpin dgn pencapaian matlamat organisasi
pekerja
7. Huraikan Analisis Teknik Menilai dan Menyemak (PERT) sbg salah satu alat
kawalan dlm organisasi. [6]
Analisis PERT/ CPM sbg st alat kawalan dlm organisasi:
- Merupakan st rangkaian aktiviti yg kompleks dlm sst projek yg menyenaraikan aktiviti
mengikut keutamaan
- Kegunaannya: mengawal kemajuan projek supaya mengikut perancangan yg
ditetapkan
- Mengawal kos pelaksanaan projek mengikut proses aktiviti
- Sbg panduan melaksanakan projek mengikut perancangan
- Memastikan setiap aktiviti dijlnkan mengikut keutamaan
8. Terangkan peranan pengurus sbg pendorong mengikut teori Minztberg. [6]
Peranan pengurus sbg pendorong menurut Teori Minzberg:
1. Memberi galakan/ motivasi: pengurus memberi pujian/ sokongan/ ganjaran kpd
pekerjanya
2. Ketua/ pemimpin: pengurus memberi arahan dgn jelas, tepat dan berhemah kpd
pekerja
3. Fasilitator : pengurus memberi tunjuk ajar kpd pekerja
4. Pemudah cara/ pembimbing: pengurus memberi panduan/ teguran kpd pekerja
9. Terangkan maksud bajet dlm proses perancangan dan huraikan penggunaannya
dlm perancangan.[6]
Maksud bajet dlm proses perancangan:
Bajet merupakan teknik yg digunakan oleh perniagaan bg merancang pengaliran wang
tunai perniagaan pd ms hadapan
Kegunaan:
- Merancang aliran tunai perniagaan supaya aliran tunai berada pd thp terbaik
- Dpt memastikan kemampuan perniagaan pd ms hadapan
- Dpt menyakinkan pembiaya bg mendapatkan pinjaman
- Merancang pembelian asset pd ms hadapan
- Mendapatkan sumber kewangan tambahan jika kekurangan aliran tunai
SEKIAN, TERIMA KASIH
STPM
PENGAJIAN PERNIAGAAN SEM 2
BAB 1: PENGURUSAN
ULANGKAJI: SOALAN & CADANGAN JAWAPAN
SIRI 6
1. Terangkan kepimpinan transactional sbg st jenis kepimpinan dlm organisasi. [4]
2. Terangkan Teori X dan Y yg diperkenalkan oleg George McGregor. [4]
3. Max Weber memperkenalkan model birokrasi dlm teori pengurusan
pentadbiran organisasi. [6]
4. Terangkan kepentingan kemahiran pengurusan masa kpd seorg pengurus
atasan. [4]
5. Dgn bantuan gambar rajah, terangkan autoriti lini dan autoriti staf [6]
6. Terangkan kepimpinan berwawasan sbg st jenis kepimpinan dlm organisasi. [4]
7. Terangkan lima kepentingan kemahiran pengurusan kpd organisasi. [5]
8. Terangkan hubungan antara kemahiran konsep dan kemahiran teknikal dgn
peringkat pengurusan atasan dan bawahan dlm ssbh organisasi [4]
9. Terangkan jenis2 kuasa yg ada ps seorg pemimpin [5]
10. Terangkan bagaimana teori motivasi dua factor Herzberg blh diamalkan di dlm
ssbh organisasi.[6]
CADANGAN JAWAPAN
1. Terangkan kepimpinan transactional sbg st jenis kepimpinan dlm organisasi. [4]
Kepimpinan transactional sbg st jenis kepimpinan dlm organisasi:
- Kepimpinan transactional merupakan corak kepimpinan yg diperkenalkan oleh Max
Weber
- Kepimpinan ini memberi penekanan kpd pembentukan strukutr birokrasi
menentukan kecekapan pengurusan dlm ssbh organisasi melalui kaedah yg berikut:
o Pembahagian tenaga buruh
o Hierarki autoriti
o Sistem pemantauan
o Pengurusan tertakluk kpd peraturan dan disiplin
o Hubungan antara individu tdk bersifat peribadi
2. Terangkan Teori X dan Y yg diperkenalkan oleg George McGregor. [4]
Teori X dan Y yg diperkenalkan oleh George McGregor:
- Mengikut teori ini, pekerja dibahagikan kpd 2 jenis pekerja iaitu pekerja X dan
pekerja Y
- Pekerja X mempunyai motivasi yg rendah dan pekerja Y mempunyai motivasi tinggi
- Mengikut teori ini, pekerja X perlu dipaksa utk bekerja dan corak kepimpinan
autokratik sesuai dgn pekerja ini
- Pekerja Y pula diberi kepercayaan utk menjalankan kerja dan corak kepimpinan
demoratik sesuai dgn pekerja ini
3. Max Weber memperkenalkan model birokrasi dlm teori pengurusan pentadbiran
organisasi. [6]
Model birokrasi dgn menekankan struktur birokrasi oragnisasi yg baik dpt memastikan
kecekapan melalui kaedah yg berikut:
- Pembahagian kerja
- Hierarki autoriti/ strukutur organisasi
- Maklumat jelas berkaitan tugas
- Sistem atau tatacara melaksanakan tugas scr terperinci
- Menilai pekerja berdasarkan sistem merit
- Mengetepikan kepentingan peribadi demi organisasi
4. Terangkan kepentingan kemahiran pengurusan masa kpd seorg pengurus atasan. [4]
Kepentingan kemahiran pengurusan masa kpd seorg pengurus atasan:
- Kemahiran pengurusan masa ialah kebolehan utk memastikan semua kerja dpt
dilaksanakan mengikut masa yg tlh ditetapkan dan memenuhi paiwaian
- Pengurusan masa ptg kpd pengurus atasan utk memastikan hasil keluaran mengikut
ms yg ditetapkan dan dpt dihantar kpd pelanggan mengikut ms yg dikehendaki