| 203 E-Proceeding of The International Education Innovation Expo 2023 (Edu@Innovate 2023), 8- 9 November 2023 Kaedah Untuk Meningkatkan Kefahaman Pelajar Mengenai Kursus Prinsip-Prinsip dalam Mikrobiologi (SBB 3033) Alif Hazree bin Ahmad Hairi*, Muhammad Lutfil Hadi bin Mohd Lukman, Noraiman Hafiz bin Nordin, Muhammad Ikwan bin Amir *Universiti Pendidikan Sultan Idris, [email protected] Category: Pedagogy and Curriculum Abstrak: Sebagai sebuah Universiti Pendidikan nombor 1, UPSI memainkan peranan penting dalam melahirkan graduan-graduan bermutu selaras dengan Standard Guru Malaysia untuk menerajui pembentukan insan minda kelas pertama pada masa hadapan. Oleh itu, kami sebagai para pelajar amat komited untuk merealisasikan perkara ini dan mengambil beberapa inisiatif dengan menganjurkan Projek Hello Microbes 7: Whats in Your Foods, yang bertujuan mengukuhkan pemahaman kami dalam bidang Mikrobiologi, terutama sekali dalam skop pemakanan. Objektif utama projek ini dilaksanakan agar pelajar dapat mengenal pasti kaedah yang sesuai untuk mengaplikasikan konsep biologi kepada komuniti sasaran dengan menghasilkan idea yang kreatif serta inovatif. Dalam projek ini, sebuah transformasi pembelajaran telah diwujudkan, iaitu kami sebagai pelajar akan memainkan peranan sebagai tenaga pengajar dalam sesi kuliah dengan menyampaikan kandungan kursus menggunakan pelbagai pendekatan kreatif dan inovatif yang telah dirangka dengan teliti supaya kaedah pengajaran dan pembelajaran dapat divariasikan berpandukan kesesuaian keadaan semasa. Seterusnya, perkara yang dirangka ini akan diaplikasikan dalam Projek Hello Microbes yang tujuan utamanya adalah untuk memberikan peluang kepada para pelajar mengasah bakat serta mengetahui cara menyesuaikan kaedah pengajaran mereka kepada komuniti sasaran, iaitu kanak-kanak tadika, dengan pendekatan SULAM. Melalui projek ini, komunikasi pelbagai hala antara pelajar dengan komuniti sasaran dengan menggunakan penerapan “deep learning” dapat diwujudkan. Langkah ini sangat penting untuk menentukan keberkesanan dan menonjolkan isi utama tujuan projek SULAM yang dijalankan. Tambahan pula, projek ini membolehkan pelajar membina sendiri pengetahuan mahupun konsep secara aktif berdasarkan pengalaman sedia ada yang diperoleh. Projek ini bukan sahaja mendedahkan pelajar kepada teori dan konsep dalam bidang mikrobiologi, malah projek ini turut menyediakan pendekatan pembelajaran berfokuskan beberapa kemahiran lain seperti kemahiran aplikasi konsep sains dalam kehidupan, memproses maklumat, dan kemahiran pengajaran kepada komuniti sasaran. Kaedah yang diterapkan dalam PdP antara pensyarah dengan pelajar ini bukan sahaja berfaedah, malah dapat juga diaplikasikan dalam jangka masa panjang. Kesimpulannya, inisiatif ini terbukti sangat berkesan dalam memberikan kesan positif kepada pelajar dari aspek kognitif dan kemahiran insaniah sebagai persediaan menjadi pendidik setelah menamatkan pengajian.
204 | E-Proceeding of The International Education Innovation Expo 2023 (Edu@Innovate 2023), 8- 9 November 2023 “Miracle of Cells” is an innovation in teaching and learning that is associated with the Science, Technology, Education, and Mathematics (STEM) approach. This innovation consists of two interactive models: plant and animal cell models made from recycled materials paired with analogies for each cell that fits the syllabus. These interactive plant cell and animal cell models are made from materials with the concept of 3R (Reduce, Reuse, Recycle) and integrate technology to increase efficiency in teaching and learning. It comes with presentation slides for cell analogies, modules, and a QR code application. In addition, the use of recyclable materials helps reduce waste and promote environmental sustainability. Abstract:
| 205 E-Proceeding of The International Education Innovation Expo 2023 (Edu@Innovate 2023), 8- 9 November 2023 Tiny World Adventurer Norsyahira Chew binti Edey Ridzuan Chew*, Ain Zulaikha binti Ahmad Chukri, Nur Imanina binti Omar, Mohammad Najmi bin Najjamudin *Universiti Pendidikan Sultan Idris, [email protected] Category: Pedagogy and Curriculum Abstrak: Aspek seperti rancangan kartun dan televisyen menyebabkan kanak-kanak dalam lingkungan 4 hingga 6 tahun mempunyai pemahaman yang kurang tepat terhadap mikrob. Bagi mereka, mikrob adalah sebuah organisma kecil yang mempunyai ciri-ciri panca indera seperti manusia, misalnya, mempunyai tangan dan wajah. Namun, dari sudut sains, mikrob ini mempunyai bentuk dan struktur badan yang khas seperti bacillus, coccus dan streptococcus, yang berbeza dengan manusia. Oleh itu, Tiny World Adventurer adalah sebuah projek yang dilakukan berkesinambungan dengan program Hello Microbe yang telah dilaksanakan di The ChildTime Preschool, Kuala Lumpur. Projek ini bertujuan memberi pendedahan secara awal tentang mikrob dari segi sains seperti jenis-jenis mikrob, nama-nama mikrob, bentuk-bentuk mikrob, dan perbezaan antara mikrob dengan bukan mikrob. Pendedahan ini dilakukan secara interaktif dengan menyediakan alat bantu mengajar yang sesuai dengan umur kanak-kanak agar memudahkan sesi pembelajaran dan pemahaman. Dua alat bantu mengajar telah disediakan, iaitu permainan “Who Am I?: Microbe vs Non-Microbe” dan “Microbe Match-Up”, sebelum bertolak ke The ChildTime Preschool. Kanak-kanak dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan sesi pembelajaran akan dijalankan mengikut cara kumpulan masing-masing. Aspek kebersihan amat ditekankan dalam mengendalikan mikrob bagi mengelakkan kanak-kanak tercemar seperti pemakaian jubah makmal, pemakaian sarung tangan, dan sanitasi tempat pembelajaran. Kandungan pembelajaran kanak-kanak dimulakan dengan eksperimen, cara penggunaan mikroskop, pengajaran melalui alat bantu mengajar yang disediakan, dan diakhiri dengan pembentangan. Pemahaman kanak-kanak terhadap mikrob dapat dilihat meningkat selepas selesainya projek Tiny World Adventurer, iaitu kanak-kanak ini dapat mengetahui jenis mikrob yang wujud dalam kehidupan seharian mereka dan membezakan mikrob yang sebenar dengan mikrob kartun. Melalui projek ini juga, pelajar dapat melestarikan ilmu yang dipelajari, membina keyakinan diri, dan memupuk sikap keguruan dalam diri mereka sebelum melangkah ke alam perguruan.
206 | E-Proceeding of The International Education Innovation Expo 2023 (Edu@Innovate 2023), 8- 9 November 2023 Nucleic Acid Learning Application (LEANA) Abdul Hadi bin Ab Halim*, Kauselyaa Chandrasagaran, Shakinaz Desa *Universiti Pendidikan Sultan Idris, [email protected] Category: Technologies in Learning Abstract: The development of a mobile application for effective Biology teaching and learning is a significant topic for researchers worldwide. This research aims to determine the level of acceptance of LEANA as a mobile app for resolving nucleic acid misunderstanding. The objectives are to develop LEANA for the topic of nucleic acid with good validity and to determine the acceptance level of LEANA based on first-year undergraduate students' perceptions. This quantitative research used the ADDIE model as the research design. Research instruments were developed to assess validity and reliability and measure the acceptance level of LEANA. Statistical Package for the Social Science (SPSS) version 26 was used to perform descriptive analysis on the collected data. The product and research instrument's validity was determined to be good. Overall, the average mean score, x̅, for the acceptance level of LEANA was 3.627 ± 0.103. The average mean score, x̅, was obtained from 4 aspects of acceptance, which were design (x̅= 3.59 ± 0.18), content (x̅= 3.59 ± 0.07), usability (x̅= 3.66 ± 0.06), and motivation (x̅= 3.67 ± 0.05). This indicates a high level of acceptance among students for the topic of nucleic acids. In conclusion, this study accomplished both research objectives with a high degree of validity and acceptance. Thus, LEANA has the potential to be an effective self-learning tool that fosters great comprehension and improves thinking abilities among students. The study implicated that selflearning applications may be used as a teaching and learning tool in higher education. Hence, it may encourage students to perform self-determined learning at their own pace.
| 207 E-Proceeding of The International Education Innovation Expo 2023 (Edu@Innovate 2023), 8- 9 November 2023 Virus Attacked! Experimental Kit Muhammad Izzuddin bin Mohd Muzaiyin*, Muhammad Shahir bin Suhaini, Nur Ain Hasanah binti Salikon, Nur Shafika Shahira binti Salleh, Nik Afiq bin Nik Mohd Zaib, Nurul Aisyah binti Rahami *Universiti Pendidikan Sultan Idris, [email protected] Category: Pedagogy and Curriculum Abstract: The VIRUS ATTACKED! Experimental Kit is specially designed for users who enjoy doing handson activities and observing the scientific mechanism behind hand-washing with soap in eliminating virus cells. The kit contains experimental materials that suit all age groups from 4 years old upwards. It comes together with supplementary information and activities for better understanding and creates fun sessions to be conducted individually, in the classroom, or for family activities.
208 | E-Proceeding of The International Education Innovation Expo 2023 (Edu@Innovate 2023), 8- 9 November 2023 Enhancing Impactful Learning Experience With Hello Microbes™: Immunology Exploration Kit For Future Educators Syahira binti Sabri*, Siti Nurfarisha binti Roslan *Universiti Pendidikan Sultan Idris, [email protected] Category: Innovative Product Abstract: This study aims to develop the Hello Microbes™: Immunology Exploration Kit for the Immune Response subtopic in Principles in Microbiology (SBB3033). This study aims to determine the perception of its usability among the course students of SBB3033 as a teaching aid. The design of the Hello Microbes™: Immunology Exploration Kit development study is based on the ADDIE model. A total of 59 students from ISMP Biology and ISMP Science programmes from semesters three to seven from Universiti Pendidikan Sultan Idris were involved in this study. The instruments used in this study are the expert validation form and the kit usability questionnaire. Data reliability and usability were analysed descriptively using the Statistical Package for Social Science (SPSS). The research findings for the IKK value for validity is 0.94, and the Cronbach's Alpha value for reliability is 0.93. The results of the study for the usability of the kit showed a very good value with a mean value of 3.89 (s.p = 0.197). The five constructs that can be used, namely design, usefulness, ease of use, ease of learning and satisfaction, are also at a good level with mean values of 3.94 (s.p = 0.189), 3.85 (s.p = 0.283), 3.92 (s.p = 0.204), 3.87 (s.p = 0.277), 3.91 (s.p = 0.239), respectively. In conclusion, the development of the Hello Microbes™: Immunology Exploration Kit has achieved the objective of the study, where it obtained a good level of usability perception with a high level of agreement among students. The implication is that the Hello Microbes™: Immunology Exploration Kit is suitable as a teaching aid to help improve students' understanding of the Immune Response subtopic.
| 209 E-Proceeding of The International Education Innovation Expo 2023 (Edu@Innovate 2023), 8- 9 November 2023 EGO Box Muhamed Jabar Ainal Yakkin bin Yusuf* *SK Aminuddin Baki, [email protected] Category: Innovative Product Abstract: The purpose of this innovation is to improve the writing ability in constructing affirmative sentences among primary school students. The innovation was designed based on the problems identified in which students of SK Aminuddin Baki had problems constructing simple sentences when answering interrogative questions. They were also not familiar with the sentence structures and had a lack of practice. EGO box is a type of language board game adapted from the Snakes and Ladders game. EGO is an abbreviation that stands for English Game On. Question cards and picture stimuli were also used in this game. The box was made up of recycled boxes and other low-cost materials. It is lightweight and easy to carry. The students can play the game in pairs or groups. Each turn, the students will pick and read out the questions. The opponent team will answer the questions by referring to the set of pictures and write the affirmative sentences using “There is” or “There are” phrases. The effectiveness of the innovation was observed, and several data were collected through pre and post-tests as well as using the teacher’s field notes. The data were analysed, and the students showed significant improvement in their post-test scores. The innovation gave opportunities for students to play and practice the writing structures, and it also served as a drilling process for them to improve their writing skills. This way, the students were able to make use of the skills and knowledge to deal with the same writing task in the future. Based on the findings, it can be concluded that the use of the EGO box was able to improve the ability to write affirmative sentences among the students and engage them in English lessons.
210 | E-Proceeding of The International Education Innovation Expo 2023 (Edu@Innovate 2023), 8- 9 November 2023 Essay Feedback Receipts Soffeatul Raunaqiah binti Mohamad Rahim* *SK Putrajaya Presint 16(1), [email protected] Category: Assessment and Evaluation Abstract: Essays are often the hardest to mark, take the longest time to write feedback on, and the hardest for students to improve and realise where they went wrong. With "Easy Feedback Receipts", teachers can simply give feedback to essays with only several taps on their mobile phones and generate a holistic commentary of their students' works in the form of a receipt, very similar to the ones generated by cashiers. The receipt will also come with automatic scoring. That receipt can then be printed on thermal printers and pasted into the students' exercise books. Teachers will be able to mark essays in a shorter time (by far), and students will receive thorough feedback on their work. This innovation is made possible through an application called Loyverse, which has only been used by business users before. Its customisable settings allow it to be used for the benefit of education, particularly essay marking. Hence, this will be a process type of innovation (inovasi proses).
| 211 E-Proceeding of The International Education Innovation Expo 2023 (Edu@Innovate 2023), 8- 9 November 2023 KaGaNDO Muhammad Affan bin Ahamad* *Sekolah Kebangsaan Sungai Jejawi, [email protected] Category: Innovative Product Abstrak: KaGaNDO ialah singkatan “Kata Ganti Nama Diri Orang” dan merupakan produk inovasi pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) yang menerapkan konsep belajar sambil bermain. Penciptaannya bertujuan untuk membantu murid memahami konsep kata ganti nama diri orang, meningkatkan kemahiran bahasa sewaktu menggunakan kata ganti nama diri orang, mewujudkan pembelajaran yang aktif, dan meningkatkan motivasi dan keseronakan sewaktu belajar. Penggunaanya boleh dimainkan secara berkumpulan yang melibatkan murid pelbagai aras kecerdasan agar mewujudkan bimbingan secara scaffolding. Seramai 20 orang murid dipilih sebagai sampel kajian. Instrumen kajian ini menggunakan ujian pra dan pasca serta borang soal selidik. Didapati sebanyak 16% peningkatan dalam penguasaan topik kata ganti nama diri orang dalam kalangan murid setelah ujian pra dan pasca dilaksanakan. Dapatan soal selidik menunjukkan nilai min bagi kempat-empat aspek berada pada tahap yang tinggi, iaitu pengetahuan (M=2.98), kemahiran bahasa (M=3.10), sikap (M=3.33), dan afektif (M=3.48). Impaknya, murid dapat menjelas serta meningkatkan kemahiran bahasa, memupuk sikap kerjasama, dan bermotivasi semasa mempelajari kata ganti nama diri orang. Seiring dengan pendigitalan pendidikan ini, penggunaan Teknologi Maklumat Komunikasi (TMK) turut diterapkan untuk memudahkan murid menjawab kuiz bagi aktiviti pengayaan melalui imbasan kod QR. Penggunaannya sesuai kepada murid-murid yang menghadapi masalah bacaan perkataan tanpa mengira tahap kelas serta boleh dikongsikan kepada rakan-rakan guru sama ada di peringkat sekolah melalui Professional Learning Community (PLC) mahupun di peringkat tertinggi seperti perkongsian amalan terbaik.
212 | E-Proceeding of The International Education Innovation Expo 2023 (Edu@Innovate 2023), 8- 9 November 2023 Stellar Glasses Wan Norliza binti Abdul Raoff*, Shakirah binti Norsaid, Dzarif Adzri bin Mohd Zuri, Fahim Harraz bin Faisal, Muhammad Arfan Zuhayl bin Mohd Fazli *Sekolah Tuanku Abdul Rahman, [email protected] Category: Innovative Product Abstract: In this paper, we present unique glasses to overcome neck and back pain difficulties. The use of normal glasses is often associated with the development of neck pain and faulty body posture. For optimal view, we tend to bend towards or away from books and monitors. This action leads to all types of neck and body aches over time. Stellar Glasses is an innovation using the periscope concept. The image is tilted at a 90-degree angle to obtain a vertical image while in a horizontal position. This innovation allows users to see downwards without having to bend their neck and body posture. Stellar Glasses’ innovative feature could also help bedridden patients or individuals with restricted mobility. The mirrors in Stellar Glasses are specifically arranged to allow users to read and watch videos whilst lying flat comfortably. Preliminary feedbacks from sixty (60) students were obtained from a survey. Descriptive analysis showed that the product is well-received, with 89.6% of the respondents agreeing with the glasses’ usability. The feedback suggests that Stellar Glasses could be a cost-effective solution to reducing neck and body posture pains. Stellar Glasses is a design alternative to normal glasses using the principle of periscope lens. It offers a vertical image view that helps reduce neck pain and faulty body posture. Anyone could read books and watch monitors comfortably with Stellar Glasses.
| 213 E-Proceeding of The International Education Innovation Expo 2023 (Edu@Innovate 2023), 8- 9 November 2023 Inovasi Pembaris L0L ke Arah Meningkatkan Kemahiran Melukis Rangka Graf Bar bagi Subjek Pengajian Am Saranjit Kaur a/p Jaswant Singh* *Kolej Tingkatan Enam Shah Alam, [email protected] Category: Innovative Produc Abstract: L0L merupakan singkatan bagi ”Label 0 (kosong) Label” yang dinamakan untuk pembaris khas yang direka cipta untuk melukis graf. Kajian ini bertujuan memudahkan dan mempercepat penghasilan rangka graf bar pada Bahagian B, Alih Bentuk Komunikasi (ABK), bagi subjek Pengajian Am Semester 2. Isu utama yang menjadi tumpuan kajian ini melibatkan isu melukis graf dalam lingkungan kertas graf atau plot yang sepatutnya. Apabila graf diplot dalam ruangan yang sepatutnya, isu tiada ruangan yang cukup untuk menulis tajuk, label, petunjuk, dan sumber dapat diatasi. Kegagalan melakukan perkara ini menyebabkan hasil kerja pelajar menjadi tidak kemas dan lengkap. Kajian ini mensasarkan tiga objektif, iaitu meningkatkan 90% kemahiran melakar/memplot graf dalam ruangan kertas graf dengan saiz yang betul agar tidak terlalu besar atau kecil, menyediakan ruangan yang secukupnya untuk menulis tajuk, label, petunjuk, dan sumber serta melukis ketebalan bar kompaun dan komponen dengan betul dan tepat. Oleh yang demikian, pengkaji mengambil inisiatif menghasilkan Pembaris L0L untuk memudahkan, menyenangkan, dan mempercepat proses melukis graf. Paten dan saiz pembaris ini adalah mengikut piawaian kertas graf Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Murid hanya perlu menggunakan Pembaris LoL sebagai panduan ketika melakar graf bar. Pelaksanaan kajian ini menggunakan kaedah pemerhatian, temu bual, soal selidik, pra-ujian, dan pasca-ujian. Dapatan kajian menunjukkan 100% pelajar mampu menghasilkan graf bar dalam ruangan yang sepatutnya serta mempunyai ruangan yang secukupnya untuk menulis tajuk, label, petunjuk, dan sumber dengan lengkap. Tambahan pula, tiada seorang pelajar (0%) yang gagal melukis ketebalan graf bar kompaun dan komponen setelah Pembaris L0L diperkenalkan. Jelas bahawa Pembaris L0L amat berkesan dalam meningkatkan kemahiran murid melukis graf bar jenis kompaun dan komponen dengan lengkap berserta semua maklumat penting.
214 | E-Proceeding of The International Education Innovation Expo 2023 (Edu@Innovate 2023), 8- 9 November 2023 IQCA GAME Andie anak Ambang*, Kanyan anak Isau, Silvia anak Hentap *Smk Three Rivers, [email protected] Category: Innovative Product Abstrak: Projek inovasi IQCA GAME ialah kit permainan PdP yang mengandungi pelbagai soalan berkaitan dengan topik pembelajaran dalam Pendidikan Moral Tingkatan 5. IQCA GAME ini boleh dimainkan secara individu atau berkumpulan. Inovasi IQCA GAME ini ialah inovasi pendidikan yang diguna pakai dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Permainan IQCA GAME ini bertujuan mengubah gaya pembelajaran dan meningkatkan tahap penguasaan isi pembelajaran yang diajar dalam topik Pendidikan Moral, terutamanya untuk meningkatkan kemahiran kognitif dan penguasaan pelajar dalam menjawab soalan respon terhad, iaitu soalan struktur dalam Bahagian A. Penggunaan IQCA GAME adalah untuk mewujudkan PdP yang menarik dan menyeronokkan. Permainan ini sangat sesuai digunakan untuk sesi ulang kaji mata pelajaran Pendidikan Moral dan secara tidak langsung, pelajar itu sendiri dapat menilai tahap penguasaan mereka dalam penaakulan moral serta meningkatkan kemahiran komunikasi dan keyakinan diri. IQCA GAME ini telah melalui 3 fasa kajian. Fasa 1 kajian menggunakan kaedah kuantitatif, iaitu data dikumpul menggunakan borang soal selidik untuk menilai keberkesanan alat inovasi terhadap responden, iaitu pelajar. Dalam borang soal selidik, terdapat 6 perkara yang disoal dan menlibatkan 18 orang pelajar sebagai responden. Hasil data soal selidik tersebut menunjukkan graf yang positif, iaitu semua responden bersetuju dengan item dalam soal selidik. Untuk kajian fasa 2, kaedah kuantitatif digunakan, iaitu data dikumpul menggunakan penilaian sumatif, yang merangkumi skor markah antara peperiksaan pertengahan tahun (PPT) dan peperiksaan percubaan SPM (PSPM), untuk menilai keberkesanan alat inovasi terhadap 23 orang responden. Hasil kajian tahap keberkesanan IQCA GAME terhadap peningkatan skor markah peperiksaan pertengahan tahun dan peperiksaan percubaan SPM menunjukkan peningkatan yang positif, iaitu 91.3 peratus (%) daripada skor markah pelajar adalah meningkat. Seterusnya, fasa kajian 3 menggunakan kaedah kuantitatif, iaitu data dikumpul menggunakan skor markah antara peperiksaan percubaan SPM (PSPM) dan keputusan skor SPM sebenar bagi sesi 2022/2023 untuk menilai keberkesanan alat inovasi terhadap 23 orang responden. Merujuk kepada hasil kajian tersebut, peningkatan skor gred peperiksaan SPM telah menunjukkan peningkatan yang positif, iaitu 100 peratus (%) daripada skor markah pelajar adalah meningkat. Hal ini juga menunjukkan bahawa keputusan lulus kertas Pendidikan Moral SPM sekolah telah berjaya mencapai nilai 100 peratus (%) lulus, iaitu nilai GPMP daripada 4.07 (2021) kepada 3.48 (2022) bagi sesi 2022/2023.
| 215 E-Proceeding of The International Education Innovation Expo 2023 (Edu@Innovate 2023), 8- 9 November 2023 Pembaris DQ Mohd Fakhrurrazi bin Mohd Subari*, Muhammad Hafifi bin Radzuwan, Muhammad Wafi bin Md Mustahir, Wahz'Zah binti A Hamid, Muhamad Rafzan bin Ngalwi, Nurin Damia binti Muhamad Roslan, Mia Nur Arsyssa Rudy Harris binti Abdullah, Nur Azwani Marsyanda binti Hamdan, Putra Qayyum Shah bin Mohd Najib, Muhammad Khairun Nas bin Sazni, Muhammad Zafri Yusuf bin Madlan *Sekolah Kebangsaan Sagil Kampong, [email protected] Category: Innovative Product Abstrak: Dhabtul Quran merupakan tanda bacaan yang terdapat dalam al-Quran Rasm Uthmani. Pembaris DQ ialah bahan inovasi yang bertujuan memudahkan murid menguasai tajwid, terutamanya hukum nun dan mim sakinah. Kos inovasi yang bernilai tidak sampai RM 5.00 ini memberikan impak yang tinggi dengan hanya perlu memusingkan pembaris DQ ke atas atau ke bawah yang diletakkan di bawah kalimah yang mengandungi hukum berkaitan.
216 | E-Proceeding of The International Education Innovation Expo 2023 (Edu@Innovate 2023), 8- 9 November 2023 I-Refleks Arifin bin Jolis* *SMK Selayang Bharu, [email protected] Category: Innovative Product Abstrak: Kurikulum Pendidikan Khas memainkan peranan penting dalam membantu murid-murid luar biasa menghadapi cabaran dalam pembelajaran sehingga mereka memasuki alam pekerjaan. Inovasi ini dihasilkan untuk membantu meningkatkan kemahiran Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) dengan menentukan kedudukan titik-titik refleksologi kaki melalui I-Refleks. Peserta kajian terdiri daripada 10 orang murid bermasalah pembelajaran berkefungsian sederhana yang mengambil subjek Kemahiran Vokasional Spesifik Refleksologi Kaki, Tangan, dan Telinga di daerah Gombak, Selangor. I-Refleks mengaplikasikan pendekatan VAK dalam pengajaran dan pembelajaran untuk menggalakkan penglibatan aktif murid dalam PdPc. Teknik pembelajaran VAK merupakan model yang menggabungjalinkan 3 jenis deria dalam menerima informasi, iaitu penglihatan, pendengaran, dan pergerakan. Penghasilan I-Refleks menggunakan konsep Arduino Mega 2560. Arduino Mega 2560 merupakan sebuah platform ”open-source” untuk membina prototaip berasaskan eletronik yang telah diprogramkan. Arduino Mega 2560 ialah papan pengembangan mikropengawal berasaskan Arduino yang menggunakan chip ATmega2560. Hasil akhir I-Refleks menggambarkan sebuah carta yang telah diprogramkan mengikut kandungan topik dalam refleksologi kaki, tangan, dan telinga yang dilengkapi dengan diod pemancar cahaya (LED) serta audio. Keberkesanan inovasi ini diperoleh melalui ujian pra dan pasca serta pemerhatian. Perbezaan markah ujian pra dan pasca menunjukkan kesemua murid mencapai peratus kenaikan minimum sebanyak 50% bagi setiap murid. Perbezaan yang berlaku dapat membuktikan penguasaan peserta kajian dalam kemahiran menentukan titik-titik refleksologi dengan baik. Begitu juga dengan pemerhatian berdasarkan senarai semak untuk mendapatkan perubahan tingkah laku dan respon yang memperlihatkan peningkatan positif. Secara tidak langsung, peningkatan kemahiran setelah mengaplikasikan penggunaan I-Refleks mampu meningkatkan kebolehpasaran Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) sebagai persediaan sebelum melangkah ke alam pekerjaan dalam bidang refleksologi.
| 217 E-Proceeding of The International Education Innovation Expo 2023 (Edu@Innovate 2023), 8- 9 November 2023 I-Promaths Module Mohd Shahridwan bin Ramli*, Ahmad Fauzi bin Mohd Ayub, Fazilah binti Razali, Norliza binti Ghazali, Siti Wan Aminah binti Wan Norudin, Nuur Diyana binti Abdul Sattar *Kolej Matrikulasi Kelantan, [email protected] Category: Pedagogy and Curriculum Abstract: This innovation is about the development of a learning module developed using the Addie model. In the Needs Analysis phase, six experts were interviewed to determine the form and strategy that will be used. In the Design and Development phase, the I-Promaths modules were developed according to the themes obtained from the needs analysis. In the Implementation and Evaluation phase, this module was submitted to seven experts to be evaluated. It obtained a high validity of over 0.90. This module was also tested for its effectiveness on the achievement of calculus and thinking skills of matriculation students, and it showed a positive impact.
218 | E-Proceeding of The International Education Innovation Expo 2023 (Edu@Innovate 2023), 8- 9 November 2023 Teknik SAMS MT Jadual Bergambar Indradevi a/p Krishnasamy* *SJK(T) Mukim Pundut, Lumut, [email protected] Category: Innovative Product Abstrak: Kemahiran menulis ayat gramatis adalah suatu aspek teras yang perlu dikuasai oleh murid dalam sesuatu penulisan. Dalam inovasi ini, Teknik SAMS MT Jadual Bergambar diperkenalkan kepada murid Tahap Dua, yang bertujuan meningkatkan kemahiran membina ayat gramatis dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Inovasi ini melibatkan seramai 15 orang murid Tahap Dua dari sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) di daerah Manjung, Perak. Data yang dikumpul melalui kaedah analisis dokumen, pemerhatian, dan temu bual telah dianalisis bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan. Dapatan inovasi menunjukkan Teknik SAMS MT Jadual Bergambar dapat meningkatkan kemahiran membina ayat gramatis serta minat dan keseronokan murid. Kesimpulannya, Teknik SAMS MT Jadual Bergambar dapat membantu murid dalam kemahiran menulis ayat gramatis dengan mudah. Diharapkan inovasi ini dapat memberikan implikasi yang positif terhadap guru-guru dalam usaha membantu murid membina ayat gramatis bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.
| 219 E-Proceeding of The International Education Innovation Expo 2023 (Edu@Innovate 2023), 8- 9 November 2023 Seni Gores D'Tanjung Maisura binti M Yusop* *SMK Sri Tanjung, [email protected] Category: Pedagogy and Curriculum Abstrak: Inovasi ini adalah untuk pengajaran dan pembelajaran (PdP) subjek kurikulum Pendidikan Khas, iaitu Pendidikan Seni Visual yang boleh diubah suai mengikut kemampuan dan kebolehan murid. Inovasi ini bertujuan mempelbagaikan idea, teknik, dan manipulasi media untuk semua Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK), termasuk murid yang tiada kebolehan melukis, kurang daya tumpuan, dan mudah bosan. Selain itu, inovasi ini bertujuan untuk dijadikan produk seni MBPK yang boleh dikomersialkan. Inovasi ini mengaplikasi model projek Kurt Lewin (1948), iaitu merancang, bertindak, memerhati, dan refleksi. Model ini digunakan kerana terdapat masalah yang dikenal pasti, iaitu murid tidak menguasai kemahiran melukis. Terdapat juga murid yang bermasalah dalam pembelajaran lain yang telah diketahui dan memerlukan pengesahan supaya perancangan yang tepat dapat dilaksanakan. Oleh itu, satu pendekatan telah digunakan dalam mempelbagaikan teknik dan manipulasi bahan. Inovasi tersebut mengaplikasikan Seni Sgraffito dan Kad Gores. Inovasi ini telah menggunakan teknik Sgraffito tetapi diuba hsuai dengan menggunakan kad yang sedia ada, iaitu kad gores yang berwarna hitam berserta pen lorek atau lidi untuk mengambarkan sesuatu objek lukisan. Media yang diaplikasikan dan dimanipulasi adalah murah dan mudah didapati di pasaran. Inovasi ini bersesuaian dengan tahap kebolehan dan kemampuan MBPK. Inovasi ini juga telah berjaya dijadikan produk seni. Kreativiti dan inovasi guru amat perlu untuk proses pengajaran dan pembelajaran MBPK. Diharapkan inovasi ini dapat disebarkan untuk kegunaan semua guru-guru pendidikan khas di Malaysia.
220 | E-Proceeding of The International Education Innovation Expo 2023 (Edu@Innovate 2023), 8- 9 November 2023 NFT with Solar Energy Abu Bakar bin Ramsah*, Nur Arifah Madihah binti Mohd Amin, Syabil Muhaimin bin Lukman, Muhammad Amirul Darwish bin Sukhri, Nor Fahimah Az-Zahra binti Norul Rizal, Nur Qhaleesya Umairah binti Marzuki Izwan, Qaseh Zulaikha binti Rosmani, Auni Zhafirah binti Mohd Syahafizi, Nur Mirza Wajihah binti Mohayadin, Muhamad Azfar Nazim bin Abdullah *SK Changkat Tin, [email protected] Category: Innovative Product Abstract: This NFT with Solar Energy Project is one of the innovations in the field of agriculture. It uses the Nutrient Film Technique (NFT) system, which means fertilizer flow technique. This project works using solar energy, which will turn on the pump. This project is suitable for leafy vegetables because the size of the leafy vegetables is not large. This project uses recycled materials that can indirectly protect the environment and reduce waste. This project uses drink bottles, soap containers, coconut coir, plastic, and used containers. This project can educate the community and change the community's perception of reusing used materials in daily life. In addition, the use of solar energy reduces the greenhouse effect. The community can also be introduced and encouraged to use renewable energy sources, such as solar energy. Planted vegetables will convert carbon dioxide released by humans into oxygen that humans use to breathe. Solar panels work to convert sunlight into electricity. The solar panel will supply electricity to the water pump to turn it on. The water pump will pump the fertilizer water solution through the channel to the plant pot. The coconut coir that is used as a plant medium will absorb the fertilizer water solution for the seeds to grow. The advantage of this project is that its site uses used soap bottles. Therefore, this project can be placed anywhere as long as it has sunlight. The used plastic that is used as a roof also makes this project easy to place anywhere. This project can also be a unique landscape decoration because it can be painted in various colours. This project helps the community and school members if they want to get involved with vegetable crops. The vegetables are produced organically and do not use chemicals, so it is safe to eat and are in high demand. The community and school members can sell them to increase income.
| 221 E-Proceeding of The International Education Innovation Expo 2023 (Edu@Innovate 2023), 8- 9 November 2023 The-Crayon Hannah Widad binti Rashid*, Nurfatin Irdina binti Sidek, Miza Nur'Iffah binti Mohd Hair, Nur Nisa Insyirah binti Nurul Hisham *SBP Integrasi Sabak Bernam, [email protected] Category: Innovative Product Abstract: Crayon is one of the most famous colouring methods to use among kids. Unfortunately, studies show that most crayons contain toxic substances such as asbestos. It is also well-known as a carcinogen that has been blamed for thousands of cases of mesothelioma, a cancer of the lining of the lungs. We came up with the idea of producing crayons using natural products like beeswax, cocoa butter, and carnauba wax. All of the substances used are safer to use in producing crayons. Instead of using chemical pigments, we use natural pigments made from organic substances, which can be found at home. For illustration, we use turmeric to create a yellow colour, and by adding lemon juice to the turmeric, we can create a red colour. Our aim for this product is for children and also people who have to deal with a difficult time. A 2018 study tested the effects of colouring on 66 college students and found evidence that colouring had short-term benefits on stress levels. In addition, we add some therapeutic fragrances, as they are a natural way of healing a person’s mind, body, and soul. We extract our fragrance oil from fruit wastes and flowers, which can be mood-enhancing and evoke feelings of happiness, relaxation, and calmness, which can also help reduce stress and anxiety. In short, our product is safe to use and is also beneficial to all age groups. We believe that our crayons are more effective than other options.
222 | E-Proceeding of The International Education Innovation Expo 2023 (Edu@Innovate 2023), 8- 9 November 2023 Kesan Modul Bimbingan Kelompok Choice Theory Reality Therapy (CTRT) Terhadap Tingkah Laku dan Keperluan Asas Murid Ponteng Sekolah Muhammad Najib bin Husman@Othman*, Professor Dr. Ahmad Jazimin bin Jusoh *SMK Dato' Ahmad 33400 Lenggong Perak, [email protected] Category: Adult, Community, and Professional Learning Abstrak: Modul bimbingan kelompok Choice Theory Reality Therapy (CTRT) merupakan salah satu inovasi untuk membantu murid yang terlibat dalam kegiatan ponteng sekolah. Modul ini dibina berasaskan CTRT dan telah diuji dari aspek kesahan dan kebolehpercayaan. Impak modul ini telah diukur berdasarkan kajian eksperimen kuasi melalui soal selidik keperluan asas individu dan skala tingkah laku masalah, kefungsian, dan kepuasan golongan muda (youth problem, functioning and satisfaction scales). Hasil kajian ini menunjukkan modul bimbingan kelompok CTRT berupaya membantu guru mengesan tingkah laku bermasalah, kefungsian, kepuasan serta keperluan asas psikologi murid. Sumbangan modul ini adalah terhadap prototaip produk yang boleh dikembangkan dalam bidang bimbingan dan kaunseling.
| 223 E-Proceeding of The International Education Innovation Expo 2023 (Edu@Innovate 2023), 8- 9 November 2023 Libertas A Forsit (L.A.F) Mohd Al Faani bin Mokhtar Rudin*, Ahmad Jazimin bin Jusoh *Sekolah Dato' Abdul Razak, [email protected] Category: Innovative Product Abstrak: Kesihatan mental adalah situasi yang melibatkan seorang individu menyedari potensinya untuk berdaya tindak terhadap stres kehidupan, bekerja dengan produktif, dan menyumbang kepada masyarakat. Namun begitu, isu kesihatan mental ini menunjukkan trend peningkatan terutamanya selepas pandemik COVID-19, termasuk dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. Hal ini telah dibuktikan melalui dapatan daripada Saringan Minda Sihat yang dilaksanakan di setiap sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia. Dapatan saringan itu menunjukkan wujudnya murid yang berada pada tahap stres, kerisauan, dan kemurungan. Satu inisiatif telah diperkenalkan untuk memberikan pendedahan kepada warga sekolah dan komuniti masyarakat dalam meningkatkan kemahiran menguruskan emosi dengan lebih berkesan dan seterusnya mampu memberikan sokongan awal kepada semua yang mengalami gangguan emosi atau tekanan perasaan iaitu Libertas A Forsit (L.A.F) yang bermaksud bebas daripada masalah (freedom from problem).
224 | E-Proceeding of The International Education Innovation Expo 2023 (Edu@Innovate 2023), 8- 9 November 2023 DUO Teams: Membangunkan Potensi Setiap daripada Seorang Anak Didik dalam Bidang Inovasi Salasiah binti Tai*, Mohd Razif bin Ibrahim, Noranorlina binti Zainal Abidin, Jaisya bin Mokhtar *SMK Sentosa, [email protected] Category: Educational Organisation and Leadership Abstrak: Kajian ini dijalankan bagi memacu kualiti pendidikan yang terkandung dalam Perancangan Strategik JPN Perak 2020-2024 di bawah Kluster 4, iaitu Penyelidikan dan Inovasi. Perkara ini juga selari dengan Hala Tuju Kecemerlangan Pendidikan Negeri Perak yang telah dibentangkan oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perak, iaitu Encik Mohamad Fauzi bin Mahson, pada 13 Julai 2023 di Universiti Teknologi Petronas (UTP). Hala tuju dengan slogan ”Membangunkan Potensi Setiap daripada Seorang Anak Didik” memberikan hak kepada murid untuk dibangunkan potensinya. Fokus kajian ini tertumpu kepada membudayakan inovasi dalam kalangan guru dan murid. Dua buah sekolah yang terlibat telah memenuhi kriteria yang telah ditetapkan, iaitu tidak menyertai sebarang pertandingan inovasi pada tahun semasa. DUO TEAMS ialah gabungan 2 kumpulan dari SMK Sentosa dan SMK Dato’ Bendahara CM Yusuf. Mereka telah diberi bimbingan oleh SISC+ dan berjaya menghasilkan satu inovasi yang dinamakan ”Durian Fiber Pot (DFP)”. Inovasi ini dihasilkan dengan kos yang rendah, iaitu di bawah RM 10.00, dan dipertandingkan secara dalam talian. Banyak kejayaan berjaya dikecapi melalui pertandingan inovasi di peringkat negeri, kebangsaan, dan antarabangsa.
| 225 E-Proceeding of The International Education Innovation Expo 2023 (Edu@Innovate 2023), 8- 9 November 2023 Historycraft: Revolutionising Classrooms Muhammad Nazmi Hakim bin Mohd Nozari*, Muhammad Akid Daniel bin Mohd Muslin, Kiff Zarif Hafiey bin Kiff Faiz *SBP Integrasi Sabak Bernam, [email protected] Category: Technologies in Learning Abstract: Using Minecraft as a teaching aid could revolutionise the learning experience, particularly for students who struggle with traditional education styles. Minecraft offers an interactive learning environment that allows students to explore historical events and engage with historical figures. By creating accurate historical worlds and enabling students to become characters in the story, Minecraft promotes critical thinking, problem-solving, and creativity. This approach enhances students' understanding and appreciation of history, making learning more efficient and enjoyable. Furthermore, Minecraft's popularity makes it an ideal tool for schools to develop students' interest in learning about their homeland’s history, making it a valuable educational innovation.
226 | E-Proceeding of The International Education Innovation Expo 2023 (Edu@Innovate 2023), 8- 9 November 2023 Mudahnya Akaun dengan Sistem Beraja Mohd Hafiz bin Zakaria*, Mohd Azmi bin Ibrahim, Nur Aznida bt. Abdul Aziz, Siti Khadijah bt. Osman, Erni bt. Ja'Aniy, Syamsuria bt. Ahmad Rusli *SMK Kampong Perak, Batu Kurau, [email protected] Category: Pedagogy and Curriculum Abstrak: Sistem Beraja merupakan satu sistem yang terdiri daripada seorang Raja dan seorang Permaisuri di satu Tanah Jajahan. Sistem ini boleh diaplikasikan sebagai formula dalam memahami sistem catatan bergu bagi subjek Prinsip Perakaunan. Sistem ini membantu menyelesaikan Bab 2: Persamaan Perakaunan, Bab 4: Jurnal, Bab 5: Lejar, dan Bab 6: Imbangan Duga.
| 227 E-Proceeding of The International Education Innovation Expo 2023 (Edu@Innovate 2023), 8- 9 November 2023 Embracing ChatGPT as a Learning Tool to Enhance Vocabulary Acquisition among Year 5 Pupils Wong Kian Yong*, Nur Amirah Mohd Yazid, Nurul Atiqah Rahmat *SJKC Lih Jen and Universiti Kebangsaan Malaysia, [email protected] Category: Technologies in Learning Abstract: Learning about global citizenship aids students in acquiring the fundamental skills necessary to actively engage with the world on the basis of suitable development goal-based education. Primary schools abroad are increasingly using natural language processing systems like ChatGPT, the world's most cutting-edge chatbot to date. Vocabulary acquisition is a common area of difficulty for students learning English as a second language. Vocabulary is unquestionably essential for language learning because it supports all other language skills, can be used as a launching pad for more advanced language usage, and can speed up students’ development towards fluency. This paper aims to embrace the use of ChatGPT as a teaching tool to improve Year 5 students' vocabulary learning. The research participants involve 50 Year 5 pupils from a rural Chinese-medium primary school in Melaka and two Chinese-medium primary schools in Kuala Lumpur, Malaysia. The research is conducted based on the design and development research model using a mixed-mode method. The results show that the pupils engage actively in using ChatGPT to learn suitable vocabulary to be used in their writing. Pupils also checked for possible synonyms to reduce the repetition of vocabulary usage in their writing tasks. Some of the pupils were able to use higher-level vocabulary in their writing. The research provides significant insight into how young learners can make use of AI tools to enhance their vocabulary acquisition with ethics and proper guidance.
228 | E-Proceeding of The International Education Innovation Expo 2023 (Edu@Innovate 2023), 8- 9 November 2023 Magic Advance Keypad Karthikesan a/l Manikabasagan*, Vivithraah a/p Panneir Selvam *SJKT Ladang Soon Lee, [email protected] Category: Innovative Product Abstrak: “Magic Advance Keypad” (MAK) merupakan satu kit yang dihasilkan berpandukan teori konstruktivisme. Pembelajaran terbina hasil daripada pencatuman maklumat dengan pengetahuan sedia ada, iaitu bentuk keypad dan kemampuan mengingat pattern lock. Dalam operasi asas, murid-murid berasa susah melaksanakan operasi darab dan bahagi. Puncanya ialah sifir. Murid-murid berasa susah untuk menghafal sifir. Walaupun guru-guru mengambil beberapa tindakan untuk memastikan murid-murid menghafal sifir, usaha mereka menemui kegagalan. Dengan adanya Magic Advance Keypad, guru-guru tidak perlu bergantung kepada kaedah hafalan. Setiap sifir mempunyai satu pattern lock. Murid-murid hanya perlu ingat bentuk pattern lock tersebut. Melalui ini, murid-murid dapat membina sifir 2 hingga 9 dengan mudah dan pantas. Keypad telefon bimbit ini bukan sahaja digunakan untuk membantu murid-murid membina sifir, malah mempunyai banyak kegunaan, iaitu menyelesaikan soalan operasi asas, mengenal nombor dari 1 hingga 10, nombor genap, nombor ganjil, mengenal huruf besar, huruf kecil, vokal, konsonan, membina suku kata dan perkataan, mengenal urutan warna pelangi, dan mengenal 8 arah mata angin. Cara pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini adalah melalui ujian pra dan pasca. Cara menilai kualiti Magic Advance Keypad adalah melalui soal selidik kepada guru. Hasil analisis data menunjukkan bahawa penggunaan Magic Advance Keypad dapat meningkatkan pencapaian murid dan mempunyai kualiti yang tinggi.
| 229 E-Proceeding of The International Education Innovation Expo 2023 (Edu@Innovate 2023), 8- 9 November 2023 Roda FT Bulan Salwa Rohazlina bt. Abd Wahab*, Mohamad Shahir bin Yusof Dajivi, Noorsyafrina binti Osman *SK Jalan Pegoh, [email protected] Category: Science, Mathematics and Technology Learning Abstrak: Inovasi Roda FT Bulan dicetuskan apabila guru-guru Sains mengkaji tajuk yang paling sukar diingati dari sudut faktanya dalam buku teks Tahun 5. Tajuk Fasa Bulan merupakan kandungan dalam unit 9.1 yang merupakan subtopik dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSR semakan 2017. Menyedari isu yang timbul, satu intervensi telah dijalankan ke atas sampel murid Tahun 5 Bitara di SK Jalan Pegoh bagi mengatasi masalah murid dalam menguasai kandungan 9.1.3, iaitu tarikh takwim Qamari berdasarkan peralihan fasa bulan dan 9.1.4, iaitu penerapan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) berdasarkan DSKP semakan terkini. Pada 3 Julai 2023, pengujian keberkesanan ke atas kumpulan murid sasar Tahun 5 Bitara secara rasminya diimplementasikan. Selepas ujian pos dan kaji selidik pos selesai, kami membentangkan bahan bantu mengajar (BBM) inovasi ini kepada barisan pentadbir untuk diperhalusi bagi pembentangan seterusnya. Pada 10 Julai 2023, ujian keberkesanan BBM Roda FT Bulan dijalankan kepada semua murid Tahun 5 dalam slot Kem Kecemerlangan Sains. Impaknya, murid-murid Tahun 5 berjaya menggunakan BBM ini dengan cemerlang. Diharap BBM ini dapat diperkembangkan dan disebar luas kegunaannya di seluruh sekolah di Malaysia.
230 | E-Proceeding of The International Education Innovation Expo 2023 (Edu@Innovate 2023), 8- 9 November 2023 TifAR Ivhorry Eve K Diaz*, Puteri Nur Syazana binti Hasnat *SK Muhibbah Sandakan, [email protected] Category: Technologies in Learning Abstract: TifAR is an innovative material developed to help students with their reading and speaking skills in learning Arabic. This innovative material is named TifAR, which is an abbreviation for the title of the third-year Arabic course, with a teaching method that integrates technology. Tif is an abbreviation for the title “Tafadholi ilal Fasli”, which is a title taken from the DSKP KSSR Assessment Curriculum Standard Document revised 2017. AR is an abbreviation for Augmented Reality, a technology that combines real-time digital content created by computers and the real world. With a combination of teaching and learning that integrates technology, students can experience learning differently, where they gain new knowledge with the help of TifAR’s innovative materials that have interesting elements, such as animation, audio, pictures, and cheerful colour selection. TifAR’s innovative material is significant to the learning style of the current generation of students who are IT literate. Students can carry out hands-on learning, and the teacher acts as a guide. This strategy is a physical activity that involves the use of equipment, such as iPads/tablets or smartphones and TifAR’s innovative material, which occurs during the PdP process. In addition, students can also do independent learning at home without the help of teachers. With TifAR's innovative material, students can listen, say, and identify the names of items in class with the correct Arabic pronunciation. TifAR’s innovative material has a high potential to help students, especially in improving communication skills in Arabic, as well as being able to increase students' motivation to learn Arabic.
| 231 E-Proceeding of The International Education Innovation Expo 2023 (Edu@Innovate 2023), 8- 9 November 2023 P.S.G Mohamad Zulhanif bin Idris* *Kementerian Pendidikan Malaysia, [email protected] Category: Science, Mathematics and Technology Learning Abstrak: Tajuk Penyelesaian Segitiga ini merupakan satu topik yang sering kali disoal dan ditanya dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi Kertas 2 Bahagian C. Sebanyak 10 markah penuh telah diperuntukkan kepada murid, khusus bagi topik Penyelesaian Segitiga ini. Atas sebab itu, kajian ini dijalankan bagi membantu murid mendapat markah penuh dalam Kertas 2 Bahagian C peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui pemerhatian terhadap markah peperiksaan pertengahan tahun murid dan markah Ujian 1 serta pemerhatian tidak berstruktur yang dilakukan di dalam kelas. Didapati bahawa ramai murid yang tidak mendapat markah penuh sebanyak 10 markah ini sebenarnya masih belum dapat memahami kehendak soalan dan kaedah untuk memulakan langkah-langkah bagi menjawab soalan yang berkaitan dengan tajuk ini. Bagi mengatasi masalah ini, saya telah memperkenalkan Teknik P.S.G dan kaedah ini telah ditadbir kepada 15 orang murid serta telah dikongsikan kepada 172 orang guru Matematik Tambahan seluruh Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di Malaysia secara dalam talian. Aktiviti pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dijalankan dalam tempoh seminggu sahaja dan telah dapat membantu murid menyelesaikan soalan yang melibatkan tajuk Penyelesaian Segitiga ini.
232 | E-Proceeding of The International Education Innovation Expo 2023 (Edu@Innovate 2023), 8- 9 November 2023 Trilog and Trigo (TnT) Ruszita binti Abdul Hamid* *SMK Taman Seri Rampai, [email protected] Category: Innovative Product Abstrak: Kajian ini merupakan satu bahan bantu mengajar (BBM) dan bahan bantu belajar (BBB) yang dirancang dan diilhamkan sebagai satu langkah untuk mengatasi masalah murid yang lemah dalam penguasaan asas penukaran bentuk logaritma kepada bentuk indeks dan menyelesaikan persamaan logaritma bagi asas yang sama. Majoriti masalah yang dihadapi murid ialah mereka tidak dapat mengenal pasti cara yang mudah untuk menjalankan penukaran bentuk logaritma kepada bentuk indeks. Hal ini kerana ketidakupayaan mereka untuk menentukan asas semasa penukaran bentuk logaritma kepada bentuk indeks. Sekiranya masalah ini tidak dibendung dari awal, murid akan sukar menjawab soalan logaritma bagi asas yang berbeza kerana tidak menguasai konsep asas dalam logaritma. Menurut Teori Pembentukan Konsep Bruner (1973), Teorem Pembinaan merupakan cara paling berkesan bagi seorang pelajar untuk mempelajari konsep, prinsip, atau hukum matematik. Caranya adalah dengan membina perwakilan untuk konsep, prinsip, dan hukum matematik tersebut. Para pelajar perlulah menjalankan sendiri aktivitiaktiviti konkrit agar mereka lebih memahaminya. Oleh sebab itu, Trilog and Trigo (TnT) dicipta untuk memudahkan murid memahami sesuatu konsep itu dengan mudah. Trilog merupakan satu kaedah yang dirancang dan diilhamkan sebagai satu langkah untuk mengatasi masalah murid yang lemah dalam mengungkapkan bentuk logaritma kepada bentuk indeks dan menyelesaikan persamaan logaritma (asas sama). Trigo pula merupakan gabungan permainan dam dan bingo. Selain boleh digunakan dalam mata pelajaran Matematik Tambahan, Trilog and Trigo (TnT) juga boleh diaplikasikan kepada mata pelajaran lain. Dengan menggunakan Trilog and Trigo (TnT), pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik dan seronok selari dengan saranan kerajaan pendidikan abad ke-21 (PAK-21).
| 233 E-Proceeding of The International Education Innovation Expo 2023 (Edu@Innovate 2023), 8- 9 November 2023 Kad Sejarahku Awesome Khoo Phau Tzen* *SM Sains Teluk Intan, [email protected] Category: Innovative Product Abstrak: Pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah yang berpusatkan guru dan bercorak tradisional, iaitu chalk and talk, yang dilaksanakan tidak dapat menarik minat murid dan meningkatkan kecemerlangan murid dalam mempelajari Sejarah. Tambahan pula, mata pelajaran Sejarah merupakan mata pelajaran yang membosankan bagi murid-murid kerana persepsi mereka terhadap mata pelajaran ini. Kajian ini dilaksanakan untuk untuk mengenal pasti keberkesanan penggunaan Kad Sejarahku dalam meningkatkan penguasaan murid terhadap fakta-fakta Sejarah dan minat terhadap mata pelajaran Sejarah. Metodologi yang akan saya gunakan dalam kajian ini ialah kaedah kuantitatif. Seramai 30 orang murid Sekolah Menengah Sains Teluk Intan dijadikan sampel kajian dengan menggunakan Kad Sejarahku dalam proses mempelajari mata pelajaran Sejarah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa 30 orang murid tersebut dapat menguasai fakta-fakta Sejarah dengan lebih baik berdasarkan keputusan ujian pos mereka yang lebih baik berbanding ujian pra mereka. Berdasarkan keputusan kajian yang diperoleh, Kad Sejarahku boleh dikembangkan dalam mata pelajaran lain. Oleh hal demikian, saya akan terus menggunakan kaedah ini bagi murid-murid yang kurang cemerlang dalam mata pelajaran Sejarah agar dapat membantu mereka mencapai kecemerlangan dalam mata pelajaran Sejarah.
234 | E-Proceeding of The International Education Innovation Expo 2023 (Edu@Innovate 2023), 8- 9 November 2023 DNAme (3D DNA Paper Model with Augmented Reality Application) in Learning DNA Structure in Form 6 Education Teoh Chern Zhong*, Chang Guo Cheng, Chen Yi Xing, How Yu Xing, Irffan Iskandar bin Helmi, Lai Wen Ting, Nicole Wang Hui Xin, Wong Ri Hong, Ng Jiakhai, Danieal Syazwan bin Stirman, Chin Zi Wei *Pusat Tingkatan Enam Victoria Institution, [email protected] Category: Innovative Product Abstract: DNAme is an improved 3D DNA paper model coupled with an iOS-based augmented reality application used to solve the problems of visual literacy in learning DNA structure based on the Watson and Crick model. Visual literacy in the study refers to the ability to correctly draw, label, and describe the biological molecules in the Form 6 education syllabus. Indeed, there are many misconceptions in learning about DNA structure. Since then, many educators have tried using models, videos, and simulations in schools. However, the problems in DNA structure learning persist. Thus, as an improved innovation, many still do not understand the need and usability of DNAme post-pandemically. Hence, the DNAme was validated using Cohen’s kappa agreement coefficient in the aspect of content, pedagogy, and technology. Meanwhile, data were analysed descriptively using mean, standard deviation, and percentages for the usability study. The findings showed that Cohen’s kappa for content, pedagogy, and technology constructs are 1.00, 1.00, and 0.90, respectively, with an overall of 0.96. As for the usability study, the DNAme recorded a high usability level for the overall usability and its four usability constructs: usefulness, satisfaction, ease of use, and ease of learning. Overall, DNAme, constructed using the ADDIE model, could enhance students’ visual literacy. This study implies that DNAme could promote innovative, sustainable, and self-regulatory learning based on constructionism and STEAM education. DNAme complements the conventional DNA structure learning, which is currently either by using models, videos, or simulations.
| 235 E-Proceeding of The International Education Innovation Expo 2023 (Edu@Innovate 2023), 8- 9 November 2023 The Implementation of Online Think Pair Share Strategy to Improve Reading Comprehension Skill Kirubah Rajendran* *SK Taman Desa Jaya, [email protected] Category: Technologies in Learning Abstract: This study focuses on the instructional strategy called “Online Think Pair Share”, and it aids the researcher in identifying the students’ reading comprehension level before and after the use of this strategy as well as comparing the students’ reading comprehension level before and after the use of this strategy. This current study involves 16 participants. A mixed-method approach was chosen for this study. A questionnaire was given to the participants in order to collect the participants’ views before and after the implementation of the strategy. The pre and post-tests were also used before and after the implementation of the activity. The data collected from the questionnaire was analysed using frequencies and percentages, whilst the pre and post-tests were analysed with the assistance of the percentages. Based on the findings, three different implications were displayed for performing teaching practices: pedagogical implications, instructional implications, and assessment implications. The limits of this study are explained in terms of the application of data collection techniques and the nature of the discussions. Many recommendations are made to help students enhance their reading comprehension skills, and more study is needed in this field because recent studies on Online Think Pair Share as a tool to increase reading comprehension skills are limited. As a result, the Online Think Pair Share technique must be integrated into teaching programmes in order to encourage students to read and comprehend the offered material.
236 | E-Proceeding of The International Education Innovation Expo 2023 (Edu@Innovate 2023), 8- 9 November 2023 Wound Healing Plantic Gel Muhammad Faezin bin Zamri*, Afham bin Mohd Noriznan, Ahmad Danii bin Ahmad Syukri, Ku Ikrameen bin Ku Nangseh *MRSM ATM Bera, [email protected] Category: Science, Mathematics and Technology Learning Abstract: Aloe vera is a plant that can speed up the wound-healing process in a short time. Today, aloe vera is widely used as an ingredient that can treat wounds, nourish hair, overcome digestive problems, and more. Meanwhile, garlic can also increase immunity, fight diseases or infections, reduce inflammation and pain in joints, muscles, and intestines, and reduce acne and skin problems. Garlic can be used by applying it to the problematic area to reduce pain. In addition, garlic also contributes to lowering blood pressure and cholesterol levels in a person's body. This project aims to determine the effectiveness of a wound-healing gel known as the wound-healing plantic gel. The first step is to slice five cloves of garlic thinly. The second step is to put the pieces of garlic into an oven dryer at a temperature of 70°C to 80°C for 24 hours until the water in the onion slices dries up. In the third step, remove the onion slices from the oven and crush the onion until it becomes dust using a blender. In the fourth step, mix garlic powder with 2 times ethanol at 35°C to 40°C for 5 to 10 minutes in a test tube. The fifth step is to filter to separate the essential oil and ethanol from the mixture of garlic powder and ethanol. The sixth step is to use the "distillation" method to separate the essential oil from the ethanol mixture. In the last step, mix 10 drops of garlic essential oil and 10 drops of aloe vera essential oil into shea butter to get the product. In conclusion, this product can be used as an alternative way to treat wounds quickly.
| 237 E-Proceeding of The International Education Innovation Expo 2023 (Edu@Innovate 2023), 8- 9 November 2023 Kit Extra Strong Chemistry (ES CHEM) Tuan Juhaida binti Tuan Muhammad Amin* *[email protected] Category: Innovative Product Abstrak: Kit Extra Strong Chemistry (ES Chem) dicipta hasil daripada idea kreatif guru untuk memberikan pemahaman mendalam terhadap konsep asas Kimia sambil menerapkan keseronokan dalam pembelajaran yang dijalankan (fun learning). ES Chem merupakan satu bahan bantu mengajar (BBM) dan bahan bantu belajar (BBB) yang dirancang dan diilhamkan sebagai satu langkah untuk mengatasi masalah murid yang lemah dalam menguasai konsep asas bagi subjek Kimia (Bab 3 Tingkatan 4). Murid sering keliru dan lupa cara untuk membina formula kimia sebatian, tidak mahir membuat penamaan, dan seterusnya gagal untuk menulis persamaan kimia yang seimbang. Isu ini secara tak langsung menjadi penghalang untuk murid memahami tajuk-tajuk lain yang berkaitan dalam subjek Kimia Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. Kit ES Chem ini dapat memberikan pengalaman visual dan hands-on kepada murid untuk membantu mereka memahami Bab 3: Konsep Mol, Formula Kimia, dan Persamaan Kimia.
238 | E-Proceeding of The International Education Innovation Expo 2023 (Edu@Innovate 2023), 8- 9 November 2023 M-MIP Norashikin binti Azizan*, Munirah binti Mokhtar, Jamilah binti Muhamad *Sekolah Kebangsaan Sultan Yussuf, [email protected] Category: Innovative Product Abstrak: M-mip (Meet Me in Pocket) merupakan satu inovasi yang dihasilkan sebagai bahan bantu mengajar untuk guru dan murid. M-mip merupakan kamus bahasa isyarat yang telah diubah suai bagi memudahkan proses penggunaannya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP). Penggunaan M-mip dalam PdP bertujuan untuk memastikan objektif pengajaran dapat dicapai dengan mudah dan secara menyeluruh. Penggunaannya yang sangat fleksibel membolehkan guru menggunakannya secara optimum dan semaksimum mungkin. Inovasi ini turut menyebabkan penjimatan masa dan kos kerana dengan hanya satu bahan bantu mengajar, guru dapat melakukan pelbagai aktiviti dan boleh diubah mengikut kesesuaian masa dan tempat. Seterusnya, bentuk fizikal yang bersaiz poket dan ringan memudahkan penggunaan murid pada bila-bila masa dan di mana-mana jua. Penghasilan M-mip yang menggunakan kosa kata berwarna-warni mampu merangsang minat dan perhatian murid kerana warna merupakan elemen penting dalam pengembangan multimedia pengajaran. Gambar yang digunakan dalam M-mip membantu dan memudahkan murid memperoleh gambaran dan kefahaman secara menyeluruh. Impak penghasilan M-mip telah memudahkan guru dan dapat meningkatkan keyakinan mereka untuk mengajar murid dengan lebih menarik dan efisien. Murid juga lebih mudah mengingati isyarat dan ejaan serta memahami kosa kata yang dipelajari. Oleh itu, M-mip boleh disebar luas kepada pihak lain seperti guru, ibu bapa, dan murid bermasalah pendengaran di sekolah lain berikutan keberkesanan penghasilan daripada inovasi ini.
| 239 E-Proceeding of The International Education Innovation Expo 2023 (Edu@Innovate 2023), 8- 9 November 2023 Syzygum Candy Shafirul Adif bin Shaiful Azly*, Wan Salahuddin Al Ayubi bin Wan Shahman, Najaa Aqilah binti Dzulkifli, Muhammad Danial Harith bin Fadrul Hisyam, Nurul Alia Natasya binti Ahmad, Muhammad Afizan bin Azmi *SM Sains Machang, [email protected] Category: Science, Mathematics and Technology Learning Abstrak: Syzygum Candy ialah sejenis gula-gula yang digunakan oleh perokok. Nama ini diilhamkan daripada nama saintifik bunga cengkih iaitu Syzygium Aromaticum. Syzygum Candy juga dipenuhi dengan khasiat herba daripada hutan tropika Malaysia. Seterusnya, Syzygum Candy dibuat khas untuk para perokok supaya dapat mengurangkan ketagihan merokok sejurus menjaga kesihatan paru-paru mereka. Hal ini berikutan kadar pesakit kanser paru-paru yang kian meningkat. Kajian terhadap gula-gula ini mula dibuat bagi mengurangkan kadar perokok dalam kalangan masyarakat. Hal ini kerana kesan merokok adalah sangat berbahaya walaupun masih berada di usia muda. Syzygum Candy ini kaya dengan khasiat herba, antaranya bunga cengkih [Syzygium Aromaticum], serbuk koko [Theobrum Cocoa], gula perang, dan serbuk kulit kayu manis. Syzygum Candy ini penting bagi menjamin kesihatan sejagat masyarakat.
240 | E-Proceeding of The International Education Innovation Expo 2023 (Edu@Innovate 2023), 8- 9 November 2023 E-Sukan Pendidikan Normah binti Dali*, Khairuddin bin Nisa *SMK Khir Johari Sungai Sumun Perak, [email protected] Category: Innovative Product Abstrak: Objektif kajian ini adalah untuk membangunkan pembelajaran berasaskan permainan (PBP) yang mempunyai kriteria e-sukan, dan pada masa yang sama, mengatasi isu-isu berkaitan e-sukan komersial. Melalui pembangunan PBP berdasarkan Reka Bentuk Gamifikasi (RBG) E-Sukan yang memenuhi kriteria e-sukan pendidikan, telah terhasilnya PBP e-sukan pendidikan Wira Integriti, DC SKS4 dan Arah vs Skeleton yang khusus untuk menguji minat dan pencapaian kognitif murid. Seramai 30 wakil belia daripada negeri Perak bermain PBP e-sukan pendidikan Wira Integriti bagi menentukan tahap minat pemain. Manakala 20 murid daripada SK Simpang Empat bermain PBP e-sukan pendidikan DC SKS4 untuk menentukan pencapaian mereka dalam Bahasa Inggeris dan 15 murid daripada SMK Tun Abdul Razak bermain PBP e-sukan pendidikan Arah vs Skeleton bagi menentukan tahap pencapaian mereka dalam mata pelajaran Geografi. Dapatan kajian soal selidik menunjukkan pemain yang menggunakan PBP e-sukan pendidikan Wira Integriti sangat setuju dan setuju PBP e-sukan pendidikan dapat menarik minat mereka untuk terus belajar. Bagi murid-murid yang bermain PBP e-sukan pendidikan DC SKS4 dan Arah vs Skeleton pula memperoleh keputusan ujian pos yang lebih baik berbanding ujian pra mereka. Berdasarkan keputusan kajian yang diperoleh, PBP e-sukan pendidikan boleh dikembangkan sebagai produk pembelajaran digital baharu yang kreatif dan inovatif serta sejajar dengan pembelajaran 4.0, iaitu murid-murid berpeluang belajar pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.
| 241 E-Proceeding of The International Education Innovation Expo 2023 (Edu@Innovate 2023), 8- 9 November 2023 QR PRo BoBa RFID Chia Lee Shan* *SJKC Pandamaran A, [email protected] Category: Innovative Product Abstrak: Kajian tindakan ini dilaksanakan bertujuan membantu murid pemulihan meningkatkan penguasaan kemahiran suku kata KV dengan menggunakan “QR PRo BoBa RFID”. QR PRo BoBa RFID melibatkan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dan kaedah visual, auditori, kinestetik, dan taktil (VAKT). Seramai tiga orang murid pemulihan di sebuah sekolah di sekitar Klang, Selangor terlibat dalam kajian ini. Masalah murid dapat dikenal pasti hasil daripada ujian diagnostik yang telah dijalankan dan juga daripada pemerhatian semasa pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini dijalankan dengan berpandukan Model Kajian Laidlaw (1992). Instrumen yang digunakan untuk mengumpul data terdiri daripada pemerhatian serta senarai semak dan ujian pencapaian. Keputusan yang diperoleh hasil daripada analisis data kedua-dua instrumen ini telah menunjukkan perubahan yang positif. Hal ini bermakna QR PRo BoBa RFID telah berjaya membantu murid pemulihan meningkatkan penguasaan kemahiran suku kata KV. Saya berharap agar kajian ini dapat disebar secara meluas dalam kalangan pendidik untuk membantu murid pemulihan meningkatkan penguasaan kemahiran suku kata KV.
242 | E-Proceeding of The International Education Innovation Expo 2023 (Edu@Innovate 2023), 8- 9 November 2023 Bring Phonics Alive with AR-PP Book Lau Ann Joe*, Wong Chu Hui, Ng Li Min, Melor Md Yunus *SJK(C) Choon Siew / Universiti Kebangsaan Malaysia, [email protected] Category: Technologies in Learning Abstract: Augmented Reality (AR) has been widely adopted in various fields, and education is no exception. The integration of AR in English teaching and learning classrooms is to enhance the quality of education, which is emphasised in the Sustainable Development Goal 4 (SDG 4) by the United Nations (UN). There are numerous educational apps available on the market that incorporate AR technology for students of all ages to learn all the necessary skills. In Malaysia, English plays a vital component in our existing educational praxis paradigm. According to our current KSSR curriculum, lower primary pupils (Year 1 to Year 3) are required to learn phonics. The growing problem that English teachers are facing is their lower primary pupils' inability to discriminate, enunciate, and mix phonemes to understand words. Therefore, AR has been creatively integrated into a traditional teaching tool—the pop-up book, also known as the Augmented Reality Pop-Up (AR-PP) book to improve pupils' understanding of phonemes. This study aims to elucidate the effect of using the AR-PP book on pupils’ phonics learning. The participants of this study are lower primary pupils with elementary to lower average English proficiency levels. The research method used in this study is the Design and Development Research (DDR) method. Through this method of research, quantitative data from pre-test, post- test, and thumb surveys were collected to assess the effectiveness of the innovation and the participants’ perceptions of this learning tool’s usability. The findings revealed that the use of the AR-PP book can help the pupils articulate the targeted English words accurately, and it brings positive effects on pupils’ phonics learning.
| 243 E-Proceeding of The International Education Innovation Expo 2023 (Edu@Innovate 2023), 8- 9 November 2023 Kaedah CHat Me dalam Meningkatkan Kemahiran Mengarang Murid Kwan Ga Fai*, Sua Shang Wei *SJK (C) Jalan Davidson, SJK (C) Pumpong, [email protected] Category: Innovative Product Abstrak: Kajian tindakan ini dilaksanakan dengan tujuan membantu murid meningkatkan kemahiran mengarang dengan menggunakan ”CHat Me” (Catatan Harian dan Menulis). CHat Me membantu murid mengamati dan memilih bahan penulisan daripada pengalaman seharian mereka. Seramai tiga orang murid di sebuah sekolah di sekitar Kuala Lumpur terlibat dalam kajian ini. Masalah murid dikenal pasti hasil daripada pemerhatian semasa pengajaran dan pembelajaran dan latihan murid. Kajian ini dijalankan dengan berpandukan Model Kajian Laidlaw (1992). Instrumen yang digunakan untuk mengumpul data terdiri daripada pemerhatian serta senarai semak dan catatan harian murid. Keputusan yang diperoleh hasil daripada analisis data kedua-dua instrumen ini telah menunjukkan perubahan yang positif. Hal ini bermakna CHat Me telah berjaya membantu murid meningkatkan kemahiran mengarang. Saya berharap agar kajian ini dapat disebar secara meluas dalam kalangan pendidik untuk membantu murid meningkatkan kemahiran mengarang.
244 | E-Proceeding of The International Education Innovation Expo 2023 (Edu@Innovate 2023), 8- 9 November 2023 Dam Ular Sejarahku Shahadat bin Kharuddin*, Norazura binti Said, Shahabuddin bin Hashim, Salmiza binti Mohd Sahid, Suhaida binti Mohd Sahid *SMK Seri Muda, [email protected] Category: Innovative Product Abstrak: Pembelajaran berasaskan permainan (game-based learning) sering digunakan dalam proses pembelajaran pada abad ke-21 dengan menerapkan budaya inovasi dalam pengajaran yang mampu menjadikan proses PdP menjadi lebih interaktif dan menyeronokkan. Dam Ular Sejarahku digunakan sebagai pilihan atau pelengkap kepada kaedah pengajaran dalam mata pelajaran Sejarah untuk meningkatkan tahap pencapaian dan minat-murid. Namun, persepsi murid sering beranggapan bahawa mata pelajaran Sejarah adalah susah dan sangat membosankan kerana banyak fakta yang perlu diingat dan dihafal oleh mereka. Pembelajaran secara hafalan menyebabkan mereka tidak berminat untuk belajar sehinggakan pencapaian murid sangat rendah kerana terdapat murid Tingkatan 4 yang tidak dapat menguasai Bab 7 (Ke Arah Kemerdekaan Negara), unit 7.3, iaitu Sistem Ahli. Selain itu, murid juga tidak memberikan tumpuan sewaktu PdP kerana kaedah pembelajaran masih berpusatkan guru. Permainan Dam Ular Sejarahku ini adalah gabungan daripada permainan dam ular dan kad poker yang disesuaikan dengan aktiviti yang menarik minat murid semasa PdP. Permainan Dam Ular Sejarahku juga turut menggunakan aktiviti permainan secara dalam talian. Melalui permainan Dam Ular Sejarahku, pengkaji berjaya meningkatkan tahap pencapaian murid sebanyak 75% dan secara keseluruhannya, murid bersetuju permainan Dam Ular Sejarahku sangat menyeronokkan dan meningkatkan minat mereka untuk belajar. Permainan Dam Ular Sejarahku telah diuji keberkesanannya dalam PdP di peringkat sekolah dan disahkan oleh Pakar Bidang Sejarah. Permainan ini juga turut memberikan panduan yang lengkap dengan prosedur untuk bermain kepada para permain. Selain itu, permainan ini boleh digunakan dalam topik-topik seterusnya dalam PdP bagi mata pelajaran Sejarah dan juga boleh direplikasikan dalam pelbagai disiplin pendidikan. Permainan ini juga mempunyai potensi komersial kerana dapat dijadikan panduan pembelajaran yang menyeronokkan dan boleh dipasarkan melalui platform media sosial seperti Lazada dan Shopee untuk promosi sama ada di peringkat glokal atau global. Melalui Permainan Dam Ular Sejarahku, pengkaji berjaya melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang dapat meningkatkan tahap pencapaian dan minat murid Tingkatan 4 dalam mata pelajaran Sejarah bagi tajuk Ke Arah Kemerdekaan Negara.
| 245 E-Proceeding of The International Education Innovation Expo 2023 (Edu@Innovate 2023), 8- 9 November 2023 Meningkatkan Pemahaman Kemahiran Teknik KK Sama dalam Mencari Anu bagi Operasi Tambah Menggunakan Moramin Nurhakimah Mahmud*, Mohd Taha Abdul Rauf, Noor Rafidah Ismail, Norliana Taib, Yusnita 'Arbain, Noraniyah Hamdani, Zanariah Sa'An, Maizatul Nur bt. Mahmud, Noraishah bt. Mohamed Saad, Nur Hakimah binti Hashim, Aizah bt. Ghazali *SK Sagil Kampong, [email protected] Category: Science, Mathematics and Technology Learning Abstrak: Teknik penghafalan ialah teknik yang paling kerap dilaksanakan oleh guru-guru sekolah rendah memandangkan tahap kebolehan murid masih pada tahap rendah. Dengan menggunakan reka bentuk Kajian Tindakan Model Kurt Lewin, masalah ini dapat dikesan melalui pemerhatian semakan buku latihan, hasil temu bual, dan ujian pra. Kajian ini dijalankan dengan tujuan meningkatkan kemahiran mencari anu dalam operasi tambah menggunakan kaedah KK Sama dalam kalangan murid Tahun 2 bagi kategori bandar dan luar bandar. Kajian ini telah dijalankan ke atas 13 orang murid Tahun 2 bagi kategori bandar manakala 7 orang pelajar Tahun 2 bagi kategori luar bandar. Kesemua murid adalah berbangsa Melayu. Hasil dapatan kajian setelah menggunakan KK Sama menunjukkan kesemua responden bagi kategori bandar dan luar bandar mencapai markah lulus 100%. Sebagai kesimpulan, kaedah KK Sama yang telah diperkenalkan ini menunjukkan pencapaian yang sangat memberangsangkan dan para murid juga menunjukkan sikap yang positif serta dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran. Kajian ini mencadangkan agar teknik ini diterapkan kepada anak-anak Tahap 1 agar mereka mempunyai satu teknik yang berkesan dalam mencari anu seawal umur mereka dalam dunia pendidikan. Apabila asas mereka telah diperkukuh dengan teknik yang betul, mereka tidak akan berdepan dengan masalah mencari nilai anu dalam ayat matematik yang melibatkan penambahan apabila mereka naik ke Tahap 2 kelak.
246 | E-Proceeding of The International Education Innovation Expo 2023 (Edu@Innovate 2023), 8- 9 November 2023 DIY Air Cooler 3P Nor Syuhada binti Humari*, Norazura binti Safiee, Rosliza bt. Salikan, Sevani Jhevashree a/p Vishnutharan, Qaseh Amani binti Mohd Syahril, Sheannen Yip Hor-Ee *SK Perempuan Methodist, [email protected] Category: Innovative Product Abstract: Air quality and high surrounding temperature in classrooms lead to discomfort among Year 4 pupils and affect the teaching and learning environment. Therefore, the pupils invent an innovation, which is the Do It Yourself (DIY) Air Cooler 3P, to solve the high surrounding temperature in Year 4 classes. The air ventilation in Year 4 classes is improper due to the structure of the building. Pupils in Year 4 classes are having difficulties focusing on learning activities due to the high surrounding temperature and bad ventilation in the classroom. The result of the study shows the surrounding temperature was quite high, which was 33℃ around 12.00 to 1.00 in the afternoon. The Do It Yourself Air Cooler 3P provides a lower and more suitable surrounding temperature for the Year 4 pupils to focus on learning activities. It uses three types of power supply. This study employed the mixed-method approach in which the quantitative attitudinal data were collected and then triangulated by interview data. The questionnaire contains two parts. The findings of this project indicated that students perceived negative attitudes towards a focus on learning activities due to the high surrounding temperature and bad ventilation in the classroom. Then, we used the DIY Air Cooler 3P to reduce the discomfort during the learning activities.
| 247 E-Proceeding of The International Education Innovation Expo 2023 (Edu@Innovate 2023), 8- 9 November 2023 Kayu Bekas Nahu Syafiq Yap Chee Hoe Abdullah*, Lim Wei Ming, Khoo Er Shane, Ong Yu Xun, Ang Jia Sheng, Tee Zhi Shen *SJKC Wu Teck, [email protected] Category: Pedagogy and Curriculum Abstrak: “Kayu Bekas Nahu” (KBN) merupakan satu inovasi baharu hasil tangan murid-murid SJKC Wu Teck dan dibimbing oleh Cikgu Syafiq untuk membantu murid-murid yang ingin menambah kosa kata bagi mempertingkat kualiti pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, terutamanya dalam bidang tatabahasa (nahu). Fokus utama projek ini adalah untuk menambahkan reka bentuk secara universal bagi meningkatkan lagi kualiti pembelajaran di dalam kelas. Inovasi ini membantu murid menggunakan imaginasi mereka semasa menggunakan cawan yang berbeza. Murid-murid juga boleh menggunakannya sebagai peluasan ayat subjek dan predikat, permainan bahasa, atau hanya untuk mendedahkan murid kepada perbendaharaan kata yang baharu.
248 | E-Proceeding of The International Education Innovation Expo 2023 (Edu@Innovate 2023), 8- 9 November 2023 The Use of Augmented Reality and ‘AKJASOM’ Acronym for Sketching Trigonometric Function Graphs in Additional Mathematics Nuur Diyana binti Ab Sattar*, Dr. Nurhasmiza binti Abu Hasan Sazalli *SMK Seksyen 16, [email protected] Category: Science, Mathematics and Technology Learning Abstract: One of the most important fields in mathematics is Trigonometric Function, and this topic is taught in the Additional Mathematics subjects in Malaysian secondary schools. Trigonometric Functions are related to algebra, reasoning, graphing, and calculus. However, learning how to sketch Trigonometric Function graphs is difficult for certain students due to its complexity. This study was conducted to overcome the problem of sketching the graph of sine, cosine and tangent functions faced by Form 5 Malaysian secondary school students and improve their memorising skills of remembering the steps of graph sketching. A preliminary study was carried out to explore the issue, and the data collected were from a pre-test, interviews, and questionnaires. The results of the preliminary study showed that the participants could not sketch Trigonometric Function graphs correctly, were less motivated while learning this topic, and had problems memorising the steps of sketching the graphs. An Augmented Reality gamification integrating the AKJASOM acronym technique was developed to facilitate the participants’ understanding of the topic, increase their skills in sketching sine, cosine, and tangent functions, and increase their memory in remembering the steps in sketching. An intervention was conducted, and the findings indicated the participants’ improvement in sketching skills in the post-test given. From the interviews conducted, the participants demonstrated that they were more motivated to learn this topic because they had more confidence in sketching the graphs of Trigonometric Functions accurately. They could memorise the steps of sketching graphs and had a better understanding of this topic. In conclusion, the use of Augmented Reality and the AKJASOM gamification technique is effective in enhancing students’ skills in sketching sine, cosine, and tangent functions and improving students’ memorising skills steps in sketching. Students’ motivation in learning the topic increased as they mastered the necessary skills required for the topic.
| 249 E-Proceeding of The International Education Innovation Expo 2023 (Edu@Innovate 2023), 8- 9 November 2023 Keberkesanan Kaedah TeMuJa dalam PdPc Norsalwati bt. Ab Rahman*, Sabarina bt. Yusof *Sekolah Keb Gading-Gading, [email protected] Category: Innovative Product Abstrak: Kurikulum ialah perancangan pendidikan yang diimplementasikan oleh sekolah untuk mencapai objektif pendidikan. Kurikulum juga lebih dikenali sebagai kandungan atau bahan yang diajar di sekolah, subjek yang telah dirancang untuk diajar dan dipelajari di sekolah, atau hasil pembelajaran daripada proses pembelajaran dan pemudahcaraan di sekolah. Oleh itu, sekolah merupakan tempat untuk melaksanakan pelbagai aktiviti melalui proses PdPc dan PBD dalam kepelbagaian medium. Masalah penguasaan penulisan Jawi merupakan satu isu yang sering dikaitkan dengan murid sekolah harian di Malaysia. Keadaan ini digambarkan dalam banyak bentuk, terutamanya pencapaian Jawi yang rendah apabila melibatkan penulisan. Melalui ujian kem cemerlang Jawi, didapati 50 peratus pelajar masih lemah dalam penguasaan Jawi. Inovasi ini dibuat di Daerah Kunak, yang merupakan satu daerah kecil yang terletak di pantai timur Sabah. Kunak mempunyai 15 buah sekolah rendah dan penduduknya terdiri daripada petani dan nelayan. Inovasi TeMuJa ini dibuat dengan tujuan menyelesaikan masalah penguasaan Jawi dalam kalangan 10 orang pelajar Tahun 5 Sekolah Kebangsaan Gading-Gading. Seperti yang kita maklum, para pendidik merupakan watak utama yang berperanan melaksanakan semua proses pelaksanaan dasar serta perancangan negara. Dalam erti kata lain, seorang pendidik perlu diberikan definisi baharu yang memberikan makna yang lebih luas dan global. Pendidik bukan lagi hanya sebagai pemudah cara, penyampai, pembimbing, pemimpin, malah ia lebih lagi. Pada sanubari mereka, haruslah tertanam sifat ingin memberikan kefahaman dan input kepada orang lain serta sifat semula jadi yang bermatlamat memandaikan murid. Oleh, itu inovasi TeMuJa ini diperkenalkan agar pelajar mendapat pendedahan tentang kaedah dan teknik yang betul dalam penulisan Jawi, yang melibatkan disiplin ilmu yang perlu ditekankan. Disiplin ilmu itu meliputi pengenalan vokal dan konsonan, suku kata, tatacara susunan huruf di awal, di tengah, dan di akhir, yang perlu dititikberatkan bagi penulisan Jawi yang betul. Pergerakan penulisan ini sangat penting agar murid boleh menulis dengan tertib dan teratur dan mengikut disiplin ilmu yang ditetapkan.
250 | E-Proceeding of The International Education Innovation Expo 2023 (Edu@Innovate 2023), 8- 9 November 2023 STAR (Self Evaluation for Teachers) Mior Ridzuan bin Riza*, Ahmad Zamri bin Md. Isa, Abdul Rahim bin Mohd Yunus, Mohd Sham Salleh bin Mohd Rashidi, Masrinawati binti Mohd Arifin, Rohana binti Moin *Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, [email protected] Category: Assessment and Evaluation Abstract: STAR (Self Evaluation for Teachers) is a platform containing a digital self-assessment instrument designed to measure the competency levels of teachers in Pahang. Teachers are assessed within three distinct groups: the Senior Leader Team (SLT), the Middle Leader Team (MLT), and regular teachers, with each group evaluated based on specific dimensions tailored to their roles. The assessment results provide insights into teachers’ competency levels for each dimension assessed. This assessment framework is anchored in the 10 Leader Models and 10 Teacher Models outlined in the Pahang Education Transformation Plan 2021–2030 (TPP). STAR serves as a platform that enables teachers to conduct self-assessments and view their results in real time. STAR presents teachers with an analysis of their performance for each measured dimension. Its functionality not only streamlines the self-assessment process but also saves time in data collection and analysis, resulting in actionable insights from the assessments conducted. The data derived from these self-assessments serve as a guide for JPN Pahang in designing programmes and interventions tailored to specific groups of teachers, facilitating targeted professional development. As of 2022, a total of 21,064 teachers in Pahang had completed their assessments through STAR. In the upcoming year-end assessment in 2023, these teachers will be re-evaluated to measure the extent of their competency improvement for the year 2023.
| 251 E-Proceeding of The International Education Innovation Expo 2023 (Edu@Innovate 2023), 8- 9 November 2023 Segi Tiga Osem Kuasai Anu Operasi Matematik Azizul bin Abdul Aziz* *SK Bukit Lanjan (Asli), [email protected] Category: Pedagogy and Curriculum Abstrak: Proses pengajaran dan pembelajaran Matematik sering berubah mengikut keperluan. Penekanan kemahiran operasi Matematik melibatkan anu memerlukan kreativiti dan inovasi guru yang dikongsi bersama murid supaya berjaya merangsang minat murid terhadap topik tersebut. Hal ini kerana, kemahiran operasi Matematik melibatkan anu menjadi suatu masalah kepada murid untuk dikuasai dan guru juga mengalami masalah untuk membantu proses pemahaman murid bagi topik ini. ”Segi Tiga Osem” merupakan satu projek inovasi bagi membantu murid menyelesaikan operasi Matematik yang melibatkan anu. Penggunaan Segi Tiga Osem yang mempunyai ciri yang menarik, mudah, dan fleksibel telah terbukti sangat berkesan untuk digunakan bagi menyelesaikan ayat Matematik yang melibatkan anu. Inovasi ini juga memenuhi elemen pembelajaran abad ke-21. Selain itu, pendekatan pembelajaran secara grafik visual semikonkrit menjadikan Segi Tiga Osem sangat mesra pengguna dan berjaya membantu meningkatkan kefahaman murid. Segi Tiga Osem mampu menarik minat murid terhadap pembelajaran mata pelajaran Matematik secara khasnya dan mata pelajaran lain secara amnya. Produk ini berpotensi untuk disebarluaskan penggunaannya dan dikomersialkan di pasaran luar kerana produk yang dihasilkan ini terbukti memberikan impak yang besar kepada murid, guru, dan sekolah dalam usaha mengembangkan potensi murid dengan lebih bermakna.
252 | E-Proceeding of The International Education Innovation Expo 2023 (Edu@Innovate 2023), 8- 9 November 2023 Form 4 and Form 5 English DSKP (Student’s Version) Chua Wei Chuan*, Khayra Qistina Balqis binti Azman, Nur Hanis Fatiha binti Muhammad Nazam *SBP Integrasi Sabak Bernam, [email protected] Category: Assessment and Evaluation Abstract: Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) is the official document pertaining to the curriculum and assessment issued by the Ministry of Education Malaysia that serves as a guide for teachers in school. However, in order to make learning meaningful for the pupils, they should be given exposure to what they are expected to achieve in the curriculum, and they should be involved actively in the context of assessment. Hence, as an English teacher teaching Form 4 and Form 5 English, the idea of creating a student’s version of DSKP for English was initiated. This version of DSKP includes the Learning Standards for the four language skills, namely, listening, speaking, reading, and writing, and the Performance Standards, which are written in pupils’ language so that pupils can comprehend the document based on their language proficiency. The document was created by the teacher together with two pupils via a series of two-way discussions. Initially, the teacher introduced the Learning Standards and the Performance Standards to the two pupils so they understood the learning expectations. Then, they tried to simplify the Learning Standards and the Performance Standards together with the teacher so that a consensus could be achieved regarding the terms used to describe the Learning Standards and Performance Standards without distortion in meaning. The content was then compiled to form the document entitled “Form 4 and Form 5 English DSKP (Student’s Version)”. The document has been used primarily in classroom-based assessment via two approaches: self-assessment and peer assessment. By referring to this document, pupils have shown a higher degree of motivation when learning English since they are able to see the relevance of learning the skill per se with regard to the future. Assessment has also become an easier task for the teacher since the pupils are sharing the burden with the teacher.