| 103 E-Proceeding of The International Education Innovation Expo 2023 (Edu@Innovate 2023), 8- 9 November 2023 Sistem MyBOOK Neo Dr. Nordiana binti Hamzah*, Prof Madya Dr. Rosmilah Misnan, Dr. Ahmad Nurzid bin Rosli, Sofiatul Nazira Ahmad Shubki, Mohd Zulfikar bin Zainal Abidin, Nur Farhan binti Mohd Yusoff, Maznah Hamzah *Universiti Pendidikan Sultan Idris, [email protected] Category: Innovative Product Abstrak: Sistem MyBOOK merupakan satu inovasi sistem dalam pengurusan jualan dan stok buku yang bersepadu dan komprehensif yang sangat sesuai digunakan oleh penerbit-penerbit buku. Sistem ini membolehkan rekod hasil terimaan, pelaporan, pemantauan, penyeliaan, dan pengurusan dalam jualan dan stok buku dilakukan dalam satu platform, yang menjadikan pengurusan jualan dan stok buku lebih mudah, sistematik, dan efisien. Sistem ini dibangunkan oleh kakitangan Pejabat Karang Mengarang dengan kerjasama ICT UPSI. Sistem ini mengandungi 8 modul lengkap yang terdiri daripada: Author Module, Item Module, Third Party Module (Distributors), Storekeeper Module, Store Module, Administrator Module, Sales Module, dan Setup Module. Selain itu, sistem ini juga berintegrasi dengan Sistem Kewangan Universiti, iaitu Sistem MyFIS Neo, yang dapat meningkatkan kecekapan penerbit dalam memantapkan pengurusan dan kawalan pemasaran dan jualan agar lebih efisien dan dinamik. Oleh itu, sistem ini mempunyai potensi yang besar untuk dikomersial dan dikembangkan ke peringkat yang lebih tinggi, terutama kepada penerbit-penerbit universiti awam, swasta, dan agensi berkaitan.
104 | E-Proceeding of The International Education Innovation Expo 2023 (Edu@Innovate 2023), 8- 9 November 2023 Sejarawan Cilik Junior – Inovasi Pembelajaran Sejarah Sekolah Rendah Dr. Shakila Che Dahalan*, Dr. Nurulasyikin Hassan, Nursila Abdul Syakirah Dahalan *Universiti Pendidikan Sultan Idris, [email protected] Category: Innovative Product Abstrak: Sejarawan Cilik Junior (SCJ) ialah satu produk inovasi alat bantu belajar subjek Sejarah kepada murid sekolah rendah yang menggunakan pendekatan Multiple Intelligence dan Neoterik mengikut acuan tempatan. Inovasi ini dibangunkan untuk menyelesaikan masalah dalam pembelajaran Sejarah sekolah rendah, iaitu penguasaan yang rendah dalam pengetahuan sejarah serta kemahiran dan nilai sejarah. Di samping itu, murid menunjukkan rasa bosan apabila mempelajari subjek ini. Sehubungan itu, hasil penyelidikan secara saintifik telah membangunkan SCJ ini dalam bentuk permainan dan mengintegrasikan pembelajaran berteraskan teknologi yang memfokuskan peningkatan pengetahuan, kemahiran, dan nilai Sejarah. Kandungan uji minda pengetahuan, kemahiran, dan nilai adalah mengikut pendekatan Neoterik dan disusun mengikut tahap penguasaan murid, yang selari dengan pentaksiran bilik darjah murid (PBD) Kementerian Pendidikan Malaysia. Di samping itu, literasi kewangan melalui konsep kewangan menggunakan prototaip mata wang emas, perak, dan gangsa turut didedahkan kepada murid. SCJ turut mendedahkan murid kepada konsep insaniah yang mendidik murid berkongsi harta melalui konsep derma dalam permainan, iaitu murid diberikan keistimewaan khusus apabila menderma harta mereka. SCJ telah didaftarkan Harta Intelek Malaysia, dan inovasi ini telah dibentangkan dalam International Conference on Education Development 2023 di Vietnam. Inovasi ini telah dipasarkan dengan harga jualan RM 80.00 seunit.
| 105 E-Proceeding of The International Education Innovation Expo 2023 (Edu@Innovate 2023), 8- 9 November 2023 Running Rangers Game: Super Dr. Zamzana binti Zamzamir*, Dr. Sabarina binti Shafie, Dr. Norsida binti Hasan, Dr. Norhayati binti Ahmat, Cik Siti Aisyah binti Norazhar, Pn. Siti Munirah binti Mohd Nasir *Universiti Pendidikan Sultan Idris, [email protected] Category: Innovative Product Abstract: One of the difficulties faced by students in learning mathematics is to give a clear visual description of translation, reflection, and rotation concepts (Milovanovic et al., 2013). A study conducted by Naidoo et al. (2016) shows that an unpleasant teaching and learning experience in mathematics is a factor that contributes to the lack of student motivation. Several studies related to the implementation of Game-based Learning (GBL) show a rise in students’ achievement and motivation (White & McCoy, 2019). The RRGs is a part of Kit Transformasi Isometri and is the updated version of Running Rangers Game (RRG) based on the comments and suggestions by evaluators and users of RRG. The RRGs is an educational board game developed to accentuate students’ understanding of translation, reflection, and rotation concepts of Form 2 Isometric Transformations of Mathematics in Malaysia. The RRGs allows students to explore and relish the learning of mathematical concepts using fun GBL methods as well as actively engage students’ psychomotor in the process. RRGs is fit to be played individually or in groups at flexible times and duration for players of 14 years old and above. The recommended duration is one hour and four players. Scientifically, the RRGs, which is an output of grant GPUBP: 2019-0091-107-01, with satisfactory validity value and high level of usability, is developed based on design and development research and ADDIE model together with the Dienes Learning Theory, 5E Learning Cycle Model, and Ryan Self-Determination Theory. The RRGs Effectiveness Test also shows significant improvement in students’ achievement and motivation in learning mathematics. RRGs has successfully published three Scopus articles, awarded five gold medals, a silver medal, and a bronze medal in national and international competitions, where it is exhibited in education carnivals, presented in Due Diligence Workshop MOSTI, ready as a prototype at TRL level 6, obtained MyIPO’s Copyright CRLY2021W06126, and considered by three companies for collaboration.
106 | E-Proceeding of The International Education Innovation Expo 2023 (Edu@Innovate 2023), 8- 9 November 2023 Novel Biodegradable Porous Scaffold for Skin Regeneration Prof. Dr. Ismail bin Zainol*, Prof Ts. Dr. Ismail bin Zainol, Dr. Nurulsaidah Abdul Rahim, Assoc. Prof. Dr. Che Nor Aiza Jaafar, Assoc. Prof. Dr. Mohd Fauzi Md Busra, Meor Abdullah Ghazey bin Noor *Universiti Pendidikan Sultan Idris, [email protected] Category: Innovative Product Abstract: A 3D porous scaffold from fish scales collagen and chitosan was fabricated via the freeze dryer technique. The scaffold has physical and mechanical properties ideal for skin-regenerating templates. In vitro culture of human fibroblasts and keratinocytes showed that the scaffolds are cytocompatible. The results from a pre-clinical study on rats have shown that the scaffold has been able to heal wounds and enhance skin regeneration within 14 days.
| 107 E-Proceeding of The International Education Innovation Expo 2023 (Edu@Innovate 2023), 8- 9 November 2023 Modul Latihan Eksplorasi Kesejahteraan Psikologi Organisasi Prodigy Taquddin b. Abd Mukti*, Ahmad Jazimin b. Jusoh, Dr Mohd Noor b. Saper, Mohamad Saifuddin b. Ab Shatar *Universiti Pendidikan Sultan Idris, [email protected] Category: Adult, Community, and Professional Learning Abstrak: Kesejahteraan psikologi merupakan elemen terpenting yang banyak mempengaruhi kehidupan manusia, antaranya produktiviti dan prestasi kerja, kesihatan fizikal dan mental seseorang, dan hubungan pekerja dan motivasi diri. Oleh itu, modul ini dibina bagi membangunkan potensi diri peserta dalam organisasi menerusi enam elemen, iaitu autonomi, penguasaan persekitaran, perkembangan peribadi, penerimaan kendiri, tujuan hidup, dan hubungan yang positif dengan orang lain.
108 | E-Proceeding of The International Education Innovation Expo 2023 (Edu@Innovate 2023), 8- 9 November 2023 MYRIMS - My Research Integrated Management System Dr. Noor Hidayah binti Che Lah*, Prof. Madya Dr. Aslina binti Saad, En. Rasyidi bin Johan, Dr. Nor Masharah binti Husain, En. Ahmad Dzohir bin Ariffin @ Maarof, En. Ammar Ashraf bin Narul Akhla, Amin Irfan bin Mohamad Suwarno, Pn. Zuraida binti Mahmood, Muhammad Amin Aiman bin Zulkifli *Universiti Pendidikan Sultan Idris, [email protected] Category: Educational Organisation and Leadership Abstract: Research Integrated Management System (RIMS) is a system used by lecturers at Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) to enter various data for the purpose of research, consultation, innovation, publication, and so on. However, the existing RIMS system at UPSI has several weaknesses, such as the problem of monitoring research activities, claims process research, security system issues, and so on. Therefore, a study to improve the quality of RIMS needs to be conducted based on 4 objectives: I – Analyse the problems of the existing MyRIMS system, II – Analyse the need to improve the system, III – Develop the improvement of the RIMS system to the MyRIMS version, and IV – Carry out the testing phase of the developed improvements to the MyRIMS System. A design and development research method will be applied in this study. This study aims to develop a system known as MyRIMS, which is a new version with improvements from the existing functions in RIMS and two copyright products. This study will also have an impact on the lecturers and UPSI administration to work more consistently, effectively, and efficiently and produce value for commercialisation to generate income for UPSI.
| 109 E-Proceeding of The International Education Innovation Expo 2023 (Edu@Innovate 2023), 8- 9 November 2023 Rubric for Teacher`s Self-Efficacy and Teaching Competency in Drug Education Ciptro Handrianto*, Prof. Dr. Ahmad Jazimin Jusoh, Ts. Dr. Nazre Abdul Rashid, Prof. Madya Dr. Suzaily Wahab, Prof. Dr. Mansor Abu Talib *Universiti Pendidikan Sultan Idris, [email protected] Category: Pedagogy and Curriculum Abstract: Teachers play a significant role in drug prevention programmes because they have multiple interactions with students in and out of the classroom. The Malaysian government emphasised the delivery of drug prevention programmes in schools in the curriculum and co-curriculum contexts. In terms of curriculum, classroom teachers need to highlight drug abuse prevention activities by integrating their learning materials with drug abuse prevention, with constructive discussion among students in the classroom. The activities are well-known as drug education. Teacher`s Self-Efficacy (TSE) and Teaching Competency (TC) in drug education are significant to ensure drug abuse prevention in the classroom goes smoothly. This rubric is part of the assessment tools to measure Teacher`s Self-Efficacy (TSE) and Teaching Competency (TC) in drug education. It can be used by classroom teachers to improve their beliefs and skills in integrating drug topics into the teaching and learning process.
110 | E-Proceeding of The International Education Innovation Expo 2023 (Edu@Innovate 2023), 8- 9 November 2023 Effectiveness of Cognitive Therapy and Behaviour Therapy Intervention Module in Group Counselling to Reduce Stress, Anxiety and Depression among Workers Wan Anor bin Wan Sulaiman*, Ahmad Rozelan Yunus, Muhammad Hafizi Mohd Nur Hamidi, Raja Abdul Ajwad Raja Jakaria, Muhamad Zulfadzle Fauzi, Mohamad Solihin, Intan Nurshuhada, Siti Khadijah, Aiman Alhana Syamsul Ammar, Nur Amirah Rahim, Mirza Sofia Mohd Shuhaimi *Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'Adzam Shah, [email protected] Category: Assessment and Evaluation Abstrak: Kajian ini dijalankan untuk meneroka persoalan tentang keberkesanan modul intervensi Terapi Kognitif dan Terapi Tingkah Laku dalam kaunseling kelompok bagi mengurangkan tekanan, kebimbangan, dan kemurungan dalam kalangan pekerja. Terdapat dua objektif yang menjadi panduan dalam kajian kaedah gabungan ini. Pertama, kajian ini menguji kesan Kaunseling Kelompok Terapi Kognitif (KKTK) dengan mengukur perbezaan antara ujian pra dan ujian pasca pekerja yang mengalami tekanan, kebimbangan, dan kemurungan yang mengikuti KKTK (Kumpulan Rawatan) dengan pekerja yang tidak mengikuti KKTK (Kumpulan Kawalan). Kedua, kajian menguji kesan Kaunseling Kelompok Terapi Tingkah Laku (KKTT) dengan mengukur perbezaan antara ujian pra dan ujian pasca tekanan, kebimbangan, dan kemurungan pekerja yang mengikuti KKTT (Kumpulan Rawatan) dengan pekerja yang tidak mengikuti KKTT (Kumpulan Kawalan). Dapatan kajian menunjukkan terdapat kesan perubahan yang besar dalam pengurangan tekanan, kebimbangan, dan kemurungan pekerja yang mengikuti KKTK. Hal yang sama juga didapati bagi pekerja yang mengikuti KKTT. Berdasarkan perbandingan antara keduadua kaunseling kelompok ini, didapati KKTK lebih memberikan kesan dalam mengurangkan tekanan, kebimbangan, dan kemurungan. Sebaliknya, pekerja dalam Kumpulan Kawalan tidak menunjukkan sebarang perubahan dalam mengurangkan tekanan, kebimbangan, dan kemurungan. Kajian ini juga menunjukkan modul rawatan yang disediakan dengan menggunakan Terapi Kognitif dan Terapi Tingkah Laku sangat sesuai digunakan untuk mengurangkan tekanan, kebimbangan, dan kemurungan dalam kalangan pekerja dalam organisasi. Hasil daripada kajian ini, satu alat diagnosis tahap tekanan, kebimbangan, dan kemurungan serta modul rawatan bagi kecelaruan mental tekanan, kebimbangan, dan kemurungan telah dihasilkan.
| 111 E-Proceeding of The International Education Innovation Expo 2023 (Edu@Innovate 2023), 8- 9 November 2023 Ujian Superitem Pengukuran: Pentaksiran Alternatif Abad Ke-21 Mohd Faizul bin Ridzuan*, Profesor Madya Dr. Lim Hooi Lian *Universiti Sains Malaysia, [email protected] Category: Assessment and Evaluation Abstrak: Kursus Matematik merupakan salah satu kursus yang terdapat dalam sesetengah program pengajian yang ditawarkan di kolej komuniti. Pengukuran merupakan topik yang amat penting dalam silibus Matematik di kolej komuniti. Namun, pencapaian pelajar dalam topik pengukuran adalah lemah berbanding topik Matematik yang lain. Oleh itu, Ujian Superitem Pengukuran diperkenalkan bagi memudahkan pengajaran dan pembelajaran topik pengukuran di kolej komuniti serta memperkembangkan pemikiran pelajar agar selari dengan abad ke-21. Ujian ini merupakan satu pentaksiran alternatif yang inovatif dan kreatif untuk mengukur perkembangan kognitif pelajar dalam kebolehan mereka menyelesaikan masalah pengukuran. Ujian Superitem Pengukuran merupakan ujian yang dibina berdasarkan proses penaakulan yang disesuaikan dengan model SOLO (Structure of the Observed Learning Outcome) dan model Skematik Fong. Ujian Superitem Pengukuran ini terdiri daripada situasi masalah dan lima tahap kesukaran yang berbeza serta mengandungi tiga jenis pengganggu bagi setiap tahap yang dibina. Konsep peringkat struktur respons berhierarki dan pengganggu telah diaplikasikan dalam pembinaan soalan. Ujian ini terbukti dapat menentukan pemahaman konsep pengukuran pelajar dari peringkat asas ke peringkat yang lebih kompleks. Didapati 50.6% daripada 87 orang pelajar kolej komuniti yang terlibat dapat menggunakan dan mengintegrasikan maklumat yang diberi dalam mengira luas tapak namun mereka tidak dapat menilai hubungan dan membuat kesimpulan mengenai perkaitan antara setiap permukaan bentuk-bentuk geometri. Manakala 39.1% daripada mereka dapat menilai hubungan dan membuat kesimpulan mengenai perkaitan antara setiap permukaan bentuk-bentuk geometri dan 10.3% dapat menggunakan penaakulan dan kreativiti untuk menguji konjektur yang dibina bagi situasi yang lebih kompleks. Format ini juga amat memudahkan pensyarah untuk mengenal pasti kelemahan pelajar dan memimpin mereka mencapai pemikiran yang kritis dan kreatif selari dengan abad ke-21. Format ujian ini sesuai ditadbir dalam versi kertas dan pensel atau pun secara dalam talian. Format ujian ini juga merupakan templat yang amat berguna untuk membina ujian bagi topik Matematik yang lain.
112 | E-Proceeding of The International Education Innovation Expo 2023 (Edu@Innovate 2023), 8- 9 November 2023 Modul MinUS-C (Minecraft Urban Solar Community) Muhamad Kamarul Azman bin Sulaiman* *Universiti Kebangsaan Malaysia, [email protected] Category: Science, Mathematics and Technology Learning Abstrak: Modul MinUS-C adalah sebuah inovasi pendidikan bertujuan memberikan gambaran sebenar kepada pelajar tentang konteks dunia nyata berkaitan konsep dan teknologi fotovoltan (PV) solar. Teknik inovatif digunakan untuk mengatasi jurang pengetahuan sedia ada dan meningkatkan kesediaan pelajar untuk menerima teknologi tenaga boleh diperbaharui, khususnya teknologi PV solar melalui pendekatan pembelajaran kolaboratif berasaskan permainan digital dan pendekatan inkuiri. Persekitaran imersif dalam permainan digital Minecraft membantu menggambarkan simulasi konsep asas sains seperti pengenalan kepada tenaga solar, perubahan bentuk tenaga, kesan fotovoltan, jenis litar, komponen berkaitan sistem PV, dan lain-lain. Modul ini membantu merangsang pelajar untuk mengaplikasikan pengetahuan baharu dalam proses membangunkan sebuah komuniti yang berliterasi saintifik dengan penggunaan teknologi PV solar dalam situasi nyata. Proses penilaian yang lebih menyeluruh dapat dilaksanakan bukan sahaja kepada produk (artifak) yang dihasilkan semasa melakukan aktiviti, tetapi juga proses pembelajaran yang dialami oleh pelajar dalam membina pengetahuan bermakna. Pendekatan ini seiring dengan aspirasi Kementerian Pendidikan Malaysia untuk beralih daripada kaedah pengajaran konvensional kepada kaedah yang membolehkan pelajar belajar secara aktif dan melibatkan diri dalam proses pembelajaran. Selain itu, modul ini juga dapat mendorong pelajar untuk meneroka potensi peluang kerjaya dalam bidang berkaitan teknologi PV solar pada masa hadapan. Dengan peningkatan pengetahuan dan kesediaan penerimaan pelajar terhadap penggunaan teknologi PV solar, mereka dilihat berupaya menjadi agen perubahan yang mampu membantu masyarakat beralih kepada penggunaan teknologi tenaga boleh diperbaharui, khususnya teknologi PV solar, sekaligus mencapai matlamat kelestarian tenaga pada masa hadapan.
| 113 E-Proceeding of The International Education Innovation Expo 2023 (Edu@Innovate 2023), 8- 9 November 2023 Beyblade Tr.Pkps Sharida binti Abu Talib* *Universiti Kebangsaan Malaysia, [email protected] Category: Pedagogy and Curriculum Abstrak: Model bersepadu ini dibangunkan sebagai panduan dan rujukan kepada warga pendidik dalam menambah baik kualiti guru seterusnya meningkatkan kecemerlangan profesion keguruan. Mutakhir ini, wujud satu keperluan untuk meningkatkan kualiti pendidikan sama ada di peringkat global mahupun kebangsaan. Rentetan itu, transformasi pendidikan Matematik di Malaysia pada masa kini memerlukan komuniti pendidikan, khususnya para guru, untuk memiliki empat kompetensi iaitu pedagogi, profesional, keperibadian, dan sosial. Aspek kualiti pengajaran guru sentiasa mendapat perhatian penyelidik dalam negara mahu pun luar negara. Aspek kesediaan perlu dititikberatkan khususnya dalam kalangan guru, terutamanya apabila berlaku perubahan dalam sistem pendidikan. Hal ini kerana guru merupakan pelaksana utama dan agen perubahan dalam memastikan keberkesanan pengajaran. Dalam konteks pembangunan kurikulum, elemen kesediaan guru melibatkan proses perancangan, pelaksanaan, dan penilaian. Walaupun pada hari ini guru dilihat terbeban dengan kerja yang pelbagai, kesediaan dalam konteks pengetahuan profesional dan kemahiran pedagogi perlu ada. Pengetahuan profesional dan kemahiran pedagogi merupakan aspek dominan yang memberikan kesan kepada tingkah laku guru. Kesediaan dilihat dari dua aspek, iaitu aspek pengetahuan, yang melibatkan kefahaman dan kepintaran seseorang terhadap sesuatu perkara dan aspek kemahiran, yang merujuk kepada kecekapan untuk melakukan sesuatu perkara. Sehubungan itu, guru perlu menambah baik amalan pengajaran dari masa ke masa, khususnya dalam pendidikan Matematik. Hal ini kerana kesediaan guru membolehkan guru-guru mentransformasikan amalan pengajaran yang meliputi kepelbagaian strategi dan pengintegrasian kemahiran pedagogi.
114 | E-Proceeding of The International Education Innovation Expo 2023 (Edu@Innovate 2023), 8- 9 November 2023 A Corpus-Based Study on the Alignment of Reading within Curriculum Standard, Textbooks, and Examinations in China Rong, Changsheng*, Mazura @ Mastura binti Muhammad *Universiti Pendidikan Sultan Idris, [email protected] Category: Assessment and Evaluation Abstract: The purpose of this study is to explore the links between the English curriculum standards, English textbooks, and college entrance examination papers in high schools in Mainland China. This study explores four research questions using corpus linguistics software and computational formulas for comparative research. The objects of this research are High School English Curriculum Standards, High School English Textbooks (seven volumes), and College Entrance Examination English Test Papers (2018-2022). These documents were compiled under the auspices of the Ministry of Education of the People's Republic of China and are very authoritative. The research tools include Antconc, Voyant Tools, Online-Utility, and Porter's Sec Model. The research results show that the vocabulary range of the High School English Curriculum Standards, High School English Textbooks, and College Entrance Examination Papers are relatively consistent, and the overall content range meets the docking requirements. In this study, the four elements related to High School English Curriculum Standards, High School English Textbooks, and College Entrance Examination Papers are (1) keyword list, (2) lexical density, (3) readability, and (4) alignment index. To sum up, the corpus research method can measure the vocabulary range and content-writing range of High School English Curriculum Standards, High School English Textbooks, and College Entrance Examination Papers and improve the accuracy of English textbook writing. This study demonstrates that measurement techniques from corpora and coherence studies can improve the coherence and alignment of content written by English language educators, taught by teachers, and learned by students.
| 115 E-Proceeding of The International Education Innovation Expo 2023 (Edu@Innovate 2023), 8- 9 November 2023 Sejarawan Cilik Junior (SCJ) Pembelajaran Neoterik Murid Sekolah Rendah Nursila binti Abdul*, Shakila binti Che Dahalan, Nurulasyikin binti Hassan *Jabatan Sejarah, FSK, Universiti Pendidikan Sultan Idris, [email protected] Category: Innovative Product Abstrak: Pendidikan Sejarah mula diajar kepada dan dipelajari oleh murid di peringkat sekolah rendah bermula dari Tahun 4 hingga Tahun 6. Mata pelajaran Sejarah di peringkat sekolah rendah merupakan kesinambungan ke peringkat sekolah menengah sebagai satu disiplin ilmu yang dinamik. Murid didedahkan dengan asas Sejarah. Ilmu yang dipelajari secara kronologi pada peringkat awal menyebabkan Sejarah menjadi satu subjek yang sukar untuk dipelajari. Kajian menunjukkan bahawa subjek Sejarah adalah antara subjek yang tidak diminati murid sekolah kerana kaedah penyampaian subjek tersebut masih lagi bersifat konvensional dan berpusatkan guru, menyebabkan murid-murid menghadapi kesukaran untuk memahami dan menghayati Sejarah. Oleh itu, salah satu usaha yang dapat dilakukan bagi meningkatkan minat murid terhadap Sejarah adalah dengan memperkenalkan produk Sejarawan Cilik Junior (SCJ) pembelajaran Neoterik murid sekolah rendah. Produk ini merupakan pembelajaran berasaskan permainan (Game-based Learning) dan kepelbagaian kecerdasan (Multiple Intelligence) yang dikhususkan kepada murid Sejarah sekolah rendah. Dengan bantuan produk ini, murid boleh menjalani aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam suasana yang menyeronokkan, malah boleh menjadikan pengetahuan Sejarah mudah untuk difahami serta maklumat Sejarah mudah dikuasai. Produk Sejarawan Cilik Sejarah ini juga disesuaikan dengan tema-tema pengetahuan seperti individu, keluarga, sekolah, masyarakat, negara, dan dunia, yang disepadukan dengan pendekatan Neoterik. Semua tema pengetahuan ini akan diterapkan dalam bentuk permainan bagi menghasilkan suasana pembelajaran yang aktif dan menarik.
116 | E-Proceeding of The International Education Innovation Expo 2023 (Edu@Innovate 2023), 8- 9 November 2023 Komik Sains: Bumi dan Angkasa Ain Najwa binti Md Rafit*, Prof. Dr. Suriani binti Abu Bakar *Universiti Pendidikan Sultan Idris, [email protected] Category: Innovative Product Abstrak: Minat merupakan salah satu faktor yang penting untuk mendorong murid bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Maka, pengintegrasian al-Quran merupakan salah satu inisiatif untuk membantu murid memahami fenomena yang berlaku dalam kehidupan seharian dan menarik minat mereka untuk mempelajari bidang STEM. Analisis dapatan kajian mendapati bahawa majoriti guru bersetuju bahawa tema bumi dan angkasa ialah tema yang paling sesuai dipilih sebagai isi kandungan bagi modul pembelajaran STEM berintegrasikan al-Quran bagi murid Tahun Tiga. Mereka mencadangkan kaedah pembelajaran berasaskan projek untuk dijadikan asas bagi aktiviti yang terdapat dalam modul tersebut. Majoriti guru juga berpendapat bahawa pengintegrasian al-Quran dan penerangan kandungan pembelajaran dalam bentuk komik merupakan inisiatif yang baik untuk menerapkan minat murid untuk mempelajari mata pelajaran STEM. Sebagai kesimpulan, terdapat keperluan untuk membangunkan modul pembelajaran STEM berintegrasikan al-Quran bagi tema bumi dan angkasa untuk murid Tahun Tiga dari perspektif guru. Modul yang akan dibangunkan diharapkan dapat menarik minat murid untuk mempelajari dan membantu mereka memahami konsep yang terdapat dalam tema bumi dan angkasa.
| 117 E-Proceeding of The International Education Innovation Expo 2023 (Edu@Innovate 2023), 8- 9 November 2023 Fabrication of Polyvinylidene Fluoride/Metal Oxide-based Membrane for Methylene Blue Dye Degradation via Adsorption-Photocatalytic Activity Siti Nor Aisyah binti Jamilon*, Prof. Dr. Suriani binti Abu Bakar *Universiti Pendidikan Sultan Idris, [email protected] Category: Innovative Product Abstract: The textile industry is known to discharge significant quantities of methylene blue (MB) dyes into lakes and rivers, posing a potential hazard to human health and living things. The MB has been identified as a toxic, carcinogenic and non-biodegradable substance. Among the existing water treatment methods, the adsorption-photocatalysis method can be considered a powerful technique for treating dye contamination. In this work, a polyvinylidene fluoride-based (PVDF) composite membrane was successfully fabricated via a non-induced phase separation (NIPS) process by utilising two different metal oxides (titanium dioxide (TiO2) and zinc oxide (ZnO)) as additives. PVDF/TiO2 and PVDF/ZnO membranes were further utilised as photocatalyst membranes to treat MB dye contamination via adsorption-photocatalytic activity, where the adsorption process by PVDF/TiO2 and PVDF/ZnO were conducted for 30 minutes prior to the photocatalytic activity. Based on the UV-Vis measurement, it was found that the PVDF/TiO2 sample showed a higher dye degradation efficiency of 91.86% as compared to the PVDF/ZnO membrane (86.80%). It was believed that TiO2 has higher photostability than ZnO due to the higher transfer of electrons from the valence band to the conduction band, which results in the generation of holes in the valence band. Based on its dye degradation performance, the fabricated PVDF/TiO2 composite membrane has the potential to be applied as a photocatalyst to treat wastewater.
118 | E-Proceeding of The International Education Innovation Expo 2023 (Edu@Innovate 2023), 8- 9 November 2023 Pronaja X2 Fizaril Amzari bin Omar*, Maizatul Hayati binti Mohamad Yatim, Erni Marlina binti Saari *Universiti Pendidikan Sultan Idris, [email protected] Category: Innovative Product Abstrak: Pronaja X2 ialah inovasi permainan papan berasaskan ular-tangga yang direka bentuk sebagai alat bantu mengajar bagi pelajaran asas bahasa pengaturcaraan C++. Pronaja X2 merupakan kesinambungan inovasi berterusan daripada projek seumpamanya, iaitu Pronaja X dan Pronaja J. Pronaja ialah singkatan daripada perkataan Programming dan Naja. Naja merupakan gelaran nama bagi keluarga ular tedung yang berbisa. Pronaja X2 ini mempunyai 40 petak, empat tangga, dan lima ular. Pronaja X2 dimainkan oleh dua hingga empat orang pemain dan tempoh permainan adalah sekitar 30 hingga 60 minit. Keunikan permainan papan Pronaja X2 ini dapat dilihat dari mekanik permainan yang dipersembahkan. Pemain perlu menjawab soalan pengaturcaraan dalam bentuk kad, secara lisan atau dengan menyusun blok simbol aturcara apabila berada di petak tangga dan petak ular. Pronaja ialah permainan papan khusus bagi para pelajar aliran Teknologi Maklumat dan Sains Komputer. Pronaja X dan Pronaja J masing-masing telah terbukti berkesan sebagai bahan bantu belajar bagi pelajaran asas bahasa pengaturcaraan C++ dan Java di peringkat matrikulasi. Pronaja X2 pula dicipta khusus untuk para pelajar di peringkat universiti. Penggunaan Pronaja X2 bertujuan mempromosikan persekitaran "bermain sambil belajar" yang ceria dan menggembirakan di samping menjadi agen pencetus motivasi dan keterlibatan pelajar dalam mempelajari asas pengaturcaraan.
| 119 E-Proceeding of The International Education Innovation Expo 2023 (Edu@Innovate 2023), 8- 9 November 2023 Digital Storytelling Creative Science Module Wan Mohd Faizal bin Wan Mohd Nasir*, Nurazidawati binti Mohamad Arsad Lilia binti Halim *Universiti Kebangsaan Malaysia, [email protected] Category: Science, Mathematics and Technology Learning Abstract: The Digital Storytelling Creative Science module is a groundbreaking solution designed to enhance students’ creative thinking skills and achievement in science, specifically focusing on the acid and alkaline topics. This pioneering module addresses a critical challenge: the enhancement of the three pivotal sub-skills of thinking (association, visualisation, and divergent) among Form 2 secondary students. Distinguished from traditional teaching methodologies, The PDSK module employs an immersive storytelling approach, complemented by collaborative teamwork to nurture the three essential creative thinking sub-skills. The classroom implementation of this module encompasses five progressive stages of digital storytelling drawn from Cheng and Chuang (2019): brainstorming, dynamic adaptation, virtual practice, training, and display. This innovative teaching methodology diverges from conventional approaches by adopting Merrill's First Principles of Instruction (2002), which spotlight the demonstrative facets to cultivate foundational student skills. The culmination of the five-tiered digital storytelling process within the PDSK module exhibits a remarkable augmentation in students' knowledge, application, and performance, translating into a tangible mastery escalation in the realm of science learning, particularly encompassing the intricate domain of acid and alkaline.
120 | E-Proceeding of The International Education Innovation Expo 2023 (Edu@Innovate 2023), 8- 9 November 2023 The Gene Detective Kok Yee Zhen*, Dr Then Sue-Mian, Prof Lee Kean Wah, Dr Gan Kok Beng *University Of Nottingham Malaysia, [email protected] Category: Technologies in Learning Abstract: The COVID-19 pandemic prompted many academic institutions to consider a shift towards remote learning. This shift is in tune with the demands of the 4th Industrial Revolution to train teachers and students to use 4IR technology for teaching and learning. Recognising the need to strengthen STEM education to meet the demands of 4IR, as well as the existing content gap in the Biology syllabus that does not teach students about the importance of genes, DNA, and polymerase chain reaction (PCR), a STEM-based educational toolkit called “The Gene Detective” was thus conceptualised and designed to provide an alternative approach to learning the knowledge and information. Building upon the modular e-learning approach and asynchronous learning, this toolkit presents the basics of DNA, genes, and PCR in the form of e-learning capsules. Each learning capsule is furnished with a pre-test and a short video about the topic, followed by simple interactive activities, including a virtual experiment, case study, and a post-test summarising the topic. The toolkit is also complemented with four volumes of hard-copy activity booklets. Findings from a pilot study revealed encouraging positive outcomes when comparing the pre and post-test results. Similarly, feedback from the students regarding satisfaction and motivation while using the toolkit was generally positive. As the toolkit is still in its infancy, the quest to collate data for further improvement and make it culturally appropriate and relevant for use in classrooms is still ongoing. It is hoped that this toolkit can be adapted to be used in Malaysian Biology classrooms to motivate and enrich students’ learning experiences following the shift towards remote learning.
| 121 E-Proceeding of The International Education Innovation Expo 2023 (Edu@Innovate 2023), 8- 9 November 2023 Aplikasi Modul Pembangunan Insan Pelajar Remaja Yang Tercicir Mohamad Saifuddin bin Ab. Shatar*, Hamizah binti Othman, Norfaezah binti Md. Khalid, Khairina binti Ahmad Kamal *Universiti Malaya, [email protected] Category: Learner Diversity and Identities Abstrak: Aplikasi Modul Pembangunan Insan Pelajar Remaja yang Tercicir merupakan satu modul yang dibangunkan bertujuan mengembangkan perkembangan tercicir dalam bentuk intervensi kaunseling dan menjadikan hal tersebut sebagai sebahagian daripada kehidupan norma masyarakat sekitar. Hal ini demikian kerana murid tercicir seperti golongan B40, kanak-kanak, dan remaja delikuensi atau penyelewengan sosial, anak-anak yatim, dan anak yang dilahirkan luar nikah juga merupakan insan biasa seperti manusia normal yang lain. Namun demikian, kehidupan yang mereka lalui tidak sesempurna masyarakat normal yang lain berikutan terdapat pelbagai cabaran dan halangan yang terpaksa mereka tempuhi demi kelangsungan hidup. Hasil produk ini akan membantu murid tercicir membina karakter dan pengalaman sebagai seorang pelajar yang mampu meletakkan dirinya setaraf dengan pelajar-pelajar yang lain. Modul ini mengandungi aktiviti pembelajaran seperti mengenali personaliti dan kerjaya, kemahiran kepimpinan, pengurusan stress, pengurusan masa, pengurusan kewangan, pengurusan disiplin, dan kemahiran belajar.
122 | E-Proceeding of The International Education Innovation Expo 2023 (Edu@Innovate 2023), 8- 9 November 2023 Mind Maths Board (pre-Maths) Lee Wai Mun*, Dr. Shahabuddin bin Hashim *Universiti Sains Malaysia, [email protected] Category: Early Childhood Learning Abstract: The preschool market lacks effective materials for teaching addition and subtraction concepts to young children. The Mind Maths Board, a concrete object-based learning tool, addresses this gap by providing a set of hands-on learning aids designed to help children grasp these mathematical concepts in a tangible way, making abstract ideas more accessible. It consists of four main components: an activity board, unit place value cubes, tens place value cards, and number cards. It also encompasses four key mathematical operation modes: understanding place values, addition and subtraction, number bond operations, and horizontal-to-vertical calculation conversion. It offers 15 engaging and educational mathematical activities for children. This innovative learning tool has contributed to three different segments of society. First, it aids children who struggle with abstract mathematical concepts, providing them with a concrete foundation for understanding addition and subtraction. Second, it assists Mathematics teachers in effectively conveying these concepts to their students. Third, it promotes parent-child interaction by offering fun-filled activities that involve parents in their children's learning process. Testimonies from kindergarten principals (Tadika Budiman Cerdas and Klang) reported improved math skills and independent learning among students. The product collaborates with an early childhood publisher and plans to launch its second generation in 2023. While some components are common in kindergartens, the novelty of this product is the integration of multimedia with teacher training, which enhances its effectiveness. It has significant commercial potential due to Malaysia's 822,673 children aged 5 to 6 (MOE 2020a). With an affordable price of RM 40 and adaptability for international markets, it is poised for success. In summary, the Mind Maths Board fills a crucial gap in the preschool market by providing concrete learning materials for teaching addition and subtraction mathematical concepts to young children. Its positive impact on children, teachers, and parent-child relationships, as well as its commercial potential, makes it a valuable educational tool.
| 123 E-Proceeding of The International Education Innovation Expo 2023 (Edu@Innovate 2023), 8- 9 November 2023 EduNeeds Navigator Nurul 'Ain binti Abdul Halim*, PM. Dr. Shahabuddin bin Hashim, Mohamad Rasyidi bin Ghazali, Salmiza binti Mohd Sahid *Universiti Sains Malaysia, [email protected] Category: Assessment and Evaluation Abstrak: Analisis Keperluan (AK) merupakan langkah awal yang kritkal sebelum melaksanakan sebarang program pendidikan kerana hasil AK dapat memberikan maklumat status terkini tentang program yang telah dijalankan atau untuk merangka program baharu yang lebih efisien bagi mengelakkan pembaziran sumber dan mencapai objektif yang ditetapkan. Namun begitu, pelaksana program menghadapi masalah untuk melaksanakan fasa AK kerana tiada kerangka yang khusus. Kesannya, pelaksana program tidak mendapat maklumat yang jelas dan tepat untuk membangunkan sebuah program pendidikan. EduNeeds Navigator ialah sebuah kerangka yang dirancang dengan mengadaptasi beberapa model analisis keperluan bahasa, itu Target Situation Analysis (TSA), Learning Situation Analysis (LSA), dan Present Situation Analysis LSA). Elemen dalam EduNeeds Navigator ini digunakan sebagai landasan untuk merancang program pendidikan yang disesuaikan dengan teknologi dan keperluan semasa akan datang. Dari sudut kebolehgunaan, EduNeeds Navigator telah diaplikasikan oleh pengkaji untuk melaksanakan kajian AK dan berjaya mendapat maklumat yang tepat daripada pengguna akhir untuk membangunkan sebuah modul pembelajaran kendiri. Nilai Indeks Kesahan Kandungan (Content Validation Index) keseluruhan pakar yang terlibat dalam EduNeeds Navigator menunjukkan nilai yang tinggi. Status penghasilan EduNeeds Navigator ialah melalui proses penelitian idea, perkembangan konsep, dan mencapai tahap uji lari. Dalam konteks pembaharuan, EduNeeds Navigator adalah satu-satunya kerangka yang memberikan panduan untuk melaksanakan AK berfokuskan konteks program pendidikan yang mengutamakan keperluan pengguna akhir. Selain itu, kerangka ini juga dapat direplikasi dalam pelbagai bidang lain seperti industri pembuatan. EduNeeds Navigator mempunyai potensi komersial kerana dapat digunakan oleh syarikat-syarikat konsultan dan institusi pengajian tinggi yang ingin merancang sesuatu program yang lebih efisien serta memenuhi perluan pengguna akhir. EduNeeds Navigator dapat memberikan sumbangan khusus buat komuniti pendidik yang ingin merancang program pendidikan. EduNeeds Navigator boleh dipasarkan melalui platform media sosial serta promosi kepada unit-unit dalam institusi berkenaan. Penggunaan EduNeeds Navigator ialah membantu pengkaji melaksanakan fasa AK dan mendapatkan maklumat yang jelas dan tepat daripada pengguna akhir.
124 | E-Proceeding of The International Education Innovation Expo 2023 (Edu@Innovate 2023), 8- 9 November 2023 Oh! My Little GENE 2.0 Hanna binti Mohd Hussaini*, PM. Dr, Salmiza binti Saleh, Zainah binti Hamid, Hazlina binti Kasah, PM. Dr. Shahabuddin bin Hashim *Penang Matriculation College, [email protected] Category: Pedagogy and Curriculum Abstract: Genetic inheritance is a fundamental concept in biology education, yet engaging students and promoting a deep understanding of this complex topic remains a challenge. Matriculation students' Genetics achievement is low, as evidenced by the candidate work report (LKC) of the final exam of the matriculation programme. 80% of candidates fail to identify linked genes, and some struggle with calculations and concepts. This low achievement is alarming for lecturers and calls for correction mechanisms. The difficulty in learning genetics can affect students' motivation and overall performance. The lack of effective teaching methods contributes to this issue, and further research is needed to develop effective strategies for this topic. A board game designed for Genetics using game-based learning with STEM elements offers an interactive and engaging way to explore genetics and heredity. The game board is made of a multicolour laminating card, consisting of 36 laminated cards and 6 multicolour markers. Preliminary assessments have shown a significant improvement in students' achievement levels and heightened motivation to explore genetic inheritance. This game encourages collaboration among players, fostering communication skills, teamwork, and the ability to explain genetics concepts to peers. It is suitable for pre-university or matriculation students and secondary school students, especially Form 5 students. Educational validation is conducted to assess the game's effectiveness in enhancing students' understanding of genetics concepts, with 95% of the students attaining full marks for the Genetic Achievement Test. Once the game design and educational efficacy are established, the game moves into production and distribution. The market launch involves promoting the game through workshops for secondary school students. Continued improvement is ongoing, with regular updates, expansions, and enhancements to keep the game relevant and engaging over time. The game can be played both physically and online, using a QR code for educators, which differs from the common board game.
| 125 E-Proceeding of The International Education Innovation Expo 2023 (Edu@Innovate 2023), 8- 9 November 2023 Instrumen Analisis Keperluan Untuk Pembelajaran Berasaskan Projek Salmiza binti Mohd Sahid*, Norazura binti Said, Suhaida binti Mohd Sahid, Shahabuddin bin Hashim, Shahadat bin Khairuddin *Universiti Sains Malaysia, [email protected] Category: Pedagogy and Curriculum Abstract: Instrumen analisis keperluan bagi membangunkan modul pembelajaran berasaskan projek (PBP) bertujuan mendapatkan maklum balas keperluan membangunkan sebuah modul pembelajaran Pendidikan Moral bagi aktiviti luar bilik darjah. Instrumen ini merupakan langkah awal kerana hasil analisis keperluan dapat memberikan maklumat yang tekini untuk merangka modul yang lebih efisien bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan. Namun, kajian lepas menunjukkan bahawa lebih separuh daripada murid Pendidikan Moral berada pada tahap kompetensi pertimbangan moral yang sangat rendah dan tidak matang. Mereka tidak memiliki keupayaan penaakulan moral dalam proses penerimaan maklumat dan mengaplikasikan nilai serta tidak mampu menterjemahkan nilai yang dipelajari dengan persekitaran. Mereka juga tidak dapat memberikan penerangan tentang isu-isu moral. Hal ini berpunca daripada PdP yang tidak berkesan. Oleh yang demikian, cadangan untuk membangunkan satu program intervensi dalam membangunkan modul PBP bagi aktiviti luar PdP adalah sebagai panduan kepada murid dan guru Pendidikan Moral agar tahap kompetensi moral murid meningkat. Instrumen analisis keperluan PBP ini diadaptasi daripada kajian Pembangunan dan Penilaian Keberkesanan Modul Pembelajaran InoSkep untuk Kursus Keusahawanan dan Perniagaan di Institut Pendidikan Guru (Ahmad Sharani, 2021). Instrumen analisis keperluan ini disesuaikan dengan konteks objektif pembelajaran dan persekitaran PBP bagi aktiviti di luar bilik darjah di peringkat sekolah menengah. Instrumen analisis keperluan PBP ini digunakan sebagai keperluan untuk pembinaan draf modul berasaskan projek yang bertujuan mendapatkan data yang diperlukan yang terdiri daripada elemen-elemen seperti cadangan bentuk modul berdasarkan konsep, isi kandungan dan objektif, cadangan reka bentuk modul berdasarkan media untuk aktiviti dan bahan untuk penilaian, dan cadangan pentaksiran dari aspek kompetensi moral murid. Melalui instrumen analisis keperluan PBP, pengkaji telah mendapat pengesahan pakar yang terdiri daripada pakar bidang Bahasa, Pendidikan Moral serta pakar Pembinaan Modul bagi setiap instrumen protokol temu bual dan soal selidik. Nilai indeks kesahan kandungan (Content Validation Index/CVI) keseluruhan pakar yang terlibat terhadap instrumen analisis keperluan PBP menunjukkan nilai yang tinggi. Kajian rintis (pilot test) dilaksanakan untuk menentukan tahap kebolehpercayaan item-item protokol temu bual dan soal selidik tersebut. Instrumen analisis keperluan PBP ini telah berjaya digunakan untuk membina modul PBP mengikut elemen-elemen yang telah dicadangan. Kebaharuan instrumen analisis keperluan PBP ini adalah sebagai bahan atau alat ukur analisis keperluan dalam membangunkan modul PBP di luar bilik darjah. Selain itu, instrumen analisis keperluan PBP ini juga dapat direplikasi dalam pelbagai disiplin mata pelajaran lain seperti Sejarah, Bahasa Melayu, Geografi, Pendidikan Islam, Sains, dan lain-lain. Instrumen analisis keperluan ini juga mempunyai potensi komersial kerana dapat dijadikan sebagai panduan kepada guru sama ada di peringkat rendah, menengah atau institusi pengajian tinggi dalam melaksnakan PBP di luar bilik darjah serta boleh diguna pakai oleh penyelidik akan datang. Melalui instrumen analisis keperluan PBP, pengkaji berjaya melaksanakan satu kajian keperluan dan mendapatkan maklumat menyeluruh tentang keperluan untuk pengkaji membangunkan sebuah modul PBP berdasarkan keperluan murid dan guru.
126 | E-Proceeding of The International Education Innovation Expo 2023 (Edu@Innovate 2023), 8- 9 November 2023 Modul Latihan PPG-MaPKew Norazura binti Said*, Nurhidayah binti Yaakop, Muzirah binti Musa, Shahabuddin bin Hashim, Salmiza binti Mohd Sahid, Suhaida binti Mohd Sahid, Shahadat bin Khairuddin *Universiti Sains Malaysia, [email protected] Category: Science, Mathematics and Technology Learning Abstrak: Penerapan pendidikan kewangan dalam Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Matematik merupakan sebahagian daripada transformasi pendidikan negara dalam melahirkan murid yang celik kewangan. Kompetensi guru adalah penting dalam menjayakan agenda penerapan elemen pendidikan kewangan dalam pengajaran. Namun, didapati guru menghadapi cabaran dalam pengajaran kerana pengetahuan, kemahiran, dan sikap guru berada pada tahap rendah dan sederhana. Kekurangan modul latihan berfokus kepada bidang Matematik, khususnya bagi tajuk Matematik Pengguna: Pengurusan Kewangan sebagai bahan sokongan pembangunan profesional, mendorong inovasi ini dilakukan. Modul ini dirangka dengan aktivitiaktiviti yang menyeronokkan dan tidak formal bagi mencapai objektifnya melalui 6 sesi latihan. Setiap sesi menyediakan pengalaman latihan berbeza-beza merangkumi sesi ice-breaking, diikuti dengan aktiviti unplugged dan plugged in berkenaan pendidikan kewangan dan Matematik Pengguna: Pengurusan Kewangan. Seterusnya, sesi my briefcase dijalankan bagi menekankan aspek membina dan membentangkan pelan kewangan peribadi yang baik. Selain itu, terdapat aktiviti sumbang saran dalam menghasilkan bahan PdPc berasaskan PBM. Sesi penilaian terhadap contoh aktiviti pembentangan murid turut dimuatkan. Sesi latihan diakhiri dengan penyediaan dan pembentangan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) berasaskan PBM dan Model Pembelajaran 5E. Ujian kebolehgunaan modul dijalankan ke atas 16 orang guru Matematik melalui soal selidik kebolehgunaan. Dapatan menunjukkan modul menepati nilai kebolehgunaan (kebergunaan, kepuasan, dan kemudahgunaan) yang baik dan sesuai digunakan. Modul latihan ini berbeza daripada modul yang lain kerana mempunyai 6 sesi latihan komprehensif yang aktif dan menyeronokkan. Pihak yang mempunyai kaitan dengan latihan guru seperti Bahagian Pendidikan Guru, JPN, PPD dan Institusi Latihan Guru boleh menggunakan modul ini bagi melatih guru pra-perkhidmatan dan guru-guru dalam perkhidmatan. Potensi komersial Modul Latihan PPG-MaPKew ini ialah pakej pelaksanaan penuh bengkel selama 2 hari berserta modul, bahan, dan kepakaran dengan nilai RM 1200. Modul Latihan PPG-MaPKew ini sesuai dijadikan bahan sokongan latihan pembangunan profesionalisme guru bagi meningkatkan kompetensi dalam pengajaran Matematik Pengguna sekali gus menyumbang kepada transformasi pendidikan negara.
| 127 E-Proceeding of The International Education Innovation Expo 2023 (Edu@Innovate 2023), 8- 9 November 2023 Instrumen Pengetahuan, Sikap dan Amalan (IPSA) dalam Melaksanakan Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) Suhaida binti Mohd Sahid*, Shahadat Kharudin, Shahabuddin Hashim, Salmiza Mohd Sahid, Norazura Said *Universiti Sains Malaysia, [email protected] Category: Pedagogy and Curriculum Abstrak: IPSA telah dibina dengan objektif untuk meneroka pengetahuan, sikap, dan amalan guru Sejarah serta cabaran terhadap pelaksanaan KPS dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) Sejarah. Hal ini kerana masih tidak terdapat instrumen yang dapat meneroka KPS secara meneyeluruh. KPS merupakan salah satu teras struktur disiplin yang sistematik bagi mengembangkan proses PdP agar lebih efektif dan dinamik. KPS meliputi kemahiran memahami kronologi, meneroka bukti, membuat interpretasi, membuat imaginasi, dan membuat rasionalisasi. Kemahiran ini seharusnya difahami dan dihayati oleh guru-guru Sejarah supaya mereka dapat mengaplikasikan kemahiran ini dalam aktiviti PdP Sejarah. Seseorang guru Sejarah perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan sama ada pengetahuan isi kandungan dan pengetahuan pedagogi supaya KPS dapat disampaikan dengan baik. Walau bagaimanapun, kemahiran pedagogi yang statik serta ketandusan inovasi dan kreativiti mencerminkan kelemahan profesionalisme guru Sejarah itu sendiri. Kelemahan ini menyebabkan guru Sejarah gagal melahirkan murid sebagaimana yang digariskan dalam objektif pendidikan Sejarah (Muhammad Ridzuan et al., 2021). Oleh yang demikian, IPSA dibina dan diadaptasi daripada kajian Siti Ruhani (2016). Pembinaan IPSA ini menyediakan satu alternatif kepada guru untuk mengetahui perkara berkaitan KPS dan kaedah pengajaran yang sesuai serta sikap dan amalan yang sepatutunya dimiliki oleh seorang guru Sejarah dalam melaksanakan KPS. Penghasilan IPSA telah melalui proses pembinaan, disahkan oleh tiga orang pakar bidang Pendidikan Sejarah, diuji secara rintis, dilaksanakan melalui kajian sebenar, dan didaftarkan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO). IPSA dilengkapi dengan pengetahuan isi kandungan, pedagogi berkaitan pelaksanaan KPS, dan sikap yang sepatutnya dimiliki oleh guru Sejarah serta amalan guru Sejarah dari aspek pra-pengajaran, semasa pengajaran, dan selepas pengajaran. IPSA yang sama boleh disesuaikan untuk pembinaan sumber pendidikan dalam mata pelajaran lain seperti Geografi, Bahasa Melayu, dan Pendidikan Moral serta boleh dijadikan rujukan penyelidik akan datang. IPSA berpotensi dilaksanakan untuk guru sekolah rendah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta sekolah menengah agama dan sekolah swasta juga.
128 | E-Proceeding of The International Education Innovation Expo 2023 (Edu@Innovate 2023), 8- 9 November 2023 Kad Gapai Bintang Salmiza binti Mohd Sahid*, Nurul 'Ain binti Abdul Halim, Shahabuddin bin Hashim, Shahadat bin Kharuddin, Suhaida binti Mohd Sahid, Norazura binti Said *Universiti Sains Malaysia, [email protected] Category: Innovative Product Abstrak: Pembelajaran berasaskan permainan yang sering digunakan dalam proses pembelajaran abad ke-21 mempunyai pendekatan yang sama dengan penerapan budaya inovasi dalam pengajaran, yang mampu menjadikan proses PdP lebih interaktif. Oleh itu, Kad Gapai Bintang digunakan sebagai pilihan atau pelengkap kepada kaedah pengajaran mata pelajaran Pendidikan Moral untuk meningkatkan tahap pencapaian dan minat pelajar. Namun, persepsi pelajar sering beranggapan bahawa mata pelajaran Pendidikan Moral adalah membosankan kerana pelajar perlu menghafal fakta dan nilai-nilai yang dipelajari. Pembelajaran secara hafalan menyebabkan mereka tidak berminat untuk belajar Pendidikan Moral dan didapati pencapaian pelajar berada di tahap rendah berikutan pelajar Tingkatan 4 tidak dapat menguasai Bidang 7, Moral dan Kenegaraan, Unit 8 iaitu Hak dan Tanggungjawab sebagai Warganegara berlandaskan Perlembagaan Malaysia. Murid juga tidak memberikan tumpuan sewaktu pembelajaran kerana kaedah tradisional yang berpusatkan guru. Permainan ini diadaptasi daripada permainan poker yang melibatkan penyambungan kad-kad antara satu sama lain yang mempunyai soalan dan jawapan pada kad yang berbeza. Permainan ini juga menggunakan aktiviti permainan secara dalam talian. Melalui permainan ini, pengkaji berjaya meningkatkan tahap pencapaian murid sebanyak 65% dan secara keseluruhannya, murid bersetuju permainan ini sangat menyeronokkan dan berminat untuk belajar. Permainan ini telah diuji keberkesanan dalam PdP di peringkat sekolah dan disahkan oleh pakar Pendidikan Moral. Permainan ini juga turut memberikan panduan tentang prosedur bermain kepada para permain. Selain itu, permainan ini boleh digunakan dalam topik-topik seterusnya dalam PdP bagi mata pelajaran Pendidikan Moral dan juga boleh direplikasikan dalam pelbagai disiplin pendidikan. Permainan ini juga mempunyai potensi komersial kerana dapat dijadikan panduan pembelajaran yang menyeronokkan dan boleh dipasarkan melalui platform media sosial seperti Lazada dan Shopee untuk promosi sama ada di peringkat glokal atau global. Melalui permainan ini, objektif PdP dapat dicapai serta meningkatkan tahap pencapaian dan minat pelajar Tingkatan 4 dalam unit 8, Hak dan Tanggungjawab sebagai Warganegara berlandaskan Perlembagaan Malaysia.
| 129 E-Proceeding of The International Education Innovation Expo 2023 (Edu@Innovate 2023), 8- 9 November 2023 TR-TAN: Integrated Approach in Counselling Amnah binti Maktar*, Prof. Madya Dr. Fatahyah binti Yahya, Dr. Mohd Suhadi bin Mohamed Sidik *Sultan Abdul Halim Mu'Adzam Shah International Islamic University, [email protected] Category: Innovative Product Abstract: Remaja semakin terdedah kepada gejala kesihatan mental. Fenomena ini berkait rapat dengan atribut psikologi ihsan kendiri (self-compassion). Bagi menangani isu ini daripada terus berleluasa, intervensi yang bersesuaian perlu diberi lebih perhatian dalam membentuk kesejahteraan insan. Hasrat ini selari dengan perkara yang dihasratkan oleh Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) 2030 yang ke-3, iaitu mewujudkan kesihatan dan kesejahteraan yang baik. Bagi menjamin tercapainya hasrat ini, kajian ini memberikan fokus terhadap intervensi kaunseling integrasi Terapi Realiti dan Tazkiyah Al Nafs (TR-TAN) dalam meningkatkan tahap ihsan kendiri remaja supaya mereka dapat memperoleh dan menikmati kesihatan mental yang lebih baik. Intervensi integrasi ini menekankan pendekatan kaunseling yang lebih holistik dan lebih berupaya membantu remaja memiliki kesihatan mental yang berkesan ke arah kesejahteraan hidup sebagai seorang Muslim yang seimbang di dunia dan di akhirat.
130 | E-Proceeding of The International Education Innovation Expo 2023 (Edu@Innovate 2023), 8- 9 November 2023 Modul Latihan Gimnastik KSSR Nurhidayah Yaakop*, Dr. Denise Koh Choon Lian, Prof. Dr. Ruhizan Mohammad Yasin, Dr. Khasturi Ramalingam, Norazura Said *Universiti Kebangsaan Malaysia, [email protected] Category: Pedagogy and Curriculum Abstrak: Gimnastik Asas merupakan salah satu bidang kemahiran dalam Pendidikan Jasmani sekolah rendah di Malaysia. Namun begitu, bahan sokongan untuk guru Pendidikan Jasmani mengendalikan sesi aktiviti Gimnastik Asas adalah terhad. Kajian ini bertujuan membangunkan Modul Latihan Gimnastik berdasarkan skop Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Modul Latihan Gimnastik KSSR) untuk guru Pendidikan Jasmani. Reka bentuk kajian adalah berdasarkan Design and Development Research (DDR). Fasa pertama ialah analisis keperluan. Dua sesi Perbincangan Kumpulan Berfokus (FGD), yang terdiri daripada guru baharu (n=5) dan guru berpengalaman (n=5) Pendidikan Jasmani telah dijalankan untuk meneroka keperluan guru dalam mengendali sesi Pemudahcaraan dan Pembelajaran (PdPc) Pendidikan Jasmani. Hasil analisis berjaya memperoleh tiga tema, iaitu (i) modul yang fleksibel, (ii) bahan sokongan, dan (iii) kandungan yang komprehensif. Fasa kedua ialah reka bentuk dan pembangunan. Kaedah Fuzzy Delphi Method (FDM) dijalankan untuk menentukan komponen utama dalam Modul Latihan Gimnastik KSSR. FDM melibatkan pakar daripada pelbagai pihak (n=16) dan komponen yang dikenal pasti ialah (i) objektif, (ii) isi kandungan, (iii) strategi, (iv) aktiviti, (v) aplikasi, dan (vi) penilaian modul. Fasa ketiga ialah penilaian tahap kebolehgunaan modul melalui kaedah Modified Nominal Group Technique (Modified NGT). Seramai 21 orang guru Pendidikan Jasmani telah diberikan modul untuk digunakan selama empat minggu. Pada akhir tempoh penggunaan, pakar menilai tahap kebolehgunaan modul tersebut. Nilai peratusan skor penerimaan keseluruhan aspek adalah melebihi 70.00% dengan dapatan bagi setiap aspek (kebergunaan – minima=88.57%; kepuasan – minima=94.29%; dan kemudahgunaan – minima=89.52%) dianggap sesuai dan boleh digunakan. Kajian yang dilakukan telah menunjukkan bahawa Modul Latihan Gimnastik KSSR adalah sesuai sebagai bahan sokongan untuk guru. Modul ini berjaya memenuhi keperluan guru dalam Gimnastik Asas untuk mengendalikan sesi aktiviti PdPc yang lebih efektif dan selamat kepada murid.
| 131 E-Proceeding of The International Education Innovation Expo 2023 (Edu@Innovate 2023), 8- 9 November 2023 Essence 2.0 of ESL Tertiary Learners' Blended Verbal Communication Learning Experiences (ESSENCE 2.0: ESL-BVC) Sangeeth Ramalingam*, Prof. Madya Dr. Harwati Hashim, Prof. Dr. Melor Md Yunus *Universiti Kebangsaan Malaysia, [email protected] Category: Technologies in Learning Abstract: Past studies reported that graduates of English as a Second Language learners have serious difficulties communicating in English. According to Sustainable Development Goal 4, higher education institutions play a critical role in ensuring ESL graduates possess both subject knowledge and effective English communication skills. In an effort to raise the level of education, tertiary institutions have embraced blended language learning. Despite the benefits offered by blended learning, previous research has shown that students frequently express frustration with the difficulties they face in learning verbal communication in a blended environment. Thus, the aim of this study is to explore ESL learners' blended learning experiences for verbal communication skills. Ten tertiary ESL students from a selected higher education institution participated in this descriptive phenomenological study. In-depth interviews, informants' written accounts, and focus group discussions were used to gather the data. The collected data was analysed using thematic analysis. The findings demonstrated that the informants relied on personal learning strategies, and they personalised their verbal communication learning by being responsible for their learning process. The results also indicated that the ESL informants' willingness to communicate was highly influenced by familiarity with interlocuters and the need to obtain new information. Despite a few challenges, the informants had favourable opinions of their social interaction in blended communicative learning. Based on the study's overall findings, an essence of the ESL informants' communicative blended learning experiences was produced. The study offers practical implications for ESL educators on how to enhance the existing blended learning approaches in order to improve the verbal communication skills of ESL students at higher education institutions.
132 | E-Proceeding of The International Education Innovation Expo 2023 (Edu@Innovate 2023), 8- 9 November 2023 AI-ARTEDU: The Integration of Generative Artificial Intelligence (AI) And Computational Thinking (CT) in Developing Teaching Materials for Visual Arts Education Teachers Irma Rahayu bt. Ibrahim*, Prof. Madya Dr. Harozila binti Ramli *Universiti Pendidikan Sultan Idris, [email protected] Category: Technologies in Learning Abstract: This research explores the integration of artificial intelligence (AI) technology into the production of teaching materials for visual arts education teachers. Due to the increasing demand for creative teaching methods, there is an urgent need to utilise AI to improve educational materials. The teaching and learning module called Ai-ArtEDU was designed and developed based on the ADDIE model to incorporate AI software in producing teaching materials for drawing and painting at the secondary level. Adaptability, data literacy, and problem-solving are the AI dimensions present in the Ai-ArtEDU module that can enhance teachers' competence in digitalisation in teaching visual art education. This research applies a quantitative method, which involves 41 visual arts education teachers at the secondary level. The aim of this research is to enable teachers to generate teaching materials through the utilisation of artificial intelligence technology. The assessment in this study is associated with the usability of teachers in using the Ai-ArtEDU module to produce teaching materials, as well as the level of teacher readiness and acceptance in using artificial intelligence technology as teaching aids in visual arts education. The findings indicate that 90.2% of teachers agreed that AI-integrated teaching materials not only reduce the burden on teachers but also significantly improve student engagement and learning outcomes. 90.5% of teachers also approved the Ai-ArtEDU module due to its inclusion of clear, step-by-step guidelines accompanied by straightforward and easily understood illustrations. Furthermore, the Ai-ArtEDU module has contributed its potential to revolutionise pedagogical practices for teachers in teaching visual arts education.
| 133 E-Proceeding of The International Education Innovation Expo 2023 (Edu@Innovate 2023), 8- 9 November 2023 Reka Bentuk Avatar 3D sebagai Bahan Bantu Mengajar Makhraj Dalam Kalangan Murid Prasekolah Fatin Nur Nabilah binti Zulkifli*, Dr Nur Syuhada binti Mat Sin * Universiti Pendidikan Sultan Idris, [email protected] Category: Early Childhood Learning Abstrak: Makhraj huruf dalam sistem pendidikan, terutamanya di peringkat prasekolah masih kurang dititikberatkan dan tidak wujud secara khusus dalam silibus pembelajaran. Kebanyakan guru menggunakan lagu ”alif ba ta” dalam memperkenalkan makhraj huruf kepada murid sehingga murid tidak dapat mengenal pasti kedudukan lidah, teknik pernafasan, dan pembukaan lidah dengan betul. Penggunaan video 2D yang statik dan tidak ada pergerakan kurang menarik minat murid untuk melihat video makhraj huruf berkenaan. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengetahui pengajaran sedia ada dalam kalangan guru prasekolah mengenai pendekatan makhraj huruf, memberikan pendedahan kepada murid prasekolah mengenai prinsip dan teknik sebutan makhraj huruf, dan mengkaji penghasilan dan keberkesanan bahan bantu mengajar makhraj menerusi video interaktif avatar 3D bagi melihat sejauh mana pengetahuan sedia ada murid dan keberkesanan video avatar 3D makhraj. Metodologi kajian ini adalah berbentuk fuzzy delphi yang mengambil pakar berpengalaman untuk mengesahkan keberkesanan video avatar 3D makhraj. Metodologi kajian ini melibatkan pakar dalam makhraj huruf, pakar pendidikan awal kanak-kanak serta pakar dalam bidang 3D. Hasil kajian menunjukkan bahawa para guru bersetuju untuk menerapklan video interaktif dalam pembelajaran di prasekolah.
134 | E-Proceeding of The International Education Innovation Expo 2023 (Edu@Innovate 2023), 8- 9 November 2023 Transformative Series of Activities and Checklist for Enhancing Social Skills in Preschool-Aged Children (4-6 Years) with Autism Spectrum Disorder: A Multi-Disciplinary Approach Hanizah binti Mohd Ali Piah*, Dr. Dzalani binti Harun, Dr. Farahiyah binti Wan Yunus, Dr. Hanif Farhan bin Mohd Rasdi, Nurazrina binti Rhaman, Nooraini binti Hamzah *Universiti Kebangsaan Malaysia, [email protected] Category: Early Childhood Learning Abstract: Autism Spectrum Disorder (ASD) prevalence continues to rise globally, affecting 1% to 2% of the population, with an average male-to-female ratio of 4:1 (Reda et al., 2021). Social skills impairment emerges as a critical concern (Zhou et al., 2018), eliciting growing apprehension among teachers and parents. This impairment presents a significant barrier for children ages 4 to 6 as they prepare for the crucial transition to preschool. To address this pressing issue, our study introduces an unmatched series of activities and an accompanying checklist devised ingeniously through systematic literature reviews and focus group discussions with 14 occupational therapists from a variety of practice settings. Our groundbreaking series of activities, specifically tailored for 4 to 6-year-olds, incorporates sensory-based interventions proven to enhance social skills. The checklist, designed for real-time in-class application by teachers, enables immediate assessment during these activities, offering a comprehensive understanding of each child's unique challenges. Occupational therapists then analyse the collected data to formulate individualised, evidencebased intervention strategies. Preliminary results are staggering; teachers implementing this innovation reported an 80% increase in effective strategies for managing social skills impairment in preschool-aged children with ASD. Furthermore, occupational therapists corroborate these findings, highlighting the checklist's unparalleled precision in intervention planning, which has led to remarkable improvements in the children's social interactions. This groundbreaking innovation serves as a lifeline for early childhood educators and parents, offering a scalable, cost-effective, and clinically validated solution for one of the most pressing challenges in ASD management. Its transformative potential not only promises to reshape the landscape of early childhood special education but also offers an unprecedented tool for preparing young children with ASD for a successful transition to preschool.
| 135 E-Proceeding of The International Education Innovation Expo 2023 (Edu@Innovate 2023), 8- 9 November 2023 EziTernak Hayuni binti Mazlan*, Dr. Azlini binti Chik, Prof. Dr. Lukman@Zawawi bin Mohamad, Norshahira binti Osman *Faculty of Applied Social Sciences, Universiti Sultan Zainal Abidin, [email protected] Category: Innovative Product Abstrak: Masalah kemiskinan dalam kalangan komuniti penternak telah lama dibincangkan. Masalah ini sering kali dikaitkan dengan tahap pendidikan dan nilai keusahawanan penternak yang rendah, tiada atau kurang penggunaan teknologi, saiz modal yang tidak mencukupi, dan amalan penternakan tradisional yang masih dikekalkan. Kajian ini berusaha melihat ruang penambahbaikan kaedah pengurusan ternakan yang dipraktikkan oleh penternak untuk meningkatkan nilai keusahawanan penternak dan pendapatan mereka sesuai dengan perubahan zaman dan perkembangan teknologi semasa. Kajian ini dibuat berdasarkan satu set borang soal selidik untuk pengumpulan data dan melibatkan penternak ruminan kecil yang dipecahkan kepada 5 komponen, iaitu maklumat responden, latar belakang ternakan, sistem pengurusan ternakan, perkembangan penternakan ruminan, dan peningkatan kualiti usahawan penternak ruminan. Tujuan alat ini adalah untuk menghasilkan satu sistem digital atau aplikasi pengurusan ternakan ruminan kecil untuk komuniti penternak. Aplikasi EziTernak® yang dibina ini diharapkan dapat memberikan sumbangan yang besar kepada penternak dalam usaha membantu mereka yang masih berada dalam golongan berpendapatan rendah.
136 | E-Proceeding of The International Education Innovation Expo 2023 (Edu@Innovate 2023), 8- 9 November 2023 MYSIS (Malaysia Suicidal Ideation Scale – Skala Hasrat Bunuh Diri Malaysia) Norshahira binti Osman*, Dr. Azlini binti Chik, Hayuni binti Mazlan, Prof. Dr. Lukman@Zawawi bin Mohamad *Universiti Sultan Zainal Abidin, [email protected] Category: Innovative Product Abstrak: Tingkah laku hasrat bunuh diri dalam kalangan masyarakat merupakan isu yang semakin serius dan memerlukan perhatian yang mendalam. Terdapat banyak laporan yang menunjukkan peningkatan tingkah laku hasrat bunuh diri dalam kalangan masyarakat umum. Dalam usaha menghadapi masalah ini, sebuah instrumen telah dibina untuk mengukur tingkah laku hasrat bunuh diri dalam kalangan masyarakat bagi mengesan tahap hasrat bunuh diri mereka. Instrumen psikometrik ini dibina berdasarkan situasi di Malaysia. Instrumen yang dibina untuk kajian ini dinamakan sebagai Skala Hasrat Bunuh Diri – Malaysia Suicidal Ideation Scale (MySIS). Pembinaan instrumen itu dibuat berdasarkan satu kerangka konseptual yang dibentuk secara hipotetikal serta hasil kajian pengkaji-pengkaji terdahulu yang telah membuat penelitian secara mendalam tentang hubungan masyarakat dengan tingkah laku hasrat bunuh diri. Instrumen MySIS yang dibina ini diharapkan dapat memberikan sumbangan yang besar kepada kerajaan dalam usaha membantu masyarakat yang mempunyai tingkah laku hasrat bunuh diri untuk diberikan perhatian dan perkhidmatan sokongan psikososial yang lebih baik.
| 137 E-Proceeding of The International Education Innovation Expo 2023 (Edu@Innovate 2023), 8- 9 November 2023 BIG MAC i-BONDS Kit Abd Hafiz bin Abdullah*, Dr Mohd Termizi bin Borhan, Dr Mohd Mokhzani bin Ibrahim *Universiti Pendidikan Sultan Idris, [email protected] Category: Science, Mathematics and Technology Learning Abstract: Chemistry consists of abstract concepts involving things that cannot be seen, such as particles of atoms, molecules, and ions (Taber et al., 2012). However, studies have found that understanding these particles is a major problem when learning Chemistry. Students found it difficult to visualise those abstract concepts (Omar et al., 2016). One of the abstract concepts that students find hard to visualise is the ionic bond (Taber et al., 2012). They have difficulty identifying the number of ions involved in forming ionic bonds and cannot write the correct chemical bond formulae (Pabuçcu & Geban, 2012). To help them visualise the abstract concept, the use of effective teaching aids needs to be implemented (Abd Halim et al., 2019). Thus, teachers need to use their expertise in designing teaching aids suitable for students. To date, the latest and most common teaching aid used is computer software, but this lacks hands-on and minds-on activities. Without the implementation of hands-on and minds-on activities, students will feel bored and unmotivated (Hussin et al., 2019). In addition, such teaching aids often do not inculcate learning through reallife situations. This is in contrast to the 21st-century learning approach, which strongly emphasises learning based on real-life situations (Ahmad et al., 2019). Consequently, students will take the easy way by memorising the concepts in Chemistry (Abd Halim et al., 2019). Learning by rote memorisation will not result in effective learning (Abdul Raub et al., 2016). Thus, learning by relating to real-life situations, which involves hands-on and minds-on activities, should be implemented in improving student achievement and motivation in this topic. As an alternative, the use of analogy in a game-based environment offers a great opportunity to curb this problem. Thus, our invention, the BIG Mac i-BONDS Kit, which uses low-cost items with no hi-tech materials, is intended to help students master this concept. By using an analogy, the BIG Mac iBONDS Kit can help students relate the ionic bond concept with a real-life situation (eating a burger) while playing games in an easy, simple, and fun way. They only need to relate their daily activity (eating a burger) with the concept of ionic bonds to (i) identify the number of ions involved in ionic bonds and (ii) construct ionic bond formulas.
138 | E-Proceeding of The International Education Innovation Expo 2023 (Edu@Innovate 2023), 8- 9 November 2023 Pemindahan Kemahiran dan Pengetahuan Pelajar Abad Ke-21 Melalui Kerangka PDPCPBL Berkonsepkan Kartun Mata Pelajaran Sejarah Pelajar Tingkatan 4 Sekolah Menengah Nur Izzati binti Mohd Shafri*, Dr Mohd Nazir bin Mad Zabit, Dr Nurul Asyikin binti Hassan, Muhamad Hakim bin Azaman * Universiti Pendidikan Sultan Idris dan SMK Dalat, [email protected] Category: Pedagogy and Curriculum Abstrak: Kajian ini akan membangunkan sebuah kerangka dengan pengintegrasian pendekatan Problem Based Learning (PBL) berdasarkan model McMaster University dengan konsep kartun dalam mata pelajaran Sejarah sekolah menengah. Kajian ini akan menggunakan reka bentuk kajian Design and Development Research (DDR) bagi membangunkan kerangka PDPC-PBL berkonsep kartun mata pelajaran Sejarah untuk pelajar Tingkatan Empat di sekolah menengah. Pendekatan ini bersesuaian dengan konteks kajian yang akan menumpukan perhatian kepada penghasilan kerangka berteraskan PBL. Hasil kajian ini boleh dijadikan panduan dalam menyediakan sebuah kerangka baharu dan komprehensif kepada PDPC Sejarah untuk meningkatkan penguasaan, kefahaman, dan kebolehan pelajar.
| 139 E-Proceeding of The International Education Innovation Expo 2023 (Edu@Innovate 2023), 8- 9 November 2023 PICK & GUESS Nur Auni Syafiqah binti Ahmad Tarmizi*, Dr. Nor Syazwani binti Mat Salleh * Universiti Pendidikan Sultan Idris, [email protected] Category: Innovative Product Abstrak: Terdapat satu model landskap yang dijadikan sebagai set induksi kepada murid sebelum memulakan set permainan. Model ini merupakan sebuah kit media pembelajaran yang komprehensif dan direka cipta untuk menyelesaikan permasalahan murid dalam PdPc dengan cara yang interaktif bagi topik landskap Tingkatan 2. Model ini adalah satu inovasi bahan bantu mengajar (BBM) yang menggunakan pendekatan Model Addie. Model ini juga direka bentuk hasil daripada adaptasi perisian Formulator Tarsia dengan menerapkan konsep permainan monopoli. Pembinaan model ini selaras dengan kurikulum sekolah menengah dalam subjek Seni Visual. Model landskap dapat menguji minda dan meningkatkan keupayaan pemahaman aspek penting yang ditekankan dalam aspek pembelajaran seni visual.
140 | E-Proceeding of The International Education Innovation Expo 2023 (Edu@Innovate 2023), 8- 9 November 2023 CTWrite: A Module to Improve Writing Performance among Year 4 Students Mohd Shahril Izwan Mustafa*, Mohd Iqbal bin Ahamat, Muhammad Kamarul Kabilan bin Abdullah, Afza Diyana binti Abdullah, Mohd Azizi bin Mohd Noor, Mohd Basri bin Nadzeri, Masrol Nizam bin Mastafar, Norimani binti Ahmad, Halipah binti Harun, Ahmad Niza Syazre bin Abdullah *Universiti Sains Malaysia, [email protected] Category: Pedagogy and Curriculum Abstract: Writing is an important skill for communicating and expressing ideas. Many students are unable to write well. In this regard, the CTWrite module was built to assist Year 4 students in improving their writing skills by combining computational thinking approaches, namely modelling techniques. The CTWrite module was reviewed by 8 experts. Based on the content validity questionnaire, it is shown that this module has a high validity. A total of 53 students were involved in this study, of which 27 were in the experimental group and 26 were in the control group. Diagnostic tests were carried out to identify their level of mastery, and pre-post tests were carried out to compare their performance in writing. The researchers also conducted document analysis and semi-structured interviews to explore the students' problems. This study was conducted for 6 weeks. Students in the control group used the module based on the process approach, while students in the experimental group used the CTWrite module. Based on the diagnostic test results, there was no significant difference in performance between the students in both experimental and control groups. Through document analysis, the researcher found that students faced problems generating ideas and vocabulary. Due to the influence of L1, they also have trouble with sentence structure, spelling, and grammar. The pre-post test results showed that students who used the CTWrite module achieved better writing performance than students in the control group.
| 141 E-Proceeding of The International Education Innovation Expo 2023 (Edu@Innovate 2023), 8- 9 November 2023 Cognitive Diagnostic Assessment (CDA): An Innovative Tool to Assess Mastery Patterns of Factorisation of Algebraic Fractions Mohd Azizi bin Mohd Noor*, Associate Professor Dr. Lim Hooi Lian, Mohamad Basri bin Nadzeri, Mohd Shahril Izwan bin Mustafa *Universiti Sains Malaysia, [email protected] Category: Assessment and Evaluation Abstract: The Cognitive Diagnostic Assessment (CDA) is an alternative and innovative assessment tailored to individual students' cognitive development patterns. It helps education stakeholders understand students' cognitive structures and learning processes. The mastery patterns must be investigated to identify and analyse students' mastery levels in each item and attribute them to present students' cognitive development learning factorisation of algebraic fractions with statistical precision. Thus, instructors can plan lessons based on students’ abilities and remove obstacles using assessment data. This study designs and validates a cognitive diagnostic assessment to assess students' mastery of the factorisation of the algebraic fraction cognitive process. It evaluates their CDA item mastery across six attributes. Thus, this study used the AHM approach to organise attribute complexity and analyse mastery patterns on item attributes. The study included 1073 Form Two National Secondary School (SMK) students from Penang and Kedah, Malaysia. The DINA model was used to analyse the data. This study found that CDA calibrated 32 mastery patterns in each cognitive model (CM 1 and CM 2). This study also examined CM 1 and CM 2 mastery attributes. All attributes (11111) in CM 1 were mastered by 58% of the respondents and 46% of students in CM 2. However, attribute mastery results for both cognitive models (CMs) showed instability, with the students' overall responses to each attribute not following the hierarchical order. Therefore, this study's CDA was reliable for the instrument. This tool could help Math teachers identify students' factorisation and algebraic fractions cognitive strengths and weaknesses.
142 | E-Proceeding of The International Education Innovation Expo 2023 (Edu@Innovate 2023), 8- 9 November 2023 Bring Back Kit Rashimah binti Rahibulsadri*, Mohammad Hazim Amir Nordin, Nurul Ashyikin Mohd Jaafar, Normadiyana Abdullah, Nuraimi Nadirah Rohim @ Rahim, Nurhafizah Amir Nordin, Mohd Ilham Rafii *Universiti Putra Malaysia, [email protected] Category: Early Childhood Learning Abstrak: Permainan tradisional kurang mendapat perhatian dalam kalangan kanak-kanak pada masa kini. Pendedahan tentang permainan tradisional dengan mengikuti perkembangan semasa amat penting dalam proses perkembangan kanak-kanak. Tahap kebergantungan kanak-kanak terhadap media sosial dan gajet menjadi penyumbang utama kepada kelewatan perkembangan, terutamanya dari aspek fizikal dan sosioemosi. Oleh itu, satu rekaan inovasi permainan tradisional dibangunkan, iaitu “Bring Back Kit”. Kit ini dihasilkan bagi tujuan memperkenalkan permainan tradisional kepada kanak-kanak dan pada masa yang sama dapat membantu merangsang perkembangan fizikal dan sosioemosi mereka. Kit ini terdiri daripada permainan Batu Seremban Sensori yang mengukur kemahiran motor kasar, motor halus, koordinasi matatangan, pramatematik, perkembangan sosioemosi, dan perkembangan bahasa dan komunikasi. Permainan kedua yang terdapat dalam Bring Back Kit ini adalah Ceper Emosi. Permainan ini mengukur kemahiran motor kasar, koordinasi mata-tangan, pramatematik, perkembangan sosioemosi, dan perkembangan bahasa dan komunikasi. Permainan ketiga ialah Tic-Tac-Toe Bertugasan yang mengukur perkembangan kognitif, perkembangan bahasa dan komunikasi dan perkembangan sosioemosi. Bring Back Kit ini dicipta berpandukan teori perkembangan kognitif Jean Piaget. Kit ini dilihat berupaya memberikan kesan dan impak yang positif kepada perkembangan kanak-kanak secara holistik.
| 143 E-Proceeding of The International Education Innovation Expo 2023 (Edu@Innovate 2023), 8- 9 November 2023 GC Counselor Kit Ahmad Zulhilmi bin Ahmad Zaini* *SK Gadong Jaya, [email protected] Category: Technologies in Learning Abstrak: Kelas Bimbingan oleh Kaunselor Pelatih UKM dapat membangkitkan minat murid terhadap minda sihat, kerjaya, psikososial, dan pelbagai aktiviti bimbingan semasa sesi bimbingan dan kaunseling. Kedua-dua aktiviti pendidikan ini dilaksanakan dengan implementasi permainan atau gamifikasi. Golongan sasaran disasarkan kepada murid sekolah rendah dan menengah. Kaunselor pelatih juga boleh menggunakan kit ini di tempat mereka menjalani latihan praktikum. GC Counselor Kit tidak melibatkan kos yang tinggi kerana kit ini hanya menggunakan PowerPoint dan boleh diakses tanpa bantuan dalam talian walaupun berasaskan teknologi. Produk ini boleh disebarluaskan kerana boleh digunakan oleh kaunselor dalam aktiviti konsultasi, bimbingan, atau kaunseling secara individu atau kelompok. Produk ini sangat bertepatan dengan topik Pendidikan Kerjaya dan Pendidikan Psikososial Kesejahteraan Mental. Produk ini juga dapat menggalakkan minat terhadap STEM kerana klien dibantu berasaskan bantuan teknologi.
144 | E-Proceeding of The International Education Innovation Expo 2023 (Edu@Innovate 2023), 8- 9 November 2023 Model Permainan STEELCASE 2.0 Norjilawati binti Mohd Amin*, Dr Azli bin Ariffin, Mohamad Hasbullah bin Mustafa *Sekolah Menengah Kebangsaan Setia Alam, [email protected] Category: Innovative Product Abstrak: Inovasi ini bertujuan meningkatkan pencapaian murid dalam standard kandungan moral dengan memperkenalkan model permainan Steelcase 2.0 dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral. Pencapaian murid dalam standard kandungan sering kali bergantung kepada penguasaan domain moral. Namun, kekurangan penguasaan domain moral menghalang pencapaian terbaik murid. Pendidikan moral ialah kunci pembangunan integriti dan identiti diri. Menyedari hakikat ini, pendedahan awal murid tentang kepentingan penguasaan domain moral dalam pembelajaran integriti merupakan suatu langkah pendedahan awal dalam pendidikan daripada bangku sekolah. Umum sedia maklum bahawa kanak-kanak lebih cenderung untuk belajar melalui permainan. Maka, satu model dalam pengajaran dan pembelajaran integriti Pendidikan Moral telah dibentuk dan dibangunkan secara permainan. Intervensi model permainan ini yang diberi nama Steelcase menggunakan kad imbas dengan format yang mudah dimainkan. Pemain berinteraksi dengan kad situasi, peralatan, kemahiran, dan plot twist untuk menyelamatkan ”mangsa” daripada situasi berbahaya. Permainan ini melibatkan tiga hingga empat pemain dan seorang moderator. Penggunaan kad plot twist memberi peluang untuk mencelah rancangan pemain lain. Moderator membantu mangsa dalam memilih kad yang paling sesuai untuk menyelamatkan dirinya. Sasaran permainan ini ialah murid sekolah menengah atas yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Moral. Impak positif menunjukkan penerimaan baik daripada guru, yang bersetuju bahawa model permainan Steelcase sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi pengenalan kepada integriti, elemen integriti, dan nilai universal. Inovasi ini membuka peluang baharu untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral melalui pendekatan yang interaktif dan memberi murid peluang untuk mengembangkan pemahaman mendalam tentang domain moral dan integriti.
| 145 E-Proceeding of The International Education Innovation Expo 2023 (Edu@Innovate 2023), 8- 9 November 2023 Instrumen KMCEK: Terokai Kecerdasan Menghadapi Cabaran Terhadap Efikasi Kendiri Guru Pelatih IPGM Secara Holistik Noraini binti Abu Noh*, PM. Dr. Melissa Eng Lee Yen Abdullah, PM. Dr. Lim Hooi Lian *Universiti Sains Malaysia, [email protected] Category: Assessment and Evaluation Abstrak: Program latihan perguruan merupakan satu fasa penting dalam perkembangan professional seorang guru pelatih bukan sahaja terhadap pengetahuan kandungan mata pelajaran yang diajar, tetapi juga pengetahuan pedagogi. Proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku dalam bilik darjah merupakan petunjuk terbaik kemajuan seorang guru pelatih. Namun, terdapat guru pelatih yang mempunyai efikasi kendiri yang rendah serta kurang efektif dalam melaksanakan tugas di sekolah dengan baik. Sehubungan itu, instrumen Kecerdasan Menghadapi Cabaran terhadap Efikasi Kendiri (KMCEK) Guru Pelatih ini berfungsi sebagai alat untuk mentaksir pembentukan dan kemenjadian guru pelatih. Instrumen ini berfokuskan 3 aspek efikasi kendiri guru pelatih, iaitu (i) Efikasi Kendiri terhadap Aspek Penglibatan Murid, (ii) Efikasi Kendiri dalam Strategi Pengajaran, dan (iii) Efikasi Kendiri dalam Pengurusan Bilik Darjah. Instrumen ini dapat memberikan maklumat awal kepada pihak IPGM amnya dan pensyarah khususnya bagi merangka program dan pengajaran dan pembelajaran yang lebih efisyen. Item instrumen KMCEK dibina daripada kombinasi konsepsualisasi KMCEK dengan 44 item cabaran guru pelatih di IPGM berdasarkan nilai ukuran kesukaran MPCL menggunakan model rasch. Akhirnya, sebanyak 80 item KMCEK telah dibina yang mewakili empat konstruk CORE, iaitu kawalan, kepunyaan, jangkauan, dan ketahanan. Setiap konstruk mengandungi 20 soalan yang terbentuk melalui gabungan dua aspek iaitu efikasi kendiri (EK) guru pelatih IPGM dan indikator kecerdasan menghadapi cabaran (KMC) dengan subkonstruk tersendiri. Lima analisis utama menggunakan perisian WINSTEPS yang akan dijalankan dalam kajian ini melibatkan pemeriksaan kefungsian item dari aspek (i) kesesuaian (fit) item, (ii) mengesan kekutuban item melalui nilai PTMEA CORR, (iii) unikematraan, (iv) peta item-individu, dan (v) indeks kebolehpercayaan dan indeks pengasingan item-individu. Dapatan kajian rintis yang dijalankan menunjukkan nilai MNSQ (Infit Mean Square) keseluruhan item yang dicatatkan adalah antara 0.63 hingga 2.35. Nilai ini mengikut kualiti pengukuran Fisher (2007) dengan mengambil penetapan julat keserasian item dengan nilai 0.50 logits hingga 1.50 logits yang akan diterima. Akhirnya, melalui analisis tersebut, sebanyak 6 item telah dimurnikan kerana nilai MNSQ terkeluar daripada julat keserasian item. Kebolehpercayaan kebolehan individu mencatat nilai sebanyak 0.90 dan kebolehpercayaan kesukaran item pula mencatat nilai sebanyak 0.92. Nilai Cronbach Alfa yang dicatatkan adalah 0.95. Dapatan ini menunjukkan bahawa item-item ini boleh dipercayai. Indeks pengasingan individu yang diperoleh ialah 3.06 dan indeks pemisahan item mencatat nilai sebanyak 3.61. Nilai melebihi 2.0 menunjukkan indeks yang baik dan boleh diterima (Bond & Fox 2015) manakala dikategorikan baik merujuk Fisher (2007).
146 | E-Proceeding of The International Education Innovation Expo 2023 (Edu@Innovate 2023), 8- 9 November 2023 SPM Tamil Literature Poems Unveiled: Illustrated in Comics Gomathi Batumalai*, Manimangai Mani, Veeramohan Veeraputhran *Universiti Putra Malaysia, [email protected] Category: Innovative Product Abstract: SPM Tamil Literature consists of three main parts: novel, drama, and poem. “Kavithai Pozhil” is the poem text used for SPM Tamil Literature. SPM Tamil literature is an easy-scoring subject for Tamil students. However, students find it hard to understand and remember all the elements, especially in poems. Teaching poems with comics can be a dynamic and engaging approach that appeals to a wide range of learners. Combining the visual storytelling power of comics with the expressive depth of poetry allows students to explore the rich interplay of words and images. Start by selecting a poem that resonates with your students, one that evokes vivid mental images or emotions. This process helps students analyse the poem's themes, tone, and mood while honing their visual interpretation skills. Additionally, creating comics fosters poems as students experiment with visual metaphors, symbolism, and pacing to capture the essence of the poem. The resulting comics not only deepen their understanding of the poem but also make poetry more accessible and enjoyable, fostering a lifelong appreciation for the art of verse. Therefore, this will lead students to score well in SPM Tamil Literature.
| 147 E-Proceeding of The International Education Innovation Expo 2023 (Edu@Innovate 2023), 8- 9 November 2023 The Use of Cement-based Composites in Ceramic Production Datin Sailaja Ramachandran* *Universiti Pendidikan Sultan Idris, [email protected] Category: Innovative Product Abstract: The teaching of ceramics in secondary schools is not up to mark. The reasons include difficulty in sourcing material and the cost of buying kilns. In addition, time constraint is also an issue. As a result, only the theoretical aspects of ceramics are taught. Hands-on experiences are not made available for students. Therefore, I am suggesting the use of cement-based composites as a substitute for clay. Cement-based composites are versatile, where the basic techniques of pottery-making can be used. The finished product requires no firing and is strong and waterproof. The materials are cost-effective and can easily be sourced. Some suggested composites are concrete, papercrete, woodcrete, and styrocrete. It is an innovative way to encourage recycling and produce useful products at the same time.
148 | E-Proceeding of The International Education Innovation Expo 2023 (Edu@Innovate 2023), 8- 9 November 2023 Integrasi Teknologi Dashboard Digital – Mewujudkan Sikap Inisiatif Amalan Kendiri untuk Mencapai Tahap Penguasaan Tertinggi Pentaksiran Bilik Darjah Asmawi bin Nasir*, Dr. Syaza Hazwani bt. Zaini *Falkulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, [email protected] Category: Assessment and Evaluation Abstrak: Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) melalui integrasi teknologi papan pemuka digital adalah salah satu kaedah alternatif untuk membina dan mewujudkan sikap inisiatif kendiri sebagai amalan untuk murid mencapai Tahap Penguasaan (TP) tertinggi. Guru sebagai agen penggerak harus bersedia menghadapi amalan berintegrasikan teknologi digital yang merupakan antara usaha Kementerian Pendidikan yang boleh difahami melalui anjakan 7 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025). Kementerian telah memberikan autonomi kepada guru untuk merancakkan PBD dengan kreativiti dan inovasi sendiri bagi mempelbagaikan kaedah pentaksiran berpusatkan murid. Bersesuaian dengan keadaan semasa untuk mendepani cabaran yang pelbagai, terutama apabila menghadapi situasi seperti Pembelajaran dan Pengajaran di rumah (PdPR), perlunya kesediaan, kemahiran, dan pengetahuan dari sudut peralatan teknologi dan aplikasi digital yang menghubungkan guru dengan murid secara kolaboratif selain daripada penggunaan media sosial. Guru perlu mempunyai kemahiran, terutamanya dalam pengendalian aplikasi papan pemuka digital melalui kaedah yang lebih sesuai dengan fitur yang berfokuskan amalan pembelajaran dan pembelajaran melalui teknologi digital atau e-pembelajaran, yang dapat dipantau di pelbagai peringkat untuk memastikan tiada murid yang tercicir. Fitur penting seperti ruangan informasi hal berkaitan perlaksanaan tugasan murid sepanjang tahun, serahan dan semakan tugasan, laporan analisis pencapaian, dan ruang dan peluang untuk murid mencapai TP tertinggi mesti diberikan melalui kaedah berkonsepkan amalan inisiatif kendiri berdasarkan laporan proforma yang disediakan oleh guru di ruangan penerangan berinformasi. Paparan garis panduan untuk murid rujuk setiap masa merupakan langkah kecil perancangan awal yang amat penting untuk murid ketahui dan fahami sebagai penerapan konsep konstruktivisme. Berdasarkan garis masa pembelajaran, pada suatu peringkat, murid akan bersedia dengan bahan serta kaedah yang dipilih, yang akan memberikan impak besar kepada mereka yang mempunyai harapan dan cita-cita untuk memperoleh TP tertinggi. Secara keseluruhannya, konsep pembangunan pentaksiran melalui teknologi papan digital ini akan mengurangkan isu kekangan yang dihadapi oleh guru.
| 149 E-Proceeding of The International Education Innovation Expo 2023 (Edu@Innovate 2023), 8- 9 November 2023 Soccer Slithers Challenge Nooraini binti Hamzah*, Hanizah binti Mohd Ali Piah, Profesor Madya Dr. Zulakbal bin Abd Karim, Mohamad Rizal bin Johari, Mohd Fahmi bin Abidin, Mohd Naim bin Ahmad, Shatmi bin Ismail *Universiti Pendidikan Sultan Idris, [email protected] Category: Innovative Product Abstrak: Projek Inovasi Soccer Slithers Challenge membantu mempelbagaikan teknik proses pengajaran dan pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah, sekaligus dapat menarik minat murid terhadap permainan serta memberikan pengetahuan tentang sukan bola sepak. Murid mendapat ilmu pengetahuan sambil menguji kemahiran ketika bermain dam ular yang diminati dalam kalangan kanak-kanak. Terdapat murid yang belum mempunyai kemahiran asas dalam bola sepak menyebabkan kesukaran kepada guru untuk memulakan pengajaran. Kumpulan heterogen dengan tahap kemahiran berbeza memerlukan guru memastikan penglibatan semua murid agar mereka berminat dan teruja melakukan aktiviti bagi mengelakkan masalah disiplin seperti gangguan kelas dan meningkatkan motivasi seperti mengurangkan perasaan rendah diri. Emosi murid mungkin tertekan kerana terdapat pentaksiran kemahiran asas dalam bola sepak. Terdapat sekolah rendah yang kekurangan prasarana, peralatan bola sepak, fasiliti dan ruang yang terhad serta terlalu kecil untuk melakukan aktiviti. Keperluan keselamatan adalah keutamaan supaya murid dapat bermain dalam keadaan terkawal, mengikut peraturan dan susun atur yang ditetapkan. Produk yang dihasilkan menggunakan material kertas karton, dadu, penutup botol kitar semula, kod QR untuk mengimbas kuiz dalam talian, e-buku, dan lembaran kerja. Elemen pembaharuan projek menggunakan bahan bantu mengajar didik hibur berpusatkan murid yang menyeronokkan menjadikan kemahiran bola sepak sebagai objektif utama dalam permainan dam ular. Permainan Soccer Slithers Challenge ini dinamik dengan aktiviti melalui pelbagai rintangan dan menerapkan kemahiran yang berbeza-beza selain mempunyai permainan dalam talian dan lembaran kerja. Pembaharuan juga didapati melalui pilihan bermain secara individu atau berkumpulan serta mempunyai tahap kesukaran berbeza-beza mengikut penguasaan kemahiran murid. Untuk permainan dalam talian, terdapat penggunaan grafik dan animasi yang menarik serta sistem pemarkahan untuk murid. Permainan Soccer Slithers Challenge ini berpotensi dipasarkan di pelbagai platform bukan sahaja untuk kegunaan guru dan murid di sekolah, malah untuk ibu bapa kepada anak-anak di rumah serta badan sukan, terutamanya kelab dan persatuan serta agensi-agensi kerajaan dan swasta, sebagai salah satu aktiviti ketika program riadah, kesenggangan, dan sukan dilaksanakan.
150 | E-Proceeding of The International Education Innovation Expo 2023 (Edu@Innovate 2023), 8- 9 November 2023 Design and Development of Formative Assessment and Feedback Flipped 3F’s Model to Promote Student Engagement Mahalecumy a/p Narayanansamy*, Assoc. Prof. Dr. Azidah Abu Ziden *Universiti Sains Malaysia, [email protected] Category: Assessment and Evaluation Abstract: This study addresses the growing shift from traditional to online learning by proposing a novel approach called the 3F's model within the flipped classroom framework. However, research has highlighted the challenges faced by educators and students. The 3F's model aims to mitigate these challenges and promote active learning, especially in teaching big classes, such as MPU subjects. The significance of the modified model discusses its design and development process, offering a promising solution to enhance flipped classroom teaching and learning effectiveness.
| 151 E-Proceeding of The International Education Innovation Expo 2023 (Edu@Innovate 2023), 8- 9 November 2023 Pembangunan Instrumen Pengajaran Kreatif Guru Prasekolah Berasaskan CFTI (Creativity Fostering Teacher Index) Terhadap Seni Bahasa Kanak-Kanak Nur Atiqah bt. Mat Saberi*, Dr. Nor Mashitah bt. Mohd Radzi, Prof Madya Dr Loy Chee Luen *Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris , [email protected] Category: Learner Diversity and Identities Abstrak: Inovasi yang dihasilkan ialah Instrumen Pengajaran Kreatif Guru Prasekolah Berasaskan CFTI (Creativity Fostering Teacher Index) terhadap Seni Bahasa Kanak-Kanak. Aspek seni bahasa diterapkan dalam Tunjang Komunikasi Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan pada tahun 2017. Aspek seni bahasa merujuk kepada keupayaan murid memahami, mengungkap dan menghargai bahasa yang indah melalui pembelajaran yang menyeronokkan secara didik hibur melalui pelbagai aktiviti dan permainan bahasa seperti bercerita, berlakon, bernyanyi, dan berpuisi. Inovasi ini merupakan satu instrumen yang digunakan sebagai panduan dan bertujuan membantu murid menguasai kemahiran dalam aspek seni bahasa. Objektif lain instrumen ini dihasilkan adalah untuk meningkatkan pengetahuan guru prasekolah berkenaan pengajaran secara kreatif dan menarik serta meningkatkan penglibatan murid dalam aktiviti pembelajaran seni bahasa. Instrumen ini juga dapat menambah baik kaedah mengajar guru prasekolah secara kreatif bagi meningkatkan pengetahuan dan pemahaman murid terhadap seni bahasa kanakkanak. Instrumen ini juga dapat dijadikan panduan untuk menambah baik bahan bantu mengajar bagi meningkatkan pembelajaran seni bahasa berkonsepkan pembelajaran abad ke-21 (PAK-21).
152 | E-Proceeding of The International Education Innovation Expo 2023 (Edu@Innovate 2023), 8- 9 November 2023 Pembangunan Inventori Ketakutan Menghadapi Kegagalan Akademik dalam kalangan Remaja di Malaysia Nurul Fathihah bt. Nor Azhar*, Prof Ahmad Jazimin bin Jusoh *IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, [email protected] Category: Assessment and Evaluation Abstract: The aims of this study are to adapt the Basic Psychological Need Satisfaction and Frustration Scale (BPNSFS) for use in Malaysia and to indicate how levels of need satisfaction and frustration are related to the daily life of students in the classroom. The three core psychological demands of competence, autonomy, and relatedness are taken into account in the scale's measurement of satisfaction and frustration. The researchers relied on Brislin's (1970) outline of the backtranslation method's basic framework to carry out the process of translating this instrument. To carry out the translation process, a total of eight qualified linguists who are experts in the language field were utilised. Other than that, the researcher employed the external critic approach to evaluate the content validity and linguistics. In general, expert assessors accepted the BPNSNF instrument items. It can be concluded that the current research offers researchers a tool to evaluate students' basic psychological need satisfaction and frustration.