2023 Kolej Komuniti Lipis EDUCATOR’S E-DIGEST EDUCATOR’S E-DIGEST PENDIDIK PENGGERAK ASPIRASI MADANI PERINGKAT KEBANGSAAN
Diterbitkan di Malaysia Cetakan Pertama, 2023 eISBN: 978 -967-13817-3-1 All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the publisher, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other noncommercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the publisher, addressed “ Attention: Permissions Coordinator,” at the address below. Diterbitkan Oleh: Kolej Komuniti Lipis Aras Bawah Bangunan UMNO Bahagian Lipis Jalan Bukit Bius 27200 Kuala Lipis Pahang Darul Makmur Tel : +609-3101380 Faks : +609-3101382 Laman Web : https://kklipis.mypolycc.edu.my/ Sidang Editor : Wan Azhar bin Wan Yusof, Nor Amirah binti Borahan, Nor Hidayah binti Azhar, Muhammad Asyraf bin Abdul Ghani, Azhani Hasibah binti Ab Karim & Mohd Asyraf bin Mohd Noor Rekabentuk Grafik : Shahidah Juliana binti Mohamad Shahid, Sarah binti Ghazali, Nor Hidayah binti Azhar & Mohd Fazli Khaisunizam bin Ismail Hakcipta Terpelihara ©2023 PENDIDIK PENGGERAK ASPIRASI MADANI EDUCATOR’S E-DIGEST PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 ii
Pengerusi Pengerusi Bersama Timbalan Pengerusi I Timbalan Pengerusi II Setiausaha I Setiausaha II Bendahari Pensijilan Pendaftaran Penerbitan Rekabentuk, Percetakan & Multimedia Pengumpulan Artikel Sidang Editor Panel Penilai Artikel Nurul Farhana binti Mokhtar Tuan Haji Abdullah bin Mohd Yusof, Anuar bin Ralib, Nurulain binti Ahmad Shah Rulbani binti Zakaria Shahidah Juliana binti Mohamad Shahid Wan Mohd Zul bin Wan Yusuf Tuan Nur Athirah binti Tuan Mohd Azemin Nur Farah Syazwani binti Abdull Halim Mawarni binti Abdul Wahid Mawarni binti Abdul Wahid Shahidah Juliana binti Mohamad Shahid Nor Hidayah binti Azhar Sarah binti Ghazali Mohd Fazli Khaisunizam bin Ismail Nurulain binti Ahmad Shah Rulbani binti Zakaria Wan Azhar bin Wan Yusof Nor Amirah binti Borahan Nor Hidayah binti Azhar Azhani Hasibah binti Ab Karim Muhammad Asyraf bin Abdul Ghani Mohd Asyraf bin Mohd Noor Dr. Haji Syukri bin Ismail Dr. Muhamad Nazri bin Abdul Rahman Dr. Haji Mohd Sahardi bin Ismail Dr. Nor Asiah binti Ismail, Dr. Ahmad Ridwan bin Osman@Hussin Dr. Zamani bin Ibrahim, Dr. Hajah Suriati binti Sulaiman : : : : : : : : : : : : : : SMP. AMP. AMP. AAP. iii
Umum mengetahui bahawa profesion sebagai pendidik adalah antara bidang pekerjaan yang mulia serta berperanan penting dalam membangunkan negara dan bangsa. Sehubungan dengan itu, Educator’s e-Digest 2023 merupakan salah satu sumber perkongsian ilmu dalam kalangan warga pendidik dari pelbagai latar belakang dan institusi pengajian bertujuan memupuk budaya penyelidikan, berkongsi ilmu pengetahuan dan juga pengalaman para penulis dalam bidang masingmasing. Tahniah dan syabas juga saya ucapkan kepada Jawatankuasa Educator’s e-Digest 2023 yang telah bertungkus-lumus menjayakan penerbitan ini. Saya juga merakamkan ucapan penghargaan kepada Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis di atas kerjasama dalam menjayakan penerbitan ini. Saya berharap agar usaha menganjurkan penerbitan sebegini akan diteruskan lagi pada masa akan datang. Akhir kata, semoga usaha membudayakan penyelidikan dalam memartabatkan pengajaran dan pembelajaran warga pendidik akan mendapat taufik dan keberkatan dari Yang Maha Esa. Sekian, terima kasih. "MALAYSIA MADANI" "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" Nurul Farhana binti Mokhtar Pengarah Kolej Komuniti Lipis KKoolleejj KKoommuunniittii LLiippiiss PPeennggaarraahh Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya, Kolej Komuniti Lipis, Pahang berjaya menerbitkan Educator’s e-Digest 2023 yang bertemakan “Pendidik Penggerak Aspirasi MADANI” sebagai satu usaha untuk memperkasakan budaya penghasilan kertas penyelidikan dan penulisan ilmiah dalam kalangan warga pendidik. iv
KATAALUAN fA � nMit.,t Ii� .Hm.Pu• WZ111J Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT kerana dengan izin-Nya, Educator's e-Digest 2023 telah dapat diterbitkan dengan jayanya. Pertamanya, saya ingin mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi tahniah kepada semua ahli jawatankuasa dari Kolej Komuniti Lipis dan lnstitut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam usaha keras memastikan Educator's e-Digest 2023 berjaya diterbitkan. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Kolej Komuniti Lipis diatas inisiatif mengelola Educator's e-Digest 2023 ini sehingga diterbitkan. Sekalung tahniah diucapkan kepada semua penulis yang telah terlibat dan menyumbang hasil penulisan dalam Educator's e-Digest 2023. Melalui penerbitan ini, diharap dapat membuka ruang dan peluang kepada para pendidik memperkasakan budaya amalan penyelidikan dan saya amat berharap bahawa hasil penyelidikan ini dapat dimanfatkan oleh warga pendidik secara khasnya, masyarakat dan negara secara amnya. Saya menyokong penuh usaha yang telah dilaksanakan ini dan berharap agar akan ada usaha-usaha lain seumpama ini pada masa akan datang secara berterusan dalam memperkasakan dan membudayakan amalan penyelidikan. Akhir kata, syabas dan tahniah diucapkan kepada semua Jawatankuasa Educator's e-Digest 2023. Sekian, terima kasih "MALAYSIA MADANI" "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" Tuan Haji Abdullah bin Mohd Yusof, sMP. Pengarah lnstitut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tengku Ampuan Afzan v
BIL TAJUK MUKA SURAT 1 KEBOLEHGUNAAN ‘FOLDABLE BIN’ UNTUK PENGURUSAN SISA PEPEJAL MAMPAN Hasyimunfazlie bin Muhamad Yusoff dan Zakiah binti Hassan 1 - 7 2 ANALISIS PENILAIAN KANDUNGAN KELEMBAPAN SEBAGAI FAKTOR UTAMA DALAM PEMERIKSAAN BUMBUNG CURAM Muhammad Ruzaini bin Ramlan dan Mohamad Haszirul bin Mohd Hashim 8 - 15 3 KAJIAN PERSEPSI TERHADAP PENAWARAN PEMBANGUNAN PROGRAM BAHARU DIPLOMA TEKNOLOGI SENIBINA DI KOLEJ KOMUNITI JEMPOL Siti Noor Zihan binti Hanipah 16 - 31 4 HUBUNGAN ANTARA KEMAHIRAN PEMASARAN DIGITAL DENGAN KESEDIAAN DALAM MENGAPLIKASIKAN KEMAHIRAN PERNIAGAAN DIGITAL DI KALANGAN PELAJAR POLITEKNIK METRO BETONG SARAWAK (PMBS) Emiliana binti Barayan, Jessica binti Jawa dan Afifah binti Bolhassan 32 - 39 5 PENERIMAAN KURSUS DTM40123 PRINCIPLES OF ACCOUNTING FOR TOURISM & HOSPITALITY DI KALANGAN PELAJAR DIPLOMA PENGURUSAN PELANCONGAN PMBS Jessica binti Jawa, Emiliana binti Barayan dan Afifah binti Bolhassan 40 - 45 Jawatankuasa Penerbitan Prakata : Pengarah Kolej Komuniti Lipis Pengarah Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tengku Ampuan Afzan iii iv v vi
BIL TAJUK MUKA SURAT 6 CUSTOMER SATISFACTION TOWARDS EMPLOYEES’ SERVICE DELIVERY AT PPNJ TOURS & TRAVEL SDN. BHD. Mohd Jeffry bin Zainuddin dan Nurul Huda binti Awang Kalong 46 - 50 7 TAHAP KEBERKESANAN PENGGUNAAN VIDEO SEBAGAI BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM) DALAM PEMBELAJARAN AMALI BAGI PROGRAM SIJIL PENGEMBARAAN PELANCONGAN DI KOLEJ KOMUNITI SANDAKAN Siti Murshidah binti Murshidi, Danielle binti David dan Graceshealda Rechard 51 - 58 8 SUSTAINABILITY GUIDELINES FOR MANAGING SUSTAINABLE TOURISM: A CASE STUDY OF BEACHES AT PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN Siti Nur Yusra binti YUsof 59 - 67 9 PENGGUNAAN GOOGLE SITES SEBAGAI ALAT (TOOL) PENGURUSAN DI KOLEJ KOMUNITI TAIPING Ts. Aznor bin Hassan, Aznur Anuar bin Ab Azid dan Mohd Azizi bin Omar 68 - 92 10 PERSEPSI PENSYARAH SIJIL TEKNOLOGI MAKLUMAT KOLEJ KOMUNITI BENTONG TERHADAP PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS DALAM SUKATAN KURIKULUM BAHARU SIJIL TEKNOLOGI MAKLUMAT VERSI 2020 Mohd Faridz bin Zubir 93 - 101 11 PENDAPAT ULAMA MAZHAB FIQH MENGENAI KADAR WAKTU MUSAFIR YANG DIHARUSKAN UNTUK MELAKUKAN SOLAT JAMAK DAN QASAR Shah Rulbani binti Zakaria dan Anuar bin Ralib 102 - 111 12 PENGUKURAN PENCAPAIAN OBJEKTIF PENGAJIAN BAGI PROGRAM SIJIL PEMPROSESAN DAN KAWALAN MUTU MAKANAN KOLEJ KOMUNITI JERANTUT Ahmad Sabre bin Osman, Noraihan binti Ahmad@Mohamad dan Mohd Zool Fazlee bin Basir 112 - 119 vii
BIL TAJUK MUKA SURAT 13 PELAKSANAAN SOLAT FARDHU DALAM KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI REMBAU Fazlina binti Fadzil, Siti Noor Hafizah binti Abd. Aziz dan Nur Hidayah binti Jumat 120 - 129 14 PEMBANGUNAN APLIKASI VROPP VIDEO 360 SEBAGAI KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN UNTUK SUBJEK OFFSET OPERATION Muhammad Fairuz bin Ruslan, Rosmarwati Abdul Rahman dan Nur Atiqah binti Abdullah Johar 130 - 136 15 PELAKSANAAN INTEGRATED CURRICULUM DALAM PROJEK LUKISAN TERUKUR SEMESTER 3 KOLEJ KOMUNITI PENAMPANG Norfadzilatul Zaleha binti Khalid dan Norszazlina binti Ali Abas 137 - 144 16 PENILAIAN MAJIKAN TERHADAP PRESTASI PELAJAR SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIK KOLEJ KOMUNITI SUNGAI SIPUT YANG MENJALANI LATIHAN INDUSTRI BAGI SESI II 2022/2023 Zaleha binti Ridzwan, Nur Syahida binti Jumakhir dan Hisamudin bin Mat Som 145 - 153 17 PEMBELAJARAN KOLABORATIF BERBANTUKAN INSTRUCTIONAL DESIGN MODEL (ADDIE) OLEH PELAJAR SIJIL KEMAHIRAN REKA BENTUK GRAFIK DI POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN Ismalyza binti Mt Arif, Nor Azlinda binti Gaman dan Nor Rofizah binti Johari 154 - 162 18 KURSUS KOMUNIKASI ENGLISH (SUE1011): HUBUNGAN DI ANTARA KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI DAN TAHAP KEFAHAMAN TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DI KOLEJ KOMUNITI HULU LANGAT Nisha a/p Sandrasegaran dan Nazihan Aziziuddin 163 - 172 19 GAMIFICATION’S IMPACT ON POLYTECHNIC STUDENTS IN THEORETICAL EDUCATION Timotius Petrus Anak Ayi dan Sara Ruran Fabian 173 - 182 viii
BIL TAJUK MUKA SURAT 20 KEBOLEHPASARAN GRADUAN PMS: KAJIAN PERBANDINGAN GRADUAN TAHUN 2020 HINGGA 2022 DIPLOMA TEKNOLOGI MEDIA CETAK JABATAN REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL Fatin Nabihah binti Saari dan Nurul Fadzillah binti Abdul Wahab 183 - 188 21 ASSESSING THE EFFECTIVENESS OF THE TALKTECH TOOLKIT IN IMPROVING THE SPEAKING SKILLS OF FINAL SEMESTER PASTRY STUDENTS AT JELI COMMUNITY COLLEGE Rodiah binti Ismail 189 - 193 ix
Educator’s e-Digest Peringkat Kebangsaan 2023 Pendidik Penggerak Aspirasi Madani 1 KEBOLEHGUNAAN ‘FOLDABLE BIN’ UNTUK PENGURUSAN SISA PEPEJAL MAMPAN Hasyimunfazlie bin Muhamad Yusoff Zakiah binti Hassan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah [email protected] [email protected] Abstrak. Pengurusan sisa pepejal atau sampah daripada aktiviti manusia perlukan kaedah dan cara yang betul. Di Malaysia sendiri, berpuluh ribu tan sampah di buang setiap hari. Aktiviti di pasar malam atau pasar tani juga menyumbang kepada kuantiti sampah. Ini kerana setiap daerah atau kampung terdapat pasar malam atau pasar tani mengikut hari yang tertentu. Daripada pemerhatian, cara pembuangan dan pengasingan sampah yang kurang tepat dan tidak mampan yang diamalkan oleh segelintir peniaga pasar malam dan pasar tani. Tujuan ‘Foldable Bin’ dihasilkan adalah untuk melatih dan memupuk masyarakat untuk membuang sampah dengan cara yang betul dengan melalui amalan kitar semula iaitu amalan 3R (Reduce, Reuse and Recyle). Permasalahan yang biasa berlaku adalah tong sampah yang disediakan mungkin tidak begitu sesuai dengan aktiviti yang boleh menjana sisa sampah sarap. Objektif pertama kajian ini adalah untuk mereka bentuk satu tong sampah. Sementara objektif kedua pula ialah untuk menghasilkan ‘Foldable Bin’. Objektif terakhir adalah untuk menentukan kebolehgunaan produk ‘Foldable Bin’ ini di lokasi kajian. Dengan adanya produk inovasi ‘Foldable Bin’ ini , di harapkan dapat memberi kemudahan yang terkini kepada para peniaga di pasar malam dan pasar tani supaya lebih menjurus kepada pengurusan sampah yang mampan. Metodologi kajian inovasi ini adalah menggunakan beberapa bahan untuk membuat ‘Foldable Bin’ ini. Antara bahan yang digunakan adalah fabrik Polipropilena kerana ia kalis air. Selain itu instrument kajian yang digunakan untuk menjawab objektif ketiga adalah set soal selidik. Responden yang terlibat adalah para peniaga pasar malam di Taman Gelora Kuantan, Pahang. Seramai 30 orang responden terlibat. Dapatan daripada hasil analisis bagi objektif kebolehgunaan produk ini adalah 3.82 secara min purata keseluruhan. Ini menunjukan produk inovasi ini mempunyai tahap kebolehgunaan yang tinggi. Kesimpulannya, produk ini memberi impak yang positif kepada para peniaga pasar malam dan SWCorp. Kata Kunci: sampah, mampan, inovasi 1.0 PENGENALAN Kajian yang dijalankan oleh Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal (JSPN) pada tahun 2021, sisa makanan dan organik antara sisa yang paling banyak di jana di Malaysia. Jumlah sisa tersebut adalah 31% hingga 45% daripada jumlah keseluruhan sisa yang di hasilkan setiap hari. Sisa ini dihasilkan terutama di tapak pasar malam, pasar borong dan pasar tani. Pengasingan sisa daripada kegiatan pasar malam dan pasar tani perlu di jalankan kerana terdapat sisa yang boleh digunakan semula atau pun dijadikan sebagai baja organik. Kepesatan pemodenan negara juga turut mengakibatkan semakin banyak kuantiti sisa pepejal yang semakin kompleks daripada segi komposisinya dihasilkan oleh masyarakat setiap hari (Mohd Armi & Mohd Yusoff Ishak, 2015). Oleh itu, negara memerlukan satu sistem atau pendejatan pengurusan sisa pepejal yang mampan. Sisa pepejal seharusnya di uruskan dengan cara dan kaedah terbaik. Pengurusan sisa pepejal merupakan suatu cabaran baru dan berterusan di Malaysia dalam membangunkan negara ini menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020 (Mohd Armi et al., 2015). Dengan adanya pengurusan sampah yang baik dan lancar, maka pencemaran sampah dapat dikurangkan.
Educator’s e-Digest Peringkat Kebangsaan 2023 Pendidik Penggerak Aspirasi Madani 2 1.1 Latar Belakang Kajian Pembuangan sisa pepejal yang tidak teratur oleh aktiviti perniagaan pasar malam atau pasar tani telah lama berlaku. Walaupun tong sampah telah disediakan oleh pihak berkenaan. Namun, masih juga terdapat sisa pepejal organik yang dibuang di tempat yang tidak sepatutnya. Ini mungkin kerana lokasi tong sampah yang tidak sesuai atau pun saiz tong sampah yang besar dan tidak dapat digerakan. Selain itu, mungkin juga berlaku kerosakan pada badan tong sampah yang boleh menyebabkan berlakukan pencemaran bau. Sementara itu, tahap kesedaran pihak awam dalam menangani isu pencemaran pula di tahap yang kurang memuaskan di mana masih terdapat orang awam yang kurang peka terhadap isuisu yang timbul (Nur Ain Abd Muin, 2018). Jika tong sampah diletakkan pada lokais yang tepat, orang ramai mungkin dapat membuang sampah dan menjaga kebersihan pasar malam. 1.2 Pernyataan Masalah Permasalahan yang sering berlaku di pasar malam atau pasar tani adalah lokasi tong sampah dan juga kerosakan tong sampah yang tidak diselenggara dengan segera oleh pihak berwajib. Selain itu juga, tong sampah yang sedia ada tidak dapat dialihkan atau disimpan ketika tiada aktiviti pasar malam dijalankan. Ini kerana tong sampah yang ada sekarang bersaiz agak besar dan tidak dapat disimpan apabila tiada aktiviti pasar malam. Aktiviti pasar malam atau pasar tani adalah mengikut hari teretentu, bermakna hanya sehari atau dua hari dalam seminggu. Maka, tong sampah perlulah jenis yang boleh disimpan atau mudah dialihkan jika tiada aktiviti pasar malam. Masalah yang ada sekarang ialah kebanyakan tong sampah yang disediakan oleh pihak berkuasa tempatan adalah statik dan tidak dapat disimpan. 1.3 Objektif Kajian Objektif kajian ini terbahagi kepada 3 iaitu: i) Untuk merekabentuk ‘Foldable Bin’ kegunaan di pasar malam ii) Untuk menghasilkan ‘Foldable Bin’ untuk kegunaan di pasar malam iii) Untuk menentukan kebolehgunaan ‘Foldable Bin’ di pasar malam 1.4 Skop Kajian Skop kajian ini tertumpu kepada mereka bentuk, menghasilkan dan menguji kebolehgunaan ‘Foldable Bin’ di pasar malam yang menjurus kepada permulaan sistem pengurusan sisa pepejal mampan. Untuk permulaan kajian, lebih kepada pengurusan sampah di tapak pasar malam sahaja. Lokasi pasar malam yang di pilih adalah pasar malam Taman Gelora. Responden juga di pilih di kalangan peniaga pasar malam Taman Gelora sahaja. 2.0 KAJIAN LITERATUR Dalam era globalisasi kini, banyak kemudahan yang telah direka untuk memberi keselesaan kepada pengguna. Ianya direka setiap masa dan membuat kajian dari masa ke semasa berpandukan kepada kelemahan sebelumnya. Pelbagai rekabentuk yang canggih dihasilkan pada masa kini. Para pereka sentiasa memberikan yang terbaik dalam mereka bentuk produk demi keselesaan dan kepuasan pengguna pada masa yang akan datang. Sebelum memulakan proses mereka bentuk produk, banyak kajian yang perlu diambil perhatian. Antaranya, mengkaji produk yang pernah dibuat oleh para pereka yang lain. Perkara yang perlu kita fikirkan adalah bagaimana dan apakah kaedah yang perlu digunakan untuk memastikan produk dan keputusan jauh lebih baik daripada produk yang sebelumnya. Setelah membuat penelitian kajian lepas mengenai pembuangan sampah sarap di merata rata tempat dan kadangkadang tong sampah yang ada juga tanpa mengikut spesifikasi tong sampah yang ditetapkan oleh pihak yang berkenaan seperti Majlis Bandaraya Kuantan. Produk tong sampah yang boleh berfungsi untuk mengasingkan bahan yang boleh dikitar semula seperti kertas, aluminium, plastik, kaca serta bahan
Educator’s e-Digest Peringkat Kebangsaan 2023 Pendidik Penggerak Aspirasi Madani 3 organik. Penghasilan produk ini di ambil dari beberapa konsep tong sampah yang mempunyai fungsi yang boleh digunapakai dan seterusnya diinovasikan menjadi tong sampah yang lebih mudah. Terdapat pelbagai jenis tong sampah yang biasa digunakan untuk kutipan sampah sama ada dikawasan pasar malam atau pasar tani. Selain itu, Kementerian Perumahan dan Kerajan Tempatan juga pernah mengeluarkan pekeliling mengenai pengurusan di pasar malam. Dalam pekeliling tersebut telah dinyatakan tentang pengurusan sisa pepejal oleh aktiviti pasar malam atau pasar tani. Pihak berkuasa tempatan hendaklah menyediakan tong sampah dan diletakkan di lokasi yang sesuai untuk kegunaan pasar malam tersebut. Selain itu, tong sampah juga hendaklah diletakkan di sepanjang laluan pengunjung. Pembersihan sampah sarap secara keseluruhan hendaklah dijalankan sebaik sahaja tamat masa operasi tanpa menunggu hari berikutnya. Selain itu, pihak berkuasa tempatan juga boleh menyediakan kemudahan untuk kutipan sisa organik seperti sisa sayuran, ikan, buah-buahan dan sebagainya bagi kegunaan baja organik. Oleh itu, terdapat keperluan untuk perubahan pengurusan sisa pepejal supaya lebih lestari dengan keutamaan perlu diberikan dengan pemulihan sumber melalui kitar semula, pengurangan sisa pepejal serta penggunaan semula sisa pepejal (Muhamad et al, 2022). Begitu juga dengan pengurusan sampah, memerlukan perubahan dari segi fizikal tong sampah itu sendiri. Perubahan fizikal yang sesuai dengan kegunaan dan lokasi tong sampah yang ada di pasar malam pada waktu ini, kebanyakan tidak boleh dialihkan. Walau pun boleh dibersihkan selepas sampah di ambil oleh pihak berkuasa tempatan, namun ia tidak boleh disimpan kerana saiz dan bentuk fizikal. 3.0 METODOLOGI KAJIAN Topik ini berkenan kaedah kajian ini di jalankan. Pemilihan responden atau sampel kajian juga dibincangkan dalam topik ini. Metodologi kajian adalah kaedah serta teknik mereka bentuk, mengumpul dan menganalisis data kajian supaya dapat menghasilkan bukti yang boleh menyokong sesuatu kajian. Metodologi menerangkan cara sesuatu masalah yang dikaji dan sebab sesuatu kaedah dan teknik tertentu digunakan. Carta alir di bawah menunjukan aliran kajian dijalankan. Dengan adanya carta alir seperti ini, kajian lebih mudah dijalankan kerana terdapat panduan yang boleh diikuti. Rajah 1 Carta Alir Proses Kajian Dijalankan Pemilihan Tajuk Dapatan dan Kesimpulan Menentukan Objektif Rekabentuk Produk Hasilkan Produk Pengujian Produk Analisis Data
Educator’s e-Digest Peringkat Kebangsaan 2023 Pendidik Penggerak Aspirasi Madani 4 3.1 Reka Bentuk Kajian Rekabentuk kajian adalah kajian tindakan iaitu melibatkan proses mengumpulkan data serta analisis data daripada set instrumen kajian. Data-data yang telah diperolehi secara tersusun dan terancang ini kemudiannya di analisis dan dipersembahkan dengan nilai statistik menggunakan perisian SPSS versi 2021. Keputusan hasil analisis seterusnya memberikan kesimpulan terhadap objektif kajian. 3.2 Populasi dan Sampel Sampel kajian terdiri daripada para peniaga pasar malam di Taman Gelora, Kuantan, Pahang. Terdapat 30 orang peniaga telah dipilih untuk menjawab set soal selidik. Pemilihan sampel dilakukan sesuai dengan objektif kajian berkaitan penggunaan tong sampah seperti yang di inginkan. 3.3 Instrumen Kajian Instrumen kajian yang digunakan adalah set soal selidik yang mengandungi dua bahagian iaitu bahagian A dan B. Dalam bahagian A, terdapat item berkenaan demografi sampel kajian. Pada bahagian B pula terdapat item-item untuk menjawab objektif ketiga. 3.4 Analisis Data Data dianalisis menggunakan perisian SPSS Versi 2021. Hasil analisis di terjemahkan kepada nilainilai min untuk menjawab objektif kajian. Data-data ini telah di kumpul daripada set soal selidik yang telah dijawab oleh sampel kajian iaitu para peniaga di pasar malam Taman Gelora, Kuantan. 4.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN Topik ini berkaitan dengan keputusan hasil daripada dapatan instrumen kajian iaitu set soal selidik yang dapat menjawab objektif kajian. Bagi objektif yang pertama iaitu mereka bentuk satu tong sampah untuk kegunaan di pasar malam, Rajah 2 menunjukan reka bentuk yang telah dihasilkan menggunakan aplikasi SketchUp 2022 . Lukisan ‘Foldable Bin’ ini telah mengambil masa beberapa minggu untuk di hasilkan melalui perisian SketchUp 2022. Hasil lukisan yang dibuat adalah seperti di gambar rajah 2. Reka bentuk produk ini ke arah penggunaan yang lestari. Rajah 2 Reka bentuk ‘Foldable Bin’ Dapatan seterusnya bagi objektif menghasilkan ‘Foldable Bin’, boleh dilihat pada foto di bawah. Produk inovasi ini dihasilkan di bengkel dengan gabungan beberapa bahan. Produk inovasi ‘Foldable Bin’ telah berjaya di hasilkan seperti Rajah 3. Produk inovasi ini telah di bina di bengkel besi untuk kerangka yang boleh lipat. Material untuk tempat isi sampah telah dijahit mengikut saiz yang
Educator’s e-Digest Peringkat Kebangsaan 2023 Pendidik Penggerak Aspirasi Madani 5 telah di tetapkan iaitu tinggi 1000mm dan lebar 400mm. Roda telah dipasang untuk memudahkan kerjakerja mengerakkan tong sampah ini ke lokasi yang telah dipilih. Rajah 3’ Foldable Bin’ yang telah siap 4.1 Dapatan Analisis Soal Selidik Jadual 1 Nilai Min Daripada Analisis Merujuk kepada jadual 1 di atas, bagi item produk inovasi ‘Foldable Bin’ iaitu produk ini ringkas dari segi rekabentuk, nilai min adalah 3.87. Nilai min ini adalah tinggi, maka responden bersetuju bahawa reka bentuk produk ini ringkas. Bagi item kedua iaitu produk inovasi ini senang digunakan di pasar malam atau pasar tani, nilai min adalah 3.87. Dapat disimpulkan, responden bersetuju dengan item kedua bahawasanya produk inovasi ini senang digunakan. Seterusnya, item ketiga iaitu produk inovasi ini mudah di simpan jika tiada pasar malam atau pasar tani. Nilai min hasil analisa ialah 3.87 juga tinggi menunjukkan para responden bersetuju bahawa produk inovasi ini mudah disimpan kerana ia boleh lipat. Item keempat pula iaitu produk inovasi ini mudah dibersihkan mendapat nilai min 3.87. Nilai ini juga tinggi dan menunjukkan responden bersetuju bahawa produk inovasi ini senang di bersihkan Bil Item Min 1. Produk inovasi yang ringkas 3.87 2. Produk inovasi senang digunakan 3.87 3. Produk inovasi mudah disimpan 3.87 4. Produk inovasi mudah dibersihkan 3.87 5. Produk inovasi mudah di pindahkan 3.80 6. Produk inovasi sesuai digunakan 3.87 7. Produk inovasi mudah diselenggara 3.93 8. Produk inovasi selamat digunakan 3.63
Educator’s e-Digest Peringkat Kebangsaan 2023 Pendidik Penggerak Aspirasi Madani 6 dan dicuci. Ini kerana bahan yang digunakan iaitu fabrik ‘polipropilena’ tidak menyerap kotoran dan semestinya senang dibersihkan jika tidak digunakan. Bagi item produk inovasi ini mudah dikendalikan atau dipindahkan, responden bersetuju dengan item ini dengan nilai min adalah 3.80. Dari segi kesesuaian produk untuk kegunaan di pasar malam pula, nilai min adalah 3.87. Ini menunjukkan responden atau peniaga pasar malam bersetuju bahawa produk inovasi ini memang sesuai di gunakan atau diletakkan di pasar malam. Item seterusnya iaitu produk inovasi ini mudah diselenggara juga mendapat nilai min yang tinggi iaitu 3.93. Ini menunjukan para peniaga pasar malam bersetuju bahawa produk inovasi ini mudah diselenggara atau di perbaiki jika rosak kerana reka bentuk produk ini ringkas. Item terakhir iaitu produk inovasi ini selamat digunakan, nilai min adalah 3.63. Juga menunjukkan para peniaga bersetuju produk inovasi ini selamat digunakan di pasar malam. Daripada sudut yang lain, Syariah Islam juga sebenarnya telah memberi penekanan terhadap kepentingan dan tanggungjawab memelihara dan menguruskan alam sekitar termasuklah aspek pengurusan sisa pepejal bagi menjaga maslahah kehidupan manusia dan menolak mafsadah daripada mereka (Intan Nadia Ghulami Khan etal, 2021). Pengurusan sisa pepejal yang baik dan mampan dapat memberikan kualiti kehidupan yang tinggi. 5.0 CADANGAN DAN KESIMPULAN Kesimpulannya ialah produk inovasi ‘Foldable Bin’ dapat memberi manfaat kepada pengurusan yang mampan dan juga kepada beberapa pihak seperti para peniaga pasar malam atau pasar tani, pihak SWCorp dan Alam Flora. Pendekatan pengurusan sisa bersepadu perlu dilaksanakan dengan mengambil kira aspek penglibatan masyarakat dalam mengurangkan sisa dari punca (Zaini Sakawi etal, 2017). Dapatan analisis daripada set soal selidik secara keseluruhannya juga menunjukan bahawa responden bersetuju bahawa produk inovasi ini mempunyai ciri-ciri yang baik dan senang digunakan. Hasil analisis juga menunjukkan responden bersetuju produk ini ringkas dan mudah di simpan. Perkara ini disokong oleh nilai min yang diperolehi. Selain itu, dapat disimpulkan juga bahawa produk ini mudah dibersihkan dan di pindakan lokasi jika tidak digunakan. Item ini menunjukan produk ini memberi kemudahan dan mesra pengguna kepada para peniaga pasar malam. Dari segi kesesuaian tempat atau lokasi, nilai min 3.87 menunjukkan bahawa produk inovasi ini sesuai di letakkan di pasar malam. Nilai min 3.93 bagi item selenggaraan menunjukkan responden bersetuju bahawa produk inovasi ini memang mudah di selenggara. Untuk item dari segi keselamatan penggunaan, dapat disimpulkan bahawa produk inovasi ini selamat di gunakan dengan disokong oleh nilai min 3.63. Kaedah dan teknologi yang terkini diperlukan untuk menguruskan sisa pepejal di Malaysia kerana banyak bandar raya di seluruh dunia telah mulai membangunkan teknologi yang sedemikian dalam usaha masing-masing untuk memastikan kelestarian kehidupan masyarakat masing-masing (Mohd Armi et al, 2015). Penggunaan tong sampah ‘Foldable Bin’di harapkan dapat menyumbang ke arah sistem pengurusan sisa pepejal yang lebih mampan. Sejajar dengan salah satu polisi Dasar Teknologi Hijau Negara untuk meningkatkan pendidikan awam dan kesedaran tentang teknologi hijau dan menggalakkannya penggunaan meluas di kalangan masyarakat Malaysia.
Educator’s e-Digest Peringkat Kebangsaan 2023 Pendidik Penggerak Aspirasi Madani 7 RUJUKAN Ghulam Khan, I. N., Hashim, H., A. Shukor, H., & Wook, I. (2021). Pengurusan Sisa Pepejal Isi Rumah Semasa Pandemik Covid-19: Satu Analisis Menurut Perspektif Undang-undang di Malaysia dan Prinsip Syariah: Household Solid Waste Management during the Covid-19 Pandemic: An Analysis According to Malaysian Legal Perspective and Shariah Principles. Journal of Muwafaqat, 4(2), 74–92. Retrieved from https://muwafaqat.kuis.edu.my/index.php/journal/article/view/91 Muin, N. A. (2018). Pengurusan Sampah Di Kuala Lumpur, 1974-2004: Peranan Pihak Kerajaan dan Pihak Awam (Waste Management in Kuala Lumpur, 1974-2004: The Role of Government And The Public). Asian Journal of Environment, History and Heritage. Sakawi, Z., Ayup, S., & Sukimi, M. F. (2017). Pengetahuan Komuniti dan Amalan Pengurusan Sisa Pepejal di Negeri Sembilan. GEOGRAFIA OnlineTM Malaysian Journal of Society and Space 13 Issue 4 (126-137), 126-137. Samah, M. A., & Ishak, M. Y. (2015). Aplikasi Teknologi Insinerator Dalam Pengurusan Sisa Pepejal. Meneroka Interaksi Dinamik Dalam Kesihatan Persekitaran. 106-111. Samah, M. A., Yatim, S. R., & Manaf S. R. (2015). Praktikal dan Cabaran Pengurusan Sisa Pepejal di Malaysia. Meneroka Interaksi Dinamik Dalam Kesihatan Persekitaran. 102-105. Samah, M. A., Yunus, K., & Kassim, Z. (2015). Pencemaran Marin dan Alam Sekitar di Malaysia. Meneroka Interaksi Dinamik Dalam Kesihatan Persekitaran. 81-89. Zamhari, S. K., & Mohamed, A.F. (2022). Meneroka Sektor Informal dalam Pengurusan Sisa Pepejal: Suatu Penelitian terhadap Golongan. Journal of Social Science and Humanities.
Educator’s e-Digest Peringkat Kebangsaan 2023 Pendidik Penggerak Aspirasi Madani 8 ANALISIS PENILAIAN KANDUNGAN KELEMBAPAN SEBAGAI FAKTOR UTAMA DALAM PEMERIKSAAN BUMBUNG CURAM Muhammad Ruzaini bin Ramlan Mohamad Haszirul bin Mohd Hashim Universiti Teknologi Mara, Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar, 32610 Seri Iskandar, Perak [email protected] [email protected] Abstrak. Struktur bumbung adalah struktur yang penting kerana struktur ini adalah struktur yang sangat terdedah kepada bahagian luar. Banyak kes baru-baru ini yang melibatkan struktur bumbung yang runtuh sama ada semasa pembinaan ataupun yang siap dibina. Kes - kes yang terjadi adalah sangat perlu untuk diberi perhatian kerana ia melibatkan keselamatan dan keselesaan pengguna bangunan. Kebocoran air melalui bumbung, terutamanya daripada hujan merupakan punca kecacatan yang sering berlaku di dalam komponen bumbung. Antara kecacatan yang selalu berlaku akibat daripada kebocoran bumbung ini adalah kandungan kelembapan dan juga serangan anai-anai bagi struktur kayu bumbung. Kelembapan yang tidak terkawal boleh menyebabkan kerosakan fizikal kepada bangunan. Objektif kajian ini dilakukan adalah untuk mengenalpasti faktor berlakunya struktur bumbung curam runtuh dan kaedah pemeriksaan kandungan kelembapan pada struktur kayu bumbung curam. Metodologi kajian yang digunapakai adalah dengan menganalisis kajian literatur yang ada untuk menghasilkan dapatan yang lebih pelbagai. Pemeriksaan keadaan struktur bumbung adalah sangat penting untuk dilakukan bagi memastikan struktur bumbung dapat diselenggara dengan baik dan dapat memastikan keselamatan yang diperlukan untuk pengguna bangunan. Kata Kunci: struktur bumbung, kandungan kelembapan, pemeriksaan bangunan 1.0 PENGENALAN 1.1 Latar Belakang Kajian Di Malaysia, cuaca dan keadaan persekitaran panas dan lembap akan terkesan dengan kadar kelembapan sama ada tinggi atau rendah. Ini semua bergantung kepada keterdedahan struktur pembinaan tersebut dengan keadaan cuaca yang dialami di kawasan tersebut. Salah satu struktur yang sangat terdedah kepada tahap cuaca adalah bumbung. Ini kerana bumbung adalah struktur yang paling atas dan juga paling tinggi dalam sesuatu struktur tersebut. Menurut (Ohno dan Xihui, 2008), pembinaan bumbung adalah salah satu isu pembinaan bangunan yang paling penting berkaitan dengan angin dan hujan. Ini bermakna faktor keadaan cuaca dan persekitaran adalah faktor yang kritikal di mana perlu diambil kira dalam semua aspek. Selain itu, komponen bumbung juga adalah penting di dalam sesuatu struktur bumbung tersebut. Komponen - komponen bumbung adalah terdiri daripada perabung, kasau, kekuda, jubin bumbung, longkang bumbung (gutter) dan lain-lain. Kekuda adalah satu struktur sokongan bumbung yang disusun di dalam bangunan di mana ia tidak ada sokongan dalaman (Ibraimovna, 2023). Struktur kekuda inilah yang menjadi struktur utama untuk menyokong struktur bumbung. Jika struktur kekuda ini roboh, ia akan mengakibatkan hampir semua struktur bumbung itu roboh. 1.2 Pernyataan Masalah Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan runtuhnya sesuatu struktur bumbung. Sehubungan dengan itu, antara faktornya adalah tiada kaedah pemeriksaan dan penilaian yang sistematik dan juga faktor cuaca dan persekitaran yang memberi kesan kepada kandungan kelembapan pada bahan untuk struktur bumbung tersebut terutamanya struktur bahan kayu. Menurut (Ohno dan Xihui, 2008), antara faktor
Educator’s e-Digest Peringkat Kebangsaan 2023 Pendidik Penggerak Aspirasi Madani 9 yang menyebabkan kesan yang kritikal kepada struktur bumbung atau pembinaan struktur bumbung adalah iklim mengenai halaju angin, terutamanya digabungkan dengan hujan dan kebarangkalian kejadian serentak. Daripada faktor ini yang akan menyebabkan bumbung bocor dan kebocoran tersebut akan menyebabkan air hujan masuk ke dalam struktur bumbung tersebut dan proses ini akan menyebabkan kandungan kelembapan pada kayu tersebut adalah lebih tinggi. Ini akan menyebabkan kekuatan struktur tersebut akan berubah. Oleh kerana faktor ini, kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti kaedah pemeriksaan dan penilaian yang berkesan untuk memastikan sistem penyelenggaraan struktur bumbung dapat dilakukan dengan lebih berkesan. 1.3 Objektif kajian Mengenalpasti faktor berlakunya struktur bumbung curam runtuh dan kaedah pemeriksaan kandungan kelembapan struktur kayu bumbung curam. 2.0 KAJIAN LITERATUR 2.1 Bumbung Curam Bumbung curam adalah struktur bumbung di mana ia adalah struktur yang sesuai bagi kawasan yang beriklim seperti negara Malaysia. Ini merujuk kepada keadaan yang panas dan lembap untuk persekitaran di kawasan Malaysia menyebabkan banyak bangunan atau struktur menggunakan bumbung jenis curam. Terdapat beberapa jenis bumbung curam yang ada di Malaysia seperti Tebeng layar, Limas, Gabriel, Minangkabau, Pisang Sesikat dan lain-lain. Berdasarkan kepada jenis bumbung curam yang ada, didapati perkara yang paling penting adalah pembinaan struktur bumbung. Ini dapat dilihat dengan pelbagai jenis bumbung curam, ia memberi kesan kepada pelbagai cara untuk pembinaan struktur bumbung tersebut. Pembinaan bumbung merupakan salah satu komponen penting dalam proses pembinaan sebuah struktur bangunan. Bumbung bukan sahaja memberikan perlindungan daripada unsur-unsur cuaca, tetapi juga memainkan peranan dalam menentukan reka bentuk, ketahanan struktur, dan kecekapan tenaga dalam bangunan. Pembinaan bumbung adalah bermula daripada pembinaan kekuda. Struktur kekuda akan menyokong semua struktur di atasnya. Struktur kekuda ini perlulah kuat dari segi kekuatannya dan juga bahan yang digunakan mestilah dari kayu atau aluminium yang kuat. Bagi kajian ini, ia memfokuskan kepada struktur kayu pada bumbung curam. Namun, pembinaan bumbung juga datang dengan cabaran yang perlu diatasi. Isu seperti ketahanan struktur bumbung terhadap beban, pemasangan sistem saliran air hujan yang efektif, serta kaedah perlindungan terhadap kebocoran air adalah beberapa daripada cabaran utama dalam pembinaan bumbung. Berdasarkan kepada kaedah pembinaan struktur bumbung itu, ia juga akan memberi kesan kepada keterdedahan struktur tersebut pada kecacatan seterusnya akan menyebabkan kekuatan struktur bumbung itu akan berkurang sehingga menjadikan struktur tersebut roboh. Isu bumbung runtuh adalah satu isu kritikal yang mungkin terjadi pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat. Di Malaysia, kes bumbung runtuh telah menimbulkan keprihatinan serius mengenai klasifikasi pembinaan bangunan, pemuliharaan bangunan, dan amalan keselamatan. Kajian kes mengenai bumbung runtuh di Malaysia mengungkapkan beberapa faktor utama yang memberi kesan kepada insiden bumbung runtuh ini. Faktor-faktor ini termasuklah kelemahan dalam reka bentuk struktur bumbung, kegagalan dalam pemeliharaan dan penyelenggaraan, serta penggunaan bahan yang tidak sesuai atau berkualiti rendah. Berdasarkan kajian di atas ini, ia memfokuskan kepada kegagalan dalam pemeliharaan dan penyelenggaraan serta penggunaan bahan utama. Terdapat beberapa kejadian kemalangan yang berlaku di Malaysia akibat daripada keruntuhan struktur bumbung seperti jadual 1 di bawah.
Educator’s e-Digest Peringkat Kebangsaan 2023 Pendidik Penggerak Aspirasi Madani 10 Jadual 1: Senarai kejadian keruntuhan berkaitan dengan struktur bumbung di Malaysia Berdasarkan Jadual 1 diatas, menunjukkan beberapa kes yang bumbung runtuh yang berlaku di Malaysia. Semua runtuhan struktur tersebut adalah disebabkan dengan kegagalan struktur utama pada bumbung utama. Untuk kes pertama di Bangunan Dewan Besar IKIM, keruntuhan adalah disebabkan kegagalan struktur utama bumbung tersebut. Kegagalan ini adalah disebabkan kurang tindakan penyelenggaraan struktur utama bumbung terutamanya bahagian kayu pada struktur tersebut. Kayu adalah bahan yang mudah reput akibat daripada kesan cuaca persekitaran dan juga keadaan persekitaran tersebut seperti panas dan lembap. Ini akan menyebabkan kecacatan boleh berlaku pada struktur kayu tersebut. Semua kecacatan ini berlaku adalah disebabkan keadaan panas dan lembap, kebocoran air, kegagalan pada rekabentuk struktur bumbung terutamanya pada struktur kekuda bumbung. Punca yang paling utama adalah ketahanan struktur kayu pada bumbung itu yang mana apabila ia mengandungi kadar kelembapan yang tinggi, ia tidak dapat menanggung beban yang ada. Maka, punca ini yang menjadi dapatan utama untuk dikaji bagi memastikan kadar kelembapan pada struktur kayu tersebut dapat diukur. Walaupun begitu, kejadian yang kedua dan ketiga pula, ia berlaku di Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras Jaya dan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Menanti, Muar dimana struktur bumbung telah runtuh di blok bangunan sekolah. Bagi kejadian di SMK Cheras Jaya, kejadian berlaku ketika proses penyelenggaraan struktur bumbung sedang berlaku. Siasatan awal ialah ia berpunca No Tarikh Rujukan Isu Keterangan 1 31 Mei 2023 Berita Astro Awani Bumbung Dewan Besar IKIM runtuh Struktur bumbung di Dewan Besar IKIM runtuh dan mengakibatkan enam petugas cedera ringan 2 30 Mac 2023 Berita Harian Metro Bumbung SMK Cheras Jaya runtuh Kementerian Pendidikan Malaysia menunggu laporan daripada Jabatan Kerja Raya berkaitan keruntuhan struktur bumbung di SMK Cheras Jaya 3 11 Disember 2021 Kenyataan Media Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Bumbung SMK Seri Menanti, Muar runtuh KPM dan JKR Daerah Muar telah membuat siasatan dan mendapati struktur bumbung masih dalam pembinaan serta belum ditutup sepenuhnya. Angin kuat semasa kejadian telah memasuki struktur bumbung yang menjadi punca 4 08 November 2022 Berita Harian Struktur bumbung asrama anak yatim runtuh Berita Harian pada 8 November melaporkan struktur bumbung asrama anak yatim runtuh dan mengakibatkan kecederaan 3 orang penghuni di Georgetown, Pulau Pinang 5 18 Jun 2016 Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Struktur kekuda bumbung sedang dalam pembinaan runtuh Satu kejadian yang melibatkan keruntuhan struktur kekuda bumbung yang sedang dalam proses pemasangan di sebuah velodrom telah berlaku pada jam lebih kurang 3.00 petang , 18 Jun 2016 di Nilai , N.Sembilan
Educator’s e-Digest Peringkat Kebangsaan 2023 Pendidik Penggerak Aspirasi Madani 11 daripada faktor angin yang kuat yang telah menyebabkan struktur bumbung tersebut tidak dapat menampung kekuatan beban angin tersebut. Selain itu, pada tahun 2022 terdapat kejadian struktur bumbung runtuh di bangunan asrama anak yatim dan menyebabkan tiga orang penghuni bangunan tersebut cedera. Struktur bumbung yang tidak kuat adalah menjadi punca utama kepada keruntuhan struktur tersebut dan ini juga melibatkan kepada kejadian keruntuhan yang lain. Sehubungan dengan itu, terdapat satu lagi kejadian yang berlaku akibat daripada keruntuhan struktur bumbung di sebuah Velodrom di Nilai, Negeri Sembilan. Kejadian ini juga adalah berpunca daripada berlakunya kegagalan pada komponen-komponen struktur bumbung yang lain (JKKP, 2016). Struktur bumbung yang masih di dalam pembinaan runtuh dan ini menunjukkan bahawa jika tiada kaedah pembinaan dan pemeriksaan yang betul, maka ia akan mengakibatkan kejadian struktur bumbung runtuh akan sering berlaku. 2.2 Pemeriksaan Bangunan Pemeriksaan bangunan adalah pemeriksaan keadaan bangunan oleh pemeriksa yang kompeten dimana pemeriksaan itu dijalankan secara fizikal bagi memastikan dapatan yang diperolehi daripada pemeriksaan itu dapat memanjangkan lagi tempoh hayat bangunan tersebut. Pemeriksaan bangunan yang banyak dilakukan oleh pemeriksa yang kompeten adalah pemeriksaan visual. Pemeriksaan bangunan dijalankan dari perimeter luar ke luar bangunan dan akhirnya bahagian dalam bangunan. Pemeriksa bangunan memeriksa bangunan dalam susunan menurun, dari bumbung ke tingkat paling bawah. Jadual 2 di bawah menunjukkan beberapa kaedah pemeriksaan bangunan yang ada untuk kerjakerja pemeriksaan. Jadual 2: Senarai jenis pemeriksaan bangunan No Penulis Isi Kaedah 1 Che-Ani et al.(2010) Pemeriksaan bangunan secara pemeriksaan visual Pemeriksaan fizikal keadaan elemen dan perkhidmatan bangunan 2 Tsai et al.(2020) Pemeriksaan bangunan secara perbualan (ConversationBased System) Sistem berasaskan perbualan untuk menyokong penilai dalam melaksanakan pemeriksaan sedia ada 3 4 Ferraz et al.(2016) Reese (2004) Pemeriksaan bangunan secara pengumpulan data yang sistemik Penilaian keadaan bangunan adalah sangat penting dalam melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan Analisis data yang dikumpul semasa pemeriksaan bagi mewujudkan pangkalan data yang boleh dipercayai. Sistem penilaian keadaan bangunan perumahan bagi melaksanakan kerja penyelenggaraan yang berkesan
Educator’s e-Digest Peringkat Kebangsaan 2023 Pendidik Penggerak Aspirasi Madani 12 5 Queensland Department of Public Works Australia (2012) Penilaian teknikal keadaan fizikal elemen bangunan Sistem penilaian keadaan ialah penilaian teknikal keadaan fizikal elemen bangunan Berdasarkan Jadual 2 di atas, terdapat beberapa definisi dan juga jenis berkaitan dengan pemeriksaan bangunan. Apabila disebutkan dengan pemeriksaan bangunan ia merangkumi kepada pemeriksaan semua elemen dan komponen bangunan secara fizikal. Pemeriksaan yang banyak dilakukan oleh pemeriksa yang kompeten adalah pemeriksaan secara visual (visual inspection). Menurut Che-Ani et al. (2010), pemeriksaan visual ialah pemeriksaan fizikal keadaan elemen dan perkhidmatan bangunan yang dijalankan oleh jururukur yang kompeten untuk menilai prestasi bangunan dan untuk menentukan keperluan penyelenggaraan bagi sesuatu bangunan atau struktur tersebut. Kaedah pemeriksaan bangunan yang lain adalah kaedah pemeriksaan bangunan secara perbualan. Kaedah pemeriksaan bangunan secara perbualan ini adalah kaedah pemeriksaan bangunan yang telah didigitalkan, dengan chatbot dilaksanakan yang menunjukkan pemberitahuan sama ada mengikut jadual pemeriksaan rutin atau selepas kerosakan berlaku, antara muka berasaskan perbualan untuk membimbing juruukur bangunan secara pemberitahuan melalui penggunaan multimedia untuk menunjukkan kerosakan secara langsung (Tsai et al., 2020). Ferraz et al. (2016) menyatakan pemeriksaan secara analisis data secara sistemik sangat diperlukan untuk menjadikan data pemeriksaan bangunan itu lebih hampir tepat dan berstruktur. Melalui analisis data yang dikumpul semasa pemeriksaan ini, ia adalah untuk mewujudkan pangkalan data yang boleh dipercayai yang menyediakan panduan untuk mencegah dan pembaikan. Menurut Reese (2004), beliau menyatakan bahawa sistem pemeriksaan bangunan adalah sistem penilaian keadaan bangunan perumahan bagi melaksanakan kerja penyelenggaraan yang berkesan. Ini bermaksud bahawa pemeriksaan keadaan bangunan adalah untuk menjadikan sistem penyelenggaraan lebih terancang dan berkesan. Definisi yang sama juga dilaporkan oleh Queensland Department of Public Works (2012), menyatakan pemeriksaan bangunan adalah satu sistem penilaian fizikal pada bangunan dari segi elemen, struktur dan komponen. 2.3 Kandungan Kelembapan Jadual 3: Senarai artikel berkaitan dengan kandungan kelembapan No Penulis Pernyataan 1 Johar et al.(2010) Kayu akan mengalami proses pengembangan dan pengecutan apabila terkesan dengan keadaan persekitaran yang lembap 2 Abdul Hakim & Wan Min (1991) Kandungan kelembapan yang tinggi pada kayu merupakan salah satu unsur utama penyebab keretakan 3 Coggins (1980) Serangan kulat dan cendawan akibat daripada pereputan biasanya akan berlaku pada struktur kayu yang mempunyai kandungan kelembapan yang tinggi 4 Ridout (2000) Kulat yang hidup di dalam struktur kayu yang mempunyai kadar kandungan kelembapan yang tinggi adalah tumbuhan yang tidak mempunyai klorofil
Educator’s e-Digest Peringkat Kebangsaan 2023 Pendidik Penggerak Aspirasi Madani 13 5 Abdul Hakim (1991) Struktur kayu atau kayu yang selalu digunakan oleh pengguna adalah pada kadar 15% kadar kandungan kelembapannya di mana jika ia melebihi kadar ini ia akan mengurangkan kadar kekuatan struktur itu. Berdasarkan Jadual 3 diatas, menunjukkan beberapa pernyataan berkaitan dengan kandungan kelembapan. Kandungan kelembapan yang tinggi di dalam struktur kayu akan menyebabkan kadar kekuatan kayu akan terkesan sehingga menjadi kurang dari segi kekuatan ketahanan kayu itu. Struktur kayu akan mengalami proses pengembangan dan pengecutan mengikut kepada keadaan persekitaran sehingga apabila cuaca yang lembap struktur kayu akan mengalami proses pengembangan dan akan menyerap kelembapan di sekeliling (Johar et al., 2011). Sebaliknya, apabila cuaca yang kering, struktur kayu akan mengalami proses pengecutan. Melalui proses pengembangan dan pengecutan ini yang menyebabkan kayu boleh menjadi retak sehingga mengurangkan kadar kekuatan kayu tersebut. Menurut (Abdul Hakim & Wan Min, 1991), salah satu unsur utama yang menyebabkan kecacatan pada bahan dan komponen bangunan adalah kelembapan. Kelembapan menyebabkan proses pereputan struktur kayu akan mereput lebih cepat dan agen-agen kerosakan seperti kulat dan anai-anai akan cepat merebak apabila struktur kayu tersebut mempunyai kadar kandungan kelembapan yang tinggi. Selain itu, kandungan kelembapan yang tinggi juga akan menyebabkan pertumbuhan kulat dan cendawan. Serangan kulat dan cendawan akibat daripada pereputan biasanya akan berlaku pada struktur kayu yang mempunyai kandungan kelembapan yang tinggi (Coggins, 1980). Melalui tumbuhnya kulat dan cendawan ini, ia akan mempercepatkan lagi pereputan sehingga berpotensi untuk struktur kayu itu akan runtuh. Menurut (Ridout, 2000) pula, kulat yang hidup di dalam struktur kayu yang mempunyai kadar kandungan kelembapan yang tinggi adalah tumbuhan yang tidak mempunyai klorofil dan tumbuhan seperti ini akan mempercepatkan lagi kadar pereputan struktur kayu tersebut. Abdul Hakim (1991) menjelaskan, struktur kayu atau kayu yang selalu digunakan oleh pengguna adalah pada kadar 15% kadar kandungan kelembapannya di mana jika ia melebihi kadar ini ia akan mengurangkan kadar kekuatan struktur kayu itu. 3.0 METODOLOGI Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah dengan mengkaji kajian literatur yang sedia ada dimana setiap sorotan literatur itu diambil dan dibuat perbandingan antara satu sama lain. Metodologi yang digunakan adalah dengan mengkaji kajian literatur daripada berita daripada surat khabar, laman sesawang dan juga artikel-artikel yang berkaitan dengan kajian seperti kejadian struktur bumbung runtuh, pemeriksaan bangunan dan kandungan kelembapan. Daripada dapatan kajian literatur itu, ia dianalisis untuk mendapatkan hasil atau dapatan kajian ini. 4.0 DAPATAN DAN PERBINCANGAN Hasil daripada dapatan yang diperolehi berdasarkan kajian literatur yang ada, ia mendapati terdapat beberapa faktor yang menyebabkan bahan kayu pada struktur bumbung terkesan. Faktor yang paling utama adalah faktor cuaca dan persekitaran. Berdasarkan faktor cuaca dan persekitaran ini, apabila terdapat faktor angin yang kuat, ia akan merosakkan struktur tersebut seperti jubin bumbung tercabut dan lain-lain seterusnya akan menyebabkan kebocoran pada struktur bumbung tersebut. Apabila bocor, air yang terkena pada bahan kayu tersebut akan menyebabkan kandungan kelembapan yang tinggi terjadi. Ini akan menyebabkan kekuatan pada struktur kayu tersebut akan berkurangan dan menyebabkan kejadian struktur bumbung runtuh. Keadaan persekitaran yang panas dan lembap juga mengakibatkan kayu akan mengalami proses pengembangan dan pengecutan dan ini akan menyebabkan kayu akan lebih mudah retak. Faktor yang lain adalah akibat
Educator’s e-Digest Peringkat Kebangsaan 2023 Pendidik Penggerak Aspirasi Madani 14 daripada penumbuhan tumbuhan yang berklorofil seperti kulat dan cendawan. Faktor ini akan menyebabkan struktur kayu akan lebih cepat retak dan mengurangkan kadar kekuatan kayu tersebut. Bagi pemeriksaan bangunan pula, setiap struktur bumbung tersebut perlu diperiksa secara visual dan juga secara menggunakan alat. Sehubungan dengan itu, setiap pemeriksaan sama ada elemen atau komponen bangunan perlulah dilakukan secara fizikal dan perlu ada sistem penilaian bagi melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan yang berkesan. Selain daripada itu, dapatan daripada kajian berkaitan dengan kandungan kelembapan menyatakan bahawa struktur kayu yang mempunyai kadar kandungan kelembapan yang tinggi akan menyebabkan proses keretakan akan mudah berlaku dan berdasarkan daripada kajian literatur ini juga menyatakan bahawa kayu yang selalu digunakan oleh pengguna adalah dalam lingkungan 15% kandungan kelembapannya. Jika kandungan kelembapan itu melebihi daripada 15% akan menyebabkan tumbuhnya kulat atau cendawan dimana boleh merosakkan struktur kayu tersebut. 5.0 KESIMPULAN Berdasarkan analisis dan dapatan yang telah diperolehi, ia mendapati kebanyakan kejadian bumbung yang runtuh adalah berdasarkan kepada kekuatan struktur bahan bumbung tersebut di mana ia juga terkesan secara langsung daripada faktor cuaca dan persekitaran. Akibat daripada itu, antara puncanya adalah kadar kandungan kelembapan yang tinggi pada bahan tersebut seperti kayu dan untuk memeriksa kandungan kelembapan tersebut, ia adalah bergantung kepada kaedah pemeriksaan yang dilakukan kepada struktur tersebut. Berdasarkan kepada dapatan daripada kajian ini juga mendapati kaedah pemeriksaan bangunan yang digabungkan seperti kaedah pemeriksaan secara visual melalui penggunaan alat disertakan dengan kaedah pemeriksaan berasaskan perbualan dan kaedah pemeriksaan secara pengumpulan data yang sistemik adalah sangat diperlukan untuk memastikan pemeriksaan struktur bumbung dapat dilakukan secara sistematik dan secara tidak langsung dapat mengenal pasti tahap kandungan kelembapan pada struktur kayu bumbung dengan lebih tepat bagi melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan yang lebih berkesan. RUJUKAN Bernama. (2023, Ogos 23). Bumbung Dewan Besar IKIM runtuh, enam petugas cedera ringan. Astro Awani. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/bumbung-dewan-besar- ikimruntuh-enam petugas-cedera-ringan-bomba-422017. Che-Ani, A.I., Ali, A.S., Tahir, M.M., Abdullah, N.A. G., & Tawil, N.M. (2010). The Development of a Condition Survey Protocol (CSP) 1 Matrix for Visual Building Inspection. The Construction, Building and Real Estate Research Conference of the Royal Institution of Chartered Surveyors (COBRA2010). 2-3 September 2010. Dauphine Université, Paris. Coggins, C.R (1980). Decay of Timber in Buildings; Dry Rot, Wet Rot, and Other Fungi, Rentokil Limited, W. Sussex, Great Britain. Ferraz, G. T., De Brito, J., De Freitas, V. P., & Silvestre, J. D. (2016). State-of-the-art review of building inspection systems. Journal of performance of constructed facilities, 30(5), 04016018. Ibraimovna, M. F. (2023). Analysis of Various Roofs and Roofs. Nexus: Journal of Advances Studies of Engineering Science, 2(3), 33-39 Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. (2023, Ogos 24). Kegagalan Struktur Bumbung
Educator’s e-Digest Peringkat Kebangsaan 2023 Pendidik Penggerak Aspirasi Madani 15 Velodrom Di Nilai, Negeri Sembilan. https://www.dosh.gov.my/index.php/ms/ osharticles/1750-bosses-role-in-road-safety-2. Johar, S., Ahmad, A. G., Che-Ani, A. I., Tawil, N. M., & Usman, I. M. S. (2011). Analisa kajian lapangan ke atas kecacatan pada bangunan masjid lama di Malaysia. Journal Of Design+ Built, (2). Kementerian Pendidikan Malaysia (2021, Disember 12). Penjelasan Berkaitan Bumbung Sekolah Runtuh Di Muar, Johor. https://www.moe.gov.my/muat-turun/kenyataan-media/ km2021- 1/ 4850-km-penjelasan-berkaitan-bumbung-sekolah-runtuh-di-muar-johor/file. Mohammad, Abdul Hakim & Wan Mat, Wan Min (1991). Teknologi Penyenggaraan Bangunan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Ohno, T., & Xihui, W. (2008). Outline of conventional construction systems for pitched roofs in Eastern Asia. Journal of Asian Architecture and Building Engineering, 7(1), 101-107. Reese, C.D. (2004). Office Building Safety and Health. CRC Press. Florida, USA. http://www.scribd.com/doc/53152787/Office-Building- Safety-and-Health Ridout, Brian (2000). Timber Decay in Buildings, The conservation Aproach to Treatment, E & FN Spoon, London & New York. Tsai, M. H., Chan, H. Y., & Liu, L. Y. (2020). Conversation-based school building inspection support system. Applied Sciences, 10(11), 3739. Yamin, E. (2021, Disember 11). Bumbung sekolah runtuh. Berita Harian Metro. https://www. hmetro.com.my/mutakhir/2021/12/787416/bumbung-sekolah-runtuh. Zulkiffli, Z. (2022, November 9). Tiga cedera bumbung asrama anak yatim runtuh. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/11/1023005/tiga-cedera-bumbungasrama-anak-yatim-runtuh.
Educator’s e-Digest Peringkat Kebangsaan 2023 Pendidik Penggerak Aspirasi Madani 16 KAJIAN PERSEPSI TERHADAP PENAWARAN PEMBANGUNAN PROGRAM BAHARU DIPLOMA TEKNOLOGI SENIBINA DI KOLEJ KOMUNITI JEMPOL Siti Noor Zihan binti Hanipah Kolej Komuniti Jempol [email protected] Abstrak. Sebagai salah satu pemain utama dalam mencapai petunjuk prestasi utama ambilan pelajar di Kolej Komuniti Jempol (KKJNS), unit Sijil Teknologi Senibina (STS) telah melalui pelbagai cabaran dan halangan dari awal penubuhannya sehingga kini. Seperti mana kolej komuniti yang lain, isu ambilan pelajar ke kolej komuniti mengalami penurunan dari tahun ke tahun. Kertas ini membentangkan cabaran yang dihadapi oleh unit STS dalam mengatasi permasalahan ini dengan penawaran program baharu iaitu Diploma Teknologi Senibina (DAT) yang menjadi feeder kepada program sedia ada selain mengenalpasti persepsi para pemegang taruh terdapat keperluan program ini di KKJNS. Hasil dapatan soal selidik terhadap responden terdiri daripada pihak industri dalam bidang teknologi senibina, pensyarah STS, pelajar dan alumni KKJNS serta pelajar sekolah menengah tingkatan lima (5) sekitar Negeri Sembilan. Hasil kajian terhadap responden diperolehi menggunakan google form dan dianalisis menggunakan Ms Excel 2020 serta disokong dengan data sekunder daripada agensi yang berkaitan. Responden daripada pelajar sekolah mendapati 44.7% berminat untuk menyambung pengajian ke kolej komuniti dan 51.1% daripada mereka berminat untuk mempunyai kerjaya dalam bidang teknologi senibina. Selain itu, 90.3% pelajar dan alumni KKJNS menyatakan sokongan terhadap perlaksanaan program DAT di kolej komuniti. 100% responden daripada pihak industri menyatakan mereka bersedia menerima pelajar kolej komuniti untuk tujuan pembelajaran berasaskan kerja (WBL) di tempat mereka dan 100% daripada mereka berpendapat program DAT adalah memenuhi kehendak industri masa kini. Dari segi tahap kesediaan pensyarah di KKJNS, 100% pensyarah dari Unit STS mempunyai pengalaman mengajar dalam bidang teknologi senibina dan pengalaman mengajar lebih dari 10 tahun. 100% pensyarah STS menggalakkan pelajar untuk menyambung pengajian dalam bidang DAT manakala majoriti pensyarah STS iaitu 63.6% bersetuju program ini dilaksanakan di KKJNS. Ini menunjukkan terdapat rangsangan positif dari pelbagai pihak yang menyokong program DAT ini dijalankan di KKJNS dengan harapan beberapa sudut pandangan dari segi kemahiran tambahan pensyarah dan peralatan diberi perhatian khusus. Kata kunci: Persepsi, Feeder, Penawaran Program Baharu, Keperluan, Kebolehpasaran graduan 1.0 PENGENALAN 1.1 Latar Belakang Kajian Kajian ini dikemukakan oleh Unit Sijil Teknologi Senibina (STS), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) di mana menumpukan kepada maklumbalas daripada responden bersasar mengenai keperluan, permintaan dan kebolehpasaran graduan daripada program yang dicadangkan. Program yang ditawarkan di Kolej Komuniti Jempol terdiri darpada 3 buah program iaitu Sijil Teknologi Senibina (STS), Sijil Teknologi Elektrik dan Sijil Teknologi Automotif. Di antara 3 buah program yang ditawarkan ini, STS di KKJNS menghadapi cabaran dari segi ambilan pelajar pada setiap semester. Justifikasi membangunkan program tersebut adalah berdasarkan daripada hasil dapatan kajian data primer dan data sekunder yang positif, potensi untuk mengadakan kolaborasi dengan pihak swasta, kemudahan program sangkutan industri pensyarah (SIP), rekabentuk kurikulum yang mengikut keperluan industri, menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran selari dengan perkembangan teknologi masa kini dan pemilihan lokasi yang bersesuaian dengan kawasan industri. Walau bagaimanapun, implikasi pelaksanaan yang harus diberi penekanan untuk menjayakan program ini adalah mengenai ruang, peralatan, tenaga pengajar, pasaran modal insan dan kebolehpasaran pelajar.
Educator’s e-Digest Peringkat Kebangsaan 2023 Pendidik Penggerak Aspirasi Madani 17 1.2 Pernyataan Masalah Keperluan penambahan program baharu oleh Kolej Komuniti Jempol dilihat amat perlu memandangkan semenjak penubuhan KKJNS pada tahun 2003, STS tidak pernah mencapai 100% ambilan pelajar iaitu norma patut capai adalah sebanyak 60 orang setiap semester. Malahan, tahun demi tahun ambilan tersebut semakin menurun berbanding program lain. Sudah tentu terdapat keperluan program lain yang diperlukan oleh penduduk setempat. Penentuan penawaran program baharu yang hendak ditawarkan oleh KKJNS perlu bersandarkan kepada maklumat atau persepsi tentang keperluan yang dinyatakan oleh pemegang taruh institusi yang terdiri daripada bakal pelajar, pihak akademik, alumni dan pihak industri. 1.3 Objektif Kajian Objektif umum kajian ini ialah untuk mendapatkan maklumbalas dan persepsi berkaitan program baharu yang ditawarkan oleh KKJNS iaitu Diploma Teknologi Senibina. Objektif khusus pula adalah seperti berikut: 1. Mengenal pasti bidang pengajian yang diminati oleh pelajar yang bakal mengambil SPM dan pelajar sedia ada (feeder), 2. Mengenal pasti bidang pengajian yang relevan ditawarkan oleh Kolej Komuniti Jempol dari pandangan agensi dan syarikat setempat, 3. Mengenalpasti keperluan-keperluan yang menyokong dalam membuat keputusan pemilihan program baharu yang hendak ditawarkan. 1.4 Soalan Kajian Untuk mencapai tujuan dan matlamat kajian, pengkaji akan mendapatkan jawapan kepada soalansoalan kajian berikut: 1. Apakah bidang pengajian yang diminati oleh pelajar yang bakal mengambil SPM dan pelajar sedia ada (feeder)? 2. Apakah bidang pengajian yang relevan ditawarkan oleh Kolej Komuniti Jempol dari pandangan agensi dan syarikat setempat? 3. Apakah keperluan-keperluan yang menyokong dalam membuat keputusan pemilihan program baharu yang hendak ditawarkan? 2.0 KAJIAN LITERATUR Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) menggariskan pelbagai cabaran masa kini dan masa depan untuk menyatukan perkembangan nasional dan membentuk suatu bangsa yang berintegriti dan kukuh. Sistem pengajian tinggi di Malaysia mengalami perubahan yang pesat, terutamanya bagi memenuhi tuntutan globalisasi terhadap perluasan akses pendidikan tertiari, keperluan untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran, kepelbagaian penyampaian perkhidmatan,
Educator’s e-Digest Peringkat Kebangsaan 2023 Pendidik Penggerak Aspirasi Madani 18 perubahan dalam kaedah pembiayaan dan pelaburan dalam pengajian tinggi. Perkembangan ICT meningkatkan mobiliti pelajar dan penyebaran maklumat secara meluas bagi membolehkan perbandingan secara menyeluruh ke atas keberkesanan sesuatu program pengajian dan institusi pengajian tinggi yang berkualiti. Pelan Strategik ini bermatlamat untuk melahirkan modal insan kelas pertama dan menjadikan Malaysia sebagai hab kecemerlangan pengajian tinggi antarabangsa melalui empat fasa pelaksanaan iaitu peletakan asas (2007–2010), pemerkasaan dan peningkatan (2011–2015), kecemerlangan (2020– 2025) serta kegemilangan dan kelestarian pengajian tinggi (melangkaui tahun 2025). Untuk merealisasikan matlamat pelan ini, maka tujuh teras strategik dirangka bagi menangani cabaran pengajian tinggi negara, iaitu akses dan ekuiti yang semakin meningkat, kualiti pengajaran dan pembelajaran, aktiviti penyelidikan dan inovasi, pemerkasaan IPT, pengantarabangsaan, pembelajaran sepanjang hayat dan pengukuhan sistem penyampaian KPT. Pelan Strategik ini mengambil kira cabaran semasa dan akan datang sebagai suatu landasan untuk memartabatkan sistem pengajian tinggi negara. Sistem yang berkualiti berupaya membentuk modal insan minda kelas pertama yang mampu menggunakan pengetahuan secara proaktif, kreatif dan inovatif serta mahir dalam bidang teknikal dan pengurusan bagi menangani persekitaran global yang dinamik. Modal insan yang dibangunkan akan menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat dan kekayaan negara serta sejagat. Untuk memenuhi keperluan sumber tenaga manusia yang berkemahiran dengan mengambilkira perkembangan semasa dalam bidang teknologi senibina di peringkat global, maka adalah wajar program Diploma in Architectural Technology (DAT) dilaksanakan di KKJNS. Bagi memastikan data yang diterima adalah relevan dengan keperluan kajian, beberapa kriteria berikut telah digunakan: i. Tumpuan utama responden adalah industri, tenaga pengajar institusi, pelajar sedia ada di KKJNS, alumni pelajar KKJNS dan pelajar sekolah menengah pelbagai aliran. ii. Populasi-populasi responden dari industri adalah daripada senarai syarikat yang pernah dihadiri oleh pelajar KKJNS semasa menjalankan latihan industri, pensyarahpensyarah dari bidang seni bina, pelajar sedia ada di KKJNS, alumni KKJNS dan sekolah menengah yang berhampiran institusi dibawah seliaan PPD Daerah Jempol/Jelebu. 3.0 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan Di dalam kajian ini, soal selidik dalam bentuk google form digunakan sebagai instrumen kajian. Penggunaan soal selidik sebagai kaedah untuk mendapatkan data kajian adalah disebabkan ianya mudah dikendalikan, lebih mudah mendapat kerjasama daripada responden, mereka bebas memilih jawapan tanpa rasa segan dan bilangan responden yang ramai boleh meningkatkan kebolehpercayaan kajian. 3.1.1 Dua fasa dalam pembinaan instrumen soal selidik a) Fasa 1: Terdapat 4 instrumen yang dibangunkan mengikut kriteria yang diperlukan iaitu: i. Kehendak dan Kesediaan Pelajar Melanjutkan Pelajaran ii. Kehendak dan Kesediaan Alumni / Feeder / Pelajar Sedia Ada Melanjutkan Pelajaran
Educator’s e-Digest Peringkat Kebangsaan 2023 Pendidik Penggerak Aspirasi Madani 19 iii. Kehendak Industri iv. Kesediaan Pensyarah b) Fasa 2: Ujilari (kajian rintis) dijalankan bagi menentukan nilai indeks kebolehpercayaan dan kesahan kandungan item soal selidik. Pengumpulan maklumat melalui edaran soalan soal selidik adalah dengan cara edaran melalui edaran terus kepada responden. Analisa maklumat dengan kaedah ‘mixed method’ iaitu: i. Analisa statistik – google form ii. Grafik statistik dan graf – MS Excel 2019 iii. Laporan – MS Word 2019 4.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN Kajian keperluan program DAT adalah hasil dapatan daripada maklumbalas beberapa responden. 4.1 Berasaskan Data Primer 4.1.1 Kehendak dan Kesediaan Pelajar Melanjutkan Pelajaran Kajian dijalankan melibatkan pelajar sekolah menengah yang berada di Tingkatan 5. Seramai 411 responden dari 1000 populasi yang telah mengambil bahagian untuk menjawab soal selidik yang diberi. Responden adalah daripada pelajar sekolah menengah yang berada di bawah seliaan PPD Jempol/Jelebu iaitu 25 buah sekolah menengah semuanya dimana masing-masing terdiri dari 3 (tiga) jenis sekolah iaitu sekolah menengah kebangsaan, sekolah menengah teknik dan sekolah menengah agama. Daripada keseluruhan bilangan sekolah di bawah seliaan PPD Jempol/Jelebu, 10 buah sekolah telah mengambil bahagian dalam kajian ini antaranya SMK Dato’ Undang Musa Al-Haj, SMK Bahau, SMK (FELDA) Pasoh 2, SMK (FELDA) Lui Barat, SMK (FELDA) Bandar Baru Serting, SMK Serting Hilir Kompleks, SMK Seri Jempol, SMK Bahau 2, SMK Batu Kikir dan SM Agama Dato’ Haji Mustafa. Berdasarkan 411 responden, sebanyak 46.1% adalah pelajar lelaki manakala 54.1% adalah pelajar perempuan di mana sebahagian besar responden iaitu 82% adalah dari jenis sekolah menengah kebangsaan dan 17% adalah dari sekolah menengah agama serta selebihnya 1.7% adalah dari sekolah menengah teknik dengan merujuk Rajah 4.1.1.1 dan 4.1.1.2 di bawah. Jantina Kekerapan Peratus (%) Lelaki 189 46.1 Perempuan 222 54.1 Jumlah 411 100 Jadual 4.1.1.1: Jantina
Educator’s e-Digest Peringkat Kebangsaan 2023 Pendidik Penggerak Aspirasi Madani 20 Jenis Sekolah Kekerapan Peratus (%) SM Kebangsaan 337 82 SMK Teknik 5 1.7 SM Agama 71 17 Jumlah 411 100 Jadual 4.1.1.2: Jenis Sekolah Berdasarkan 411 responden, sebanyak 48.6% adalah pelajar dari aliran Sastera/Agama manakala 19.4% adalah pelajar dari aliran Perdagangan/Perakaunan. Selebihnya adalah dari aliran Teknik/Vokasional iaitu sebanyak 16.4% dan aliran Sains sebanyak 15.6% seperti Rajah 4.1.1.3 dan Jadual 4.1.1.3 di bawah. Jenis Aliran Kekerapan Peratus (%) Sains 63 15.6 Teknik/Vokasional 66 16.4 Sastera/Agama 196 48.6 Perdagangan/Perakaunan 78 19.4 Jumlah 403 100 Jadual 4.1.1.3: Jenis Aliran Merujuk kepada Rajah 4.1.1.4 dan Jadual 4.1.1.4 di bawah, sebanyak 44.7% responden berminat untuk belajar di kolej komuniti dan 55.3% tidak menunjukkan minat untuk belajar di kolej komuniti. Ini menunjukkan pelajar-pelajar mengetahui tentang peluang-peluang belajar di kolej komuniti. Jadual 4.1.1.4: Minat Belajar di Kolej Komuniti Minat Bidang Teknologi Senibina Kekerapan Peratus (%) Ya 163 40 Tidak 245 60 Jumlah 408 100 Jadual 4.1.1.4: Minat Bidang Teknologi Senibina Minat Belajar di Kolej Komuniti Kekerapan Peratus (%) Ya 183 44.7 Tidak 226 55.3 Jumlah 409 100
Educator’s e-Digest Peringkat Kebangsaan 2023 Pendidik Penggerak Aspirasi Madani 21 Walaupun analisis ini mencakupi 4 jenis aliran yang berlainan dari 10 buah sekolah, namun sebanyak 381 responden yang memberi respon dan menunjukkan minat terhadap bidang pengkhususan teknologi senibina di mana sebahagian responden mungkin kurang didedahkan kepada maklumat mengenai teknologi senibina amnya. Jadual 4.1.1.6: Minat Pelajar Terhadap Bidang Teknologi Senibina Mengikut Kursus Selain itu, daripada 381 responden yang menunjukkan minat dalam bidang teknologi senibina, 129 orang secara majoritinya minat terhadap Architectural Design manakala 41 responden menunjukkan minat terhadap bidang Architectural Building Information Modelling di mana keduaduanya juga merupakan kursus utama di dalam pengajian DAT. Minat dengan pembelajaran secara kaedah gabungan teori dan praktikal Kekerapan Peratus (%) Ya 203 50.5 Tidak 199 49.5 Jumlah 402 100 Jadual 4.1.1.7: Minat Terhadap Pembelajaran Secara Kaedah Gabungan Teori dan Praktikal Minat Bidang Pengkhususan Teknologi Senibina Kekerapan Architectural Building Information Modelling (BIM) 41 Building Information Modelling (BIM) Coordination 30 Architectural Design 129 Architectural Graphic Technology 58 Construction Technology 43 Building Materials 32 Building Services 25 Building Codes 23 Jumlah 381
Educator’s e-Digest Peringkat Kebangsaan 2023 Pendidik Penggerak Aspirasi Madani 22 Berdasarkan Rajah 4.1.1.7 pula, 50.5% menunjukkan minat dengan pembelajaran secara kaedah gabungan teori dan praktikal di mana kaedah ini digunapakai sebagai kaedah utama dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) di kolej komuniti. Ini menunjukkan kecenderungan responden untuk menerima kaedah PdP di kolej komuniti seterusnya menjadi pemangkin kepada pembinaan program baharu iaitu DAT di KKJNS. Minat dengan prospek kerjaya dalam bidang Teknologi Seni Bina Kekerapan Peratus (%) Ya 207 51.1 Tidak 198 48.9 Jumlah 405 100 Jadual 4.1.1.8: Berminat Dengan Prospek Kerjaya Dalam Bidang Teknologi Senibina Berdasarkan hasil dari Rajah 4.1.1.8 menunjukkan 51.1% daripada pelajar berminat dengan prospek kerjaya dalam bidang teknologi senibina. Minat untuk mengikuti Program DAT di kolej komuniti Kekerapan Peratus (%) Ya 235 58.2 Tidak 169 41.8 Jumlah 404 100 Jadual 4.1.1.9: Berminat Untuk Mengikuti Mengikuti Pengajian Diploma Teknologi Senibina Di Kolej Komuniti. Merujuk kepada Rajah 4.1.1.9 di atas, sebanyak 58.2% responden berminat untuk mengikuti pengajian DAT di kolej komuniti. Ini menunjukkan para pelajar mengetahui tentang peluang-peluang belajar di kolej komuniti di mana bukan sahaja menawarkan pengajian di peringkat sijil malah di tahap diploma. Selebihnya 41.8% tidak menunjukkan minat untuk belajar di kolej komuniti di dalam bidang teknologi senibina. Kesediaan Pelajar Untuk Menyambung Pengajian Dalam Diploma Teknologi Senibina Kekerapan Ya Tidak Saya ingin melanjutkan pelajaran selepas menamatkan SPM / SPVM. 344 64 Saya pernah mendapat maklumat berkaitan bidang Teknologi Senibina sebelum ini. 107 301 Saya tahu peluang pekerjaan selepas tamat pengajian dalam bidang Teknologi Senibina. 135 270
Educator’s e-Digest Peringkat Kebangsaan 2023 Pendidik Penggerak Aspirasi Madani 23 Saya berminat dengan prospek kerjaya dalam bidang Teknologi Senibina. 158 247 Saya berminat menyambung pengajian dalam program Diploma Teknologi Senibina di Kolej Komuniti Jempol, Negeri Sembilan. 112 294 Saya berminat untuk mengambil bidang pengajian ini sekiranya bantuan kewangan ditawarkan atau tidak ditawarkan (biasiswa dan lainlain) 191 217 Saya gemar untuk melibatkan diri di dalam bidang Teknologi Senibina ini untuk meningkatkan kefahaman dan kemahiran dengan lebih mendalam. 183 220 Saya berminat untuk mengikuti bidang Teknologi Senibina ini walau dimana sahaja bidang ini ditawarkan (lokasi institusi – Kolej Komuniti) 147 262 Jadual 4.1.1.10: Kesediaan Pelajar Untuk Menyambung Pengajian Dalam Diploma Teknologi Senibina Merujuk kepada Jadual 4.1.1.10 di atas, sebanyak 147 orang responden berminat di dalam bidang teknologi senibina manakala 112 orang memilih untuk menyambung pengajian DAT di KKJNS. Antara lainnya, terdapat juga responden yang menyatakan kesanggupan untuk melanjutkan pengajian ke program ini walaupun tidak ditawarkan biasiswa. 4.1.2 Kehendak dan Kesediaan Alumni/Feeder Melanjutkan Pelajaran Berikut adalah hasil kajian yang diperolehi daripada 65 responden yang merupakan pelajar dan alumni kolej komuniti. Kajian ini diedarkan untuk mengetahui sejauh mana pengetahuan asas, kesediaan dan keperluan pelajar dan alumni KKJNS terhadap program baharu dan kesesuaian program DAT untuk ditawarkan di KKJNS. Sebanyak 61.3% responden adalah dari pelajar program Sijil Teknologi Senibina (STS), 25.3% responden adalah pelajar program Sijil Teknologi Elektrik, 12% responden daripada pelajar program Sijil Servis Kenderaan Ringan dan 2.7% adalah dari alumni program STS. Bagi status semasa pekerjaan, dapatan analisa adalah sebanyak 86.7% merupakan pelajar, manakala 8% daripadanya sedang bekerja dan 5.3% tidak mempunyai pekerjaan. Bagi status menyambung pelajaran untuk pelajar alumni, 71% daripada mereka meyambung pelajaran di dalam bidang Teknologi Senibina, manakala selebihnya tidak. Bagi status alumni yang bekerja pula, hasil kajian mendapati seramai 57.1% responden yang bekerja di dalam bidang dan mengaplikasikan teknologi manakala selebihnya tidak. Persepsi responden terhadap masa depan yang cerah bagi bidang teknologi senibina adalah 92.6% manakala sebilangan kecil menyatakan sebaliknya dan 89.9% berpendapat teknologi senibina adalah bidang yang paling dikehendaki masa kini manakala 10.1% menyatakan sebaliknya. Seramai 91.3% responden berpendapat bahawa sekiranya seseorang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang teknologi senibina, ia akan menjadi nilai tambah untuk mendapatkan pekerjaan manakala hanya 8.7% menyatakan sebaliknya. Selain itu, kajian juga mendapati 72.4% responden bersedia untuk memilih program teknologi senibina secara khusus jika berpeluang untuk melanjutkan pelajaran di dalam bidang itu manakala 27.6% adalah tidak.
Educator’s e-Digest Peringkat Kebangsaan 2023 Pendidik Penggerak Aspirasi Madani 24 Hasil dapatan analisis di Jadual 4.1.2.10 menunjukkan 90.8% bersetuju program DAT dijalankan di KKJNS manakala 9.2% tidak bersetuju. Persetujuan program Diploma Teknologi Senibina dijalankan di KKJNS Kekerapan Peratus (%) Ya 69 90.8 Tidak 7 9.2 Jumlah 76 100 Jadual 4.1.2.10: Persetujuan Program Diploma Teknologi Senibina Dijalankan di KKJNS Selain itu, kajian menyatakan 78.9% responden memerlukan pengetahuan dalam bidang teknologi senibina untuk lebih berdaya saing di dalam kerjaya masing-masing manakala seramai 21.1% tidak memerlukan pengetahuan tersebut. Berdasarkan dapatan ini, dapat disimpulkan bahawa pelajar dan alumni memberi maklumbalas yang positif terhadap pembangunan program DAT di KKJNS. 4.1.3 Kehendak Industri Kaji selidik ini telah diedarkan kepada 16 syarikat yang telah dikenalpasti di beberapa kawasan berdekatan dan sebahagiannya merupakan syarikat yang mempunyai kolaborasi sedia ada dengan KKJNS. Daripada 16 syarikat membawa kepada 6 responden yang telah melengkapkan kaji selidik ini. Tujuan utama kaji selidik terhadap industri dijalankan adalah untuk menentukan kebolehpasaran graduan program ini dan mengenalpasti latarbelakang syarikat, potensi perkembangan syarikat dan keperluan pekerja semi profesional. Maklumbalas yang telah diterima melibatkan enam (6) responden dari industri berdasarkan jadual di bawah: No. Syarikat 1 Fairuz Architect 2 World Arch 3 Rich Deco Enterprise 4 Arkitek Norman Selamat 5 Arkitek M Ghazali 6 BIM Studio Sdn. Bhd. Jadual 4.1.3.1: Responden Yang Terlibat Mengikut Syarikat.
Educator’s e-Digest Peringkat Kebangsaan 2023 Pendidik Penggerak Aspirasi Madani 25 Responden terdiri daripada dua (2) orang yang berjawatan pengurus, satu (1) orang Projek Arkitek, satu (1) orang berjawatan prinsipal, satu (1) orang berjawatan managing director dan satu (1) orang arkitek. Manakala 50% daripada responden merupakan industri tempatan selebihnya adalah syarikat berskala sederhana. Kajian ini telah mensasarkan lebih dari satu (1) industri yang telah memberi maklumbalas terhadap penawaran program baharu ini. 50% adalah dalam bidang teknologi senibina, 16.7% daripada bidang BIM services, BIM Trainings & Workshop, 16.7% terdiri daripada bidang bisnes dan 16.7% dari bidang Perunding Arkitek. Saiz organisasi juga amat penting dalam memastikan kebolehpasaran pelajar. Berdasarkan kajian ini, 66.7% responden mempunyai kurang daripada 10 pekerja dan 33.3% mempunyai bilangan pekerja lebih dari 10 orang. Selain itu, Jadual 4.1.3.6 menunjukkan 66.7% responden telah beroperasi lebih dari 10 tahun dan selebihnya telah beroperasi lebih dari 5 tahun. Tempoh Beroperasi Kekerapan Peratus (%) Kurang dari 1 tahun 0 0 1-5 tahun 1 16.7 Lebih dari 5 tahun 1 16.7 Lebih dari 10 tahun 4 66.7 Jumlah 6 100 Jadual 4.1.3.6: Tempoh Beroperasi Berkaitan dengan keperluan organisasi, 66.7% responden berpendapat program DAT ini memenuhi sebahagian keperluan industri manakala 33.3% berpendapat program ini memenuhi keperluan industri sepenuhnya. Antara jawatan yang dicadangkan adalah Pemodel BIM Senibina, BIM Modeler dalam disiplin lain (kejuruteraan dan pembuatan), Penyelaras BIM Senibina, Juruteknik Berkelayakan dalam bidang BIM, Pembantu Teknikal Senibina, Jurulatih BIM, BIM Freelancer. Berdasarkan Rajah 4.1.3.10, 50% dari keseluruhan responden menawarkan pekerjaan sebagai Pemodel BIM Senibina, 33.3% menawarkan pekerjaan sebagai Pembantu Teknikal Senibina manakala, selebihnya 16.7% menawarkan pekerjaan sebagai BIM Freelancer. Rajah 4.1.3.10: Bidang Pekerjaan yang Diperlukan oleh Pihak Industri Selain dari menganalisa keperluan dari pihak industri, kajian juga mendapati berdasarkan Rajah 4.1.3.12 menunjukkan 66.7% responden bersetuju untuk menawarkan gaji sekitar RM1,500 ke RM2000 kepada pekerja semi profesional bagi lulusan DAT yang berkelayakan manakala 16.7% menawarkan gaji melebihi RM2000 dan selebihnya menawarkan gaji minima iaitu sebanyak RM1000 ke RM1500.
Educator’s e-Digest Peringkat Kebangsaan 2023 Pendidik Penggerak Aspirasi Madani 26 Rajah 4.1.3.13: Cadangan Pendapatan Asas Bagi Lulusan DAT Secara keseluruhannya, kesemua responden bersetuju dengan pelaksanaan program DAT di KKJNS dengan menyatakan perspektif mereka di Jadual 4.1.3.14. Perspektif Industri Terhadap Pembangunan Program DAT di KKJNS 1 Boleh dijalankan di Jempol atau dimana-mana kolej yang tenaga pengajarnya mempunyai pengalaman yang diperlukan. 2 Memenuhi permintaan pekerjaan dalam bidang senibina. 3 Memenuhi kehendak pasaran industri dalam pelbagai sektor. 4 Boleh melahirkan graduan yang celik teknologi & teknikal dan dapat menawarkan kepada pihak industri. 5 Ia memenuhi kehendak perunding arkitek semasa dan akan datang. 6 Memastikan graduan lepasan kolej komuniti mempunyai pengetahuan & kemahiran asas dalam senibina khususnya penggunaan teknologi seperti BIM yang dapat membantu dalam penyediaan kerja-kerja senibina dan memenuhi keperluan sektor kerja yang melibatkan teknologi dalam suasana kerja sebenar di lapangan. Jadual 4.1.3.14: Perspektif Industri Terhadap DAT di KKJNS 4.1.4 Kesediaan Pensyarah Seramai 11 orang responden di dalam bidang telah memberi respon bagi menjawab soal selidik yang diedarkan. Soal selidik ini terbahagi kepada empat bahagian iaitu latar belakang pensyarah, tahap penerimaan pensyarah terhadap program, jangkaan pensyarah dan relevansi program, tahap kesediaan pensyarah dalam bidang bagi pelaksanaan program DAT di KKJNS dan tahap kesesuaian dan kebolehpasaran pelajar lepasan Program DAT. Sebahagian responden terdiri daripada pensyarah yang mempunyai latar belakang dan pengalaman mengajar dalam bidang teknologi senibina. Berdasarkan hasil dapatan kajian mendapati latar belakang responden terbahagi kepada tiga bidang iaitu teknologi senibina, kejuruteraan awam dan ukur bangunan. Seiring dengan kelulusan seseorang pensyarah yang akan mengajar DAT di KKJNS, 18% daripada jumlah keseluruhan responden adalah pemegang Ijazah Sarjana diikuti dengan 36.4% pemegang Ijazah Sarjana Muda dan sebanyak 45.5% adalah pemegang Diploma. Kesemua responden mempunyai pengalaman mengajar lebih dari 10 tahun dalam bidang teknologi senibina.
Educator’s e-Digest Peringkat Kebangsaan 2023 Pendidik Penggerak Aspirasi Madani 27 Persepsi responden terhadap tahap peringkat pengajian kursus yang ditawarkan adalah 54.5% bersetuju KKJNS melaksanakan program di peringkat sijil sahaja manakala, sebanyak 36.4% bersetuju ianya dilaksanakan diperingkat sijil dan diploma. Selebihnya, sebanyak 9.1% responden bersetuju peringkat diploma ditawarkan di KKJNS. Bagi tempoh pengajian pula, 81.8% daripada responden bersetuju tempoh pengajian bagi program DAT dilaksanakan selama 2.5 tahun dan 18.2% bersetuju ianya dilaksanakan selama 2 tahun. Majoriti responden berpendapat perlu untuk pelajar menjalani pembelajaran berasaskan kerja (WBL) dalam tempoh pengajian manakala, 18.2% tidak bersetuju. Sehubungan dengan itu, 66.7% bersetuju WBL dilaksanakan selama 4-6 bulan, 22.2% bersetuju dijalankan selama lebih dari 6 bulan, manakala 11.1% daripada responden menyokong tempoh WBL dilaksanakan 1-3 bulan. 66.7% bersetuju WBL dilaksanakan pada semester akhir pengajian manakala, selebihnya bersetuju ianya dilaksanakan pada semester ketiga dan kedua pengajian. Selain itu, 90.9% bersetuju bahawa tenaga pengajar perlu mempunyai kemahiran tambahan bagi menyokong perkembangan teknologi bagi program ini di masa hadapan. Kesemua responden bersetuju bahawa tenaga pengajar perlu mempunyai kemahiran tambahan bagi menyokong perkembangan teknologi bagi program ini di masa hadapan. Majoriti responden mencadangkan 72.7% pensyarah yang mengajar di dalam bidang ini perlu mempunyai kemahiran tambahan seperti Architectural Building Information Modelling (BIM) dan Architectural Design diikuti dengan 63.6% perlu mempunyai kemahiran dalam bidang Construction Technology dan Building Services, 54.6% Building Materials, 45.5% Architectural Graphic Technology manakala, selebihnya adalah 18.2% berpandangan kemahiran di dalam Building Codes juga diperlukan sebagai kemahiran tambahan. Jadual 4.1.4.13 menunjukkan perspektif pensyarah terhadap pembangunan program DAT di KKJNS. 63.6% responden bersetuju bahawa program DAT sesuai dibangunkan di KKJNS manakala, 36.4% tidak bersetuju pelaksanaan program DAT di KKJNS berdasarkan pernyataan di Jadual 4.1.4.14. Perspektif Pensyarah Terhadap Pembangunan Program DAT di KKJNS Kekerapan Peratus (%) Ya 7 63.6 Tidak 4 36.4 Jumlah 11 100 Jadual 4.1.4.13: Perspektif Pensyarah Terhadap Pembangunan Program DAT di KKJNS Perspektif Pensyarah Terhadap Pembangunan Program DAT di KKJNS Setuju Tidak Setuju Keperluan Strengthening certificate level education and focusing on that particular level only for the time being. Setuju Kurang fasiliti Pengalaman teknikal tapak bina Tiada fasiliti yang mencukupi. Pensyarah bidang senibina pun tidak cukup.
Educator’s e-Digest Peringkat Kebangsaan 2023 Pendidik Penggerak Aspirasi Madani 28 Unit STS akan menjadi feeder kepada Unit Diploma in Architectural Technology dari segi enrolmen pelajar Community College should focus on certificates. Strengthen the programme instead of offering diploma Sangat bagus Untuk membina kecemerlangan dalam teknologi senibina pada masa hadapan melalui Kolej Komuniti Jempol. Jadual 4.1.4.14: Perspektif Pensyarah Terhadap Pembangunan Program DAT di KKJNS 4.2 Berasaskan Data Sekunder 4.2.1 Peluang Pekerjaan Lebih Luas Kajian oleh Jabatan Perangkaan Malaysia menyatakan nilai kerja sektor pembinaan melonjak 23.2% pada suku tahun ketiga 2022, berjumlah RM30.5 billion. Ini menunjukkan peluang kerjaya dan kepakaran dalam bidang teknologi senibina amat diperlukan seperti di Rajah 4.2.1. Rajah 5.2.1: Nilai Kerja Sektor Pembinaan 2022 4.2.2 Permintaan Industri Selaras dengan lonjakan 4 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) iaitu Graduan TVET Berkualiti yang mana kementerian menjadi penyedia TVET pendidikan tinggi perdana yang membangunkan bakat mahir untuk memenuhi permintaan industri yang kian meningkat dan berubah, serta menggalakkan peluang perkembangan kerjaya individu telah dibangunkan selaras dengan Transformasi Negara 2050 (TN50) menjelang 2050 dan juga Transformasi Perindustrian Keempat (Industri 4.0).
Educator’s e-Digest Peringkat Kebangsaan 2023 Pendidik Penggerak Aspirasi Madani 29 4.2.3 Perkembangan dalam Perubahan Teknologi Dalam menuju ke arah cabaran Revolusi Industri Keempat atau IR 4.0 ini, pihak kolej komuniti telah mengatur langkah dengan persiapan modal insan berkemahiran tinggi. Berdasarkan misi dan visi kolej komuniti iaitu sebagai peneraju TVET yang unggul perlulah menyediakan prasarana yang selari dengan tagline tersebut selain dari perubahan yang perlu dilakukan oleh sistem pendidikan demi kepentingan generasi akan datang khususnya yang mencakupi hal-hal berkaitan teknologi senibina di negara ini. 5.0 CADANGAN DAN KESIMPULAN Cadangan untuk membangunkan Program DAT di KKJNS adalah berdasarkan kedudukan KKJNS yang terletak berdekatan kawasan perindustrian yang terdiri daripada syarikat multinasional yang mana mendorong kepada permintaan daripada kalangan pelajar lepasan SPM dan Pelajar lepasan KKJNS untuk mengikuti program ini. Ini membolehkan KKJNS menjadi feeder kepada keperluan sumber manusia kawasan perindustrian tersebut. Ini berdasarkan perkembangan pesat dalam industri teknologi senibina yang dialami negara. 5.1 Kesediaan Terhadap Pembangunan Program DAT 5.1.1 Kesediaan Pensyarah Pada masa ini terdapat seramai 11 orang pensyarah yang mempunyai latar belakang dan pengalaman mengajar dalam bidang teknologi senibina. Pensyarah-pensyarah ini mempunyai latihan Ikhtisas pendidikan serta pengkhususan dan jumlah tersebut mencukupi untuk mengendalikan serta melaksanakan kursus-kursus Ilmiah dan Ikhtisas bagi kursus-kursus berasaskan senibina. Walau bagaimanapun, bagi menyokong perkembangan teknologi untuk pembangunan program ini adalah wajar pensyarah-pensyarah ini diberi latihan/kemahiran yang berkaitan dengan kurikulum program DAT serta menambah norma pensyarah bagi mengisi keperluan tenaga pengajar program DAT di KKJNS kelak. 5.1.2 Kesediaan Industri Pihak industri memainkan peranan penting dalam menawarkan peluang latihan industri atau peluang pekerjaan kepada pelajar lepasan Program DAT. Berdasarkan daripada kajian yang dijalankan menunjukkan pihak industri amat menyokong pelaksanaan program DAT untuk dilaksanakan di KKJNS. Peratus keperluan pengetahuan asas dalam bidang teknologi senibina juga menunjukkan betapa bidang ini amat diperlukan dan meyakinkan bahawa bakal graduan bidang ini berpeluang untuk menempatkan diri dalam industri. 5.1.3 Kesediaan Pelajar dan Alumni Aspek latihan dan praktikal merupakan kekuatan yang ada pada sistem pendidikan kolej komuniti. Dengan menawarkan Program DAT di KKJNS, pelajar Sijil Teknologi Senibina (STS) dapat melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi. Melalui program ini, lebih banyak pengetahuan, latihan dan pendedahan dapat diberikan oleh KKJNS dalam melahirkan bakal pelajar atau pekerja separuh mahir yang berkualiti tinggi. Daripada kajian yang dijalankan, didapati kebanyakan pelajar sekolah, pelajar dan alumni KKJNS berminat dan bersedia untuk melanjutkan pengajian mereka di dalam bidang teknologi senibina.
Educator’s e-Digest Peringkat Kebangsaan 2023 Pendidik Penggerak Aspirasi Madani 30 5.1.4 Kesediaan Kurikulum Kurikulum yang mantap telah dibangunkan berdasarkan kepada teknologi dan kehendak semasa. Program ini direka bentuk bagi memperkenalkan pelajar kepada teknologi senibina yang terkini. Diploma Teknologi Senibina adalah program komprehensif yang memfokuskan kepada pengetahuan teori dan kemahiran praktikal dalam bidang senibina. Kursus ini ditawarkan untuk menyediakan kecekapan pekerjaan apabila memasuki industri senibina. Bagi memastikan kurikulum DAT menepati keperluan industri semasa, penambahbaikan kualiti berterusan (CQI) memberi implikasi kewangan dari segi penyediaan bengkel pemurnian kurikulum tersebut. 5.1.5 Kesediaan Tenaga Pengajar/Pensyarah Pada masa ini terdapat seramai 11 orang pensyarah yang mempunyai latar belakang dan pengalaman mengajar dalam bidang teknologi senibina. Bagi menyokong perkembangan teknologi untuk pembangunan program ini, penganjuran bengkel latihan bagi pensyarah-pensyarah yang akan mengajar kurikulum ini dapat membantu melancarkan sesi PdP selain memohon pihak JPPKK menyediakan peruntukan bagi penambahan pensyarah untuk keperluan tenaga pengajar program DAT di KKJNS kelak. 5.1.6 Kesediaan Kebolehpasaran Pelajar Diploma Teknologi Senibina diharapkan dapat melahirkan graduan yang berpengetahuan dan berkemahiran yang dijangka diambil bekerja di firma arkitek, firma perunding BIM, syarikat pembinaan, syarikat kejuruteraan, dan jabatan kerajaan. Mereka melaksanakan peranan penting untuk memastikan model BIM dan lukisan senibina dihasilkan dalam penyelarasan dengan disiplin industri bangunan yang berkaitan. Ini adalah untuk memenuhi keperluan pihak berkepentingan seperti pelanggan, kontraktor, pihak berkuasa, perunding dan penghuni bangunan, pada peringkat projek yang berbeza. Oleh kerana maklumbalas yang diterima oleh pihak industri sangat memberangsangkan, penyertaan pelajar DAT bagi mengikuti kursus WBL tidak akan memberi implikasi kewangan di pihak JPPKK bagi menampung perbelanjaan kos sara hidup. Ini kerana industri yang menawarkan kursus tersebut berada disekitar lokasi institusi dan bandar berskala sederhana. Kos sara hidup di lokasi seperti ini tidak terlalu tinggi berbanding di bandar-bandar berskala besar. Antara jawatan yang dicadangkan oleh pihak industri adalah: 1) Architectural BIM Modeler/ Pemodel BIM Senibina 2) Architectural Technical Assistant/ Pembantu Teknikal Seni Bina 3) BIM Freelance/ BIM Freelancer 5.1.7 Kesediaan Ruang dan Peralatan KKJNS mempunyai kemudahan makmal dan bilik yang lengkap untuk melaksanakan PdP berasaskan teknologi senibina termasuk hardware dan software terkini yang dapat menyokong pelaksanaan program ini.
Educator’s e-Digest Peringkat Kebangsaan 2023 Pendidik Penggerak Aspirasi Madani 31 6.0 KESIMPULAN Berdasarkan kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa program DAT mendapat sokongan majoriti untuk dilaksanakan di KKJNS dan ia dijangka akan mampu menampung keperluan tenaga kerja berkemahiran yang diperlukan. Ditambah dengan kedudukan KKJNS yang terletak berhampiran kawasan perindustrian Negeri Sembilan membolehkan KKJNS menjadi feeder kepada industri dan institusi tersebut. Selain itu juga, graduan yang akan dihasilkan nanti dapat membantu mengatasi isuisu kritikal yang dihadapi oleh negara terutama untuk mentransformasikan sektor teknologi senibina khususnya dalam bidang teknologi senibina supaya menjadi lebih moden, dinamik dan berdaya saing. Program ini juga dijangka akan mendapat sambutan yang menggalakkan dari lepasan sekolah khususnya lepasan kolej komuniti dalam bidang senibina untuk meneruskan pengajian mereka di peringkat yang lebih tinggi. Oleh itu, adalah diharapkan bahawa program DAT dapat dilaksanakan di KKJNS namun memerlukan kajian yang lebih terperinci terhadap populasi di luar daerah di semenanjung Malaysia. RUJUKAN Chua, Y. P. (2006). Asas Statistik Penyelidikan. Mc Graw Hill. Fadil Aziz. (2015). Kajian Penawaran Program Baru Pilihan Komuniti Betong Di Kolej Komuniti Betong, Sarawak. Jabatan Perangkaan Malaysia. (2022). https://www.dosm.gov.my/portal-main/home. Keeves, J. P. (Ed). (1988). Educational Research, Methodology and Measurement: An International Handbook. Oxford: Pergamon. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2015). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025. MalaysianGazette. (2023, Februari 08). Sektor pembinaan pulih tahun lalu. Malaysian Gazzete. Nilai Sektor Pembinaan. https://malaysiagazette.com/ 2023/02/08/sektor-pembinaan-pulih-tahunlalu/. Rosinah Edinin. (2012). Penyelidikan Tindakan Kaedah dan Penulisan (cetakan kedua). Freemind Horizons Sdn Bhd.
Educator’s e-Digest Peringkat Kebangsaan 2023 Pendidik Penggerak Aspirasi Madani 32 HUBUNGAN ANTARA KEMAHIRAN PEMASARAN DIGITAL DENGAN KESEDIAAN DALAM MENGAPLIKASIKAN KEMAHIRAN PERNIAGAAN DIGITAL DI KALANGAN PELAJAR POLITEKNIK METRO BETONG SARAWAK (PMBS) Emiliana binti Barayan Jessica binti Jawa Afifah binti Bolhassan Politeknik METrO Betong Sarawak [email protected] [email protected] [email protected] Abstrak. Kewujudan platform e-dagang seperti Tiktok Shop, Shopee, dan Lazada telah mengubah landskap strategi pemasaran dari pemasaran tradisional ke arah pemasaran pendigitalan. Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) di dalam Pelan Tindakan Keusahawanan Institusi Pengajian Tinggi 2021- 2025 amat menekankan pendidikan keusahawanan kerana ia berupaya melahirkan graduan yang mampu menjadi ‘job creator’ iaitu pencipta pekerjaan di Malaysia. Banyak kajian telah dijalankan untuk mengenalpasti tahap literasi perniagaan digital di kalangan pelajar, namun tiada kajian yang telah dijalankan setakat ini berkaitan hubungan antara kemahiran pemasaran digital dengan tahap kesediaan dalam mengaplikasikan kemahiran perniagaan digital di kalangan pelajar. Justeru, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti kemahiran pemasaran digital di kalangan pelajar, tahap kesediaan dalam mengaplikasikan kemahiran perniagaan digital di kalangan pelajar, dan mengkaji hubungan di antara kemahiran pemasaran digital dengan tahap kesediaan dalam mengaplikasikan kemahiran perniagaan digital di kalangan pelajar Politeknik METrO Betong Sarawak (PMBS). Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dimana borang soal selidik diedarkan secara atas talian dengan sampel seramai 148 pelajar PMBS. Kajian rintis turut dijalankan ke atas 30 pelajar bagi menentukan kebolehpercayaan instrumen kajian. Analisis statistik deskriptif digunakan untuk menganalisis min, dan sisihan piawai, manakala data statistik inferens diuji menggunakan Korelasi Pearson di dalam perisian Stastical Package for the Social Science Version 26.0 (SPSS). Dapatan kajian menunjukkan kemahiran pemasaran digital di kalangan pelajar adalah sederhana, manakala kesediaan dalam mengaplikasikan kemahiran perniagaan digital adalah pada tahap tinggi. Analisis korelasi yang telah dilakukan menunjukkan bahawa terdapat hubungan di antara ilmu penguasaan pemasaran digital dengan tahap kesediaan dalam mengaplikasikan kemahiran perniagaan digital di kalangan pelajar Politeknik METrO Betong Sarawak (PMBS). Kata Kunci: Pelajar Politeknik METrO Betong Sarawak, Ilmu Pemasaran Digital, Perniagaan Digital 1.0 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Perkembangan teknologi kini telah banyak mengubah aspek kehidupan manusia. Suatu masa dahulu, media cetak dan media penyiaran merupakan saluran komunikasi utama dalam urusan perniagaan bagi peniaga atau usahawan untuk mengiklan dan mempromosikan produk. Namun kini, kewujudan fenomena baharu iaitu pemasaran melalui media digital seperti Tik Tok, Video iklan berdurasi pendek yang sering keluar pada Youtube, Facebook, Instragram dan aplikasi setara dengannya, telah mengubah pemasaran masa kini. Media digital dapat dilihat sebagai alternatif yang baik. Chaffey et al. (2009)
Educator’s e-Digest Peringkat Kebangsaan 2023 Pendidik Penggerak Aspirasi Madani 33 menjelaskan pemasaran internet yang mencapai objektif pemasaran adalah melalui penggunaan teknologi digital. Pelajar IPT pada hari ini seharusnya mempunyai ciri-ciri usahawan yang kreatif dan inovatif seiring dengan perkembangan teknologi agar mereka mampu menjadi individu yang berdaya saing, mempunyai minda keusahawanan dan menjadi usahawan berjaya yang mampu mencapai pasaran global. 1.2 Latar Belakang Kajian Sistem pendidikan seluruh dunia semakin menekankan pelbagai kemahiran dalam kurikulum, demi mempersiapkan pelajar menghadapi cabaran kompleks abad ke-21. Kemahiran tersebut termasuklah kemahiran pemasaran digital. Banyak negara berusaha menampilkan kepentingan kemahiran ini dalam dasar dan rancangan pendidikan mereka. Malaysia sendiri melancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 bertujuan menghasilkan modal insan yang kental, berdaya keusahawanan, holistik dan seimbang dari segi ilmu dan akhlak. Dalam mendepani Revolusi Industri 4.0, ia merupakan suatu cabaran bagi warga pendidik masa kini untuk mendidik pelajar berkaitan kemahiran pemasaran digital yang perlu ada dan kepentingan kemahiran ini terhadap perniagaan digital. 1.3 Pernyataan Masalah Banyak kajian telah dijalankan untuk mengenalpasti tahap literasi perniagaan digital di kalangan pelajar, namun tiada kajian yang telah dijalankan setakat ini berkaitan hubungan antara kemahiran pemasaran digital dengan tahap kesediaan dalam mengaplikasikan kemahiran perniagaan digital di kalangan pelajar. Justeru, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti kemahiran pemasaran digital di kalangan pelajar, tahap kesediaan dalam mengaplikasikan kemahiran perniagaan digital di kalangan pelajar, dan mengkaji hubungan di antara kemahiran pemasaran digital dengan tahap kesediaan dalam mengaplikasikan kemahiran perniagaan digital di kalangan pelajar Politeknik METrO Betong Sarawak (PMBS). 1.4 Objektif Kajian i. Mengenalpasti tahap kemahiran pemasaran digital di kalangan pelajar PMBS. ii. Mengenalpasti tahap kesediaan dalam mengaplikasikan kemahiran perniagaan digital di kalangan pelajar PMBS. iii. Mengkaji hubungan di antara kemahiran pemasaran digital dengan tahap kesediaan dalam mengaplikasikan kemahiran perniagaan digital di kalangan pelajar PMBS. 1.4 Soalan Kajian i. Apakah tahap kemahiran pemasaran digital di kalangan pelajar PMBS? ii. Apakah tahap kesediaan dalam mengaplikasikan kemahiran perniagaan digital di kalangan pelajar PMBS? iii. Adakah terdapat hubungan yang signifikan di antara kemahiran pemasaran digital dengan tahap kesediaan dalam mengaplikasikan kemahiran perniagaan digital di kalangan pelajar PMBS. 2.0 KAJIAN LITERATUR 2.1 Pemasaran Digital Pemasaran digital merupakan suatu komponen pemasaran yang menggunakan peralatan elektronik dan internet. Pemasaran digital boleh mengambil pelbagai bentuk, termasuk video atas talian, search engine optimization (SEO), iklan paparan, content marketing, search engine marketing (SEM), iklan sosial berbayar dan social media marketing (SMM). Ia membolehkan perniagaan menjangkau khalayak yang
Educator’s e-Digest Peringkat Kebangsaan 2023 Pendidik Penggerak Aspirasi Madani 34 lebih luas berbanding sebelum ini, menjadikannya alat penting untuk pertumbuhan perniagaan. Menurut Hariyanti Wirapraja (2018), pemasaran digital bermaksud kaedah pemasaran yang memanfaatkan teknologi sebagai suatu strategi yang menggantikan kaedah pemasaran konvensional yang sedia ada. 2.2 Perniagaan Digital Perniagaan digital merujuk kepada aktiviti ekonomi yang menggunakan teknologi digital. Segala transaksi perniagaan yang dilakukan melalui teknologi digital dianggap sebagai perniagaan digital. Menurut Indrupati dan Henari (2012), platform digital seperti Facebook merupakan salah satu medium pemasaran digital yang telah membantu syarikat atau sesebuah organisasi memaksimumkan keuntungan. Platform tersebut menjadi saluran penting untuk berkomunikasi dengan prospek baru atau pelanggan tetap. 3.0 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Reka bentuk Kajian Kajian ini menggunakan kajian tinjauan bagi mengenalpasti tahap kemahiran pemasaran digital pelajar, dan tahap kesediaan peniagaan digital di kalangan pelajar. Reka bentuk kajian ini adalah secara kuantitatif yang menggunakan borang soal selidik di dalam bentuk google form yang diedar kepada pelajar-pelajar dari Program Diploma Perbankan dan Kewangan (DKB) dan Program Diploma Pelancongan dan Hospitaliti (DUP) di Politeknik METrO Betong, Sarawak. Kajian rintis dijalankan terhadap 30 responden dan nilai cronbach alpha yang diperoleh ialah 0.93 menunjukkan nilai kebolehpercayaan yang tinggi dan boleh dikekalkan dalam kajian. 3.2 Populasi dan Sampel Sampel yang digunakan dalam kajian ini seramai 148 pelajar Politeknik METrO Betong Sarawak dengan menggunakan kaedah persampelan rawak mudah. Penyelidik memilih kaedah persampelan ini untuk memastikan setiap subjek dalam populasi mempunyai peluang yang sama untuk dipilih. Bilangan responden seramai 148 ditentukan berdasarkan penentuan saiz sampel Krejcie dan Morgan (1970), (N=250, S=148). 3.3 Instrumen Data kajian dikumpulkan menggunakan borang soal selidik berskala Likert. Data-data yang dikumpulkan dianalisa secara deskriptif untuk mendapatkan peratusan min dan nilai sisihan piawai. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah borang soal selidik yang diedarkan secara atas talian. Borang soal selidik ini mengandungi tiga bahagian. i. Bahagian A: Demografi Responden. ii. Bahagian B: Kemahiran Pemasaran Digital. iii. Bahagian C: Tahap Kesediaan Peniagaan Digital Di Kalangan pelajar. 3.4 Analisis Data Data kajian yang telah dikumpul dianalisa menggunakan perisian Stastical Package for the Social Science Version 26.0 (SPSS). Kajian ini menggunakan kaedah deskriptif dan inferensi yang dipaparkan dalam bentuk jadual yang menunjukkan nilai min dan sisihan piawai. Analisis deskriptif digunakan untuk menganalisa tahap kemahiran pemasaran digital pelajar dan tahap kesediaan perniagaan digital di kalangan pelajar. Manakala, analisis inferens diuji menggunakan Korelasi Pearson untuk mengkaji hubungan antara kemahiran pemasaran digital dengan kesediaan dalam mengaplikasikan kemahiran perniagaan digital di kalangan pelajar PMBS. Jadual 1 menunjukkan interpretasi min dan tahap bagi kedua-dua pemboleh ubah yang diuji, manakala Jadual 2
Educator’s e-Digest Peringkat Kebangsaan 2023 Pendidik Penggerak Aspirasi Madani 35 menunjukkan nilai pekali korelasi (r) bagi mengukur kekuatan atau kelemahan perhubungan antara dua pembolehubah. Jadual 1: Interpretasi Min dan Tahap Skor Min Interpretasi 3.67 – 5.00 Tinggi 2.34 – 3.66 Sederhana 1.00 – 2.33 Rendah Jadual 2 : Nilai Korelasi Pearson Saiz Pekali Kolerasi (r) Kekuatan / Kelemahan Korelasi 0.00 – 0.199 Sangat Rendah 0.20 – 0.399 Rendah 0.40 – 0.599 Sederhana 0.60 – 0.799 Tinggi 0.80 – 1.000 Sangat Tinggi 4.0 DAPATAN KAJIAN 4.1 Tahap Kemahiran Pemasaran Digital Jadual 2 menunjukkan skor min bagi tahap kemahiran pemasaran digital pelajar PMBS. Didapati enam daripada sebelas item iaitu B5 (3.56), B6 (3.50), B7 (3.42), B8 (3.43), B9 (3.52), dan B10 (3.37) berada di tahap sederhana, manakala lima item iaitu B1 (3.69), B2 (3.72), B3 (3.98), B4 (3.88) dan B11 (3.79) berada pada tahap tinggi. Nilai min keseluruhan bagi tahap kemahiran pemasaran digital pelajar adalah 3.62. Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa tahap kemahiran pemasaran digital pelajar PMBS berada pada tahap sederhana. Jadual 2 : Taburan Min Tahap Kemahiran Pemasaran Digital No. Item Item Min Sisihan Piawai Tahap B1 Saya tahu cara mendaftar sebagai penjual melalui aplikasi Tiktok Shop, Shopee dan Lazada. 3.69 1.23 Tinggi B2 Saya kreatif dalam membuat papan cerita (storyboard) iklan produk jualan. 3.72 1.05 Tinggi B3 Saya mahir dalam menyunting video iklan produk jualan menggunakan beberapa apps seperti Capcut, Splice, Filmora dan lain-lain. 3.98 .98 Tinggi B4 Saya tahu cara memuatnaik gambar serta video produk di dalam Tiktok Shop, Shopee, Lazada dan lain-lain. 3.88 1.09 Tinggi
Educator’s e-Digest Peringkat Kebangsaan 2023 Pendidik Penggerak Aspirasi Madani 36 B5 Saya tahu cara mengurus order yang sudah masuk. (mengatur penghantaran barangan/perkhidmatan, menjana dokumen dan lain-lain) 3.56 1.23 Sederhana B6 Saya tahu kaedah memindahkan hasil jualan (wang) dari TikTok Shop, Shopee, Lazada dan lain-lain ke akaun bank saya. 3.50 1.24 Sederhana B7 Saya tahu cara untuk menaikkan jualan dengan pemberian kupon diskaun melalui aplikasi e-dagang yang digunakan. 3.42 1.19 Sederhana B8 Saya tahu cara untuk menaikkan jualan dengan mengaktifkan penghantaran percuma pada aplikasi e-dagang yang digunakan. 3.43 1.20 Sederhana B9 Saya tahu cara memasukkan produk jualan dalam TikTok Live, Shopee Live atau platform yang setara. 3.52 1.26 Sederhana B10 Saya tahu cara melakukan jualan kilat (flash sale) sewaktu membuat TikTok Live, Shopee Live atau platform yang setara. 3.37 1.27 Sederhana B11 Saya tahu cara untuk mendaftar sebagai TikTok, Shopee dan Lazada Affliate. 3.79 1.20 Tinggi Min Keseluruhan 3.62 Sederhana 4.2 Tahap Kemahiran Pemasaran Digital Jadual 3 menunjukkan skor min bagi tahap kesediaan perniagaan digital di kalangan pelajar PMBS. Didapati kesemua item berada pada tahap tinggi. Nilai min keseluruhan bagi tahap kesediaan perniagaan digital di kalangan pelajar adalah 3.79. Item C3 mempunyai nilai min paling tinggi (3.94), manakala item C5 mempunyai nilai min paling rendah, akan tetapi masih berada pada tahap tinggi (3.72). Maka, boleh disimpulkan bahawa tahap kesediaan perniagaan digital di kalangan pelajar adalah tinggi seperti: i. Pelajar bersedia menyunting video iklan produk jualan menggunakan beberapa apps seperti Capcut, Splice, Filmora dan lain-lain. ii. Pelajar bersedia memuatnaik gambar serta video produk di dalam Tiktok Shop, Shopee, Lazada atau platform yang setara. iii. Pelajar bersedia mendaftar sebagai TikTok, Shopee dan Lazada Affliate. Jadual 3 : Tahap Kesediaan Perniagaan Digital Di Kalangan Pelajar No. Item Item Min Sisihan Piawai Tahap C1 Saya akan mendaftar sebagai sebagai penjual melalui aplikasi Tiktok Shop, Shopee, Lazada atau platform yang setara. 3.76 1.16 Tinggi C2 Saya akan membuat papan cerita (storyboard) iklan produk jualan. 3.77 1.10 Tinggi C3 Saya akan menyunting video iklan produk jualan menggunakan beberapa apps seperti Capcut, Splice, Filmora dan lain-lain. 3.94 1.01 Tinggi
Educator’s e-Digest Peringkat Kebangsaan 2023 Pendidik Penggerak Aspirasi Madani 37 C4 Saya akan memuatnaik gambar serta video produk di dalam Tiktok Shop, Shopee, Lazada atau platform yang setara. 3.93 .97 Tinggi C5 Saya akan menguruskan segala tempahan yang sudah masuk. (mengatur penghantaran barangan/perkhidmatan, menjana dokumen dan lain-lain). 3.72 1.11 Tinggi C6 Saya akan melakukan transaksi pemindahkan hasil jualan (wang) dari TikTok Shop, Shopee, Lazada dan lain-lain ke akaun bank saya. 3.73 1.07 Tinggi C7 Saya bersedia untuk menaikkan jualan dengan pemberian kupon diskaun melalui aplikasi e-dagang yang digunakan. 3.68 1.04 Tinggi C8 Saya bersedia untuk menaikkan jualan dengan mengaktifkan penghantaran percuma pada aplikasi e-dagang yang digunakan. 3.73 .99 Tinggi C9 Saya akan memasukkan produk jualan dalam TikTok Live, Shopee Live atau platform yang setara. 3.80 1.06 Tinggi C10 Saya akan melakukan jualan kilat (flash sale) sewaktu membuat TikTok Live, Shopee Live atau platform yang setara. 3.74 1.05 Tinggi C11 Saya akan mendaftar sebagai TikTok, Shopee dan Lazada Affliate. 3.85 1.07 Tinggi Min Keseluruhan 3.79 Tinggi 4.3 Hubungan Antara Kemahiran Pemasaran Digital Dengan Kesediaan Dalam Mengaplikasikan Kemahiran Perniagaan Digital Di Kalangan Pelajar Ujian Korelasi Pearson digunakan untuk menentukan hubungan antara tahap kemahiran pemasaran digital pelajar terhadap tahap kesediaan perniagaan digital di kalangan pelajar. Berdasarkan Jadual 5, analisis mendapati nilai r kira = 0.77, p < 0.05, two tailed, N = 150, maka hipotesis null ditolak. Terdapat hubungan linear yang positif dan signifikan antara kemahiran pemasaran digital pelajar terhadap kesediaan perniagaan digital di kalangan pelajar. Nilai r kira = 0.77 juga menunjukkan bahawa hubungan antara kedua pemboleh ubah ini adalah tinggi. Jadual 5 : Hubungan Antara Kemahiran Pemasaran Digital Dengan Kesediaan Dalam Mengaplikasikan Kemahiran Perniagaan Digital Di Kalangan Pelajar Descriptive Statistics Min Std. Deviation N Kemahiran Pemasaran Digital 40.05 11.208 150 Kesediaan Perniagaan Digital 41.58 10.350 150 Correlations Kemahiran Pemasaran Digital Kesediaan Perniagaan Digital
Educator’s e-Digest Peringkat Kebangsaan 2023 Pendidik Penggerak Aspirasi Madani 38 Kemahiran Pemasaran Digital Pearson Correlation 1 .773** Sig. (2-tailed) .000 N 150 150 Kesediaan Perniagaan Digital Pearson Correlation .773** 1 Sig. (2-tailed) .000 N 150 150 **. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed). 4.4 Perbincangan Kajian 4.4.1 Tahap Kemahiran Pemasaran Digital Berdasarkan dapatan kajian, tahap kemahiran pemasaran digital pelajar PMBS berada di tahap sederhana. Hal ini bertentangan dengan kajian Noor dan Rosnaimah (2017) yang dijalankan ke atas pelajar Politeknik Merlimau yang menyatakan tahap literasi keusahawan digital adalah pada tahap tinggi. Perbezaan dapatan kajian ini bukanlah sesuatu yang mustahil. Ini kerana sudah tentu terdapat jurang dari segi tahap literasi digital, dana, prasarana, sosioekonomi di bandar dan luar yang mempengaruhi tahap kemahiran pemasaran digital pelajar. (Hazura, Hairulliza, Siti dan Zawiyah, 2012). Hasil dapatan menunjukkan enam item yang mempunyai nilai min yang sederhana adalah item B5, B6, B7, B8, B9, dan B10. Justeru, bagi meningkatkan tahap kemahiran pemasaran digital bagi item ini, pelajar harus didedahkan dengan kemahiran secara hands-on dan kursus yang mengajar pelajar secara khusus berkaitan cara mengurus order yang sudah masuk. (mengatur penghantaran barangan/perkhidmatan, menjana dokumen dan lain-lain), kaedah memindahkan hasil jualan (wang) dari TikTok Shop, Shopee, Lazada dan lain-lain ke akaun bank pelajar, cara untuk menaikkan jualan dengan pemberian kupon diskaun melalui aplikasi e-dagang yang digunakan, cara untuk menaikkan jualan dengan mengaktifkan penghantaran percuma pada aplikasi e-dagang yang digunakan, cara memasukkan produk jualan dalam TikTok Live, Shopee Live atau platform yang setara, dan bagaimana cara untuk melakukan jualan kilat (flash sale) sewaktu membuat TikTok Live, Shopee Live atau platform yang setara. 4.4.2 Tahap Kesediaan Perniagaan Digital Hasil dapatan kajian menunjukkan tahap kesediaan perniagaan digital dalam kalangan pelajar adalah tinggi. Hal ini juga bercanggah dengan kajian Sarimah, Norlizah dan Suhaidal (2020) yang menunjukkan bahawa kesediaan keusahawan pelajar adalah bertahap sederhana. Nilai min kesemua 11 item berada pada julat 3.68 – 3.94. Ini menunjukkan bahawa pelajar PMBS mempunyai motivasi yang tinggi dan positif untuk memulakan perniagaan digital sekiranya mereka memiliki kemahiran yang tinggi berkaitan perniagaan digital. Selain daripada ilmu keusahawanan, pelajar juga harus didedahkan dengan ilmu-ilmu teknikal kepenggunaan aplikasi-aplikasi e-dagang seperti Tiktok Shop, Shopee, Lazada atau platform yang setara, agar pelajar dapat meneroka ciri-ciri (features) yang ada pada aplikasi tersebut dan secara tidak langsung meningkatkan kemahiran pemasaran dan perniagaan digital dalam kalangan pelajar PMBS. 4.4.3 Hubungan Antara Kemahiran Pemasaran Digital Dengan Kesediaan Dalam Mengaplikasikan Kemahiran Perniagaan Digital Di Kalangan Pelajar Hasil dapatan menunjukkan terdapat hubungan antara kemahiran pemasaran digital dengan kesediaan perniagaan digital di kalangan pelajar. Ini bermakna tahap kemahiran pemasaran digital yang ada pada pelajar mempengaruhi kesediaan perniagaan digital di kalangan pelajar. Tahap kemahiran pemasaran digital yang tinggi pada item B1=3.69, B2=3.72, B3=3.98 (paling tinggi), B4=3.88 dan B11=3.79 juga menunjukkan tahap kesediaan mengaplikasikan kemahiran perniagaan digital yang tinggi pada item C1=3.76, C2=3.77, C3=9.4, C4=3.93 (paling tinggi), dan C11=3.85.
Educator’s e-Digest Peringkat Kebangsaan 2023 Pendidik Penggerak Aspirasi Madani 39 Oleh demikian, bagi melahirkan graduan yang holistik dan berciri keusahawanan seperti yang telah digariskan di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015 – 2025 (Pengajian Tinggi), pihak berkaitan bermula dari kementerian, agensi dan juga institusi harus memainkan peranan dalam menyediakan bengkel atau kursus khas berkaitan pemasaran dan perniagaan digital yang secara teknikal dan bersemuka agar pelajar-pelajar berpeluang mendalami ilmu serta kemahiran dengan lebih berkesan berkaitan aplikasi e-dagang. 5.0 CADANGAN DAN KESIMPULAN 5.1 Cadangan dan Kesimpulan Secara kesimpulannya, tahap kemahiran pemasaran digital pelajar PMBS adalah sederhana, manakala tahap kesediaan perniagaan digital pelajar PMBS adalah tinggi. Tahap kesediaan dalam mengaplikasikan kemahiran perniagaan digital yang tinggi di kalangan pelajar PMBS menunjukkan pelajar mempunyai minat dan kecenderungan yang tinggi terhadap bidang keusahawanan. Bagi merealisasikan hasrat kerajaan di PPPM (2015 - 2025) untuk melahirkan ramai pencipta kerja berbanding pencari kerja dalam kalangan lepasan graduan IPT, para pelajar harus didedahkan dengan ilmu dan kemahiran yang lebih khusus berkaitan pendigitalan ekonomi. RUJUKAN Che. Hassan, Sarimah et al. (2020). Tahap Kesediaan Keusahawanan Pelajar di Institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di Hulu Langat. Jurnal Dunia Pendidikan, [S.l.], v. 2, n. 3, p. 95-107. Krejcie, R.V., & Morgan, D.W., (1970). Determining Sample Size for Research Activities. Educational and Psychological Measurement. Omar, Faradillah Iqmar & Hassan, Nor Azlili & Mohamad Zan, Ummi Munirah Syuhada. (2020). Pengaruh Pemasaran Digital terhadap Prestasi Usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana. 7. 138-155. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. (2015). Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia. https://www.mohe.gov.my/en/download/publications-journals-and-reports/pppm-2015-2025- pt UiTM. (2022). Academic English Skills. https://www.studocu.com/my/document/ universiti-teknologi-malaysia/academic-english-skills/jurang-pendidikan-antara-luar-bandardan-bandar/29604639 Yusof, Zawiyah & Mohamed, Hazura. (2012). Jurang Digital Pendidikan di Luar Bandar: Tahap Literasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi Pelajar. Journal Teknologi Maklumat dan AsiaPasifik. 1.
Educator’s e-Digest Peringkat Kebangsaan 2023 Pendidik Penggerak Aspirasi Madani 40 PENERIMAAN KURSUS DTM40123 PRINCIPLES OF ACCOUNTING FOR TOURISM & HOSPITALITY DI KALANGAN PELAJAR DIPLOMA PENGURUSAN PELANCONGAN PMBS Jessica binti Jawa Emiliana binti Barayan Afifah binti Bolhassan Politeknik METrO Betong Sarawak [email protected] [email protected] [email protected] Abstrak. Kursus DTM40123 Principles of Accounting for Tourism and Hospitality merupakan kursus yang diwajibkan kepada semua pelajar semester 4 Diploma Pengurusan Pelancongan, PMBS. Kursus ini memberi penekanan kepada sistem perakaunan asas dan prosedur merekod akaun yang biasanya digunakan dalam industri pelancongan dan hospitaliti. Kajian ini dijalankan untuk mengetahui penerimaan pelajar Diploma Pengurusan Pelancongan di PMBS terhadap pengambilan kursus DTM40123 Principles of Accounting For Tourism And Hospitality. Objektif kajian ini adalah untuk mengukur permahaman pelajar terhadap kursus DTM40123, mengenalpasti tahap minat pelajar pelancongan terhadap kursus DTM40123 dan mengenal pasti penerimaan pelajar terhadap kursus DTM40123 berdasarkan keputusan ujian peperiksaan akhir. Kaedah kajian yang digunakan adalah kaedah kajian kuantitatif, dimana proses pengumpulan data dilakukan melalui soal selidik menerusi aplikasi atas talian. Soal selidik tersebut diedarkan kepada 48 orang pelajar Diploma Pengurusan Pelancongan semester 4 yang terdiri daripada Sesi I:2022/2023 dan Sesi II:2022/2023. Data-data yang diperoleh dianalisis melalui program Stastical Package for the Social Science Version 26.0 (SPSS) v26.0. Analisis statistik deskriptif digunakan untuk menganalisis min dan sisihan piawai. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa nilai min untuk mengukur permahaman pelajar terhadap kursus DTM40123 dan untuk mengukur minat pelajar pelancongan terhadap kursus DTM40123 adalah tinggi. Manakala penerimaan pelajar terhadap kursus DTM40123 berdasarkan keputusan ujian peperiksaan akhir adalah rendah. Keputusan analisa ini menunjukkan penerimaan pelajar Diploma Pengurusan Pelancongan di PMBS terhadap pengambilan kursus DTM40123 adalah positif. Kata Kunci: Penerimaan, perakaunan, diploma pengurusan pelancongan 1.0 PENGENALAN 1.1 Latar Belakang Kajian Kursus DTM40123 Principles of Accounting for Tourism and Hospitality merupakan kursus yang diwajibkan kepada semua pelajar semester 4 Diploma Pengurusan Pelancongan, PMBS. Kursus ini merupakan kursus wajib yang mempunyai 3 jam kredit, 4 jam pertemuan dalam satu minggu dan 56 jam satu semester. Kursus ini memberi penekanan kepada sistem perakaunan asas dan prosedur merekod akaun yang biasanya digunakan dalam industri pelancongan dan hospitaliti. Kajian ini dijalankan untuk mengetahui penerimaan pelajar Diploma Pengurusan Pelancongan di PMBS terhadap pengambilan kursus DTM40123 Principles of Accounting for Tourism And Hospitality. Idea ini tercetus apabila penyelidik mendapati pelajar jurusan Diploma Pengurusan Pelancongan tidak mempunyai latar belakang kursus asas perakaunan di sekolah menengah sebelum ini. Sehubungan dengan itu, penyelidik ingin mengkaji secara terperinci mengenai pemahaman pelajar terhadap kandungan kursus perakaunan, tahap minat pelajar terhadap kursus tersebut dan mengukur pengetahuan pelajar berdasarkan keputusan peperiksaan akhir.
Educator’s e-Digest Peringkat Kebangsaan 2023 Pendidik Penggerak Aspirasi Madani 41 1.2 Pernyataan Masalah Seperti yang kita maklum, tidak semua pelajar lepasan Sijil Pelajar Malaysia (SPM) mengambil subjek perakaunan ketika berada di sekolah menengah. Justeru itu, pengkaji sedia maklum bahawa pelajar Diploma Pengurusan Pelancongan di PMBS tidak mempunyai ilmu asas perakaunan ketika mengambil kursus DTM40123. Sehubungan dengan itu, pengkaji ingin mengetahui apakah penerimaan pelajar jurusan pelancongan terhadap kursus tersebut. Adakah pelajar akan dapat memahami serta meminati kursus tersebut dan skor dengan baik ketika peperiksaan akhir nanti? Menurut Ismail Sulaiman (2005) minat adalah satu elemen yang penting dalam menentukan kejayaan seseorang pelajar, justeru itu seseorang pelajar akan mempunyai semangat yang tinggi dan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai apa yang dihajati jika timbul minat dalam diri mereka. Nur Syazwani dan Anis Barieyah (2018), menegaskan mempelajari subjek perakaunan memerlukan pelajar memahami teknik atau pendekatan pembelajaran yang baik agar pemahaman dapat diserap pelajar secara berkesan. 1.3 Objektif Kajian Objektif kajian yang telah dikenalpasti bagi memastikan tujuan kajian ini dapat dicapai adalah seperti berikut: a. Mengukur permahaman pelajar terhadap kursus DTM40123 b. Mengenalpasti tahap minat pelajar pelancongan terhadap kursus DTM40123 c. Mengenalpasti mengenal pasti penerimaan pelajar terhadap kursus DTM40123 berdasarkan keputusan ujian peperiksaan akhir. 1.4 Soalan Kajian Soalan kajian yang telah dikenalpasti bagi menjawab objektif kajian adalah seperti berikut: a. Apakah tahap permahaman pelajar terhadap kursus DTM40123? b. Adakah pelajar jurusan pelancongan berminat terhadap kursus DTM40123? c. Adakah pelajar berjaya menjawab peperiksaan akhir bagi kursus DTM40123? 2.0 KAJIAN LITERATUR Keusahawanan digital telah menjadi topik hangat, terutamanya dalam kalangan usahawan semenjak pandemik COVID-19 menimpa seluruh negara. Pandemik ini telah memberi cabaran yang getir kepada usahawan untuk meneruskan perniagaan mereka. Keusahawanan digital didefinisikan sebagai mencipta perniagaan baharu ataupun mentransformasikan perniagaan sedia ada dengan membangunkan teknologi digital atau mengadaptasi teknologi digital sedia ada. Sehubungan dengan itu, pentinglah bagi setiap usahawan untuk mengetahui serba sedikit asas perakaunan. Peniaga dengan pengetahuan perakaunan akan melakukan proses perekodan dan penyimpanan dokumen perniagaan dengan lebih sistematik di samping dapat membuat belanjawan bagi menganggarkan keuntungan yang boleh diperolehi. Justeru itu, penting lah jika ilmu asas perakaunan ini diterapkan dari zaman belajar lagi. Hasil beberapa kajian lepas, pelajar yang berminat dalam bidang perakaunan memperolehi prestasi yang lebih baik jika dibandingkan dengan pelajar yang tidak berminat. Hasil kajian ini dibuktikan dalam kajian yang dijalankan oleh Garkaz et al. (2011). Kajian Mohamad Azmi Nias Ahmad (2004), mendapati bahawa 36.14% pelajar menghadapi masalah dalam memahami konsep, 27.71% pelajar menghadapi masalah dalam mengingati formula dan 10.04% pelajar berpendapat mereka cuai dalam menjawab soalan bagi matapelajaran ini. Ini disebabkan, kebanyakan pelajar yang mengambil matapelajaran ini berpendapat bahawa ia adalah matapelajaran pengiraan walhal, matapelajaran ini memerlukan pelajar untuk memahami konsep, membuat analisa dan membuat penilaian.