The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

EDUCATOR'S E-DIGEST PENDIDIK PENGGERAK ASPIRASI MADANI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SHAHIDAH JULIANA BINTI MOHAMAD SHAHID (KKLIPIS), 2024-01-02 04:15:54

EDUCATOR'S E-DIGEST PERINGKAT KEBANGSAAN 2023

EDUCATOR'S E-DIGEST PENDIDIK PENGGERAK ASPIRASI MADANI

Keywords: edigest

Educator’s e-Digest Peringkat Kebangsaan 2023 Pendidik Penggerak Aspirasi Madani 92 Fayol, H. (1930). Industrial and General Administration. [London]: [Sir I. Pitman & sons, ltd.]. Kamus KPI JPPKK. (2023). Fraenkel, J. R., & Wallen, N. E. (1996). How to Design and Evaluate Research. USA: Mc. Fraw-Hill Inc. Google. (2015, January 16). Company – Google. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-01-16. Dicapai pada 2023-01-10. URL: https://ms.wikipedia.org/wiki/Google Hassan, M. H. A. (2020). Penggunaan Aplikasi Dalam Talian Norma Baharu Pendidikan Tinggi. Retrieved from https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=1872371 Hasun, F. M., Hanafiah, M. H., & Makhbul, Z. M. (Eds.). (Year). Pengurusan Organisasi Edisi 3. Kassim, Z. B., & Ahmad, A. R. (2010). E-pembelajaran: Evolusi internet dalam Pembelajaran Sepanjang Hayat. Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010. Lu, J., Liu, C., Yu, C. S., & Yao, J. E. (2005). Acceptance of wireless internet via mobile technology in China. Journal of International Technology and Information Management, 14(1), 117-130. Musa, M., & Abdillah, N. A. (2021). Penggunaan Google Meet Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin. International Journal Of Modern Education (IJMOE), Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu. Saad, Z. B., Subramaniam, B., Muthiah, M., Yaakub, A. M., Fong, C. S., & Kandasamy, O. a/l. (2020). Kesediaan Penggunaan Google Meet Sebagai Platform Pengajaran Dan Pembelajan Dalam Talian Bagi Siswa Guru Di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim. Proceedings of International Conference on The Future of Education (IConFEd) 2020, Institute of Teacher Education Tuanku Bainun Campus, Penang, Malaysia.


Educator’s e-Digest Peringkat Kebangsaan 2023 Pendidik Penggerak Aspirasi Madani 93 PERSEPSI PENSYARAH SIJIL TEKNOLOGI MAKLUMAT KOLEJ KOMUNITI BENTONG TERHADAP PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS DALAM SUKATAN KURIKULUM BAHARU SIJIL TEKNOLOGI MAKLUMAT VERSI 2020 Mohd Faridz bin Zubir Kolej Komuniti Bera [email protected] Abstrak. Perkembangan teknologi menandakan penggunaan bahasa Inggeris yang semakin meluas terutamanya dalam pendidikan Teknologi Maklumat. Sebagai pensyarah bagi program Sijil Teknologi Maklumat (STM), kemahiran penggunaan bahasa Inggeris di tahap optimum amat dititik beratkan. Sukatan kurikulum baharu Sijil Teknologi Maklumat versi 2020 dilaksanakan bermula sesi Disember 2020 dimana kurikulum baharu ini dilaksanakan sepenuhnya di dalam bahasa Inggeris. Kajian ini dilaksanakan untuk melihat persepsi pensyarah STM terhadap sukatan kurikulum yang baharu dan diharapkan hasil daripada kajian ini dapat membantu pensyarah dalam menyampaikan pembelajaran dan pengajaran (PdP) dengan lebih efektif. Kajian ini juga mengenalpasti keperluan pensyarah dalam melaksanakan sesi PdP menggunakan sukatan kurikulum yang baharu. Kata kunci: Pembelajaran dan Pengajaran (PdP); Teknologi Maklumat; Bahasa Inggeris 1.0 PENGENALAN Bahasa Inggeris adalah bahasa yang tidak asing lagi bagi sistem pendidikan di Malaysia. Menurut Nur Atiqah dan Ong Puay Liu (2018), dalam Latar Belakang Sejarah Sistem Pendidikan dan Masyarakat Majoriti Minoriti di Malaysia menyatakan bahawa pihak penjajah pada zaman pemerintahan British pada masa itu telah memperkenalkan sistem pendidikan Inggeris untuk kumpulan elit. Bermula dengan laporan-laporan yang dikeluarkan dalam pembentukan ke arah sistem pendidikan yang bersepadu antaranya Laporan Razak (1957), Laporan Rahman Talib (1960), Laporan Kabinet (1979) supaya selari dengan matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada masa itu. Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dilaksanakan juga sesuatu yang kontroversi dalam sejarah sistem pendidikan di Malaysia. Konflik PPSMI seakan-akan meluaskan jurang akademik antara pelajar. PPSMI dimansuhkan pada 2009 dan dasar baharu, Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) diperkenalkan secara berperingkat bermula pada 2010. Pada tanggal 30 November 2020, Bahagian Kurikulum Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) telah meluluskan penambaikan dokumen kurikulum versi 2020 di mana kurikulum baharu digunakan untuk sesi ambilan Disember 2020. STM adalah antara program pengajian peringkat sijil yang dikenal pasti untuk melaksanakan kurikulum baharu tersebut. Maklumat program telah berubah dari pengenalan, sinopsis, matlamat program dan objektif program telah dialih bahasa ke bahasa Inggeris. Begitu juga dengan senarai nama kursus yang terkandung dalam sukatan kurikulum yang baharu antaranya Computer Architecture and Assembly (SSK10203), Network and Communication Fundamentals (SSK20183) dan Object Oriented Programming (STM30243). Secara amnya, keseluruhan sukatan kurikulum bagi kursus teras STM versi 2020 adalah sepenuhnya di dalam bahasa Inggeris. Kajian ini dilaksanakan bagi melihat persepsi awal pensyarah bidang yang terlibat dan diharap dapat membantu pensyarah dalam menyampaikan PdP dengan lebih berkesan.


Educator’s e-Digest Peringkat Kebangsaan 2023 Pendidik Penggerak Aspirasi Madani 94 2.0 KAJIAN LITERATUR 2.1 Pembelajaran Bahasa Inggeris dan Struktur Program Sijil Teknologi Maklumat di Kolej Komuniti Bentong Merujuk kepada maklumat program bagi Sijil Teknologi Maklumat yang baharu versi 2020, hanya terdapat dua kursus wajib yang melibatkan pembelajaran bahasa Inggeris iaitu Communicative English (SUE10011) dan Workplace English (SUE20021). Bagi kursus-kursus teknikal yang lain seperti Computer Architecture & Assembly, Database Fundamentals, Application Software dan lain-lain; kursus-kursus ini adalah sepenuhnya dilaksanakan menggunakan bahasa Inggeris seperti nota, penilaian dan pentaksiran. Hanya kursus-kursus bagi pengajian am yang lain seperti Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Bahasa Kebangsaan A dan Pengajian Malaysia dilaksanakan menggunakan bahasa Malaysia. Ianya selari dengan kehendak sinopsis program iaitu menghasilkan graduan yang berpengetahuan dan mahir menangani tugas berkaitan teknologi maklumat. 2.2 Peranan bahasa dalam Teknologi Maklumat Kadar perkembangan teknologi yang semakin pesat memberi cabaran kepada banyak aspek termasuk pendidikan. Bermula dengan dasar PPSMI diikuti dengan MBMMBI dan terkini, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2015-2025) menunjukkan dasar pendidikan sentiasa berubah supaya tidak ketinggalan dengan Revolusi Industri 4.0 melibatkan teknologi maklumat, komputer dan sebagainya. Teknologi robotik, Internet of Things (IoT), dan automasi kerja berkaitan ilmu pengetahuan dijangka akan merubah lanskap perniagaan dan sosial secara menyeluruh. Bahasa memainkan peranan penting dalam proses penyampaian pembelajaran dan pengajaran. 2.3 Bahasa Inggeris dalam Teknologi Maklumat Pelaksanaan bahasa Inggeris dalam teknologi maklumat adalah tidak asing lagi di Malaysia. Penggunaan bahasa kedua ini memberi ruang kepada pensyarah dan pelajar khususnya dalam kursus teknikal untuk mempelajari ilmu dengan lebih berkesan lagi menurut Nor Fadila & Adibah (2010). Merujuk kepada istilah-istilah yang terdapat dalam teknologi maklumat seperti ISP, Ethernet, Gateway, Firewall dan lain-lain lagi. Istilah sedemikian kebanyakannya adalah dalam bahasa Inggeris dan secara amnya digunakan dalam konteks pembelajaran dan pengajaran teknologi maklumat. Menurut artikel tulisan Laurence Bradford (2019), di laman web The Balance Careers, beliau mengenal pasti permintaan pekerjaan berorientasikan teknologi maklumat yang terkini antaranya ialah pentadbir pangkalan data, pembangun perisian, penganalisis sistem komputer dan pembangun aplikasi mudah alih. Kesemua pekerjaan ini bukan hanya memerlukan kemahiran teknologi maklumat yang baik, ia juga melibatkan kemahiran bahasa Inggeris yang tinggi dalam memahami istilah-istilah teknikal yang penting dalam bidang perkomputeran. 3.0 METADOLOGI KAJIAN Kajian persepsi ini menggunakan kaedah edaran borang soal selidik dengan mendapatkan pandangan responden berkenaan persepsi awal terhadap penggunaan sepenuhnya bahasa Inggeris dalam sukatan kurikulum Sijil Teknologi Maklumat versi 2020. Responden adalah terdiri daripada pensyarah terkini dari program Sijil Teknologi Maklumat iaitu seramai 7 orang. Borang soal selidik tersebut mengandungi 2 bahagian iaitu bahagian pertama berkenaan tinjauan awal persepsi pensyarah terhadap penggunaan bahasa Inggeris dalam sukatan terkini dan bahagian kedua merupakan maklumat latar belakang pensyarah seperti kemahiran bahasa Inggeris sedia ada.


Educator’s e-Digest Peringkat Kebangsaan 2023 Pendidik Penggerak Aspirasi Madani 95 4.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN Hasil dapatan dari soal selidik menyatakan kesemua pensyarah program Sijil Teknologi Maklumat bersetuju bahawa kemahiran berbahasa Inggeris adalah penting bagi pensyarah program tersebut. Majoriti daripada pensyarah juga menggunakan bahasa Inggeris dalam proses pengajaran dan pembelajaran namun tidak sepenuhnya. Pensyarah program juga bersetuju berkenaan penggunaan bahasa Inggeris sepenuhnya di dalam sukatan kurikulum yang terkini. Namun begitu, pensyarah menyatakan ketidak pastian berkenaan sukatan terkini adalah lebih baik dari versi sebelumnya. Hal ini berkemungkinan ianya masih di tahap awal pelaksanaannya kerana sukatan baharu diguna pakai pada satu sesi sahaja dengan jumlah pelajar yang terlalu sedikit. Manakala reaksi bercampur di kalangan pensyarah menyatakan sukatan yang menggunakan bahasa Inggeris mampu membantu pelajar dari segi pemahaman isi kandungan program kerana ia bergantung kepada kemahiran semasa bahasa Inggeris pelajar. Majoriti pensyarah bersetuju bahawa mereka perlu menghadiri kursus atau bengkel bagi meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran. 4.1 MAKLUM BALAS RESPONDEN BAHAGIAN A (SOALAN)


Educator’s e-Digest Peringkat Kebangsaan 2023 Pendidik Penggerak Aspirasi Madani 96


Educator’s e-Digest Peringkat Kebangsaan 2023 Pendidik Penggerak Aspirasi Madani 97


Educator’s e-Digest Peringkat Kebangsaan 2023 Pendidik Penggerak Aspirasi Madani 98


Educator’s e-Digest Peringkat Kebangsaan 2023 Pendidik Penggerak Aspirasi Madani 99 BAHAGIAN B (LATAR BELAKANG PENSYARAH)


Educator’s e-Digest Peringkat Kebangsaan 2023 Pendidik Penggerak Aspirasi Madani 100


Educator’s e-Digest Peringkat Kebangsaan 2023 Pendidik Penggerak Aspirasi Madani 101 _________________________________TAMAT SOALAN_____________________________ 5.0 CADANGAN DAN KESIMPULAN Hasil tinjauan awal menunjukkan pensyarah menunjukkan reaksi positif terhadap penggunaan bahasa Inggeris dalam sukatan kurikulum Sijil Teknologi Maklumat versi 2020. Penggunaan bahasa Inggeris dalam kurikulum dilihat sebagai satu medium untuk meningkatkan kemahiran pelajar dalam komunikasi bahasa Inggeris namun jika dilihat pada tahap penguasaan bahasa Inggeris pelajar semasa, ianya memberi cabaran kepada mereka untuk memahami sepenuhnya isi kandungan sesuatu kursus. Proses pengajaran dan pembelajaran juga dilaksanakan secara dwi bahasa di mana bahasa Malaysia juga digunakan dalam proses penyampaian ilmu dan kemahiran walaupun sumber rujukan adalah di dalam bahasa Inggeris. Pada masa yang sama, pensyarah mencadangkan agar pensyarah menyertai kursus atau bengkel seperti program pemantapan pedagogi bahasa dan pada masa yang sama pelajar juga diperkasakan dengan kelas-kelas bahasa Inggeris agar dapat membantu melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. RUJUKAN Bradford, L. (2019, Ogos 12). The 7 Fastest-growing Tech Jobs. Liveabout dotcom. https://www.liveabout.com/the-7-fastest-growing-tech-jobs-of-the-future-2071965 Kementerian Pendidikan Malaysia. (2015). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi). Kementerian Pendidikan Malaysia. https://www.mohe.gov.my/muatturun/penerbitan-jurnal-dan-laporan/pppm-2015-2025-pt/104-ringkasan-eksekutif-pppm2015-2025/file Mohd. Amin, N. F., & Abd Rahim, A. (2010). Tahap Penguasaan Bahasa Inggeris Sebagai Persediaan Untuk Kerjaya Dalam Kalangan Pelajar Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan. http://eprints.utm.my/id/eprint/10441/1/tahap_penguasaan_bahasa_inggeris_sebagai_persedia an_untuk.pdf


Educator’s e-Digest Peringkat Kebangsaan 2023 Pendidik Penggerak Aspirasi Madani 102 PENDAPAT ULAMA MAZHAB FIQH MENGENAI KADAR WAKTU MUSAFIR YANG DIHARUSKAN UNTUK MELAKUKAN SOLAT JAMAK DAN QASAR Shah Rulbani binti Zakaria Anuar bin Ralib Kolej Komuniti Lipis [email protected] [email protected] Abstrak. Syarak memberi kelonggaran kepada orang yang bermusafir untuk melaksanakan solat jama’ dan qasar. Namun begitu, persoalan yang sering timbul dalam kalangan masyarakat awam ialah mengenai berapa lamakah tempoh yang membolehkan seseorang itu melaksanakan solat jama’ dan qasar. Sehubungan dengan itu, kajian ini membincangkan tentang pendapat ulama mazhab fiqh mengenai kadar waktu musafir yang diharuskan untuk melakukan solat jama’ dan qasar berdasarkan 4 mazhab yang muktabar. Kajian ini menggunakan metodologi kajian kepustakaan dengan menganalisis maklumat daripada kertas kerja seminar, buku dan laman sesawang. Kajian mendapati bahawa pada pendapat ulama mazhab Syafi’ie, tempoh menetap di sesuatu destinasi semasa bermusafir ialah kurang dari empat hari, tidak termasuk hari tiba dan hari akan keluar maka harus seseorang itu melakukan solat jama’ dan qasar. Mazhab Syafi’ie juga menyatakan bahawa tempoh untuk menentukan seseorang itu berstatus mukim ialah menetap di sesuatu tempat selama 4 hari atau lebih. Mazhab Hanafi menyatakan bahawa tempoh atau waktu yang mengharuskan qasar paling minima ialah tiga hari perjalanan. Mazhab Maliki mempunyai pendirian yang sama dengan mazhab Syaf’ie iaitu dikira bermukim seseorang itu jika dia niat bermukim empat hari atau lebih, iaitu tidak termasuk hari perjalanan sampai ke destinasi dan juga hari balik dari destinasi bermusafir. Manakala mazhab Hambali menyatakan bahawa orang yang berniat untuk bermukim melebihi empat hari, maka mereka tidak boleh qasarkan solat. Mazhab Hambali mengambil kira hari pergi dan juga hari sampai dalam bilangan empat hari tersebut. Sebagai kesimpulan, solat jama’ qasar merupakan satu perkara yang perlu dipelajari dan difahami oleh umat Islam terutama sekali rakyat Malaysia yang bermazhab Syafi’ie. Kata Kunci : Solat, jama’, qasar, ulama, mazhab 1.0 PENGENALAN Solat mempunyai kedudukan yang amat istimewa dalam kehidupan seseorang Islam. Solat juga menjadi salah satu daripada rukun Islam yang lima. Namun begitu, Allah SWT tidak mensyariatkan hukumhakam agama yang menyebabkan kesusahan dan kerumitan sehingga kerja-kerja yang dilakukan menjadi tidak keruan. Sebaliknya di mana sahaja orang Islam mengalami kesempitan, Allah SWT akan melonggarkan perintah agamanya supaya semua hukumnya dapat diterima dan mampu ditanggung. Musafir walau dengan apa cara dan tujuan sekalipun adalah sebahagian daripada kesusahan yang menyebabkan seseorang hilang daripada tumpuan dan ketenangan. Oleh itu, Allah SWT meringankan banyak perkara yang berkaitan dengan hukum hakam agama-Nya dari orang musafir, antaranya ialah solat (Zulkifli Mohamad al-Bakri 2017). Solat jama’ dan qasar merupakan dua jenis solat yang disyariatkan oleh Allah s.w.t kepada orang musafir bagi tujuan memberi kemudahan kepada mereka. Orang bermusafir boleh menggunakan kemudahan ini dengan syarat perjalanannya bertujuan baik, tidak ada unsur-unsur maksiat, jarak jauh perjalanan melebihi dua marhalah dan perjalanan itu menuju ke arah tertentu yang diketahuinya (Kamus Pengetahuan Islam).


Educator’s e-Digest Peringkat Kebangsaan 2023 Pendidik Penggerak Aspirasi Madani 103 Solat jama’ dan qasar juga merupakan bukti kasih sayang Allah SWT terhadap hamba-Nya supaya orang yang beriman tidak lekang dan lalai daripada mendirikan solat yang wajib ke atas kita. Justeru, kajian ini akan membincangkan tentang konsep solat jama’ dan qasar dan pendapat mazhab fiqh mengenai kadar waktu musafir yang diharuskan untuk melakukan solat jama’ dan qasar. 1.1 Objektif kajian I. Menjelaskan pengertian solat jama’ dan qasar menurut pelbagai pandangan ulama. II. Menjelaskan dalil-dalil syarak yang mengharuskan solat jama’ dan qasar. III. Membincangkan pendapat ulama mazhab fiqh mengenai kadar waktu musafir yang diharuskan untuk melakukan solat jama’ dan qasar. 1.2 Pernyataan Masalah Antara persoalan yang sering ditimbulkan oleh orang awam ialah kadar waktu atau tempoh yang mengharuskan seseorang musafir melakukan solat jama’ dan qasar. Solan ini juga pernah ditanya ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan secara khasnya (https://muftiwp.gov.my) dan ditanya kepada para ustaz secara amnya. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji pendapat ulama mazhab fiqh mengenai kadar waktu musafir yang diharuskan untuk melakukan solat jama’ dan qasar berdasarkan empat mazhab yang muktabar. 1.3 Soalan Kajian I. Apakah pengertian solat jama’ dan qasar menurut pelbagai pandangan ulama? II. Apakah dalil-dalil syarak yang mengharuskan solat jama’ dan qasar? III. Apakah pendapat ulama mazhab fiqh mengenai kadar waktu musafir yang diharuskan untuk melakukan solat jama’ dan qasar? 2.0 KAJIAN LITERATUR Apabila seseorang bermusafir lebih daripada dua marhalah maka diberi rukhsah atau kelonggaran untuk menjama’ dan mengqasar solat. Hukum mengerjakan solat secara qasar dan jama’ adalah harus dan ia membuktikan bahawa umat Islam boleh mengerjakan solat dalam apa jua keadaan dan agama Islam adalah agama yang tidak menyusahkan penganutnya. Pensyariatan solat secara Qasar disebut di dalam al-Quran. Allah SWT berfirman yang bermaksudnya: “Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) sembahyang jika kamu takut diserang oleh orangorang kafir. Sesungguhnya orang-orang kafir itu adalah musuh yang amat nyata bagi kamu.” (al-Nisa: 101) Ungkapan “maka tidaklah berdosa” difahami oleh para ulama ia digunakan bagi menunjukkan keharusan (https://muftiperlis.gov.my)


Educator’s e-Digest Peringkat Kebangsaan 2023 Pendidik Penggerak Aspirasi Madani 104 2.1 Konsep solat jama’ dan qasar 2.1.1 Definisi Solat Jama’ Mengikut Ensiklopedia Solat (2011), perkataan jamak dari sudut bahasa ialah menghimpunkan atau mengumpulkan sesuatu yang berselerak, atau mengarang kitab atau menyusun huruf. Dari sudut istilah pula, solat jama’ bermaksud menghimpunkan dua waktu solat fardu dengan melakukannya dalam satu waktu. Solat yang boleh dijamakkan ialah solat zohor dan solat asar dalam waktu zohor, solat zohor dan asar dalam waktu asar, solat maghrib dan isyak dalam waktu maghrib dan solat maghrib dan isyak dalam waktu isyak. Menurut Kamus Pengetahuan Islam (2012), jama’ ertinya himpun. Solat jama’ ialah dua solat fardu yang dihimpukan dalam satu waktu. Solat itu juga mestilah solat tunai, tidak solat qadha dan tidak berimankan orang yang solat genap. Syeikh Ahmad Faisol (2015), mendefinisikan solat jama’ ialah menghimpunkan dua solat fardu pada satu waktu secara takdim ataupun takhir. Contohnya mendirikan solat zohor dan asar pada waktu zohor ataupun solat asar dan zohor pada waktu asar. Begitu juga mendirikan solat maghrib dan isyak pada waktu maghrib ataupun solat isyak dan maghrib pada waktu isyak. Solat jamak adalah harus bagi orang yang bermusafir. Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen (2013), mendefinisikan solat jama’ sebagai mengumpulkan dua solat dalam satu waktu, misalnya mengumpulkan solat zohor kepada asar dan sebaliknya, serta fardhu maghrib dengan isyak dan sebaliknya. 2.1.2 Jenis-jenis solat jama’ Solat Jama’ terbahagi kepada 2 bahagian iaitu: i. Jama’ takdim Jama’ takdim ialah menghimpukan solat zohor dengan solat asar pada waktu zohor atau menghimpukan solat maghrib dengan isyak pada waktu maghrib (Kamus Pengetahuan Islam 2012). Ataupun dengan kata lain solat zohor dijamakkan dengan solat asar dalam waktu zohor dan solat maghrib dijamakan dengan solat isyak dalam waktu maghrib (Syeikh Ahmad Faisol 2015). ii. Jama’ takhir Menghimpun solat-solat tersebut pada waktu akhir iaitu pada waktu solat asar atau waktu solat isyak (Kamus Pengetahuan Islam 2012). Ataupun dengan kata lain solat zohor dijama’kan dengan solat asar dan dilakukan dalam waktu asar. Manakala solat maghrib dijamakkan dengan solat isyak dan dilakukan pada waktu isyak (Syeikh Ahmad Faisol 2015). 2.1.3 Definisi Solat Qasar Mengikut Ensiklopedia solat (2011), qasar berasal daripada bahasa Arab, qasara yang bermaksud memendekkan atau tidak memanjangkan. Manakala dari sudut istilah bermaksud solat fardu empat rakaat yang dipendekkan menjadi dua rakaat, iaitu solat zohor, asar dan isyak. Kamus Pengetahuan Islam (2012), qasar ertinya pendek. Solat qasar ialah solat yang empat rakaat dipendekkan menjadi dua rakat. Solat yang boleh diqasarkan ialah zohor, asar dan isyak. Qasar juga didefinisikan sebagai memendekkan solat yang empat rakaat menjadi dua rakaat iaitu pada solat zohor, solat asar dan solat isyak. Manakala Zulkifli Mohamad al-Bakri (2017), mendefinisikan qasar sebagai mengurangkan bilangan rakaat iaitu melakukan solat yang empat rakaat, iaitu zohor, asar dan isyak dengan dua rakaat sahaja.


Educator’s e-Digest Peringkat Kebangsaan 2023 Pendidik Penggerak Aspirasi Madani 105 2.2 Dalil Syarak Tentang Solat Jama’ Dan Qasar 2.2.1 Dalil pensyariatan solat jamak Imam Muslim meriwayatkan daripada Muaz, yang bermaksud: Daripada Muaz telah berkata “Kami keluar bersama Rasulullah SAW dalam perang Tabuk, dan baginda bersolat zohor dan asar bersama (jamak), dan maghrib dan isyak bersama”. (Riwayat Muslim dalam sahih Muslim, Kitab Solat musafir dan Qasarnya: Bab jamak dua solat ketika tidak bermusafir, dipetik dari Ensiklopedia solat (2011) halaman 170) Al-Tirmizi meriwayatkan daripada Muaz bin Jabal r.a, katanya yang bermaksud: “Nabi SAW ketika dalam perang Tabuk, jika keluar sebelum matahari condong, baginda akan melewatkan solat zohor sehingga dia menghimpunkan dengan asar dan dan menunaikan kedua-dua solat serentak (jamak takhir). Sekiranya baginda keluar selepas matahari condong, baginda menyegerakan solat asar dalam waktu zohor dan menunaikan kedua-duanya bersama (jamak takdim). Jika dia keluar sebelum maghrib, dia melewatkan solatnya sehingga dia menunaikannya bersama dengan isyak (jamak takhir). Jika keluar selepas maghrib, dia menyegerakan isyak dan mendirikannya bersama dengan maghrib (jamak takdim). (Riwayat Al-Tarmizi dalam sunan Al-Tarmizi, kitab jamak di sisi Rasulullah SAW: Bab tentang menjamakkan dua solat, dipetik dari Ensiklopedia solat (2011) halaman 170) Sunat melakukan jamak ketika menunaikan haji semasa di Arafat, berdasarkan riwayat Abu Daud bermaksudnya: “Nabi SAW pernah bersolat zohor dan asar dengan satu azan di Arafat dan tidak bertasbih antara kedua-duanya dan dua iqamat. Dan baginda juga bersolat maghrib dan isyak jamak dengan satu azan dan dua iqamat, dan tidak bertasbih antara kedua-duanya”. (Riwayat Abu Daud dalan sunan Abi Daud, kitab Manasik: bab sifat haji Nabi, dipetik dari Ensiklopedia solat (2011) halaman 170). Riwayat dari Anas bahawa : "Sesungguhnya apabila Nabi SAW bermusafir sebelum gelincir matahari, beliau akan melewatkan waktu zohor sehinggalah waktu asar, kemudian beliau singgah di suatu tempat dan bersolat jamak kedua-dua solat. Apabila baginda berangkat sebelum gelincir matahari, Nabi akan bersolat zohor dan kemudian berangkat." (Hadith Bukhari dan Muslim).


Educator’s e-Digest Peringkat Kebangsaan 2023 Pendidik Penggerak Aspirasi Madani 106 2.2.2 Dalil pensyariatan solat qasar Firman Allah SWT yang bermaksud:- "Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan solat jika kamu takut diserang oleh orang-orang kafir (musuh)." (An-Nisa': 101) Ayat ini menjadi dalil tentang keharusan orang yang musafir sama ada di dalam keadaan aman atau ketakutan. Kaitan qasar dengan takut dalam ayat ini adalah kerana kebanyakkan perjalanan Nabi SAW dalam keadaan ini. Tetapi qasar diharuskan walaupun dalam perjalanan yang aman (Ensiklopedia solat 2011). Diriwayatkan bahawa Yu'la bin Umaiyah r.a. meminta penjelasan mengenai ayat di atas dengan katanya sebagaimana dikatakan oleh Ya'la bin Umaiyah kepada Umar Ibn al-Khatab: “Mengapa kita perlu qasar sedangkan kita di dalam keadaan aman? Dia menjawab, “Saya pernah bertanya kepada Rasulullah SAW (tentang ini), jawabnya: “ia adalah pemberian yang Allah berikan kepadamu, terimalah pemberiannya”. ( Riwayat Muslim , dipetik dari Ensiklopedia solat (2011) halaman 304) Dalam hadis yang lain juga apa yang diriwayatkan daripada ibnu Umar, katanya yang bermaksud "Saya pernah menemani Rasulullah SAW dan baginda tidak pernah solat lebih daripada dua rakaat ketika musafir. Abu Bakar, Umar dan Uthman juga demikian." (Muttafaq ‘alaih) Diriwayatkan oleh Saidina Anas bin Malik Radiyallahu ‘anhuma, beliau berkata: Maksudnya: “Aku menunaikan solat zohor bersama-sama Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam di Madinah 4 rakaat dan solat Asar di Zulhulaifah 2 rakaat. (Hadith riwayat Imam Bukhari dan Muslim) 2.3 Dalil Ijmak ulama tentang keharusan solat jamak dan qasar Ahli ilmu berpendapat bahawa ijmak bagi orang yang bermusafir diharuskan memendekkan solat sama ada: i. Perjalanan itu wajib seperti pergi haji ke Masjidil Haram, berjihad dan berhijrah. ii. Perjalanan yang disunatkan seperti menziarahi saudara mara, melawat orang sakit, melawat dua buah masjid Nabi SAW (masjid Madinah dan al-Aqsa), menziarahi kedua-dua ibu bapa dan umrah. iii. Perjalanan untuk sesuatu yang harus seperti melancong atau berniaga. Zulkifli Mohamad al-Bakri (2017), memetik pendapat Wahbah al-Zuhaili berkata: “Ulama sependapat (ijmak) mengatakan bahawa sesiapa yang melakukan satu musafir yang serupa dengan musafir yang dibenarkan qasar sembahyangnya, sama ada musafir yang wajib seperti musafir untuk


Educator’s e-Digest Peringkat Kebangsaan 2023 Pendidik Penggerak Aspirasi Madani 107 menunaikan fardu haji, peperangan, berhijrah, umrah. Ataupun musafir yang disunatkan seperti musafir untuk menziarahi saudara mara, orang sakit dan menziarahi salah satu daripada masjid Madinah dan masjid al-Aqsa, menziarahi kedua ibu bapa, ataupun ziarah yang diharuskan seperti musafir untuk bersiar-siar (makan angin), menghilang duka cita atau berniaga, atau muafir kerana paksaan seperti tawanan perang atau pesalah zina yang dibuang negeri, iaitu pesalah zina yang bukan muhsan dibuang negeri selama setahun selepas dihukum sebat, atau musafir yang makruh seperti musafir keseorangan. Mengenai jarak 2 marhalah, Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat halaman 999, marhalah bermaksud ukuran jarak yang lebih kurang 28 batu atau 45.06 km. Adapun dua marhalah mengikut ukuran zaman sekarang adalah antara 85 km – 90 km atau bersamaan 56 batu. Menurut Syeikh Wahbah az-Zuhaili, dua marhalah itu bersamaan 88.704 km. Syeikh Muhammad ‘Ali as-Shabuni menganggarkan 84 km dan menurut Syeikh Hasan bin Ahmad bin Muhammad al-Kaff, dua marhalah itu bersamaan lebih kurang 82 km dan lebih. (Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, 2019) Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-118 yang bersidang pada 16 hingga 17 Februari 2021 telah membincangkan mengenai hukum penentuan kadar dua marhalah penyelarasan kadar dua (2) marhalah adalah 81 km (taqribi)(https://i-fiqh.islam.gov.my) 3.0 METODOLOGI KAJIAN Kajian ini merupakan kajian kepustakaan. Pengkaji memperoleh maklumat dari kertas kerja seminar, buku dan laman sesawang. 4.0 PENDAPAT EMPAT MAZHAB MENGENAI KADAR WAKTU MUSAFIR YANG DIHARUSKAN UNTUK MELAKUKAN SOLAT JAMAK’ DAN QASAR Berikut adalah perbincangan pendapat empat mazhab mengenai kadar waktu musafir yang diharuskan untuk melakukan solat jama’ dan qasar. 4.1 Pendapat Mazhab Syafi’e Menurut mazhab Syafi’ie, tempoh untuk menentukan seseorang itu berstatus mukim ialah menetap di sesuatu tempat selama 4 hari atau lebih. Hujah Imam al-Syafi’ie berdalilkan sepotong riwayat yang diriwayatkan di dalam Sahih Imam Bukhari dan Muslim (dengan lafaz Imam Muslim): Maksudnya: Dari al-‘Ala bin al-Hadrami berkata: “Saya mendengar Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda’, “Mukim bagi Muhajir selama 3 hari di Mekah selepas kembali dari Mina”, ‘Seolah-olah Baginda menyatakan tidak lebih dari tempoh itu’. Menurut pendapat Ibn Hajar al-‘Asqallani bahawa hadis ini bermaksud Nabi SAW melarang golongan Muhajirin bermukim di Mekah sebelum pembukaan kota tersebut, pengajaran daripada hadis ini juga menurut beliau bahawa menetap di sesuatu tempat selama tiga hari tidak mengeluarkan seorang itu dari hukum musafir. Manakala Imam Nawawi menyatakan bahawa hadis ini mengharamkan golongan Muhajirin bermastautin di Mekah (Jimaain Bin Safar 2017). Kesimpulan yang dapat dirumuskan daripada Imam Ibn Hajar Al-‘Asqallani dan juga imam Nawawi berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW tadi bahawa tempoh menetap yang melebihi dari tiga hari iaitu empat hari dan keatas adalah tempoh yang tidak melayakkan seseorang menjadi seorang musafir. Hadith dikuatkan lagi dengan tindakan Umar Al-Khattab iaitu beliau tidak membenarkan golongan kafir ahli zimmah menetap di bumi Hijaz dan beliau membenarkan para peniaga dari kalangan ahli Zimmah menetap selama tiga hari sahaja. Saidina Umar juga dikatakan membenarkan golongan


Educator’s e-Digest Peringkat Kebangsaan 2023 Pendidik Penggerak Aspirasi Madani 108 Nasrani dan Yahudi berada di Madinah selama tiga hari untuk mendapatkan keperluan mereka dan tidak boleh lebih dari tempoh tersebut (Jimaain Bin Safar 2017). Namun begitu, terdapat juga riwayat sahih yang menunjukkan Nabi SAW pernah mengqasarkan solat ketika musafir lebih dari 3 hari. Riwayat yang dimaksudkan ialah: Maksudnya: Dari Imran bin Husain r.a berkata, “Kami pergi berperang bersama-sama Rasulullah SAW dan saya menyertai Baginda ketika pembukaan kota Mekah, lalu Baginda menetap di Mekah selama 18 hari dan Baginda tidak mengerjakan solat melainkan dua rakaat (qasar)”. (Hadith riwayat Imam Abu Daud) Mazhab Syafi’ie berpendapat mengenai hadith ialah apabila seseorang berniat tinggal di sesuatu tempat yang mana tidak pasti tempoh menetap di sesuatu tempat kerana melakukan tugas yang belum tentu tahu bila selesainya, maka dia boleh menqasarkan solat hingga 18 hari tidak termasuk hari pergi dan pulang. Berdasarkan hadith di atas, Rasulullah SAW telah menetap selama tempoh tersebut pada tahun pembukaan kota Mekah kerana memerangi puak Hawazin dan Baginda mengqasarkan solatnya kerana baginda tidak pasti berapa lama baginda terpaksa tinggal di situ (Jimaain Bin Safar 2017). Imam Al-Nawawi menjelaskan bahawa di dalam ‘Minhaj al-Tolibin’: Maksudnya: “Jika seseorang menetap di sebuah negeri dengan niat bahawa dia akan meninggalkan jika tercapai hajatnya iaitu setelah selesai urusannya seperti yang dijangkakan, maka dia boleh qasar setiap waktu selama 18 hari. Ada pendapat lain selama 4 hari, juga terdapat qaul menyatakan selama-lamanya.” Justeru, pendapat muktamad bagi mazhab Syafi’ie ialah tidak lebih dari 18 hari iaitu tidak termasuk hari pergi dan pulang. Hukum ini hanya diberi keringanan untuk sesiapa yang tidak pasti atau tidak tahu berapa lama dia akan berada di sesuatu tempat kerana urusannya belum pasti selesai (Jimaain Bin Safar 2017). 4.2 Pendapat Mazhab Hanafi Ulama mazhab Hanafi berpendapat bahawa dibolehkan menqasarkan solat dengan menggunakan ukuran tempoh waktu ataupun hari. Imam Abu Hanifah menyatakan bahawa tempoh atau waktu yang mengharuskan qasar paling minima ialah tiga hari perjalanan. Hujah yang dikemukakan oleh mazhab Hanafi adalah berdasarkan beberapa hadis Nabi Muhammad SAW yang selalu selalu menyebut perjalanan dengan masa waktu tempuh tiga hari. Telah menceritakan kepada kami (Al-Muhajir bin Makhlad Abu Makhlad), dari (Abdurrahman bin Abi Bakrah) dari ayahnya, dari Nabi saw, bahawa sesungguhnyabaginda memberikan rukhsah kepada orang yang berpergian (untuk mengusap sepatu) dalam jangka waktu tiga hari tiga malam. (HR. Ad-Daruqthni) Begitu juga ketika Rasulullah saw melarangan wanita bermusafir tanpa mahramnya, baginda menyebut perjalanan selama 3 hari. Dari Abdullah bin Umar, bahawa Nabi SAW bersabda : “Tidak halal bagi wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhir bepergian sejauh 3 malam kecuali bersama mahram”. (HR.Muslim : 2382)


Educator’s e-Digest Peringkat Kebangsaan 2023 Pendidik Penggerak Aspirasi Madani 109 Justeru, menurut Mazhab Hanafi, tempoh tiga hari perjalanan membawa maksud bahawa minima jarak perjalanan yang membolehkan seseorang itu melakukan solat qasar ialah sejauh perjalanan tiga hari (Supionto 2016). Mazhab Hanafi juga menyatakan bahawa jika niat bermukim lebih 15 hari, maka dia tidak boleh qasar, jika niat bermukim kurang 15 hari dibolehkan qasar (Al-Amir Tarmizi 2012). Pendapat mazhab Hanafi juga sama dengan pendapat Laits bin Saad, Umar, Ibnu Umar dan dan juga Ibnu Abbas. Menurut Dr Wahbah Al-Zuhaili bahawa ulama Hanafi mengatakan bahawa sekurangkurangnya jarak perjalanan yang boleh diqasarkan sembahyang ialah sejauh perjalanan yang mengambil masa tiga hari dan tiga malam daripada sependek-pendek hari dalam setahun di negeri yang sederhana. Perjalanan itu sama ada perjalanan unta atau kaki, dan tidak disyaratkan berjalan sepanjang siang atau malam tetapi hanya berjalan pada tiap-tiap hari dari pagi hingga al-Zawal (apabila matahari melintas garis tengah langit). Yang dikira perjalanan sederhana termasuk rehat biasa. Jika perjalanan dengan laju yang dpat menghabiskan jarak tersebut dalam masa atau tempoh yang lebih singkat sebagaimana kenderaan moden masa kini, maka boleh diqasarkan juga sembahyang (Zulkifli Mohamad al-Bakri 2017). Kiraan jauh perjalanan dengan tiga marhalah adalah hampir sama dengan kiraan jauh perjalanan tiga hari. Kerana kebiasaannya perjalanan hanya satu hari. Ini adalah sejauh satu marhalah, terutamanya pada hari yang paling pendek dalam setahun, maka tidak sah melakukan qasar sembahyang jika perjalanan kurang daripada jarak tersebut (tiga marhalah). Begitu juga tidak boleh dikira dengan ukuran farsakh menurut pendapat ulama Hanafi yang muktamad lagi sahih. Pendapat mereka itu berdasarkan qiyas kepada tempoh yang dibenarkan menyapu khauf menurut hadis yang bermaksud: “Orang yang bermukim menyapu di atas khauf satu hari satu malam sahaja, dan orang musafir tiga hari tiga malam”. Kiraan perjalanan melalui lautan dan bukit bukau adalah mengikut yang sesuai dengannya. Di laut dikira jarak perjalanan yang angin sederhana, bukan tenang dan bukan kuat. Sementara perjalanan melalui bukit bukau adalah kiraan perjalanan tiga hari dan tiga malam mengikut kebiasaanya sekalipun jika jarak perjalanan tersebut di tanah rata mengambil masa lebih singkat dari tempoh itu (kurang dari tiga hari tiga malam) (Zulkifli Mohamad al-Bakri 2017). 4.3 Pendapat Mazhab Maliki Mazhab Maliki mempunyai pendirian yang sama dengan mazhab syafie iaitu dikira bermukim seseorang itu jika dia niat bermukim empat hari atau lebih, iaitu tidak termasuk hari perjlanan sampai ke destinasi dan juga hari balik dari destinasi bermusafir, maka dia tidak boleh qasarkan solat (Al-Amir Tarmizi 2012). Dalil yang digunakan oleh mazhab Maliki adalah sama seperti dalil yang digunakan oleh mazhab Hambali. . Maksudnya: Dari al-‘Ala bin al-Hadrami berkata, : “saya mendengar Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda’, “Mukim bagi Muhajir selama 3 hari di Mekah selepas kembali dari Mina”, ‘Seolah-olah baginda menyatakan tidak lebih dari tempoh itu’. Ulama Maliki juga berpendapat bahawa satu batu ialah 3500 hasta bersamaan dengan 89 kilometer lebih kurang, atau secara terperinci lagi ialah 88704 meter. Apabila seseorang itu berjalan


Educator’s e-Digest Peringkat Kebangsaan 2023 Pendidik Penggerak Aspirasi Madani 110 sejauh jarak tersebut maka dia boleh melakukan qasar sekalipun hanya mengambil masa selama satu jam sahaja seperti menaiki kapal terbang, kereta atau seumpamanya kerana ia benar-benar berjalan sejauh empat burudin. Jarak perjalanan melalui lautan adalah sama seperti jarak perjalanan darat. Pendapat mereka itu berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud : “Wahai penduduk Mekah, jangan kamu melakukan qasar bagi perjalanan kurang daripada empat burudin, dari Mekah ke ‘Usfan”. Ulama Maliki juga mengecualikan penduduk Mekah, Mina, Muzdalifah dan al-Muhassab daripada ukuran jarak jauh tersebut apabila mereka pergi ke Arafah untuk melakukan wuquf bagi fardu haji. Ini sebagaimana mengikuti Sunnah Nabi SAW yang menggalakkan mereka melakukan qasar sembahyang semasa pergi dan balik apabila terdapat amalan-amalan haji yang wajib mereka lakukan di luar kawasan tempat tinggal, mereka hendaklah menyempurnakan rakaat sembahyang (tidak melakukan jamak dan qasar) (Zulkifli Mohamad al-Bakri 2017). 4.4 Pendapat Mazhab Hambali Bagi mazhab Hambali, orang yang berniat untuk bermukim melebihi empat hari, maka mereka tidak boleh qasarkan solat. Mazhab Hanbali mengambil kira hari pergi dan juga hari sampai dalam bilangan empat hari tersebut. Mazhab hambali juga berpendapat bahawa musafir yang jauh dibenarkan qasar sembahyang mengikut kiraan masa ialah dua hari yang sederhana panjang atau dua marhalah dengan perjalanan yang berat dan berjalan kaki, iaitu mengikut kebiasaan perjalanan unta yang membawa barang termasuk berjalan semula, letak barang, kemudian berjalan, makan, minum dan sembahyang, sebagaimana jarak antara Jeddah dengan Mekah atau Taif dengan Mekah atau dari ‘Usfan ke Mekkah. Sementara mengikut kiraan perjalanan ialah empat burudin atau 16 farsakh atau 48 batu hashimi, satu batu ialah 6000 hasta. Kiraan ini adalah sama dengan mazhab Syafie (Zulkifli Mohamad al-Bakri 2017). 5.0 CADANGAN DAN KESIMPULAN Solat jama’ dan qasar merupakan salah satu rukhsah yang diberikan oleh Allah SWT kepada hambahamba-Nya sebagai salah satu tanda kasih sayang dan rahmat dari-Nya. Solat jamak ialah menghimpunkan dua solat fardu pada satu waktu secara takdim ataupun takhir yang melibatkan solat Zuhur dan Asar, Maghrib dan Isyak. Manakala qasar bermaksud solat yang empat rakaat dipendekkan menjadi dua rakaat. Pendapat ulama mazhab fiqh mengenai kadar waktu musafir yang diharuskan untuk melakukan solat jamak dan qasar yang dapat dirumuskan ialah, menurut mazhab Syafi’ie, tempoh menetap di sesuatu destinasi semasa bermusafir ialah kurang dari empat hari, tidak termasuk hari tiba dan hari akan keluar maka harus seseorang itu melakukan solat jamak dan qasar. Mazhab Syafi’e menyatakan bahawa tempoh untuk menentukan seseorang itu berstatus mukim ialah menetap di sesuatu tempat selama 4 hari atau lebih. Mazhab Hanafi menyatakan bahawa tempoh atau waktu yang mengharuskan qasar paling minima ialah tiga hari perjalanan. Mazhab Maliki mempunyai pendirian yang sama dengan mazhab Syafie iaitu dikira bermukim seseorang itu jika dia niat bermukim empat hari atau lebih, iaitu tidak termasuk hari perjlanan sampai ke destinasi dan juga hari balik dari destinasi bermusafir. Manakala mazhab Hambali menyatakan bahawa orang yang berniat untuk bermukim melebihi empat hari, maka mereka tidak boleh qasarkan solat. Mazhab Hanbali mengambil kira hari pergi dan juga hari sampai dalam bilangan empat hari tersebut. Justeru, solat jamak qasar merupakan satu perkara yang perlu dipelajari dan difahami oleh umat Islam. Penulis juga mencadangkan agar setiap masjid meletakkan ruang iklan atau informasi mengenai cara-cara melakukan solat ini supaya para musafir mudah mendapat makluman tentang cara melakukan


Educator’s e-Digest Peringkat Kebangsaan 2023 Pendidik Penggerak Aspirasi Madani 111 solat jamak dan qasar dengan mudah. Usaha-usaha seperti ini perlu dilakukan agar masyarakat kita merasakan bahwa Islam merupakan agama yang memudahkan umatnya dan juga agama pembawa rahmat. 6.0 RUJUKAN Al-Amir Tarmizi. (2012). Solat Jamak dan Qasar Apabila Bermukim Lebih Daripada 3 Hari. http://themonumentalist.blogspot.my. Dusuki Ahmad. (2012). Kamus Pengetahuan Islam. Utusan Publications & Distribution. Ensiklopedia Islam. (2011). Telaga Biru. Ismail Kamus, & Mohd Azrul Azlen. (2013). Indahnya Hidup Bersyariat. Telaga Biru. Jimaain Safar. (2017). Solat Jamak dan Qasar. University Teknologi Malaysia. http://islamic.utm.my/ajmain/2017/12/07/solat-jamak-dan-qasar/ pada 20/02/2018. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (2022, January 5) Hukum Penentuan Kadar Dua Marhalah Qaryah dan Balad Dari Perspektif Fiqh Semasa https://ifiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16590 Mufti Wilayah Persekutuan. (n.d.). Perkiraan Hari Masuk dan Keluar Dalam Hukum Solat Musafir. https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2812-al-kafi-926-perkiraan-hari-masukdan-hari-keluar-dalam-hukum-solat-musafir-jamak-dan-qasar. Mufti Perlis. (n.d.). Hukum Melaksanakan Solat Qasar Ketika Musafir https://muftiperlis.gov.my/index.php/panduan-hukum/674-hukum-melaksanakan-solat-qasarketika-musafir. Supionto (2016). Shalat Jama’ dan Qashar Menurut 4 Mazhab. http://newsislamterkini.blogspot.my/2016/04/shalat-jama-dan-qashar-menurut-4- mazhab.html. Syeik Ahmad Faisol Omar (2015). Ibadah Mukmin : Penduan Solat. Galeri Ilmu. Zulkifli Mohamad al-Bakri. (2017). Fiqh Musafir ; Solat Jamak &Qasar. Pustaka Cahaya Kasturi.


Educator’s e-Digest Peringkat Kebangsaan 2023 Pendidik Penggerak Aspirasi Madani 112 PENGUKURAN PENCAPAIAN OBJEKTIF PENGAJIAN BAGI PROGRAM SIJIL PEMPROSESAN DAN KAWALAN MUTU MAKANAN KOLEJ KOMUNITI JERANTUT Ahmad Sabre bin Osman Noraihan binti Ahmad@Mohamad Mohd Zool Fazlee bin Basir Kolej Komuniti Jerantut [email protected] [email protected] [email protected] Abstrak. Pengukuran bagi Pencapaian Objektif Pengajian bagi sesebuah program perlu dilakukan dalam tempoh 3 hingga 5 tahun bagi kurikulum yang telah berkuatkuasa. Tujuan utama untuk melakukan pengukuran pencapaian ini adalah penting bagi mengukur sejauh mana keberkesanan terhadap graduan untuk mencapai matlamat sesebuah program. Pencapaian Objektif Pengajian ini perlu dilaksanakan untuk melihat mengenal pasti halatuju graduan setelah mereka tamat pengajian. Malah dengan hasil dapatan ini dapat digunakan untuk menambahbaik kurikulum supaya dapat menghasilkan graduan yang berkualiti. Disamping itu, kita juga boleh mendapatkan maklumbalas terhadap graduan untuk meningkatkan kualiti samada dari aspek kemudahan infrastruktur, peningkatan kemahiran pensyarah, penambahbaikan dari aspek yang dipelajari dalam silibus kurikulum itu sendiri. Didapati bahawa terdapat tiga Objetif Pengajian dalam peringkat Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan ini. Keseluruhan pencapaian bagi Objektif Pengajian 1 (Menghasilkan tenaga kerja dan usahawan yang berpengetahuan dan berkemahiran selari dengan keperluan semasa dan hasrat negara) adalah menepati sasaran iaitu 78%, manakala bagi Objektif Pengajian 2 (Menunjukkan kebolehan penyelesaian masalah secara inovatif, kreatif serta mengurus maklumat dengan baik melalui pendekatan pembelajaran sepanjang hayat) adalah 46%. Bagi pencapaian Objektif Pengajian 3 (Mempunyai kemahiran berkomunikasi dengan berkesan dan bekerjasama dengan kumpulan berasaskan etika kerja serta tanggungjawab sosial) adalah 62%. Secara keseluruhan pencapaian bagi Objektif Pengajian Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan adalah tercapai mengikut sasaran yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Penasihat Program Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan Kolej Komuniti Jerantut. Kata kunci: Objektif Pengajian, Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan, Kolej Komuniti Jerantut, graduan. 1.0 PENGENALAN 1.1 Latar Belakang Kajian Objektif Pengajian adalah pengukuran yang digunakan bagi melihat pencapaian bagi bagi silibus kurikulum yang digunakan dalam tempoh 3 hingga 5 tahun kohort graduan yang telah tamat pengajian. Kajian ini perlu dilakukan untuk menilai semula tahap pencapaian matlamat pengajian bagi program Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan bagi silibus kurikulum 2017. Pengukuran tersebut adalah meliputi 3 elemen utama iaitu dari aspek kognitif, afektif dan psikomotor. Ketiga emelen kompetensi ini perlu diukur untuk menilai kemampuan graduan menepati pencapaian matlamat program (Kennedy et al., 2009).


Educator’s e-Digest Peringkat Kebangsaan 2023 Pendidik Penggerak Aspirasi Madani 113 Malah bagi Objektif Pengajian ini ditetapkan menepati garis panduan MQA selaras bagi Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan. Silibus yang digunakan telah diluluskan oleh Jabatan Pengaian Kolej Komuniti bagi tahun 2017. Dimana program ini dirangka bagi memenuhi kriteria dan keperluan Dasar Pemakanan Negara dengan diselaraskan dengan sukatan-sukatan mata pelajaran yang sesuai di peringkat sijil bagi Kolej Komuniti. Matlamat Program Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan bagi silibus 2017 adalah Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan dibentuk untuk mendedahkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh industri untuk menjadi pekerja separa mahir. Program ini meliputi kemahiran dalam bidang pemprosesan makanan dan kawalan mutu hasilan makanan. Kursus yang ditawarkan merangkumi pemprosesan dan pembungkusan semua kategori makanan khususnya yang bersumberkan bahan mentah tempatan (Silibus Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan Edisi Julai 2017). 1.2 Pernyataan Masalah Oleh yang demikian bagi mencapai objektif pengajian ini perlu diukur dengan menilai semula sejauh mana hasil graduan yang telah tamat pengajian selama tiga hingga lima tahun. Ali dan Shahrir Jamaluddin (2017), menyatakan bahawa penilaian perlu dilakukan untuk melihat keberkesanan penyampaian yang diberikan terhadap pelajar. Hasil dapatan ini boleh digunakan untuk menilai sejauh mana pencapaian graduan setelah mereka menamatkan pengajian. Maka pencapaian ini melambangkan sejauh mana graduan yang dihasilkan dapat menepati objektif dan matlamat pengajian yang telah mereka bergraduan. Objektif Pengajian yang diselaraskan oleh Bahagian Kurikulum, Jabatan Pengajian Kolej Komuniti menepati keperluan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) yang meliputi semua Hasil Pembelajaran Program (HPP) menerusi Hasil Pembelajaran Kursus( HPK). Hasil Pembelajaran Program dan Hasil Pembelajaran Kursus telah diukur dan dipetakan dengan setiap elemen pengukuran yang dijalankan secara bersemuka (GLT) dan tidak besemuka (ILT) mengikut jam pertemuan bagi setiap kursus yang diambil. Manakala Hasil Pembelajaran Program pula akan petakan dengan Objektif Pengajian. Maka pengukuran Objektif Pengajian ini hanya boleh dilakukan setelah graduan tamat pengajian dalam tempoh 3 hingga 5 tahun. (Garis Panduan Agensi Kelayakan Malaysia) 1.3 Objektif Kajian Tujuan utama untuk melakukan pengukuran dalam tempoh tersebut adalah untuk melihat sejauh mana hala tuju graduan setelah menceburi setelah 3 hingga 5 tahun. Hasil daripada dapatan ini boleh digunakan untuk menilai semula sejauh mana pencapaian program samada menepati atau tidak matlamat program yang telah dirangka oleh unit kurikulum. Malah dapatan ini digunakan untuk menambah baik struktur kurikulum bagi menepati kehendak industri pada masa kini. Mahajan dan Singh (2017), menyatakan bahawa kepentingan dan manfaat objektif pengajian ini penting bagi mengukur tahan pencapaian graduan dan mutu penyampaian pensyarah termasuk dari aspek kemudahan serta kemahiran yang ada. Malah ianya juga mengukur sejauh mana pensyarah memahami Objektif Pengajian yang mereka ceburi. Kefahaman pensyarah yang tinggi terhadap matlamat program akan menghasilkan penyampaian yang berkualiti dan juga graduan yang bermutu menurut keperluan Objektif Pengajian(Keshavarz, 2011). Bagi Program Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan bagi silibus edisi 2017 terdapat tiga Objektif Pengajian yang telah diselaraskan iaitu: Objektif Pengajian 1: Menghasilkan tenaga kerja dan usahawan yang berpengetahuan dan berkemahiran selari dengan keperluan semasa dan Hasrat negara.


Educator’s e-Digest Peringkat Kebangsaan 2023 Pendidik Penggerak Aspirasi Madani 114 Objektif Pengajian 2: Menunjukkan kebolehan penyelesaian masalah secara inovatif, kreatif serta mengurus maklumat dengan baik melalui pendekatan pembelajaran sepanjang hayat. Objektif Pengajian 3: Mempunyai kemahiran berkomunikasi dengan berkesan dan bekerjasama dengan kumpulan berasaskan etika kerja serta tanggungjawab sosial. Malah Objektif Pengajian ini perlu dibuat penanda aras (Key Performance Index) yang perlu dibentangkan KPI kepada Mesyuarat Penasihat Program yang terdiri daripada pemegang taruh yang dilantik oleh Pengarah Kolej Komuniti Jerantut. Penetapan KPI ini perlu dijalankan kajian awal untuk menetapkan KPI bagi setiap Objektif Pengajian tersebut (Minit Mesyuarat Penasihat Program dan Akademik SPK KKJP Bil 1/2021). 2.0 KAJIAN LITERATUR Pengukuran Objektif Pengajian ini penting untuk mengukur keberkesanan silibus yang sedang berkuatkuasa. Oleh itu tempoh tiga hingga lima tahun selepas graduan tamat pengajian perlu diukur untuk melihat keberkesanan silibus yang dilaksanakan. Malah pengukuran ini menjadi kayu ukur untuk mencari kekurangan pada struktur kurikulum. Malah proses penambahbaikan perlu dilakukan untuk membaiki kekurangan bagi memantapkan lagi struktur dan program pada masa akan datang (Keshavarz, 2011). Oleh itu, pengukuran Objektif Pengajian ini merangkumi tiga elemen utama iaitu kognitif, psikomotor dan afektif bagi menunjukkan kemampuan graduan menguasai ketiga-tiga elemen ini setelah mereka tamat pengajian dan dapat mengaplikasikannya di alam pekerjaan mereka (Kennedy et al., 2009). Ketiga-tiga elemen itu menunjukkan kompetensi yang harus ada pada graduan. Di mana kompetensi ini mewakili kombinasi yang dinamik antara pengetahuan, kemahiran dan kemampuan untuk melaksanakan sesuatu tugasan (Kennedy et al., 2009). Justeru itu, struktur kurikulum yang dibangunkan mestilah mengukur ketiga-tiga elemen tersebut supaya dapat melahirkan graduan yang diperlukan oleh industri yang mereka ceburi. Malah perancangan untuk membangunkan kurikulum ini perlu diukur dari Hasil Pembelajaran Kursus yang akan dipetakan dengan Hasil Pembelajaran Program dan akhir sekali akan dipetakan dengan Objektif Pengajian. Malah pengukuran Objektif Pengajian ini adalah untuk mengukur pencapaian matlamat program (Silibus Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan Edisi Julai 2017). Proses pengukuran Objektif Pengajian ini meliputi keseluruhan hasil graduan yang telah dihasilkan setelah mereka tamat pengajian. Maklumat yang diperolehi boleh digunakan sebagai rujukan kepada pihak pengurusan tertinggi dan pelaksana program untuk menambah baik keperluan yang diperlukan oleh pelajar yang sedang mengikuti program pengajian di intitusi tersebut (Keshavarz, 2011). Malah kompetensi pensyarah juga perlu dipertingkatkan lagi kemahiran mengenai program yang diajar supaya dapat menghasilkan graduan yang berketerampilan (Kennedy et al., 2009). Disamping itu juga kemudahan yang ada perlu dipertingkatkan lagi seperti penyampaian dengan menggunakan penembangan multimedia supaya dapat menarik minat pelajar untuk mendalami ilmu yang mereka ceburi (Nurrita, 2018).


Educator’s e-Digest Peringkat Kebangsaan 2023 Pendidik Penggerak Aspirasi Madani 115 3.0 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Reka Bentuk Kajian Kajian ini menggunakan kuantitaif deskriptif dengan mengambil sampel dari graduan lulusan Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan yang menggunakan silibus ambilan Julai 2017. 3.2 Sampel dan Instrumen Seramai 50 orang graduan lulusan Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan dari Kolej Komuniti Jerantut telah menjawab soalan kaji selidik melalui link aplikasi google form. 3.3 Analisis Data Setelah itu, data yang diperolehi akan dianalisis menggunakan perisian IBM SPSS Statistics 26 untuk menganalisis data seperti peratus, kekerapan, min dan sisihan piawai. 4.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN Berikut merupakan keputusan yang diperolehi daripada hasil kaji selidik yang telah diperolehi daripada graduan Sijil Pemprosesan Dan Kawalan Mutu Makanan yang menggunakan sukatan Silibus Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan Edisi Julai 2017 Jadual 1: Keputusan Objektif Pengajian 1


Educator’s e-Digest Peringkat Kebangsaan 2023 Pendidik Penggerak Aspirasi Madani 116 Jadual 2: Keputusan Objektif Pengajian 2 Jadual 3: Keputusan Objektif Pengajian 3


Educator’s e-Digest Peringkat Kebangsaan 2023 Pendidik Penggerak Aspirasi Madani 117 Berikut merupakan sasaran yang telah dipersetujui oleh Ahli Mesyuarat Pemegang Taruh Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan bagi Kolej Komuniti Jerantut Jadual 4 : Sasaran yang dipersetujui oleh pemegang taruh Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan Kenyataan Sasaran OP Pencapaian Menghasilkan tenaga kerja dan usahawan yang berpengetahuan dan berkemahiran selari dengan keperluan semasa dan hasrat negara 60% graduan yang bekerja dalam bidang pengajian atau yang setara dengan kelayakan bidang pengajian 52% 2% graduan yang menceburi dalam bidang keusahawanan selepas menamatkan pengajian 56% Jadual 5: Sasaran dan Pencapaian Objektif Pengajian 1 Kenyataan Sasaran OP Pencapaian Menunjukkan kebolehan penyelesaian masalah secara inovatif, kreatif serta mengurus maklumat dengan baik melalui pendekatan pembelajaran sepanjang hayat. 50% graduan boleh menyelesaiakan masalah dalam bidang pekerjaan dengan penyeliaan yang minima 94% 50% graduan menyediakan perkhidmatan yang kreatif dan inovatif dalam bidang pekerjaan 74% 10% graduan mengambil bahagian latihan/ sijil profesional dan menyambung pengajian 14% Jadual 6 : Sasaran dan Pencapaian Objektif Pengajian 2


Educator’s e-Digest Peringkat Kebangsaan 2023 Pendidik Penggerak Aspirasi Madani 118 Kenyataan Sasaran OP Pencapaian Mempunyai kemahiran berkomunikasi dengan berkesan dan bekerjasama dengan kumpulan berasaskan etika kerja serta tanggungjawab sosial. 75% graduan bekerja dalam kumpulan dan mengamalkan komunikasi yang efektif sesama rakan sekerja 76% 75% graduan mengamalkan dan mempromosikan kod etika dan tingkah laku beretika di tempat kerja dan masyarakat secara amnya 92% Jadual 7 : Sasaran dan Pencapaian Objektif Pengajian 3 Keseluruhan pencapaian Objektif Pengajian adalah tercapai mengikut sasaran KPI yang telah ditetapkan oleh pemegang taruh bagi Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan Kolej Komuniti Jerantut. Menurut hasil dapatan ini menunjukkan bahawa keseluruhan sasaran Objektif Pengajian adalah tercapai. Walau bagaimana pun ada satu sub kenyataan yang ditetapkan oleh bahagian kurikulum iaitu dibawah Objektif Pengajian 1 dimana kenyataan berikut adalah seperti 60% graduan yang bekerja dalam bidang pengajian atau yang setara dengan kelayakan bidang pengajian adalah bawah sasaran iaitu 52% di mana graduan menunjukkan bahawa mereka bekerja tetapi bukan di dalam bidang yang mereka ceburi. 5.0 CADANGAN DAN KESIMPULAN Oleh itu, langkah penambahbaikan perlu dilakukan supaya graduan yang telah tamat perlu berminat untuk bekerja di dalam bidang yang mereka ambil iaitu dalam ruang penyediaan atau pemprosesan makanan. Antara aktiviti penambahbaikan yang telah diambil bagi sesi ambilan yang sedia ada ini adalah seperti berikut: 1. Membuat taklimat kerjaya oleh industri dalam bidang pemprosesan dan kawalan mutu makanan. 2. Membuat lawatan sambil belajar bagi memberi input kepada pelajar berkaitan bidang kerjaya dalam bidang yang diceburi 3. Membuat program bersama alumni dengan pelajar-pelajar SPK supaya mereka boleh memahami peluang dan ruang yang ada dalam bidang SPK. 4. Pengukuhan pemahaman pensyarah mengenai matlamat program perlu dilaksanakan dengan memberikan taklimat OBE kepada pensyarah secara berkala. 5. Permohonan peruntukan yang menekankan elemen pengurusan terhadap kemantapan program Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan. 6. Permohonan aset baharu supaya dapat melancarkan proses Pembelajaran dan Pengajaran yang lebih berkesan. 7. Promosi terhadap pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia yang meminati program ini supaya dapat meneruskan minat mereka dalam kerjaya industri makanan di Malaysia. 8. Melaksanakan aktiviti berunsurkan kemahiran yang berkaitan dengan industri pemprosesan makanan supaya dapat menambah minat pelajar untuk berkhidmat dalam industri pemprosesan makanan ini.


Educator’s e-Digest Peringkat Kebangsaan 2023 Pendidik Penggerak Aspirasi Madani 119 Kesimpulannya, kajian keberkesanan ini secara keseluruhannya adalah tercapai seperti yang telah ditetapkan dalam sasaran Objektif Pengajian. Walau bagaimanapun penambah baikan dari aspek kurikulum perlu dilakukan terutama dari penekanan dalam Objektif Pengajian 1 iaitu graduan yang bekerja dalam bidang pengajian atau yang setara dengan kelayakan bidang pengajian. Penekanan pensyarah juga memainkan peranan penting bagi memastikan pencapaian Objektif Pengajian terlaksana dengan jayanya. Bagi pihak pengurusan dan pentadbiran haruslah memberi ruang kemudahan seperti faktor kewangan bagi memastikan kelancaran pelaksanaan proses Pembelajaran dan Pengajaran dapat dilaksanakan dengan baik dan sempurna. RUJUKAN Ali, M. A. M., & Shahrir Jamaluddin. (2017). Amalan Pentaksiran Untuk Pembelajaran. Jurnal Pendidikan, 27(1), 19–38. Kennedy, D., Hyland, A., & Ryan, N. (2009). Learning Outcomes and Competences, Bologna Handbook. Introducing Bologna Objectives and Tools, B 2.3-3, 1–18. http://supporthere.org/sites/default/files/2._paper_los_and_competences_bologna_handbook.p df Keshavarz, M. (2011). Measuring Course Learning Outcomes. Journal of Learning Design, 4(4), 1–9. https://doi.org/10.5204/jld.v4i4.84 Mahajan, M., & Singh, M. K. S. (2017). Importance and Benefits of Learning Outcomes. IOSR Journal of Humanities and Social Science, 22(03), 65–67. https://doi.org/10.9790/0837- 2203056567 Malaysia Qualifications Agency. (n.d.). Garis Panduan Amalan Baik. www.mqa.gov.my Minit Mesyuarat Penasihat Program dan Akademik SPK KKJP Bil 1/2021 Nurrita (2018). Kata Kunci : Media Pembelajaran dan Hasil Belajar Siswa. Misykat, 03, 171–187.


Educator’s e-Digest Peringkat Kebangsaan 2023 Pendidik Penggerak Aspirasi Madani 120 PELAKSANAAN SOLAT FARDHU DALAM KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI REMBAU Fazlina binti Fadzil Siti Noor Hafizah binti Abd. Aziz Nur Hidayah binti Jumat Kolej Komuniti Rembau [email protected] [email protected] [email protected] Abstrak. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti pengetahuan dan pelaksanaan solat fardhu dalam kalangan pelajar Kolej Komuniti Rembau dalam kehidupan mereka. Seramai 39 orang pelajar Semester 1 dan 2 Sesi II 2022/2023 telah dipilih secara rawak bagi mewakili sampel kajian yang melibatkan pelajar Program Agroteknologi dan pelajar Program Fesyen dan Pakaian. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap pengetahuan pelajar terhadap solat fardhu, mengenal pasti pelaksanaan solat fardhu dalam kalangan pelajar Kolej Komuniti Rembau dan faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar dalam menunaikan solat fardhu. Kaedah soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian. Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan pelajar terhadap solat fardhu adalah tinggi iaitu 99.7%. Manakala tahap pelaksanaan pelajar terhadap solat fardhu juga adalah tinggi iaitu 89.2%. Manakala faktor-faktor yang mendorong pelaksanaan solat fardhu adalah sederhana iaitu 75.5%. Kajian ini juga adalah sebagai idea penggerak bagi pensyarah Unit Pengajian Am khususnya pensyarah Pendidikan Islam bagi menambahbaik pelaksanaan PdP dalam kelas di samping menggiatkan program dan aktiviti bagi meningkatkan lagi kesedaran tentang kepentingan solat fardhu dan tanggungjawab pelajar dalam melaksanakannya khususnya dalam kalangan pelajar Kolej Komuniti Rembau. Diharapkan kajian ini dapat memberi impak dan manfaat yang besar kepada warga Kolej Komuniti Rembau dan pihak tertentu bagi menggiatkan usaha dan menyemai tanggungjawab terhadap kewajipan melaksanakan solat fardhu khususnya dalam kalangan pelajar Kolej Komuniti Rembau. Kata kunci : Pelaksanaan solat fardhu; Solat fardhu; Pelajar Kolej Komuniti Rembau 1.0 PENGENALAN Sebagai seorang muslim, pelbagai bentuk ibadah boleh dilaksanakan sebagai satu cara untuk menzahirkan rasa syukur dan terima kasih atas segala nikmat dan kurniaan yang diberikan Allah SWT kepada makhluk-Nya. Kepelbagaian bentuk ibadah seperti bersedekah, membantu antara satu sama lain, meninggalkan perbuatan keji dan menggalakkan manusia membuat sesuatu yang ma’ruf dan pelbagai bentuk amalan kebaikan, akan diberikan ganjaran oleh Allah SWT. Ibadah solat juga merupakan cara pengabdian seorang hamba kepada Tuhan-Nya. Solat bukan sahaja satu ibadat yang dituntut, malah solat juga menjadi satu kewajipan ke atas seorang muslimin dan muslimat bagi mengucapkan kesyukuran atas nikmat yang diberi, juga sebagai tuntutan yang wajib untuk dilaksanakan. Solat juga merupakan kayu ukur dan penanda aras bagi mengukur keimanan dan ketaatan seorang hamba terhadap segala perintah yang diwahyukan oleh Allah. Terdapat banyak hadis dan ayat Al-Quran yang memberikan dalil peri pentingnya tuntutan kewajipan solat dan keutamaannya berbanding ibadah-ibadah yang lain. Allah SWT berfirman dalam surah Toha ayat 14 yang bermaksud: “Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tiada Tuhan yang hak selain aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingati Aku”. Dan Allah SWT berfirman juga dalam Surah Al-Mukminun ayat 1-2 yang bermaksud: “Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman (iaitu) orang-orang yang khusyuk dalam solatnya”. Rasulullah SAW pernah bersabda: “Asas segala amalan adalah Islam, tiangnya adalah solat dan puncaknya adalah jihad”. (Riwayat al-Tirmizi).


Educator’s e-Digest Peringkat Kebangsaan 2023 Pendidik Penggerak Aspirasi Madani 121 Sabda Rasulullah SAW lagi: Perkara pertama seorang hamba itu dihitung adalah solatnya, jika sempurna solatnya. Jika tidak, Allah berfirman: Lihatlah kepada solat-solat sunat yang dikerjakan oleh hamba-Ku ini. Jika ada yang sunat sempurnakanlah solat-solat fardhu itu dengan solat-solat sunat”. (Riwayat Al-Nasa’i dalam Sunan Al-Nasa’i Kitab Solat: Bab perhitungan ke atas solat). Melalui dalildalil di atas dapat dirumuskan bahawa solat merupakan perkara utama yang akan diperhitungkan oleh Allah SWT di akhirat kelak. Kegagalan dalam menunaikan solat menyebabkan semua ibadah yang dilaksanakan akan menjadi sia-sia. Kedudukan solat sangat mulia disisi Allah. Perbuatan meninggalkan solat dengan sengaja akan dibalas dengan azab yang amat pedih di akhirat dan mendapat balasan di dunia lagi. Menurut Ibnu Qayyim Al-Jauziyah (2006), tiada perbezaan pendapat di kalangan muslimin bahawa meninggalkan solat fardhu dengan sengaja merupakan perbuatan dosa besar. Dosanya di sisi Allah lebih besar daripada dosa membunuh dan merampas harta, lebih besar daripada dosa berzina, mencuri dan meminum Khamar (minuman keras). Orang yang melakukannya akan berhadapan dengan seksaan Allah dan kemurkaanNya serta akan dihina oleh Allah sama ada di dunia mahu pun di akhirat. 1.1 Latar Belakang Kajian Solat adalah tiang agama. Solat juga merupakan satu kewajipan kepada seluruh muslimin dan muslimat. Menurut Hassan Kasnan (2016), solat merupakan kekuatan jiwa di dalam diri yang berupaya menahan diri daripada melakukan dosa besar dan dosa kecil. Solat juga adalah satu ibadah khusus yang disyariatkan oleh Allah SWT dengan tujuannya bagi mengekalkan dan menyuburkan agama dalam diri setiap individu muslim. Seseorang yang meninggalkan solat tidak akan diterima segala ibadah yang dilaksanakannya. Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 238 bermaksud: Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala sembahyang fardhu, khasnya sembahyang wusta (sembahyang asar) dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk. (Surah Al-Baqarah 2: 238). Dan Allah SWT berfirman lagi dalam Surah Al-Bayyinah 98:5 yang bermaksud: Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya, lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah agama yang benar. (Surah Al-Bayyinah 98:5). Melalui kedua-dua firman Allah SWT ini menunjukkan solat adalah kewajipan yang sangat penting dalam kehidupan setiap muslim. Ketirisan dalam menjaga ibadah solat akan memberi kesan terhadap kehidupan seseorang individu. Menurut Md. Hashim Yahaya (2011), solat dapat menguatkan jiwa seseorang sehingga mampu meninggalkan kekejian dan kemungkaran. Justeru, pengkaji terdorong untuk mengenal pasti pengetahuan dan pelaksanaan solat fardhu dalam kalangan pelajar Kolej Komuniti Rembau seterusnya mengambil tindakan dari dapatan hasil dari kajian yang dijalankan. 1.2 Pernyataan Masalah Manusia dalam kehidupan seharian perlu berhubung sesama manusia, makhluk, seterusnya hubungan dengan pencipta yang Maha Agung. Salah satu cara untuk seseorang hamba berhubung terus dengan Tuhan-Nya adalah melalui solat. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud; “Asas segala amalan adalah Islam, tiangnya adalah solat dan puncaknya adalah jihad”. (Riwayat Al-Tirmizi). Melalui hadis Muhammad b. Ismail Abu Abd Allah Al-Bukhari dalam kitab Al-Solah meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda, perkara pertama ditanya kepada hamba pada hari kiamat kelak ialah tentang ibadat solat. Jika solat diterima bererti diterimalah seluruh amalannya dan jika ditolak bererti dia termasuk golongan yang rugi (ditolak seluruh amalannya). Dari pemerhatian pengkaji secara umum, di kebanyakan waktu zohor dan asar di surau Kolej Komuniti Rembau sememangnya ada pelajar yang menunaikan solat. Walaubagaimanapun, bilangan yang hadir untuk solat adalah sedikit. Hal ini ditambah lagi dengan keupayaan pelajar yang agak sederhana dalam memperdengarkan bacaan dalam solat ketika sesi PdP yang berlangsung. Ini kerana terdapat satu penilaian yang dilaksanakan melalui mata pelajaran Pendidikan Islam MPU13012 di dalam kelas, yang mana pelajar diminta untuk membaca bacaan dalam solat dengan betul mengikut keupayaan mereka. Setelah sesi penilaian dilaksanakan, masih terdapat


Educator’s e-Digest Peringkat Kebangsaan 2023 Pendidik Penggerak Aspirasi Madani 122 segelintir pelajar yang masih belum dapat membaca dengan betul bacaan dalam solat dan pelaksanaan perlakuan solat walaupun mereka telah diberi masa yang agak panjang bagi menghafaz bacaan solat tersebut. Di sinilah pengkaji mendapat idea untuk membuat kajian yang lebih mendalam dan memberi tumpuan khusus kepada pelajar Semester 1 dan 2 Sesi II 2022/2023 di Kolej Komuniti Rembau. 1.3 Objektif Kajian Objektif kajian ini adalah: i) Mengenal pasti tahap pengetahuan pelajar terhadap kepentingan solat fardhu. ii) Mengenal pasti tahap pelaksanaan solat fardhu dalam kalangan pelajar Kolej Komuniti Rembau iii) Mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar dalam menunaikan solat fardhu. 1.4 Soalan Kajian Persoalan kajian ini adalah merujuk kepada objektif kajian: i) Apakah tahap pengetahuan pelajar terhadap kepentingan solat fardhu. ii) Apakah tahap pelaksanaan solat fardhu dalam kalangan pelajar Kolej Komuniti Rembau. iii) Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar dalam menunaikan solat fardhu. 2.0 KAJIAN LITERATUR Banyak kajian tentang solat telah dilaksanakan. Rata-rata kajian memfokuskan kepada kefahaman tentang solat, pengetahuan tentang solat fardhu, faktor-faktor yang mempengaruhi pelaksanaan solat fardhu dan terdapat juga kajian tentang standard kualiti solat dalam kalangan pelajar. Solat dilihat dapat mempengaruhi kecemerlangan seseorang individu. Ketekunan dan khusyuk dalam solat dapat mempengaruhi kecemerlangan seseorang dalam kehidupan mereka. Kualiti solat yang baik dapat memberikan kesan positif kepada seseorang individu bagi meraih kecemerlangan dalam pembelajaran. Penghayatan amalan solat yang memenuhi standard kualiti solat menjadi pemangkin dalam mempengaruhi gaya pembelajaran seseorang individu (Ghuzni Binti Hashim, Mohamad Hilmi Bin Mat Said, 2020). Walau bagaimanapun, tahap pengamalan solat dalam kalangan pelajar adalah kurang memuaskan hasil pengamalan dan pemerhatian yang dilaksanakan, Norzira Ahmad (2019). Kebanyakan pelajar meninggalkan solat zohor kerana bergegas ke kelas seterusnya pada waktu petang. Mereka lebih mengutamakan makan tengahari berbanding solat. Begitu juga ramai pelajar yang meninggalkan solat subuh kerana pelajar bergegas untuk ke kelas dan memberi alasan tidur lewat kerana menyiapkan tugasan yang diberikan pensyarah. Kajian yang dilakukan oleh Hasna Bidin, Ahmad Syukran & Mohd Ismail (2015), menunjukkan pelaksanaan responden terhadap solat subuh, zohor, asar, maghrib dan isyak keseluruhannya berada dalam situasi kadang-kadang. Ini menunjukkan pelaksanaan solat fardu dalam kalangan pelajar sijil bagi program di Kolej Komuniti Bandar Penawar dan Kolej Komuniti Cawangan Gelang Patah berada dalam keadaan yang lemah kerana jumlah dan peratusan responden yang menjawab bahawa mereka hanya kadang-kadang menunaikan solat fardu membuktikan berlakunya keadaan tersebut. Kajian ini disokong oleh kajian lain yang dijalankan di Politeknik Kuching, Sarawak yang mendapati bahawa tahap pengamalan solat fardhu dalam kalangan pelajar adalah masih lemah dan mendukacitakan (Sharifah, 2010:10). Kajian ini juga disokong oleh kajian yang dilakukan oleh Shukri Ahmad, Yahya Don, Wan Abdul Rahman Khudri Wan Abdullah, Madiha Mohammed Ibrahim & Shahril Fazli Mat Hussain (2014), yang menunjukkan analisis min terhadap penghayatan ibadah solat dalam kalangan pelajar UUM masih rendah. Hasil kajian juga mendapati bahawa sebahagian besar pelajar UUM tidak menjadikan amalan solat sebagai suatu kemestian. Berdasarkan keseluruhan kenyataan di atas, dapat dirumuskan bahawa pelajar UUM secara umumnya masih tidak mengambil berat aspek penghayatan ibadah solat. Hal ini mungkin disebabkan


Educator’s e-Digest Peringkat Kebangsaan 2023 Pendidik Penggerak Aspirasi Madani 123 faktor latar belakang keluarga yang kurang didikan agama, kesibukan aktiviti dalam kampus, teknologi media, kurang bimbingan agama, persekitaran dan rakan-rakan yang mempengaruhi pengabaian solat dalam kalangan mahasiswa. Begitu juga kajian yang dilakukan oleh Munirah, Nouraisyah dan Kamelia (t.thn), dalam kajian mereka tentang Pengamalan Solat Fardhu dalam Kalangan Pelajar Kolej Komuniti Negeri Sarawak menunjukkan masih berada pada tahap yang rendah. Pengkaji mendapati responden Kolej komuniti Negeri Sarawak masih mengerjakan solat fadhu setiap hari kerana min keseluruhan untuk pengamalan solat masih berada pada tahap tinggi. Selain itu, min paling tinggi ialah kerana pelajar paling selalu menunaikan solat maghrib diikuti oleh solat isyak, kemudian solat asar dan akhir sekali solat zohor kerana semuanya masih berada pada tahap min tinggi. Walau bagaimanapun, solat subuh paling sukar untuk pelajar laksanakan kerana min berada pada tahap sederhana. Hal ini suatu perkara yang berkait rapat dengan gaya hidup dan sosio budaya seseorang pelajar. Kewajipan dalam menunaikan solat juga sedikit sebanyak menyumbang kepada pembentukan sahsiah seseorang individu. Menurut Mohd Khusyaire, Mohd Muhiden & Affendi (2018), sikap pelajar sedikit sebanyak dibentuk dari amalan solat fardhu yang dilaksanakan dalam kehidupan mereka. Namun, dapatan kajian ini menunjukkan sikap pelajar dalam melaksanakan solat fardhu masih kurang memuaskan. Amalan solat juga mempunyai implikasi dalam pembentukan sahsiah seseorang pelajar. Kajian yang dilakukan Roshadah Abu Bakar, Razak Nordin & Hasminuddin Hashim (2021), menunjukkan bahawa amalan pelaksanaan solat dalam kalangan pelajar agak memuaskan dengan skor min 3.75 manakala dorongan untuk mendirikan solat dengan sempurna bagi lima waktu adalah dengan min 3.72. Bagi implikasi amalan solat dalam pembentukan sahsiah pelajar mencapai nilai skor min 4.67 dan nilai taqwa mencapai nilai skor min 4.67. Selain itu, terdapat juga hubung kait antara amalan solat pelajar dengan implikasi pembentukan sahsiah dan nilai taqwa pelajar. Hasil kajian ini dapat membantu pihak pengurusan politeknik agar dapat memberi penekanan yang lebih serius terhadap amalan pelaksanaan solat pelajar dalam setiap aktiviti yang dirancang agar mampu melahirkan pelajar yang bersahsiah mulia dan mempunyai nilai taqwa yang tinggi dalam diri bagi menghasilkan graduan yang berkualiti dan cemerlang bukan sahaja dari segi akademik tetapi juga cemerlang dari segi sahsiah dan hubungannya dengan Allah SWT. Terdapat juga beberapa isu pengabaian terhadap kewajipan dalam menunaikan solat. Menurut Suhaila, Suhaily, Siti Syuhada, Ahmad A’toa’ dan Azri Rizal (2018), dalam kajiannya tentang isu-isu pengabaian solat dalam kalangan remaja di negeri Selangor mendapati terdapat enam faktor yang menjadi punca kepada pengabaian solat yang terdiri daripada faktor keluarga, sekolah dan guru-guru, individu, masjid, teknologi/media massa dan rakan sebaya. Bagi faktor teknologi/media massa, didapati kategori paling tinggi yang menyebabkan berlakunya pengabaian solat dalam kalangan remaja adalah disebabkan "remaja leka menonton televisyen atau bermain dengan telefon bimbit sehingga tidak sedar waktu solat.” Manakala faktor kedua tertinggi adalah diri sendiri di mana didapati terdapat ramai remaja yang solat ikut mood/rasa liat untuk solat menyebabkan remaja ini tidak konsisten untuk solat. Dapatan ini menunjukkan pengabaian solat dalam kalangan remaja bukan hanya berpunca dari faktor diri sendiri malah berpunca dari faktor-faktor yang lain. 3.0 METODOLOGI KAJIAN Metodologi yang digunakan dalam kajian ini adalah menggunakan borang soal selidik yang diedarkan kepada pelajar menggunakan Google Form yang diedarkan kepada pelajar. Kaedah ini sesuai digunakan kerana ia dapat memberikan maklum balas dengan mudah dan cepat. 3.1 Reka Bentuk Kajian Kajian ini berbentuk kajian tinjauan. Reka bentuk kajian ini dipilih bagi mengenal pasti tahap pengetahuan pelajar terhadap kepentingan solat fardhu, mengenal pasti pelaksanaan solat fardhu dalam


Educator’s e-Digest Peringkat Kebangsaan 2023 Pendidik Penggerak Aspirasi Madani 124 kalangan pelajar dan mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar dalam menunaikan solat fardhu. 3.2 Populasi Dan Sampel Populasi bagikajian ini mensasarkan pelajar Kolej Komuniti Rembau sahaja. Sampel kajian dipilih bagi pelajar semester 1 dan semester 2 sesi II 2022/2023. Sampel adalah pelajar dari Program Agroteknologi dan Program Fesyen & Pakaian. Sampel juga adalah pelajar semester 1 yang mengambil kursus Pengajian Malaysia manakala pelajar semester 2 adalah pelajar yang mengambil kursus Pendidikan Islam. Melalui kursus pendidikan Islam, pelajar dinilai melalui penilaian Tunjukcara Solat di Bahagian A : Bacaan Solat dan di Bahagian B : Pelaksanaan solat. Kesemua responden merupakan pelajar muslim. 3.3 Instrumen Soal selidik digunakan sebagai instrumen dalam kajian ini. Seramai 39 orang pelajar yang terdiri dari pelajar semester 1 dan Semester 2 sesi II 2022/2023 telah menjawab soal selidik yang telah diedarkan. 3.4 Analisis Data Data dianalisis menggunakan kaedah deskriptif . melalui soal selidik yang diedarkan kepada pelajar melalui Google Form. Data dianalisis daripada Bahagian demografi di bahagian A dan soalan-soalan bagi mencapai objektif dan persoalan kajian di Bahagian B, C dan D. Semua keputusan yang diperolehi dibentangkan dalam bentuk jadual, rajah, carta pai dan graf. Analisis data tersebut menggunakan kaedah deskriptif (peratusan) bagi menjawab persoalan dan objektif kajian. 4.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN Soal selidik mengandungi tiga bahagian iaitu Bahagian A, B dan C. Bahagian A adalah maklumat Demografi responden seperti jantina dan dan latar belakang pendidikan. Bahagian B pula adalah analisis data mengenai Tahap pengetahuan pelajar terhadap kepentingan Solat Fardhu. Bahagian C adalah analisis data mengenai Pelaksanaan solat fardhu dalam kalangan pelajar Kolej Komuniti Rembau. Bahagian D adalah analisis data mengenai factor-faktor yang mempengaruhi pelajar dalam menunaikan solat fardhu dalam kalangan pelajar Kolej Komuniti Rembau. JANTINA BIL PERATUS (%) Lelaki 15 39.5% Perempuan 24 61.5% PENDIDIKAN TERDAHULU Sekolah Menengah Kebangsaan Sekolah Menengah Agama / SMKA Sekolah Tahfiz / Pusat Tahfiz Pondok 29 6 4 74.4% 15.4% 10.3%


Educator’s e-Digest Peringkat Kebangsaan 2023 Pendidik Penggerak Aspirasi Madani 125 BAHAGIAN A: DEMOGRAFI RESPONDEN Jadual 1: Demografi responden Rajah 1: Jantina responden Rajah 2: Pendidikan terdahulu Dapatan kajian mendapati bahawa terdapat 15 pelajar lelaki (39.5%) dan 24 pelajar perempuan (61.5%) mengambil bahagian dalam kajian ini. Manakala dalam bidang pendidikan terdahulu pula, para pelajar terdiri daripada tiga kategori iaitu, Sekolah Menengah Kebangsaan iaitu sebanyak 29 pelajar (39.5%), Sekolah Menengah Agama/SMA sebanyak 6 orang pelajar (15.4%) dan Sekolah Tahfiz/Pusat Tahfiz Pondok sebanyak 4 (10.3%). Demografi responden diperjelaskan melalui Jadual 1, Rajah 1 dan Rajah 2. BAHAGIAN B: TAHAP PENGETAHUAN PELAJAR TERHADAP KEPENTINGAN SOLAT FARDHU BIL. ITEM / PERKARA YA TIDAK 1. Saya tahu solat merupakan salah satu Rukun Islam 38 97.4% 1 2.6% 2. Saya tahu solat fardhu adalah wajib 39 100% - 3. Saya tahu jika saya tidak menunaikan solat fardhu, ianya berdosa 39 100% - 4. Saya tahu cara menunaikan solat fardhu dengan betul 39 100% - 5. Saya tahu saya akan dihukum jika saya tidak menunaikan solat fardhu 39 100% - 6. Saya takut dengan hukuman Allah SWT jika meninggalkan solat 39 100% - 7. Saya tahu dengan menunaikan solat, hati akan menjadi tenang 39 100% - 8. Saya tahu solat dapat menghindarkan diri daripada perkara keji dan mungkar 39 100% - Jadual 2: Tahap pengetahuan pelajar terhadap kepentingan Solat Fardhu


Educator’s e-Digest Peringkat Kebangsaan 2023 Pendidik Penggerak Aspirasi Madani 126 Jadual 2 menunjukkan tahap pengetahuan pelajar tarhadap kepentingan solat fardhu. Bagi item Saya tahu solat merupakan salah satu Rukun Islam, hanya seorang sahaja responden yang tidak mempunyai pengetahuan terhadap perkara tersebut. Manakala bagi item Saya tahu solat fardhu adalah wajib, Saya tahu jika saya tidak menunaikan solat fardhu, ianya berdosa, Saya tahu cara menunaikan solat fardhu dengan betul, Saya tahu saya akan dihukum jika saya tidak menunaikan solat fardhu, Saya takut dengan hukuman Allah jika meninggalkan solat, Saya tahu dengan menunaikan solat, hati akan menjadi tenang, dan Saya tahu solat dapat menghindarkan diri daripada perkara keji dan mungkar kesemua 39 responden mengatakan mereka tahu akan kesemua perkara di atas. Kesimpulannya, walaupun majoriti responden mendapat pendidikan di sekolah yang bukan berlatarbelakangkan pendidikan agama, ianya bukan menjadi faktor penghalang untuk mereka memahami kepentingan solat fardhu. Responden masih mempunyai kesedaran terhadap tanggungjawab melaksanakan ibadah solat. BAHAGIAN C: PELAKSANAAN SOLAT FARDHU DALAM KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI REMBAU Jadual 3: Pelaksanaan Solat Fardhu Dalam Kalangan Pelajar Kolej Komuniti Rembau Jadual 3 menunjukkan tahap pelaksanaan solat fardhu dalam kalangan Pelajar Kolej Komuniti Rembau. Bagi item Saya rasa menunaikan solat adalah sesuatu yang berat dan menyusahkan, Saya selalu tinggalkan solat maghrib dan Saya rasa solat tidak penting dalam hidup saya, kesemua responden menjawab tidak. Manakala bagi item Saya meninggalkan solat fardhu sekiranya saya diberikan banyak tugasan oleh pensyarah dan Saya tetap tunaikan solat walaupun saya sibuk, hanya seorang responden menjawab tidak dan 38 responden menjawab ya. Sebanyak 8 responden selalu meninggalkan solat Subuh iaitu merupakan peratus yang terbesar antara kesemua waktu solat. Ini kerana, berdasarkan item kedua, sebanyak 97.4% responden menyatakan mereka sering meninggalkan solat fardhu sekiranya saya diberikan banyak tugasan oleh pensyarah. Ternyata, kemungkinan mereka meninggalkan solat Subuh kerana menyiapkan tugasan sehingga lewat malam. Dapatan kajian ini selari dengan kajian yang telah dilaksanakan oleh Norzira Ahmad (2019), seperti yang telah dinyatakan di dalam kajian literatur. BIL. ITEM / PERKARA YA TIDAK 1. Saya tunaikan solat fardhu pada setiap hari 37 94.9% 2 5.1% 2. Saya meninggalkan solat fardhu sekiranya saya diberikan banyak tugasan oleh pensyarah 38 97.4% 1 2.6% 3. Saya tetap tunaikan solat walaupun saya sibuk 38 97.4% 1 2.6% 4. Saya rasa menunaikan solat adalah sesuatu yang berat dan menyusahkan - 39 100% 5. Saya selalu tinggalkan solat subuh 8 20.5% 31 79.5% 6. Saya selalu tinggalkan solat zohor 1 2.6% 38 97.4% 7. Saya selalu tinggalkan solat asar 3 7.7% 36 92.3% 8. Saya selalu tinggalkan solat maghrib - 39 100% 9. Saya selalu tinggalkan solat isyak 3 7.7% 36 92.3% 10. Saya rasa solat tidak penting dalam hidup saya - 39 100%


Educator’s e-Digest Peringkat Kebangsaan 2023 Pendidik Penggerak Aspirasi Madani 127 Didapati juga, seorang responden menyatakan beliau sering meninggalkan solat zohor. Bagi solat asar dan isyak pula, bilangan responden yang sering meninggalkan solat tersebut adalah sama iaitu seramai 3 orang bersamaan dengan 7.7%. Kesimpulannya, pelaksaaan solat fardhu dalam kalangan pelajar Kolej Komuniti Rembau berada dalam keadaan lemah kerana melalui kajian ini dapat dilihat bahawa masih terdapat beberapa solat yang sering ditinggalkan oleh pelajar. Perkara ini sepatutnya tidak berlaku kerana di peringkat umur responden, sewajarnya mereka sudah memahami bahawa solat itu adalah wajib ditunaikan pada setiap waktu tanpa gagal. Peratusan responden yang meninggalkan solat zohor adalah sangat rendah berkemungkinan kerana solat zohor dapat ditunaikan di surau kolej memandangkan pelajar masih menjalani sesi PdP pada waktu ini. Mereka juga barangkali malu dengan rakan-rakan sekiranya tidak mendirikan solat zohor. Selain itu, kajian menunjukkan kesemua responden selalu melaksanakan solat maghrib. Ini berkemungkinan solat maghrib dapat ditunaikan kerana mereka berada dalam keadaan bersedia dan segar setelah membersihkan diri. Bagi solat isyak pula, pelajar berada dalam keadaan berehat bersama rakan-rakan. Disebabkan perkara ini, pelajar melambat-lambatkan solat dan seterusnya meninggalkan solat. Dapatan kajian juga mendapati sebilangan pelajar sering meninggalkan solat asar kerana mereka bergegas untuk beriadah setelah tamat sesi PdP. BAHAGIAN D: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR DALAM MENUNAIKAN SOLAT FARDHU BIL. ITEM / PERKARA YA TIDAK 1. Saya diajar oleh ibu bapa tentang solat sejak kecil 38 97.4% 1 2.6% 2. Saya solat kerana rakan saya selalu mengajak saya solat bersama-sama 24 61.5% 15 38.5% 3. Saya solat kerana pensyarah mengingatkan tentang hukuman Allah SWT jika meninggalkannya 20 51.3% 19 48.7% 4. Saya solat kerana saya lihat rakan saya solat setiap hari 17 43.6% 22 56.4% 5. Saya solat kerana pensyarah banyak membimbing membetulkan bacaan solat dan melaksanakan solat 20 51.3% 19 48.7% 6. Saya solat kerana saya takut dengan hukuman Allah SWT apabila mendengar ceramah agama di YouTube dan di masjid 32 82.1% 7 17.9% 7. Saya solat kerana saya sedar saya seorang muslim 39 100% - 8. Saya solat kerana teman lelaki/teman wanita saya suka saya solat 8 20.5% 31 79.5% 9. Saya solat untuk mendapat keberkatan Allah 38 100% - Jadual 4: Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pelajar Dalam Menunaikan Solat Fardhu Jadual 4 menunjukkan Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pelajar Dalam Menunaikan Solat Fardhu. Bagi item Saya solat kerana saya sedar saya seorang muslim dan Saya solat untuk mendapat keberkatan Allah SWT kesemua responden bersetuju 100% dengan kenyataan tersebut. Bagi item 1, seramai 38 responden yang mewakili 97.4% diajar oleh ibu bapa tentang solat sejak kecil. Terdapat dua item yang mempunyai peratus yang sama dan seimbang dari segi dapatan iaitu bagi item Saya solat kerana pensyarah mengingatkan tentang hukuman Allah SWT jika meninggalkannya dan Saya solat kerana pensyarah banyak membimbing membetulkan bacaan solat dan melaksanakan solat. Bagi item ini, sebanyak 20 responden yang mewakili 51.3% menjawab Ya manakala 19 responden yang mewakili 48.7% memberikan maklumbalas Tidak.


Educator’s e-Digest Peringkat Kebangsaan 2023 Pendidik Penggerak Aspirasi Madani 128 Kesimpulannya, berdasarkan dapatan kajian, walaupun ibu bapa memberi pendidikan berkaitan solat sejak kecil, faktor luaran seperti rakan, pensyarah, ceramah agama dan teman lelaki/teman wanita turut mempengaruhi pelaksanaan solat fardhu pelajar. Secara tidak langsung faktor tersebut memberikan kesan terhadap pembinaan sahsiah pelajar. Pengaruh rakan sebagai orang yang paling rapat ketika sedang menelaah pembelajaran bersama memainkan peranan besar. Ini kerana, dengan adanya rakan sebaya yang sentiasa menjaga solat, secara tidak langsung akan mendorong responden lebih bertanggungjawab dalam melaksanakan solat. Peranan pensyarah sebagai rujukan dan pembimbing bagi pelajar turut memainkan peranan dalam faktor yang mempengaruhi pelajar menunaikan solat. Di samping itu juga, melalui Kursus Pendidikan Islam (MPU 13012) pensyarah dapat memberikan bimbingan dan tunjuk ajar selari dengan keperluan dalam sukatan mata pelajaran tersebut. Selain itu, medium seperti ceramah agama turut memainkan peranan. Rata-rata pelajar dapat melayari ceramah agama melalui saluran YouTube dari hujung jari sahaja. Tambahan pula, capaian wifi yang pantas memudahkan pelajar untuk mengakses ceramah agama. 5.0 CADANGAN DAN KESIMPULAN Solat merupakan rukun Islam kedua dan merupakan ibadah yang wajib dilaksanakan oleh setiap muslim. Tanggungjawab bagi seseorang muslim dalam menunaikan solat merupakan satu kayu ukur bagi mencerminkan tahap keimanan seseorang. Kesedaran pelajar merupakan elemen yang penting dalam mempengaruhi pelaksanaan solat. Pelaksanaan program kerohanian tidak akan mencapai objektif sekiranya pelajar itu sendiri tidak mempunyai kesedaran dan tanggungjawab terhadap melaksanakan solat. Barangkali mereka menganggap mereka masih muda dan mempunyai banyak masa untuk bertaubat dan melakukan kebaikan. Mereka alpa bahawasanya Tuhan akan mengambil nyawa tidak mengira masa dan usia. Oleh itu, terdapat beberapa cadangan yang ingin dikemukakan bagi meningkatkan tahap pelaksanaan solat fardhu dalam kalangan pelajar Kolej Komuniti Rembau. Antaranya ialah: 1) Membudayakan solat berjemaah pada waktu zohor di kolej bermula dari Minggu Suai Kenal. 2) Exco Kerohanian dan Disiplin, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar menggerakkan program berkaitan pembudayaan solat. 3) Para pensyarah mendekati pelajar dengan menyemai elemen dakwah secara langsung dan tidak langsung. 4) Memberi kesedaran kepada pelajar untuk melayari internet dengan input-input berilmiah dan bermanfaat yang boleh membentuk sahsiah dan membina jati diri seorang muslim. 5) Unit Pengajian Am dengan kerjasama Unit Perpustakaan mengadakan Islamic Book Hour bagi meningkatkan ilmu pengetahuan para pelajar dalam aspek kerohanian. Justeru, cadangan-cadangan ini diharapkan dapat dilaksanakan dengan jayanya serta memberi impak positif dalam menyemai pelaksanaan solat bagi membentuk jati diri pelajar. Semoga dengan adanya kajian ini akan dapat mencetuskan idea untuk menghasilkan kajian seumpama ini pada masa akan datang.


Educator’s e-Digest Peringkat Kebangsaan 2023 Pendidik Penggerak Aspirasi Madani 129 RUJUKAN Abu, Sharifah Nur (2015) Pengamalan Solat Fardhu Dalam Kalangan Pelajar Politeknik Kuching Sarawak, Jabatan Pengajian Am, Politeknik Kuching Sarawak Al-Qur’an (2007) Terjemahan Perkata Type Hijaz Yayasan Penyelenggara Penerjemah/penafsir AlQur’an Revisi Terjemah oleh Lajnah Pentashih Mushaf Al-Quran Departemen Agama Republik Indonesia. Penerbit : SYGMA Bidin, Hasna, Ahmad Syukran Baharuddin, & Mohd Ismail Mustari (2015). Kefahaman Ibadat Solat Fardu Dalam Kalangan Pelajar Muslim: Kajian Tinjauan di Kolej Komuniti Bukit Beruang, Melaka. Sains Humanika 5.3. Ghuzni Hashim, & Mohamad Hilmi Mat Said (2020) Standard Kualiti Solat Pemangkin Kecemerlangan Akademik : Satu Kajian Di Kuliah As-Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang Darul Makmur. International Journal of Humanities Technology and Civilization (IJHTC) Hasna Bidin, & Mohd Nazari Khalid @ Abu Samah (2020) Kajian Pemahaman Dan Pelaksanaan Ibadat Solat Fardu Dalam Kalangan Pelajar Di Kolej Komuniti Bandar Penawar Dan Kolej Komuniti Cawangan Gelang Patah. E-Journal of Islamic Thought and Understanding. Volume (2020). Http://Ejitu.Uitm.Edu.My/E-Issn:2006-9617 Hasnan Kasnan (2016). Mari Mendirikan Solat. Abad Sinergi Sdn Bhd. h. xv .Imam Malik : “Bab Waktu-waktu Solat”. Md. Hashim Yahaya, Rohidzir Rais, Fuad Ismail, & Mohd Wahid Abd. Hanif (2011). Ensiklopedia Solat ; Kombinasi Fakta Hukum dan Sains. Telaga Biru Sdn. Bhd. Perpustakaan Negara Malaysia. Mohd Khusyairie Marzuki, Mohd Muhiden Abdul Rahman, & Affendi Ismail (2018) Sikap Pelajar Terhadap Pengamalan Solat Fardu dan Kesannya Kepada Pembentukan Sahsiah: Kajian di UiTM Kelantan Kampus Kota Bharu. Journal Homepage: https://ejournal.um.edu.my/index.php/ALBASIRAH Muhammad b ‘Isma’il Abu ‘Abd Allah al-Bukhari (1987), op.cit, Kitab Al-Solah, no hadith 469, h.231 Roshadah Abu Bakar, Razak Nordin, & Hasminuddin Hashim (2021). Amalan Solat dan Implikasinya Dalam Pembentukkan Sahsiah Serta Nilai Taqwa Dalam Diri Pelajar. International Conference on Syariah & Law2021(ICONSYAL 2021)-Online Conference. Shukri Ahmad, Yahya Don, Wan Abdul Rahman Khudri Wan Abdullah, Madiha Mohammed Ibrahim, & Shahril Fazli Mat Hussain (2014). Penghayatan Solat Dan Pengimarahan Masjid: Kajian Dalam Kalangan Pelajar Universiti Utara Malaysia. Proceeding Of The Social Sciences Research Icssr 2014 (E-Isbn 978-967-11768-7-0). 9-10 June 2014, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia. Organized By Http://Worldconferences.Net Suhaila Nadzri, Suhaily Md Shamsudin, Siti Syuhada Abd Rahman, Ahmad A’toa’ Mokhtar, & Azri Rizal Md Razali (2018). Isu-isu Pengabaian Solat Dalam Kalangan Remaja di Negeri Selangor Fakulti Pengurusan dan Muamalah, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Malaysia. E-Book of Masjid, Zakat And Waqf Management 2018 (Imaf 2018) (E-Isbn 978-967-13087- 4-5). 4 Th December 2018, Bangi, Selangor, Malaysia.


Educator’s e-Digest Peringkat Kebangsaan 2023 Pendidik Penggerak Aspirasi Madani 130 PEMBANGUNAN APLIKASI VROPP VIDEO 3600 SEBAGAI KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN UNTUK SUBJEK OFFSET OPERATION Muhammad Fairuz bin Ruslan Rosmarwati binti Abdul Rahman Nur Atiqah binti Abdullah Johar Politeknik Muadzam Shah [email protected] [email protected] [email protected] Abstrak. Pelbagai cara telah digunakan bagi merealisasikan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM) dalam melahirkan pelajar yang berpengetahuan dan mempunyai kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Salah satu cara yang dapat digunakan adalah Teknologi Realiti Maya (VR) merupakan simulasi komputer melalui terjemahan persekitaran menyerupai sesuatu keadaan nyata atau fizikal sesuatu situasi. Kaedah pengajaran dan pembelajaran secara konvensional seperti buku teks, chalk and talk tidak lagi relevan pada masa kini. Dengan Teknologi Realiti Maya (VR) ini dapat menghasilkan penggunaan aplikasi multimedia mendalam yang menggunakan komputer bagi mewujudkan suatu alam simulasi menggunakan komputer. Sehubungan itu, pengkaji memilih untuk mereka bentuk dan membangunkan Aplikasi VROPP 3600 bagi subjek Offset Operation untuk pelajar yang mengambil jurusan percetakan. Aplikasi ini dibangunkan dengan menggunakan teknologi realiti maya dan model rekabentuk pengajaran ADDIE telah digunakan sebagai panduan dalam menghasilkan aplikasi ini. Pembangun akan membangunkan satu aplikasi VROPP 3600 bagi subjek Offset Operation untuk pelajar jurusan percetakan dan diharapkan aplikasi ini dapat dijadikan bahan bantu mengajar yang efektif kepada pendidik sebagai tarikan kepada pelajar untuk meningkatkan kefahaman dan pencapaian kecemerlangan dalam pendidikan. Kata Kunci : Realiti Maya 3600 , Pengajaran dan Pembelajaran, Offset Operation, Aplikasi VROPP 1.0 PENGENALAN Dalam Era globalisasi masa kini, sistem pendidikan di Malaysia dan di kebanyakan negara maju turut mengalami perubahan yang semakin pesat terutamanya pembelajaran menggunakan teknologi atau dikenali sebagai e-pembelajaran. Ianya merupakan satu inovasi dalam sistem pendidikan yang diperbaharui bertujuan untuk menggantikan sistem pendidikan yang sedia ada. Hal ini selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM), kementerian telah mengenal pasti bidang sains dan teknologi, kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis yang membolehkan pelajar di Malaysia bersaing pada peringkat antarabangsa terutamanya dalam bidang pendidikan. Bagi memenuhi keperluan tersebut, maka sistem penyampaian pendidikan perlu ditambah baik agar mencapai tahap yang lebih baik dan mampan. Salah satu cara penambahbaikan sistem ini adalah dengan mewujudkan sistem penyampaian pendidikan yang dapat membantu meningkatkan prestasi pelajar iaitu melalui penggunaan teknologi. Dalam dunia pendidikan, terdapat pelbagai jenis teknologi yang telah digunapakai dan diaplikasikan oleh pendidik dan pelajar bagi memanfaatkan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Salah satu teknologi yang kondusif untuk pendidikan adalah teknologi realiti maya (VR), yang mana dapat mewujudkan sebuah persekitaran maya berbentuk tiga dimensi (3D) sekaligus dapat mencipta interaksi antara pelajar dalam proses pembelajaran (Zainol Abidin, Norman dan Mohd Noor, 2021). Teknologi VR ini dapat diterap dan digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) Offset


Educator’s e-Digest Peringkat Kebangsaan 2023 Pendidik Penggerak Aspirasi Madani 131 Operation seperti pembelajaran mengenai konfigurasi kawalan dan pengendalian mesin percetakan Offset. Hal ini kerana ingin memberi pendedahkan kepada pelajar yang mengambil jurusan percetakan kerana mesin-mesin yang terdapat di bengkel kadang kala tidak dapat berfungsi dengan baik, kos membaik pulih mesin tinggi dan memerlukan kepakaran luar. Malah, pembelajaran secara teori juga tidak dapat memberi penjelasan secara menyeluruh kepada pelajar untuk memahami cara penggunaan dan fungsi mesin tersebut (Nurul Hafizah, 2016). Oleh itu, pembangunan simulasi mesin percetakan secara realiti maya ini dapat digunakan sebagai alat bantu mengajar bagi membantu pelajar memahami proses percetakan offset di dalam PdP. 1.1 Aplikasi Virtual Reality (Offset Operation (VROPP) Menurut Kamus Dewan edisi keempat, aplikasi memberi maksud kegunaan (pada praktiknya) iaitu mengaplikasikan atau menggunakan secara pratik atau amali, melaksanakan atau menggunakan pada amalan atau pengaplikasikan perihal (perbuatan) mengaplikasikan sesuatu. Manakala, VROPP memberi maksud Realiti Maya iaitu Virtual Reality (VR) merupakan simulasi komputer melalui terjemahan persekitaran menyerupai sesuatu keadaan nyata atau fizikal sesuatu situasi. Offset Operation pula adalah operasi percetakkan yang merupakan kaedah pencetakan pengeluaran besar-besaran dimana imej pada plat logam dipindahkan, kemudian media dicetak (Brandon Fowler ,2022). Aplikasi VROPP ini dibangunkan bagi membantu pelajar yang mengambil jurusan percetakan di Insitusi Pengajian Tinggi di Malaysia supaya mereka dapat merasai persekitaran pembelajaran dengan pengendalian mesin secara realiti maya. Dengan menggunakan aplikasi ini pelajar dapat mempelajari subjek Offset Operation ini dengan lebih mudah dan dapat membayangkan seperti berada di kilang atau tempat industri pencetakan. Terdapat tiga bahagian yang pelajar boleh pelajari a) pengenalan keseluruhan mesin percetakan offset b) sistem mesin percetakan offset c) kawasan kerja dan penyelenggaraan mesin percetakan offset. Aplikasi VROPP ini mempunyai Video 3600 iaitu video gambaran sebenar proses penggunaan mesin percetakan bagi subjek Offset Operation . Bagi membangunkan aplikasi VROPP, pengkaji menggunakan Model ADDIE sebagai panduan model rekabentuk ADDIE sebagai panduan. Model ADDIE mengandungi lima fasa iaitu fasa analisis, rekabentuk, pembangunan, implimentasi dan penilaian. Setiap fasa ini mempunyai hubungan antara satu sama lain dan diulas secara terperinci melalui subtopik metodologi. 1.2 Objektif kajian 1.2.1 Mereka bentuk Aplikasi VROPP 3600 video bagi kursus Offset Operation di IPTA 1.2.2 Mengukur keberkesanan penggunaan Aplikasi VROPP 3600 video bagi kursus Offset Operation untuk IPTA 1.3 Offset Operation Kursus Offset Operation merupakan salah satu kursus yang ditawarkan di IPTA bagi memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan jenis-jenis percetakan. Kursus ini memberi pengetahuan kepada pelajar berkaitan teknologi percetakan offset lithography. Pelajar diberikan peluang untuk mengoperasikan sendiri mesin percetakan offset lithography ini disamping mempelajari kaedah penyelenggaraan mesin secara harian, mingguan, bulanan dan tahunan. Percetakan offset lithography atau lebih dikenali ‘offset printing’ merupakan sebuah percetakan yang menggunakan 3 silinder utama dalam mencetak. 3 silinder tersebut adalah silinder plate, blanket dan impression. Prinsip percetakan offset ialah di mana minyak dan air tidak bercampur. Ianya dipanggil sebagai percetakan offset kerana semasa proses mencetak, gambar dan teks tidak dipindahkan secara terus dari silinder plate ke substrat, tetapi ia dipindahkan terlebih dahulu daripada silinder plate ke silinder blanket dan silinder blanket ke substrat.


Educator’s e-Digest Peringkat Kebangsaan 2023 Pendidik Penggerak Aspirasi Madani 132 Terdapat dua jenis percetakan offset. Pertama ialah sheet-fed dan kedua web-fed. Sheet-fed merupakan percetakan yang menggunakan kertas jenis helaian manakala web-fed pula percetakan yang menggunakan kertas jenis gulungan. Kedua-dua percetakan ini mampu mencetak dengan jumlah yang besar dengan harga yang lebih murah berbanding percetakan yang lain. Di antara produk-produk yang dihasilkan oleh percetakan offset ini seperti risalah, poster, katalog, surat khabar, buku, majalah, AlQuran, pembungkusan berasaskan kertas dan pelbagai lagi. Percetakan offset mampu menghasilkan produk bercetak yang berkualiti tinggi dan terperinci. Fokus kajian ini adalah pada percetakan offset jenis sheet-fed. Terdapat beberapa jenama terkenal yang mengeluarkan mesin percetakan offset ini seperti Heidelberg, Komori, Ryobi, RMGT dan lain-lain lagi. Terdapat jenis-jenis mesin percetakan offset, perbezaan ini dapat dilihat pada unit warna yang ditawarkan. Terdapat mesin percetakan offset 1 warna, 2 warna, 4 warna, 5 warna, 6 warna dan 8 warna. Perbezaan ini juga dapat dilihat dari segi kemampuan sesebuah mesin offset itu untuk mencetak mengikut saiz dan warna yang diperlukan. Terdapat lima sistem utama dalam percetakan offset lithography. Lima sistem tersebut adalah yang pertama : sistem feeder, kedua : sistem registration, ketiga : sistem inking, keempat : sistem dampening dan kelima : sistem delivery. Sistem feeder ialah sistem pertama yang terlibat sebelum proses mencetak. Pada bahagian feeder akan disusun lembaran kertas yang digunakan untuk dicetak. Kertas disusun dengan baik dan diberikan sedikit angin pada setiap helai kertas dengan menggunakan teknik ‘pile’ bagi membantu memisahkan kertas di antara satu sama lain sebelum dihantar ke sistem registration. Di bahagian sistem feeder terdapat sucker yang berfungsi untuk membantu menyedut setiap helai kertas sebelum kertas dihantar ke sistem registration. Sistem kedua ialah sistem registration. Di bahagian ini terdapat pelarasan pada bahagian sidelay. Fungsi side-lay adalah untuk menetapkan kertas supaya berada dalam keadaan center. Center yang dimaksudnya adalah di bahagian kiri dan kanan kertas berada dalam keadaan selari sebelum ia dicetak. Hal ini bagi memastikan gambar dan teks yang dicetak berada dalam kawasan center kertas. Di bahagian registration ini juga terdapat alat ultrasonik double sheet detector yang perlu dilaras dan ia berfungsi untuk membuat semakan terakhir pada setiap kertas sebelum dihantar untuk dicetak. Seterusnya, sistem ketiga ialah sistem inking. Di bahagaian sistem ini terdapat roller ink dan roller fountain. Di sini dakwat akan diratakan keseluruh roller diantara satu sama lain sebelum dipindahkan ke plate untuk dicetak. Ketebalan dakwat ditentukan oleh operator yang mengoperasikan mesin. Ketebalan dakwat dipengaruhi oleh ruang/rongga di setiap roller ink yang saling bersentuhan diantara satu sama lain. Sistem keempat adalah sistem dampening yang berfungsi sebagai pembersih pada cetakan semasa proses mencetak berlangsung. Pada bahagian ini terdapat form roller yang berfungsi untuk mengimbangi dan memastikan dakwat dan air berada dalam keadaaan seimbang. Semasa proses mencetak, kawasan yang mempunyai imej pada plate akan menerima dakwat manakala kawasan yang tidak mempunyai imej akan menerima air. Oleh itu, perkara ini dijadikan sebagai prinsip bagi percetakan offset lithography. Yang terakhir ialah sistem delivery yang berfungsi membawa dan menghantar substrat sebelum dan selepas dicetak. Pada bahagian delivery terdapat sheet brake, delivery fans, sheet jogger dan lateral sheet stop. Setiap komponen ini berfungsi menyusun kertas cetakan selepas dicetak. Dibahagian delivery ini juga terdapat penyembur anti set-off powder yang berfungsi untuk mengelakkan berlakunya set-off pada cetakan dan menghalang pemindahan dakwat yang basah pada helaian yang berada diatas. Oleh itu, dalam kajian ini, pelajar akan mempelajari lima sistem utama dalam percetakan offset lithography melalui tiga bahagian menu aplikasi VROPP iaitu a) pengenalan keseluruhan mesin percetakan offset b) sistem mesin percetakan offset c) kawasan kerja dan penyelenggaraan mesin percetakan offset.


Educator’s e-Digest Peringkat Kebangsaan 2023 Pendidik Penggerak Aspirasi Madani 133 2.0 RASIONAL Kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji pengajaran dan pembelajaran (PdP) berbentuk realiti maya 3600 dan kesannya terhadap Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (IPTA). Skop kajian adalah terhad kepada pelajar yang mengambil jurusan percetakan. Bagi memastikan objektif kajian ini tercapai, skop kajian yang diberi perhatian iaitu dengan menjalankan kajian di IPTA Malaysia yang mempunyai jurusan percetakan bagi kursus Offset Operation. 3.0 METODOLOGI Model ADDIE (Analysis, Design, Development, Implementation, Evalution) merupakan salah satu model reka bentuk pengajaran. Reka bentuk pengajaran adalah untuk menghasilkan pengajaran kompeten dan berkesan bagi membolehkan pelajar memperoleh kemahiran, pengetahuan dan sikap tertentu (Juppri Bacotang dan Zainah,2018). Dengan reka bentuk pengajaran ini dapat melakukan proses sistematik untuk mereka bentuk, membangunakan, melaksana dan menilai pengajaran. Model ini merupakan asas kepada model-model reka bentuk instruksi yang lain serta mempunyai beberapa kelebihan tersendiri, Baharuddin Aris, Bilal Ali, Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir (2001). Antara kelebihannya ialah, model ADDIE mengandungi 5 fasa asas kepada rekabentuk pengajaran. Model ADDIE merupakan model reka bentuk yang berfungsi sebagai garis panduan ke arah pembinaan perisian dan bahan pengajaran-pembelajaran berdasarkan keperluan. Rajah 1 : Model ADDIE Bagi membangunkan aplikasi ini pembangun telah memilih untuk menggunakan model reka bentuk ADDIE. Model ADDIE mengandungi 5 fasa iaitu fasa analisis, fasa reka bentuk, fasa pembangunan, fasa implimentasi dan fasa penilaian. Setiap fasa mempunyai hubungan antara satu sama lain.


Educator’s e-Digest Peringkat Kebangsaan 2023 Pendidik Penggerak Aspirasi Madani 134 Fasa analisis: - Pada peringkat ini ia melibatkan beberapa proses penentuan serta mengenal pasti masalah yang ingin diselesaikan. Fasa Rekebentuk: - Fasa ini dilaksanakan selepas proses analisis keperluan selesai. Ia menjelaskan pandangan keseluruhan mengenai reka bentuk, struktur, pendekatan pengajaran, teori pembelajaran, jenis media dan teknologi yang akan terlibat (Baharuddin Aris, Bilal Ali, Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir (2001). Fasa ini menentukan reka bentuk yang perlu dihasilkan menggunakan perisian yang ditentukan. Reka bentuk kajian ini menggunakan Canva, Camera 3600 , 3D Vista, Adobe Illustrator dan Adobe Premiere. Fasa Pembangunan: - Peringkat ini melibatkan membina sistem sebenar dengan menggunakan semua elemen media dan teknologi yang terpilih berdasarkan keperluan. Dibina berdasarkan fasa analisis dan rekabentuk. Tujuan fasa ini ialah untuk menghasilkan rancangan pengajaran dan bahan pembelajaran. Semasa fasa ini akan dibangunkan, langkah pengajaran serta media yang bakal digunakan dalam pengajaran dan dokumen lain yang diperlukan. Output dalam fasa reka bentuk akan menjadi input kepada fasa pembanguna. Fasa Perlaksanaan: - Di peringkat ini, bahan pengajaran yang telah disediakan akan digunakan atau dilaksanakan dalam keadaan sebenar. Aplikasi VROPP yang telah disiapkan akan diuji kepada pengguna sebenar bagi mengenal pasti kesilapan semasa proses pembangunan projek berlaku. Sekiranya berlaku kesilapan, pembaikan akan dilakukan sebelum ia diserahkan sepenuhnya kepada pengguna sasaran untuk digunakan. Fasa untuk menguji keberkesanan aplikasi yang dihasilkan serta masalah-masalah yang mungkin berlaku dalam fasa rekabentuk dan pembangunan. Fasa Penilaian: - Penilaian terbahagi kepada dua bahagian iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif. Penilaian formatif merangkumi setiap fasa dalam proses ADDIE. Penilaian formatif seharusnya dilakukan terhadap semua peringkat untuk memastikan keberkesanannya. Rajah 2: Paparan muka depan aplikasi VROPP Aplikasi ini bermula dengan muka depan menu utama. Diikuti dengan butang bagi log masuk, pengenalan mesin, sistem mesin dan selenggara mesin percetakan offset.


Educator’s e-Digest Peringkat Kebangsaan 2023 Pendidik Penggerak Aspirasi Madani 135 Rajah 3: Paparan menu utama aplikasi VROPP 5.0 IMPAK AMALAN BAIK Aplikasi VROPP ini dibangunkan bagi membantu pelajar yang mengambil Diploma Media Cetak di Insitusi Pengajian Tinggi di Malaysia. Aplikasi ini dapat membantu pelajar merasai persekitaran pembelajaran secara realiti maya di mana pelajar dapat merasai persekitaran menyerupai sesuatu yang nyata. Dengan menggunakan aplikasi ini pelajar dapat mempelajari subjek Offset Operation ini dengan lebih mudah dan dapat membayangkan seperti berada di kilang atau tempat industri pencetakan. VROPP dibangunkan bagi membantu pelajar yang mengambil jurusan percetakan di Insitusi Pengajian Tinggi di Malaysia supaya mereka dapat merasai persekitaran pembelajaran dengan pengendalian mesin secara realiti maya/Virtual Reality (VR) dapat memberi ruang kepada penghasilan pembelajaran lebih inovatif dan fleksibel. Kajian ini penting untuk mengukur Aplikasi VROPP 3600 video bagi subjek Offset Operation untuk Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (IPTA). Hasil kajian ini dapat diberi panduan dan sumbangan kepada pihak Kementerian Pengajian Tinggi dan Politeknik Malaysia bagi membantu meningkatkan proses PdP.


Educator’s e-Digest Peringkat Kebangsaan 2023 Pendidik Penggerak Aspirasi Madani 136 RUJUKAN Baharuddin Aris, Bilal Ali, Jamalludin Harun, & Zaidatun Tasir (2001). Sistem Multimedia dan Aplikasinya. Kuala Lumpur: Venton Publisher. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Laporan Tahunan 2016 PPPM 2013-2025. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015, 1, 100–108. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Malaysia Education Bueprint 2013 - 2025. Nurul Hafizah, M. Z. (2016). Aplikasi Mudah Alih Bagi Simulasi Proses Kisar Maya. Tesis Ijazah Sarjana Muda tidak diterbitkan. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Zainal Abidin, M.N., Norman, M.H., & Mohd Noor N. (2021). Keberkesanan Penggunaan Realiti Maya Dalam Kurikulum Pendidikan Malaysia. Jurnal Dunia Pendidikan. E-ISSN: 2682- 826X Vol 3, No. 1, 729-737.


Educator’s e-Digest Peringkat Kebangsaan 2023 Pendidik Penggerak Aspirasi Madani 137 PELAKSANAAN INTEGRATED CURRICULUM DALAM PROJEK LUKISAN TERUKUR SEMESTER 3 KOLEJ KOMUNITI PENAMPANG Norfadzilatul Zaleha binti Khalid Norszazlina binti Ali Abas Kolej Komuniti Penampang, Sabah [email protected] [email protected] Abstrak. Integrated Curriculum ialah penggabungan dua (2) atau lebih kursus untuk mencapai hasil pembelajaran yang lebih optimum. Terdapat 3 model dalam Integrated Curriculum iaitu Intraprogramme Integrated Curriculum Model (IntraIC), Inter-programme Integrated Curriculum Model (InterIC model) dan Inter-Institution Integrated Model (3IC model). Projek ini melibatkan pelajar semester 3 program Sijil Teknologi Senibina. Intra-programme Integrated Curriculum Model (IntraIC model) digunapakai bagi projek ini di mana 3 kursus iaitu STS30103 Asas Lukisan Terukur, STS30113 Model Senibina dan STS30142 Lukisan Persembahan Berbantu Komputer akan digabungkan menjadi 1 projek iaitu “Projek Jelajah Penempatan Etnik Borneo”. Projek ini masih menggunakan penilaian yang sama seperti yang terdapat di dalam dokumen kurikulum. Rasional program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar dan pensyarah tentang Integrated Curriculum bagi memudahkan dan mengurangkan beban tugasan pelajar semester akhir. Kaedah pelaksanaan program ini ialah bermula dengan Lawatan tapak terukur dan kerja lapangan iaitu proses pengukuran bangunan/rumah, seterusnya pelajar akan melakar dan melukis semula bentuk bangunan/rumah tersebut dalam bentuk digital dengan menggunakan perisian Autocad dan SketchUp, diikuti dengan penghasilan model bangunan/rumah tersebut dan akhir sekali pelajar akan membentangkan hasil kerja pada hari portfolio yang biasanya diadakan pada setiap hujung semester. Impak pelaksanaan program ini ialah memberi pendedahan kepada pelajar dan juga pensyarah tentang Integrated Curriculum serta peningkatan prestasi pelajar dalam melaksanakan 1 projek seperti mana kehendak kurikulum dan ini akan meningkatkan hasil pembelajaran kursus. Semoga projek ini mendatangkan manfaat kepada para pelajar dan menggalakkan serta menjadi panduan kepada pensyarah untuk melaksanakan Integrated Curriculum. Kata Kunci: Integrated Curriculum, Lukisan Terukur, Sijil Teknologi Senibina, Kolej Komuniti Penampang 1.0 PENGENALAN Integrated Curriculum adalah salah satu daripada piawaian CDIO. Ia digambarkan sebagai kurikulum yang dianjurkan di sekeliling disiplin teknikal yang saling menyokong dengan kemahiran CDIO (peribadi, interpersonal, dan kemahiran membina produk, proses dan sistem) yang sangat terjalin (Edstrom, et al., 2007). Sejak 2016, 17 kurikulum bersepadu di 10 politeknik telah dibangunkan dan dilaksanakan. Memandangkan pendekatan CDIO bukan preskriptif (Crawley et al., 2007), 3 model berikut telah dirangka untuk menerangkan 3 kaedah mengintegrasikan kurikulum dalam konteks politeknik dan kolej komuniti: i) Model Kurikulum Bersepadu Dalam Program (IntraIC) ii) Model Kurikulum Bersepadu Antara Program (InterIC) iii) Model Kurikulum Bersepadu Antara Institusi (3IC)


Educator’s e-Digest Peringkat Kebangsaan 2023 Pendidik Penggerak Aspirasi Madani 138 Model IntraIC dan InterIC pertama kali dicadangkan oleh Kamarudin & Teh (2017) berdasarkan pengalaman pembelajaran bersepadu yang dirintis di 3 politeknik: Politeknik Ungku Omar (PUO), Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) dan Politeknik Tun Syed Nasir (PTSN). 1.1 Intra-Programme Integrated Curriculum Model (IntraIC) Dalam Intra-Programme Integrated Curriculum Model (IntraIC), dua (2) atau lebih kursus dalam program atau jabatan yang sama digabungkan dalam satu (1) projek namun mengekalkan penilaian yang dinyatakan dalam kurikulum, seperti yang digambarkan dalam Rajah 1. Rajah 1: Intra-Programme Integrated Curriculum Model Model IntraIC adalah kaedah paling mudah untuk mengintegrasikan kurikulum/kursus dan ia telah dilaksanakan dengan jayanya di kebanyakan politeknik dan kolej komuniti yang terlibat dalam inisiatif kurikulum bersepadu termasuk program Sijil Teknologi Senibina, Kolej Komuniti Penampang. Dalam Rajah 1, tiga (3) kursus teras disiplin STS pada semester 3: STS 30103 (Asas Lukisan Terukur), STS 30113 (Model Senibina) dan STS 30142 (Lukisan Persembahan Berbantu Komputer); telah diintegrasikan untuk menghasilkan output akhir: set lukisan, model dan papan pembentangan (presentation board). Faktor yang menjadikan kursus ini diintegrasi adalah: i) Hasil pembelajaran kursus (CLO) saling berkaitan ii) CLO yang saling berkaitan mempunyai jenis penilaian yang sama (amali dan pembentangan) iii) Ketiga-tiga kursus tersebut berada pada semester yang sama (semester 3) dan dijalankan serentak iv) Pelajar adalah dari program dan kelas yang sama. Sebelum Integrated Curriculum dilaksanakan, pelajar perlu menghantar 3 amali dan menyampaikan 3 pembentangan yang berbeza untuk 3 kursus tersebut. Selepas Integrated Curriculum, pelajar menghantar hanya 1 amali yang sama dan membentangkan 1 cadangan projek, untuk CLO yang saling berkaitan, pada akhir semester. Walau bagaimanapun, mereka masih dinilai oleh 3 pensyarah berbeza yang mengajar 3 kursus tersebut kerana CLO yang berbeza memerlukan rubrik yang berbeza.


Educator’s e-Digest Peringkat Kebangsaan 2023 Pendidik Penggerak Aspirasi Madani 139 Penyepaduan kursus membolehkan pelajar: i) Memahami kaitan kursus ii) Mempunyai lebih banyak masa untuk melakukan lebih sedikit tugasan iii) Menumpukan perhatian kepada projek tertentu daripada mengumpul tenaga mereka pada banyak tugas. Kurikulum bersepadu mengurangkan beban kerja kedua-dua pelajar dan pensyarah tanpa menjejaskan hasil pembelajaran. Set Kemahiran Abad Ke-21 (kerjasama, kreativiti, komunikasi dan pemikiran kreatif) yang selalunya tidak dinyatakan secara eksplisit dalam hasil, boleh dinyatakan secara eksplisit dalam Hasil Pembelajaran Projek seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1. Ringkasan sukatan pelajaran ini membantu pensyarah dan pelajar melihat apakah hasil projek dan hasil pembelajaran yang harus mereka tangani dalam projek. Rajah 1: Intra-Programme Integrated Curriculum Model 2.0 RASIONAL / JUSTIFIKASI AMALAN BAIK Tekanan boleh dirasai oleh semua peringkat termasuk golongan mahasiswa. Dalam konteks mahasiswa, isu berkaitan dengan tekanan dilihat sebagai suatu yang sangat penting disebabkan oleh kesan negatifnya terhadap kesihatan fizikal dan mental (Lundberg 2003; Al-Dubai et al. 2013). Permasalahan tekanan dalam kalangan mahasiswa akhir-akhir ini semakin meningkat kesan daripada perubahan sistem pembelajaran dan juga faktor persekitaran yang menjadikan isu ini semakin parah. Mahasiswa boleh dikategorikan sebagai individu yang tertekan disebabkan oleh beban kerja akademik yang ditanggung. Beban kerja boleh ditakrifkan sebagai jumlah kerja yang diberi oleh pensyarah kepada mahasiswa dalam tempoh masa tertentu. Sebagai contoh, tugasan, tutorial, kuiz, peperiksaan dan praktikal yang mana mahasiswa perlu penuhi untuk menamatkan pengajian (Yusoff et al. 2010). Beban kerja yang terlalu berat boleh menyebabkan mahasiswa berasa bimbang dan gelisah. Lalu, menyebabkan mahasiswa mengalami tekanan jika ia berterusan dalam tempoh yang berpanjangan. Oleh itu, inisiatif untuk melaksanakan Integrated Curriculum telah diperkenalkan. Program Sijil Teknologi Senibina, Kolej Komuniti Penampang menyambut baik inisiatif ini dan telah melaksanakannya untuk pelajar semester 3. Dengan terlaksananya inisiatif ini, beban tugasan pelajar dapat dikurangkan dan pelajar lebih memahami kursus yang diajar. Pelajar juga mempunyai lebih masa untuk mendalami 1 projek sahaja tanpa menjejaskan hasil pembelajaran.


Educator’s e-Digest Peringkat Kebangsaan 2023 Pendidik Penggerak Aspirasi Madani 140 3.0 METOD / KAEDAH PELAKSANAAN AMALAN BAIK Beberapa kaedah pelaksanaan dijalankan seperti berikut: 3.1 Lawatan tapak terukur dan kerja lapangan. Setelah mengadakan perbincangan dengan para pelajar, maka lawatan tapak ke projek terukur dilaksanakan mengikut masa dan tarikh yang telah ditetapkan. Lawatan ini dijalankan dalam kursus STS30103 Asas Lukisan Terukur. Pelajar akan melaksanakan pengukuran bangunan dan pengumpulan data serta maklumat bangunan mengikut kumpulan yang telah diberikan. Gambar 1: Kerja-kerja pengukuran di lapangan Gambar 2: Kerja-kerja pengukuran di lapangan 3.2 Melakar/melukis semula dalam bentuk digital. Setelah selesai kerja di lapangan iaitu mengukur bangunan, pelajar akan memindahkan data dapatan ke dalam bentuk digital dengan melukis semula menggunakan perisian Autocad dan Sketchup. Dalam fasa ini, silibus telah diintegrasikan bagi kursus STS30103 Asas Lukisan Terukur dan STS30142 Lukisan Persembahan Berbantu Komputer, di mana pelajar perlu menghasilkan Set lukisan dan Lukisan


Educator’s e-Digest Peringkat Kebangsaan 2023 Pendidik Penggerak Aspirasi Madani 141 Persembahan dalam kursus STS30103 manakala dalam kursus STS30142 juga pelajar perlu menghasilkan lukisan persembahan. Gambar 3: Set lukisan terukur (Pelan Lantai) Gambar 4: Set lukisan terukur (Pandangan)


Click to View FlipBook Version