The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by siscsippdkemaman, 2023-10-01 23:14:27

KIT_CAKNA_MINDA (1)

KIT_CAKNA_MINDA (1)

Keywords: CAKNA MINDA

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU LEMBAH PANTAI, 59990 KUALA LUMPUR


1 KIT CAKNA MINDA Panel Pembina KIT Lokman Bin Abd Wahid Dr. Mohd Haidi Bin Mohd Kasran Dr. Shamsul Aizuwani Bin Nawi Norselin Bin Bin Wahab Rozita Binti Haji Omar Anuar Bin Md. Amin Mohammad Asri Bin Ayob Dr. Norhana Binti Bakhary Norlia Binti Samin Fatimah Binti Sepuan Hajah Nor Ashikin Binti Haji Yusof Suffian Bin Sulaiman Kamariah Binti Ngah Normawati Binti Inas Siti Rasidah Binti Kirmon Mohamad Asri Bin Mat Husin Hassan Bin Idris Rusydan Bin Mohd Rosli Editor Dr. Shamsul Aizuwani Bin Nawi Dr. Mohd. Haidi Bin Mohd Kasran Zurihan Bin Yusof Maniyamin Bin Ibrahim Ilustrasi Wan Abdul Rahman bin Wan Abdullah


KIT CAKNA MINDA 2 Edisi Pertama, Cetakan Julai 2017 © Hak cipta Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, 2017. Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu terlebih dahulu. Diterbitkan di Malaysia oleh INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU Lembah Pantai, 59990 Kuala Lumpur, MALAYSIA Tel: 03-2281 4400, Faks: 03-2281 4444 Emel: [email protected] Laman sesawang: ipgkbm.moe.edu.my Dicetak di Malaysia oleh WEABER RESOURCES (156113-U) No. 34, Jalan SP 4/28, 42610 Jenjarom, Selangor Darul Ehsan. Tel: 011 210 99795 e-mel: [email protected]


3 KIT CAKNA MINDA CAKNA MINDA KIT PEMBELAJARAN SOKONGAN Kit pembelajaran sokongan Cakna Minda dijana bertujuan untuk membantu guru-guru mempelbagaikan aktiviti pembelajaran dan pemudahcaraan. Kit pembelajaran ini mempunyai : • tip pembelajaran • carta alir pembinaan kit • carta alir penggunaan kit • manual penggunaan kit • ilustrasi yang menarik • mudah digunakan • merangsang minda murid • belajar sambil bermain


KIT CAKNA MINDA 4 ELEMEN BAHAN TEKNIK PEMAHAMAN • PAPAN FIKIR • PAPAN JENDELA • PAPAN KREATIF • KATA KUNCI • TETINGKAP • ILUSTRASI BINA AYAT • GERABAK SKOP 1 • GERABAK SKOP 2 • GERABAK SKOP 3 • JELAJAH KATA • JJCK • HENTIAN SKOP ULASAN • PILIHLAH AKU • LIF ULASAN • POHON IKC • SuSi • CANTUM • CAMBAH KARANGAN • BUKARA • PIRAMID MINDA • RODA MINDA • CAMNATU • BT2 • PPB PERIBAHASA • BOSA • POPERI • KARUNG AJAIB • PISANG • CADAN • CFT TATABAHASA • KAD PINTAR 1 • KAD PINTAR 2 • KAD PINTAR 3 • PISANG • CADAN • CFT KANDUNGAN KIT


5 KIT CAKNA MINDA FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.


KIT CAKNA MINDA 6 KANDUNGAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN PERSADA KATA • Sekilas Madah • Secangkir Kata • Semanis Bicara • Setitis Tinta PANEL PEMBINA KIT CAKNA MINDA PENGENALAN KBAT Konsep Penyoalan KBAT Contoh Konsep Penyoalan KBAT DSKP Bahasa Melayu KBSR Tahun 6 Kemahiran Abad Ke-21 Kemahiran Pembelajaran Abad Ke-21 Kesediaan Untuk Pendidikan Lanjut dan Alam Pekerjaan ELEMEN 01 : PEMAHAMAN Kit Cakna Minda : Papan Fikir Kit Cakna Minda : Papan Jendela Kit Cakna Minda : Papan Kreatif ELEMEN 02: MEMBINA AYAT Membina Ayat : Gerabak Skop 1 Membina Ayat : Gerabak Skop 2 Membina Ayat : Gerabak Skop 3 ELEMEN 03: MENULIS ULASAN Lif Ulasan : Aras Rendah Pohon IKC : Aras Sederhana Pilihlah Aku : Aras Tinggi 5 8 9 10 11 14 17 18 19 20 21 22 23 24 25 29 36 42 48 52 56 60 66 70 76 81 01 02 03


7 KIT CAKNA MINDA ELEMEN 04: MENULIS KARANGAN Kit Bukara Bukara : Bukaan Rajah Piramid Minda Roda Minda ELEMEN 05: PERIBAHASA BOSA : Boneka Peribahasa POPERI : Pohon Peribahasa Karung Ajaib ELEMEN 06: TATABAHASA K-Pintar 1 K-Pintar 2 K-Pintar 3 PENUTUP RUJUKAN LAMPIRAN 04 05 06 84 85 86 95 100 106 108 115 117 121 122 131 138 149 150 151


KIT CAKNA MINDA 8 Sekilas Madah Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Terlebih dahulu izinkan saya untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada IPG Kampus Bahasa Melayu kerana telah menjadi pemegang Inisiatif 108 dan MBM yang membawa kepada penghasilan Kit Sokongan Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini. Syabas dan tahniah juga saya ucapkan kepada seluruh ahli panel penulis yang telah berkolaborasi dan berganding bahu bagi menerbitkan Kit Sokongan Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini. Penghasilan kit ini sebenarnya menggambarkan penglibatan semua pihak daripada Pensyarah IPG, Pegawai SISC+, Warga PPD, Guru Cemerlang serta Guru Akademik sebagai satu pasukan yang mempamerkan budaya kerja cemerlang yang akhirnya berjaya melahirkan hasil yang gemilang. Dunia kini mengalami perkembangan yang pesat lagi mencabar dalam kebanyakan aspek kehidupan termasuk pendidikan. Fenomena ini turut mengheret dunia pendidikan kepada cabaran dalam bentuk baharu dalam abad ke-21. Maka transformasi bilik darjah perlu dilaksanakan bagi melahirkan generasi modal insan yang seimbang dan mampu menghadapi cabaran dunia semasa. Justeru pengisian Kit Sokongan Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini sangat bertepatan dengan keperluan dunia pendidikan hari ini terhadap bahan sokongan akademik yang mampu membangunkan potensi individu murid. Kit pembelajaran ini akan membantu guru untuk merancang pengajaran dengan pelbagai strategi dan teknik pengajaran terkini. Malah penggunaan kit ini sangat menjurus kepada usaha untuk melahirkan murid yang mempunyai kemahiran komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, kreatif, dan inovatif. Saya penuh yakin bahawa kit ini akan dapat memberi manfaat yang besar kepada warga pendidik dalam usaha membudayakan pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) abad ke-21. Sekian, terima kasih. TAN SRI DR. KHAIR BIN MOHAMAD YUSOF


9 KIT CAKNA MINDA Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT atas limpah izin-Nya diberi kesempatan kepada saya untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam ruangan ini. Pertama sekali saya ingin merakamkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat menjayakan Kit Sokongan Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Saya amat menghargai komitmen dan kesungguhan Pensyarah IPG, Pegawai SISC+, Warga PPD, Guru Cemerlang serta Guru Akademik yang berkolaboratif dalam penghasilan kit ini sebagai satu usaha membimbing guru-guru bagi menyahut cabaran pendidikan abad ke-21. Penghasilan Kit Sokongan Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini merupakan satu kaedah inovatif yang digunakan sebagai bahan bantu mengajar di sekolah. Kit ini disediakan dengan berpandukan aspek psikologi murid-murid dan mengikut kemampuan serta kebolehan mereka dengan kemahiran yang berbeza. Bahan ini diguna dan dilaksana oleh guru-guru untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih mudah dan difahami oleh pelajar. Kit ini juga turut dilengkapkan dengan manual penggunaan dan lembaran kerja supaya guru dan murid lebih memahami tugasan yang akan mereka jalankan. Saya berharap agar Kit Sokongan Kurikulum ini akan menjadi bahan rujukan dalam menguruskan PdPc yang efisien kerana aktiviti yang terkandung dalam kit ini berfokus kepada persediaan peperiksaan. Di samping itu, membekalkan aktiviti pembelajaran murid yang menyeronokkan, berkesan, dan menepati keperluan pembelajaran abad ke-21. Sekian terima kasih Secangkir Kata Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia DR. SARIAH BINTI ABDUL JALIL


KIT CAKNA MINDA 10 Semanis Bicara Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Sekalung tahniah dan syabas saya rakamkan kepada para panel penulis atas kejayaan menerbitkan Kit Sokongan Bahasa Melayu Sekolah Rendah edisi pertama. Bagi pihak Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu (IPGKBM) selaku peneraju untuk Inisiatif 108 dan mengetuai pembinaan Kit Sokongan ini di bawah Program Transformasi Pejabat Pelajaran Daerah (DTP) dengan kerjasama PADU. Sistem pendidikan di Malaysia telah banyak menyumbang kepada kemajuan dan kemakmuran negara. Namun, penambahbaikan secara berterusan adalah diperlukan bagi memastikan mutu pendidikan negara seiring dengan perkembangan semasa. Penerbitan kit sokongan ini, dapat dilihat, elemenelemen pendidikan abad ke-21, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan menjurus kepada elemen-elemen dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) telah diterapkan dalam kandungan kit ini. Panel penulis yang merupakan para pensyarah IPG, Pegawai Pembimbing Pakar Peningkatan Sekolah (SISC+), Guru Cemerlang dan guru sekolah berpengalaman dalam bidang bahasa Melayu telah berupaya untuk menterjemahkan konsep pendidikan masa kini yang menjurus kepada pedagogi abad ke-21. Saya amat yakin penerbitan kit sokongan ini berupaya memberi impak maksimum dan dapat direalisasikan oleh pihak guru dan murid di sekolah. Penggunaan bahan inovasi pendidikan dengan penerapan teknik yang sesuai telah diserap melalui aktiviti-aktiviti yang menarik dan mampu merangsang murid untuk belajar. Akhir kata, diharapkan agar penerbitan kit sokongan ini dapat dijadikan sebagai penyampaian pendidikan bahasa Melayu yang bersifat terkini dan lebih efektif serta dapat menyumbang kepada kecemerlangan pendidikan sesuai dengan keperluan pedagogi abad ke-21, sekaligus sebagai satu untuk mencapai matlamat yang digariskan PPPM. Tahniah dan Selamat Maju Jaya. DR. HAJAH MARIDAH BINTI ALIAS A.N.S., P.M.C


11 KIT CAKNA MINDA Setitis Tinta Pengurus Projek Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Inisiatif 108 Pemartabatan Pendidikan Bahasa Melayu merupakan satu inisiatif yang bertujuan untuk meningkatakan pemerolehan dan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan murid. Salah satu daripada Program yang terdapat di bawah Inisiatif Pemartabatan Pendidikan Bahasa Melayu ini ialah pembinaan Kit Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Kit Bahasa Melayu sekolah Rendah merupakan bahan sokongan kepada buku teks Bahasa Melayu Sekolah Rendah sama ada untuk Sekolah Kebangsaan mahupun Sekolah Jenis Kebangsaan. Penyusunan bahan dalam Kit Pembelajaran ini adalah selari dengan tema-tema yang terkandung di dalam DSKP Bahasa Melayu Sekolah Rendah dan bergantung kepada kreativiti guru-guru, Kit ini sesuai digunakan untuk semua peringkat umur murid. Kit pembelajaran ini direka bentuk untuk membantu guru-guru mempelbagaikan aktiviti pembelajaran, memberikan panduan terarah terhadap bimbingan mereka kepada murid dan sekali gus diharapkan dapat melonjakkan prestasi mereka dalam PdPC. Objektif penyediaan dan pelaksanaan Kit yang pertama adalah supaya dapat digunakan oleh guru-guru sebagai bahan alternatif pengajaran dan pembelajaran. Keduanya, kit ini untuk membolehkan guru mempelbagaikan teknik pengajaran. Objektif yang ketiga adalah untuk menyediakan pelbagai bentuk rangsangan yang menjurus kepada peperiksaan dan objektif keempat adalah untuk melonjakkan prestasi murid dalam PdPC mereka. Untuk mencapai objektif yang sedemikian, Kit ini menyediakan pelbagai pilihan kepada guru. Bagi bidang pemahaman, guru-guru diperkenalkan dengan Papan Fikir, Papan Jendela dan Papan Kreatif yang menggunakan Teknik Kata Kunci, Tetingkap dan Ilustrasi. Bagi bidang Bina Ayat, guru-guru diperkenalkan pulan dengan Gerabak Skop 1, Gerabak Skop 2 dan Gerabak Skop 3 dengan teknik Jelajah kata, JJCK da Hentian Skop. Bagi bidang Ulasan pula, bahan yang disediakan adalah seperti Pilihlah Aku, Lif Ulasan dan Pohok IKC yang menggarap teknik SuSi, Jana Idea dan Cambah. Bagi membantu guru dalam bimbingan Karangan kepada murid, Kit ini menyediakan bahan seperti Bukara, Piramid LOKMAN ABD WAHID


KIT CAKNA MINDA 12 Minda dan Roda Minda dengan menggunakan teknik Camnatu, BT2 dan PPB. Untuk Peribahasa, Kit ini menyediakan bahan seperti Bosa, POPERI dan Karung Ajaib yang diserasikan dengan teknik Pisang, Cadan dan CFT. Akhir sekali bagi Tatabahasa, guru-guru diberikan bahan Kad Pintar 1, Kad Pintar 2 dan Kad Pintar 3 dengan menggunakan teknik G-Tiga, G-Tim dan G-Tampak. Kesemua gabungan bahan dan teknik yang menarik ini ditemukan sebegitu rupa untuk menjadikan bimbingan guru menjadi berkesan dan melentur kebiasaan kepada murid-murid. Ini amat sesuai dengan apa yang dikatakan oleh Chomsky bahawa pengalaman bahasa itu perlu diterapkan secara tekal dalam parameter berbahasa yang merangsang minat dan minda murid. Sekalung syabas diucapkan kepada ahli panel Kit yang telah berjaya menghasilkan sesuatu pakej yang komprehensif dan bermanfaat. Semoga Kit ini akan menjadi inspirasi kepada guru-guru Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan dan Jenis Kebangsaan untuk memperkukuh dan menjadikan PdPC Bahasa Melayu menarik dan bermakna.


13 KIT CAKNA MINDA


KIT CAKNA MINDA 14 Panel Pembina Kit LOKMAN BIN ABD WAHID Pensyarah Cemerlang Bahasa Melayu IPG Kampus Bahasa Melayu • Sarjana Sastera (Kesusasteraan Melayu) - UKM • Sarjana Muda Pendidikan (PBMP) - UPM • Sijil Perguruan Asas - (MPLP) DR. SHAMSUL AIZUWANI BIN NAWI Pensyarah IPG Kampus Bahasa Melayu • Doktor Falsafah (Pengajian Bahasa Melayu) - UKM • Sarjana Sastera (Linguistik) - UKM • Ijazah Sarjana Muda Sastera (Linguistik / Sejarah) - UKM • Diploma Pasca Siswazah Spada - UMS • Diploma Pendidikan - IBMM ROZITA BINTI HAJI OMAR Pensyarah Bahasa Melayu IPG Kampus Ipoh • Sarjana Pendidikan (Pengurusan Pendidikan) - UPSI • Ijazah Sarjana Muda (PBMP) - UPM • Diploma Pentadbiran Awam - UiTM DR. MOHD HAIDI BIN MOHD KASRAN Pensyarah Cemerlang Bahasa Melayu IPG Kampus Bahasa Melayu • Doktor Falsafah (Persuratan Melayu) - UKM • Sarjana Sastera (Kesusasteraan Melayu) - UPM • Sarjana Muda (Kepujian) (Bahasa Dan Linguistik Melayu) - UPM • Sijil Perguruan Asas - (MPIP) NORSELIN BIN BIN WAHAB Pensyarah IPG Kampus Bahasa Melayu • Sarjana Pendidikan (Pendidikan Awal Kanak-Kanak - UPSI • Ijazah Sarjana Muda (Komunikasi & Psikologi) - UKM • Diploma Pendidikan Bahasa Melayu - IPGKDA ANUAR BIN MD. AMIN Pembimbing Pakar Peningkatan Sekolah (SISC+) PPD Klang • Sarjana Pendidikan - Pendidikan Bahasa UM • Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) Kesusasteraan Melayu - USM • Sijil Perguruan - MPLP


15 KIT CAKNA MINDA MOHAMMAD ASRI BIN AYOB Pembimbing Pakar Peningkatan Sekolah (SISC+) PPD Klang • Ijazah Sarjana Muda (Sains) Pendidikan - OUM • Sijil Perguruan - MPKB NORLIA BINTI SAMIN Pembimbing Pakar Peningkatan Sekolah (SISC+) PPD Gombak • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Rendah Dengan Kepujian - OUM • Sijil Perguruan Asas (Perguruan Sekolah Rendah - Pengajian Melayu) - IPGK Ipoh HAJAH NOR ASHIKIN BINTI HAJI YUSOF Guru Cemerlang SMK Seri Ampang • Sarjana Pendidikan (Sosiologi Pendidikan) - UM • Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) - UM • Diploma Pendidikan KPLI - IBKL • Diploma Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan (NPQH - LAB) • Sijil Kelayakan Profesional Kepengetuaan Kebangsaan (NPQH - LAB) DR. NORHANA BINTI BAKHARY Pembimbing Pakar Peningkatan Sekolah (SISC+) PPD Seremban • Ijazah Kedoktoran Bahasa Melayu [Sosiolinguistik (Pragmatik)] - UPM • Ijazah Sarjana Bahasa Melayu - UPM • Ijazah Sarjana Muda Bahasa Melayu - UM • Diploma Pendidikan - UM FATIMAH BINTI SEPUAN Pembimbing Pakar Peningkatan Sekolah (SISC+) PPD Hulu Langat • Sarjana Pentadbiran Pendidikan – UPM • Ijazah Sarjana Muda (Pendidikan Bahasa Melayu - UKM • Diploma Perguruan Khas Pendidikan Bahasa Melayu - Institut Bahasa Kuala Lumpur • Sijil Perguruan Asas MPLP Kuala Lumpur SUFFIAN BIN SULAIMAN Guru Cemerlang Sekolah Sukan Bukit Jalil • Sarjana Muda Sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu) – UPM • Diploma Pendidikan Institut Bahasa Melayu Malaysia


KIT CAKNA MINDA 16 KAMARIAH BINTI NGAH Guru Bahasa Melayu SK Petaling Jaya • Ijazah Sarjana Muda Bahasa Linguistik Dan Sastera - UPM • Diploma Perguruan - IPG Dato’ Razali Ismail, Terengganu SITI RASIDAH BINTI KIRMON Guru Bahasa Melayu SK Ayer Hitam, Muar • Sarjana Sastera - UPM • Ijazah Sarjana Muda Pengajian Melayu & Linguistik - UPM • Diploma Perguruan - Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim HASSAN BIN IDRIS Pembimbing Pakar Peningkatan Sekolah (SISC+) PPD Petaling Utama • Sarjana Pengurusan Pendidikan - UM • Ijazah Sarjana Muda Komunikasi - UPM Diploma Linguistik - UM • Diploma Perguruan - IPG Rajang NORMAWATI BINTI INAS Guru Bahasa Melayu SK (P) Methodist, Klang • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sekolah Rendah (Kepujian) Pengajian Bahasa Melayu - UPSI • Diploma Perguruan Malaysia - MPPP K. Terengganu MOHAMAD ASRI BIN MAT HUSIN Pembimbing Pakar Peningkatan Sekolah (SISC+) PPD Petaling Utama • Sarjana Pendidikan Bahasa Melayu - UM • Ijazah Sarjana Muda Pengajian Melayu - UM • Diploma Pendidikan - Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan, Kuantan RUSYDAN BIN MOHD ROSLI Guru B. Melayu/ PSV SK Desa Aman, Sg. Buloh • Ijazah Sarjana Muda Perguruan Pendidikan Seni Visual - IPG Kampus Sultan Abdul Halim


17 KIT CAKNA MINDA Pengenalan Apakah itu Kit Cakna Minda? Yang pasti tujuan pembelajaran kit ini ialah sebagai: a. Bahan alternatif aktiviti pengajaran dan pembelajaran, b. Bahan sokongan bagi guru mempelbagaikan teknik pengajaran, c. Menyediakan pelbagai bentuk soalan yang menjurus kepada peperiksaan. Kit Cakna Minda merupakan bahan sokongan kepada buku teks Bahasa Melayu sekolah rendah sama ada SK mahupun SJK. Matlamat kit pembelajaran ini adalah untuk melonjakkan prestasi murid dalam PdP. Kit pembelajaran ini juga dibina selari dengan tema DSKP Bahasa Melayu sekolah rendah dan sesuai dengan pelbagai peringkat umur. Kejayaan tidak boleh dicapai tanpa usaha, kesungguhan dan semangat yang tinggi. Kejayaan tidak boleh dicapai dalam masa yang singkat. Kejayaan memerlukan perancangan yang rapi dengan latihan yang berterusan. Setiap orang perlu berusaha gigih untuk memperoleh kejayaan. Jika kita hendak berjaya kita harus tekun, rajin, dan jujur. Di mana ada kemahuan, di situ ada kejayaan. Gunakan kit pembelajaran ini sebaik-baik mungkin. Kelebihan menggunakan kit ini:- a. Arahan yang mudah diamalkan. b. Rangsangan yang pelbagai bentuk dan jenis berdasarkan tema. c. Sesuai untuk pelbagai aras pencapaian murid. d. Cadangan aktiviti yang dapat membantu guru merancang dan melaksanakan PAK 21. e. Manual penggunaan yang mudah dan mesra pengguna.


KIT CAKNA MINDA 18 KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi) Bahagian Pembangunan Kurikulum (2013), Kementerian Pendidikan Malaysia pula telah mendefinisikan KBAT sebagai KBAT diterapkan dalam sistem persekolahan supaya murid tidak hanya menghafaz TETAPI JUGA faham dan tahu apa yang mereka pelajari dan menggunakan akal fikiran pada tahap tinggi dengan menguasai kemahiran menilai, mengaplikasi, menganalisis dan mencipta. PENYOALAN KBAT MEMERLUKAN Guru perlu merancang soalan, tugasan dan aktiviti yang menuntut murid berfikir, berlatih berfikir secara berterusan dan menilai pemikiran mereka dan pemikiran individu lain. 1. Dirancang 2. Logik dan berturutan 3. Ditujukan kepada seluruh kelas / kumpulan 4. Memberi murid masa untuk berfikir 5. Seimbang antara fakta dan pemikiran 6. Tidak berulang 7. Ditanya dalam pelbagai bentuk penyoalan yang merangsang pemikiran murid 8. Direka untuk mendapatkan maklum balas yang berterusan •Untuk menilai pembelajaran & kemajuan murid. •Untuk menjelaskan pemikiran. •Untuk mencari sebab atau penjelasan. •Untuk meneroka pandangan alternatif. •Untuk menguji implikasi dan akibat. APAKAH TUJUAN UTAMA BERTANYAKAN SOALAN KEPADA MURID? DEFINISI KBAT APA-APA JUA BENTUK SOALAN YANG INGIN DIAJUKAN KEPADA MURID, SOALAN TERSEBUT PERLU: KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI IALAH KEUPAYAAN UNTUK MENGAPLIKASIKAN PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN NILAI DALAM MEMBUAT PENAAKULAN DAN REFLEKSI BAGI MENYELESAIKAN MASALAH, MEMBUAT KEPUTUSAN, BERINOVASI DAN BERUPAYA MENCIPTA SESUATU.


19 KIT CAKNA MINDA 01 Guru atau murid menyoal bagi mencungkil daya pemikiran melalui aktiviti yang sesuai, seronok dan menarik. 02 Guru berperanan sebagai pemudah cara. KONSEP PENYOALAN KBAT DOMAIN KBAT Aplikasi Analisis Menilai Mereka Cipta 03 Aktiviti penyoalan berpusatkan murid dan murid: • tahu • boleh buat • boleh amalkan KONSEP PENYOALAN KBAT


KIT CAKNA MINDA 20 CONTOH MENGETAHUI APAKAH YANG SEDANG DIPEGANG OLEH KANAKKANAK TERSEBUT? BERDASARKAN GAMBAR, NYATAKAN NILAI YANG BOLEH KAMU PEROLEH? BERIKAN PENDAPAT ANDA TENTANG KEBAIKAN YANG BOLEH KAMU PEROLEH BERDASARKAN GAMBAR? BERAPAKAH JALUR YANG TERDAPAT DALAM BENDERA NEGARA KITA ? TAHUKAH ANDA PERISTIWA YANG BERKAITAN DENGAN BENDERA TERSEBUT? CIPTA PUISI BERDASARKAN GAMBAR TERSEBUT. MEMAHAMI MENGAPLIKASI MENGANALISIS MENILAI MEREKA CIPTA CONTOH KONSEP PENYOALAN KBAT


21 KIT CAKNA MINDA DSKP BAHASA MELAYU KBSR TAHUN 6 Modul Kemahiran Mendengar dan Bertutur memberi penekanan pada kemahiran mendengar dan bertutur. Kemahiran mendengar merujuk keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami, dan menghayati secara lisan perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan, serta dapat memberikan respons. Kemahiran bertutur pula merujuk keupayaan murid berkomunikasi untuk menjalin hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan serta idea yang kreatif dan kritis dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan dan bertatasusila. Penggunaan tatabahasa yang betul diberikan penekanan dalam kemahiran bertutur. Modul Kemahiran Menulis pula berfokuskan kemahiran menulis. Kemahiran menulis merujuk keupayaan murid menulis perkataan dan melahirkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui. Penekanan perlu diberikan pada penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas dan kemas. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan berunsur pengetahuan dan imaginasi. Penguasaan kemahiran bahasa ini diperoleh melalui situasi dan konteks dalam pelbagai bahan prosa, puisi dan grafik. Modul Seni Bahasa merujuk aspek kebahasaan, keindahan dan kehalusan dalam bahasa Melayu yang perlu difahami dan dikuasai oleh murid. Penguasaan aspek seni bahasa merangkumi kecekapan memahami, mengungkap dan menghayati bahasa yang indah. Melalui pembelajaran modul ini, murid menghasilkan dan mempersembahkan karya kreatif pelbagai genre secara lisan dan bertulis melalui variasi teknik yang menarik. Aspek seni bahasa juga menzahirkan pembelajaran yang menyeronokkan secara didik hibur. Modul tatabahasa merujuk aspek morfologi dan sintaksis bahasa Melayu yang perlu difahami dan dikuasai oleh murid. Aspek ini perlu diajarkan dan dilaksanakan melalui pengajaran yang terancang dengan teknik yang sesuai dan berkesan supaya murid memahami dan menggunakan tatabahasa dengan betul dan tepat dalam pelbagai konteks secara lisan dan bertulis. Modul Kemahiran Membaca memberikan tumpuan kepada kemahiran membaca di samping penggabungjalinan kemahiran bahasa yang lain. Kemahiran membaca merujuk keupayaan murid membaca dengan sebutan, intonasi, jeda, dan kelancaran yang betul. Penekanan perlu diberikan pada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan teknik-teknik membaca. Di samping itu, melalui modul kemahiran membaca murid juga berupaya menghayati teks yang dibaca. 4.3.1 Modul Kemahiran Bertutur 4.3.3 Modul Kemahiran Menulis 4.3.4 Modul Seni Bahasa 4.3.5 Modul Tatabahasa 4.3.2 Modul Kemahiran Membaca Setiap kali ilmuku bertambah, aku bertambah kenal akan kebodohanku.Orang yang tidak menyukai ilmu tidak ada kebaikan kepadanya – IMAM SYAFIE


KIT CAKNA MINDA 22 KEMAHIRAN ABAD KE-21 KEMAHIRAN ABAD KE-21 KEMAHIRAN PEMBELAJARAN (LEARNING SKILLS) • Pemikiran Kritis • Pemikiran Kreatif • Kolaboratif • Komunikasi KEMAHIRAN LITERAL (LITERACY SKILLS) • Informasi • Media • Teknologi KEMAHIRAN KEHIDUPAN (LIFE SKILLS) • Fleksibel (Flexibility) • Daya Usaha (Initiative) • Kemahiran Sosial • Kepimpinan (Leadership) • Produktif (Productivity)


23 KIT CAKNA MINDA KEMAHIRAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 Kesediaan Untuk Pendidikan Lanjut dan Alam Pekerjaan Komunikasi (Communication) Kolabortif (Collaboration) Pemikiran Kreatif (Creative Thinking) Pemikiran Kritis (Critical Thinking) Sumber: https://www.Slideshare.Net/.../Program-transformasi-daerah-kementerian


KIT CAKNA MINDA 24 KESEDIAAN UNTUK PENDIDIKAN LANJUT DAN ALAM PEKERJAAN Kemahiran Komunikasi Menurut Guffey dan Almonte (2010) komunikasi adalah pemindahan maklumat dan makna daripada satu pihak (pengantar) kepada pihak yang lain (penerima). Kemahiran Kolaboratif Satu urusan yang melibatkan (biasanya) dua orang guru yang bekerjasama secara kolaboratif di setiap peringkat pengajaran: merancang dan menyediakan rancangan pengajaran, melaksanakan dan menilai pencapaian aspek yang ditumpukan dalam mata pelajaran. (Sturman, 1992) Kemahiran Pemikiran Kritis Kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan, kebaikan dan kelemahan sesuatu hujah, dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah. Sumber : http://mahirkbkk.tripod.com/ Kemahiran Berfikir Secara Kreatif Kemahiran kreatif membawa maksud kecekapan atau keupayaan menggunakan minda untuk menerokai pelbagai kemungkinan, menghasilkan sesuatu yang baru, asli, luar biasa dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, atau gagasan. Kemahiran berfikir secara kreatif adalah keupayaan sesorang untuk menghasilkan dan mencetuskan idea yang baru dan mempunyai originaliti yang tersendiri. Hasil idea yang kreatif juga merupakan hasil adea yang diilhamkan sendiri daripada individu atau hasil daripada gabungan idea yang sedia ada. Contoh kemahiran berfikir secara kreatif termasuklah: • menjana idea • menghubung kait • membuat inferens • meramal • membuat hipotesis • mensintesis • mengitlak • membuat gambaran mental • menganalogi • mereka cipta Sumber : ideal.upm.edu.my


25 KIT CAKNA MINDA 01 elemen pemahaman


KIT CAKNA MINDA 26 CAKNA MINDA PEMAHAMAN PAPAN FIKIR: TEKNIK KATA KUNCI Papan Fikir yang disimpan Bukaan Papan Fikir sepenuhnya Papan Fikir yang sedang digunakan Papan Fikir dilipat Papan Fikir dibangunkan sebagai alat untuk membantu murid memahami bahan yang dibaca dengan menggunakan Teknik Kata Kunci. 01 03 02 04 Cakna Minda Pemahaman


27 KIT CAKNA MINDA CARTA ALIR PEMBINAAN KIT Papan Fikir / Papan Jendela / Papan Kreatif 01 02 04 06 03 05 07 UKUR SAIZ KAD (yang dicadangkan) KEPILKAN PETIKAN (di bawah plastik pelindung) LETAKKAN PENANDA PLASTIK (atas petikan) SUSUN KAD (ikut cadangan) GAM KAD (atas kain/plastik) POTONG KAD (ikut saiz yang diperlukan) BUKA LIPATAN (yang perlu sahaja)


KIT CAKNA MINDA 28 CAKNA MINDA PEMAHAMAN Langkah Umum Penggunaan Papan Fikir/ Papan Jendela/ Papan Kreatif Kit Pemahaman dalam bekas Bukaan untuk saiz A4 (ruang petikan) Bukaan untuk petikan, soalan dan aktiviti pengukuhan Bukaan sayap untuk aktiviti menulis kata kunci atau isi penting Bukaan kanan dan kiri dibuka Petikan diletakkan atas papan fikir 01 03 05 02 04 06 Kit Cakna Minda Pemahaman


29 KIT CAKNA MINDA KIT CAKNA MINDA KIT PEMBELAJARAN SOKONGAN KURIKULUM BAHASA MELAYU KSSR MANUAL PENGGUNAAN NAMA ALAT PAPAN FIKIR NAMA TEKNIK KATA KUNCI MASA 30 minit OBJEKTIF • Membaca dan memahami petikan yang dibaca. • Mendapatkan kata kunci atau isi penting daripada petikan. • Mengamalkan aktiviti dalam aktiviti. SINOPSIS Ramai murid boleh membaca dalam pelbagai tahap pembacaan, Namun yang lebih penting adalah memahami bahan atau petikan yang dibaca. Masalah ketidakfahaman murid disebabkan pelbagai faktor, Teknik ini menekankan faktor visual, aktiviti dalam aktiviti dan tumpuan ketika membaca. Pencarian kata kunci ialah kaedah mendapatkan kata kunci semasa membaca petikan dengan menggerakkan penanda plastik atau pembaris. STANDARD KANDUNGAN • Membaca dan memahami bahan sastera dan bahan bukan sastera untuk meneroka ilmu dan mengenal pasti nilai yang baik. • Membaca dan memahami maklumat tersurat dan tersirat untuk membuat ramalan, menjana idea dan membuat penilaian dengan betul. • Membina dan menulis jawapan pemahaman berdasarkan soalan bertumpu dan bercapah dengan betul. • Mencatat maklumat yang betul mengikut kronologi pada borang pengurusan grafik daripada pelbagai sumber. BAHAN/ALATAN • Kad (dipotong mengikut saiz) • Pelekat silikon atau ‘double side tape’ • Penanda plastik atau pembaris • Kain atau plastik • Lembaran ‘zig zag’ • Borang analisis teks • Petikan FOKUS KEMAHIRAN • Membaca petikan dengan teliti dan memberi tumpuan. • Memahami petikan dengan kaedah yang betul. • Mendapatkan kata kunci daripada petikan yang dibaca. • Menjawab soalan pemahaman secara lisan dan bertulis.


KIT CAKNA MINDA 30 PROSEDUR PELAKSANAAN • Murid diberi lembaran ‘zig zag’. • Murid diminta membuat sambungan titik-titik tanpa mengangkat pensel secara ‘zig zag’. • Lembaran ‘zig zag’ yang kedua agak sukar kerana murid perlu membulatkan tanda bacaan. • Murid juga dibimbing membaca petikan secara ‘zig zag’. • Murid mengaplikasi penggunaan ‘zig zag’ dalam bacaan petikan. • Aktiviti membaca disulami dengan aktiviti lain seperti menggarisi perkataan, kotak, kurungan atau bulatkan perkataan terpilih. • Murid diminta supaya membulatkan tanda bacaan dan perkataan yang disukainya. • Daripada perkataan yang dibulatkan, murid diminta melaksanakan aktiviti pengukuhan seperti membina ayat secara lisan dan bertulis, mengklasifikasi jenis perkataan, atau mencari maksud perkataan. PRINSIP PELAKSANAAN • Guru membimbing murid untuk kesediaan membaca • Mulakan petikan yang mudah ke petikan yang lebih sukar • Lakarkan zig zag tanpa petikan terlebih dahulu • Latihan di lembaran zig zag perlu dilakukan beberapa kali • Murid fokus dalam membaca petikan • Murid digalakkan membaca soalan pemahaman terlebih dahulu supaya zon jawapan dapat dikenal pasti.


31 KIT CAKNA MINDA CARTA ALIR PENGGUNAAN KIT PAPAN FIKIR 01 02 06 04 08 05 03 07 09 KEPILKAN PETIKAN (di bawah plastik pelindung) LETAKKAN PENANDA PLASTIK (atas petikan) BACA SOALAN CATAT KATA KUNCI (pada ruang kata kunci) LETAKKAN PENANDA PLASTIK (atas petikan) CATAT PERKATAAN LAIN SUSUR PENANDA PLASTIK (semasa membaca) TUJU LOKASI JAWAPAN PENGUKUHAN: ANALISIS TEKS


KIT CAKNA MINDA 32 Pastikan juga kawasan aktiviti bebas daripada perkara berbahaya seperti lantai yang licin dan tidak rata. Cara berpakaian biarlah yang betul dan gunakan peralatan yang sesuai serta ikut teknik yang betul ketika menggunakan sesuatu alat. Kawan-kawan, boleh jelaskan kepada saya panduan keselamatan ketika bersukan yang boleh kita jadikan panduan untuk amalan kita bersama. Yang penting ketika kita bermain, ada alatan sukan yang berbahaya jangan sesekali diusik. Tiang-tiang yang tinggi seperti tiang gol, jangan digayut. Arahan-arahan yang ada haruslah dipatuhi dan peraturan yang diberi perlu diturut. Boleh Danial. Secara umumnya, kita haruslah berwaspada pada setiap masa dan ketika walaupun di mana-mana kita berada khususnya di tempat kita bermain. Berwaspadalah ketika bermain sama ada di padang mahupun di gelanggang. Betul tu, Farah. Lakukan aktiviti memanaskan badan dan menyejukkan badan sebelum dan sesudah melakukan aktiviti. Penting tu untuk keselamatan diri. Lakukan aktiviti mengikut kemampuan dan yang penting pastikan aktiviti dilakukan di bawah pengawasan guru. AKTIVITI MEMBACA DAN MEMAHAMI MELALUI TEKNIK KATA KUNCI Arahan : Baca petikan yang disediakan, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.


33 KIT CAKNA MINDA AKTIVITI PENGUKUHAN 1 : TEKNIK KATA KUNCI AKTIVITI PENGUKUHAN 2 : TEKNIK KATA KUNCI ANALISIS TEKS (dapatkan perkataan sebagai pengukuhan. Contoh : kata bantu) KATA SINONIM KATA ANTONIM Aktiviti Pengukuhan


KIT CAKNA MINDA 34 Utamakan Keselamatan Jalan Raya AKTIVITI PENGUKUHAN 3 : TEKNIK KATA KUNCI Kita haruslah berwaspada pada setiap masa ketika bermain sama ada di ...? Nyatakan cara-cara menjaga keselamatan diri semasa melakukan aktiviti bersukan? Jelaskan kepentingan menjaga keselamatan ketika bersukan?


35 KIT CAKNA MINDA PAPAN JENDELA : TEKNIK TETINGKAP TETINGKAP : BACAAN PERENGGAN TETINGKAP : BACAAN BARIS AYAT TETINGKAP : BACAAN PERENGGAN DAN BACAAN BARIS AYAT TEKNIK TETINGKAP IALAH TEKNIK YANG MENGGALAKKAN MURID MENGEKALKAN TUMPUAN KEPADA RUANG VISUAL YANG TERHAD. MURID TIDAK TERGANGGU DENGAN VISUAL LAIN. TUMPUAN INI AKAN MEMBANTU MURID MEMAHAMI BAHAN YANG DIBACA


KIT CAKNA MINDA 36 KIT CAKNA MINDA KIT PEMBELAJARAN SOKONGAN KURIKULUM BAHASA MELAYU KSSR MANUAL PENGGUNAAN NAMA ALAT PAPAN JENDELA NAMA TEKNIK TETINGKAP MASA 30 minit OBJEKTIF • Membaca dan memahami petikan yang dibaca. • Memberi tumpuan kepada ruang visual yang ditentukan. • Mengamalkan aktiviti dalam aktiviti. SINOPSIS Ramai murid boleh membaca dalam pelbagai tahap pembacaan, Namun yang lebih penting adalah memahami bahan atau petikan yang dibaca. Masalah ketidakfahaman murid disebabkan pelbagai faktor. Teknik ini menekankan faktor visual, aktiviti dalam aktiviti dan tumpuan ketika membaca. Tetingkap ialah kaedah yang digunakan untuk menghadkan ruang visual ketika aktiviti bacaan dijalankan. STANDARD KANDUNGAN • Membaca dan memahami bahan sastera dan bahan bukan sastera untuk meneroka ilmu dan mengenal pasti nilai yang baik. • Membaca dan memahami maklumat tersurat dan tersirat untuk membuat ramalan, menjana idea dan membuat penilaian dengan betul. • Membina dan menulis jawapan pemahaman berdasarkan soalan bertumpu dan bercapah dengan betul. • Mencatat maklumat yang betul mengikut kronologi pada borang pengurusan grafik daripada pelbagai sumber. BAHAN/ALATAN • Kad (dipotong mengikut saiz) • Pelekat silikon atau ‘double side tape’ • Kad tetingkap • Kain atau plastik • Petikan FOKUS KEMAHIRAN • Membaca petikan dengan teliti dan tumpuan. • Memahami petihan dengan kaedah yang betul. • Menceritakan semula bahan yang dibaca dengan yakin. • Menjawab soalan pemahaman secara lisan dan bertulis. PROSEDUR PELAKSANAAN • Murid diberi kertas untuk membuat sendiri tetingkap. • Murid menghasilkan tetingkap dengan bimbingan guru. • Guru boleh sediakan tetingkap untuk menjimatkan masa. • Setelah kad tetingkap siap, murid boleh mengaplikasi penggunaannya di atas petikan yang diberi. • Murid membaca petikan yang diberi, perenggan demi perenggan menggunakan kad tetingkap. • Murid juga dibimbing membaca petikan dengan menggunakan tetingkap. • Murid hanya fokus kepada ruang visual yang disediakan. PRINSIP PELAKSANAAN • Guru membimbing murid untuk kesediaan membaca. • Mulakan petikan yang mudah kepada petikan yang lebih sukar. • Gerakkan tetingkap pada petikan mengikut tahap kebolehan murid. • Murid boleh menggunakan tetingkap perenggan atau tetingkap ayat. • Murid fokus dalam membaca petikan.


37 KIT CAKNA MINDA 01 02 06 04 08 05 03 07 KEPILKAN PETIKAN (di bawah plastik pelindung) SEDIAKAN TETINGKAP BINA AYAT MUDAH BAGI SETIAP JENIS KATA YANG DIPEROLEH SEBAGAI PENGUKUHAN CATATKAN ASPEK BAHASA YANG DIMINTA (pada ruang jawapan yang disediakan) CARI PERKATAAN SINONIM ATAU ANTONIM BAGI SETIAP PERKATAAN SEBAGAI TAMBAH NILAI AKTIVITI PENGUKUHAN BINCANGKAN DENGAN RAKAN ATAU DAPATKAN BIMBINGAN GURU BAGI MENGENAL PASTI JAWAPAN YANG BETUL GERAKKAN TETINGKAP BACAAN MENGIKUT AYAT DEMI AYAT atau PERENGGAN DEMI PERENGGAN PEMANTAPAN: MENJAWAB SOALAN PEMAHAMAN YANG ADA DENGAN BIMBINGAN GURU CARTA ALIR PENGGUNAAN KIT PAPAN JENDELA (TEKNIK TETINGKAP)


KIT CAKNA MINDA 38 AKTIVITI MEMBACA DAN MEMAHAMI MELALUI TEKNIK TETINGKAP • Baca dan fahamkan bahan bacaan. • Garisi perkataan atau frasa yang berkaitan dengan jenis kata yang diperlukan. • Kenal pasti jawapan dan tulis jawapan pada ruang jawapan. • Sebagai pengukuhan, bina ayat berdasarkan jenis kata yang diperoleh. Sebagai seorang murid, apatah lagi pengguna jalan raya, kita mestilah sentiasa berdisiplin dan mematuhi peraturan ketika berada di jalan raya. Jalan raya merupakan laluan utama kenderaan seperti kereta, lori, bas, motosikal dan basikal malahan juga untuk pejalan kaki. Jalan raya mempunyai peraturan yang tersendiri supaya semua pihak dapat menggunakannya dengan selesa, baik dan selamat. Berhati-hatilah di jalan raya. Keselamatan di jalan raya tanggungjawab kita bersama-sama. Hargailah nyawa kita.


39 KIT CAKNA MINDA AKTIVITI PENGUKUHAN 1 : TEKNIK TETINGKAP AKTIVITI PENGUKUHAN 2 : TEKNIK TETINGKAP Dengan bimbingan guru, bina ayat bagi setiap aspek kata yang dinyatakan. Uji kemahiran bahasa kamu: Senaraikan : 1 Kata bilangan 2 Kata sendi nama 3 Kata hubung 4 Kata adjektif 5 Kata bantu 6 Kata kerja JENIS KATA CONTOH KATA BILANGAN KATA SENDI NAMA KATA HUBUNG KATA ADJEKTIF KATA BANTU KATA KERJA


KIT CAKNA MINDA 40 AKTIVITI PENGUKUHAN 3 : TEKNIK TETINGKAP AKTIVITI PENGUKUHAN 4 : TEKNIK TETINGKAP Mengapakah jalan raya mempunyai peraturan yang perlu dipatuhi? Sebagai salah seorang pengguna jalan raya, kita mestilah sentiasa mematuhi peraturan jalan raya. Berdasarkan gambar, terangkan satu cara yang boleh kita lakukan untuk menjaga keselamatan diri ketika berada di jalan raya? Tulis ayat berdasarkan jenis kata yang diperoleh. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.


41 KIT CAKNA MINDA PAPAN KREATIF : TEKNIK ILUSTRASI TEKNIK ILUSTRASI MERUPAKAN TEKNIK YANG MEMBERI PELUANG KEPADA MURID MENGGAMBAR PERKATAAN, AYAT, PERENGGAN DARIPADA BAHAN YANG DIBACA. LAKARAN TERHASIL DARIPADA PERKATAAN ATAU AYAT YANG DIPILIH OLEH MURID SAMA ADA PERKATAAN SUKAR DIFAHAMI, SANGAT MUDAH DIFAHAMI, TERDAPAT KEUNIKAN TERTENTU ATAU APA-APA SAHAJA PERKATAAN YANG MENARIK PERHATIAN MURID. TEKNIK INI MEMBANTU MURID MEMAHAMI BAHAN YANG DIBACA MELALUI GAMBARAN MINDA. ULANG SEBUT DAN ULANG CERITA MERUPAKAN AKTIVITI YANG DAPAT MENYOKONG KEBERKESANAN TEKNIK ILUSTRASI. A B A A A B C A B C RUANG ILUSTRASI (LAKARAN) RUANG PETIKAN RUANG PENGUKUHAN PENGGUNAAN PAPAN KREATIF : TEKNIK ILUSTRASI


KIT CAKNA MINDA 42 KIT CAKNA MINDA KIT PEMBELAJARAN SOKONGAN KURIKULUM BAHASA MELAYU KSSR MANUAL PENGGUNAAN NAMA ALAT PAPAN KREATIF NAMA TEKNIK ILUSTRASI MASA 30 minit OBJEKTIF • Membaca dan memahami petikan yang dibaca. • Menggambar perkataan yang dibaca (sukar, unik dan lain-lain). • Mengamalkan aktiviti dalam aktiviti. SINOPSIS Ramai murid boleh membaca dalam pelbagai tahap pembacaan, Namun yang lebih penting adalah memahami bahan atau petikan yang dibaca. Masalah ketidakfahaman murid disebabkan pelbagai faktor. Teknik ini menekankan faktor visual, aktiviti dalam aktiviti dan tumpuan ketika membaca. Melakar perkataan yang digemari atau sukar atau únik’ akan dapat membantu meningkatkan pemahaman murid. Bilangan ilustrasi bergantung kepada tahap kebolehan dan pencapaian murid. STANDARD KANDUNGAN • Membaca dan memahami bahan sastera dan bahan bukan sastera untuk meneroka ilmu dan mengenal pasti nilai yang baik. • Membaca dan memahami maklumat tersurat dan tersirat untuk membuat ramalan, menjana idea dan membuat penilaian dengan betul. • Membina dan menulis jawapan pemahaman berdasarkan soalan bertumpu dan bercapah dengan betul. • Mencatat maklumat yang betul mengikut kronologi pada borang pengurusan grafik daripada pelbagai sumber. BAHAN/ALATAN • Kad (dipotong mengikut saiz) • Pelekat silikon atau ‘double side tape’ • Kain atau plastik • Petikan • Lembaran Ilustrasi • Petikan FOKUS KEMAHIRAN • Membaca petikan dengan teliti dan tumpuan. • Memahami petikan dengan kaedah yang betul. • Menceritakan semula bahan yang dibaca dengan yakin. • Menjawab soalan pemahaman secara lisan dan bertulis. PROSEDUR PELAKSANAAN • Murid diberi lembaran ilustrasi. • Murid diminta membuat ilustrasi berdasarkan beberapa perkatan pilihan. • Murid dibimbing untuk melengkapkan lembaran ilustrasi. • Murid membaca petikan yang diberi, perenggan demi perenggan sambil membuat lakaran. • Murid juga dibimbing bercerita berdasarkan petikan. • Murid diminta supaya membulatkan perkataan yang disukainya. • Daripada perkataan yang dibulatkan, murid diminta melukis di atas gambar perkataan yang dipilih. PRINSIP PELAKSANAAN • Guru membimbing murid untuk kesediaan membaca. • Mulakan petikan yang mudah ke petikan yang lebih sukar. • Lakarkan gambar berdasarkan petikan. • Murid fokus dalam membaca petikan.


43 KIT CAKNA MINDA 01 02 04 06 03 05 07 KEPILKAN PETIKAN (di bawah plastik pelindung CATATKAN PADA RUANG JAWAPAN YANG DISEDIAKAN FAHAMKAN PERKATAAN/ FRASA DENGAN MENGGAMBARKAN DALAM BENTUK ILUSTRASI SETIAP PERKATAAN/ FRASA TERSEBUT GERAKKAN TETINGKAP / PENANDA BACAAN MENGIKUTAYAT DEMI AYAT ATAU PERENGGAN DEMI PERENGGAN KENAL PASTI PERKATAAN/ FRASA YANG BAHARU ATAU PERKATAAN/ FRASA YANG TIDAK DIFAHAMI SEDIAKAN RUANG ILUSTRASI PEMANTAPAN: MENULIS AYAT LENGKAP BERDASARKAN PERKATAAN/ FRASA SERTA ILUSTRASI YANG DILUKIS CARTA ALIR PENGGUNAAN KIT PAPAN KREATIF (TEKNIK ILUSTRASI)


KIT CAKNA MINDA 44 AKTIVITI MEMBACA DAN MEMAHAMI MELALUI TEKNIK ILUSTRASI • Baca dan fahamkan bahan bacaan. • Garisi perkataan atau frasa yang baharu dan perkataan yang tidak difahami maknanya. • Lukiskan atau gambarkan perkataan/frasa tersebut dalam bentuk ilustrasi. • Sebagai pengukuhan, bina ayat berdasarkan jenis kata yang diperoleh. “Riang hatiku….badan bertuah…” “Punya teman yang comel dan manja.” Begitulah hubungan Sang Semut dan Sang Tikus. Kedua-duanya bersahabat baik, seperti isi dengan kuku. Semut tinggal di pangkal pokok manakala tikus pula tinggal di celah-celah lubang yang terdapat pada pokok tersebut. “Sang Tikus…tidak lama lagi hujan akan turun. Marilah kita mencari makanan sebagai persediaan ketika musim hujan. Jangan amalkan sikap malas berusaha kamu itu”. “Jangan bimbang, hujan tidak akan turun. Makanan yang tersimpan masih banyak lagi. Saya tunggu hujan turun dahulu” kata Sang Tikus tanpa mempedulikan ingatan Sang Semut. Sang Semut bekerja keras mengumpul makanan. “Kalau hujan turun, makanan akan dihanyutkan air, semua binatang tidak boleh mencari makanan, binatang-binatang akan mati kelaparan,” bisik hati Sang Semut. Beberapa hari kemudian hujan turun dengan lebat. Tikus mula berasa sangat bimbang. Hujan itu turun tidak berhenti-henti. Tempat tinggal tikus mula dipenuhi air. Masa berlalu dan bekalan makanan Sang Tikus telah habis. Sang Tikus tidak boleh keluar untuk mencari makanan. “Baik aku berjumpa dengan Sang Semut. Tentu Sang Semut ada makanan,” bisik hati Sang Tikus. “Maafkan aku Sang Tikus. Makanan yang aku simpan ini hanya untuk beberapa hari sahaja. Aku tidak dapat membantu kamu Sang Tikus,” jawab Sang Semut. Sang Tikus berasa sangat sedih. Sang Tikus menyesal dengan sikapnya yang leka dan tidak mahu mendengar nasihat. Akhirnya Sang Tikus pun mati kelaparan dan kesejukan.


45 KIT CAKNA MINDA AKTIVITI PENGUKUHAN 1 : TEKNIK ILUSTRASI PERKATAAN ILUSTRASI


KIT CAKNA MINDA 46 AKTIVITI PENGUKUHAN 2 : TEKNIK ILUSTRASI AKTIVITI PENGUKUHAN 3 : TEKNIK TETINGKAP Perumpamaan “seperti isi dengan kuku” dalam petikan membawa maksud …………….. Mengapakah Sang Tikus tidak mahu mencari makanan? Apakah yang dilakukan oleh Sang Tikus apabila makanannya kehabisan? PERKATAAN/ FRASA ILUSTRASI AYAT


47 KIT CAKNA MINDA Baca dan fahamkan bahan bacaan. Garisi perkataan atau ayat yang penting. Kenal pasti jawapan dan tulis jawapan pada ruang jawapan. Guna ayat yang gramatis, ejaan serta tanda baca yang betul dan tepat. Fikir secara mendalam bagi soalan KBAT Baca secara berfokus dengan menggunakan plastik penanda Baca soalan dengan teliti dan kenal pasti kunci soalan/ kehendak soalan. PEMBELAJARAN 6TIP


KIT CAKNA MINDA 48 02 elemen MEMBINA AYAT


Click to View FlipBook Version