49 KIT CAKNA MINDA MEMBINA AYAT GERABAK SKOP 1 TEKNIK JELAJAH KATA CARTA ALIR PEMBINAAN GERABAK SKOP Perbincangan kerangka nama bahan, proses guna pakai kit, dan impak terhadap PdPc.
KIT CAKNA MINDA 50 Draf pemilihan nama bahan kit bina ayat dan perincian konsep SKOP. Membina kad gerabak SKOP dan bahan grafik Penghasilan Gerabak SKOP S K O P
51 KIT CAKNA MINDA TIP KAWALAN KELAS Murid boleh memberi respon dalam PdPc dengan menggunakan Teknik Lampu Isyarat. Hijau – faham dan teruskan Kuning – Ingin bertanya Merah – tidak faham langsung
KIT CAKNA MINDA 52 KIT PEMBELAJARAN SOKONGAN KURIKULUM BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH MANUAL PENGGUNAAN GERABAK SKOP 1 (BINA AYAT) MANUAL PENGGUNAAN NAMA ALAT GERABAK SKOP 1 NAMA TEKNIK JELAJAH KATA MASA 30 minit OBJEKTIF Murid dapat membina dan menulis jawapan secara kritis dan kreatif dengan betul menerusi aktiviti Jelajah Kata. SINOPSIS Kit Gerabak SKOP 1 melalui Teknik Jelajah Kata dibangunkan adalah untuk mempertingkatkan kemahiran membina ayat yang gramatis dengan pembelajaran secara koperatif dan kolaboratif. STANDARD KANDUNGAN Membina dan menulis perkataan, frasa, dan ayat yang betul KRITERIA KEJAYAAN 1. Saya dapat mencatat maklumat berdasarkan gambar grafik. 2. Saya dapat meluaskan subjek dan predikat dalam binaan ayat. 3. Saya dapat membina ayat gramatis berdasarkan bahan rangsangan menggunakan Gerabak SKOP. BAHAN/ALATAN 1. Gerabak SKOP 2. Manual Penggunaan Gerabak SKOP 3. Jadual SKOP 4. Dua keping kad gambar saiz A4 5. Kad kata 6. Kad kata berpelekat 7. Pen penanda FOKUS KEMAHIRAN • Baca dan fahami soalan • Menaakul gambar/ bahan grafik • Melengkapkan jadual SKOP • Menulis ayat tunggal • Membina peluasan ayat (Subjek atau Predikat) PROSEDUR PELAKSANAAN i. Setiap kumpulan dibekalkan dengan satu gerabak SKOP, dua keping gambar bersaiz A4 dan lima keping Jadual SKOP (mengikut bilangan ahli kumpulan). ii. Setiap kumpulan diberi masa untuk menentukan fokus SKOP pada gambar rangsangan. iii. Setiap ahli kumpulan melengkapkan Jadual SKOP secara individu mengikut gambar yang ditentukan. iv. Perbincangan dalam kumpulan akan dilakukan setiap kali selesai membina ayat secara individu. v. Hasil perbincangan akan ditulis pada gerabak SKOP dan ditampal di dalam kelas. vi. Setiap murid akan menilai ayat yang telah dihasilkan oleh kumpulan Jelajah Minda (Gallery Walk). PRINSIP PELAKSANAAN • Guru menerangkan cara menggunakan Gerabak SKOP. • Murid mengecam kata mengikut subjek dan predikat ayat. • Guru membimbing murid yang berprestasi rendah cara membina ayat dengan menggunakan Jadual SKOP. • Ahli kumpulan (kumpulan asal) bekerjasama membina ayat gramatis dan hasil kerja kumpulan dicatat pada gerabak SKOP. • Murid dapat menilai dan mengedit hasil kerja kumpulan yang dihasilkan oleh kumpulan lain.
53 KIT CAKNA MINDA S K O P JADUAL GERABAK SKOP (MEMBINA AYAT) S K O P JADUAL GERABAK SKOP (MEMBINA AYAT) 02 01 03 Setiap ahli kumpulan melengkapkan Jadual SKOP secara individu mengikut gambar yang ditentukan. Setiap kumpulan diberi masa untuk menentukan fokus SKOP pada gambar rangsangan. Setiap kumpulan dibekalkan dengan satu gerabak SKOP, sekeping gambar dan lima keping Jadual SKOP (mengikut bilangan ahli kumpulan). CARTA ALIR PENGGUNAAN GERABAK SKOP 1 (TEKNIK JELAJAH KATA)
KIT CAKNA MINDA 54 05 04 06 Setiap murid akan menilai ayat yang telah dihasilkan oleh kumpulan Jelajah Minda (Gallery Walk) Hasil perbincangan akan ditulis pada gerabak SKOP dan dipamerkan. Perbincangan dalam kumpulan akan dilakukan setiap kali selesai membina ayat secara individu. CARTA ALIR PENGGUNAAN GERABAK SKOP 1 (TEKNIK JELAJAH KATA) PdPc yang berkesan • Kesediaan guru • Persediaan guru • Penyampaian yang berkesan • Pembelajaran aktif
55 KIT CAKNA MINDA • Pastikan peluasan ayat sama ada pada subjek atau predikat • Analisis bahan grafik mengikut kehendak soalan. • Bina ayat berdasarkan situasi yang terdapat dalam bahan grafik. • Selaraskan dengan keperluan Gerabak SKOP (Subjek / Kata / Objek / Peluasan ayat) 1. Murid diberi kad pelbagai golongan kata. 2. Murid mengkategorikan perkataan-perkataan yang diperoleh mengikut gerabak SKOP. 3. Menyalin semula perkataan yang disusun dalam gerabak SKOP agar menjadi suatu ayat yang gramatis. 1. Guru mengedarkan teka silang kata. 2. Murid mencari perkataan berdasarkan arahan soalan. 3. Murid menyusun kata yang diperoleh. 4. Murid membuat peluasan ayat. Gambar di bawah menunjukkan cara-cara kehidupan berjiran. Tulis lima ayat lengkap tentang cara-cara memupuk semangat kejiranan di Malaysia. BINA AYAT Aktiviti Pengukuhan Tip Pembelajaran Aktiviti Pengayaan Aktiviti Pemulihan
KIT CAKNA MINDA 56 KIT PEMBELAJARAN SOKONGAN KURIKULUM BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH MANUAL PENGGUNAAN GERABAK SKOP 2 (BINA AYAT) MANUAL PENGGUNAAN NAMA ALAT GERABAK SKOP 2 NAMA TEKNIK JALAN-JALAN CARI KATA (JJCK) MASA 30 minit OBJEKTIF Murid dapat membina ayat majmuk dengan menggunakan bahasa yang santun. SINOPSIS Kit bahan Gerabak SKOP 2 melalui Teknik Jalan-jalan Cari Kata dibangunkan untuk menjana idea murid mengikut kata yang tepat dalam penghasilan ayat yang gramatis. STANDARD KANDUNGAN Menulis untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa yang santun. KRITERIA KEJAYAAN 1. Saya dapat mencatat kata yang tepat daripada bahan rangsangan. 2. Saya dapat menggunakan pelbagai jenis kata mengikut konteks yang bertepatan dengan bahan rangsangan. 3. Saya dapat membina ayat tunggal dan ayat majmuk dengan gramatis. BAHAN/ALATAN 1. Gerabak SKOP 2. Manual Penggunaan Gerabak SKOP 3. Label Stesen S, Stesen K dan Stesen O 4. Kad gambar 5. Kertas berpelekat 6. Kad tanda nama pencatat 7. Loceng/siren kereta api FOKUS KEMAHIRAN • Baca dan fahami soalan • Menaakul gambar/ bahan grafik • Mengenal pasti jenis kata ikut teknik SKOP • Menulis ayat tunggal • Membina peluasan ayat PROSEDUR PELAKSANAAN i. Gambar ditampal pada setiap stesen S, K dan O ii. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan bergerak ke stesen S, K dan O dengan arahan guru. iii. Setiap kumpulan melantik seorang pencatat bagi setiap stesen untuk mencatatkan hasil dapatan kumpulan dalam sehelai kertas A4. v. Pergerakan dari satu stesen ke satu stesen yang lain dikawal oleh bunyi siren kereta api. v. Di stesen tersebut, murid dikehendaki menyenaraikan tugasan mengikut teknik S, K dan O dengan menampal jawapan pada kertas berpelekat. vi. Murid akan pulang ke stesen P (kumpulan asal). vii. Mereka akan berbincang dengan membina peluasan ayat. viii. Enam Gerabak SKOP yang telah lengkap digantung pada sudut kelas dan dibentangkan oleh wakil kumpulan manakala ahli kumpulan lain menilai hasil pembentangan tersebut. PRINSIP PELAKSANAAN • Guru menerangkan cara menggunakan Gerabak SKOP. • Murid mengecam kata mengikut stesen S, K, dan O. • Murid dapat membina peluasan ayat dalam kumpulan asal (stesen P).
57 KIT CAKNA MINDA 03 01 04 02 Setiap kumpulan melantik seorang pencatat bagi setiap stesen untuk mencatatkan hasil dapatan kumpulan dalam sehelai kertas A4. Gambar ditampal pada setiap stesen S, K dan O. Pergerakan dari satu stesen ke satu stesen yang lain dikawal oleh bunyi siren kereta api. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan bergerak ke stesen S, K dan O dengan arahan guru. CARTA ALIR PENGGUNAAN GERABAK SKOP 2 (TEKNIK JELAJAH KATA)
KIT CAKNA MINDA 58 07 05 08 06 Mereka akan berbincang dengan membina peluasan ayat. Di stesen tersebut, murid dikehendaki menyenaraikan tugasan mengikut teknik S, K dan O dengan menampal jawapan pada kertas berpelekat. Enam Gerabak SKOP yang telah lengkap digantung pada sudut kelas dan dibentangkan oleh wakil kumpulan manakala ahli kumpulan lain menilai hasil pembentangan tersebut. Murid akan pulang ke stesen P (kumpulan asal). CARTA ALIR PENGGUNAAN GERABAK SKOP 2 (TEKNIK JELAJAH KATA)
59 KIT CAKNA MINDA Gambar di bawah merupakan gambar-gambar permainan tradisional. Bina lima ayat lengkap berdasarkan gambar yang diberikan. Setiap satu ayat berdasarkan satu gambar. PERMAINAN RANTAI KATA 1. Murid duduk dalam kumpulan masing-masing. 2. Murid pertama dalam kumpulan akan menulis idea/maklumat yang berkaitan. 3. Tema/topik yang dipelajari pada hari ini. 4. Murid pertama dalam kumpulan akan menulis idea/maklumat. 5. Setelah semua ahli dalam kumpulan menulis idea/maklumat kata. 6. Murid diberi masa untuk membina ayat yang gramatis. 7. Murid membentangkan ayat yang dibina di hadapan kelas. PERMAINAN RANTAI KATA 1. Murid berprestasi rendah duduk secara berpasangan. 2. Setiap pasangan diminta menyusun kata agar membentuk suatu rangkaian kata mengikut konsep gerabak SKOP. 3. Murid membaca hasil rangkaian kata yang telah disusun. 4. Murid menyalin semula rangkaian kata yang telah disusun tadi. PERMAINAN TRADISIONAL Aktiviti Pengayaan Aktiviti Pemulihan Aktiviti Pengukuhan
KIT CAKNA MINDA 60 KIT PEMBELAJARAN SOKONGAN KURIKULUM BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH MANUAL PENGGUNAAN GERABAK SKOP 3 (BINA AYAT) MANUAL PENGGUNAAN NAMA ALAT GERABAK SKOP 3 NAMA TEKNIK HENTIAN GERABAK SKOP MASA 30 minit OBJEKTIF Murid dapat mencatat maklumat daripada pelbagai sumber dalam bentuk grafik. SINOPSIS Kit bahan Gerabak SKOP 3 melalui Teknik Hentian Gerabak SKOP dibangunkan adalah untuk mempertingkatkan kemahiran membina ayat yang gramatis secara perkongsian idea dan menjana peluasan subjek dan predikat ayat. STANDARD KANDUNGAN Mencatat maklumat yang betul tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber. KRITERIA KEJAYAAN 1. Saya dapat mencatat maklumat dengan betul daripada bahan grafik. 2. Saya dapat membina ayat gramatis berdasarkan bahan rangsangan menggunakan Teknik SKOP. 3. Saya dapat meluaskan binaan subjek dan predikat dalam binaan ayat. BAHAN/ALATAN 1. Gerabak SKOP 2. Manual Penggunaan Gerabak SKOP 3. Label Hentian 1 hingga Hentian 6 4. Tiga keping kad gambar 5. Kertas undian 6. Pelekat berwarna FOKUS KEMAHIRAN • Baca dan fahami soalan • Menaakul gambar/ bahan grafik • Mengenal pasti jenis kata ikut teknik SKOP • Membina ayat tunggal • Membina peluasan ayat PROSEDUR PELAKSANAAN i. Murid dibahagi kepada enam kumpulan kecil. Setiap kumpulan berada di setiap hentian yang telah ditetapkan dengan cabutan undi bagi penetapan hentian. ii. Pada setiap hentian telah ditampal gambar. iii. Murid secara individu akan meneliti bahan rangsangan di hentian berkenaan. iv. Mereka akan berbincang dengan membina peluasan ayat berdasarkan bahan rangsangan dan dapatan secara individu tadi. v. Murid berkongsi pendapat dan merekodkan komen dan maklumat yang diperoleh. vi. Membina ayat yang lengkap berdasarkan bahan rangsangan pada Gerabak SKOP. vii. Misi merungkai minda. Sebahagian ahli kumpulan akan bergerak dari satu kumpulan ke kumpulan lain untuk mendengarkan ayat yang telah dibina oleh kumpulan lain. Sebahagian lagi tunggu dalam kumpulan sendiri untuk menerangkan ayat mereka kepada kumpulan yang berkunjung (Stay and Stray).
61 KIT CAKNA MINDA PROSEDUR PELAKSANAAN viii. Setiap wakil kumpulan yang mengunjungi kumpulan lain dibekalkan pelekat berwarna. Sekiranya mereka berpuas hati dengan hasil ayat yang telah dibina, mereka boleh melekat pelekat berwarna pada hujung ayat tersebut. Sebahagian lagi tunggu dalam kumpulan sendiri untuk menerangkan ayat mereka kepada kumpulan yang berkunjung. PRINSIP PELAKSANAAN • Guru menerangkan cara guna Gerabak SKOP. • Murid mencatat kata daripada perspektif masing-masing. • Murid berbincang dalam kumpulan masing-masing bagi melengkapkan misi merungkai kata. • Proses percambahan idea dalam aktiviti ‘Stay and Stray’.
KIT CAKNA MINDA 62 03 01 04 02 Murid secara individu akan meneliti bahan rangsangan di hentian berkenaan. Murid dibahagi kepada enam kumpulan kecil. Setiap kumpulan berada di setiap hentian yang telah ditetapkan dengan cabutan undi bagi penetapan hentian. Mereka akan berbincang dengan membina peluasan ayat berdasarkan bahan rangsangan dan dapatan secara individu tadi. Pada setiap hentian telah ditampal gambar. CARTA ALIR PENGGUNAAN GERABAK SKOP 3 (TEKNIK HENTIAN GERABAK SKOP)
63 KIT CAKNA MINDA 07 05 08 06 Misi merungkai minda. Sebahagian ahli kumpulan akan bergerak dari satu kumpulan ke kumpulan lain untuk mendengarkan ayat yang telah dibina oleh kumpulan lain. Sebahagian lagi tunggu dalam kumpulan sendiri untuk menerangkan ayat mereka kepada kumpulan yang berkunjung (Stay and Stray). Murid berkongsi pendapat dan merekodkan komen dan maklumat yang diperoleh. Setiap wakil kumpulan yang mengunjungi kumpulan lain dibekalkan pelekat berwarna. Sekiranya mereka berpuas hati dengan hasil ayat yang telah dibina, mereka boleh melekat pelekat berwarna pada hujung ayat tersebut. Sebahagian lagi tunggu dalam kumpulan sendiri untuk menerangkan ayat mereka kepada kumpulan yang berkunjung. Membina ayat yang lengkap berdasarkan bahan rangsangan pada Gerabak SKOP. CARTA ALIR PENGGUNAAN GERABAK SKOP 3 (TEKNIK HENTIAN GERABAK SKOP)
KIT CAKNA MINDA 64 Arahan: Peta bulatan di bawah ini menunjukkan cara-cara memupuk keluarga bahagia. Tulis lima ayat yang lengkap berdasarkan peta bulatan yang diberi. 1. Murid dibahagi kepada enam kumpulan. 2. Lambung bola ke kumpulan pertama dan wakil mengambil helaian pada bola tersebut. 3. Murid membaca kata yang diterima. 4. Bola dibaling ke kumpulan seterusnya dan aktiviti yang sama dijalankan sehingga semua kumpulan telah menerima kata sama ada kata nama, kata kerja, kata adjektif atau kata sendi nama. 5. Murid secara kolaboratif membina ayat bersama-sama. 6. Jalankan aktiviti jelajah dan edit ayat untuk memberi skor yang wajar untuk kumpulan yang dikunjungi. 1. Murid duduk secara berpasangan. 2. Setiap wakil kumpulan bergerak untuk mengambil bola kata yang disediakan di dalam kotak yang disediakan. 3. Murid kembali kepada pasangan masing-masing dan membaca kata yang diterima. 4. Murid melekatkan perkataan yang diperoleh pada gerabak SKOP. 5. Murid bergerak dari satu kumpulan ke satu kumpulan lain untuk mengedit ayat dalam penggunaan tanda baca. 6. Murid menyemak dan memberi skor hasil kerja kumpulan lain berdasarkan kad jawapan yang dibekalkan. Cara-cara Memupuk Keluarga Bahagia Aktiviti Pengayaan Aktiviti Pemulihan Aktiviti Pengukuhan PERMAINAN DRAGON BALL PERMAINAN DRAGON BALL
65 KIT CAKNA MINDA CARTA ALIR BINA KIT GERABAK SKOP 3 02 01 04 03 MERANGKA FORMAT SUMBANG SARAN PEMBINAAN KIT GERABAK SKOP PENYEDIAAN BAHAN • Pastikan peluasan ayat sama ada di subjek atau predikat. • Perhatikan dan analisis bahan grafik. Pastikan keperluan soalan. • Bina ayat berdasarkan situasi yang terdapat dalam bahan grafik. • Bina ayat berasaskan Gerabak SKOP (Subjek / Kata / Objek / Peluasan ayat). BINA AYAT Tip Pembelajaran
KIT CAKNA MINDA 66 03 elemen MENULIS ULASAN
67 KIT CAKNA MINDA LIF ULASAN • Murid berhadapan dengan masalah untuk menghasilkan ulasan dengan jumlah perkataan yang tidak lebih daripada 80 patah perkataan. • Murid juga berhadapan dengan masalah untuk menggabungkan isi tersurat. • Lif Ulasan merupakan wahana untuk membantu murid yang lemah. • Lif Ulasan ini juga dapat membantu murid untuk menggunakan kata hubung dengan tepat. • Pada masa yang sama, murid dapat menggabungkan 2 isi tersurat dalam satu ayat. Sinopsis
KIT CAKNA MINDA 68 Buat label (isi tersurat) bagi memudahkan murid menulis isi Kata hubung diletakkan pada bahagian tengah kertas. Kata hubung ini berfungsi membantu murid untuk menggabungkan isi tersurat. Jalinkan kertas 1 dan kertas 2. Tebuk pada bahagian penghubung kertas 2 untuk membolehkan murid melihat kata hubung yang ditampal pada kertas 1 CARTA ALIR CARA PEMBINAAN KIT LIF ULASAN Kertas 1 dijadikan sebagai tapak untuk membina bahan. Kertas 2 dipotong agak kecil saiznya untuk dijalinkan dengan kertas 1. Pilih gambar yang sesuai untuk menarik minat murid. Hilangkan lukisan pada gambar rumah (paint) supaya murid mempunyai ruang untuk mencatat isi tersurat.
69 KIT CAKNA MINDA CARTA ALIR PENGGUNAAN LIF ULASAN Bentuk kumpulan (3 atau 4 orang). Kenal pasti isi tersurat. Gerakkan kertas yang ditulis isi tersurat sama ada ke atas atau ke bawah. Pilih kata hubung yang sesuai. Fahami soalan (gambar/ graf/ jadual). Tulis isi tersurat pada ruangan yang disediakan. 02 04 06 01 03 05
KIT CAKNA MINDA 70 KIT CAKNA MINDA KIT PEMBELAJARAN SOKONGAN KURIKULUM BAHASA MELAYU KSSR MANUAL PENGGUNAAN NAMA ALAT LIF ULASAN (ARAS RENDAH) NAMA TEKNIK CANTUM MASA 30 minit OBJEKTIF • Memahami jadual/ gambar rajah/graf yang dilihat. • Mendapatkan kata kunci daripada soalan. • Murid dapat menggabungkan isi tersurat. SINOPSIS Ramai murid boleh mentafsir maklumat daripada jadual/ gambar rajah/ graf yang terdapat dalam soalan. Namun terdapat murid yang gagal menyatakan isi tersurat dengan tepat. Masalah ketidakfahaman murid disebabkan pelbagai faktor. Penggunaan Lif Ulasan ini sedikit sebanyak dapat membantu murid mengesan dan menggabungkan isi dengan menggunakan kata hubung yang tepat. STANDARD KANDUNGAN Menulis ulasan tentang pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang didengar, ditonton atau dibaca dengan betul. KRITERIA KEJAYAAN 1. Saya dapat mencatat maklumat dengan betul daripada bahan grafik. 2. Saya dapat membina ayat gramatis berdasarkan bahan rangsangan menggunakan Teknik SKOP. 3. Saya dapat meluaskan binaan subjek dan predikat dalam binaan ayat. BAHAN/ALATAN 1. Kertas saiz A4 (dipotong mengikut saiz) 2. Pelekat silikon atau ‘double side tape’ 3. Jadual/ gambar rajah/graf FOKUS KEMAHIRAN • Membaca petikan dengan teliti dan memberi tumpuan. • Memahami petikan dengan kaedah yang betul. • Mendapatkan kata kunci daripada petikan yang dibaca. • Menjawab soalan pemahaman secara lisan dan bertulis. PROSEDUR PELAKSANAAN 1. Murid diberi lembaran (kerja). 2. Murid mengesan kata kunci dalam soalan. 3. Murid diminta mengesan isi tersurat berdasarkan kata kunci soalan. 4. Murid mengaplikasi penggunaan Lif Ulasan untuk mencatat isi yang dijumpai. 5. Murid diminta memilih kata hubung yang sesuai untuk menggabungkan isi. 6. Murid diminta menulis isi tersurat yang telah digabungkan (2 isi) ke dalam lembaran kerja. PRINSIP PELAKSANAAN • Guru membimbing murid untuk mengesan kata kunci. • Murid diminta mengesan isi tersurat berdasarkan kata kunci.
71 KIT CAKNA MINDA RM10.00 BELI 1 PERCUMA 1 SEGAR DARI LADANG. SANGAT BERBALOI! BINA AYAT MENULIS ULASAN (GAMBAR BERSIRI) • Perhatikan dan analisis maklumat berdasarkan bahan grafik / bahan bukan grafik • Kenal pasti isi tersurat yang terdapat dalam bahan rangsangan Gambar menunjukkan kelebihan buah-buahan tempatan. Tulis ulasan tersebut dalam bentuk perenggan. Panjang ulasan kamu antara 50 hingga 80 patah perkataan. KELEBIHAN BUAH-BUAHAN TEMPATAN Harga Berpatutan Baik untuk kesihatan Dapat menghasilkan Produk Kecantikan Kaya pelbagai khasiat pelbagai makanan Aktiviti Pengukuhan Tip Pembelajaran
KIT CAKNA MINDA 72 AKTIVITI PENGUKUHAN Kata Kunci: Kelebihan buah-buahan tempatan Isi Tersurat Kata Hubung Isi Tersurat Buah-buahan tempatan murah harganya dan juga boleh dijadikan produk kecantikan Ramai mengetahui bahawa buahbuahan tempatan baik untuk kesihatan kerana kaya dengan pelbagai khasiat Buah-buahan tempatan juga boleh dijadikan makanan lain serta harganya sangat berpatutan Tulis ulasan kamu dengan menggunakan teknik Lif Ulasan CONTOH PENGGUNAAN LIF ULASAN dan sambil serta
73 KIT CAKNA MINDA • Murid berhadapan dengan masalah untuk menghasilkan ulasan dengan jumlah perkataan yang tidak lebih daripada 80 patah perkataan. • Murid juga berhadapan dengan masalah untuk mengutarakan isi tersirat. • Pohon IKC merupakan wahana untuk membantu murid yang sederhana bagi menyatakan isi tersirat. Murid akan menulis isi tersurat yang telah dijumpai berdasarkan gambar/ rajah/ jadual yang diberi. • Pohon IKC ini juga dapat membantu murid untuk mengutarakan isi tersirat pada ruang kesan dan contoh. • Perhatikan dan analisis maklumat berdasarkan bahan grafik / bahan bukan grafik. • Kenal pasti isi tersurat yang terdapat dalam bahan rangsangan. • Perlu ada sekurang-kurangnya satu isi tersirat untuk mendapat markah yang cemerlang. • Murid perlu menulis pandangan, pendapat atau rumusan berdasarkan pemahaman masing-masing dalam bentuk perenggan. Inovasi ditakrifkan sebagai pengaplikasian kreativiti. Inovasi adalah mempraktikkan idea yang dihasilkan. Kreativiti merupakan proses berfikir manakala inovasi pula adalah proses produktif. Inovasi menambah nilai kepada idea yang dihasilkan, dan sekiranya idea yang dihasilkan tidak melalui proses inovasi, maka idea tersebut adalah idea semata-mata. Sekiranya idea yang dilahirkan adalah biji benih, inovasi pula adalah tumbuhan atau pokok yang lahir hasil daripada tanaman dan pemeliharaan benih.– YAYASAN INOVASI MALAYSIA 2010 Tip Pembelajaran Sinopsis POHON IKC
KIT CAKNA MINDA 74 kesan contoh Buat garisan melintang di bawah pohon yang telah ditampal dan lubangkan Jalinkan pasu yang telah digunting pada kertas 3. Pasu tersebut boleh bergerak ke kiri dan ke kanan Pada pasu tersebut, labelkan dengan perkataan kesan dan contoh Pohon ... sedia digunakan CARTA ALIR CARA PEMBINAAN KIT POHON IKC Tiga helai kertas digunakan Lukis gambar pohon pada kertas 1 dan digunting Lukis gambar dua buah pasu pada kertas 2 dan digunting Tampalkan pohon yang telah digunting pada kertas 3
75 KIT CAKNA MINDA CARTA ALIR PENGGUNAAN POHON IKC Bentuk kumpulan (3 atau 4 orang) Kenal pasti isi tersurat Buat huraian isi tersirat pada bahagian kesan atau contoh Buat kesimpulan berdasarkan soalan Fahami soalan (gambar/ graf/ jadual) Tulis isi tersurat pada ruangan yang disediakan 02 04 06 01 03 05
KIT CAKNA MINDA 76 KIT CAKNA MINDA KIT PEMBELAJARAN SOKONGAN KURIKULUM BAHASA MELAYU KSSR MANUAL PENGGUNAAN NAMA ALAT POHON IKC (ARAS SEDERHANA) NAMA TEKNIK C: CARI A: AYAT M: MUDAH B: BINA A: AYAT H: HURAIAN MASA 30 minit OBJEKTIF • Memahami jadual/ gambar rajah/graf yang dilihat. • Mendapatkan kata kunci daripada soalan. • Murid dapat menyatakan isi tersurat. SINOPSIS Ramai murid boleh mentafsir maklumat daripada jadual/gambar rajah/ graf yang terdapat dalam soalan, namun terdapat segelintir murid yang sukar menyatakan isi tersirat dengan tepat. Melalui teknik ini, murid perlu membuat huraian berkaitan idea / isi tersurat yang dinyatakan. Penggunaan Pohon IKC ini sedikit sebanyak dapat membantu murid sederhana menghasilkan isi tersirat. STANDARD KANDUNGAN Menulis ulasan tentang pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang didengar, ditonton atau dibaca dengan betul. KRITERIA KEJAYAAN 1. Saya dapat mencatat maklumat dengan betul daripada bahan grafik. 2. Saya dapat membina ayat gramatis berdasarkan bahan rangsangan menggunakan Teknik SKOP. 3. Saya dapat meluaskan binaan subjek dan predikat dalam binaan ayat. BAHAN/ALATAN 1. Kertas saiz A4 (dipotong mengikut bentuk pokok dan pasu) 2. Pelekat silikon atau ‘double side tape’ 3. Jadual/gambar rajah/graf FOKUS KEMAHIRAN • Membaca petikan dengan teliti dan memberi tumpuan • Mendapatkan kata kunci daripada petikan yang dibaca • Menyatakan idea/ isi tersurat yang diperoleh • Menghasilkan isi tersirat melalui ‘kesan’ dan ‘contoh’. PROSEDUR PELAKSANAAN 1. Murid diberi lembaran (kerja) secara berkumpulan 2. Murid mengesan kata kunci dalam soalan 3. Murid diminta mengesan isi tersurat berdasarkan kata kunci soalan 4. Murid mengaplikasi penggunaan Pohon IKC untuk mencatat isi yang dijumpai 5. Murid diminta memilih ruang ‘kesan’ atau ‘contoh’ yang sesuai untuk menghasilkan isi tersirat. 6. Murid diminta menulis jawapan pada lembaran kerja PRINSIP PELAKSANAAN 1. Guru membimbing murid untuk mengesan kata kunci 2. Murid diminta mengesan isi tersurat berdasarkan kata kunci 3. Guru merangsang murid untuk menghasilkan isi tersirat melalui Pohon IKC 4. Murid fokus dalam menghasilkan isi tersirat
77 KIT CAKNA MINDA Gambar menunjukkan kelebihan buah-buahan tempatan. Tulis ulasan tersebut dalam bentuk perenggan. Panjang ulasan kamu antara 50 hingga 80 patah perkataan. Kekurangan semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran – FLOWER A NEWHOUSE kesan contoh CONTOH PENGGUNAAN LIF ULASAN Murid mengesan isi tersurat Tulis isi tersurat pada pohon yang disediakan Murid membuat huraian isi tersurat Murid bebas memilih untuk membuat huraian (isi tersirat) pada bahagian kesan atau contoh Gerakkan pasu untuk menulis huraian Huraian mesti bersesuaian dengan idea/isi tersurat Aktiviti Pengukuhan RM10.00 BELI 1 PERCUMA 1 SEGAR DARI LADANG. SANGAT BERBALOI! KELEBIHAN BUAH-BUAHAN TEMPATAN Harga Berpatutan Baik untuk kesihatan Dapat menghasilkan Produk Kecantikan Kaya pelbagai khasiat pelbagai makanan
KIT CAKNA MINDA 78 ` Hasil ulasan kamu dengan menggunakan teknik Pohon IKC KATA KUNCI: KELEBIHAN BUAH-BUAHAN TEMPATAN. Guru perlu merangsang murid untuk menghasilkan perenggan penutup. Idea/Isi Tersurat Kesan Contoh Buah-buahan tempatan amat baik untuk kesihatan Badan menjadi lebih sihat dan bertenaga Buah-buahan tempatan mempunyai pelbagai vitamin seperti vitamin C Selain itu, buah-buahan ini juga boleh dijadikan makanan lain Meningkatkan pendapatan Boleh dibuat jem, tempoyak dan ais krim Produk kecantikan juga boleh dihasilkan melalui estrak buahbuahan tempatan Secara tidak langsung, estrak buah-buahan ini dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya Sebagai contoh manggis dan betik digunakan untuk menghasilkan produk pencuci muka Aktiviti Pengukuhan
79 KIT CAKNA MINDA PILIHLAH AKU • Murid berhadapan dengan masalah untuk menghasilkan ulasan dengan jumlah perkataan yang tidak lebih daripada 80 patah perkataan. • Murid juga berhadapan dengan masalah untuk mengutarakan isi tersirat. • Pilihlah Aku merupakan wahana untuk membantu murid aras tinggi bagi menyatakan isi tersurat dan isi tersirat. Murid akan menulis isi tersurat yang telah dijumpai berdasarkan gambar/ rajah/ jadual yang diberi. • Dalam erti kata yang lain, Pilihlah Aku ini merangsang murid untuk berfikir dengan lebih kreatif bagi menghasilkan isi tersirat dengan menggunakan kata hubung yang sesuai. CARTA ALIR PEMBINAAN KIT PILIHLAH AKU Hasilkan bentuk bulatan pada 2 helai kertas dengan saiz yang berbeza. Semi bulatan tersebut ditandai dengan isi tersurat dan sebahagian lagi dicatat isi tersirat. Bahan yang terhasil akan menjadi muka sebuah jam. Buat satu garisan panjang yang terbahagi kepada dua bahagian. Tulis kata hubung di kertas lain dan digunting kecil yang akan berfungsi sebagai jarum jam. Sinopsis
KIT CAKNA MINDA 80 CARTA ALIR PENGGUNAAN KIT PILIHLAH AKU Bentuk kumpulan (2 atau 3 orang) Kenal pasti isi tersurat. Buat huraian (isi tersirat) selepas menggunakan kata hubung Buat kesimpulan berdasarkan soalan Fahami soalan (gambar/ graf/ jadual) Pilih kata hubung yang sesuai untuk menghasilkan isi tersirat 02 04 06 01 03 05
81 KIT CAKNA MINDA KIT CAKNA MINDA KIT PEMBELAJARAN SOKONGAN KURIKULUM BAHASA MELAYU KSSR MANUAL PENGGUNAAN NAMA ALAT PILIHLAH AKU (ARAS TINGGI) NAMA TEKNIK SUSI (TERSURAT + TERSIRAT) MASA 30 minit OBJEKTIF • Memahami jadual/gambar rajah/graf yang dilihat. • Mendapatkan kata kunci daripada soalan. • Murid dapat menghasilkan isi tersirat selepas memilih kata hubung yang sesuai. SINOPSIS Ramai murid boleh mentafsir maklumat daripada jadual/gambar rajah/ graf yang terdapat dalam soalan, namun terdapat murid yang gagal menyatakan isi tersirat dengan tepat. Penggunaan Pilihlah Aku ini sedikit sebanyak dapat membantu murid menghasilkan isi tersirat (sebagai huraian) dengan menggunakan kata hubung yang tepat. STANDARD KANDUNGAN Menulis ulasan tentang pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang didengar, ditonton, atau dibaca dengan betul. KRITERIA KEJAYAAN 1. Saya dapat mencatat maklumat dengan betul daripada bahan grafik. 2. Saya dapat membina ayat gramatis berdasarkan bahan rangsangan menggunakan Teknik SKOP. 3. Saya dapat meluaskan binaan subjek dan predikat dalam binaan ayat. BAHAN/ALATAN 1. Kertas saiz A4 (dipotong bulat) 2. Pin/ jarum 3. Gunting 4. Jadual/gambar rajah/graf FOKUS KEMAHIRAN • Membaca dan memahami soalan dengan teliti. • Mendapatkan kata kunci daripada petikan yang dibaca. • Menyenaraikan isi tersurat dan membuat huraian bagi isi tersurat yang dinyatakan (isi tersirat). PROSEDUR PELAKSANAAN 1. Murid diberi lembaran (kerja ulasan). 2. Murid diminta melaksanakan tugasan secara berkumpulan. 3. Murid mengesan kata kunci dalam soalan. 4. Murid diminta mengesan isi tersurat berdasarkan kata kunci soalan. 5. Murid mengaplikasi penggunaan Pilihlah Aku untuk mencatat isi tersurat yang dijumpai. 6. Murid diminta memilih kata hubung yang sesuai dan kemudian murid akan cuba untuk membuat huraian (isi tersirat). 7. Murid diminta menulis isi tersurat dan tersirat yang dihasilkan ke dalam lembaran kerja. PRINSIP PELAKSANAAN 1. Murid diminta mengesan isi tersurat berdasarkan kata kunci. 2. Murid fokus dalam membuat huraian isi tersurat.
KIT CAKNA MINDA 82 • Perhatikan dan analisis maklumat berdasarkan bahan grafik/bahan bukan grafik • Kenal pasti isi tersurat dan isi tersirat yang terdapat dalam bahan rangsangan • Perlu ada sekurang-kurangnya satu isi tersirat untuk mendapat markah yang cemerlang • Murid perlu menulis pandangan, pendapat atau rumusan berdasarkan pemahaman masing-masing dalam bentuk perenggan. Gambar di bawah menunjukkan beberapa permainan tradisional yang terdapat di Malaysia. Tulis ulasan tentang faedah permainan tersebut yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan. KEBAIKAN MEMPOPULARKAN PERMAINAN TRADISIONAL Tip Pembelajaran Aktiviti Pengukuhan
83 KIT CAKNA MINDA CONTOH PENGGUNAAN LIF ULASAN Murid mengesan isi tersurat Tulis isi tersurat pada semi bulatan yang ditandai dengan ‘isi tersurat’. Murid membuat huraian isi tersurat Murid membuat huraian (isi tersirat) setelah memilih kata hubung yang sesuai Murid memilih kata hubung yang tepat Sekiranya kata hubung yang dipilih kurang tepat, murid boleh memilih kata hubung lain. Hasil ulasan kamu dengan menggunakan teknik Pilihlah Aku. Kata Kunci: Kebaikan mempopularkan permainan tradisional Guru perlu merangsang murid untuk menghasilkan perenggan penutup. Idea/Isi Tersurat Kata Hubung Huraian (Isi tersirat) Produk pelancongan penting untuk meningkatkan ekonomi negara. Dengan adanya permainan tradisional, kita dapat mengisi masa lapang supaya kita tidak melakukan perkara yang sia-sia. Dengan adanya permainan tradisional, kita dapat mengisi masa lapang kerana tidak terdapat gajet-gajet canggih pada masa itu. Aktiviti Pengukuhan
KIT CAKNA MINDA 84 04 elemen MENULIS KARANGAN
85 KIT CAKNA MINDA KIT BUKARA KIT BUKARA INI DAPAT MEMBANTU MURID-MURID MENDAPATKAN IDEA UNTUK MENGARANG SETERUSNYA MENGHASILKAN KARANGAN YANG CEMERLANG. KIT INI MEMBANTU MURID MENGEMBANGKAN IDEA-IDEA DENGAN MENGGUNAKAN AYAT YANG GRAMATIS. MENULIS KARANGAN • Berfikir dan dapatkan isi-isi penting yang relevan. • Pilih dan baca soalan dengan teliti. Kenal pasti kata kunci soalan. • Tulis karangan perenggan demi perenggan berdasarkan isi penting • Patuhi format umum penulisan karangan. (Pendahuluan, isi dan penutup). Tip Pembelajaran
KIT CAKNA MINDA 86 KIT CAKNA MINDA KIT PEMBELAJARAN SOKONGAN KURIKULUM BAHASA MELAYU KSSR MANUAL PENGGUNAAN NAMA ALAT BUKARA (BUKAAN RAJAH) NAMA TEKNIK CAMNATU (CANTUM/ BINA/TULIS) MASA 30 minit OBJEKTIF • Murid dapat mengembangkan idea-idea untuk menghasilkan karangan yang lengkap. • Murid dapat menulis karangan dengan format yang betul. SINOPSIS Kebanyakan murid tidak dapat menghasilkan karangan yang cemerlang kerana beberapa faktor. Kesalahan struktur ayat, kesalahan memilih tajuk karangan dan tidak faham maksud perkataan untuk tajuk karangan menjadi penyebab utama masalah ini. Biasanya murid terus menulis tanpa mencari isi terlebih dahulu. Murid yang tidak merangka isi karangan tidak dapat menyusun isi dengan baik. Kit ini diharapkan akan dapat membantu murid membina karangan dengan idea-idea yang tersusun. STANDARD KANDUNGAN Menulis untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa yang santun. BAHAN/ALATAN 1. Kad manila 2. Pen marker 3. Pita pelekat 4. Gunting 5. Kertas A4 pelbagai warna 6. Penebuk lubang 7. Plastik lamina 8. Mesin lamina 9. Reben 10. Kad imbasan FOKUS KEMAHIRAN • Membaca dan memahami maksud perkataan dalam tajuk karangan. • Mengembangkan idea karangan dengan penggunaan ayat yang gramatis. • Menaakul, menyusun dan mengolah idea sebelum membentuk karangan yang lengkap. • Menguasai struktur karangan yang lengkap dengan pendahuluan, isi dan penutup. PROSEDUR PELAKSANAAN 1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil. 2. Murid membaca dan meneliti manual penggunaan dan tip pembelajaran. 3. Murid membuka KIT BUKARA mengikut kumpulan masing-masing. 4. Murid memilih kad soalan yang terdapat dalam poket soalan. 5. Murid mencari idea karangan berdasarkan soalan yang diperoleh dalam poket idea. 6. Murid menyusun kerangka idea pada tapak idea mengikut turutan yang betul. 7. Murid mengembangkan idea berdasarkan kad-kad idea yang telah disusun. 8. Murid menulis karangan yang lengkap berdasarkan idea-idea yang telah dikembangkan.
87 KIT CAKNA MINDA PRINSIP PELAKSANAAN 1. Guru membimbing murid untuk menghasilkan karangan (separa berpandu). 2. Melatih murid melahirkan idea, mengembangkan, dan menghujahkan idea . 3. Melatih murid menggunakan format karangan yang betul. 4. Merancang penulisan karangan dengan menggunakan bentukbentuk grafik yang menarik. 5. Menggunakan bahasa yang betul berdasarkan sesuatu jenis karangan. Rahsia kejayaan ialah ketekalan matlamat. – BENJAMIN DISRAELI
KIT CAKNA MINDA 88 CARTA ALIR PEMBINAAN KIT BUKARA (BUKAAN RAJAH) SEDIAKAN BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN UNTUK MEMBUAT KIT. GUNTINGKAN SETIAP GARISAN SISI SEGI EMPAT SAMA YANG TELAH DILUKIS SUPAYA DAPAT DILIPAT KE ARAH DALAM. LABELKAN SETIAP POKET TERSEBUT MENGIKUT KEPERLUAN KIT. MASUKKAN BAHAN RANGSANGAN YANG TELAH DISEDIAKAN (KAD IDEA/KAD SOALAN) KE DALAM POKET. LIPATKAN SEMUA PERMUKAAN SUPAYA MENJADI KIT BUKARA. LUKISKAN GARISAN PADA KAD MANILA MENGIKUT BUKAAN RAJAH SEBUAH KOTAK SEGI EMPAT SAMA SEPERTI DALAM RAJAH. SEDIAKAN POKET PADA SETIAP BAHAGIAN PERMUKAAN UNTUK DIMASUKKAN BAHAN RANGSANGAN. 02 04 06 01 03 05
89 KIT CAKNA MINDA BUKAAN RAJAH BAHAGIAN DALAM KIT BUKARA IDEA 3 IDEA 1 PENDAHULUAN IDEA 4 IDEA 2 PENUTUP TAPAK IDEA
KIT CAKNA MINDA 90 BUKAAN RAJAH BAHAGIAN LUAR KIT BUKARA MANUAL PENGGUNAAN CONTOH SOALAN KOSA KATA TIP PEMBELAJARAN KIT BUKARA
91 KIT CAKNA MINDA CARTA ALIR PENGGUNAAN KIT BUKARA MURID DIAGIHKAN KEPADA BEBERAPA KUMPULAN MURID MENGAMBIL CONTOH SOALAN MURID MEMBACA DAN MEMAHAMI MANUAL DAN TIP PEMBELAJARAN MURID MEMILIH IDEA DARIPADA POKET IDEA MURID MENYUSUN DAN MURID MENULIS KARANGAN MENJAWAB SOALAN PENGUKUHAN MENGEMBANG- KAN IDEA PADA TAPAK IDEA 01 05 03 07 02 06 04 08
KIT CAKNA MINDA 92 Aktiviti Pengukuhan Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum yang hidup bersatu padu. Kepelbagaian kebudayaan kaum di Malaysia seperti perayaan, pakaian, makanan dan kesenian mempunyai keunikannya tersendiri. Tulis sebuah karangan tentang keunikan kebudayaan kaum di Malaysia. Panjang karangan tidak kurang daripada 80 hingga 120 patah perkataan
93 KIT CAKNA MINDA IDEA BUKARA PENDAHULUAN Malaysia - masyarakat majmuk - pelbagai budaya IDEA 3 kaum Cina - pakaian - makanan - tarian - alat muzik - perayaan IDEA 2 kaum India - pakaian - makanan - tarian - alat muzik - perayaan PENUTUP Harapan - masyarakat berbilang kaum - keunikan tersendiri - hidup harmoni IDEA 1 kaum Melayu - pakaian - makanan - tarian - alat muzik - perayaan IDEA 4 Kaum Sikh - pakaian - makanan - tarian - alat muzik - perayaan
KIT CAKNA MINDA 94 PIRAMID MINDA Kit Piramid Minda dapat membantu murid mengembangkan idea untuk menulis karangan yang lengkap dengan menggunakan ayat yang gramatis dan format yang betul. PENDAHULUAN IDEA 1 IDEA 2 IDEA 3 PENUTUP TETINGKAP SOALAN PINTU IDEA
95 KIT CAKNA MINDA KIT CAKNA MINDA KIT PEMBELAJARAN SOKONGAN KURIKULUM BAHASA MELAYU KSSR MANUAL PENGGUNAAN NAMA ALAT PIRAMID MINDA NAMA TEKNIK BT2 (BINA TULIS TAMPAL) MASA 30 minit OBJEKTIF • Murid dapat mengembangkan idea untuk menghasilkan karangan yang lengkap. • Murid dapat menghasilkan karangan yang lengkap dengan format yang betul. SINOPSIS Ramai murid boleh membina ayat tetapi sukar untuk membina karangan yang lengkap dan mengikut format yang betul. Ramai murid juga tidak mempunyai idea yang kreatif dan kritis untuk menulis karangan. Biasanya murid terus menulis tanpa mencari idea karangan terlebih dahulu. Teknik ini dapat membantu murid mengembangkan idea untuk menghasilkan karangan yang lengkap. STANDARD KANDUNGAN Menulis untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa yang santun. BAHAN/ALATAN 1. ‘Mounting board’ 2. ‘Blue tag’ 3. Gunting 4. Gam 5. Pembaris 6. Kertas warna (pelbagai warna) 7. Kad idea 8. Kad soalan 9. Pen marker FOKUS KEMAHIRAN • Membaca dan memahami kehendak soalan. • Mengenal pasti isi berdasarkan bahan untuk membina rangka karangan. • Mengembangkan isi berdasarkan kehendak soalan yang dipilih. • Menulis karangan secara mekanis dengan betul dan kemas. PROSEDUR PELAKSANAAN 1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. 2. Setiap kumpulan diberikan Kit Piramid minda. 3. Setiap kumpulan diminta memilih kad soalan dan kad idea daripada tetingkap soalan dan pintu idea. 4. Murid memilih kad idea yang sesuai dengan kehendak soalan. 5. Murid menulis kerangka karangan pada kad imbasan. 6. Murid menampal kad imbasan yang telah lengkap. 7. Murid menulis sebuah karangan yang lengkap berdasarkan idea yang telah ditampal. PRINSIP PELAKSANAAN 1. Guru membimbing murid untuk melahirkan idea yang sesuai berdasarkan soalan. 2. Murid mulakan pendahuluan, idea utama dan penutup. 3. Murid boleh mengadakan perbincangan dengan teknik sumbang saran untuk melahirkan idea. 4. Murid yang lemah dibimbing agar menggunakan kad idea untuk menghasilkan karangan. 5. Murid dibimbing menulis karangan menggunakan format yang betul dan ayat yang gramatis.
KIT CAKNA MINDA 96 CARTA ALIR PEMBINAAN KIT PIRAMID MINDA SEDIAKAN BAHAN YANG DIPERLUKAN UNTUK MEMBUAT KIT LABELKAN PIRAMID KEPADA LIMA BAHAGIAN PENDAHULUAN/IDEA 1/IDEA 2/IDEA 3/PENUTUP MASUKKAN BAHAN RANGSANGAN YANG TELAH DISEDIAKAN KE DALAM TETINGKAP SOALAN DAN PINTU IDEA LUKISKAN BENTUK PIRAMID PADA MOUNTING BOARD SEDIAKAN TETINGKAP SOALAN DAN PINTU IDEA 02 04 01 03 05
97 KIT CAKNA MINDA CARTA ALIR PENGGUNAAN KIT PIRAMID MINDA MURID DIAGIHKAN KEPADA BEBERAPA KUMPULAN MURID MENULIS KERANGKA IDEA DI DALAM KAD IMBASAN MURID MEMILIH SOALAN DARIPADA POKET IDEA MURID MENGEMBANG -KAN IDEA MURID MENJAWAB SOALAN PENGUKUHAN MURID MEMBACA DAN MEMAHAMI MANUAL DAN TIP PEMBELAJARAN MURID MENAMPAL KERANGKA IDEA DI ATAS PAPAN PIRAMID MURID MENCARI IDEA DARIPADA SOALAN MURID MENULIS KARANGAN 01 05 03 07 09 02 06 04 08
KIT CAKNA MINDA 98 KARANGAN FAKTA Menjadi murid cemerlang adalah idaman setiap insan. Tulis sebuah karangan tentang ciri-ciri murid cemerlang. Semak semula soalan karangan supaya selari dengan contoh karangan. CADANGAN IDEA Menjadi seorang murid yang cemerlang adalah impian setiap pelajar. Hal ini demikian kerana murid yang cemerlang akan menjadi kebanggaan ibu bapa, guru dan pihak sekolah. Kebiasaannya murid yang cemerlang dihormati oleh orang lain dan mempunyai masa depan yang cerah. Murid yang cemerlang umpama benih yang baik, jika dicampak ke darat menjadi gunung dan jika dicampak ke laut menjadi pulau. Murid yang cemerlang ialah murid yang rajin dan sentiasa berikrar untuk belajar bersungguh-sungguh supaya berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan. Murid yang cemerlang sering menggunakan masa yang terluang dengan membaca buku dan mengulang kaji pelajaran. Contohnya murid tersebut menggunakan masa lapang dengan mengunjungi perpustakaan untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan bersedia sebelum menduduki peperiksaan. Murid yang cemerlang akan sentiasa fokus ketika berada di dalam kelas. Mereka akan menumpukan sepenuh perhatian semasa guru sedang mengajar agar dapat memahami sepenuhnya isi pelajaran yang diajarkan oleh guru. Jika mereka tidak memahami sesuatu topik sudah pasti mereka akan bertanya kepada guru untuk mendapatkan penjelasan. Pendahuluan Idea 1 Idea 2 Aktiviti Pengukuhan