TAJUK
TUGASAN 2.5
Karangkan dalam tidak kurang 75 muka surat beserta gambar
satu Jambori Kebangsaan luar negara yang anda hadiri.
I
ABSTRAK
Saya telah menghadiri Jambori Pengakap Dunia ke-23 di Kinrara-Hama,Yamaguchi, Jepun pada
tahun 2015 dan Jambori Pengakap Dunia ke-24 di Summit Bechtel Reserve, West Virginia,
USA pada tahun 2019. Sebelum saya menyertai Jambori Pengakap Dunia, saya sendiri tidak ada
idea langsung tentang Jambori Pengakap Dunia. Saya tidak tahu apa persediaan awal yang harus
saya lakukan; saya juga berasa ragu-ragu tentang peranan saya sebagai seorang leader di
jambori itu; saya juga tidak tahu jenis aktiviti yang dijalankan di Jambori Pengakap Dunia. Oleh
itu, saya ingin mencatatkan pengalaman saya dan sedikit hasil pendapat daripada pengalaman
penyertaan kedua-dua jambori tersebut. Saya akan kongsikan pengalaman dari segi persediaan
awal ke Jambori Dunia, tugas dan peranan seorang patrol leader, pengalaman kehidupan
jambori saya dan jenis aktiviti yang dijalankan di Jambori Pengakap Dunia ke-23 dan ke-24.
Semoga catatan ini dapat memberi sedikit panduan dan dijadikan sebagai rujukan kepada
pemimpin-pemimpin yang belum pernah mengikuti Jambori Pengakap Dunia. Diharap
pengalaman saya ini dapat memberi satu gambaran kasar tentang Jambori Pengakap Dunia dan
membantu pemimpin dalam membuat persediaan awal jika berhasrat menyertai Jambori
Pengakap Dunia kelak.
II
ABSTRAK i
ISI KANDUNGAN ii
PENGENALAN 1
1.0 PERSEDIAAN AWAL 3
1.1 KEWANGAN 3
1.2 JAWATAN DALAM KONTINJEN 3
1.3 PERMOHONAN PENYERTAAN JAMBORI DUNIA 4
1.4 PERMOHONAN CUTI 8
1.5 PENEMPAHAN TIKET KAPAL TERBANG 10
1.6 SAFE FROM HARM 12
2.0 TUGAS-TUGAS PATROL LEADER SEBELUM KE JAMBORI DUNIA 13
2.1 SEBAGAI ORANG TENGAH PESERTA DAN CMT 13
2.2 SEBAGAI KERANI PESERTA 15
2.3 SEBAGAI GURU PENGIRING PESERTA 16
2.4 SEBAGAI PERUJUK / PENASIHAT PESERTA 18
3.0 PERLEPASAN KE JAMBORI DUNIA 22
3.1 BERKUMPUL DI KLIA 22
3.2 TRANSIT DI SHANGHAI DAN DUBAI 29
3.3 KETIBAAN DI LAPANGAN TERBANG DESTINASI 32
3.4 PERJALANAN KE TAPAK JAMBORI 35
3.5 KETIBAAN DI TAPAK JAMBORI 37
4.0 TUGAS PATROL LEADER DI TAPAK PERKHEMAHAN 42
4.1 LAPOR DIRI DI HQ SUB CAMP 42
4.2 MENDIRIKAN KHEMAH 42
4.3 MENGURUSKAN KIT PERALATAN 45
III
5.0 CERITA SAYA DI TAPAK JAMBORI DUNIA 50
5.1 FASILITI-FASILITI DI TAPAK JAMBORI 50
5.2 RUTIN KEHIDUPAN JAMBORI SAYA 67
5.3 MAKANAN KAMI DI JAMBORI DUNIA 78
6.0 PENGALAMAN SAYA MENYERTAI AKTIVITI JAMBORI DUNIA 85
6.1 PERSEDIAAN MENYERTAI AKTIVITI YANG BANYAK 86
6.2 AKTIVITI-AKTIVITI DI JAMBORI DUNIA 89
6.3 MAJLIS PEMBUKAAN & PENUTUPAN RASMI 123
7.0 PENGALAMAN SPESIAL 130
7.1 RAWATAN DI PUSAT PERUBATAN JAMBORI 130
7.2 PERSEMBAHAN JAMBOREE BAND 134
7.3 TERJUMPA HAIWAN DI TAPAK JAMBORI 135
8.0 PEMANDANGAN INDAH DI TAPAK JAMBORI DUNIA KE-23 137
8.1 KHEMAH YANG BERANEKA JENIS 137
8.2 PINTU GERBANG YANG KREATIF 145
8.3 TAPAK PERKHEMAHAN YANG MENARIK 149
9.0 KOLEKSI GAMBAR 152
BIBLIOGRAFI 159
LAMPIRAN
SEKALUNG PENGHARGAAN 160
165
IV
PENGENALAN
Sebagai seorang pengakap, sudah pasti tidak asing dengan perkataan “Jambori”. Ia merupakan
satu perkataan yang dicadangkan oleh B.P. dan digunakan untuk merujuk kepada perhimpunan
Pengakap1. Pada masa kini, Jambori ialah perhimpunan besar atau perhimpunan antarabangsa
bagi pengakap. Ia merupakan satu program untuk menjalin persahabatan, mengenali budaya
pelbagai bangsa, memperolehi pengalaman menyertai aktiviti yang mencabar (adventure),
memberi peluang kepada pemuda-pemudi berkenalan dengan sahabat baru dari seluruh dunia
dan mencuba benda baharu serta mempelajari kemahiran baharu.
Seseorang pengakap yang kuat semangat pengakap, sudah pastinya dia akan berhasrat dan
berusaha untuk memakbulkan hasrat ke Jambori Pengakap Dunia dalam sepanjang hayat
berpengakap seperti kata-kata orang, seseorang ulama Islam harus menunaikan umrah di Mekah.
Bagi saya, menyertai Jambori Pengakap Dunia merupakan satu perkara yang harus dilakukan
untuk memperluaskan pandangan serta memperdalamkan lagi kemahiran dan pengalaman dalam
bidang kepengakapan. Saya yakin, kehidupan saya sebagai seorang pengakap tidak akan
sempurna jika tidak pernah ke Jambori Pengakap Dunia. Saya juga yakin bahawa Jambori
Pengakap Dunia merupakan satu impian yang ingin dikecapi oleh kebanyakan ahli pengakap
atau pemimpin pengakap termasuk saya.
Saya bersyukur kerana telah berpeluang menyertai Jambori Pengakap Dunia sebanyak dua kali.
Kali pertama saya menyertai Jambori Pengakap Dunia ialah empat tahun yang lepas, iaitu
Jambori Pengakap Dunia kali ke-23 di Kirara-Hama, Yamaguchi, Jepun yang berlangsung pada
28hb Julai hingga 8 Ogos 2015. Seramai 33,628 ahli pengakap dan pemimpin pengakap dari 155
buah negara telah menyertai jambori tersebut. Kali kedua saya menyertai Jambori Pengakap
1 Sejarah Hidup Lord Baden Powell
1
Dunia ialah Jambori Pengakap Dunia ke-24 yang berlangsung di Summit Bechtel Reserve, West
Verginia pada 22 Julai 2019 sehingga 2 Ogos 2019, di mana seramai 45,000 ahli pengakap dan
pemimpin pengakap, lebih daripada dari 150 buah negara telah menyertai jambori tersebut.
Pada tahun 2015, Persekutuan Pengakap Malaysia telah menghantar satu kontinjen untuk
menyertai jambori tersebut yang terdiri daripada 14 petugas kontingen atau dikenali sebagai
CMT (Contingent Management Team), 103 orang petugas perhubungan antarabangsa atau IST
(International Service Team); 17 orang leader dan 150 ahli pengakap, jumlah keseluruhan ialah
284 orang peserta. Saya telah diberi tugas sebagai salah seorang Patrol Leader Troop Kinabalu
dan perlu menjaga 9 ahli pengakap dari Kedah.
Pada tahun 2019, Kontinjen Pengakap Malaysia dengan kekuatan 8 orang CMT, 8 orang patrol
leader, 58 orang IST dan 68 orang peserta telah menyertai Jambori Pengakap Dunia ke-24.
Sekali lagi saya memegang jawatan sebagai Patrol Leader dan bertugas membawa serta
menjaga 5 orang ahli pengakap dari Kedah serta Tawau.
Dengan itu, saya ingin berkongsi sedikit pengalaman saya sebagai patrol leader dalam
Kontinjen Malaysia ke Jambori Pengakap Dunia ke-23 dan ke-24. Semoga catatan pengalaman
tidak seberapa ini dapat menjadi rujukan dan panduan kepada rakan-rakan pemimpin pengakap
yang ingin menjadi patrol leader ke Jambori Pengakap Dunia kelak, di samping sabagai rekod
pengalaman yang indah lagi berharga untuk diri saya.
2
1. 0 PERSEDIAAN AWAL
Sejak menjadi salah seorang pemimpin pengakap di sekolah pada tahun 2011, saya sering
mendengar cerita dan pengalaman yang dikongsi oleh sahabat-sahabat pengakap yang pernah
menyertai Jambori Pengakap Dunia dan Jambori Kebangsaan Malaysia. Pengalaman mereka
yang menarik itu telah menyalakan hasrat dan keinginan saya untuk menyertai jambori dunia.
Lantaran itu, saya terus membuat keputusan tanpa teragak-agak untuk menyertai Jambori
Pengakap Dunia ke-23 yang diadakan di negara Jepun pada bulan Julai tahun 2015.
1.1 KEWANGAN
Setelah membuat keputusan untuk menyertai Jambori Dunia ke-23, saya mula membuat
perancangan dan persediaan awal, terutamanya dari segi kewangan. Saya difahamkan bahawa
kos perbelanjaan untuk jambori bertaraf antarabangsa itu agak tinggi. Anggaran perbelanjaan
asas adalah sebanyak enam atau tujuh ribu ringgit jika ke Jepun. Oleh itu, saya mula mengumpul
duit dengan menyimpan duit setiap bulan demi merealisasikan hasrat tersebut. Saya mula jimat
cermat dalam perbelanjaan harian dan kurangkan perbelanjaan yang berbentuk bukan keperluan.
Demi mencapai impian tersebut, saya terpaksa kuat semangat dan sentiasa berjimat-cermat
dalam perbelanjaan harian. Pada akhirnya, perbelanjaan jauh lebih banyak daripada anggaran itu
sebab saya membeli cenderamata dan extend tiga hari ke Kyoto dan Osaka.
1.2 JAWATAN DALAM KONTINJEN
Saya juga mula mengumpul maklumat mengenai Jambori Dunia daripada rakan-rakan pengakap
yang pernah menyertai Jambori Dunia supaya lebih memahami aktiviti dan cara pelaksanaan
aktiviti jambori dunia. Daripada maklumat yang diperolehi, baharu saya sedar bahawa terdapat
jawatan CMT (Contingent Management Team), IST (International Service Team), Leader, dan
peserta dalam satu kontinjen. Pada masa itu, saya tidak faham apa perbezaan tugas kesemua
3
jawatan itu. Kawan-kawan saya memberi cadangan supaya menjadi IST jika menyertai jambori
dunia kerana IST mempunyai masa yang lebih bebas dan tugasnya lebih menyeronokkan.
Namun begitu, pertama kali saya menyertai Jambori Dunia, saya langsung tidak tahu cara untuk
memohon menjadi IST dan akhirnya saya telah diberi tugas sebagai patrol leader.
1.3 PERMOHONAN PENYERTAAN JAMBORI PENGAKAP DUNIA
Pendaftaran penyertaan ke Jambori Pengakap Dunia biasanya akan dimulakan setahun atau dua
tahun lebih awal daripada tarikh jambori dijalankan. Pada bulan Mei 2014, saya menerima
Borang Permohonan Penyertaan 23rd World Scout Jamboree yang dikeluarkan oleh Persekutuan
Pengakap Malaysia daripada pihak atasan PPM Negeri Pulau Pinang. Terdapat dua jenis borang
penyerataan, satu untuk ahli pengakap dan satu untuk pemimpin atau Kelana. Borang itu tidak
nyatakan jawatan yang boleh dipohon, maksudnya kami tidak berpeluang untuk memilih
jawatan atau tugas kami semasa memohon.
Pada hujung tahun 2014, saya dimaklumkan bahawa saya ditugaskan sebagai patrol leader
dalam kontinjen dan kawan saya pula berpeluang menjadi IST. Pada masa itu, kami baharu
diberi Borang Participant Biodata yang dikeluarkan oleh pihak penganjur Jambori Dunia, Jepun.
Borang ini terdapat pilihan jawatan “Leader, IST, Scout”. Saya berasa agak kecewa apabila saya
mengetahui bahawa ada beberapa orang pemimpin dan Kelana Pulau Pinang telah memohon
menjadi IST dan mereka telah berjaya mendapat jawatan tersebut, saya yang berazam ingin
menjadi IST tidak tercapai impian saya. Saya tertanya-tanya mengapa saya dijadikan leader dan
bukan IST ? Namun begitu, saya tetap bersyukur kerana diberi peluang menimba pengalaman
sebagai patrol leader yang berharga dalam kehidupan saya sebagai pemimpin pengakap. Saya
masih berpeluang untuk menjadi IST dan semoga hasrat saya ini dapat menjadi kenyataan suatu
hari nanti.
4
CONTOH
Borang Penyertaan dari PPM untuk Pemimpin/Kelana Borang Penyertaan daripada pihak penganjur 23rd WSJ
CONTOH
Contoh Borang Penyertaan PPM ke Jambori Pengakap Dunia ke-24
5
Selepas mendaftar untuk menyertai Jambori Pengakap Dunia ke-23 pada tahun 2015, saya
dimaklumkan bahawa seramai 3 orang pengakap dari SMJK Jit Sin akan turut menyertai jambori
tersebut. Oleh kerana mereka pergi tanpa guru pengiring, maka saya telah diminta oleh Encik
Heng Soo Peng, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Negeri supaya menjaga mereka semasa di Jepun.
Saya menerima amanat yang diberi itu kerana mereka ialah pengakap Pulau Pinang dan saya
juga mengenali mereka. Mungkin ini adalah jawapannya -- disebabkan mereka, maka saya telah
diberi tugas sebagai leader, terpaksa memikul tanggungjawab menjaga anak-anak pengakap
negeri sendiri. Tetapi malangnya, saya tidak berpeluang menjaga mereka atau bersama mereka
sepanjang jambori itu, sebaliknya saya ditugaskan untuk menjaga ahli pengakap dari Kedah.
Saya amat kecewa kerana hasrat saya adalah menjadi IST, tidak dijangka saya menjadi leader
untuk menjaga ahli pengakap negeri lain. Secara tidak langsung, keadaan ini telah
menambahkan bebanan dan tekanan saya kerana perlu menjaga ahli-ahli pengakap yang tidak
dikenali, saya amat risau jika mereka tidak mematuhi arahan saya. Mujurlah mereka ialah ahli-
ahli pengakap yang berdisiplin dan berdikari. Saya juga berasa lega dan amat bersyukur kerana
telah menimba banyak ilmu ketika menjadi leader di bawah pimpinan Encik Lee Chee Keong,
Ketua Troop Kinabalu yang berasal dari Sabah, bersama Encik David Chiam, Penolong Ketua
Pesuruhjaya Negeri Kedah merangkap Pemimpin Pengakap SMJK Sin Min serta Madam Chang
Mei Kin dari Kuala Lumpur sepanjang berjambori di Jepun.
Cadangan saya kepada rakan-rakan pemimpin yang berminat ke Jambori Pengakap Dunia,
jangan ikut jejak langkah saya, tidak tahu apa-apa dan tiba-tiba diberi amanat sebagai patrol
leader dan menjaga peserta negeri lain. Kita berhak untuk memilih jawatan atau tugas yang kita
berminat kerana kita membayar dengan duit sendiri. Kita berhak untuk menimba ilmu dan
pengalaman yang kita ingin nikmati, sama ada ingin mendapat pengalaman berkhidmat dengan
pihak penganjur (IST) atau mendapat pengalaman patrol leader dalam menjaga peserta-peserta
6
kontinjen kita. Dengan itu, adalah penting untuk kita pilih dan catatkan jawatan yang kita
hendak semasa memohon untuk menyertai Jambori Pengakap Dunia.
Saya mendapat surat pelantikan sebagai patrol leader ke Jambori Pengakap Dunia ke-23 di
Jepun. Saya berasa kecewa kerana kontinjen tidak mengeluarkan surat pelantikan rasmi untuk
saya ke Jambori Pengakap Dunia ke-24 walaupun saya kerap kali meminta daripada Setiausaha
Kontinjen, terutamanya semasa saya mengemukakan permohonan Cuti Tanpa Rekod. Saya
diminta lampirkan senarai nama kontinjen sebagai bukti penyertaan saya. Mujurlah saya
mendapat sijil penghargaan daripada Kontinjen Malaysia selepas menghadiri jambori tersebut.
CONTOH
Surat pelantikan saya sebagai leader pada tahun 2015
7
Senarai nama ahli patrol dan leader Troop Kinabalu
1.4 PERMOHONAN CUTI
Saya ialah seorang guru. Dengan itu saya perlu menguruskan permohonan cuti saya dengan
kerani sekolah. Oleh kerana belum pernah ada guru yang memohon cuti ke luar negara seperti
kes saya, maka kerani sekolah tidak tahu apa jenis cuti yang patut dipohonkan. Saya memohon
Cuti Tanpa Rekod seperti apa yang dicatatkan dalam surat pelepasan KPM. Namum begitu, saya
dimaklumkan oleh Tuan A bahawa leader yang terdiri daripada guru, tidak patut memohon Cuti
Tanpa Rekod kerana kami membawa pelajar ke jambori, ia dikira menjalankan tugas, bukan
pergi makan angin atau menguruskan hal peribadi, kami sepatutnya memohon cuti menjalankan
tugas di luar negara. Beliau dan beberapa orang guru dari Perak telah memohon cuti
menjalankan tugas di luar negara sebelum bertolak ke Jambori Pengakap Dunia di Jepun pada
tahun 2015. Walau bagaimanapun, saya dan kerani sekolah tidak tahu cara atau syarat memohon
8
cuti menjalankan tugas di luar negara. Saya juga tidak pasti sama ada guru yang membawa
pelajar ke Jambori Pengakap Dunia itu boleh memohon cuti menjalankan tugas di luar negara
atau tidak, maka saya ikut arahan KPM, memohon Cuti Tanpa Rekod. Semoga pihak KPM
dapat mengambil perhatian tentang masalah cuti sebegini dan meluluskan cuti yang sepatutnya
kepada guru yang terlibat.
Saya memohon Cuti Tanpa Rekod juga sebelum bertolak ke Jambori Pengakap Dunia di West
Virginia, USA, kerana saya dimaklumkan bahawa cuti menjalankan tugas di luar negara ada
syaratnya dan untuk golongan tertentu sahaja. Sebelum memohon Cuti Tanpa Rekod, saya perlu
ada surat pelepasan daripada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, surat pelantikan sebagai
leader daripada Kontinjen Malaysia (malangnya saya tidak mendapat surat pelantika daripada
pihak Kontinjen Malaysia untuk ke Jambori Dunia kali ke-24, saya lampirkan senarai nama
kontinjen sebagai bukti penyertaan saya), salinan insurans yang dibeli untuk penyertaan jambori
tersebut dan jadual waktu jambori. Surat pelepasan KPM diuruskan oleh Setiausaha Kontinjen
Malaysia. Permohonan cuti tidak akan diluluskan sekiranya kekurangan salah satu dokumen itu.
Berdasarkan pengalaman saya, ingin saya mengingatkan guru-guru yang ingin memohon cuti
sebegini ke jambori, permohonan ini perlu diuruskan awal kerana ia akan memakan masa yang
panjang untuk diiluluskan oleh pihak JPN dan KPM. Guru dikehendaki mendapat kelulusan cuti
daripada pengetua terlebih dahulu, kemudian mengemukakan permohonan cuti kepada pihak
JPN dan JPN akan memanjangkan permohonan ini kepada pihak KPM. Satu peringatan penting,
seseorang guru hanya boleh memohon dan mendapat kelulusan Cuti Tanpa Rekod ke Jambori
Pengakap sekali sahaja dalam masa 3 tahun. Cuti Tanpa Rekod ini akan dicatatkan dalam buku
rekod perkhidmatan guru tersebut.
9
Jadual waktu jambori ini perlu dilampirkan semasa memohon Cuti Tanpa Rekod.
1.5 PENEMPAHAN TIKET KAPAL TERBANG
Kontinjen Malaysia akan menguruskan kesemua kerja pendaftaran peserta, penempahan tiket
kapal terbang, pembelian insurans, menyediakan kit kontinjen, menyediakan semua peralatan
perkhemahan yang diperlukan untuk semua patrol dan sebagainya. Namun begitu, saya
mencadangkan supaya leader menempah dan membeli tiket kapal terbang diri sendiri kerana
lebih murah dan jimat jika berbanding dengan harga yang ditetapkan oleh kontinjen kerana kita
boleh tempah dan membeli lebih awal dengan harga yang lebih rendah.
Pada tahun 2015, saya pertama kali menyertai Jambori Pengakap Dunia. Pada masa itu, saya
tiada pengalaman langsung dan hanya mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Kontinjen
Malaysia. Saya dan peserta-peserta negeri Pulau Pinang telah membuat bayaran awal mengikut
tarikh yang ditetapkan, tetapi tiket kapal terbang tidak dapat dibeli awal oleh pihak kontinjen
10
dan harganya semakin meningkat, maka saya telah membuat keputusan untuk membeli tiket diri
sendiri selepas dimaklum oleh rakan IST yang telah membeli diri sendiri. Akhirnya saya berjaya
membeli tiket kapal terbang dengan harga yang lebih murah daripada harga tiket yang dibeli
oleh kontinjen. Walaupun saya hanya mendapat pulangan sebanyak 80% daripada wang tiket
kapal terbang yang saya telah bayar kepada kontinjen, namun saya masih dapat berjimat
sebanyak hampir RM200 daripada pembelian tiket kapal terbang itu. Kontinjen lambat membeli
tiket kapal terbang kerana mereka terpaksa menunggu semua peserta selesai membuat
pembayaran.
Pengalaman yang saya perolehi daripada kali pertama saya menyertai Jambori Dunia itu ialah
pemimpin dan ahli pengakap negeri boleh membeli tiket kapal terbang diri sendiri. Setelah
membeli tiket kapal terbang, pemimpin-pemimpin itu perlu memaklumkan detail penerbangan
mereka supaya pihak CMT dapat menguruskan pengangkutan ke tapak perkhemahan dan
sebagainya.
Contoh detail yang perlu dimaklumkan kepada pihak CMT
Contoh jadual pelepasan dan ketibaan flight
11
1.6 SAFE FROM HARM
Sebelum menyertai jambori, seseorang leader diwajibkan mengikuti ujian dengan menjawab
soalan-soalan yang disediakan oleh pihak penganjur. Ini adalah satu langkah untuk memastikan
semua leader mengetahui tanggungjawab masing-masing dan sentiasa melindungi peserta
mereka daripada ditindas oleh orang dewasa seperti pemimpin atau IST, misalnya pemimpin
atau IST adalah dilarang bertukar lencana dengan peserta kerana terdapat pemimpin yang
mengambil kesempatan untuk mendapatkan lencana kontinjen dengan lencana aktiviti yang lain,
ini mungkin akan menyebabkan peserta mengalami “kerugian” sebab mereka kurang atau tiada
pengetahuan mengenai nilai sesuatu lencana. Tanpa sijil Safe From Harm, seseorang leader
adalah ditegah masuk ke tapak perkhemahan semasa melaporkan diri. Mereka akan diminta
melengkapkan ujian tersebut di tempat pendaftaran sebelum dibenarkan masuk ke tapak jambori.
CONTOH
Contoh sijil Safe From Harm
12
2.0 TUGAS-TUGAS PATROL LEADER SEBELUM KE JAMBORI DUNIA
Pertama kali saya menyertai Jambori Pengakap Dunia dan menjadi patrol leader, saya berasa
ragu-ragu tentang tugas atau peranan saya. Apakah tugas saya? Peserta mana di bawah jagaan
saya? Walaupun terdapat banyak persoalan, namun saya tetap berusaha selesaikan tugas
mengikut arahan dan permintaan daripada pihak CMT. Pada permulaan, saya berasa kelam-
kabut dan telah membuang banyak masa dalam menguruskan maklumat peserta kerana tiada
pengalaman. Salah satu tugas utama seseorang leader ialah menjadi orang tengah antara peserta
dan CMT.
2.1 SEBAGAI ORANG TENGAH PESERTA DAN CONTINGENT MANAGEMENT
TEAM (CMT)
Leader merupakan orang tengah antara peserta dengan CMT. Semua maklumat terkini mesti
disampaikan kepada peserta sebaik sahaja diberitahu oleh CMT, contohnya mengingatkan
peserta supaya membayar yuran pada tarikh yang ditetapkan, mengedarkan borang insurans
untuk diisi oleh peserta, menyampaikan info tempahan lencana, mengedarkan barang kontinjen
kit kepada peserta, menyampaikan maklumat penting mengenai jambori, menjawab pertanyaan
peserta dan sebagainya. Untuk memudahkan kerja, leader harus mewujudkan satu WhatsApp
group bersama peserta dan ibubapa peserta, termasuk peserta-peserta satu negeri dengan leader
walaupun peserta-peserta itu bukan di bawah jagaan leader itu dan peserta negeri lain yang satu
patrol dengan leader tersebut. Sebarang maklumat boleh disampaikan kepada peserta dengan
serta-merta dan leader juga boleh mendapat info yang diperlukan oleh pihak CMT pada bila-bila
masa.
Di samping itu, leader perlu memaklumkan kes kehilangan barang atau duit dan kelewatan
bagasi peserta kepada CMT yang bertanggungjawab untuk menuntut pampasan insurans bagi
pesertanya. Ini bermakna leader bukan sahaja menjadi orang tengah dalam menguruskan hal
13
tuntutan insurans, leader juga perlu mengetahui dan memahami betul-betul akan insidens yang
boleh dituntut insurans dan syarat-syarat untuk membuat tuntutan insurans. Adalah menjadi
tanggungjawab leader membaca dan memahami syarat atau penerangan yang terkandung dalam
polisi yang dibeli. Berikut adalah contoh penerangan polisi:
Contoh polisi yang dibeli pada tahun 2019
14
2.2 SEBAGAI KERANI PESERTA
Patrol leader perlu menyediakan satu senarai nama yang mengandungi segala maklumat penting
yang diperlukan oleh kontinjen, terutamanya nama penuh peserta, nombor kad pengenalan, no
passport, tarikh tamat passport, nombor visa (jika ada), nombor telefon peserta dan ibubapa,
emel, nama sekolah dan sebagainya. Maklumat-maklumat peserta ini diperlukan untuk membuat
kad nama, tempahan tiket kapal terbang, memohon pelepasan daripada Kementerian Pendidikan
Malaysia dan sebagainya.
Di samping itu, leader juga perlu menyimpan satu salinan passport, visa peserta, dan salinan
resit pembayaran yuran. Pihak CMT terutamanya bendahari atau pihak agen yang menguruskan
tiket kapal terbang akan meminta salinan resit pembayaran untuk keluarkan resit kepada peserta.
Untuk mengelakkan masalah kehilangan resit pembayaran, leader harus meminta salinan slip
daripada ibubapa peserta sebaik sahaja mereka membuat pembayaran.
Contoh senarai maklumat peserta patrol
Contoh borang maklumat yang perlu diisi oleh patrol leader yang diminta oleh CMT
15
CONTOH CONTOH
Salinan passport dan visa peserta negeri Pulau Pinang
Contoh salinan slip pembayaran yuran Jambori Dunia peserta.
2.3 SEBAGAI GURU PENGIRING PESERTA
Sebelum ke jambori, semua peserta dan IST akan dipanggil untuk menghadiri mesyuarat
kontinjen atau menghadiri Pra-Jambori. Leader akan menguruskan segala hal pendaftaran dan
pengangkutan ke mesyuarat atau Pra-Jambori para peserta dari negeri yang sama. Misalnya pada
tahun 2015, semua IST dan peserta jambori telah dipanggil untuk menghadiri mesyuarat
kontinjen pada bulan 15 Februari 2015, bertempat di Dewan Sekolah Sri Kuala Lumpur yang
dipengerusikan oleh Ketua Kontinjen Datuk Dr. Haji Awang Zainie Bin Haji Suntim. Pada
mulanya, saya menghubungi ibubapa para peserta negeri Pulau Pinang dan mendapat
16
persetujuan mereka untuk saya mengiringi anak mereka ke mesyuarat itu. Kemudian saya
menghubungi En. Chow Koo Teik untuk mengaturkan pengangkutan dan tempat penginapan di
Kuala Lumpur. Seterusnya saya menguruskan tiket bas ke Kuala Lumpur. Pada tahun itu, saya
telah membawa 5 peserta dari SMJK Jit Sin, Bukit Mertajam ke Kuala Lumpur dengan menaiki
bas. Kami dijemput oleh En.Chow Koo Teik di Pudu Raya dengan keretanya. Peserta-peserta
Pulau Pinang telah ditempatkan di sebuah motel di Puchong. Setinggi-tinggi terima kasih kepada
En.Chow Koo Teik yang telah banyak membantu saya pada masa itu terutamanya beliau telah
menyelesaikan masalah pengangkutan kami.
Pada hari kedua, para peserta dan IST di bawah umur 21 tahun diuji renang di kolam renang
sekolah Sri Kuala Lumpur selepas mesyuarat sebagai persediaan awal dan keperluan untuk
penyertaan jambori itu. Kami juga diberi taklimat mengenai insurans dan beberapa perkara
tentang tempahan lencana, baju T-shirt dan barang kit kontinjen. Pada masa itu, peserta-peserta
boleh menempah lencana, baju –T dan barang kit kontinjen yang lain jika ingin membeli lagi.
23rd WSJ
24th WSJ
Sebahagian barang kit kontinjen yang masih saya simpan.
17
2.4 SEBAGAI PERUJUK / PENASIHAT TEMPAHAN LENCANA KONTINJEN
Pertama kali menyertai Jambori Pengakap Dunia, banyak perkara yang saya tidak tahu, termasuk
keperluan dan kegunaan lencana kontinjen. Saya dimaklumkan oleh rakan-rakan yang pernah
menyertai Jambori Pengakap Dunia, pemimpin-pemimpin perlu membawa lencana jambori yang
secukupi supaya dapat bertukar dengan pemimpin negara lain atau memberi kepada peserta-
peserta di Jambori Dunia. Rupa-rupanya terdapat peraturan dalam pertukaran lencana di Jambori
Dunia, iaitu semua pengakap dewasa tidak dibenarkan bertukar lencana dengan peserta. Ini
adalah peraturan untuk melindung peserta daripada ditipu ataupun ditindas oleh pengakap
dewasa. Jika peserta ingin bertukar lencana dengan leader, leader hanya dibenarkan memberi
atau menghadiahkan lencana kepadanya tanpa sebarang pertukaran.
Dengan itu, seseorang leader adalah bertanggungjawab untuk menyampaikan dan menjelaskan
peraturan pertukaran lencana ini supaya pesertanya mengetahui dan mengelakkan diri daripada
diperdayakan oleh pengakap dewasa di Jambori Dunia.
Berapa banyak lencana perlu saya bawa ke Jambori Dunia? Apakah jenis lencana perlu saya
bawakan? Bila saya boleh bertukar lencana dengan peserta negara lain? Bagaimana saya hendak
bertukar dengan mereka? Adakah satu lencana tukar dengan satu lencana…… Secara umumnya,
persoalan seperti inilah yang ditanya-tanyakan oleh peserta. Leader perlu mengetahui,
memahami latar belakang dan minat seseorang peserta itu sebelum memberi sebarang
pandangan kerana keperluan dan kemampuan setiap peserta adalah berbeza. Sekiranya
seseorang peserta itu berkemampuan dan memang mempunyai hobi atau berminat dalam koleksi
lencana, maka dia boleh membeli lencana kontinjen dengan kuantiti yang banyak, misalnya 100
bentuk (ikut kemampuannya) untuk bertukar dengan rakan pengakap negara lain. Bagi peserta
yang tidak berminat untuk mengumpul lencana, dia tidak perlu membazirkan wang untuk
18
membeli lencana tambahan, setakat 30 bentuk lencana yang disediakan oleh Kontinjen Malaysia
telah mencukupi. Yang penting ialah semua peserta berpeluang untuk belajar dan mengalami
diri sendiri cara bertukar lencana dengan rakan baru dari negara-negara asing.
Semua leader Kontinjen Malaysia akan mendapat 30 lencana kontinjen sahaja. Terdapat 11 jenis
lencana untuk Kontinjen Malaysia ke Jambori Pengakap Dunia kali ke-23 , iaitu satu lencana
kontinjen rasmi, 5 lencana untuk 5 unit dalam Kontinjen Malaysia, iaitu satu lencana untuk
CMT, 2 lencana untuk unit IST (satu untuk lelaki dan satu untuk perempuan), satu lencana untuk
unit leader, satu lencana untuk Malaysia HQ dan 5 lencana untuk 5 troop peserta. Saya telah
membeli lagi 70 keping lencana dengan harga RM 3 setiap satu. Di samping itu, saya juga
menempah satu Album Lencana Kontinjen Malaysia dengan harga RM60 perset.
Lencana Kontinjen Malaysia. 5 Lencana Unit Kontinjen Malaysia dan 5 Lencana Troop
Muka hadapan album dan lencana-lencana dalam Album Lencana Kontinjen Malaysia
19
Kali kedua saya menyertai Jambori Dunia di West Virginia, saya tidak membeli lencana selain
30 lencana dalam kontinjen kit sebab bukan senang bagi seseorang leader bertukar lencana
dengan leader negara lain terutamanya leader yang tidak berkenalan. Seseorang patrol leader
sibuk membawa dan mengiring peserta ke pengkalan aktiviti, malahan sibuk memasak apabila
balik ke tapak perkhemahan, keadaan sebegini mengurangkan peluang bagi seseorang leader
bertukar lencana dengan leader yang lain kerana kekangan masa. Keadaan menjadi lebih rumit
apabila leader tidak membawa lencana bersama mereka semasa mengiringi peserta ke pengkalan
aktiviti.
Lencana Kontinjen Malaysia Jambori Pengakap Dunia Ke-24
Lencana Cenderahati Kontinjen Malaysia Jambori Pengakap Dunia Ke-24
Di samping itu, leader juga sebagai penasihat kepada peserta tentang barang-barang yang perlu
dibawa ke jambori. Senarai semak perlu disediakan untuk peserta supaya mereka membawa
barang keperluan sahaja. Ini dapat mengelakkan bagasi peserta terlebih berat semasa menaiki
kapal terbang.
20
Kesimpulan daripada pengalaman saya, ingin saya mengingatkan rakan-rakan yang ingin
menyertai Jambori Dunia terutamanya bagi rakan-rakan yang tiada pengalaman seperti saya.
1. Pastikan anda mengisi borang penyertaan daripada pihak penganjur dan PPM. Anda perlu
memilih jawatan atau tugas sukarela anda ketika memohon menyertai Jambori Dunia, sama
ada sebagai IST atau Patrol Leader.
2. Anda boleh membeli tiket kapal terbang diri sendiri jika ingin jimat wang. Anda boleh
membeli selepas mendaftar dengan kontinjen dan telah mengetahui tarikh bertolak Kontinjen
Malaysia sekiranya anda ingin pergi bersama kontinjen atau hendak bertolak lebih awal jika
anda ingin pergi melancong dahulu. Namun begitu, anda tetap perlu memaklumkan detail
penerbangan anda kepada pihak kontinjen.
3. Wujudkan WhatsApp group dengan peserta-peserta patrol diri sendiri dan peserta satu negeri
dengan anda. Cara ini penting untuk berkomunikasi dengan peserta dan memudahkan anda
menguruskan semua kerja mengumpulkan data yang diperlukan oleh kontinjen serta
menyebarkan info penting kepada para peserta. Lebih baik jika dapat masukkan ibu bapa
dalam group WhatsApp, supaya mereka juga mengetahui perkembangan pengurusan hal
pendaftaran serta peraturan-peraturan penting dalam kontinjen.
21
3.0 PERLEPASAN KE JAMBORI PENGAKAP DUNIA
3.1 BERKUMPUL DI KLIA
Sebanyak dua kali saya pergi ke Jambori Pengakap Dunia dan saya telah memperolehi
pengalaman yang berlainan, walaupun saya memegang jawatan yang sama, iaitu patrol leader.
Pertama kali saya bertolak bersama lima orang peserta Pulau Pinang iaitu ahli-ahli pengakap
dari SMJK Jit Sin dengan uniform Pengakap. Kami berkumpul di Lapangan Terbang
Antarabangsa Pulau Pinang pada pukul 4 petang. Kami menaiki kapal terbang AirAsia ke KLIA
untuk berkumpul dengan kontinjen Malaysia sebelum berlepas ke Jepun. Ini merupakan kali
pertama saya dan kelima-lima ahli pengakap Jit Sin menaiki kapal terbang dengan pakaian
seragam Pengakap. Kemunculan kami dengan baju seragam Pengakap yang segak ini di
lapangan terbang telah menarik perhatian orang ramai. Kami berangkat ke KLIA dengan
perasaan penuh kegembiraan dan kebanggaan.
Leader dan semua peserta Pulau Pinang bergambar di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang
sebelum berlepas ke KLIA.
Saya dan peserta-peserta Pulau Pinang mendarat di KLIA 2 lalu menaiki Free Shuttle Bus ke
terminal KLIA. Semasa kami bergerak ke arah station bus, kami didatangi seorang veteran (lupa
akan nama dan jawatan beliau) yang kononnya beliau juga merupakan salah seorang bekas
22
Pengakap. Beliau berasa gembira dan bangga dapat bertemu dengan kami yang mewakili
Malaysia ke Jambori Dunia dan meminta keizinan untuk bergambar bersama kami. Perasaan
saya yang berkobar-kobar ini jelas berkurangan ketika saya menyertai Jambori Pengakap Dunia
untuk kali kedua.
Bergambar bersama salah seorang veteran Pengakap di KLIA2.
Kali kedua saya ke Jambori Dunia pada tahun 2019. Saya bertolak ke KLIA bersama 3 orang
peserta SMJK Jit Sin, Bukit Mertajam dengan menumpang bas sewa kontinjen Kedah. Kami
dapat berehat dalam bas sepanjang perjalanan ke KLIA tanpa mengalami keletihan dan
kesusahan transit.
Apabila kami tiba di KLIA, didapati ramai ahli pengakap dari negeri lain telah tiba. Suasana di
ruang menunggu lapangan terbang amat meriah sekali dengan kehadiran ibu bapa dan para
peserta. Para peserta berkumpul dan beratur mengikut patrol masing-masing. Kesemuanya
kelihatan ceria dan gembira sekali..Tetapi kami tetap perlu menyemak kehadiran semua peserta.
Taklimat ringkas diberi oleh En. Lee dan leader turut membantu mengedarkan name tag,
landyart dan sebagainya kepada para peserta.
23
Para peserta berkumpul untuk taklimat ringkas daripada CMT sebelum berlepas ke Jambori Pengakap Dunia ke-24.
Sebelum berlepas ke Jambori Dunia ke-23 di Jepun, kami menghadiri Majlis Penyerahan
Bendera (Flag Handover Ceremony) di VIP Lounge, KLIA. Sebahagian daripada kontinjen
sahaja dapat berkumpul di dalam VIP Lounge untuk menyaksi dan memeriahkan majlis itu
kerana bilik tersebut tidak dapat menampung kesemua peserta yang ramai.
Majlis itu dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu Pengakap, diikuti dengan
memperbaharui Persetiaan Pengakap, baca doa dan ucapan oleh Datuk Dr. Haji Awang Zaini
selaku Ketua Kontinjen Malaysia. Selepas itu, Tan Sri Dato’Seri Paduka Dr.Haji Shafie bin Haji
Mohd Salleh, Ketua Pengakap Negara Malaysia merasmikan majlis itu serta menyerahkan
bendera Malaysia kepada Ketua Kontinjen Malaysia. Pada ketika itu, perasaan kami begitu
bangga dan gembira sekali, berasa tidak sabar hendak berangkat ke tapak perkhemahan Jambori
Dunia
24
Suasana Majlis Penyerahan Bendera kepada Ketua Kontinjen Malaysia di dalam VIP Lounge .
Upacara penyerahan Bendera Malaysia kepada Ketua Kontinjen Malaysia
Leader dan para peserta Jambori Pengakap Dunia ke-23 bergambar bersama Ketua Pengakap Negara,
Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara selepas Majlis Penyerahan Bendera kepada Ketua Kontinjen.
25
Saya tidak dapat menghadiri Majlis Penyerahan Bendera pada kali kedua saya menyertai
Kontinjen Malaysia ke Jambori Pengakap Dunia, sebab majlis itu diadakan di Rumah BP, Kuala
Lumpur pada waktu persekolahan.
Upacara penyerahan Bendera Malaysia kepada Ketua Kontinjen Malaysia ke Jambori Pengakap Dunia ke-24 oleh
Tan Sri Dato’Seri Paduka Dr.Haji Shafie bin Haji Mohd Salleh, Ketua Pengakap Negara Malaysia
Leader,IST dan para peserta Jambori Pengakap Dunia ke-24 bergambar bersama Ketua Pengakap Negara,
Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara selepas Majlis Penyerahan Bendera kepada Ketua Kontinjen.
26
Selepas Majlis Penyerahan Bendera ke Jambori Dunia ke-23, masa sudah sampai ke tengah
malam. Namun begitu, semua peserta masih kelihatan bersemangat dan riang ria hendak
berlepas ke Jepun untuk menyertai Jambori Pengakap Dunia ke-23.
Bergambar bersama-sama KPN, KPPN di KLIA sebelum berlepas ke Jepun pada 27 Julai 2015.
Kontinjen Malaysia ke Jambori Pengakap Dunia ke-24
Sejurus selesai taklimat dan bergambar beramai-ramai, kami mula check in dan bersedia
berlepas ke Dubai. Kami tiada masa untuk berkenal-kenalan sesama ahli kontinjen pada masa itu.
27
Tetapi kali pertama saya ke Jambori Dunia di Jepun, kami mempunyai masa yang secukupnya di
KLIA kerana masa penerbangan kami pada pukul 2:00 pagi. Oleh itu, peserta-peserta dari negeri
yang berlainan berpeluang untuk berkenalan antara satu sama lain sementara menunggu masa
untuk berlepas ke destinasi.
Peserta-peserta Pulau Pinang berasa riang sekali apabila bertemu dengan peserta Kedah dan Johor di KLIA
Sumber foto : David Chiam
28
3.2 TRANSIT DI SHANGHAI DAN DUBAI
Kontinjen Malaysia tiba di Lapangan Terbang Pudong, Shanghai untuk transit dan makan tengah
hari di situ sebelum berangkat ke Fukuoka, Jepun. Kontinjen Malaysia terpaksa dipecah kepada
dua kumpulan untuk berlepas ke Fukuoka. Kumpulan pertama yang lebih ramai peserta bertolak
pada pukul 1035; kumpulan kedua bertolak pada pukul 1430 dan tiba di Lapangan Terbang
Fukuoka pada 1715.
Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pudong, Shanghai, beratur untuk menguruskan transit.
Sementara menunggu transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Pudong, Shanghai, kami
berjumpa dengan kontinjen negera asing, semuanya berasa gembira dan teruja berjambori. Kami
saling bertanya khabar dan berkenal-kenalan lalu bergambar bersama untuk kenangan. Pada
ketika itu, saya berasa terharu dan betul-betul terasa apa yang terkandung dalam Undang-undang
Pengakap yang kelima -- Pengakap adalah sahabat kepada sekalian orang dan saudara kepada
Pengakap lain walau apa negera, pangkat dan agama sekalipun. Kami memang tidak kenal
antara satu sama lain, tetapi mempunyai minat dan hasrat yang sama, iaitu berjambori di Jepun.
29
Sementara menunggu transit di Lapangan Terbang Pudong, Shanghai, kami telah bertemu dengan peserta-
peserta dari Portugal.
Keadaan dan perasaan sebegini tidak wujud semasa saya mengikut kontinjen Malaysia
berangkat ke USA untuk menyertai Jambori Pengakap Dunia ke-24. Semasa kami transit di
Dubai, kami mempunyai masa selama 4 jam berehat di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai,
tetapi patrol saya tidak bertemu dengan kontinjen negara lain. Kemungkinan disebabkan oleh
Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai amat besar, luas kawasannya dan lengkap dengan
berbagai kemudahan termasuk bilik mandi. Ada pelbagai kedai bebas cukai seperti kafe, restoran,
kedai coklat dan sebagainya di Lapangan Antarabangsa Dubai.
Kebanyakan ahli Pengakap tidak memakai baju seragam dan telah berpecah kepada kumpulan
kecil semasa membeli-belah sementara menunggu transit di situ. Keadaan begini telah
menyukarkan kami mengenali mereka. Kadang-kala saya ternampak dua tiga orang Pengakap
negara lain berjalan-jalan sambil membeli-belah di kedai, tetapi masing-masing tiada perasaan
yang ghairah atau teruja untuk bertanya khabar ataupun bergambar bersama. Keadaan ini amat
berlainan dengan apa yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Pudang, empat tahun
30
yang lepas. Kemungkinan mereka berasa segan dan malu untuk berkenalan dengan Pengakap
negara lain tanpa geng-geng mereka. Kami hanya berjumpa dengan kontinjen lain sewaktu
hendak boarding dan semasa berada di dalam kapal terbang. Namun begitu, saya terasa
semuanya kurang berminat untuk berkenalan.
Sumber foto : David Chiam
Ketibaan kontinjen Malaysia di Lapangan Terbang Dubai.
Sumber foto : David Chiam
Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai kelihatan sunyi tanpa Pengakap-pengakap dari seluruh dunia.
31
3.3 KETIBAAN DI LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA DESTINASI
3.3.1 Lapangan Terbang Antarabangsa Fukuoka, Jepun
Selepas 2 jam 45 minit menerbang, akhirnya kami mendarat di Lapangan Terbang Fukuoka.
Sebaik sahaja kami melangkah masuk ke dalam terminal, kami telah merasai suasana jambori
kerana lapangan terbang dihiasi dengan gambar-gambar, banting atau banner jambori, malahan
tangga pun dilukis dengan gambar serta logo jambori.
Tiba di Lapangan Terbang Fukuoka. Kelihatan
banting jambori digantung di atas koridor terminal.
Tangga dalam terminal dan sekitar banganun
Lapangan Terbang Fukuoka dihiasi dengan kartun
dan logo Jambori Pengakap Dunia ke-23.
Kami bertemu dengan Pengakap-pengakap dari negara lain di terminal Fukuoka sementara
menunggu bas ke tapak jambori. Kami sempat berbual-bual dan bergambar dengan Pengakap
negara asing, antaranya ialah Pengakap dari Mexico. Semua Pengakap berpakaian baju seragam
Pengakap negara masing-masing. Mereka kelihatan kemas, segak dan bersemanagat dengan baju
seragam mereka, terutamanya topi yang bercorak budaya tradisi mereka. Walaupun baru
berkenalan, tetapi kami semua berasa mesra dan riang sekali.
32
Bertemu dengan peserta dari Mexico di Lapangan Terbang Fukuoka sementara menunggu bas bergerak ke tapak
jambori. Kami telah bergambar dengan aksi “WA” – tema Jambori Pengakap Dunia Ke-23.
Hasil daripada pertemuan mesra dengan kontinjen negara lain di lapangan terbang, peserta-
peserta kontinjen Malaysia telah tertarik dengan lencana kontinjen negara-negara tersebut.
Dengan itu mereka telah mempunyai matlamat pertukaran lencana malahan ingin bertukar
backpack mereka mahupun topi dan baju seragam negara tersebut.
3.3.2 Lapangan Terbang Antarabangsa Washington Dulles
Semasa saya menghadiri Jambori Dunia ke-24 yang berlangsung di USA, keadaan meriah
sebegini tidak berlaku kerana sebaik sahaja kami melangkah keluar dari Lapangan Terbang
Antarabangsa Washington Dulles, bukan sahaja tiada suasana jambori, malah pengakap-
pengakap negara lain juga terus menaiki bas yang sedang menunggu dan terus menuju ke tapak
perkhemahan. Kontinjen Malaysia agak lambat bertolak sebab salah seorang peserta telah hilang
bagasinya. Ketua leader membuat laporan terlebih dahulu sebelum bertolak ke tapak jambori.
Kemungkinan lokasi tapak jambori sangat jauh (6 jam) dari Lapangan Terbang Antarabangsa
Dulles, maka tiada hiasan banting atau banner jambori di situ. Tanpa banner jambori, maka
suasana meriah dan mood berjambori para peserta juga berkurangan ketika tiba di terminal.
33
Cuaca amat baik semasa kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Dulles. Kelihatan bas
beratur di luar Lapangan Terbang Dulles. Semua peserta dari seluruh pelusuk dunia terus naik
bas lalu bertolak ke tapak jambori, maka tiada peluang bagi kami bergambar bersama.
Bergambar dahulu sementara menunggu manaiki bas ke tapak jambori.
34
3.4 PERJALANAN KE TAPAK JAMBORI
Biasanya saya akan menikmati pemandangan sepanjang perjalanan ke sesuatu tempat tanpa tidur
di dalam bas. Begitu juga ketika saya menjejak kaki di tanah Fukuoka dan Washington, saya
tidak tidur dalam perjalanan ke tapak jambori. Bukan mudah saya berpeluang melawat ke
negara-negara itu, jadi saya tidak akan melepaskan peluang emas ini untuk menikmati
pemandangan indah di negara-negara tersebut.
Kami mengambil masa kira-kira dua jam untuk sampai di tapak jambori dari Lapangan Terbang
Antarabangsa Fukuoka. Kami bertolak ke tapak jambori dengan menaiki bas yang disediakan
oleh pihak penganjur pada pukul 8 malam. Lalu lintas pada waktu itu lancar sekali, tidak berlaku
kesesakan lalu lintas. Namum begitu, Saya dapat merasai kemajuan negara Jepun dengan
melihat keadaan jalanraya yang cantik, bersih dan kemas teratur di sepanjang perjalanan ke
tapak jambori.
Berhenti rehat dan makan malam dalam Kami tiba di Fukuoka pada waktu
perjalanan ke tapak jambori. malam dan saya berasa sayang
Keadaan jalan raya menuju ke tapak jambori. sekali kerana sekitar yang gelap
tidak mengizinkan saya menikmati
35 pemandangan indah di sepanjang
perjalanan ke tapak jambori.
Dari Washington ke West Virginia, saya berasa amat terkejut dan tidak percayai dengan apa
yang saya lihat di sepanjang perjalanan ke tapak jambori. Sangkaan saya bandar Washington
adalah sebuah bandar yang maju dan penuh dengan bangunan tinggi, lalu lintas yang sibuk,
tetapi sangkaan saya adalah salah. Tidak banyak bangunan tinggi di situ, bandarnya tidak besar
dan jalan rayanya tidak penuh sesak dengan kenderaan.
Pemandangan di sepanjang perjalanan ke tapak jambori di West Virginia
Dalam perjalanan menuju ke Summit Bechtel Reserve, saya berasa diri sendiri telah kembali ke
pangkuan alam semulajadi atau menuju ke kawasan perkampungan. Sepanjang jalan dapat
melihat bukit-bukau yang penuh dengan tumbuh-tumbuhan hijau, kawasan ladang dan pekan
kecil. Pemandangan sepanjang jalan penuh dengan pokok hijau yang cantik dan semulajadi. Kita
dapat menghidu udara yang bersih, nyaman di situ. Saya suka akan persekitaran semulajadi ini
terutamanya kawasan ladang yang bersih, kemas dan kehijauan, kadang-kadang kelihatan
sebuah rumah banglo terpacak di tengah-tengah ladang. Alangkah baiknya kalau dapat tinggal di
ladang yang cantik itu. Sungguh indah pemandangan di sepanjang perjalananan ke tapak jambori
di West Virginia. Tetapi sayangnya peserta-peserta kita tidur nyenyak dalam bas, rugi mereka
tidak menikmati pemandangan alam semula jadi yang indah ini.
36
3.5 KETIBAAN DI TAPAK JAMBORI
Pada mulanya saya tidak dapat bayangkan keadaan kaunter pendaftaran di Jambori Dunia.
Adakah kaunter itu akan penuh sesak dengan leader dan peserta? Adakah kaunter itu cukup
menampung kontinjen yang besar? Bagaimana saya hendak ambil barang jambori kit seperti kad
nama, buku program dan sebagainya untuk semua peserta patrol saya? Pelbagai persoalan timbul
dalam otak saya.
Semua persoalan saya telah terjawab apabila saya tiba di tapak jambori Kirara-Hama,
Yamaguchi. Terkagum saya melihat tapak letak kereta dan Welcome Centre yang besar
terbentang di hadapan mata saya.
Pemandangan Welcome Centre pada waktu pagi
Welcome Centre
Sumber foto : internet Sumber foto : internet
Kaunter pendaftaran Tempat letak bas yang luas, boleh muat 300 buah bas sehari.
Saya dan peserta-peserta kumpulan kedua Kontinjen Malaysia tiba di Welcome Centre pada
waktu malam, kira-kira pukul 10 malam. Pada masa itu saya tidak dapat melihat sekeliling
dengan jelas, tetapi Welcome Centre masih meriah dan petugas-petugas masih sibuk menyambut
kontinjen yang baru tiba.
37
Saya sangka pendaftaran akan mengambil masa yang lama untuk menguruskan kontinjen yang
besar, hakikatnya tidak begitu. Semua petugas amat cekap dalam menguruskan hal pendaftaran
walaupun berhadapan dengan beratus-ratus mahupun beribu orang peserta. Bahan-bahan untuk
semua kontinjen telah siap dikira dan dibungkuskan. Petugas hanya perlu mencari bungkusan itu
mengikut nama kontinjen lalu keluarkan dari stor dan serah kepada ketua kontinjen.
Saya mendapat pengalaman yang berlainan semasa saya ke Jambori Pengakap Dunia ke-24 di
West Virginia. Selepas 6 jam duduk di dalam bas, akhirnya Kontinjen Malaysia sampai ke tapak
jambori. Namun begitu, saya tidak melihat khemah peserta di situ. kerana kawasan perkhemahan
berada di kawasan bahagian dalam. Cuaca masa itu kurang baik, hujan mengalu-alukan ketibaan
kami. Bas kami berhenti di luar Ruby Welcome Centre. Ketua leader sahaja ke kaunter untuk
menguruskan pendaftaran. Saya berasa kecewa kerana tidak berpeluang melangkah masuk ke
Ruby Welcome Centre. Bangunan dan pemandangan di situ cantik sekali, saya teringin sangat
bergambar di situ. Tetapi disebabkan hujan, impian saya musnah.
Tapak letak bas di situ jelas kelihatan tidak sebesar tempat letak bas di Kinrara-
Hama,Yamaguchi, tetapi cukup untuk menampung bas kontinjen yang tiba untuk pendaftaran.
Selepas pendaftaran, bas akan menghantar peserta ke Sub Camp kontinjen. Bas tidak akan
berhenti lama di Ruby Welcome Center.
Hari hujan ketika kami tiba di Ruby Welcome Center, 24th WSJ
38
Sumber foto : internet
Tempat letak bas di Ruby Welcome Center, 24th WSJ.
Bas membawa kami melalui Sub Camp A (hijau) terus menuju ke Sub Camp B (merah).
Di Jepun, setelah selesai menguruskan hal pendaftaran, saya bersama seorang peserta mula
mencari jalan ke tapak perkhemahan kami iaitu Sub Camp Chokai yang terletak di Northern
Hub, kira-kira 2 km dari Welcome Centre. Saya terpaksa mengangkut bagasi saya yang beratnya
kira-kira 27 kg diri sendiri ke tapak perkhemahan tanpa troli atau pengangkutan. Oleh kerana
keadaan yang gelap, saya dan peserta itu terpaksa sambil berjalan sambil bertanya kepada
peserta negara lain apabila terserempak dalam perjalanan ke tapak perkhemahan kami. Nasib
baik ada peserta lelaki negara barat yang baik hati telah membantu saya memikul bagasi saya
sehingga ke Sub Camp Chokai. Sub Camp Chokai luas kawasannya, setelah beberapa kali
bertanya, akhirnya sampailah ke tapak perkhemahan Troop Kinabalu.
39
World Scout Centre Welcome Centre
Main Parking
GVD
City of Science
Troop Kinabalu
Arena
Hampir sejam saya berjalan kaki dari Welcome Center ke tapak perkhemahan dalam keadaan gelap.
Alangkah baiknya kalau pihak penganjur dapat mengambil prihatin terhadap masalah
mengangkut bagasi ke tapak perkhemahan lalu menyediakan transport atau sekurang-kurangnya
troli untuk memudahkan kontinjen mengangkut bagasi dan peralatan ke tapak perkhemahan,
maklumlah kawasan perkhemahan amat luas dan bagasi peserta sangat berat.
Semasa di Jambori Pengakap Dunia ke-24 di West Virginia, pihak penganjur membenarkan bas
menghantar peserta terus ke Sub-Camp masing-masing. Saya sendiri amat menghargai apa yang
disediakan oleh pihak penganjur 24th WSJ. Kemudahan transport ini amat diperlukan untuk
mengurangkan bebanan para peserta dalam mengangkut bagasi dan peralatan ke tapak kem.
Dengan adanya bas, kami hanya perlu mengangkut semua barang dan peralatan ke tapak kem
yang terletak lebih kurang 200 m dari “stesen bas” Sub Camp.
Bas menghantar kami sehingga
ke Sub Camp B, iaitu tapak
perkhemahan kami.
40
Setelah tiba di tapak kem Unit Kinabalu di Jambori Dunia ke-23, saya simpan semua barang ke
dalam khemah yang telah didirikan oleh peserta yang tiba lebih awal, lalu minta kebenaran
daripada ketua leader untuk ke tapak perkhemahan Unit Jerai yang terletak di Sub Camp
Daisetsu. Saya terpaksa pergi berjumpa dengan peserta-peserta dari Pulau Pinang, iaitu ahli
pengakap SMJK Jit Sin yang tidak sama unit dengan saya. Mereka di bawah jaga Encik Chan
Kau Chai, seorang pemimpin dari Negeri Sembilan. Mujurlah, tapak perkhemahan mereka tidak
jauh daripada tapak kem kami dan mereka dalam keadaan sihat serta riang. Mereka telah siap
mendirikan khemah dan sedang menyesuaikan diri dengan ahli-ahli unit mereka.
Saya berharap Kontinjen Malaysia dapat mengaturkan peserta-peserta dan pemimpin yang sama
negeri dalam troop yang sama pada masa hadapan. Ini adalah untuk memudahkan pemimpin
menjaga mereka. Saya sendiri telah mengalami masalah berlainan unit dengan peserta negeri
P.Pinang, keadaan ini amat menyusahkan saya terutamanya ibu bapa ingin tahu keadaan anak
mereka dan saya sendiri tidak tahu kondisi mereka. Saya terpaksa melawat camp site mereka
selepas makan malam setiap hari. Keadaan ini amat meletihkan saya.
5 peserta negeri Pulau Pinang dari SMJK Jit Sin, Bukit Mertajam di bawah jagaan En. Chan,
Troop Jerai
41
4.0 TUGAS PATROL LEADER DI TAPAK PERKHEMAHAN
4.1 LAPOR DIRI DI HQ SUB CAMP
Sebaik sahaja saya dan kontinjen tiba di tapak perkhemahan di Jambori Pengakap Dunia,
Summit Bechtel Reserve, West Virginia, salah seorang daripada leader pergi melapor diri di HQ
sub camp. Saya dan leader yang lain terus mengagihkan tugas kepada semua ahli troop untuk
mendirikan khemah supaya bagasi dan barang peserta dapat disimpankan terutamanya pada
masa itu hujan. Kami dapat mendirikan khemah serta merta kerana semua khemah dan peralatan
telah disediakan dan disimpan di dalam 3 bekas besar (Kit Peralatan Unit) di semua tapak
perkhemahan troop. Peralatan-peralatan yang disediakan termasuk 22 buah khemah dan 40 buah
katil (camp bed), 4 rak dapur gas dan bekas-bekas memasak seperti kuali, periuk, sudip, papan
pemotong, pisau, rak tong sampah, 8 batang kayu untuk mendirikan pintu gerbang, kanopi untuk
tempat makan, 4 bekas air, 2 buah troli dan sebagainya.
Bekas besar berpintu yang
menyimpan segala peralatan
perkhemahan di setiap unit
tapak perkhemahan.
4.2 MENDIRIKAN KHEMAH
Sejurus kami tiba di tapak kem, beberapa orang IST dari Sub Camp B datang membantu kami
mendirikan khemah. Petugas di Sub Camp B juga melawat ke tapak perkhemahan untuk
mengalu-alukan ketibaan troop kami serta memberi sedikit taklimat mengenai susunan khemah
dan peraturan yang perlu dipatuhi oleh semua peserta, seperti menjaga kebersihan tapak kem,
menjaga kebersihan tandas dan tunjukkan tempat mengambil air minum.
42
Saya berasa terharu apabila melihat pengakap di sebelah tapak kem kami datang membantu
kami mendirikan khemah. Ini menunjukkan pengakap telah mengamalkan semangat tolong
menolong tanpa mengira bangsa dan agama, seperti apa yang tertera dalam Persetiaan Pengakap
– menolong orang pada setiap masa dan Undang-Undang Pengakap yang keempat – Pengakap
adalah sahabat kepada sekalian orang dan bersaudara kepada pengakap lain walau apa negeri,
pangkat dan agamanya sekalipun.
Petugas Sub Camp B melawat ke tapak kem kami sebaik sahaja kami tiba. Jiran kami datang membantu kami mendirikan khemah
Khemah-khemah perlu disusun mengikut susun atur yang ditetapkan oleh pihak penganjur.
Khemah lelaki dan perempuan perlu diasingkan dan khemah leader perlu berada di hadapan
barisan khemah peserta. Troop kami iaitu Troop Mulu telah mendirikan khemah mengikut
contoh susun atur 2 dan khemah peserta perempuan terletak di sebelah pemimpin wanita. Tapak
perkhemahan tidak perlu dipagarkan kerana kawasan tapak telah ditandakan dengan tali di tanah,
tetapi perlu ada pintu gerbang tapak kem.
khemah peserta
khemah leader
kanopi tempat makan
laluan kecemasan
khemah didirikan mengikut peraturan yang
ditetapkan. Selepas 4 khemah perlu ada
satu laluan kecemasan dan ruang bahagian
3 jenis susunan khemah di tapak kem unit yang ditetapkan oleh tengah perlu luas, ia juga adalah laluan
pihak penganjur. kecemasan.
43
Pemandangan bahagian hadapan tapak kem Unit Mulu
Khemah leader (putih) Kanopi makan
Khemah peserta (merah)
Tapak Perkhemahan Unit Mulu
Saya tertarik dengan cara pengurusan pihak penganjur 24th WSJ di Summit,West Virginia dari
segi penyediaan peralatan untuk semua unit tapak perkhemahan. Mereka ambil prihatin terhadap
masalah yang akan dihadapi oleh kontinjen jika kontinjen mengambil peralatan di sub camp.
Saya rasa cara yang mereka praktik itu cukup bagus dalam pengagihan peralatan dan kita boleh
mencontohi cara sebegini jika menganjurkan jambori di negara kita pada masa hadapan. Pada
hari terakhir, sebelum kontinjen meninggalkan tapak kem, semua peralatan perlu disimpan
semula ke dalam bekas besar itu mengikut cara penyusunan yang tercatat dalam kertas
penerangan yang diberikan pada hari pertama semasa pendaftaran.
44
Pengalaman saya di tapak Jambori Dunia ke-23, Kinrara-Hama berbeza dengan pengalaman
saya di Summit Bechtel Reserve. Saya dan kontinjen tiba sehari lebih awal sebelum jambori
bermula. Kontinjen Malaysia tidak mendapat peralatan memasak yang lengkap pada hari
ketibaan. Kami hanya dapat mendirikan khemah yang dibawa oleh kontinjen dan mendirikan
shelter tempat makan. Saya tiba pada waktu malam, jadi tidak perlu mendirikan khemah kerana
khemah telah didirikan oleh peserta-peserta unit saya pada petang selepas mereka tiba.
4.3 MENGURUSKAN KIT PERALATAN
Pada hari kedua kami tiba di tapak kem, iaitu hari pertama jambori, ketua leader perlu
membawa peserta ke Hub di Sub Camp Chokai (HQ Sub Camp) untuk mendapatkan kit
peralatan unit. Setiap unit diberi 8 cooking stove, gas botol yang secukupnya, periuk, pan, bekas
plastik besar, papan pemotong, 8 buah tote bag, bekas air, bahan-bahan mentah dibekalkan
setiap hari untuk dimasak dan sebuah Jamboree Cookbook. Cara pengagihan ini lebih
menyusahkan dan kontinjen yang tiba lambat akan menghadapi masalah kekurangan peralatan.
Mereka perlu menunggu untuk mendapatkan peralatan yang tidak mencukupi tersebut.
Peserta-peserta Unit Kinabalu mengambil buluh di luar Hub Sub Camp Chokai
45