Carta aliran pengambilan peralatan untuk tapak perkhemahan: pendaftaran di kaunter oleh leader mengambil
perkakas memasak mengambil meja kerusi mengambil buluh di luar hub sub camp.
Pendaftaran di kaunter dalam Hub Sub Camp Chokai Menunuggu giliran untuk mengambil meja kerusi
untuk tapak perkhemahan
Setiap tapak kem juga dibekalkan 4 shelter, 4 meja, 8 buah bangku panjang, 4 buah kerusi lipat
dan sepuluh batang buluh. Selepas mendapat segala peralatan termasuk buluh, kami bekerjasama
membersihkan tapak kem dan merombak semula penyusunan khemah dan kanopi tempat makan.
Tapak perkhemahan sementara Unit Kinabalu kelihatan kurang kemas pada hari pertama kerana
khemah dan shelter didirikan secara rawak disebabkan kekurangan peralatan dan tiada arahan
atau penerangan mengenai susun atur tapak perkhemahan daripada pihak penganjur. Kami
rombak semula pada hari kedua supaya tapak perkhemahan kami kelihatan kemas dan tersusun.
46
Keadaan tapak perkhemahan Troop Kinabalu pada hari pertama, khemah tidak tersusun dan rumput
tidak dibersihkan.
Bergotong royong mendirikan shelter dan menyusun semula khemah
Membersihkan tapak kem. Banner kontinjen Malaysia dipasangkan.
Semasa kami sibuk membersihkan tapak kem, Datuk Awang Zaini, Ketua Kontinjen Malaysia
dan CMT telah melawat ke tapak perkhemahan kami. Kami berasa lega dan gembira berjumpa
dengan mereka.
47
Kunjungan ketua kontinjen Datuk.Awang Zaini dan CMT ke tapak kem kami pada pagi hari pertama jambori.
Mereka menghantarkan barang keperluan unit kami dan telah memberi taklimat ringkas tentang
perkara yang kami harus lakukan dan ambil perhatian. Secara langsung, kunjungan mereka telah
memberi sokongan moral yang kuat kepada kami. Betapa kecewa dan sedihnya perkara sebegini
tidak berlaku di West Virginia. Pada masa itu, kami menghadapi masalah peserta tidak
mendapat bag bagasinya semasa mendarat di Lapangan Antarabangsa Dulles. Kami dalam
keadaan runsing dan tidak tahu cara penyelesaian masalah ini selain daripada menunggu pihak
Syarikat Penerbangan Emiras menghantar bag bagasinya. Kasihan peserta tersebut mulakan
kehidupannya di tapak kem dengan tiada pakaian untuk disalin dan tidur dalam kesejukan tanpa
sleeping beg. Cuaca waktu malam di West Virginia sangat sejuk. Keadaan begini berlanjutan
sehingga hari ketiga, kami baharu terima berita baik daripada pihak CMT bahawa kontinjen
akan bayar kos sleeping begnya. Peserta itu terpaksa membeli pakaian baru dan sleeping begnya
di Scout Shop. Ketua kontinjen hanya melawat ke tapak kem kami selepas mendapat teguran
daripada leader pada hari keenam.
Kit Jambori Pengakap Dunia 2015 dan 2019
48
Kesimpulan daripada pengalaman saya, seseorang leader perlu mengetahui beberapa perkara
penting sebelum tiba di tapak perkhemahan dan tahu cara menguruskan para peserta sebaik
sahaja tiba di tapak perkhemahan. Antaranya ialah:
1. Lapor diri di HQ Sub Camp untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai susun atur
khemah dan mengambil peralatan yang diperlukan.
2. Menguruskan segala hal mengenai kit peralatan. Leader perlu mengetahui tempat untuk
mendapatkan kit peralatan dan membawa peserta ke situ untuk mengambil kit peralatan itu.
3. Agihan tugas kepada peserta. Peserta-peserta perlu membersihkan tapak perkhemahan jika
terdapat rumput yang banyak; mendirikan khemah serta kanopi tempat makan; pasangkan
pagar jika perlu ; mendirikan pintu gerbang dan ampaian; memasangkan banner kontinjen;
mendirikan tiang bendera atau memasangkan bendera Malaysia; menyusun meja kerusi di
tempat makan; menyusun semua peralatan dapur; menyediakan tong sampah dan sebagainya.
4. Tahu lokasi food market atau tempat mengambil bahan masakan, jadual masa dan masa untuk
mengambil bahan masakan.
5. Mengaturkan jadual tugas untuk peserta seperti giliran ke food market untuk mengambil
bahan masakan (dua kali sehari); giliran patrol memasak; membuang sampah; membasuh
periuk, kuali, dulang yang digunakan untuk mengisi lauk; mengambil air minuman setiap hari.
6. Mengagihkan kit jambori kepada para peserta seperti name tag, skaf jambori, buku program
jambori, lencana jambori dan sebagainya.
7. Memberi taklimat ringkas mengenai peraturan dan tanggungjawab mereka seperti
memberitahu leader jika hendak ke mana-mana dan jangan bergerak diri sendiri, sentiasa
bersama rakan sekumpulan dan mesti berada di tapak kem seleawat-lewatnya pukul 11
malam.
49
5.0 CERITA SAYA DI TAPAK JAMBORI DUNIA
5.1 FASILITI-FASILITI DI TAPAK JAMBORI
5.1.1 Mini Market
Pertama kali saya mengikuti Kontinjen Malaysia ke Jambori Pengakap Dunia di Jepun pada
tahun 2015. Kontinjen Malaysia tiba sehari lebih awal di tapak jambori. Saya dapati ada
kebaikannya jika kontinjen tiba sehari awal kerana kita perlu masa untuk menyesuaikan diri
dengan persekitaran tapak jambori. Kita perlu tahu lokasi aktiviti dan masa ke tempat tersebut
supaya kita dapat menyertai aktiviti pada masa yang ditetapkan. Kita juga perlu meninjau
kemudahan yang terdapat di tapak jambori supaya dapat menyelesaikan masalah jika berlakunya
kejadian di luar jangkaan seperti kekurangan barang keperluan harian, kita perlu tahu tempat
untuk membelinya, atau jika kita kurang sihat, kita tahu lokasi pusat perubatan dan boleh
mendapatkan rawatan di situ.
Hari kedua saya tiba di tapak jambori, Kinrara-Hama, iaitu hari pertama jambori, aktiviti belum
dimulakan. Pihak penganjur sibuk menyambut ketibaan semua kontinjen dari seluruh dunia.
Kontinjen-kontinjen pula sibuk mendirikan khemah. Selepas unit kami selesai mendirikan
khemah dan menguruskan tapak kem, kami berjalan-jalan di sekitar tapak perkhemahan. Kami
menggunakan masa lapang untuk meninjau dan menyesuaikan diri dengan persekitaran tapak
jambori yang amat luas itu.
Tempat pertama yang saya lawati ialah Marukyu Market, sebuah mini market yang berhampiran
dengan tapak kem kami. Di tapak jambori terdapat dua buah mini market, satu terletak di tapak
letak kenderaan, iaitu berhampiran dengan Welcome Center dan pintu masuk utama ke kawasan
tapak jambori; yang kedua terletak berhampiran dengan tapak perkhemahan kami. Pelbagai
barang dijual di situ, termasuk makanan, pakaian, barang keperluan harian seperti sabun dan
50
sebagainya. Cuaca yang sangat panas mendorong saya singgah di Marukyu Market setiap hari
untuk melanggan ais krim jenama Haagen Dazs dan minuman sejuk ketika dalam perjalanan
pulang ke tapak perkhemahan selepas aktiviti. Haagen Dazs dijual dengan harga yang amat
murah jika dibanding dengan harga di Malaysia. Saya mendapat kepuasan makan ais krim
Haagen Dazs di situ. Marukyu Market sentiasa dipenuhi oleh peserta kerana ia dilengkapi
dengan hawa dingin, maka ia adalah tempat yang paling disukai ramai terutamanya tapak
jambori sangat sangat panas pada musim panas.
Ais krim Haagen Dazs Makyuku Market sentiasa penuh dengan peserta dan leader.
Leader dari Johor, Kuala Lumpur & P.Pinang. Pelbagai barang dijual di Marukyu Market.
Marukyu Market telah memudahkan semua penghuni tapak jambori. Jika kehabisan bateri atau
kekurangan barang keperluan, boleh beli di mini market ini. Kemudahan mini market ini tidak
wujud di tapak Jambori Pengakap Dunia ke-24 di Summit Bechtel Reserve, West Virginia.
Kami tidak dapat membeli-belah kecuali membeli barang atau cenderamata pengakap di Scout
Shop dan makanan tradisi negara asing di International Food Houses.
51
Selepas meninjau keadaan di dalam mini market, kami teruskan perjalanan ke World Scout
Centre dan Welcome Centre. Kami berjumpa dengan pengakap-pengakap negara lain di
sepanjang perjalanan ke tempat tujuan. Masing-masing kelihatan sangat gembira dan saling
menyapa mesra malah bergambar bersama untuk dijadikan kenangan manis pada masa hadapan.
Pengakap Malaysia berasa gembira kerana dapat berjumpa dengan kontinjen negara asing dalam perjalanan ke
World Scout Centre. Inilah gambar pertama diambil bersama pengakap negara lain di tapak jambori.
Madam Teng bergaul mesra dengan leader dari Portugal dalam perjalanan ke World Scout Centre.
52
Bergambar bersama Pengakap dari Norway semasa kami melalui tapak kem mereka.
Apabila kami bersiar-siar sehingga ke kawasan pintu masuk utama, kebetulan kontinjen USA
tiba di situ.Mereka mengangkut bagasi mereka dan berarak masuk ke tapak perkhemahan sambil
memainkan alat muzik tradisi mereka. Sausana ketika itu amat meriah dan memberangsangkan.
Kontinjen USA berarak masuk ke tapak kem sambil memainkan alat muzik tradisi mereka.
53
Jangan lepaskan peluang emas untuk bergambar dengan kontinjen USA yang besar
Kami sambil berjalan sambil menikmati pemandangan yang lain daripada yang lain di sekitar
tapak jambori. Selain daripada menyaksi kontinjen yang besar masuk ke tapak jambori sambil
main alat muzik mereka, saya juga pertama kali mencuci mata dengan pemandangan istimewa,
iaitu pengakap-pengakap malah pemimpin pengakap bertukar lencana di tepi jalan. Keadaan
pertukaran lencana mereka bagai penjaja berniaga di tepi jalan.
Perasaan gembira dan terkejut apabila kami bersua dengan Pengakap Malaysia yang sibuk bertukar lencana di
tepi jalan berhampiran dengan Scout Shop.
Pintu masuk utama Jambori IST Security mengawal ketat di 3 pintu masuk
ke kawasan tapak perkhemahan. Semua
pengakap perlu scan kad identitinya apabila
keluar atau masuk tapak jambori.
Tidak kelihatan IST Security mengawal pintu
masuk di Jambori Dunia ke-24. Pengakap-
pengakap malahan pelawat masuk kawasan
perkhemahan tanpa diperiksa.
54
5.1.2 Scout Shop
Seterusnya saya dan rakan-rakan membawa ahli patrol melawat ke Scout Shop yang terletak jauh
dari tapak perkhemahan kami. Ia terletak di hadapan pintu masuk utama jambori. Ramai
pengakap sanggup beratur berjam-jam untuk masuk ke Scout Shop untuk membeli cenderamata
dan barang pengakap. Saya telah beratur selama 3 jam untuk masuk ke situ pada hari ke tujuh.
Beratur panjang di luar Scout Shop
Oleh kerana kekangan masa, kami tidak masuk ke Scout Shop, kami berjalan-jalan di sekitar
kawasan Plaza, didapati ada perkhidmatan bank dan pos bergerak di belakang Scout Shop.
Tanpa berfikir banyak, kami terus membeli setam dan post card Jambori Dunia ke-23 tersebut.
Sumber foto : David Chiam Sumber foto : David Chiam
Membeli belah di dalam Scout Shop di 24th WSJ
55
5.1.3 Perkhidmatan Pos Bergerak
Setam dan sampul surat 23rd WSJ yang comel
Post Card Jambori Pengakap Dunia ke-23.
Pos bergerak juga menyediakan meja kerusi bagi pengakap menampal setam, turunkan cap jambori
dan menulis post card.
Seronok membeli setam, menampal setam pada post card dan poskan post card di situ
56
5.1.4 Perkhidmatan ATM
Perkhidmatan ATM di tapak Jambori Pengakap Dunia ke-23.
Selain itu, perkhidmatan ATM juga disediakan di tapak jambori. Van ATM bergerak ini,
memudahkan leader dan peserta mengeluarkan wang untuk dibelanjakan di tapak jambori,
terutamanya bagi pengakap yang berminat membeli barang atau cenderamata pengakap di Scout
Shop. Golongan peminat koleksi barang dan cenderamata pengakap akan membelanja wang
yang banyak untuk membeli pelbagai jenis cenderamata yang menarik di situ.
Semasa saya menghadiri Jambori Pengakap Dunia ke-24 di Summit Bechtel Reserve, West
Virginia, pihak penganjur juga menyediakan perkhidmatan pos dan mesin ATM. Walaupun
tiada mini market, tetapi terdapat mesin layan diri (vending machine) yang menjual minuman
sejuk seperti Cola-Cola di sekitar kawasan jambori. Ramai pengakap termasuk Pengakap
Malaysia suka membeli minuman sejuk dalam tin walaupun harganya beberapa kali lebih mahal
jika dibanding dengan harga di Malaysia.
57
vending machine yang menjual minuman tin.
Selepas meninjau keadaan di persekitaran kawasan jambori, saya kembali ke tapak perkemahan
Unit Kinabalu dan teruskan peninjauan kemudahan yang ada di situ. Apakah kemudahan
disediakan di kawasan tapak perkhemahan? Seperti apa yang dimaklumkan, perkhidamtan wifi
disediakan di seluruh kawasan tapak perkhemahan, semua peserta boleh melayari internet tetapi
agak perlahan kerana penggunaan yang terlampau banyak, kadang-kadang tidak dapat online
terutamanya pada waktu siang hari.
5.1.5 Tandas dan bilik mandi
Bagaimana kemudahan asas di Tapak kem? Kemudahan yang paling penting ialah bekalan air
minum, tandas dan bilik mandi. Sebelum sampai ke tapak jambori, saya berasa risau kerana
mendapat berita bahawa bilik mandi dan tandas tidak berpintu. Mujurlah khabar angin itu tidak
benar. Kemudahan tandas mudah alih dan pondok bilik mandi sementara dibina tinggi dengan
lantai kayu telah disediakan di tapak jambori Kinrara-Hama.
Basin basuh tangan
Sumber foto : website Sumber foto : website
Tandas sementara disediakan di mana-mana sahaja di kawasan tapak jambori
58
Bilik mandi agak luar biasa bagi saya kerana ia merupakan sebuah bilik yang dibuat daripada
polietilina, saiznya kecil seperti sebuah tandas dengan tiga dinding yang licin tanpa cangkuk
atau tempat untuk meletak sabun mandi, tidak berpintu tetapi dipasang tirai mandi, di dalam
bilik mandi hanya disediakan satu kepala pancuran (shower head) dan satu lubang untuk
pengaliran air ke bawah tanah. Dengan rekaan yang simple itu, pengguna bilik mandi tidak
berpeluang meninggalkan sebarang sampah dalam bilik mandi. Ia juga memudahkan IST
kebersihan membersihkan bilik mandi dan dapat menjamin bilik mandi sentiasa dalam keadaan
bersih.
Pada keseluruhannya, saya berasa puas hati dengan kebersihan tandas dan bilik mandi, Semua
peserta jambori juga berhemah tinggi, sama-sama menjaga kebersihan tandas dan bilik mandi.
Satu kelemahan sahaja, iaitu berasa panas jika mengguna tandas pada siang hari.
Pemandangan luar pondok mandi Sub Camp Chokai pada waktu malam hari pertama.
Bilik mandi lelaki Bilik mandi wanita
Pondok menunggu
Pondok mandi
59
Tandas IST lelaki Tandas IST wanita
Bilik mandi Tandas untuk IST wanita dan IST lelaki.
Kemudahan tandas dan bilik mandi di tapak jambori West Virginia sangat baik dan selesa
kerana ia adalah bangunan tetap di kawasan tapak perkhemahan. Ruang tengah bangunan tandas
ialah tempat basuh tangan, sebelah kiri adalah bilik mandi dan sebelah kanan adalah tandas.
Bilik mandi mempunyai kemudahan air panas, tetapi kebanyakan air panas telah rosak dan tidak
berfungsi. Tandas sentiasa dalam keadaan bersih dan tidak berbau kerana rekaan bangunan
mempunyai pengaliran udara yang baik. IST kebersihan tandas juga menjalankan tugas
mengikut jadual waktu.
Tandas peserta perempuan Tandas basin Bilik mandi
Tandas peserta lelaki Tandas pemimpin wanita
Pili air minum
Bilik mandi dan tandas di tapak perkhemahan Jambori Dunia ke-24
60
24thWSJ 24thWSJ
Basin basuh tangan lengkap dengan sabun
Tandas di kawasan tapak perkhemahan sentiasa bersih, basuh tangan dan tisu di luar tandas mudah
lengkap dengan toilet paper, plastik sampah dan bekalan alih di kawasan aktiviti
air tidak pernah putus.
Saya telah menyertai banyak perkhemahan pengakap sama ada dalam negara atau luar negara.
Tempat yang saya paling tidak suka lawati ialah tandas atau bilik mandi kerana sangat kotor,
berbau dan tidak menyenangkan. Sampah dibuang merata-rata di dalam tandas, kain atau baju
dibuang atau disangkut di atas dinding tandas. Tetapi saya sangat puas hati dengan kebersihan
tandas di Jambori Dunia, keadaan di situ bersih, menyenangkan walaupun diguna oleh bilangan
peserta yang ramai. Keadaan tandas dan bilik mandi dijaga bersih kerana sikap para peserta yang
bertanggungjawab dan kerajinan para IST yang menjaga kebersihan tandas.
61
5.1.6 Stesen air
Sebelum ke Jambori Pengakap Dunia, kami telah dimaklumkan bahawa air pili di tandas tidak
boleh diminum, hanya air di stesen air atau water cooler sahaja boleh diminum. Pihak penganjur
telah menyediakan banyak stesen air dan tangki air bergerak untuk membekalkan air minum
yang secukupnya kepada semua peserta di kawasan perkhemahan dan kawasan aktiviti. Air itu
boleh diminum terus tanpa masak Semua peserta dikehendaki membawa botol air dan minum air
dengan banyak kerana cuaca amat panas.
Tangki air bergerak di kawasan aktiviti 23rd WSJ Stesen air minum di tapak perkhemahan 23rd WSJ
23rd WSJ 24th WSJ
Bekas air semua unit kem di tapak perkhemahan. Stesen air di 24th WSJ
62
5.1.7 Booth cas telefon (Charge handphone)
Pada zaman sekarang, semua orang akan menggunakan telefon bimbit dengan kerap dalam
kehidupan setiap hari. Tanpa telefon bimbit, kita akan rasa tidak senang hati. Oleh itu, adalah
perlu bagi kita membawa power bank yang secukupnya dan multi extension socket dengan USB
suppliers jika ke Jambori Pengakap Dunia, sebab tiada bekalan lektrik di tapak perkhemahan.
Meskipun pihak penganjur menyediakan booth cas telefon di tempat yang tertentu, tetapi tidak
dapat memenuhi permintaan yang terlalu ramai.
Semasa menyertai Jambori Dunia ke-23 di Jepun, hanya Hup Sub Camp dan beberapa booth cas
telefon bimbit sahaja mempunyai perkhidmatan cas telefon. Kami terpaksa beratur panjang di
hub sub camp pada waktu malam untuk menunggu giliran mengecaskan telefon. Pada siang hari,
kami akan mengikuti aktiviti,.tiada masa bagi kami mengecaskan telefon kecuali mengambil
risiko dengan meninggalkan telefon bimbit atau power bank di booth cas telefon. Booth itu akan
tutup pada pukul 6:00 petang setiap hari.
Booth cas telefon yang terhad
di luar pintu masuk utama 23rd
WSJ. Peserta-peserta boleh
tinggalkan power bank atau
telefon di situ dan akan diberi
kad nombor untuk label pada
power bank.
Perkhidmatan cas telefon bimbit di 24th WSJ lebih baik. Pihak penganjur telah menyediakan
banyak booth cas telefon di kawasan tapak perkhemahan serta kawasan Scott Summit Center.
Peserta-peserta boleh menunggu di situ semasa cas telefon atau tinggalkan power bank di situ
63
atas risiko diri sendiri. Di samping itu, HQ Sub Camp juga mempunyai soket dan peserta adalah
dibenarkan mengecas telefon di situ pada waktu malam. Tetapi masih tidak dapat memenuhi
permintaan para peserta terutamanya kebanyakan wayar cas telah rosak selepas banyak hari
digunakan, Maka peserta mula menggunakan soket di dalam tandas atau soket di tempat main
suis untuk cas telefon mereka pada penghujung masa jambori.
Booth cas telefon di tepi jalan kawasan tapak perkhemahan sentiasa dilawati Soket di tempat main suis
peserta pada bila-bila masa.
Booth cas telefon dilengkapi dengan wayar dan 3 jenis keadaan Super charger telah dijumpai di dalam tandas
kepala cas dalam setiap kotak. pada 2, 3 hari terakhir berjambori di 24th WSJ..
Demi menjaga keselamatan harta benda peserta, leader harus mengingatkan para peserta supaya
tidak meninggalkan telefon atau power bank di booth cas tanpa dijaga atau leader boleh
mengumpulkan semua telefon bimbit dan power bank yang hendak dicaskan itu dan menghantar
peserta bergilir-gilir bertugas menjaga telefon itu di booth cas telefon selepas makan malam.
64
5.1.8 International Food Houses
Pelbagai kemudahan disediakan di kawasan tapak jambori, termasuk International Food Houses.
Saya yakin arena food house ini adalah tempat yang paling disukai ramai sebab kita dapat
membeli dan merasai makanan tradisi sesebuah negara dan berjumpa dengan kawan-kawan baru
atau kawan lama di situ. Saya tidak membeli makanan di situ kerana harganya mahal, sekeping
pizzle dijual dengan harga 5 USD, iaitu RM20++. Jika harga itu RM5, sudah pasti saya tidak
akan melepaskan peluang untuk merasainya. Oleh sebab itu, saya hanya membenarkan mataku
sahaja menjamu selera di situ.
Food house yang ada di 23rd WSJ termasuk Azerbaijan Food House, Taiwan Gourmet ,
Hungary Csard, Italian Food House, Yakitori (Japan), Sakura Fuji (Japan, Korea Express,
Dutch Horizon, Chuchichastli (Switzerland), Arab Food House (Arab Region) , Rainbow Café
dan sebagainya.
Hiasan Food House yang cantik di 23rd WSJ telah menarik hati orang untuk singgah dan menjamu selera di situ.
Food House di 23rd WSJ : Korea Express & Azerbaijan
65
Food House di 24th WSJ
Suasana di hadapan Gerai Germany
German Food and Culture mendapat sambutan yang hangat, sentiasa penuh dengan pelanggan.
IST sibuk menyediakan makanan untuk dijual Makanan Canadian di Canadian food House
Troop yang tidak memasak akan menjamu selera di arena Food House. Ini dapat menjimatkan
masa dan mereka juga dapat merasai pelbagai jenis makanan, di samping berkenalan dengan
kawan baru. Tetapi bukan semua orang dapat membelanja di situ kerana harga makanan dikira
dalam USD dan sangat mahal bagi saya.
66
5.2 RUTIN KEHIDUPAN JAMBORI SAYA
Pertama kali saya mulakan kehidupan di tapak Jambori Dunia bersama dengan 33000 orang
pengakap, saya telah mengalami dan merasai diri sendiri suasana yang sentiasa meriah itu.
Keadaan yang meriah di sekeliling dan semangat yang berkobar-kobar dalam hati saya adalah
unsur utama saya tidak dapat tidur lena pada waktu malam. Tambahan pula cuaca di situ amat
panas. Saya tidak tidur di dalam khmah tetapi tidur di atas bangku di bawah shelter tempat
makan. Dengan itu, saya berpeluang menikmati pemandangan indah matahari terbit di tapak
perkhemahan Chokai pada waktu subuh hari kedua. Matahari terbit jauh lebih awal daripada
Malaysia. Langit kelihatan cerah pada pukul 5 pagi dan kami berasa panas pada pukul 6:00 pagi.
Pemandangan indah hari pertama di tapak perkhemahan pada pukul 5 pagi. Khemah berwarna-warni Kontinjen
Equador di sebelah jalan tapak kem kami menyerikan lagi pemandangan awal pagi.
Kehidupan saya di tapak jambori Summit Bechtel Reserve lebih kurang sama di Kinrara-Hama,
Yamaguchi. Perbezaannya ialah cuaca di Summit Bechtel Reserve sangat sejuk pada waktu
malam dan panas pada siang hari. Saya dapat tidur lena dalam khemah kerana cuaca yang sejuk
dan kami dibekalkan camp bed. Namum begitu, saya tetap bangun awal pagi kerana perlu
kejutkan QM makanan pada pukul 5 pagi. Mereka perlu ke food house untuk mengambil dan
membawa pulang makanan & bahan mentah masakan. Pemandangan tapak perkhemahan
Summit Bechtel Reserve pada waktu subuh bagai syurga kerana diselubungi kabus tebal.
67
Pemandangan subuh pagi di tapak Sub Camp B di 24th WSJ, Summit Bechtel Reserve.
5.2.1 Waktu pagi
Kehidupan jambori saya bermula dengan membawa QM Makanan ke Hub Sub Camp atau Food
House untuk mengambil makanan pada waktu subuh. Kehidupan kami berbeza dengan IST.
Semua leader dan peserta perlu memasak makanan sendiri, manakala IST dan CMT makan di
dewan makan pada waktu makan. Oleh itu, leader perlu membangunkan QM makanan yang
bertugas pada pukul 5:00 pagi dan pergi ke Hub Sub Camp atau Food House untuk mengambil
bahan-bahan mentah dan makanan dengan dua tote bag setiap patrol pada pukul 5:00 pagi dan
pukul 5:00 petang. Pihak penganjur Jambori Dunia ke-24 di Summit Bechtel Reserve telah
menyediakan kemudahan wagon bagi peserta mengangkut bahan makanan dari Food Market.
68
tote bag untuk membawa makanan dari wagon yang digunakan untuk mengangkut makanan dan air
Hub Sub Camp di 23rd WSJ. di tapak kem 24th WSJ.
Sumber foto : Website Sumber foto : Website
Keadaan food market di 24th WSJ.
QM makanan patrol bekerjasama untuk membawa pulang Sumber foto : David Chiam
semua bahan makanan dari Hub Sub Camp dengan troli QM makanan membawa bahan makanan dengan
wagon yang disediakan untuk setiap unit di 24th WSJ.
yang terjumpa di luar Hub Sub Camp.
Apabila bahan makanan dibawa balik ke tapak kem, kami mula menyediakan sarapan dan
mengagihkan makanan kepada semua peserta untuk dibawa ke tempat aktiviti. Unit saya amat
bertuah kerana mempunyai seorang leader yang pandai memasak. Dia memasak sarapan dan
makan malam untuk satu unit 40 orang setiap hari. Oleh itu, kami akan bersarapan dahulu
sebelum bertolak ke tempat aktiviti.
69
23rdWSJ 23rdWSJ
Inilah makanan untuk makan tengah hari yang Bekerjasama menyediakan sarapan untuk ahli patrol.
akan dibawa oleh peserta ke tempat aktiviti.
23rdWSJ 23rdWSJ 24th WSJ
Menjamu selera
24th WSJ 24th WSJ
Menyediakan sarapan untuk ahli patrol di 24th WSJ. Makan sarapan sebelum bertolak ke lokasi aktiviti.
70
Semasa menyertai 23rd WSJ di Jepun, setiap kontinjen perlu menghantar dua orang peserta ke
World Scout Centre untuk istiadat mengibarkan bendera pada setiap pagi dan menurunkan
bendera pada waktu senja. Kontinjen Malaysia menghantar dua peserta mengikut unit secara
bergilir-gilir untuk istiadat bendera. Unit saya juga terlibat dan dua orang peserta itu perlu
bertolak lebih awal ke World Scout Centre.
23rdWSJ 23rdWSJ
Mengibarkan bendera Malaysia. Bendera Malaysia berkibaran di World Scout Centre
Pengakap Malaysia sentiasa memakai pakaian seragam pengakap yang lengkap semasa istiadat
mengibarkan bendera. Pertama kali saya melihat pengakap negara-negara lain mengibarkan
bendera tanpa pakaian seragam, malah ada yang memakai selipar semasa mengibarkan bendera
dan menurun bendera. Saya berasa amat hairan dengan keadaan begitu. Mungkin inilah cara atau
budaya mereka mengibar dan menurukan bendera di negara mereka semasa perkhemahan
dijalankan.
71
23rdWSJ
Istiadat menurunkan bendera pada waktu senja
23rdWSJ
Band Pengakap Jepun ini menghadap ke arah tiang-tiang bendera dan memainkan lagu kebangsaan Jepun
sebelum istiadat menurun bendera dijalankan
Semua leader dan peserta akan bertolak ke tempat aktiviti selepas bersarapan mengikut jadual
yang ditetapkan oleh pihak 23rd WSJ. Tapak kem kami tidak berpenghuni selepas makan
sarapan sehingga tamat aktiviti pada pukul 5:00 petang.
72
23rdWSJ
Ahli unit kami akan bergilir-gilir mengangkut makanan tengah hari ke tempat aktiviti.
5.2.2 Waktu petang
Sepanjang hari kami akan menjalankan aktiviti di tempat aktiviti. Kami cuba mengambil
bahagian dalam semua aktiviti yang disediakan, tetapi malangnya kami tidak dapat menyertai
kesemua aktiviti kerana terlalu banyak jenis aktiviti disediakan. Kami akan bertolak pulang ke
tapak kem kira-kira pada pukul 4:30 petang. Keadaan di 24th WSJ agak berlainan. Pihak
penganjur tidak menyusun jadual aktiviti bagi semua unit. Setiap unit perlu menentukan aktiviti
yang mereka ingin sertai pada setiap hari.
Setelah sehari mengikuti aktiviti di pengkalan aktiviti, kebanyakan peserta akan pulang ke tapak
perkhemahan pada waktu petang. Seterusnya peserta-peserta yang bertanggungjawab
menyediakan makanan untuk makan malam akan mula sibuk dengan kerja mereka sebaik sahaja
bahan masakan telah diambil dari food market. Peserta-peserta yang lain akan mengambil masa
ini untuk mandi atau bertukar lencana dengan peserta lain atau bermain bola bersama kawan
baru di tempat lapang atau padang sub camp. Agak ramai peserta menjalankan aktiviti riadah
seperti bermain bola tampar, bola sepak di kawasan lapang tapak perkhemahan.
73
Peserta-peserta Sub Camp C bermain bola tampar di kawasan lapang sub camp pada waktu senja di 24th WSJ.
Biasanya, kontinjen akan mengaturkan aktiviti makan malam bersama kontinjen negara lain di
tapak perkhemahan atau di kawasan lapang yang disediakan khas untuk menjalankan aktiviti
unggun api di sub-camp. Dua patrol unit yang terlibat akan berada di tapak kem untuk melayan
tetamu dan dua patrol unit kami akan ke tapak kem kontinjen jemputan untuk makan malam
bersama.
Aktiviti makan malam bersama ini dapat menjalin hubungan silaturahim antara peserta dan
mengenali serba sedikit budaya masing-masing. Unit kami berpeluang makan malam dengan
peserta dari Hong Kong, Taiwan, USA, dan Australia semasa di 24th WSJ. Peserta-peserta juga
mengambil kesempatan ini untuk pertukaran lencana dan memberikan cenderamata kepada
leader sebagai kenangan.
Makan malam bersama peserta dari Hong Kong dan .bernyanyi bersama mereka selepas makan di 24th WSJ.
Hari masih terang kerana matahari hanya akan terbenam pada pukul 8 malam di USA.
74
Peserta Troop Mulu mempersembahkan tarian joget Kami makan malam di tapak kem Kontinjen Taiwan.
selepas makan malam di tapak perkhemahan Australia.
23rd WSJ
Menyampaikan cenderahati semasa makan malam bersama Kontinjen Australia di 24th WSJ dan leader Taiwan di 23rd WSJ
23rd WSJ
Unit kami--unit Kinabalu makan malam bersama peserta USA di kawasan lapang sebelah tapak kem Kinabalu.
Makan malam bersama Kontinjen Taiwan di 23rd WSJ
75
5.2.3 Waktu Malam
Setelah penat menjalankan aktiviti pada siang hari, para peserta akan bersantai dan bersuka-ria
selepas makan malam. Peserta-peserta akan mempersembahkan tarian tradisi negara masing-
masing di sub-camp masing-masing. Biasanya kita akan menjalankan malam pengakap atau
malam unggun api pada malam terakhir perkhemahan dengan tujuan menghibur, menghilangkan
rasa bosan selepas penat menjalankan aktiviti sepanjang hari, tetapi budaya ini agak berlainan di
Jambori Pengakap Dunia, “malam pengakap” dijalankan setiap malam. Setiap kontinjen akan
mempersembahkan satu persembahan seperti nyanyian, lakonan atau tarian.
Setiap sub camp disediakan satu pentas “ Base Camp Bash” untuk menjalankan aktiviti “malam pengakap” di 24th WSJ
Setiap sub camp akan menjalankan “malam pengakap” dan setiap kontinjen akan membuat persembahan
mengikut giliran di Hub Sub Camp masing-masing,23rd WSJ
76
Semua aktiviti akan tamat pada pukul 11:00 malam dan semua peserta perlu pulang ke tapak
kem diri sendiri. Pada waktu itu akan kelihatan ramai peserta beratur di luar bilik mandi untuk
membersihkan diri sebelum tidur. Leader akan berjumpa dengan ahli patrolnya untuk
menyampaikan info penting atau memaklumkan aktiviti keesokan hari di samping mengetahui
masalah peserta atau keadaan kesihatan ahlinya jika ada yang berasa tidak sihat. Perjumpaan ini
penting tetapi jarang diadakan kerana menghadapi masalah menunggu semua ahli pulang ke
tapak kem. Ramai peserta akan pergi mandi atau pergi booth cas telefon pada masa itu
Perjumpaan leader dengan ahli-ahli patrol sebelum tidur.
Taklimat akhir daripada ketua leader dan kongsi pengalaman daripada peserta pada malam terakhir di 23rd WSJ
77
5.3 MAKANAN KAMI DI JAMBORI DUNIA (OUR JAMBORI FOOD)
Sebelum ke jambori dunia, salah satu perkara yang merunsingkan saya ialah makanan. Saya
difahamkan bahawa makanan semua leader dan peserta perlu dimasak sendiri, manakala IST
dan CMT boleh makan di dewan makan pada waktu makan. Saya risau bagaimana kami hendak
memasak jika kami keluar untuk menyertai aktiviti pada siang hari. Kerisauan saya hilang terus
apabila mulakan kehidupan berjambori di tapak Jambori Dunia.
Sumber foto : website
Makanan siap disediakan untuk CMT dan IST di dewan makan, 24th WSJ.
Saya telah belajar sesuatu baharu mengenai penyediaan makanan bagi peserta semasa menjadi
leader di Jambori Dunia, Jepun. Rupa-rupanya makanan untuk semua peserta tidak semestinya
memasak nasi atau menyediakan mee goreng atau bihun goreng, tetapi boleh menyediakan
makanan dalam bentuk siap boleh makan dan mudah dibawa, contohnya roti, biskut, pai, buah-
buahan. Kami tidak perlu masak tiga kali sehari, sebab makanan untuk sarapan dan tengah hari
memang khas disediakan dalam bentuk siap boleh dimakan. Kalau ada masa, leader dan peserta
boleh memasak sarapan pada awal pagi. Jika dalam keletihan, peserta-peserta boleh makan roti,
buah-buahan dan minum susu sahaja sebagai sarapan pagi.
78
Pelbagai jenis makanan peserta di 23rd WSJ.
Pelbagai jenis makanan yang dibekalkan untuk
sarapan dan makanan tengah hari para peserta
jambori di Kinrara-Hama, Yamaguchi, Jepun
Makanan yang dimasak oleh peserta dan pemimpin Unit Kinabalu.
Leader yang pandai masak Bekerjasama menyediakan makan malam.
79
Makanan untuk sarapan dan makan tengah hari dibekalkan pada waktu pagi. Makanan yang
kami ambil dari food market setiap hari ialah susu dalam kotak, minuman buah-buahan dalam
kotak, roti, buah segar (pisang atau oren atau epal), variasi snack, dan bahan mentah untuk
dimasak seperti sayuran, daging, beras, mee, pasta, potato, sos salad, cheese, yogurt dan
sebagainya.
Walaupun kami boleh makan roti dan minum susu sebagai sarapan, tetapi kami tetap memasak
sarapan sebelum pergi menjalankan aktiviti. Biasanya kami akan menyediakan makanan yang
simple dan senang dimasak seperti bubur, roti canai, salad potato, burger, yogurt dan sebagainya.
Makanan tengahari adalah dalam bentuk makanan siap yang dibungkuskan dan dapat dibawa
bersama ke tempat aktiviti. Biasanya kami membawa roti, biskut atau butter cake, coklat, jus
buah-buahan dalam kotak, susu kotak, buah epal atau oren atau pisang, snack. Snack disediakan
kononnya untuk menggantikan garam mineral para peserta kerana mereka kehilangan banyak
garam akibat berpeluh sepanjang hari.
Makan tengah hari
yang istimewa:
snack sandwich
pisang sandwic
Kami selalu menikmati makanan special yang dicipta oleh leader dan peserta , misalnya snack
sandwich dan pisang sandwic. Saya sendiri sangat suka akan snack sandwich, rangup dan sedap.
80
Kami memasak makan malam selepas pulang dari aktiviti. Makanan untuk makan malam sahaja
perlu dimasak dengan bahan-bahan mentah seperti sayur, mee, daging dan sebagainya mengikut
kesukaan dan cita rasa peserta atau juru masak patrol masing-masing. Bagi peserta yang tidak
tahu memasak, boleh masak berpandukan Jamboree Cookbook. Saya berasa amat bertuah kerana
unit saya mempunyai seorang leader yang pandai memasak. Beliau jadi tukang masak kami.
Beliau memasak sarapan pagi dan makanan untuk makan malam setiap hari untuk kami 40
orang. Saya dan ahli-ahli patrol akan membantunya menyediakan bahan untuk dimasak dan
mencuci periuk, kuali, pinggan, mangkuk selepas makan.
Kami masak dengan stove di atas meja
makan atau di atas lantai di 23rd WSJ.
Ini dapur gas yang disediakan untuk
semua troop di 24th WSJ.
Menikmati sarapan di tapak kem Memasak di lantai saja
Pelbagai bahan masakan disediakan dan kuantitinya memang mencukupi. Walaupun kebanyakan
makanan adalah makanan ready to eat, tetapi pihak penganjur 23rd WSJ memang mengambil
berat tentang keseimbangan makanan. Dengan itu, makanan adalah merangkumi karbohidrat,
protein, lemak, sayuaran dan vitamin.
81
Dengan adanya seorang leader yang pandai memasak, jadi kami sentiasa makan makanan yang
berlainan semasa di 23rd WSJ, ada Chinese Food, Western Food, makanan Jepun, nasi lemak,
roti canai, soup, dan kadang-kadang kami makan makanan special yang dimasak oleh tukang
masak dengan bahan masakan yang ada. Melalui aktiviti memasak, kami dapat memupuk
semangat bekerjasama dan menjalinkan hubungan silaturahim yang lebih erat antara ahli patrol
dan leader.
Makan bersama patrol leader di tapak perkhemahan
Makanan di Jambori Dunia ke-24 cenderung kepada jenis Western Food . Walaupun dibekalkan
beras, tetapi sayur tidak banyak dan selalu kehabisan stok. Daging juga dalam bentuk frozen
food seperti nugget ayam. Setiap hari, kami makan roti, jem, cheese, hotdog, ham, spageti, pai,
epal atau oren atau pisang, susu kotak, jus buah-buahan, coklat, biskut dan sebagainya. Selama
dua minggu berjambori di situ, hanya dua tiga kali kami makan nasi dan bubur sahaja. Pada
mulanya saya amat menikmati roti dan cheese, tetapi saya mula berasa muak selepas makan
beberapa hari berturut-turut. Kebanyakan makanan untuk makan tengah hari juga manis.
82
Pelbagai jenis makanan di 24th WSJ, Summit Bechtel Reserve.
Donuts yang sedap lagi manis.
Setiap unit dibekalkan 2 storage box besar dan 2
storage box sederhana besar dan 1 cooler ais box
untuk menyimpan bahan masakan.
83
Sebenarnya pihak penganjur telah menyediakan Jamboree Cookbook kepada semua leader dan
peserta. Terdapat menu dan resipi serta bahan makanan yang akan dibekalkan untuk sarapan
pagi, makan tengah hari dan makan malam. Jamboree Cookbook itu mengandungi 10 jenis menu
sarapan, 10 menu makan tengah hari dan 10 jenis menu makan malam. Biasanya kami tidak
merujuk atau mengikut menu yang dicadangkan dalam buku, kami masak ikut menu diri sendiri.
Berikut adalah salah satu contoh menu untuk sarapan, lunch dan dinner dalam 2019 Jamboree
Cookbook. (sila rujuk Lampiran 1, contoh menu dalam 2019 Jamboree Cookbook)
84
6.0 PENGALAMAN SAYA MENYERTAI AKTIVITI-AKTIVITI JAMBORI DUNIA
Aktiviti-aktiviti Jambori Pengakap Dunia yang pelbagai, menarik, mencabar telah
membangkitkan naluri ingin cuba saya dan mendorong saya menyertai Jambori Dunia. Saya
pernah menyertai Jambori Malaysia dan jambori negeri-negeri lain di Malaysia dengan
penyertaan beberapa ribu orang peserta sahaja. Saya faham bahawa bukan senang hendak
melaksanakan program yang melibatkan jumlah bilangan peserta yang ramai, apatah lagi
sehingga mencapai 33 ribu atau 45 ribu orang peserta. Sebelum itu, saya sentiasa tertanya-tanya,
bagaimana pihak penganjur Jambori Pengakap Dunia dapat merancang dan melaksanakan
program yang raksasa ini dengan baik sekali? Apakah aktiviti yang disediakan? Adakah semua
peserta berpeluang mengambil bahagian dalam semua aktiviti yang diadakan?
Apabila saya mengikuti aktiviti jambori dunia, saya amat terkagum dengan kehandalan dan
kecekapan pihak penganjur dalam merancang dan menyusun aktiviti–aktiviti jambori sehingga
semua aktiviti dapat dilaksanakan dengan begitu licin dan sistematik sekali, terutamanya aktiviti
komuniti atau aktiviti off site yang melibatkan penggunaan bas yang banyak di Kinrara-Hama,
Yamaguchi, Jepun. Saya telah mendapat manfaat dan belajar sesuatu baharu melalui penyertaan
Jambori Pengakap Dunia. Namun begitu, banyak lagi ilmu dan kemahiran yang perlu saya
pelajari jika ingin mengendalikan sesuatu aktiviti perkhemahan dengan baik.
Beraneka jenis aktiviti telah disediakan dan dijalankan di Jambori Pengakap Dunia sepanjang
hari. Apa yang saya lihat dan alami adalah seperti apa yang telah dikata oleh Lord Baden Powell
dalam buku “Sejarah Hidup Lord B.P.” bahawa “Permainan yang beraneka ragam telah
dipertunjukkan di arena yang luas; aturcara setiap hari dimulakan dengan lintas hormat
Pengakap dari semua negara peserta. Terdapat juga persembahan aneka ragam di sub-kem
menggambarkan kegiatan Pengakap sebagai ahli kraftangan dan pencinta alam luas.” Aktiviti-
85
aktiviti yang pelbagai dan menarik telah menarik minat para peserta mengambil bahagian dalam
aktiviti yang disukainya. Walaupun berasa letih, namun saya dapat melihat peserta-peserta tetap
berasa seronok dan gembira menyertai aktiviti-aktiviti tersebut.
6.1 PERSEDIAAN MENYERTAI AKTIVITI YANG BANYAK
Jadual program yang lengkap disediakan kepada semua leader dan peserta. Untuk memastikan
semua peserta dapat mengambil bahagian dalam semua aktiviti yang diadakan, pihak penganjur
23rd WSJ di Kinrara-Hama telah menyediakan jadual aktiviti bagi semua peserta mengikut Sub
Camp untuk setiap hari. Semua leader hanya perlu membawa peserta ke lokasi aktiviti mengikut
masa yang ditetapkan, misalnya pada waktu pagi hari pertama, semua peserta dari Sub Camp A
akan menjalankan aktiviti Global Development Village (GDV), peserta-peserta Sub Camp B
akan mengikuti aktiviti kebudayaan. Pada waktu petang pula ialah masa lapang bagi peserta Sub
Camp A dan B, peserta Sub Camp C dan D pula akan mengikuti aktiviti “Nature” sepanjang
hari.
Jadual Aktiviti keseluruhan untuk semua Sub Camp di 23rd WSJ, Kinrara-hama, Yamaguchi.
86
Jadual aktiviti Sub Camp di 23rd WSJ, Kinrara-hama, Yamaguchi.
Saya mendapat pengalaman yang berbeza di Jambori Pengakap Dunia ke-23 di Kinrara-Hama
dan yang ke-24 di West Virginia. Walaupun pihak penganjur 24th WSJ menyediakan jadual
aktiviti untuk setiap hari, tetapi tidak senaraikan aktiviti untuk setiap sub camp. Jadual yang
disediakan adalah jadual waktu setiap stesen aktiviti beroperasi. Dengan itu, leader perlu
menyusun jadual aktiviti patrol masing-masing untuk setiap hari. Cara ini bebas tetapi ada
kelemahannya, kami tidak dapat menyertai kesemua aktiviti yang ada, terutamanya aktiviti off-
site. Kami hanya dapat menyertai satu aktiviti off-site sahaja dalam masa sehari kerana lokasi
aktiviti yang jauh, kami perlu menunggu bas, perlu beratur untuk mengikut taklimat terlebih
dahulu sebelum menjalankan aktiviti tersebut.
87
Jadual aktiviti Jambori Pengakap Dunia ke-24, Summit Bechtel Reesrve, West Virginia.
88
6.2 AKTIVITI-AKTIVITI DI JAMBORI DUNIA
Pada waktu siang hari, aktiviti-aktiviti jambori dijalankan di dua tempat, iaitu di kawaasan
perkhemahan (on site) dan di luar kawasan perkhemahan (off site). Peta-peta yang berikut
menunjukkan tapak perkhemahan Jambori Pengakap Dunia ke-23 dan ke-24 serta kawasan
aktiviti on-site dan off-site, tetapi kawasan aktiviti off-site di Kinrara-Hama tidak dapat
ditunjukkan kerana lokasi yang jauh dari tapak kem.
1km
3km
23rd WSJ Jamboree Site Layout: Warna biru tua merupakan kawasan aktiviti on-site
Kawasan tapak perkhemahan A,B,C,D,& F serta kawasan aktiviti off-site (ikon berwarna jingga).
89
6.2.1 Aktiviti-aktiviti on-site
Aktiviti–aktiviti yang dijalankan di kawasan tapak perkhemahan (on-site) termasuk Global
Development Village (GDV), Culture, Science Modules, dan aktiviti masa lapang (Free Time
Activity) seperti Faith and Beliefs, melawat ke World Scout Centre atau World Point untuk
mengenali dan mendekati budaya negara asing, mengunjungi ke International Food Houses
untuk menikmati makanan tradisi negara asing sambil berkenalan dengan kawan baru.
6.2.1.1 Global Development Village (GDV),
GDV merupakan satu program yang cuba meningkatkan kesedaran para peserta mengenai isu-
isu global seperti keamanan, persekitaran, pembangunan, hak asasi manusia dan kesihatan. GDV
menumpukan kepada pengurangan bencana alam dan mewujudkan keamanan dunia. Contoh
aktiviti termasuk Climate Change Impact on Children, Disaster Mitigation, Scouts Go Solar,
Gender Equality, Fair Trade, Drug Abuse. Kami tidak dapat menyertai kesemua aktiviti yang
disediakan, tetapi memang dapat belajar sesuatu baharu melalui aktiviti-aktiviti di situ.
GDV di 24th WSj. Tulis mesej kepada pokok – menghargai pokok
Permainan menyelamatkan orang yang hampir lemas
90
Booth Cerita : langkah-langkah keselamatan apabila berhadapan dengan gempa bumi
Permainan“ Free Being Me” yang memerlukan komitmen ahli pasukan,peserta sambil menyanyi sambil bermain.
Sumber foto : David Chiam Sumber foto : David Chiam
Permainan “Look After one another”
Sumber foto : David Chiam Sumber foto : David Chiam
Seronok mendapat cenderamata selepas permainan
91
6.2.1.2 Aktiviti-aktiviti Air
Aktiviti air yang dijalankan di kawasan tapak perkhemahan 23rd WSJ termasuk bola tampar
pantai, soccer, sand biking, tug-of-war dan water gun fights. Unit Kinabalu tidak berpeluang
menyertai aktiviti air di luar kawasan tapak perkhemahan, iaitu di pantai dan kolam renang.
Taklimat daripada ketua Leader Unit Kinabalu sebelum menyertai aktiviti air. Sumber foto : David Chiam
water gun fights.
Peserta bermain bola tampar di pantai on-site 23rd WSJ. Aktiviti soccer di pantai on-site 23rd WSJ.
Sand biking
Sumber foto : David Chiam
Banyak aktiviti air dijalankan di Jambori Dunia ke-24, tetapi ahli patrol saya tidak berpeluang
mengambil bahagian dalam sebarang aktiviti air kerana aktiviti-aktiviti itu agak bahaya dan
92
kesuntukan masa bagi kami menyertai aktiviti yang lain. Antara aktiviti-aktiviti air di 24th WSJ
ialah berkayak, Scuba, water reality dan river rafting. Troop kami mendapat 18 tiket untuk
menyertai river rafting, kami tarik diri pada saat-saat akhir kerana hujan sehari sebelum kami
mengambil bahagian aktiviti tersebut. Kami risau akan keselamatan peserta. Dengan itu, saya
hanya melihat gambar aktiviti air yang diambil oleh peserta-peserta negara lain. Mereka
kelihatan seronok menyertai aktiviti-aktiviti tersebut.
Sumber foto : website Sumber foto : website
River Rafting Aktiviti kayak di 24th WSJ
Sumber foto : website Sumber foto : website
Scuba River Rafting
Sumber foto : website Sumber foto : website
water reality memancing
93
6.2.1.3 Aktiviti-aktiviti Modul Sains (Science Modules)
Program di Science Park membolehkan para peserta memahami secara mendalam mengenai
kemajuan sains dan teknologi. Di situ, para peserta berpeluang belajar tentang pembangunan sel
bahan bakar dan sumber tenaga lain untuk masa depan, masalah ekologi, robotik dan teknologi
automotif. Contoh aktiviti yang dijalankan ialah JOTA-JOTI, Making PETbottle rocket, Ride
Toyota Winglet, self balancing two wheeled scooter, Mechanism of magnesium battery, Science
of umami.
Melipat kapal terbang dan menerbangkannya Menguji daya kekuatan
Mengikuti taklimat tentang cara menjalankan aktiviti Obstacle Course sebelum aktiviti dimulakan.
94
Peserta-peserta menjalankan aktiviti Obstacle Course
Stesen Jota-joti 23rd WSJ.
Stesen Jota-joti 23rd WSJ. Pemandangan di luar Stesen Jota-joti 24th WSJ.
95