The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mlyeoh2002, 2020-05-17 00:18:28

Tugasan CALT ke-36 _YEOH ML_Penang

Tugasan CALT ke-36 _YEOH ML_Penang

Pintu Gerbang kontinjen Taiwan

Pintu Gerbang Kontinjen Macau

146

Pintu Gerbang KontinjenTaiwan Pintu Gerbang Kontinjen Hungary

Pintu gerbang ini macam “Great Wall”

147

Pintu gerbang yang berbagai telah mencipta pemandangan yang unik di salah satu lorong Sub Camp.

148

8.3 TAPAK PERKHEMAHAN YANG MENARIK
Saya telah menyertai Jambori Pengakap Dunia sebanyak dua kali. Kedua-dua kali penyertaan
itu telah meluaskan pandangan saya serta memberi pengalaman yang berbeza kepada saya.
Semasa menghadiri Jambori Dunia ke-23 di Jepun, semua khemah peserta dan leader dibawa
oleh kontinjen sendiri dan didirikan di tapak kem yang ditetapkan. Keadaan begini telah
menghasilkan satu pemandangan yang unik, iaitu kita dapat melihat khemah yang berbagai
bentuk dan berwarna-warni. Yang menarik hati saya ialah bendera dikibar tinggi melangit di
tapak perkhemahan. Dari jauh kita dapat mengecam lokasi tapak jambori kerana kawasan itu
penuh dengan bendera yang berkibaran. Suasana di situ nyata sekali sama dengan apa yang
tercatat dalam buku “Sejarah Hidup Lord Baden Powell”, “Sampailah kepada hari terakhir
perhimpunan seminggu itu, perarakan negara-negara peserta dengan panji-panji berkibar tinggi
masuk ke kawasan arena…..” (ms 96), pernyataan tersebut menerangkan bahawa bendera atau
panji negara peserta sentiasa berkibaran di tapak jambori sepanjang masa jambori dijalankan.

Bendera Malaysia, Bendera Negeri Pulau Pinang, Negeri Kedah dan Sabah, bendera sekolah SMJK Sin Min &
bendera troop berkibaran di tapak perkhemahan Unit Kinabalu di Jambori Pengakap Dunia ke-23.

149

Bendera berkibaran di semua Sub Camp Jambori Pengakap Dunia ke-23

Bendera berkibaran di tapak perkhemahan Jambori Pengakap Dunia ke-23

Pemandangan di tapak perkhemahan Jambori Pengakap Dunia ke-24 jelas tidak sama sekali
dengan pemandangan di Jambori Dunia ke-23. Tapak perkhemahannya kemas dan tersusun
kerana semua khemah disediakan oleh pihak penganjur. Semua khemah peserta adalah sama saiz
dan bentuknya, perbezaannya ialah warna yang berlainan untuk Sub Camp yang berlainan,
misalnya khemah berwarna hijau adalah Sub Camp A dan khemah berwarna merah adalah Sub
Camp B, biru ialah khemah Sub Camp C dan sebagainya. Khemah untuk leader pula berwarna
putih dan khemah untuk IST adalah berlainan. Khemah IST nampaknya macam khemah askar.
Bagi saya, keadaan tapak perkhemahan yang kemas rapi memberi gambaran yang selesa kepada
kita tetapi terasa kekurangan suasana meriah dan semangat berkhemah atau berjambori. Keadaan
tapak perkhemahan 24th WSJ boleh diibaratkan sebagai kawasan perumahan taman dan tapak
perkhemahan 23rd WSJ boleh diibaratkan sebagai kampung.

150

Pemandangan tapak perkhemahan di Jambori Pengakap Dunia ke-24, Summit Bechtel Reserve.

Pemandangan tapak perkhemahan Sub Camp B di Jambori Pengakap Dunia ke-24.

Sumber foto : internet

Pemandangan Sub Camp A dan B yang teratur.

Sumber foto : internet
Pemandangan Sub Camp IST yang kemas rapi di 24th WSJ.

151

9.0 KOLEKSI GAMBAR

Troop Kinabalu,Kontinjen Malaysia bergambar di pintu masuk utama 23rd WSJ.

23rd WSJ
Tn.Heng Soo Peng mengunjungi tapak Jambori Dunia ke-23 bersama En.Tan Sow Sang, En.Tan Yoke Khoon & En.Wong Kok Nian

152

23rd WSJ

Masa Lapang -- Happy hour

23rd WSJ

Bergambar dengan peserta negara asing dalam perjalanan ke lokasi aktiviti

23rd WSJ Gembiranya dapat menghadiri Majlis Pembukaan 23rd WSJ
Enjoy waktu bersama selepas makan malam

153

23rd WSJ 23rd WSJ 23rd WSJ
Lawatan ke Tokiwa Park
Outing -- Stesn keretapi Ajisu Bergambar selepas istiadat bendera

23rd WSJ 23rd WSJ
Program Komuniti – “Let’s enjoy Origami”
Rest & have fun

Malaysia & Taiwan’s Leaders Keselamatan pintu masuk-menggunakan alat scan kad peserta

Aktiviti modul di GDV mengenali budaya minum teh orang Jepun New friends found

154

Kontinjen Malaysia di AT&T Summit Stadium sebelum Majlis Perasmian Penutupan 24th WSJ

Keluarga Unit Mulu, Kontinjen Malaysia

155

Patrol Kijang & Patrol Seladang di Pintu Gerbang 24th WSJ.

Leader, IST dan peserta dari negeri Pulau Pinang. Bendera Pulau Pinang berkibaran di tapak kem Unit Mulu

4 leaders Unit Mulu Kontijen Malaysia Bergambar dengan Ben Thompson from WOSM

156

Stesen Bows, sayangnya tidak dapat ambil bahagian sebab tetiba hujan. Action Point – Gorila pun suka makan

Bendera semua negara yang menyertai 24th WSJ berkibaran di kiri kanan pentas utama di AT&T Summit Stadium

Melawat Booth Gilwell Park Logo 24th WSJ di SBR Minum petang bersama leader negara asing

Perubahan cuaca pada petang Majlis Penutup 24th WSJ dari cerah ke mendung, akhirnya hujan sekejab sebelum majlis bermula.

157

Bergambar di atas CONSOL Energy Bridge, Summit Bechtel Reserve, West Virginia.

158

BIBLIOGRAFI
Sejarah Hidup Lord Baden Powell. (2001). Kuala Lumpur:Buku Must Sdn. Bhd.
Adult Handbook. (2015). Jepun: 23rd WSJ
My Best Jamboree Experience Participant & Adult Guidebook. (2019). USA : 24th WSJ
23rd World Scout Jamboree Final Report .
https://www.scout.org/sites/default/files/library_files/23rd%20World%20Scout%20Jamboree%2
0Final%20Report.pdf
24th World Scout Jamboree. www.2019wsj.org
24th World Scout Jamboree Flickr. http://bit.ly/WSJ2019
Facebook 23rd WSJ. https://www.facebook.com/23WSJ2015/?epa=SEARCH_BOX

159

LAMPIRAN 1
CONTOH SARAPAN DALAM 2019 JAMBOREE COOKBOOK

160

CONTOH MAKAN TENGAH HARI DALAM 2019 JAMBOREE COOKBOOK
161

CONTOH MAKAN MALAM DALAM 2019 JAMBOREE COOKBOOK
162

163

** Contoh-contoh yang dilampirkan adalah sebahagian daripada maklumat yang dipetik dari
2019 Jamboree Cookbook.

164

SEKALUNG PENGHARGAAN
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
pihak Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Pulau Pinang kerana memberi peluang kepada
saya mengikuti CALT ke-36, terutamanya Tuan Haji Zulkafli bin Kamaruddin, Ketua
Pesuruhjaya Negeri Pulau Pinang dan Tuan Heng Soo Peng, Timbalan Ketua Pesuruhjaya
Negeri yang sentiasa memberi kepercayaan kepada saya.

Pada kesempatan ini ,saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada barisan jurulatih
CALT ke-36 dan pembimbing saya, Tuan Haji Faizal bin Abdul Hamid kerana telah
menyampaikan banyak ilmu kepengakapan kepada saya.

Terima kasih yang tidak terhingga juga saya ucapkan kepada Tuan Chew Ching Yee, Pengerusi
Pasukan Latihan Negeri Pulau Pinang kerana membantu saya dan senantiasa memberi prihatin,
galakan kepada saya sehinggalah tugasan saya ini disiapkan.

Akhir sekali, saya mengucapkan terima kasih kepada semua rakan pemimpin pengakap yang
telah membantu saya dan sentiasa memberikan semangat kepada saya. Dorongan dan galakan
kalian merupakan unsur utama bagi menyalakan semangat saya untuk teruskan tugasan ini
sehingga ke penghujungnya.

.

165


Click to View FlipBook Version