Suasana stesen Jota-joti di 24th WSJ selepas waktu aktiviti robotik
Photo Park di 23rd WSJ kemajuan teknologi dalam bidang pengangkutan
mengetahui kemajuan teknologi dalam bidang pengangkutan
96
6.2.1.4 Faith & Beliefs
Di bahagian Faith & Beliefs, peserta-peserta berpeluang meneroka kepercayaan mereka sendiri
malah dapat mengenali serba sedikit tentang amalan, kepercayaan dan cara berdoa agama-agama
utama di dunia. Sebanyak 13 booth agama disediakan di WSJ kali ke-23 di Kinrara-Hama, iaitu
Catholicism, Protestantism, Orthodox Christianity, Islam, Judaism, Buddhism, Sikhism, Latter-
day Saints, Won-Buddhism, Shinto, Konkokyo, Church of World Messianity dan Tenrikyo.
Program ini secara langsung dapat memupuk sikap hormat menghormati agama yang lain.
Zon faith and beliefs
Leader akan membantu peserta mendapatkan cap dan cenderahati selepas mengikuti aktiviti
dengan jayanya di Faith & Beliefs.
Aktiviti menjahit lencana pada kain segitiga dijalankan selepas mendengar cerita mengenai Buddha.
97
6.2.1.5 Aktiviti-aktiviti Adventure:
Saya lebih suka aktiviti-aktiviti yang disediakan oleh pihak penganjur 24th WSJ di Summit
Bechtel Reserve, banyak aktiviti adventure dijalankan, termasuk action point BMX, Action Point
Mountain Bike, Action Point Canopy Tour,Action Ponit Skating, Boulder Cove (Climbing), The
Rock (Climbing), Canopy Tours, Gateway & Legacy Zip Lines, The Big Zip, Kayaking, SCUBA,
Standup Paddleboarding, The Barrels (Shooting), The Bows(Archery), The Ropes(Challenge
Course), The Trax (BMX Biking), Water Reality, River Rafting dan sebagainya. Sebahagian
aktiviti dijalankan di kawasan tapak perkhemahan, dan sebahagian dijalankan di luar kawasan
tapak perkhemahan, tetapi tidak jauh dari tapak perkhemahan. Aktiviti-aktiviti yang disediakan
itu menarik dan pelbagai jenis, namun saya berasa sayang sekali kerana tidak dapat
menyertainya disebabkan terlalu ramai peserta. Leader tidak diberi peluang untuk mencuba dan
merasai keseronokan kebanyakan aktiviti tersebut.
Action Point BMX
Action Point BMX
98
Skating
Peserta ini berjaya melakukan aktiviti Boulder Cove (up & down) walaupun kakinya terseliuh.
Salah seorang peserta troop saya terseliuh kakinya dengan serius dan perlu bergantung pada
tongkat ketiak untuk berjalan, tetapi dia teringin sangat mengambil bahagian dalam aktiviti
Boulder Cove. Walaupun saya dan Troop leader yang lain melarangnya mengambil bahagian
dalam sebarang aktiviti, namun dia tetap ingin mencuba. Saya amat terkejut apabila petugas
aktiviti Boulder Cove membenarkannya mengambil bahagian, dengan syarat dia yakin diri
sendiri dapat melakukannya. Akhirnya dia berjaya melakukannya di bawah pemantauan seorang
petugas. Peserta ini berasa sangat puas hati dan gembira dengan kejayaannya.
99
Pengalaman ini memberi pengajaran baharu kepada saya. Saya rasa kita perlu memberi peluang
kepada peserta jika dia yakin dia boleh melakukannya walaupun dalam keadaan cedera, sebab
dia mungkin tidak akan berpeluang lagi untuk melakukan aktiviti ini pada masa hadapan. Di
samping itu, kita perlu yakin pada langkah-langkah keselamatan yang telah diambil dalam
pelaksanaan aktiviti tersebut. Jika peserta ini berada di negara kita, saya yakin dia tidak akan
mendapat peluang untuk mencuba aktiviti yang agak lasak ini dalam keadaan cedera.
The Canopy Tour
Peserta Troop saya enjoy the Canopy tour selepas beratur 3 jam untuk mengambil bahagian dalam aktiviti
yang memakan masa 80 minit ini.
Saya berasa kecewa kerana tidak berpeluang menyertai Canopy Tour ,keutamaan hanya diberi
kepada para peserta kerana sambutan yang hangat daripada mereka dan aktiviti ini mangambil
masa selama 80 minit untuk diselesaikan.
100
Setelah 90 minit menunggu, akhirnya dapat melihat peserta troop saya tiba di penamat The Summit Zip Lines
Terdapat 2 Gateway & Legacy Zip Lines dan The Big Zip di Summit Bectel Reserve. Peserta
troop saya hanya dapat menyertai Zip Lines, kerana The Big Zip yang panjang sebanyak 1km itu
memerlukan berat badan 68 kg.
Salah seorang peserta troop saya tidak sampai ke tempat penamat, petugas terpaksa menariknya.
101
6.2.2 Aktiviti-aktiviti off site di 24th WSJ
Aktiviti-aktiviti yang tidak dapat dijalankan di kawasan perkhemahan adalah disebabkan tiada
kemudahan yang berkaitan di situ, seperti aktiviti air yang melibatkan menyelam, kayak, belayar,
meluncur angin, snorkeling dan aktiviti air yang lain dijalankan di kolam renang dan di pantai
berhampiran, aktiviti memanah, aktiviti menembak dan aktiviti mesra alam semulajadi.
6.2.2.1 Mt. Jack
Aktiviti off site pertama patrol saya di 24th WSJ ialah menyertai aktiviti di Mt. Jack. Saya dan
ahli troop bertolak awal. Kami berjalan kaki selama satu jam untuk sampai ke puncak Mt. Jack.
Di sepanjang jalan, kami melalui satu kawasan tapak perkhemahan IST dan kali pertama saya
melihat papan tanda “scout crossing” dalam perjalanan ke puncak Mt. Jack..
Papan tanda “ Scout Crossing”
Pemandangan di puncak Mt. Jack amat cantik dan menenangkan hati. Aktiviti yang beraneka
jenis telah disediakan di situ. Malangnya saya tidak berpeluang mengikuti kesemua aktiviti
tersebut sebab salah seorang peserta patrol saya telah mengalami kecederaan kaki semasa
menjalankan aktiviti pertama, iaitu Spartan di situ. Kecederaannya agak serius sehingga dibawa
turun ke pusat kesihatan di kaki bukit Mt. Jack untuk mendapatkan rawatan. Saya hanya
mendapat info dan gambar aktiviti daripada ahli-ahli patrol yang sudi berkongsi pengalaman
mereka dengan saya.
102
Sumber foto : David Chiam
Peserta Troop saya bergambar bersama Lord Robert Baden-Powell sebelum aktiviti Spartan Race bermula
Sumber foto : David Chiam Sumber foto : David Chiam
Pameran dan cerita tentang pergerakan pengakap
pertama di Amerika Utara
Sumber foto : website Sumber foto : website
Tiada masa mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang diperbuat daripada buluh ini.
103
Pelbagai aktiviti di Mt.Jack
Sumber foto : website Sumber foto : website
meniti uji keseimbangan (balancing)
Sumber foto : website Sumber foto : website
Sumber foto : David Chiam
Melempar kapak pada tungkul kayu
104
6.2.2 .2 Aktiviti Menembak (Shooting Sport)
Kali pertama saya dapat melihat aktiviti-aktiviti yang tidak pernah wujud di mana-mana jambori
di Malaysia seperti aktiviti menembak dengan pistol dan senapang (Rifle shooting), Spatan, Zip
Line, canopy tour dan sebagainya di 24th WSJ. Saya berasa seronok kerana berpeluang menimba
pengalaman baru walaupun saya perlu membelanja wang yang banyak untuk menyertai Jambori
Pengakap Dunia.
Semua leader hanya berpeluang menyertai aktiviti menembak sahaja di 24th WSJ kerana
bilangan peserta yang ramai. Saya berasa bertuah dapat memegang pistol dan rifle yang sebenar.
Saya juga kagum dengan kawasan tembak yang luas, lengkap dengan stesen latihan yang banyak.
Beratur panjang demi menunggu giliran
untuk menjalankan aktiviti menembak.
Peserta wajib mengikuti taklimat sebelum mula menjalankan aktiviti menembak.
Kali pertama saya memegang pistol yang sebenar, rasa berat dan takut, namun saya berjaya menembak sasaran.
105
Stesen latihan senapang
Rifle, kena sasaran Aduhai, tidak berjaya menembak sasaran yang bergerak.
Pemantauan staff sebelum peserta melakukan tembakan.
106
6.2.3 Aktiviti-aktiviti off site 23rd WSJ di Jepun
Peserta-peserta perlu menaiki bas ke tempat aktiviti off-site kerana lokasinya jauh. Saya kagum
dengan pihak penganjur 23rd WSJ di Kinrara-hama kerana mereka telah menyediakan bas yang
secukupnya untuk membawa peserta ke lokasi aktiviti di luar kawasan perkhemahan tepat pada
masanya. Sekitar sub-camp mempunyai tempat letak bas yang luas, dapat menampung beratus-
ratus buah bas setiap hari. Peserta-peserta tidak perlu berjalan jauh untuk menaiki bas, malah
mereka menaiki bas yang sama pergi dan pulang dari tempat aktiviti off-site mengikut masa
yang ditetapkan. Nampaknya setiap bas telah ditugas khas untuk sekumpulan peserta dari troop
yang tertentu.
Terdapat 4 program off site disediakan oleh pihak penganjur jambori dunia di Jepun. Ia
termasuk program komuniti, program mesra alam semulajadi, program keamanan dan aktiviti air.
Untuk menyertai program off site, para peserta akan dibawa ke tempat program dengan bas di
bawah iringan IST bertugas. Sebanyak 100 buah bas persiaran disediakan untuk setiap satu
program off site. Bas bertolak dari tapak perkhemahan ke lokasi aktiviti off site pada awal pagi
setiap hari.
Bergambar dahulu sebelum bertolak ke lokasi Program Mesra Alam Semula Jadi
Menikmati pemandangan indah di sepanjang perjalanan ke lokasi aktiviti off site di Jepun
107
6.2.3.1 Program Mesra Alam Semula Jadi (Nature Module)
Di samping itu, kami juga mengikuti program mesra alam semula jadi yang disediakan oleh
pihak penganjur. Program yang memakan masa sehari suntuk ini diadakan di bandar Yamaguchi
yang berhampiran dengan gua Kirara-Hama. Ia merupakan satu usaha untuk memupuk
pemahaman yang lebih baik tentang alam sekitar dan membawa penghargaan kepada alam
sekitar.
Troop kami telah melawat ke Akiyoshi-dai dan Akiyoshi Cave. Akiyoshi-dai merupakan
platform lapisan batu kapur yang besar, tetapi kami tidak dapat menangkap gambar
pemandangan itu dengan jelas. Akiyoshi cave merupakan sebuah gua stalaktit yang cantik.
Penat menaiki ke cerun bukit demi menikmati pemandangan semula jadi yang indah itu.
Pemandangan Akiyoshi-dai yang diliputi lapisan batu kapur
108
Berehat dan makan tengahari di bawah pokok bersama peserta negara lain selepas melawat Akiyoshi-dai.
The Thousand Rice Fields
Keindahan dalam gua Akiyoshi dan di bahagian luar gua tersebut.
Selepas keluar dari gua Akiyoshi, kami menuju ke sebuah pekan kecil yang indah.
109
6.2.3.2 Program Keamanan (Peace Module)
Program keamanan merupakan lawatan ke Hiroshima Peace Memorial Park. Ia terletak kira-kira
dua jam perjalanan jauhnya dari tapak perkhemahan WSJ. Program keamanan ini memberi
peluang kepada para peserta mengetahui dan memahami peristiwa atau sejarah yang berlaku
pada 6 Ogos 1945. Kebanyakan peserta telah melipat kertas burung jenjang yang melambangkan
keamanan dan menggantungkan pada pondok origami cranes. Saya yakin para peserta telah
belajar dan memahami tentang kepentingan keamanan sedunia melalui aktiviti ini. Satu
perhimpunan kecil diadakan untuk para peserta mendengar memoir dan puisi daripada orang-
orang yang terselamat di Hiroshima pada 1945. Peserta-peserta melawat Muzium Memorial
Hiroshima dan mereka juga dijemput ke panggung untuk berkongsi pandangan mereka tentang
keamanan.
Pondok di sekeliling tugu peringatan -- “Children’s Peace Monument”di hias dengan lipatan kertas burung jenjang.
Bergambar di depan pondok origami cranes Bernyanyi bersama pelawat tempatan.
110
Peace Bell
A-Bomb Dome
Hiroshima Peace Memorial Museum (Main Building).
111
6.2.3.3 Program Komuniti (Community Module)
Program ini menyediakan aktiviti-aktiviti memperkenalkan budaya orang Jepun kepada peserta
Jambori Dunia. Peserta-peserta telah melawat ke sekolah tempatan dan belajar serta bermain
permainan tradisi orang Jepun dengan pelajar tempatan. Program ini bukan sahaja membolehkan
para peserta mengenali budaya orang Jepun, malah menggalakkan pertukaran budaya, dan
belajar menghormati budaya di kalangan peserta. Saya juga difahamkan bahawa murid-murid
sekolah yang terlibat akan belajar bahasa atau budaya negara yang akan disambut oleh mereka
terlebih dahulu. Saya berasa agak terperanjat apabila saya melihat murid-murid memegang kad
yang dituliskan dengan perkataan “SELAMAT DATANG” ketika kami tiba di sekolah itu.
Mereka juga sebut “selamat datang” ketika kami turun dari bas. Saya berasa terharu dan gembira
disambut dengan cara istimewa itu.
Murid-murid sekolah tempatan menyambut kehadiran kami dengan “Selamat Datang”.
112
Alat permainan tradisi
orang Jepun :
Daruma Otoshi
Kendama
Kaligrafi
Peserta patrol saya belajar bermain Daruma Otoshi. Belajar origami.
Belajar membuat kertas daripada kertas terpakai. Hasil saya menyertai program komuniti.
Selain daripada belajar budaya orang Jepun, kami juga berpeluang belajar cara membuat kertas
dengan bahan kitar semula. Hasil daripada program itu, saya dapati bahawa terdapat banyak
kesamaan antara budaya orang Jepun dengan orang Cina. Orang Jepun juga mempunyai
kaligrafi, origami, budaya minum teh seperti apa yang ada pada masyarakat Cina.
113
Pengangkutan di Jambori Pengakap Dunia ke-24 kurang memuaskan jika dibanding dengan
pengangkutan di 23rd WSJ, kerana bas untuk membawa peserta ke tempat aktiviti tidak
mencukupi Ini mungkin disebabkan keadaan landskap kawasan jambori yang berbukit-bukau,
tidak mempunyai tempat yang luas untuk letak bas. Kami terpaksa berjalan jauh ke perhentian
bas, terpaksa beratur panjang dan menunggu lama untuk sampai ke destinasi aktiviti. Peserta-
peserta yang kurang kesabaran sanggup berjalan kaki selama satu, dua jam ke tempat tujuan
mereka kerana kawasan off-site programme terletak di pinggir kawasan tapak perkhemahan.
Beratur panjang untuk menunggu bas ke tempat aktiviti off site di 24th WSJ. Menaiki bas sekolah ke tempat aktiviti
Menaiki bas persiaran ke tempat aktiviti, keadaan penuh sesak di dalam bas sekolah.
114
6.2.4 Aktiviti Masa Lapang
Pada masa lapang, para peserta boleh menjalankan aktiviti seperti membeli-belah di Scout Shop ,
mengunjungi food house dan merasai pelbagai jenis makanan tradisi dari pelbagai negara (bayar
diri sendiri), melawat ke World Scout Centre, bertukar lencana kontinjen dengan peserta negara
lain di mana-mana sahaja, peserta boleh juga kembali ke kawasan atau stesen aktiviti yang telah
lepas untuk mengambil bahagian dalam aktiviti yang tidak sempat disertainya, misalnya patrol
saya hanya melakukan 5 aktiviti di arena Science Park ketika kami ke situ mengikut jadual yang
ditetapkan, banyak aktiviti belum kami lakukan, jadi kami boleh ke Science Park sekali lagi
pada masa lapang dan mengambil bahagian dalam aktiviti yang belum sempat kami lakukan.
23rd WSJ 24th WSJ
Peserta-peserta jambori bertukaran lencana di tepi jalan atau mana sahaja pada waktu lapang.
24th WSJ
Peserta Malaysia bergambar bersama dengan peserta Korea selepas pertukaran lencana.
115
6.2.5 Aktiviti di World Scout Centre / World Point
Tempat yang saya paling suka kunjungi ialah World Scout Centre. Ia bukan sahaja tempat
Contingent Management Team berkumpul dan mempamerkan info mengenai kepengakapan
negara masing-masing. Ia juga merupakan tempat lawatan utama para pelawat dan para peserta
pada masa lapang untuk belajar sesuatu baru mengenai kepengakapan dan budaya negara lain.
Booth Pameran Kontinjen Malaysia
Pemandangan keseluruhan World Scout Centre di WSJ kali ke-23 di Kinrara-Hama, Jepun.
Booth Pameran Kontinjen Malaysia
116
Booth Kontinjen Malaysia di 24th WSJ. Pelawat dilayan dengan nasi lemak, teh tarik dan permainan congkak.
Puzzle bentuk cicak Booth Kontinjen Taiwan di 24th WSJ.
Peserta berpeluang melakukan aktiviti yang disediakan oleh kontinjen negara-negara lain.
117
Kraftangan –membuat patung dengan tali dan butang. Permainan tradisi masyarakat Korea.
Permainan Twister di booth Kontinjen Jerman.
Belajar menjadi cowboy Pelawat akan mendapat sebilah pisau kayu ini sebagai cenderamata
Pemandangan tempat pelancongan negara dijadikan background fotobooth. Bergambar dengan topi orang Maxico di booth Maxico.
118
Di samping mendapat maklumat dan ilmu baharu melalui bahan pameran di booth kontinjen,
peserta dan pelawat juga dapat mencuba pelbagai aktiviti atau permainan yang disediakan oleh
mereka. Kadang-kadang akan dapat peluang merasai makanan, minuman tradisi negara tersebut
malahan mendapat cenderahati seperti lencana, pisau kecil yang diperbuat daripada kayu, tali
yang dianyam diri sendiri dan sebagainya. Di arena World Scout Centre juga disediakan pentas
untuk persembahan tarian atau lakonan daripada kontinjen-kontinjen. Saya berasa untung dan
gembira sekali kerana dapat menyaksi persembahan tarian tradisi negara asing di hadapan mata
diri sendiri.
Persembahan tarian tradisi Mexico di 23rd WSJ Perembahan tarian tradisi di World Scout Centre 23rd WSJ
Persembahan tarian joget daripada kontinjen Malaysia di Peserta negara asing menari bersama peserta Malaysia.
arena persembahan World Point, 24th WSJ.
Peserta-peserta Maxico dengan kostum tarian mereka yang cantik di World Point, 24th WSJ
119
6.2.7 Hari Kebudayaan (Cultural Exchange Day)
Hari Kebudayaan merupakan satu aktiviti untuk para peserta mengenali dan memahami budaya
negara lain. Setiap kontinjen akan menyediakan makanan dan permainan tradisi negara masing-
masing untuk festival makanan pada hari kebudayaan. Peserta-peserta pula akan memakai
pakaian tradisional masing-masing dan menyambut kehadiran rakan-rakan dari negara asing.
Saya dapati kontinjen Malaysia merupakan salah satu kontinjen yang ambil serius terhadap hari
kebudayaan ini dengan membawa bahan makanan dari Malaysia, ada kontinjen tidak berbuat
demikian. Peserta-peserta kontinjen Malaysia bekerjasama memasak nasi lemak, menyediakan
roti jala dan teh tarik untuk melayan peserta-peserta negara asing. Selain daripada makanan dan
minuman, kami juga menyediakan permainan tradisi iaitu congkak dan bola sepak untuk
bermain bersama tetamu. Kami membawa gula-gula kelapa dan durian sebagai door gift kepada
para tetamu di 24th WSJ.
Peserta-peserta Malaysia menyediakan roti jala dan teh tarik.
Peserta-peserta troop kami akan dibahagikan kepada 2 kumpulan, satu kumpulan akan berada di
tapak kem sendiri untuk melayan tetamu, dan kumpulan kedua akan mengunjungi ke tapak kem
negara lain. Dua kumpulan ini akan bertukar giliran selepas satu jam supaya semua ahli troop
dapat peluang melawat ke tapak kem negara lain untuk merasai makanan mereka dan berkenalan
dengan kawan baru.
120
24th WSJ 24th WSJ
Peserta Malaysia menunjukkan cara menyediakan teh tarik dan memperkenalkan nasi lemak kepada tetamu di 24th WSJ.
24th WSJ 23rd WSJ
Suasana meriah dengan kunjungan tetamu ke tapak kem kontinjen Malaysia.
Saya dapati kontinjen Malaysia sangat berjaya dalam aktiviti ini. Ramai peserta malah leader
negara asing suka hadir ke tapak perkhemahan kita kerana kita melayan peserta negara asing
dengan makanan, minuman tradisi Malaysia. Mereka bukan sahaja dapat merasai nasi lemak,
roti jala dan teh tarik, mereka juga dapat melihat baju tradisi dan menyaksi tarian tradisi Melayu.
Saya sendiri melawat ke tapak kem negara lain, saya dapati banyak kontinjen tidak menyediakan
makanan tradisi mereka tetapi menyediakan makanan dengan bahan masakan yang dibekalkan
oleh pihak penganjur, misalnya kami dilayani dengan roti disapu jem buah-buahan, epal dan
susu sahaja, kononnya itu adalah sarapan masyarakat mereka. Peserta-peserta kontinjen itu juga
tidak memakai pakaian tradisi mereka. Ini mungkin disebabkan kesukaran mengangkut bahan
makanan dari negara mereka ke tapak kem atau mereka tidak mementingkan program ini.
121
24th WSJ 24th WSJ
Sarapan -- roti disapu dengan jam dan honey, makan bersama epal. Layanan mesra daripada tuan rumah.
24th WSJ 24th WSJ
Peserta Malaysia merasai makanan Mauritius Penggunaan Novus untuk merekod info kawan baru
Konsep Hari Kebudayaan ini sangat bagus dan bermakna sebab peserta-peserta Malaysia bukan
setakat berpeluang mengenali dan belajar budaya orang asing, malah ini adalah peluang untuk
mereka mempelajari cara memasak nasi lemak, roti jala dan menyediakan teh tarik. Sebelum ini,
hampir semua peserta kita pernah makanan makan makanan tersebut tetapi tidak pernah
menyediakan makanan itu. Secara langsung, ini juga memberi peluang kepada mereka
mengenali dan memahami secara mendalam tentang budaya negara sendiri.
23rd WSJ 23rd WSJ 23rd WSJ
Dari mula melayan beberapa orang tetamu sehinggalah tapak kem penuh dengan tetamu dan akhirnya menjadi kawan baru.
122
6.3 MAJLIS PEMBUKAAN & PENUTUPAN RASMI
Kali pertama saya mengikuti kontinjen Malaysia menghadiri Majlis Perasmian Pembukaan
Jambori Pengakap Dunia ke-23, Saya amat kagum dengan suasana meriah majlis dan
keghairahan para peserta pada ketika itu. Sebelum majlis pembukaan rasmi, Pasukan Aerobatik
Angkatan Pertahanan Udara Jepun (Japan Air Self-Defence Force’s Blue Impulse aerobatic
team) telah mempersembahkan pertunjukan demonstrasi penerbangan selamat datang di angkasa
tapak jambori, sebagai tanda bagi para peserta supaya bersedia untuk bergerak menuju ke arah
Arena majlis permbukaan jambori. Demonstrasi penerbangan itu amat menarik sekali. Ramai
orang telah tertarik dengan pertunjukan tersebut dan memberi sorakan kepada pasukan tersebut.
Pasukan Aerobatik Angkatan Pertahanan Udara Jepun
mempersembahkan pertunjukan demonstrasi penerbangan
selamat datang di angkasa tapak jambori
Saya sangat terkejut apabila melihat pengakap-pengakap negara asing yang teruja dalam
perjalanan ke arena pembukaan rasmi jambori itu. Mereka sambil berjalan sambil menyanyi dan
sambil menari, mereka juga sambil mengibarkan bendera negara masing-masing. Ramai peserta
sambil berjalan sambil bergambar dengan peserta negara asing dan merakamkan suasana
kegembiraan ini dengan video kamera. Saya dan ahli kontinjen Malaysia turut berjalan mengikut
123
mereka menuju ke arena majlis pembukaan rasmi dengan perasaan riang ria dan teruja. Kami
sampai awal di arena pembukaan rasmi. Kelihatan lautan manusia di hadapan saya, semuanya
bersorak dengan gembiranya. Walaupun semua peserta perlu menunggu lama, tetapi masing-
masing nampak penuh semangat dan gembira sekali.
Ahli-ahli unit Kinabalu,Kontinjen Malaysia bergambar dahulu sebelum bergerak ke tapak majlis pembukaan rasmi.
Persembahan tarian daripada Kontinjen Bangladesh para peserta berpusu-pusu menuju ke arena pembukaan
dalam perjalanan ke arena pembukaan rasmi. Rasmi
Saya pernah menghadiri konset penyanyi terkenal dan menghadiri Majlis Pembukaan Rasmi
Jambori Pengakap Malaysia, kesemuanya itu tidak setanding dengan suasana meriah Majlis
124
Perasmian Pembukaan dan Penutupa Jambori Pengakap Sedunia. Kemeriahan Majlis
Pembukaan dan Penutupan Jambori Pengakap Dunia bukan disebabkan bilangan penonton yang
ramai, malah persembahannya juga hebat sekali. Selain daripada ucapan VVIP, perarakan
masuk bendera negara-negara yang menyertai jambori, Penyerahan Bendera Pengakap Dunia
kepada tuan rumah jambori kali ini oleh tuan rumah yang lepas, persembahan alat muzik
tradisional Jepun, acara yang paling diminati ramai ialah persembahan Kumpulan Pop tempatan
serta penyanyi-penyanyi jemputan, dan pertunjukan laser (laser show). Saya yakin, para
penyanyi jemputan juga tidak akan lupa persembahannya pada malam itu dengan berpuluh-
puluh ribu penonton. Kemungkinan persembahan mereka itu merupakan konset yang paling
besar dan paling berjaya dalam riwayat hidup mereka sebagai penyanyi.
Sumber foto : Website
Arena penuh dengan pengakap dari seluruh dunia, Majlis Pembukaan Rasmi Jambori Pengakap Dunia ke-23
Sumber foto : Website
Arena penuh dengan pengakap dari seluruh dunia, Majlis Peutupan Rasmi Jambori Pengakap Dunia ke-23
125
City of Science
ARENA penuh dengan
peserta 23rd WSJ
VIP
pentas
Sumber foto : Website
Pemandangan Arena, tempat Majlis Pembukaan Rasmi Jambori Dunia ke-23 di Kinrara-Hama, Yamaguchi, Jepun.
.
Perarakan masuk bendera oleh wakil-wakil setiap kontinjen
KnotiejMalysbwdA&TtSamiuWklKnoetijMaysmbwdenrkpats.
126
Sumber foto : Website
Pemandangan waktu senja yang indah di padang AT & T Stadium Summit.
Walaupun penontonnya ramai dan kami duduk jauh dari pentas, namun kami masih dapat
menyaksikan persembahan dengan jelas melalui skrin besar di kedua-dua belah pentas dan skrin
besar di tengah-tengah tapak tempat perasmian pembukaan jambori.
Skrin besar di bahagian tengah sebelah kiri kanan padang besar tempat perasmian pembukaan 24th WSJ di Summit.
Sumber foto : Website Sumber foto : Website
Persembahan tarian novus yang menarik Pertunjukan laser di majlis penutupan 24th WSJ
127
AT & T Stadium Summit penuh dengan para peserta, IST dan leader.
Sumber foto : Website
Penyanyi-penyanyi berdiri di pentas ini dan membuat persembahan untuk 45 ribu penonton di At&T Stadium Summit.
Sumber foto : Website
Pemandangan keseluruhan tempat Majlis Pembukaan Rasmi Jambori Pengakap Dunia ke-24 di Summit Bechtel Reserve.
128
Konklusi pengalaman penyertaan aktiviti Jambori Pengakap Dunia:
1. Leader perlu merancang dan menyusun jadual aktiviti untuk ahli patrolnya sekiranya pihak
penganjur tidak mengaturkan jadual aktiviti untuk sub camp atau troop.
2. Cuba pilih dan menyertai aktiviti-aktiviti yang jarang diadakan atau tidak pernah dijalankan
di negara kita dahulu, seperti shooting sport, canopy tour, Big Zip, Mountain Bike, Scuba,
kayak, river rafting, Standup Paddle boarding, Water Reality, Boulder Cove, supaya
peserta-peserta kita berpeluang memperolehi pengalaman baru melalui penyertaan aktiviti
yang baru.
3. Sesi perjumpaan dengan ahli patrol harus diadakan setiap malam sebelum tidur. Leader
harus mengetahui masalah dan keadaan kesihatan pesertanya. Leader perlu berbincang
dengan ahli patrol tentang aktiviti yang akan diikuti pada keesokan hari supaya semua ahli
dapat bersedia dengan kelengkapan atau barang yang diperlukan sebelum tidur.
4. Sesi taklimat sesuatu aktiviti perlu dijalankan oleh pihak penganjur sebelum peserta
menjalankan aktiviti tersebut supaya para peserta dapat melakukan aktiviti mengikut cara
yang betul dan selamat. Langkah ini dapat mengurangakan risiko kecederaan semasa
melakukan aktiviti.
5. Leader perlu mengetahui budaya serta cara pihak penganjur melaksanakan aktiviti supaya
dapat mengambil tindakan awal untuk menjaga keselamatan para peserta troop diri sendiri.
Misalnya peserta yang cedera adalah ditegah mengikuti sebarang aktiviti lasak dan
merbahaya di negara kita, tetapi berlainan di negara barat. Peserta dibenarkan menjalankan
aktiviti jika peserta ingin dan boleh melakukannya walaupun dia cedera.
6. Leader harus dipertanggungjawabkan untuk menjaga anak murid diri sendiri supaya lebih
senang mengawal disiplin mereka, kerana leader lebih memahami perangainya dan peserta
juga lebih mematuhi arahan leadernya jika dibanding dengan leader yang tidak dikenalinya.
129
7.0 PENGALAMAN SPESIAL
Semasa menyertai 24th WSJ di Summit Bechtel Reserve, West Virginia, saya telah mendapat
pengalaman yang istimewa, iaitu pengalaman yang belum pernah saya alami semasa menyertai
23rd WSJ di Jepun. Apakah pengalaman yang spesial itu?
7.1 RAWATAN DI PUSAT PERUBATAN JAMBORI
Semasa saya merayau-rayau di tapak Jambori Pengakap Dunia ke-23 di Yamaguchi, Jepun pada
hari pertama kami tiba di situ, program jambori belum dimulakan, saya ternampak kereta
ambulans tentera dan khemah perubatan di sub camp berdekatan dengan mini market. Saya
tertarik dengan pemandangan pusat perubatan itu, ia macam kawasan tentera kerana khemah itu
khemah tentera dan kereta ambulans pun berlainan, iaitu ambulans tentera. Saya berdoa supaya
semua peserta kontinjen Malaysia sihat dan tidak perlu melawat ke situ. Bersyukurlah semua
ahli kontinjen kita sihat dan tiada orang yang dihantar ke khemah perubatan untuk mendapatkan
rawatan.
Pusat Perubatan di sub camp tapak Jambori Pengakap Dunia ke-23
Pusat Perubatan di sub camp tapak Jambori Pengakap Dunia ke-24
130
Semasa menyertai Jambori Pengakap Dunia ke-24 di Summit Bechtel Reserve. Saya telah dua
tiga kali melawat ke pusat perubatan jambori di situ. Beberapa orang peserta troop saya telah
terjatuh dari basikal semasa mengikuti aktiviti menaiki BMX pada hari pertama menyertai
aktiviti. Mujurlah mereka hanya luka pada permukaan kulit sahaja kecuali seorang peserta Pulau
Pinang yang agak serius, bahu dan belakang pinggangnya lebam, tetapi doktor mengesahkan
bahawa dia tidak mengalami patah tulang atau terseliuh walaupun lukanya nampak lebih serius
daripada peserta yang lain.
Pada hari ketiga, peserta Pulau Pinang itu sekali lagi mengalami kemalangan semasa
menjalankan aktiviti Spartan di Mt. Jack. Kecederaan di bahagian buku lalinya agak serius
sehingga dia tidak boleh berjalan dan dia menjerit kesakitan. Dia telah dihantar ke pusat
perubatan di situ dengan sebuah cart askar, setelah diperiksa oleh doktor di situ, kakinya dirawat
dengan ais, kemudian dibalutkan, dia juga diberi ubat tahan sakit. Namun begitu dia masih
dalam keadaan kesakitan, kakinya bengkak dan tidak boleh berjalan. Dia telah dikejar ke Pusat
Kesihatan Jambori di kaki bukit Mt. Jack dengan ambulans askar (humvee ambulance) untuk X-
ray. Selepas diperiksa oleh doktor, dia disahkan tidak retak atau patah tulang, kakinya terseliuh
dan perlukan masa untuk sembuh. Dia diberi nasihat supaya tidak menjalankan aktiviti yang
mencabar dan lasak.
Saya menemani peserta itu dari mula sehingga balik ke tapak perkhemahan. Walaupun saya
berasa agak kecewa kerana tidak dapat mengikuti aktivti-aktiviti yang lain di Mt. Jack,
terutamanya aktiviti-aktiviti itu nampak menarik sekali dengan gajet-gajet yang cantik, namun
saya telah mendapat satu pengalaman yang agak luar biasa bagi saya, kerana saya telah banyak
mengalami perkara-perkara buat kali pertama dalam sepanjang hayat saya. Kali pertama saya
menaiki sejenis kenderaan kecil --- cart askar, iaitu Gator Utility Vehicle di Jambori, kali
pertama bagi saya menguruskan masalah diri sendiri tanpa bantuan pemimpin yang lain,
131
tambahan pula saya perlu bertutur dalam bahasa Inggeris. Saya berasa kelam kabut kerana tahap
bahasa Inggeris saya teruk sekali. Mujurlah peserta yang cedera itu pandai bertutur dalam bahasa
Inggeris. Dia sendiri berkomunikasi dengan doktor dan dapat memahami pesanan doktor.
Ekoran daripada kecederaan peserta itu, saya berpeluang menaiki ambulans tentera dan kali
pertama saya berhadapan dengan tentera USA. Saya berasa diri sendiri amat “kecil” apabila
berdiri di hadapan mereka. Mereka kelihatan gagah perkasa dan Nampak “besar” dengan
ketinggian mereka, gayanya amat “man” dan memang memperlihatkan mereka adalah seorang
tentera. Kali pertama saya duduk di dalam ambulans tentera dan melihat diri sendiri keadaan dan
kemudahan dalam ambulans tentera yang berlainan dengan ambulans hospital, terdapat dua katil
yang disusun secara bertingkat di dalam ambulans itu. Saya juga berpeluang menyaksi tentera
USA melayan dan merawat peserta yang cedera, perkhidmatan mereka bagus
Pertama kali saya menaiki Cart askar Askar USA memapar peserta naik ambulans. P
ini.
Peserta dijaga oleh askar semasa dalam perjalanan ke Pusat
Kesihatan Jambori di kaki bukit Mt. Jack. 24th WSJ
132
Tiba di pusat kesihatan 24th WSJ. Dirawat oleh doktor Pulang ke tapak kem selepas rawatan
Pusat perubatan di tapak jambori bukan setakat ada pegawai perubatan dan doktor untuk
memeriksa serta merawat peserta yang cedera atau sakit, tetapi dilengkapi dengan katil dan
kemudahan X-ray, ultrasound, malah dilengkapi
dengan kemudahan menjalankan pembedahan
kecil. Doktor di situ juga nampak berbadan
besar tetapi mereka beramah-tamah dengan
peserta yang cedera.
Keadaan dalam Pusat Kesihatan Jambori di Summit
Bechtel Reserve .
Selain daripada mendapat rawatan secara percuma, peralatan sokongan seperti tongkat ketiak
dan sebagainya, juga diberi kepada peserta yang memerlukannya secara percuma dengan syarat
kembalikan peralatan tersebut selepas sembuh atau sebelum pulang ke negara masing-masing.
133
7.2 PERSEMBAHAN JAMBOREE BAND
Saya tidak pernah lihat Jamboree Band beraksi di tapak jambori semasa menyertai Jambori
Pengakap Dunia ke-23 di Jepun, kemungkinan besar tidak ada Jamboree Band pada masa itu.
Saya telah menyaksi Jamboree Band buat persembahan di kawasan cerun bukit di tapak Jambori
Pengakap Dunia ke-24. Kumpulan band itu terdiri daripada sekumpulan IST yang berminat dan
mahir dalam bidang muzik. Pelbagai alat muzik digunakan dan ramai IST terlibat dalam
persembahan itu. Walaupun tidak ramai orang berhenti untuk menonton persembahan mereka
kerana masing-masing sibuk menjalankan aktiviti, tetapi semua orang dapat menikmati lagu-
lagu yang dimainkan semasa melalui lokasi itu. Saya dan peserta troop saya singgah seketika
untuk menikmati lagu yang dimainkan oleh Jamboree Band sebagai sokongan padu kepada
mereka, di samping berehat seketika kerana cuaca panas pada petang itu.
Jamboee Band yang hebat
Bergambar untuk merekodkan kali pertama saya menyaksi persembahan pancaragam di Jambori Dunia.
134
7.3 TERJUMPA HAIWAN DI TAPAK JAMBORI
Summit Bechtel Reserve berada di tengah-tengah hutan. Kami diberitahu bahawa terdapat
haiwan-haiwan seperti beruang, kancil, rusa, tupai, rakun, burung merak di situ. The organisers
said: "Don't be surprised to see deers walking around... Or chipmunks & raccoons opening your
tents cause they smell food... And even black bears!" Dengan itu, semua peserta adalah diminta
menjaga kebersihan tapak perkhemahan dan dinasihatkan tidak meninggalkan makanan dalam
khemah, kerana bau makanan akan menarik kehadiran haiwan. Saya dapati tong sampah di
kawasan Summit Bechtel Reserve amat istimewa. Ia adalah tong besi yang direka khas untuk
mengelakkan haiwan membukanya. Saya tidak dapat membukanya jika tanpa gambarajah cara
membuka penutupnya.
Pembuka tong sampah yang spesial
Sebelum peserta daftar masuk ke tapak kem, ada IST telah ternampak beruang muncul di tapak
kem IST dan terjumpa kancil mencari makan di sekitar kawasan perkhemahan pada waktu pagi.
Ada juga IST ternampak burung merak di kawasan perkhemahan. Selepas semua peserta masuk
ke tapak jambori, haiwan-haiwan tersebut tidak lagi muncul di kawasan perkhemahan.
Sumber foto: internet Sumber foto: FB David Gray Sumber foto: FB David Gray
Beruang, kancil dan burung merak mencari makan di tapak perkhemahan pada waktu pagi.
135
Saya dan peserta patrol saya amat bertuah kerana telah terjumpa seekor ibu kancil membawa dua
ekor anak kancil melintas jalan semasa kami berjalan kaki pulang ke tapak perkhemahan dari
Stesen Bows. Pada masa itu hujan renyai-renyai dan kami terpaksa berjalan kaki pulang ke tapak
kem kerana tidak berjaya menaiki bas. Bas telah penuh dengan peserta dari Stesen Menembak
iaitu stesen bas yang pertama dan Stesen Bows adalah stesen ketiga laluan bas.Walaupun kami
berasa penat berjalan tetapi kepenatan itu hilang apabila melihat haiwan jinak tersebut. Ibu
kancil kelihatan was-was dan ketakutan apabila terdengar bunyi bising peserta-peserta yang
melalui tempat itu. Tiada peserta yang mengacau atau sengaja menakutkan kancil itu. Keadaan
ini menunjukkan peserta-peserta telah mengamalkan sikap menyayangi binatang dan mematuhi
Undang-undang Pengakap yang keenam.
Dalam perjalanan pulang ke tapak perkhemahan, kami telah ternampak 3 ekor kancil melintas jalan.
Ibu kancil bersama anak kancil melintas jalan lalu hilang dalam hutan.
136
8.0 PEMANDANGAN INDAH DI TAPAK JAMBORI DUNIA KE-23
Saya amat tertarik dengan pemandangan tapak perkhemahan yang indah di Jambori Pengakap
Dunia ke-23, Jepun. Pemandangan indah itu dihasil daripada khemah, pintu gerbang dan
bendera-bendera yang berkibaran di tapak jambori.
8.1 KHEMAH YANG BERANEKA JENIS
Salah satu pemandangan yang indah bagi saya ialah khemah yang pelbagai jenis bentuk. Di
negara kita, khemah yang banyak dan biasa digunakan dalam perkhemahan ialah dome tent atau
A tent. Selama ini saya tidak pernah melihat khemah lain bentuk selain daripada A tent dan dome
tent seperti gambar rajah di bawah ini.
Khemah Kontinjen Indonesia
Dome tent sebegini
merupakah khemah
yang biasa kita lihat
dan paling banyak
digunakan oleh ahli
pengakap di negara
kita.
Khemah Kontinjen Brazil
137
Dengan itu, saya berasa seronok melihat khemah yang berbagai bentuk dan saiz dengan mata
diri sendiri di Jambori Pengakap Dunia ke-23 di Jepun. Apabila melihat khemah orang lain yang
besar dan selesa, saya berasa kecil hati kerana khemah saya kecil dan perlu kongsi dengan rakan
se-troop.
Dome tent yang berwarna-warni seperti pelangi
Khemah warna kelabu hitam, kelihatan seperti “gua”, ia berpintu tetapi tidak bertingkap
138
Khemah Kontinjen Republik Czech macam sebuah rumah.
Khemah Kontinjen Jepun
Khemah berbentuk A dua lapis
139
Khemah Kontinjen Korea
Khemah ini kelihatan kukuh bertapak di situ
Khemah berbentuk kon
140
Khemah Kontinjen Norway
Khemah berbentuk separuh selinder
Khemah kontinjen ini beraneka jenis, khemah berbentuk kon dan dome tentnya berwarna-warni
Khemah ini agak panjang, boleh diibaratkan sebagai“rumah panjang”
141
Bentuk khemah yang spesial, seolah-olah “caterpillar”
Khemah Kontinjen Jerman, bentuknya macam “Mongolian yurts”
142
Khemah ini seakan-akan “Mongolian yurts”
Khemah ini besar, kelihatan macam pondok besar
Khemah ini nampak macam “white house” yang panjang
143
Khemah Kontinjen Malaysia
Khemah Urus setia Kontinjen Taiwan yang besar bagai “banglo” di tapak kemnya.
Khemah Kontinjen Taiwan
144
8.2 PINTU GERBANG YANG KREATIF
Setiap unit dibekalkan buluh untuk mendirikan tiang bendera dan membuat gajet yang
diperlukan seperti pintu gerbang, ampaian, rak kasut dan pagar. Dengan daya kreatif masing-
masing telah mewujudkan satu pemandangan yang spesial dan indah di tapak perkhemahan.
Pintu Gerbang Kontinjen Nepal Pintu Gerbang Kontinjen Taiwan
145