The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

e-book Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by noorhazwaothman, 2021-08-26 10:36:13

Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas copy

e-book Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas

Menyingkap Rahsia
Pelaburan Emas:

Teknik-Teknik Menjana Kekayaan
Dengan Emas DIBONGKARKAN
(versi 2015)

1

Sila download versi ebook buku ini (format pdf)

Untuk download versi ebook buku Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas, sila buat langkah-langkah
seperti berikut:
Sila ke website saya www.jutawanemas.com dan cari Membership Login
(dibawah 3 kotak iklan)

Atau taipkan terus (kat browser anda) http://jutawanemas.com/v1/wp-login.php

Masukkan info ini:

Username = ebookemas
Password = emas9999

Kemudian klik gambar buku tersebut untuk download ebook tersebut ke komputer anda.

Untuk membaca pdf ini, pastikan anda mempunyai perisian Adobe Acrobat Reader ataupun Foxit
reader.

Terima kasih dan selamat membaca.

p/s: Jika ada masalah sila sms Wahatsapp saya ye :)

Syukor Hashim
013-2126999

2

Pendahuluan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pertama sekali saya ingin rakamkan jutaan terima kasih
kepada anda yang membeli buku ini.

Untuk pengetahuan anda, buku ini dikemaskinikan
berdasarkan maklum balas daripada pembaca versi
sebelumnya. Ramai pembaca mahukan kupasan yang lebih
mendalam mengenai beberapa topik.

Antaranya ialah kemudahan Ar-Rahnu, zakat emas, teknik-
teknik melihat harga emas, tip mengelakkan daripada
terjebak ke dalam skim pelaburan emas dan banyak lagi.

Semua maklum balas ini membuatkan buku “Menyingkap
Rahsia Pelaburan Emas – teknik-teknik menjana
kekayaan dengan emas DIBONGKARKAN edisi 2015
kini lebih mendalam dan lebih mantap.

Terima kasih saya ucapkan kepada pembeli terdahulu di atas maklum balas mereka dan saya
ingin mengucapkan tahniah kepada mereka yang baru membeli buku ini.

Anda telah mengambil langkah yang bijak untuk menambahkan ilmu berkenaan pelaburan
emas.

Pelaburan terhadap ilmu merupakan jalan pertama ke arah kejayaan. Ini kerana sebelum anda
membeli emas sebagai aset anda perlu menjadikan minda anda sebagai aset.

Caranya? Dapatkan ilmu pengetahuan terlebih dahulu kemudian disusuli dengan tindakan.

Selepas membaca buku ini saya yakin anda akan memahami tentang pelaburan emas.

Kemudian anda perlu mengambil tindakan secepat mungkin.

Ini kerana:

ILMU + TINDAKAN = KEUNTUNGAN

Selain itu, saya meminta agar anda selalu melawat blog www.jutawanemas.com . Banyak
maklumat tambahan yang saya tulis di sana. Ini kerana ilmu emas ini adalah dinamik dan
sentiasa berubah daripada masa ke semasa.

Sangat seronok rasanya apabila dapat berkongsi ilmu dengan orang yang serius mahu belajar
tentang pelaburan emas.

Saya berharap agar ilmu yang anda peroleh di sini akan memberikan manfaat dan mampu
mengubah hidup anda.

Daripada penulis,

SYUKOR HASHIM
Admin Jutawanemas.com
e-mel: [email protected]
HP: 013-2126999

3

Hak cipta terpelihara.
Setiap bahagian daripada penerbitan ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk
pengeluaran atau dipindahkan ke dalam bentuk lain sama ada dengan cara elektronik, gambar,
rakaman dan sebagainya tanpa izin terlebih dahulu daripada penulis.

Had liabiliti.

Buku ini diterbitkan dengan sebaik mungkin bagi tujuan panduan dan pendidikan untuk
pembaca. Namun, segala maklumat dan strategi yang diceritakan di dalam buku ini mungkin
tidak sesuai bagi sesetengah individu. Penulis tidak memberi jaminan bahawa strategi yang
diceritakan di dalam buku ini akan memberikan hasil yang tertentu.
Segala nasihat, idea dan cadangan di dalam buku ini ditulis sebagai panduan umum dan anda
mungkin memerlukan khidmat nasihat daripada pakar yang profesional di dalam bidang
berkenaan untuk sesuatu keputusan yang bersifat khusus untuk diri anda.
Tiada jaminan (sama ada secara tersurat atau tersirat) diberikan oleh penulis terhadap
ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan maklumat yang terkandung di
dalam buku ini.
Penulis dan penerbit serta wakil-wakil mereka menafikan segala tanggungjawab atau liabiliti
terhadap segala kerugian, kerosakan atau risiko kepada individu atau mana-mana pihak yang
berlaku akibat penggunaan isi kandungan buku ini.

Amaran:

Buku ini adalah hak cipta terpelihara. Anda tidak boleh sama sekali mengubah, mengedarkan
atau menjual buku ini kepada pihak lain tanpa kebenaran bertulis daripada penulis.
Sebarang kegiatan yang menyalahi etika penerbitan boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Anda hendaklah melaporkan kepada penulis sekiranya anda menerima buku ini secara tidak sah.
Hubungi e-mel [email protected] atau SMS 013-2126999.
Tindakan anda amatlah dihargai bagi membanteras kegiatan-kegiatan yang tidak sah daripada
segi undang-undang dan agama.

Ditulis oleh: Syukor bin Hashim
Admin www.jutawanemas.com
e-mel: [email protected]

HP: 013-2126999

4

Isi kandungan:

Pendahuluan............................................................................................................m/s 3
Mengapakah anda perlu menyimpan emas?..................................................................m/s 7

- Emas ialah kekayaan yang sebenarnya ....................................................m/s 7
- Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang ...................m/s 11
- Bagaimanakah melihat rekod harga emas dunia? ………………………….…………….m/s 13
- Emas mengekalkan kuasa belinya di dalam jangka masa panjang ……………..m/s 15
- Nilai wang kertas jatuh di dalam jangka masa panjang ............................m/s 18
- Emas adalah aset yang sangat cair .......................................................m/s 20
- Emas tidak boleh dimanipulasikan..........................................................m/s 22
Bagaimanakah membuat pelaburan emas di Malaysia?.................................................m/s 38
- Pelaburan emas secara fizikal ...............................................................m/s 38
- Maybank – syiling Kijang Emas..............................................................m/s 39
- Emas fizikal UOB Bank ........................................................................m/s 43
- Pelaburan emas Kuwait Finance House Malaysia …………………….…………………..m/s 48
- Al-Rajhi Gold-I ……………………………………………………………………………………………….m/s 53
- Public Gold Marketing (Public Gold) ......................................................m/s 55
- Pelaburan emas melalui Dinar Emas ..................................................... m/s 85
- Dinar emas Public Gold ……………............................................................m/s 85
- Dinar Emas Kelantan .......................................................................... m/s 87
- Membeli jongkong emas di kedai emas ................................................. m/s 89
- Jongkong emas Poh Kong Bunga Raya, Wah Chan dan Tomei ...................m/s 91
- 3 kajian kes: Keburukan membeli jongkong emas di kedai emas .............m/s 93
- Pelaburan emas melalui barang kemas ……………………………………………………….. m/s 98

- Pelaburan emas melalui akaun simpanan emas .................................... m/s 106
- Public Bank GIA ................................................................................m/s 106
- Maybank Gold Investment Account (GIA)..............................................m/s 109
- Akaun Simpanan Emas CIMB Bank …………………………..…………………………………m/s 111
- Akaun Pelaburan Emas UOB Bank ...................................................... m/s 114
Faktor-faktor yang perlu diambil kira sebelum membeli emas ……………………………...........m/s 116
- Susutnilai ………................…………………………………..................................... m/s 116
- Harga emas per gram ........................................................................m/s 119
- Kesediaaan stok ……………………………………................................................m/s 121
- Adakah emas tersebut boleh di gadaikan di Ar-Rahnu?…………..…………………m/s 121
- Adakah emas tersebut boleh dijual semula jika dibuka plastik atau berlaku

kecacatan padanya? …………………… ...................................................... m/s 123
Harga emas di Malaysia dan dunia...........................................................................m/s 125

- Fakta: Emas bukan barang kawalan …………………………………………………….......m/s 125
- Bagaimana melihat harga emas spot gold? ...........................................m/s 125

5

- Mengira premium harga emas? ………………………………………………………………… m/s 126
- Kemahiran analisis teknikal harga emas ………………………………………………….. m/s 127
Anda dan Emas: Penyimpan, pelabur atau pedagang ……………………...............................m/s 129
- Penyimpan…………….. …………………….......................................................m/s 129
- Pelabur…………………………… ……………………………………………………… ……….….……..m/s 130
- Ilmu analisis teknikal …………………….......................................................m/s 131
- Ilmu analisis fundamental ……………………………………………………… ……….….……..m/s 133
- Pedagang …………………………………………………….……………………………………………...m/s 135
Bagaimanakah menjana keuntungan dengan pelaburan emas? ……………….....................m/s 139
- Siapkan minda anda terlebih dahulu.....................................................m/s 138
- Berapa lama anda nak simpan emas? ………………………………………………………..m/s 140
- Strategi membeli emas ………………………………………………………………………………. m/s 141
- Tindakan pertama: Beli emas dahulu, kemudian baru tunggu ……….….……..m/s 141
- Tindakan kedua: Beli emas secara konsisten……………………………………………...m/s 141
- Bagaimana kaedah pemurataan kos menguntungkan pelabur emas ……....m/s 141
- Tindakan ketiga: Tambahkan gram emas ketika harga emas jatuh ………. m/s 143
- Teknik 1: Beli emas fizikal dan pegang terus sebagai aset………………………..m/s 144
- Gadai emas di Ar-Rahnu. Untung atau tidak? ........................................m/s 146
- Teknik 2: Beli emas ketika harga rendah dan jual ketika harga tinggi…….. m/s 147
- Teknik 3: Buat pinjaman beli emas fizikal……………………………………………….....m/s 149
- Teknik 4: Menjana keuntungan dengan akaun simpanan emas ……………... m/s 153
- Teknik 5: Membuat keuntungan dengan emas fizikal (teknik pajak) ........ m/s 158
- Teknik 6: Melabur sambil berniaga emas ..............................................m/s 160
Ar-Rahnu (pajak gadai Islam) ………………………………………………….………………………………………. m/s 165
- Mempelajari selok belok Ar-Rahnu ………………………………….........................m/s 166
- Teknik overlap ……………………………………………………………………………………………. m/s 170
- Beberapa keistimewaan Ar-Rahnu …………………………………………………………….. m/s 171
Bacaan tambahan mengenai pelaburan emas............................................................m/s 171
- Membeli buku-buku pelaburan emas di www.amazon.com …………………….. m/s 172
Mengikuti perkembangan pasaran emas ……………………………………….………………………………… m/s 174
skim pelaburan emas............................................................................................m/s 177
- Pelaburan emas yang betul……………………………………………….........................m/s 184
- Skim pelaburan emas……………………………..………………………………………...………. m/s 184
- Skim cepat kaya yang menggunakan emas ………………………………….………….m/s 184
Zakat emas …………………..…………………………………………………………………………………………………….m/s 186
Menyimpan emas anda dengan selamat …………………………………………….…………………………….m/s 188
Kesimpulan ………………………………………………….…………………………………….…….……………..……….. m/s 192
Buku-buku siri pelaburan emas yang ditulis oleh saya ……………………………………………………. m/s 193

6

Mengapa anda perlu menyimpan emas?

Buku ini ditulis bagi membantu anda mengetahui selok belok dunia pelaburan emas.

Namun sebelum anda mengetahui BAGAIMANA membuat keuntungan dengan emas, penting
bagi anda mengetahui sebab MENGAPA anda perlu menyimpan emas.

Setelah mengetahui MENGAPA anda perlu menyimpan emas, seterusnya anda akan belajar cara-
cara membuat keuntungan daripada emas anda.

7 sebab kenapa anda perlu menyimpan emas.

1. Emas ialah kekayaan manusia yang sebenarnya.
2. Harga emas meningkat dalam jangka masa panjang.
3. Emas mengekalkan kuasa belinya di dalam jangka masa panjang
4. Nilai wang kertas semakin menurun di dalam jangka masa panjang.
5. Emas adalah aset yang sangat cair.
6. Emas tidak boleh dimanipulasikan oleh sesiapa pun.
7. Emas adalah magnet kekayaan.

1. Emas ialah kekayaan manusia yang sebenarnya.

Sejak manusia mengenali emas ia telah menjadi simbol
kekayaan, kekuasaan, kejayaan dan kecantikan.

Emas mendapat tempat di hati manusia kerana kecantikan
dan kesukaran mendapatkannya.

Emas bernilai tinggi kerana:

1. Rupanya yang cantik.
2. Ia tidak boleh dibinasakan.
3. Boleh dipotong kepada unit yang kecil tanpa

menjejaskan nilainya.
4. Ia sukar diperolehi.

Sejarah manusia dan emas.

Sejarah penggunaan emas sebagai wang boleh dilihat sejak
6000 tahun yang lalu.

Orang-orang Mesir telah menggunakan jongkong emas yang
di cop nama firaun Menes sebagai medium pertukaran.

6000 tahun yang lalu sesiapa yang memiliki banyak emas maka dia dianggap kaya dan
berkuasa. Jika seseorang manusia memiliki banyak emas sekarang, maka dia juga dianggap
kaya.

Sifat istimewa emas.

Emas tidak boleh dibinasakan. Ia tidak boleh terbakar, tidak reput, tidak busuk, tidak berkarat
dan sentiasa bersinar cantik. Ini membolehkan emas menjadi penyimpan nilai yang sebenar.

Sesuatu objek yang menjadi harta mestilah mempunyai sifat tidak boleh dibinasakan.

Sebab itulah makanan, haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak boleh menjadi penyimpan
kekayaan. Ini kerana di dalam jangka masa panjang kesemua benda tersebut akan binasa.

7

Emas pula bernilai dalam apa jua bentuk. Di dalam bentuk debu sekali pun emas tetap ada
harga. Sebab itulah emas merupakan kekayaan yang sebenarnya.

gambar: Di dalam bentuk debu sekalipun emas tetap berharga.
Tahukah anda. Jawapan kepada soalan “Kenapa manusia sukakan emas?” boleh
didapati di dalam Al-Quran?
Daripada zaman dahulu sehingga sekarang, kesukaan manusia kepada emas tidak pernah
terpadam. Dari mana datangnya kesukaan manusia kepada emas?
Soalan ini dijawab di dalam Al-Quran, Surah Ali Imran ayat 14.
Sesungguhnya, Allah telah menjadikan nafsu manusia tertarik kepada emas dan perak. Ini
adalah fitrah manusia. Ia tidak perlu diajar. Ia datang secara automatik.

“Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini
nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-
timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-
binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia.
Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)”

Surah Ali Imran ayat 14

8

Sejarah syiling emas pertama dunia – the Lydian Lion.
2600 tahun yang lalu Empayar Lydia (sekarang Turki) mengeluarkan syiling emas pertama
dunia, dipanggil The Lydian Lion. Syiling emas ini ditempa oleh raja Alyattes.
Sebelum Alyattes menjadi raja Lydia, sistem perdagangan ketika itu adalah berdasarkan sistem
barter (bertukar barangan). Ini adalah proses yang menyulitkan kerana orang ramai terpaksa
membawa barang-barang atau haiwan untuk ditukarkan kepada barang-barang lain.
Bagi memudahkan urusan perdagangan raja Alyattes memperkenalkan syiling emas yang
dipanggil The Lydian Lion.
Kewujudan syiling emas ini ternyata memudahkan urusan perdagangan dan telah menjadi
matawang utama pada masa itu.

Syiling emas pertama dunia: The Lydian Lion
Telah terbukti sejak ribuan tahun dahulu hati manusia sukakan emas. Manusia menjadikan
emas sebagai wang. Manusia meletakkan nilai yang tinggi terhadapnya.

Gambar: Empayar Lydia (600 BC)
9

Fakta menarik: Tahukah anda emas itu bernilai untuk selama-lamanya?
Tahukah anda emas bernilai di dunia dan di akhirat? Lihat surah Al-Hajj ayat 23.

“Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam
Syurga yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka dihiaskan di situ dengan gelang-
gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ dari sutera” (Surah Al-Hajj ayat 23)
Ayat ini menerangkan bahawa Allah SWT akan memberikan penduduk syurga gelang-gelang
yang diperbuat daripada emas dan mutiara sebagai perhiasan penghuni syurga.
Ini membuktikan kepada kita bahawa emas bukan sekadar bernilai di dunia, malah ia tetap
bernilai di akhirat.
Itulah kehebatan emas.

Gambar hiasan: Gelang-gelang emas adalah hadiah kepada penduduk syurga.

10

2. Harga emas meningkat dalam jangka masa panjang.

Menyimpan emas menguntungkan di dalam jangka masa panjang. Untuk pengetahuan anda
trend peningkatan harga emas bermula sejak tahun 2000.
Mari kita lihat graf harga emas untuk 15 tahun daripada tahun 1999 sehingga 2014.
Daripada graf harga emas di bawah, sejak 15 tahun yang lalu harga emas telah meningkat
daripada 252 USD/Oz kepada USD1293 USD/Oz.
Ini merupakan kenaikan 413% di dalam masa 15 tahun (bersamaan purata 27.53% setahun!)

Gambar: Graf kenaikan harga emas 15 tahun (1999-2014)
Prestasi harga emas dalam 5 tahun (2009 – 2014)
Harga emas sepanjang 5 tahun (2009-2014) mencatatkan kenaikan daripada 900 USD/Oz
kepada 1300 USD/ Oz.
Walaupun terdapat penurunan pada tahun 2011 sehingga tahun 2014, harga emas mencatat
peningkatan sebanyak 44%, bersamaan kenaikan purata 8.8% setahun.

11

KAJIAN KES: KENAIKAN HARGA SYILING KIJANG EMAS MALAYSIA:

Kijang Emas syiling emas yang boleh dibeli di Malaysia. Ia dikeluarkan oleh Royal Mint of
Malaysia dan diedarkan oleh Maybank.

Kijang Emas dilancarkan pada 17 Julai 2001 oleh mantan Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun
Dr Mahathir Mohamad.

Harga 1 Oz syiling Kijang Emas pada hari pelancarannya, 18 Julai 2001 ialah RM1149.00.

Pada 18 Julai 2014 harganya adalah RM4,477.00

Ini adalah kenaikan 289.64% dalam masa 13 tahun (purata kenaikan 22.28% setahun)

Ringkasan kenaikan harga syiling Kijang Emas 1 Oz selama 13 tahun:

Tarikh Harga Jualan
18/7/2001 RM1,149.00
18/7/2002 RM1,279.00
18/7/2003 RM1,388.00
19/7/2004 RM1,642.00
18/7/2005 RM1,699.00
18/7/2006 RM2,526.00
18/7/2007 RM2,425.00
18/7/2008 RM3,268.00
17/7/2009 RM3,531.00
19/7/2010 RM4,086.00
18/7/2011 RM5,103.00
18/7/2012 RM5,315.00
18/7/2013 RM4,324.00
18/7/2014 RM4,477.00

Sumber : Bank Negara Malaysia
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=statistic&pg=statistic_kijangemas

12

2.1 Bagaimanakah melihat rekod harga emas dunia?

Untuk memantau sejarah harga emas dan harga emas semasa, saya cadangkan anda melihat
mana-mana satu daripada 3 laman web ini:

1. www.goldprice.org
2. www.lbma.org.uk
3. www.kitco.com
www.goldprice.org
Sejarah harga emas bagi tempoh 3 hari ke belakang sehingga 36 tahun lepas boleh dilihat di
http://goldprice.org/gold-price-history.html

Website www.goldprice.org
www.lbma.org.uk
Selain Goldprice.org, anda boleh melihat rekod harga emas dunia di laman web London Bullion
market Association (LBMA) http://www.lbma.org.uk/pricing-and-statistics

Gambar: Laman web London Bullion Market Association (LBMA)
13

Gambar: Sejarah harga emas di www.lbma.org.uk
London Bullion Market merujuk kepada pasaran emas dan perak secara urus niaga di kaunter
dagangan emas terbesar dunia di London.
Ahli-ahli LBMA terdiri dari bank-bank antarabangsa, peniaga jongkong dan juga kilang-kilang
penulenan logam berharga.
www.kitco.com
Selain daripada laman web LBMA, anda boleh melihat rekod harga emas melalui laman web
Kitco (www.kitco.com). Anda boleh ke Kitco CHARTS & DATA (http://www.kitco.com/charts/)
Anda boleh melihat rekod harga emas semasa, sebulan, 2 bulan, 6 bulan, setahun, 5 tahun dan
juga 10 tahun. Laman web Kitco menawarkan maklumat terkini tentang emas dan perak.

14

3. Emas mengekalkan kuasa belinya di dalam jangka masa panjang.

Salah satu sebab kenapa anda perlu memiliki emas ialah kerana keupayannya mengekalkan
kuasa belinya di dalam jangka masa panjang.

Apa yang boleh dibeli oleh emas ratusan tahun yang lalu malah ribuan tahun dahulu tetap boleh
dibeli dengan berat emas yang sama pada hari ini.

Perkara ini dijelaskan di dalam buku “The Golden
Constant – The English and American Experience
1560-2007″ oleh Prof. Roy W. Jastram dari Sekolah
Pengurusan Perniagaan University of California.

Anda boleh mendapatkan buku ini di www.amazon.com

Di dalam buku ini Prof. Jastram cuba menjawab satu
persoalan:

“Adakah nilai wang pada masa lampau adalah lebih
tinggi berbanding sekarang?”

Di dalam kes ini, wang yang dimaksudkan adalah emas.

Kajian ini adalah berdasarkan data daripada tahun 1560 –
2007. Prof. Jastram telah mengumpulkan data indeks
harga barangan di England dan Amerika serta harga emas
semasa.

Daripada hasil kajian terhadap kuasa beli emas dan indeks komoditi, Prof. Jastram telah
membuat rumusan berikut:

“Kami mendapati kuasa beli emas pada pertengahan abad ke 20 adalah hampir sama
dengan kuasa belinya pada pertengahan abad ke 17″

Hasil analisis data 447 tahun di atas akan menguntungkan anda sekiranya anda menyimpan
emas.

Kuasa membeli emas adalah sangat stabil. Apa yang emas boleh beli pada masa sekarang tetap
boleh dibeli beberapa ratus tahun malah ribuan tahun daripada sekarang.

Kajian kes: Kuasa beli 1 dinar 1400 tahun yang lalu dan sekarang.

Nilai emas yang stabil boleh dilihat melalui kuasa beli 1
dinar emas 1400 tahun yang lalu berbanding hari ini.

Ketika zaman Rasulullah SAW 1400 tahun yang lalu, harga
seekor kambing ialah 1 dinar emas.

(dinar merujuk kepada syiling emas seberat 4.25 gram
dengan ketulenan 916 (22 karat)

Perkara ini ada diceritakan di dalam hadis Rasulullah SAW.

15

Dilaporkan oleh Ahmad dalam Musnadnya, daripada Urwah yang bermaksud:
“(Pada suatu hari) Rasulullah s.a.w menemui sekumpulan binatang ternakan yang hendak
dijual. Lalu Rasulullah s.a.w memberi kepada ku satu dinar dan berkata: “Wahai Urwah, pergi
kepada lelaki tersebut dan belikan untuk ku seekor kambing.” Aku pun pergi menemui lelaki
tersebut dan melakukan tawar menawar sehingga aku dapat membeli dua ekor kambing dengan
harga satu dinar.
Kemudian aku membawa kedua-dua ekor kambing tersebut. Di perjalanan, seorang lelaki
menemui aku dan ingin membeli salah seekor kambing daripada ku. Lalu aku menjualnya
dengan harga satu dinar. Kemudian aku berjumpa Rasulullah s.a.w dengan membawa seekor
kambing dan satu dinar lalu aku berkata: “Wahai Rasulullah, inilah dinar dan kambing milik mu.”
Rasulullah bertanya: Bagaimanakah kamu melakukannya? Aku pun menceritakan kepada
Baginda apa yang telah aku lakukan lalu Baginda berkata: “Ya Allah, berkatilah perniagaannya.”
Setelah 1400 tahun berlalu. Boleh tak anda membeli seekor kambing dengan harga 1 dinar?
Jawapannya.. ya, tetap boleh!
Ada penternak-penternak kambing di seluruh Malaysia yang menerima dinar untuk ditukarkan
dengan seekor kambing.
Salah seorang penternak kambing di Selangor, En. Abdullah Ismail menawarkan anda untuk
membeli seekor kambing dengan harga 1 dinar emas.

Dengan 1 dinar anda boleh membeli anda boleh membeli seekor kambing baka farel berusia 2
tahun dengan berat lingkungan 30-35 kilogram. Kambing farel sesuai untuk akikah, korban,
majlis kenduri, buat kambing golek.
Jika anda perlukan khidmat sembelih dan lapah, maka terdapat tambahan bayaran sebanyak 3
dirham (dirham merujuk kepada syiling perak seberat 3 gram dengan ketulenan 999).

16

Gambar: Kambing ini harganya 1 dinar emas.

Jika anda berminat membeli kambing dengan harga 1 dinar sila telefon atau SMS En. Abdullah
di talian 012-3921139.
Alamat ladang adalah seperti berikut:
Green Acres Farm Sdn Bhd.
Lot 7735 Batu 27 Jalan Salak
Kampung Jenderam Hulu
43800 Dengkil
Selangor.

Nota penulis: Untuk pengetahuan anda, terdapat ramai lagi penternak kambing di
seluruh Malaysia yang menerima dinar sebagai bayaran membeli kambing, antaranya
di Perak, Selangor, Johor, Kelantan dan Terengganu.

Kesimpulan.
Daripada topik di atas kita dapat lihat bahawa simpanan emas menguntungkan anda.
Ini kerana harganya sentiasa meningkat di dalam jangka masa panjang.
Selain menjadikan emas sebagai pelaburan, ia boleh menjadi simpanan yang menguntungkan.
Ini kerana emas berupaya mengekalkan kuasa belinya walaupun disimpan beratus malah ribuan
tahun.
Dengan kata lain, emas mempunyai reputasi sebagai penyimpan nilai yang sangat hebat.
Inflasi untuk emas adalah 0% !!!

17

4. Nilai wang kertas jatuh di dalam jangka masa panjang

Jika nilai emas naik dalam jangka masa panjang, lain pula ceritanya dengan wang kertas.
Di dalam jangka masa panjang nilai wang kertas semakin merosot. Kuasa beli wang kertas 10
tahun dahulu tidak sama dengan kuasa beli wang kertas sekarang.
Anda akan mendapati kuasa beli wang kertas semakin mengecil akibat inflasi.
Sebagai contoh, pada tahun 1970-an, kebanyakan pelajar sekolah rendah membawa wang
belanja antara 20 sen ke-30 sen sahaja.
Wang tersebut cukup untuk membeli nasi dan air minuman.

Bagaimanakah dengan sekarang?

Gambar: Berapa wang saku pelajar sekolah rendah sekarang?
Rata-rata ibu-bapa yang saya tanya memberitahu bahawa mereka memberikan wang poket
antara RM2 – RM5 sehari kepada anak-anak mereka.
Dengan kata lain ibu-bapa zaman sekarang terpaksa membayar 10 kali ganda atau lebih untuk
membeli barang yang sama. Ini jelas menunjukkan kuasa beli wang kertas merosot di dalam
jangka masa yang panjang.

18

Untuk melihat sejauh mana kuasa beli wang kertas menurun, kita boleh membandingkan di
antara harga emas dengan mata wang utama dunia iaitu US Dolar.
Jika kita buat graf perbandingan di antara nilai emas dan nilai wang kertas (dalam kes ini USD)
maka kita dapat melihat kuasa beli 1USD telah merosot sebanyak 80% dari tahun 1971 – 2006.

Gambar: Kuasa beli 1 USD menyusut lebih 80% dari tempoh 1971 – 2007
(sumber www.dollardaze.org)

Jadi, apabila kita letakkan graf kenaikan harga emas dan graf penurunan kuasa beli wang kertas
maka kita akan mendapat graf seperti di bawah:

Gambar: Nilai emas VS US Dollar Index
Di dalam jangka masa panjang nilai wang kertas akan jatuh manakala nilai emas akan
meningkat. Sebagai pembaca yang bijak, anda perlu menyimpan emas.

19

5. Emas adalah aset yang sangat cair.

Emas merupakan aset yang paling mudah ditukarkan kepada tunai.
Anda boleh menukarkan emas anda kepada pinjaman tunai dengan menggunakan kemudahan
pajak gadai Islam Ar-Rahnu.
Terdapat banyak institusi Arrahnu di Malaysia yang menyediakan kemudahan gadaian emas
contohnya Ar-Rahnu POS, Ar-Rahnu Bank Rakyat, Ar-Rahnu Yapeim, Ar-Rahnu Agrobank, Ar-
Rahnu Koperasi Tentera, Ar-Rahn Permodalan Kelantan Berhad dan lain-lain.
Anda tidak perlu menjual emas anda jika ingin mendapatkan tunai sementara. Kemudahan Ar-
Rahnu adalah jawapannya!

Institusi Ar-Rahnu boleh memberikan pinjaman antara 65% sehingga 70% daripada nilai emas
anda. Nilai pinjaman ini pula dikira berdasarkan kepada harga emas semasa.
Apabila harga emas semakin meningkat, maka nilai pinjaman yang anda akan terima menjadi
semakin meningkat.
Kombinasi emas dan Ar-Rahnu sangat membantu peniaga-peniaga yang memerlukan pusingan
modal. Mereka tidak perlu membuat pinjaman bank. Mereka boleh menggunakan emas yang
disimpan sebagai cagaran pinjaman di Ar-Rahnu.
Menyimpan emas memang menguntungkan.

20

Kajian kes: Pelarian Perang Vietnam (1955-1975)

Salah satu contoh terbaik bagaimana emas boleh membantu seseorang memulakan
kehidupan boleh dilihat ketika berlaku peperangan di Vietnam. Ketika perang Vietnam sekitar
1970-an, beribu-ribu orang pelarian daripada Vietnam Selatan telah lari meninggalkan
kampung halaman mereka.
Mereka menjual seluruh harga benda seperti rumah, tanah, kebun dan ternakan mereka.
Kesemua ini ditukarkan ke dalam bentuk emas sebelum melarikan diri.
Mereka sedar bahawa emas diterima di seluruh dunia. Dengan menyimpan emas, pelarian
Vietnam ini boleh memulakan hidup baru mereka dengan mudah di negara persinggahan
mereka.
Bayangkan jika mereka membawa wang kertas Vietnam Selatan? Apa yang akan berlaku?
Sudah pasti mereka tidak dapat menukarnya kerana wang kertas Vietnam Selatan tidak laku.
Oleh sebab itu anda perlu menyimpan emas. Ia bernilai di mana sahaja. Ia boleh dicairkan
dengan mudah.

Gambar: Pelarian Vietnam yang melarikan diri melalui bot

Gambar: Emas Kim-Thanh- antara yang dibawa pelarian Vietnam

21

6. Emas tidak boleh dimanipulasikan.

Kuantiti emas tidak boleh dimanipulasikan oleh mana-mana kerajaan. Emas perlu dicari,
dilombong, ditulenkan dan dibentuk. Ianya proses yang sukar dan memakan masa dan tenaga.

Ini berbeza sekali dengan wang kertas @ wang fiat (fiat merujuk kepada wang yang tidak
bersandarkan benda berharga seperti emas dan perak).

Wang fiat boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah yang tidak bertanggungjawab. Apabila
jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilai wang kertas akan merosot.

Apabila nilai wang kertas merosot terlalu banyak, ia akan mengakibatkan hyperinflasi dan
akhirnya wang kertas tersebut akan terus ditolak oleh rakyat.

Penggunaan wang fiat membolehkan kerajaan menguasai kekayaan negara dan
memanipulasikan kekayaan negara. Ini kerana kerajaan boleh menggunakan akta-akta bagi
mengiktiraf kertas/syiling sebagai wang yang sah. Kerajaan juga boleh menarik balik
pengiktirafan tersebut sehingga menyebabkan wang tersebut tidak diterima sebagai wang yang
sah.

Emas pula sentiasa bernilai. Tidak ada kerajaan yang boleh mencetak emas.

Gambar: Syiling RM1. Dulu bernilai sekarang tidak lagi.

Sejarah kegagalan wang kertas /fiat

Terdapat banyak bukti kegagalan wang kertas di dalam sejarah tamadun manusia. Sebabnya
mudah sahaja. Kerajaan negara tersebut mencetak duit terlalu banyak sehinggakan ia menjadi
tidak bernilai.

Di antara kisah kegagalan wang kertas yang pernah berlaku di dalam sejarah ialah:

1. Kerajaan Perancis –tahun 1715
2. Republik Weimer Jerman - 1922-1923
3. Hungary 1945-1946
4. Chile 1971-1981
5. Peru 1988-1991
6. Angola 1991 – 1999
7. Yugoslavia 1992-1995
8. Belarus 1994-2002
9. Kerajaan Mexico – pada tahun 1994
10. Kerajaan Argentina – pada tahun 2001
11. Zimbabwe 2000 sehingga sekarang.

Anda boleh membaca sebahagian daripada kisah kegagalan yang kertas di dalam web berikut:
http://www.investopedia.com/slide-show/5-failed-currencies-why-they-crashed/

22

6.1 Kajian kes: Hyperinflasi di Zimbabwe.
Zimbabwe merupakan sebuah negara di benua Afrika. Ia berjiran dengan Afrika Selatan,
Botswana, Mozambique dan Zambia. Ia merupakan negara abad ke-21 yang dirundung masalah
hyperinflasi.

Gambar: Peta Zimbabwe dan Presiden Robert Mugabe
Ia disebabkan tindakan kerajaan mereka di bawah pemerintahan presiden Robert Mugabe yang
bertindak mencetak wang yang terlalu banyak dan tidak seiring dengan perkembangan di dalam
pengeluaran barang-barang dan perkhidmatan.
Akibatnya ialah hyperinflasi. Kadar inflasi di Zimbabwe telah dilaporkan menjangkau sehingga
5,000,000,000,000,000,000,000%!

Gambar: Zimbabwe Dollar tidak bernilai. Cuma nombor sahaja yang banyak.
23

Gambar: Inflasi sehingga 5,000,000,000,000,000,000,000%!
Di Zimbabwe sesiapa yang menyimpan wang kertas akan mendapati nilai wang yang disimpan
mereka akan lesap begitu sahaja. Ini kerana wang kertas dicetak dengan berleluasa.
Kerajaan Zimbabwe boleh mencetak sekeping wang kertas dengan nilai menjangkau 100 trilion
Zimbabwe Dollar. Mungkin ia nampak lucu bagi kita di Malaysia, tetapi itulah yang telah berlaku
di sana. Wang kertas boleh dimanipulasikan sehingga menjadi tidak bernilai.

gambar: Wang kertas 100 trilion Zimbabwe Dollar!

24

6.2 Kajian kes: Hyperinflasi di Malaysia (1942-1945)
Kita telah melihat apa yang sedang berlaku di Zimbabwe sekarang. Soalannya adakah
hyperinflasi pernah berlaku di Malaysia?
Jawapannya ialah ya. Malaysia sendiri pernah mengalami situasi hyperinflasi ketika zaman
penjajahan Jepun.
Selepas kejatuhan Singapura pada 15 Februari 1942 pihak Jepun telah mereka cipta nota bank
yang baru bagi menggantikan wang British Malayan Dollar. Kesemua nota ini ditukar di dalam
nisbah 1:1 dengan nota wang Jepun.
Pada tahun 1942 Jepun mengeluarkan wang kertas 1 sen, 5 sen, 10 sen dan 50 sen, 1 dollar, 5
dollar dan 10 dollar. Kemudian penggunaan wang Jepun ini dikuatkuasakan. Sesiapa yang tidak
mematuhi arahan menggunakan wang Jepun akan dikenakan hukuman yang berat.

Gambar: Mula-mula duit Jepun dicetak di dalam nilai yang kecil.

25

Namun, malang bagi warga Tanah Melayu. Tentera Jepun telah mencetak wang dengan
sewenang-wenangnya bagi membeli barangan keperluan tentera mereka. Contoh yang paling
popular ialah duit 10 dollar pokok pisang (gambar di atas). Duit ini dicetak terlalu banyak
sehingga menyebabkan hyperinflasi.
Kemudian tentera Jepun bertindak mencetak wang kertas 100 dollar.

Seterusnya pada tahun 1945 pihak Jepun telah mengeluarkan wang kertas 1000 dollar pula.
Bagi pihak Jepun, mereka boleh membeli apa sahaja barangan yang mereka mahu. Mereka
cuma perlu mencetak wang.

26

Akibatnya wang Jepun tidak laku. Harga makanan dan lain-lain meningkat secara mendadak.
Rakyat Tanah Melayu berada di dalam kesusahan. Waktu itu ramai rakyat Tanah Melayu yang
makan ubi kayu sahaja.
Namun, pada waktu-waktu akhir peperangan kapal terbang British telah menabur wang kertas
propaganda Jepun dengan kata-kata

“WANG JEPUN AKAN MATI BERSAMA2 JEPUN”

Gambar: Wang propaganda Jepun yang dicetak oleh pihak British.
Ini bagi memberitahu rakyat Tanah Melayu bahawa wang Jepun tidak akan laku lagi apabila
Jepun kalah di dalam peperangan.
Memang betul. Sebaik sahaja Jepun menyerah kalah dan meninggalkan Tanah Melayu wang
Jepun menjadi tidak bernilai. Ia hanyalah kertas.

6.3 Emas tidak pernah gagal sebagai wang.

Sejarah tamadun manusia membuktikan bahawa kesemua tamadun hebat dunia seperti Greek,
Rom, Parsi menggunakan emas dan perak sebagai mata wang mereka.
Tidak pernah berlaku kegagalan emas dan perak sebagai wang. Malah emas dan perak adalah
satu-satunya wang yang terbaik dan boleh dipercayai.

Jika anda berkesempatan, sila lawati website http://ancientgoldcoins.com/.

Anda boleh melihat wang-wang emas dan perak yang digunakan oleh tamadun-tamadun
terkemuka dunia ini.

27

7. Emas adalah magnet kekayaan.

Anda ingin tahu rahsia membina kekayaan? Mudah sahaja jawapannya.

Anda perlu pastikan wang yang masuk ke dalam kocek anda lebih besar dari wang yang keluar.

Jika:

Wang masuk > Wang keluar = Anda semakin kaya
Wang masuk < Wang keluar = Anda semakin miskin

Ramai orang mahu menjadi cepat kaya dengan cara mencari pelaburan yang memberikan
untung yang banyak dan cepat. Atau pun mencari peluang perniagaan yang boleh memberikan
untung yang banyak dan cepat.

Manusia suka kepada kekayaan yang banyak dan cepat. Namun mereka terlupa bahawa untuk
bertambah kaya, mereka bukan hanya fokuskan kepada mendapat untung yang banyak, tetapi
dalam masa yang sama mesti mengelakkan kebocoran wang yang sedia ada di dalam tangan.

Anda akan miskin jika wang anda mudah bocor.

Apakah sebab utama anda boleh kebocoran wang?

Berdasarkan kajian saya, terdapat 3 punca utama kebocoran wang.

1. Seronok berbelanja setiap kali dapat wang
2. Tersalah melabur di dalam skim cepat kaya.
3. Orang pinjam wang anda tapi tak bayar.

1. Seronok berbelanja setiap kali dapat wang.

Bila dapat gaji, fitrah manusia akan fikir nak bayar hutang
dan belanja. Atau, nak belanja dulu, kemudian bayar
hutang.

Kalau ada lebihan barulah nak simpan.

Macammana anda nak bina kekayaan kalau anda belanja
duit dulu, lepas itu kalau ada lebihan baru simpan?

Kalau anda nak bina kekayaan, simpan wang dulu, lebih
baru belanja.

2. Tersalah melabur di dalam skim cepat kaya.

Fitrah manusia sukakan keuntungan cepat dan banyak. Masalahnya di malaysia, pelaburan yang
betul dan selamat biasanya memberikan pulangan yang lambat dan sedikit.

Contohnya Amanah Saham Bumiputera (ASB). Dividen yang diberi sekarang sekitar 8% ke 9%
sahaja setahun. Ramai orang fikir, setahun tu punyalah lama. Jenuh menunggu.

Bila nak cepat kaya, ramai orang terjebak di dalam skim-skim cepat kaya. Kononnya nak untung
cepat dan banyak. Tapi risikonya tersangat tinggi. Jika anda terjebak dengan skim cepat kaya,
anda boleh kerugian besar.

Anda perlu belajar dari kesilapan orang lain. Belajar dari kesilapan anda sendiri mahal harganya.

Saya ingin tunjukkan satu kisah mangsa skim cepat kaya bertopengkan pelaburan emas.
28

Kajian kes: Contoh tersalah melabur.

Tajuk akhbar: Caruman tergadai (isnin 17/2/2014)

Banting: Seorang lelaki sanggup mengeluarkan caruman
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) miliknya sebanyak
RM50,000 bagi dilaburkan dalam perniagaan emas dimiliki
seorang lelaki hampir dua tahun lalu namun pulangannya hanya
bertahan tiga bulan sebelum syarikat serta pemilik syarikat
terbabit lesap sehingga kini.

Mangsa tidak lagi mengharapkan wangnya itu dikembalikan sebaliknya
berharap lelaki yang mempermainkan perasaan kerana tergamak menipu
wang hasil titik peluhnya sepanjang memerah keringat sebagai pekerja
kilang itu dibawa ke muka pengadilan.

Adzahar Musa, 56, berkata, dia juga sangat berharap pihak berkuasa
dapat mengambil tindakan terhadap penipu berkenaan bagi mengelak
mereka seusia dengannya terus menjadi mangsa.

“Sebenarnya pelbagai usaha sudah saya lakukan namun semuanya
menemui jalan buntu.

“Saya sudah penat ke sana ke mari meminta bantuan pelbagai pihak
untuk menyelesaikan masalah ini namun selepas hampir dua tahun
usaha itu hanya sia-sia kerana ia masih tidak dapat diselesaikan.

“Saya sudah tidak tahu mahu meminta bantuan sesiapa lagi kerana apa yang saya harapkan sekarang supaya si pelaku
diheret ke mahkamah,” katanya.

Menurutnya, walaupun menyesal kerana terpedaya dengan pujuk rayu ‘pengarah’ terbabit sehingga sanggup
memberikan semua wang simpanan KWSP begitu saja, tiada apa yang boleh dibuatnya lagi dan kini pada usianya, dia
terpaksa bekerja sebagai tukang kebun dengan bayaran RM300 sebulan untuk membiayai empat anak yang masih
bersekolah.

Adzahar berkata, dia terbabit dalam pelaburan emas itu selepas berkenalan dengan seorang lelaki yang mendakwa
pengarah syarikat pelaburan emas yang dipercayai berasal dari sebuah negeri di pantai timur daripada seorang rakan
pada Jun 2012.

“Saya tertarik dengan program pelaburan emas yang diterangkan sehingga pada 13 Jun 2012 saya melabur sebanyak
RM20,400 dengan pulangan dijanjikan sebanyak RM1,800 sebulan.

“Bulan pertama saya menerima pulangan seperti dijanjikan menyebabkan sekali lagi termakan pujukan pengarah itu
untuk menambah pelaburan dan pada 20 Julai, saya memasukkan RM30,000 ke dalam akaun pengarah terbabit untuk
menambah pelaburan dan dijanjikan pulangan sebanyak 50 peratus keuntungan daripada jumlah pelaburan.

“Namun, saya hanya menerima pulangan dua kali sahaja iaitu pada 16 Ogos sebanyak RM1,980 dan 20 September
RM2,087dan sehingga kini tiada lagi bayaran dilakukan.

“Pengarah terbabit juga sudah menghilangkan diri dan tidak dapat dihubungi menyebabkan saya membuat laporan
polis pada 4 Mac tahun lalu,” katanya.

Katanya, sebelum menghilangkan diri, pengarah itu menghantar SMS menyatakan pelbagai alasan mengapa dia tidak
dapat membayar pulangan pelaburannya. "Selain membuat laporan polis, pelbagai usaha sudah saya lakukan termasuk
meminta bantuan guaman tetapi sehingga kini saya masih menemui jalan buntu," katanya.

Sumber, Harian Metro: http://www.hmetro.com.my/articles/Carumantergadai/MA/Article

29

3. Orang pinjam wang tapi tak bayar.

Lagi satu masalah kebocoran wang ialah orang pinjam wang anda tapi tak bayar balik.

Memang lumrah manusia, kalau sesak akan cari orang lain untuk meminjam wang.

Kadang-kadang kawan-kawan anda, kadang-kadang ahli keluarga dan boleh jadi orang yang
anda tak kenal pun cuba meminjam wang anda.

Masalah akan berlaku jika orang yang pinjam wang liat nak bayar. Bukan setakat bocor wang,
emosi pun bocor juga. Hati rasa geram dan marah.

Saya sendiri ada pengalaman buruk orang pinjam wang tapi tak bayar-bayar. Memang bocor
wang dan emosi. Waktu itu hati saya cakap “Kalaulah aku tak pinjamkan wang kepada si xx ini,
selamat wang aku. Buat rugi ajer pinjamkan dia wang aku”.

Jadi bagaimanakah cara untuk mengelakkan daripada masalah-masalah kebocoran wang ini?

Jawapannya ialah tukar wang simpanan anda ke dalam bentuk emas.

Bila anda menukar wang simpanan anda ke dalam bentuk emas, ia ibarat menyimpan magnet
kekayaan. Kekayaan akan “melekat” pada anda.

Kenapa emas itu magnet kekayaan? Jawapannya, ada 3 sebab utama.

1. Fitrah manusia dengan emas ialah ingin menyimpan elok-elok
2. Fitrah manusia dengan emas ialah ingin mengumpulnya banyak-banyak
3. Emas orang tak pinjam.

1. Fitrah manusia dengan emas : Anda nak simpan elok-elok.

Saya selalu buat soal selidik. Saya tanya kepada orang yang hadir ke ceramah saya. Soalan
saya ialah:

“Kalau saya beri abang atau kakak emas, nak buat apa dengan emas tu?”

Maka jawapan rasmi ialah “Saya simpan ajerlah”

Tuan puan sekalian, itu adalah jawapan keramat.

Bila orang dapat duit, maka otak akan fikir belanja atau bayar hutang. Bila orang dapat emas
maka hati anda akan fikir nak simpan emas itu elok-elok.

Sebab itu emas magnet kekayaan. Ia selari dengan fitrah manusia ingin menyimpan.

2. Fitrah manusia dengan emas : Anda nak kumpul banyak-banyak.

Emas memberikan kepuasan jika dikumpulkan.

Apabila anda dah beli satu ketul emas, ia akan menyebabkan hati anda tertarik untuk membeli
emas lagi dan lagi.

Ini kerana fitrah manusia dengan emas ialah, ia seronok jika dikumpulkan. Semakin banyak
emas, semakin seronok hati anda.

Tanpa disedari, lama-kelamaan emas anda akan bertambah banyak.

Anda akan faham perkara ini apabila anda beli seketul emas dan pegang dalam tangan. Selagi
anda belum membeli emas, anda susah nak faham perasaan seronok mengumpulkan emas.

30

Kajian kes: Kumpul emas sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.
Saya ingin berkongsi satu cerita. Saya pernah berjumpa seorang peminat emas yang hobinya
ialah mengumpulkan syiling 1 dinar emas (dinar ialah syiling emas dengan berat 4.25 gram
emas 916)

Gambar: syiling 1 Dinar Emas.
Setiap kali beliau ada duit, maka beliau akan membeli syiling 1 dinar emas. Beliau kumpul 1
dinar emas sedikit demi sedikit sehinggakan jumlah 1 dinar beliau mencecah 100 keping.
Kemudian, beliau telah menjual ke semua 100 syiling 1 dinar tersebut pada harga RM585
sekeping, ketika harga emas tertinggi sewaktu itu.
Nilai keseluruhan 100 keping dinar emas beliau ialah RM58,500
Apa yang menarik, beliau tidak membeli emas yang besar-besar. Beliau hanya fokus kepada
emas paling kecil sahaja. “Seronok dan senang” katanya.
Namun bak kata pepatah “Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit”.
Jika anda membeli emas yang kecil-kecil tetapi secara konsisten, nanti akan banyaklah harta
emas anda.

Gambar: 100 keping syiling 1 dinar emas beliau.

31

3. Emas orang tak boleh pinjam.

Cara termudah untuk mengelakkan kebocoran wang kerana
orang pinjam ialah dengan menukarkan wang anda menjadi
emas.
Kalau ada orang nak pinjam wang anda maka anda boleh
cakap ayat ini “Saya minta maaflah, semua wang saya dah
habis beli emas”.
Biasanya kalau anda cakap macam itu, maka orang yang nak
pinjam wang anda tidak boleh berbuat apa-apa.
Jadi terpaksalah dia pergi mencari orang lain pula.
Takkan orang tu nak cakap “Kalau macam itu, boleh tak saya
pinjam emas tuan@puan sekejap?”
Jadi, selamatlah duit anda kerana dah ditukarkan ke dalam
bentuk emas.
Itulah sebab kenapa emas itu dipanggil magnet kekayaan.
Jadi tuan puan pembaca sekalian, inilah 3 sebab utama kenapa
anda perlu menukarkan wang kertas kepada emas.

Pesanan penulis:
Walaupun anda tidak digalakkan meminjamkan wang kepada orang yang terdesak, kerana
risiko tidak membayar hutang adalah tinggi, namun saya menggalakkan anda memberi
wang sebagai sedekah kepada mereka yang memerlukan.
Dengan niat bersedekah, hati anda akan rasa tenang kerana anda telah membantu mereka
yang memerlukan dan orang itu tidak perlu membayar balik wang anda.
Contohnya, kalau ada orang nak pinjam RM1000 ke atas, mungkin anda boleh sedekah
RM50 kepada orang berkenaan.
Beritahu dekat orang tersebut “Ini saya bagi sebagai sedekah@hadiah, tak perlu bayar
balik. Kalau nak beri pinjam, saya tak mampu”.

32

Bagaimana mengaktifkan minat anda terhadap emas?

Allah AWT telah memberitahu kita bahawa fitrah manusia sukakan emas dan perak. Ia disebut
di dalam surah Ali Imran ayat 14.

“Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini
nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-
timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-
binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia.
Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)”

Surah Ali Imran ayat 14
Namun, ramai yang tidak menyedari hakikat ini. Betul ke?
Biasanya hanya golongan wanita yang sukakan emas. Mereka tahu keseronokan mengumpul
dan menyimpan emas. Namun biasanya di dalam bentuk barang kemas sahaja.
Orang lelaki yang tidak tahu ilmu emas, tidak akan menyimpan emas. Bagi mereka emas ini
ialah perhiasan untuk kaum wanita. Sebenarnya ini adalah salah faham. Wanita boleh memakai
emas sebagai perhiasan dan menyimpan emas sebagai harta, namun lelaki juga boleh
menyimpan emas di dalam bentuk jongkong atau syiling sebagai harta.
Bagaimana cara mengaktifkan minat anda terhadap emas? Jawapannya ialah, anda perlu
memegang jongkong emas terlebih dahulu. Pegang emas dulu tuan-tuan.

Pengalaman peribadi saya.

Saya ingin berkongsi pengalaman dengan anda, bagaimana saya boleh terlibat dengan
pelaburan emas.
Ia bermula setelah saya memegang 1 ketul jongkong emas PAMP Suisse 100 gram.
Saya ingat lagi, peristiwa ini berlaku pada bulan April 2008. Selama ini saya tidak pernah
memegang jongkong emas. Jadi saya amat teruja apabila berpeluang memegang jongkong
emas yang sebegitu besar dan berat. Bestnyer…
Pengalaman memegang jongkong emas inilah yang menyebabkan saya terus meminati emas.
Justeru, maka saya juga ingin anda memberikan tips yang sama. Peganglah emas di tapak
tangan anda. Semakin besar dan berat emas jongkong dan syiling yang anda pegang maka
semakin bagus.
Untuk cuba memegang emas ini mudah sahaja. Anda boleh pergi ke mana-mana kedai emas
terkemuka atau cawangan Public Gold. Minta kepada staff kedai tersebut kebenaran memegang
jongkong emas.

33

Gambar: Cuba pegang jongkong emas seperti ini.
Seelok-eloknya anda pegang jongkong emas 100 gram ke atas. Pegang ajer dulu. Jangan terus
beli. Baca buku ini dahulu sampai habis sebelum anda membeli emas.
Kalau anda boleh pegang emas tanpa bersalut plastik maka itu lebih baik.
Tips! Bagaimana memegang emas yang tidak dibalut?
Terdapat 2 jenis emas jongkong yang anda boleh buka plastiknya dan pegang emasnya iaitu:

1. Jongkong emas PAMP Suisse 100 gram (cast bar)
2. Jongkong emas Public Gold
Jongkong emas PAMP Suisse 100 gram (cast bar)
Caranya, anda pergi ke kedai emas dan minta tengok dan pegang jongkong emas PAMP Suisse
cast bar 100 gram. Jongkong emas ini adalah antara yang terkenal dan banyak dijual di kedai-
kedai emas terkemuka seperti Habib Jewel, Poh Kong, Tomei dan Wah Chan.
Jongkong emas PAMP Suisse terdapat dalam 2 bentuk iaitu minted bar dan cast bar. Perbezaan
rupa bentuk jongkong emas minted bar dan cast bar boleh dilihat melalui gambar di sebelah.
Kesemua jongkong PAMP Suisse minted bar dibalut di dalam plastik kekal. Anda tidak boleh
buka plastiknya. Cast bar pula boleh dibuka sarung plastiknya.
Namun di Malaysia PAMP Suisse cast bar hanya terdapat di dalam berat 100 gram, 250 gram,
500 gram dan 1KG sahaja.

34

Gambar: PAMP Suisse minted bar Gambar: PAMP Suisse cast bar

Jongkong emas Public Gold

Jongkong emas Public Gold boleh didapati di mana-mana cawangan Public Gold di seluruh
Malaysia. Ia juga boleh dibeli melalui agen-agen sah Public Gold di seluruh Malaysia.

Ke semua jongkong emas Public Gold diletakkan di dalam kapsul plastik yang boleh dibuka. Jadi
anda boleh pegang emas tersebut.

Tengok gambar di bawah. Itu adalah gambar jongkong emas Public Gold.

Pegang jangan tak pegang!

Gambar: Jongkong Emas Public Gold
35

Definisi pelaburan emas.

Baiklah, sebelum anda membuat pelaburan emas, mari lihat definisi pelaburan emas
Pelaburan emas bermaksud anda membeli emas fizikal atau produk-produk kewangan
berasaskan emas bagi tujuan memenuhi objektif pelaburan anda.
Di sini kita boleh pecahkan definisi pelaburan emas kepada 3 bahagian iaitu:
1. Anda boleh melabur emas secara fizikal
2. Anda juga boleh melabur emas melalui produk-produk kewangan berasaskan emas
3. Bagi memenuhi objektif pelaburan anda.
Untuk pengetahuan anda, pelaburan emas bukan hanya melibatkan emas fizikal. Banyak lagi
produk-produk kewangan yang bersandarkan emas yang direka untuk memenuhi keperluan
pelabur.
Contohnya ialah Akaun Simpanan Emas (Gold Saving Account) yang mana pelabur boleh
membeli dan menjual emas mengikut harga emas semasa TANPA melibatkan emas fizikal.
Produk-produk kewangan dicipta bagi tujuan memudahkan pelabur, contohnya pelabur tidak
perlu berfikir tentang aspek penyimpanan. Ia juga mempunyai kecairan yang tinggi dimana
belian dan jualan boleh dilakukan bila-bila masa tanpa perlu membawa emas.
Jadi mudah bagi pelabur untuk membeli emas dan menjual emas secara maya, tak perlu fikir
‘Dimana nak simpan emas selepas dibeli?’
Untuk melihat gambaran yang lebih jelas tentang pelaburan emas, mari kita lihat piramid
pelaburan emas.

Gambar: Piramid pelaburan emas.
Piramid pelaburan emas menunjukkan kepada anda tentang 3 aspek penting di dalam pelaburan
emas iaitu:

36

1. Objektif pelabur
2. Produk yang sesuai dengan objektif pelabur
3. Risiko

Terdapat 4 objektif pelaburan emas iaitu:

1. Sebagai insurans kekayaan
2. Pelaburan dan simpanan
3. Pelaburan
4. Spekulasi

Setelah anda jelas dengan objektif pelaburan emas anda, maka peringkat seterusnya ialah
memilih produk yang sesuai dengan objektif pelaburan emas anda. Anda boleh memilih lebih
dari satu matlamat pelaburan dan anda juga boleh memilih lebih daripada 1 produk pelaburan
emas.

Contoh: Jika anda ingin membuat pelaburan emas kerana ingin melindungi kekayaan (insuran
kekayaan) maka anda perlu memilih emas fizikal.

Jika objektif anda adalah untuk membuat pelaburan + simpanan, maka anda boleh memilih
emas fizikal atau melabur melalui akaun simpanan emas atau menyertai program pengumpulan
emas (contohnya Public Gold Gold Accumulation Program)

Jika objektif pelaburan emas anda adalah untuk pelaburan, maka anda boleh memilih untuk
membeli saham-saham syarikat perlombongan atau Gold Exchange Traded Fund.

Jika anda ingin membuat pelaburan emas bersifat spekulasi (membuat keuntungan daripada
pergerakan harga emas) tanpa melibatkan produk, maka anda boleh memilih BSKL Gold Futures
atau Spot Gold.

Nota penulis: Di sini saya ingin berkongsi dengan anda tentang matlamat pelaburan emas
saya dan produk yang saya pilih.

Matlamat pelaburan emas saya ada 2 iaitu (1) insuran kekayaan dan (2) simpanan dan
pelaburan. Untuk insuran kekayaan, saya membeli emas fizikal di dalam bentuk jongkong
emas Public Gold dan PAMP Suisse yang saya simpan sendiri. Jongkong emas ini saya akan
simpan terus sampai bila-bila dan akan diberikan kepada anak-anak saya sebagai harta
mereka.

Untuk simpanan dan pelaburan, saya memilih Public Gold Gold Accumulation Plan (GAP)
(Program Akumulasi Emas Public Gold).

Saya memilih GAP kerana ia membolehkan saya membeli emas dengan nilai minima 1 gram
sahaja. Saya juga boleh membuat belian secara online bila-bila masa. Sebagai orang yang
sibuk, saya perlu kemudahan membeli emas secara online, tanpa perlu pergi ke pejabat
Public Gold.

Program ini adalah bersandarkan emas fizikal, bermakna saya boleh mengeluarkan emas
fizikal bila-bila masa sahaja. Saya juga boleh menjual emas di dalam akaun GAP bila-bila
masa sahaja. Jadi sebab itu GAP merupakan pilihan saya.

Baca maklumat lanjut tentang GAP di dalam topik pelaburan emas melalui Public Gold.

37

Bagaimana membuat pelaburan emas di Malaysia?

Terdapat 2 cara membuat pelaburan emas di Malaysia iaitu

1. Pelaburan secara emas fizikal
2. Pelaburan emas dengan membuka akaun simpanan emas

Pelaburan emas secara fizikal.

Pelaburan emas secara fizikal boleh dibahagikan kepada 3 kategori iaitu:

1. Syiling emas
2. Jongkong emas
3. Barang kemas

Daripada 3 kategori emas fizikal ini, cuma syiling emas dan jongkong emas boleh dikategorikan
sebagai emas pelaburan. Sebagai emas pelaburan, syiling emas dan jongkong emas memiliki
kelebihan-kelebihan berikut:

1. Mempunyai saiz, bentuk dan berat yang standard.
2. Mudah dibawa.
3. Mudah ditunaikan.
4. Mempunyai susutnilai yang rendah.
5. Boleh digadaikan.

Kebanyakan syiling emas yang dijual untuk tujuan pelaburan mempunyai berat yang standard
iaitu ukuran berat di dalam troy ounce (bersamaan 31.1 gram).

Bagi jongkong emas pula biasanya beratnya diukur di dalam kiraan gram.

Barang kemas bukanlah pelaburan emas yang terbaik jika dibandingkan dengan syiling dan
jongkong emas. Ini kerana terdapat kos upah untuk membuat barang kemas tersebut. Jika anda
hendak menjual kembali kembali barang kemas tersebut maka anda boleh dikenakan susutnilai
yang tinggi iaitu di antara 25% sehingga 40%.

Namun begitu, jika anda berminat untuk membuat pelaburan emas melalui barang kemas maka
saya cadangkan anda membaca topik membuat pelaburan emas melalui barang kemas. Ia bagi
memastikan anda boleh memaksimakan pulangan daripada barang kemas anda.

Bagi pelaburan emas menggunakan buku akaun simpanan emas pula, biasanya ia ditawarkan
oleh institusi perbankan tempatan dan bank luar negara. Pelabur akan membeli emas mengikut
harga emas semasa dan kuantiti emas yang dibeli akan direkodkan di dalam buku akaun. Ada
bank yang menawarkan kemudahan mengeluarkan emas fizikal dan ada juga bank yang tidak
menawarkan opsyen ini.

Memandangkan terlalu banyak produk pelaburan emas yang ditawarkan di pasaran saya pasti ia
boleh memeningkan kepala pelabur baru. Jangan risau. Anda bacalah buku ini sehingga habis.
Selepas ini saya yakin anda akan celik emas.

38

Institusi yang menjual emas fizikal.

Di Malaysia, terdapat 3 institusi yang menjual emas fizikal untuk pelaburan iaitu bank, kedai
emas dan kilang emas. Contohnya:

1. Maybank - Syiling Kijang Emas
2. UOB Bank – Syiling emas dan jongkong emas
3. Kuwait Finance House – Jongkong emas KFH
4. Public Gold Marketing Sdn. Bhd – jongkong emas, syiling dan dinar emas.
5. Ar-Rajhi Bank
6. Kelantan Golden Trade – Dinar emas Kelantan
7. Kedai emas seperti Poh Kong, Habib Jewel, Tomei dan sebagainya.
Anda boleh membeli emas pelaburan daripada institusi-institusi ini. Mari kita lihat satu persatu.

Maybank - syiling Kijang Emas.

Salah satu daripada syiling emas terkenal di Malaysia ialah Kijang Emas.
Kijang Emas adalah wang syiling emas rasmi Malaysia dan dikeluarkan oleh Royal Mint of
Malaysia dan diedarkan oleh Maybank.

Ia dikeluarkan di dalam 3 saiz iaitu 1 Oz, ½ Oz dan ¼ Oz. Ia mempunyai ketulenan 24K
(999.9) .
Berat 1 Oz bersamaan = 31.1 gram, ½ Oz = 15.55 gram dan ¼ Oz = 7.780 gram.

39

Di mana anda boleh membeli syiling Kijang Emas?

Syiling Kijang Emas boleh dibeli di 32 cawangan Maybank sahaja. Lihat jadual di bawah.

Johor Melaka Kedah

JOHOR BHARU MAIN BRANCH MELAKA MAIN BRANCH ALOR STAR BRANCH
Lot 1-22, Level 1, 2 & 3 114 & 114A Graha Peladang 1535, Jalan Sultan Badlishah
Johor Bharu City Centre
JALAN MUNSHI ABDULLAH PULAU LANGKAWI BRANCH
MUAR BRANCH BRANCH 5-11, Jalan Pandak Mayah 1
104 Jalan Abdullah 171-175 Jln Munshi Abdullah
SUNGAI PETANI BRANCH
Pulau Pinang Kuala Lumpur Central Square Complex
Selangor
BUTTERWORTH BRANCH BANGSAR BARU BRANCH
4277 Bagan Luar Road 66, 68 & 70 Jalan Maarof KUALA SELANGOR BRANCH
Bangsar Baru 11 & 13, Jalan Raja Jalil
PENANG MAIN OFFICE BRANCH 45000 Kuala Selangor
9, Lebuh Union BUKIT BINTANG BRANCH
Penang G-Floor Bangunan Yayasan PETALING JAYA MAIN BRANCH
Selangor 50-52, Jalan Sultan (52/4)
Pahang Jalan Bukit Bintang 46200 Petaling Jaya

KUALA LIPIS BRANCH KUALA LUMPUR MAIN BRANCH SHAH ALAM MAIN BRANCH
92A & 92B Jalan Besar 1st Floor 10, Persiaran Perbandaran
27200 Kuala Lipis Menara Maybank Section 14
Perak Negeri Sembilan
KUANTAN MAIN BRANCH UMNO
Building IPOH MAIN BRANCH Bangunan SEREMBAN BRANCH
1 Jalan Hj Abdul Aziz Mayban Trust 166-169, Jalan Dato' Bandar
28 Jalan Tun Sambanthan Tunggal
MENTAKAB BRANCH 70000 Seremban
1 Jalan Haji Kassim TANJONG MALIM BRANCH Jalan
28409 Mentakab Chong Ah Peng Terengganu
35900 Tanjong Malim
Perlis KUALA TERENGGANU BRANCH
TELUK INTAN BRANCH 92 Jalan Sultan Ismail
KANGAR BRANCH 43-45, Medan Mahkota 20200 Kuala Terenggganu
Upper Grd. Floor, Menara KWSP Jalan Ah Cheong
Jalan Bukit Lagi 36000 Telok Intan
01000 Kangar Kelantan
Sabah dan WP Labuan
KOTA BHARU BRANCH
KARAMUNSING BRANCH 3880-E, Jalan Mahmood
Bangunan Maybank 15200 Kota Bahru
No. 1, Lorong Kemajuan
Sarawak
TAWAU BRANCH
262-264, Fajar Complex MIRI BRANCH
Lot 112, Jalan Bendahara
LABUAN BRANCH 98008 Miri
Lot E005, Ground Floor Podium
Financial Park Labuan Complex SIBU BRANCH
35, 37 & 39, Jalan Kampung
SANDAKAN BRANCH Nyabor
Lot 28, 29 & 30 Block HS-3 96000 Sibu
Sandakan Harbour Square
90000 Sandakan WISMA SATOK BRANCH Level 1
Wisma Satok
Jalan Satok
93400 Kuching

40

Memandangkan stok Kijang Emas adalah terhad maka anda perlu menelefon cawangan Maybank
tersebut untuk pastikan mereka mempunyai stok. Jika ada stok barulah anda ke sana untuk
membelinya.
Bagaimanakah melihat harga belian dan jualan syiling Kijang Emas?
Harga syiling Kijang Emas boleh dipantau melalui laman web Bank Negara dan juga laman web
Maybank. Ia akan dikemas kini setiap hari.
Anda boleh lihat harga syiling Kijang Emas melalui laman Bank Negara Malaysia seperti berikut:
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=statistic&pg=statistic_kijangemas

Gambar: Harga Kijang Emas di laman web Bank Negara Malaysia
Anda juga boleh melihat harga syiling kijang emas di laman web Maybank di alamat berikut
(setelah saya pendekkan alamatnya yang terlalu panjang):
http://bit.ly/maybankgold

Gambar: Harga Kijang Emas di laman web Maybank
41

Kelebihan Syiling Kijang Emas:
1. Boleh dibeli di Maybank cawangan tertentu di seluruh Malaysia.
2. Mempunyai spread yang rendah (4.1% - 7.6%).
3. Kualiti emas 24k (999.9)
4. Boleh beli guna kad kredit (Maybank sahaja).
5. Kos per gram yang murah.
6. Boleh digadaikan di Ar-Rahnu jika memerlukan tunai segera.

Kelemahan syiling Kijang Emas:
1. Sukar diperolehi kerana terutamanya syiling 1 Oz. Selain itu Kijang Emas tidak lagi
dikeluarkan oleh Royal Mint of Malaysia.
2. Tidak boleh terguris, calar, bengkok atau kemek. Jika ini berlaku Maybank tidak akan
menerima kembali syiling berkenaan. Anda boleh rugi besar.
3. Boleh dibeli pada waktu urus niaga Maybank sahaja.
4. Anda tidak boleh tempah kat Maybank. Kena datang cepat-cepat beli kalau ada stok.
5. Perlu dibeli secara tunai. Hanya kad kredit Maybank yang diterima jika anda hendak
membeli syiling Kijang Emas menggunakan kad kredit.

Bagi saya Syiling Kijang Emas merupakan salah satu contoh emas pelaburan yang terbaik di
Malaysia.

Gambar : Syiling Kijang Emas (1 Oz dan ½ Oz)

42

Emas fizikal United Overseas Bank (UOB Bank)
UOB Bank turut menjual emas fizikal di dalam bentuk syiling emas dan jongkong emas untuk
tujuan pelaburan.
Anda boleh membaca maklumat berkenaan produk-produk emas UOB Bank di sini:
http://www1.uob.com.my/business/GMIM/GMIM_precious_metals.html

Gambar: Laman web UOB Bank berkenaan produk emas fizikal.
43

Harga Emas UOB Bank
Untuk mengetahui harga emas harian produk emas UOB Bank, anda boleh melawat laman web

UOB Bank. ( http://www1.uob.com.my/jsp/finance/fin_gold.jsp?func=gold )

Ini adalah senarai produk emas fizikal yang dijual oleh UOB Bank.

Di antara syiling emas terkenal yang dijual UOB Bank ialah:
1. Canadian Gold Maple (GML)
2. Australian Kangaroo Nugget (GKN)
3. Singapore Lion Coin (SLC)

44

Gambar 1 : Syiling Emas Canada Gold Maple

Gambar 2 : Syiling Emas Australian Kangaroo

Gambar 3 : Syiling Emas Singapore Gold Lion
45

UOB Bank menjual 2 jenis jongkong iaitu PAMP Suisse dan Kinebar.

Gambar : Jongkong Emas PAMP Suisse (999.9)
Gambar: Kinebar
46

Bagaimanakah cara membeli emas fizikal di UOB Bank?

Anda boleh membeli emas ini daripada cawangan UOB Bank tertentu sahaja. Tidak semua
cawangan UOB menjual emas fizikal.

Pastikan anda menelefon cawangan tersebut terlebih dahulu bagi mendapat kepastian sama ada
mereka mempunyai stok emas atau tidak. Ini kerana permintaan terhadap jongkong emas dan
syiling emas adalah tinggi. Jadi stok yang anda ingini mungkin tiada stok.

Jika anda ingin mengetahui cawangan UOB yang menjual emas fizikal di tempat anda maka
anda boleh telefon dan bertanya kepada:

1. UOB Global Markets Gold Dealers di 03-2613 8118 (waktu pejabat sahaja)

2. Ibu pejabat UOB Bank, Jalan Raja Laut.

Alamat dan nombor telefon adalah seperti di bawah:

Branch Name Kuala Lumpur Main
Address Level 2, Menara UOB,
Jalan Raja Laut,
Tel. No. 50350 Kuala Lumpur
Fax No. (6) 03-2692 4511
(6) 03-2691 3110
Banking Hours
Business Hours Monday - Friday 9:30am - 4:00pm

Monday - Thursday 8:45am - 5:45pm
Friday 8:45am - 4:45pm

Kelebihan:
1. Menjual syiling emas pelaburan yang terkemuka di dunia.
2. Mempunyai spread yang rendah (5%)
3. Kualiti emas 24k (999.9)
4. Harga emas per gram yang rendah.
5. Boleh digadaikan di Ar-Rahnu jika memerlukan tunai segera.

Kelemahan:

1. Agak sukar mendapatkan syiling Emas UOB kerana ia sangat laris.

2. Tidak boleh terguris, calar, bengkok atau kemek. Jika tidak UOB tidak akan
menerima kembali syiling berkenaan.

3. Sijil pembelian emas UOB juga tidak boleh hilang. Kalau hilang maka UOB tidak
akan menerima semula syiling emas berkenaan.

4. Boleh dibeli pada waktu perbankan UOB Bank sahaja (9.30 pagi – 4 petang)

47

Kuwait Finance House Malaysia Gold Account-i
Kuwait Finance House Malaysia (KFH) turut menawarkan
kemudahan pelaburan emas melalui akaun simpanan
emas yang dinamakan Kuwait Finance House Gold
Account (singkatan – KFH Gold Account-i).
KFH Gold Account-i adalah pelaburan emas yang patuh
syariah dan menawarkan emas fizikal kepada pelabur.
Dengan kata lain pelabur KFH Gold Account-i boleh
mengambil emas fizikal serta-merta setelah membuat
pembelian ataupun menyimpan emas tersebut ke Kuwait
Finance House.
Tiada sebarang kos penyimpanan dikenakan jika pelabur
menyimpan emas tersebut di Kuwait Finance House.

Gambar: Risalah Akaun Emas KFH-i
Jongkong Emas yang dijual oleh KFH.
KFH menawarkan jongkong emas keluaran Istanbul Altin Rafinerisi dari Turki. Ketulenan emas
ini adalah 995.0 (ketulenan emas 99.50%)
Kualiti emas ini adalah lebih rendah daripada kualiti emas 999.9

48

Gambar: Jongkong emas KFH berketulenan 995.0

Syarat-syarat membuka akaun KFH Gold Account-i.
Sebelum membuka akaun KFH Gold Account-i anda perlu membuka akaun simpanan dengan
Kuwait Finance House Malaysia terlebih dahulu (anggaran kos RM25).
Selepas itu anda boleh membuka akaun KFH Gold Account-i dengan minima 10 gram emas.
Anda boleh mengeluarkan jongkong emas tersebut kalau mahu tetapi perlu menyimpan minima
2 gram emas di dalam KFH Gold Account-I anda.
(contoh: Jika anda membuka akaun KFH Gold Account-i dengan minima 10 gram maka anda
boleh keluarkan jongkong emas sebanyak 8 gram sahaja)
Untuk pelaburan tambahan selepas itu, anda perlu membeli minimum 5 gram emas.
Harga belian dan jualan untuk KFH Gold Account-i.

Harga jualan dan belian KFH Gold Account-I boleh dilihat
di laman web http://www.kfh.com.my/kfhmb/
Sell = Harga jualan emas kepada pelabur.
Buy = Harga belian emas oleh Kuwait Finance House

49

Penting! Syarat-syarat tambahan KFH Gold Account-i.
Memandangkan jongkong emas yang diberi oleh KFH itu telah di laminate dan tidak boleh
dibuka, saya bertanya kepada pegawai KFH sama ada saya boleh buka sarung emas ini untuk
digadaikan.
Malangnya saya dimaklumkan bahawa untuk menjual balik jongkong emas ini terdapat
beberapa syarat yang dikenakan oleh KFH di antaranya:

1. Sarung plastik jongkong emas ini tidak boleh dibuka.
2. Sarungnya tidak boleh calar.
3. Sarung emas ini tidak boleh bengkok.

Jika perkara-perkara di atas berlaku maka emas ini tidak
akan diterima kembali oleh Kuwait Finance House.
Jadi, anda tidak boleh membuat teknik manipulasi emas
(seperti teknik Ar-Rahnu) menggunakan jongkong emas
KFH Gold Account-i.
Jika anda membuka KFH Gold Account-i, maka anda cuma
boleh mendapat keuntungan dengan membeli ketika harga
emas rendah dan menjual semula apabila harga emas naik.
Pelaburan emas KFH Gold-I ini adalah lebih kepada
membeli emas, simpan dan jual semula bila harga emas
naik.
Saya telah membuka akaun KFH Gold Account-I dengan
pembelian minima 10 gram.
Memandangkan saya lebih suka menyimpan sendiri emas tersebut maka saya meminta untuk
mengeluarkan 8 gram emas fizikal. KFH memberikan sekeping jongkong 5 gram dan 3 keping
jongkong 1 gram.
Ini rupa jongkong emas-emas tersebut.

Gambar: Sekeping 5 gram dan 3 keping x 1 gram
50


Click to View FlipBook Version