Kajian kes: Rantai tangan dibeli pada tahun 2007. Berapa nilainya sekarang?
Kajian kes: Rantai tangan di atas adalah milik emak saya. Ia dibeli pada 8 April 2007. Beratnya
adalah 79.06 gram dan berharga RM6400. Rantai tangan ini dipakai sebagai perhiasan harian.
Harga ketika itu = RM6400/79.06 gram
= RM80.95 segram.
Bandingkan dengan harga emas hari ini yang menjangkau RM155 se gram.
Dengan kata lain, walaupun emas ini dibeli untuk tujuan pemakaian seharian, emak saya boleh
tersenyum kerana nilai rantai tangan ini telah mencecah RM12,254.00
Jadi, simpanan emas adalah menguntungkan untuk jangkamasa panjang.
101
Kelemahan barang kemas.
1. Harganya lebih mahal jika dibeli di kedai emas yang mengikut harga FGJAM.
2. Ada kos upah tukang. Upah ini pula bergantung kepada reka bentuk barang kemas tersebut.
Semakin sukar reka bentuk barang kemas tersebut maka upah semakin mahal.
3. Susutnilai barang kemas jauh lebih tinggi berbanding jongkong (antara 25% sehingga 40%)
4. Boleh rosak (putus, patah, bengkok, berlubang dan kemek).
5. Susah nak gadai di Ar-Rahnu kalau barang kemas tersebut mempunyai batu permata. Ini
kerana ujian ketulenan menggunakan mesin densimeter tidak boleh dilakukan.
6. Anda boleh rugi banyak jika menjual balik barang kemas yang ada banyak batu permata. Ini
kerana kedai emas akan mentafsir nilai barang kemas berdasarkan berat emas sahaja. Batu
permata akan dikeluarkan dan dinilai secara berasingan atau dipulangkan kembali.
Bagaimana memaksimumkan keuntungan melalui barang kemas.
Baiklah, di sini saya ingin berkongsi 6 tip dengan anda semua, cara-cara memaksimumkan
keuntungan dengan barang kemas. Jadi sebelum anda membeli barang kemas ikutilah panduan
ini.
Tip 1: Selidik sama ada kedai emas tersebut boleh menjual emas di bawah harga FGJAM
(www.fgjam.org.my). Walaupun kedai emas memaparkan harga FGJAM namun ada kedai emas
yang menjual emas di bawah harga FGJAM. Yang penting anda perlu bertanya.
Gambar: Ini harga FGJAM. Pilih kedai yang menjual di bawah harga FGJAM.
Tip 2: Selidik kos upah tukang untuk reka bentuk kesukaan anda di 3-4 kedai emas. Kemudian
anda boleh tawar-menawar untuk mendapat harga upah terbaik.
Katakan anda sukakan buah loket di bawah, tanya kedai emas tersebut berapa upah tukang
untuk reka bentuk tersebut. Anda jangan terkejut kalau harga tukang di antara satu kedai dan
kedai lain adalah jauh berbeza walaupun reka bentuk adalah sama (sehingga 100% perbezaan).
Jadi, kalau kos upah tukang lebih murah maka anda akan lebih jimat. Contoh untuk buah loket
di bawah, ada kedai emas cas upah tukang sebanyak RM60 dan ada kedai cas RM120.
102
Gambar: Upah tukang bagi buah rantai ini berbeza di antara satu kedai dengan kedai
yang lain. Anda perlu survey di beberapa buah kedai.
Tip 3: Pilih barang kemas dengan gred emas 916 (22k) ke atas. Gred emas untuk barang
kemas adalah emas 916. Elakkan membeli barang kemas di bawah gred 916 (contohnya 20
karat atau 18 karat).
Gambar: Pilih barang kemas dengan kualiti 916.
103
Tip 4: Pilih rekabentuk yang padu dan tebal sebab ia tahan lasak. Kalau anda membeli barang
kemas untuk pemakaian sehari-hari, belilah barang kemas yang lebih tebal dan kasar.
Elakkan reka bentuk yang nipis @ halus. Jika anda membeli barang kemas yang nipis, halus
atau berlubang maka risiko kerosakan adalah tinggi contohnya putus, kemek, bengkok dan
patah. Bila berlaku kerosakan ini, maka barang kemas tu tak boleh pakai lagi. Hati anda sudah
tak ceria lagi. Nanti terpaksa trade-in kat kedai emas dan kena potong susutnilai 25%.
Gambar: Contoh rantai leher dengan reka bentuk yang tebal dan padu.
104
Gambar: Contoh reka bentuk emas yang nipis. Elakkan!
Gambar: Contoh gelang tangan yang berlubang dan akhirnya patah.
Satu lagi kelebihan reka bentuk emas yang padu ialah ia boleh memberikan bacaan ketumpatan
yang tepat apabila ditimbang menggunakan mesin densimeter. Jadi anda akan seronok kerana
boleh mendapat pinjaman daripada Ar-Rahnu dengan nilai ketulenan emas yang tepat.
105
Gambar: Reka bentuk yang padu memberikan bacaan ketumpatan yang tepat.
Tip 5: Pilih reka bentuk tanpa sebarang batu permata (emas 100%). Elakkan sama sekali
membeli barang kemas di bawah gred 916 dan ada batu permata. Ini kerana barang kemas
yang mempunyai batu permata tidak boleh diuji menggunakan mesin densimeter. Kemudian
apabila anda jual balik kedai emas akan mentafsirkan nilai barang kemas anda berdasarkan
berat emas sahaja.
Gambar: Contoh cincin yang disulam batu permata. Elakkan!
Tip 6: Pilih kedai yang boleh membeli balik emas mereka dengan nilai yang lebih baik.
Walaupun susutnilai di kedai emas adalah antara 25% sehingga 40%
Namun tidak salah untuk anda bertanya kepada kedai emas berkenaan jika mereka membeli
balik barang kemas mereka dengan harga yang lebih baik.
Anda boleh mendapat susutnilai cuma 15% untuk emas kedai berkenaan (resit asal mungkin
perlu disertakan semasa menjual balik)
106
Pelaburan emas melalui akaun simpanan emas
Selain daripada membuat pelaburan emas melalui emas fizikal, anda boleh membuat pelaburan
emas dengan cara membuka akaun simpanan emas. Akaun simpanan emas biasanya
ditawarkan oleh bank-bank di Malaysia.
Di antara bank-bank yang menawarkan kemudahan akaun simpanan emas ialah:
1. Public Bank : Gold Investment Account (PBGIA)
2. Maybank : Gold Investment Account (MGIA)
3. Kuwait Finance House: Gold Investment Account (KFHGIA-i)
4. UOB Bank : Akaun Simpanan Emas
5. CIMB Bank : Akaun Simpanan Emas
6. Al-Rajhi Bank: Gold-i
7. Standard Chartered: Pelaburan Emas Matawang Premium
8. HSBC : Akaun Simpanan Emas
9. RHB Bank: Akaun Pelaburan Logam Berharga Berbilang Matawang.
Dengan membuka akaun simpanan emas pelabur tidak mendapat emas fizikal, sebaliknya
kuantiti emas yang dibeli dan dijual akan direkodkan di dalam buku simpanan berdasarkan
harga emas semasa.
Jika anda mahu mengeluarkan emas fizikal maka pihak bank mungkin akan mengenakan
beberapa syarat atau cas-cas tambahan. Ada juga bank yang tidak menawarkan kemudahan
pengeluaran emas fizikal untuk akaun simpanan emas mereka.
Baiklah, saya akan huraikan satu persatu akaun simpanan emas dari bank-bank ini.
107
Public Bank: Gold Investment Account (PBGIA)
Pengenalan.
Public Bank menawarkan akaun simpanan emas
yang dipanggil Gold Investment Account (GIA).
Pelabur akan membeli emas dengan kualiti 999.9
dan berdasarkan harga emas semasa dunia.
Pelabur tidak mendapat emas fizikal sebaliknya
jumlah pembelian emas akan dicatatkan di dalam
buku akaun GIA.
Anda boleh membuka akaun ini di mana-mana
cawangan Public Bank di seluruh Malaysia.
Laman web Public Bank GIA ialah:
https://www.pbebank.com/Personal-
Banking/Invest/Gold-Investment-Account/Features.aspx
Syarat-syarat membuka dan kos permulaan akaun PBGIA.
1. Individu berusia 18 tahun keatas sahaja (sendiri atau bersama)
2. Pembelian minima 5 gram emas. Jika anda ingin menambah pelaburan emas anda,
minima tambahan ialah 1 gram dan dalam gandaan 1 gram.
3. Baki minima emas di dalam akaun adalah 10 gram. Jika baki simpanan emas kurang
daripada 10 gram pada 31 Disember maka pelabur akan dikenakan bayaran servis
sebanyak RM10 setahun.
4. Jika buku GIA hilang, bayaran penggntian buku baru adalah RM10 + kos duti setem
RM10.
5. Sebelum membuka akaun GIA anda MESTI mempunyai akaun simpanan Public Bank.
Jika belum ada, maka anda akan diminta membuka akaun simpanan terlebih dahulu.
Terdapat 2 jenis akaun simpanan yang anda boleh pilih iaitu akaun simpanan biasa atau
akaun semasa.
Kemudahan membeli dan menjual emas melalui www.PBeBank.com
1. Bagi mereka yang mempunyai akaun perbankan internet Public Bank, anda boleh
menggunakan kemudahan perbankan internet Public Bank (www.pbebank.com) untuk aktiviti
membeli dan menjual emas.
2. Kemudahan ini dibuka mulai jam 9.30 pagi sehingga jam 4.45 petang, Isnin sehingga Jumaat
apabila bank dibuka untuk berurusniaga di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
3. Anda perlu mendaftarkan akaun GIA anda dengan perbankan internet Pbebank.com sebelum
boleh berurusniaga.
4. Minima transaksi belian dan jualan adalah 1 gram dan nilai transaksi harian dihadkan kepada
maksimum RM50,000 (belian dan jualan)
108
Pengeluaran emas fizikal:
(nota penulis: pengeluaran emas fizikal oleh Public Bank telah dihentikan mulai 24/3/2014). Sila
rujuk pengumuman Public Bank disini :
https://www.pbebank.com/Annoucements.aspx?qid=164#q164
Akaun Public Bank GIA menawarkan kemudahan pengeluaran emas fizikal di dalam bentuk
jongkong emas 50 gram dan 100 gram sahaja. Namun pengeluaran emas fizikal ini hanya
terdapat di 2 cawangan Public Bank sahaja iaitu di Public Bank Jalan Sultan Sulaiman, Kg Attap,
Kuala Lumpur dan Public Bank Bagan Ajam, Butterworth, Pulau Pinang.
Pelabur juga perlu membayar kos pengeluaran emas fizikal seperti berikut:
Cawangan pengambilan emas 50 gram 100 gram
RM240 sekeping
Jalan Sultan Sulaiman RM220 sekeping RM270 sekeping
Pulau Pinang / Bagan Ajam RM250 sekeping
Memantau pergerakan harga emas PBGIA.
Anda boleh melihat pergerakan harga akaun GIA melalui laman web Public Bank:
Gambar: Harga emas harian Public bank GIA
Spread harga jualan dan belian PBGIA.
Mengikut harga di atas, spread harga jualan dan belian GIA adalah 4.00%
Kebaikan PBGIA:
1. Mudah dibuka – setiap cawangan Public Bank menawarkan akaun ini.
2. Tidak perlu risau aspek keselamatan simpanan kerana tidak melibatkan emas fizikal.
3. Anda boleh membeli dan menjual emas GIA secara online melalui perbankan internet
Public Bank (www.pbebank.com)
Kelemahan PBGIA:
1. Pelabur tidak mendapat emas fizikal – jadi anda tidak boleh membuat teknik manipulasi
emas menggunakan teknik Ar-Rahnu
2. Anda tak boleh jual selagi harga buying price melebihi kos anda membeli emas GIA. Jika
anda memerlukan wang dan menjual ketika buying price rendah daripada kos anda
membeli emas maka anda akan rugi.
109
Maybank gold Investment Account (GIA)
Selain daripada menjual syiling Kijang
Emas, Maybank juga menawarkan akaun
simpanan pelaburan emas yang
dinamakan Maybank Gold Investment
Account (GIA).
Pelabur akan membeli emas dengan
kualiti 999.9 dan berdasarkan harga
emas semasa dunia.
Pelabur tidak mendapat emas fizikal
sewaktu membeli emas MGIA sebaliknya
jumlah pembelian emas akan dicatatkan
di dalam buku.
Anda boleh membuka akaun simpanan ini
di mana-mana cawangan Maybank.
Syarat-syarat membuka dan kos permulaan akaun Maybank GIA.
1. Individu berumur 18 tahun ke atas.
2. Jika membuka akaun bersama – maksima empat orang
3. Bagi membuka akaun pelabur mesti membeli 1 gram emas
4. Sebarang pelaburan tambahan selepas itu mestilah 1 gram dan ke atas
5. Baki minima yang perlu ditinggalkan di dalam akaun ialah 1 gram
Kemudahan membeli dan menjual emas melalui perbankan internet.
1. Maybank menawarkan kemudahan untuk anda membeli dan menjual emas GIA melalui
perbankan internet www.maybank2u.com
2. Kemudahan ini boleh digunakan mulai hari Isnin ke hari Jumaat (10 pagi sehingga 4.30
petang) apabila bank beroperasi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Pengeluaran emas fizikal:
Untuk pengetahuan anda, akaun Maybank GIA tidak menawarkan kemudahan pengeluaran
emas fizikal. Apabila anda menjual emas di dalam buku akaun ini, anda hanya boleh mendapat
wang tunai.
Justeru, jika anda berhasrat untuk mengeluarkan emas fizikal pada masa hadapan maka
pelaburan melalui akaun Maybank GIA adalah tidak sesuai untuk anda.
Memantau pergerakan harga emas Maybank GIA di internet:
Anda boleh memantau harga emas GIA di laman web Maybank2u.com.my di sini:
http://www.maybank2u.com.my/mbb_info/m2u/public/treasuryRates.do?chCatId=/mbb/Person
al/INV-Investment&programId=INV03-Gold&cntTypeId=0&cntKey=INV03.03
110
Gambar: Harga emas Maybank GIA.
Spread harga jualan dan belian Maybank GIA.
Spread harga jualan dan belian GIA adalah di dalam lingkungan 4.1% ke 4.2%.
Kebaikan Maybank GIA:
1. Mudah dibuka – setiap cawangan Maybank menawarkan akaun ini.
2. Tidak perlu risau aspek penyimpanan kerana tidak melibatkan emas fizikal.
3. Kos membuka akaun yang sangat rendah iaitu minima 1 gram sahaja.
4. Kos menambahkan pelaburan juga rendah iaitu minima 1 gram sahaja.
Kelemahan Maybank GIA:
1. Pelabur tidak mendapat emas fizikal secara terus. Nilai belian dicatatkan ke dalam buku
akaun simpanan emas anda.
2. Belian dan jualan cuma boleh dilakukan ketika waktu perbankan sahaja.
3. Anda tak boleh jual selagi harga buying melebihi kos anda membeli emas GIA. Jika anda
memerlukan wang dan menjual ketika buying price rendah daripada kos anda membeli
emas maka anda akan rugi.
4. Pelabur TIDAK BOLEH mengeluarkan simpanan akaun ini di dalam bentuk emas fizikal.
Jadi ia tidak sesuai bagi mereka yang mahu mendapatkan emas fizikal pada masa
hadapan.
Komen saya:
1. Maybank GIA menawarkan kemudahan membuat pelaburan emas dengan kadar yang
paling minima. Ini kerana kos membuka akaun ini adalah minima 1 gram dan
penambahan pelaburan boleh dibuat dengan minima 1 gram. Ini membolehkan pelabur
menyimpan emas dengan kuantiti yang kecil. Ia membantu pelabur emas membuat
pelaburan secara kecil-kecilan.
2. Namun begitu, spread bagi akaun ini agak tinggi iaitu 4.1% ke 4.2%.
3. Kelemahan yang ketara untuk pelaburan emas melalui akaun simpanan emas ialah anda
tidak mendapat emas fizikal. Jadi anda tidak boleh menggadaikan emas sekiranya
memerlukan wang.
4. Memandangkan akaun Maybank GIA tidak menawarkan kemudahan pengeluaran emas
fizikal, ia dilihat kurang menarik.
111
Akaun Simpanan Emas CIMB Bank
CIMB bank turut menawarkan pelaburan emas melalui
akaun simpanan emas CIMB.
Pelanggan boleh membuka akaun ini bila-bila masa di
semua cawangan CIMB bank.
Pelabur tidak mendapat emas fizikal sebaliknya nilai
emas yang dibeli akan dicatatkan di dalam buku akaun
simpanan emas anda.
CIMB menawarkan kemudahan mengeluarkan emas
fizikal kepada pelabur akaun simpanan emas mereka.
Maklumat lanjut mengenai akaun ini boleh dilihat di laman web CIMB bank di sini:
https://www.cimbclicks.com.my/gold-investment-account.html
Syarat-syarat untuk membuka akaun simpanan emas CIMB.
1. Individu berusia 18 tahun ke atas (pemastautin atau bukan pemastautin)
2. Anda perlu mempunyai akaun simpanan atau semasa CIMB.
3. Pembelian awal sebanyak 1 gram.
4. Anda boleh membeli dan menjual pada bila-bila masa dengan minimum sebanyak 1
gram dan dalam gandaan 1 gram.
5. Anda perlu meninggalkan baki minima 1 gram di dalam akaun
6. Anda boleh membuka akaun simpanan emas melalui perbankan internet CIMB Click.
7. Yuran servis tahunan RM5 dikenakan jika baki emas anda berada di bawah 5 gram.
Pengeluaran emas fizikal:
CIMB menawarkan kemudahan pengeluaran emas fizikal. Syarat minima bagi pengeluaran emas
fizikal adalah 100 gram dan di dalam gandaan 100 gram sahaja. Anda perlu membayar RM1
untuk setiap gram emas yang dikeluarkan (sebagai kos insurans dan pengangkutan). Jadi jika
anda mengeluarkan 200 gram maka anda perlu membayar RM200.
Untuk pengeluaran emas fizikal, anda perlu mengambil sendiri emas anda di CIMB Kuala
Lumpur Main Branch, 11 Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur.
Kegagalan anda mengambil emas fizikal di dalam tempoh 30 hari selepas penerimaan notis
daripada bank akan dikenakan bayaran RM1/setiap gram emas fizikal yang dikeluarkan.
Kemudahan beli dan jual emas melalui perbankan internet.
1. Pelabur boleh membeli dan menjual emas melalui perbankan internet CIMB Bank di
www.cimbclicks.com.my
2. Pelabur boleh membeli dan menjual emas bermula dari jam 8.30 pagi sehingga 11.30 malam
setiap hari (kecuali ketika cuti umum)
112
Ringkasan transaksi jual beli emas melalui perbankan internet CIMB.
8.30 pagi sehingga 4.59 petang 5.00 petang sehingga 11.30
malam
Had transaksi Minima Maksima Minima Maksima
Pembukaan akaun 300 gram 200 gram
Belian – akaun
sendiri
Belian – akaun pihak 1 gram 1 gram 200 gram atau
ketiga RM 10,000*
RM 10,000* yang mana
terendah
Jualan** 300 gram 200 gram
Pengeluaran emas Minima berat 100 gram dan tiada had maksimum
fizikal**
Had transaksi harian untuk kesemua transaksi dihadkan kepada 6000 gram.
*Had pemindahan ke akaun pihak ketiga.
**Pelabur dikehendakki meninggalakan baki minima 1 gram di dalam akaun.
Memantau pergerakan harga emas akaun simpanan emas CIMB.
Anda boleh memantau harga belian dan jualan bagi akaun simpanan emas CIMB di sini:
http://www.cimbbank.com.my/index.php?ch=gen_rate&pg=gen_rate_gold&tpl=gen_rates&uc=1
Gambar: Harga belian dan jualan emas.
Spread harga belian dan jualan akaun simpanan emas CIMB.
Berdasarkan pengiraan saya mengikut jadual harga di sebelah, spread untuk akaun simpanan
emas CIMB adalah lingkungan RM5.40 – RM5.60 sen segram (sekitar 3.47%).
Kebaikan akaun simpanan emas CIMB.
1. Mudah dibuka – setiap cawangan CIMB menawarkan akaun ini.
2. Tidak perlu risau aspek penyimpanan kerana tidak melibatkan emas fizikal.
3. Anda boleh memohon untuk mengeluarkan emas fizikal (minima 100 gram)
113
4. Spread yang agak rendah iaitu RM5.40 – RM5.60 segram
Kelemahan akaun simpanan emas CIMB:
1. Pelabur tidak mendapat emas fizikal secara terus. Nilai belian dicatatkan ke dalam buku
akaun simpanan emas anda.
2. Belian dan jualan cuma boleh dilakukan ketika waktu perbankan sahaja.
3. Anda tak boleh jual selagi harga buying melebihi kos anda membeli emas GIA. Jika anda
memerlukan wang dan menjual ketika buying price rendah daripada kos anda membeli
emas maka anda akan rugi.
Syarat-syarat lain yang perlu anda ketahui mengenai akaun ini.
1. Yuran tahunan RM5 dikenakan jika baki emas adalah kurang daripada 5 gram pada akhir
tahun.
2. RM20 dikenakan bagi menggantikan buku akaun yang hilang.
3. RM10 dikenakan jika pelabur menutup akaun ini dalam tempoh kurang 6 bulan daripada
tarikh pembukaan.
114
Akaun Pelaburan Emas UOB Bank.
UOB Bank turut menawarkan kemudahan akaun simpanan
emas. Anda boleh membuka akaun simpanan emas ini di
mana-mana cawangan UOB bank yang berhampiran.
Terdapat 2 jenis akaun pelaburan emas yang ditawarkan
oleh UOB bank iaitu:
1.Akaun Simpanan Emas
2.Akaun Emas Premier
Akaun Simpanan Emas ini dikhususkan bagi mereka yang
ingin membuat pelaburan dengan amaun yang kecil
manakala Akaun Emas Premier dikhususkan kepada
mereka yang mempunyai lebih banyak wang.
Ini adalah perbandingan di antara akaun simpanan emas
UOB dan akaun Emas Premier.
Pelaburan awal minimum Akaun Simpanan Emas Akaun Emas Premier
Pembelian minimum 20 gram 1 kg
seterusnya dalam gandaan 5 gram dalam gandaan 1kg
Pengeluaran minimum
Spread dalam gandaan 5 gram dalam gandaan 1kg
Baki akaun minimum
Yuran dan caj RM2 per gram RM1 per gram
Syarat sebelum membuka 10 gram 1 kg
akaun
RM2.00 yuran pentadbiran RM2.00 yuran pentadbiran
Penukaran kepada emas fizikal
akan dikenakan jika baki pada akan dikenakan jika baki pada
Proses membeli dan menjual
akhir bulan kurang daripada akhir bulan kurang daripada 1
10 gram kg
Sebelum membuka mana-mana akaun pelaburan emas di atas,
pelabur perlu memiliki sama ada akaun simpanan atau akaun
semasa untuk memudahkan pembayaran yuran pentadbiran
dan/atau apa-apa caj.
Pelabur boleh menukar emas yang dibeli melalui akaun
simpanan emas kepada emas fizikal (tertakluk kepada
kelulusan bank). Yuran pentadbiran nominal akan dikenakan
bagi penukaran ini.
Anda boleh membeli dan menjual emas pelaburan anda pada
bila-bila masa semasa operasi perbankan.
Anda boleh membaca maklumat lanjut mengenai akaun simpanan emas UOB bank di laman web
UOB bank di sini:
http://www1.uob.com.my/business/GMIM/GMIM_pga.html
Harga belian dan jualan akaun simpanan emas UOB bank.
Harga belian dan jualan akaun simpanan emas UOB berubah setiap hari. Anda boleh memantau
harga belian dan jualan bagi akaun simpanan emas UOB bank di laman web UOB bank di sini:
http://www1.uob.com.my/jsp/finance/fin_gia.jsp?func=moneyrate
115
Gambar: Harga belian dan jualan akaun simpanan emas UOB Bank.
Kelebihan akaun simpanan emas UOB bank.
1. Spread akaun simpanan emas UOB adalah yang terbaik berbanding akaun simpanan
emas bank-bank lain. Hanya RM1 segram untuk Akaun Emas Premier dan RM2 segram
untuk Akaun Simpanan Emas.
2. Mudah dibuka – setiap cawangan UOB bank menawarkan akaun ini.
3. Tidak perlu risau aspek penyimpanan kerana tidak melibatkan emas fizikal.
4. Anda boleh memohon untuk mengeluarkan emas fizikal (tertakluk kepada kelulusan
bank). Anda juga perlu membayar kos nominal bagi jika mahu mendapatkan emas
fizikal.
Kelemahan akaun simpanan emas UOB Bank.
1. Pelabur tidak mendapat emas fizikal secara terus. Nilai belian dicatatkan ke dalam buku
akaun simpanan emas anda.
2. Belian dan jualan cuma boleh dilakukan ketika waktu perbankan sahaja.
3. Anda tidak boleh jual selagi harga buying price melebihi kos anda membeli emas GIA.
Jika anda memerlukan wang dan menjual ketika buying price rendah daripada kos anda
membeli emas maka anda akan rugi.
4. Memandangkan ia bukan emas fizikal maka ia tidak boleh digadaikan di Ar-Rahnu jika
anda memerlukan pusingan modal.
Nota penulis: Akaun Simpanan Emas UOB Bank adalah yang terbaik berbanding akaun
simpanan emas daripada bank-bank lain. Ini kerana spreadnya yang kecil
membolehkan anda mendapat keuntungan dengan lebih cepat.
Jika anda ingin membuat pelaburan secara akaun simpanan emas. UOB adalah pilihan
terbaik.
116
Faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum
membeli emas.
Bagi memaksimakan keuntungan di dalam pelaburan emas, anda perlu mempertimbangkan 5
faktor penting sebelum membuat sebarang pembelian iaitu:
1. Spread @ susutnilai emas
2. Harga emas per gram
3. Kesediaan stok
4. Adakah emas tersebut boleh digadai di Ar-Rahnu?
5. Adakah emas tersebut boleh dijual semula jika dibuka plastik atau berlaku kecacatan
padanya?
Faktor 1: Spread @ susutnilai emas.
Spread @ susutnilai bermaksud perbezaan diantara harga belian dan jualan emas. Ia boleh
dikira melalui 2 cara iaitu:
1. Susutnilai di dalam Ringgit Malaysia.
2. Di dalam bentuk % (peratus)
Formula pengiraan susutnilai.
1. Formula susutnilai di dalam RM = Harga jualan – Harga belian.
2. Formula susutnilai di dalam % = Harga jualan – Harga belian x 100%
_______________________
Harga jualan
Contoh pengiraan.
Katakan anda melihat jadual harga jualan dan harga belian seperti dibawah.
Harga harian Kijang Emas
Berat Harga jualan Harga belian Susutnilai Susutnilai (%)
1 Oz RM 4,299 RM 4,121 (RM) 4.1%
½ Oz RM 2,190 RM 2,061 5.9%
RM178
RM129
Daripada jadual, susutnilai Kijang Emas 1 Oz di dalam RM ialah RM178 (RM4299 – RM4121)
manakala susutnilai dalam % pula ialah 4.1%.
Susutnilai Kijang Emas ½ Oz di dalam RM ialah RM129 (RM2190 – RM2061) manakala susutnilai
dalam % pula ialah 5.9%.
Susutnilai di dalam RM pula sesuai digunakan apabila anda membandingkan 2 atau lebih produk
emas dengan berat yang sama. Contohnya jongkong emas 100 gram PAMP Suisse dengan
jongkong emas 100 gram Public Gold.
Di dalam contoh di atas, pembelian Kijang Emas 1 Oz adalah lebih menguntungkan kerana
susutnilainya lebih rendah iaitu 4.1% berbanding 5.9% untuk Kijang Emas ½ Oz.
117
Tips.
Susutnilai emas juga biasanya dipengaruhi oleh berat emas tersebut. Semakin berat emas
tersebut, semakin rendah susutnilainya.
Jadi, saya cadangkan untuk anda membeli emas yang berat kerana susutnilainya lebih kecil
berbanding emas yang kecil.
Untuk melihat perkara ini dengan lebih jelas, mari kita lihat susutnilai produk-produk emas UOB
Bank, Public Gold dan Al-Rajhi Bank.
Contoh pertama:
Untuk contoh yang pertama, mari kita lihat susutnilai bagi emas yang dijual oleh UOB Bank.
Harga UOB pada 26/08/2014 9:27 Pagi.
Berat Jenis Emas Harga jualan Harga Belian Susutnilai (%)
(RM) (RM)
1 OZ (31.1 gram) GML/GKN/SLC* 4232 4036 4.6%
1/2 OZ (15.55 gram) GML/GKN/SLC 2213 2016 8.9%
1/4 OZ (7.78 gram) GML/GKN/SLC 1140 1007 11.7%
1/10 OZ (3.11 gram) GML/GKN/SLC 516 401 22.3%
1/20 OZ (1.555 gram) GML/GKN/SLC 272 199 26.8%
1 OZ (31.1 gram) PAMP GOLD 4198 4033 3.9%
1/2 OZ (15.55 gram) PAMP GOLD 2111 2013 4.6%
100 gram PAMP GOLD 13274 12980 2.2%
20 gram PAMP GOLD 2773 2591 6.6%
10 gram PAMP GOLD 1461 1292 11.6%
5 gram PAMP GOLD 788 643 18.4%
2.5 gram PAMP GOLD 446 318 28.7%
1 gram PAMP GOLD 203 124 38.9%
1 Oz (31.1 gram) KINEBARS 4198 4033 3.9%
20 gram KINEBARS 2773 2591 6.6%
10 gram KINEBARS 1461 1292 11.6%
5 gram KINEBARS 788 643 18.4%
2 gram KINEBARS 365 253 30.7%
1 gram KINEBARS 203 124 38.9%
* GML = Gold Maple Leave
GKN = Gold Kangaroo Nugget
SLC = Singapore Lion Coin
Daripada jadual diatas, anda boleh lihat perbezaan susutnilai antara 2.2% sehingga 38.9% bagi
produk-produk emas UOB.
Jongkong emas PAMP 100 gram mempunyai susutnilai serendah 2.2% sahaja manakala emas
Kinebars/PAMP 1 gram mempunyai susutnilai sehingga 38.9%
118
Contoh kedua:
Untuk contoh yang kedua, mari kita lihat susutnilai bagi jongkong emas yang dijual oleh Public
Gold.
Public Gold Price (24 Hours Live)
(26-Ogos-2014 12:16:14)
Item Harga Jualan (RM) Harga Belian (RM) Susut nilai
8%
10 gram 1,400.00 1,288.00 6%
20 gram 2,774.00 2,607.00 5.5%
50 gram 6,902.00 6,522.00 5%
100 gram 13,739.00 13,052.00 4.5%
250 gram 34,153.00 32,616.00 4.5%
500 gram 68,307.00 65,233.00
Daripada jadual diatas, anda boleh lihat susutnilai jongkong emas Public Gold adalah diantara
4.5% sehingga 8%
Jongkong emas 10 gram mempunyai susutnilai tertinggi iaitu 8% manakala jongkong emas 250
gram dan 500 gram pula adalah terendah dengan nilai 4.5% sahaja.
Contoh ketiga:
Untuk contoh yang ketiga, mari kita lihat susutnilai bagi emas yang dijual oleh Al-Rajhi Bank.
Harga Jongkong Emas PAMP Suisse Al-Rajhi Bank 26/8/2014.
Item Harga Jualan Harga Belian Susutnilai
10 gram 1440.60 1257.80 12.7%
20 gram 2831.85 2515.59 11.2%
50 gram 6978.30 6288.98 9.9%
100 gram 13879.95 12577.95 9.4%
500 gram 68902.05 62889.75 8.7%
1 kilogram 8.3%
137095.64 125779.50
Daripada jadual diatas, anda boleh lihat susutnilai jongkong emas PAMP Suisse yang dijual oleh
Al-Rajhi Bank adalah diantara 8.3% sehingga 12.7%
Jongkong emas 10 gram mempunyai susustnilai tertinggi iaitu 12.7% manakala jongkong emas
1 kilogram pula adalah terendah dengan susutnilai 8.3% sahaja.
Saya berharap anda mendapat gambaran tentang susutnilai produk emas. Setiap produk emas
mempunyai susutnilai yang berbeza-beza.
Untuk memaksimakan keuntungan, anda perlu memilih produk yang mempunyai susutnilai yang
terendah dan bersesuaian dengan budget anda.
119
Faktor 2: Harga emas per gram.
Faktor kedua terpenting yang anda perlu diambil kira sebelum membeli emas ialah mengira
harga emas per gram. Bagi memaksimakan keuntungan, anda perlu memilih emas yang
mempunyai harga emas per gram yang terendah.
Untuk mendapatkan nilai bersih harga emas per gram, anda mesti memasukkan kos-kos lain
yang terlibat di dalam pembelian emas.
Contohnya kedai emas akan mengenakan upah tukang atau workmanship. Jadi anda perlu
mencampurkan kos ini bagi mendapat harga per gram yang sebenar.
Saya akan tunjukkan 3 contoh pengiraan kos emas per gram untuk 3 penjual emas iaitu kedai
emas Wah Chan, Habib Jewel dan Public Gold.
Contoh 1: Jongkong Emas 10 gram Wah Chan.
Gambar di bawah ialah jongkong emas yang dijual oleh kedai Emas Wah Chan.
Ketika ini harga emas 999.9 adalah RM165 segram. Upah tukang untuk jongkong emas ini
adalah RM240.00 (lihat gambar dibawah, W = workmanship = 240)
Jadi jumlah sebenar yang anda bayar untuk membeli jongkong emas 10 gram ini adalah
RM1650 + RM240 upah tukang. Jumlah harganya ialah RM1890.00
Jadi kos per gram untuk jongkong emas ini adalah RM189.00 segram.
120
Contoh 2: Jongkong emas PAMP Suisse 10 gram Habib Jewel.
Gambar di sebelah adalah jongkong emas PAMP Suisse 10
gram yang dijual oleh kedai emas Habib Jewel.
Kos WS (Workmanship @ upah tukang) untuk jongkong emas
10 gram ini ialah RM110.
Memandangkan harga emas ketika ini ialah RM165 segram,
jadi jumlah kos yang perlu anda bayar untuk membeli
jongkong emas PAMP suisse ini ialah:
RM1650 + RM110 = RM1760.00
Jadi kos per gram untuk jongkong emas ini adalah RM176.00
segram.
Contoh 3: Jongkong Emas 10 gram Public Gold.
Gambar di sebelah adalah jongkong emas 10 gram
keluaran Public Gold.
Public Gold tidak mengenakan kos upah tukang untuk
kesemua produk jongkong emas mereka. Sebaliknya
Public Gold mengenakan kos pengangkutan untuk
jongkong emas mereka mengikut berat jongkong emas
tersebut.
Ketika ini, harga jongkong emas 10 gram ini adalah
RM1397.00 manakala kos pengangkutan yang dikenakan
adalah RM10.
Harga bersih jongkong emas 10 gram ini adalah
RM1407.00
Jadi, kos per gram untuk jongkong emas ini adalah
RM140.70
Jika kita buat buat analisis kos emas per gram untuk jongkong emas 10 gram daripada Wah
Chan, Habib Jewel dan Public Gold maka hasilnya adalah seperti berikut.
Penjual Harga Kos lain Jumlah Harga Bersih
Emas/Gram Harga Segram (RM)
Wah Chan Upah RM240 RM1890.00
Habib Jewel RM165.00 Upah RM110 RM1760.00 RM189.00
Public Gold RM165.00 Kos Pengangkutan RM1407.00 RM176.00
RM139.70 RM140.70
RM10
Daripada jadual ini, anda boleh lihat bahawa harga segram jongkong emas 10 gram Public Gold
adalah lebih murah berbanding Wah Chan dan Habib Jewel.
Ini adalah contoh sahaja, jika anda ingin membeli emas maka anda perlu mengira harga semasa
emas dan kos-kos lain yang terlibat sewaktu pembelian tersebut.
121
Faktor 3: Kesediaan stok.
Faktor ketiga terpenting sebelum membeli emas ialah melihat kesediaan stok.
Maksud kesediaan stok adalah:
Anda boleh membeli emas yang anda ingini mengikut harga semasa dan penjual
mempunyai stok.
Ini kerana tidak ada guna jika harga emas turun dan anda berhajat untuk membeli emas tetapi
akhirnya kecewa kerana penjual ketiadaan stok.
Masalah kesediaan stok seringkali berlaku apabila anda ingin membeli emas fizikal di bank.
Contohnya Syiling Kijang Emas dan emas fizikal UOB bank.
Saya pernah beberapa kali kecewa kerana tidak dapat membeli emas fizikal di bank kerana
ketiadaan stok. Harga emas yang mereka paparkan sekadar menjadi perhiasan sahaja kerana
emas tidak ada. Bila saya nak booking stok, penjual cakap tak boleh booking, kena tunggu ada
stok baru boleh beli. Aduh!
Sebab itu, bila ada orang memberitahu saya bahawa Syiling Kijang Emas 1 Oz harganya murah
atau UOB Bank menawarkan harga emas murah maka saya akan cakap “cuba try pergi beli
kalau dapat”
Jadi, pastikan penjual ada stok bila anda nak beli. Kalau tak dapat emas serta merta, sekurang-
kurangnya biarlah penjual emas membenarkan anda booking emas tersebut dahulu ikut harga
semasa. Bila stok emas sampai maka anda boleh pergi ambil.
Faktor 4: Adakah emas tersebut boleh digadai di Ar-Rahnu?
Jika anda ingin menyimpan emas untuk satu jangkamasa panjang (setahun ke atas), besar
kemungkinan akan tiba keadaan di mana anda anda memerlukan wang tunai segera.
Mungkin wang segera diperlukan untuk urusan kecemasan seperti kereta rosak, sakit demam
atau kemalangan atau peluang baik yang tiba-tiba datang contohnya orang nak jual rumah atau
tanah pada harga murah. Jadi anda terpaksa ‘menggunakan emas’ bagi mendapatkan wang di
dalam jangka masa pendek.
Menggunakan emas di sini bermaksud anda boleh membawa emas anda ke Ar-Rahnu (pajak
gadai Islam) dan gadaikan emas anda dan mendapat tunai segera.
Untuk pengetahuan anda, institusi Ar-Rahnu seperti Bank Rakyat dan Pos Malaysia boleh
memberikan pinjaman sehingga RM100,000 (RM seratus ribu) untuk gadaian emas. Phew!!
Banyak tu. Kalau setakat nak beli tanah atau rumah dibawah RM100,000 dan anda memerlukan
wang sepantas kilat maka gadaian emas adalah salah satu alternatif terbaik.
Jadi, jika emas yang anda beli diterima oleh institusi Ar-Rahnu, anda boleh menarik nafas lega
sebab bila berlaku kecemasan maka emas anda boleh digunakan.
Memandangkan terdapat banyak institusi Ar-Rahnu di Malaysia, saya cadangkan anda bertanya
kepada 2 institusi Ar-Rahnu terbesar di Malaysia iaitu Ar-Rahnu Bank Rakyat dan Ar-Rahnu Pos
Malaysia (telefon atau pergi sendiri ke kaunter mereka).
Apa-apa jenama emas yang diterima oleh kedua-dua Ar-Rahnu ini adalah pilihan terbaik anda.
Ada tak emas yang tidak diterima Ar-Rahnu? Jawapannya ialah YA! Ada emas yang tidak
diterima Ar-Rahnu. Contohnya emas yang dibalut dalam plastik dan tidak boleh dibuka
contohnya PAMP Suisse, Kine bar dan Emirates Gold, Perth Mint dan banyak lagi.
122
Emas yang tidak berjenama juga mungkin tidak diterima. Sebagai contoh emas keluaran
syarikat-syarikat kecil atau emas potong.
Memandangkan syarat penerimaan emas di Ar-Rahnu boleh berubah dari masa ke semasa, anda
dinasihatkan untuk membuat homework sendiri.
Gambar: Emas di dalam plastik permanent seal biasanya tidak diterima Ar-Rahnu
Gambar: Jongkong emas tidak berjenama biasanya tidak diterima Ar-Rahnu
(seperti emas potong ini)
123
Faktor 5: Adakah emas tersebut boleh dijual semula jika dibuka plastik
atau berlaku kecacatan padanya?
Jika anda membeli emas fizikal, terdapat risiko yang perlu anda hadapi seperti emas terjatuh
dan kemek, tercalar, terguris atau bengkok. Anda mungkin terpaksa membuka sarung plastik
emas anda dengan pisau sebab nak pergi gadai.
Persoalannya, jika berlaku perkara-perkara malang seperti di atas:
1. Adakah penjual emas tersebut akan menerima atau menolak emas tersebut apabila anda
ingin menjual semula kepada penjual tersebut?
2. Adakah penjual menerima kembali emas tersebut tetapi memotong harganya pada kadar
yang lebih tinggi?
3. Adakah penjual memberikan jaminan belian balik pada harga yang sama walaupun
emas tersebut calar, goris dan bengkok?
Mari kita lihat beberapa situasi. Bagi emas yang dijual oleh bank, mereka TIDAK akan menerima
kembali emas tersebut jika terdapat kecacatan pada emas tersebut. Ini termasuklah tergoris,
calar, kemek dan bengkok. Jadi, kalau anda membeli emas dari bank, risiko tidak boleh menjual
kembali adalah besar jika emas anda menghadapi masalah ini.
Kajian kes: syiling Kijang Emas yang kemek sebab terjatuh dan tercalar.
Dalam kes ini ada 2 orang pembeli yang bernasib malang kerana syiling Kijang Emas mereka
ditolak oleh Maybank apabila mahu menjual kembali. Alasan yang diberikan ialah syiling Kijang
Emas ini telah mengalami kerosakan fizikal (lihat gambar di bawah)
Pihak bank memaklumkan, jika mereka menerima syiling yang rosak ini maka mereka akan
menghadapi masalah untuk menjualnya kepada pembeli baru kerana pembeli baru pasti tidak
mahu menerima syiling yang rosak.
Sebagai langkah selamat, bank menolak terus penjualan semula syiling Kijang Emas ini. Jadi
kedua-dua pembeli ini pening kepala. Di mana mereka boleh menjual syiling Kijang Emas ini?
Yang pasti, mereka rugi besar kerana terpaksa menjual emas ini pada harga yang lebih murah
kepada pihak ketiga.
Gambar: Syiling Kijang Emas kiri (kemek) dan kanan calar.
124
Kajian kes 2: Jongkong emas di dalam plastik yang dibuka. Apa kesannya bila nak jual
balik?
Jongkong emas PAMP Suisse di bawah telah dibuka plastiknya oleh pemiliknya. Tujuannya ialah
untuk digadaikan dan mendapat wang. Maklumlah nak pakai duit cepat.
Selepas dibuka, jongkong emas ini akan dikira sebagai emas terpakai. Jika emas ini dijual
kembali ke kedai emas, maka susut nilainya akan menjadi lebih besar iaitu antara 18%
sehingga 30%.
Kalau tak buka, susut nilainya adalah 13% sahaja. Jadi, pelabur rugi banyak.
Gambar: Jongkong emas PAMP Suisse yang dibuka sebab nak pergi gadai.
Kesimpulan.
Saya telah memberitahu anda 5 faktor terpenting yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli
emas. Sebagai pelabur atau bakal pelabur, anda perlu membuat sedikit homework sebelum
membeli emas.
Ini bagi memastikan anda membuat pilihan yang terbaik. Secara tidak langsung ia boleh
memaksimakan keuntungan anda dan membuatkan ada tidur lena.
125
Topik 4: Harga emas di Malaysia dan Dunia.
Salah satu topik menarik di dalam pelaburan emas adalah mengenai harga emas. Ramai pelabur
emas mendapati harga emas di antara satu-satu penjual dengan penjual lain adalah berbeza.
Harga emas di Malaysia adalah berdasarkan kepada harga emas dunia (dipanggil spot gold).
Dengan kata lain, perubahan harga emas di pasaran dunia akan mempengaruhi harga emas di
Malaysia.
Apabila pasaran emas dunia dibuka, maka harga emas akan berubah setiap saat. Perubahan
harga emas setiap saat boleh dilihat jika anda menggunakan perisian tertentu contohnya
MetaTrader 4. Namun begitu harga emas di kedai emas tidak akan berubah setiap minit dan
saat. Sebaliknya harganya boleh bertukar setiap beberapa minggu dan juga bulan. Ini
membolehkan kedai emas menjalankan urus niaga dengan lancar.
Ada penjual emas yang mengubah harganya beberapa jam sekali contohnya Public Bank GIA
dan Maybank GIA manakala Public Gold pula mengubah harga emas mereka setiap 20 minit.
Harga Kijang Emas pula berubah sehari sekali.
Harga emas dunia adalah lebih kepada panduan untuk peniaga-peniaga emas di Malaysia di
dalam menetapkan harga emas mereka.
Fakta: Emas bukan harga kawalan.
Di Malaysia emas bukanlah barangan kawalan. Justeru itu harga emas bebas ditetapkan oleh
penjual emas. Harga emas berbeza di antara satu penjual dengan penjual yang lain. Ini kerana
setiap pengeluar mempunyai kos pengeluaran dan kos-kos lain yang berbeza-beza. Di antara
kos yang terlibat ialah kos minting, insurans, pengangkutan, penyimpanan, sewa kedai, gaji
pekerja dan lain-lain kos.
Sebagai pelabur yang bijak, adalah penting bagi anda untuk membeli emas pelaburan yang
hampir dengan harga emas pasaran antarabangsa.
Harga emas antarabangsa di dalam RM boleh dilihat di sini. Harga ini dipanggil harga spot gold.
(spot gold bermaksud harga paling terkini emas di pasaran dunia utk belian dan jualan)
Bagaimana melihat harga emas spot gold?
Untuk melihat harga emas spot gold di dalam Ringgit Malaysia, anda pergi ke laman web
Goldprice.org http://goldprice.org/gold-price-malaysia.html
Gambar: Ini adalah harga emas pasaran dunia (dalam RM)
126
Daripada gambar diatas, anda dapati harga spot gold dalam RM ialah RM134.25 segram.
Ini ini membolehkan anda mengetahui harga emas semasa dunia, namun untuk pengetahuan
anda tidak ada penjual emas di Malaysia yang menjual emas pada harga spot gold. Mereka akan
menjual emas di atas harga spot gold.
Ini dipanggil premium over spot price (premium diatas harga spot gold)
Berpandukan harga spot gold ini, anda boleh mengira berapa premium harga emas bagi setiap
penjual.
Mengira premium harga emas.
Premium bermaksud perbezaan diantara harga spot gold dan harga jualan emas oleh penjual.
Biasanya ia dikira dalam bentuk %
Formulanya ialah:
(Harga jualan syarikat segram – Harga spot gold) / (harga spot gold) x 100%
Sebagai contoh, mari kita lihat buat perbandingan premium harga untuk jongkong emas 10
gram UOB Pamp Suisse dan Public Gold 10 gram.
Baik, memandangkan harga spot gold ketika ini adalah RM134.25 manakala harga segram
jongkong emas 10 gram UOB adalah RM151.40 segram dan Public Gold pula RM139.30 segram.
Premium bagi jongkong emas UOB
(RM151.40 – RM134.25) / RM134.25 x 100%
= 12.77% premium over spot price.
Premium bagi jongkong emas Public Gold
(RM139.30 – RM134.25) / RM134.25 x 100%
= 3.76% premium over spot price.
Jadi, disini anda boleh lihat bahawa premium bagi jongkong emas Public Gold adalah lebih
rendah daripada PAMP Suisse yang dijual UOB Bank.
Untuk memaksimakan keuntungan, anda perlu membeli jongkong emas yang rendah
premiumnya.
127
Kemahiran analisis teknikal harga emas.
Saya ingin berkongsi satu rahsia dengan anda. Salah satu daripada kemahiran pelabur emas
yang advance adalah kemahiran membaca pergerakan harga emas. Ia juga dikenali sebagai
kemahiran membuat analisis teknikal. Jika anda mahir membuat analisis teknikal, anda boleh
membuat jangkaan pergerakan harga emas pada masa hadapan.
Ini membolehkan anda mengenal pasti buying opportunity (masa untuk membeli stok emas
dengan banyak apabila harga emas turun) seta melihat harga yang sesuai untuk menjual emas
anda.
Platform yang biasa digunakan untuk memantau dan membuat analisis teknikal ialah dengan
menggunakan perisian MetaTrader 4. Apa yang menarik, perisian ini boleh di muat turun secara
percuma di http://www.fxpro.com/ . Jika anda berminat untuk mencuba perisian ini maka anda
boleh muat turun dan mencubanya.
Gambar: Antara muka perisian MetaTrader 4.
Selain memantau harga emas, anda juga boleh menggunakan perisian MetaTrader 4 ini untuk
membuat analisis teknikal untuk harga perak.
Perisian ini sangat fleksibel. Anda boleh memasang beberapa petunjuk (indicator) yang boleh
membantu anda meramalkan pergerakan harga emas dengan lebih tepat.
Lihat gambar di bawah, anda boleh melihat antara muka perisian MetaTrader setelah di
customize kan dan dipasang dengan beberapa petunjuk.
128
Gambar: Perisian MetaTrader 4 yang telah dipasang dengan petunjuk
Jika anda berminat untuk mempelajari ilmu analisis
teknikal harga emas, anda boleh membeli buku tulisan
saya dan Norr Shufaad yang bertajuk Analisis Teknikal
Harga Emas – Strategi membeli dan menjual emas
fizikal pada harga terbaik.
Buku ini berharga RM70 dan anda akan mendapat update
secara percuma.
Untuk mendapatkan buku ini, sila hubungi saya melalui
SMS 013-2126999 atau e-melkan pertanyaan anda
kepada [email protected]
Anda juga boleh menghadiri seminar Pelaburan Emas dan
Analisis Teknikal Emas yang saya dan Noor Shufaad
anjurkan dari masa ke semasa.
Seminar ini adalah seminar berbayar. Jika anda berminat
mengetahui tarikh, tempat dan masa untuk seminar ini
maka anda boleh bertanya kepada saya di talian 013-
2126999.
129
Ini adalah gambar seminar pelaburan emas dan analisis teknikal harga emas yang telah kami
adakan.
Gambar: Peserta seminar pelaburan emas dan analisis teknikal harga emas
Gambar: Saudara Shufaad sedang mengajar analisis teknikal.
130
Anda dan emas. Penyimpan, pelabur atau pedagang?
Apabila anda menceburi bidang pelaburan emas, terdapat 3 posisi yang boleh anda pilih samada
menjadi:
1. penyimpan emas,
2. pelabur emas atau
3. peniaga emas.
Ketiga-tiga posisi ini mempunyai matlamat yang berbeza.
Untuk lebih memahami perkara ini, mari kita lihat definisi Kamus Dewan bagi perkataan
simpanan, pelaburan dan pedagang.
Menurut Kamus Dewan, simpanan bermaksud:
1. sesuatu yg disimpan (wang, barang makanan, dan lain-lain): wang ~ wang yg disimpan; 2. sesuatu yg
disimpan dan digunakan apabila diperlukan (pemain, tentera, dan lain-lain), cadangan; tentera ~
tentera (bukan tentera biasa) yg dipanggil utk berkhidmat apabila diperlukan; 3. = tempat ~ =
persimpanan tempat menyimpan;
Manakala definisi pelaburan pula ialah:
1. jumlah wang (modal dsb) yg dilaburkan dlm sesuatu usaha niaga dsb, penanaman modal; 2. sesuatu
yg dibeli dan sebagainya dgn harapan akan mendapat keuntungan yg berlipat ganda, penanaman modal:
pembelian tanah merupakan suatu bentuk ~ yg menguntungkan;
Definisi pedagang pula adalah:
1. orang yg melakukan perniagaan: Banyak ~ Arab yg datang ke Malaysia utk berdagang.
Apa perbezaan diantara penyimpan emas, pelabur emas dan pedagang emas?
Jawapannya ialah: Niat anda!
Penyimpan emas = Anda berniat untuk menyimpan wangnya ke dalam bentuk emas untuk
kegunaan pada masa akan datang.
Bagi anda, simpanan di dalam bentuk emas lebih baik daripada wang tunai atas sebab-sebab
berikut:
1. Untuk mengelakkan kebocoran wang: Bila ada wang, maka hati anda asyik nak belanja
sampai habis. Jadi kerana risau wang akan cepat habis, maka lebih baik anda tukarkan wang
simpanan menjadi emas. Selamat dari masalah kebocoran wang.
2. Anda berniat menyimpan emas untuk jangkamasa panjang. Bila ada keperluan di masa
hadapan, barulah tukar emas menjadi tunai. Keperluan yang dimaksudkan ialah seperti
tabung universiti anak, tabungan ke Mekah atau tabungan membeli rumah. Kalau tiada
keperluan maka anda tak perlu tukar emas jadi tunai.
Dari segi psikologi, harga emas naik atau, anda tak kisah. Anda cuma hendak tukar wang
simpanan ke dalam bentuk emas.
Bagi penyimpan emas, sifirnya mudah sahaja. Ada duit lebih, tukar jadi emas. Lepas itu simpan
elok-elok.
Sebagai seorang penyimpan emas, konsistensi adalah penting.
131
Setiap kali anda ada simpanan wang, maka anda boleh tukarkan kepada jongkong emas dan
syiling emas.
Jika simpanan wang anda tidak mencukupi, maka anda teruskan menyimpan wang tersebut
sehinggalah ianya mencukupi, barulah anda membeli emas.
Pelabur emas = Orang yang ingin mendapatkan keuntungan daripada aktiviti jual beli emas di
dalam satu jangka masa tertentu.
Pelabur emas berbeza dengan penyimpan emas. Ini kerana pelabur emas lebih aktif membeli
dan menjual emas bagi mendapatkan keuntungan.
Pelabur emas mengejar pulangan dengan cara membeli emas ketika harga rendah dan menjual
kembali ketika harga naik. Dari segi mentaliti, pelabur emas melihat emas sebagai salah satu
tempat melabur.
Ciri-ciri lain seorang pelabur emas adalah seperti berikut:
1. Emas dilihat sebagai pelaburan yg setaraf seperti ASB, unit trust, hartanah dan sebagainya.
2. Anda melihat peratus kenaikan harga emas untuk satu jangkamasa tertentu seperti 6 bulan,
setahun atau lebih.
3. Anda membeli emas ketika harga rendah dan menjualnya ketika harga emas naik bagi
mendapat keuntungan.
4. Anda aktif membaca berita tentang pasaran emas semasa bagi mendapatkan gambaran trend
pergerakan harga emas dan sentimen pasaran.
5. Bila anda membeli emas, anda berdoa supaya harga emas naik mulai esok hari supaya anda
untung cepat.
6. Bila anda menjual emas, anda cepat-cepat berdoa harga emas akan mula jatuh supaya anda
boleh beli balik dengan harga rendah.
Samada sebagai simpanan atau pelaburan, anda perlu memiliki mind set yang betul dan ilmu
yang betul.
Jika anda berhasrat menjadi pelabur emas. Anda perlu menguasai 2 ilmu penting iaitu:
1. Ilmu analisis teknikal harga emas.
2. Ilmu analisis fundamental harga emas.
Ilmu analisis teknikal
Analisis teknikal adalah satu kaedah menjangka dan menentukan corak pergerakan harga masa
depan berdasarkan kajian menggunakan statistik yang diperolehi daripada aktiviti dagangan di
masa lepas.
Kaedah ini membabitkan penggunaan carta dan alatan (tools) untuk mengenal pasti bentuk
pergerakan harga (naik/turun) bagi membolehkan anggaran kenaikan dan penurunan pada
masa hadapan.
Pengkaji analisis teknikal percaya bahawa sejarah aktiviti dagangan masa lepas dapat
menentukan corak pergerakan harga di masa depan.
Kaedah termudah membuat analisis teknikal harga emas adalah dengan menggunakan perisian
MetaTrader4. Contohnya FxPrimus (www.fxprimus.com)
132
Tujuan utama pelabur mempelajari kemahiran analisis teknikal harga emas ialah untuk mencari
di manakah harga lantai dan harga syiling emas.
Sebagai contoh, pelabur emas boleh membuat melihat bahawa titik A, C dan F adalah harga
lantai (support) manakala titik B, D dan E adalah harga syiling (resistance).
Bagi memaksimakan keuntungan, pembelian dibuat berhampiran zon harga lantai dan penjualan
dibuat berhampiran zon harga syiling.
Gambar: Harga lantai dan harga syiling boleh dipantau menggunakan MetaTrader4
Ingin mempelajari ilmu analisis teknikal?
Ilmu analisis teknikal harga emas ini mudah untuk
dipelajari.
Pelabur emas hanya memerlukan masa sehari sahaja untuk
menguasai ilmu analisis teknikal harga emas dan belajar
topik-topik asas seperti konsep harga lantai dan harga
syiling.
Jika anda berminat untuk mendalami ilmu analisis teknikal
harga emas, saya cadangkan anda mendapatkan buku
Analisis Teknikal Harga Emas – Strategi Membeli dan
Menjual Emas Fizikal Pada Harga Terbaik, yang ditulis oleh
saya dan Shufaad www.melakafx.com
Anda boleh baca maklumat lanjut mengenai buku ini di sini
http://bit.ly/BukuAnalisisTeknikalEmas
Anda juga boleh belajar ilmu analisis teknikal harga emas
dengan menghadiri seminar yang saya dan Shufaad
anjurkan dari masa ke semasa.
Dengan ilmu ini, anda boleh menjadi seorang pelabur emas yang lebih baik.
133
Ilmu analisis fundamental.
Analisis fundamental bermaksud anda melihat faktor-faktor besar yang boleh menggerakkan
harga emas.
Contohnya:
1. Trend permintaan dan penawaran emas.
Trend permintaan dan penawaran emas dikeluarkan oleh World Gold Council (www.gold.org) di
dalam laporannya yang bertajuk Gold Demand Trends. Laporan ini dikeluarkan setiap suku
tahunan. Anda boleh muat turun laporan ini secara percuma.
Anda cuma perlu pergi ke www.gold.org dan cari Gold Demand Trends
Gambar: Laporan gold demand trend
134
Di dalam laporan ini, anda boleh melihat gambaran lengkap tentang trend permintaan dan
penawaran emas.
Sebagai contoh, sektor yang membeli emas terdiri daripada:
1. Barang kemas
2. Teknologi
3. Pelaburan (jongkong, syiling dan Exchange Traded Fund)
4. Bank Pusat
Laporan ini akan membuat analisis terperinci samada wujud pertambahan permintaan atau
pengurangan atau penjualan emas daripada sektor-sektor ini. Ia membolehkan anda melihat
sentimen pasaran emas dunia dengan jelas.
2. Peranan Federal Reserved (bank pusat Amerika)
Selain daripada laporan Gold Demand Trend, faktor fundamental lain yang memberi kesan besar
kepada harga emas adalah peranan Federal Reserved (Bank Pusat USA) dan beberapa
komponen-komponen ekonomi.
Antaranya ialah:
1. Mesyuarat Federal Open Market Committee (FOMC)
2. Quantitative Easing
3. US Employment Report
4. US Equities
5. US Government Bond
6. Gold Exchange Traded Fund
7. Outside Market-US Dollar Index and Oil
8. Commitment of Traders Report
Analisis fundamental sangat mempengaruhi harga emas untuk jangkamasa yang panjang
contohnya 6 bulan ke atas malah sehingga bertahun-tahun lamanya.
Anda ingin mempelajari ilmu analisis fundamental harga emas
dengan lebih mendalam?
Dapatkan buku “Analisis Fundamental Harga Emas –
Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi harga
emas dunia” tulisan saya dan Noor Shufaad.
Buku ini menerangkan secara terperinci tentang apakah
faktor-faktor besar yang boleh menggerakkan harga emas
dunia.
Ia bacaan yang sesuai untuk mereka yang berminat menjadi
pelabur emas professional.
Dapatkan preview percuma buku ini di sini (klik)
http://bit.ly/analisisfundamentalFREEpreview
135
Pedagang emas: Orang yang menggunakan emas sebagai medium perniagaan.
Pedagang emas melihat emas sebagai satu peluang perniagaan. Emas boleh dijual beli bagi
mendapatkan keuntungan segera.
Bagi pedagang, mereka membuat keuntungan segera dengan aktiviti membeli dan menjual
emas. Apabila ada pelanggan ingin membeli, maka mereka akan menjual emas tersebut.
Apabila ada orang ingin menjual emas, maka mereka sedia membeli pada harga yang rendah
sedikit daripada harga semasa.
Pedagang emas terbahagi kepada 2 kategori.
1. Pedagang emas fizikal
2. Pedagang emas maya
Contoh aktiviti seorang pedagang emas fizikal.
Saya ingin memberikan contoh bagaimana seorang pedagang emas membuat keuntungan
daripada aktiviti membeli dan menjual emas.
Contoh 1: Menjadi agen syarikat emas.
Menjadi agen syarikat emas membolehkan seseorang membeli dan menjual emas mengikut
harga yang ditetapkan oleh syarikat. Terdapat 2 jenis keuntungan yang lazimnya diperolehi iaitu
untung runcit dan komisyen belian.
Untung runcit.
Lihat contoh harga emas Public Gold dibawah, jika ada pelanggan yang ingin menjual balik 10
gram kepada seorang agen Public Gold maka agen akan membeli emas tersebut pada harga PG
Buy (RM1281) dan apabila ada pelanggan lain yang ingin membeli 10 gram maka agen akan
menjual emas tersebut pada harga PG sell (RM1393). Agen tersebut memperolehi keuntungan
sebanyak RM112 (8%) di dalam transaksi jual beli 10 gram ini.
Gambar: Perbezaan harga Buy dan Sell membolehkan agen mendapat untung runcit.
Komisyen belian.
Komisyen belian merujuk kepada komisyen yang diberikan oleh syarikat kepada agen yang
membeli stok emas daripada syarikat. Biasanya nilai komisyen ditetapkan di dalam bentuk %
daripada nilai belian emas. Sebagai contoh, Public Gold memberikan komisyen antara 1%
sehingga 2% apabila agennya membeli emas daripada Public Gold. Jadi, apabila agen Public
Gold membeli 10 gram emas pada harga RM1393, maka agen akan menerima komisyen antara
RM13.93 ke RM27.86.
136
Contoh 2: Pedagang emas maya (paper trading)
Pedagang emas maya atau dalam bahasa inggerisnya paper trader merujuk kepada mereka
yang menjual beli emas secara maya.
Terdapat 2 produk yang sering digunakan oleh pedagang emas maya iaitu:
1. Bursa Malaysia Gold Futures
2. Spot Gold
Bursa Malaysia Gold Futures
Maklumat lanjut tentang Bursa Malaysia gold futures boleh diperolehi di website Bursa Malaysia
http://www.bursamalaysia.com/market/derivatives/products/commodity-derivatives/gold-
futures-fgld
Soalan-soalan lazim berkenaan gold futures boleh dibaca disini:
http://www.bursamalaysia.com/market/derivatives/education/faqs-on-gold-futures-contract-fgld
Gambar: Maklumat tentang Gold Futures di Bursa Malaysia
Nota penulis : Saya sendiri tidak trade gold futures di Bursa Malaysia, jadi saya tiada
pengalaman untuk diceritakan kepada anda.
137
Spot Gold.
Kemudahan untuk trade spot gold biasanya ditawarkan oleh broker-broker platform forex. Ia
membolehkan trader membeli dan menjual kontrak emas secara online.
Gambar: Contoh broker spot gold ialah FXPrimus.
Inilah 2 butang yang akan menentukan keuntungan dan kerugian seorang trader. Butang Sell
dan butang Buy.
Gambar: Trader akan jual dan beli dengan hanya menekan butang Sell atau Buy
138
Kelebihan.
Paper trading membolehkan pedagang membuat keuntungan segera daripada kenaikan dan
penurunan harga emas. Samada harga emas naik atau turun, trader boleh membuat
keuntungan. Anda cuma perlukan perlukan komputer, internet dan akaun broker.
Kelemahan.
Gold futures dan spot gold termasuk di dalam kategori berisiko tinggi. Saya ulangi, risiko tinggi.
Anda boleh kehilangan semua modal di dalam paper trading, jika tersalah langkah. Dengan
kata lain, untung segera, rugi pun segera. Trader memerlukan ilmu yang tinggi dan disiplin
trading yang tinggi.
Contoh seorang trader.
Sahabat saya Noor Shufaad merupakan seorang trader sepenuh masa.
Beliau aktif trade komoditi dan matawang. Sebelum
pandai trading, beliau banyak menghanguskan modal.
3 tahun berturut-turut beliau mengalami kerugian di
dalam trade kerana ilmu, mentor dan sistem yang
salah.
Namun sekarang beliau sudah jadi sifu dan aktif
mengajar orang tentang seni trade. Anda boleh
membaca blog beliau di www.melakafx.com dan
www.shufaad.com
Beliau menulis buku yang bertajuk “Saya Trader –
Panduan menjana pendapatan melalui pasaran spot
gold dan currency” (215 mukasurat)
Beliau berkongsi strategi-strategi trading yang
digunakan oleh beliau bagi membuat keuntungan.
Anda boleh dapatkan buku ini daripada saya. Whatsapp
atau sms saya di 013-2126 999 untuk maklumat lanjut.
139
Topik 5: Bagaimanakah menjana keuntungan dengan
pelaburan emas?
Sekarang saya ingin berkongsi cara-cara membuat keuntungan
dengan emas. Saya pasti ini adalah topik yang sangat menarik.
Pelaburan emas akan memberikan pulangan yang lumayan jika
anda memahami dan menguasai teknik-teknik yang saya akan
kongsi kan di bawah.
Namun anda perlu siapkan minda anda terlebih dahulu. Sebelum
anda membeli emas sebagai aset, minda anda perlu menjadi aset
terlebih dahulu.
Siapkan minda anda terlebih dahulu.
Sebelum saya bercerita kepada anda teknik-teknik membuat untung melalui emas, saya
berharap anda dapat menyiapkan minda anda untuk memahami perkara-perkara di bawah.
1. Emas adalah pelaburan jangka masa sederhana dan panjang. Ia memang akan
menguntungkan pelabur. Tempoh masa untuk pelaburan emas disarankan sekurang-
kurangnya 1 tahun ke atas. Kesabaran penting kerana ia melibatkan proses menunggu
harga emas naik dan turun.
2. Di dalam pelaburan emas, anda perlu menggunakan konsep mulakan sekarang. Beli
emas kemudian tunggu (buy first then wait), bukannya tunggu masa yang sesuai untuk
bermula.
3. Sebagai komoditi, harga emas sentiasa ada turun naiknya tetapi di dalam jangka masa
panjang harganya akan meningkat naik.
4. Pelaburan emas tidak menjamin pendapatan tetap setiap bulan. Jika anda mahu
menjana pendapatan setiap bulan maka pelaburan emas bukanlah jawapannya.
Jawapannya ialah perniagaan emas. Ya! Anda kena melabur sambil berniaga emas.
5. Pelaburan emas yang sebenar bukanlah dengan cara menyertai skim-skim pelaburan
emas. Anda akan temui beberapa syarikat yang menawarkan pulangan lumayan jika
anda melabur emas dengan syarikat mereka (contohnya memberikan pulangan tetap
2%-3% sebulan). Ini kerana risikonya adalah tinggi. Sudah banyak syarikat yang
menawarkan pelaburan emas telah diserbu oleh Bank Negara Malaysia atau cabut lari.
6. Semakin banyak ilmu yang anda peroleh maka menjana pendapatan dengan emas akan
menjadi lebih mudah. Justeru anda perlu rajin membaca laman-laman web yang
berkenaan emas. Contohnya ialah:
i. Kitco (www.kitco.com)
ii. The Bullion Desk (www.thebulliondesk.com)
iii. Goldsilver.com (www.goldsilver.com)
iv. Mineweb (www.mineweb.com)
v. Casey Research (www.caseyresearch.com)
vii. Bullionvault Gold News (http://goldnews.bullionvault.com/)
viii. World Gold Council (http://www.gold.org/)
140
Berapa lama anda nak simpan emas?
Semakin lama anda simpan emas, maka kelebihan akan berpihak kepada anda.
Di sini saya ingin menunjukkan kepada anda prestasi harga emas dalam jangka masa panjang.
Ini kerana, di dalam jangka masa panjang, anda boleh melihat trend kenaikan dan penurunan
harga emas dengan jelas.
Anda juga akan dapati, walaupun harga emas menaik dalam jangka masa panjang, tetapi ada
ketikanya harga emas boleh jatuh antara 25% hingga 38%
Gambar di bawah menunjukkan pergerakan harga emas dari tahun 2005 sehingga awal 2014.
Harga emas tahun 2005 adalah jauh lebih rendah berbanding harga tahun 2014.
Sejarah kejatuhan harga emas.
Baik, mari kita lihat rekod kejatuhan harga emas pula.
1. Pada 12/5/2006 sehingga 14/5/2006, harga emas jatuh 25% dan mengambil masa 16 bulan
untuk pulih.
2. Pada 16/3/2008 sehingga 12/11/2008, harga emas jatuh 34% dan mengambil masa 19 bulan
untuk pulih.
3. Pada 5/9/2011 sehingga 19/12/2013, harga emas jatuh sehingga 38.5%, dan sedang
mengalami pemulihan.
Jadi tuan puan, pelaburan emas amat sesuai untuk mereka yang bersedia membuat pelaburan
jangka masa panjang.
Gambar: Harga emas sejak 2005 dan waktu harga emas jatuh boleh dilihat.
141
Strategi membeli emas.
Terdapat 3 pelan tindakan yang perlu anda ambil:
1. Mulakan sekarang! Beli emas dulu kemudian baru tunggu, bukannya tunggu masa yang
sesuai untuk bermula.
2. Beli emas secara konsisten.
3. Tambahkan stok emas ketika harga emas jatuh.
Tindakan pertama: Beli emas dahulu, kemudian baru tunggu.
Tindakan pertama adalah MULAKAN SEKARANG! Anda perlu membeli emas dahulu kemudian
tunggu harganya naik.
Belilah emas pertama anda walaupun hanya 1 gram.
Orang yang teragak-agak ialah orang yang rugi. Ramai yang teragak-agak untuk memulakan
pelaburan emas kerana merasakan harga emas “mahal”. Ya memang betul emas memang
mahal.
Saya tak pernah jumpa orang yang cakap harga emas adalah murah. Perasaan mahal itu
hanyalah bisikan otak kiri anda sahaja. Usah pedulikan ia. Yang penting anda perlu bertindak.
Emas adalah pelaburan jangka masa panjang (setahun ke atas). Walau apa juga harga emas
ketika itu anda perlu membeli emas dahulu, kemudian baru menunggu. Sekarang ialah zaman
kenaikan harga emas. Di mana sahaja harga permulaan anda, anda akan tetap untung.
Jadi ambil tindakan sekarang!!
Tindakan kedua: Beli emas secara konsisten.
Langkah kedua adalah membeli emas secara konsisten.
Dengan kata lain, anda perlu menetapkan matlamat untuk menambahkan gram emas anda
secara konsisten.
Dengan mengambil tindakan membeli emas secara konsisten, anda akan memperoleh
keuntungan dengan kaedah pemurataan harga.
Di dalam trend harga emas yang menaik, purata harga emas yang anda beli akan semakin
menurun jika anda membeli emas dengan konsisten.
Bagaimana kaedah pemurataan kos menguntungkan pelabur emas di dalam jangka
masa panjang.
Untuk memudahkan anda melihat keuntungan menggunakan teknik pemurataan harga, saya
akan berikan anda satu contoh.
Andaian 1: Anda telah memulakan pelaburan emas dari tahun 2006
sehingga tahun 2011.
Andaian 2: Anda membeli 1 keping syiling Kijang Emas ½ Oz secara
konsisten 4 kali setahun. Syiling Kijang Emas ini anda beli setiap
bulan Januari, Mei, September, Disember.
142
(anda boleh merujuk sejarah harga Kijang Emas di laman web Bank Negara Malaysia) di
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=statistic&pg=statistic_kijangemas
Tahun 2006 Tahun 2007
Tarikh Harga belian (RM) Tarikh Harga belian (RM)
3/1/2006 1,054 3/1/2007 1,215
2/5/2006 1,278 3/5/2007 1,243
1/9/2006 1,245 3/9/2007 1,268
1/12/2006 1,257 3/12/2007 1,420
Tahun 2008 Tahun 2009
Tarikh Harga belian (RM) Tarikh Harga belian (RM)
3/1/2008 1,530 2/1/2009 1,650
2/5/2008 1,449 4/5/2009 1,699
2/9/2008 1,499 1/9/2009 1,809
2/12/2008 1,520 1/12/2009 2,121
Tahun 2010 Tahun 2011
Tarikh Harga belian (RM) Tarikh Harga jualan balik
2/9/2011 (RM)
4/1/2010 1,989 2,765
3/5/2010 2,042
1/9/2010 2,118
1/12/2010 2,364
Daripada jadual di atas, anda dapati kos membeli 20 keping syiling Kijang Emas dari tahun 2006
sehingga tahun 2010 adalah RM31,770. Jadi kos purata setiap Kijang Emas ialah RM1588.50
setiap satu.
Pada 2/9/2011 harga jualan balik kijang emas ialah RM2765. Jadi jika anda menjual kesemua
20 keping syiling Kijang Emas pada harga RM2765 maka keuntungan anda ialah:
(RM2765 x 20 keping) – RM31770
= RM55,300 – RM31,770
= RM23,530 Keuntungan sebanyak 74%!
Dengan membeli sebiji Kijang Emas secara konsisten, anda akan mendapati bahawa harga
purata bagi setiap syiling akan menjadi lebih rendah.
Tips! Terdapat 2 cara mengira pemurataan harga iaitu harga purata mengikut produk atau
harga purata mengikut gram.
Contoh, jika anda membeli 2 keping jongkong emas, satu berharga RM1300 dan satu lagi
berharga RM1400.
Harga purata mengikut jongkong adalah (RM1300+RM1400) / 2 = RM1350 sekeping
Harga purata mengikut gram adalah (RM1300 + RM1400) / 20 gram = RM135 segram.
143
Tindakan Ketiga: Tambahkan gram emas ketika harga emas jatuh.
Untuk pengetahuan anda, emas adalah komoditi dan didagangkan di pasaran emas dunia. Harga
emas boleh naik dan turun.
Di dalam jangka masa panjang harga emas adalah di dalam trend menaik, namun di dalam
jangka masa pendek harga emas boleh menurun.
Biasanya ia disebabkan tekanan jualan ketika harga emas sedang tinggi (bila harga tinggi
pelabur emas yang terdahulu akan menjual emas untuk mendapatkan keuntungan
menyebabkan harga emas menurun)
Oleh sebab apabila harga emas mencecah meningkat terlalu tinggi maka akan berlaku
penurunan harga selepas itu. Ini memang sangat biasa bagi pasaran emas. Bila harga emas
jatuh, maka ia mewujudkan peluang untuk kita menambahkan stok emas kita. Ini adalah
peluang membeli (buying opportunity)
(Buying opportunity merujuk kepada penurunan harga emas yang banyak menyebabkan kita
boleh mengambil peluang menambahkan stok ketika harga emas sedang rendah)
Gambar: Harga emas terdahulu boleh dijadikan panduan membeli.
Contohnya, apabila harga emas sedang mengalami penurunan 8% atau lebih, anda boleh
menambahkan stok emas anda.
Untuk pengetahuan anda, harga emas boleh jatuh melebihi 10%. Tambahkan gram anda pada
penurunan harga 8%. Jika harga masih lagi turun maka anda boleh tambahkan lagi stok emas
anda secara konsisten.
144
Teknik-teknik menjana keuntungan dengan emas.
1. Beli emas fizikal dan pegang selama yang mungkin sebagai aset.
2. Beli emas fizikal ketika harga rendah dan jual apabila harga tinggi
3. Buat pinjaman semaksimum mungkin dan beli emas fizikal
4. Menjana keuntungan dengan akaun simpanan GIA
5. Membuat keuntungan dengan emas fizikal (menggunakan teknik pajak)
6. Melabur sambil berniaga emas.
Teknik 1 : Beli emas fizikal dan pegang selama yang mungkin sebagai aset/simpanan
anda.
Saya percaya setiap orang perlu menyimpan harta sebagai
aset individu. Sebagai contoh rumah, tanah, saham, ASB,
dan unit amanah merupakan aset yang biasa kita dengar.
Emas juga boleh menjadi aset yang menguntungkan
pemiliknya. Ini kerana:
1. Nilainya sentiasa naik
2. Ia tidak boleh dibinasakan
3. Ia boleh disimpan dengan mudah dan selamat
4. Ia boleh dicairkan kepada tunai dengan cepat.
5. Anda boleh menjualnya bila-bila masa sahaja.
Jadi teknik ini lebih menjurus kepada membeli emas sebagai
aset anda. Anda beli emas dan peganglah ia selama yang
mungkin contohnya 20 – 30 tahun (atau selama-lamanya).
Emas ini akan menjadi pusingan modal untuk anda. Jika
anda memerlukan wang segera maka emas anda boleh
digunakan. Bagaimanakah cara ini boleh menguntungkan anda?
Dengan andaian purata harga emas naik 20% ke 30% setahun di dalam jangka masa panjang
maka anda akan nampak keuntungan apabila anda pergi menggadaikan emas ini di Ar-Rahnu.
Ini kerana, semakin tinggi nilai emas anda maka semakin banyak wang yang anda boleh pinjam
di Ar-Rahnu. Wang ini boleh digunakan sebagai pusingan modal untuk perniagaan.
Sebagai contoh:
Katakan anda membeli 100 gram emas pada tahun 2009 dengan harga RM11 400.
Apabila anda menggadaikan emas tersebut di Ar-Rahnu pada masa tersebut maka anda boleh
meminjam sebanyak 70% daripada nilai emas tersebut.
Jadi 70% x RM11400 = pinjaman sebanyak RM7980
Pada tahun 2013, dengan andaian harga emas anda naik 120% maka nilai emas anda telah
naik harganya menjadi RM25 080.
Nilai pinjaman Ar-Rahnu yang boleh diperoleh pada tahun 2013 ialah:
70% x RM25 080 = RM17 556.
145
Pada tahun 2017, dengan andaian harga emas anda naik 240% menjadi RM38 760 maka nilai
pinjaman Ar-Rahnu yang boleh anda peroleh pada tahun itu ialah: 70% x RM38 760= RM27
132.
Dengan kata lain, semakin lama tempoh masa anda menyimpan emas maka semakin banyak
wang yang anda boleh pinjam.
Kita boleh lihat di sini, emas yang dibeli pada tahun 2009 dengan harga RM11 400 boleh
memberikan pinjaman bernilai RM27 132 selepas 8 tahun.
Gambar: Jongkong emas sebagai aset anda. Lebih berat lebih baik.
Dengan teknik ini anda tidak perlu risau langsung sama ada harga emas akan naik atau turun.
Anda cuma perlu ada emas yang disimpan sebagai harta.
Bila anda perlukan wang maka anda gadaikan sahaja di Ar-Rahnu. Semakin lama simpan,
semakin tinggi nilai emas ini. Semakin banyak pinjaman yang anda boleh dapat.
Pinjaman ini anda boleh gunakan untuk menjana lebih banyak keuntungan contohnya membeli
lebih banyak emas apabila harga emas turun dan menjualkan kembali emas hasil pajakan
tersebut apabila harga emas meningkat naik.
Nota penulis: Setiap Ar-Rahnu mempunyai polisi yang berbeza-beza. Ada yang
menerima jongkong emas, ada yang menerima barang kemas sahaja.
Anda dinasihatkan menelefon institusi Ar-Rahnu terbabit sebelum membuat gadaian.
Ini kerana polisi Ar-Rahnu boleh berubah mengikut masa dan keadaan.
146
Gadai emas di Ar-Rahnu. Untung atau tidak?
Saya selalu mendapat soalan. Adakah menggadaikan emas di Ar-Rahnu itu menguntungkan
atau merugikan?
Jawapannya ialah ia bergantung pada bagaimana anda menggunakan hasil gadaian tersebut.
Jika anda menggunakan hasil gadaian untuk menjana lebih banyak keuntungan, atau pusingan
modal untuk perniagaan, maka itu adalah kaedah yang betul.
Contohnya kontraktor yang menggadaikan emas dan menggunakan wang tersebut sebagai
pusingan modal perniagaan beliau.
Setelah beliau memperoleh bayaran maka beliau boleh menebus kembali emas yang digadaikan
itu. Keuntungan daripada projek tersebut boleh menanggung upah simpan yang dikenakan oleh
Ar-Rahnu.
Pengalaman peribadi. Bagaimanakah saya menjana keuntungan dengan teknik Ar-
Rahnu?
Saya pernah menggunakan kemudahan Ar-Rahnu untuk menjana keuntungan jangka pendek.
Ceritanya ialah saya telah menggadaikan 500 gram emas Public Gold di Ar-Rahnu dan telah
mendapat pinjaman sebanyak RM41 300.
Saya cuma gadaikan emas ini selama 8 hari sahaja ( daripada 18/8/2009 – 25/8/2009).
Kos upah simpan untuk 8 hari adalah RM235 (lihat resit pembayaran di bawah).
Gambar: Kos upah RM235 untuk gadaian selama 8 hari.
Di dalam masa 8 hari saya telah menggunakan RM41 300 yang diperoleh hasil gadaian untuk
membuat 2 transaksi yang telah mendatangkan keuntungan. Antaranya:
1. Membeli 200 gram emas PAMP Suisse penggadai emas yang tersangkut di
Ar-Rahnu dan menjual kembali kepada kawan saya.
Jumlah keuntungan daripada transaksi ini = RM400
2. Membeli balik 3 keping gold bar Public Gold 100 gram daripada orang
persendirian yang nak pakai tunai (dah untung kot). Ketiga-tiga gold bar ini telah
saya jualkan semula kepada pembeli-pembeli baru.
Anggaran keuntungan daripada transaksi ini = RM668.00
Jadi, jumlah keuntungan kasar = RM1068.00 - RM235.00 (upah simpan)
Jumlah untung bersih = RM833.00
Dengan kata lain, teknik gadaian Ar-Rahnu boleh digunakan untuk apa juga transaksi asalkan
jumlah keuntungan yang dijana melebihi upah simpan. Segalanya tertakluk kepada kreativiti
dan peluang yang datang kepada anda.
Jika anda tidak tahu bagaimana menjana keuntungan dengan hasil pajakan emas tersebut,
maka saya cadangkan anda untuk menyimpan sahaja emas tersebut. Jangan gadai emas dan
beli sport rim. Itu memang cari penyakit.
147
Teknik 2: Beli emas ketika harga rendah dan jual apabila harga tinggi.
Ini adalah kaedah yang termudah. Beli emas fizikal, tunggu sehingga harganya naik dan jual
apabila harganya mencecah target keuntungan anda.
Sebagai contoh jika anda target untuk mendapat keuntungan sebanyak 25% maka anda akan
menjual emas-emas anda sebaik sahaja harganya naik 25%.
Lebih rendah spread emas tersebut maka lebih cepat anda mendapat keuntungan.
Sebagai contoh, emas yang mempunyai spread yang rendah (di bawah 10%) adalah syiling
emas UOB Bank, Kijang Emas, Jongkong emas Public Gold dan Dinar Emas Public Dinar.
Caranya:
Anda beli emas dan kemudian menyimpan emas tersebut. Apabila harga naik melepasi target
keuntungan anda maka anda boleh jual balik dan memperoleh keuntungan.
Jika anda memerlukan wang semasa proses menunggu, anda boleh menggadaikannya di Ar-
Rahnu. Bagi buku akaun simpanan emas pula, anda tak boleh nak gadaikan emas anda. Anda
kena tunggu sahaja.
Contoh:
Anda membeli 5 sekeping syiling Kijang Emas 1 Oz pada 2/1/2008 pada harga RM2,932
sekeping. Jumlah pelaburan anda ialah RM14 660.
Anda meletakkan target untung mendapat keuntungan sebanyak 30% (kenaikan harga
sekurang-kurangnya RM880 untuk sekeping. Kalau dapat lebih lagi bagus).
Jadi target harga jualan anda adalah apabila harga Kijang Emas itu mencecah RM3812 atau
lebih. Maka anda pun mulalah memerhatikan kenaikan harga Kijang Emas hari demi hari di
laman web Bank Negara.
Akhirnya pada tarikh 23/11/2009 anda dapati harga belian balik Kijang Emas adalah RM3839.
Jadi anda boleh menjual kesemua syiling Kijang Emas ini dan memperoleh keuntungan
sebanyak RM4535 (RM907 x 5 keping). Tahniah! Anda telah mencapai target untung anda.
148
Gambar: Jual apabila harga Buying sama dengan target untung anda.
Pilihan kedua.
Jika anda rasa sayang untuk menjual kesemua syiling kijang emas tersebut, anda boleh menjual
sekeping Kijang Emas sahaja (menjual nilai untung).
Anda memperoleh keuntungan RM3839 dan masih mempunyai 4 keping syiling Kijang Emas
yang boleh dijual pada harga lebih tinggi pada masa hadapan.
Kebaikan:
1. Jika anda membeli emas fizikal, anda boleh menggadaikannya di Ar-Rahnu jika
memerlukan wang.
2. Untuk mendapat keuntungan lebih, anda boleh menjual syiling Kijang Emas tersebut
dengan harga yang lebih tinggi daripada harga buying. Caranya ialah dengan menjual
syiling kijang emas ini di group Facebook. Anda tidak perlu jual semula syiling Kijang
Emas anda kepada Maybank. Dengan cara ini anda boleh menambahkan keuntungan.
149
Teknik 3 : Buat pinjaman dan beli emas fizikal
Melihat kepada trend kenaikan harga emas yang melonjak tinggi sejak tahun 2001, saya telah
membuat kajian untuk melihat sama ada untung atau tidak seseorang membuat pinjaman bank
bagi membuat pelaburan emas.
Hasil kajian saya mendapati membuat pinjaman dan membeli emas fizikal memang
menguntungkan. Ini kerana pulangan daripada kenaikan harga emas adalah jauh lebih tinggi
daripada kos meminjam wang. Dengan kata lain pinjaman untuk membeli emas fizikal adalah
pinjaman yang baik.
Definisi: “Pinjaman yang baik ialah pinjaman yang menyebabkan anda menjadi bertambah kaya
Pinjaman yang buruk ialah pinjaman yang menyebabkan anda bertambah miskin”
Ok, berbalik pada cerita buat pinjaman untuk membeli emas.
Di sini adalah analisis saya berdasarkan data yang sebenar.
Kajian kes:
Pada Mei 2002 jika anda membuat pinjaman peribadi Bank Rakyat sebanyak RM10 000 untuk
tempoh 5 tahun maka anda perlu bayar RM227 sebulan bermula Jun 2002 sehingga April 2007.
Jadi jumlah bayaran kepada bank selama 5 tahun ialah RM13 620.00
Jika RM10 000 itu anda beli syiling Kijang Emas 1 Oz (harga pada 2 Mei 2002) maka anda dapat
8 Keping Kijang Emas 1 Oz
Apabila pinjaman peribadi anda sudah dilunaskan pada April 2007, nilai semasa Kijang Emas 1
Oz ketika itu adalah RM2351.
Dengan kata lain, 8 keping Kijang Emas itu kini berharga RM18 808.00 (RM2351 x8)
Kalau anda jual semua syiling Kijang Emas tersebut pada 2/4/2007, maka keuntungan bersih
anda ialah RM5188.00 bersamaan pulangan 51.88% .
150