Cawangan-cawangan Kuwait Finance House Malaysia (KFH).
Kuwait Finance House mempunyai cawangan yang terhad. Anda boleh melihat alamat dan
nombor telefon cawangan KFH di bawah. Saya cadangkan agar anda telefon terlebih dahulu
sebelum datang membeli emas di cawangan tersebut.
Kuala Lumpur Taman Permata Shah Alam
Tingkat bawah, Menara
Prestige, 1, Jalan Pinang, No.8 & 8A, Persiaran Taman Ground Floor, No. 3 & 5,
P.O.Box 10103, 50450 Kuala Permata, Taman Permata, Jalan Plumbum S7/S, Pusat
Lumpur, 53300 Kuala Lumpur. Komersial Seksyen 7,
Seksyen 7, 40000, Shah
Tel: 03-2168 0570 Tel: 03-4105 1024 Alam,
Tel: 03-2168 0598
Kota Damansara Batu Pahat Kota Bharu
No 1 & 3 Jalan Flora 3,
No 22A & 26, Ground Floor, Taman Flora Utama, 83000, Lot 549 (PT 210 & PT 211),
Jalan PJU 5/20D, Pusat Batu Pahat, Johor, Malaysia. Jalan Sultan Yahya Petra,
Perdagangan Kota Seksyen 21,
Damansara, The Strand PJU Tel: 07-433 3110 15299 Kota Bharu, Kelantan,
5, 47810 Petaling Jaya, Malaysia.
Selangor, Malaysia.
Tel : 09-743 3877
Tel: 03-6142 4442
Johor Bahru Pulau Pinang Klang
62, Jalan Molek 2/2, F-12A-1, F-12A-2, F12A-3, 1 & 3, Jalan Bayu Tinggi 2B,
Taman Molek, Lorong Bayan Indah 1, Batu Unjur, 41200 Klang,
81100 Johor Bahru. 11900 Bayan Lepas, Selangor Darul Ehsan,
Tel: 07-356 3100 Tel: 04-619 1600 Tel: 03-3326 5200
Kuching Kota Kinabalu
Block Unit No. 11 (Ground & No 65, Wisma Great Eastern,
First Floor) and Unit No. 10 Jalan Gaya,
(Ground Floor) 88000 Kota Kinabalu,
Lot 125, 209 and Parts of Lot Sabah.
523, 208 & 481
Jalan Satok, K.T.L.D Tel: 088-251 991
93400 Kuching, Sarawak.
Tel: 082-224 800
51
Kelebihan KFH Gold Account-i.
1. Produk yang patuh syariah kerana menawarkan emas fizikal kepada pelanggan.
2. Harga yang murah (kerana menggunakan emas 995.0)
3. Proses membuka akaun yang mudah dan cepat.
4. Anda boleh menyimpan emas tersebut di bank tanpa sebarang kos penyimpanan.
Kekurangan KFH Gold Account-i
1. Kualiti emas 995.0 berbanding jongkong emas lain di Malaysia yang biasanya
mempunyai ketulenan 999.9
2. Spread sekitar 6.3% (sederhana tinggi)
3. Cawangan KFH yang terhad
4. Emas boleh dibeli dan dijual ketika waktu pejabat KFH sahaja (9.30 pagi – 4.30 petang)
5. Sarung plastik emas tidak boleh dibuka, tak boleh calar dan tak boleh bengkok.
6. Tidak boleh digadaikan kerana emas di laminate.
Ulasan penulis:
Jika anda mencari pelaburan emas yang patuh syariah dan murah, KFH merupakan satu pilihan
yang baik.
Ini kerana mereka menjual emas 995.0 yang lebih murah daripada kualiti emas pelaburan yang
biasa iaitu 999.9
Anda juga boleh mengeluarkan emas di dalam bentuk jongkong emas 1gram (bergantung
kepada kesediaan stok)
Namun harus diingatkan, jika anda memerlukan pusingan modal dengan Ar-Rahnu, anda
mungkin akan menghadapi masalah untuk menggadaikan emas KFH kerana dibalut di dalam
sarung plastik.
52
Al Rajhi Bank Gold-i
Al-Rajhi Bank menawarkan pelaburan emas fizikal yang
dipanggil Gold-i
Emas yang ditawarkan adalah emas PAMP Suisse.
Pelanggan boleh membeli emas dari berat 10 gram, 20
gram, 50 gram, 100 gram, 500 gram dan 1 kg.
Anda boleh membaca mengenainya di laman web Al
Rajhi bank di sini:
http://www.alrajhibank.com.my/personal_gold_i.shtml
Syarat-syarat untuk menjadi pembeli gold-i.
1. Pemegang akaun individu/bersama (residen Malaysia atau bukan residen Malaysia) yang
berumur 18 tahun keatas.
2. Akaun bukan individu (syarikat/koperasi) juga layak membeli emas.
3. Pembelian minima adalah 10 gram. Nilai tambahan pembelian adalah dalam gandaan 5
gram.
4. Gold-i cuma boleh dibeli di 5 cawangan Al-Rajhi* iaitu di:
KL Main Affluent Centre, Ground Floor, Bangsar Affluent Branch,
East Block, Wisma Selangor Dredging, Lot No. G02(East Wing),
142-B, Jalan Ampang, Ground Floor BRDB Tower,
50450 Kuala Lumpur Bangsar Shopping Centre,
telefon: 03-2301 7299. 59000 Bangsar, Kuala Lumpur
tel: 03-2301 7000 Ext. 3452
Cawangan Ipoh
GA-E-02 & GA-E-02A Sungai Petani
Tingkat bawah dan tingkat 1 77 tingkat bawah dan tingkat 1, Jalan
Persiaran Greentown 4C, Lagenda 1, Lagenda Heights
Pusat Perdagangan Greentown 08000 Sungai Petani, Kedah
30450 Ipoh, Perak Telefon: 04-4206111
Telefon: 05-2490969
Kota Kinabalu
Lot 5, 6 dan 7, Tingkat Bawah
Wisma MUIS
Peti Surat 11666
88818 Kota Kinabalu, Sabah
Telefon: 088-252203/06/07
53
Spread harga belian dan jualan Al Rajhi Bank Gold-i.
Berdasarkan pengiraan di atas spread untuk emas PAMP Suisse Gold-i adalah seperti berikut:
10 gram = 12.6%
20 gram = 11.10%
50 gram = 9.90%
100 gram = 9.40%
500 gram = 8.70%
1 kilogram = 8.3%
Kebaikan Al Rajhi Gold-i
1. Patuh syariah - Menawarkan emas fizikal kepada pelanggannya.
2. Menawarkan emas berjenama PAMP Suisse yang merupakan salah satu jenama emas
terkemuka dunia.
Kelemahan akaun Al Rajhi Gold-i
1. Urus niaga beli dan menjual emas hanya boleh dilakukan pada waktu perbankan sahaja.
2. Bilangan cawangan yang terhad
3. Spread yang agak tinggi.
4.
Nota penulis: Al Rahji Gold-i adalah produk yang patuh syariah. Namun dengan hanya
5 cawangan di seluruh Malaysia, ia menghadkan peluang bagi mereka yang tinggal
jauh dari cawangan Al-Rahji bank.
p/s: Dari masa ke semasa Al-Rajhi bank mungkin menambahkan bilangan cawangan. Saya
nasihatkan anda untuk menelefon Al-Rajhi bank untuk bertanya tentang cawangan yang
menjual emas.
54
Pelaburan emas melalui Public Gold Marketing Sdn. Bhd.(Public Gold)
Terdapat sebuah syarikat tempatan yang mengeluarkan
sendiri jongkong emas, dinar emas, jongkong perak dan
barang kemas untuk tujuan pelaburan.
Syarikat ini ialah Public Gold Marketing Sdn. Bhd.
Nama singkatannya ialah Public Gold.
Public Gold berpengkalan di Pulau Pinang dan mempunyai cawangan di seluruh Malaysia. Ini
adalah alamat dan nombor telefon Public Gold.
Public Gold Marketing Sdn. Bhd. (930830-K)
Plot 21, Technoplex,
Medan Bayan Lepas,
Taman Perindustrian Bayan Lepas,
Phase IV, 11900 Pulau Pinang.
Tel: 04-6439999
Syarikat ini merupakan salah sebuah pengeluar dan penjual jongkong emas, syiling emas, dinar
emas dan jongkong perak yang terbesar di Malaysia. Terdapat pelbagai produk keluaran Public
Gold yang boleh dipilih oleh pelabur emas dan perak.
Gambar: Pejabat Korporat Public Gold di Pulau Pinang.
Untuk pengetahuan anda, Public Gold tidak ada kena mengena dengan Public Bank.
55
Anda boleh melawati laman web syarikat ini di www.publicgold.com.my atau laman facebooknya
di http://www.facebook.com/publicgoldinternational
Gambar: Laman web Public Gold
56
Emas yang dijual oleh Public Gold.
Public Gold menjual jongkong emas 999.9 yang mempunyai akreditasi LBMA (London Bullion
Market Association) dan diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Jongkong emas Public Gold diiktiraf di peringkat antarabangsa kerana ia dicetak oleh Nadir Metal
Refinery, salah sebuah penulen emas terkemuka dunia yang merupakan ahli kepada London
Bullion Market Association.
Jongkong emas Public Gold bermula dari 1 gram, 5 gram, 10 gram, 20 gram, 50 gram, 100
gram dan 250 gram.
Ini adalah gambar-gambar jongkong emas Public Gold.
Gambar: Jongkong emas 1 gram (classic design)
Gambar: Jongkong emas 1 gram (belakang)
57
Gambar: Jongkong emas 1 gram (tema perkahwinan)
Gambar: Jongkong emas 1 gram (tema happy birthday)
Gambar: Jongkong emas 1 gram (tema Chinese zodiak Goat)
58
Gambar: Jongkong emas 5 gram
Gambar: Jongkong emas 10 gram
Gambar: Jongkong emas 20 gram
59
Gambar: Jongkong emas 50 gram dan 100 gram
Gambar: Jongkong emas 250 gram
60
Susutnilai untuk jongkong emas Public Gold.
Susutnilai bagi jongkong emas Public Gold adalah diantara 5% ke 8%.
Ini adalah jadual susutnilai bagi produk-produk keluaran Public Gold.
Bil. Nama Produk Susutnilai (%)
1. Jongkong emas 10 gram 8%
2. Jongkong emas 20 gram 7%
3. Jongkong emas 50 gram 6.5%
4. Jongkong emas 100 gram 6%
5. Jongkong emas 250 gram 5%
Daripada jadual di atas, anda dapat lihat susutnilai emas semakin kecil apabila beratnya
bertambah.
Kos premium.
Setiap produk Public Gold mempunyai premium. Untuk membeli emas Public Gold, anda perlu
membayar harga emas semasa + nilai premium.
10 gram PG Sell PG Buy
20 gram LBMA Gold Bar/Wafer 24K
RM 1,401.00
RM 1,523.00 RM 2,827.00
RM 3,040.00
Lihat jadual harga di atas. Katakan harga sekeping jongkong emas 10 gram adalah RM1523.00
manakala premium untuk jongkong emas 10 gram adalah RM10 sekeping.
jika anda ingin membeli sekeping jongkong emas 10 gram, maka anda perlu membayar
RM1523.00 (harga emas) + RM10 (premium) = RM1533.00 (jumlah bersih perlu dibayar).
Jadual premium produk Public Gold.
Ini adalah jadual premium bagi jongkong emas dan jongkong perak Public Gold.
Item Kos premium seunit Kos premium seunit
(semenanjung (Sabah & Sarawak)
Jongkong emas 1 gram Malaysia)
Jongkong emas 5 gram (RM)
Jongkong emas 10 gram (RM)
Jongkong emas 20 gram 5 10
Jongkong emas 50 gram 5 10
Jongkong emas 100 gram 10 20
Jongkong emas 250 gram 15 30
Jongkong emas 1 kg 30 60
Jongkong perak 500 gram 50 100
Jongkong perak 1 kg 80 160
300
150 60
30 60
30
61
Jongkong perak Public Gold
Selain daripada jongkong emas, Public Gold juga menjual jongkong perak 500 gram dan 1kg.
Jongkong perak ini adalah berstatus LBMA (London Bullion Market Association) kerana
dikeluarkan oleh Nadir Metal Refinery.
Harga belian dan jualan balik jongkong perak ini boleh dilihat di laman web
www.publicgold.com.my
Gambar: Jongkong perak 500 gram dan 1 kg Public Gold.
62
Harga emas Public Gold.
Apa yang menarik mengenai Public Gold ialah harga emasnya berubah setiap 20 minit mengikut
harga emas dunia.
Jadi, anda berpeluang membeli dan menjual semula emas anda mengikut pergerakan harga
emas dunia. Anda boleh melihat sendiri harga emas secara ‘live’ di laman web Public Gold di
www.publicgold.com.my
Sistem harga live dan kemudahan tempahan emas secara online membolehkan anda membeli
dan menjual produk Public Gold 24 jam sehari dan 365 hari setahun.
Gambar: Harga emas semasa Public Gold di www.publicgold.com.my
Bagaimana melihat harga jualan dan harga belian balik Public Gold?
Anda boleh ke laman web www.publicgold.com.my dan melihat jadual harga di sana.
Terdapat 2 harga yang dipaparkan iaitu PG Sell dan PG Buy.
PG sell = harga emas yang dijual kepada anda.
PG Buy = Harga belian Public Gold daripada anda.
Bila anda ingin membeli emas, lihat harga PG Sell.
Apabila anda ingin menjual balik emas kepada Public Gold, maka anda lihat harga PG Buy.
63
Bagaimana cara membeli emas Public Gold?
Terdapat 3 cara membeli emas Public Gold:
1. Membeli terus daripada cawangan Public Gold.
2. Membuat belian secara online daripada laman web www.publicgold.com.my
3. Membeli menerusi agen Public Gold yang berhampiran tempat anda.
Cawangan-cawangan Public Gold di seluruh Malaysia.
Public Gold mempunyai 17 buah cawangan di Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak.
Cara termudah mendapatkan membuat pertanyaan atau membuat order ialah dengan
menelefon terus ke pejabat Public Gold.
Pejabat Public Gold beroperasi setiap Isnin sehingga Jumaat (9.00 pagi – 6 petang), Separuh
hari pada hari Sabtu (9.00 pagi – 1 tengahari). Kesemua cawangan ditutup pada hari Ahad atau
cuti am.
Jika anda ingin membeli melalui telefon, anda hanya perlu telefon cawangan Public Gold yang
berhampiran (lihat nombor telefon di dalam jadual di bawah), anda bercakap dengan staff Public
Gold, item yang ingin anda beli.
Jika staff Public Gold bertanya kepada anda tentang introducer (orang yang memperkenalkan
anda kepada Public Gold, beritahu mereka yang anda tahu melalui Public Gold melalui penulis
Buku Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas, En Syukor Hashim.
Gambar: Cawangan Public Gold di Sunway dan Melaka
64
Ini adalah alamat, nombor telefon dan alamat pejabat Public Gold di seluruh Malaysia.
Cawangan Nombor Telefon Alamat
Alor Setar, Kedah 04-7344 916 No.1577, tingkat 1 dan 2, Jalan Kota, Alor
Sungai Petani, Kedah 04-4232 999 Setar, Kedah (bertentangan Etiqa Takaful)
No.86B, 1st Floor, Jalan Pengkalan Taman
Bukit Jambul, Penang 04-644 9999 Pekan Baru, 08000 Sungai Petani, Kedah.
(bersebelahan Public Bank Jalan Kota)
12E, 1st Floor, Jalan Rumbia, Bukit Jambul,
11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Bishop, Penang 04-261 999 No.84, Lebuh Bishop, 10200 Penang.
Ipoh, Perak 05-2428 999 No.26 Jalan Yang Kalsom, 30250 Ipoh, Perak.
42A, Jalan PJS 8/6 (Tingkat 3) Mentari
Petaling Jaya, Selangor 03-56348 999 Business Park, Bandar Sunway, Petaling Jaya.
(di atas Royal Safe Deposit Box)
Kajang, Selangor 03-87349916
No.19B, 19C, Jalan M/J1, Taman Majlis Jaya,
Sungai Chua, 43000 Kajang, Selangor Darul
Ehsan.
Ampang, KL 03-42579 916 98A & 98B, Lorong Mamanda 2, Ampang Point
Batu 41/2, Jalan Ampang, 68000 Ampang
Seremban, N.Sembilan 06-6782 916 (Bersebelahan Habib Jewel Ampang point)
Melaka 06-3175 499 152-1 & 152-2, Block M, Taipan Senawang,
07-2358 999 Jalan Taman Komersil Senawang 1, Taman
Johor Bahru 09-746 2999 Komersil Senawang, 70450 Seremban, Negeri
09-626 3999 Sembilan.
Kota Bharu (Berhampiran Bank Rakyat Taipan Senawan)
Kuala Terengganu, No.9-A, 9-B, Jalan Melaka Baru 22, Taman
Terengganu. Melaka Baru, Batu Berendam, 75350 Melaka.
(sebelah Perodua)
No.45A&B, Jalan Persisiran Perling, Taman
Perling, 81200 Johor Bahru, Johor.
(Bersebelahan 7 eleven taman Perling)
Tingkat 1, Lot 257, Jalan Kebun Sultan, 15000
Kota Bharu, Kelantan.
(sebelah Public Bank Jalan Kebun Sultan)
16A, 1st &2nd Floor, Jalan Sultan Ismail, 20200
Kuala Terengganu.
(Sebelah KFC dan Farmasi Guardian.)
Kuantan,Pahang 09-567 8916 A-6624 1st &2nd Floor, Jalan Beserah, 25250
Kuantan, Pahang.
Kuching, Sarawak 082-259 916 (Sebelah Maybank Jalan Beserah)
Kota Kinabalu, Sabah 088-447 916 Lot 456 & 457, tingkat 3, Al-Idrus Commercial
Centre, Jalan Satok, 93400 Kuching, Sarawak.
(Sebelah Maybank Jalan Satok)
Lot No. 19, Block B-10, Corner Lot, 1st, 2nd
Floor, Lorong Plaza Permai 1, Along Jalan
Sulaman, Kota Kinabalu, Sabah
(sebelah Maybank Alam Mesra, 1 Borneo)
65
Membuat belian secara online melalui laman web www.publicgold.com.my
Selain membeli emas daripada agen atau menelefon pejabat Public Gold anda juga boleh
membuat tempahan produk Public Gold secara online. Ini adalah cara termudah dan terbaik
sekiranya anda mempunyai talian internet.
Ia membolehkan anda membuat belian 24 jam sehari, 365 hari setahun. Ia sangat
memudahkan pelabur-pelabur emas.
Sebelum membuat belian secara online, anda perlu mempunyai akaun terlebih dahulu. Untuk
register akaun anda perlu ke www.publicgold.com.my . Kemudian klik menu Order dan klik
Register (contoh di dalam gambar dibawah)
Selepas itu anda perlu masukkan butiran-butiran yang diperlukan.
Untuk bahagian nama, letakkan nama penuh anda mengikut IC. Pada bahagian Introducer,
letakkan PG000012, Introducer name: Syukor Hashim, Introducer Mobile: 013-2126999
66
Selepas anda memasukkan kesemua butiran berkenaan, anda klik butang “Register”. Selepas
itu anda akan mendapat mesej ini:
67
kemudian anda perlu pergi ke email anda (email yang anda masukkan ketika mendaftar akaun)
dan klik “link pengaktifan” di dalam emel tersebut.
Selepas anda klik link tersebut maka akaun anda telah diaktifkan! Tahniah anda sudah boleh
membuat belian secara online.
p/s: Anda perlu membuat pembelian dalam tempoh 48 jam dari masa anda mengaktifkan akaun
online anda. Sekiranya anda tidak berbuat demikian maka akaun ini akan dihapuskan dan anda
perlu mendaftar semula akaun ini. Jika anda menempah produk dalam tempoh 48 jam maka
anda akan mendapat akaun yang berstatus tetap (permanent customer account)
Untuk membuat belian, anda perlu ke laman web www.publicgold.com.my dan klik menu order.
68
Kemudian masukkan username dan password anda
seperti yang anda terima di dalam email.
Dalam kes ini:
Username = TEMP024877
Password = 12345
Kemudian tekan butang Login.
Selepas itu sekali lagi anda pergi ke menu Oder klik Place Order (lihat gambar dibawah)
Selepas itu anda akan sampai ke menu Order Placement. Di sini anda boleh memilih sebarang
produk yang anda inginkan. Letakkan kuantiti produk yang anda inginkan di ruangan Quantity.
69
Pada bahagian Payment option, terdapat 2 kaedah yang boleh anda pilih iaitu Full Payment
(bayaran penuh) atau pun Easy Payment Purchase (bayaran secara ansuran 4 bulan).
70
Apa itu easy purchase?
Easy purchase adalah pembelian emas secara ansuran yang ditawarkan oleh Public Gold. Ia
membolehkan pelanggan membeli emas pada harga semasa dengan bayaran ansuran 4 bulan.
Anda boleh membuat Easy Purchase untuk pembelian bernilai RM500 ke atas.
Jika anda memilih Easy Payment Purchase, anda hanya perlu membayar 25% daripada jumlah
belian selama 4 bulan.
Pembelian secara easy purchase akan dikenakan kos pengurusan (admin fee) 0.5% daripada
nilai belian. 0.5% ini anda perlu bayar pada bulan pertama. Bulan seterusnya, anda cuma bayar
25% nilai belian sehingga bulan ke empat.
Lihat contoh pembelian secara Easy Payment Purchase di bawah.
Saya telah membeli jongkong emas 100 gram dengan nilai RM16,928.00. Admin Fee ialah
RM85.00. Bayaran bulanan ialah RM4232.00. Jumlah keseluruhan ialah RM17,013.00.
Pada bulan pertama saya perlu membayar RM4317.00 (RM4232.00 + RM85 Admin Fee)
manakala bulan kedua sehingga keempat saya cuma membayar RM4232.00 sahaja.
Gambar: Contoh sales order bagi pembelian secara Easy Payment Purchase
71
Setelah berjaya membuat tempahan secara online, anda akan mendapat CSO xxxxxx (Customer
Sales Order). Tahniah! Anda sudah berjaya membuat tempahan online.
Gambar: Contoh Customer Sales Order (untuk tempahan online)
Selepas itu, di dalam tempoh 24 jam Public Gold akan menghantar Sales Order yang muktamad
ke email anda. Public Gold mungkin akan menghubungi anda melalui telefon untuk
mengesahkan tempahan online anda.
Selepas menerima sales order melalui email, barulah anda buat pembayaran ke akaun bank
Public Gold di dalam tempoh 24 jam.
Sekiranya bank tutup maka anda boleh buat pembayaran pada hari berikutnya. Jika ada
masalah sila berhubung dengan cawangan Public Gold yang berhampiran melalui telefon atau
email.
72
Ini adalah contoh email daripada Public Gold. Sales order anda akan diletakkan di dalam
lampiran. Biasanya bentuk sales order dan jumlah belian adalah sama nilainya dengan Online
Customer Sales Order.
Gambar: Sales Order yang muktamad akan dihantar ke email anda.
73
Kelebihan membeli emas Public Gold.
1. Stok sentiasa ada. Memandangkan Public Gold memiliki kilang emas sendiri, anda boleh
mendapatkan stok emas dengan mudah. Ini merupakan satu kelebihan yang sangat baik
kerana pelabur boleh membeli emas ketika harga emas jatuh.
2. Harga jongkong emas yang dijual adalah lebih murah berbanding harga di kedai emas.
3. Jongkong emas yang dijual mempunyai kualiti 24k (999.9)
4. Spread yang kecil (antara 5.5% ke 8% untuk jongkong emas, 5% ke 6% untuk dinar
emas, 15% untuk barang kemas)
5. Mempunyai agen di seluruh Malaysia. Jadi anda boleh mendapatkannya dengan mudah
dengan menghubungi agen yang berhampiran tempat tinggal anda.
6. Public Gold memberi jaminan akan membeli kembali emas mereka walaupun ada kesan
calar, gores, bengkok dan kemek asalkan berat tetap sama semasa timbangan.
74
Public Gold Gold Accumulation Program – Peluang memulakan
simpanan emas dengan modal yang serendah RM100.
Jika anda mencari-cari peluang untuk memulakan pelaburan emas dengan modal serendah
RM100, anda pasti berminat dengan Program Pengumpulan Emas (Gold Accumulation Program)
Program ini bertujuan memudahkan anda untuk membuat simpanan emas 999.9 dengan modal
serendah RM100 atau minima 1 gram sahaja.
Anda boleh mengeluarkan emas fizikal daripada akaun GAP anda di mana-mana cawangan
Public Gold di seluruh negara.
Ciri-ciri dan Kelebihan :
Anda boleh membuat pembelian emas dengan nilai minimum RM100 atau 1 gram
sahaja.
Pembelian ini akan ditukarkan kepada berat emas sehingga 4 titik perpuluhan (eg.
0.0001gm).
Disokong 100% oleh emas fizikal
Tiada yuran simpanan
Pegangan baki minima di dalam akaun 1 gram sahaja
Diaudit oleh juruaudit bebas
Urusniaga bila-bila masa. 24 jam sehari, 365 hari setahun
Panduan: Bagaimana anda boleh membuka akaun GAP?
1. Anda boleh membuka akaun GAP dengan nilai minima RM100 atau pun 1 gram emas.
2. Anda juga boleh membuka akaun GAP anak anda (perkongsian antara anak & penjaga)
Langkah 1: Rujuk harga emas semasa GAP di laman web www.publicgold.com.my
Sebelum membuka akaun GAP, anda perlu membuat keputusan sama ada ingin membuka akaun
dengan nilai RM100 atau 1 gram emas (pilih salah satu).
Kemudian, baru anda lihat harga emas semasa GAP di laman web Public Gold di laman web
www.publicgold.com.my
Contoh jadual harga GAP:
Daripada jadual harga GAP di atas, jika anda memilih untuk membuka akaun GAP dengan
RM100, maka anda akan mendapat 0.7042 gram emas.
Jika anda ingin membuka akaun GAP dengan nilai 1 gram emas, maka anda perlu membuat
pembayaran sebanyak RM142.
Soalan: Boleh tak anda buka akaun GAP dengan nilai lebih dari RM100 atau lebih dari 1 gram?
Jawapannya BOLEH.
75
Langkah 2:- Buat Pembayaran kepada Public Gold
Anda buat pembayaran ke dalam mana-mana akaun bank Public Gold seperti di bawah:
Nama akaun : PUBLIC GOLD MARKETING SDN BHD
Bank: Maybank
Nombor akaun: 557139238048
ATAU
Bank: Public Bank Berhad
Nombor akaun: 3167-52-0833
Langkah 3: Hantar butiran pembayaran dan maklumat peribadi anda kepada
Public Gold
Selepas bank in, e-melkan bukti pembayaran tersebut bersama-sama 6 maklumat berikut:
1. Nama penuh anda seperti di dalam IC
2. Nombor kad pengenalan
3. Email anda
4. Nombor telefon anda
5. Nombor customer Public Gold (jika ada), jika tiada, tuliskan ‘tiada akaun PG’
6. Letakkan introducer GAP anda: Syukor Hashim PG000012
Emailkan kepada [email protected] dan cc email tersebut kepada
[email protected] dan [email protected]
Langkah 4: Proses pendaftaran akaun GAP anda
Public Gold akan memproses akaun GAP anda dalam masa 48 jam dari tempoh penerimaan
email pembayaran.
Kemudian anda akan menerima SMS dari Public Gold seperti di bawah. SMS ini menandakan
pendaftaran dan pembayaran anda selamat diterima.
Kemudian anda akan menerima email daripada
Public Gold yang mengandungi dokumen
pembelian GAP anda.
(p/s: Jika anda tidak menerima email dari Public
Gold, sila call/whatsapp Public Gold GAP helpline
di talian 017-4866 916)
76
Di bawah ini, saya akan berikan 2 contoh dokumen pembukaan akaun GAP:
1. Pembukaan akaun GAP dengan nilai RM100
2. Pembukaan emas GAP di dalam bentuk gram
Contoh 1: Pembukaan akaun GAP dengan nilai RM100
Gambar: Pembukaan akaun GAP dengan nilai RM100
77
Contoh 2: Pembukaan akaun GAP dengan nilai 30 gram
Gambar: Pembukaan akaun GAP dengan nilai 30 gram
78
Proses pendaftaran akaun GAP anda telah selesai. Pada tahap ini anda sudah mempunyai PG
Code (Customer Account Code) dan dokumen pembelian emas GAP anda.
Panduan: Bagaimana cara membuat penambahan emas GAP?
Anda boleh menambah nilai emas di dalam akaun GAP anda pada bila-bila masa mengikut
kemampuan.
Ini kerana GAP adalah program penyimpanan emas emas secara berterusan.
Akaun GAP TIDAK ADA tarikh luput.
Langkah 1: Rujuk harga emas semasa GAP di laman web www.publicgold.com.my
Anda boleh lihat harga emas semasa GAP di dalam jadual.
Harga GAP dipaparkan di dalam 2 format iaitu RM100 = berat emas atau RMxxx = 1.0000 gram
emas.
Contoh jadual harga GAP:
Daripada jadual diatas, dengan RM100, anda akan membeli emas sebanyak 0.7042 gram.
Jika anda ingi top-up 1 gram, maka anda perlu membayar RM142.
Contoh: Jika anda ingin membeli sebanyak 3 gram emas, maka anda perlu membuat pembayaran
sebanyak RM426.00
Langkah 2: Memilih kaedah pembayaran dan membuat pembayaran.
Anda boleh membuat penambahan GAP melalui perbankan internet, deposit di kaunter bank,
mesin deposit tunai, pemindahan ATM, cek, arahan tetap bulanan, bayaran tunai di cawangan
Public Gold atau trade in emas terpakai ( di cawangan Public Gold).
Anda boleh menambah akaun GAP anda melalui 2 cara iaitu minima RM100 atau dalam gandaan
RM50 ataupun menambah mengikut nilai gram emas.
Nota : Nilai tambahan minima untuk GAP adalah RM100 dan di dalam gandaan RM50 (contohnya
RM100, RM150, RM200, RM250). Tiada had maksima untuk pembelian GAP.
* Nilai tambahan minima untuk pembelian berdasarkan gram adalah 1 gram dan dalam gandaan
1 gram.
79
Langkah 3: Buat Pembayaran ke dalam akaun bank Public Gold.
Buat pembayaran mengikut nilai yang anda ingini ke dalam akaun Public Gold seperti di bawah:
Nama akaun : PUBLIC GOLD MARKETING SDN BHD
Bank : Maybank Bank :Public Bank Berhad
Nombor akaun: 3167-52-0833
Nombor akaun: 557139238048 Swift nombor : PBBEMYKL
Swift nombor : MBBEMYKL
*Cek pantas tidak diterima
*Lihat contoh resit bank in di akhir tajuk ini.
Langkah 4: Maklumkan butiran pembayaran kepada Public Gold
Selepas bank in, sila maklumkan kepada Public Gold untuk pengesahan.
1. E-melkan bukti pembayaran GAP anda kepada [email protected] dan cc email
tersebut kepada [email protected] dan [email protected] atau fakskan
ke nombor 04-646 4916
2. Anda juga boleh whatsapp gambar bukti pembayaran kepada GAP helpdesk di talian
017-4866916. Pastikan gambar tersebut jelas dan tidak kabur.
2. Jika anda tidak mahu menggunakan email, anda boleh gunakan SMS/WhatsApp/WeChat
untuk menghantar maklumat pembayaran. Taipkan: Kod PG anda<jarak>BELI
GAP<jarak>Jumlah Tempahan <jarak> (Tarikh & Masa Pembayaran) dan hantar kepada
012-3876916 (GAP helpdesk)
Contoh:
Pelanggan sedia ada
Dengan Kod PG : PG 000000 BELI GAP RM100 (01/07/2014 & 12:34:56)
(jika belian gram) PG 000000 BELI GAP 1GRAM (01/07/2014 & 12:34:56)
Jika anda pelanggan baru, formatnya adalah seperti berikut:
Pelanggan Baru : PG NEW BELI GAP RM100 (01/07/2014 & 23:45:59)
(jika belian gram) PG NEW BELI GAP 1GRAM (01/07/2014 & 23:45:59)
*Sila simpan slip pembayaran asal untuk rujukan pada masa akan datang.
Langkah 5: Kemaskini Penyata GAP anda:
I. Akaun GAP anda akan dikemaskini dalam tempoh 48 jam selepas bukti pembayaran
disahkan oleh Public Gold.
II. Pembayaran melalui cek memerlukan 8 hari bank bekerja untuk dijelaskan.
80
Langkah 6: Cara-cara pengeluaran emas fizikal @ menjual emas daripada akaun GAP
Anda boleh mengeluarkan emas fizikal melalui akaun GAP anda di mana-mana cawangan Public
Gold di seluruh Malaysia.
Minima pengeluaran adalah 1 gram (tertakluk kepada baki minima 1 gram di dalam akaun GAP
anda)
Contoh: Sekiranya akaun GAP anda mempunyai baki 11 gram, maka anda boleh mengeluarkan
10 gram emas fizikal.
Anda boleh memilih sebarang jenis jongkong emas Public Gold bermula dari minima 1 gram, 5
gram, 10 gram, 20 gram, 50 gram, 100 gram, 250 gram, 500 gram dan 1 kg).
Kos premium akan dikenakan untuk pengeluaran emas fizikal.
Sama seperti pembelian emas fizikal Public Gold, pengeluaran emas fizikal daripada akaun GAP
juga tertakluk kepada kos premium.
Ini adalah jadual kos premium:
Item Kos premium seunit Kos premium seunit
(semenanjung Malaysia) (Sabah & Sarawak)
Jongkong emas 1 gram
Jongkong emas 5 gram (RM) (RM)
Jongkong emas 10 gram 5 10
Jongkong emas 20 gram 5 10
Jongkong emas 50 gram 10 20
Jongkong emas 100 gram 15 30
Jongkong emas 250 gram 30 60
Jongkong emas 500 gram 50 100
Jongkong emas 1 kg 80 160
200
100 300
150
Sebagai contoh, jika akaun GAP anda mempunyai baki 11 gram, anda boleh mengeluarkan
emas fizikal sebanyak 10 gram.
Jika anda keluarkan 10 gram tersebut di dalam bentuk 1 gram x 10 keping, maka
premium yang perlu anda bayar adalah RM5 x 10 = RM50.
Jika anda keluarkan 10 gram tersebut di dalam bentuk 5 gram x 2 keping, maka
premium yang perlu anda bayar adalah RM5 x 2 = RM10
Jika anda keluarkan 10 gram tersebut di dalam bentuk 10 gram x 1 keping, maka
premium yang perlu anda bayar adalah RM10 x 1 = RM10
*p/s: Ini adalah contoh pengiraan premium jika pengeluaran dibuat di Semenanjung Malaysia.
81
Langkah 7: Bagaimana Menjual Semula Emas Fizikal Public Gold?
Anda boleh menjual semula emas fizikal Public Gold di mana-mana pejabat Public Gold di
seluruh Malaysia atau menjualnya kepada agen-agen yang berhampiran.
Harga belian balik adalah berdasarkan kepada harga emas semasa di www.publicgold.com.my
Langkah 8: Pengeluaran tunai daripada GAP.
Selain daripada pengeluaran emas fizikal, anda boleh menjual emas GAP dan mendapatkan
tunai. Harga jualan adalah berdasarkan kepada harga emas semasa.
Pengeluaran tunai (berdasarkan kepada harga belian Public Gold jam 12 tengah malam pada
hari tersebut dengan mengikut berat produk yang di bawah berat emas terkumpul).
Caranya:
SMS/WhatsApp/WeChat: Kod PG<jarak>JUAL GAP<jarak>Jumlah Jualbalik kepada
+6017-486 6916.
Contoh:
Dengan kod PG : PG 000000 JUAL GAP 100gram
-Pembayaran akan dibuat selewat-lewatnya 3 hari bank bekerja.
-Contoh, Jual balik dilakukan pada 14/7/14, harga akan merujuk pada 14/7/14 12:00 tengah
malam harga belian PG, bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun bank anda pada 16/7/14.
*Pembayaran di bawah keadaan pasaran yang normal.
Langkah 9: Menyemak rekod pembelian dan jualan akaun GAP anda.
Setiap pemegang akaun GAP akan diberikan satu penyata akaun online bagi memantau
urusniaga belian dan jualan GAP anda.
Untuk mendapatkannya username dan password akaun GAP anda, sila telefon cawangan Public
Gold berhampiran.
Ia membolehkan anda melihat rekod belian dan jualan GAP anda secara online di laman web
www.publicgold.com.my
82
Rekod transaksi GAP ini boleh dilihat dalam bentuk penyata bulanan.
Gambar: Penyata online GAP.
83
Dengan GAP, sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit.
Jika anda menyimpan emas sedikit-sedikit, percayalah, lama-lama ia akan menjadi bukit.
Contohnya, jika sebulan anda simpan 1 gram emas, setahun anda dah ada 12 gram, kalau
simpan secara konsinten selama 2 tahun, maka anda dah ada 24 keping (seperti gambar di
bawah)
Bestkan? Inilah kelebihan GAP.
Anda tak perlu beli emas dengan nilai yang besar.
Memadai dengan kemampuan yang anda ada, samada RM100 atau 1 gram.
Anda boleh mulakan simpanan sekarang!
Nota penulis: Jika anda mencari kaedah membuat pelaburan emas yang
1. Murah
2. Boleh mengeluarkan emas fizikal.
3. Boleh dibuat secara online tanpa perlu keluar dari rumah.
GAP adalah salah satu kaedah terbaik.
84
Pelaburan emas melalui Dinar Emas.
Selain membeli syiling emas dan jongkong emas anda juga boleh membuat pelaburan emas
melalui dinar emas. Dinar emas mula mendapat perhatian kerana ia dipopularkan oleh kerajaan
negeri Kelantan.
Antara dinar emas yang dijual di Malaysia ialah Dinar Emas Public Gold dan Dinar Emas Kelantan
Dinar emas Public Gold
Dinar emas Public Gold dikeluarkan di dalam bentuk ½ Dinar (berat 2.125 gram), 1 Dinar (berat
4.25 gram), 5 dinar (berat 21.25 gram) dan 10 dinar (berat 42.50 gram). Kesemua Dinar Emas
Public Gold mempunyai ketulenan 999.9 (24 karat).
Dinar emas ini juga diiktiraf di peringkat antarabangsa kerana mempunyai sijil LBMA (London
Bullion Market Association).
Cara membeli Dinar Emas Public Gold.
Untuk mendapatkan Dinar Emas Public Gold, anda boleh lihat harga dinar emas ini di laman web
www.publicgold.com.my . Kemudian, anda perlu membayar harga Dinar semasa + premium
(lihat jadual dibawah).
Contoh pengiraan harga: Harga semasa 1 Dinar ialah RM633 + premium RM5 = RM638
Item Premium Premium
(Semenanjung) (Sabah/sarawak)
½ Dinar
1 Dinar RM5 RM10
5 Dinar RM5 RM10
10 Dinar RM15 RM30
RM30 RM60
Gambar: Contoh harga Dinar Emas Public Gold dan premiumnya.
Kelebihan dinar emas Public Gold adalah harganya yang murah, kualiti emas 999.9,
susutnilainya rendah (antara 6.5% - 8% sahaja) dan diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Spesifikasi dan gambar dinar emas Public Gold
Gambar: ½ Dinar
85
Gambar: 1 dinar (depan)
Gambar: 1 dinar (belakang)
86
Gambar: 5 dinar (depan dan belakang)
Gambar: 10 dinar (depan dan belakang)
87
Dinar Emas Kelantan.
Dinar emas Kelantan versi terbaru telah dilancarkan pada 12 Ogos 2010. Laman web Dinar
Emas Kelantan ialah http://kgt.com.my/ (Kelantan Golden Trade)
Saiz dinar emas Kelantan yang dijual adalah ½ dinar, 1 dinar, 2 Dinar, 5 Dinar dan 8 dinar. Ia
berketulenan 22 karat (916)
Gambar: Dinar Emas Kelantan
Denominasi Gambar Spesifikasi
1/2 Dinar
1 Dinar 2.125 gram Berat
2 Dinar 16 mm Diameter
5 Dinar
8 Dinar 4.250 gram Berat
21 mm Diameter
8.500 gram Berat
22 mm Diameter
21.25 gram Berat
25 mm Diameter
34.00 gram Berat
32 mm Diameter
Gambar: Senarai produk dinar Kelantan
88
Bagaimana anda boleh membeli Dinar Emas Kelantan?
Jika anda berminat untuk membeli Dinar Emas Kelantan, anda boleh mendapatkannya di Ar-
rahn Permodalan Kelantan Berhad (PKB) ataupun melalui wakalah yang dilantik oleh Kelantan
Golden Trade atau secara online di http://kgt.com.my/.
Ini adalah sebahagian daripada cawangan Ar-rahn PKB di seluruh Malaysia.
Ar-Rahn Kota Bharu 2 Ar-Rahn Kota Bharu Ar-Rahn Rantau Panjang
Lot 1007, Tingkat Bawah, PT 95, Seksyen 7, Jalan No. 181, Tingkat Bawah,
Bangunan Hotel Raudah, Temenggong, 15000 Kota Jalan Besar, Lubok Stol,
Jalan Maju, 15000 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia 17200 Rantau Panjang,
Bharu, Kelantan. Malaysia. Kelantan, Malaysia.
Tel : 09-7414322 Tel: 09-741 4400 Tel: 09-795 3949
Faks : 09-7414320 Faks : 09-741 4409 Faks : 09-795 0599
Ar-Rahn Kajang Ar-Rahn Raja Laut Ar-Rahn Rawang
No. 10 Jalan Raja Harun No. 44G, Jalan Raja Laut, No. 49, Jalan Maxwell,
43000 Kajang 50350 Kuala Lumpur. 48000 Rawang, Selangor.
Selangor
Tel: 03-87361517 Tel : 03-26933433 Tel : 03-60928441
Faks: 03-87367552 Faks : 03-26933431 Faks : 03-60928429
Anda juga boleh membeli dinar emas Kelantan secara online di http://kgt.com.my/shop/
Kebaikan dinar emas:
1. Harga yang rendah – baik untuk mereka yang baru hendak bermula.
2. Boleh digadaikan di Ar-rahn.
Kelemahan:
1. Sukar dibeli kerana tidak semua negeri di Malaysia mempunyai Ar-rahn dinar emas
Kelantan. Wakalah juga adalah terhad.
2. Harga belian balik dinar tidak dinyatakan. Anda perlu menghubungi Ar-Rahn atau
wakalah untuk bertanya harga jualan balik.
89
Membeli jongkong emas di kedai emas.
Terdapat beberapa kedai emas yang menjual jongkong emas. Antaranya ialah Habib Jewel, Poh
Kong, Wah Chan dan Tomei.
Antara jongkong emas yang popular dan boleh anda beli daripada kedai emas adalah:
1. PAMP Suisse
2. Poh Kong Bunga Raya
3. Jongkong emas Wah Chan
4. Jongkong emas Tomei
Namun saya tidak menggalakkan anda membeli emas pelaburan dari kedai emas. Anda boleh
membaca 3 kajian kes di bawah mengenai kenapa saya tidak menggalakkan anda membeli
jongkong emas di kedai emas.
Jongkong emas PAMP Suisse
PAMP ini adalah singkatan bagi (Produits Artistiques Métaux Précieux) (artistic, precious metals
products).
PAMP yang berpangkalan di Switzerland merupakan salah sebuah syarikat yang terkemuka
dunia dalam menulenkan logam berharga dan mengeluarkan produk-produk daripada logam-
logam berharga seperti perak, emas, platinum dan paladium.
Laman web syarikat ini ialah http://pamp.com/main.htm
Emas keluaran PAMP ini diiktiraf mutu, kualiti dan ketulenannya di seluruh dunia. Kesemua gold
bar PAMP mempunyai nombor siri dan juga sijil ketulenan.
Di Malaysia, terdapat 2 bentuk gold bar PAMP yang dijual iaitu Lady Fortuna dan juga jongkong
PAMP Suisse dengan sijil berwarna putih atau merah jambu. Jongkong emas PAMP Suisse boleh
dibeli di Habib Jewel, Wah Chan, Tomei dan sesetengah kedai emas.
90
Gambar 4 : PAMP Suisse 100 gram.
Gambar: PAMP Suisse Lady Fortuna
91
Jongkong emas Poh Kong Bunga Raya, Wah Chan dan Tomei.
Kedai Emas Poh Kong, Wah Chan dan Tomei ada menjual jongkong emas keluaran mereka
sendiri. Bagi Poh Kong, ia dikenali sebagai Bunga Raya. Anda boleh mendapat maklumat lanjut
dengan melawati laman web syarikat berkenaan di:
http://pohkong.com.my/collections/bunga_raya/bunga_raya.asp
Biasanya jongkong emas di kedai emas dijual di dalam bentuk 1 gram, 5 gram, 10 gram, 20
gram, 50 gram dan 100 gram. Memandangkan stok jongkong emas adalah terhad anda
disarankan membuat panggilan telefon dan bertanya tentang stok terlebih dahulu sebelum ke
kedai emas tersebut.
Gambar: Jongkong emas Poh Kong Bunga Raya
Gambar: Jongkong emas Wah Chan
92
Gambar: Jongkong emas di kedai emas TOMEI
Kebaikan
1. Anda boleh membeli menggunakan kad kredit.
2. Lokasi kedai emas biasanya lebih berhampiran dengan tempat tinggal anda.
3. Ada sesetengah kedai emas menawarkan skim belian emas menggunakan kad kredit
secara ansuran selama 12 bulan tanpa faedah.
Keburukan
1. Harga emas yang dijual adalah tinggi
2. Biasanya mempunyai kos workmanship. Anda perlu semak dengan kedai tersebut.
3. Spread yang sangat tinggi (18% ke 30%)
4. Jongkong Emas Lady Fortuna, Poh Kong Bunga Raya, Wah Chan dan Tomei diletakkan di
dalam bekas plastik yang tidak boleh dibuka. Jadi ia tidak boleh gadaikan. Kalau anda
buka juga sarung plastik tersebut maka kedai emas akan tolak harga yang tinggi
sewaktu anda hendak menjual semula emas tersebut, biasanya 25% ke 30%.
93
3 kajian kes: Keburukan membeli jongkong emas di kedai emas.
Berdasarkan kajian saya, membeli emas kat kedai emas bukanlah cara terbaik untuk
memaksimakan keuntungan daripada pelaburan emas. Ia mempunyai beberapa kelemahan.
Antara kelemahan membeli emas pelaburan di kedai emas:
1. Harga emas di kedai emas adalah lebih tinggi berbanding harga emas antarabangsa.
Ini kerana harga kedai emas biasanya berdasarkan kepada harga Federation of
Goldsmiths And Jewellers Association Of Malaysia (FGJAM)
Laman webnya ialah http://www.fgjam.org.my/
2. Susutnilai emas yang tinggi antara 13% ke 30%.
3. Jika jongkong emas itu dibalut plastik (contohnya jongkong emas Poh Kong Bunga Raya, Wah
Chan, Tomei dan PAMP Suisse Lady Fortuna), maka anda tak boleh buka pembalut plastik
tersebut. Jika anda membuka pembalut plastik tersebut maka gold bar tersebut
akan dikira emas terpakai (harga akan dipotong sehingga 30%)
4. Kedai emas boleh memanipulasikan harga emas mereka menggunakan alasan workmanship
cost (upah tukang). Contohnya apabila harga emas turun maka mereka akan menaikkan
workmanship cost manakala apabila harga emas meningkat maka mereka akan
mengurangkan kos workmanship.
Kajian kes 1: Kisah PAMP Suisse Lady Fortuna yang dibuka.
Untuk pengetahuan anda semua, saya ada membeli emas PAMP Suisse Lady Fortuna dari kedai
Emas Poh Win Melaka. Saya beli 2 keping x 1 Oz dan 1 x 50 gram.
Gambar : Kedai Emas Poh Win di Melaka
94
Gambar: Jongkong Emas PAMP Suisse saya
Memandangkan saya ingin menggadaikan emas-emas ini di Ar-Rahnu maka saya telah
membuka plastik kesemua emas PAMP Suisse Lady Fortuna saya.
Gambar: PAMP Suisse Lady Fortuna di dalam plastiknya.
95
Gambar: Jongkong Emas PAMP Suisse yang telah dibuka.
Ini kerana dengan menggunakan teknik Ar-Rahnu maka saya boleh meminjam wang daripada
Ar-Rahnu dan kemudian invest balik dengan membeli lebih banyak emas.
Untuk melihat sejauh mana potongan harga yang dikenakan kedai emas, saya pergi balik kat
Kedai Emas Poh Win sekitar Melaka dan bertanya kepada mereka 2 soalan:
1. Adakah mereka akan terima PAMP Suisse Lady Fortuna yang dibuka?
2. Kalau terima, berapa % akan ditolak dari harga semasa?
Kedai Emas Poh Win #1 - Melaka
“Kalau saya buka salutan plastik PAMP Suisse ini.. you all akan beli balik tak?”"saya tanya..
“Of course kami akan beli balik, normal rate 13% tapi kena tambah lagi 5%, jawab jurujual Poh
Win”
“I see… jadi you all akan tolak 18% la…
“Yes, kalau tak buka plastik tolak 13%, kalau buka plastik tolak 18%” jawabnya lagi…
Pergh… buka salutan plastik saja kena potong 18%
Kedai Emas Poh Win #2 - Melaka
Saya tiba ke kedai Poh Win yang kedua, nak tanya soalan yang sama…
“Kalau saya buka salutan plastik PAMP Suisse ini.. you all akan beli balik tak?”"saya tanya..
“Of course kami akan beli balik, tapi kena tolak 25%, jawab jurujual Poh Win”
“Alamak! kenapa banyak sangat” saya tanya. Terkejut dibuatnya …
“Ooo… kalau buka plastik kita kira emas terpakai" jawab jurujual berkenaan.
Pergh… kedai nie lagi teruk… gold bar tu dikira emas terpakai.
Lepas tu kena tolak 25%. Memang rugi banyak.
96
Kajian kes 2: Susutnilai Jongkong emas Poh Kong Bunga Raya.
Saya pergi ke Kedai Emas Poh Kong kat Jusco Seremban,
nak beli gelang kat isteri… jadi waktu isteri sibuk memilih
gelang, saya tanya sales girl mengenai gold bar Bunga
Raya.
Gold bar yang saya tengok ialah Bunga Raya yang
beratnya 20gram (harga RM2600)
“Gold bar nie kalau jual balik berapa peratus kena
potong?” saya bertanya.
“Oh.. ini potong dalam 11% encik..” jawab sales girl
tersebut sambil menunjukkan buku nota harga belian dan
jualan gold bar.
“Kalau saya buka plastik nie macam mana.. u all akan
ambil balik tak?” saya tanya lagi..
“Oooo.. kalau buka plastik nie kita kira emas terpakai.
“kami akan tolak 25%” jawab sales girl tersebut.
Hati kecil saya berkata .. “Buka plastik pembalut boleh menyebabkan susutnilai emas daripada
11% kepada 25%” Memang rugi beli emas kat kedai emas ini.
Jadi, bagi mereka yang nak beli jongkong emas dari kedai emas, hati-hatilah…
Kalau tak boleh buka salut plastik emas tu.. maknanya anda tak boleh nak gadaikan emas anda
di Ar-Rahnu. Sebab Ar-Rahnu akan menguji emas anda menggunakan mesin densimeter. Anda
terpaksa membuka salut plastik emas anda.
Kajian kes 3: Manipulasi kos workmanship (upah tukang).
Salah satu kelemahan membeli jongkong emas di kedai emas ialah mereka boleh
memanipulasikan harga emas yang perlu anda bayar dengan cara menambah atau
mengurangkan upah tukang (workmanship cost).
Dengan kata lain, lain anda mungkin tidak sedar bahawa kos upah tukang akan mempengaruhi
harga keseluruhan emas anda.
Ini kerana, apabila anda membeli emas di kedai emas maka ia akan melibatkan 2 kos iaitu
harga emas semasa + kos upah tukang.
Jumlah kos = Harga emas semasa + kos workmanship (upah tukang)
Kedai emas akan memberi tahu anda bahawa kos workmanship adalah bergantung kepada reka
bentuk barang kemas tersebut. Namun, kebiasaannya ialah apabila harga emas sedang naik,
kedai emas akan menurunkan kos workmanship.
Akan tetapi apabila harga emas menurun maka mereka akan menaikkan kos workmanship
walaupun emas yang anda beli adalah emas yang sama.
97
Saya ingin berkongsi pengalaman membeli 2 keping jongkong emas PAMP Suisse 1 Oz di kedai
emas yang sama. Sekeping dibeli pada 21 Mei 2008 dan sekeping lagi dibeli pada 21 Jun 2008.
Saya dapati, kos workmanship bagi emas yang sama adalah berbeza. Pada 21 Mei 2008 – kos
workmanship adalah RM122.30 untuk 1 Oz PAMP Suisse manakala pada 21 Jun 2008 kos
workmanship untuk 1 Oz PAMP Suisse adalah RM97.90 (perbezaan RM24.40)
Ini jelas menunjukkan bahawa kedai emas boleh memanipulasikan kos workmanship untuk
menambahkan keuntungan mereka. Ini merugikan pelabur yang membeli jongkong emas di
kedai emas.
Gambar: Harga emas RM107 segram dan workmanship RM122.30
Gambar: Harga emas RM111 segram dan workmanship turun kepada RM97.90
Kesimpulan
Daripada 3 kes di atas, saya tidak menggalakkan anda membeli jongkong emas dari kedai
emas. Ini kerana terdapat banyak kelemahan membeli jongkong emas di kedai emas.
Ini akan menyebabkan anda terpaksa menunggu lama sebelum mendapat keuntungan daripada
pelaburan emas anda.
98
Pelaburan emas melalui barang kemas.
Barang kemas merupakan satu cabang pelaburan emas. Ia diminati oleh kaum wanita. Ini
kerana barang kemas boleh dipakai sebagai perhiasan. Bagi kaum wanita ia lebih
menyeronokkan daripada membeli dan menyimpan jongkong atau syiling emas.
Ramai yang bertanya kepada saya “Adakah barang kemas pelaburan yang emas yang
menguntungkan?”
Saya akan menjawab:
“Emas adalah aset. Jadi membeli barang kemas sebagai untuk tujuan pelaburan juga
menguntungkan. Tetapi ia mengambil masa yang lebih panjang untuk untung berbanding
membeli jongkong emas, syiling emas dan juga dinar emas”.
Sebab utamanya ialah susutnilai barang kemas adalah tinggi (dalam 25% ke 40%).
Jadi, jika anda ingin membuat keuntungan melalui pelaburan barang kemas maka anda perlu
memilih barang kemas terbaik. Ini membolehkan anda memaksimumkan keuntungan melalui
barang kemas tersebut.
Kelebihan dan kelemahan membuat pelaburan melalui barang kemas.
Jadi di sini saya ingin berkongsi dengan anda mengenai 2 perkara iaitu:
1. Kelebihan pelaburan emas melalui barang kemas.
2. Kelemahan pelaburan emas melalui barang kemas.
99
Kelebihan barang kemas.
1. Barang kemas cantik dan boleh dipakai, pasti menceriakan hati pemakainya.
2. Kelebihan daripada segi zakat emas (sila rujuk bab zakat emas dan perak).
3. Boleh digadaikan di Ar-Rahnu jika memerlukan tunai segera@pusingan modal.
Gambar: Institusi Ar-Rahnu menerima barang kemas untuk gadaian.
4. Harta warisan yang sangat baik dan boleh memberikan manfaat kepada penerimanya.
5. Boleh memberikan keuntungan bila dijual semula (apabila harga emas meningkat). Anda
boleh membaca kajian kes di bawah untuk maklumat yang lebih jelas.
Gambar: Graf peningkatan harga emas sepanjang 5 tahun (2006-2011)
100