The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

e-book Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by noorhazwaothman, 2021-08-26 10:36:13

Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas copy

e-book Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas

Katakan anda tidak menjual 8 keping Kijang Emas tersebut dan masih memegang sehingga
23/7/2008 – tarikh kajian ini dibuat, berapakah keuntungan anda?
Pengiraan:
Harga Kijang Emas pada 22/7/2008 ialah RM3208.00 seunit
Jadi RM3208.00 x 8 keping = RM25,664.00!!

.
Keuntungan bersih anda ialah RM12,044!! dalam masa 6 tahun (bersamaan 120%). Purata
pulangan ialah 20% setahun. Memang seronok.
Mengapa saya yakin terhadap teknik ini?
Berdasarkan kepada pembacaan yang intensif dan kajian yang menyeluruh , kesemua pakar
pelaburan memberitahu bahawa sekarang zaman kenaikan emas.
Sistem kewangan berasaskan kredit telah mengalami masalah. Dengan kata lain harga emas
memang berpotensi tinggi meningkat naik. Ini kerana pelabur-pelabur di seluruh dunia melihat
emas sebagai pelaburan selamat (save heaven). Kita pun tahu krisis kredit/ekonomi telah
melanda Amerika Syarikat dan akhirnya merebak ke seluruh dunia.

Gambar: Buku-buku bacaan dan kajian saya berkenaan emas dan sistem kewangan

151

Gambar: Kebanyakan penulis buku pelaburan meramalkan harga emas akan naik
Dengan situasi ekonomi yang tidak menentu, kita sudah dapat lihat harga emas telah naik
sehingga mencecah USD1900 USD/ Oz (pada September 2011)
Ini adalah kenaikan harga yang sangat tinggi memandangkan harga emas pada tahun 1970-an
hanyalah USD35/Oz.

Gambar: Harga emas sekarang telah mencecah USD 1900.30/Oz

152

Adakah saya membuat teknik ini?
Berdasarkan analisis saya telah mengambil keputusan untuk membuat pinjaman bank dan
membeli emas fizikal dengan kesemua hasil pinjaman tersebut. Bagi saya, ilmu yang baik +
tindakan yang betul akan mendatangkan keuntungan yang besar.
Saya bukan sekadar membeli emas fizikal sebagai pelaburan tetapi sebagai perniagaan.
Emas yang saya jual ialah emas Public Gold. Mula-mula saya bermula dengan RM30 000,
kemudian tambah lagi kepada RM50 000 dan akhirnya mencecah RM110 000 (pinjaman Bank
Rakyat)
Kesemua ini saya gunakan untuk membeli emas. Memang untung sebab selain daripada
menikmati kenaikan harga emas, saya juga mendapat menjana keuntungan daripada aktiviti
menjual beli emas.

Gambar: Pinjaman Bank Rakyat - semua saya laburkan di dalam emas.

Nota penulis: Walaupun kisah ini adalah kisah sebenar saya, namun saya cadangkan
agar anda berhati-hati bila membuat sebarang pinjaman bagi tujuan pelaburan.
Pastikan anda mampu membayar installment bulanan.

153

Teknik 4: Menjana keuntungan dengan akaun simpanan emas (beli
ketika harga turun, jual ketika harga naik)

Selain menjana keuntungan melalui emas fizikal, membeli dan menjual emas menggunakan
akaun simpanan emas boleh membantu menjana keuntungan lumayan kepada anda. Caranya
ialah membeli emas apabila harga turun dan menjual kembali apabila harga emas naik.
Memandangkan akaun simpanan emas UOB Bank menawarkan spread yang terendah, saya
cadangkan anda untuk membuat keuntungan menggunakan akaun simpanan emas UOB
berbanding akaun simpanan emas daripada bank-bank lain.
Sebagai contoh:
Pada 7/6/2011 harga jualan untuk akaun simpanan emas UOB adalah RM151.30 segram. Pada
22/8/2011 harga belian balik adalah RM178.90 segram.
Ini adalah kenaikan RM27.60 segram di dalam masa hanya 2 ½ bulan sahaja (bersamaan
18.24%).

Gambar: Kenaikan harga emas akaun simpanan emas UOB dari bulan 6 ke bulan 8.

154

Ini adalah contoh untuk akaun simpanan Public Bank GIA:
Pada 7/4/2011 harga jualan untuk Public Bank GIA adalah RM145.17 segram. Pada 22/08/2011
harga belian balik adalah RM178.06 segram. Ini adalah kenaikan RM32.89 segram di dalam
masa 4 ½ bulan sahaja (bersamaan 22.65%)

Tip: Bagaimana memaksimumkan keuntungan pelaburan akaun simpanan
emas anda?
Anda boleh memaksimumkan keuntungan dengan cara menambahkan stok emas anda ketika
harganya menurun. Caranya ialah anda tunggu sehingga harga emas jatuh bermula 8% ke atas.
Kemudian anda boleh mula membeli. Jika harga emas turun lagi, maka anda boleh membeli
lagi.
Harga emas boleh jatuh melebihi 10%. Namun anda tak perlu menunggu harga jatuh 10%
sebelum membuat pembelian. Ini kerana ditakuti harga emas akan membuat peralihan untuk
naik semula. Jadi jangan menunggu terlalu lama.
Lihat graf harga emas di bawah. Nampak tak? harga emas naik… kemudian turun…. lepas tu
naik balik… lepas tu turun… kemudian harga naik balik…

155

gambar: harga pasaran emas yang menaik dan menurun
Daripada sifat naik turun harga emas ini kita boleh buat untung. Terutamanya untuk mengenal
pasti bila berlakunya buying opportunity.
(Buying opportunity merujuk kepada penurunan harga emas yang banyak menyebabkan kita
boleh mengambil peluang menambahkan emas stok ketika harga emas sedang rendah)
Beberapa istilah penting.
Untuk memahami kaedah ini dengan lebih lanjut, anda perlu tahu beberapa istilah iaitu support
dan resistance.
Support bermaksud halangan untuk harga turun dengan lebih rendah.
Resistance bermaksud halangan untuk harga naik dengan lebih tinggi.
TIPS: Dengan melihat nilai support dan resistance harga emas terdahulu anda boleh mengagak
sejauh mana harga emas boleh jatuh.

Nota penulis: Cara termudah melihat dan melukis garisan support dan resistance ialah
dengan menggunakan perisian MetaTrader 4.

156

Memaksimakan keuntungan bila trend harga menaik.
Bagaimana memaksimakan keuntungan dengan akaun simpanan semasa trend menaik? Sebagai
contoh kita gunakan keuntungan daripada akaun Public Bank GIA tadi.
Katakan anda membeli 200 gram emas Public Bank GIA pada 7/4/2011 dengan harga RM145.17
segram.
Jadi, jumlah kos belian = RM145.17 x 200 gram = RM29,034.
Pada 22/8/2011 harga emas telah naik kepada RM178.06 segram (harga belian balik). Jika anda
menjual semua 200 gram emas tersebut maka anda akan mendapat sebanyak RM35,612.
Keuntungan bersih anda adalah RM35,612 – RM29,034 = RM6578.
Jawapan: Memandangkan harga masih lagi dalam trend menaik, anda tak perlu
menjual semua emas anda. Anda cuma jual nilai keuntungan sahaja.

Dalam kes ini, keuntungan ialah RM6578. Jadi anda cuma perlu menjual sebanyak:
RM6578/RM178.06 = 36.94 gram
Memandangkan anda perlu menjual di dalam gandaan 1 gram maka anda bundarkan 36.94
gram kepada 37 gram. Baki yang tinggal dalam akaun GIA anda sekarang ialah 163 gram. Jadi,
bila harga terus menaik lagi, maka anda akan berpeluang mengaut keuntungan lagi dengan cara
yang sama iaitu jual nilai keuntungan.

157

Memaksimakan keuntungan bila trend harga menurun.
Situasi: Katakan anda telah membeli emas GIA pada harga rendah. Kemudian harga telah
meningkat.. dan meningkat sehingga mencapai harga resistance. Sekarang, harga emas
dijangkakan dalam trend menurun.

Gambar: Trend harga menurun
Apa nak buat?
Jawapan: Jual semua emas GIA anda. Tinggalkan baki 2 gram sahaja (baki minima).
Keuntungan daripada jualan anda ambil, modal pula anda simpan.
Kemudian… tunggu aje sehingga harga turun dan turun…. sehingga harga emas mencapai
support line. Ini kerana, selepas harga mencapai support line, maka trend menaik akan bermula
kembali.
Menunggu harga emas naik memang memenatkan, tapi apabila harga target dah sampai. maka
kita start beli balik emas GIA. Jadi anda cuma perlu mengulangi proses-proses di atas.
InsyaAllah anda boleh dapat banyak keuntungan daripada pelaburan emas anda.
Teknik membeli emas GIA ketika harga mula menaik.
Sewaktu masa membeli tiba, terdapat 2 teknik membeli.
1. Teknik cost average: beli emas secara konsisten mengikut sela masa tertentu.
2. Teknik beli semua: semua modal tu terus beli emas. Tak perlu tunggu.
Yang manakah satu terbaik? erm… kena ikut jumlah modal style anda juga. Tepuk dada tanya
selera

158

Teknik 5: Membuat keuntungan dengan emas fizikal (menggunakan teknik manipulasi
Ar-Rahnu)

Baiklah, sekarang saya ingin berkongsi teknik menjana keuntungan dengan menggunakan emas
fizikal dan kemudahan Ar-Rahnu. Sesiapa yang dah beli emas fizikal, tahniah! teknik ini untuk
anda.

Teknik ini utk pemegang emas fizikal aje, GIA dan Maybank GIA tak boleh.

Bagi yang tak ada emas fizikal @ buat pelaburan dengan akaun simpanan emas, teknik ini anda
tak boleh buat

Untuk pengetahuan anda semua, saya sering kali menerima soalan seperti berikut”

“En. Syukor, sesuai tak saya beli emas sekarang nie?
Nampak harga emas tengah mahal nie?”
(soalan yang ditanya ketika harga emas di dalam trend menaik)

Jawapan standard yang saya akan berikan ialah:“Kalau anda nak beli GIA, tunggu dulu sebab
harga tengah tinggi. Tapi kalau nak beli emas fizikal, then beli aje.. tak payah tunggu-tunggu”.
Apakah rahsia di sebalik jawapan saya ini? Kenapakah kalau emas GIA saya cadangkan anda
hold dulu dan tunggu harga murah? Tapi kalau nak beli emas fizikal saya suruh beli aje?

Jawapannya.

Emas fizikal ini banyak keistimewaannya. Walaupun anda beli emas fizikal pada harga tinggi,
anda tetap memperoleh untung kerana ia boleh digadaikan untuk mendapatkan tunai segera.
Jadi anda boleh menggunakan teknik manipulasi Ar-Rahnu untuk membuat keuntungan.

Akaun simpanan emas seperti UOB GSA, Public Bank GIA dan Maybank GIA (beli emas atas
kertas) cuma boleh untung dengan beli harga murah, jual harga tinggi. Ia tidak boleh
digadaikan di Ar-Rahnu.

Di sini saya ingin berkongsi teknik manipulasi Ar-Rahnu.

Teknik 1: Pajak emas fizikal dan masukkan ke dalam akaun UOB GSA.

Bagi pelabur-pelabur emas yang lama memulakan pelaburan emas… memang ini adalah peluang
menjana keuntungan lebih terutamanya bila harga emas jatuh.

Sebagai orang berpengalaman (sebab selalu memantau harga emas) anda akan tahu bila akan
berlakunya buying opportunity.

(Buying opportunity merujuk kepada penurunan harga emas yang banyak menyebabkan kita
boleh mengambil peluang menambahkan stok ketika harga emas sedang rendah)

159

Teknik 1: Pajak emas fizikal dan masuk akaun UOB Gold Saving Account.
1. Ketika harga emas rendah, pajakkan emas anda di Ar-Rahnu. Hasil duit pajakan
semuanya digunakan untuk membeli emas UOB GSA (UOB GSA dipilih kerana spread
nya yang lebih rendah berbanding Maybank GIA dan Public Bank GIA).
2. Bila harga emas kembali naik, anda jual emas dari akaun simpanan emas dan tebus
balik emas di Ar-Rahnu

Gambar: Spread UOB adalah antara 1.1% sehingga 1.5% sahaja.

Nota penulis: Teknik manipulasi Ar-Rahnu adalah teknik yang berisiko.
Ia bersifat spekulasi. Ini kerana kita mengandaikan harga emas akan meningkat dan
kenaikan tersebut boleh cover kos upah simpan dan spread UOB.
Jadi, ia hanya sesuai dibuat bila harga emas jatuh.
Namun, boleh ada risiko anda mengalami kerugian jika harga emas jatuh dan anda
terpaksa menanggung kos opah simpan Ar-Rahnu.
Gunakan teknik ini dengan berhati-hati.

160

Teknik 6 : Melabur sambil berniaga emas.

Baiklah, saya ingin berkongsi satu rahsia dengan anda. Teknik ini memang mendatangkan
pulangan yang lumayan. Anda bukan sahaja mendapat keuntungan tak kira sama ada apabila
harga emas naik ataupun turun. Kedua-dua situasi pun anda akan untung.

Caranya ialah dengan melabur sambil berniaga emas.

Inilah teknik yang sangat hebat kerana membolehkan anda menjana keuntungan tidak kira
sama ada harga emas sedang naik atau turun.

Jika anda membeli emas pelaburan dan menunggu harga naik, maka keuntungan anda
ditentukan oleh pasaran emas sahaja. Jika pasaran naik banyak maka untung pun banyak, jika
pasaran jatuh maka anda kena tunggu lagi.. pergh.. ini adalah waiting game.

Bagi peniaga emas. Anda akan membuat lebih keuntungan apabila harga emas jatuh. Ini kerana
apabila harga emas jatuh ramai pelanggan yang akan membeli emas daripada anda. Jadi anda
akan mendapat untung melalui komisyen jualan.

Apabila harga emas naik maka anda mendapat untung daripada kenaikan harga emas, sama
seperti belabur. Jadi harga emas turun anda untung, harga emas naik pun anda untung.

Peluang berniaga emas bersama Public Gold.

Salah satu cara melabur sambil berniaga emas ialah dengan
menjadi agen Public Gold.

Dengan menjadi agen Public Gold, anda bukan sahaja boleh
membuat pelaburan emas fizikal untuk diri sendiri namun anda
turut berpeluang menjual emas pelaburan keluaran Public Gold
sambil menjana pendapatan sampingan.

Berapa modal untuk menjadi agen Public Gold?

Untuk menjadi agen kos yang diperlukan ialah RM30,000 sahaja. Kesemua modal ini adalah
untuk membeli stok produk dan disimpan oleh agen. Komisyen anda ialah 1% daripada nilai
belian produk.

Jika anda mempunyai modal sebanyak RM200,000 maka anda boleh membuat belian sebagai
Priority Dealer @ stokis. Dengan menjadi Priority Dealer, komisyen anda adalah 1.5% daripada
harga belian.

Keuntungan menjadi agen Public Gold.

Apabila anda menjadi agen Public Gold maka anda diiktiraf sebagai pengedar sah untuk produk
Public Gold dan boleh membeli dan menjual dan membeli Produk Public Gold mengikut harga
semasa.

Faedah-faedah lain untuk agen adalah seperti berikut:

1. Komisen jualan 1% ke 1.5%.

Agen biasa @ normal dealer mendapat komisyen 1% daripada nilai belian produk. Stokis @
Priority Dealer pula mendapat komisyen 1.5% daripada pembelian.

161

2. Keuntungan belian balik di antara 4.5%-8%.

Jika pelanggan ingin menjual emas kepada anda, maka anda akan membelinya pada harga “PG
Buy” (lihat harga di atas).

Jika ada pelanggan ingin membeli emas maka anda boleh jualkan emas tersebut pada harga “PG
sell” dan mendapat untung atas angin sebanyak 4.5%- 8%. Ini dipanggil keuntungan spread.

Sebagai contoh, Berdasarkan harga semasa di atas, jika pelanggan ingin menjual kembali 100
gram Public Gold maka anda akan membelinya pada harga RM16,222.

Jika ada pelanggan baru yang ingin membeli 100 gram emas Public Gold daripada anda maka
anda boleh menjualnya pada harga RM17,076. Anda akan mendapat untung atas angin
sebanyak RM854.00 untuk urusniaga ini.

3. Anda mendapat komisyen 0.3% apabila menjual semula stok anda kepada
Public Gold.

Jika agen menjual balik sebarang produk Public Gold, mereka akan menerima komisyen 0.3%
daripada nilai jualan produk tersebut. Dengan kata lain Public Gold akan membeli balik pada
harga ‘we buy’ dan menambah 0.3% komisyen kepada agen.

4. Beli stok banyak ketika harga emas jatuh dan mendapat keuntungan bila harga
naik semula.

Salah satu cara mendapat keuntungan yang lebih ialah dengan membuat belian stok sebanyak
mungkin apabila harga emas jatuh. Ini membolehkan anda mendapat keuntungan apabila
menjual emas tersebut ketika harganya naik.

Anda boleh mendapat keuntungan tambahan bernilai ratusan @ ribuan ringgit dengan teknik ini.

Contohnya, pada 28/7/2010 harga emas jatuh. Harga sekeping jongkong 20 gram Public Gold
ialah RM2704 + RM10 (kos pengangkutan).

Saya pun memborong stok 20 gram sebanyak 28 keping.
Dalam masa 4 minggu harga emas 20 gram telah meningkat kepada RM2838 + RM10
(pengangkutan). Jadi saya mendapat keuntungan tambahan RM134.00 bagi jualan pada harga
ini.

Berapa modal yang diperlukan?

Modal untuk menjadi agen Public Gold adalah sekitar RM30,000 ++ sahaja. Jika anda
mempunyai RM200,000 maka anda boleh menjadi stokis @ priority dealer Public Gold. Kesemua
modal ini digunakan untuk membeli stok emas pada harga semasa.

Anda boleh memilih sendiri mana-mana produk keluaran Public Gold.

162

Antara faktor-faktor yang memudahkan anda mempromosikan emas Public Gold adalah:
1. Harga emas Public Gold jauh lebih murah berbanding kedai emas. Ia juga mengikut
pergerakan harga emas antarabangsa dan bertukar setiap 20 minit.
2. Anda boleh membuat tempahan produk secara online 24 jam sehari. Anda juga boleh
membuat tempahan jualan secara online jika mahu menjual semula emas kepada
syarikat.
3. Public Gold langsung tidak menghadapi masalah ketiadaan stok. Apabila harga emas
rendah pelanggan tetap boleh membeli emas dengan Public Gold. Ini kerana Public Gold
mempunyai kilang emas mereka sendiri.
4. Public Gold memberi jaminan akan membeli balik emas mereka walaupun plastiknya
dibuka, calar, kemek, guris, bengkok, kemek dan patah asalkan beratnya masih lagi
sama. Jadi pelanggan tidak perlu risau.
5. Agen boleh menjual balik emas mereka bila-bila masa kepada Public Gold.

Sebagai pengkaji mengenai pelaburan emas, saya boleh katakan bahawa Public Gold
menawarkan peluang yang tulen kepada mereka yang berminat dengan pelaburan emas.
Dengan kata lain peluang menjana pendapatan tambahan melalui aktiviti menjual beli emas
Public Gold adalah sangat lumayan bagi mereka yang nampak peluang ini. Inilah peluang yang
unik, bila mana emas bukan sekadar menjadi pelaburan tetapi juga merupakan peluang anda
menjana keuntungan.
Ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai peluang perniagaan emas bersama
Public Gold?
Untuk pengetahuan anda saya juga mengadakan seminar peluang perniagaan emas bersama
Public Gold daripada masa ke semasa. Ia diadakan di seluruh negara dan PERCUMA.
Anda boleh melihat jadual seminar saya dari masa ke semasa di laman web Public Gold
(www.publicgold.com.my dan lihat di bahagian Activity)

Saya berminat. Apakah langkah seterusnya?
Jika anda berminat untuk menjadi agen Public Gold, anda boleh menghubungi saya melalui
email ini: [email protected] ataupun menghubungi saya di talian 013-2126 999
Saya telah membantu ramai orang menjadi usahawan emas yang berjaya. Saya juga boleh
membantu anda menjadi seorang usahawan emas yang berjaya.

163

Gambar: Seminar peluang perniagaan emas bersama Public Gold
Untuk mendapat informasi terkini mengenai seminar dan juga berita semasa mengenai
pelaburan emas, saya cadangkan anda untuk melanggan newsletter blog jutawanemas.com.
Setiap kali saya menulis artikel terbaru maka anda akan menjadi orang pertama yang mendapat
update daripada blog ini.
Caranya mudah sahaja. Anda cuma masukkan e-mail anda ke dalam ruangan kosong dan tekan
butang “Subscribe by e-mel”. Kemudian anda akan mendapat e-mail pengesahan daripada
feedburner. Klik link pengesahan tersebut. Selesai.

Gambar: Langgan newsletter blog jutawanemas.com – Ianya PERCUMA!

164

Kajian kes, bagaimana posisi sebagai agen Public Gold boleh memaksimakan
keuntungan anda?

Gambar: Senario keuntungan membeli dan menjual sebagai agen Public Gold.

Untuk memudahkan anda memahami keuntungan berniaga emas sebagai agen Public Gold, saya
gambarkan dengan senario di bawah berdasarkan jadual harga di atas:
Senario jika anda membeli produk Public Gold:

1. Jika anda membeli 50 gram jongkong emas Public Gold sebagai pelabur. Anda
akan membayar RM8578.00. Anda tidak mendapat sebarang komisyen.

2. Jika anda menjadi agen Public Gold (normal dealer) maka belian 50 gram
membolehkan anda mendapat komisyen 1% (bersamaan RM85.78 sen)

3. Jika anda menjadi priority dealer @ stokis, maka anda mendapat komisyen
1.5% (bersamaan RM128.67)

4. Jika anda menjadi master dealer Public Gold, maka anda mendapat komisyen
2% (bersamaan RM171.56)

Senario jika anda menjual kembali emas Public Gold kepada syarikat:
1. Jika pelabur menjual kembali 50 gram jongkong emas ini kepada Public Gold,
Public Gold akan membayar RM8106.00 (harga ‘we buy’)
2. Jika agen Pulic Gold menjual kembali 50 gram jongkong emas ini, Public Gold
akan membayar agen tersebut RM8106.00 + 0.5% (RM40.53) = RM8146.53.

Jadi, anda nampak tak keuntungan tambahan bagi mereka yang menjadi pelabur + agen Public
Gold? Beli dapat untung komisyen, jual balik pun akan dapat untung komisyen.
Inilah teknik yang hebat. Menjadi pelabur + peniaga emas.

165

Topik 6: Ar-Rahnu (pajak gadai Islam)

Salah satu daripada keuntungan menyimpan emas ialah ia boleh digadaikan di institusi pajak
gadai Islam yang dipanggil Ar-Rahnu. Ia membolehkan anda memperolehi tunai dengan cepat.
Di sini saya ingin berkongsi maklumat dengan anda mengenai Ar-Rahnu.

Ar-Rahnu dari sudut syarak merujuk kepada satu
barang yang berharga dijadikan sebagai sandaran yang
terikat dengan hutang bercagar yang boleh dibayar
dengannya sekiranya hutang tersebut tidak dapat
dijelaskan

(http://www.arrahnu.org/main.htm)

Di Malaysia Ar-Rahnu cuma menerima emas sebagai sandaran terhadap pinjaman yang
diberikan. Perkhidmatan Ar-Rahnu biasanya disediakan oleh bank-bank tertentu seperti
Agrobank, Bank Rakyat dan Bank Islam. Selain itu terdapat juga institusi lain yang menjalankan
perkhidmatan Ar-Rahnu seperti YAPEIM, Ar-Rahn Permodalan Kelantan Berhad dan koperasi.

Ar-Rahnu menjalankan operasi berdasarkan 2 konsep iaitu:

 Ar-Rahnu merujuk kepada mekanisme di mana suatu barang berharga dijadikan
sandaran yang terikat dengan hutang bercagar yang boleh dibayar dengannya,
sekiranya hutang tersebut tidak dapat dijelaskan.

 Al-Wadiah Yad Dhamanah merujuk kepada simpanan barang berharga dengan
jaminan. Setiap simpanan akan dikenakan upah simpan.

9 kelebihan Ar-Rahnu berbanding Pajak Gadai Konvensional ialah:

i. Tidak Mengenakan Kadar Faedah (Unsur Riba)
Perbezaan utama antara Ar-Rahn dan Pajak Gadai Konvensional adalah pada perjanjian
pinjaman yang dikaitkan dengan sesuatu ganjaran dan bukan pada gadaian itu sendiri.
Dalam perjanjian Ar-Rahn, pinjaman yang diberi tidak dikenakan faedah iaitu riba
berbanding Pajak Gadai Konvensional yang menjadikan faedah sebagai sumber hasil
kepada pemberi pinjaman dan ia diharamkan oleh Islam.

ii. Nilai Gadaian Tidak Merosot
Nilai gadaian bagi barang yang ingin ditebus semula tidak berubah serta tidak berlaku
penyelewengan. Tidak berlaku sebarang masalah di mana barang kemas seperti rantai
emas apabila ditebus didapati kurang berat atau pendek daripada sebelum digadai.

iii. Wang Lebih Gadaian Dipulangkan
Sekiranya pemberi gadaian tidak berkemampuan membayar balik hutang yang
ditanggungnya apabila tamat tempoh perjanjian, pemberi gadaian akan dimaklumkan
tentang barang gadaian yang terpaksa dijual. Sekiranya harga jualan melebihi baki
hutangnya, lebihan tersebut akan dikembalikan. Ini berlaku kerana nilai pinjaman adalah
jauh lebih rendah daripada nilai barang gadaian.

iv. Barang Kemas Yang Disimpan Selamat
Semua barang kemas yang disimpan dalam skim tersebut adalah selamat. Di mana,
penerima gadaian akan menjamin pemeliharaan dan bertanggungjawab ke atas barangan
kemas yang diberi oleh pemberi gadaian. Dengan ini, pemberi gadaian tidak perlu risau
dengan masalah pemeliharaan dan penjagaan barang kemas mereka sepanjang ia berada
di pihak penerima gadaian.

166

v. Caj perkhidmatan Yang Rendah
Semua pengurusan di Ar-Rahn melibatkan kos dan risiko yang rendah jika dibandingkan
dengan Pajak Gadai Konvensional. Pajak Gadai Konvensional menawarkan caj yang tinggi
dan ada juga sebilangan tauke Pajak Gadai Konvensional yang menerima atau meminta
wang pendahuluan daripada penggadai walaupun akta melarang kegiatan tersebut.

vi. Tiada Unsur Penipuan Semasa Membuat Timbangan.
Pemberi gadaian juga tidak perlu risau dengan penipuan-penipuan yang sering berlaku
semasa timbangan dibuat. Ini kerana, dalam Ar-Rahnu tidak akan berlaku sebarang unsur
penipuan semasa timbangan dibuat dan nilai timbangan yang jelas akan ditunjukkan
kepada pemberi gadaian.

vii. Tempoh Membayar Balik Yang Munasabah
Ar-Rahnu juga merupakan sebuah Pajak Gadai Islam yang boleh bertolak ansur dengan
pelanggannya berkaitan tempoh membayar balik wang pinjaman yang telah dipinjam.
Tempoh membayar balik yang dikenakan adalah munasabah dan boleh diterima pakai oleh
semua pihak. Tidak seperti sesetengah Pajak Gadai Konvensional yang kadangkala
meminta wang tambahan daripada pemberi gadaian sekiranya pemberi gadaian ingin
melanjutkan tempoh pembayaran balik pinjaman mereka.

viii. Pemberian Notis Kepada Penggadai Tentang Upacara Lelongan
Pihak penerima gadaian akan memberi notis kepada pihak penggadai sekiranya barang
gadaian mereka hendak dilelongkan dan tempoh masa membayar balik untuk mereka telah
habis. Dengan ini pihak pemberi gadaian akan mengetahui bahawa tempoh masa
membayar balik yang diperuntukkan untuk mereka telah habis dan barang gadaian mereka
akan dilelongkan.

ix. Memberi Nilai Gadaian Yang Sepatutnya
Perkara ini sering berlaku dalam Pajak Gadai Konvensional. Ia berlaku kerana Akta
Pemegang Pajak Gadai tidak menetapkan nilai tara atau kriteria untuk menilai gadaian
berkenaan. Dalam Ar-Rahnu, penerima gadaian akan memberi nilai gadaian yang
sepatutnya dengan barang gadaian yang digadai oleh penggadai.

Bagaimanakah Ar-Rahnu membuat keuntungan?

Saya sering kali menerima pertanyaan mengenai Ar-Rahnu. Bagaimanakah mereka membuat
keuntungan?

Jawapannya adalah daripada upah simpan.

Pajak gadai konvensional biasanya mengenakan faedah ke atas nilai pinjaman. Ini adalah riba
yang diharamkan di dalam Islam.

Namun bagi Ar-Rahnu pendekatan yang digunakan ialah mengambil upah ke atas simpanan
barang kemas peminjam. Dengan kata lain mereka membuat keuntungan dengan servis
menyimpan emas penggadai bukannya mengenakan faedah ke atas pinjaman yang diberikan.

167

Mempelajari selok- belok Ar-Rahnu.

Terdapat banyak institusi Ar-Rahnu di seluruh Malaysia antaranya adalah bank-bank tempatan
seperti Bank Rakyat, Agrobank, Bank Islam dan RHB Bank. Pos Malaysia juga mempunyai Ar-
Rahnu yang dipanggil Ar-Rahnu Pos.

Untuk memahamkan anda dengan proses Ar-Rahnu ini saya akan mengambil contoh Ar-Rahnu
Bank Rakyat.

Saya akan berkongsi mengenai:

1. Apakah itu nilai marhun?
2. Bagaimana mengira nilai pinjaman
3. Berapakah kadar upah simpan sebulan?
4. Apakah itu teknik overlap?

Ar-Rahnu Bank Rakyat.

Bank Rakyat menawarkan 2 jenis skim Ar-Rahnu iaitu:

1. Ar-Rahnu
2. Az-Zahab

Skim Ar-Rahnu.

Konsep:

Al-Wadiah dan Qardhul Hassan.

Kelayakan:

1. Warganegara Malaysia dan penduduk tetap yang berumur 18 tahun ke atas.
2. Bukan warganegara
3. Tidak bankrap

Nilai pembiayaan.

Pembiayaan sehingga 70% daripada nilai marhun (Nilai marhun merujuk kepada harga barang
gadaian yang telah dinilai mengikut jenis, mutu, berat dan kandungan emas).

Nilai gadaian sehari tidak melebihi RM10,000 dan nilai pinjaman terkumpul individu mestilah
tidak melebihi RM50,000

Jangka masa pinjaman.

6 bulan sahaja.

Tempoh pelanjutan.

Boleh disambung lagi untuk 6 bulan tertakluk kepada pembayaran upah simpan bagi simpanan
emas 6 bulan terdahulu.

Produk yang boleh digadaikan.

Barang kemas yang berketulenan 18 karat ke 24 karat.

168

Skim Az-Zahab

Konsep:

Al-Wadiah dan Qardhul Hassan.

Kelayakan:

1. Warganegara Malaysia dan penduduk tetap yang berumur 18 tahun ke atas.
2. Bukan warganegara
3. Tidak bankrap

Nilai pembiayaan.

Pembiayaan sehingga 70% daripada nilai marhun. Nilai gadaian sehari melebihi RM10,001.00
dan nilai pinjaman terkumpul individu mestilah tidak melebihi RM100,000

Tempoh pembayaran.

Tempoh pembayaran maksimum ialah 36 bulan atau menjelaskan keseluruhan pinjaman + upah
simpan untuk 6 bulan.

Produk yang boleh digadaikan.

Barang kemas yang berketulenan 18 karat ke 24 karat.

Jadual kadar upah simpan setiap bulan bagi pembiayaan skim Ar-Rahnu dan Az-Zahab.

Skim Nilai pembiayaan Upah simpan untuk setiap
Ar-Rahnu RM100.00 nilai marhun sebulan.
RM100.00 - RM1,000.00
RM1,001.00 - RM10,000,00 RM0.65
RM0.75

Az-Zahab RM10,001.00 - RM100,000.00 RM0.75

Daripada jadual di atas, anda mendapati bahawa semakin tinggi nilai pembiayaan maka semakin
tinggi upah simpan yang dikenakan kepada penggadai.

Oleh yang demikian anda perlu menggunakan hasil pembiayaan Ar-Rahnu sebaik mungkin.

Gunakan ia bagi menjana lebih banyak keuntungan contohnya membeli aset atau membuat
modal perniagaan. Dengan kata lain anda perlu mempunyai kepintaran kewangan terlebih
dahulu.

Nota penulis: Secara peribadi, saya lebih gemar menggunakan Ar-Rahnu Pos
berbanding Ar-Rahnu bank. Ada 2 sebab utama iaitu ia kurang sibuk dan kedua ialah
data pinjaman di Ar-Rahnu Pos tidak akan masuk ke dalam CCRIS dan CTOS.

Ar-Rahnu Pos juga menerima gadaian di dalam bentuk jongkong emas, dinar emas dan
barang kemas.

169

Bagaimana mengira nilai marhun, nilai pinjaman dan upah simpan?
Baiklah, sekarang saya ingin menunjukkan kepada anda cara-cara mengira nilai marhun, berapa
banyak pinjaman dan upah simpan yang dikenakan jika anda menggunakan Ar-Rahnu.
Andaikan anda ingin menggadaikan 1 keping syiling kijang emas 1 Oz di Ar-Rahnu pada
6/5/2011

Gambar: Syiling Kijang Emas 1 Oz (31.1 gram, emas 999.9)

Apabila anda ke Bank Rakyat maka anda
boleh melihat papan tanda harga emas
Ar-Rahnu di dalam Bank Rakyat.
Daripada maklumat papan tanda harga
tersebut anda boleh mengira nilai
marhun seperti berikut:
(emas 999.9 dengan berat 31.1g)
Harga RM171.83 x 31.1 gram
= RM5344.00  (nilai marhun)
Sekarang mari kira berapa nilai
pinjaman yang anda boleh peroleh.
Nilai pinjaman = RM5344 x 70%
= RM3740.00
Jadi, anda boleh membuat pinjaman
maksimum RM3740.

Memandangkan nilai pinjaman melebihi RM1000 maka secara automatik upah simpan anda akan
dikira di bawah skim Az-Zahab (RM0.75 sen untuk RM100 nilai marhun).
Pengiraan upah simpan adalah seperti berikut:
(nilai marhun/100) x 0.75 sen
= (RM5344/100) x 0.75 sen
=RM40.10 sen sebulan.
Kos upah simpan untuk 6 bulan adalah RM40.10 x 6 bulan
= RM240.60

170

Teknik overlap.

Salah satu keistimewaan Ar-Rahnu ialah ia memberikan ruang untuk anda mendapat
pembiayaan lebih tinggi apabila harga emas meningkat. Dengan kata lain apabila anda
membuat penilaian semula emas anda maka Ar-Rahnu akan mengira jumlah pinjaman terkini
dan menolaknya dengan pinjaman dan kos upah simpan terdahulu. Jika ada lebihan maka anda
akan mendapat wang tunai. Teknik ini dipanggil overlap.
Contoh pengiraan overlap:

Gambar: nilai emas 999 naik daripada RM171.83 segram kepada RM211.97 segram
dalam masa 4 bulan. Jadi kenaikan ini membolehkan anda membuat teknik overlap.
Berdasarkan contoh sebelum ini (anda meminjam RM3740 pada 6/5/2011 dan dikenakan upah
simpan sebanyak RM40.10 sebulan). Berapakah lebihan tunai yang anda akan peroleh apabila
membuat overlap pada 6/9/2011?
Pengiraan.
Berdasarkan tanda harga bank rakyat pada 6/9/2011, emas 999 dinilai pada harga RM211.97
segram. Jadi nilai marhun baru = RM211.97 x 31.1 gram = RM6592.20
Nilai pinjaman baru adalah 70% x RM6592.00 = RM4614.50
Lebihan tunai yang diperoleh dikira berdasarkan formula berikut:
(nilai pinjaman baru) – (nilai pinjaman lama + upah simpan bulanan pinjaman lama).
= RM4614.50 - ( RM3740 + RM160.40)
= RM4614.50 – RM3900.40
= RM714.10  inilah lebihan tunai yang akan anda peroleh dari Ar-Rahnu.
nota: memandangkan emas disimpan selama 4 bulan sahaja, maka upah simpan yang
dikenakan adalah RM40.10 x 4 bulan = RM160.40
Upah simpan yang baru adalah (RM6592.20/100 x 0.75 sen) = RM49.45 sebulan
Walaupun contoh teknik overlap ini melibatkan Ar-Rahnu Bank Rakyat, ia juga boleh
dipraktikkan dengan Ar-Rahnu lain contohnya Ar-Rahnu Agrobank. Anda perlu menelefon dan
bertanya kepada institusi Ar-Rahnu berkenaan mengenai prosedur dan kaedah overlap mereka.

171

Beberapa keistimewaan Ar-Rahnu.

Saya ingin berkongsi beberapa maklumat yang menarik mengenai pinjaman Ar-Rahnu dengan
anda semua.

1. Upah simpan tidak perlu dibayar setiap bulan sebaliknya dibayar pada bulan keenam
(apabila tamat tempoh). Jadi anda tidak perlu berfikir mengenai bayaran setiap bulan.
Anda hanya perlu berfikir bagaimana nak menjana keuntungan semaksimum mungkin
dalam masa 6 bulan.

2. Setelah 6 bulan dan tempoh perjanjian sudah tamat anda boleh menyambung semula
perjanjian baru. Dalam hal ini anda tidak perlu membayar semua duit pinjaman Ar-
Rahnu sebaliknya hanya perlu melangsaikan bayaran upah simpan untuk 6 bulan
terdahulu sahaja.

3. Sekiranya anda tidak mampu menebus emas gadaian anda, maka anda hanya perlu
berikhtiar untuk membayar upah simpan setiap 6 bulan. Dengan kata lain selagi mana
anda tidak mampu menebus, anda cuma perlu berfikir bayaran upah simpan. Itu pun 6
bulan sekali.

4. Semakin tinggi nilai emas maka semakin banyak pinjaman yang anda peroleh. Ini
membolehkan anda membuat teknik overlap apabila harga emas meningkat. Jadi
dengan penambahan pinjaman maka anda boleh menjana lebih banyak keuntungan.

Nota penulis: Tahukah anda yang upah simpan bagi skim Ar-Rahnu bank Rakyat boleh
dibayar melalui mesin deposit tunai? Jadi anda tidak perlu menghabiskan masa ke
bank pada waktu pejabat semata-mata untuk membayar upah simpan. Anda boleh
menjimatkan masa.

172

Bacaan tambahan mengenai pelaburan emas.

Jika anda betul-betul berminat mendapatkan bacaan tambahan mengenai emas, maka anda
boleh mendapatkannya di website www.amazon.com
Ini kerana bahan-bahan bacaan mengenai pelaburan emas sangat kurang di Malaysia. Saya
sendiri pun mengalami kesukaran untuk mendapatkan bahan-bahan rujukan mengenai
pelaburan emas di kedai buku tempatan. Justeru, kebanyakan buku saya tempah di
Amazon.com
Untuk membeli buku dari Amazon.com anda perlukan kad kredit. Penghantaran buku dari
Amazon.com ke Malaysia biasanya mengambil masa sehingga 3 ke 4 minggu.
Anda lawati www.amazon.com dan taipkan gold investment atau gold investing di dalam kotak
carian. Selepas itu anda akan mendapat keputusan dan tajuk buku-buku berkaitan pelaburan
emas. Anda boleh klik gambar buku berkenaan bagi melihat butiran lanjut mengenai buku
tersebut.
Jika anda berminat untuk membeli buku tersebut maka anda klik sahaja pada butang ‘Add to
Cart’.

Gambar: Pilih search books - taipkan gold investment
Selepas itu anda boleh checkout dan membuat bayaran dengan menggunakan kad kredit.
Selepas itu, di dalam 3- 4 minggu anda akan menerima buku anda.
Saya amat menggalakkan anda mendapat bahan-bahan bacaan tambahan. Ia boleh meluaskan
lagi ilmu anda mengenai pelaburan emas.

173

Gambar: Bungkusan buku dari Amazon.com

Gambar: Di antara buku-buku yang saya beli melalui Amazon.com
174

Mengikuti perkembangan pasaran emas.

Emas merupakan komoditi yang didagangkan di pasaran dunia. Ia merupakan pasaran yang
dinamik dan sering berubah-ubah mengikut perkembangan semasa. Turun naik harga emas
sentiasa dipengaruhi oleh 4 faktor iaitu:

1. Permintaan dan penawaran emas di dalam pasaran (jika permintaan melebihi
penawaran maka harga emas akan naik dan jika penawaran melebihi permintaan maka
harga emas akan turun)

2. Kekuatan dan kelemahan USD (harga emas diniagakan di dalam matawang USD, jadi
jika USD lemah maka harga emas akan naik dan jika USD semakin kuat maka harga
emas akan turun.

3. Situasi ekonomi (jika ekonomi dunia semakin baik maka harga emas akan menurun dan
jika ekonomi tidak menentu maka harga emas akan meningkat).

4. Situasi politik (jika berlaku ketidakstabilan politik dunia maka harga emas akan
meningkat naik dan jika situasi politik dunia menjadi stabil maka harga emas akan
menurun.

Bagi mendapatkan maklumat mengenai situasi pasaran emas dunia, saya mencadangkan anda
mengikuti berita daripada laman web berikut:

1. Bloomberg commodities news (http://www.bloomberg.com/news/commodities/)
2. Kitco news http://www.kitco.com/market/marketnews.html
3. Kitco gold forum https://www.kitcomm.com/
4. Public Gold news digest http://publicgold.com.my/

Gambar: Bloomberg commodities news

175

Gambar: Kitco news dan gold forum

Selain itu, saya menggalakkan anda untuk melanggan beberapa newsletter terkenal yang
mengkhususkan kepada pelaburan emas. Apabila anda melanggan newsletter maka anda akan
mendapat newsletter ini di dalam e-mail anda (anda perlu ada e-mail dan capaian internet)

3 newsletter percuma yang saya syorkan kepada anda ialah:

1. Casey Research (www.caseyresearch.com)
2. Goldsilver.com (www.goldsilver.com)
3. Shaun Connell (www.LiveGoldPrices.com)

Casey Research merupakan sebuah firma
penyelidikan dan analisis. Mereka membuat
analisa mengenai peluang-peluang pelaburan
yang menguntungkan untuk pelanggan
newsletter mereka.

Apa yang menarik Casey Research
mempunyai newsletter yang dikhaskan untuk
pelaburan emas dan perak yang dinamakan
Big Gold.

Casey research menawarkan newsletter
percuma dan juga berbayar. 3 newsletter
percuma mereka yang terkenal adalah:

1. Casey’s Daily Despatch
2. Conversations with Casey
3. Ed Steer’s Gold & Silver Daily

Anda boleh melanggannya di sini http://www.caseyresearch.com/free-publications

Setelah melanggan newsletter ini, anda akan mendapat update di dalam email anda.
176

Newsletter kedua yang ingin saya syorkan ialah daripada Michael Maloney www.goldsilver.com
Beliau merupakan penulis buku Guide to Investing in Gold and Silver . Beliau adalah seorang
pelabur yang berpengalaman dan menumpukan perhatian kepada pelaburan emas dan perak. Jika
anda mengunjungi kedai buku seperti MPH, Popular atau Kinokuniya maka anda boleh membeli
buku ini. Sangat bermanfaat.

Anda boleh melanggan newsletter beliau
dengan melawati link:
http://goldsilver.com/join-our-newsletter/
Setiap kali beliau menghantar newsletter
maka anda akan mendapatnya secara
PERCUMA di dalam email anda.

Gambar: Michael Maloney.
Shaun Connell merupakan seorang pelabur emas dan perak dan menumpukan perhatian kepada
pelaburan emas dan perak. Untuk melanggan newsletter ini, anda boleh lawati website beliau di
sini www.livegoldprices.com

Cadangan daripada saya.
Jika anda mendapat newsletter yang menarik dan bermanfaat, saya cadangkan kepada anda
untuk mengambil tindakan berikut:
1. Cetak artikel tersebut dan failkan untuk bacaan lanjut.
2. Copy dan paste ke dalam bentuk Microsoft word dan simpan kat dalam komputer untuk

rujukan di masa hadapan.

177

Skim pelaburan emas.

Sekarang ini, penipuan berasaskan pelaburan emas semakin menjadi-jadi. Anda lihat di
Facebook, surat khabar dan internet. Mesti anda akan terjumpa tawaran pelaburan emas
dengan keuntungan segera.
Persoalannya, adakah skim-skim pelaburan emas ini boleh dipercayai?
Jawapannya ialah KESEMUA skim pelaburan emas tidak boleh dipercayai. Terdapat 2
kemungkinan besar yang akan berlaku terhadap syarikat skim pelaburan emas.

1. Mereka lesap selepas mengutip duit pelabur.
2. Syarikat mereka diserbu oleh Bank Negara Malaysia.
Contoh syarikat pelaburan emas yang telah melesapkan duit pelabur dan diserbu Bank Negara
Malaysia boleh dilihat di bawah:

Gambar: Syarikat pelaburan emas melarikan diri.
178

Gambar: Keratan akhbar Harian Metro mengenai penipuan skim pelaburan emas.
179

BATU PAHAT – Seorang pembekal bahan binaan
kerugian RM50,000 setelah terperdaya dengan skim
pelaburan emas yang ditawarkan menerusi laman
Internet oleh sebuah syarikat beralamat di Klang,
Selangor.

Ketua Polis Batu Pahat, Asisten Komisioner Din
Ahmad berkata, mangsa berusia 38 tahun itu pergi ke
pejabat syarikat berkenaan, apabila tertarik dengan
tawaran keuntungan 15 peratus yang dijanjikan.

Menurutnya, selepas melihat sendiri pejabat syarikat
berkenaan dan diterangkan keuntungan yang bakal
diperoleh, mangsa bersetuju untuk melabur menerusi
skim pelaburan emas itu dan mendepositkan
RM50,000 ke dalam akaun syarikat berkenaan.

“Mangsa yakin untuk melabur dalam skim itu berikutan
syarikat terbabit turut menyediakan dokumen
perjanjian untuk ditandatangani, selain berjanji akan
menghantar dokumen perjanjian berkenaan selepas selesai menguruskannya.

“Bagaimanapun, selepas dua bulan, syarikat terbabit masih gagal menyerahkan dokumen
perjanjian itu. Mangsa cuba menghubungi syarikat berkenaan namun tidak berhasil.

“Malah keuntungan yang dijanjikan selepas sebulan melabur tidak diterimanya. Mangsa yang
mengesyaki dirinya ditipu akhirnya membuat laporan polis,” katanya pada sidang media di Ibu
Pejabat Polis (IPD) Batu Pahat, semalam.

Din berkata, walaupun mangsa membuat laporan polis pada 31 Januari lalu, pihaknya masih
memburu suspek utama kes berkenaan.

“Polis juga berjaya menangkap dan mendakwa pemilik akaun yang menerima wang RM50,000
yang dideposit mangsa,” katanya.

Beliau berkata, polis kini mencari seorang wanita, Rimaliza Mustafa, 28 (gambar), yang beralamat
terakhir di Kuantan, Pahang, untuk membantu siasatan kes berkenaan.

“Kita meminta kerjasama orang ramai yang mengenali Rimaliza supaya dapat menghubungi pihak
polis,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/johor/rugi-rm50-000-ditipu-skim-pelaburan-emas-
1.58239

180

181

Penipuan skim cepat kaya bertopengkan emas yang dibongkar:

BANDARAYA MELAKA - Seorang
kakitangan kerajaan hanya mampu
gigit jari kerana tidak sempat merasa
wang pulangan pelaburan emas
berjumlah RM70,000, selepas sebuah
syarikat berpengkalan di Selangor
enggan membayar hasil
pelaburannya.

Lelaki berusia 31 tahun yang mahu
dikenali sebagai Alang, mendakwa
ditipu hingga menyebabkan dia
mengalami kerugian RM6,980
selepas tiga kali membuat bayaran
atas tiga jenis pelan ditawarkan
syarikat terbabit sejak 6 November
lalu.

Alang yang menetap di Pulau Gadong berkata, lebih menyedihkan dan membimbangkan apabila
diugut pemilik syarikat berstatus enterprise itu, sekiranya dia membuat laporan polis.

Menurut Alang, yang pernah melabur sebanyak lima kali sejak September lalu, dia menemui iklan
tawaran pelaburan emas oleh ejen syarikat terbabit di dalam sebuah laman sosial pada 24
September lalu sebelum membuat bayaran RM180 pada hari sama.

"Saya hanya sempat berurusan sekali dengan ejen dan kemudian berurusan secara terus dengan
seorang lelaki dipercayai pemilik syarikat berkenaan secara atas talian melalui Facebook
dan Whatsapp selain SMS.

“Dua pelaburan awal berjumlah RM4,680 dilakukan sehingga 3 Oktober lalu dan saya terima
pulangannya seperti dijanjikan pada tarikh ditetapkan, namun tidak pada pelaburan yang ketiga
pada 18 November bernilai RM14,000,” katanya semalam.

Alang membuat bayaran kali ketiga pada 6 Oktober berjumlah RM3,800 sebelum keesokan harinya
melabur kali keempat kira-kira RM3,000 dan kelima pada 19 Oktober lepas sebanyak RM180
namun hanya menyedari ditipu apabila tidak menerima bayaran sepatutnya pada 18 November.

“Saya tidak menerima bayaran pulangan pada 18 November lalu seperti yang dijanjikan selepas
mendebitkan RM4,500 menerusi bayaran secara atas talian sedangkan saya ada beberapa kali
mengingatkan pihak pengurusan mengenai ‘payout’ sebelum tarikh tersebut lagi.

“Disebabkan tiada respons saya kemudian bertindak menghantar Whatsapp secara personal
kepada seorang wanita dipercayai menguruskan pembayaran kepada pelabur namun saya
dikejutkan dengan mesejnya ‘Saya tiada urusan dengan kamu lagi, tolong jangan ganggu saya’
pada 15 November lalu,” katanya.

Menurutnya, dia terus menghubungi pemilik syarikat pelaburan emas itu secara personel melalui
pelbagai medium atas talian selain membuat panggilan sejak 26 November lalu namun hanya
menerima mesej berbaur ancaman dan kata kesat tiga hari kemudian.

182

“Saya ada menghantar mesej saya akan membuat laporan polis sekiranya dia dan syarikat berdiam
tidak membantu menyelesaikan isu yang timbul.
“Akhirnya pada jam 11.17 malam, 29 November lalu dia balas mesej saya di Facebook
menyatakan enggan membayar pulangan pelaburan selain mengugut pelabur-pelabur lain tidak
juga akan menerima bayaran sekiranya hal ini diketahui umum,” katanya.
Alang berkata, melalui mesej tersebut juga, lelaki tersebut mengugut akan memburuk-burukkan
nama saya kepada pelabur lain kerana dia dikatakan telah merosakkan nama baik syarikat
berkenaan.
“Saya nekad membuat laporan polis untuk menuntut hak saya selain kerana saya tidak mahu orang
lain menjadi mangsa. Kalau mereka boleh buat kepada saya, tidak mustahil mereka boleh lakukan
kepada orang lain.
“Kejadian ini menjadi pengajaran kepada saya dan diharapkan dapat dijadikan iktibar kepada orang
lain. Jadi saya nasihatkan supaya berhati-hati dengan pelaburan emas dan semua jenis
perniagaan atas talian,” katanya yang sudah membuat laporan di Balai Polis Tanjung Minyak,
sekitar jam 6,00 petang kelmarin.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah
ketika dihubungi mengesahkan polis menerima laporan daripada mangsa.
http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/ditipu-syarikat-pelaburan-emas-1.338331

Lagi kisah penipuan skim cepat kaya emas.

Gambar: Petikan akhbar penganjur skim pelaburan emas didakwa di mahkamah.
183

Ejen pelaburan mengaku tidak bersalah enam tuduhan

BUTTERWORTH - Seorang ejen pelaburan mengaku
tidak bersalah di Mahkamah Sesyen 1 dan Mahkamah
Sesyen 2 di sini, hari ini terhadap enam pertuduhan
pecah amanah jenayah membabitkan wang tunai
berjumlah RM1,283,000 pada 2009.

Kee Kim Beng, 51, seorang master Program Pelaburan
Emas bagi syarikat Tignet Gold City Sdn Bhd dan Tignet
Gold Global Sdn Berhad, dituduh melakukan pecah
amanah RM1 juta di nombor 7424, Tingkat Satu, Gold
City Management Sdn Bhd, Jalan Raja Uda, Taman
Tanjung Jaya pada 29 September 2009.

Bagi pertuduhan kedua, dia dituduh melakukan pecah
amanah RM20,000 di Public Bank, Cawangan Jalan Raja
Uda pada 21 Oktober 2009 manakala bagi pertuduhan
ketiga, dia dituduh melakukan pecah amanah RM30,000
di Standard Chartered Bank, Cawangan Jalan Raja Uda

pada 25 November 2009.

Bagi pertuduhan keempat, Kee dituduh melakukan pecah amanah RM50,000 di Public Bank,
Cawangan Jalan Raja Uda pada 30 Julai 2009 dan bagi pertuduhan kelima, dia dituduh melakukan
pecah amanah RM150,000 di nombor 11, Tingkat 1&2, Syarikat Tignet Gold Global Sdn Bhd,
Jalan Usahawan 2, Pusat Perniagaan Kepala Batas pada 11 September 2009.

Bagi pertuduhan keenam pula, dia dituduh melakukan pecah amanah RM33,000 di tempat sama
pada 2 Oktober 2009.

Bagi kesemua pertuduhan itu, Kee didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang
memperuntuk hukuman penjara antara dua tahun dan 20 tahun serta sebatan dan denda, jika sabit
kesalahan.

Bagi pertuduhan pertama hingga ketiga berlangsung di Mahkamah Sesyen 1, Hakim Julis Lack
menetapkan jaminan RM250,000 untuk semua pertuduhan dengan seorang penjamin.

Bagi pertuduhan keempat hingga keenam di Mahkamah Sesyen 2, Hakim Meor Sulaiman Ahmad
Tarmizi menetapkan jaminan RM150,000 untuk semua pertuduhan dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mazyiah Mansor manakala tertuduh diwakili
peguam bela Nadim Gulam Rasul.

Kedua-dua mahkamah menetapkan 13 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula. - Bernama

http://www.sinarharian.com.my/semasa/ejen-pelaburan-mengaku-tidak-bersalah-enam-
tuduhan-1.338126

184

Bagi mengelakkan anda terjebak dengan skim-skim pelaburan emas yang merugikan saya ingin
berkongsi dengan anda semua mengenai 3 perkara:

Apakah itu:

1. Pelaburan emas yang betul.
2. Skim pelaburan emas
3. Skim cepat kaya yang menggunakan emas sebagai umpan.

Dengan memahami perkara ini, anda akan mengetahui pelaburan emas yang sebenarnya. Selain
itu anda akan memahami apakah perbezaan di antara ketiga-tiga perkara di atas.

1. Pelaburan emas yang betul.

Pelaburan emas yang sebenarnya ialah apabila anda membeli emas pelaburan seperti syiling,
jongkong dan akaun simpanan emas dan juga barang kemas. Emas ini anda simpan untuk
jangka masa sederhana dan panjang. Apabila harga emas ini meningkat, maka anda jual untuk
mendapat keuntungan.

Ini adalah pelaburan yang paling selamat. Anda tak perlu risau ditipu.

2. Skim pelaburan emas.

Di Malaysia, memang ada syarikat-syarikat yang menawarkan skim pelaburan emas. Contohnya
mereka menawarkan pulangan setiap bulan contohnya 2% - 3% setiap bulan. Namun harga
emas mereka adalah jauh lebih tinggi daripada harga emas semasa. Tetapi ramai yang tertarik
kerana diumpan dengan pulangan setiap bulan. Mereka fikir duduk diam-diam pun boleh dapat
duit.

Ramai yang terkeliru antara pelaburan emas dan menyertai skim pelaburan emas. Pelabur
menyertai skim-skim pelaburan ini bukanlah atas sebab emas, tetapi kerana dijanjikan pulangan
lumayan. Tanpa pulangan lumayan, skim ini akan gagal menarik perhatian pelabur.

Untuk pengetahuan anda, saya sendiri pernah menyertai skim pelaburan/penyimpanan emas
dan syarikat tersebut mengalami kegagalan. Saya sudah membuat keputusan untuk tidak
menyertai mana-mana skim pelaburan emas. Risikonya terlalu tinggi. Anda boleh rugi besar.

3. Skim cepat kaya yang menggunakan emas.

Skim cepat kaya yang menggunakan emas sebagai umpan. Ini perlu dielakkan sama sekali.
Bagaimana nak tahu ini adalah skim? senang ajer.. ini ciri-cirinya:
.
1. Syarikat/agen akan menumpukan penerangan kepada PULANGAN YANG LUMAYAN.

Bagaimana boleh buat duit berbanding bercerita pasal emas.

2. Pendaftaran syarikat tidak di SSM tidak menunjukkan syarikat terlibat dengan
aktiviti jual beli emas.

3. Harga emas yang dijual adalah tinggi, tapi anda sertai sebab pulangan lumayan
yang dijanjikan.

4. Jika anda cari pelabur lain, anda dapat komisen.

5. Pulangan yang dijanjikan amat tinggi dan tidak munasabah contohnya 10% sebulan.

185

6. Kalau anda hendak mendapat pulangan lebih tinggi, emas perlu diserahkan kepada syarikat
semula untuk didagangkan. Kalau begini sistemnya, lebih baik anda lari jauh-jauh.

Pengalaman penulis.
Sejak tahun 2008 sehingga sekarang, dunia pelaburan
emas tidak pernah sunyi dari kes-kes penipuan.
Saya hairan, kenapa masih ramai orang mudah
terpedaya apabila dijanjikan pulangan lumayan dan
pulangan bulanan.
Asal janji pulangan bulanan dan pulangan bulanan.
Mesti ada mangsa.
Cukup-cukuplah orang di luar sana ditipu.
Tuan-tuan sekalian, sayangilah duit anda. Bukan
senang nak kumpul duit.

Tapi termakan umpan memang senang. Anda mungkin dipujuk dan dirayu.
Akhirnya, habis duit anda dileburkan.

186

Zakat emas.

Untuk pengetahuan anda emas dan perak termasuk di dalam
kategori logam berharga yang diwajibkan zakat jika cukup haul
dan nisab

(haul ialah tempoh masa dan nisab ialah nilai berat)

Kewajipan zakat ke atas logam ini dijelaskan dalam firman Allah
S.W.T. bermaksud:

“Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah
(mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari
emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk
mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan
selama ini buat diri mu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu”.

(At- Taubah; ayat 34-35)

Zakat emas dikira dalam dua keadaan iaitu:

1. Zakat emas yang disimpan dan emas yang dipakai.
2. Zakat emas yang dipakai.

1. Zakat emas yang tidak dipakai (disimpan)

Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas
tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak
2.5%.

Contoh: Anda memiliki 100 gram jongkong emas bernilai RM140/gram
Jumlah zakat = 2.5% x RM14,000
= RM350

2. Zakat emas yang dipakai (sebagai perhiasan)

Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib
dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ia melebihi ‘uruf’ (nilai kebiasaan pemakaian
masyarakat setempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan daripada nilai
uruf. Nilai yang diambil kira adalah nilai semasa emas sahaja tidak termasuk batu permata.

Contoh: Jika anda bermastautin di Wilayah Persekutuan maka kadar uruf adalah 150 gram
emas. (kalau anda bermastautin di negeri lain, sila rujuk kadar uruf bagi negeri anda di bawah)

Contoh: Berat emas yang dipakai = 250 gram
Uruf Emas = 150 gram
Berat Emas yang layak dizakatkan = 250 gram - 150 gram = 100gram
Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)
= 2.5% x (100 gram x RM 77.16) andaian harga emas semasa RM77.16 / gram
= RM 192.9

187

p/s: Uruf emas bagi setiap negeri adalah berbeza. Contohnya:

1. Uruf emas bagi negeri Kedah adalah 150 gram.
2. Uruf emas bagi negeri Perlis adalah 170 gram
3. Uruf emas bagi negeri Pulau Pinang adalah 165 gram
4. Uruf emas bagi negeri Melaka adalah RM5000
5. Uruf emas bagi negeri Johor adalah 850 gram
6. Uruf emas bagi negeri Sembilan adalah 200 gram
7. Uruf emas bagi negeri Selangor adalah 800 gram
8. Uruf emas bagi Wilayah Persekutuan adalah 150 gram
9. Uruf emas bagi negeri Kelantan : tiada uruf
10. Uruf emas bagi negeri Terengganu adalah 850 gram
11. Uruf emas bagi negeri Pahang adalah 200 gram
12. Uruf emas bagi negeri Perak adalah 500 gram
13. Uruf emas bagi negeri Sabah adalah RM5000
14. Uruf emas bagi negeri Sarawak adalah 775 gram

(Sumber: Laporan kajian penetapan uruf emas pakai negeri Pahang Darul Makmur tahun 2008)

Soalan-soalan lazim yang perlu diketahui mengenai zakat emas:
(sumber: http://www.e-zakat.com.my/soalan-lazim/ )

1. Soalan: Sekiranya saya telah menggadaikan sejumlah emas perhiasan ke dalam skim
Ar-Rahn, perlu kah saya membayar zakat untuk emas yang digadaikan itu?

Jawapan: Wajib, kaedah kiraan [(Timbangan emas x harga semasa) – nilai pinjaman –
upah simpan ] x 2.5%

2. Soalan: Adakah emas yang disimpan di dalam bank (peti simpanan selamat) perlu
dizakatkan?

Jawapan: Ya, wajib dizakatkan dan dikira sebagai emas yang disimpan.

3. Soalan: Saya memiliki beberapa utas rantai emas tetapi saya gadaikan untuk membuat
modal perniagaan. Adakah wajib membayar zakat bagi rantai emas yang digadaikan itu?

Jawapan: Tidak wajib dizakatkan kecuali setelah ditebus semula. Kiraan haul
bermula pada hari ditebus.

4. Soalan: Ibu saya mempunyai emas yang sudah cukup syarat untuk dizakatkan. Tetapi
beliau meninggal dunia sebelum sempat mengeluarkan zakat. Siapakah yang
bertanggungjawab membayar zakat tersebut? Daripada sumber mana yang perlu
digunakan untuk membayar zakat tersebut?

Jawapan: Waris perlulah melunaskan bayaran zakat tersebut dengan
menggunakan duit si mati sebelum harta peninggalannya di faraid.

5. Soalan: Adakah saya wajib membayar zakat emas perhiasan yang telah disimpan dan
diwarisi daripada nenek?

Jawapan: Ya, emas perhiasan yang disimpan dan diwarisi wajib dikeluarkan
zakat sekiranya cukup syarat.

188

Menyimpan emas anda dengan selamat.

Apabila anda membeli emas fizikal, salah satu daripada masalah yang perlu diselesaikan ialah
aspek penyimpanan emas tersebut. Kaedah penyimpanan emas yang betul akan memberikan
ketenangan fikiran kepada anda.

Di sini saya akan berikan beberapa panduan bagaimana cara untuk menyimpan emas.

Pertama: Jangan diheboh-hebohkan.

Pertama sekali, jangan beritahu orang ramai bahawa anda membeli
emas terutamanya kepada orang yang tidak anda kenali (orang yang
dikenali pun kadang-kadang tak perlu tahu anda ada membeli emas).

Anda tidak perlu bercerita yang anda memiliki banyak emas. Apatah
lagi anda pelawa orang datang ke rumah untuk melihat koleksi emas-
emas anda itu.

Kalau beli emas tu senyap aje… jangan heboh-heboh.

Kedua: Sembunyikan di rumah – kreativiti
diperlukan.

Ramai orang yang menyimpan emas di rumah terutamanya
pemilik barang kemas. Ini kerana ia lebih mudah berbanding
berulang-alik ke peti simpanan selamat di bank. Anda
memang boleh sembunyikan emas di rumah anda namun
anda perlukan kreativiti yang tinggi.

Jangan simpan emas di tempat yang boleh diagak oleh pencuri contohnya di dalam laci almari
atau di dalam kotak coklat Van Houten di belakang almari. Itu adalah tempat pertama yang
akan diselongkar oleh pencuri.

Pilih tempat yang tidak terjangkau oleh imaginasi orang contohnya belakang peti ais, di dalam
peti ais (dalam kiub ais), belakang jam dinding, di dalam bekas ubat (letak di dapur), di dalam
tin Nescaffe, di dalam pasir akuarium, di dalam mangkuk tandas. Mungkin anda boleh letakkan
di dalam botol dan tanam di dalam pasu bunga di dalam rumah. Gunakan kreativiti anda. Jika
anda mempunyai duit lebih pasangkan sistem penggera untuk melindungi rumah anda daripada
di pecah masuk. Bagi saya, pencegahan adalah lebih baik.

Ketiga: Beli peti simpanan peribadi.

Peti simpanan peribadi merupakan salah satu alternatif untuk
menyimpan barang-barang berharga anda. Biasanya peti
simpanan mempunyai kelebihan kalis api. Namun harus
diingatkan peti simpanan ini sendiri perlu disembunyikan
daripada pandangan mata kasar.

Ia lebih kepada perlindungan daripada pembantu rumah yang
tidak jujur atau anak-anak yang suka menyelongkar. Jika
pencuri memasuki rumah anda dan melihat peti ini, besar
kemungkinan mereka akan cuba memecahkannya.

189

Keempat: Simpan di peti deposit selamat
bank
Perkhidmatan peti deposit selamat atau dikenali
sebagai safe deposit box ada ditawarkan oleh bank.
Contohnya Maybank, Public Bank, RHB Bank, Ambank
dan banyak lagi. Namun tidak semua cawangan ini
menawarkan kemudahan peti deposit selamat ini. Anda
perlu berhubung dengan cawangan bank tersebut dan
bertanya kepada mereka.
Kebaikannya ialah emas anda lebih selamat kerana kawalan keselamatan di bank adalah lebih
tinggi berbanding di rumah. Selain itu, setiap peti deposit selamat mempunyai insurans. Namun
anda perlu semak dengan bank berkenaan perlindungan insurans kerana biasanya nilai insurans
adalah sekitar RM10,000 sahaja untuk setiap kotak.
Jika berlaku pecah masuk kepada bilik peti deposit selamat dan kotak anda dipecahkan, maka
bank cuma membayar nilai insurans sahaja. Jika anda perlukan nilai insurans yang lebih, sila
rujuk kepada bank tersebut.

Gambar: bilik peti deposit selamat.
Proses menyewa peti deposit selamat.
Untuk menyewa peti deposit selamat anda perlu menelefon cawangan terbabit dan bertanya
sama ada masih ada peti deposit selamat yang masih kosong.
Peti deposit selamat terdapat di dalam pelbagai saiz, antaranya: 3" x 5" x 24" , 5" x 5" x 24” ,
3" x 10" x 24" , 4" x 10" x 24", 5" x 10" x 24" dan 10" x 10" x 24". Pada pendapat saya peti
bersaiz 3" x 5" x 24" , 5" x 5" x 24” adalah memadai untuk menyimpan emas fizikal.
Antara kos yang terlibat ialah yuran tahunan, deposit kunci dan duti setem. Ada juga bank yang
meminta anda membuka akaun simpanan dengan mereka terlebih dahulu supaya mereka boleh
menolak yuran tahunan secara automatik. Anggaran sewa tahunan bagi peti deposit selamat
adalah di antara RM200 ke RM350 setahun berdasarkan saiz peti anda. Sila berhubung dengan
bank berkenaan untuk maklumat yang lebih tepat.

190

Ini adalah senarai bank yang menawarkan kemudahan peti deposit selamat dan nombor
perhubungan mereka. Anda boleh menelefon dan bertanya jika ada cawangan yang
berhampiran tempat anda yang mempunyai kemudahan peti deposit selamat.

5. EON bank – talian perkhidmatan pelanggan 24 jam 03-2616 1133
6. OCBC Bank – talian pertanyaan 03-2698 4363
7. Bank Muamalat – talian pertanyaan Tel : 03-2698 8787
8. Alliance Bank - tel : 03-5516 9988
9. RHB Bank - tel : 1800-88-0243
10. UOB Bank - KL : 03-2612 8121, Penang : 04-2401 121, JB : 07-2881 121,

Kuching : 082-287 121, Kota Kinabalu: 088-477 121
11. Public Bank - tel : 1-800-22-9999
12. Maybank - tel : 1-300-88-6688

Peti simpanan selamat oleh syarikat swasta.

Selain daripada bank, ada juga syarikat swasta yang menyediakan perkhidmatan peti deposit
selamat.

Di antaranya ialah:

1. Royal Safe Deposit Box
Alamat: Mentari Business Park,
No.42A, Jalan PJS 8/6, Bandar Sunway, 46150 PJ.
Tel : 03-5631 0110 / 012-2381 222

Laman web: http://www.rsdb.com.my

Saiz kotak:

5.12” x 5.3” x 23” sewa tahunan RM310
3.0” x 5.3” x 15” sewa tahunan RM280
3.4” x 10.6” x 23” sewa tahunan RM370
5.12” x 10.6” x 23” sewa tahunan RM460
10.25” x 10.6” x 23” sewa tahunan RM540

Perlindungan insurans untuk setiap kotak adalah sehingga RM100,000.

2. Safe Deposit Box Sdn Bhd (795581-A)
Alamat: Lot C312 & C313,
Centre Wing, Metropolitan Square,
Damansara Perdana,
47820 Petaling Jaya (tel: 03-77278689)

Safe Deposit Box Sdn. Bhd.
Cawangan The Summit Subang USJ
Lot S2.15, 2nd Floor, The Summit Subang,
USJ, Persiaran Kewajipan, USJ 1,
47600 , UEP,
Subang Jaya (tel: 03-80248889)

Laman web: http://www.safedepositbox.com.my

http://www.safedepositbox.com.my/en/maps.php?page=maps/index

191

Saiz kotak dan kadar sewa untuk Safe Deposit Box Sdn. Bhd.

Saiz kotak Sewa tahunan Sewa untuk 2 tahun
(pelan jimat)
3” x 5” X 24” RM 130 RM 80
5” x 5” x 24” RM 150 RM 100
3” X 10” X 24” RM 170 RM 120
5” x 10” x 24” RM 200 RM 150
10” x 10” x 24” RM 250 RM 200

Perlindungan insurans ditawarkan sehingga RM10,000. Pelanggan boleh menambahkan nilai
insurans sehingga RM80,000 (tambah RM20 untuk setiap nilai insurans tambahan
RM10,000).

3. MySafeBox Sdn. Bhd.
No. 25, Jalan Utama SR1/9, Serdang Raya,
Sek 9, 43300, Seri Kembangan, Selangor
telefon: 03 - 8941 2228

Saiz peti yang ditawarkan:

3. Extra besar (saiz 15” x 10” x 24”) sewa tahunan RM900
4. Besar (saiz 10” x 10” x 24”) sewa tahunan RM800
5. Sederhana (saiz 5” x 10” x 24”) sewa tahunan RM388

(Jika anda mengambil pakej 3 tahun sewa tahunan adalah RM238.)

Jika anda tinggal di Alor Setar, Kedah, ada sebuah syarikat safe deposit box swasta yang
menawarkan kemudahan peti simpanan selamat iaitu Alor Setar Safe Box Sdn. Bhd.

Alamat syarikat:

Alor Setar Safe Box Sdn. Bhd
Lot 4, tingkat bawah
No. 55 Bangunan EMUM
Jalan Gangsa, Kawasan Perusahaan
Mergong 2,
05150 Alor Setar, Kedah
Telefon: 04-7332425

Saiz peti yang ditawarkan :-
Kecil : 3" x 10" x 24"
(sewa RM200 setahun)

Sederhana : 5" x 10" x 24"
(sewa RM300 setahun)

Besar : 10" x 10" x 24"
(sewa RM600 setahun)

192

Topik 12: Kesimpulan:

Tahniah! anda telah kini telah pun sampai ke penghujung ebook/buku ini. Saya beranggapan
anda telah memahami dengan jelas mengenai pelaburan emas di Malaysia:

1. Cara-cara membuat pelaburan emas yang betul.
2. Memilih emas yang terbaik untuk diri anda.
3. Bagaimana anda boleh menjana keuntungan dengan pelaburan emas.
4. Bagaimana mengelakkan diri daripada terjerumus ke dalam skim-skim pelaburan emas.
5. Bagaimana mengira zakat emas.
6. Bagaimana menyimpan emas anda dengan selamat.
Sekarang apa yang penting ialah anda mengambil tindakan sekarang!

Saya doakan anda semua kaya dan berjaya dengan emas.
Sekian wassalam.
Syukor Hashim
Admin
www.jutawanemas.com
e-mel: [email protected]
SMS: 013-2126 999.

193

Buku-buku siri pelaburan emas yang ditulis oleh saya:
Buku Analisis Teknikal Harga Emas – Strategi
membeli dan menjual emas fizikal pada harga
terbaik.
Buku ini mengajar anda tentang teknik-teknik membuat
analisis teknikal harga emas menggunakan perisian
MetaTrader 4.
Sesuai untuk mereka yang ingin menjadi pelabur emas
professional.
Ini adalah kemahiran yang digunakan oleh pelabur-
pelabur emas profesional bagi mengenalpasti peluang
membeli dan menjual emas secara teknikal.

Harga RM70 (buku fizikal + ebook dan pos)

Buku Analisis Fundamental Harga Emas –
Mengenalpasti Faktor-faktor yang mempengaruhi
harga emas dunia.
Ramai orang tahu harga emas ada naik dan turun tetapi
sedikit sahaja yang tahu apakah sebab-sebab yang
menggerakkan harga emas.
Buku ini ditulis bagi menjawab soalan. Apakah yang
menggerakkan harga emas?
Anda akan mengetahui kuasa-kuasa yang
mempengaruhi harga emas dunia. Baca buku ini jika
anda ingin menjadi pelabur emas profesional.
Harga RM70 (buku fizikal + ebook dan pos)

194


Click to View FlipBook Version