ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
__________________________________________________________________________________
KOLEKSI INOVASI IPG JILID 8
(KOMPILASI LAPORAN DAN POSTER MInD IPG 2020 –
KATEGORI GABUNGAN)
ISSN: 0128-1410
© Hakcipta Institut Pendidikan Guru Malaysia 2021
Semua hakcipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan
semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam bentuk atau dengan
sebarang alat juga pun. Sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman
dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru
Malaysia terlebih dahulu.
Diterbitkan oleh:
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1-3, Blok 2250, Jalan Usahawan 1,
63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel: +603-83126666 Faks: +603-83126655
Web: http://ipgm.moe.edu.my
Dicetak oleh:
ARMNET INTEGRATED SDN. BHD.
No. 38, Jalan Pekaka 8/4,
Seksyen 8, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya,
Selangor.
September 2021
i
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
__________________________________________________________________________________
Penaung
Dr. RUSMINI BINTI KU AHMAD
Rektor
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Penasihat 1
Dr. MOHD NASRUDIN BIN BASAR
Timbalan Rektor
Pusat Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Penasihat 2
Dr. NORSITA BINTI ALI
Ketua Penolong Pengarah Kanan
Pusat Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Ketua Editor
Dr. AZAHAR BIN AZIZ
Penolong Pengarah
Pusat Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Penolong Ketua Editor
Dr. NORHANNAN BINTI RAMLI
Dr. SHAMSAZILA BINTI SA’ABAN
Penolong Pengarah
Pusat Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Editor
Dr. CHUA LAY NEE
Pn. HJH. ZAHARILAH BINTI ABDUL KADIR
En. NORAZLAN BIN ISMAIL
Pn. MAYATI BT BULIN
Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar
Pereka Grafik
En. MOHAMAD FADZILI BIN BAHARIN (IPGKRM)
Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar
ii
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
__________________________________________________________________________________
KATA ALU-ALUAN REKTOR
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan keizinan-
Nya, akhirnya buku Koleksi Inovasi IPG Jilid 8 dan 9 ini dapat diterbitkan juga
meskipun dalam kemelut negara yang sedang berperang dengan pandemik COVID-
19 ini.
Buku Koleksi Inovasi IPG ini adalah kompilasi 20 laporan dan poster terbaik yang
terhasil daripada penganjuran Minda Inovasi Dinamik (MInD) Institut Pendidikan Guru
(IPG) 2020 yang telah berlangsung pada 6 Ogos 2020 di IPG Kampus Raja Melewar,
Seremban, Negeri Sembilan. Pada tahun ini buku ini berjaya diterbitkan sebanyak dua
jilid iaitu Jilid 8 dan Jilid 9 berdasarkan dua kategori iaitu kategori pensyarah dan
kategori gabungan. Semoga buku ini dapat menjadi rujukan dan dimanfaatkan sebaik-
baiknya oleh para pelajar dan juga pensyarah IPG khususnya dalam menyemarakkan
lagi budaya inovasi di IPG dan sekolah secara keseluruhannya.
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua
pemenang yang telah berjaya di dalam pelbagai pertandingan yang dianjurkan dalam
MInD IPG 2020. Ucapan tahniah juga ditujukan kepada sidang redaksi yang telah
berjaya menerbitkan buku ini. Semoga usaha yang baik ini dapat diteruskan lagi pada
masa-masa yang akan datang.
Sekian, terima kasih.
Dr. Rusmini binti Ku Ahmad
Rektor
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
iii
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
__________________________________________________________________________________
KATA ALU-ALUAN KETUA EDITOR
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,
Pertama sekali, saya mengucapkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah
dan keizinan-Nya, buku Koleksi Inovasi IPG ini dapat diterbitkan juga akhirnya meski
pun sedang berdepan dengan cabaran COVID-19 sepanjang penerbitan buku ini.
Buku ini merupakan kompilasi 20 buah laporan dan juga poster terbaik daripada lebih
280 laporan dan poster yang dihantar untuk pertandingan MInD Inovasi, iaitu salah
satu pertandingan dalam Minda Inovasi Dinamik (MInD) IPG 2020 yang telah
diadakan pada 6 Oktober 2020 di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Raja
Melewar, Seremban, Negeri Sembilan. Buku ini diterbitkan dalam dua jilid iaitu Jilid 8
yang dikhususkan kepada kategori pensyarah IPG dan Jilid 9 yang dikhususkan
kepada kategori gabungan pelajar dan pensyarah IPG.
Adalah menjadi harapan saya agar buku ini dapat dijadikan sumber inspirasi dan juga
rujukan kepada para pensyarah dan juga pelajar IPG dalam menghasilkan produk dan
inovasi yang lebih menarik dan efektif pada masa akan datang. Selain itu, situasi
norma baharu pada masa kini juga turut menuntut para pensyarah dan pelajar untuk
menghasilkan kaedah terkini pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian
melalui penghasilan inovasi secara digital.
Pada kesempatan ini juga saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima
kasih kepada semua sidang redaksi dan para editor yang telah memberikan komitmen
yang tinggi dalam penghasilan buku ini.
Sekian, terima kasih.
Dr. Azahar bin Aziz
Penolong Pengarah
Pusat Perancangan Penyelidikan dan Inovasi
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
iv
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
__________________________________________________________________________________
KANDUNGAN HALAMAN
Kata Alu-aluan Rektor iii
Kata Alu-aluan Ketua Editor iv
10 AND my-Kaligrafi 1
Ak Le Jun, Goh Wen Khang, Ong Jin Hui, Catherine Lau Xiao
Ying, Cik Lam Seiw Tai
IPG Kampus Ipoh
JAM (Jadual Ayat Majmuk) 12
Angelina Anak Derong, Aidee Jafrin, Juwizit Jupain, Nur Fitriyani
binti Saharudin, Dr. Ng Lee Fong
IPG Kampus Kent
ROff 22
Vergeer Voi Anak Paul, Ronna Karen Haliam, Muhammad Amir
Faruq bin Mat Kamil, Dr. Ng Lee Fong
IPG Kampus Kent
PA_5 32
Mack Lee, Mohd Nizam bin Matusin, Nur Hannani binti Mukhtar,
Nuralia Faadilaa binti Harfin, Pn. Low Kee Sun
IPG Kampus Kent
Kita Serupa 42
Ha Yun Yi, Dr. Siaw Nyuk Hiong
IPG Kampus Batu Lintang
O-Pec 50
Muhammad Yusri bin Ahmad, Khairunnajihah binti Abdul Halim,
Aimi Rahimah binti Darasid, Mohamad Amirul Husni bin Mohd
Nasir, Pn. Norliyah binti Sulaiman
IPG Kampus Bahasa Melayu
Inovasi PRO-5 57
Nurul Syafiqah binti Ahmad Shuhaimi, Farah Alya binti Mohd
Azahari, Hazwan Syolihin bin Abd Mutalib, Muhammad Ridzwan
bin Mohamed Rashid, Ustazah Nor Ildahayati binti Ilias
IPG Kampus Bahasa Melayu
A1 Storybook Series (A1SS) 63
Fadhleen Hanim binti Baharuddin, Shafiqah Amira Fariha binti
Shuib, Nurul Izzati binti Mohd Amin Azhari, Nasuha binti Alias,
Dr. Sakhiyyah binti A. Rahim
IPG Kampus Dato’ Razali Ismail
v
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
__________________________________________________________________________________
De’ Aspiration of Maestro Jawi 2.0 (DAMAWI 2.0) 69
Nurul Auni binti Azman, Nurul Fathanah binti Abdul Rahim,
Nurul Fatihah binti Mohamad Hakim, Nurul Hanis Afiqah binti
Zamri, Dr. Asyraf Ridwan bin Ali
IPG Kampus Dato’ Razali Ismail
Komik i-GEISYA 76
Nur Iffa binti Md Lukmanulhakim, Nazatul Amilin binti Mohd
Muzaffar, Nurzakiah binti Md Saleh, En. Azlan bin Jaafar
IPG Kampus Dato’ Razali Ismail
Kit PaSiKeS 85
Nazifa Nabilah binti Khairul Anuar, Nurul Aizzah binti Abdul
Razak, Nurul Farzana binti Fahrurrazi, Dr. Zul Aizam bin Yassin
IPG Kampus Dato’ Razali Ismail
Explosion Kaabah Box (ExKAAb) 93
Siti NorBalqis binti Noh, Nurul Nasuha binti Ismadi, Siti Nur Izzati
binti Ismail, Wan Sabirah Solihah binti Wan Khairuldin, En.
Mohamad Fauzi
IPG Kampus Dato’ Razali Ismail
iWheelNS 100
Asma Hannan binti Azeman, Alya Qistina binti Adnan, Iman
Jazmina binti Noor Azam, Mariam Yasmin binti Zulkifli,
Dr. Muhammad Rusdi bin Ab Majid
IPG Kampus Dato’ Razali Ismail
TATIM 2.0 107
Muhd Amiruddin bin Hamzah, Izzah binti Ibrahim, Siti Rabiatul
Adawiyah binti Salim, Alifnaim bin Muhamad,
Dr. Yuslaini binti Yunus
IPG Kampus Dato’ Razali Ismail
Kamus Interaktif Bahasa Isyarat (KIBI) 114
Wan Muhammad Nafiz bin Wan Nor Azli Jasmi, Ahmad Hasir
bin Ahmad Shukri, Teh Ee Fang, Ahmad Husaini bin Mohd
Taijuddin, Pn. Lye Guet Poh
IPG Kampus Ilmu Khas
Kit NiKAH 124
Mohamad Haikal Hakimi bin Musa, Muhammad Fadhli bin
Hamdan, Charlene Lisa Gabu Joihin @ Jim, Amirah Adilah binti
Abdul Karim, Pn. Norimah binti Mat Som
IPG Kampus Ilmu Khas
vi
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
__________________________________________________________________________________
KIT ROUNDAHILLS 133
Muhammad Amsyar bin Azman, Mohd Lukmanul Hakim bin
Mohd Khairuddin, Nur Nazmi bin Nadzimudin,
Dr. Masitah binti Taib
IPG Kampus Ilmu Khas
JDT Surah Ar-Rahman 143
Nur Aina Maisara binti Mohd Ridzuan, Wan Nur ‘Irfah Ilhami binti
Wan Anuar, Dr. Isyah Radhiah binti Idris
IPG Kampus Pendidikan Islam
EKSA 149
Mohd Fadzwan bin Junaidi, Pn. Halimatun Sa’adiah binti Harith
IPG Kampus Pendidikan Teknik
KAW POP 157
Nur Azmina binti Salam, Khor Jing Wen, Kaushalya a/p
Dhayalan, Winnie Tee Wee Nee, En. Benedict Clement D’Silva
IPG Kampus Raja Melewar
vii
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
_____________________________________________________________________________
10 AND my-Kaligrafi
Ak Le Jun, Goh Wen Khang, Ong Jin Hui, Catherine Lau Xiao Ying,
Cik Lam Seiw Tai
IPG Kampus Ipoh
SINOPSIS
Produk inovasi “10 AND my-Kaligrafi” membawa makna “Dalam 10 minit, produk
10 AND my-Kaligrafi dapat menarik minat murid untuk belajar kaligrafi dengan cara
pembelajaran abad ke-21 melalui gamifikasi digital, mengguna model hands-on
dan menghasilkan karya yang merangkumi AND (Apresiasi seni kaligrafi Bahasa
Cina dan Nikmati fun dalam Dunia gamifikasi Kaligrafi)”. Produk ini dicipta
berdasarkan konsep kit pembelajaran permainan dan digital. Dalam kit
pembelajaran, terdapat model hands-on bagi murid merasai cara menulis titik
kaligrafi. Simulasi dan gerakan animasi disusun dalam satu konteks cerita yang
menarik untuk membimbing murid Tahun 3 SJKC atau SK yang fasih bahasa Cina
supaya dapat menguasai LIMA jenis kemahiran mengapresiasi seni kaligrafi, iaitu
(a) memerhati, (b) menyebut, (c) merumus, (d) menilai, dan (e) menghasilkan
karya. Melalui produk ini, murid dapat melaksanakan pembelajaran secara kendiri.
Produk ini juga dicipta dengan mengaplikasikan kemahiran membuat gamifikasi,
iaitu mengadun bahan pembelajaran lima kemahiran bersama dengan permainan
supaya murid dapat mempelajari kemahiran mengapresiasi seni kaligrafi bahasa
Cina serta berpeluang menikmati keseronokan dari pembelajaran yang dalam mod
permainan. Produk ini mudah dikendali oleh murid sekolah rendah kerana ia
dipasang melalui CD dan mempunyai instruksi yang jelas. Unsur-unsur seni visual
dan muzik digabungkan dalam aktiviti tersebut bertujuan mempertingkat tahap
menikmati pembelajaran murid. Impak ciptaan produk ini kepada pendidikan
dalam era Revolusi Industri 4.0 adalah (a) pemanfaatan digital, (b)
menggabungkan unsur seni kaligrafi dengan konteks menyelesaikan masalah, (c)
mengutamakan keberhasilan murid secara autentik, (d) mengutarakan
pembelajaran kendiri, (e) menggalakkan pembelajaran yang memudah carakan.
RASIONAL PROJEK
Pada masa kini, murid-murid amat dipengaruhi oleh teknologi dan kurang berminat
tentang kesenian tradisi seperti kaligrafi. Hal ini demikian kerana kaligrafi
memerlukan banyak latihan tubi sehingga menyebabkan murid berasa bosan.
Selain itu, kebanyakan guru menghadapi kesuntukan masa menghabiskan
sukatan pembelajaran dan hanya mengajar murid cara menulis kaligrafi sahaja.
Keadaan ini telah menyebabkan murid hanya tahu untuk menulis tulisan kaligrafi
tetapi tidak mampu mengapresiasi seni kaligrafi. Bukan itu sahaja, guru hanya
menggunakan cara demostrasi dan latihan tubi dalam pembelajaran kaligrafi. Hal
ini telah menyebabkan murid tidak berminat dan tidak mahu cuba untuk
menghasilkan karya kaligrafi.
1
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
_____________________________________________________________________________
Objektif projek
Tujuan 10 AND my-Kaligrafi dicipta adalah untuk membimbing murid Tahun Tiga
SJKC atau SK yang fasih bahasa Cina supaya mempelajari dan menguasai LIMA
jenis kemahiran mengapresiasi seni kaligrafi, iaitu memerhati, menyebut,
merumus, menilai dan menghasilkan karya untuk mencapai objektif modul bahasa
Seni yang terkandung dalam DSKP bahasa Cina Tahun 3. Objektif lain adalah
produk kami memanfaatkan gamifikasi digital untuk menarik minat murid supaya
mereka dapat belajar seni kaligrafi cina secara kendiri dan belajar titik kaligrafi
menggunakan acuan titik sebagai kaedah latih tubi yang luar biasa bagi mencapai
objektif yang dinyatakan di atas.
STRATEGI PENYELESAIAN
Strategi penyelesaian adalah bermotif untuk menarik minat murid tentang seni
kaligrafi (Gamifikasi digital) dan membantu murid menguasai kemahiran kaligrafi
serta dapat menghasilkan karya kaligrafi. Idea reka bentuk adalah
mengaplikasikan kemahiran membuat gamifikasi, iaitu mengadun bahan
pembelajaran lima kemahiran bersama dengan permainan. Contohnya, ketiga-tiga
CD program permainan mengajar titik seperti Titik Menegak 竖点, Titik Menaik 提
点 dan Titik Menurun 撇点 mempunyai konteks cerita yang berbeza dan menarik
supaya menarik minat murid untuk belajar kaligrafi.
Idea reka bentuk seterusnya adalah memberi peluang kepada murid untuk
melakukan aktiviti hands-on. Contohnya, model hands-on iaitu acuan titik kaligrafi.
Murid menggunakan berus kaligrafi untuk merasai teknik menulis titik kaligrafi
secara hands-on, iaitu teknik tekan, angkat, simpan dan gerak. Secara tidak
langsung, murid dapat belajar dan meneroka teknik menulis kaligrafi secara
hands-on dan kendiri.
2
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
_____________________________________________________________________________
Bagi mengukuhkan lagi kemahiran kaligrafi murid, ‘Final Challenge’ telah
dihasilkan. Ia telah memberi peluang kepada murid untuk menjalankan aktiviti
pengayaan selepas menguasai kemahiran tentang titik-titik kaligrafi yang telah
dipelajari. Selepas murid menghabiskan ‘Final Challenge’, mereka boleh
menggunakan Kad Semak Banding untuk mengesan tulisan kaligrafi yang
dihasilkan sama ada kemas atau tidak.
Produk ini juga menyediakan satu platform iaitu Padlet bagi murid berkongsi hasil
karya mereka. Murid boleh berkolaborasi, membuat perkongsian dan memperoleh
maklumat tambahan mengenai seni kaligrafi.
Idea asal projek
Idea projek ini adalah asli dan tiada di pasaran pada masa ini. Unsur gamifikasi
digital yang bermotif adalah untuk menarik minat murid untuk belajar seni kaligrafi.
Dengan ini, murid dapat menikmati keseronokan dari pembelajaran yang dalam
mod permainan sambil mempelajari kemahiran mengapresiasi seni kaligrafi
bahasa Cina. Seterusnya, acuan titik kaligrafi juga telah dibina sebagai aktiviti
hands-on untuk membantu murid belajar kaligrafi dengan seronok dan efektif.
Murid dapat merasai teknik menulis titik kaligrafi secara hands-on supaya mereka
lebih memahami cara menulis setiap titik-titik kaligrafi.
PENGGUNAAN
Masa murid menggunakan Produk 10 AND my-Kaligrafi adalah fleksibel dan
memerlukan masa yang singkat untuk menguasai teknik menulis dan
mengapresiasi seni kaligrafi. Dengan adanya kotak kit pembelajaran, murid boleh
terus memulakan pembelajaran seni kaligrafi tanpa menyediakan sebarang bahan
sendiri.
3
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
_____________________________________________________________________________
Murid dapat belajar melalui gamifikasi digital (CD), mengguna model hands-on
(acuan titik kaligrafi), menghasilkan karya dan berkongsi karya di Padlet. Melalui
produk ini, murid bukan sahaja menguasai teknik menulis kaligrafi, malah dapat
menghasilkan karya serta mengapresiasi seni kaligrafi. Murid dapat mencapai
tahap penguasaan kaligrafi yang lebih tinggi.
Bukti penggunaan
Berdasarkan analisis soal selidik yang dilaksanakan, produk inovasi 10 AND my-
Kaligafi telah mencapai tahap kepuasan pengguna yang tinggi dalam kalangan
murid-murid Tahun 3. Hal ini kerana produk ini memenuhi tahap kefahaman
pengguna dan senang digunakan oleh murid pada bila-bila masa.
IMPAK KE ATAS PEMBELAJARAN MURID
Impak utama adalah murid akan mula memupuk minat terhadap seni kaligrafi.
Produk inovasi yang menarik dan seronok ini akan membantu murid untuk
menguasai kemahiran menulis kaligrafi dan mengapresiasi karya kaligrafi. Secara
tidak langsung, murid dapat mencapai Standard Kandungan 4.5 dan Standard
Pembelajaran 4.5.1 yang ditetapkan dalam DSKP bahasa Cina Tahun 3.
4
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
_____________________________________________________________________________
Kesan projek dari aspek kemahiran IR4.0
Impak ciptaan produk 10 AND My-kaligrafi ini kepada pendidikan dalam era
Revolusi Industri 4.0 adalah (a) pemanfaatan digital, (b) menggabungkan unsur
seni kaligrafi dengan konteks menyelesaikan masalah, (c) mengutamakan
keberhasilan murid secara autentik, (d) mengutarakan pembelajaran kendiri, dan
(e) menggalakkan pemudahcaraan dalam pembelajaran.
Bukti penggunaan
Projek ini memberi perubahan sikap dan peningkatan kemahiran sosial pelajar.
Kaedah tradisional pengajaran dan pembelajaran seni kaligrafi adalah demostrasi
di depan menggunakan papan putih dan latih tubi yang berulang kali. Dengan
adanya produk ini, pembelajaran kaligrafi murid akan menjadi lebih menarik,
seronok dan bermakna. Perubahan sikap dapat diperoleh semasa sesi
menghasilkan karya kaligrafi. Jadi, murid dapat mempelajari kesenian kaligrafi
dengan cara pembelajaran kendiri. Peningkatan kemahiran sosial pelajar dapat
dilihat semasa sesi pengkongsian hasil karya di platform rangkaian. Dengan ini,
murid boleh berkomunikasi secara maya di Padlet dan mendapat maklum balas
tentang hasil karya mereka bukannya hanya mendapat gred yang diberikan oleh
guru. Berikutnya adalah bukti pemprosesan inovasi 10 AND my-Kaligrafi.
Tarikh Operasi Inovasi Bukti Aktiviti Kos
Perbelanjaan
Februari 2019 Pembinaan produk RM10.00
inovasi pendidikan CD
Bayaran cetak
13 Mac 2019 Disemak dan diberi -
komen
penambahbaikan
oleh Learning
Partner (Guru
Cemerlang SJKC
Yuk Choi) dan guru
berpengalaman.
5
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
_____________________________________________________________________________
10 April 2019 Pameran Showcase RM50.00
NPDL di Karnival CD
Pendidikan IPG Bayaran cetak
Kampus Ipoh Bunting
dakwat
Pencapaian: kaligrafi
Naib Johan
14 Jun 2019 Pengumpulan RM10.00
maklum balas murid CD
selepas Bayaran cetak
menggunakan soal selidik
produk inovasi kami
di SJKC Tat Choi,
Ipoh
3 Julai 2019 Menyertai RM20.00
Pertandingan Inovasi CD
Pendidikan 2019 IPG Bayaran cetak
Kampus Ipoh
Pencapaian: Pingat
Gangsa
5 Julai 2019 Pengumpulan RM10.00
maklum balas murid CD
selepas Bayaran cetak
menggunakan
produk inovasi kami
di Sekolah
Berprestasi Tinggi:
SJKC Ave Maria,
Ipoh
22-23 Julai Menyertai RM100.00
2019 Pertandingan Inovasi CD
Darulaman Peringkat Cetakan
Kebangsaan Toolkit dalam
(Prism’19) di IPG Kotak
Kampus Darulaman Bunting dan
Pencapaian: Poster
Pingat Perak
6
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
_____________________________________________________________________________
5–9 Ogos Pengumpulan SJK (C) Presbyterian, -
2019 maklum balas murid Muar, Johor.
selepas
menggunakan
produk inovasi kami
sepanjang tempoh
pelaksanaan
Pengalaman
Berasaskan Sekolah
(PBS) SJK (C) Keat Hwa (H),
1. SJK (C) Alor Setar, Kedah.
Presbyterian, Muar,
Johor.
2. SJK (C) Keat Hwa
(H), Alor Setar,
Kedah.
3. SJK (C) Kwang
Chien, Sarikei, SJK (C) Kwang Chien,
Sarawak. Sarikei, Sarawak.
4. SJK (C) Chung
Cheng, Sitiawan,
Perak.
SJK (C) Chung Cheng,
Sitiawan, Perak.
20 Februari Pameran sempena -
2020 Bengkel Pentaksiran
Bilik Darjah Guru
Besar dan Guru-guru
SJK (C) Negeri
Perak Tahun 2020
7
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
_____________________________________________________________________________
1-17 Julai Pertandingan Inovasi -
2020 Pendidikan Dalam
Talian Institut
Pendidikan Guru
Kampus Ipoh 2020
Pencapaian:
Pingat Emas
(Tempat Pertama)
6 Oktober Minda Inovasi -
2020 Dinamik Institut
Pendidikan Guru
2020 (MInD IPG
2020)
Pencapaian:
Anugerah Bitara
Emas (Kategrori
Gabungan)
Pertandingan MInD
Pitching
November Penerbitan Panduan -
2020 Ciptaan Produk
Inovasi 10 AND my-
Kaligrafi
24-26 Mac Seminar -
2021 Penyelidikan dan
Inovasi Pendidikan
(SPIP2021)
Peringkat
Kebangsaan
Pencapaian:
Pingat Emas
8
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
_____________________________________________________________________________
PERLUASAN / KOMERSIAL
Proses perlindungan harta intelek di bawah Hak Cipta Intelek bagi produk inovasi
10 AND my-Kaligrafi sedang dijalankan. Antara bahan yang dimohon untuk hak
cipta termasuklah Acuan Titik Kaligrafi dan Pembangunan Manual Pengguna “10
AND my-Kaligrafi”. Noombor siri ISBN juga turut dimohon untuk Pembangunan
Manual Pengguna “10 AND my-Kaligrafi”.
Produk inovasi ini mempunyai nilai komersil yang tinggi kerana ia merupakan kit
pembelajaran pertama yang berunsurkan seni kaligrafi. Tambahan pula, ia juga
mendapat sokongan dan pengiktirafan tinggi daripada guru dan murid semasa
menjalankan ujian-ujian keberkesanan dan kolaborasi di sekolah-sekolah. Produk
inovasi ini juga dibina bersesuaian dengan pembelajaran abad ke-21 dan
menyokong pembelajaran kendiri murid. Kesimpulannya, 10 AND my-Kaligrafi
dapat menarik minat pelanggan, menyelesaikan masalah murid serta guru dalam
mempelajari seni kaligrafi.
9
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
_____________________________________________________________________________
10
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
_____________________________________________________________________________
11
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
_____________________________________________________________________________
JAM (Jadual Ayat Majmuk)
Angelina Anak Derong, Aidee Jafrin, Juwizit Jupain,
Nur Fitriyani binti Saharudin, Dr. Ng Lee Fong
IPG Kampus Kent
SINOPSIS
JAM merupakan akronim kepada Jadual Ayat Majmuk yang merupakan sebuah
inovasi khas untuk membantu murid membina ayat majmuk dalam subjek Bahasa
Malaysia bagi murid Tahun 3. Inovasi ini tercetus ekoran daripada masalah murid
yang lemah dalam membina ayat majmuk dari segi kemahiran mengembangkan
idea dan penggunaan kata hubung yang salah. Oleh itu, inovasi ini dicipta dengan
beberapa objektif utama seperti membantu murid mengembangkan idea semasa
membina ayat majmuk dalam masa yang sama murid juga dapat membina ayat
majmuk dengan gramatis berdasarkan formula yang terdapat dalam JAM. Di
samping itu, JAM juga bertujuan untuk membantu murid menggunakan kata
hubung dengan betul khasnya bagi penggunaan kata hubung dan, sambil serta
supaya. Keberkesanan inovasi ini dapat dibuktikan dengan melihat kepada
perbandingan antara Ujian Pra dan Ujian Pasca yang telah dilaksanakan di empat
buah sekolah. Keempat-empat buah sekolah ini telah berjaya mencatat angka
peningkatan tersendiri. Peningkatan purata peratusan markah yang tertinggi
adalah sebanyak 50% dan paling rendah 29%. Hal ini jelas membuktikan bahawa
JAM amat membantu murid untuk meningkatkan kemahiran membina ayat
majmuk.
RASIONAL PROJEK
Inovasi JAM tercetus ekoran daripada masalah yang dihadapi murid dalam
membina ayat. Kebanyakan murid sukar untuk mengembangkan idea semasa
membina ayat. Mereka mengambil masa yang lama dalam menyiapkan tugasan
yang diberikan sehingga menyebabkan murid tersebut tidak melengkapkan semua
latihan yang telah diberikan. Terdapat juga murid yang hanya membina ayat
ringkas sahaja berdasarkan gambar yang diberikan. Pada masa yang sama, murid
juga mengalami kekeliruan dalam menggunakan kata hubung dengan betul
semasa membina ayat. Oleh itu, JAM direka khas berdasarkan tiga tahap
pencapaian murid dan dilaksanakan secara ansur maju bagi membimbing murid
untuk membina ayat dan menggunakan kata hubung dengan betul semasa
membina ayat
Objektif projek
Terdapat tiga objektf utama projek inovasi JAM iaitu memudahkan murid untuk
mengembangkan idea semasa membina ayat melalui formula ayat yang terdapat
pada JAM di mana formula khas untuk membina ayat majmuk ini dapat membantu
murid menghuraikan ayat dengan lebih mudah. Di samping itu, JAM juga dapat
12
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
_____________________________________________________________________________
memberikan panduan kepada murid untuk membina ayat majmuk dengan mudah
dan gramatis berpandukan setiap bahagian yang terdapat pada JAM. JAM juga
bertujuan untuk membantu murid menggunaan kata hubung dengan betul semasa
membina ayat majmuk. Pemilihan kata hubung yang mudah digunakan iaitu dan,
sambil serta supaya dapat melatih murid menggunakannya dengan tepat.
STRATEGI PENYELESAIAN
Prokek inovasi JAM direka khas dengan menggunakan tiga formula ayat yang
utama dengan penggunaan tiga kata hubung yang berbeza. Oleh itu, terdapat tiga
tahap penggunaan JAM. Setiap tahap ini mempunyai jadual ayat yang dilengkapi
dengan soalan serta kata kunci yang memudahkan serta membimbing murid untuk
membina ayat dengan lebih mudah dan gramatis. Selepas mengetahui tahap
penguasaan murid, maka murid akan dibahagikan kepada tiga tahap yang
berbeza. Tahap yang pertama lebih kepada murid yang lemah yang mendapat
markah 0% hingga 40%. Pada tahap ini murid dilatih untuk membina ayat majmuk
menggunakan kata hubung “dan” sahaja seperti yang ditunjukkan pada rajah
berikut:
Setelah murid menguasai tahap yang pertama tersebut, murid kemudiannya
diperkenalkan dengan formula ayat yang kedua yang berfokus kepada
penggunaan kata hubung “sambil”. Sekiranya markah murid dalam lingkungan
41% hingga 80%, maka murid terus didedahkan dengan formula ayat yang kedua
ini. Berikut merupakan reka bentuk formula ayat yang kedua:
13
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
_____________________________________________________________________________
Formula yang ketiga mula diperkenalkan sekiranya murid mendapat markah
dalam lingkungan 81% hingga 100%. Setelah murid menguasai formula yang
kedua, maka murid akan didedahkan dengan formula yang ketiga yang
menggunakan kata hubung “supaya”.
Pada peringkat akhir sekali, murid akan diperkenalkan dengan latihan pengukuhan
di mana murid akan menggabungkan kata hubung yang telah dipelajari
berpandukan formula yang telah diberi seperti yang ditunjukkan pada rajah berikut:
Idea asal projek
Idea projek inovasi JAM merupakan idea asli dan tidak diolah daripada mana-
mana idea. Idea projek inovasi JAM adalah tercetus daripada masalah yang
dihadapi murid semasa membina ayat dan menggunakan kata hubung. Pemilihan
kata hubung “dan”, “sambil” serta “supaya” adalah kerana penggunaannya yang
mudah dan sering digunakan dalam membina ayat berdasarkan gambar. Namun,
kebanyakan idea yang ada hanya memfokuskan kepada pembinaan ayat tunggal
yang mudah sahaja. Oleh itu, projek inovasi JAM ini direka khas untuk membantu
murid membina ayat majmuk dengan formula yang lebih mudah dan khusus.
14
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
_____________________________________________________________________________
PENGGUNAAN
Inovasi JAM telah diperkenalkan di empat buah sekolah di sekitar daerah Tuaran,
Inanam dan Kuching. Analisis daripada soal selidik bagi soalan nombor 3 dan 5
jelas menunjukkan bahawa JAM digunakan oleh guru dan juga murid dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran. Penyataan ini disokong oleh 40 daripada 40 orang
responden yang terlibat seperti yang ditunjukkan pada jadual analisis soal selidik
berikut:
IMPAK KE ATAS PENGGUNA AKHIR
Antara kesan utama projek inovasi JAM dalam pembelajaran murid adalah murid
semakin minat untuk membina ayat. Pada masa yang sama, markah pencapaian
dari Ujian Pra ke Ujian Pasca juga berjaya menunjukkan peningkatan. Bukti
keberkesanan JAM ini dapat dilihat melalui hasil analisis data bagi Ujian Pra dan
Pasca serta soal selidik yang menunjukkan tahap pencapaian serta kepuasan
murid terhadap keberkesanan JAM ini.
Kesan projek dari aspek kemahiran IR 4.0
Penggunaan projek inovasi JAM ini dibuat dengan membahagikan murid kepada
tiga tahap yang berbeza. Hal ini dapat dilihat melalui penggunaan JAM bagi 6
orang murid Tahun 3 di SK Rangalau Baru, Tuaran, Sabah. Jadual berikut
menerangkan dengan lebih terperinci mengenai peningkatan prestasi murid
mengikut tahap bagi Ujian Pra dan Pasca serta latihan yang telah dilaksanakan.
Kemahiran yang diperolehi merupakan asa kepada penguasaan bahasa ke arah
kemahiran IR4.0.
15
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
_____________________________________________________________________________
Bukti penggunaan
Keberkesanan projek inovasi JAM ini juga telah diuji di tiga buah sekolah dengan
mengambil murid dari tiga tahap yang berbeza di tiga buah sekolah yang berbeza.
Carta bar berikut menerangkan perbandingan peningkatan purata markah murid
bagi Ujian Pra dan Pasca selepas diperkenalkan dengan formula JAM.
Peningkatan markah berikut jelas menunjukkan bahawa JAM berjaya membantu
murid dalam membina ayat dengan gramatis dan membantu murid menggunakan
kata hubung dengan tepat.
Keberkesanan projek inovasi JAM ini juga dapat dibuktikan melalui soal selidik
yang telah dijalankan ke atas 40 responden yang meibatkan murid serta guru di
sekolah Bahasa Melayu di sekolah rendah. Soal selidik ini menilai beberapa aspek
seperti keberkesanan JAM dan minat murid terhadap kemahiran membina ayat.
Analisis soal selidik ini jelas menunjukkan bahawa JAM dapat membantu murid
dalam mempertingkatkan kemahiran membina ayat dan berjaya seperti yang
ditunjukkan dalam jadual berikut:
16
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
_____________________________________________________________________________
PERLUASAN/KOMERSIAL
Inovasi ini telah diperluaskan kepada empat buah sekolah rendah iaitu SK
Rangalau Baru, Tuaran, Sabah, SK Pomotodon, Inanam, Sabah, SK Tan Sri Dr.
Sulaiman Daud, Kuching, Sarawak dan SJKC Chung Hwa, Tamparuli, Sabah.
Pada masa yang sama, inovasi ini turut diperkenalkan di pameran inovasi
sempena Showcase PBD peringkat kebangsaan di Tuaran.
17
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
_____________________________________________________________________________
Berikut merupakan kos yang digunakan untuk menghasilkan seunit JAM iaitu
RM5.30 seperti yang ditunjukkan pada jadual berikut. Oleh itu, anggaran harga
komersial bagi seunit bagi projrk inovasi JAM ini ialah RM7.00.
18
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
_____________________________________________________________________________
19
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
_____________________________________________________________________________
20
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
_____________________________________________________________________________
21
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
_____________________________________________________________________________
ROff
Vergeer Voi Anak Paul, Ronna Karen Haliam,
Muhammad Amir Faruq bin Mat Kamil, Dr. Ng Lee Fong
IPG Kampus Kent
SINOPSIS
Projek inovasi ROff merupakan suatu inovasi pengajaran dan pembelajaran yang
direka khusus berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
(DSKP) Matematik yang melibatkan standard kandungan membundarkan nombor
bagi setiap darjah di sekolah rendah. Penggunaan ROff melibatkan pengajaran
guru dan pelibatan murid secara aktif sama ada dalam bentuk kumpulan mahupun
individu. Masalah yang sering dihadapi murid dalam membundarkan nombor
adalah murid keliru digit manakah yang perlu dilihat untuk membundarkan nombor,
keliru tentang bila perlu menambah nilai 0 dan 1 pada nilai tempat terdekat yang
hendak dibundarkan dan akhir sekali murid sering mengalami kesilapan dalam
menulis jawapan dengan cara yang betul di mana murid sering terlupa untuk
menukarkan nilai di belakang menjadi sifar. Justeru, ROff dibangunkan bagi
membantu murid mengatasi masalah yang dihadapi dengan memfokuskan
kepada penggunaan alat bantu belajar secara hands-on yang mampu memberikan
panduan dan pengalaman langsung seterusnya membantu murid membina dan
memperbetulkan miskonsepsi murid terhadap algoritma pembundaran nombor.
Sehubungan dengan itu, pengumpulan data telah dibuat menggunakan borang
soal selidik serta ujian pra dan pasca sebagai instrumen pengumpulan data.
Berdasarkan analisis yang telah dilakukan, ROff terbukti mampu meningkatkan
penguasaan murid dalam pembundaran nombor, berkesan, mudah digunakan dan
dapat membantu murid memperoleh jawapan yang tepat. Kesimpulannya, ROff
mampu memberikan impak yang positif terhadap pembelajaran murid berkaitan
topik pembundaran nombor.
RASIONAL PROJEK
Projek inovasi ROff dihasilkan berdasarkan dapatan kajian lapangan pada tahun
2019. Berdasarkan soal selidik yang telah dilaksanakan seperti dalam Jadual 1,
didapati masalah utama yang dihadapi murid dalam membundarkan nombor ialah
murid tidak mengetahui digit mana yang perlu dilihat untuk membundarkan
nombor. Misalnya, terdapat murid yang keliru sama ada perlu melihat nombor di
hadapan garis atau pun nombor di belakang garis. Selain itu, murid didapati
mengalami kekeliruan dalam menentukan sama ada perlu menambah nilai 0
ataupun 1 pada nombor yang hendak dibundarkan dan terkadang melakukan
penambahan di tempat yang salah. Berdasarkan pemerhatian dan kolaborasi yang
dilakukan bersama guru, salah satu masalah murid yang dapat dikenal pasti ialah
murid keliru di mana dan bila perlu menambah 1 pada nombor yang hendak
dibundar. Masalah yang sama turut ditemukan dalam kajian Yusairi (2009) iaitu
masih terdapat murid yang keliru pada nilai tempat manakah penambahan harus
dilakukan. Isu terakhir yang ditemukan ialah murid seringkali menulis jawapan
22
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
_____________________________________________________________________________
yang salah di mana murid tidak meletakkan angka sifar pada nombor di belakang
nilai tempat terdekat selepas melakukan pembundaran.
Kekerapan
Bil Pernyataan Item min
1 2 3 4
Tidak tahu menulis
jawapan selepas
2.a membundar nombor. 1 5 10 1 2.65
(59%)
(6%)
(6%)
(29%)
Contoh, 34100 ditulis
341.
Murid keliru digit
manakah yang perlu 1 3 6 7
2.b 3.11
dilihat untuk (6%) (18%) (35%) (41%)
membundar nombor.
Murid keliru bila
murid perlu 1 4 11 1
2.c 2.70
menambah nilai 1 (6%) (24%) (65%) (6%)
pada nombor.
Murid tidak tahu
membundar nombor 5 7 2 3
2.d 2.18
melibatkan nombor 9 (29%) (41%) (12%) (18%)
seperti 99999
Keseluruhan 2.66
Sumber: Kajian Lapangan, 2019
Jadual 1: Masalah Murid dalam Menyelesaikan Pembundaran Nombor
Objektif projek
Projek inovasi ROff merupakan suatu inovasi pengajaran dan pembelajaran yang
merangkumi pengajaran guru dan penglibatan murid secara aktif dalam bentuk
kumpulan atau individu. Matlamat ROff adalah untuk membantu murid memahami
algoritma pembundaran nombor. Pelaksanaan ROff adalah untuk mencapai
objektif berikut:
i. Memperbetulkan miskonsepsi murid berkaitan penambahan nilai 0 atau 1
pada digit yang hendak dibundarkan.
ii. Membantu murid menentukan digit yang perlu dilihat untuk membundarkan
nombor.
iii. Membantu murid menulis jawapan akhir pembundaran nombor dengan betul
dan tepat.
23
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
_____________________________________________________________________________
STRATEGI PENYELESAIAN
Strategi penyelesaian dan idea reka bentuk dilaksanakan berdasarkan model
proses kreatif terarah yang merangkumi fasa persediaan iaitu pemerhatian dan
analisis, fasa imaginasi iaitu penjanaan idea dan sintesis idea, fasa perkembangan
iaitu penambahbaikan dan menilai serta fasa tindakan iaitu pelaksanaan dan
amalan berterusan. Dalam membina inovasi ROff, pemerhatian dan analisis telah
dilakukan bagi mengenal pasti masalah murid dalam melakukan pembundaran
nombor. Seterusnya, penjanaan idea dan sintesis idea berlaku yang mana
perbincangan telah dilakukan dan membina prototaip inovasi kemudian dibawa ke
sekolah untuk diuji rintis, dinilai dan dibuat penambahbaikan untuk dijadikan suatu
amalan yang berterusan. Rajah 1 merupakan proses pembinaan prototaip inovasi
ROff.
Rajah 1 Proses Pembinan Prototaip Inovasi ROff
Berdasarkan trenda dan isu yang dilihat daripada refleksi yang dibuat, boleh
disimpulkan bahawa murid kurang menguasai konsep disebabkan kelemahan
dalam PAK21 iaitu kurang menggunakan bahan konkrit. Penggunaan alat bantu
belajar yang betul, praktikal dan berinovasi dapat meningkatkan lagi pengetahuan
dan kefahaman murid. Justeru, strategi penyelesaian yang digunakan adalah
dengan menyediakan alat pembelajaran secara hands-on yang dapat memberikan
panduan dan pengalaman langsung kepada murid untuk memperbetul
miskonsepsi terhadap algoritma langkah demi langkah dalam melakukan
24
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
_____________________________________________________________________________
pembundaran nombor. Oleh yang demikian, penggunaan ROff membantu murid
lemah untuk menguasai konsep pembundaran kerana mampu memenuhi turutan
pembelajaran Matematik dengan pengamalan Concrete – Pictorial – Abstract.
Idea asal projek
Idea projek inovasi Roff diadaptasi daripada kad nilai digit seperti dalam Rajah 2
dan diubah suai agar dapat memberikan panduan langkah demi langkah kepada
murid dalam melakukan pembundaran nombor. Percantuman idea telah berlaku
yang mana reka bentuk inovasi ini menggabungkan penggunaan bukit bundar
seperti yang disarankan dalam buku teks Matematik KSSR sekolah rendah dan
kad nilai digit.
Rajah 2 Kad Nilai Digit
PENGGUNAAN
Soal selidik telah dilaksanakan bagi mengetahui keberkesanan projek inovasi.
Berdasarkan analisis yang dilakukan majoriti pengguna bersetuju bahawa ROff
dapat membantu mengatasi isu-isu pembelajaran yang telah dinyatakan. Secara
keseluruhannya, didapati bahawa ROff mampu menyelesaikan masalah yang
dihadapi murid dengan berkesan, mudah, jawapan tepat, cepat dan jimat masa.
ROff dikatakan jimat masa kerana ianya bersifat fleksibel yang mana
membolehkan guru memberikan pendedahan kepada murid berkaitan
pembundaran nombor lebih awal sebelum murid memasuki tahun seterusnya di
sekolah rendah. Bagi aspek kesesuaian bahan, ROff mudah dibawa ke mana-
mana, menarik, tahan lama dan mudah dikendalikan.
25
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
_____________________________________________________________________________
Bukti penggunaan
Pautan berikut membolehkan pengguna mendapatkan video rakaman
pelaksanaan PdP dengan menggunakan projek inovasi ROff dan lain-lain yang
berkaitan bukti penggunaan projek inovasi ROff.
https://drive.google.com/drive/folders/1n-cTZhzt0qS7r5XTnkI7COJsck-
ReDJr?usp=sharing
IMPAK KE ATAS PENGGUNA AKHIR
Berdasarkan analisis soal selidik yang dilaksanakan di dua buah sekolah yang
berlainan, majoriti murid di kedua-dua buah sekolah bersetuju bahawa
penggunaan inovasi adalah berkesan, mudah, cepat serta membantu murid
memperoleh jawapan tepat. Perkara ini sejajar dengan hasil keputusan ujian pra
dan ujian pasca yang telah dilaksanakan di sebuah lagi sekolah yang berlainan.
Jadual 2 berikut merupakan keputusan ujian pra dan pasca yang telah
dilaksanakan.
Bilangan Murid
Markah (%) Ujian Pra Ujian Perubahan Catatan
Pasca
0-19 33.3% 0.0% - 33.3%
20-39 11.1% 22.2% + 11.1% Keputusan
40-59 22.2% 0.0% - 22.2% murid
60-79 11.1% 22.2% - 11.1% meningkat
80-100 22.2% 55.5% +33.3%
Jadual 2: Keputusan Ujian Pra dan Pasca
Keputusan ujian pra telah menunjukkan bahawa daripada 24 orang murid, 7 orang
murid mendapat markah 0% sehingga 19%, diikuti oleh 2 orang murid yang
mendapat 20% sehingga 39%, dan 5 orang murid lagi mendapat markah 40%
sehingga 59%. Seterusnya, terdapat 2 orang murid yang mendapat markah 60%
sehingga 79% dan 5 orang murid lagi mendapat markah 80% sehingga 100%.
Selepas melaksanakan penggunaan ROff, markah murid jelas menunjukkan
peningkatan. Jadual 2 menunjukkan jumlah murid mendapat markah 80%
sehingga 100% telah meningkat. Hal ini menunjukkan kemahiran murid dalam
membundarkan nombor telah meningkat. Manakala hanya 5 orang murid sahaja
mencapai 20% sehingga 39% daripada 24 orang murid dan tiada lagi murid yang
mendapat markah 0% sehingga 19%. Peningkatan markah menunjukkan bahawa
objektif untuk menyelesaikan masalah pembundaran nombor dapat diatasi.
26
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
_____________________________________________________________________________
Kesan projek dari aspek kemahiran IR 4.0
Projek inovasi ROff dapat membantu murid mengatasi masalah yang dihadapi
dengan memfokuskan kepada penggunaan alat bantu belajar secara hands-on
yang mampu memberikan panduan dan pengalaman langsung seterusnya
membantu murid membina dan memperbetulkan miskonsepsi murid terhadap
algoritma pembundaran nombor.
Bukti penggunaan
Proses pembelajaran kondusif ialah persekitaran yang membolehkan murid
terlibat secara aktif dan mengambil bahagian dan perhatian dalam pembelajaran.
Justeru, dengan aktiviti pembelajaran menggunakan ROff proses pembelajaran
kondusif dapat diwujudkan kerana membolehkan murid melakukan perbincangan
bersama dalam kumpulan. Perkara ini juga membenarkan Scaffolding untuk
berlaku dalam kalangan murid dengan membentuk kumpulan yang terdiri daripada
gabungan murid berkebolehan dan kurang berkebolehan. Aktiviti berkumpulan ini
juga secara tidak langsung menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif murid kerana
wujud interaksi secara positif yang mampu memupuk sikap berdikari dan
tanggungjawab murid terhadap pembelajaran kendiri. Selain itu, projek inovasi
ROff dapat mewujudkan peluang aktiviti secara individu dan juga kumpulan kecil
yang membantu dalam aktiviti pengayaan. Projek inovasi ROff turut memberikan
penekanan kepada pembelajaran konstruktivis yang mana ianya mampu
merangsang minda murid untuk membina pengetahuan baharu. Justeru, ROff
melalui proses asimilasi dan akomodasi membolehkan murid meneroka sendiri
maklumat melalui pengalaman yang dilalui secara kendiri untuk menerima
maklumat dan kemahiran baharu ke dalam struktur kognitif (Jean Piaget, 1974
dalam Wong, Mohamad Isa & Rafidah, 2016).
27
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
_____________________________________________________________________________
PERLUASAN/KOMERSIAL
Projek inovasi ROff telah disebarluas dan dilaksanakan penggunaanya di SK
Pomotodon, Inanam, SK St. Edmund, Kota Belud) dan SK Merpati Jepang,
Kuching. Selain itu, projek inovasi ROff telah dikongsikan dalam Showcase NPDL
di peringkat daerah dan di peringkat kebangsaan serta dalam Pertandingan
Inovasi Terbuka IPGK Kent.
28
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
_____________________________________________________________________________
Pautan berikut membolehkan pengguna mendapatkan video rakaman
pelaksanaan PdP dengan menggunakan projek inovasi Roff di sekolah.
https://drive.google.com/drive/folders/1n-cTZhzt0qS7r5XTnkI7COJsck-
ReDJr?usp=sharing
29
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
_____________________________________________________________________________
30
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
_____________________________________________________________________________
31
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
_____________________________________________________________________________
PA_5
Mack Lee, Mohd Nizam bin Matusin, Nur Hannani binti Mukhtar,
Nuralia Faadilaa binti Harfin, Pn. Low Kee Sun
IPG Kampus Kent
SINOPSIS
Projek inovasi PA-5 merupakan satu alat bantu yang dihasilkan bagi membantu
murid dalam membuat pemerhatian. Projek inovasi ini diadaptasi daripada kaedah
biasa yang digunakan oleh guru dalam menerangkan maksud pemerhatian di
mana ia dijelmakan ke dalam bentuk maujud dan interaktif. Tambahan pula,
kemahiran berfikir (KB) seperti mencirikan, membandingkan dan membezakan,
dan menghubungkaitkan merupakan kemahiran yang dikaitkan dengan
Kemahiran Proses Sains (KPS) memerhatikan (KPM, 2015). Justeru, projek
inovasi PA-5 boleh dijadikan sebagai medium dalam mendorong murid
menjalankan proses pemerhatian dan dicatat hasil pemerhatian dengan lebih
bersistematik, seterusnya memudahkan pentaksiran/penilaian dibuat sejajar
dengan langkah pemerhatian berpandukan PA - 5.
RASIONAL PROJEK
Standard Kemahiran Proses Sains (KPS) bagi setiap tahap persekolahan
merupakan cadangan umum yang mesti dicapai oleh murid. (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 2017). Penguasaan KPS bersama dengan sikap dan
pengetahuan yang sesuai menjamin keupayaan murid untuk berfikir secara
berkesan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2015). Justeru, kemahiran pertama
yang digariskan dalam KPS iaitu kemahiran memerhati perlu dikuasai sebagai
langkah pertama sebelum meneruskan KPS yang seterusnya bermula dari Tahun
1. Sebelum ini, guru hanya menerangkan cara untuk membuat pemerhatian
secara lisan sahaja. Hal ini menyebabkan murid tidak dapat membayangkan
dengan jelas kerana masih lagi belum boleh berfikir secara abstrak untuk
memahami sesuatu. Menurut Piaget, peringkat operasi konkrit dijelaskan melalui
kebolehan murid untuk memahami konsep-konsep abstrak dengan bantuan bahan
konkrit (A. Rashid & Boon & Syed Ahmad, 2017). Maka, satu alat bantu iaitu PA-
5 telah dihasilkan bagi membantu murid dalam membuat pemerhatian. Berikut
merupakan permasalahan utama yang dikaitkan dengan rasional penghasilan
projek inovasi PA-5:
i. Murid kurang mahir dalam melakukan kemahiran memerhati dengan teratur dan
sistematik. Implikasinya:
a. Murid tidak membuat pemerhatian secara menyeluruh, sering terdapat
beberapa pemerhatian yang tercicir. Contohnya, murid hanya
mengutamakan deria ‘melihat’ sahaja dalam membuat pemerhatian.
32
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
_____________________________________________________________________________
ii. Murid tidak menerapkan kemahiran berfikir dalam KPS memerhati.
a. Murid tidak membuat pemerhatian secara bermakna iaitu tidak
menggunakan kemahiran berfikir dengan berkesan.
b. Kemahiran berfikir seperti mencirikan, membandingkan dan membezakan,
dan menghubungkaitkan merupakan kemahiran yang dikaitkan dengan
KPS memerhatikan (KPM, 2015).
Objektif projek
i. Murid dapat membuat pemerhatian berdasarkan rangsangan dengan lebih
teratur, menyeluruh dan sistematik.
a. Pemerhatian dinyatakan mengikut urutan deria yang telah ditetapkan
dalam PA-5. Dengan ini, kesemua pemerhatian akan dapat dinyatakan
berdasarkan kesemua deria manusia.
b. Murid dapat membuat pemerhatian dengan memanfaatkan kesemua
deria manusia dan mengurangkan peluang berlaku keciciran maklumat
dalam membuat pemerhatian.
ii. Murid dapat menerapkan kemahiran berfikir dalam KPS memerhatikan iaitu
mencirikan, membandingkan, membezakan, dan menghubungkaitkan.
a. Pemerhatian yang bernas akan dapat dihasilkan sama ada dari segi
kualitatif dan kuantitatif.
b. Budaya berfikir akan dapat dikembangkan dan diamalkan dalam gerak
kerja kemahiran proses sains yang lain.
STRATEGI PENYELESAIAN
Berdasarkan isu dan masalah tentang proses pemerhatian, kemahiran berfikir dan
pelaksanaan penilaian/pentaksiran seperti yang dihuraikan, satu alat iaitu PA-5
telah dihasilkan. Alat yang dihasilkan mengambil kira cara penggunaannya yang
ringkas dan mudah sesuai dengan peringkat umur murid sekolah rendah iaitu
bermula daripada Tahap 1. Tambahan pula, faktor yang diambil kira dalam
menyelesaikan masalah tersebut juga mengambil kira aspek pengendaliannya.
Hal ini merujuk kepada alat tersebut boleh digunakan oleh semua murid di
pelbagai lokasi kerana tidak memerlukan rangkaian internet. Bagi inovasi ini,
pengendalian perlu menitikberatkan keberkesanan di pelbagai tempat bagi
memastikan ia dapat disebarluaskan tanpa had.
Projek inovasi ini juga dihasilkan dengan mengambil kira elemen reka bentuk dari
segi warna, rupa, bentuk, dan saiz. Penggunaan gambar yang simbolik dan
berwarna-warni sesuai dengan peringkat perkembangan kognitif murid. Hal ini
secara tidak langsung membantu mencetuskan semangat inkuiri murid dalam
membuat pemerhatian dengan menggunakan PA-5. Ujian rintis yang ditadbirkan
33
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
_____________________________________________________________________________
untuk menguji keberkesanan alat ini ialah dengan membekalkan setiap murid PA-
5 semasa menjalani eksperimen. Selain itu, guru juga memberikan kertas
lembaran soalan untuk membolehkan murid mencatat hasil dapatan pemerhatian
mereka. Murid perlu berfikir semasa membuat pemerhatian tentang deria yang
boleh digunakan bergantung kepada eksperimen yang dijalankan.
Idea asal projek
Guru matapelajaran Sains seringkali mencadangkan satu alat yang boleh
membantu murid bagi tujuan pemudahcaraan subjek tersebut. Guru sering
menggunakan persekitaran sekeliling sekolah bagi mengajar topik yang
memerlukan pengalaman secara langsung. Penyampaian secara verbal
digunakan oleh guru menyebabkan murid kurang fokus terhadap penguasaan
kemahiran pemerhatian yang dilakukan. Oleh itu, alat PA-5 dihasilkan bagi
membantu murid membuat pemerhatian yang berfokus sekaligus kelancaran
dalam penyampaian penerangan secara verbal oleh guru tercapai.
Setakat ini, alat tersebut dihasilkan berdasarkan perbincangan dengan guru
tersebut namun reka bentuk alat ini yang diadaptasi daripada ‘colour wheel’ yang
mempunyai kombinasi warna pelengkap yang membantu murid membuat
pemerhatian yang lebih menyeluruh terhadap objek yang dikaji. Rikard Kuller
(1976) menyatakan bahawa warna boleh mempengaruhi seluruh sistem pusat
saraf manusia. Rajah 1 menunjukkan perkembangan inovasi PA-5.
Reka bentuk PA-5 yang asal
PA-5 PA-5 yang ditambah baik di mana ruangan menulis
diseda disediakan.
PA-5 yang telah ditambah baik setelah mendapat
maklum balas. Aspek reka bentuk dan warna
ditambah baik. Penerapan Kemahiran Berfikir juga
digabungjalinkan.
Rajah 1 Perkembangan inovasi PA-5
34
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
_____________________________________________________________________________
PENGGUNAAN
Kekerapan penggunaan PA-5 dalam PDPC ini dilihat berdasarkan kepada:
i. Standard Kandungan Sains KSSR Tahap 1, Kemahiran Memerhati diajar pada
setiap SK 1.0 (Rujuk DSKP KSSR Sains Tahun 1, Tahun 2, dan Tahun 3).
ii. Tema Sains menggunakan kemahiran memerhati di dalam aktiviti yang
dijalankan. Hal ini kerana, murid perlu melihat hubungkait pemerhatian yang
dibuat dengan apa yang hendak dipelajari di dalam setiap Standard
Kandungan.
iii. Masa yang diperlukan untuk menggunakan PA-5 ini adalah singkat.
iv. Murid boleh menyatakan pemerhatian mereka secara terus iaitu secara lisan
sekiranya diperlukan dengan hanya berpandukan kepada inovasi PA-5 ini
tanpa menulis pada alat tersebut.
Bukti penggunaan
Keberkesanan adalah melalui penggunaan kod warna dan simbol yang membantu
dalam perkembangan minda, kreativiti, produktiviti, dan pembelajaran (The
Effects, 2017). Murid akan dilatih tentang langkah keselamatan secara tidak
langsung melalui amaran warna.
o Merah (Rasa) - amaran bukan semua bahan boleh dirasa
o Kuning (Hidu) - amaran bukan semua bahan boleh dihidu
o Hijau (Dengar)
o Biru (Sentuhan)
o Ungu (Lihat)
Tahap bahaya
IMPAK KE ATAS PENGGUNA AKHIR
Berdasarkan keputusan ujian pra dan pos yang telah dijalankan, kesemua murid
mempunyai peningkatan. Peningkatan juga dapat dilihat bagi setiap soalan yang
dijawab pada ujian pra dan ujian pos di mana setiap soalan pemerhatian dikaitkan
dengan kemahiran berfikir. Ini membuktikan PA-5 dapat melatih pelajar dalam
membuat pemerhatian secara saintifik. KPS memerhati yang dilatih dengan
mendalam dapat memastikan pelajar menguasai KPS lain yang telah ditetapkan
terutamanya dalam menjalankan aktiviti Sains dan amali Sains yang memerlukan
kemahiran ini. Tambahan pula, PA-5 juga dapat membantu guru dalam
menjalankan sesi PdP kerana bahan yang dibekalkan kepada murid adalah dalam
bentuk konkrit di mana murid hanya perlu mendengar penerangan guru sambil
menggerakkan PA-5. Dengan ini, pembelajaran bermakna akan diperoleh oleh
murid dan guru dapat mengajar murid dalam memahami sesuatu konsep
pembelajaran yang bersifat abstrak.
35
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
_____________________________________________________________________________
Kesan projek dari aspek kemahiran IR 4.0
Kemahiran berfikir merupakan salah satu persiapan di samping ilmu pengetahuan
yang perlu dikuasai oleh pelajar dalam menghadapi IR 4.0 (BERNAMA, 2019).
Penggunaan PA-5 secara berterusan akan dapat melatih kemahiran berfikir dalam
kalangan murid secara tidak langsung. Kemahiran berfikir yang berkaitan dengan
KPS memerhati akan dapat dikukuhkan melalui penggunaan alat ini. Pemikiran
komputasional yang merupakan kaedah literasi baru Abad ke-21 turut diterapkan
dalam penggunaan PA-5. Proses pemikiran tersebut melibatkan kaedah dalam
merumuskan formula masalah dan penyelesaian masalah dapat diwakili dalam
bentuk yang berkesan melalui agen pemprosesan maklumat. (Swaid, 2015).
Berikut merupakan contoh yang dapat dikaitkan dengan pemikiran komputasional.
Masalah
Rangsangan
Pecahan kecil
KB seperti mencirikan
KB membanding beza sekiranya dua jenis atau lebih rangsangan
Merangka algorithma
Mengisi ke dalam templat PA-5
Dengan adanya algoritma, murid akan dapat membuat pemerhatian dengan
menggunakan satu set kriteria yang telah dibuat. Kesimpulannya, ia membolehkan
murid untuk menangani masalah, untuk memecahkan masalah ke dalam bentuk
pecahan kecil dan merangka algoritma untuk menyelesaikannya.
Bukti penggunaan
Penggunaan PA-5 sememangnya menyokong profil murid di dalam kemahiran
Abad ke-21. Antara profil murid yang dicapai ialah pemikir. Murid akan menjana
soalan untuk menyatakan pemerhatian dengan menyentuh aspek kemahiran
berfikir yang terdapat dalam pemerhatian seperti mencirikan, membandingkan dan
membezakan, dan menghubungkaitkan. Tambahan pula, PA-5 juga dapat
meningkatkan kemahiran sosial pelajar melalui kerja sepasukan. Menurut Shayer
(2002) diambil daripada Turuk (2008) menyatakan bahawa melalui interaksi murid
dengan rakan sebaya dalam melaksanakan suatu aktiviti, murid dapat
meningkatkan pelbagai perkembangan dalaman yang dapat membentuk lagi Zon
Perkembangan Proksimal di dalam diri setiap murid. Tugasan yang diberikan
secara berkumpulan di dalam bilik darjah dengan menggunakan alat ini akan
dapat melatih kemahiran kolaboratif sesama mereka. Murid akan bekerjasama
sebagai satu pasukan untuk menghasilkan pemerhatian bersama-sama. Profil
murid iaitu bersifat ingin tahu juga akan dizahirkan secara tidak langsung di luar
36
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
_____________________________________________________________________________
bilik darjah. Murid akan menggunakan alat ini dan mengimitasikan gerak kerja
mereka di dalam kelas untuk membuat pemerhatian di sekeliling mereka.
Misalnya, di rumah. Justeru, mereka akan dapat menikmati pengalaman
pembelajaran sepanjang hayat secara berterusan (KPM, 2015).
Ujian telah dijalankan di SK Stungkor, Lundu, Sarawak dengan 17 orang murid
Darjah 6 sebagai responden. Terdapat empat soalan pemerhatian yang diuji.
Setiap soalan dikaitkan dengan kemahiran berfikir.
Soalan 1: Mencirikan (4 Markah)
Soalan 2: Mencirikan (3 Markah)
Soalan 3: Membanding dan membezakan (2 Markah)
Soalan 4: Membanding dan membezakan, dan menghubungkaitkan (1 Markah)
Hasil analisis ujian pra dan ujian pos seperti dalam Rajah 1. Hasil analisis
menunjukkan peningkatan dalam ujian pos bagi semua murid Darjah 6.
Rajah 1 Analisis Ujian Pra dan Ujian Pos
Hasil temu bual dengan murid, guru dan pensyarah terhadap penggunaan PA-5
menunjukkan kepuasan dan respon yang amat memberangsangkan. Berikut
merupakan petikan daripada temu bual bersama murid dan guru selepas
menggunakan PA-5.
“..........PA-5 perlu dikongsi dengan rakan luar sekolah..........” (Murid A)
“..........seronok dan membantu..........” (Murid G)
“..........boleh digunakan di luar sekolah seperti di rumah untuk membuat
pemerhatian..........” (Murid H)
“..........murid Tahap 2 juga boleh gunakan..........” (Murid M)
37
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
_____________________________________________________________________________
“..........menarik perhatian murid dan pembelajaran jadi lebih seronok dan
bermakna..........” (Guru Subjek Sains SK Stungkor)
“..........boleh disebar luaskan bagi membantu dalam menjalankan kemahiran
memerhati dengan efektif..........” (Pensyarah)
PERLUASAN/KOMERSIAL
Inovasi PA-5 ini boleh disebar luas dan mempunyai potensi untuk dikembangkan
dan mempunyai nilai komersial yang tinggi. PA-5 ini juga murah dan mudah
digunakan, di mana ia terdapat dalam bentuk offline. Oleh itu, semua guru dan
murid dapat menggunakannya. Kos bagi penghasilan PA-5 yang bersaiz A4
hanyalah RM 1.50 seperti dalam Jadual 1.
Bil Item Jumlah Harga (RM)
1 Kertas A4 putih 1 0.10
2 Ink - 0.40
3 Laminating film 1 1.00
JUMLAH 1.50
Jadual 1 Kos bagi penghasilan PA-5
Gambar menunjukkan perlaksanaan Inovasi PA-5 di sekolah
38
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
_____________________________________________________________________________
Manual pengguna PA-5
39
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
_____________________________________________________________________________
40
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
_____________________________________________________________________________
41