ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
_____________________________________________________________________________
92
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
_____________________________________________________________________________
Explosion Kaabah Box (ExKAAb)
Siti NorBalqis binti Noh, Nurul Nasuha binti Ismadi, Siti Nur Izzati binti Ismail,
Wan Sabirah Solihah binti Wan Khairuldin, En. Mohamad Fauzi
IPG Kampus Dato’ Razali Ismail
SINOPSIS
Produk inovasi yang dihasilkan berasaskan bahan digital dan bahan maujud iaitu
kit pembelajaran 3 dalam 1. Produk Explosion Kaabah Box (ExKAAb) merupakan
salah satu cara pengajaran dan pembelajaran (PdPc) baharu yang dicipta untuk
murid mempelajari sesuatu di dalam kelas dengan lebih mudah dan menarik.
Produk ini tercetus kerana permasalahan murid dalam memahami perjalanan
pelaksanaan Haji dan Umrah serta PdPc yang kurang menepati cara
pembelajaran murid. Oleh itu, produk ini merangkumi kesemua cara pembelajaran
iaitu visual, auditori dan kinestetik. Produk ini terbahagi kepada tiga peringkat.
Peringkat pertama iaitu peringkat penerangan secara teori. Peringkat kedua pula
ialah peringkat praktikal atau gambaran secara e-Amali yang dilengkapi imbasan
kod QR. Manakala pada peringkat ketiga ialah peringkat uji minda. Tambahan
pula, terdapat nota-nota tambahan di sebalik permainan yang disediakan. Tujuan
permainan ini adalah untuk menarik minat murid menggunakan konsep ‘Game of
Learning’.
RASIONAL PROJEK
Permasalahan berkaitan dengan keterbatasan tahap pengetahuan murid
berkenaan fiqh haji dan umrah. Situasi ini berlaku apabila murid menghadapi
masalah dalam mengingat dan memahami pelaksanaan haji dan umrah secara
amali atau praktikal. Sebagai contoh, murid sering kali menghafal manasik haji
secara teori tanpa mendapat gambaran amali pelaksaannya. Hal ini
mengakibatkan hafalan murid hanya bersifat jangka masa pendek (short term) dan
tidak dapat diaplikasikan dalam kehidupan. Kajian Baharin et al. (2007) telah
membuktikan murid mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza. Suatu alat
bantu mengajar yang menepati kesemua gaya pembelajaran mampu
meningkatkan prestasi pencapaian murid pada tahap yang optimum (Hazilah,
2014). Oleh itu, pendekatan alat bantu mengajar yang menepati gaya
pembelajaran penting dalam memudahkan murid memahami sesuatu pengajaran
iaitu mesti berasaskan gaya pembelajaran VARK (Visual, Auditory/Aural,
Read/Write, dan Kinesthetic/Tactile).
Objektif projek
i. Sebuah kit pembelajaran yang dibina khas untuk memudahkan PdPc guru
berkenaan pelaksanaan Haji dan Umrah di dalam kelas.
ii. Mengaplikasikan pembelajaran berasaskan permainan iaitu unsur ‘Game of
Learning’.
93
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
_____________________________________________________________________________
iii. Menguji sejauh mana kefahaman pelajar berdasarkan 3 peringkat penghasilan
produk iaitu; pertama peringkat penerangan secara teori, kedua peringkat
pelaksanaan secara maya atau e-Amali dan ketiga peringkat uji minda.
STRATEGI PENYELESAIAN
Bagi mengatasi permasalahan tersebut, Explosion Kaabah Box (ExKAAb) telah
dihasilkan berasaskan bahan digital dan maujud iaitu kit pembelajaran 3 dalam 1
yang merangkumi kaedah pembelajaran iaitu visual, auditori dan kinestetik yang
sesuai digunakan oleh semua pelajar. ExKAAb menyediakan 3 peringkat iaitu
peringkat pertama menyediakan nota-nota ringkas tapi padat tentang konsep haji
dan umrah secara dasar dahulu kepada murid. Peringkat kedua pula menyediakan
nota-nota yang lebih terperinci tentang rukun-rukun haji dan umrah. Peringkat
terakhir iaitu yang ketiga, mengaplikasikan konsep ‘Game of Learning’ yang
menyediakan permainan persoalan untuk menguji minda dan kefahaman murid
setelah melalui peringkat pertama dan kedua.
ExKAAb juga menyediakan teknik mnemonik akronim, audio dan gambaran yang
boleh diakses melalui imbasan kod QR di setiap peringkat ExKAAb bagi
meningkatkan lagi proses kefahaman mengikut kaedah pembelajaran murid.
ExKAAb ini juga mempunyai kod QR yang boleh diakses terus ke laman web Wix
kami bagi mendapatkan kelengkapan bahan pembelajaran tentang haji dan umrah
sebagai rujukan dan permainan dalam talian untuk memudahkan PdPc guru dan
murid.
Idea asal projek
Inovasi ExKAAb merupakan cetusan idea daripada permasalahan iaitu
keterbatasan pengetahuan murid berkenaan fiqh haji dan umrah. Hal ini berlaku
apabila murid menghadapi masalah dalam proses mengingat dan memahami
pelaksanaan haji dan umrah secara praktikal atau pun amali.
PENGGUNAAN
ExKAAb dipercayai dapat mewujudkan sebuah pembelajaran yang bermakna
berkaitan haji dan umrah dalam kalangan murid. ExKAAb sebagai bahan bantu
mengajar (BBM), memberi peluang kepada murid untuk memilih kaedah
pembelajarannya tersendiri bagi memudahkan mereka faham dan ingat dengan
baik tanpa mudah terkeliru dalam jangka masa yang panjang. ExKAAb juga
merangkumi nota-nota yang menarik dan kreatif, gambaran, audio, kaedah
mnemonik akronim dan permainan persoalan untuk mencabar minda murid bagi
94
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
_____________________________________________________________________________
menghasilkan keberkesanan dalam pembelajaran. Laman web ExKAAb yang
mengandungi bahan pembelajaran tentang haji dan umrah lengkap sebagai
rujukan dan permainan dalam talian juga disediakan bagi melengkapkan lagi
pengajaran dan pembelajaran murid dan guru dalam bilik darjah.
Kegunaan projek dalam pengalaman pembelajaran bermakna
Aktiviti Penerangan dan Pengujian Explosion Kaabah Box (ExKAAb)
Bukti penggunaan
Laman Wix Explosion Kaabah Box (ExKAAb)
IMPAK KE ATAS PENGGUNA AKHIR
Berdasarkan hasil maklum balas murid yang dilakukan, dapat dirumuskan bahawa
inovasi Explosion Kaabah Box (ExKAAb) merupakan proses PdPc yang amat
menyeronokkan dan mampu menarik minat murid untuk belajar tentang haji dan
umrah dengan baik lagi. Selain itu, inovasi ExKAAb juga mampu membantu murid
memahami manasik haji dan umrah serta perbezaan antara rukun dan wajib haji
dan umrah. Lebih memberangsangkan, inovasi ExKAAb juga turut memberi
pengalaman yang baharu dalam memahami tajuk haji dan umrah.
95
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
_____________________________________________________________________________
Kesan projek dari aspek kemahiran IR 4.0
Seiring dengan era Revolusi Industri 4.0, inovasi Explosion Kaabah Box (ExKAAb)
turut menggunakan pendekatan pembelajaran dan pengajaran terkini yang
interaktif dan teradun melalui aplikasi teknologi canggih mudah alih seperti
penggunaan Kod QR dan pautan sesawang (link url). Penggunaan Kod QR
digunakan untuk membantu murid lebih memahami manasik haji dan umrah dan
mengetahui perbuatan sekular dan liberal semasa mengerjakan haji dan umrah.
Selain itu, Kod QR juga dipautkan secara langsung kepada sesawang blog bagi
meningkatkan lagi kefahaman murid berkaitan manasik haji dan umrah yang
disediakan dalam inovasi ExKAAb.
Manakala pautan url juga digunakan bagi mengakses pautan-pautan tertentu
seperti blog, Instagram dan sebagainya. Blog ExKAAb boleh diakses dipautan
https://nasuhaismadi11.wixsite.com/mysite-1, dan Instagram di pautan
https://www.instagram.com/p/CD8bSc3nNYs/?igshid=1wxmvyjgimmwv. Di
dalam blog ExKAAb, terdapat nota-nota soalan tentang manasik haji dan umrah.
Penggunaan aplikasi yang digunakan ini mampu memudahkan murid untuk
mengakses maklumat berkaitan seiring dengan konsep IR4.0 masa kini.
Bukti penggunaan
Projek ini memberi kesan kepada perubahan sikap dan peningkatan sistem
penyampaian organisasi. Inovasi Explosion Kaabah Box mempunyai
kesinambungan antara bahan pembelajaran maujud serta bahan yang
memerlukan akses teknologi digital seperti imbasan kod QR. Dengan demikian,
pelajar dapat mengetahui tentang proses pembelajaran yang seiring dengan
pembelajaran abad ke-21 yang turut menekankan proses pembelajaran yang
berpusatkan murid berteraskan elemen komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis,
dan kreativiti serta aplikasi nilai murni dan etika. Inovasi ini turut menekankan
aspek kemahiran sosial murid kerana inovasi ini menggalakkan mereka untuk
berkomunikasi dengan guru dan rakan-rakan terutamanya pada pembukaan kotak
ketiga ‘Kaabah Box’.
Pada peringkat pembukaan kotak yang pertama dan kedua, terdapat nota ringkas
dan padat berkaitan haji dan umrah serta imbasan kod QR yang mempunyai
penerangan yang lebih mendalam seperti gambaran dan audio mengenainya.
Setelah itu, murid akan diuji kecekapan dan tahap pemahaman mereka dengan
permainan yang menarik serta kuiz yang disediakan pada peringkat pembukaan
kotak yang ketiga. Pada peringkat ini, komunikasi murid amat diperlukan supaya
berlaku komunikasi dua hala antara guru dan murid semasa pembelajaran
dijalankan supaya selaras dengan objektif yang ditetapkan di samping membentuk
sikap kerjasama antara murid. Susunan yang berperingkat dan sistematik pada
96
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
_____________________________________________________________________________
inovasi ini mampu menarik minat murid untuk belajar tentang haji dan umrah
dengan kaedah yang lebih mudah dan menyeronokkan. Pengetahuan yang
terdapat pada Explosion Kaabah Box juga akan memberi kesan yang baik
terhadap pandangan murid yang mengalami kesukaran untuk memahami tajuk ini.
Explosion Kaabah Box (ExKAAb) mendapat pengiktirafan dan anugerah iaitu:
i. Anugerah Pingat Perak Kolokium Nukleus Amalan Terbaik 2019 (NAT).
ii. Jemputan bagi mengadakan booth pameran untuk program Kapasiti
Pedagogi Pembelajaran Bermakna New Pedagogies for Deep Learning
(NPDL).
iii. Jemputan bagi mengadakan booth pameran bagi mewakili SK Tok Jembal di
IPGK Dato’ Razali Ismail sempena program Nukleus Amalan Terbaik (NAT)
pada 23 Oktober 2019.
iv. Jemputan mengadakan booth pameran sempena Bengkel Inovasi IPGK
Dato’ Razali Ismail bersama IPGK Tun Hussein Onn dan IPGK Sultan Abdul
Halim pada 16 dan 17 Februari 2020.
PERLUASAN/KOMERSIAL
Inovasi Explosion Kaabah Box (ExKAAb) dibina berasaskan bahan yang mudah
didapati, selamat, dan mudah dibawa (easy to bring). Ia memiliki nilai komersial
yang tinggi dan kos yang rendah. Hal ini demikian kerana penghasilan produk ini
mengandungi bahan fizikal dan digital yang hanya memerlukan kos operasi bagi
bahan fizikal sahaja. Tambahan pula, produk inovasi ExKAAb baharu
diperkenalkan dan dalam proses percubaan rintis untuk mendapatkan sijil
pengiktirafan. Kualiti dan fungsi produk sentiasa ditambah baik mengikut
kehendak pasaran seperti menerapkan unsur IR4.0 seiring dengan perkembangan
digital dalam arus revolusi pendidikan kini. Produk ini dalam proses percubaan
untuk memuatkan perisian AR (Augmented Reality) bagi peringkat kedua produk
iaitu peringkat Praktikal secara e-Amali.
97
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
_____________________________________________________________________________
98
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
_____________________________________________________________________________
99
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
_____________________________________________________________________________
iWheelNS
Asma Hannan binti Azeman, Alya Qistina binti Adnan,
Iman Jazmina binti Noor Azam, Mariam Yasmin binti Zulkifli,
Dr. Muhammad Rusdi bin Ab Majid
IPG Kampus Dato’ Razali Ismail
SINOPSIS
Inovasi ini memberi fokus kepada kaedah untuk mengingat bilangan huruf dan
cara bacaan bagi jenis hukum tajwid Nun Sakinah. Hukum Nun Sakinah ini
dibahagikan kepada lima jenis iaitu idgham bila ghunnah, izhar halqi, idgham bi
ghunnah, ikhfa haqiqi, dan iqlab. Kaedah yang digunakan untuk membantu murid
dalam menyelesaikan masalah ini adalah dengan memperkenalkan permainan
iWheelNS yang sangat unik dan menarik. Permainan ini adalah berdasarkan
perkaitan solat 5 waktu. Solat 5 waktu dipilih berdasarkan kepada kedudukannya
sebagai ibadat fardu yang paling utama di samping pengetahuan berkaitan ibadat
ini yang telah dikuasai dengan baik terutama berkaitan dengan bilangan rakaat
dan waktu pelaksanaannya. Ibadat ini juga telah menjadi sebahagian daripada
kehidupan seharian seorang muslim. Permainan ini memberi tumpuan kepada
bilangan rakaat dan waktu solat pilihan yang telah ditetapkan dengan ciri
utamanya adalah perbezaan warna kepada alat permainan. Bilangan rakaat solat
digunakan untuk menyelesaikan masalah bilangan huruf bagi setiap hukum tajwid
yang terdapat di dalam hukum Nun Sakinah. Manakala waktu solat pula
digunakan untuk menentukan cara bacaan bagi setiap hukum tajwid tersebut.
Hasil permainan ini sangat membanggakan kerana dalam masa yang sangat
singkat, pelajar dapat menyelesaikan dua masalah utama dalam kajian ini.
Kesimpulannya, kajian ini sangat berimpak tinggi dan mampu menyelesaikan
masalah mengingati bilangan huruf hukum tajwid Nun Sakinah dan cara bacanya
dengan sangat berkesan.
RASIONAL PROJEK
Terdapat tiga permasalahan utama yang menjadi penggerak kepada pemikiran
dan reka bentuk produk inovasi kami. Pertamanya adalah pembelajaran Al-Quran
merupakan mata pelajaran yang melibatkan data hukum tajwid yang banyak untuk
diingati dan dihafal oleh murid. Justeru, inovasi ini mengetengahkan cara yang
mudah untuk murid mempelajari tajwid dengan konsep yang jelas, penjimatan
masa, pembelajaran bermakna dan menarik serta meningkatkan minat murid
untuk belajar. Keduanya adalah kekurangan Bahan Bantu Mengajar (BBM) seperti
slaid dan video digital bagi tajuk ini. Terakhir iaitu yang ketiganya adalah
permasalahan yang murid hadapi dalam menghafal bilangan huruf serta
menentukan cara bacaan bagi jenis hukum tajwid Nun Sakinah.
100
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
_____________________________________________________________________________
Objektif projek
Objektif pembinaan produk inovasi yang telah diketengahkan oleh kumpulan ini
adalah bagi membantu murid mahu pun responden untuk mengenal pasti cara
bacaan bagi jenis hukum tajwid Nun Sakinah. Seterusnya adalah untuk mengenal
pasti bilangan huruf bagi hukum tajwid untuk jenis hukum tajwid Nun Sakinah.
Akhir sekali adalah bertujuan untuk mengetengahkan penggunaan teknologi
selaras dengan peredaran zaman seperti penggunaan laman web Wix, Instagram,
dan kod QR.
STRATEGI PENYELESAIAN
Inovasi ini memberi fokus kepada kaedah untuk mengingati huruf dan cara bacaan
bagi jenis hukum tajwid yang telah ditetapkan. Jenis hukum tajwid yang telah dipilih
bagi projek ini ialah hukum Nun Sakinah. Hukum Nun Sakinah telah dibahagikan
kepada lima jenis iaitu idgham bila ghunnah, izhar halqi, idgham bi ghunnah, ikhfa
haqiqi, dan iqlab. Seterusnya, kaedah yang diaplikasikan dalam menyelesaikan
masalah ini ialah mengaitkan dengan solat lima waktu. Solat lima waktu telah
dipilih kerana kedudukannya sebagai ibadat fardu yang paling utama dalam
kehidupan seorang muslim. Di samping itu, pengetahuan tentang ibadat ini
memang dikuasai dengan baik terutamanya berkaitan dengan bilangan rakaat
setiap waktu dan waktu pelaksanaannya. Justeru, kaedah ini memberi tumpuan
kepada bilangan rakaat dan waktu solat tertentu yang telah ditetapkan. Bilangan
rakaat solat digunakan untuk menyelesaikan masalah mengingati bilangan huruf
yang terdapat dalam setiap hukum Nun Sakinah. Manakala waktu solat pula
digunakan untuk menyelesaikan masalah cara bacaan hukum tajwid Nun Sakinah
sama ada dibaca dengung atau dibaca jelas. Hasil kaedah ini sangat
memberangsangkan kerana dalam masa singkat, murid dapat menyelesaikan dua
masalah utama dalam kajian ini.
Idea asal projek
Inovasi ini merupakan projek yang sangat unik dan istimewa dengan konsep yang
jelas, penjimatan masa, pembelajaran bermakna dan menarik serta meningkatkan
minat murid untuk belajar. Keunikan ini dapat diperhatikan daripada idea yang
digunakan dalam menghasilkan inovasi ini. Inovasi iWheelNS ini dibangunkan
berdasarkan elemen yang terkandung dalam ibadat solat yang dikaitkan dengan
eleman tajwid bagi hukum Nun Sakinah. Buat masa sekarang belum ada lagi pihak
yang telah berjaya menghasilkan konsep yang digunakan oleh iWheelNS. Selain
itu, kami juga mendapat inspirasi untuk menggunakan semula penutup botol. Hal
ini kerana penutup botol melibatkan kos yang rendah dan mudah untuk dijumpai.
Bahan yang digunakan sangat minima dan mesra alam sekitar. Tidak ada unsur
pencemaran alam sekitar dalam membangunkan projek inovasi iWheelNS
101
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
_____________________________________________________________________________
PENGGUNAAN
Inovasi ini merupakan kaedah yang dicipta dengan tujuan untuk memudahkan
pembaca Al Quran membaca dan mengenal pasti hukum tajwid Nun Sakinah
dengan mudah dan berkesan. Kaedah yang dibangunkan ini mampu diguna pakai
oleh semua peringkat umur dan berjaya dikuasai dalam masa yang sangat singkat.
Keberkesanan ini terbukti kerana inovasi ini berjaya membuat perkaitan yang
sangat mudah dan signifikan. Ini kerana hubungan yang dibuat berdasarkan
perkara yang sudah menjadi perkara asasi yang sangat kerap dilakukan dalam
kehidupan seharian iaitu ibadat solat 5 waktu. Elemen ibadat solat ini dikaitkan
dengan cara untuk memahami hukum tajwid Nun Sakinah. Penggunaannya
sangat berimpak tinggi dan mampu menyelesaikan masalah dengan sangat
berkesan dalam masa yang singkat.
i. Porfolio bercetak
Testimoni Projek Inovasi iWheelNS
ii. Portfolio digital menggunakan platform awan (URL) dan kod QR
Scan Me
102
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
_____________________________________________________________________________
IMPAK KE ATAS PENGGUNA AKHIR
Impak utama pelaksanaan kaedah Tajweed Wheel of Nun Sakinah dalam
pembelajaran dapat dilihat dengan jelas apabila murid dapat mengetahui bilangan
huruf dan mengenal pasti cara bacaan bagi setiap hukum tajwid nun sakinah tanpa
mengetahui jenis sebenar hukum tajwid tersebut. Ini sangat membantu murid
untuk membaca ayat Al-quran yang mengandungi hukum tajwid dengan cara
bacaan yang betul. Penerapan unsur-unsur yang kreatif dan penggunaan warna
yang pelbagai dalam pembinaan roda tajwid juga membuatkan murid tertarik
mengetahui dengan lebih mendalam tentang produk inovasi ini. Seterusnya, ia
juga membuka minda murid bahawa pembelajaran hukum tajwid adalah tidak
sukar dan tidak memerlukan proses hafalan yang banyak.
Kesan projek dari aspek kemahiran IR 4.0
Projek inovasi iwheelNS ini dapat meningkatkan pencapaian murid dari aspek
kemahiran IR 4.0 dengan menghasilkan murid yang lebih kreatif dan berinovasi
melalui penggunaan teknologi inovasi yang terdapat pada permainan. Hal ini
kerana, inovasi iwheelNS ini mengetengahkan penggunaan teknologi yang selaras
dengan peredaran zaman bagi memberikan pengalaman kepada murid untuk
belajar dengan menggunakan teknologi terkini sekali gus dapat memudahkan
mereka memahami inovasi ini. Oleh yang demikian, kumpulan ini telah
menggunakan pendekatan dengan menghasilkan kod QR yang berfungsi sebagai
medium lain untuk memberi maklumat yang terperinci berkenaan hukum tajwid
nun sakinah kepada murid. Selain itu, iwheelNS turut mempunyai laman webwix
tersendiri yang dilengkapi dengan nota dan cara permainan inovasi ini. Malah kami
turut menggunakan medium media sosial terkini seperti Instagram yang dibuat
khas untuk projek inovasi iwheelNS ini.
Kesan kepada perubahan sikap dan peningkatan kemahiran sosial murid
Projek iwheelNS ini dilihat dapat memberi kesan yang amat baik kepada
perubahan sikap dan peningkatan kemahiran sosial murid. Hal ini kerana, projek
inovasi iwheelNS ini dapat digunakan secara berkumpulan dalam kalangan murid.
Murid akan berkomunikasi apabila menggunakan permainan iwheelNS ini sama
ada bersama rakan mereka mahupun dengan guru. Selain itu, melalui pendekatan
permainan iwheelNS ini, murid dapat berinteraksi secara positif iaitu mereka akan
berkongsi bahan permainan tersebut dan secara tidak lansung juga mereka akan
saling membantu di antara satu sama lain untuk mengingati serta mengetahui cara
bacaan bagi hukum-hukum nun sakinah yang terdapat di dalam permainan
tersebut. Contohnya, murid dapat membantu rakannya memilih penutup botol
yang mempunyai warna yang sama dengan potongan ayat yang telah dipilih oleh
rakannya. Oleh yang demikian, mereka dapat merujuk kepada roda bewarna
103
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
_____________________________________________________________________________
bersama sama untuk mengetahui bilangan dan jenis huruf hukum tajwid nun
sakinah tersebut. Kesimpulannya, projek iwheelNS ini secara tidak lansung dapat
membina kemahiran akedemik serta dapat mewujudkan sikap murid yang berani
memberi sumbangan dalam perbincangan ketika bermain permainan ini.
PERLUASAN/KOMERSIAL
Refleksi Murid Melalui Borang Maklum Balas
Refleksi Murid Melalui Google Form
Projek inovasi iWheelNS ini telah tersebar luas dengan adanya Youtube Channel
yang tersendiri iaitu iWheelNS KADRI. Tambahan lagi, inovasi ini juga dalam
usaha untuk mendapatkan MyIPO.
104
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
_____________________________________________________________________________
105
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
_____________________________________________________________________________
106
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
_____________________________________________________________________________
TATIM 2.0
Muhd Amiruddin bin Hamzah, Izzah binti Ibrahim,
Siti Rabiatul Adawiyah binti Salim, Alifnaim bin Muhamad,
Dr. Yuslaini binti Yunus
IPG Kampus Dato’ Razali Ismail
SINOPSIS PROJEK
Projek ini berdasarkan kajian terhadap penulisan ilmiah pengkaji linguistik
mengenai kemahiran penguasaan imbuhan terhadap murid sekolah rendah.
Kajian menemui rumus imbuhan awalan Me- pada kata kerja yang dimulai dengan
huruf ‘P,T,K,S’ seringkali membawa kekeliruan kepada murid-murid. Oleh yang
demikian, projek TatIM 2.0 iaitu ‘Tatabahasa Imbuhan Me-’ ini dibina untuk
membantu murid-murid mudah mengingati perubahan huruf yang berlaku
menerusi akronim. TatIM 2.0 ini adalah penambahbaikan daripada projek TatIM
1.0 kerana penambahbaikan ini lebih sesuai dengan arus pembelajaran 4IR. Oleh
itu, untuk pembelajaran yang lebih dinamik, akronim telah diterjemahkan sebagai
watak-watak di dalam buku grafik timbul iaitu ‘pop-up’ untuk membolehkan murid-
murid melaksanakan aktiviti hands-on di samping memahami teori tatabahasa.
Secara tidak langsung, hal ini merangsang kemahiran kognitif dan psikomotor
kanak-kanak semasa belajar. Buku TatIM 2.0 ini juga dilengkapi dengan kod Quick
Response (QR) dan kod Realiti Tertambah (AR) yang membantu murid untuk
meningkatkan tahap penguasaan mereka.
RASIONAL PROJEK
Isu dan permasalahan yang dihadapi yang menggerakkan pemikiran dan reka
bentuk TatIM 2.0 ini adalah pengajaran tatabahasa secara konvensional kurang
relevan dalam arus pendidikan masa kini yang berorientasikan perkembangan
teknologi IR 4.0. Selain itu, kekeliruan dalam kalangan murid terhadap
penggunaan imbuhan me- apabila huruf dasar yang bergabung dengan imbuhan
tersebut bermula dengan huruf p,t,k dan s malah murid masih kurang pengetahuan
untuk menggunakan kata imbuhan dengan betul.
Objektif projek
Objektif projek pembelajaran imersif ini adalah melahirkan individu yang kreatif
dan mengembangkan pengetahuan murid di samping penggunaan buku pop-up
akan menjadikan pengalaman dalam pembelajaran lebih interaktif dan mudah
diingati kerana mengandungi akronim. Pendekatan pembelajaran imersif teradun
dalam projek ini menggabungkan pembelajaran dalam talian dan bersemuka dan
memberikan impak mendalam ke atas pengalaman dan pencapaian pembelajaran
murid. Pendekatan pembelajaran imersif teradun ini memudahkan murid untuk
mengakses kendiri.
107
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
_____________________________________________________________________________
STRATEGI PENYELESAIAN
Strategi dan reka bentuk yang digunakan dalam projek ini ialah penggunaan buku
pop-up dan ujian bertulis yang dijalankan kepada murid-murid. Projek ini akan
menjadikan pengalaman dalam pembelajaran lebih interaktif dan mudah diingati
kerana mengandungi akronim. TatiM 2.0 dapat membantu murid-murid untuk
mengingati dan memahami perubahan huruf yang berlaku menerusi penggunaan
akronim.
Idea asal projek
Projek ini adalah asli iaitu gabungan idea pensyarah dan pelajar di Institut
Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali serta telah berkolaborasi bersama-sama
SK Kompleks Tembesu, SK IPGKDRI dan SK Mengabang Telipot.
PENGGUNAAN
Projek ini dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Murid
menunjukkan tahap penguasaan yang baik selepas pelaksanaan projek TatIM 2.0
ini. Keberkesanan yang dapat dinyatakan daripada projek ini ialah murid lebih
fokus dan dapat menumpukan perhatian yang penuh semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan. Hal ini kerana murid tertarik dengan penggunakan
kod QR dan dapat mengakses latihan dan nota yang lebih mendalan mengenai
imbuhan bahasa Melayu. Latihan yang menarik juga disediakan kepada murid
dalam buku TatIM2.0 ini. Selain itu, murid juga dapat mengembangkan pemikiran
dan kreativiti mereka melalui soalan dan uji minda yang diberikan dalam buku
TatIM 2.0 ini.
108
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
_____________________________________________________________________________
Buku TatIM 2.0 yang mengandungi pelbagai kod QR dan kod AR
untuk diakses oleh pelajar.
Pelibatan murid-murid dalam menjayakan projek TatIM2.0
IMPAK KE ATAS PENGGUNA AKHIR
Impak utama ke atas pengalaman pembelajaran dan pencapaian pembelajaran
murid adalah dapat membantu menyelesaikan masalah dan kekeliruan murid
menggunakan imbuhan me- apabila bertemu dengan perkataan yang kata
dasarnya bermula dengan huruf p,t,k dan s berdasarkan teknik hafalan akronim.
Memenuhi kehendak pendidikan masa kini seiring dengan perkembangan
teknologi IR 4.0 melalui pengaplikasian teknologi kod QR dan kod AR dalam
pengajaran dan pembelajaran tatabahasa bahasa Melayu. Selain itu, ia juga dapat
menyediakan bahan bantu mengajar yang relevan dan efektif kepada guru untuk
memudahkan proses pengajaran tatabahasa di sekolah.
Kesan projek dari aspek kemahiran IR 4.0
Projek ini telah membantu murid untuk meningkatkan kemahiran IR 4.0IR 4.0 atau
Revolusi Perindustrian Keempat merujuk kepada perkembangan pesat revolusi
digital yang merentas ruang siber, fizikal dan biologi merangkumi spektrum sektor
ekonomi yang luas dan semua lapisan masyarakat. Oleh itu, projek ini mampu
109
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
_____________________________________________________________________________
meningkatkan kecekapan pengurusan dan sistem penyampaian kerana urusan
juga dijalankan secara digital. Hal ini akan memaksimumkan penggunaan digital
dalam kalangan murid di sekolah mahu pun di rumah.
Kesan kepada perubahan sikap dan peningkatan kemahiran social murid
Keberhasilan projek ini memerlukan pelibatan murid secara aktif dalam kerja
berpasukan, kebolehan menggunakan kepelbagaian sumber pencarian maklumat
dan keupayaan murid dalam menganalisis, mensintesis serta membuat refleksi
terhadap pengetahuan yang diperoleh. Oleh itu, projek ini lebih memberi fokus
kepada murid, manakala guru bertindak sebagai pemudah cara atau fasilitator.
Untuk memastikan murid dapat melaksanakan aktiviti kelas dengan baik, guru
perlu menyediakan arahan tugasan dan rubrik penilaian sebagai panduan kepada
murid. Tahap sikap murid dalam KBAT adalah tinggi dan berjaya mengubah minat
mereka terhadap tatabahasa bahasa Melayu dan melalui projek ini juga murid
sekolah rendah mempunyai sikap yang positif untuk mempelajari bahasa Melayu.
Sikap yang positif dalam pembelajaran dapat melahirkan insan yang cemerlang
kerana pembentukan sikap mempunyai hubungan yang erat dengan nilai
kebertanggungjawaban seseorang untuk belajar. Contohnya, mempunyai
semangat inkuiri yang tinggi, memahami dan menyelesaikan tugasan yang
diberikan dan memberi komitmen hadir ke kelas, bersemangat dan bersungguh-
sungguh dalam pelajaran. Sikap sedemikian bukan hanya dapat membantu murid
meningkatkan pencapaian dalam akademik, malah mereka cenderung untuk
menjadi murid yang berdisiplin.
110
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
_____________________________________________________________________________
PERLUASAN/KOMERSIAL
Buku TatIM 2.0 telah terjual di pasaran dan memiliki MyIPO.
111
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
_____________________________________________________________________________
112
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
_____________________________________________________________________________
113
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
_____________________________________________________________________________
Kamus Interaktif Bahasa Isyarat (KIBI)
Wan Muhammad Nafiz bin Wan Nor Azli Jasmi,
Ahmad Hasir bin Ahmad Shukri, Teh Ee Fang,
Ahmad Husaini bin Mohd Taijuddin, Pn. Lye Guet Poh
IPG Kampus Ilmu Khas
SINOPSIS
Kamus Interaktif Bahasa Isyarat (KIBI) bertujuan untuk mengumpul, menggabung
dan menyusun bahasa isyarat khasnya untuk terminologi mata pelajaran Sains
sebagai prototaip dan diperkembangkan kepada mata pelajaran bahasa Melayu
bagi memudahkan semua murid berkeperluan khas ketidakupayaan pendengaran
termasuk guru dan ibu bapa. KIBI adalah satu inovasi sumber rujukan isyarat yang
terdiri daripada media elektronik sebagai panduan kepada murid berkeperluan
khas ketidakupayaan pendengaran serta guru dalam proses pembelajaran dan
pemudahcaraan (PdPc) Sains dan bahasa Melayu. KIBI menyediakan kompilasi
isyarat Sains dan bahasa Melayu yang komprehensif berdasarkan sumber rujukan
utama iaitu Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). Format media
elektronik KIBI adalah dalam bentuk perisian Powerpoint yang dilengkapi dengan
panduan audio, video dan grafik untuk menyokong isyarat yang telah dikumpulkan
bagi membantu murid untuk memahami isyarat yang berkaitan. KIBI bukan sahaja
dilengkapi dengan nota berbentuk tulisan, malah inovasi ini juga mengandungi
gambar berwarna. Oleh itu, murid berkeperluan khas ketidakupayaan
pendengaran akan lebih tertarik dan bermotivasi untuk mempelajari mata
pelajaran Sains dan bahasa Melayu ini. Tambahan pula, KIBI turut dilengkapi
dengan fitur permainan bagi menguji tahap kefahaman murid dalam proses
pembelajaran kendiri. Sumber rujukan KIBI yang berpandukan kepada satu
sumber ini boleh juga digunakan secara individu dan secara berkumpulan
mengikut kesesuaian pencapaian dan keperluan pengguna.
RASIONAL PROJEK
Salah satu masalah utama yang dihadapi oleh guru dan murid dalam kelas
Pendidikan Khas, terutamanya murid ketidakupayaan pendengaran ialah
pemerolehan maklumat dan pemahaman bahasa. Pemerolehan maklumat serta
pemahaman bahasa yang lemah adalah berkait dengan kadar perbendaharaan
kata murid yang lemah. Murid ketidakupayaan pendengaran menggunakan
bahasa isyarat sebagai kaedah mereka berkomunikasi. Justeru, perbendaharaan
kata mereka terhadap isyarat serta terma-terma bahasa perlu dipertingkatkan bagi
memastikan mereka dapat berkomunikasi serta belajar dengan baik di dalam
kelas. Namun demikian, sumber rujukan isyarat yang sedia ada didapati tidak
tersusun dengan baik mengikut mata pelajaran serta tidak menarik perhatian
murid. Sehubungan dengan itu, murid ketidakupayaan pendengaran menghadapi
kesukaran dalam memahami maklumat secara verbal dan juga kesukaran
menerima bahan abstrak. Masalah tersebut telah menyebabkan murid khas ini
mengalami masalah kekurangan penguasaan ‘Perbendaharaan Kata’ bagi mata
114
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
_____________________________________________________________________________
pelajaran Sains, bahasa Melayu dan mata pelajaran lain yang dipelajari. Limitasi
perbendaharaan kata ini adalah kerana kekurangan bahan sumber rujukan yang
relevan. Kamus dan buku bahasa isyarat yang sedia ada di pasaran tidak menarik
dan hanya sesuai untuk versi guru sahaja. Tambahan pula, murid sentiasa
bergantung kepada guru untuk pembelajaran. Justeru, KIBI berfungsi sebagai
media yang diperlukan bagi memudahkan pemahaman tentang konsep dan
mengatasi batas keupayaan menguasai perbendaharaan kata. (Bahaqi dan
Sugiarman, 2008).
Objektif projek
i. Menyediakan satu sumber rujukan bahasa isyarat untuk mata pelajaran bahasa
Melayu dan Sains.
ii. Membekalkan satu bahan sumber rujukan media elektronik (audio dan grafik)
untuk pengukuhan kefahaman.
iii. Menarik minat dalam kalangan murid ketidakupayaan pendengaran untuk
mempelajari mata pelajaran bahasa Melayu dan Sains.
STRATEGI PENYELESAIAN
Inovasi KIBI direka cipta untuk mengatasi serta menambah baik kamus bahasa
isyarat yang sedia ada di pasaran melalui kaedah yang lebih bersifat interaktif dan
terkini. Justeru, seperti yang sedia maklum, inovasi KIBI menggunakan saluran
kamus dalam talian selaras dengan pembelajaran PAK21 dan ini jelas merupakan
satu strategi penyelesaian pembelajaran yang bersesuaian terutamanya pada
masa kecemasan seperti pra dan pos pandemik yang melanda satu dunia pada
masa sekarang. Sehubungan dengan itu, untuk mengatasi masalah kekurangan
kosa kata (Sains, bahasa Melayu dan lain-lain) dalam bahasa isyarat, KIBI
berfokus kepada pembelajaran kosa kata Bahasa Isyarat untuk pelajar
ketidakupayaan pendengaran. KIBI juga membolehkan pelajar belajar secara
kendiri, secara interaktif, digital dan dalam keadaan yang mesra pengguna.
Idea asal projek
Inovasi KIBI yang dihasilkan telah berjaya menambah baik aplikasi MyBim yang
telah dihasilkan oleh Malaysia Federation of The Deaf (MFD) dan aplikasi EDDY
oleh syarikat Digi iaitu dengan memudahkan pengguna untuk mengakses kamus
bahasa isyarat tanpa menggunakan rangkaian internet (mesra pengguna). KIBI
juga menambah baik kefungsian aplikasi MyBim iaitu lebih menerapkan
penggunaan Kod Tangan Bahasa Malaysia (KTBM) untuk pelajar sekolah rendah
115
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
_____________________________________________________________________________
merangkumi mata pelajaran Sains dan bahasa Melayu. Ia menaik taraf bilangan
kosa kata dalam bentuk video dan grafik yang interaktif. Secara ringkasnya,
aplikasi MyBim dapat membantu golongan orang kurang upaya (OKU)
pendengaran berkomunikasi dengan masyarakat. Aplikasi mudah alih bahasa
isyarat pertama di Malaysia telah dilancarkan oleh Persekutuan Orang Pekak
Malaysia (MFD) menggunakan MyBim. Ciri-ciri projek KIBI yang menyediakan
media interaktif seperti gambar dan video diadaptasi dari MyBim. KIBI juga
mempunyai ciri-ciri yang diadaptasi dari Aplikasi Bahasa Isyarat EDDY yang
beranimasi 3D yang boleh ditonton dan mengandungi 1,000 perkataan daripada
kamus bahasa isyarat selain menawarkan pembelajaran dalam bentuk permainan
interaktif. Selaras dengan kelebihan EDDY, KIBI juga dapat menawarkan
pembelajaran bahasa isyarat yang mudah kepada golongan pekak dan bukan
pekak terutamanya kanak-kanak.
PENGGUNAAN
Projek ini telah disebar luas ke sekolah SKPK Seremban dan diaplikasikan di
dalam PdPc ketika mengajar subjek Sains dan bahasa Melayu. KIBI juga
dikongsikan kepada masyarakat umum terutamanya guru sekolah melalui
Facebook dan Youtube. Projek KIBI juga dikongsikan dengan semua siswa guru
terutamanya dengan pensyarah dan rakan-rakan di Jabatan Pendidikan Khas.
KIBI juga dapat diakses oleh siswa guru Pendidikan Khas Masalah Pendengaran
di rumah dan semua warga Institut Pendidikan Guru (IPG). KIBI yang dimuat naik
status di Facebook dapat memperluaskan lagi penggunaan. Keberkesanan projek
dikumpul melalui soal selidik. Analisis terperinci yang dibahagikan kepada tiga
aspek penilaian, iaitu kebolehgunaan, kebolehpasaran dan keberkesanan
menunjukkan projek ini berjaya meningkatkan minat murid dan KIBI berjaya
menjadi sumber rujukan yang efektif dan amat menggalakkan.
Kegunaan projek dalam pengalaman pembelajaran bermakna
KIBI telah digunakan oleh murid dan guru sekolah, terutamanya oleh siswa guru
masalah pendengaran di IPG. Cara perluasan dan perkongsian yang telah
dijalankan di sekolah, di IPG dan sosial media Facebook amat menggalakan dan
meluas. KIBI telah menjadi rujukan utama dan terdapat usaha berterusan untuk
mengembangkan isi kandungan KIBI kepada mata pelajaran Pendidikan Islam/
Moral, Sejarah, Geografi dan sebagainya.
116
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
_____________________________________________________________________________
Portfolio Digital: Testimoni
KIBI digunakan oleh Murid Masalah Pendengaran
IMPAK KE ATAS PENGGUNA AKHIR
Kelemahan pemerolehan maklumat serta pemahaman bahasa adalah amat ketara
dalam kalangan murid ketidakupayaan pendengaran. Kedua-dua isu tersebut
mempunyai impak yang besar ke atas pengalaman dan pencapaian murid. Oleh
sebab itu, tercetusnya idea dan reka cipta KIBI yang dapat menangani masalah
utama murid secara efektif. Murid Pendidikan Khas ini dapat mempelajari isyarat
terma / perbendaharaan kata bahasa Melayu, terma sains, konsep sains yang
betul dan mudah tanpa memerlukan bantuan daripada orang lain. Proses
pembelajaran kendiri dengan penggunaan ICT telah mempertingkatkan minat
murid. Ciri-ciri KIBI yang mesra pengguna dan fleksibel beserta dengan fitur
permainan telah memberi peluang yang luas untuk murid menerokai dunia
teknologi. Dengan penggunaan KIBI, pembelajaran murid lebih progresif, efektif
dan aktif dalam pembelajaran kerana KIBI telah menjadi ‘rakan baik’ atau rakan
yang digelar ‘kamus di hujung jari’ dan sentiasa berada bersama murid.
Kesan projek dari aspek kemahiran IR 4.0
Revolusi Industri Keempat (IR 4.0) ini ditandai dengan kemunculan komputer yang
cerdik, robot yang pintar, kenderaan tanpa pengemudi, suntingan genetik dan
perkembangan neuro teknologi yang memungkinkan manusia untuk lebih
117
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
_____________________________________________________________________________
mengoptimalkan fungsi otak. Ini bermakna hidup manusia akan dipermudahkan
dengan bantuan robot yang bakal membantunya menguruskan hal ehwal dan
tugasan harian. Projek KIBI juga direka cipta berpandukan kemahiran IR 4.0 di
mana pembelajaran seseorang murid dibantu oleh teknologi yang canggih. Murid
terutamanya murid ketidakupayaan pendengaran mampu belajar secara kendiri
dan dengan cara immersif yang aktif dan efektif. KIBI yang mempunyai
pendekatan pembelajaran imersif kendiri dengan program digital dapat
meningkatkan pencapaian murid dari aspek kemahiran IR 4.0. KIBI yang mesra
pengguna dan senang diakses juga dapat menggalakkan penggunaan yang
meluas oleh pelbagai lapisan masyarakat termasuk guru dan ibu bapa.
Kesan kepada perubahan sikap dan peningkatan kemahiran sosial murid
Kepesatan dan kecanggihan teknologi masa kini telah berjaya mewujudkan
beberapa peralatan khas untuk membantu murid bermasalah pendengaran
mendengar dan bertutur sama seperti murid biasa. Walau bagaimanapun, murid
ketidakupayaan pendengaran tidak berminat dalam pembelajaran akibat daripada
limitasi perbendaharaan kata yang dipelajari dari muda. Pendekatan pengajaran
untuk murid-murid bermasalah pendengaran bergantung kepada pendekatan lisan
dengan sisa pendengaran yang ada, dan hanya guna pertuturan untuk memahami
& menyampaikan bahasa. Murid menggunakan isyarat untuk mewakili kata-kata,
idea dan konsep dan juga menggunakan ikon untuk menyampaikan makna.
Proses pengajaran dan pembelajaran bergantung sepenuhnya kepada guru dalam
kelas sahaja. Fitur KIBI yang interaktif telah memainkan peranan fasilitator maya
berjaya meningkatkan minat, sikap dan seterusnya motivasi murid untuk belajar.
KIBI menjadi dorongan kepada murid untuk terus berusaha. Pembelajaran secara
kendiri dengan KIBI juga mendorong mereka untuk memperkembangkan
kemahiran sosial mencari penyelesaian masalah, bebas dan berinisiatif serta
membina sikap autonomi dalam proses pembelajaran mereka sendiri.
Maklum Balas Penggunaan
118
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
_____________________________________________________________________________
PERLUASAN/KOMERSIAL
Pendaftaran dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO)
Pengiktirafan dan Pensijilan
119
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
_____________________________________________________________________________
Signs for Science (S4S) E- SIMBAH QR- ISYARAT
Penyebarluasan di Facebook dan Youtube
Perkongsian KIBI di IPGKIK dan SKPK Kg. Baharu
Hub KIBI yang telah direkacipta (Halaman Utama Hub KIBI dan
Halaman-halaman dalam Hub KIBI)
120
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
_____________________________________________________________________________
Perkongsian Inovasi & Projek KIBI di IPGKIK 2019
Perkongsian Inovasi & Projek KIBI di IPGKIK & IPGKBA 2019
121
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
_____________________________________________________________________________
122
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
_____________________________________________________________________________
123
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
_____________________________________________________________________________
Kit NiKAH
Mohamad Haikal Hakimi bin Musa, Muhammad Fadhli bin Hamdan,
Charlene Lisa Gabu Joihin @ Jim, Amirah Adilah binti Abdul Karim,
Pn. Norimah binti Mat Som
IPG Kampus Ilmu Khas
SINOPSIS
Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pemudahcaraan bagi murid buta
belum digunakan secara meluas. Hal ini kerana masalah utama OKU penglihatan
ialah mengakses maklumat elektronik (Berita Bernama, 2018). Murid-murid
masalah penglihatan terutamanya yang buta sepenuhnya tidak mampu
menggunakan kebanyakan aplikasi sedia ada kerana kebanyakannya dibina untuk
murid celik dan kebanyakkan gajet adalah touch-screen. Akibatnya, murid buta
terlalu bergantung kepada guru dalam pembelajaran sebagai sumber utama
mereka. Lantas, kemahiran pembelajaran kendiri tidak dapat diperkembangkan.
Dalam konteks projek ini, Pembelajaran Sains Tahun 2 Subtopik 4.1 : Pembiakan
dan Tumbesaran Haiwan memerlukan murid mengenal dan mengkategorikan
cara-cara haiwan membiak. Bagi murid celik, pendekatan kad bergambar sering
digunakan untuk mengajar murid mengkelaskan haiwan mengikut kategori haiwan
membiak. Namun, pendekatan ini langsung tidak sesuai untuk murid buta. Antara
kaedah murid buta belajar adalah melalui audio. Menurut Miller (2017), murid buta
memerlukan rangsangan audio sebagai medium utama untuk berimaginasi. Guru
perlu mengantikan kad bergambar kepada audio untuk mengajar murid tentang
haiwan-haiwan berdasarkan bunyi haiwan. Namun pendekatan ini berpusatkan
guru kerana hanya guru yang dapat mengendalikan audio-audio di dalam telefon
pintar atau komputer riba. Oleh itu, kami telah tampil dengan satu inovasi yang
dipanggil Kit NiKAH. Kit ini lengkap dengan aplikasi yang mengumpul semua
audio-audio haiwan secara sistematik dan kuiz untuk menguji kefahaman murid.
Selain itu, aplikasi yang dibina juga sesuai untuk murid buta kerana mempunyai
interface yang ringkas. Kit ini juga dilengkapkan dengan inovasi Keyboard Sheet
yang membolehkan murid buta menggunakan gadjet touch screen secara
berdikari. Sesuai dengan nama inovasi yang diberi (Kit Now i Know About Haiwan),
pada akhir PdPc menggunakan kit, murid berjaya mengetahui kategori haiwan
berdasarkan cara haiwan membiak.
RASIONAL PROJEK
Kit ini terdiri daripada 2 komponen (Aplikasi Digital Flash Card dan Keyboard
Sheet) untuk menyelesaikan masalah berikut:
i. Murid buta tidak dapat menggunakan aplikasi pada telefon pintar touch-
screen.
ii. Topik pembelajaran Sains: kategori haiwan membiak memerlukan
pembelajaran berasaskan audio yang banyak serta bersistematik sesuai
dengan keperluan murid buta.
124
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
_____________________________________________________________________________
iii. Murid buta tidak dapat mengalami pembelajaran berasaskan teknologi dan
hanya menjadi pendengar pasif apabila guru mengajar.
Objektif projek
Kit Now i Know About Haiwan About Haiwan (NiKAH) telah dicipta untuk memberi
peluang kepada murid buta mengakes kepada teknologi aplikasi di telefon pintar
touch-screen dan seterusnya memberi mereka pengalaman pembelajaran
berasaskan teknologi. Key Board Sheet berperanan memberi panduan bagi murid
buta untuk mengendalikan aplikasi Digital Flash Card. Aplikasi Digital Flash Card
ini mengandungi pembelajaran mata pelajaran Sains tahun 2 subtopik 4.1 iaitu
Pembiakan dan Tumbesaran Haiwan. Aplikasi ini juga dilengkapi dengan audio-
audio haiwan yang disusun dengan sistematik mengikut kategori cara haiwan
membiak. Oleh yang demikian, audio membantu murid buta untuk belajar dan
berimaginasi melalui deria dengar. Setiap laman interface dan butang navigasi
juga mempunyai arahan-arahan dalam bentuk audio. Murid juga boleh menjawab
soalan-soalan sebagai latihan pengukuhan selepas pembelajaran. Sesuai dengan
nama inovasi yang diberi (Kit Now i Know About Haiwan), pada akhir PdPc
menggunakan kit, murid berjaya mengetahui kategori haiwan berdasarkan cara
haiwan membiak. Kit NiKAH ini boleh digunakan oleh guru untuk menyampaikan
pembelajaran atau pun untuk aktiviti murid di dalam kelas dan latihan di rumah.
STRATEGI PENYELESAIAN
125
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
_____________________________________________________________________________
Idea projek
Kit NiKAH terdiri daripada 2 komponen yang merupakan idea asli. Komponen
pertama ialah Aplikasi Digital Flash Card. Aplikasi Digital Flash Card mengandungi
audio-audio yang disusun secara sistematik berdasarkan kategori cara haiwan
membiak. Selain itu, setiap butang navigasi mempunyai audio arahan yang
terperinci untuk membimbing murid menggunakan aplikasi ini. Interface juga
dibina secara ringkas agar murid senang untuk menavigasi aplikasi ini. Komponen
pertama dalam inovasi ini merupakan adaptasi dari aplikasi sedia ada dengan
mengubah suai butang navigasi dan melengkapkan aplikasi dengan audio arahan-
arahan yang terperinci untuk membimbing murid buta mengendalikan aplikasi ini.
Komponen kedua dalam kit ini ialah Keyboard Sheet iaitu idea inovasi yang asli
untuk menyelesaikan isu/masalah yang wujud. Keyboard Sheet ini membolehkan
murid buta menggunakan Aplikasi Digital Flash Card. Keyboad Sheet diperbuat
daripada Silicon Sheet yang direka untuk memberi panduan kepada murid buta
untuk menavigasi aplikasi. Ianya mempunyai 2 bahagian. Pertama sekali bahagian
yang kurang sensitif touch-screen untuk menutup bahagian yang tidak perlu
disentuh oleh murid. Apabila murid menyentuh bahagian ini, skrin tidak akan
beriaksi dengan sentuhan. Bahagian kedua ialah bahagian sensitif touch screen
yang memberi panduan murid untuk menyentuh bahagian ini. Bahagian ini hanya
untuk butang dalam aplikasi yang penting. (rujuk Handbook)
PENGGUNAAN
Kegunaan projek dalam pengalaman pembelajaran bermakna
Kami telah membuat soal selidik untuk mengenal pasti keberkesanan penggunaan
Kit NiKAH dalam pengalaman pembelajaran berdasarkan prespektif pelajar
Pendidikan Khas, pensyarah dan guru. Melalui soal selidik untuk projek ini, kami
dapat membuktikan keberkesanan dan kebolehgunaan projek ini. Analisis soal-
126
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
_____________________________________________________________________________
selidik responden menggunakan Google Form menunjukkan 85.95 % responden
sangat bersetuju penggunaan kit NiKAH membantu dalam keberkesanan PdPc.
87.8 % responden sangat bersetuju penggunaan kit NiKAH boleh menjimatkan
kos dan masa guru untuk menyediakan bahan bantu mengajar (BBM). 80.5 %
responden pula sangat bersetuju kit NiKAH mempunyai reka bentuk visual dan
audio yang sesuai untuk pembelajaran. 85.35 % responden sangat bersetuju kit
NiKAH mudah dikendalikan dan mempunyai persembahan interface yang sesuai
bagi murid buta. 92.7 % responden sangat bersetuju kit NiKAH belum pernah
digunakan dalam mana-mana pembelajaran sebelum ini. Akhirnya, 86.55 %
responden sangat bersetuju bahawa kit NiKAH ini berpotensi untuk dipasarkan
dan juga digunakan dalam pembelajaran topik-topik yang lain.
IMPAK KE ATAS PEMBELAJARAN MURID
Hasil daripada pelaksanaan inovasi ini, terdapat beberapa peningkatan yang
positif kepada guru dan murid untuk PdPc. Pertama sekali, kit ini telah
menjimatkan masa guru bagi menyediakan bahan bantu mengajar dan secara
tidak langsung menjimatkan kos kertas Braille. Sebelum ini, guru perlu mencari
dan menyediakan audio-audio bunyi haiwan dan menggunakan Flash Card Braille.
Kit NiKAH lengkap dengan audio-audio yang telah disusun mengikut kategori dan
mempunyai kuiz untuk murid jawab. Pembelajaran boleh diulangi sehingga murid
berjaya mencapai objektif pembelajaran. Selain itu, sebelum pelaksanaan inovasi
ini, guru memainkan audio haiwan dalam komputer riba atau telefon pintar dan
murid hanya menjadi pendengar pasif. Dengan Kit NiKAH, murid berpeluang
menggunakan telefon pintar bagi pembelajaran lantas meningkatkan motivasi dan
kemahiran pembelajaran kendiri.
Impak utama ke atas pengalaman pembelajaran adalah, murid berpeluang untuk
menggunakan teknologi Tablet semasa mengajaran dan pembelajaran. Murid
bukan hanya menjadi pendengar pasif tetapi turut serta dalam memanipulasikan
bahan bantu mengajar berasaskan teknologi. Mereka juga lebih bermotivasi untuk
belajar dengan Kit NiKAH. Setelah pembelajaran ini, murid boleh menguji
kefahaman melalui kuiz yang disediakan pada akhir pengajaran.
KESAN PROJEK DARI ASPEK KEMAHIRAN IR 4.0
Melalui projek inovasi ini, murid memperoleh kemahiran IR 4.0 dari segi sistem
pembelajaran yang fleksibel dan interaktif. Aplikasi Digital Flash Card ini boleh
dimuat turun pada gajet ibu bapa mereka dan murid dapat melaksanakan
pembelajaran di rumah. Guru pula boleh memberikan mereka kerja rumah
menggunakan Kit NiKAH ini atau sebagai rujukan untuk ulang kaji. Oleh itu, ianya
mampu menarik serta merangsang minat murid sekali gus dapat membantu
meningkatkan prestasi akademik murid.
127
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
_____________________________________________________________________________
Berikut adalah dapatan dari Pilot Test Kit NiKAH yang telah dijalankan bersama
murid di SK. Pendidikan Khas Putatan, Sabah pada 25 Februari 2020:.
“Saya tidak pernah guna alat seperti ini untuk belajar
tentang haiwan. Saya sangat gembira kerana dapat
bermain dengan telefon ini”
Arnold James,
Murid SK. Pendidikan Khas Putatan, Sabah
Menurut pemerhatian, Arnold boleh mengunakan Kit ini setelah diberi bimbingan
awal. Dia berjaya menjawab soalan kuiz secara lisan dan kuiz dalam aplikasi.
Selain itu, dia dapat mengenal haiwan-haiwan melalui bunyinya.
BUKTI PENGGUNAAN
Melalui inovasi ini, murid lebih bermotivasi untuk belajar kerana mereka terlibat
secara langsung dalam pengendalian bahan bantu mengajar yang berasaskan
teknologi. Sebelum ini, murid hanya menjadi pendengar pasif, sekarang, murid
lebih aktif dalam pembelajaran. Projek ini juga membina kemahiran sosial murid.
Murid boleh berkongsi tablet ini dan juga mengadakan perbincangan untuk
menjawab kuiz pada akhir pembelajaran. Secara keseluruhannya, impak utama
pada sikap murid adalah dari segi motivasi untuk belajar.
Kami telah membuat penilaian mengenai inovasi ini dalam Google Form melalui
soal selidik dan turut menjalankan temu bual. Aspek-aspek yang dinilai adalah
seperti keberkesanan dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan, kos dan masa,
persembahan reka bentuk Aplikasi Digital Flash Card, interaksi penggunaan dan
aksesibiliti, keaslian dan potensi pemasaran.
128
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
_____________________________________________________________________________
Berikut adalah dapatan dari penilaian Kit NiKAH:
“Kit NiKAH ini sangat membantu guru dan murid buta. Pengajaran
audio merupakan pendekatan utama untuk mengajar murid buta.
Jadi, guru perlu memaksimumkan penggunaan audio. Kit ini dapat
memenuhi keperluan itu.”
Puan Norimah Binti Mat Som,
Pensyarah Pendidikan Khas Masalah Penglihatan.
“Terima kasih atas usaha membuat inovasi untuk murid buta. Mereka
juga perlu peluang untuk menggunakan teknologi dalam
pembelajaran. Kit NiKAH berpotensi membantu murid buta untuk
lebih memahami subjek Sains”
Cikgu Anisa dan Santa Cecelia ,
Guru SK. Pendidikan Khas Putatan, Sabah.
“Idea yang bagus. Benda ini (Keyboard Sheet) mempunyai
perbezaan tekstur dengan skrin telefon. Jadi, ia sesuai sebagai
panduan untuk murid Buta”
Muhammad Irham,
Siswa Guru Opsyen Pendidikan Khas, Masalah Penglihatan (beliau
juga siswa guru yang mempunyai Low Vision)
“Idea ini tidak pernah saya nampak. Boleh juga digunakan oleh murid
masalah pembelajaran sebab aplikasi ini senang untuk dikendalikan.
Teruskan usaha!”
Yaleca
Siswa Guru Opsyen Pendidikan Khas, Semester 8
PERLUASAN/ KOMERSIAL
Antara strategi pemasaran Kit NiKAH termasuklah membina aplikasi dengan
konsep yang sama untuk topik-topik Sains yang lain yang memerlukan audio untuk
pembelajaran murid buta. Anggaran kos untuk memasarkan kit ini adalah antara
RM5 hingga RM7. Anggaran kos ini lebih tinggi daripada kos perbelanjaan
sebenar (rujuk jadual kos perbelanjaan sebenar) agar bajet dapat dikumpul bagi
tujuan penambahbaikkan kit termasuklah meningkatkan kualiti audio dan
menambah lebih banyak topik. Pembeli akan menerima set lengkap Kit NiKAH
iaitu bahan Keyboard Sheet – Non Slip Silicone Sheet (harga berdasarkan saiz
gajet), 2 utas getah dan manual cara membina Keyboad Sheet. Produk kit NiKAH
ini berpotensi untuk dipasarkan kepada sekolah-sekolah Pendidikan Khas
Masalah Penglihatan di seluruh Malaysia. Projek inovasi ini telah didaftarkan di
Harta Intelek (MyIPO) Application Number LY2020002348 (rujuk handbook).
129
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
_____________________________________________________________________________
Rujukan
Ahmad Rizal Madar dan Yahya Buntat. (2007). Keupayaan Visualisasi Pelajar
Melalui Perisian Animasi Grafik. 1st International Malaysian Educational
Technology Convention (pp. 1-12). Johor Bahru: Malaysian Educational
Technology Association (META).
Berita Bernama. (2018, April 18). Usaha OKU penglihatan tepati kehendak
teknologi. Bernama. Retrieved Februari 14, 2020
Huber, E., Chang, K. A., Bridge, H., & Fine, L. (2019). Early blindness shapes
cortical representations of auditory frequency within auditory cortex. Journal of
Neuroscience.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Miller, S. G. (2017, Mac 22). Why other senses may be heightened in blind people.
Retrieved Februari 14, 2020, from Livescience:
https://www.livescience.com/58373-blindness-heightened-senses.html
Zurina Bintik Yasak, Shamsudin Bin Yamhari, Ahmad Bin Esa. (2010).
Penggunaan Teknologi dalam Mengajar Sains di Sekolah Rendah. Jurnal
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Klik link untuk menonton video Scan kod QR dibawah untuk membaca
mengenai projek Digital Handbook Kit NiKAH
https://youtu.be/d_UNghbN604
Atau Scan kod QR dibawah:
130
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
_____________________________________________________________________________
131
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
_____________________________________________________________________________
132
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
_____________________________________________________________________________
KIT ROUNDAHILLS
Muhammad Amsyar bin Azman, Mohd Lukmanul Hakim
bin Mohd Khairuddin, Nur Nazmi bin Nadzimudin,
Dr. Masitah binti Taib
IPG Kampus Ilmu Khas
SINOPSIS
RoundaHILLS merupakan satu Kit pembelajaran tentang kemahiran membundar
nombor secara TMK. Kemahiran membundar ini ditambahbaik dengan
merangkumi set PdP dari mulanya Set Induksi, Aktiviti dan Penilaian. Modifikasi
yang dilakukan oleh pengkaji adalah penggunaan ‘Coding’ di dalam Power Point.
Berikut merupakan kegunaan Kit RoundaHILLS. Kit RondaHILLS ini mempunyai
2 bahagian iaitu RoundaHILLS CD (murid akan mempelajari cara membundar
nombor menggunakan media elektronik dan menjawab beberapa soalan secara
permainan) dan Hands-On RoundaHILLS (Murid akan menjawab soalan pada
kad-kad nombor bundar dan menyemak jawapan pada kod QR yang disertakan).
RASIONAL PROJEK
Berdasarkan pengalaman praktikum fasa 1 di salah satu sekolah daerah Cheras,
saya mendapati murid-murid Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran (Slow
Learner) mempunyai masalah dalam kemahiran membundar. Hal ini kerana
mereka tidak memahami secara mendalam tentang konsep membundar
nombor. Oleh hal yang demikian, pengkaji menghasilkan satu inovasi untuk
membantu murid-murid slow learner dalam meningkatkan kemahiran membundar
nombor menggunakan integrasi TMK dan media elektronik.
Objektif projek
Objektif inovasi dapat dibahagikan kepada dua aspek iaitu murid dan guru.
Menurut Fatehana (2010), murid-murid slow learner mempunyai daya
pengamatan serta daya rangsangan yang lemah. Oleh itu, dengan mewujudkan
pembelajaran interaktif berkonsepkan TMK, dapat memberikan pendedahan
kepada murid berkeperluan khas untuk meneroka isi pembelajaran khususnya
keperluan murid untuk menguasai topik perbundaran ini.
Seterusya, objektif inovasi ini kepada guru dalam penghasilan bahan bantu yang
interaktif untuk pengajaran bagi mencapai objektif pengajaran dan
pembelajaran(PdP). Rosalia (2012) berpendapat “kaedah belajar yang
menggunakan interaktif multimedia boleh memberi kesan pada keupayaan murid
untuk mempelajari asas kemahiran Matematik”. Jelas bahawa keperluan guru
dalam mencapai objektif pengajaran adalah dengan menggunakan bahan bantu
133
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
_____________________________________________________________________________
mengajar yang menarik dan interaktif kepada murid mereka khususnya bagi guru-
guru Pendidikan Khas.
STRATEGI PENYELESAIAN
RoundaHILLS CDs RoundaHILLS CDs adalah langkah
pertama untuk murid memahami
Konsep Bundar dan menjawab
beberapa soalan melalui permainan.
Pembelajaran ini merangkumi Set
Induksi dan Aktiviti. Manual
penggunaan tersedia pada kod QR.
Hands-On RoundaHILLS Hands-On RoundaHILLS pula di mana
murid menjawab soalan bundar
bertujuan untuk menilai kefahaman
murid. Jawapan juga disediakan
melalui kod QR. Manual penggunaan
keseluruhan Kit pada Lampiran
Dapatan testimoni daripada seorang responden tahun 4 membuktikan inovasi
RoundaHILLS dapat mmbantu murid dalam membundar nombor. Responden
telah memahami konsep perbundaran dan menyelesaikan soalan berkaitan
membundar nombor dengan tepat. Dapatan temu bual juga menyokong bahawa
Kit RoundaHILLS merupakan satu bahan bantu dan kaedah pembelajaran
kemahiran membundar yang baharu dan mampu membantu murid-murid
berkerperluan khas serta murid normal memahami konsep dan menyelesaikan
nombor bundar.
Link : https://www.youtube.com/watch?v=foJ10wImUv0
Scan kod QR untuk video testimoni
Idea asal projek
Projek ini adalah asli dan telah dibina dengan coding perisian PowerPoint untuk
penggunaan belajar sambil bermain. Idea yang dibentuk adalah daripada
134
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
_____________________________________________________________________________
perbincangan bersama pensyarah berpengalaman dalam mata pelajaran
Matematik bagi mengukuhkan lagi penggunaan Kit RoundHILLS ini.
PENGGUNAAN
Kit RoundaHILLS ini dapat digunakan sama ada dibimbing oleh guru atau secara
individu kepada murid. Hal ini kerana pada CD RoundaHILLS yang disertakan
telah diberikan penerangan atau set induksi pada permulaan CD tersebut beserta
contoh membundar nombor secara media elektronik. Masa yang digunakan
bergantung kepada murid dan guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran
dijalankan. Walau bagaimanapun, ia tidak mengganggu emosi murid malah
membantu perkembangan kognitif mereka dan menarik perhatian serta minat
mereka untuk mempelajari topik ini kerana penggunaan unsur kartun, muzik dan
sebagainya.
Manual Penggunaan Kit HandBook Kit
RoundaHILLS boleh RoundaHILLS
diakses secara dalam
talian menggunakan
Bukti penggunaan QRCode
Keberkesanan PdPc
135
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
_____________________________________________________________________________
Kos dan masa
136
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
_____________________________________________________________________________
Dapatan Temubual Bersama Pensyarah dan Siswa Guru
Pada 10 Februari saya telah menemubual seorang responden pelajar dari jurusan
Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran dan seorang responden pelajar dari
jurusan elektif Matematik bertujuan untuk memberikan pandangan terhadap
Inovasi RoundaHILLS kepada keberkesanan PdP untuk murid-murid berkeperluan
khas. Sebelum memulakan temu bual, pengkaji telah memperkenalkan inovasi Kit
RoundaHILLS dan meminta responden menggunakannya. (Rujuk Video pada
Lampiran)
Scan kod QR untuk
video temu bual
Link: https://www.youtube.com/watch?v=VF8xh4882qg&t=7s
IMPAK KE ATAS PENGGUNA AKHIR
Impak penggunaan RoundaHILLS dalam PdP adalah sebagai alat bantu interaktif
yang menyeronokkan untuk murid berkeperluan khas khususnya Slow Learner
meningkatkan kemahiran membundar nombor. Di samping itu, Kit RoundaHILLS
juga sesuai digunakan untuk murid-murid normal sebagai alat pengukuhan
tentang membundar nombor. Seterusnya, gabungan digital, visual dan muzik
dapat membantu murid berkeperluan khas Slow Learner untuk memberikan
perhatian sepenuhnya dalam aktiviti PdPc. Di samping itu juga, Hands-on
RoundaHILLS yang digunakan pada akhir pembelajaran dapat membantu guru
untuk memberikan pengukuhan dan pengayaan kepada murid.
Kesan projek dari aspek kemahiran IR 4.0
Untuk memenuhi keperluan IR 4.0, pendidikan berasaskan 4.0 (konsep) perlu
disesuaikan merentas semua subjek. Dalam projek ini, pelbagai unsur yang
digabungkan seperti bermain, muzik, seni dan sebagainya, Penggunaan media
elektronik menjadi media utama kepada murid pada era ini. Oleh itu, penggunaan
perisian Power Point, kod QR, dan CD merupakan media elektronik yang mudah
digunakan.
137
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
_____________________________________________________________________________
Bukti penggunaan
Projek ini dapat dilakukan secara berkumpulan dan perbincangan murid semasa
menjawab soalan dalam permainan. Hal ini akan membantu perkembangan
kemahiran sosial sesama mereka apatah lagi kepada murid-murid Slow Learner
yang mempunyai tahap kemahiran sosial yang rendah. Kaedah pengajaran sambil
bermain ini membantu mereka untuk meluahkan perasaan dan rasa minat mereka
dalam mempelajari sesuatu topik pembelajaran. Menurut Fatehana (2010), murid-
murid Slow Learner mempunyai daya pengamatan serta daya rangsangan yang
lemah. Oleh itu, dengan mewujudkan pembelajaran TMK dapat memberikan
pendedahan kepada murid berkeperluan khas untuk meneroka isi pembelajaran
untuk menguasai topik perbundaran nombor ini.
https://www.youtube.com/wat
ch?v=foJ10wImUv0&t=4s
138
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
_____________________________________________________________________________
PERLUASAN/KOMERSIAL
Produk ini perlu dipatenkan supaya produk yang dihasilkan tidak ditiru oleh mana-
mana pihak. Hal ini juga supaya produk ini dapat dijadikan produk asli dan
digunakan di sekolah-sekolah yang memerlukan. Di samping itu juga, Kit
RoundaHILLS juga dibungkuskan supaya mudah dikomersialkan dan diguna atau
dibawa ke mana-mana. Produk ini juga dapat dipromosikan melalui media sosial
seperti Facebook, Twitter dan juga Youtube.
PRODUK : Kit RoundaHILLS
No Pendaftaran : LY2020002526
Pendaftaran Hak Milik Cipta (Copy Right) Di MyIPO
Packaging Kit Roundahills
Kaedah Mempromosikan Produk Inovasi Melalui Media Sosial
Media Sosial Twitter/Facebook
139
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
_____________________________________________________________________________
Media Sosial Twitter
Media Sosial Facebook
140
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
_____________________________________________________________________________
141