ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
_____________________________________________________________________________
142
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
_____________________________________________________________________________
JDT Surah Ar-Rahman
Nur Aina Maisara binti Mohd Ridzuan, Wan Nur ‘Irfah Ilhami
binti Wan Anuar, Dr. Isyah Radhiah binti Idris
IPG Kampus Pendidikan Islam
SINOPSIS
Inovasi yang dihasilkan ialah 'Mengingat Surah ar-Rahman Berdasarkan Tema
dan Simbol dengan Bentuk Jadual'. JdT merupakan ringkasan daripada perkataan
Jadual Bertema. Melalui inovasi yang diperkenalkan ini, surah al-Rahman dapat
diingat dengan betul dan tidak keliru. Berdasarkan temu bual dan lembaran kerja
yang dibuat, beberapa masalah telah dikenal pasti kerana surah ini mengandungi
banyak ayat yang berulang dan kalimah yang hampir serupa dari segi maksud dan
baris. Oleh itu, inovasi ini dihasilkan bagi membolehkan pelajar mengingat surah
tersebut dengan mudah, cepat dan dalam tempoh masa yang singkat. JdT Surah
ar-Rahman merujuk kepada tema-tema tertentu. Terdapat tema yang khusus
untuk setiap rangkap ayat yang memudahkan pelajar mengingat 'flow' ayat.
Terdapat juga simbol yang membantu untuk lebih memantapkan ingatan pelajar
terhadap surah tersebut. Inovasi ini bertujuan untuk digunakan oleh pelajar PISMP
Semester 8 bagi kursus PQE3043e Hafazan al-Quran. Selain membantu pelajar
memperoleh skor markah yang tinggi dalam ujian lisan, ia juga memberi 'bonus'
bagi sahsiah GPI keluaran IPG KPI. Selain itu, inovasi ini juga boleh dimanfaatkan
oleh pelajar Tahfiz Ulul Albab di bawah KPM atau institusi tahfiz swasta dan juga
orang awam bagi mengingat Surah ar-Rahman dengan cara yang mudah.
RASIONAL PROJEK
Surah ar-Rahman adalah surah yang menjadi silibus pengajian untuk pelajar
PISMP Pendidikan Islam dan Bahasa Arab Semester 8 bagi Subjek Hafazan Al-
Quran (PQE3043e). Ia mengandungi banyak ayat yang berulang serta kalimah
yang hampir serupa dari segi maksud dan baris. Masalah yang dihadapi oleh
pelajar untuk mengingat surah tersebut telah dikenal pasti melalui temu bual dan
lembaran kerja yang dilaksanakan. Memandangkan kekangan masa yang ada
pada semester 8 yang menjalani sesi ‘internship’, maka satu kaedah mengingat
yang mudah dan cepat diperlukan bagi membantu pelajar menguasai mata
pelajaran ini khususnya untuk menghafaz surah ini.
Objektif projek
Projek ini bertujuan membantu pelajar PISMP Semester 8 yang terlibat dengan
kursus Hafazan Al-Quran (PQE3043e) untuk menghafaz dan mengingat Surah ar-
Rahman dengan mudah dan tidak keliru. Unsur visual diterapkan dalam projek ini
melalui jadual bagi meningkatkan keupayaan menghafaz pelajar di mana mereka
akan dapat menghafaz surah tersebut dalam tempoh masa yang singkat. Selain
itu, ia juga menghilangkan kekeliruan pelajar untuk mengingat ayat yang hampir
sama. Hal ini dicapai melalui tema-tema dalam bentuk jadual yang ditetapkan
143
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
_____________________________________________________________________________
berdasarkan maksud ayat serta penggunaan simbol tertentu yang dapat
meningkatkan kefahaman pelajar terhadap maksud ayat serta memudahkan
mereka untuk mengingat dengan tepat.
STRATEGI PENYELESAIAN
Kebiasaannya, kaedah Tikrar (pengulangan), Jibril, al-Badar, Pengulangan 60x
dan sebagainya digunakan bagi menghafaz sesuatu ayat atau surah dalam Al-
Quran. Jadual Bertema (JdT) menggabungkan beberapa kaedah mengingat
seperti membahagikan ayat dalam surah kepada beberapa bahagian dalam
bentuk jadual serta menghafaz ayat berdasarkan tema, simbol dan huruf hijaiyah.
Projek ini menyediakan kaedah menghafaz yang mudah bagi membantu pelajar
mengingat surah ar-Rahman dalam tempoh cepat dan ingatan yang kekal lebih
lama.
Jadual bertema Surah ar-Rahman ini berbentuk A4 Potrait yang mengandungi 2
muka surat iaitu 4 ruangan dan setiap ruangan dibahagikan kepada 2 barisan.
Setiap barisan ada 4 rangkap. Setiap satu rangkap ada tema-tema yang tertentu
memudahkan pelajar mengingat satu tema kemudian satu tema yang seterusnya.
Sebagai contoh ruangan pertama dan bahagian barisan atas terdapat tema:
LANGIT, BUMI, INSAN dan ALLAH. Ia menggunakan Seni Visual. Di samping itu,
ujian pra dan ujian pos telah dilaksanakan bagi mengenal pasti keberkesanan
projek dan sejauh mana ia dapat membantu pelajar mengatasi masalah yang
dihadapi.
Idea asal projek
Projek ini adalah berdasarkan sorotan kajian lepas yang lebih fokus kepada
pendekatan kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran hafazan
Al-Quran. Kajian oleh Nor Musliza Mustafa & Dr. Mokmin Basri (2014),
pemahaman dan menghafaz memerlukan komitmen kepada memori dalam
pengulangan pembelajaran kerana kedua-dua menyumbang kepada penghasilan
pengetahuan. Terdapat juga kaedah ‘Mind Mapping’ iaitu membentuk peta minda
bagi menghafaz Al-Quran. Reka bentuk JdT mengambil kira pendapat Howard
Gardner dan Teori Kontraktivisme di mana ia selari dengan pendapat Abdul Hafiz
bin Haji Abdullah & Hasimah binti Haji Muda (2004) iaitu menghafaz dengan
kaedah mengikut cabang-cabang pembahagian ayat dan masa yang terdapat
pada peta minda. Justeru, berdasarkan keseluruhan kajian lepas, penulis telah
menghasilkan satu kaedah baharu iaitu menggunakan Jadual Bertema untuk
menghafaz surah ar-Rahman.
144
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
_____________________________________________________________________________
PENGGUNAAN
Projek ini boleh digunakan semasa pelajar menghafaz surah ar-Rahman sama
ada semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas mahu pun di tempat
lain. Hal ini kerana JdT ini mudah, ringkas serta boleh dibawa ke mana-mana
sahaja. Projek ini mendapat respon yang positif daripada para pelajar kerana ia
ternyata dapat membantu mereka untuk menghafaz surah tersebut dengan lebih
pantas dan mudah serta hafalan dapat kekal lebih lama. Dengan ini, mereka dapat
menghafaz dengan lebih tenang tanpa tekanan dan dapat membahagikan masa
dengan baik untuk melakukan tugasan lain seperti ‘internship’. Pelajar juga boleh
membaca surah ini dengan lancar ketika solat sebagai usaha bagi mengekalkan
hafazan.
Bukti penggunaan
i. portfolio bercetak
ii. portfolio digital menggunakan platform awan (URL) dan kod QR
https://rb.gy/qlhumx
IMPAK KE ATAS PENGGUNA AKHIR
Projek ini menyediakan kaedah dan teknik baru untuk menghafaz surah kepada
para pelajar. Jadual Bertema yang mengandungi tema dan simbol dapat
memudahkan mereka mengingati susunan ayat surah al-Rahman. Ia juga
membantu menjimatkan masa untuk menghafal keseluruhan surah tersebut.
Setelah menghafaz menggunakan projek ini, markah pelajar bagi subjek hafazan
meningkat kerana mereka lebih mudah mengingat ayat-ayat yang sama dan
mengelirukan dalam surah ar-Rahman. Di samping itu, ia juga memantapkan lagi
hafazan pelajar kerana mereka bukan sahaja dapat menghafaz dengan lebih
pantas, malah dapat mengekalkan hafalan mereka untuk tempoh yang lebih lama.
145
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
_____________________________________________________________________________
Kesan projek dari aspek kemahiran IR 4.0
Penjelasan mengenai ciri unik Jadual Bertema surah ar-Rahman ini boleh
diperoleh melalui penerangan secara langsung semasa pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas atau di mana-mana sahaja secara maya.
Penerangan secara maya boleh diakses melalui ‘YouTube’. Pautan atau kod QR
diberikan bagi sesiapa sahaja yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang projek
ini. Keupayaan pelajar untuk mengakses penerangan secara maya menunjukkan
kemahiran mereka dalam memanfaatkan teknologi dan malumat (TMK) sebagai
pembelajaran kendiri.
Kesan projek dan bukti penggunaan
Setiap pelajar yang tamat belajar di IPG akan mempunyai kemahiran tambahan
jika sudah menguasai kaedah hafazan melalui projek ini kerana mampu menghafal
surah ar-Rahman dengan betul dan tepat. Di samping itu, mereka juga mampu
menjadi imam solat fardu dan sunat tarawih dalam kalangan masyarakat. Ilmu
yang diperoleh juga dapat dikongsi dan diajarkan kepada orang lain yang ingin
belajar. Ini menunjukkan bahawa projek ini dapat memberi kesan yang positif
kepada perubahan sikap dan kemahiran sosial pelajar. Peningkatan keupayaan
untuk menghafaz juga dapat meningkatkan minat seseorang individu itu untuk
menghafaz Al-Quran dan memastikan mereka sentiasa bermotivasi dalam
menyempurnakan proses hafazan. Projek ini juga memberi kesedaran kepada
pelajar bahawa terdapat pelbagai cara untuk menghafaz Al-Quran dengan mudah
justeru tiada alasan untuk tidak berusaha menghafaz Al-Quran dengan sebaiknya.
PERLUASAN / KOMERSIAL
https://rb.gy/tbttly
146
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
_____________________________________________________________________________
147
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
_____________________________________________________________________________
148
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
_____________________________________________________________________________
EKSA
Mohd Fadzwan bin Junaidi, Pn. Halimatun Sa’adiah binti Harith
IPG Kampus Pendidikan Teknik
SINOPSIS
Pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) mata pelajaran Reka Bentuk dan
Teknologi (RBT) menekankan aspek amali dengan penggunaan alatan tangan dan
bahan di dalam bengkel RBT di samping teori yang perlu dikuasai oleh pelajar.
Masalah timbul apabila sukar untuk melakukan semakan inventori alatan tangan
dan guru menghadapi masalah untuk merekod keluar masuk alatan tangan di
dalam bengkel. Rekod penggunaan bengkel juga tidak pernah dicatat dan akan
menimbulkan kesukaran untuk merujuk kekerapan penggunaan bengkel serta
kelas yang menggunakannya. Guru kurang mengaplikasikan penggunaan
teknologi terkini semasa pengajaran teori. Satu inovasi yang menggabungkan
elemen EKSA, pengurusan bengkel dan sesi PdPc dihasilkan. Penggunaan
Teknologi Mirroring dan kod QR di dalam Bengkel RBT adalah untuk
meningkatkan kelancaran proses perekodan pengurusan alatan tangan dan
penggunaan bengkel semasa proses PdPc, membantu dalam penerapan
pengaplikasian teknologi dalam proses PdPc. Hasil inovasi penggunaan Teknologi
Mirroring dan kod QR di dalam Bengkel RBT telah memberikan kelebihan daripada
segi kesesuaian penerapan awal teknologi dalam pengurusan bengkel RBT serta
mengatasi masalah pengurusan keluar masuk alatan tangan. Selain itu, dapat
melancarkan proses PdPc serta sangat praktikal untuk kegunaan guru dan pelajar
kerana mudah dibawa dan digunakan. Penghasilan inovasi ini juga tidak
mengeluarkan sebarang kos malahan ianya boleh digunakan di mana-mana
sahaja bengkel Reka Bentuk dan Teknologi.
RASIONAL PROJEK
Guru menghadapi kesukaran untuk melakukan semakan inventori alatan dan
menghadapi masalah merekod keluar masuk alatan tangan di bengkel. Rekod
penggunaan bengkel juga tidak pernah dicatat serta menimbulkan kesukaran
untuk merujuk kekerapan penggunaan bengkel. Didapati, guru kurang
mengaplikasikan penggunaan teknologi terkini semasa pengajaran teori. Guru
perlu memastikan keselamatan pelajar dan keselamatan peralatan terjamin
kerana penggunaan peralatan yang tidak mengikut peraturan akan mendatangkan
kecederaan kepada pelajar itu sendiri dan sekaligus akan mengakibatkan
berlakunya kemalangan. Selain itu, alat tangan dan mesin di bengkel adalah
mahal. Peningkatan kualiti PdPc guru adalah perkara yang utama yang perlu
diambil kira dan perlu ditambah baik dari semasa ke semasa.
149
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
_____________________________________________________________________________
Objektif projek
i. Membantu proses merekod kekerapan penggunaan bengkel.
ii. Meningkatkan kelancaran proses perekodan alatan tangan.
iii. Mengaplikasi teknologi dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan
(PdPc).
STRATEGI PENYELESAIAN
Kod QR akan diletakkan di pintu masuk bagi merekod log penggunaan bengkel.
Alatan tangan akan disimpan di dalam kabinet dan sebahagiannya di dalam troli.
Ketika amali berlangsung, troli akan ditolak ke meja kerja dan pelajar perlu
mengimbas kod QR peminjaman alatan tangan yang diletakkan di troli. Setelah
selesai amali, imbas kod QR pemulangan alatan tangan dan letakkan semula
alatan tangan tersebut di troli. Pelajar juga boleh membuat catatan sekiranya
terdapat kerosakan pada alatan tersebut. Kod QR penggunaan mesin mengikut
SOP juga diletakkan di mesin-mesin yang terdapat di bengkel. Pelajar boleh
mengimbas kod QR tersebut untuk menonton video cara pengendalian mesin
dengan betul. Ini akan membantu pelajar mengikut SOP penggunaan yang betul
dan dapat mengelakkan daripada berlakunya kemalangan. Seterusnya kod QR
bahan teori pengajaran akan diletakkan di dalam kelas bagi proses pengajaran
secara teori. Kod QR akan diimbas dan nota akan terpapar di skrin LCD dengan
menggunakan teknologi mirroring. Teknologi mirroring tersebut juga akan
digunakan ketika membuat demonstrasi amali bagi mengatasi kesukaran pelajar
untuk melihat langkah kerja tersebut walaupun kedudukan pelajar berada jauh
daripada guru. PdPc juga boleh diteruskan dengan menayangkan video di
YouTube, laman web, slide pembentangan atau menggunakan pelbagai aplikasi
menarik dengan memanfaatkan penggunaan telefon pintar.
Idea asal projek
Idea projek inovasi ini adalah idea asli dengan menggabungkan elemen EKSA,
menggunakan Teknologi Mirroring dan kod QR. Idea projek ini menggunakan
elemen dan teknologi sedia ada tetapi digarab menjadi satu proses kerja yang
sistematik bagi kegunaan di bengkel.
PENGGUNAAN
Projek inovasi ini sesuai digunakan sebagai penerapan awal teknologi pengurusan
bengkel RBT dan dapat mengatasi masalah pengurusan keluar masuk alatan
tangan dan log penggunaan bengkel. Inovasi ini juga melancarkan proses PdPc
dan sangat praktikal kepada tenaga pengajar dan pelajar. Kekerapan penggunaan
150
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
_____________________________________________________________________________
inovasi ini boleh dikatakan sebagai satu inovasi yang baik dan berkesan kerana
boleh digunakan sepanjang tahun selagi mana berlakunya PdPc di dalam bengkel
RBT. Keberkesanan inovasi ini juga tidak boleh dipertikaikan lagi kerana telah
terbukti mampu meningkatkan tahap kecekapan pengurusan bengkel terbaik.
Bukti penggunaan
IMPAK KE ATAS PENGGUNA AKHIR
Inovasi ini akan meningkatkan kelancaran proses merekod inventori alatan
tangan, log penggunaan bengkel dan membantu dalam penerapan pengaplikasian
teknologi dalam proses PdPc mata pelajaran RBT. Kos mentadbir inovasi ini juga
tidak menggunakan kos yang mahal kerana semua peralatan telah tersedia.
Sesuai digunakan sebagai penerapan awal teknologi pengurusan bengkel RBT
dan dapat mengatasi masalah pengurusan keluar masuk alatan tangan dan log
penggunaan bengkel. Inovasi ini dapat membantu melancarkan proses PdPc dan
sangat praktikal kepada guru dan pelajar. Satu inovasi yang mudah dan boleh
digunakan untuk kelas teori dan amali.
Kesan projek dari aspek kemahiran IR 4.0
Projek inovasi ini telah meningkatkan sistem pengurusan organisasi. Amalan
pengurusan bengkel yang baik akan mewujudkan ekosistem bengkel yang
kondusif, efektif dan efisyen. Pelajar dapat melakukan kerja dengan betul (input)
dan membuahkan hasil yang setimpal (output) dalam usaha mencapai sasaran
151
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
_____________________________________________________________________________
yang ditetapkan. Kadar kemalangan di bengkel akan berkurangan kerana semua
anggota organisasi memainkan peranan yang sewajarnya semasa berada di
dalam bengkel dan produktiviti kerja akan meningkat. Aktiviti pengajaran dan
pembelajaran amali semasa di dalam bengkel dapat dilaksanakan dengan
sempurna dan berkesan. Pengurusan bengkel yang baik akan memberi kesan
kepada pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) amali di dalam bengkel.
Kesan kepada perubahan sikap
Projek inovasi ini memberi kesan kepada perubahan sikap dan peningkatan sistem
penyampaian organisasi. Penggunaan kod QR dan teknologi mirroring dalam
PdPc memberi sentuhan pembelajaran bermakna kepada pelajar. Demonstrasi
dan SOP penggunaan mesin boleh diakses terus dengan menggunakan teknologi
selari dengan kehendak PAK21 dan Revolusi Industri 4.0. Penerapan kod QR dan
teknologi mirroring di dalam EKSA menjadikan pengurusan bengkel menjadi lebih
teratur, selamat dan efisyen. Semua pengguna bengkel bertanggungjawab dalam
memastikan penerapan EKSA berjalan dengan baik dan dengan adanya inovasi
ini akan memudahkan urusan tersebut berjalan lancar dan sekali gus
menambahkan tahap kepuasan bekerja kepada semua orang. Penggunaan kod
QR dalam proses merekod kekerapan penggunaan bengkel meningkatkan
kelancaran proses perekodan alatan tangan dan SOP penggunaan mesin. Hal ini
sekali gus memberi amalan urus tadbir yang baik dalam sesebuah organisasi di
dalam bengkel. Perubahan sikap yang ketara boleh dikesan hasil daripada proses
kerja yang sistematik. Kepuasan bekerja dan amalan bengkel selamat sentiasa
dipatuhi. Setiap individu faham dengan tanggungjawab masing-masing dan
memainkan peranan dalam mewujudkan satu ekosistem bengkel yang baik.
Teknologi mirroring yang digunakan semasa PdPc di bengkel juga dapat
memudahkan tenaga pengajar semasa pengajaran teori malah boleh juga
digunakan semasa melakukan demonstrasi.
152
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
_____________________________________________________________________________
Bukti penggunaan
153
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
_____________________________________________________________________________
PERLUASAN / KOMERSIAL
Inovasi ini amat berguna di setiap bengkel di sekolah, institusi pengajian tinggi
awam dan swasta, malah boleh diperluas di sektor swasta dan industri kecil.
Inovasi ini akan menjadikan bengkel dapat mematuhi peraturan dan keselamatan
bengkel dengan lebih berkesan. Penggunaan yang mudah tetapi berimpak tinggi
ini sememangnya amat sesuai dan berkesan untuk diaplikasikan di bengkel.
Cadangan untuk mendaftarkan inovasi ini di Harta Intelek sedang dalam proses.
154
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
_____________________________________________________________________________
155
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
_____________________________________________________________________________
156
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
_____________________________________________________________________________
KAW POP
Nur Azmina binti Salam, Khor Jing Wen, Kaushalya a/p Dhayalan,
Winnie Tee Wee Nee, En. Benedict Clement D’Silva
IPG Kampus Raja Melewar
SINOPSIS
Projek inovasi “KAW POP” berkonsepkan buku pop–up dihasilkan sebagai bahan
bantu mengajar guru semasa mengajar tajuk “Rantai Makanan”. Pada dasarnya
inovasi “KAW POP” terdiri daripada lima jenis habitat hidupan yang berlainan.
Setiap habitat direka bentuk dengan menggunakan latar habitat jenis tiga dimensi
(3-D) dengan pelbagai hidupan disediakan bagi membina rantai makanan
mengikut habitat masing-masing. Muzik latar habitat dalam bentuk kod QR
digunakan untuk mewujudkan suasana persekitaran sebenar. Pemasangan lampu
jalur LED menggalakkan pembelajaran secara inkuiri penemuan yang mana
pengguna dapat mengesan ketepatan pembinaan rantai makanan. Inovasi “KAW
POP” dapat membantu guru menambah baik amalan pengajaran dan
pembelajaran dalam kelas terutamanya dalam konteks pemahaman, penguasaan
dan penghayatan murid bagi tajuk “Rantai Makanan”. Pengumpulan data tentang
keberkesanan penggunaan “KAW POP” dilakukan melalui ujian pra dan pos,
pemerhatian serta sesi temu bual. Kumpulan sasaran bagi projek ini terdiri
daripada murid Tahun 5 yang mempunyai pencapaian yang rendah dalam subjek
Sains. Penyelidikan inovasi ini telah dijalankan di tiga buah sekolah iaitu SK
Sikamat, SJK (T) Convent Seremban dan SJK (C) Chung Hua. Hasil pelaksanaan
penyelidikan inovasi menunjukkan bahawa penggunaan “KAW POP” berjaya
membantu meningkatkan amalan pengajaran guru dalam proses PdP melalui
aktiviti “Gallery Walk” yang bersifat “hands-on” dan “minds-on” lantas membantu
meningkatkan pemahaman, penguasaan dan penghayatan murid bagi tajuk
Rantai Makanan.
RASIONAL PROJEK
Isu utama yang menjadi signifikan bagi menggerakan pemikiran dan reka bentuk
projek inovasi ini adalah:
i. Masalah murid membina rantai makanan di pelbagai habitat
Murid sukar membina rantai makanan yang betul dan tepat kerana tidak mampu
mengenal pasti sumber tenaga utama, pengeluar dan pengguna. Murid didapati
tidak dapat mengenal pasti tabiat pemakanan haiwan herbivor, karnivor dan
omnivor dengan betul lantas menimbulkan kekeliruan dalam membuat susunan
pengguna pertama, kedua dan ketiga.
157
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
_____________________________________________________________________________
ii. Masalah murid meramalkan kesan terhadap hidupan lain jika berlaku
satu perubahan populasi dalam suatu rantai makanan
Murid tidak memahami tentang hubungan makanan antara hidupan dengan
proses fotosintesis dari segi perpindahan tenaga. Murid tidak jelas dengan fungsi
piramid nombor menunjukkan bilangan organisma dan pengaliran tenaga dalam
setiap rantai makanan.
iii. Masalah murid menjelaskan kepentingan rantai makanan terhadap
kemandirian spesies
Murid tidak mengetahui tentang tabiat serta peranan hidupan dalam suatu habitat
dan seterusnya dalam satu ekosistem.
Objektif projek
i. Membina rantai makanan pada pelbagai habitat dengan mengenal pasti
pengeluar dan pengguna.
ii. Menyatakan bahawa matahari sebagai sumber tenaga utama dalam rantai
makanan.
iii. Membuat ramalan tentang kesan terhadap hidupan lain jika berlaku satu
perubahan populasi dalam rantai makanan pada suatu habitat.
iv. Menyatakan hubungan makanan antara hidupan dengan proses
fotosintesis dari segi perpindahan tenaga.
v. Mengitlak kepentingan rantai makanan terhadap kemandirian spesies.
STRATEGI PENYELESAIAN
Bagi menyelesaikan isu yang dihadapi dalam tajuk Rantai Makanan, sebuah buku
yang bernama “KAW POP” telah direka bentuk. “KAW POP” ini mempunyai ciri-
ciri seperti:
i. Pelbagai habitat dengan latar belakang 3D
“KAW POP” terbentuk hasil daripada lima jenis habitat hidupan yang berbeza iaitu
kolam, hutan, padang rumput, ladang kelapa sawit dan sawah padi. Setiap habitat
telah direka bentuk dengan latar habitat yang bersifat tiga dimensi (3-D) supaya
158
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
_____________________________________________________________________________
memberi situasi yang menyerupai keadaan sebenar kepada pengguna. Pelbagai
model hidupan disediakan untuk pengguna membina rantai makanan yang wujud
dan sesuai dengan setiap habitat tersebut.
ii. Muzik latar
Setiap habitat disediakan dengan kod QR yang terdiri daripada muzik latar yang
bersesuaian bagi membantu mewujudkan suasana persekitaran sebenar kepada
pengguna.
iii. Nyalaan lampu jalur LED
Lampu jalur LED dipasangkan pada setiap habitat “KAW POP”. Lampu LED ini
akan menyala jika pengguna dapat membina rantai makanan yang betul. Nyalaan
lampu jalur LED dapat menggalakkan pembelajaran secara ikuiri penemuan yang
mana pengguna sendiri dapat menggunakannya untuk mengesan ketepatan rantai
makanan yang dibina dengan cekap dan mudah.
iv. Helaian buku yang boleh dipisahkan
Reka bentuk sebegini memudahkan guru untuk menjalankan aktiviti berstesen
seperti Gallery Walk dengan menempatkan setiap helaian habitat di setiap stesen.
Idea asal projek
Idea projek ini merupakan hasil inspirasi daripada buku-buku cerita besar yang
terdapat di perpustakaan sekolah rendah. Buku cerita besar ini telah memberi idea
kepada kami untuk menghasilkan sebuah buku Sains yang besar yang
mengandungi 5 jenis habitat seperti habitat kolam, hutan, ladang, sawah padi dan
padang rumput. Bagi menarik minat pengguna terhadap buku tersebut, teknik-
teknik pop-up, aktiviti hands-on membina rantai makanan serta muzik latar setiap
habitat dihasilkan untuk membentuk buku pop-up. Nyalaan lampu LED juga
dipasang dalam buku “KAW POP” ini demi memberi motivasi intrinsik kepada
pengguna semasa mempelajari cara membina rantai makanan yang betul.
PENGGUNAAN
Penggunaan projek dalam pengalaman pembelajaran bermakna
“KAW POP” menggalakkan murid-murid berfikir secara kreatif dan kritis
terutamanya semasa mereka membina rantai makanan dengan gambar-gambar
haiwan yang disediakan dalam kelima-lima habitat serta melengkapkan lembaran
stesen. “KAW POP” mengintegrasikan konsep 4K bagi mewujudkan pembelajaran
159
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
_____________________________________________________________________________
bermakna kepada murid. Helaian buku “KAW POP” boleh dipisahkan dan dalam
menjalankan aktiviti Gallery Walk bagi menggalakkan murid berkomunikasi dan
berkolaboratif dengan ahli kumpulan secara aktif. Jalur LED pada setiap habitat
berfungsi dengan nyalaan lampu apabila rantai makanan yang dibina oleh murid
adalah betul. Pembelajaran berasaskan inkuiri dan STEM wujud dalam proses
pembinaan rantai makanan. “KAW POP” turut membantu murid menilai
pencapaian pembelajaran melalui kaedah pentaksiran autentik dan pentaksiran
kendiri. Pemahaman murid terhadap topik rantai makanan dapat ditingkatkan
selain peningkatan motivasi intrinsik mereka. Justeru, “KAW POP” sesuai
digunakan oleh murid-murid secara individu atau berkumpulan dengan berulang-
ulang tanpa mengira masa dan tempat.
Bukti refleksi pelajar, temu bual dan testimoni.
Kekerapan penggunaan “KAW POP”
Gambar 1: Penggunaan Gambar 2: Penggunaan Gambar 3: Penggunaan
“KAW POP” di SK Sikamat “KAW POP” di SJK(T) “KAW POP” di SJK(C) Chung
Convent Seremban Hua Seremban
Keberkesanan dalam emosi
Gambar 4: Murid-murid Gambar 5: Murid-murid Gambar 6: Murid-murid
tertarik perhatian terhadap berasa seronok apabila berkolaborasi membina
“KAW POP” berjaya menyala jalur LED rantai makanan
160
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
_____________________________________________________________________________
Data Temu Bual (Keberkesanan dalam emosi)
Soalan 3: Apakah perasaan kamu apabila guru menggunakan “KAW
POP” dalam topik Rantai Makanan pada hari ini?
Murid A Seronok, tidak berasa bosan dan mengantuk.
Murid B Gembira dan seronok. Boleh sendiri bina rantai makanan.
Banyak jenis haiwan dan tumbuh-tumbuhan.
Murid C I feel very fun because I can play with my friends and I can
get many information from this “KAW POP”. Before that,
teacher just speak and we just write down. I feel very boring
and not interesting.
Murid D Very fun because teacher didn’t only focus on paper work
and the gallery walk activity make us can work together.
Murid E Sangat seronok dan berasa teruja.
Murid F Eh…, tidak berasa bosan. Sangat istimewa. Harap cikgu
saya pun boleh guna “KAW POP” untuk mengajar topik ini.
Jadual 1: Transkripsi temu bual menunjukkan emosi murid
Bukti dalam bentuk portfolio digital:
https://qrgo.page.link/ySJPs
IMPAK KE ATAS PENGGUNA AKHIR
Projek inovasi “KAW POP” telah membantu meningkatkan pengalaman
pembelajaran dan pencapaian pembelajaran murid dalam tajuk Rantai Makanan.
Hasil dapatan ujian pra dan ujian pos murid telah menunjukkan peningkatan
prestasi yang ketara. Hasil temu bual menunjukkan murid dapat mengingati fakta
serta memahami isi pelajaran dengan mudah dan jelas. Berdasarkan pemerhatian,
murid mampu melengkapkan lembaran stesen Gallery Walk membina rantai
makanan melalui “KAW POP” secara berkesan. “KAW POP” yang bermaklumat
lengkap dan padat berupaya menjurus pemikiran murid mengikut urutan betul
dalam mempelajari membina rantai makanan di setiap habitat hidupan. Hal ini
161
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
_____________________________________________________________________________
membantu meningkatkan pengetahuan murid relevan dengan kehidupan
seharian. Melalui “KAW POP”, murid berpeluang memperoleh pengalaman sendiri
untuk mempelajari ilmu pengetahuan yang bermakna dan bernilai.
Kesan projek dari aspek kemahiran IR 4.0
Projek inovasi “KAW POP” telah membantu meningkatkan pencapaian murid dari
aspek kemahiran IR 4.0. Murid berupaya membina rantai makanan melalui inovasi
“KAW POP”. Hasil pemerhatian menunjukkan murid berjaya membina pelbagai
rantai makanan secara lisan dan bertulis melalui pemikiran kreatif dan kritis. “KAW
POP” berbentuk maujud membolehkan murid belajar melalui pelbagai deria seperti
penglihatan, pendengaran dan sentuhan. Murid cenderung memahami isi
pelajaran melalui aktiviti pembelajaran hands-on dan minds-on. Aktiviti
pembelajaran Gallery Walk turut menggalakkan pelibatan murid yang aktif,
komunikasi dan kerjasama sesama murid. Penggunaan “KAW POP” dapat
merangsang kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) murid yang mana mereka perlu
mengaplikasi dan menganalisis dalam mencipta setiap rantai makanan yang
berbeza. Isi pelajaran berkonsepkan Sains dan Matematik, kod QR (muzik latar
habitat dan lembaran kerja) dan susunan litar lampu LED hasil integrasi elemen
Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM) mampu memenuhi
keperluan pembelajaran abad ke-21 murid. Penyediaan pentaksiran autentik dan
pentaksiran kendiri juga membolehkan murid menilai hasil kerja sendiri melalui
nyalaan lampu LED pada setiap habitat hidupan dalam “KAW POP”.
Kesan kepada perubahan sikap dan peningkatan kemahiran sosial murid
Projek inovasi “KAW POP” dalam PdP dapat memberi kesan kepada perubahan
sikap dan peningkatan kemahiran sosial murid. Penggunaan “KAW POP” mampu
meningkatkan tahap kepuasan murid. Hasil temu bual menunjukkan murid berasa
gembira, seronok, puas hati dan tidak berasa bosan sepanjang PdP berlangsung
kerana dapat mempelajari pengetahuan baharu melalui pelaksanaan aktiviti
hands-on dan minds-on secara berkumpulan. “KAW POP” berbentuk 3-D,
berwarna-warni, mengintegrasikan lampu LED dan muzik latar dapat menarik
perhatian, minat dan perasaan ingin tahu murid dalam pembelajaran tajuk Rantai
Makanan. Murid kelihatan lebih memberi fokus dan tumpuan serta responsif
terhadap pengajaran guru. Murid didapati melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti
Gallery Walk. Interaksi pelbagai hala wujud yang mana murid saling berinteraksi
dengan guru, rakan dan bahan pembelajaran. Hal ini telah menunjukkan
perubahan tingkah laku pembelajaran murid yang positif dengan penggunaan
“KAW POP”. Melalui “KAW POP”, murid berjaya menguasai konsep rantai
makanan dengan baik dalam suasana persekitaran pembelajaran yang
menyeronokkan. Motivasi dan semangat untuk belajar murid semakin meningkat
dan seterusnya meningkatkan prestasi pembelajaran mereka.
162
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
_____________________________________________________________________________
Bukti penggunaan
Data Ujian Pra dan Ujian Pos
Perbandingan Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos
100
86.7
90 76.7
80 75
70 53.3
SKOR (%) 50 36.6
60
40
30
15
20
10
0
SK Sikamat SJK(T) Convent, Seremban SJK(C) Chung Hua
SEKOLAH
Ujian Pra Ujian Pos
Rajah 1: Perbandingan Skor Antara Ujian Pra dan Ujian Pos di SJK (T) Convent
Seremban, SK Sikamat dan SJK (C) Chung Hua
163
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
_____________________________________________________________________________
Data Temu Bual
Soalan: Selepas menggunakan “KAW POP”, adakah kamu dapat
mengingat apa yang telah kamu pelajari tentang rantai
makanan? Nyatakan satu rantai makanan.
Murid A Dalam satu rantai makanan, terdapat pengeluar dan
pengguna pertama dan pengguna kedua. Padi dimakan
oleh tikus, tikus dimakan oleh ular, ular dimakan oleh
helang.
Murid B Pengeluar akan menyerap cahaya matahari untuk
melakukan fotosintesis, pengeluar membekalkan makanan
kepada haiwan. Kelapa sawit dimakan oleh tikus, tikus
dimakan oleh ular, ular dimakan oleh helang.
Murid C Haiwan perlu makan untuk mendapat tenaga. Terdapat
pengeluar, pengguna pertama, pengguna kedua dan
pengguna ketiga dalam satu rantai makanan. Rumput
dimakan oleh arnab, arnab dimakan oleh serigala.
Murid D Haiwan dimakan oleh haiwan lain untuk mendapat tenaga.
Semak samun dimakan oleh rusa, rusa dimakan oleh
harimau.
Murid E Terdapat pengeluar dan pengguna dan matahari adalah
sumber tenaga utama. Rumput dimakan oleh arnab,
arnab dimakan oleh serigala.
Murid F Haiwan yang pertama dalam rantai makanan dikenali
sebagai pengguna pertama. Kelapa sawit dimakan oleh
tikus, tikus dimakan oleh ular, ular dimakan oleh
helang.
Jadual 2: Transkripsi temu bual tentang pemahaman rantai makanan
164
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
_____________________________________________________________________________
Data Pemerhatian
BIL. TINGKAH LAKU (PENINGKATAN SASARAN MURID
PEMAHAMAN MURID) SEMASA
INTERVENSI DIJALANKAN MURID A MURID
B
1. Memberi perhatian semasa isi pelajaran / /
disampaikan.
2. Mengangguk kepala semasa guru / /
menerangkan konsep.
3. Memberikan respons terhadap soalan / /
guru.
4. Murid mengangkat tangan untuk / /
menjawab soalan.
5. Menyiapkan latihan/tugasan yang / /
diberikan.
6. Menyelesaikan lembaran kerja tanpa / /
bimbingan guru.
7. Murid dapat menyatakan maksud rantai / /
makanan.
8. Murid dapat membina rantai makanan. / /
9. Melibatkan diri secara aktif dalam sesi / /
pengajaran dan pembelajaran (PdP).
Jumlah item yang dapat dikuasai oleh murid 9 9
Jadual 3: Pemerhatian terhadap tingkah laku yang menunjukkan peningkatan
pemahaman murid semasa pelaksanaan inovasi “KAW POP”
Bukti dalam bentuk portfolio digital:
https://qrgo.page.link/PK5Cx
165
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
_____________________________________________________________________________
PERLUASAN / KOMERSIAL
i. Projek inovasi “KAW POP” mempunyai nilai komersial disebabkan:
ii. “KAW POP” telah didaftar sebagai harta intelek dan direkodkan ke dalam
Daftar Hak Cipta sebagaimana diperuntukkan di bawah Seksyen 26B, Akta
Hak Cipta 1987 dalam Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).
iii. Istilah-istilah yang digunakan dalam buku “KAW POP” telah disediakan dalam
empat jenis bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan
Bahasa Tamil supaya “KAW POP” ini bersifat penyeragaman iaitu boleh
digunapakai oleh pihak-pihak lain yang berkaitan secara terus atau dengan
pengubahsuaian mengikut keperluan.
iv. Projek inovasi “KAW POP” telah disebar luas melalui pelbagai media:
a. Disebarluas ke Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil
dan Cina
b. Penyertaan Hari Inovasi IPGM 2018
c. Diserbarluas melalui media sosial seperti laman Blog, Facebook dan
YouTube
Bukti Dalam Bentuk Portfolio Digital
https://qrgo.page.link/4Pt5H
166
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
_____________________________________________________________________________
167
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 9/2021
_____________________________________________________________________________
168
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1-3, Blok 2250
Jalan Usahawan 1
63000 Cyberjaya
Tel:+603-8312 6666
Faks:+603-8312 6655
web:http://ipgm.moe.edu.my