JILID 7 / 2022 ISSN 2550-2026
JURNAL
PENYELIDIKAN
ILMU PENDIDIKAN
IPGM
JURNAL PENYELIDIKAN
ILMU PENDIDIKAN
IPGM
JILID 7/2022
JURNAL PENYELIDIKAN ILMU PENDIDIKAN IPGM
JILID 7/2022
Pusat Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Diterbitkan oleh:
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1-3, Blok 2250, Jalan Usahawan 1,
63000 Cyberjaya,
Selangor Darul Ehsan
Tel : 03-8312 6666
Faks : 03-8312 6631
Website : http://ipgm.moe.edu.my/
ISSN 2550-2026
© Hak cipta Institut Pendidikan Guru Malaysia 2022
Semua hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan
semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam bentuk atau dengan
sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman
dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru
Malaysia terlebih dahulu.
Disember 2022
SIDANG EDITORIAL
JURNAL PENYELIDIKAN ILMU PENDIDIKAN IPGM
JILID 7/2022
PENAUNG
Rusmini Ku Ahmad, PhD
Rektor
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
PENASIHAT
Mohd. Nasrudin Basar, PhD
Timbalan Rektor
Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi
Institut Pendidikan Guru Malaysia
KETUA EDITOR
Hanifah Mahat, PhD (Universiti Pendidikan Sultan Idris)
EDITOR
Syed Ismail Syed Mustapa, PhD (Institut Pendidikan Guru Malaysia)
Salmiah Md Salleh (Institut Pendidikan Guru Malaysia)
Shamsazila Sa’aban, PhD (Institut Pendidikan Guru Malaysia)
Azahar Aziz, PhD (Institut Pendidikan Guru Malaysia)
PANEL PENILAI
Hanifah Mahat, PhD Universiti Pendidikan Sultan Idris
Norhannan Ramli, PhD IPG Kampus Pendidikan Islam
Arni Yuzie Mohd Arshad, PhD Institut Pendidikan Guru Malaysia
Mohammad Rusdi Ab Majid, PhD IPG Kampus Dato’ Razali Ismail
Aznida Aziz, PhD IPG Kampus Dato’ Razali Ismail
Wan Mariana Wan Mohamad, PhD IPG Kampus Dato’ Razali Ismail
Yuslaini Yunus, PhD IPG Kampus Dato’ Razali Ismail
Wan Marfazila Wan Mahmud, PhD Universiti Sultan Zainal Abidin
Mohd Firdaus Yahaya, PhD Universiti Sultan Zainal Abidin
Mustafa Che Omar, PhD Universiti Sultan Zainal Abidin
Siti Fatimah Salleh, PhD Universiti Sultan Zainal Abidin
Mohd Hasrul Shuhari, PhD Universiti Sultan Zainal Abidin
Norhashimah Yahya, PhD Universiti Sultan Zainal Abidin
Zuriani Ahmad Zukarnain, PhD Universiti Sultan Zainal Abidin
Suriani Mat Jusoh, PhD Universiti Malaysia Terengganu
Hailan Salamun, PhD Universiti Malaysia Terengganu
Norasyikin Osman, PhD Universiti Malaysia Terengganu
Amnah Zanariah Abdul Razak, PhD Universiti Sains Islam Malaysia
Nadhilah Abdul Pisal, PhD Universiti Teknologi MARA Cawangan Perlis
Che Mohd Zaid Yusof, PhD Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan
Norhisham Haron, PhD Universiti Utara Malaysia
Mohamad Azrien Mohamed Adnan, PhD Universiti Malaya
Marzni Mohamed Mokhtar, PhD Universiti Putra Malaysia
ISI KANDUNGAN
BIL. TAJUK MUKA
SURAT
1 KOMPETENSI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI 1
PENGAJARAN AYAT KEFAHAMAN AL-QURAN DALAM
KALANGAN GURU PENDIDIKAN ISLAM
MENURUT PANDANGAN PAKAR
Mas Hamidon; Ahmad Johari Sihes, PhD
2 CARTA SUKU KATA DAN SAM’S SMART CoRe KIT 14
MEMBANTU MENINGKATKAN PENGUASAAN
MEMBACA MURID PRASEKOLAH
Samih Kukung
3 HUBUNGAN ANTARA AMALAN PENGAJARAN DAN 27
BAHAN BANTU MENGAJAR GURU KELAS AL-QURAN
DAN FARDU AIN (KAFA)
Bani Hidayat Mohd Shafie, PhD; Nor Hayati Fatmi Talib,
PhD
4 MENINGKATKAN KEMAHIRAN OPERASI TAMBAH 45
SECARA MENGUMPUL SEMULA LINGKUNGAN 100
MURID MASALAH PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN
PAPAN TAMBAH
Ting Sze Ching; Masitah Taib, PhD
5 PENGGUNAAN TEKNOLOGI MULTIMEDIA DAN 58
KOMPUTER DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH
RENDAH DALAM PEMBELAJARAN SAINS
Wong Li Ling; Lok Wai Foong, Ed.D
6 KEFAHAMAN, PENGAPLIKASIAN DAN FAKTOR 69
PENGUASAAN TAJWID HUKUM MAD DALAM
KALANGAN GURU PELATIH IPGKDRI
Najihah Musa; Asma Hannan Azeman; Aisyah Balqis
Mohd Nizam; Nur Zakiah Md Saleh; Mohammad Rusdi Ab
Majid, PhD
7 MENINGKATKAN KEMAHIRAN MELABEL STRUKTUR 81
GIGI DENGAN MENGGUNAKAN AR-LaGi BAGI MURID
TAHUN TIGA
Mack Lee; Chiam Sun May, PhD
8 TRIPIKTO: MENINGKATKAN PENGUASAAN 90
KEMAHIRAN PENUKARAN PERPULUHAN KEPADA
PERATUS MURID TAHUN TIGA DI SK SERUSUP
TUARAN SABAH
Haziq Abdul Latif; Kok Boon Shiong, PhD
9 PENGGUNAAN GENIUS HAMZAH DALAM 101
MENYELESAIKAN MASALAH MENGENAL PASTI
KEDUDUKAN HURUF HAMZAH
Nur Husnina Anuar; Mohammad Rusdi Ab. Majid; Aisyah
Balqis Mohd Nizam; Nur Sofea Hanim Ahmad Ruzaizi;
Nurul Nadia Mohamed@Mahmood
10 PENDEKATAN HEUTAGOGI DALAM PEMBELAJARAN 113
OPERASI BARIS PERMULAAN MENGGUNAKAN
KALKULATOR EROXCEL
Rabiatul Adawiah Ayop; Hairon Azman Adanan; Jamiatun
Nadwa Ismail; Musiade Mohd Sharif
11 KEBERKESANAN EDU HAJJ KIT DALAM 127
MENINGKATKAN TAHAP PENGUASAAN MURID
TERHADAP PERISTIWA HAJI
Siti Nadirah Salim
12 MENINGKATKAN KEMAHIRAN ASAS MENGENAL DAN 135
MENULIS ANGKA MURID 1 UM MENERUSI INOVASI
BUSY DICE
Muhammad Taufiq Razali; Masturah Md Ali
13 MENINGKATKAN KEMAHIRAN PEREKODAN 145
PELARASAN PADA TARIKH IMBANGAN BAGI
PENYEDIAAN PENYATA KEWANGAN MENERUSI KIT
‘WHEEL OF ADJUSTMENT’
Fadzliani Fadzil
14 KAJIAN KEBERKESANAN PENDIDIKAN BERASASKAN 159
PROJEK DAN PENYELESAIAN MASALAH SECARA
DALAM TALIAN UNTUK PELAJAR BIDANG TVET
PERTANIAN KOLEJ VOKASIONAL MALAYSIA
Mohd Rosnizam Mohd Yusoff; Jamaliah Sajali;
Nur Fasihah Mohd Yusof; Nurul Ain Yaakob
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 1
KOMPETENSI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI PENGAJARAN AYAT
KEFAHAMAN AL-QURAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN ISLAM
MENURUT PANDANGAN PAKAR
1
Mas Hamidon ([email protected])
2
Ahmad Johari Sihes, PhD ([email protected])
1 Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang
2 Universiti Teknologi Malaysia
Abstrak
Kemahiran berfikir aras tinggi antara komponen utama dalam pendekatan
pembelajaran abad ke - 21 serta kemahiran yang perlu dikuasai dalam pendidikan
revolusi IR 4.0. Namun akibat kurang kompeten, amalan ini kurang dititik beratkan
dalam kalangan Guru Pendidikan Islam terutama dalam pengajaran ayat kefahaman
al-Quran. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti apakah elemen
Kompetensi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Pengajaran ayat Kefahaman al-Quran
yang diperlukan oleh Guru Pendidikan Islam menurut pakar. Kajian dilakukan secara
kualitatif menggunakan kaedah temu bual separa berstruktur. Seramai enam orang
pakar ditemu bual terdiri dari tiga orang pensyarah dari Universiti, seorang pakar
kurikulum dari Bahagian Pembangunan Kurikulum dan dua orang Jurulatih Utama
Guru Pendidikan Islam sekolah menengah. Semua pakar ini telah dipilih secara
pensampelan bertujuan dan memenuhi kriteria yang ditetapkan. Data verbatim temu
bual dianalisis secara tematik menggunakan perisian Atlas ti (v.8). Analisis tematik
menunjukkan enam sub elemen kompetensi kemahiran pengajaran yang diperlukan
oleh Guru Pendidikan Islam. Kemahiran yang perlu dikuasai adalah kemahiran
meningkatkan pemikiran aras tinggi pelajar, teknik penyoalan serta penggunaan kata
kerja, pembelajaran aktif, bahan bantu mengajar, pentaksiran dan meningkatkan
tahap profesionalisme. Kerangka elemen yang dicadangkan oleh pakar berpotensi
membantu meningkatkan kemahiran berfikir pelajar memahami keistimewaan dan
kelebihan yang terdapat di dalam isi kandungan al-Quran dengan pendekatan yang
lebih tepat dan berkesan.
Kata kunci: Kemahiran Berfikir Aras Tinggi, ayat kefahaman al-Quran, Guru
Pendidikan Islam, Pakar Pendidikan Islam.
Abstract
The teaching of Higher Order Thinking Skills (HOTS) is among the key components
of the 21st century learning approach as well as the skills that need to be mastered
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 2
in IR 4.0 revolutionary education. Having said that, this practice is given less
importance among the teachers, particularly in the teaching of Quranic verses
comprehension. Therefore, this study aims to identify HOTS competency elements
needed by Islamic Education Teachers in teaching Quranic verses comprehension
from perspective of experts in the related field. The study was conducted
qualitatively using semi-structured interview method. A total of six experts were
interviewed consisting of three university lecturers, a Curriculum Specialist from the
Curriculum Development division and two Head Instructors of secondary school
Islamic Education Teachers. All experts were selected through purposive sampling
and have fully met all the required criteria. Interview data were analyzed using
thematic techniques. Additionally themes verbatim were also analysed using atlas ti
version 8. Thematic analysis shows six sub elements of teaching skills competency
required by Islamic Education Teachers. The skills that need to be mastered are the
skills of improving students' high-level thinking, questioning techniques, active
learning, teaching aids, assessment and increasing the level of professionalism. The
framework of the elements proposed by the expert has the potential to help improve
the thinking skills of students to understand the advantages found in the content of
the Quran with a more accurate and effective approach.
Keywords: Higher order thinking skills, Quran reading comprehension, Islamic
Education Teacher, Islamic Education expert.
PENDAHULUAN
Pendidikan di peringkat global berubah secara dinamik dari semasa ke semasa.
Perkembangan pendidikan yang pesat menuntut pengajaran al-Quran di sekolah
perlu bersifat transformatif untuk menangani perubahan tidak hanya berfokus
kepada bacaan dan hafazan semata tetapi menekankan kefahaman untuk
direalisasikan dalam kehidupan seharian. Justeru, penyebatian kemahiran berfikir
aras tinggi (KBAT) dalam pengajaran dapat membantu pelajar meningkatkan
kemahiran berfikir bukan hanya dalam persekitaran pendidikan malah dalam
persekitaran kehidupan mereka yang sebenarnya (Ahmad & Kasim, 2017).
Penyebatian KBAT dalam Kurikulum Pendidikan Islam telah membuka satu
dimensi baharu terhadap pengajaran al-Quran yang telah sebati dalam sistem
pendidikan sejak Islam mula tersebar ke Tanah Melayu (Bidin et. al., 2018). Proses
pendidikan al-Quran tetap berlaku walaupun pada zaman penjajah. Sejak daripada
itu, pelbagai kaedah (Jasmi & Che Noh, 2013) telah diterapkan dalam sistem
pendidikan bagi memastikan penguasaan pelajar dalam bidang Tilawah al-Quran.
Namun, menurut Sin (2014) amalan membaca al-Quran hanya tertumpu kepada
proses khatam sahaja tanpa menitikberatkan kefahaman dan penghayatan dalam
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 3
kehidupan. Guru Pendidikan Islam (GPI) merupakan barisan hadapan yang terlibat
dalam pengajaran dan pembelajaran al-Quran yang berkesan untuk pelajar
mendapatkan pandangan dan kelebihan kandungannya. Secara ringkasnya, GPI
yang mempunyai kompetensi profesional tinggi dalam pengajaran KBAT berpotensi
untuk membantu meningkatkan kemahiran berfikir pelajar untuk memahami segala
keistimewaan dan kelebihan yang terdapat di dalam isi kandungan al-Quran dengan
pendekatan yang lebih tepat dan berkesan. Ini diakui oleh ramai penyelidik (Anwar,
Hasanah & Widayanti, 2018; Ali, Lubis & Noh, 2018; Ajmain, Hehsan & Mohamad,
2019) penyebatian amalan KBAT mempunyai kaitan bagi meningkatkan kualiti
Pendidikan Islam.
PENYATAAN MASALAH
Perubahan dalam sistem Pendidikan era globalisasi memerlukan profesional yang
berkebolehan dari segi pengetahuan, kemahiran dan keperibadian. Tahap
kompetensi adalah isu penting yang diperdebatkan dalam kalangan pihak
berkepentingan dalam pendidikan iaitu ibu bapa, pentadbir, Pejabat Pendidikan
Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia (Goh,
2013). Justeru kompetensi dianggap sangat penting sebagai piawaian pembelajaran
yang mempengaruhi setiap dimensi sistem pendidikan. Konsep kompetensi perlu
dilihat melalui pelbagai dimensi bagi melahirkan GPI profesional dalam pengajaran
KBAT. Seseorang pekerja yang berkompetensi tinggi seharusnya menguasai segala
kemahiran dalam tugasannya secara spesifik (Klemp, 1980; Spencer & Spencer,
1993; Hornby & Thomas, 1989) Sekiranya sesebuah organisasi mempunyai ramai
pekerja yang berpengetahuan dan berkemahiran organisasi berkenaan boleh
meningkatkan kualiti kerja dengan lebih cemerlang, cekap serta dapat memenuhi
kehendak pihak berkepentingan organisasi berkenaan. Justeru itu kepelbagaian
teori, model, modul dan strategi kompetensi pengajaran KBAT yang diperdebatkan
atas keinginan untuk meningkatkan keupayaan manusia berfikir telah meluas dalam
sistem pendidikan di seluruh dunia.
Pelbagai tafsiran dan kaedah (Nursyahirah et. al., 2018; Norfadelah & Ahmad
Tijani, 2015; Abidin et. al., 2013) telah mencetuskan pertembungan di antara
kefahaman yang dibentuk oleh Islam dan Barat sehingga timbul persoalan, apakah
indikator sebenar yang menjadi standard di dalam menentukan kompetensi
kemahiran KBAT sebagai elemen penting di dalam menjana pemikiran yang
berstruktur (Othman, 2019). Polemik ini telah mewujudkan jurang kosong di dalam
proses penyampaian ilmu dan pengamalan ilmu pengajaran ayat kefahaman al-
Quran di dalam konteks amalan seharian. Pertembungan ini membuka dimensi baru
untuk dikaji, ini kerana usaha memahami isi kandungan al-Quran penting dalam
membentuk akhlak individu muslim yang sempurna dan penyelesaian permasalahan
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 4
kehidupan (Marzuki, 2011). Oleh itu, adalah satu kerugian pembelajaran al-Quran
yang tidak disertai dengan kefahaman.
OBJEKTIF KAJIAN
Meneroka elemen-elemen kompetensi kemahiran berfikir aras tinggi yang diperlukan
oleh Guru Pendidikan Islam dalam pengajaran ayat kefahaman al-Quran
berdasarkan Pensyarah Pendidikan Islam, Pakar Kurikulum Pendidikan Islam dan
Jurulatih Utama Pendidikan Islam.
PERSOALAN KAJIAN
Apakah elemen-elemen kompetensi kemahiran berfikir aras tinggi yang diperlukan
dalam pengajaran ayat kefahaman al-Quran dalam kalangan Guru Pendidikan
Islam?
KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti elemen kompetensi KBAT ayat kefahaman
al-Quran yang boleh meningkatkan kompetensi GPI dalam pengajaran ayat
kefahaman al-Quran. Dalam kajian ini elemen kemahiran menjadi elemen utama
yang dikaji. Hasil kajian diharap dapat dijadikan rujukan dan panduan bagi
menerapkan elemen kompetensi KBAT amnya dan pengajaran ayat kefahaman al-
Quran khususnya. Pihak pentadbir, pihak Jemaah Nazir serta pensyarah di
universiti atau Institut Latihan Perguruan yang terlibat dalam bidang pendidikan
berpotensi menggunakannya kerana sering menjalankan pemantauan GPI di
sekolah. Kerangka kajian seumpama ini penting untuk menilai kompetensi dengan
baik kerana kegagalan pihak yang terlibat dalam membuat penilaian akan
menjejaskan kualiti guru yang diharapkan. Selain itu, penggubalan kurikulum dalam
bidang pendidikan seperti di universiti dan institusi pendidikan boleh menggunakan
kerangka kajian ini sebagai rujukan bagi proses latihan yang diberi kepada guru
pelatih.
METODOLOGI
Kajian ini merupakan kajian kualitatif melalui temu bual separa berstruktur.
Pemilihan sampel dilakukan secara sampel bertujuan (Purposive Sampling) kerana
pakar yang dipilih mempunyai pengalaman luas dalam bidang al-Quran dan KBAT.
Soalan temu bual separa berstruktur dibina berdasarkan objektif kajian. Seramai
enam informan yang terlibat dalam temu bual kajian ini. Informan yang dipilih
memiliki pengalaman dalam pendidikan melebihi 20 tahun. Informan dalam bidang
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 5
pendidikan yang memiliki pengalaman melebihi lima tahun dalam bidang semasa
boleh diklasifikasikan sebagai pakar (Berliner, 2004; Akbari & Yazdanmehr, 2014).
Kesemua informan yang telah ditemu bual mempunyai kepakaran dalam bidang
tertentu iaitu KBAT dalam Pendidikan Islam di Universiti dan sekolah, pakar al-
Quran dan pakar kurikulum. Semua informan dalam temu bual ini adalah dari lokasi
yang berbeza iaitu Putrajaya, Selangor, Perak dan Johor.
Protokol temu bual telah dibangunkan berpandukan tema yang dikenal pasti
menerusi sorotan literatur. Bagi memastikan kesahan instrument temubual,
pengesahan pakar akademik yang mempunyai pemahaman dan pengetahuan yang
komperehensif dalam pengajaran KBAT adalah diperlukan. Oleh itu, protokol temu
bual dikemukan kepada dua orang pensyarah dalam bidang kualitatif dan KBAT.
Setelah mendapat pengesahan, penyelidik melakukan kajian rintis bagi melatih
penyelidik dengan keadaan di lapangan sebelum melakukan penyelidikan sebenar
serta mengenal pasti kekurangan dan kelemahan dalam protokol temu bual
(Merriam, 2009). Temu bual telah direkodkan dengan persetujuan informan dan
ditranskripsi secara verbatim. Transkripsi juga telah disahkan oleh semua informan
terlebih dahulu sebelum dianalisis, dikelas dan dikodkan (Cohen et. al., 2018).
DAPATAN KAJIAN
Berdasarkan analisis transkrip verbatim yang dilakukan, analisis temu bual telah
menghasilkan kod, kategori dan tema. Elemen kemahiran KBAT yang diperlukan
oleh GPI dalam pengajaran ayat kefahaman al-Quran dari perspektif Pensyarah
Pendidikan Islam, Pakar Kurikulum Pendidikan Islam dan Jurulatih Utama
Pendidikan Islam diperincikan seperti berikut:
Rujukan utama domain kognitif KBAT ayat kefahaman al-Quran dinyatakan
oleh informan ialah Taksonomi Bloom:
“Once kita sebut higher order thinking skills dimana asalnya.
Asalnya daripada Bloom’s Taxonomy. Jadi kalau kita nak tengok
domain-domain ni, kita kena tengok domain yang ada dalam
Bloom’s Taxonomy. Dia start daripada remembering, understanding,
applying, analyzing and creating kan. Dan kalau nak tengok
sejarahnya jugak, dia ada yang lama tapi kalau higher order thinking
skills yang kita kata KBAT yang dilaksanakan di negara kita, dia
merujuk kepada enam taksonomi tu lah. Jadi keenam-enam
taksonomi tu dalam tu dia dah terangkumlah kalau kita nak
tengok mana kognitifnya, mana afektifnya dan mana dia punya
psikomotor.”( KU/P/01).
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 6
Justeru itu, Sub tema domain kognitif pertama ialah meningkatkan pemikiran
aras tinggi dalam pengajaran yang melibatkan aras mengaplikasi, menganalisis,
menilai dan mencipta. Mengaplikasi jika dihurai dengan lebih lanjut dalam
pengajaran KBAT ayat kefahaman al-Quran merujuk kepada bagaimana hasil PdP
GPI dapat melahirkan pelajar mampu menyelesaikan masalah dan menggunakan
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari dalam situasi berlainan seperti
yang dinyatakan oleh informan ((P/L/02)
“Sebab kita faham dalam melaksanakan KBAT bukan sahaja kita
nak melontarkan knowledge kepada pelajar. Bahkan lebih
daripada itu, kita nak membentuk pelajar mampu menyelesaikan
masalah semasa, mampu membuat aplikasi daripada ayat
kefahaman yang mereka faham Apatah lagi mampu membuat
inovasi, membuat perkara-perkara yang baru berasaskan nilai-
nilai Islam hasil daripada kefahaman yang mereka faham dari
ayat kefahaman yang guru-guru mereka ajar tadi.”(P/L/02)
“……..yang kita mahukan dalam ayat kefahaman cuma permulaannya
tu kalau kita ikut kitab-kitab dia mesti ada ayatnya and then ada
terjemahannya dan ada syarah nya. Dalam syarah tu pulak bukan
setakat kita keluarkan apa syarah nya tapi sebab itulah dia guna
kata kerja mengaplikasikan syarah ayat tu dalam kehidupan.” (
KU/P/01)
Guru perlu menimbulkan pelbagai persoalan untuk mengalakkan pelajar
berfikir apabila meneliti ayat kefahaman yang dipelajari supaya lahir satu bentuk
kefahaman baru untuk diamalkan dalam kehidupan. Mengalakkan pelajar memberi
pandangan dan membuat keputusan apa yang perlu dilakukan dalam konteks
menganalisis ayat al-Quran sepertimana pendapat oleh informan (P/L/03)
“bila kelas itu tidak diacukan dalam bentuk yang mengarah
kepada berfikir aras tinggi, ia akan jadi proses sehala, pelajaran
sehala, pelajaran yang hanya membincangkan bagaimana, sebutan
huruf-huruf, sampai satu peringkat nanti mungkin kita akan rasa
macam ada sedikit kesamaran daripada apa, kefahaman terhadap
kalimat-kalimat tertentu. Maka, kita kena merujuk apa yang
disebutkan oleh pakar-pakar dalam bidang tafsir, ulama-ulama tafsir,
Mufassirin, tafsir-tafsir yang mu’tabar, di situ ada pelbagai
pandangan. Di situ lah baru kita cantumkan, berlakunya proses
sintesis yang disebutkan, cantumkan pandangan-pandangan
tersebut dan kita lahirkan sesuatu yang kefahaman bentuk baru
atau kefahaman kita tentang ayat tersebut.”(P/L/03)
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 7
Selepas menganalisis maklumat, pelajar dapat menjustifikasikan sesuatu
tindakan atau keputusan yang diambil berdasarkan ayat al-Quran yang dipelajari
yang membawa kepada proses menilai seperti yang dinyatakan oleh informan
berikut:
“Kemahiran menilai pun sangat penting dalam ayat kefahaman
tapi menilai kat sini bukannya kita menilai buat lembaran kerja bagi
budak jawab, bukan setakat itu. Evaluation, menilai kat situ adalah
kita bagitahu murid bagaimana murid boleh menilai
kehidupannya menggunakan ilmu ayat kefahaman yang kita dah
ajar tadi. Jadi of course la untuk membolehkan murid ini menilai
kehidupannya, kita kena bagi task, kita kena bagi aktiviti atau
tugasan dimana dalam tugasan tu tadi kita membantu murid
menyelesaikan persoalan hidupnya menggunakan ilmu yang kita bagi
tadi. Jadi dekat situ kita ada applying, dekat situ ada analizing dekat
situ pun ada evaluating.”(KU/P/01)
Penciptaan merupakan tahap tertinggi dalam Taksonomi Bloom dimana
pelajar dapat menghasilkan suatu idea yang baru berdasarkan ayat yang dipelajari
berbentuk tulisan atau penyampaian lisan.
“Bila dah dikeluarkan pengajaran-pengajaran ayat tadi, ilmu tu tak
berhenti di situ sahaja. Diakhirnya kalau begitu lah pengajaran dalam
ayat tersebut, jadi kita ni sebagai manusia yang mengambil
pengajaran, apakah tindakan yang kita patut buat dalam
kehidupan?
Ha yang itu pun kena bagi task jugak. Jadi disitu dia bergantung
kepada apakah pencapaian paling tinggi yang kita nak murid
tadi capai daripada tajuk-tajuk ayat kefahaman tu.”(KU/P/01)
Penggunaan kata kerja aras tinggi dan teknik penyoalan merupakan sub tema
domain kognitif yang kedua. Selari dengan itu, dalam temu bual bersama responden
menerangkan tahap pemikiran yang ingin dikuasai pelajar perlu diterjemahkan
melalui kata kerja yang sesuai:
“Jadi biasanya sebelum cikgu mengajar ayat kefahaman, cikgu kena
tengok dulu apakah kata kerja yang digunakan dalam Standard
Kandungan yang menunjukkan higher order thinking skills,
pencapaian paling tinggi yang kita nak murid kuasai dalam ayat-ayat
kefahaman.” (KU/P/01)
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 8
Manakala sub tema ketiga ialah pembelajaran aktif. Menurut inforaman JU/P/02 sesi
pembelajaran mestilah aktif kerana pembelajaran aktif sangat memerlukan KBAT
dan berpusatkan pelajar.
“Bilamana kita bercakap tentang KBAT…. Pembelajaran jika ikut
DSKP pembelajaran mesti bersifat aktif… berpusat kepada
pelajar…. sangat memerlukan kemahiran berfikir aras tinggi.”
(JU/P/02)
Ini dipersetujui oleh (KU/P/01)
“Jadi maksudnya……. pembelajaran kita tadi cikgu mula je baca
Standard Pembelajaran tu sebenarnya dia dah start dah kemahiran
berfikir aras tinggi tu dia dah kena ada tapi macam mana dia nak
terjemahkan? Cikgu kena terjemahkan dalam bentuk aktiviti.”
(KU/P/01)
Pelbagai aktiviti PdP aktif dicadangkan oleh (JU/P/02)
“Dalam DSKP banyak contoh aktiviti PdP aktif seperti
Mengaplikasi Pembelajaran Akses kendiri, Mengaplikasi
Pembelajaran Inkuiri, Mengaplikasi Pembelajaran Berasaskan
Projek, Mengaplikasi Pembelajaran Berasaskan Masalah,
Mengaplikasi Pembelajaran Kontekstual dan Mengaplikasi
Pembelajaran Kolabratif dan Koperatif.”( JU/P/02)
Bagi Sub tema domain kognitif yang keempat pula merujuk kepada bahan bantu
mengajar. PdP KBAT yang berkesan dibantu oleh bahan bantu mengajar yang boleh
mendorong kepada kemahiran berfikir. Bahan-bahan sumber pengajaran hendaklah
berunsur stimulatif iaitu dapat merangsang minat. Seperti yang dinyatakan oleh
P/L/03:
“Kemahiran menggunakan bahan. Menggunakan bahan,
menyediakan bahan. Bahan tidak boleh hanya sekadar hanya
yang ditentukan dalam sukatan. Bahan kena melepasi ‘border’
sukatan, maksudnya bahan-bahan lain yang difikirkan sesuai untuk
contohnya, keratan-keratan akhbar, gambar-gambar yang berkaitan
dengan penciptaan alam. Sekarang ni dah zaman yang lebih
canggih, kita boleh dapatkan video-video yang berkaitan
terutama tentang kejadian alam lah.” (P/L/03)
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 9
Dapat difahami dalam sesi temu bual bahan bantu mengajar bukan sahaja terhad
kepada buku teks, papan tulis, kapur dan gambar-gambar sahaja, tetapi ia
merangkumi segala perkara yang digunakan dalam PdP yang melibatkan semua
pancaindera dan apa sahaja yang dapat dialami oleh pelajar. menurut informan
(P/L/03) GPI perlu mengintegrasikan sains dan teknologi dalam pengajaran
“kita sebutkan berkaitan tentang KBAT (kemahiran berfikir aras
tinggi) dia perlu ada satu pengetahuan am yang luas berkaitan,
terutama berkaitan apa yang disebutkan sebagai sains dan
teknologi, berkaitan dengan kejadian alam, berkaitan apa yang
berlaku di sekeliling dia…. ini penting.” (P/L/03)
Sub tema kelima dapatan kajian merujuk kepada Pentaksiran. Pentaksiran Bilik
Darjah (PBD) merupakan proses mendapatkan maklumat tentang perkembangan
pelajar yang dirancang, dilaksana dan dilapor oleh GPI. Antara ciri yang perlu ada
dalam pentaksiran yang disebut oleh informan ialah:
(i) Merekod Tahap Penguasaan yang diajar berdasarkan DSKP
“Maksudnya apa yang kita buat dalam proses PdP tu berlakulah
PBD bukan semestinya kita buat soalan sahaja baru PBD…..
maksudnya cikgu masuk je kelas, bukak je mulut bagi je salam
maka berlakulah PBD cumanya direkodkan lah. Kalau kita tak
rekodkan kita tak nampak lah progress murid tu.”( KU/P/01)
(ii) Merancang pentaksiran KBAT ayat kefahaman al-Quran
“Jadi kalau kita kata bagaimana KBAT dalam pentaksiran,
sebenarnya pentaksiran itu berlaku dari awal proses PdP itu lagi.
Jadi, sebab itulah cikgu-cikgu perlu menguasai fokus bagi setiap
bidang dalam pendidikan. Itulah antara ‘step-step’ dia sebelum aktiviti
PdP itu berjalan dan sebelum kita dapat merekodkan, apa
penguasaan murid lepas proses PdP” (KU/P/01)
(iii) Membina Instrumen Pentaksiran berdasarkan Standard Pembelajaran
“………untuk mentaksir cikgu akan menggunakan instrumennya
sendiri based on Standard Pembelajaran tadi.”( KU/P/01)
(iv) Mentadbir Tahap Penguasaan yang diajar Berdasarkan DSKP
“Standard Prestasi tu digunakan untuk menentukan dimanakah
murid berada selepas habis satu-satu sesi PdP. Maksudnya kita
dah mengajar dah mentaksir apa semua……. Lepas tu kita dah
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 10
dapat dah budak tu sekarang kita nak tengok dia, where are the
students baru kita tengok Standard Prestasi sebab Standard Prestasi
is a performance standard. Ia untuk menentukan apa murid itu boleh
berbuat selepas dia mengikuti satu sesi PdP.” (KU/P/01)
.(v) Menggunakan Pelbagai Strategi Pentaksiran yang boleh dilaksanakan
oleh Guru dan Pelajar.
“Pentaksiran bukan hanya berlaku di akhir semester, ditengah
tahun. Tetapi, pentaksiran itu berlaku di sepanjang perjalanan
pengajaran guru dan pentaksiran ini masuk dalam tahsin ini
adalah pentaksiran KBAT dan pentaksiran ini juga bukan sahaja
pentaksiran yang bertulis, bahkan pentaksiran yang non-verbal,
yang verbal dan non-verbal, yang bertulis dan yang tidak
bertulis. Pentaksiran yang tidak bertulis maksudnya bagaimana
pengajaran berlaku dalam bilik darjah. Tetapi, pengujian dan
pentaksiran berlaku bila melakukan proses PdP dalam bilik darjah
berasaskan KBAT.” (P/L/02)
Sub tema keenam elemen kemahiran yang perlu dikuasai oleh GPI ialah
meningkatkan tahap Profesionalisme. Profesionalisme adalah tahap kecekapan,
akauntabiliti dan tanggungjawab yang seharusnya didukung oleh GPI. Dapatan
kajian temu bual menunjukkan peningkatan tahap Profesionalisme boleh dilakukan
melalui:
(i) Pembudayaan PLC
PLC adalah merujuk kepada satu amalan para pendidik bekerjasama secara
kolaboratif serta berterusan dalam membuat inkuiri atau kajian tindakan untuk
mencapai pengajaran dan pembelajaran lebih baik.
“kemahiran yang perlu ada ialah bagaimana dia boleh berkolaborasi
dengan guru-guru yang lain samada dalam bidang atau luar bidang.
Maksudnya kalau dalam bidang, kalau ada dalam panitia tu, dia ada
hubungan kolaberasi yang baik dalam membincangkan ayat-ayat al-
Quran. Kemudian juga di luar bidang, bidang bahasa contohnya, bidang
sains, bidang matematik, apa sahaja yang berkaitan itu perlu diluaskan
rangkaian tersebut supaya dia boleh mencantumkan pelbagai pengalaman
dalam satu pengajaran itu untuk disampaikan kepada pelajar.”( P/L/03)
“cadangan kajian nanti mungkin akan timbullah nanti, macam mana kursus, ada satu
modul khas ke, atau ada satu garis panduan ke.” (P/L/03)
(ii) Memantapkan Diri dengan Penguasaan ICT
“GPI kena tambah ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ICT.
Dunia sedang berhadapan dengan ancaman covid 19. Menyebabkan
ketidaktentuan dalam PdP….. sekarang pun saya tengok GPI kena mahir
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 11
guna ICT kerana pembelajaran berlaku di rumah….di sebut
PDPR….susah kalau kita tidak mahir menggunakan ICT…”(JU/P/02)
KESIMPULAN
Berdasarkan temu bual yang dijalankan ke atas pakar, boleh disimpulkan bahawa
kemahiran merupakan keupayaan guru memanfaatkan ilmu pengetahuan dan
kemahiran dalam PdP untuk menjadikan hasil pembelajaran tercapai. Konklusinya,
elemen kemahiran yang diperlukan oleh GPI dalam perlaksanaan pengajaran KBAT
ayat kefahaman al-Quran menurut pakar adalah kemahiran meningkatkan pemikiran
aras tinggi pelajar, teknik penyoalan dan penggunaan kata kerja, pembelajaran aktif,
bahan bantu mengajar, pentaksiran dan meningkatkan tahap profesionalisme.
Kompetensi adalah ciri asas yang mempengaruhi cara berfikir dan bertindak GPI
bagi menghadapi semua situasi yang dihadapi dan dapat bertahan dalam fasa
panjang dalam kehidupan sebagai manusia. Elemen kemahiran mempengaruhi
sebahagian besar pekerjaan, namun begitu elemen kemahiran perlu disebatikan
dengan beberapa lagi elemen lain seperti pengetahuan dan keperibadian. Adalah
diharapkan hasil dapatan temu bual dengan pakar dalam kajian ini secara tidak
langsung membantu GPI melakukan penambahbaikan pengajaran dan
pembelajaran dalam aspek kemahiran untuk menjadi individu cekap dan mahir
dalam pengajaran KBAT ayat kefahaman al-Quran.
Rujukan
Abidin, S. Z., Bahrin, S. K., & Razak, N. F. A. (2013). Defining the cognitive levels in
bloom’s taxonomy through the quranic levels of Understanding-initial progress
of developing an Islamic concept education. International Journal of Asian
Social Science, 3(9), 2060-2065.
Ahmad, S. S., & Kasim, T. S. A. T. (2017). Problems and challenges of Islamic
Studies teachers in shaping students' personality and morality: A critical
analysis. In Proceedings of the International Conference on Islam,
Development and Social Harmony in Southeast Asia, Vol. 283, pp. 1-15.
Ajmain, M. T., Hehsan, A., & Mohamad, A. M. (2019). Learning and Facilitation
(PdPc) Islamic Education in Industrial Revolution 4.0. Journal of Research in
Psychology, 1(3), 13-17.
Al-Ghazali, (1939). Ihya’ Ulum al-Din juz’ 1. Mesir: Mutba‟ah Mustafa al-Babi al-
Halabi.
Ali, M. M., Lubis, M. A., & Noh, M. A. C. (2018). Keberkesanan Pengajaran
Kurikulum Akidah dalam Pendidikan Islam Berasaskan Kemahiran Berfikir
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 12
Analitikal di Sekolah Menengah. Asean Comparative Education Research
Journal on Islam and Civilization (Acer-J). 2(1), 15-34.
Akbari, R., & Yazdanmehr, E. (2014). A Critical Analysis of the Selection Criteria of
Expert Teachers in ELT. Theory & Practice in Language Studies, 4(8).
Anwar, C., Saregar, A., Hasanah, U., & Widayanti, W. (2018). The Effectiveness of
Islamic Religious Education in the Universities: The Effects on the Students'
Characters in the Era of Industry 4.0. Tadris: Jurnal Keguruan dan Ilmu
Tarbiyah, 3(1), 77-87.
Berliner, R. (2004). The Near Impossibility Of Testing For Teacher Quality.
Education Policy Studies Laboratory. EPSL-0505-110-EPRU.
Bidin, S. N. B. S., Hamzah, M. S., Abd Rahman, T., Kamaruddin, K., & Azman, N. A.
N. (2018). Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Al-Quran: Kajian Di Masjid
Unisza (Teaching and Learning Method of al-Quran: A Study in Unisza’s
Mosque). Jurnal Hadhari: An International Journal, 10(1), 93-108.
Cohen, L., Manion, L., & Morrison, K. (2018). Research Methods in Education.
London: Routledge.
Hornby D. & Thomas R. (1989) Toward a Better Standard of Management.
Personnel Management, 21 (1): 52-55
Jasmi, K. A., & Noh, M. A. C. (2013). Sejarah, Kaedah, Serta Model Pengajaran Dan
Pembelajaran Al-Quran. In Remedial and Enrichment Workshop for Teaching
and Learning Quran SRA JAWI, Oktober 2013; 1-17.
Klemp, G.O. (1980). The Assessment of Occupational Competence. Washington,
D.C.: Report of the National Institute of Education.
Marzuki, M. A. (2011). Pendidikan Al-Quran dan Dasar-dasar Pendidikan Karakter
dalam Islam. Seminar dalam rangka Silaturrahim Wilayah Pendidikan Al-Quran
Metode Qiroati; 1–14.
Merriam, S. B. (2009). Qualitative Research: A Guide to Design and Implementation
(3rd ed). San Francisco, CA: Jossey-Bass.
Norfariza, M. R., & Nur Fadhillah, M. (2018). Tahap Kompetensi Guru Dalam
Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi di Sekolah Kebangsaan Daerah
Sepang, Selangor. JuKu Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 6(4), 12–
28.
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 13
Othman, M. S. (2019). Kepentingan Pelaksanaan Pedagogi Pendidikan Islam
Melalui Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (Kbat) Dapat Memenuhi Aspirasi
Falsafah Pendidikan Islam. Jurnal Ulwan, 3(1), 58-69.
Spencer, L. M., and Spencer, S. M. (1993). Competence at Work Models for
Superior Performance. John Wiley and Sons Inc.United States of America.
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 14
CARTA SUKU KATA DAN SAM’S SMART CoRe KIT MEMBANTU
MENINGKATKAN PENGUASAAN MEMBACA MURID PRASEKOLAH
Samih Kukung ([email protected])
Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau
Abstrak
Kemahiran membaca adalah kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid prasekolah.
Selepas saringan membaca dibuat kepada 25 orang murid di dalam kelas, didapati
bahawa terdapat 10 orang murid yang mengalami masalah dalam penguasaan
membaca KV dengan baik. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti
keberkesanan penggunaan intervensi ABM Carta Suku Kata KV dan Sam’s Smart
CoRe Kit dalam meningkatkan kemahiran murid membaca suku kata KV. Metodologi
yang digunakan dalan kajian ini adalah kajian tindakan yang melibatkan
pemerhatian, refleksi, perancangan dan tindakan. Hasil refleksi menunjukkan
bahawa murid tidak menguasai kemahiran membaca KV. Sebelum intervensi
dilaksanakan hanya 15% sahaja yang menguasai bacaan suku kata KV. Selepas
intervensi dilaksanakan, didapati 100% murid menguasai kemahiran membaca suku
kata KV. Penggunaan bahan intervensi juga menunjukkan peningkatan pemahaman
bagi murid membaca suku kata KV. Pada masa akan datang cadangan kajian
secara kuasi experimen boleh dilaksanakan bagi memastikan keberkesanan bahan
terhadap penguasaan membaca dalam kalangan murid prasekolah.
Kata Kunci: membaca, refleksi, suku kata, inovasi
Abstract
Reading skills are skills that preschoolers need to master. After the reading
screening was done to 25 students in the class, it was found that there are 10
students who have problems in mastering KV reading well. The purpose of this study
is to identify the effectiveness of using the ABM KV Syllable Chart and Sam's Smart
CoRe Kit intervention in improving students' reading KV syllable skills. The
methodology used in this study is an action study that involves observation,
reflection, planning and action. The result of the reflection shows that the students do
not master the reading skills of KV. Before the intervention was implemented only
15% had mastered the reading of KV syllables. After the intervention was
implemented, it was found that 100% of students mastered the skill of reading KV
syllables. The use of intervention materials also shows an increase in understanding
for students reading KV syllables. In the future, a quasi-experimental research
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 15
proposal can be implemented to ensure the effectiveness of the materials on reading
mastery among preschool students.
Keywords: reading, reflection, syllables, innovation
PENDAHULUAN
SK. Sungai Bedaun merupakan sebuah sekolah bandar yang terletak di Wilayah
Persekutuan Labuan. Tahap pencapaian Bahasa Melayu di sekolah ini adalah pada
tahap sederhana. Bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa yang wajib
dipelajari oleh semua murid di Malaysia. Keupayaan membaca dan menulis yang
merupakan sebahagian daripada kemahiran berbahasa merupakan asas dalam
proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam pelbagai disiplin ilmu di
sekolah (Abdul Rasid, 2011). Oleh yang demikian, guru perlu lebih kreatif dalam
membangunkan intervensi yang bersesuaian dengan potensi murid dalam
mempelajari kemahiran membaca dalam usaha meningkatkan tahap
profesionalisme secara berterusan.
Bagi tujuan meningkatkan pencapaian murid dalam pembelajaran Bahasa
Melayu, pelaksanaan kajian tindakan adalah penting untuk memperbaiki amalan
dalam pengajaran dan pembelajaran guru dalam bilik darjah. Seseorang guru
prasekolah yang mengajar kemahiran membaca akan menjadi lebih efektif sekiranya
mereka mengkaji amalan dalam tugasan hakiki mereka bagi membolehkan mereka
mentafsir dan mereka bentuk pembelajaran Bahasa Melayu yang memenuhi
kehendak yang terkandung silibus (Ilukena, 2020).
PENYATAAN MASALAH
Pembelajaran secara PdPR semasa pandemik COVID-19 memberikan implikasi
yang besar dalam pembelajaran Bahasa Melayu di kelas saya. Saya dapati murid
menghadapi masalah dan kurang mahir untuk membaca suku kata KV bermula pada
bulan Mac. Mereka menunjukkan sikap kurang bermotivasi semasa belajar
membaca di mana mereka tidak melibatkan diri secara aktif semasa proses PdPc
dan PdPR berlangsung. Ada juga dalam kalangan murid yang tidak fokus serta tidak
memberi tumpuan selain kekangan bimbingan daripada ibu bapa dan telefon
digunakan oleh ibu bapa yang bekerja menyebabkan murid tidak dapat belajar
dengan berkesan.
Berdasarkan pemerhatian awal pada awal bulan Februari melalui bahan
bacaan secara rakaman, saya dapati murid tidak dapat melibatkan diri sepenuhnya
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 16
dalam pengajaran dan pembelajaran melalui bahan bacaan yang saya berikan
melalui aplikasi WhatsApp. Ini kerana ibu bapa kadang kala sibuk bekerja dan
menyebabkan kurangnya bimbingan terhadap anak mereka di rumah dan anak akan
cepat merasa bosan. Sebahagian ibu bapa bekerja pada waktu siang menyebabkan
ibu bapa akan merasa penat apabila balik rumah dan tidak mampu lagi membimbing
anak mereka pada waktu malam.
Sekiranya masalah ini tidak diatasi, saya akan menghadapi kesukaran untuk
mengajar suku kata yang lain iaitu KVKV lain yang lebih kompleks dan murid juga
akan menghadapi kesukaran untuk mengikuti pembelajaran bagi suku kata yang lain
yang memerlukan kemahiran membaca yang lebih baik.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini adalah:
1. Membangunkan pendekatan pengajaran yang menarik minat murid
mempelajari Bahasa Melayu.
2. Meningkatkan kemahiran murid membaca suku kata KV.
PERSOALAN KAJIAN
1. Adakah pendekatan pengajaran menarik minat murid mempelajari Bahasa
Melayu?
2. Adakah terdapat peningkatan penguasaan membaca suku kata KV selepas
menggunakan intervensi?
KEPENTINGAN KAJIAN
Berdasarkan kepada isu yang dihadapi saya melaksanakan kajian tindakan
berdasarkan Model Kemmis dan McTaggart (1988) yang telah diadaptasi (Rajah 2)
yang melibatkan proses memerhati, refleksi, merancang dan tindakan. Kajian ini
bertujuan untuk meningkatkan penguasaan murid dalam pembelajaran Bahasa
Melayu iaitu berfokus kepada kemahiran membaca suku kata KV yang merangkumi
dari kumpulan suku kata A, E, I, O dan U.
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 17
Rajah 1: Model Kajian Tindakan (adaptasi Kemmis & McTaggart 1988)
METODOLOGI
Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tindakan yang mengikuti langkah-
langkah yang sistematik iaitu: pemerhatian (isu), refleksi, perancangan, tindakan,
pemerhatian semula dan refleksi semula. Kajian ini melibatkan urutan langkah
berikut:
a) Mengenal pasti isu
Saya mengenal pasti isu yang di hadapi oleh murid dalam menjalankan
pembelajaran di rumah dalam aktiviti membaca suku kata KV. Isu dikenal
pasti melalui pemberian bahan bacaan melalui WhatsApp namun murid tidak
membacanya kerana telefon digunakan oleh ibu bapa yang bekerja dan
kurangnya bimbingan daripada ibu bapa itu sendiri.
b) Membuat pemerhatian (I)
Pemerhatian dijalanakn berdasarkan kepada bahan rakaman yang diberikan
kepada ibu bapa melalui group WhatsApp namun apa yang saya perhatikan
bahan tersebut tidak dibaca kerana apabila saya meminta ibu bapa merakam
semula murid membaca, ibu bapa memaklumkan bahan itu sudah dihapuskan
. Malah ada yang memberitahu bahawa telefon dibawa oleh ibu bapa yang
bekerja menyebabkan anak tidak dapat membaca bahan bacaan tersebut.
c) Refleksi berdasarkan ikuiri kendiri (I)
Refleksi berdasarkan inkuiri kendiri juga dijalankan dengan pemerhatian
bagaimana proses pembacaan murid dan dapat mengenal pasti masalah
yang berlaku melalui kemahiran membaca.
d) Membuat perancangan
i. Intervensi: Menggunakan Carta ABM Suku Kata KV dan inovasi Sam’s
Smart CoRe Kit
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 18
ii. Indikator /petunjuk kejayaan intervensi:
Penilaian prestasi melalui bacaan suku kata KV dengan panggilan
video menggunakan WhatsApp untuk mendengar sendiri murid
membaca dan melihat penguasaan murid setelah bahan alat bantu
mengajar dan intervensi melalui inovasi Sam’s Smart CoRe Kit
diberikan dengan melalui 3 kitaran. Indikator petunjuk kejayaan
intervensi juga dinilai melalui kurangnya kesilapan bacaan suku kata
KV yang dibaca oleh murid berdasarkan kepada suku kata KV dari
kumpulan suku kata A, E, I, O dan U. Petunjuk keyaan intervensi
melalui penguasaan pembacaan murid bertambah baik sehinggalah
kesemua murid menguasai bacaan suku kata KV.
e) Melaksanakan tindakan
Dilaksanakan di rumah semasa pandemik covid 19 iaitu PdPR. Ibu bapa akan
membimbing murid membaca melalui carta suku kata KV yang diberikan dan
juga penggunaan inovasi Sam’s Smart CoRe Kit
f) Membuat pemerhatian semula (II)
Menjalankan pemerhatian dengan Panggilan video murid secara berperingkat
melalui bacaan alat bantu mengajar Carta Suku Kata KV dan inovasi Sam’s
Smart CoRe Kit
g) Membuat refleksi semula (II) baki bilangan murid yang masih belum
menguasai akan diteruskan di kitaran 2 yang berikutnya dengan
penambahbaikan penggunakan bahan inovasi Sam’s Smart CoRe Kit.
Kumpulan sasaran dalam kajian ini adalah terdiri daripada 10 orang murid kelas
Prasekolah Mutiara di Sekolah Kebangsaan Sungai Bedaun, Wilayah Persekutuan
Labuan.
DAPATAN KAJIAN
Berdasarkan isu yang diperhatikan, inkuiri kendiri dibina dan catatan dapatan
refleksi seperti yang dinyatakan di Jadual 1.
Jadual 1: Refleksi Berdasarkan Pemerhatian Isu dan Inkuiri Kendiri
Pemerhatian Inkuiri Kendiri Refleksi
Murid dalam kalangan berumur
1. Murid belum menguasai
bacaan satu suku kata Latar belakang murid 5 dan 6 tahun
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 19
KV. Contoh – Ba, Be,
Bi, Bo, Bu
Murid sudah didedahkan
Tahap penguasaan murid
sebelum mempelajari bacaan dengan video membaca suku
suku kata KV kata
Murid kurang bahan untuk
membantu mereka menguasai.
Mengapa Murid belum Selain itu, ibu bapa mempunyai
menguasai kekangan masa untuk
membimbing anak mereka di
rumah
2. Setelah diberikan Carta Sebelum menggunakan Carta
Suku Kata tetapi masih KV..Saya menggunakan Carta
ada sebahagian murid yang sama menggunakan video
yang masih lemah dan yang diberikan kepada murid
tidak menguasai. Ini Mengapa kaedah yang tetapi tidak kekangan masa
digunakan sebelum ini tidak
kerana murid tidak berjaya? bimbingan dari ibu bapa. HP
kerap menggunakan juga dibawa oleh ibu bapa yang
carta tersebut kerana bekerja menyebabkan murid
kurangnya bimbingan kurang mengulangkaji atau
daripada ibu bapa belajar membaca.
3. Murid sangat
memerlukan bimbingan Murid kurang mendapat
ibu bapa kerana mereka bimbingan daripada ibu bapa
perlu mengenal bunyi Mengapa ibu bapa kurang kerana HP dibawa kerja dan ibu
suku kata tersebut. membimbing? bapa juuga sibuk. Murid kurang
Murid masih belum mengulangkaji.
dapat menyebut dengan
betul satu suku kata KV.
Murid bosan membaca bacaan
video yang saya berikan
sebelumnya. Tambahan HP
4. Murid tidak berdikari
sendiri setelah diajar dibawa oleh ibu bapa pergi
kerana cepat merasa Mengapa murid bosan? kerja. Anak juga merasa bosan
kerana tiada bimbingan
bosan. semangat dari ibu bapa
(sebahagian). Penat balik dari
kerja dan tidak lagi dapat
membimbing kerana keletihan.
5. Murid lebih banyak Murid lebih suka bermain
bermain dirumah kerana fitrah murid suka
banding belajar. Mengapa murid suka bermain bermain. Video yang diberikan
Perlukan desakan banding membaca video hanya dibaca sekali dua sahaja
daripada ibu bapa bacaan? dan mulai bosan. Kadangkala
barulah anak akan desakan dari ibu bapa perlu.
belajar.
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 20
Kaedah yang saya gunakan
Kenapa saya tidak berjaya menggunakan carta secara
menarik minat? whataps kurang menarik. Murid
6. Murid menunjukkan
kurang berminat cepat bosan.
membaca secara audio Saya menghasilkan bahan
melalui whataps Carta Suku Kata Berwarna
perbanyakkan kepada 10
Apa yang saya perlu buat untuk
menarik minat? keping dan laminate. Kemudian
hasilkan 10 Bahan Inovasi
Sam’s Smart CoRe Kit untuk
digunakan oleh murid di rumah
Penilaian Pencapaian Murid
Pencapaian murid-murid dinilai berdasarkan kepada penguasaan bacaan melalui
bahan yang telah diberikan. Daripada 10 orang murid yang disaring, 5 orang masih
menunjukkan penguasaan yang kurang memuaskan. Berikut adalah dapatan
berdasarkan objektif kajian.
Jadual 2: Keputusan markah suku kata ( a ) Kitaran 1
Murid Latihan 1 Latihan 2 Status
M1 5/18 18/18 Peningkatan +13
M2 4/18 8/18 Peningkatan +4
M3 10/18 18/18 Peningkatan +8
M4 12/18 18/18 Peningkatan +6
M5 3/18 6/18 Peningkatan +3
M6 3/18 6/18 Peningkatan +3
M7 9/18 18/18 Peningkatan +9
M8 7/18 9/18 Peningkatan +2
M9 7/18 10/18 Peningkatan +3
M10 9/18 16/18 Peningkatan +7
Jadual 3: Keputusan markah suku kata (e) Kitaran 1
Murid Latihan 1 Latihan 2 Status
M1 4/18 18/18 Peningkatan +14
M2 8/18 8/18 Kekal
M3 10/18 18/18 Peningkatan +8
M4 9/18 18/18 Peningkatan +9
M5 6/18 11/18 Peningkatan +5
M6 6/18 10/18 Peningkatan +4
M7 9/18 18/18 Peningkatan +9
M8 4/18 8/18 Peningkatan +4
M9 8/18 13/18 Peningkatan +5
M10 6/18 16/18 Peningkatan +10
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 21
Jadual 4: Keputusan markah suku kata (i) Kitaran 1
Murid Latihan 1 Latihan 2 Status
M1 4/18 18/18 Peningkatan +14
M2 3/18 5/18 Peningkatan +2
M3 10/18 18/18 Peningkatan +8
M4 9/18 18/18 Peningkatan +9
M5 3/18 6/18 Peningkatan +3
M6 3/18 6/18 Peningkatan +3
M7 9/18 18/18 Peningkatan +9
M8 5/18 9/18 Peningkatan +4
M9 4/18 6/18 Peningkatan +2
M10 6/18 16/18 Peningkatan +10
Jadual 5: Keputusan markah suku kata (o) Kitaran 1
Murid Latihan 1 Latihan 2 Status
M1 7/18 18/18 Peningkatan +11
M2 6/18 8/18 Peningkatan +2
M3 10/18 16/18 Peningkatan +6
M4 8/18 18/18 Peningkatan +10
M5 8/18 12/18 Peningkatan +4
M6 6/18 6/18 Kekal
M7 9/18 17/18 Peningkatan +13
M8 12/18 14/18 Peningkatan +2
M9 8/18 13/18 Peningkatan +5
M10 9/18 16/18 Peningkatan +7
Jadual 6: Keputusan markah suku kata (u) Kitaran 1
Murid Latihan 1 Latihan 2 Status
M1 4/18 18/18 Peningkatan +14
M2 8/18 8/18 Kekal
M3 10/18 18/18 Peningkatan +8
M4 9/18 18/18 Peningkatan +9
M5 6/18 11/18 Peningkatan +5
M6 6/18 10/18 Peningkatan +4
M7 9/18 18/18 Peningkatan +13
M8 4/18 8/18 Peningkatan +4
M9 8/18 13/18 Peningkatan +5
M10 6/18 16/18 Peningkatan +10
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 22
Jadual 7: Markah Pencapaian 5 Murid yang dipilih untuk Kitaran 2
Murid Suku Kata Suku Kata Suku Kata Suku Kata Suku Kata
a e i o u
Latihan L1 L2 L1 L2 L1 L2 L1 L2 L1 L2
M2 4/18 8/18 3/18 5/18 6/18 8/18 8/18 8/18 3/18 6/18
M5 3/18 6/18 3/18 6/18 8/18 12/18 6/18 11/8 4/18 4/18
M6 3/18 6/18 3/18 6/18 6/18 6/18 6/18 10/18 3/18 7/18
M8 7/18 9/18 5/18 9/18 12/18 14/18 4/18 8/18 6/18 10/18
M9 7/18 10/18 4/18 6/18 8/18 13/18 8/18 13/18 8/18 6/18
Jadual 8: Keputusan markah suku kata (a) Kitaran 2
Murid Latihan 1 Latihan 2 Status
M2 5/18 14/18 Peningkatan +9
M5 4/18 16/18 Peningkatan +12
M6 4/18 16/18 Peningkatan +12
M8 7/18 15/18 Peningkatan +8
M9 7/18 17/18 Peningkatan +10
Jadual 9: Keputusan markah suku kata (e) Kitaran 2
Murid Latihan 1 Latihan 2 Status
M2 5/18 13/18 Peningkatan +8
M5 4/18 15/18 Peningkatan +11
M6 4/18 14/18 Peningkatan +10
M8 6/18 15/18 Peningkatan +9
M9 7/18 16/18 Peningkatan +10
Jadual 10: Keputusan markah suku kata (i) Kitaran 2
Murid Latihan 1 Latihan 2 Status
M2 5/18 12/18 Peningkatan +7
M5 5/18 15/18 Peningkatan +10
M6 4/18 16/18 Peningkatan +12
M8 5/18 13/18 Peningkatan +8
M9 7/18 17/18 Peningkatan +10
Jadual 11: Keputusan markah suku kata (o) Kitaran 2
Murid Latihan 1 Latihan 2 Status
M2 5/18 14/18 Peningkatan +9
M5 7/18 18/18 Peningkatan +11
M6 5/18 16/18 Peningkatan +11
M8 7/18 14/18 Peningkatan +7
M9 7/18 17/18 Peningkatan +10
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 23
Jadual 12: Keputusan markah suku kata (u) Kitaran 2
Murid Latihan 1 Latihan 2 Status
M2 5/18 14/18 Peningkatan +9
M5 4/18 18/18 Peningkatan +14
M6 5/18 18/18 Peningkatan +12
M8 7/18 15/18 Peningkatan +8
M9 7/18 17/18 Peningkatan +10
Jadual 13: Markah Pencapaian 2 Murid yang dipilih untuk Kitaran 3
Murid Suku Kata Suku Kata Suku Kata Suku Kata Suku Kata
a e i o u
Latihan L1 L2 L1 L2 L1 L2 L1 L2 L1 L2
M2 5/18 14/18 5/18 13/18 5/18 12/18 5/18 14/18 5/18 14/18
M8 7/18 15/18 6/18 15/18 5/18 13/18 7/18 14/18 7/18 15/18
Jadual 14:Keputusan Markah 2 Orang Murid
Suku Kata Murid Latihan 1 Latihan 2 Status
M2 5/18 18/18 Peningkatan +13
a
M8 7/18 18/18 Peningkatan +13
Suku Kata Murid Latihan 1 Latihan 2 Status
M2 4/18 15/18 Peningkatan +11
e
M8 5/18 16/18 Peningkatan +11
Suku Kata Murid Latihan 1 Latihan 2 Status
M2 6/18 18/18 Peningkatan +12
i
M8 7/18 18/18 Peningkatan +11
Suku Kata Murid Latihan 1 Latihan 2 Status
M2 6/18 18/18 Peningkatan +12
o
M8 7/18 18/18 Peningkatan +11
Suku Kata Murid Latihan 1 Latihan 2 Status
M2 5/18 18/18 Peningkatan +13
u
M8 7/18 18/18 Peningkatan +13
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 24
PERBINCANGAN
Berikut adalah rumusan dan perbincangan mengenai dapatan kajian berdasarkan
kepada objektif kajian.
Objektif 1: Membangunkan pendekatan pengajaran yang menarik minat murid
mempelajari Bahasa Melayu.
Didapati bahawa penggunaan Carta Suku Kata KV dan juga inovasi Sam’s Smart
CoRe Kit membolehkan murid menguasai kemahiran membaca suku kata KV.
Perkara ini adalah selari dengan kajian Skarky (2020) yang menyatakan bahawa
pembelajaran Bahasa Melayu yang berkesan boleh berlaku dengan menggunakan
bahan yang nyata.
Carta suku kata KV dan inovasi Sam’s Smart CoRe Kit yang saya hasilkan ini
adalah untuk membantu menarik minat murid terhadap Bahasa Melayu dan
meningkatkan kemahiran asas Bahasa Melayu di samping menghilangkan rasa
bosan terhadap teknik latihan ulangan yang diperlukan untuk murid-murid
menguasai kemahiran membaca di rumah. Bahan tersebut adalah lebih
menyeronokkan (Ririn et.al. 2018) dan akan meningkatkan kefahaman dalam bidang
yang dipelajari.
Aktiviti melalui intervensi ini juga dapat meningkatkan motivasi dan keyakinan
diri murid apabila mereka sendiri yang membina dan menyelesaikan masalah
Bahasa Melayu secara individu atau berkumpulan yang lebih menyeronokkan dan
mencabar. Dapatan ini adalah selari dengan kajian Adamson & Lewis (2017) yang
menyatakan bahawa penggunaan alat bantu mengajar akan menyebabkan murid
terlibat secara aktif semasa pembelajaran berlangsung.
Pengkaji juga mengamalkan pelaksanaan langkah-langkah intervensi konsep
pengajaran dari mudah ke sukar. Murid-murid didedahkan dengan kemahiran
membaca secara audio rakaman terlebih dahulu, murid lebih faham dan secara tidak
langsung dapat mengukuhkan kefahaman dan ingatan bagi kemahiran membaca
sukukata dan ditambah dengan permainan bahan inovasi Sam’s Smart Core Kit.
Murid-murid Prasekolah Mutiara ini memerlukan sesuatu bahan bantu
mengajar yang dapat menarik minat mereka untuk terus menguasai kemahiran
tersebut dengan baik. Penggunaan bahan bantu mengajar yang menarik bukan
sahaja dapat menarik minat mereka malah dapat meningkatkan penguasaan dalam
kemahiran membaca suku kata KV dengan baik. Sepanjang tempoh pelaksanaan
kajian tindakan, murid telah menunjukkan minat dalam menggunakan bahan yang
diperkenalkan kepada mereka sesuai dengan kajian yang dijalankan oleh Jean
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 25
Piaget murid belajar melalui bermain akan lebih memberikan impak kepada murid
terutama sekali murid prasekolah.
Murid kelihatan teruja untuk belajar sambil bermain menggunakan carta suku
kata KV dan inovasi Sam’s Smart Core Kit. Murid-murid lebih berminat terhadap
pembelajaran Bahasa Melayu. Mereka lebih bersemangat dan berminat untuk
belajar membaca. Penerapan peneguhan positif seperti pujian dan kata-kata
galakan membantu saya meyakinkan murid untuk menyempurnakan aktiviti
pembacaan. Melalui cara ini, murid lebih fokus dan cuba menyempurnakan aktiviti
sebaik mungkin. Pengalaman menghasilkan sendiri carta suku kata KV dan inovasi
Sam’s Smart CoRe Kit merupakan perkara paling berharga bagi saya. Saya menjadi
lebih yakin dengan pendekatan belajar sambil bermain dengan menggunakan bahan
intervensi ini. Melalui pendekatan ini, murid-murid menunjukkan perubahan positif
terutamanya semasa sesi PdPR di rumah semasa pademik melanda.
Objektif 2: Meningkatkan kemahiran murid membaca suku kata KV.
Dalam pelaksanaan kajian tindakan, saya telah menjalankan sekurang-kurangnya
dua aktiviti menggunakan inovasi Sam’s Smart CoRe Kit mengikut tahap kebolehan
murid. Aktiviti ini telah membantu murid saya membina kefahaman murid kepada
aras yang lebih tinggi iaitu KVKV. Dapatan ini adalah seiring dengan hasrat dalam
kurikulum KSPK yang berfokuskan kepada penguasaan pengetahuan dan
pemahaman bagi membolehkan murid memahami proses Bahasa Melayu yang
dipelajari dalam kurikulum standard prasekolah kebangsaan (KSPK, 2016).
Berdasarkan kepada kajian tindakan yang telah dilaksanakan, pengkaji
mendapati sikap murid-murid terhadap bacaan pada peringkat awal telah berubah
berbanding sebelumnya. Prestasi yang memberangsangkan yang ditunjukkan oleh
kumpulan sasaran adalah di luar jangkaan saya. Murid-murid berupaya menguasai
kemahiran membaca suku kata KV menggunakan carta suku kata KV dan inovasi
Sam’s Smart CoRe Kit dengan baik.
Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan menggunakan prinsip pengajaran Bahasa
Melayu belajar melalui bermain dan dari mudah ke sukar. Penilaian dibuat selepas
pelaksanaan carta suku kata KV dan inovasi Sam’s Smart CoRe Kit untuk
menguasai bacaan suku kata KV dengan baik.
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 26
KESIMPULAN
Berdasarkan kepada kajian tindakan ini, pembelajaran Bahasa Melayu terutama
membaca akan lebih bermakna sekiranya kita sebagai guru berjaya menarik minat
dan keyakinan mereka mempelajari Bahasa Melayu dalam suasana pembelajaran
yang menyeronokkan. Guru perlu lebih kreatif menjayakan PdP mengikut keperluan
murid dan sentaisa mencari jalan penyelesaian untuk membuatkan mereka meminati
membaca bagi memenuhi aspirasi murid dalam PPPM 2013-2025 iaitu kemahiran
berfikir dan berpengetahuan. Saya akan terus mendapatkan kaedah yang
bersesuaian dengan topik yang diajar dan meningkatkan tahap profesionalisme saya
dengan mencari bahan yang boleh menimbukan suasana pembelajaran yang
menyeronokkan dalam bilik darjah kelak selain PdPR.
Rujukan
Abdul Rasid, J. (2011). Permasalahan kemahiran membaca dan menulis Bahasa
Melayu murid- murid sekolah rendah di luar bandar. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu, 1(1): 1-12.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2016). Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Reyhan, T. S. (2018). An Investigation of Prospective Mathematics Teachers’
Knowledge of Basic Algorithms with Whole Numbers: A Case of Turkey.
European Journal of Educational Research Volume 7, Issue 3, 513 - 528.
Ririn Ambarini, Arso Setyaji & Sri Suneki (2018). Teaching Mathematics Bilingually
for Kindergarten Students with Teaching Aids Based on Local Wisdom. English
Language Teaching; Vol. 11, No. 3.
Sugiman et. al. (2020). The Creation of Teaching Aids for Disabled Students as
Mathematical Thinking-Imaginative Product. International Journal of Instruction.
Tamam, T., Zamri, M., Nik Mohd Rahimi, N. Y. & Jamaludin, B. (2010). Masalah
membaca murid-murid sekolah rendah di Brunei Darussalam: Satu kajian kes.
Jurnal Pendidikan Malaysia, 35 (2): 77-85.
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 27
HUBUNGAN ANTARA AMALAN PENGAJARAN DAN BAHAN BANTU
MENGAJAR GURU KELAS AL-QURAN DAN FARDU AIN (KAFA)
Bani Hidayat Mohd Shafie, PhD ([email protected])
1
Nor Hayati Fatmi Talib, PhD ([email protected])
2
1 IPG Kampus Pendidikan Islam
2
Politeknik Nilai
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap dan amalan pengajaran dan penggunaan
bahan bantu mengajar hubungan antara keduanya dalam kalangan Guru Kelas
Agama dan Fardu Ain (KAFA) JAKIM di sekolah-sekolah. Kajian ini memfokuskan
tiga aspek iaitu tahap amalan pengajaran, bahan bantu mengajar (BBM) dan
profesionalisme guru KAFA. Kajian menggunakan soal selidik sebagai instrumen
kajian. Kajian ini telah melibatkan 409 orang guru KAFA dari sekolah KAFA dari 4
zon di Semenanjung Malaysia iaitu Zon utara, Zon tengah, Zon Selatan dan Zon
Timur. Statistik deskriptif digunakan iaitu kekerapan, peratusan, min sisihan piawai
dan dan statistik inferensi t-test dan ANOVA digunakan untuk melaporkan dapatan
kajian. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa min bagi ketiga-tiga aspek adalah
sederhana iaitu Amalan pengajaran (min=3.09, sp=0.584), BBM (min=2.43,
sp=0.545), dan profesionalisme guru (min=3.54, sp=0.666). Dapatan analisis Anova
mendapati tidak wujud perbezaan yang signifikan pada aras (p<0.05) tahap
profesionalisme berdasarkan pengalaman. Terdapat hubungan yang kukuh
signifikan (r=0.735, p<0.01) antara bahan bantu mengajar dan amalan pengajaran
dalam kalangan guru KAFA Implikasi kajian ialah amalan pengajaran dan
pembelajaran dan profesionalisme guru KAFA perlu dimantapkan lagi melalui
kursus-kursus latihan yang berkala dan berfokus. Usaha-usaha ini mampu untuk
memperkasakan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam guru KAFA di
Malaysia
Kata Kunci: Guru KAFA, Bahan Bantu Mengajar, Amalan pengajaran,
Profesionalisme, JAKIM
Abstract
This study aims to evaluate the level and practice of teaching and the use of
teaching aids and the relationship between the two among Religious Class and
Fardu Ain (KAFA) JAKIM teachers in schools. This study focuses on three aspects,
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 28
namely the level of teaching practice, teaching aids and the professionalism of KAFA
teachers. The study uses a questionnaire as a research instrument. This study has
involved 409 KAFA teachers from KAFA schools from 4 zones in Peninsular
Malaysia, namely the North Zone, Central Zone, South Zone and East Zone.
Descriptive statistics were used namely frequency, percentage, mean standard
deviation and inferential statistics t-test and ANOVA were used to report the findings
of the study. The findings of this study show that the mean for all three aspects is
moderate, namely: Teaching practice (min=3.09, sp=0.584), BBM (min=2.43,
sp=0.545), and teacher professionalism (min=3.54, sp =0.666). The results of the
Anova analysis found that there was no significant difference (p<0.05) in the level of
professionalism based on experience. There is a significant strong relationship
(r=0.735, p<0.01) between teaching aids and teaching practices among KAFA
teachers. The implication of the study is that the teaching and learning practices and
professionalism of KAFA teachers need to be further strengthened through regular
and focused training courses. These efforts are able to empower the teaching and
learning of Islamic Education of KAFA teachers in Malaysia
Keywords: KAFA teachers, Teaching Aids, Teaching practices, Professionalism,
JAKIM
PENDAHULUAN
Pendidikan Islam merupakan antara mata pelajaran yang wajib dipelajari oleh setiap
pelajar muslim peringkat rendah dan menengah di Sekolah-sekolah di bawah
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA)
merupakan pendidikan agama peringkat rendah bagi menyokong pendidikan Islam
yang dilaksanakan di bawah sistem pendidikan kebangsaan sedia ada. Ia
dilaksanakan secara seragam di seluruh negara oleh Pihak Berkuasa Agama
Negeri-negeri yang diselaraskas oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
melalui Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam
(LEPAI) yang mula dilaksanakan pada tahun 1990 di seluruh negara. Penekanan
ditumpukan kepada pendidikan agama secara latihan amali dan kemahiran
membaca al-Quran dengan bertajwid disamping memberi kemahiran dalam menulis
dan membaca jawi. Ia ditujukan bagi kanak-kanak yang berumur di antara 7 hingga
12 tahun atau murid darjah 1 hingga 6 di sekolah kebangsaan.
Antara bidang-bidang yang diajar dalam Pendidikan KAFA seperti al-Quran,
Ibadah, Akidah, Sirah, Adab & Akhlak Islamiah, Jawi, Penghayatan Cara Hidup
Islam (PCHI), Amali Solat dan Lughatul Quran (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,
2011). Matlamat program KAFA di bawah JAKIM ini adalah bertujuan untuk
mendidik dan membentuk murid-murid ke arah memperkembangkan fitrah individu
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 29
selaras dengan al-Quran dan as-Sunnah. Manakala tujuan utama diadakan program
KAFA pula adalah untuk membantu memperkukuhkan lagi asas-asas pembelajaran
al-Quran dan pendidikan Islam diperingkat sekolah rendah selain untuk melahirkan
dan membentuk insan yang kuat iman dan amalannya kepada Allah s.w.t serta
menghayati akhlak dan cara hidup Islam. Ini sejajar dengan objektif dan silibus
Pendidikan Islam di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu untuk mengaitkan
antara teori dan praktikal terhadap murid yang bukan sahaja perlu menonjolkan diri
dalam bidang akademik tetapi juga dalam amalan dan penghayatannya di sekolah.
Pelaksanaan kurikulum Kelas KAFA agak berbeza dengan pelaksanaan
pendidikan di sekolah kebangsaan di arus perdana. Ia memperuntukkan masa
minimanya selama 360 minit seminggu berbanding dengan masa 240 minit
seminggu dalam mata pelajaran Pendidikan Islam sekolah rendah KSSR. Ia
dilaksanakan dipelbagai tempat seperti Sekolah Kebangsaan, Sekolah Agama,
masjid, surau, dewan orang ramai/balai raya, rumah persendirian dan bangunan
KAFA sendiri. Pada tahun 2014, terdapat 5771 premis yang beroperasi sebagai
kelas KAFA di Malaysia. Dari segi hari pengajaran dan pengajaran kelas KAFA
terdapat perbezaan antara negeri-negeri. Sebagai contoh, Negeri Kelantan
melaksanakan kelas KAFA untuk tahun dua hingga lima sahaja manakala Kedah
dan Pahang melaksanakan kelas KAFA untuk tahun satu hingga tahun lima sahaja.
Manakala negeri-negeri lain melaksanakan KAFA untuk tahun satu hingga tahun
enam. Mengikut perkara 54 (1) Garis Panduan Kelas al-Quran dan Fardu Ain KAFA,
waktu minima pengajaran dan pembelajaran KAFA ialah tiga puluh enam jam
dengan tiga hari persekolahan. Walaubagaimanapun dari segi pelaksanaan, hari
persekolahan KAFA berbeza mengikut negeri di mana terdapat negeri yang
melaksanakan KAFA selama tiga hari dan sebahagian lagi melaksanakan lima hari
seminggu (JAKIM, 2014).
PENYATAAN MASALAH
Falsafah Pengajian kelas KAFA adalah satu usaha untuk mendidik dan membentuk
pelajar-pelajar ke arah memperkembangan fitrah individu (insan) selaras dengan
kehendak al-Quran dan As Sunnah. Manakala Matlamat kelas KAFA pula adalah
untuk membantu memperkukuhkan lagi asas-asas pembelajaran al-Quran dan
pendidikan Islam yang diajar di Sekolah rendah kebangsaan. Ini sejajar dengan
matlamat Kurikulum Pendidikan Islam KPM di antara matlamatnya ialah untuk
mengaitkan antara teori dan praktis dimana pelajar bukan sahaja perlu
berketerampilan dalam bidang akademik tetapi juga dalam amalan dan
penghayatannya di sekolah. Begitu juga Matlamat kelas KAFA selaras dengan
matlamat Falsafah Pendidikan Islam dan Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang
mahu melahirkan insan yang kamil dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 30
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2005; Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 2011).
Ia juga bertepatan juga dengan tujuan akhir daripada Pendidikan Islam adalah
menjadikan seseorang muslim tunduk kepada Allah SWT baik secara peribadi,
komuniti dan juga seluruh umat manusia (Azyumardi Azra, 2014).
Pengajaran merupakan suatu proses yang meliputi perancangan,
pelaksanaan, penilaian dan maklum balas yang bertujuan menyampaikan ilmu
pengetahuan. Hal yang demikian kerana terdapat beberapa metodologi yang perlu
dipraktiskan oleh setiap guru (Mohamed, 2011). Isu-isu P&P pengajian kelas KAFA
masih di tahap minima dan masih belum menepati hasrat matlamat untuk
mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah-sekolah di
bawah KPM mahupun KAFA dibawah JAKIM di Malaysia. Namun apa yang berlaku
di sekolah dari pelbagai kajian yang berterusan sejak tahun 1994 sehingga 2022
menunjukkan bahawa tahap P&P dalam kalangan guru KAFA dan pelajar masih
boleh dipersoalkan terutamanya daripada aspek pelaksanaan amalan pengajaran,
bahan bantu mengajar (BBM), dan profesionalisme (Mohamad Fazli 2000;
Nidzamuddin, 2004; Nazlin, 2012; Hafizul Rasdi, 2013; Zainol Abidin, 2017; Abu
Bakar, 2019).
Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Kasa dan Md. Aroff (1995),
guru memiliki kepayahan untuk membentuk aktiviti mengajar dan dalam masa yang
sama ingin memastikan murid tersebut memberi tumpuan sepenuhnya, memilih
bahan bantu mengajar yang tersedia dan mengingati semua nama murid yang
pernah diajar (Sabilan et. al., 2014). Menurut Baharin Abu (2006) di dalam Ali
et. al. (2017), tahap kesediaan, minat, sikap, pengetahuan dan kemahiran guru
lama dan baharu masih rendah selain prestasi guru juga berada pada tahap
kurang memuaskan. Hakikatnya, guru memiliki pengaruh yang sangat signifikan
terhadap murid di sekolah (Al-Ghazali, 1939; Al-Syaibani, 1975; Ahmad Tafsir,
2000; Basri, 2008). Perkara ini juga disokong oleh Zakariya (2004) di dalam Hussin
et. al. (2013) yang menyatakan bahawa, terdapat beberapa orang murid turut
menyatakan bentuk metodologi pengajaran guru pendidikan Islam sebenarnya
membosankan serta mengatakan sebahagian guru Pendidikan Islam mengajar
tanpa persediaan yang tersusun.
Secara tuntasnya, pengkaji ingin meneliti amalan pengajaran berkesan
guru KAFA yang digunakan oleh guru-guru KAFA. Sebagai pendidik atau murabbi
yang mempunyai profesionalisme keguruan, guru-guru KAFA seharuslah
mempunyai persediaan yang sistematik bagi mengaplikasikan segala metodologi
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas mengikut strategi, teknik serta kaedah
yang sesuai. Justeru, kajian ini akan menilai tahap penggunaan bahan bantu
mengajar dan amalan pengajaran hubungan antara keduanya dalam kalangan Guru
Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) JAKIM di sekolah-sekolah.
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 31
OBJEKTIF KAJIAN
1. Apakah tahap guru KAFA dalam amalan pengajaran dalam pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Islam?
2. Apakah tahap guru KAFA dalam penggunaan bahan bantu mengajar dalam
pengajaran dan pembelajaran?
3. Apakah tahap profesionalisme guru KAFA dalam pengajaran dan
pembelajaran?
4. Adakah terdapat perbezaan tahap profesionalisme guru KAFA berdasarkan
pengalaman mengajar?
5. Adakah terdapat hubungan antara bahan bantu mengajar dengan amalan
pengajaran guru KAFA
PERSOALAN KAJIAN
1. Apakah tahap guru KAFA dalam amalan pengajaran dalam pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Islam?
2. Apakah tahap guru KAFA dalam penggunaan bahan bantu mengajar dalam
pengajaran dan pembelajaran?
3. Apakah tahap profesionalisme guru KAFA dalam pengajaran dan
pembelajaran?
4. Adakah terdapat perbezaan tahap profesionalisme guru KAFA berdasarkan
pengalaman mengajar?
5. Adakah terdapat hubungan antara bahan bantu mengajar dengan amalan
pengajaran guru KAFA
METODOLOGI
Kajian ini adalah satu kajian berbentuk tinjauan yang melibatkan pentadbiran soal
selidik kepada guru KAFA. Mohd. Majid (2000) berpendapat bahawa kelebihan
utama menggunakan soal selidik ini ialah mudah ditadbir, mudah memperoleh
kerjasama responden dan soalan-soalan yang dikemukakan serta cadangan-
cadangan jawapan yang diberi memudahkan subjek menjawab dengan tepat dan
cepat. (Wiersma 2000). Data yang diperoleh telah dianalisis dengan menggunakan
statistik deskriptif yang melibatkan analisis kekerapan, peratusan dan min. Nilai alfa
Cronbach yang diperoleh bagi pelbagai bahagian dalam soal selidik guru KAFA
adalah seperti yang tertera dalam Jadual 1:
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 32
Jadual 1: Tahap kebolehpercayaan instrumen kajian
Bahagian-bahagian Cronbach's
Alpha Bil. Item
1. Amalan Pengajaran 0.903 22
2. Bahan Bantu mengajar (BBM) 0.810 15
3. Profesionalisme guru 0.869 15
Analisis statistik deskriptif digunakan untuk melaporkan dapatan
menggunakan peratus, min dan sisihan piawai. Min yang diperoleh ditafsirkan
menggunakan cara interpretasi dapatan statistik deskriptif yang dicadangkan oleh
Nunally (1976) dan diguna pakai oleh Azhar (2006) seperti jadual 2 berikut:
Jadual 2 : Interpretasi skor min bagi melaporkan dapatan deskriptif statistic
Skor Min Interpretasi
1.00 – 2.00 Rendah
2.01 – 3.00 Sederhana Rendah
3.01 – 4.00 Sederhana Tinggi
4.01 – 5.00 Tinggi
Sumber: Nunally (1976)
Skala likert lima mata dengan kaedah skornya ialah Tidak Pernah (TP)
dengan skor 1 mata, sekali-sekala (SS) dengan skor 2 mata, Kerap (K) dengan skor
mata 3, Amat kerap (AK) dengan skor mata 4 dan selalu (S) skor 5 mata digunakan
dalam kajian ini. Data yang diperoleh telah dianalisis dengan menggunakan statistik
deskriptif yang melibatkan analisis kekerapan, peratusan dan min.
DAPATAN KAJIAN
Responden
Kajian ini melibatkan seramai 409 orang Guru KAFA yang mewakili 4 zon di
Malaysia Barat iaitu zon utara, tengah, selatan dan timur. Guru KAFA yang mewakili
zon utara adalah seramai 120 orang (29.3%), zon tengah seramai 97 orang (23.7%),
zon timur seramai 111 orang (27.2%) dan zon selatan seramai 81 orang (19.8%).
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 33
Jadual 3: Bilangan responden guru KAFA mengikut Zon di Semenanjung Malaysia
Zon N %
Utara 120 29.3
Tengah 97 23.7
Timur 111 27.2
Selatan 81 19.8
Jumlah 409 100
Jadual 4: Bilangan responden guru KAFA mengikut jantina
Jantina N %
Lelaki 142 34.7
Perempuan 267 65.3
Jumlah 409 100
Latar belakang responden kajian berdasarkan jantina, Jadual 4 menunjukkan
seramai 142 orang (34.7%) responden kajian daripada guru KAFA lelaki dan
seramai 267 orang (65.3%) daripada murid perempuan. Jadual ini menunjukkan
bahawa guru KAFA perempuan lebih ramai terlibat di dalam kajian ini berbanding
dengan guru KAFA lelaki.
Jadual 5: Bilangan responden guru mengikut pengalaman mengajar
Pengalaman Mengajar N %
1 hingga 3 tahun 94 23.0
4 hingga 6 tahun 116 28.4
7 tahun ke atas 199 48.6
Jumlah 409 100
Daripada segi pengalaman guru KAFA, Jadual 5 menunjukkan seramai 94
orang (23.0%) guru berpengalaman antara 1–3 tahun, 116 orang (28.4%)
berpengalaman antara 4–6 tahun manakala 199 orang 48.6%) berpengalaman 7
tahun ke atas. Jadual ini menunjukkan bahawa guru berpengalaman atas 7 tahun
paling ramai terlibat dalam kajian ini
Amalan Pengajaran
Dapatan kajian yang diperoleh telah digunakan untuk menjawab objektif kajian
pertama iaitu mengenalpasti amalan pengajaran guru KAFA dalam pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Islam.
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 34
Jadual 6: Taburan skor min dan sisihan piawai bagi kekerapan guru KAFA dalam
amalan P&P PI
Kekerapan (N=409)
Item
Bil. TP JS KK K SK Min SP Tahap
1 2 3 4 5
B14 Menjawab soalan-soalan 0 31 144 131 103 3.74 0.919 Sederhana
berkaitan dengan isi pelajaran Tinggi
yang akan diajar
B11 Membaca isi pelajaran yang 0 46 141 136 86 3.64 0.936 Sederhana
akan diajar Tinggi
B21 Memperbanyakkan contoh- 0 45 180 89 95 3.57 0.965 Sederhana
contoh dalam pengajaran Tinggi
B1 Merujuk buku teks Pendidikan 30 59 137 73 110 3.42 1.230 Sederhana
Islam Tinggi
B7 Merujuk kepada soalan 17 51 112 136 93 3.57 1.095 Sederhana
peperiksaan yang lepas Tinggi
B22 Menimbulkan soalan untuk 6 57 137 117 92 3.56 1.031 Sederhana
menggalakkan pelajar berfikir Tinggi
B10 Mengadakan langkah-langkah 0 59 166 117 67 3.46 0.931 Sederhana
supaya pelajar-pelajar dapat Tinggi
memahami pelajarannya
B13 Menulis isi pelajaran yang 16 49 171 83 90 3.44 1.079 Sederhana
mereka baca Tinggi
B2 Merujuk buku-buku ulangkaji 8 58 215 65 63 3.28 0.956 Sederhana
selain daripada buku teks Tinggi
B12 Menulis ringkasan isi pelajaran 7 88 137 104 73 3.36 1.060 Sederhana
yang mereka baca Tinggi
B19 Mempelbagaikan cara mengajar 14 54 192 99 50 3.28 0.959 Sederhana
sesuai dengan isi kandungan Tinggi
dan keadaan pelajar
B18 Mengaitkan pelajaran dengan 5 99 181 70 54 3.16 0.981 Sederhana
pengalaman pelajar Tinggi
B9 Berbincang dengan guru-guru 13 132 130 59 75 3.12 1.146 Sederhana
lain untuk memperbaiki kaedah Tinggi
penyampaian isi kandungan
pelajaran
B4 Menggunakan lembaran kerja 30 131 131 59 58 2.96 1.151 Sederhana
Rendah
B20 Mengubahsuai isi kandungan 34 123 134 70 48 2.93 1.128 Sederhana
buku teks supaya sesuai dengan Rendah
kebolehan pelaja Melibatkan
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 35
pelajar–pelajar dalam aktiviti
pelajaran
B5 Merujuk buku-buku kaedah 33 112 152 92 20 2.88 1.003 Sederhana
pengajaran Rendah
B8 Berbincang dengan guru-guru 29 113 167 66 34 2.90 1.023 Sederhana
Pendidikan Islam yang lain Rendah
untuk menyelaras isi kandungan
pelajaran
B3 Merujuk kitab-kitab 38 158 132 51 30 2.69 1.043 Sederhana
Rendah
B17 Mengadakan pengajaran secara 22 136 177 58 16 2.78 0.891 Sederhana
simulasi atau main peranan Rendah
B6 Merujuk surat khabar/majalah 79 177 107 30 16 2.33 0.996 Sederhana
Rendah
B15 Mengadakan pengajaran di luar 86 214 88 15 6 2.12 0.831 Sederhana
bilik darjah Rendah
B16 Mengadakan aktiviti projek di 124 210 60 15 0 1.91 0.831 Rendah
luar kelas
Sederhana
Min Keseluruhan 3.09 0.584 Tinggi
Dapatan daripada jadual 6 di atas menunjukkan skor min tertinggi bagi
amalan pengajaran Guru KAFA dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Islam ialah adalah skor min 3.74 bagi item B14 iaitu menjawab soalan-soalan
berkaitan dengan isi pelajaran yang akan diajar dan skor min terendah adalah 1.91
bagi item B16 iaitu mengadakan aktiviti projek di luar kelas. Secara keseluruhannya
bagi strategi Pengajaran Guru KAFA dalam pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Islam adalah skor min berada pada tahap sederhana tinggi iaitu min
3.09.
Bahan Bantu Mengajar (BBM)
Dapatan kajian yang diperoleh telah digunakan untuk menjawab objektif kajian
kedua iaitu tahap guru KAFA terhadap penggunaan bahan bantu mengajar (BBM)
dalam pengajaran dan pembelajaran
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 36
Jadual 7: Taburan skor min dan sisihan piawai bagi kekerapan guru KAFA dalam
penggunaan BBM.
Kekerapan (N=409)
Item
Bil. TP JS KK K SK Min SP Tahap
1 2 3 4 5
B36 Papan : hitam /hijau/putih 8 29 95 54 223 4.11 1.111 Tinggi
Sederhana
B34 Buku teks 5 32 155 58 159 3.84 1.072 Tinggi
Sederhana
B33 Lembaran kerja 19 93 131 65 101 3.38 1.198 Tinggi
Sederhana
B32 Manila kad 50 103 107 86 63 3.07 1.253 Tinggi
Sederhana
B35 Kitab-kitab 31 117 131 58 72 3.02 1.197 Tinggi
Sederhana
B27 Carta/Peta/Poster 65 151 95 65 33 2.70 1.157 Rendah
Sederhana
B37 Kertas mahjong 81 147 97 40 44 2.55 1.211 Rendah
Sederhana
B28 Model 119 205 45 32 8 2.09 0.967 Rendah
B31 VCD /CD 180 118 76 30 5 1.92 1.022 Rendah
B30 Radio-kaset 179 178 43 9 0 1.74 0.758 Rendah
B24 Video 190 153 49 12 5 1.72 0.851 Rendah
B25 Klip video 186 158 48 17 0 1.72 0.798 Rendah
B26 Youtube 216 113 51 24 5 1.70 0.95 Rendah
B29 Slaid 233 128 26 17 5 1.58 0.838 Rendah
B23 Power Point (komputer) 256 113 27 8 5 1.49 0.774 Rendah
Sederhana
Min Keseluruhan 2.43 0.545
Rendah
Dapatan daripada jadual 7 menunjukkan skor min tertinggi bagi penilaian guru
KAFA terhadap kekerapan bahan bantu mengajar (BBM) dalam pengajaran dan
pembelajaran ialah adalah skor min 4.11 bagi item B36 iaitu Papan: hitam
/hijau/putih dan skor min terendah adalah 1.49 bagi item B23 iaitu Power Point
(komputer). Secara keseluruhannya bagi penilaian guru KAFA terhadap kekerapan
bahan bantu mengajar (BBM) dalam pengajaran dan pembelajaran adalah skor min
berada pada tahap sederhana rendah iaitu min 2.43.
Profesionalisme Guru
Dapatan kajian yang diperoleh telah digunakan untuk menjawab objektif kajian
ketiga iaitu aspek profesionalisme guru KAFA dalam pengajaran dan pembelajaran
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 37
Jadual 8: Taburan skor min dan sisihan piawai bagi kekerapan guru KAFA dalam
aspek profesionalisme
Kekerapan (N=409)
Item
Bil. TP JS KK K SK Min SP Tahap
1 2 3 4 5
Seronok bekerja dalam profesion Tinggi
C14 perguruan 0 13 90 111 195 4.19 0.888
C5 Mengamalkan fardhu ‘ain 0 5 102 123 179 4.16 0.843 Tinggi
Mengamalkan akhlak mahmudah
C6 dalam kehidupan harian 0 21 102 108 178 4.08 0.94 Tinggi
Bersedia membantu murid yang Sederhana
C12 bermasalah 0 22 143 109 135 3.87 0.938 Tinggi
Berusaha meningkatkan Sederhana
C11 kemahiran profesionalisme saya 5 26 159 90 129 3.76 1.007 Tinggi
Menjadi model yang sesuai untuk Sederhana
C15 diteladani 0 24 159 116 110 3.76 0.915 Tinggi
Bersedia mendengar masalah Sederhana
C3 murid 0 37 149 120 103 3.70 0.945 Tinggi
Bersedia menerima tugas yang Sederhana
C1 diberikan 0 22 185 101 101 3.68 0.904 Tinggi
Sederhana
C4 Menjadi sumber rujukan murid 0 40 166 115 88 3.61 0.93 Tinggi
Dapat menyesuaikan diri dengan Sederhana
C8 perubahan yang berlaku 4 49 157 98 101 3.59 1.017 Tinggi
Berupaya menyelesaikan Sederhana
C13 masalah dengan bijaksana 0 53 161 108 87 3.55 0.966 Tinggi
Dapat melaksanakan tugas tanpa Sederhana
C10 perlu diarah 0 60 176 94 79 3.46 0.964 Rendah
Menyertai pelbagai aktiviti Sederhana
C2 kemasyarakatan 22 93 154 89 55 3.14 1.082 Tinggi
Mudah terpengaruh dengan Sederhana
keadaan atau pendapat orang Rendah
C7 lain 70 207 67 41 24 2.36 1.063
Takut mengeluarkan idea dalam Sederhana
C9 perbincangan 116 160 84 31 18 2.20 1.071 Rendah
Sederhana
Min Keseluruhan 3.54 0.666
Tinggi
Dapatan daripada jadual 8 di atas menunjukkan skor min tertinggi bagi
penilaian guru KAFA terhadap aspek profesionalisme guru KAFA dalam pengajaran
dan pembelajaran ialah adalah skor min 3.54 bagi item C14 iaitu seronok bekerja
dalam profesion perguruan dan skor min terendah adalah 2.20 bagi item C9 iaitu
takut mengeluarkan idea dalam perbincangan. Secara keseluruhannya bagi
penilaian guru KAFA terhadap aspek profesionalisme guru KAFA dalam pengajaran
dan pembelajaran adalah skor min berada pada tahap sederhana tinggi iaitu min
3.54
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 38
Perbezaan tahap profesionalisme guru KAFA berdasarkan pengalaman
mengajar
Dapatan kajian yang diperoleh telah digunakan untuk menjawab objektif kajian
keempat iaitu Hasil Analisis Varian Sehala bagi menguji perbezaan skor min
profesionalisme guru KAFA berdasarkan pengalaman. Dapatan kajian ini dipaparkan
dalam Jadual 9:
Jadual 9: ANOVA-sehala perbezaan profesionalisme guru KAFA berdasarkan
pengalaman
Zon JDK DK F Sig.P
Antara Kumpulan 1.717 2 1.917 .148
Dalam Kumpulan 280.350 407
Jumlah 282.067 409
* Signifikan pada aras p<0.05
Hasil Analisis Varian Sehala seperti dalam Jadual 9 menunjukkan tidak
terdapat perbezaan skor min yang signifikan (P=0.148, p>0.05) profesionalisme guru
KAFA berdasarkan pengalaman guru. Dengan ini HO1 adalah diterima.
Hubungan antara bahan bantu mengajar dengan amalan pengajaran guru
KAFA
Dapatan kajian yang diperoleh telah digunakan untuk menjawab objektif kajian
kelima iaitu hubungan antara bahan bantu mengajar dengan strategi pengajaran
guru KAFA. Hasil analisis korelasi Pearson untuk mengenal pasti bahan bantu
mengajar dengan amalan pengajaran guru KAFA dipaparkan dalam Jadual 10:
Jadual 10: Hubungan antara bahan bantu mengajar dengan strategi pengajaran
guru KAFA
2
Perkara r r Sig. P
**
Bahan bantu mengajar * 0.735 0.4006 0.000
amalan pengajaran
** Korelasi adalah signifikan pada aras p<0.01
N=409
Analisis korelasi Pearson seperti yang dipaparkan dalam Jadual 10
mendapati bahawa terdapat hubungan yang kukuh (r=0.735, p<0.01) antara bahan
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 39
bantu mengajar dengan amalan pengajaran guru KAFA. Oleh itu, kekuatan
hubungan di antara kedua pemboleh ubah yang dikaji adalah kukuh. Kecerunan
adalah positif. Dalam hal ini menunjukkan korelasi adalah berkadar terus. Dengan ini
HO2 adalah ditolak.
PERBINCANGAN
Dalam kajian ini menunjukkan bahawa tahap Guru KAFA dalam pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Islam pada tahap sederhana. Ini berdasarkan persepsi
409 orang guru KAFA dari 4 zon di Malaysia. Skor min bagi amalan pengajaran
pada sederhana tinggi iaitu aspek profesionalisme guru pada tahap sederhana tinggi
iaitu (min=3.54, Sp=0.666) dan aspek amalan pengajaran (min=3.09, Sp=0.584).
Manakala skor min bagi BBM pada tahap sederhana rendah iaitu (min=2.43,
sp=0.545).
Berdasarkan dapatan kajian ini, guru dan murid hendaklah dilibatkan secara
aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran guru juga hendaklah
dirancang di samping memberi pertimbangan kepada konsep mengajar dan
mendidik. Ini jelas dari tahap min yang sederhana berkaitan aspek strategi, BBM dan
kaedah pengajaran guru secara keseluruhan pada tahap yang sederhana apatah
lagi jika dilihat peranan prosionalisme guru sebagai pendidik, pengajar dan
pembimbing juga menunjukkan tahap min yang sama. (Al-Hashimi, 1994; Burden et.
al., 2000). Menurut Tamuri dan Ajuhary (2010) menjelaskan bahawa, kepentingan
pemilihan sesuatu teknik mestilah berasaskan sesuatu kaedah yang berlandaskan
sesuatu pendekatan. Menurutnya lagi, keberkesanan sesuatu teknik yang digunakan
bergantung kepada asas-asas kaedah dan pendekatan yang kukuh, mantap dan
boleh dipercayai.
Sehubungan dengan itu, Amalan pengajaran yang berkesan menurut Brophy
dan Good (1986) ialah amalan pengajaran yang membolehkan ramai pelajar
meningkat secara berterusan ke tahap pencapaiannya yang tinggi. Kesesuaian
pendekatan pengajaran berkait rapat dengan jenis pelajar dan jenis pengajaran guru
(Ahmad, 1997; Sulaiman, 1997). Justeru, untuk amalan pengajaran guru yang
berkesan, Guru KAFA hendaklah memilih pendekatan yang sesuai. Hal ini kerana
tidak ada satu pendekatan yang dianggap terbaik untuk satu-satu mata pelajaran
bagi semua pelajar dalam semua keadaan. Justeru, seorang guru KAFA perlu
menguasai kaedah mengajar ataupun mendidik sebelum menjadi guru. Aspek
pedagogi juga penting kerana ianya merupakan cabang ilmu pendidikan yang
memberi penekanan kepada pengajaran dan pembelajaran (Santrock, 2001). Ia
berkisar juga mengenai bagaimana teori-teori psikologi dapat diaplikasi dalam bilik
darjah (Borich & Tombari,1997). Ini bermakna, pengetahuan pedagogi dan psikologi
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 40
di kalangan guru KAFA juga akan membantu mereka mengawal pelajar dan
mengawal suasana bilik darjah agar pembelajaran dapat dijalankan dengan baik.
Tegasnya, guru KAFA adalah sebagai pendidik, pengajar dan pembimbing.
Berdasarkan peranan ini, Guru KAFA adalah guru pendidikan Islam amnya bukan
sahaja bertanggungjawab untuk menyampaikan kandungan ilmu semata-mata,
malah membentuk pelajar sebagai persediaan kepada kehidupan yang seimbang di
dunia dan akhirat. Berdasarkan perbincangan di atas juga jelas menujukkan bahawa
aspek strategi pengajaran, penggunaan BBM, kaedah pengajaran dan tahap
profesionalisme amat penting dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.
Oleh itu dicadang beberapa syor bagi memperkemaskan pengajaran dan
pembelajaran pendidikan Islam di Kelas KAFA antaranya Guru KAFA perlu
memahami teknik pengajaran khususnya dalam ilmu pedagogi pendidikan dan
psikologi pendidikan. Guru KAFA juga harus menguasai beberapa subjek seperti
Bahasa Arab, Jawi, Ilmu Tajwid dan Kefahaman Ayat menyebabkan pembelajaran
lebih berkesan berkesan. Peralatan BBM dibekalkan oleh pihak JAKIM mahupun
pihak sekolah untuk pembelajaran KAFA disampiang itu juga guru harus mempunyai
inisiatif menggunakan bahan-bahan sedia ada ataupun menyediakan sendiri BBM
untuk pengajaran KAFA. Guru KAFA juga perlu diberi lebih banyak latihan dan
kursus atau kursus dalam perkhidmatan yang berkaitan kurikulum dan ilmu-ilmu
berkaitan agama dan strategi pendekatan pendidikan abad ke 21.
Disamping itu juga guru-guru KAFA juga perlu diberi kemudahan teknologi
terkini seperti LCD dan komputer riba serta didedahkan dengan modul-modul latihan
berkaitan dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dapat memantapkan
kaedah dan aktiviti pembelajaran yang diminati pelajar.Sementara itu, Kemudahan
pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah perlu ditingkatkan di semua sekolah
dan juga guru KAFA perlu dibudayakan untuk melakukan penyelidikan terutamanya
kajian tindakan bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Islam.
KESIMPULAN
Daripada dapatan-dapatan yang diperolehi, pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah-sekolah KAFA adalah amat penting dan
perlu diteruskan dan diperkasakan dari semasa ke semasa. Peruntukan dari semua
pihak yang berwajib amat perlu bagi menyediakan pelbagai program untuk melatih
guru-guru KAFA menguasai ilmu keguruan. Di samping itu juga, peruntukan
daripada pihak kerajaan juga penting untuk menyediakan Bahan Bantu Mengajar
(BBM) dan menyediakan keperluan lain untuk pengurusan sekolah KAFA di
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 41
Malaysia. Hasil kajian juga dapatlah dirumuskan bahawa pengajaran dan
pembelajaran dan guru KAFA perlu bagi meningkatkan tahap profesionalisme dalam
melaksanakan tanggungjawab masing.
Sehubungan dengan itu jika guru KAFA ingin meningkat lagi keberkesanan
dalam pengajaran dan menyampaikan ilmu dan maklumat kepada pelajar. Guru
KAFA hendaklah memastikan amalan pengajaran pendidikan Islam di sekolah
benar-benar memberi kesan kepada pelajar. Bagi pelajar yang menjalani
pembelajaran di sekolah-sekolah di bawah JAKIM perlu mendapat sokongan dan
galakan dari guru KAFAdan warga sekolah supaya implikasi P&P pendidikan Islam
dapat ditingkatkan. Justeru, dapatan kajian ini sebagai langkah permulaan kearah
kajian yang lebih mendalam dan komprehensif ke arah memantapkan dan
meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam dan
profesionalisme guru KAFA di sekolah kelolaan JAKIM di Malaysia.
Rujukan
Abu Bakar, M. & Che Noh, M. A. (2019), Trait Personaliti Guru Kelas Al-Quran Dan
Fardhu Ain (Kafa) Dalam Pembentukan Akhlak Murid, e-Prosiding
Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan, Persidangan
Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan (PASAK 4).
Ahmad Mohd Salleh (1997). Pendidikan Islam; Falsafah, Pedogogi dan Metodologi.
Shah Alam: Fajar Bakti.
Ahmad Tafsir (2000). Ilmu pendidikan dalam perspektif Islam. Bandung: Penerbit PT
Remaha Rosdakarya.
Al-Hashimi Abid Taufik (1994) Turuk tadris at-tarbiyyah Islamiyyah. Beirut:
Muassasah Risalah.
Ali, A. H., Yusoff, A., & Abdul Rahman, M. N. (2017). Kompetensi Guru Pelatih di
Sebuah Institut Pendidikan Guru Dalam Melaksanakan Latihan Mengajar.
Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 4(2), 39-55.
Azhar, A. (2006). Strategi Pembelajaran dan Pengaturan Kendiri Pendidikan Islam
dan Penghayatan Akhlak Pelajar Sekolah Menengah. Tesis Ph. D, Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Azyumardi, A. (2014). Pendidikan Islam: Tradisi dan Modernisasi di Tengah
Tantangan Milenium III. Jakarta: Kencana Prenadamedia Group.
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 42
Baharin, A. (2006). Tahap Kesediaan Pedagogi Guru Pelatih Fakulti Pendidikan,
UTM dalam Latihan Mengajar. Kertas kerja dibentang dalam Kolokium
Fakulti Pendidikan, UTM, Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai, Johor.
Basri, G. (2008). Peranan Pendidik dalam Pembentukan Ummah dalam Said Ahmad
Mohamad & A. Haris Khalif Muammar (Eds.), Pembangunan Watak Bangsa.
Kajang: Kolej Dar al-Hikmah & Akademi Kajian Ketamadunan
Borich & Tombari (1995). Educational Psychology: A Contemporary Approach. New
York : Harper Collins College Publisher
Brophy, J. E & Good, T.L. (1986). Teacher Behavior and Student Achivement. M.C.
Wittrock (Ed).Handbook of Research on teaching. New York: Mc Millan
Burden, P.R & Byrd, D.M. (2003). Methods for Effective Teaching. Boston: Allyn &
Bacon.
Hafizul, R. (2013). Kekuatan dan Kelemahan Pendidikan Kelas Al-Quran dan Fardhu
Ain (KAFA) Peringkat Bahagian Betong, (Projek Sarjana). Kuala Lumpur:
Open Universiy Malaysia.
Hussin, N. H., Che Noh, M. A. & Tamuri, A. H. (2013). Elemen Mengenali Murid
dalam Pengajaran Guru Cemerlang Pendidikan Islam. The Online Journal of
Islamic Education, 1(2), 10-19.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (2011). Garis Panduan Kelas Al-Quran Dan
Fardhu Ain (KAFA). Putrajaya: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (2011). Garis Panduan Kelas Al-Quran Dan
Fardhu Ain (KAFA).Putrajaya: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (2014). Laporan Tahunan 2014, Kelas Al-Quran
dan Fardu Ain. Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan: Wilayah
Persekutuan Putrajaya.
Kasa, Z., & Md. Aroff, A. R. (1995). Sikap dan Masalah Guru Pelatih dalam
Menjalani Latihan Mengajar. Pertanika Journal of Social Sciences &
Humanities, 3 (2), 125133
Kementerian Pendidikan Malaysia (2005). Panduan Perlaksanaan Amali Pendidikan
Islam. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 43
Mohamad Johdi, S. (2002). Objektif Kurikulum dan Proses Persekolahan Sekolah
Rendah Agama Rakyat: Perspektif Guru Besar dan Guru-Guru. Prosiding
Wacana Pendidikan Islam, Kurikulum Bersepadu Pendidikan Islam
Menghadapi Cabaran Era Globalisasi. UKM. Anjuran Kolej Islam Selangor
Darul Ehsan & Pusat Zakat Selangor.
Mohammad Fazli, M. (2000). Kelas al-Quran dan fardu Ain (KAFA). Satu tinjauan
tentng masalah pengajaran KAFA di 6 buah sekolah rendah agama rakyat di
daerah Seremban. Sarjana Muda Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Mohd Majid Konting (2000). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa & Pustaka.
Muhammad Amirul, M. N., Muhammad Zulazizi, M. N., & Norhisham, M. (2022).
Pelaksanaan Kaedah Pengajaran Berkesan Dalam Pengajaran Tajwid al-
Quran dalam Kalangan Guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di
Negeri Kedah, INSANIAH: Online Journal of Language, Communication, and
Humanities Volume 5(1), 40-55.
Nazlina, H. (2012). Keberkesanan Pengajaran Pendidikan Islam di sekolah KAFA
berbanding sekolah kebangsaan bagi bidang jawi: Satu kajian kes. Sarjana
Muda Pendidikan, Universiti Terbuka Malaysia.
Nidzamuddin, Z. (2004). Program Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di Kangar,
Perlis: Kajian Keberkesanan dan Masalah. Sarjana Usuluddin, Universiti
Malaya, Kuala Lumpur.
Nunnally, J. C. (1976). Psycometric Theory. New York: McGraw Hill Book Company.
University Press.
Sabilan, S., Ishak, M. F., Din @Nasirudin, M. K, & Kusut, R. (2014), Tahap
Pelaksanaan Pendekatan, Strategi, Kaedah dan Teknik Pengajaran dan
Pembelajaran Dalam Latihan Mengajar Menurut Persepsi Guru-Guru Pelatih
Fakulti Pendidikan KUIS: Satu Tinjauan Awal. Jurnal Pendidikan Bil, 1(2),
88-97.
Santrock (2001). Educational Psychology. New York : McGraw Hill. Co. Inc.
Sulaiman, N. R. (1997). Pedagogi Teori dan Praktik. Kuala Lumpur: Dewan bahasa
& Pustaka.
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 44
Tamuri, A. H., & Ajuhary, M. K. (2010). Amalan Pengajaran Guru Pendidikan Islam
Berkesan Berteraskan Konsep Mu’allim. Journal of Islamic and Arabic
Education, 2(1), 43-56.
Wiersma, W. (2000). Research Methods in Education: An inroduction. The ed.
Boston: Russel & Russel.
Zainol Abidin, R., Zain, A. M & Hamzah, M. H. (2017) Permasalahan dalam
Perlaksanaan Program Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) di Daerah
Pendang Kedah. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 2
(6), 70-82.
Zakariya, Z. (2004). Penerimaan dan Penghayatan Pelajar Terhadap Mata Pelajaran
Pendidikan Islam: Satu Kajian di Sekolah-Sekolah Menengah Kebangsaan
di Daerah Kota Setar, Kedah. Disertasi Sarjana, Universiti Kebangsaan
Malaysia.