The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sham8877, 2023-02-04 07:08:47

JURNAL PENYELIDIKAN ILMU PENDIDIKAN IPGM TERBITAN 2022

J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 45

MENINGKATKAN KEMAHIRAN OPERASI TAMBAH SECARA
MENGUMPUL SEMULA LINGKUNGAN 100 MURID MASALAH PEMBELAJARAN
MENGGUNAKAN PAPAN TAMBAH

Ting Sze Ching ([email protected])
1
Masitah Taib, PhD ([email protected])
2

1,2 Institut Pendidikan Guru kampus Ilmu Khas




Abstrak

Kemahiran operasi tambah merupakan antara kemahiran asas yang paling penting
dalam mata pelajaran Matematik dan perlu dikuasai oleh semua murid sejak di
sekolah rendah. Namun, kebanyakan murid masalah pembelajaran tidak menguasai
kemahiran menambah secara mengumpul semula. Kajian tindakan ini dijalankan
bagi menguji keberkesanan Papan Tambah untuk meningkatkan kemahiran operasi
tambah secara mengumpul semula dalam kalangan murid masalah pembelajaran.
Peserta kajian yang dipilih adalah seramai dua orang murid masalah pembelajaran
Tahun 4 di sebuah sekolah rendah yang mempunyai Program Pendidikan Khas
Integrasi (PPKI). Tinjauan awal telah dijalankan melalui ujian diagnostik,
pemerhatian dan analisis dokumen. Dapatan tinjauan awal mendapati bahawa
peserta kajian mempunyai masalah untuk menambah secara mengumpul semula.
Bagi mengatasi masalah ini, pengkaji memperkenalkan satu inovasi Papan Tambah
kepada peserta kajian untuk menguasai kemahiran operasi tambah secara
mengumpul semula. Pengumpulan data diperoleh melalui ujian pra dan pasca,
pemerhatian serta analisis dokumen. Hasil kajian mendapati peserta kajian
menunjukkan peningkatan skor semasa ujian pasca dijalankan, iaitu sebanyak 20%
dan ke atas. Hasil pemerhatian dan analisis dokumen turut menunjukkan pola
kesalahan dan tingkah laku negatif berkurangan. Dapatan kajian membuktikan
bahawa Papan Tambah dapat membantu peserta kajian untuk meningkatkan
kemahiran operasi tambah secara mengumpul semula dengan berkesan.
Implikasinya, guru perlu kreatif dalam menghasilkan bahan sokongan pengajaran
khususnya kepada murid masalah pembelajaran.

Kata Kunci: Papan Tambah, murid masalah pembelajaran, operasi tambah dengan
mengumpul semula

Abstract

Addition operation skills were among the most important basic skills in the subject of
Mathematics and should be mastered by all students since primary school. However,


J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 46

most students with learning disabilities do not master the skills of adding by
regrouping. The purpose of this study was to test the effectiveness of ‘Papan
Tambah’ in improving the skills of addition operations by regrouping among students
with learning disabilities. The study was conducted in the form of action research.
The research participants selected were two students with learning disabilities in
Year 4 from Integrated Special Education Programme (PPKI). A preliminary survey
of the study found that the research participants had trouble addition operations by
regrouping. In order to overcome this matter, researcher had built an innovation that
is ‘Papan Tambah’ in an effort of helping the research participants to master the
skills of addition operations by regrouping. Data collection was gathered through pre
and post-test, observation and document analysis. It was found that research
participants who went through the pre and post-test shown an increase of scores of
more than 20%. Observational and document analysis also showed that the errors
pattern and negative behaviors decreased. The research findings that were obtained
showed that it was evident that ‘Papan Tambah’ did help the research participants to
improve their addition operations by regrouping skills. The implication was that
teachers need to be creative in producing teaching support materials especially for
students with learning disabilities.

Keywords: ‘Papan Tambah’, learning disabilities, addition operation by regrouping


PENDAHULUAN

Matematik merupakan satu daripada mata pelajaran teras yang penting bagi setiap
murid termasuklah murid masalah pembelajaran sama ada di sekolah rendah
ataupun sekolah menengah. Namun, salah satu dominan yang lazim berlaku dalam
kalangan murid masalah pembelajaran ialah tidak dapat menyelesaikan soalan
matematik yang melibatkan operasi tambah secara mengumpul semula. Shaidatul
Nadira dan Roslinda (2018) turut berpendapat bahawa murid masalah pembelajaran
lemah dalam penguasaan fakta asas matematik walaupun bagi operasi tambah.
Berdasarkan pengalaman praktikum, pengkaji turut mengenal pasti berkaitan
dengan masalah tersebut dalam kalangan murid masalah pembelajaran Tahun 4.


PENYATAAN MASALAH

Terdapat beberapa masalah wujud dalam kalangan murid masalah pembelajaran
Tahun 4 khususnya masalah operasi tambah yang melibatkan mengumpul semula.
Melalui penelitian terhadap buku latihan dan lembaran kerja peserta kajian, pengkaji
mendapati bahawa peserta kajian sering melakukan kesalahan bagi soalan yang
melibatkan operasi tambah secara mengumpul semula. Hasil daripada pemerhatian


J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 47

terhadap tingkah laku peserta kajian sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran
(PdP) matematik juga mendapati bahawa peserta kajian agak lemah dalam
menjawab soalan yang melibatkan operasi tambah secara mengumpul semula.
Lebih jelas lagi melalui ujian diagnostik yang telah dijalankan, pengkaji mendapati
masalah dalam melakukan operasi tambah secara mengumpul semula merupakan
masalah yang paling utama yang menjadi punca kepada kegagalan mereka sewaktu
menjawab soalan yang diberikan. Justeru itu, pengkaji bercadang untuk
mengaplikasikan BBM yang kreatif serta berwarna-warni, iaitu Papan Tambah yang
boleh membantu murid menguasai konsep tambah dengan pengumpulan semula
dalam sesi PdP. Pengkaji berharap pengaplikasian BBM yang berkepelbagaian
warna dapat merangsang emosi dan menarik perhatian murid (Chang et. al., 2018)
serta meningkatkan daya ingatan murid (Olurinola et. al., 2015).


OBJEKTIF KAJIAN

Secara khusus, kajian ini berasaskan kepada objektif berikut:

1. Murid dapat menambah secara mengumpul semula dalam lingkungan 100
mengikut nilai tempat yang betul menggunakan Papan Tambah.
2. Murid dapat menambah secara mengumpul semula dalam lingkungan 100
dengan memindahkan 1 puluh daripada nilai tempat sa kepada nilai tempat
puluh menggunakan Papan Tambah.

PERSOALAN KAJIAN

1. Adakah Papan Tambah dapat membantu murid masalah pembelajaran
menambah secara mengumpul semula dalam lingkungan 100 mengikut nilai
tempat yang betul?
2. Adakah Papan Tambah dapat membantu murid masalah pembelajaran
menambah secara mengumpul semula dalam lingkungan 100 dengan
memindahkan 1 puluh daripada nilai tempat sa kepada nilai tempat puluh?


KEPENTINGAN KAJIAN

Kemahiran operasi tambah merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh
murid khususnya murid masalah pembelajaran. Hal ini kerana penguasaan
kemahiran penambahan adalah sangat penting dalam subjek Matematik sebelum
murid dapat menguasai operasi matematik yang lebih abstrak seperti pendaraban
atau purata (Philomina, 2012). Oleh itu, fokus kajian ini adalah untuk mengatasi
masalah murid masalah pembelajaran terhadap kemahiran operasi tambah dalam


J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 48

lingkungan 100 yang melibatkan mengumpul semula dengan menggunakan Papan
Tambah. Pada pengamatan pengkaji, fokus kajian ini relevan dengan keperluan
murid masalah pembelajaran yang gagal menguasai konsep matematik yang
melibatkan hukum operasi tambah dengan mengumpul semula.


METODOLOGI

Pengkaji telah menggunakan reka bentuk penyelidikan tindakan dengan satu kitaran
berdasarkan Model Kurt Lewin (1986) bagi menjalankan kajian ini. Kajian ini
melibatkan dua orang peserta kajian. Kedua-dua peserta kajian dipilih melalui
keputusan pengumpulan data awal. Bagi pelaksanaan tindakan pula, terdapat tiga
tindakan yang dijalankan bagi meningkatkan kemahiran operasi tambah secara
mengumpul semula murid masalah pembelajaran Tahun 4 dalam masa tiga minggu
seperti yang tertera dalam Rajah 1. Masa yang diambil untuk melaksanakan setiap
sesi intervensi adalah selama 30 minit.

































Rajah 1: Langkah-langkah Tindakan

Selain itu, pengkaji juga menggunakan BBM, iaitu Papan Tambah seperti
dalam Rajah 2 bagi membantu meningkatkan kemahiran operasi tambah secara
mengumpul semula peserta kajian.


J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 49
























Rajah 2: Papan Tambah

Bagi menilai hasil tindakan, data telah dikumpulkan melalui ujian pra dan
pasca, analisis dokumen serta pemerhatian. Data ujian pra dan pasca kemudian
dianalisis secara deskriptif menggunakan peratusan markah manakala data analisis
dokumen dan pemerhatian dianalisis secara deskriptif menggunakan kekerapan.
Kaedah triangulasi juga digunakan bagi memastikan data yang diperolehi
mempunyai kesahan dan kepercayaan.


DAPATAN KAJIAN

Pengkaji telah menjalankan tiga kaedah, iaitu ujian pra dan ujian pasca, analisis
dokumen serta pemerhatian bagi menjawab persoalan kajian yang pertama dan
kedua.

Persoalan Kajian Pertama

Dapatan kajian ujian pra dan pasca bagi menjawab persoalan kajian pertama, iaitu
Papan Tambah dapat membantu murid masalah pembelajaran menambah secara
mengumpul semula dalam lingkungan 100 mengikut nilai tempat yang betul dapat
dilihat pada Rajah 3.


J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 50


Perbandingan Peratus Markah Antara Ujian Pra dan Ujian
Pasca

70 60
Peratus Markah (%) 50 20 20
60
40
30
20
10
0 0
PK1 PK2
Peserta Kajian

Ujian Pra Ujian Pasca


Rajah 3: Perbandingan Peratus Markah Antara Ujian Pra dan Ujian Pasca

Dalam meneliti Rajah 3, PK1 telah menunjukkan peningkatan pencapaian
daripada 20% kepada 60% sebanyak 40%, manakala PK2 pula meningkat daripada
0% kepada 20% sebanyak 20%. Secara keseluruhannya, pencapaian peserta kajian
dalam ujian pasca telah meningkat. Dapatan kajian ini selari dengan kajian
Umaathevi Krishnan et al. (2020), di mana murid telah menunjukkan peningkatan
purata markah sehingga 87.5% dalam ujian pasca selepas BBM (Carta Jalan-jalan
Cari Jawapan) diperkenalkan. Jelasnya bahawa, penggunaan BBM sebagai bahan
sokongan dapat meningkatkan pencapaian murid dalam proses PdP matematik.
Bagi menyokong dapatan ujian pra dan pasca, pemerhatian telah dilakukan. Jadual
1 merupakan analisis data pemerhatian daripada aspek tingkah laku.

Jadual 1: Analisis Pemerhatian Aspek Tingkah Laku

Kekerapan
Bil Item Tingkah Laku Sesi 1 Sesi 2 Sesi 3
PK1 PK2 PK1 PK2 PK1 PK2
1 Murid mengambil masa yang
lama untuk menjawab setiap
satu soalan berkaitan operasi //// ///// /// //// / //
tambah dengan mengumpul
semula.
2 Murid menunjukkan wajah
yang mengelirukan ketika
menyelesaikan masalah //// ///// // //// - /
operasi tambah dengan
mengumpul semula.

3 Murid asyik menggaru kepala // // / // - /


J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 51

ketika menyelesaikan masalah
operasi tambah dengan
mengumpul semula.
4 Murid asyik meminta bantuan
guru untuk menyelesaikan
soalan berkaitan operasi //// ///// // /// // /
tambah dengan mengumpul
semula.
Jumlah Kekerapan 14 17 8 13 3 5

Dapatan pemerhatian turut menunjukkan peningkatan yang
memberangsangkan, di mana jumlah kekerapan tingkah laku negatif PK1 telah
menurun dari 14 kali pada intervensi pertama kepada 3 kali pada intervensi ketiga,
manakala kekerapan tingkah laku negatif PK2 pula menurun dari 17 kali pada
intervensi pertama kepada 5 kali pada intervensi ketiga. Secara keseluruhannya,
dapatan menunjukkan peningkatan yang sangat ketara dari aspek tingkah laku, iaitu
kekerapannya menurun sebanyak 11 kali bagi PK1 dan 12 kali bagi PK2. Dapatan
kajian ini seiring dengan kajian Heng dan Tolhah (2018) yang juga menunjukkan
penggunaan BBM Baju Perpuluhan telah berjaya membantu murid mengatasi
kesilapan nilai tempat semasa melakukan soalan operasi tambah secara
mengumpul semula. Analisis dokumen turut dilakukan bagi menjamin kesahan data.
Jadual 2 merupakan analisis pola kesalahan analisis dokumen.

Jadual 2: Analisis Pola Kesalahan Analisis Dokumen

Kekerapan
Bil. Pola Kesalahan Sesi 1 Sesi 2 Sesi 3
PK1 PK2 PK1 PK2 PK1 PK2
1 Murid memindahkan ayat
Matematik ke dalam
bentuk lazim tanpa //// ///// //// ///// // ////
mengikut nilai tempat yang
betul.
2 Murid tidak menulis hasil
tambah nombor pada nilai //// //// //// //// // ///
tempat yang betul.
Jumlah Kekerapan 8 9 8 9 4 7

Berdasarkan Jadual 2, analisis dokumen memperlihatkan peningkatan positif,
di mana jumlah kekerapan pola kesalahan PK1 menunjukkan penurunan daripada 8
kali ke 4 kali, manakala PK2 pula menunjukkan penurunan daripada 9 kali ke 7 kali.
Penurunan yang sangat ketara pada jumlah kekerapan menunjukkan pelaksanaan


J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 52

intervensi telah berjaya meningkatkan kemahiran menambah secara mengumpul
semula dalam lingkungan 100 mengikut nilai tempat peserta kajian. Dapatan kajian
ini bertepatan dengan kajian Cheetalakchumy (2020), di mana murid juga
menunjukkan peningkatan pencapaian yang baik dalam kemahiran penambahan
secara mengumpul semula mengikut nilai tempat selepas intervensi BBM (Carta
Blue Pink) diaplikasikan. Dalam meneliti dapatan kajian tersebut, pengkaji
mendapati bahawa aplikasi warna pada BBM membantu murid memahami konsep
pelajaran dengan tepat di samping dapat meningkatkan tahap pencapaian mereka
dalam pelajaran tersebut. Hal ini kerana BBM yang berwarna-warni memudahkan
murid untuk mengingati sesuatu, sama ada dalam ingatan jangka pendek atau
jangka panjang (Chung & Fam, 2018).

Kesimpulannya, pengaplikasian warna pada Papan Tambah sebagai bahan
sokongan dapat meningkatkan pencapaian murid masalah pembelajaran dalam
kemahiran operasi tambah secara mengumpul semula bagi nombor lingkungan 100
mengikut nilai tempat. Hal ini demikian kerana BBM yang memenuhi keperluan dan
kebolehan murid dapat merangsang dan mengembangkan pengetahuan serta
kecerdasan murid. Justeru, penggunaan BBM yang bersesuaian adalah penting
untuk memastikan murid dapat mencapai pemahaman yang maksimum.

Persoalan Kajian Kedua

Dapatan kajian ujian pra dan pasca bagi menjawab persoalan kajian kedua, iaitu
Papan Tambah dapat membantu murid masalah pembelajaran menambah secara
mengumpul semula lingkungan 100 dengan memindahkan 1 puluh daripada nilai
tempat sa kepada nilai tempat puluh dapat dilihat pada Rajah 4.


Perbandingan Peratus Markah Antara Ujian Pra
dan Ujian Pasca

50 40
Peratus Markah (%) 30 20 20
40


20
10
0
PK1 0 PK2
Peserta Kajian


Ujian Pra Ujian Pasca


Rajah 4: Perbandingan Peratus Markah Antara Ujian Pra dan Ujian Pasca


J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 53

Dalam meneliti Rajah 4, PK1 telah menunjukkan peningkatan pencapaian
daripada 20% kepada 40% sebanyak 20%, manakala PK2 pula meningkat daripada
0% kepada 20% sebanyak 20%. Ringkasnya, peningkatan pencapaian dalam ujian
pasca itu telah membuktikan bahawa penggunaan Papan Tambah mampu
meningkatkan kemahiran operasi tambah secara mengumpul semula.

Jadual 3: Analisis Pemerhatian Aspek Kemahiran Operasi Tambah Secara
Mengumpul Semula

Item Kemahiran Operasi Kekerapan
Bil Tambah Secara Mengumpul Sesi 1 Sesi 2 Sesi 3
Semula PK1 PK2 PK1 PK2 PK1 PK2
1 Murid boleh memindahkan 1
puluh dari nilai tempat sa - - / - // /
kepada nilai tempat puluh.
2 Murid boleh menambah nilai - - / - // /
digit puluh dengan 1 puluh.
Jumlah Kekerapan 0 0 2 0 4 2

Berdasarkan Jadual 3, analisis pemerhatian telah menunjukkan peningkatan
yang memberangsangkan, di mana jumlah kekerapan pencapaian akademik kedua-
dua peserta kajian yang hanya 0 telah meningkat ke 4 kali bagi PK1, manakala PK2
pula meningkat kepada 2 kali. Bagi menyokong dapatan pemerhatian, analisis
dokumen dilaksanakan. Jadual 4 menunjukkan analisis pola kesalahan analisis
dokumen.

Jadual 4: Analisis Pola Kesalahan Analisis Dokumen

Kekerapan
Bil. Pola Kesalahan Sesi 1 Sesi 2 Sesi 3

PK1 PK2 PK1 PK2 PK1 PK2
1 Murid tidak memindahkan 1
puluh dari nilai tempat sa ///// ///// ///// ///// //// ////
kepada nilai tempat puluh.
2 Murid tidak menambah nilai ///// ///// //// ///// /// ////
digit puluh dengan 1 puluh.
Jumlah Kekerapan 10 10 9 10 7 8


J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 54

Analisis dokumen turut memperlihatkan peningkatan positif, di mana jumlah
kekerapan pola kesalahan PK1 menunjukkan penurunan daripada 10 kali ke 7 kali,
manakala PK2 pula menunjukkan penurunan daripada 10 kali ke 8 kali. Ringkasnya,
penurunan jumlah kekerapan sebanyak 3 kali bagi PK1 dan 2 kali bagi PK2 telah
menunjukkan perkembangan yang ketara. Pengkaji mendapati bahawa peningkatan
pencapaian tersebut adalah kerana aktiviti hands-on yang diaplikasikan pada Papan
Tambah mampu meningkatkan penguasaan kemahiran operasi tambah dengan
mengumpul semula dalam kalangan peserta kajian. Perkara ini disokong oleh kajian
Abdul Hafiz (2013) yang menyatakan bahawa aktiviti hands-on mampu
meningkatkan kemahiran menambah dalam kalangan murid masalah pembelajaran.
Hal ini kerana murid masalah pembelajaran perlu diberikan pengalaman untuk
melakukan sesuatu perkara supaya pengalaman tersebut akan merangsang minat
dan motivasi mereka untuk terus belajar. Dapatan kajian ini selari dengan Koc dan
Korkmaz (2020), di mana sesi PdP matematik mesti diterapkan dengan unsur
permainan khususnya permainan komputer, bahan konkrit dan juga aktiviti yang
menyeronokkan. Aktiviti tersebut dapat memaksimunkan penggunaan deria murid
masalah pembelajaran. Hal ini bersesuaian dengan pelaksanaan kajian bahan
intervensi Papan Tambah di mana peserta kajian diberikan peluang untuk
memindahkan 1 puluh itu dari rumah sa ke rumah puluh.


PERBINCANGAN

Berdasarkan analisis dan interpretasi data yang diperolehi melalui ujian pra dan
pasca, pemerhatian serta analisis dokumen terbukti bahawa kebolehan peserta
kajian melakukan soalan operasi tambah secara mengumpul semula dengan betul
dan tepat dilihat semakin meningkat. Tambahan lagi, dapatan yang diperolehi telah
menyokong kajian lepas yang dirujuk oleh pengkaji. Justeru, kajian ini telah
membuktikan bahawa penggunaan BBM seperti Papan Tambah ini mampu untuk
meningkatkan kemahiran operasi tambah secara mengumpul semula dengan
mudah.

Rentetan itu, Papan Tambah ini telah berjaya dalam menarik minat dan
meningkatkan kefahaman peserta kajian terhadap konsep operasi tambah secara
mengumpul semula. Hal ini kerana konsep yang dibawa melalui inovasi Papan
Tambah adalah berkaitan dengan penggunaan warna dalam membezakan nilai
tempat. Penggunaan warna dalam menghasilkan BBM telah mewujudkan PdP yang
lebih berkesan dan bermaklumat. Seterusnya, penggunaan Papan Tambah telah
menerapkan aktiviti hands-on dalam proses penguasaan kemahiran operasi tambah
secara mengumpul semula. Aktiviti menggerakkan penutup botol dari nilai tempat
‘sa’ ke nilai tempat ‘puluh’ pada laluan yang disediakan telah memberi pendedahan


J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 55

kepada peserta kajian tentang konsep pengumpulan semula dengan memberi
peluang kepada peserta kajian melakukan sesuatu perkara itu.

Namun begitu, pengkaji juga mengenal pasti kelemahan dalam kajian ini, iaitu
tidak mengintegrasikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam
penghasilan Papan Tambah. Hal ini telah PdP agak kurang menarik kerana tiada
unsur interaktif. Tambahan pula, pengkaji juga mendapati bahawa bahan yang
digunakan untuk menghasilkan Papan Tambah adalah kurang sesuai. Hal ini kerana
Papan Tambah yang dihasilkan daripada kotak serba guna adalah tidak tahan lasak
dan mudah hancur apabila terkena air.


KESIMPULAN

Papan Tambah dapat membantu dalam meningkatkan kemahiran operasi tambah
dengan mengumpul semula secara berkesan. Namun begitu, antara cadangan yang
boleh disusulkan ialah melakukan pengubahsuaian terhadap Papan Tambah dari
segi bahan dan juga saiz. Pengkaji bercadang untuk menghasilkan Papan Tambah
daripada bahan yang lebih kukuh dan kalis air seperti menggantikan kotak serba
guna kepada kotak plastik supaya Papan Tambah yang dihasilkan lebih tahan lama.
Pengkaji juga bercadang untuk mengubahsuaikan Papan Tambah yang bersaiz
besar kepada saiz yang lebih kecil supaya lebih mudah diguna, disimpan dan
dibawa ke mana-mana. Selain itu, pengintegrasian elemen TMK dalam Papan
Tambah dengan menghasilkan Papan Tambah dalam versi digital menggunakan
Microsoft Power Point turut dicadangkan oleh pengkaji sebagai tindakan susulan.
Hal ini kerana keupayaan menghasilkan persembahan teks, gambar, video, kesan
bunyi, lagu, grafik, dan animasi dalam Microsoft Power Point akan menimbulkan
kesan positif kepada murid dan merangsangkan minda mereka untuk mendalami
topik yang diajar (Kalaiselvi & Balamuralithara, 2020). Akhirnya, pengkaji bercadang
untuk memanjangkan tempoh masa kajian. Tempoh masa kajian penting bagi
mendapatkan peningkatan yang maksimum bagi peserta kajian. Maka, pengkaji
bercadang agar kajian seterusnya dapat dilaksanakan dalam tempoh masa yang
lama, iaitu selama dua atau tiga bulan. Dengan ini, pengkaji dapat melihat
keberkesanan kaedah yang digunakan secara menyeluruh.


Rujukan

Abdul Hafiz. A. D. (2013). Meningkatkan Kemahiran Operasi Tambah Lingkungan 10
dalam Kalangan Murid Bermasalah Pembelajaran dengan Menggunakan
Pelekat Magnet. Prosiding Seminar Penyelidikan PISMP Ambilan Januari
2010 Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur: Jld 1.


J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 56

Penyelidikan Tindakan Menjana Transformasi Kualiti Pendidikan; 272-276.
Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas.

Chang, B., Xu, R., & Watt, T., R. (2018). The Impact of Colors on Learning. Adult
Education Research Conference 2018, 1-6.
https://www.researchgate.net/publication/335840864_The_Impact_of_Colorso
n_Learning

Cheetelakchumy Balu. (2020). Keberkesanan Carta Blue Pink (Bp & Pb) bagi
Meningkatkan Kemahiran Menambah dengan Mengumpul Semula dalam
Kalangan Murid Pemulihan. Prosiding Sedar 2020, 101-110.

Chung, M. H. C., & Fam, H. L. P. (2018). Keberkesanan Penggunaan Teknik Warna
dalam Pengajaran Penulisan Bahasa Melayu Tahun Dua. Tesis Institut
Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak.

Heng, K. C. & Tolhah Abdullah. (2018). Baju Perpuluhan: Meningkatkan
Penguasaan Penambahan Dua Nombor Perpuluhan Hingga Dua Tempat
Perpuluhan bagi Murid Tahun Empat. Jurnal Penyelidikan Temenggong, 1,
28-33.

Kalaiselvi, S. & Balamuralithara, B. (2020). Perisian Microsoft Power Point Sebagai
Peranti Persembahan Semasa PDPC Sains di SJK(T)
Luar Bandar di Negeri Perak. MJSSH Online, 4(1), 49-65.

Koc, B., & Korkmaz, I. (2020). A Case Study of Teaching Addition and Subtraction to
a Student With Dyscalculia. Psycho-Educational Research Reviews, 9(3), 40-
55. https://files.eric.ed.gov/fulltext/EJ1286600.pdf

Lewin, K. (1986). Action Research and Minority Problems. Journal Of Social Issues,
2 (4), 34-46.

Olurinola, O., & Tayo, O. (2015). Colour in Learning: It’s Effect on The Retention
Rate of Graduate Students. Journal of Education and Practice. 6(14), 1-5.
https://files.eric.ed.gov/fulltext/EJ1080132.pdf


Philomina, B. B. (2012). Penggunaan “Side Counting” bagi Membantu Pemulihan
Tahun 3 Menguasai Kemahiran Menambah Melibatkan Pengumpulan
Semula. Penyelidikan Tindakan IPGKBL, 62-77.

Shaidatul Nadira, S. & Roslinda, R. (2018). Tahap Pengetahuan Tiga Orang Pelajar


J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 57

Berkeperluan Khas Masalah Pembelajaran (Lembam) dalam Penambahan
Nombor Bulat. Seminar Antarabangsa Isu-isu Pendidikan, 165-172.

Umaathevi, K., Leena, L. & Megalah, B. (2020). Penggunaan Carta Jalan-Jalan Cari
Jawapan dalam Topik Tambah. Prosiding Sedar 2020, 580-583.


J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 58

PENGGUNAAN TEKNOLOGI MULTIMEDIA DAN KOMPUTER DALAM
KALANGAN MURID SEKOLAH RENDAH DALAM PEMBELAJARAN SAINS


1
Wong Li Ling ([email protected])
Lok Wai Foong, Ed.D ([email protected])
2

1,2 Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang




Abstrak

Teknologi multimedia dan komputer merupakan suatu pendekatan pengajaran dan
pembelajaran yang sering digunakan untuk mempelajari konsep-konsep sains yang
abstrak. Kajian kes ini dijalankan untuk mengenal pasti kesan penggunaan teknologi
multimedia dan komputer terhadap pengalaman pembelajaran dan kefahaman murid
sekolah rendah dalam sains. Pendekatan kualitatif digunakan dalam kajian ini, di
mana lima orang murid Tahun Empat di sebuah sekolah rendah di daerah Pulau
Pinang telah dipilih secara bertujuan. Instrumen yang digunakan ialah temu bual dan
pemerhatian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa teknologi multimedia dan
komputer membantu murid untuk meningkatkan teknik belajar dan kefahaman
terhadap konsep sains yang abstrak. Ia juga berupaya meningkatkan minat dan
menarik perhatian murid semasa mempelajari sains di dalam bilik darjah. Ini kerana
cara pengajaran guru telah menjadi lebih menarik dengan menggunakan teknologi
multimedia dan komputer dalam pembelajaran murid. Implikasi kajian ini
menunjukkan bahawa teknologi multimedia dan komputer merupakan suatu bahan
bantu mengajar yang berkesan dalam pembelajaran abad ke-21, khususnya dalam
mempelajari konsep-konsep sains yang abstrak dan rumit.

Kata kunci: Sains, sekolah rendah, teknologi multimedia dan komputer.


Abstract

Multimedia and computer technology is an approach that is often used to study
abstract scientific concepts. This case study was conducted to identify the impact of
the use of multimedia and computer technology on the learning experience and
understanding of primary school students in Science. A qualitative approach was
used in this study, in which five Year Four students in a primary school in the district
of Penang were purposefully selected. The instruments used were interviews and
observations. Findings show that multimedia and computer technology can help
students improve their learning techniques and understanding of abstract science


J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 59

concepts. It can also increase students’ interest and attention while learning science
in the classroom. This is because teacher uses the interesting method, multimedia
and computer technology to teach students. The implications of this study indicate
that multimedia and computer technology is an effective teaching aid in 21st century
learning, especially in learning abstract and complex science concepts.

Keywords: Science, primary school, multimedia and computer technology


PENDAHULUAN

Sains merupakan subjek yang wajib dipelajari oleh murid-murid di sekolah rendah.
Menurut Nordin dan Lin (2011), mata pelajaran Sains mengandungi banyak konsep
atau teori yang abstrak dan susah difahami oleh murid-murid di sekolah rendah.
Oleh itu, guru digalakkan untuk menggunakan teknik yang pelbagai semasa
mengajar mata pelajaran Sains supaya murid-murid dapat memahami konsep Sains
dengan mudah.

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) telah membawa perubahan yang
besar kepada kehidupan manusia terutamanya dalam bidang pendidikan. Menurut
Siti Zaharah et. al. (2018), komputer telah memainkan peranan yang penting dalam
mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran (PdP) kerana ia mempunyai banyak
kelebihan yang dapat membantu dalam menyelesaikan pelbagai masalah dan
melaksanakan kerja-kerja harian dengan sempurna (Akmal Nor Wajihah, 2018).
TMK juga dapat meningkatkan keberkesanan PdP, menarik perhatian murid-murid
dan mewujudkan suasana pembelajaran yang seronok (Vespanathan, 2015).

Integrasi TMK dalam PdP, atau penggunaan TMK sebagai bahan bantu
mengajar, dapat meningkatkan keberkesanan dan kualiti pengajaran. Ia memberi
kesan positif terhadap perkembangan proses Sains dalam kalangan murid.
Gabungan pelbagai elemen multimedia seperti teks, grafik, audio, video, animasi
dan uji minda secara interaktif boleh menarik perhatian murid dalam PdP (Siti
Zaharah et. al., 2018; Sallehin & Halim, 2015). Menurut Che Suriani et. al. (2020),
penggunaan TMK yang mengandungi grafik dapat menarik minat dan perhatian
murid, serta dapat memenuhi keperluan belajar murid yang mempunyai perbezaan
dari tahap kognitif berbeza dan membolehkan murid-murid mengubah dan
mempelajari teknik belajar yang baru.


J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 60

PENYATAAN MASALAH

Sains mengandungi banyak konsep atau teori yang abstrak dan sukar difahami oleh
murid-murid di sekolah rendah. Tambahan lagi, topik-topik seperti tenaga, bumi dan
bahan bagi mata pelajaran Sains sekolah rendah merupakan konsep yang amat
abstrak dan sukar untuk difahami. Ini menyebakan ramai murid gagal menguasai
mata pelajaran Sains dengan baik. Manakala, guru di sekolah rendah masih
cenderung menggunakan teknik PdP yang berbentuk “chalk and talk” dalam mata
pelajaran Sains (Ahmad & Jinggan, 2015). Menurut Nurulhuda (2014), teknik PdP
“chalk and talk” akan menyebabkan murid-murid cepat bosan dan tidak dapat
menarik perhatian para murid dalam kelas. Ini akan mengurangkan minat murid-
murid untuk belajar Sains, dan seterusnya mempengaruhi pencapaian murid dan
kesediaan murid untuk belajar Sains.


OBJEKTIF KAJIAN

1. Mengenal pasti penggunaan teknologi multimedia dan komputer dalam sesi PdP
Sains terhadap kefahaman konsep Sains di kalangan murid.
2. Mengenal pasti kesan penggunaan teknologi multimedia dan komputer terhadap
pengalaman pembelajaran murid-murid dalam mata pelajaran Sains.


PERSOALAN KAJIAN

1. Bagaimanakah penggunaan teknologi multimedia dan komputer dalam sesi PdP
mempengaruhi kefahaman konsep Sains di kalangan murid?
2. Apakah kesan penggunaan teknologi multimedia dan komputer terhadap
pengalaman pembelajaran murid-murid dalam mata pelajaran Sains?


KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini bertumpu kepada penggunaan TMK di kalangan murid sekolah rendah
dalam sesi PdP Sains. Oleh itu, kajian ini penting dalam meneroka kesan
penggunaan TMK dalam sesi PdP di kalangan murid untuk mempelajari konsep
Sains yang abstrak. Pengalaman pembelajaran murid-murid juga dapat membuka
minda guru-guru dan pihak pengurusan sekolah terhadap potensi penerapan TMK
dalam PdP Sains.

Dapatan kajian ini boleh dijadikan sebagai suatu dorongan dan galakan
kepada guru-guru Sains untuk meneroka kaedah PdP altenatif yang boleh


J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 61

meningkatkan kefahaman dan minat murid. Guru-guru Sains dapat menilai
kepentingan dan kebolehgunaan TMK dalam PdP Sains. Selain itu, dapatan kajian
ini juga memberi panduan kepada pihak pengurusan sekolah dalam menyediakan
infrastruktur dan peralatan yang sesuai dalam usaha menggalakkan penggunaan
TMK dalam PdP Sains. Kesedaran dan galakan mengenai TMK dalam PdP juga
boleh diperluaskan kepada guru-guru mata pelajaran lain.


METODOLOGI KAJIAN

Kajian yang dijalankan adalah kajian kes. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini
adalah berbentuk kualitatif, iaitu temu bual dan pemerhatian. Kedua-dua instrumen
ini telah digunakan untuk mengenal pasti pengaruh penggunaan teknologi
multimedia dan komputer terhadap kefahaman dan pengalaman pembelajaran murid
dalam mata pelajaran Sains.

Teknik persampelan yang telah digunakan dalam kajian ini ialah persampelan
bertujuan. Teknik ini digunakan untuk membolehkan pengkaji memperoleh dapatan
kajian dengan lebih mendalam terhadap sesuatu kajian kes. Lima orang murid telah
dipilih sebagai peserta dalam kajian ini. Pemilihan peserta kajian adalah
berdasarkan pencapaian ujian Sains yang dijalankan pada semester lepas. Menurut
Mohd Ishak dan Abu Bakar (2014), kajian berbentuk kualitatif tidak memerlukan
persampelan yang banyak dan bilangan sampel antara tiga hingga enam adalah
mencukupi. Dengan ini, lima orang murid yang mempunyai pencapaian lemah dalam
mata pelajaran Sains telah dipilih sebagai peserta dalam kajian ini. Ini kerana murid
yang mempunyai pencapaian lemah dalam mata pelajaran Sains biasanya
mempunyai ketidakfahaman terhadap konsep-konsep dalam mata pelajaran
tersebut. Oleh itu, pemilihan kumpulan murid ini dapat memenuhi kehendak kajian,
iaitu untuk mengenal pasti penggunaan TMK dalam sesi PdP terhadap kefahaman
konsep Sains, dan pengalaman pembelajaran mereka dalam mata pelajaran Sains.

Dari segi pelaksanaan kajian, pengkaji telah mengenal pasti dan
menggunakan pakej multimedia yang mengandungi grafik, animasi dan video. Grafik
berwarna-warni dan video yang berkaitan dengan topik mata pelajaran Sains untuk
menerangkan sesuatu konsep Sains telah dgunakan. Kuiz berkaitan dengan topik
yang diajar juga telah dijalankan dalam bentuk permainan yang mengandungi
animasi dan grafik yang menarik.

Instrumen kajian yang digunakan adalah borang temu bual dan senarai
semak pemerhatian. Temu bual telah dijalankan setelah tamat kelas PdP. Sebanyak
sembilan temu bual telah dijalankan dan setiap temu bual telah mengambil masa


J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 62

lebih kurang lima belas minit. Rakaman audio juga telah diambil bagi memastikan
transkripsi yang dibuat adalah tepat. Contoh soalan temu bual adalah seperti berikut:

1. Apakah perasaan anda ketika belajar Sains apabila cikgu menggunakan
teknologi multimedia dan komputer? Mengapa?
2. Adakah anda faham apa yang cikgu mengajar dengan menggunakan teknologi
multimedia dan komputer? Mengapa?

Selain itu, senarai semak pemerhatian telah disediakan dan pemerhatian
dijalankan sepanjang tempoh PdP dengan mencatatkan kekerapan tingkah laku
murid yang disenaraikan dalam senarai semak tersebut. Contoh tingkah laku murid
yang diperhatikan adalah seperti kekerapan murid mengangkat tangan untuk
menyoal soalan dan menjawab soalan, kekerapan mengeluarkan pandangan
mereka sepanjang sesi PdP dijalankan dan kekerapan murid dapat menjawab
soalan dengan yakin.

Proses penganalisisan data dilaksanakan selepas pengumpulan data telah
selesai. Analisis temu bual dibuat dengan menggunakan teknik pengkodan. Melalui
teknik ini, subtema telah dikenal pasti, dan disusuli dengan mengkategorikan
subtema yang bersesuaian kepada tema. Manakala, hasil pemerhatian, iaitu
kekerapan tingkah laku murid telah dianalisis dengan menggunakan teknik analisis
konten konvensional.

Kesahan dalaman telah digunakan untuk meningkatkan kesahan dan
kebolehpercayaan instrumen dalam kajian ini. Oleh itu, beberapa orang pakar dalam
bidang TMK telah diminta untuk menyemak soalan-soalan yang dibentuk dalam
temubual dan kriteria-kriteria yang digunakan dalam senarai semak pemerhatian,
agar bersesuaian dan bertepatan dengan objektif kajian. Kebolehpercayaan data
kajian juga telah ditingkatkan melalui kaedah triangulasi. Ia dilakukan dengan
menggunakan data yang diperolehi daripada kedua-dua instrumen untuk
menyokong hasil dapatan kajian.


DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian mengenai penggunaan TMK terhadap kefahaman konsep Sains di
kalangan pelajar telah ditunjukkan dalam Jadual 1 dan 2. Dua tema telah dibentuk
daripada dapatan temu bual iaitu peningkatan teknik belajar dan kefahaman murid.
Subtema bagi peningkatan teknik belajar adalah belajar kemahiran baru,
meningkatkan ingatan dan meningkatkan kemahiran belajar. Manakala subtema
untuk kefahaman murid adalah penjelasan yang jelas dan tepat. Dapatan
pemerhatian pula menunjukkan murid berupaya untuk mengeluarkan pandangan


J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 63

sepanjang perbincangan dijalankan dalam aktiviti PdP (35.23%), murid dapat
menjawab kuiz yang disediakan oleh guru pada akhir sesi PdP dengan betul
(33.52%) dan murid dapat menjawab soalan dengan yakin dan betul sepanjang sesi
pengajaran dan pembelajaran (31.25%)

Jadual 1: Pembentukan tema dan subtema mengenai penggunaan teknologi
multimedia dan komputer terhadap kefahaman konsep Sains di kalangan
pelajar

Tema Subtema
Peningkatan teknik belajar 1. Belajar kemahiran baru
2. Meningkatkan ingatan
3. Meningkatkan kemahiran belajar
Kefahaman murid 1. Penjelasan yang jelas
2. Penjelasan yang tepat

Jadual 2: Hasil pemerhatian mengenai penggunaan teknologi multimedia dan
komputer terhadap kefahaman konsep Sains di kalangan pelajar

M1 M2 M3 M4 M5 Bilangan Peratus (%)
Murid berupaya untuk 12 11 13 14 12 62 35.23





mengeluarkan pandangan
sepanjang perbincangan
dijalankan dalam aktiviti PdP
Murid dapat menjawab soalan 9 10 13 10 13 55 31.25





dengan yakin dan betul
sepanjang sesi pengajaran
dan pembelajaran
Murid dapat menjawab kuiz 12 12 12 11 12 59 33.52





yang disediakan oleh guru
pada akhir sesi PdP dengan
betul
176 100

Bagi kesan penggunaan TMK terhadap pengalaman pembelajaran murid-
murid dalam mata pelajaran Sains, tiga tema telah dibentuk daripada dapatan temu
bual, iaitu minat dalam pembelajaran, menarik perhatian dan cara mengajar guru
yang menarik (rujuk Jadual 3). Dapatan pemerhatian pula menunjukkan murid
berasa seronok semasa kaedah penggunaan TMK sepanjang PdP dijalankan
(28.62%), murid dapat membuka kamera semasa dipanggil oleh guru sepanjang
PdP dijalankan (26.34%), murid boleh menjawab soalan guru dengan lebih aktif
(23.28%), dan murid sering mengangkat tangan untuk bertanya soalan (21.76%).
(rujuk Jadual 4).


J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 64

Jadual 3: Pembentukan tema dan subtema mengenai kesan penggunaan teknologi
multimedia dan komputer terhadap pengalaman pembelajaran murid-
murid dalam mata pelajaran Sains

Tema Subtema
Minat dalam pembelajaran 1. Suasana pembelajaran yang menyeronokkan
2. Perasaan teruja murid
3. Kesukaan murid terhadap komputer dan
multimedia
Menarik perhatian 1. Menghilangkan tekanan semasa belajar
2. Fokus pada pembelajaran
Cara mengajar guru yang 1. Jenis multimedia yang digunakan
menarik 2. Murid beri respon positif

Jadual 4: Hasil pemerhatian mengenai kesan penggunaan teknologi multimedia dan
komputer terhadap pengalaman pembelajaran murid-murid dalam mata
pelajaran Sains

M1 M2 M3 M4 M5 Bilangan Peratus (%)
Murid dapat membuka kamera 15 13 15 14 12 69 26.34





semasa dipanggil oleh guru
sepanjang PdP dijalankan
Murid boleh menjawab soalan 11 12 11 12 15 61 23.28





guru dengan lebih aktif
Murid sering mengangkat 11 12 15 10 9 57 21.76





tangan untuk bertanya soalan
Murid berasa seronok semasa 15 15 15 15 15 75 28.62





kaedah penggunaan teknologi
multimedia dan komputer
sepanjang PdP dijalankan
262 100


PERBINCANGAN

Berdasarkan kepada analisis dapatan kajian, didapati bahawa penggunaan TMK
dapat meningkatkan ingatan dan teknik belajar murid. Siti Hajar dan Suguneswary
(2016) telah menyatakan bahawa penggunaan multimedia sepanjang sesi PdP
menggalakkan murid-murid belajar teknik pembelajaran yang baru dengan mudah
dan berfikir secara kreatif dan inovatif semasa menjawab soalan. Che Ibrahim et. al.
(2021) juga berpendapat bahawa bahan rangsangan berilustrasi dapat


J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 65

meningkatkan daya imaginasi dan ingatan murid, sekali gus menarik minat murid
untuk belajar.

Penggunaan TMK juga dapat meningkatkan kafahaman murid terhadap mata
pelajaran Sains. Menurut Annie (2017), bahan bantu mengajar berbentuk TMK
didapati dapat mambantu murid dalam membentuk kefahaman yang mendalam
terhadap konsep Sains, serta membentuk pengertian yang lebih bermakna terhadap
idea Sains yang pelbagai. Dengan ini, penggunaan TMK dapat meningkatkan
kefahaman murid dan pencapaian murid (Siti Hajar & Suguneswary, 2016).

Penggunaan TMK dapat meningkatkan minat murid untuk belajar. Menurut
Abdulrahaman et. al. (2020), penggunaan multimedia dalam sesi PdP dapat
menyediakan suatu suasana pembelajaran yang bermotivasi, seronok dan tertarik
terhadap murid-murid. Selain itu, penggunaan TMK dalam sesi PdP membolehkan
murid-murid teruja dan dapat menaikkan semangat mereka untuk belajar mata
pelajaran Sains. Menurut Kapri (2017), penggunaan TMK dapat meningkatkan
semangat untuk belajar dan minat murid terhadap pembelajaran mereka.

Berdasarkan kepada hasil dapatan kajian, didapati bahawa penggunaan TMK
dapat menarik perhatian murid sepanjang sesi PdP. Ia selari dengan dapatan kajian
Md Daud et. al. (2016) yang menyatakan bahawa penggunaan TMK semasa sesi
PdP dapat menarik perhatian dan mengurangkan tekanan belajar murid-murid
dengan menonton video atau gambar yang berwarna-warni. Annie (2017) juga
berpendapat bahawa penggunaan TMK sepanjang sesi PdP dapat menarik
perhatian murid dan mereka tidak akan cepat bosan sekiranya guru menggunakan
TMK dalam mengajar mata pelajaran Sains.

Cara mengajar dengan menggunakan TMK merupakan cara mengajar yang
menarik. Menurut Sallehin (2015), penggunaan TMK seperti teks, grafik, video,
animasi dan audio dalam sesi pengajaran dapat menarik perhatian murid-murid dan
membantu mereka lebih fokus kepada pengajaran guru. Annie (2017) menyatakan
bahawa penggunaan TMK adalah bersesuaian dengan kehendak murid yang suka
akan aktiviti pembelajaran yang menarik, dan membolehkan murid-murid
menimbulkan sikap positif terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran.


KESIMPULAN

Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan TMK memberi kesan
positif terhadap PdP Sains berbanding dengan kaedah “chalk and talk”. Penggunaan
TMK dapat menarik minat dan perhatian murid dalam PdP. Tambahn lagi, ia
membantu murid untuk menumpukan perhatian dalam PdP dan mewujudkan suatu


J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 66

ingatan jangka masa panjang dalam kalangan murid. Selain itu, penggunaan TMK
juga dapat meningkatkan kefahaman murid terhadap sesuatu ilmu pengetahuan
dalam mata pelajaran Sains.

Untuk kajian akan datang, bilangan murid boleh ditambahkan supaya
merangkumi pandangan yang berbeza daripada jantina, latar belakang, kaum dan
tahap pencapaian murid yang berbeza. Maklum balas daripada guru juga adalah
penting kerana mereka mampu memberikan pandangan penggunaan TMK daripaa
sudut yang berbeza. Tambahan lagi, kajian akan datang disyorkan untuk mengenal
pasti keberkesanan penggunaan TMK bagi mata pelajaran yang lain, seperti
Matematik dan Bahasa. Manakala, instrumen kajian yang berlainan seperti analisis
dokumen juga boleh digunakan untuk meneroka data yang mungkin tidak berupaya
diperoleh melalui pemerhatian dan temu bual.

Kesimpulannya, TMK merupakan suatu bahan bantu mengajar yang
berkesan dalam pembelajaran abad ke-21, khususnya dalam mempelajari konsep-
konsep Sains yang abstrak dan rumit. Guru pula merupakan anggota sekolah yang
terlibat secara langsung dalam pelaksanaan kurikulum dan program pendidikan di
sekolah. Untuk merealisasikan ajakan ketujuh dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (2013-2025), iaitu memanfaatkan TMK bagi meningkatkan
kualiti pembelajaran di Malaysia, guru berperanan untuk mengintegrasikan
penggunaan TMK dalam bilik darjah berdasarkan kesesuaian dan kemudahan yang
sedia ada.


Rujukan

Abdulrahaman, M. D., Faruk, N., Oloyede, A. A., Surajudeen-Bakinde, N. T.,
Olawoyin, L. A., Mejabi, O. V., Imam-Fulani, Y. O., Fahm, A. O., & Azeez, A. L.
(2020). Multimedia Tools In The Teaching And Learning Processes: A
Systematic Review. Heliyon, 6(11), e05312.
https://doi.org/10.1016/j.heliyon.2020.e05312

Ahmad, A. & Jinggan, N. (2015). Pengaruh kompetensi kemahiran guru dalam
pengajaran terhadap pencapaian akademik pelajar dalam mata pelajaran
sejarah. JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik.

Akmal Nor Wajihah Ahmad. (2018). Kemahiran dan teknologi dalam menghasilkan
sumber manusia yang mampu meningkatkan mutu kerja dan produktiviti (Skills
and technology in producing capable and productive work force). Trends in
Undergraduate Research, 1(1), h45-49. https://doi.org/10.33736/tur.1184.2018


J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 67

Annie Chau King Nu. (2017). Kesan penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi terhadap minat dan pencapaian murid tahun dua dalam sains di
Kuching, (Degree's Tehesis). IPG Kampus Batu Lintang, Kuching, Sarawak.

Che Ibrahim, N. F. S., Mohd Rusli, N. F., Shaari, M. R., & Nallaluthan, K. (2021).
Students’ perceptions of interactive multimedia applications in the 21st century
teaching and learning process. Online Journal for TVET Practitioners, 6(1), 15–
24. https://doi.org/10.30880/ojtp.2021.06.01.003

Che Suriani, K., Siti Aishah, H., Fariza, K., Noorlin, M., & Rorlinda, Y. (2020).
Analisis keberkesanan kaedah multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran
terhadap pelajar pintar dan berbakat. Jurnal Personalia Pelajar, 23(2), 129–
136.

Jasmi, K. A. (2012). Penyelidikan kualitatif dalam sains sosial. Kursus Penyelidikan
Kualitatif Siri 1 2012, 1–11.
http://eprints.utm.my/41090/2/KamarulAzmiJasmi2012_PenyelidikanKualitatifS
ainsSosial.pdf

Kosterelioglu, I. (2016). Student views on learning environments enriched by video
clips. Universal Journal of Educational Research, 4(2), 359–369. https://doi.org
/10.13189/ujer.2016.040207

Md Daud, I., Nur Syuhada, M. Z., & Roshayati, A. H. (2016). Pembelajaran-e,
Tekanan dan komitmen belajar dalam kalangan pelajar sains sosial di Universiti
Kebangsaan Malaysia (E-learning, stress and study commitment among social
science students at Universiti Kebangsaan. Jurnal Personalia Pelajar, 19(1),
55–64.

Mohd Ishak, N., & Abu Bakar, A. Y. (2014). Developing sampling frame for case
study: Challenges and conditions. World Journal of Education, 4(3), 29–35.
https: //doi.org /10.5430/wje.v4n3p29

Nordin, A., & Lin, H. L. (2011). Hubungan sikap terhadap mata pelajaran sains
dengan penguasaan konsep asas sains pelajar tingkatan dua. Journal of
Science & Mathematics Educational, 2(June), 89–101.
http://eprints.utm.my/11404/1
/Hubungan_Sikap_Terhadap_Mata_Pelajaran_Sains_Dengan_Penguasaan_K
onsep_Asas_Sains_Pelajar_Tingkatan_Dua.pdf


J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 68

Nurulhuda, N. (2014). Kesan kaedah pembelajaran koperatif terhadap pencapaian
pelajar dalam mata pelajaran matematik (Tesis Ijazah Sarjana Pendidikan).
Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia.

Sallehin, S. A. & Halim, A. (2015). Penggunaan alat bahan bantu mengajar
berasaskan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah
menengah zon Benut. (Tesis Ijazah Sarjana Pendidikan). Fakulti Pendidikan
Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 1–7.

Siti Hajar Halili, & Suguneswary. (2016). Penerimaan guru terhadap penggunaan
teknologi maklumat dan komunikasi berasaskan Model Tam dalam pengajaran
mata pelajaran Bahasa Tamil. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik,
April, 31–41.

Siti Zaharah Mohid, Roslinda Ramli, Khodijah Abdul Rahman & Nurul Nadhirah
Shahabudin. (2018). Teknologi multimedia dalam pendidikan abad 21.
International Research Management & Innovation Conference, (August), 1–9.

Kapri, U. C. (2017). Impact of multimedia in teaching of science. International
Journal of Advance Research and Innovative Ideas in Education, 3(4), 2179–
2187.

Vespanathan, S. (2015). Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK)
dalam kalangan guru-guru mata pelajaran kemahiran hidup di sekolah rendah
luar bandar negeri Johor. Jurnal Pendidikan Malaysia, 35(1), 59–65.


J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 69

KEFAHAMAN, PENGAPLIKASIAN DAN FAKTOR PENGUASAAN TAJWID
HUKUM MAD DALAM KALANGAN GURU PELATIH IPGKDRI

1
Najihah Musa ([email protected])
2
Asma Hannan Azeman ([email protected])
3
Aisyah Balqis Mohd Nizam ([email protected])
Nur Zakiah Md Saleh ([email protected])
4
5
Mohammad Rusdi Ab Majid , PhD ([email protected])

1,2,3,4,5 Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail



Abstrak

Ilmu Tajwid adalah dituntut untuk dipelajari oleh setiap Muslim bagi memastikan
kualiti pembacaan Al-Qur’an yang mengikut aturannya. Namun demikian, ilmu
Tajwid ini kurang diberi penekanan sehingga membawa kepada penguasaan tilawah
Al-Qur’an secara bertajwid yang sederhana. Oleh itu, kajian ini bertujuan meninjau
kefahaman, pengaplikasian lima jenis hukum Mad serta faktor-faktor yang
mempengaruhi penguasaan hukum Mad dalam kalangan guru pelatih tahun akhir
bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan di Institut Pendidikan Guru Kampus
Dato’ Razali Ismail. Kajian kuantitatif ini melibatkan 127 sampel berdasarkan
pemilihan kaedah persampelan rawak mudah. Data yang diperoleh melalui soal
selidik Google Form telah dianalisis secara deskriptif serta inferensi dengan
menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 22. Dapatan
menunjukkan bahawa tahap kefahaman hukum Mad (Min=4.33, Sisihan
Piawai=0.63) manakala tahap pengaplikasian (Min=4.14, Sisihan Piawai=0.86)
berada pada tahap tinggi dan begitu juga faktor-faktor yang mempengaruhi
penguasaan hukum Mad (Min=4.52, Sisihan Piawai=0.36). Kajian ini juga mendapati
terdapat hubungan yang signifikan antara kefahaman dan pengaplikasian hukum
Mad. Konklusinya, guru pelatih dapat menguasai jenis hukum Mad yang
dikemukakan dengan baik namun perlu meningkatkan penguasaan bagi beberapa
aspek dalam hukum Mad seperti hukum Mad ‘Iwad. Dalam pada itu, setiap pihak
berperanan penting dalam memastikan pembacaan Al-Qur’an yang berkualiti agar
generasi celik Al-Qur’an dapat dilahirkan.

Kata Kunci: kefahaman, pengaplikasian, hukum Mad, faktor-faktor penguasaan
hukum Mad


J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 70

Abstract

Tajwid is required to be learned by every Muslim to ensure the quality of the
recitation of the Qur’an accordance to its rules. However, Tajwid is given less
emphasis and it leads to the problem in mastery of the recitation of the Qur'an with
its rules. Therefore, this study aims to examine the understanding and application of
five types of Mad rules as well as factors that influence the mastery of Mad rules
among final year trainee teachers for the Bachelor of Teaching Program at Institut
Pendidikan Guru Kampus Dato 'Razali Ismail. This quantitative study involved 127
samples using the selection of a simple random sampling method. Data obtained
through Google Form questionnaire was analyzed descriptively and inferentially
using Statistical Package for Social Science (SPSS) version 22. The findings
showed that the level of understanding of Mad rules (Mean = 4.33, Standard
Deviation = 0.63) and the level of application (Mean = 4.14, Standard Deviation =
0.86) are at a high level as well as the factors influencing the mastery of Mad rules
(Mean = 4.52, Standard Deviation = 0.36). This study also found that there was a
significant relationship between the understanding and application of Mad rules. In
conclusion, the trainee teachers can master the types of Mad rules but need to
improve their mastery in some aspects of Mad rules such as Mad ‘Iwad. In the
meantime, each party plays an important role to ensure the quality of the recitation of
Al- Qur’an in order to produce Al-Qur’an literate generation.

Keywords: understanding, application, Mad rules, factors of mastery of Mad rules


PENGENALAN

Al-Qur’an merupakan wahyu yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi
Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail dan menjadi panduan kepada
umat sepanjang zaman. Dalam pada itu, membaca Al-Qur’an merupakan antara
ibadah yang sangat dituntut dalam kehidupan seharian. Walaubagaimanapun,
pembacaan Al-Qur’an mengikut hukum tajwid adalah aspek yang perlu
dititikberatkan oleh setiap muslim sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Al-
Muzammil ayat 4;

Maksudnya: dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil".

Justeru, usaha-usaha bagi memperkasakan kemahiran membaca Al-Qur’an
melalui ilmu tajwid ini sudah direalisasikan melalui pelaksanaan kurikulum
Pendidikan Islam di sekolah. Namun demikian, Che Rozali (2012) menyatakan
bahawa kekangan yang dihadapi memerlukan setiap muslim mengambil inisiatif
untuk terus meningkatkan kualiti pembacaan Al-Qur’an. Dengan demikian, keperluan
untuk memperbaiki pembacaan Al-Qur’an secara konsisten amatlah dituntut ke arah


J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 71

melahirkan modal insan yang celik Al-Qur’an dan berupaya mengamalkannya dalam
kehidupan seharian.


PENYATAAN MASALAH

Kajian-kajian oleh Sapie et. al (2017) serta Azarudin et. al (2011) menunjukkan
bahawa tahap pengetahuan bagi hukum tajwid berada pada aras sederhana dan
lemah. Hal ini demikian kerana, walaupun seseorang sudah khatam Al-Qur’an,
namun ia bukanlah jaminan bahawa mereka mampu menguasai Al-Qur’an dengan
baik. Ini sejajar dengan kajian oleh menyatakan tahap Mohd Aderi (2004) yang
pembacaan responden secara keseluruhan berada pada tahap sederhana dan
lemah walaupun kebanyakannya sudah khatam Al-Qur’an.


Kurangnya penekanan dalam bidang tajwid juga menjadi antara punca yang
mempengaruhi tahap penguasaan yang rendah dan sederhana. Ab Halim et. al.
(2013) dalam kajiannya menyatakan ilmu Tajwid kurang diberi tumpuan secara
khusus sebaliknya hanya menekankan kebolehan membaca sahaja. Penekanan ini
juga berkait dengan amalan pengajaran guru dalam tilawah Al-Qur’an di mana kajian
yang dijalankan oleh Rabeah dan Sabri (2019) menunjukkan amalan pengajaran
tilawah Al-Qur’an guru dalam tilawah Al-Qur’an berada pada tahap sederhana.

Bukan itu sahaja. pendidikan asas yang diperolehi menjadi antara indikator
dalam penguasaan Al-Qur’an secara bertajwid (Nurfatin, 2020). Ibu bapa yang tidak
prihatin dalam menyediakan pendidikan Al-Qur’an secara intensif akan memberi
kesan kepada kualiti pembacaan Al-Qur’an yang lemah dalam kalangan anak-anak.
Justeru, ibu bapa juga disarankan mengambil insiatif bagi memberi pendedahan dari
sudut input dan konteks yang lebih luas berkaitan ilmu tajwid.


OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti objektif sebagaimana berikut;

i. Mengenal pasti sejauhmanakah tahap kefahaman guru pelatih Muslim di
IPGKDRI dalam tajwid melibatkan hukum Mad.
ii. Mengenal pasti sejauhmanakah tahap pengaplikasian guru pelatih Muslim
di IPGKDRI dalam tajwid melibatkan hukum Mad
iii. Mengenal pasti hubungan signifikan antara tahap kefahaman guru pelatih
dengan pengaplikasian tajwid hukum Mad.
iv. Mengenal pasti tahap bagi faktor yang mempengaruhi penguasaan hukum
Mad dalam kalangan guru pelatih Muslim di IPGKDRI.


J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 72

PERSOALAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk menjawab persoalan berkaitan dengan pemahaman
Tajwid melibatkan hukum Mad dalam kalangan guru pelatih Muslim IPGKDRI
sebagaimana berikut:

i. Sejauhmanakah tahap kefahaman guru pelatih Muslim di IPGKDRI
berkaitan Tajwid melibatkan hukum Mad?
ii. Sejauhmanakah tahap pengaplikasian guru pelatih Muslim di IPGKDRI
berkaitan Tajwid melibatkan hukum Mad?
iii. Adakah terdapat hubungan signifikan antara tahap kefahaman dengan
pengaplikasian guru pelatih dalam Tajwid melibatkan hukum Mad?
iv. Sejauhmanakah tahap bagi faktor yang mempengaruhi penguasaan
hukum Mad dalam kalangan guru pelatih Muslim di IPGKDRI?


KEPENTINGAN KAJIAN

Dapatan kajian ini dapat memberi kesedaran khususnya kepada guru pelatih untuk
meningkatkan ilmu serta kemahiran dalam tilawah Al-Quran secara bertajwid
dengan istiqamah dan bersungguh-sungguh. Kajian ini juga diharapkan dapat
memberi gambaran umum kepada anggota masyarakat terutamanya ibu bapa bagi
meningkatkan usaha ke arah membentuk anak-anak yang mampu membaca Al-
Quran secara bertajwid dengan betul sebagaimana yang dituntut dalam agama.
Bukan itu sahaja, hasil dapatan kajian ini diharapkan dapat membantu guru
Pendidikan Islam bagi merancang strategi yang efektif secara proaktif pada
peringkat yang lebih awal bagi meningkatkan kualiti tilawah Al-Quran murid-murid ke
arah melahirkan generasi celik Al-Quran.

Di samping itu, kajian ini penting kepada agensi-agensi berkaitan agama
Islam seperti Jabatan Hal Ehwal Agama negeri bagi merangka aktiviti-aktiviti dengan
lebih giat agar ilmu Tajwid Al-Qur’an dapat terus diberi perhatian sewajarnya.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atau institusi pendidikan juga diharapkan
dapat menyediakan peruntukan waktu yang bersesuaian bagi pembelajaran bidang
Al- Qur’an. Seterusnya, kajian ini dapat memberi maklum balas khususnya kepada
pihak IPGKDRI untuk membuka peluang bagi guru pelatih menambahbaik aspek
kandungan dan kebolehan pembacaan Al-Qur’an dengan melaksanakan program-
program yang sewajarnya berdasarkan dapatan yang dikenal pasti.


J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 73

METODOLOGI

Reka Bentuk Kajian

Kajian ini adalah berbentuk tinjauan dengan pendekatan kuantitatif dipilih kerana
kesesuaiannya dengan populasi yang ramai. Dengan demikian, hasil dapatan dapat
digeneralisasikan kepada populasi kajian yang terlibat. Dalam kajian ini, maklumat
yang dikumpul adalah berkaitan dengan pembolehubah bebas iaitu kefahaman
hukum Mad serta pembolehubah bersandar iaitu pengaplikasian hukum Mad. Di
samping itu, kajian tinjauan ini juga mengkaji faktor-faktor penguasaan hukum Mad
dalam kalangan guru pelatih di IPGKDRI.

Populasi dan Sampel Kajian

Populasi dalam kajian ini menggunakan guru pelatih Ambilan Jun 2918. Mette dan
Janice (2016) menyatakan sampel kajian akan mewakili populasi secara
keseluruhan. Justeru, 127 sampel dipilih daripada 204 orang guru pelatih Muslim
PISMP Ambilan Jun 2018 berdasarkan saiz sampel Krechie dan Morgan yang terdiri
daripada tiga pengkhususan. Kaedah persampelan rawak mudah digunakan bagi
membolehkan setiap ahli dalam populasi berpeluang untuk dipilih sebagai sampel
kajian untuk mewakili semua populasi serta tiada unsur bias dan bebas dalam
pemilihan (Dessalegn, 2011).

Instrumen Kajian

Kajian ini menggunakan soal selidik adaptasi daripada kajian Asmadi (2020) dan
dimodifikasi mengikut kesesuaian kajian. Instrumen ini mengandungi empat
bahagian dengan penggunaan skala likert 5. Soal selidik yang dibina ini juga telah
mendapat kesahan daripada pakar bahasa, bidang dan keseluruhan bagi
memastikan item yang dinyatakan mampu mengukur aspek-aspek yang
dikehendaki. Selain itu, kebolehpercayaan instrumen juga dilaksanakan melalui
kajian rintis bagi melihat sejauhmana ketekalan soal selidik yang dibina.


DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian akan menjawab persoalan kajian yang dikemukakan dan hasil
dapatan akan dihuraikan melalui perbincangan bagi setiap aspek kajian yang
dinyatakan. Dapatan berkenaan adalah sebagaimana berikut;


J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 74

i. Apakah tahap kefahaman guru pelatih Muslim di IPGKDRI berkaitan tajwid
melibatkan hukum Mad?

Jadual 1: Statistik deskriptif bagi tahap kefahaman hukum Mad

Item Kekerapan dan peratus Min SP Tahap
STS TS KS S SS
Saya pernah 0 0 1 19 107 4.83 0.39 T
mempelajari 0.0% 0.0% 0.8% 15.0% 84.3%
hukum Mad Asli

Saya memahami 1 2 11 39 74 4.44 0.78 T
pengertian Mad 0.8% 1.6% 8.7% 30.7% 58.3%
Asli
Saya memahami cara 2 3 11 29 82 4.46 0.87 T
bacaan Mad Asli dengan 1.6% 2.4% 8.7% 22.8% 64.6%
betul
Saya pernah 0 1 3 30 93 4.69 0.56 T
mempelajari hukum Mad 0.0% 0.8% 2.4% 23.6% 73.2%
A’rid Lissukun
Saya memahami 1 6 18 36 66 4.26 0.93 T
pengertian Mad A’rid 0.8% 4.7% 14.2% 28.3% 52.0%
Lissukun
Saya memahami cara 2 5 12 40 68 4.31 0.92 T
bacaan Mad A’rid 1.6% 3.9% 9.4% 31.5% 53.5%
Lissukun dengan betul
Saya pernah 0 3 6 35 83 4.54 0.71 T
mempelajari hukum Mad 0.0% 2.4% 4.7% 27.6% 65.4%
Lin
Saya memahami 2 6 18 50 51 4.12 0.93 T
pengertian Mad Lin 1.6% 4.7% 14.2% 39.4% 40.2%

Saya memahami cara 2 5 15 42 63 4.25 0.93 T
bacaan Mad Lin 1.6% 3.9% 11.8% 33.1% 49.6%
Saya pernah 2 2 7 34 82 4.51 0.81 T
mempelajari hukum Mad 1.6% 1.6% 5.5% 26.8% 64.6%
Lazim
Saya memahami 2 6 18 45 56 4.16 0.95 T
pengertian Mad Lazim 1.6% 4.7% 14.2% 35.4% 44.1%
Saya memahami jenis- 2 5 19 43 58 4.18 0.94 T
jenis Mad Lazim 1.6% 3.9% 15.0% 33.9% 45.7%
Saya memahami cara 1 6 17 48 55 4.18 0.90 T
bacaan Mad Lazim 0.8% 4.7% 13.4% 37.8% 43.3%
dengan betul
Saya pernah 2 6 9 38 72 4.35 0.92 T
mempelajari hukum Mad 1.6% 4.7% 7.1% 29.9% 56.7%
‘Iwad
Saya memahami 3 12 21 40 51 3.98 1.08 S
pengertian Mad ‘Iwad 2.4% 9.4% 16.5% 31.5% 40.2% T
Saya memahami cara 4 11 17 41 54 4.02 1.10 T
bacaan Mad ‘Iwad 3.1% 8.7% 13.4% 32.3% 42.5%
dengan betul
Jumlah 4.33 0.63 T


J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 75

ii. Apakah tahap pengaplikasian guru pelatih Muslim di IPGKDRI berkaitan
tajwid melibatkan hukum Mad?

Jadual 2: Statistik deskriptif bagi tahap pengaplikasian hukum Mad


Item Kekerapan dan peratus Min SP Tahap
STS TS KS S SS
Saya 2 6 11 34 74 4.35 0.94 T
mengaplikasikan 1.6% 4.7% 8.7% 26.8% 58.3%
potongan ayat yang
mengandungi
hukum Mad Asli
dengan betul.
Saya 1 7 13 43 63 4.26 0.91 T
mengaplikasikan 0.8% 5.5% 10.2% 33.9% 49.6%
potongan ayat yang
mengandungi
hukum Mad A’rid
Lissukun dengan
betul
Saya 3 7 16 51 50 4.09 0.98 T
mengaplikasikan 2.4% 5.5% 12.6% 40.2% 39.4%
potongan ayat yang
mengandungi
hukum Mad Lin
dengan betul.

Saya 3 7 18 54 45 4.03 0.97 T
mengaplikasikan 2.4% 5.5% 14.2% 42.5% 35.4%
potongan ayat yang
mengandungi
hukum Mad Lazim
dengan betul.

Saya 6 8 23 38 52 3.96 1.13 ST
mengaplikasikan 4.7% 6.3% 18.1% 29.9% 40.9%
potongan ayat yang
mengandungi
hukum Mad ‘Iwad

Jumlah 4.14 0.86 T


J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 76

iii. Adakah terdapat hubungan signifikan antara tahap kefahaman guru pelatih
dan tahap pengaplikasian hukum Mad

Jadual 3: Hubungan antara tahap kefahaman dan pengaplikasian hukum Mad

Korelasi
Kefahaman Pengaplikasian
**
Kefahaman Korelasi Pearson 1 .806
Sig. (2- hujung ) .000
N 127 127
Pengaplikasian Korelasi Pearson .806 1
**
Sig. (2-hujung) .000
N 127 127
**. Korelasi adalah signifikan pada aras 0.01 (2-arah).

iv. Apakah tahap bagi faktor yang mempengaruhi tahap penguasaan hukum
Mad dalam kalangan guru pelatih Muslim di IPGKDRI ?

Jadual 4: Statistik deskriptif bagi faktor-faktor yang mempengaruhi penguasaan
hukum Mad



Item Kekerapan dan peratus Min Sisiha Taha
n p
Piawai
ST TS KS S SS
S
Saya berminat membaca 0 2 8 43 74 4.49 0.69 T
al-Quran pada masa 0.0 1.6 6.3 33.9 58.3
lapang. % % % % %
Membaca al-Quran 1 0 5 41 80 4.57 0.65 T
secara bertajwid 0.8 0.0 3.9 32.3 63.0
mendisiplinkan diri saya. % % % % %
Saya sentiasa berusaha 0 4 9 39 75 4.46 0.76 T
mempelajari hukum 0.0 3.1 7.1 30.7 59.1
tajwid untuk % % % % %
membetulkan bacaan
yang salah.
Ilmu tajwid adalah 0 0 1 9 117 4.91 0.31 T
penting untuk dipelajari. 0.0 0.0 0.8 7.1% 92.1
% % % %
Ibu bapa orang pertama 3 7 7 18 92 4.49 1.00 T
mengajar saya membaca 2.4 5.5 5.5 14.2 72.4


J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 77

al-Quran. % % % % %
Ibu bapa sentiasa 1 5 10 37 74 4.40 0.86 T
membimbing saya 0.8 3.9 7.9 29.1 58.3
membaca al-Quran % % % % %
dengan betul dan
bertajwid.
Ibu bapa menghantar 0 2 3 22 100 4.73 0.58 T
saya belajar al-Quran 0.0 1.6 2.4 17.3 78.7
bagi mempertingkatkan % % % %
bacaan al-Quran saya.
Ibu bapa memainkan 0 1 2 29 95 4.72 0.53 T
peranan yang utama 0.0 0.8 1.6 22.8 74.0
dalam meningkatkan % % % % %
penguasaan pembacaan
al-Quran saya
Guru Al-Quran adalah 12 27 18 22 48 3.53 1.42 ST
orang pertama mengajar 9.4 21.3 14.2 17.3 37.8
saya membaca al-Quran. % % % % %
Guru sentiasa 0 0 8 32 87 4.62 0.60 T
memperbetulkan bacaan 0.0 0.0 6.3 25.2 68.5
setiap pelajar yang % % % % %
bermasalah semasa
pengajaran.
Guru memastikan saya 0 2 4 30 91 4.65 0.62 T
memahami hukum tajwid 0.0 1.6 3.1 23.6 71.7
yang diajar. % % % % %
Guru memainkan 0 1 5 35 86 4.62 0.60 T
peranan utama dalam 0.0 0.8 3.9 27.6 67.7
meningkatkan % % % % %
penguasaan pembacaan
al-Quran saya.
Jumlah 4.52 0.36 T


PERBINCANGAN

Dapatan kajian menunjukkan bahawa 15 daripada 16 item kefahaman hukum Mad
mencatatkan nilai min berada pada tahap tinggi dengan nilai min yang sekata antara
4.02 hingga 4.83. Kefahaman yang tinggi bagi Mad Asli adalah selari dengan kajian
Zainora et. al. (2017). Secara keseluruhannya, majoriti item bagi tahap kefahaman
hukum Mad dalam kalangan responden menunjukkan tahap yang tinggi kecuali bagi


J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 78

item 15 yang berada pada tahap sederhana tinggi. Hal ini dapat ditunjukkan melalui
nilai keseluruhan bagi bahagian ini iaitu (Min=4.33, Sisihan Piawai=0.63) yang dapat
diinterpretasikan berada pada tahap tinggi. Kesimpulannya, kefahaman lima hukum
Mad dalam kalangan guru pelatih PISMP Ambilan Jun 2018 berada pada tahap
tinggi.

Selain itu, dapatan menunjukkan bahawa empat daripada lima item bagi
pengaplikasian hukum Mad berada pada aras tinggi dengan nilai min adalah sekitar
antara 4.03 hingga 4.35. Daripada nilai ini, item Mad Asli mencatatkan nilai min
paling tinggi berbanding nilai min bagi item-item lain. Namun demikian, tahap
pengaplikasian Mad ‘Iwad (Min=3.96, Sisihan Piawai=1.13) adalah berbeza dengan
dapatan Syairun (2018) yang menunjukkan pembacaan yang baik bagi hukum
tersebut. Keseluruhannya, nilai min bagi tahap pengaplikasian mencatatkan tahap
tinggi (Min=4.14, Sisihan Piawai=0.86). Oleh yang demikian, pengkaji merumuskan
bahawa guru pelatih tahap pengaplikasian bagi kelima-lima jenis hukum Mad berada
pada tahap tinggi.

Seterusnya, dapatan juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan
antara kefahaman dan pengaplikasian hukum Mad dengan korelasi pearson
menunjukkan nilai (r = 0.806, sig = 0.00). Nilai signifikan p <0.05 menggambarkan
wujudnya hubungan yang signifikan. Ini membolehkan hipotesis alternatif diterima.
Selain itu, magnitud pekali korelasi positif menunjukkan bahawa nilai pembolehubah
yang dikaji tersebut berhubungan secara berkadar langsung antara satu sama lain.
Nilai r menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang sangat kuat antara tahap
kefahaman dan pengaplikasian hukum Mad. Justeru, pengkaji berpendapat bahawa
dalam kajian ini jika tahap kefahaman hukum Mad dalam kalangan guru pelatih
Muslim tinggi, maka tahap pengaplikasian hukum Mad juga tinggi yang juga selari
dengan kajian Asmadi (2020).

Dapatan bagi persoalan kajian 4 menunjukkan bahawa 11 daripada 12 item
yang dikemukakan dalam bahagian ini mencatatkan nilai min pada tahap tinggi
dengan nilai min bagi tahap tinggi berada antara 4.40 hingga 4.91. Justeru, antara
item yang berada pada tahap tinggi adalah item 4 (Min=4.91, Sisihan Piawai=0.31).
Dapatan ini menggambarkan guru pelatih mengakui bahawa ilmu Tajwid merupakan
ilmu yang perlu dipelajari oleh mereka. Kenyataan ini disokong oleh kajian Arsyad
dan Salahuddin (2018) yang menyatakan bahawa ilmu tajwid sepatutnya diberi
penekanan oleh setiap umat Islam.

Justeru, dapatan keseluruhan bagi faktor-faktor yang mempengaruhi
penguasaan hukum Mad menunjukkan nilai (Min=4.52, Sisihan Piawai=0.36)
menggambarkan tahap tinggi terhadap sebilangan besar item yang dikemukakan.
Konklusinya, pengkaji membuat kesimpulan bahawa guru pelatih mempunyai


J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 79

persepsi bahawa faktor-faktor yang dikenal pasti iaitu melibatkan individu, ibu bapa
dan guru sangat mempengaruhi penguasaan tajwid hukum Mad mereka.


KESIMPULAN

Kesimpulannya, dapatan kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa tahap
kefahaman pengaplikasian serta faktor-faktor penguasaan bagi hukum Mad dalam
kalangan guru pelatih PISMP Ambilan Jun 2018 berada pada tahap tinggi. Dapatan
juga menunjukkan hubungan signifikan antara kefahaman dan pengaplikasian
hukum Mad. Ini menggambarkan bahawa sekiranya responden memiliki kefahaman
yang baik terhadap hukum Mad, maka mereka dapat mengaplikasikan bacaan bagi
tajwid hukum Mad tersebut dengan baik. Selain itu. terdapat beberapa cadangan
dikemukakan berikutan skop kajian ini adalah terhad disebabkan oleh faktor seperti
kekangan masa, tenaga, kos serta penularan wabak Covid-19 bagi tujuan
penambahbaikan terhadap kajian ini. Antara cadangan yang dapat diketengahkan
adalah kajian lanjutan akan melibatkan jenis-jenis hukum Mad yang lain seperti Mad
Tamkin, Mad Badal, Mad Silah dan sebagainya. Di samping itu, pelbagai instrumen
kajian seperti soal selidik dan ujian boleh digunakan bagi membolehkan dapatan
yang lebih kukuh dan bermakna. Kajian lanjutan boleh juga dilaksanakan kepada
populasi yang lebih ramai dengan melibatkan semua guru pelatih di IPGKDRI.
Begitu juga, kajian pada masa akan datang diharapkan dapat mengkaji perkara
berkaitan faktor-faktor yang mempengaruhi penguasaan hukum Mad selain daripada
faktor yang telah dikaji. Ini dapat menambahkan ilmu dan kesedaran kepada
pengkaji serta pelbagai pihak terhadap faktor-faktor yang perlu diberi penekanan
bagi meningkatkan penguasaan tajwid dalam kalangan umat Islam.


Rujukan

Ab Halim, T., Ahmad Munawar, I., Amal Hayati, M. N. & Mohd Izzudin, M. P. (2013).
Penilaian Guru Terhadap Pelaksanaan Model-Model Tilawah Al-Qur'an
Program J-QAF. International Journal Of Islamic Thought, Vol.3(June).

Arsyad , A., & Salahuddin, S. (2018). Hubungan Kemampuan Membaca Al Qur’an
Dan Minat Belajar Siswa Dengan Hasil Belajar Pendidikan Agama Islam
(Pai). Edukasi: Jurnal Penelitian Pendidikan Agama dan Keagamaan, 16(2).

Asmadi, C. M. A. (2017). Tahap Kefahaman Dan Pengaplikasian Hukum Nun
Sakinah dan Tanwin Murid Tahun 4 Dan Tahun 5 Sekolah Kebangsaan Pagar
Besi. Institut Pendidikan Guru Kampus Dato' Razali Ismail.


J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 80

Azarudin Awang, Azman Che Mat, & Ahmad Nazuki @ Marzuki Yaakub. (2011).
Tahap Pembacaan Al-Quran Dalam Kalangan Pelajar di UITM. AJTLHE: Asean
Journal Of Teaching And Learning In Higher Education, 83-100.

Che Rozali Husain. (2012). Penguasaan Tajwid Hukum Lima di Kalangan Murid
Tahun Lima: Satu Kajian di Sekolah Kebangsaan Padang Mandol Tumpat
Kelantan.Https://Www.Scribd.Com/Doc/168451921/Penguasaan-Tajwid-
Hukum-Lima-Di-Kalangan

Dessalegn Dache. (2011). Sampling Methods. Dessalegn Oulte.

Mette Baran, & Janice Jones. (2016). Mixed Method Research for Improved
Scientific Study. Horshey PA: Information Science Reference (An Imprint Of IGI
Global).


Nurfatin Najwa, M. Z. (2020). Penguasaan Al-Qur'an dalam Kalangan Pelajar
Universiti Sultan Azlan Shah. Universiti Sultan Azlan Shah.

Nursyahirah Wahidah, M., Mahyuddin, H., Noorhayati, H., & Fariza, P. B. (2018).
Kedudukan Taksonomi Bloom Menurut Perspektif Islam Jurnal of Quran
Sunnah Education and Special Needs, 18-26.

Rabeah, G. & Sabri, M. (2019). Amalan Talaqqi dan Musyafahah dalam Kalangan
Guru Pendidikan Islam SJKC. At-Tahkim, 1-6.

Sapie, S., Zarina, M. A., & Siti Nga'ishah, M. (2017). Penilaian Terhadap Aspek
Konteks dan Input Berkaitan Tahap Penguasaan Hukum Tajwid Alif Lam
Qamariah dan Alif Lam Syamsiyah Di Sekolah Kebangsaan Rembang Panas,
Negeri Sembilan. Conference: 8th Pedagogy International Seminar 2017 (1-
20). Kuala Lumpur: Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS).

Syairun Nadawati. (2018). Kemampuan Siswa Mengaplikasikan Hukum Bacaan Mad
pada Pembelajaran Qur’an Hadis Di Kelas VIII C Mtsn 4 Banjar. (Tesis
Sarjana).


Zainora, D., Shaharuddin, S., & Ahmad Shahir, M. (2017). Sekolah Tahfiz di
Selangor: Satu Kajian Terhadap Penguasaan Ilmu Tajwid. Jurnal Pengajian
Islam, 141-151.


J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 81

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MELABEL STRUKTUR GIGI DENGAN
MENGGUNAKAN AR-LaGi BAGI MURID TAHUN TIGA

1
Mack Lee ([email protected])
2
Chiam Sun May, PhD ([email protected])

1,2 Institut Pendidikan Guru Kampus Kent

Abstrak

Kajian tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran melabel struktur gigi
menggunakan inovasi AR-LaGi yang merupakan sebuah kaedah Augmented Reality
(AR). Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah kebangsaan (SK) yang terletak di
daerah Tuaran, Sabah. Peserta kajian terdiri daripada tujuh orang murid Tahun 3
iaitu lima orang murid lelaki dan dua orang murid perempuan. Model Penyelidikan
Kurt Lewin (1946) telah diadaptasi dalam kajian ini. Saya telah menggunakan empat
instrumen bagi mengumpul data kajian iaitu ujian (pra dan pos), temu bual,
pemerhatian, dan analisis dokumen awal. Intervensi telah dijalankan dengan
menggunakan aplikasi Assemblr Edu bagi meningkatkan kemahiran melabel keratan
struktur gigi dengan betul. Hasil dapatan kajian menunjukkan peningkatan purata
markah kemahiran melabel struktur gigi dengan betul sebanyak 94 peratus selepas
menggunakan AR. Dapatan pemerhatian dan temu bual turut menunjukkan murid
telah dapat menguasai kemahiran melabel struktur gigi dan berminat dalam
menggunakan AR-LaGi pada masa akan datang. Justeru, AR-LaGi berjaya
membantu murid dalam meningkatkan penguasaan kemahiran melabel keratan
rentas struktur gigi dengan betul.

Kata Kunci: Augmented Reality, Struktur Gigi, Assemblr Edu


Abstract

This action research aims to improve the skills of labeling tooth structures using the
AR-LaGi innovation which is an Augmented Reality (AR) method. This study was
conducted in a national school (SK) located in the district of Tuaran, Sabah. The
study participants consisted of seven Year 3 students; five male students and two
female students. Kurt Lewin’s (1946) Research Model was adapted in this study. I
have used four instruments to collect study data namely tests (pre and post),
interviews, observations, and initial document analysis. Interventions were carried
out using the Assemblr Edu application to improve the skills of labeling tooth
structure sections correctly. The results of the study showed an increase in the
average skill score of labeling tooth structure correctly by 94 percent after using AR.


J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 82

Findings from observations and interviews also showed that students have mastered
the skills of labeling tooth structures and are interested in using AR-LaGi in the
future. Thus, AR-LaGi successfully helps students in improving the mastery of the
skills of labeling the cross section of tooth structure correctly.

Keywords: Augmented Reality, Tooth Structure, Assemblr Edu



PENDAHULUAN

Kajian ini merupakan Kajian Tindakan dalam mata pelajaran sains Tahun 3 yang
dijalankan semasa perlaksanaan praktikum fasa satu di sebuah sekolah di daerah
Tuaran. Kajian Tindakan ialah kaedah inkuiri sistematik yang dilakukan oleh guru
sebagai penyelidik amalan mereka sendiri (Mills, 2014). Aplikasi Augmented Reality
(AR) merupakan satu teknologi yang memberi peluang kepada pengguna untuk
melihat sesuatu daripada pelbagai perspektif (Muhammad Amin & Zurina, 2020).
Dalam konteks ini, AR akan digunakan dalam membantu murid meningkatkan
kemahiran melabel komponen struktur gigi dengan betul. Penerapan AR ini diyakini
akan dapat membantu murid terlibat secara aktif dalam pengajaran dan
pembelajaran (PdP) Sains sama ada di dalam bilik darjah ataupun di luar bilik
darjah.


PENYATAAN MASALAH

Data awal yang mendorong kepada kajian tindakan ini ialah melalui penelitian hasil
kerja murid di dalam buku aktiviti sains. Seramai tujuh orang murid menunjukkan
prestasi yang kurang memberangsangkan dalam hasil kerja mereka. Analisis
masalah yang terperinci boleh dilihat di dalam Jadual 1.

Jadual 1: Analisis masalah

Murid Masalah
- Terdapat kekeliruan dalam
perlabelan salur darah dan saraf
atas faktor warna










J1


J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 83

- Struktur gigi tidak dilabelkan dan
diwarnakan











J2, J5, J6
- Struktur gigi tidak dilabelkan














J3, J7
- Anak panah label tidak
menyentuh struktur yang
hendak dilabel









J4

Seramai tujuh orang murid yang terdiri daripada lima orang lelaki dan dua
orang perempuan dilibatkan dalam kajian ini. Maklumat mengenai murid dalam
kajian adalah seperti dalam Jadual 2.

Jadual 2: Maklumat murid dalam kajian

Kod Jantina Bangsa Ciri-ciri unik
J1 Lelaki Bajau Lemah membaca
J2 Lelaki Bajau Lemah membaca
J3 Lelaki Bajau Lemah membaca
J4 Perempuan Bajau Lemah membaca
Sangat lemah membaca
J5 Perempuan Bajau
Pendiam
J7 Lelaki Bajau Lemah membaca


J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 84

OBJEKTIF KAJIAN

1. Meningkatkan skor murid dalam kemahiran melabel struktur keratan rentas
gigi dengan menggunakan AR-LaGi.
2. Membantu murid dalam menguasai kemahiran melabel struktur keratan
rentas gigi dengan menggunakan AR-LaGi.
3. Menarik minat murid untuk menyelesaikan soalan melabel struktur keratan
rentas gigi dengan menggunakan AR-LaGi.

PERSOALAN KAJIAN

1. Adakah skor murid dalam kemahiran melabel struktur keratan rentas gigi
meningkat setelah menggunakan AR-LaGi?
2. Adakah AR-LaGi dapat membantu murid dalam menguasai kemahiran
melabel struktur keratan rentas gigi?
3. Adakah murid tertarik untuk menyelesaikan soalan melabel struktur keratan
rentas gigi dengan menggunakan AR-LaGi?

KEPENTINGAN KAJIAN

Pemilihan AR sebagai tindakan diyakini dapat menangani masalah yang dihadapi
oleh murid dan juga pengkaji. Menurut Noradilah dan Lai (2019), penggunaan media
sosial bukan penting adalah seiring dengan perkembangan dunia digital malah ia
menjadikan proses pembelajaran lebih menarik dan produktif. AR yang
menggunakan pengunaan teknologi digital berkait rapat dengan gamifikasi di mana
pendekatan berbentuk gamifikasi dapat membantu meningkatkan pemahaman
pelajar sekaligus meningkatkan skor pencapaian pelajar berbanding kaedah
tradisional (Azita, Lutfiah Natrah & Azrin, 2021).

Kajian mengenai potensi AR turut dijalankan di sebuah prasekolah turut
menunjukkan kepentingannya kepada murid dan dalam pendidikan. Menurut kajian
yang dijalankan oleh Wee dan Fadilah (2020) di salah sebuah prasekolah, AR boleh
digunakan bagi meningkatkan aspek kelancaran dan keaslian pemikiran kreatif,
bertepatan dengan standard dalam Pembelajaran Abad ke-21. Justeru, AR
mempunyai kepentingan dan berpotensi dalam perkongsian ilmu pengetahuan dan
memberi nilai tambah pedagogi.

Seterusnya, guru mempunyai pandangan yang positif terhadap pembelajaran
abad ke-21 tetapi perlu melakukan penambahbaikkan dalam amalan pengajaran
(Norazlin & Siti Rahaimah, 2019). Oleh itu, AR diyakini dapat merangsang kolaborasi
melalui bantuan rakan guru dalam penggunaannya. Kolaborasi ini akan dapat dilihat
semasa penggunaan AR dalam kajian di mana murid dan guru akan bersama-sama
menggunakan AR. Pernyataan di atas disokong oleh kajian Shiue, Hsu, Sheng, dan


J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 85

Lan (2019), di mana kebanyakan buku teks hanya menerbitkan gambar dua dimensi
diikuti dengan ekspresi naratif ialah bersifat abstrak dan menyukarkan dalam
membantu murid mempelajari bahagian kompleks struktur tubuh.

Tambahan lagi, aplikasi AR ini mampu memberikan pengalaman yang baru
kepada pelajar dan dapat menggalakkan lagi pelajar untuk mengaplikasikan kaedah
pembelajaran kendiri dan penerokaan kendiri (Dayana Farzeeha, Siti Syazwani &
Marlissa, 2020). Justeru, penerapan AR ini akan dapat meningkatkan perkongsian di
antara guru dan pihak sekolah bagi melahirkan kaedah pembelajaran yang sesuai
untuk murid.

Kebolehgunaan AR ini juga diyakini kerelevenannya kepada pihak sekolah
seiring dengan Revolusi Perindustrian 4.0 di negara ini. Wee dan Fadilah (2020),
menyatakan bahawa penggunaan teknologi AR boleh dipertingkatkan untuk
Pendidikan 4.0. Tambahan lagi, manusia pada masa kini mempunyai peluang untuk
merasai immersive learning di dalam bilik darjah dan secara tidak formal; di rumah,
perpustakaan, pusat komuniti dengan pengembangan praktikal dan kemampuan
realiti maya dan realiti campuran (Petrov & Atanasova, 2020).


Menurut (Jessnor Elmy, Hartini & Rusliza, 2017), teknologi dan aplikasi yang
terdapat dalam gajet boleh membantu murid untuk belajar pada pace mereka. Murid
boleh menggunakan AR untuk mengakses bahan PdP yang disediakan oleh guru.
Dengan ini, murid akan dapat mengulangi isi PdP sekiranya mereka tidak faham
berdasarkan pemahaman murid masing-masing.

Selain itu, pemilihan AR juga mempunyai kebolehtadbiran yang tinggi di mana
ia bertujuan untuk mengurangkan pergerakan dan sentuhan murid semasa
perlaksanaan kajian tindakan. Ini selaras dengan pematuhan Standard Operasi
Prosedur (SOP) semasa yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN)
semasa penularan wabak pandemik COVID-19 ini. Garis Panduan Pengurusan dan
Pengoperasian Sekolah Dalam Norma Baharu 2.0 yang dikeluarkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia (2021) menyatakan bahawa penjarakkan fizikal
perlu disediakan di mana dalam konteks bilik darjah, tanda penjarakkan diletakkan
pada kaki meja baris hadapan dan baris tepi pertama untuk rujukan.


METODOLOGI

Kajian tindakan ini menggunakan kaedah campuran analisis kuantitatif dan kualitatif
dalam mengumpul dan menganalisis data.


J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 86

Jadual 3: Kaedah, cara analisis dan cara semak data

Kaedah Cara analisis Cara semak data
• Analisis hasil kerja awal
Analisis dokumen awal
murid
Temu bual • Bertema Kaedah triangulasi
• Data disemak dari
• Peningkatan kekerapan
Pemerhatian pelbagai sudut
aspek
Ujian pra dan pos • Peratus dan min


DAPATAN KAJIAN

Ujian Bertulis


Graf Bar Peratusan Perbandingan Markah Ujian

100
80
Peratus,% 60

40
20
0
J1 J2 J3 J4 J5 J6 J7
Murid

Sebelum Selepas


Rajah 1. Graf Bar Perbandingan Markah Ujian

Pemerhatian


Jumlah peningkatan pemerhatian aspek kekerapan
tingkah laku murid

J7
Murid J4



J1
0 1 2 3 4 5 6 7
Tingkah laku

Sebelum Selepas


Rajah 2. Graf bar pemerhatian aspek kekerapan tingkah laku murid


J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 87

Temu Bual

Jadual 4: Paparan data temu bual murid

Tema Kod Murid Bukti
J1 J11
J2 J21
J3 J31, J33
Mengingat I J4 J41, J44
J5 J51, J54-55
J6 J61, J64
J7 J71, J74
J1 J12-13
J2 J22-23
J3 J32
Minat M J4 J42-43
J5 J52-53
J6 J62-63
J7 J72-73
J1 J14-15
J2 J24-25
J3 J34
Aplikasi A J4 J45
J5 J56
J6 J65
J7 J75


PERBINCANGAN

Menjawab kepada soalan satu, pencapaian murid dalam kemahiran melabel struktur
keratan rentas gigi meningkat setelah menggunakan AR-LaGi. Purata markah bagi
ujian pos ialah 94.24 peratus. Perbezaan peningkatan purata ialah sebanyak 82.86
peratus. Peningkatan markah purata melebihi 60 peratus menunjukkan bahawa skor
murid dalam kemahiran melabel struktur keratan rentas gigi meningkat setelah
menggunakan AR-LaGi. Sokongan triangulasi lanjutan kepada soalan satu ini
dijelaskan dalam soalan kedua dan ketiga dibawah.

Menjawab kepada soalan dua, AR-LaGi dapat membantu murid dalam
menguasai kemahiran melabel struktur keratan rentas gigi. Kenyataan ini disokong
dengan peningkatan pemerhatian tingkah laku murid dalam kod P1, P2, P3 dan P4
yang menekankan kepada penguasaaan kemahiran melabel, menjawab soalan, dan
juga penggunaan AR-LaGI. Ini dibuktikan dengan hasil dapatan tema yang dibentuk
dalam temu bual iaitu tema mengingat dan aplikasi.


J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 88

Menjawab kepada soalan tiga, murid tertarik untuk menyelesaikan soalan
melabel struktur keratan rentas gigi dengan menggunakan AR-LaGi. Ini dibuktikan
dengan pembentukan tema minat murid setelah menggunakan AR-LaGi dan juga
kekerapan penuh pada senarai semak pemerhatian minat murid iaitu dalam kod P5,
P6, dan P7. Oleh itu, AR dapat menarik minat untuk menyelesaikan soalan melabel
struktur keratan rentas gigi dengan menggunakan AR-LaGi.


KESIMPULAN

Keadaan murid iaitu kemahiran membaca yang lemah dan juga kekangan masa
yang singkat telah berjaya diatasi dengan menggunakan kaedah pembelajaran
berasaskan AR ini walapun dijalankan di sekolah yang terletak di luar bandar. Pada
sebelumnya, slide yang digunakan dalam PdP sebelum kajian hanya menekan
kepada visual iaitu paparan slide, dan juga audio iaitu bercerita manakala AR-LaGi
ini menekankan kepada visual dan audio yang diterapkan semasa penggunaannya.
Justeru, AR-LaGi yang menekankan paparan objek secara tiga dimensi telah dapat
membantu murid berbanding slide. Kesimpulannya, AR-LaGi dapat membantu murid
dalam melabel struktur keratan rentas gigi dengan betul.

Terdapat beberapa kelemahan yang dihadapi semasa pelaksanaan AR di
dalam kelas. Yang pertama, AR-LaGi perlu diakses dengan menggunakan capaian
Internet yang stabil. Hal ini kerana, kaijan ini dijalankan di kawasan luar bandar.
Capaian Internet yang lemah akan menyebabkan bahan yang hendak dipaparkan
menjadi lambat. Sebelum ini, hanya struktur gigi dan juga pelabelan sahaja yang
dipaparkan berpandukan kepada keperluan DSKP. Oleh itu, AR-LaGi boleh
diperbaiki dengan menambah beberapa fitur yang menarik. Penambahan fitur
seperti info mengenai pelabelan struktur gigi boleh ditambah agar ia menjadi lebih
menarik. Video juga boleh ditambah supaya murid dapat meneroka dengan lebih
dalam lagi mengenai struktur gigi.


Rujukan


Azita, A., Lutfiah Natrah, A. & Azrina, M. S. (2021). Keberkesanan Pembelajaran
Gamifikasi dalam Pencapaian Pelajar bagi Topik Nombor Kompleks. Online
Journal for TVET Practitioners, 6(2): 108-122.
https://publisher.uthm.edu.my/ojs/index.php/oj-tp/article/view/6068

Dayana Farzeeha Ali & Siti Syazwani Yahya & Marlissa Omar. (2020). Penggunaan
Aplikasi Augmented Reality dalam Topik Litar Asas Elektronik. Innovative
Teaching and Learning Journal, 3(2):1-7.


J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 89

Jessnor Elmy Mat-jizat & Hartini Jaafar & Rusliza Yahaya. (2017). Measuring the
Effectiveness of Augmented Reality as Pedagogical Strategy in Enhancing
Student Learning and Motivation. International Journal of Academic Research
in Business and Social Sciences. 7(1); 225-240.

Mills, G. E. (2014). Action Research: A Guide for The Teacher Researcher. Pearson
Education Limited: England.


Muhammad Amin Mohd Ariff & Zurina Muda. (2020). Aplikasi Mudah Alih Realiti
Terimbuh untuk Visualisasi Kad Keahlian Interaktif. Universiti Kebangsaan
Malaysia: Malaysia.

Noradilah Aziz & Lai, W. S. (2019), Impak Pendidikan Berasaskan Teknologi
Terhadap Peningkatan Prestasi Pelajar di UKM, Jurnal Personalia Pelajar,
22(1):69-75

Norazlin Mohd Rusdin & Siti Rahaimah Ali. (2019). Amalan dan Cabaran
Pelaksanaan Pembelajaran Abad ke-21. Paper Presented at Proceedings of
the International Conference on Islamic Civilization and Technology
Management. Diakses daripada https://www.tatiuc.edu.my


Petrov, P. D. & Atanasova, T. V. (2020). The Effect of Augmented Reality on
Students’ Learning Performance in STEM Education. Information, 11(4):209.
https://doi.org/10.3390/info11040209

Shiue, Y. & Hsu, Y. & Sheng, M. & Lan, C. (2019). Impact of an Augmented Reality
System on Students’ Learning Performance for a Health Education Course.
International Journal of Management, Economics and Social Sciences,
8(3):195-204. doi: http://dx.doi.org/10.32327/IJMESS/8.3.2019.12


Wee, H. T.& Fadilah Abdul Rauf. (2020). Potensi Realiti Terimbuh dalam Aktiviti
Mewarna: Satu Kajian di Sebuah Prasekolah. Souteast Asia Early Childhood
Journal,9(2),1-10.
https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/SAECJ/article/view/2989


J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 90

TRIPIKTO: MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN PENUKARAN
PERPULUHAN KEPADA PERATUS MURID TAHUN TIGA DI SK SERUSUP
TUARAN SABAH

Haziq Abdul Latif ([email protected])
1
2
Kok Boon Shiong, PhD ([email protected])

1,2 IPG Kampus Kent


Abstrak

Kajian tindakan ini bertujuan untuk membantu murid tahun tiga bagi meningkatkan
kemahiran penukaran perpuluhan kepada peratus dengan menggunakan kaedah
TriPikto. Seramai sembilan orang murid aliran perdana telah dipilih dari sebuah
sekolah di dalam daerah Tuaran, Sabah sebagai peserta kajian. Hasil tinjauan awal
mendapati bahawa kesemua peserta kajian mempunyai masalah dalam topik
perpuluhan dan peratusan. Dapatan awal menunjukkan peserta tidak berjaya
menyelesaikan soalan, kesilapan operasi dan meneka jawapan. Bagi memastikan
kajian ini mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan yang baik, triangulasi data
diperoleh melalui kaedah pemerhatian, temubual, ujian dan analisis dokumen.
Intervensi kajian dengan menggunakan bahan konkrit iaitu kaedah TriPikto
dilaksanakan setelah mengenalpasti permasalahan yang berlaku. Ujian pra,
temubual, dan analisis dokumen digunakan untuk mengenalpasti masalah yang
berlaku dalam kalangan peserta kajian. Sepanjang kajian dilaksanakan, kedua-dua
analisis kualitatif dan kuantitatif dilaksanakan. Peningkatan penguasaan peserta
kajian diukur melalui ujian pasca yang dilakukan selepas intervensi TriPikto
diperkenalkan. Dapatan kajian dibincangkan secara teratur dan teliti mengikut
kaedah mengumpul data yang telah dipilih. Pengkaji juga membincangkan cadangan
kajian yang boleh dilakukan pada masa akan datang yang menyentuh aspek
digitalisasi, PAK-21 dan Seni Dalam Pendidikan. Secara tuntasnya, pendekatan
berasaskan bahan konkrit melalui intervensi TriPikto dapat meningkatkan
penguasaan murid dalam kemahiran perpuluhan kepada peratus.

Kata kunci: Kemahiran penukaran, TriPikto, perpuluhan, peratus


Abstract

This action research aims to help third year students to improve their decimal to
percentage conversion skills by using the TriPikto method. A total of nine
mainstream students were selected from a school in the district of Tuaran, Sabah as
study participants. Preliminary survey results found that all study participants had


J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 91

problems in the topics of decimals and percentages. Preliminary findings showed
participants did not successfully complete the question, operating errors and
guessing the answer. To ensure that this study has good reliability and validity, data
triangulation was obtained through observation, interview, test and document
analysis methods. The research intervention by using concrete materials, namely the
TriPikto method was implemented after identifying the problems that occurred. Pre -
tests, interviews, and document analysis were used to identify problems that
occurred among study participants. Throughout the study, both qualitative and
quantitative analyzes were performed. The improvement in mastery of study
participants was measured through post-tests performed after the TriPikto
intervention was introduced. The findings of the study are discussed in an orderly
and thorough manner according to the method of data collection that has been
selected. The researcher also discusses the proposed research that can be done in
the future that touches on aspects of digitalization, PAK-21 and Art in Education.
Thoroughly, a concrete material -based approach through the TriPikto intervention
can improve students ’mastery of decimal skills to percentages.

Keywords: Conversion skills, TriPikto, decimals, percentages


PENGENALAN

Masalah penguasaan murid dalam topik perpuluhan adalah menjadi salah satu isu
pengajaran pada hari ini. Penguasaan konsep dan kemahiran murid adalah menjadi
perkara yang perlu diselesaikan oleh guru dalam hal ini. Penggunaan bahan bersifat
konkrit adalah menjadi perkara tuntas bagi menjadi penyelesaian untuk murid yang
lemah dalam masalah ini (Cheun & Rosli, 2021).

Penggunaan bahan bantu mengajar oleh guru di dalam bilik darjah harus
diaplikasikan kerana murid akan mudah memahami perkara yang diajar dengan
menggunakan bahan konkrit mengenai perkara perkara abstrak. Kebanyakan
konsep di dalam pendidikan matematik adalah bersifat abstrak, namun ianya
menjadi tanggungjawab guru bagi memastikan murid memahami dengan lebih
mudah (Kassim & Zakaria, 2015). Melalui cara ini, murid dapat merasai pengalaman
sebenar melalui aktiviti yang dijalankan sekaligus menjadikan pengajaran di dalam
bilik darjah itu lebih bermakna.

Kajian yang dilaksanakan ini mempunyai fokus terhadap keberkesanan
penggunaan bahan konkrit sebagai penyelesaian untuk sesuatu masalah. Saya
berfokuskan kepada keberkesanan bahan konkrit sebagai intervensi iaitu TriPikto
untuk menyelesaikan masalah atau isu yang wujud iaitu masalah penguasaan murid
dalam kemahiran penukaran perpuluhan kepada peratus. Dalam isu ini, murid


J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 92

seharusnya menggunakan teknik dan cara yang betul untuk melakukan kemahiran
penukaran perpuluhan kepada peratus bagi mendapatkan jawapan yang betul dan
tepat. Maka, saya ingin mengkaji dengan lebih mendalam mengenai masalah yang
menyebabkan murid kurang menguasai kemahiran penukaran perpuluhan kepada
peratus.

Melalui kajian tindakan ini, murid-murid di sekolah sebagai peserta kajian
akan mudah untuk memahami cara yang lebih mudah untuk menyelesaikan masalah
yang melibatkan penukaran perpuluhan kepada peratus dengan baik dan mudah.
Intervensi yang diperkenalkan dapat membantu menyelesaikan masalah yang
dihadapi murid sekaligus dapat menjawab persoalan kajian yang terkandung.


OBJEKTIF KAJIAN

Secara terperincinya, kajian ini bermatlamat untuk:

1. Mengenalpasti masalah murid Tahun Tiga dalam menguasai kemahiran
penukaran perpuluhan kepada peratus dalam topik perpuluhan
2. Membantu murid Tahun Tiga dalam menguasai kemahiran perpuluhan
kepada peratus dengan Kaedah TriPikto
3. Meningkatkan kaedah pengajaran dan pemudahcaraan guru dalam topik
perpuluhan melalui kaedah TriPikto.


PERSOALAN KAJIAN

Kajian yang dilaksanakan ini adalah bertujuan untuk menjawab soalan-soalan
berikut.

1. Apakah masalah murid yang menyebabkan kurang penguasaan dalam
kemahiran penukaran perpuluhan kepada peratus dalam topik perpuluhan?
2. Adakah penggunaan TriPikto mampu meningkatkan penguasaan kemahiran
penukaran perpuluhan kepada peratus dalam topik perpuluhan dalam
kalangan murid Tahun Tiga?
3. Bagaimanakah kaedah TriPikto dapat membantu guru dalam meningkatkan
kaedah pengajaran dan pemudahcaraan guru dalam topik perpuluhan melalui
kaedah TriPikto?


J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 93

METODOLOGI

Pengkaji telah menetapkan untuk melaksanakan proses intervensi TriPikto kepada
kumpulan sasaran iaitu seramai 30 orang murid dan hanya 9 orang murid sahaja
dipilih untuk menjadi peserta kajian. Berdasarkan analisis dokumen dan pemerhatian
dijalankan, 9 orang murid ini hanya mendapat skor bahawah 40% sahaja dimana
mereka dikategorikan sebagai murid yang sangat lemah dan memerlukan
bimbingan. Selain itu, mereka ini juga mempunyai masalah tidak mengetahui konsep
penukaran perpuluhan kepada peratus. Bagi kajian ini, pengkaji telah memberikan
bimbingan terhadap sembilan orang murid tersebut kerana berdasarkan keputusan
pencapaian ujian diagnostik, murid didapati agak lemah dan perlu dibantu.

Jadual 1: Kod Peserta Kajian Mengikut Umur, Jantina dan Etnik


Kod Peserta Umur Jantina Etnik

A1 9 L Bajau


A2 9 L Bajau

A3 9 L Bajau

A4 9 L Kadazan

A5 9 L Kadazan


A6 9 P Bajau

A7 9 P Bajau

A8 9 P Bajau

A9 9 P Bajau



Dari segi etika dan kerahsiaan, nama peserta dirahsiakan bagi menjaga etika
dalam penyelidikan tindakan. Nama dari segi pengekodan ditentukan oleh guru bagi
setiap pelajar yang menjadi peserta kajian seperti dalam Jadual 1.


J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 94

TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Intervensi Kaedah TriPikto

Penggunaan bahan konkrit ini dihasilkan bertujuan untuk menyelesaikan masalah
yang ada dalam kajian ini. Pengkaji memikirkan bahawa bahan konkrit merupakan
kaedah yang boleh digunakan sebagai intervensi dalam menyelesaikan
permasalahan kajian ini.






















Rajah 1: Intervensi TriPikto


Kaedah TriPikto merupakan suatu intervensi dimana pengggunaan bahan
konkrit dapat membantu murid dalam menguasai kemahiran penukaran perpuluhan
kepada peratus. Intervensi ini bukan hanya dapat membantu penukaran perpuluhan
kepada peratus, malah sebaliknya juga. Penggunaan bahan bersifat konkrit ini dapat
membantu murid membuat penyelesaian secara berurutan dalam membuat
penukaran perpuluhan kepada peratus dengan baik seterusnya dapat
menyelesaikan soalan yang berkaitan.
Cara untuk mengendalikan intervensi TriPikto adalah seperti berikut:.

1) Murid meletakkan potongan kad peratus diikuti kad perpuluhan dan 100%.
2) Untuk menukarkan nombor perpuluhan kepada peratus, perpuluhan mesti
didarab dengan 100%. Murid perlu melihat kad apa yang diletakkan terlebih
dahulu.
3) Operasi boleh dilakukan dalam bentuk lazim atau bentuk alternatif yang
diperkenalkan
4) Jawapan penukaran dalam peratus akan diperoleh setelah operasi dilakukan.


Click to View FlipBook Version