J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 145
MENINGKATKAN KEMAHIRAN PEREKODAN PELARASAN PADA TARIKH
IMBANGAN BAGI PENYEDIAAN PENYATA KEWANGAN MENERUSI KIT
‘WHEEL OF ADJUSTMENT’
Fadzliani Fadzil ([email protected])
Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Nerang
Abstrak
Pelarasan dalam penyediaan Penyata Kewangan merupakan topik penting yang
perlu dikuasai oleh murid-murid yang mengambil mata pelajaran Prinsip Perakaunan
di peringkat sekolah menengah. Kajian ini dilaksanakan kerana hasil dapatan awal
menerusi pemerhatian, latihan bertulis dan ujian pra menunjukkan murid tidak dapat
menguasai perekodan pelarasan serta tidak mampu menyelesaikan permasalahan
yang diberi dengan baik. Guru mata pelajaran dilihat berperanan penting dalam
membuat perancangan bagi mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan. Guru merupakan individu yang penting dalam menghasilkan murid
yang cemerlang dan berkualiti tinggi (Anuar Ahmad & Jinggan,2017). Oleh itu, kajian
ini dapat melihat keberkesanan tahap penguasaan murid dalam menyelesaikan
soalan berbentuk objektif dan subjektif yang sering disoal di dalam ujian atau
peperiksaan. Di samping itu, kajian ini juga melihat tahap pencapaian murid dalam
topik pelarasan menerusi Kit ‘Wheel of Adjustment’. Kajian ini melibatkan responden
daripada 30 orang murid SMK Kuala Nerang yang mengambil Prinsip Perakaunan
menggunakan ‘Google Form’. Dapatan kajian menunjukkan tahap penguasaan dan
kemahiran murid dalam menyenaraikan pelarasan pada tarikh imbangan,
menghitung dan merekod pelarasan akaun nominal adalah sangat memuaskan
berdasarkan ujian pasca yang menunjukkan 23 daripada 30 orang responden
memperoleh markah 100%, soal selidik yang dianalisis menerusi perisian SPSS
serta keputusan ujian bertulis yang baik selepas pelaksanaan Kit ‘Wheel of
Adjustment’ di kalangan murid.
Kata kunci: Pelarasan, Penyata Kewangan, Milikan Tunggal, Kit
Abstract
‘Adjustments in the preparation of Financial Statements’ is an important topic that is
necessary to be mastered by students who take the Accounting Principles as an
elective subject at secondary school level. This study was carried out due to the
initial findings through observations, written exercises and pre-tests have shown that
students cannot master Adjustments Record as well as they are not able to solve the
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 146
problems given. Competent subject teachers are seen to play an important role in
making plans to diversify effective teaching and learning methods. Teachers are
individuals who are important in producing excellent and high-quality students (Anuar
Ahmad & Jinggan,2017). Therefore, this study can prove the effectiveness of the
students’ level of mastery in solving objective and subjective questions asked in a
test or exam. In addition, this study also looked at the level of students’ achievement
in ‘Adjustment topic’ by using the ‘Wheel of Adjustment’ Kit. 30 respondents of SMK
Kuala Nerang, Kedah who took Principles Accounting Subject were involved, using
‘Google Form’ to gather the data. The findings of the study showed the level of
mastery and students’ skills are highly satisfactory in listing adjustments on the date
of the balance and calculating and recording the nominal account adjustment based
on the post-test which showed 23 out of 30 respondents scored 100%. The data
collected via questionnaires were analyzed through SPSS software, in addition to the
data of good results of post-test produced by students after implementation of the
‘Wheel of Adjustment’ Kit.
Keywords: Adjustment, Financial Statements, Sole Proprietorship, Kit
PENGENALAN
Prinsip Perakaunan merupakan salah satu mata pelajaran elektif ikhtisas (MPEI) di
dalam kelompok Ikhtisas Kemanusiaan yang digubal untuk murid Tingkatan empat
dan lima. Ianya digubal berteraskan pengetahuan dan kemahiran perakaunan
melalui pendekatan pembelajaran bermakna dan kesepaduan teori serta amalan
perakaunan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2016). Antara tajuk yang penting
dan sering dikemukakan kepada peperiksaan adalah tajuk ke lapan iaitu Pelarasan
pada Tarikh Imbangan dan Penyediaan Penyata Kewangan Milikan Tunggal. Di
dalam tajuk ini, murid akan mempelajari Perakaunan Asas Tunai dan Akruan, Jenis-
jenis pelarasan akaun nominal, hutang lapuk, hutang lapuk terpulih, peruntukan
hutang ragu, susut nilai dan susut nilai terkumpul, pelupusan aset bukan semasa
bagi menyediakan Imbangan Duga terselaras sebelum Penyata Kewangan Lengkap
dalam suatu tempoh perakaunan disediakan. Pelarasan adalah penting dikuasai
murid bagi memastikan penyediaan akaun penamat yang betul dan lengkap (Blanco
et. al., 2019).
Kajian ini dilaksanakan kerana kesedaran kepentingan topik ini agar dapat
dikuasai oleh murid yang diajar saban tahun. Kajian ini memberi fokus kepada murid
Tingkatan Lima Akaun yang menghadapi beberapa isu yang wujud antaranya ialah
murid tidak dapat mengira dan memperincikan item pelarasan dengan baik, murid
tidak dapat mengenalpasti komponen yang betul bagi pengeposan item pelarasan,
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 147
murid tidak dapat menguasai perekodan pelarasan dengan lengkap serta markah
latihan awal yang diberi adalah rendah. Ini mendorong kepada kajian ini
dilaksanakan dengan mengambil beberapa langkah intervensi dilaksanakan.
Kebergantungan murid kepada guru yang tinggi dalam memahami tajuk ini juga
memerlukan guru lebih kreatif, inovatif bagi menarik minat dan motivasi di kalangan
murid.
Berdasarkan isu-isu ini, pengkaji memperkenalkan penggunaan Kit ‘Wheel of
Adjustment’ semasa proses pengajaran dan pembelajaran bagi tajuk pelarasan.
Pengkaji berhasrat agar Kit ‘Wheel of Adjustment’ ini akan memberikan
kepelbagaian dan meningkatkan kemahiran murid dalam perekodan item pelarasan
pada tarikh imbangan. Pengkaji membahagikan objektif kajian kepada dua iaitu
objektif umum dan objektif khusus. Objektif umum ialah meningkatkan kemahiran
murid menghasilkan Imbangan duga terselaras dan Penyata Kewangan dengan
pelarasan. Objektif khusus ialah meningkatkan kemahiran murid dalam pengiraan
item-item pelarasan pada tarikh imbangan, meningkatkan kemahiran murid dalam
perekodan catatan pelarasan akaun nominal dalam buku catatan pertama,
meningkatkan kemahiran murid menyenaraikan dan merekod catatan pelarasan ke
dalam penyata kewangan.
SOROTAN LITERATUR
Pengajaran dan pembelajaran Perakaunan
Menurut Velasco (2019) perakaunan adalah merupakan salah satu mata pelajaran
yang mencabar di dalam kursus pengajian perniagaan dan terdapat pelbagai faktor
yang mendorong kepada kegagalan dalam mata pelajaran ini samada dari guru
mahupun murid itu sendiri. Fitri Nurlaili dan Budi Mulyati (2019) menyatakan fungsi
perakaunan ialah bagi memberikan maklumat kuantitatif terutama dalam
perkembangan kewangan dengan menyediakan data kewangan yang diperlukan
malah dilaksanakan secara berperingkat mengikut kitaran perakaunan.
Pembelajaran dalam mata pelajaran Perakaunan melibatkan kemahiran
menakul, menilai, memproses serta keupayaan berkomunikasi malah setiap murid
mempunyai cara pembelajaran yang tersendiri bergantung kepada personalitinya
dalam proses kognitif dan pengalaman pembelajaran terdahulu (Dangi et. al., 2017).
Proses pengajaran memerlukan kaedah dan bahan bantu yang juga tidak kurangnya
dapat mempengaruhi sesuatu proses pembelajaran yang berkesan (Purnamasari &
Advensia, 2014).
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 148
Pembelajaran berbantukan permainan
Main merupakan suatu aktiviti yang menyeronokkan, mengalami sendiri atau terlibat
secara langsung, memerlukan penglibatan aktif secara fizikal dan kognitif serta
kesannya juga berlaku secara langsung ke atas individu yang mengalami atau yang
melakukannya. Melalui bermain, sama ada dikendalikan secara terancang atau
individu tersebut bermain sendiri, proses perkembangan individu secara menyeluruh
akan terus berlaku (Noriati et. al., 2012).
Salah satu aktiviti didalam menyediakan penyata kewangan ialah perlu
mengambil kira pelarasan pada tarikh imbangan. Pelarasan pada mana-mana
urusniaga perlu direkod dengan betul yang memerlukan kefahaman dan ketepatan
dalam melaksanakannya. Pembelajaran berasaskan permainan boleh digunakan
sebagai alternatif kepada murid dalam aktiviti pembelajaran namun cara permainan
dan pemilihan pemain perlu di ambil kira untuk menghasilkan keputusan yang positif
(Fatimah et. al., 2017).
Pembelajaran menggunakan papan permainan membantu meningkatkan
tumpuan murid pada kitaran perakaunan seperti perekodan ke dalam buku catatan
pertama, memindahkan ke lejar, mengimbangi Imbangan Duga, menyediakan
Penyata Pendapatan seterusnya catatan penutupan (Shanklin & Ehlen, 2017).
METODOLOGI
Kajian ini melibatkan 30 orang responden yang terdiri daripada murid tingkatan lima
di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Nerang. Dalam memulakan kajian,
pengkaji membuat analisis dokumen bagi mengenalpasti masalah dan kefahaman
murid dalam menyediakan penyata kewangan dengan pelarasan. Analisis dokumen
yang dijalankan adalah dengan semakan latihan murid sebelum dan selepas
pengajaran dan pembelajaran, ujian pra dan ujian pasca serta soal selidik menerusi
‘Google Form’.
Ujian Pra dan Pasca – mengandungi soalan objektif yang perlu di kediaman masing-
masing kerana memerlukan peranti dan capaian internet.
Latihan Subjektif – mengandungi satu soalan penyelesaian masalah berdasarkan
tajuk pelarasan bagi melihat keupayaan murid dalam penyediaan penyata kewangan
dengan pelarasan.
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 149
Rajah 1: Contoh soalan Objektif Ujian Pra dan Pasca yang dijawab dalam ‘Google
Form’.
Rajah 2: Contoh Hasil Jawapan Soalan Latihan Subjektif Murid
Setelah itu, guru telah melaksanakan beberapa intervensi seperti mencipta
dan melaksanakan Kit ‘Wheel of Adjustment’ (WOA) bagi membantu pengajaran dan
pembelajaran bagi topik pelarasan. Setelah intervensi dilaksanakan, ujian pasca,
pengulangan latihan subjektif dan soal selidik telah dijalankan kepada murid-murid
yang terlibat.
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 150
Rajah 3: Salah Satu Contoh Soalan Soal Selidik ‘Google Form’
DAPATAN KAJIAN
Dapatan kajian dapat dilihat pertamanya menerusi Jadual 1 yang memaparkan
peratusan peningkatan markah latihan subjektif selepas penerapan penggunaan Kit
‘Wheel of Adjustment’, menunjukkan purata peningkatan bagi 30 orang responden
ialah sebanyak 71.13%.
Jadual 1: Peratus Peningkatan Markah Latihan Subjektif Selepas Intervensi
Bil Emel responden Markah Markah Beza Peratus
Soalan soalan Peningkatan
subjektif subjektif ( ) × %
sebelum selepas
intervensi ( ) intervensi ( )
1 [email protected] 5 20 15 60%
2 [email protected] 4 22 18 72%
3 [email protected] 6 25 19 76%
4 [email protected] 3 21 18 72%
5 [email protected] 3 20 17 68%
6 [email protected] 2 22 20 80%
7 [email protected] 4 24 20 80%
8 [email protected] 6 25 19 76%
9 [email protected] 3 23 20 80%
10 [email protected] 3 25 22 88%
11 [email protected] 2 22 20 80%
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 151
12 [email protected] 10 25 15 60%
13 [email protected] 9 21 12 48%
14 [email protected] 9 20 11 44%
15 [email protected] 7 22 15 60%
16 [email protected] 6 24 18 72%
17 [email protected] 4 22 18 72%
18 [email protected] 6 25 19 76%
19 [email protected] 3 21 18 72%
20 [email protected] 3 20 17 68%
21 [email protected] 2 22 20 80%
22 [email protected] 4 24 18 72%
23 [email protected] 5 22 17 68%
24 [email protected] 4 21 17 68%
25 [email protected] 6 21 15 60%
26 [email protected] 3 20 17 68%
27 [email protected] 3 22 19 76%
28 [email protected] 2 24 22 88%
29 [email protected] 4 20 18 72%
30 [email protected] 5 22 17 68%
Berdasarkan Jadual 2 pula, dapat dilihat perbandingan ujian pra dan ujian
pasca (soalan objektif) yang dibuat menerusi ‘Google Form’ menunjukkan
peningkatan purata peratusan markah sebanyak 70% malah di dalam ujian pasca
yang dilaksanakan, 23 orang murid dari 30 orang responden murid berjaya
memperoleh markah penuh 100 peratus.
Jadual 2: Peratus Peningkatan Markah Ujian Pasca Berbanding Ujian Pra
Bil Emel responden Markah Markah Perbezaan Peratus
Ujian Pra Ujian Peningkatan
( ) Pasca ( ) ( ) × %
1 [email protected] 0 10 10 100%
2 [email protected] 0 10 10 100%
3 [email protected] 2 10 8 80%
4 [email protected] 0 10 10 100%
5 [email protected] 0 10 10 100%
6 [email protected] 2 8 6 60%
7 [email protected] 0 6 6 60%
8 [email protected] 0 10 10 100%
9 [email protected] 10 10 0 -
10 [email protected] 0 8 8 80%
11 [email protected] 2 10 8 80%
12 [email protected] 0 10 10 100%
13 [email protected] 4 10 6 60%
14 m-10099278@moe- 0 10 10 100%
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 152
dl.edu.my
15 [email protected] 6 10 4 40%
16 [email protected] 0 10 10 100%
17 [email protected] 0 6 6 60%
18 [email protected] 0 10 10 100%
19 [email protected] 0 10 10 100%
20 [email protected] 2 10 8 80%
21 [email protected] 0 10 10 100%
22 [email protected] 0 8 8 80%
23 [email protected] 0 10 10 100%
24 [email protected] 0 10 10 100%
25 [email protected] 0 10 10 100%
26 [email protected] 0 10 10 100%
27 [email protected] 0 10 10 100%
28 [email protected] 0 10 10 100%
29 [email protected] 0 6 6 60%
30 [email protected] 0 8 8 80%
Analisis dapatan Rajah 4 dan 5 menunjukkan keputusan yang diperolehi dari
30 orang responden dalam ujian pra dan pasca.
Rajah 4: Contoh Markah Ujian Pra (Soalan Objektif) Menerusi ‘Google Form’.
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 153
Rajah 5: Contoh Markah Ujian Pasca (Soalan Objektif) Menerusi ‘Google Form’.
Setelah itu, soal selidik yang dijawab oleh 30 responden dari dapatan di
‘Google Form’ kemudiannya dianalisis menggunakan perisian SPSS iaitu diskriptif
statistik bagi mendapatkan keputusan min, mod dan median.
Jadual 3: Dapatan Soal Selidik ‘Google Form’
Bil A: Persepsi murid terhadap pembelajaran Jumlah Peratusan(%)
berbantukan permainan Responden( )
1 Permainan adalah direka dengan Neutral 1 3.33
tersusun dan rapi Setuju 18 60
Sangat Setuju 11 36.66
2 Permainan adalah dapat digunakan Setuju 12 40
berulang kali untuk pembelajaran dan Sangat Setuju 18 60
ulangkaji pelajaran
3 Saya akan menyarankan permainan Setuju 12 40
ini dalam kelas akan datang Sangat Setuju 18 60
4 Saya dapat menukar cara belajar Neutral 1 3.33
topik pelarasan dengan lebih mudah Setuju 12 40
menerusi permainan ini Sangat Setuju 17 56.66
5 Selepas bermain sambil belajar ‘WOA’ Neutral 1 3.33
ini, saya mudah memahami item Setuju 9 30
pelarasan Sangat Setuju 20 66.66
Bil B: Keberkesanan permainan dengan pencapaian Jumlah Peratusan(%)
markah latihan murid responden
( )
1 Permainan ini membantu kefahaman Neutral 1 3.33
perekodan dalam pelarasan Penyata Setuju 8 26.66
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 154
Kewangan Sangat Setuju 21 70
2 Permainan ini membantu saya Neutral 2 6.66
menyediakan Penyata Kewangan Setuju 9 30
dengan betul Sangat Setuju 19 63.33
3 Permainan ini membantu saya Neutral 3 10
menjawab soalan objektif dan Setuju 7 23.33
subjektif dengan baik Sangat Setuju 20 66.66
4 Permainan ini membantu saya Setuju 10 33.33
memahami tajuk ini dengan cara yang Sangat Setuju 20 66.66
mudah dan menyeronokkan
Bil C: Kelebihan Permainan ‘WOA’ Jumlah Peratusan(%)
responden( )
1 Peramainan ini menggalakkan Setuju 9 30
Kerjasama dan komunikasi dalam Sangat Setuju 21 70
memahami topik pelarasan dengan
lebih baik
2 Permainan ini memberi persepsi tajuk Neutral 1 3.33
pelarasan tidak sukar dan boleh Setuju 13 43.33
dikuasai Sangat Setuju 16 53.33
Jadual 4 menunjukkan min purata bagi soal selidik lima soalan bahagian
Persepsi murid terhadap pembelajaran berbantukan permainan ialah 4.53. Median
dan mod purata bagi lima soalan pula menunjukkan perolehan berjumlah 4.8.
Dapatan analisa Diskriptif Statistik ini diperoleh menggunakan perisian SPSS.
Jadual 4: Persepsi Murid Terhadap Pembelajaran Berbantukan Permainan Kit
‘Wheel of Adjustment’.
Persepsi murid terhadap pembelajaran N Min Median Mod
berbantukan permainan.
Permainan adalah direka dengan tersusun dan rapi 30 4.33 4.00 4
Permainan adalah dapat digunakan berulang kali 30 4.60 5.00 5
untuk pembelajaran dan ulangkaji pelajaran
Saya akan menyarankan permainan ini dalam kelas 30 4.60 5.00 5
akan datang.
Saya dapat menukar cara belajar topik pelarasan 30 4.53 5.00 5
dengan mudah menerusi permainan ini.
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 155
Selepas bermain sambil belajar ‘WOA’ ini, saya 30 4.64 5.00 5
mudah memahami item pelarasan.
Berdasarkan Jadual 5 pula, menunjukkan min purata bagi soal selidik empat
soalan bahagian keberkesanan permainan kepada murid ialah 4.62. Median dan
mod purata bagi empat soalan pula menunjukkan perolehan berjumlah 5. Dapatan
analisa Diskriptif Statistik ini diperoleh menggunakan perisian SPSS.
Jadual 5: Keberkesanan Permainan Terhadap Pembelajaran Berbantukan
Permainan Kit ‘Wheel of Adjustment’.
Keberkesanan Permainan N Min Median Mod
Permainan ini membantu kefahaman perekodan 30 4.67 5.00 5
dalam pelarasan Penyata Kewangan.
Permainan ini membantu saya memahami tajuk ini 30 4.67 5.00 5
dengan cara yang mudah dan menyeronokkan.
Permainan ini membantu saya menyediakan 30 4.57 5.00 5
Penyata Kewangan dengan betul.
Permainan ini membantu saya menjawab soalan 30 4.57 5.00 5
objektif dan subjektif dengan baik.
Berdasarkan Jadual 6 pula, menunjukkan min purata bagi soal selidik dua
soalan bahagian kelebihan permainan Kit ‘Wheel of Adjustment’ kepada murid ialah
4.6. Median dan mod purata bagi dua soalan pula menunjukkan perolehan
berjumlah 5. Dapatan analisa Diskriptif Statistik ini diperoleh menggunakan perisian
SPSS.
Jadual 6: Kelebihan Permainan Kit ‘Wheel of Adjustment’ kepada murid.
Keberkesanan Permainan N Min Median Mod
Permainan ini menggalakkan kerjasama dan 30 4.70 5.00 5
komunikasi dalam memahami topik pelarasan
dengan lebih baik.
Permainan ini memberi persepsi tajuk pelarasan 30 4.50 5.00 5
tidak sukar dan boleh dikuasai.
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 156
KESIMPULAN
Berdasarkan dapatan hasil kajian yang diterima daripada murid-murid, ternyata
penggunaan Kit ‘Wheel of Adjustment’ memberi manfaat dalam menarik minat,
memberi kefahaman yang membolehkan murid menjawab soalan latihan dan ujian
dengan pencapaian yang lebih baik. Pengkaji berharap murid-murid ini dapat terus
mendapat manfaat dengan menggunakannya lagi malah diharapkan disebar luas
kepada murid-murid lain dari masa ke semasa. Refleksi terhadap guru juga dapat
membantu menjadikan proses, kaedah pengajaran, proses pembelajaran akan lebih
menarik dan menyeronokkan. Refleksi terhadap pengajaran dan pembelajaran pula
menunjukkan wujudnya komunikasi yang aktif, baik dan dua hala antara sesama
murid mahupun bersama guru bagi menguasai topik pelarasan pada tarikh
imbangan.
Kajian ini hanya melibatkan sampel di sekolah yang sama. Adalah diharapkan
agar kajian yang seterusnya akan dijalankan dengan melibatkan sampel dan
demografi kajian yang lebih pelbagai seperti di sekolah lain di daerah ini, sekolah
lain di dalam negeri atau negeri lain di negara kita. Kajian ini juga hanya melibatkan
30 orang responden murid. Adalah diharapkan agar kajian seterusnya juga
melibatkan jumlah bilangan sampel yang lebih ramai agar dapatan kajian yang bakal
diperolehi dapat mewakili populasi yang lebih besar.
Rujukan
Anuar Ahmad, & Jinggan, N. (2015). Pengaruh Kompetensi Kemahiran Guru dalam
Pengajaran Pencapaian Akademik Pelajar dalam Mata Pelajaran Sejarah.
Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 3(2), 1-9.
Ahmed, R. (2019). Experiental Learning in Accounting Education: What is Known,
What is known, what needs knowing?
Blanco, K.A., Manongsong, M.S., Ramirez, G. D., & Alcantara, V.M. (2019).
Interrelation of Senior High School Academic Performance and College Basic
Accounting performance: A Case of First Year Bachelor of Science in
Accountancy Students of University of Batangas. International Peer Reviewed
Journal,11,41-43. https://ejournals.ph/article.php?id=16343
Bullen, M.L., Kordecki, G.S., & Capener, E.D. (2018). Student Engagement Activities
to Enhance Professional Advancement in Accounting and Business Careers.
Journal of Instructional Pedagogies,20,5-9.
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 157
Mohamad Ridhuan, M. D., Mohd Fairuz, A., & Mohd Zulfikri A. R. (2017). An
Innovation In Teaching And Learning of Accounting Concept Using AccRoBa
Game Approach. Jurnal Pendidikan Malaysia, 42(1), 21-32.
Fatimah. A.,, Nooriha. M., Shamsudin, Siti Marlia. S., Amir Hakim. O., & Nik
Rusilawati, N. M. (2017). Formulating a Game-Based Learning for Accounting
Undergraduates as an Alternative Method of Learning. International Journal of
Academic Research in Business and Social Sciences,7(11),1356-1359.
Fitri Nurlaili & Budi Mulyati. (2019). An Analysis Of Students’ Difficulties in
Completing of the Adjustment Entries. Advances in Social Science, Education
and Humanities Research, 410 (01), 216.
218.https://doi.org/10.2991/assehr.k.200303.051
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Kurikulum Standard Sekolah Menengah:
Prinsip Perakaunan: Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran Tingkatan
4. Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Lippincott, Barbara., Matulich, E., & Squires, K. (2006). To learn or Not to Learn: The
Effect of Educational Technology on Learning in Accounting Courses. Journal
of College Teaching & Learning, 3(12), 55-60.
Lubbe, E. (2016). Innovative Teaching in Accounting Subjects: Analysis of the
Flipped Classroom. International Journal of Social Sciences and Humanity
Studies, 8(2), 63-72.
Malaquias, R.F., Malaquias, F.F., Junior, D.M., & Zambra, P. (2018). The Use of a
Serious Game and Academic Performance of Undergraduate Accounting
Students: An Empirical Analysis. Turkish Online Journal of Distance
Education,19(02),120.
122.https://eric.ed.gov/?q=online+education&pr=on&pg=1049
Noriati, A. R., Ying, B.P., & Sharifah Fakhriah, S. A. (2012). Murid dan Alam Belajar.
Oxford Fajar.
Park,Y.H., Paik, T.Y & Koo, J. H. (2019). Effect of Student Activity Participation on
Accounting Education. Journal of Open Innovation:Technology,Market and
Complexity, 5(40). https://doi.org/10.3390/joitmc5030040
Purnamasari,V., & Advensia, A. (2014). Factor Influencing of Usage Accounting
Game: Study of Learning by Game and Theory Acceptance Model.
International Journal of Business,Economics and Law, 5(1),18-25.
Ram, M., & Tapria, R. (2019). Accounting Theory: Concept and Importance.
International Journal of Education, Modern Management, Applied Science &
Social Science, 01(02), 129-134.
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 158
Shanklin, S.B., Ehlen, C.R. (2017). Extending the Use of Effectiveness of the
Monopoly Board Game as an in-Class Economic simulation in the Introductory
Financial Accounting Course. American Journal of Business Education, 10(2),
75-77.
Velasco, R.M. (2019). Factors Associated with Failure in Accounting: A Case Study
of the Omani Students. International Journal of Higher Education, 8(6),158-167.
https://doi.10.5430/ijhe.v8n6p157
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 159
KAJIAN KEBERKESANAN PENDIDIKAN BERASASKAN PROJEK DAN
PENYELESAIAN MASALAH SECARA DALAM TALIAN UNTUK PELAJAR
BIDANG TVET PERTANIAN KOLEJ VOKASIONAL MALAYSIA
Mohd Rosnizam Mohd Yusoff ([email protected])
1
2
Jamaliah Sajali ([email protected])
Nur Fasihah Mohd Yusof ([email protected])
3
Nurul Ain Yaakob ([email protected])
4
1,2,3,4 Kolej Vokasional (Pertanian) Teluk Intan
Abstrak
Pendidikan Berasaskan Projek Melalui Penyelesaian Inventif adalah pendekatan
pedagogi yang merangsang kemahiran abad ke 21. Dalam era pembelajaran
“remote learning” pada situasi norma baharu, kaedah ini bertepatan memandangkan
waktu yang terhad untuk kelas online. Pembelajaran tidak bergantung kepada
pembelajaran face to face sahaja, sebaliknya pembelajaran berlaku secara offline.
Kajian kuantitatif ini dilaksanakan bagi mengenalpasti tahap kemenjadian melalui
pencapaian akademik, penguasaan kemahiran dan kebolehpasaran pelajar.
Responden terdiri daripada 1754 orang pelajar dan 1250 graduan TVET bidang
Pertanian dari Kolej Vokasional di Malaysia iaitu Agroindustri Tanaman, Bioteknologi,
Hortikultur, Akuakultur, Agroindustri Ternakan Poltri, Senibina Landskap, Agroindustri
Ternakan Ruminan, Mekanisasi Agro dan Pemprosesan Makanan. Data pencapaian
dan penguasaan kemahiran dianalisis secara statistik deskriptif, statistik inferensi
melalui sistem OBESys yang dibangunkan oleh Kolej Vokasional (Pertanian) Teluk
Intan, Perak. Data kebolehpasaran pelajar diperolehi menggunakan aplikasi sistem
kajian kebolehpasaran graduan TVET SPKG-TVET. Data maklumbalas majikan
terhadap graduan diperolehi dari soalselidik yang dihasilkan semasa perlaksanaan
CQI PLORR program. Dapatan kajian menunjukkan pencapaian akademik
meningkat sebanyak 12% dan penguasaan kemahiran adalah pada tahap tinggi.
Tahap penguasaan digital meningkat 85% dengan penghasilan eviden digital
perlaksaanan amali. Analisa kualitatif terhadap kualiti graduan juga menunjukkan
pencapaian yang cemerlang dengan pengiktirafan pelajar terbaik keseluruhan KV
Malaysia diraih graduan TVET Pertanian untuk 2 kohort berturut-turut dan 100%
pelajar bergraduat. Dapatan data Jejak Graduan KV Malaysia juga menunjukkan
pola kebolehpasaran 90% hingga 100% bagi graduan TVET Pertanian KV Malaysia.
Maklumbalas majikan terhadap kualiti dan prestasi kerja graduan juga sangat
memberangsangkan. Pendekatan pendidikan ini memberi impak yang menakjubkan
kepada pencapaian, penguasaan dan kebolehpasaran graduan TVET Pertanian.
Kejayaan graduan memenuhi kehendak majikan dan menjadi ushawan tani berjaya
menjadi petunjuk keberkesanan kaedah pembelajaran ini.
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 160
Kata Kunci: Pendidikan Berasaskan Projek, Penyelesaian Masalah, Pembelajaran
dalam Talian, Tvet Pertanian
Abstract
Project-Based Education Through Inventive Solutions is a pedagogical approach that
stimulates 21st century skills. In the era of "remote learning" in a new norm situation,
this method is suitable due to limited time for online classes. Learning does not
depend on face to face learning only, instead learning happens offline. This
quantitative study was carried out to identify the level of achievement through
academic achievement, mastery of skills and marketability of students. The
respondents consisted of 1754 students and 1250 TVET graduates in the field of
Agriculture from Vocational Colleges in Malaysia, namely Crop Agroindustry,
Biotechnology, Horticulture, Aquaculture, Poultry Agroindustry, Landscape
Architecture, Ruminant Livestock Agroindustry, Agro Mechanization and Food
Processing. Achievement data and skill mastery are analyzed using descriptive
statistics, inferential statistics through the OBESys system developed by Vocational
College (Agriculture) Teluk Intan, Perak. Students marketability data is obtained
using the TVET SPKG-TVET graduates marketability study system application.
Employers feedback data on graduates was obtained from questionnaires produced
during the implementation of the CQI PLORR program. The findings of the study
show that academic achievement has increased by 12% and mastery of skills is at a
high level. The level of digital mastery increased by 85% with the production of digital
evidence of practical implementation. Qualitative analysis of the quality of graduates
also shows excellent achievements with the recognition of the best student overall in
KV Malaysia achieved by TVET Agriculture graduates for 2 consecutive cohorts and
100% of students graduating. The findings of the KV Malaysia Graduate Track data
also show a marketability pattern of 90% to 100% for KV Malaysia Agriculture TVET
graduates. Employers feedback on the quality and performance of graduates' work is
also very encouraging. This educational approach has an amazing impact on the
achievement, mastery and marketability of TVET Agriculture graduates. The success
of graduates in meeting the needs of employers and becoming successful farmers is
an indication of the effectiveness of this learning method.
Keywords: Project Based Education, Problem Solving, Online learning, Agricultural
TVET
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 161
PENGENALAN
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 amat menekankan
penggunaan teknologi maklumat dan transformasi penyampaian proses pengajaran
dan pembelajaran. Pelan itu meletakkan anjakan kesembilan dalam pembelajaran
dalam talian global yang bertujuan untuk mengubah sistem pendidikan dengan
memanfaatkan teknologi maklumat dalam meningkatkan kualiti pembelajaran di
Malaysia selaras dengan IR 4.0 yang mengetengahkan kemahiran abad ke-21 yang
penting untuk diterapkan dalam pendidikan.
Pendidikan Teknikal dan Vokasional yang dikenali sebagai TVET tidak
ketinggalan dalam arus perdana untuk mengikuti aliran terkini perkembangan
teknologi semasa bagi memenuhi aspirasi dan hala tuju pendidikan di Malaysia. Ini
adalah selaras dengan PPPM (PT) 2015-2025 di bawah lonjakan ke-4 Graduan
TVET Berkualiti, lonjakan ke-9 Pembelajaran Dalam Talian Global dan lonjakan ke-
10 Transformasi Penyampaian Pendidikan Tinggi yang memerlukan lonjakan ketara
dalam proses pembelajaran berasaskan teknologi untuk peningkatan kualiti
pengajaran dan kaedah penyampaian pendidikan yang disesuaikan untuk semua
pelajar.
Pemikiran Inventif dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah melalui
pembelajaran berasaskan projek ialah satu platform yang diperkenalkan sebagai
pendekatan baharu kepada proses pengajaran dan pembelajaran dalam menagani
masalah pembelajaran TVET secara atas talian. Oleh itu, kajian kuantitatif ini
dilaksanakan di Kolej Vokasional Pertanian di Malaysia bagi mengenalpasti tahap
kemenjadian pelajar melalui pencapaian akademik, penguasaan kemahiran dan
kebolehpasaran pelajar. Responden terdiri daripada 1754 orang pelajar dan 1250
graduan TVET bidang Pertanian dari Kolej Vokasional di Malaysia iaitu Kolej
Vokasional (Pertanian) Teluk Intan, Perak, Kolej Vokasional Dato Lela Maharaja,
Negeri Sembilan, Kolej Vokasional Pertanian Chenor, Pahang, Kolej Vokasional
Lahad Datu, Sabah dan Kolej Vokasional Pasir Puteh, Kelantan. Bidang
pengkhususan pula melibatkan bidang Agroindustri Tanaman, Bioteknologi,
Hortikultur, Akuakultur, Agroindustri Ternakan Poltri, Senibina Landskap, Agroindustri
Ternakan Ruminan, Mekanisasi Agro dan Pemprosesan Makanan.
SOROTAN LITERATUR
Pendidikan Berasaskan Projek Melalui Penyelesaian Inventif merupakan model
pendidikan dan pembelajaran yang menumpukan kepada abiliti pelajar untuk
mengenalpasti dan menyelesaikan masalah yang berlaku secara teknikal dan aspek
Kemahiran Insaniah dalam kehidupan sebenar (Lehmann, Christensen, Du &
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 162
Thrane, 2008), dan memupuk proses instruksional berpusatkan pelajar berfokus
kepada latihan praktikal (Uziak, Oladiran, Eisenberg & Scheffer, 2010). Kunci utama
dalam pembelajaran ini adalah pembelajaran berpusatkan pelajar, arahan kendiri
dan pembelajaran kolaboratif yang berfokus kepada isu kehidupan sebenar yang
melibatkan penglibatan pihak-pihak yang tertentu (Brundiers & Wiek, 2011; Savery,
2006).
Pendidikan Berasaskan Projek merupakan pelengkap kepada Pembelajaran
Berasaskan Masalah yang melibatkan aktiviti pembelajaran berpusatkan pelajar
melalui projek yang dilaksanakan. Kajian tiga puluh tahun terdahulu dalam model
pembelajaran ini di laksanakan di Universiti Aalborg, Denmark dan masih dikaji
sehingga kini (Mills & Treagust, 2003; Savery, 2006). Sekian lama Pendidikan
Berasaskan Projek telah menjadi garis panduan dalam dunia pendidikan terutama
dalam bidang kejuruteraan yang menjadi pemacu masalah dan pendekatan
penyelesaian masalah (Wiek, Xiong, Brundiers & Van Der Leeuw, 2014). Bidang lain
yang menggunakan pendekatan ini termasuklah juga Sains Kesihatan, Senibina dan
Perniagaan (Savery, 2006). Dalam konteks pendidikan di Malaysia juga ramai
pengkaji dan pelaksana yang mengkaji dan mengimplementasi kaedah pembelajaran
berasaskan projek dalam pendidikan dan pembelajaran di Institusi Pengajian Tinggi
termasuklah dalam bidang Kejuruteraan (Yusoff, Ng, Keng & Mohamad, 2011), untuk
Kreativiti dan Teknologi (Yasin, Mustapha & Zaharin, 2009) dan untuk pembangunan
Kemahiran Insaniah dan Kemahiran Generik (Baharom & Palaniandy, 2013). Teori
pembelajaran dan prinsipal lain yang menyokong penggunaan pendidikan
berasaskan projek sebagai kaedah untuk meningkatkan kebolehan pelajar ialah
Pembelajaran Eksperiental (Dewey, 1997) dan Teori Kognitif Sosial (Vygotsky,
1978).
METODOLOGI
Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kuantitatif dengan data pencapaian dan
penguasaan kemahiran dikumpulkan dan dianalisis secara statistik deskriptif, statistik
inferensi melalui sistem OBESys yang dibangunkan oleh Kolej Vokasional
(Pertanian) Teluk Intan, Perak. Sampel kajian ini dipilih melalui kaedah pensampelan
bertujuan. Jadual 1 menunjukkan bilangan sampel yang dipilih daripada lima kolej
vokasional pertanian di Malaysia. Populasi kajian ini adalah Pelajar Diploma untuk
semua program pertanian.
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 163
Jadual 1: Bilangan sampel Kajian Mengikut Lokasi
No Kolej Vokasional Jumlah Pelajar
1. Kolej Vokasional (Pertanian) Teluk Intan, Perak 450
2. Kolej Vokasional Dato Lela Maharaja, Negeri 356
Sembilan
3. Kolej Vokasional Pertanian Chenor, Pahang 423
4. Kolej Vokasional Lahad Datu, Sabah 380
5 Kolej Vokasional Pasir Puteh, Kelantan 145
Jumlah Keseluruhan 1754
Sistem OBESys adalah sistem yang dibangunkan untuk tujuan merekod,
menilai dan menganalisis markah dan pencapaian pelajar mengikut domain.
Pencapaian akademik vokasional
Penilaian dan analisis data dari sistem OBESys bagi domain PLO1 dan PLO4
Penguasaan kemahiran (amali)
Penilaian dan analisis data dari sistem OBESys bagi domain PLO2, PLO3, PLO4,
PLO5, PLO6, PLO7M PLO8 dan PLO9
Rajah 1: Sistem OBESys
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 164
Rajah 2: Sistem OBESys
Kebolehpasaran pelajar
Kajian Jejak Graduan soal selidik menggunakan sistem SKPG-TVET secara atas talian
bagi tahun 2019 dan 2020
Jadual 2: Struktur Soalan system SKPG-TVET
Bil Struktur Soalan Susunan Struktur
Soalan
1 Maklumat Latar Belakang Graduan Bahagian A
2 Status Terkini Bahagian B
3 Bekerja (Bagi Graduan Yang Bekerja/Usahawan) Bahagian C
4 Belum/ Tidak Bekerja /Lain-Lain (Bagi Graduan Bahagian D
TidakBekerja)
5 Melanjutkan Pengajian Bahagian E
6 Pengalaman Semasa Mengikuti Pengajian Di Institusi Bahagian F
7 Keberkesanan Sistem Pengajian Bahagian G
8 Soalan Umum Berkenaan Kesediaan Graduan Bahagian F
Menerima Maklumat Daripada Pihak Ketiga
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 165
Rajah 2: Sistem SKPG-TVET
Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia
DAPATAN KAJIAN
Pencapaian akademik
Penilaian dan analisis Data OBESys bagi di nilai melalui 2 domain PLO iaitu:
PLO1: Pengetahuan
PLO4: Pemikiran kritis dan Penyelesaian Masalah
PERBANDINGAN PENCAPAIAN PLO AKADEMIK 2019 DAN 2020
90 82
80 75
70 70
70
60
PLO1 PLO4
2019 2020
Rajah 3: Graf Perbandingan Pencapaian PLO Akademik 2019 dan 2020
Rajah 3 menunjukkan peningkatan bagi PLO4: Pemikiran kritis dan
Penyelesaian Masalah sebanyak 12% berdasarkan pencapaian pada tahun 2019
iaitu 70 % dan tahun 2020 iaitu 82%. Keadaan ini menunjukkan kaedah yang
digunakan iaitu pembelajaran berasaskan projek secara atas talian semasa PKP
memberi kesan positif kepada pencapaian PLO4. Namun begitu terdapat penurunan
pencapaian bagi PLO1: Pengetahuan sebanyak 5%. Keadaan ini disebabkan
kekangan masa pembelajaran, pemahaman konsep dan penyampaian pembelajaran
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 166
sukar dilakukan jika tidak menggunakan kaedah secara bersemuka jika melibatkan
pemahaman konsep kerja teknikal.
Penguasaan kemahiran (amali)
Penilaian dan analisis data sistem OBESys bagi di nilai melalui 8 domain PLO iaitu:
PLO2: Kemahiran praktikal
PLO3: Kemahiran berkomunikasi
PLO4: Pemikiran kritis dan penyelesaian masalah
PLO5: Kemahiran kerja berpasukan
PLO6: Pembelajaran sepanjang hayat
PLO7: Kemahiran keusahawanan
PLO8: Moral dan etika professional dan tanggungjawab sosial
PLO9: Kemahiran kepimpinan
PERBANDINGAN PENCAPAIAN PLO KEMAHIRAN 2019 DAN 2020
100
80 80 80 83 81
75 75 75 76 75
80 70 68 68 73 66 70
60
40
20
0
PLO2 PLO3 PLO4 PLO5 PLO6 PLO7 PLO8 PLO9
2019 2020
Rajah 4: Graf Perbandingan Pencapaian PLO Kemahiran 2019 dan
2020
Rajah 4 menunjukkan peningkatan bagi semua PLO iaitu PLO2: Kemahiran
Praktikal sebanyak 5%, PLO3: Kemahiran berkomunikasi sebanyak 5%, PLO4:
Pemikiran kritis dan Penyelesaian Masalah sebanyak 12%, PLO5: Kemahiran kerja
berpasukan sebanyak 5%, PLO6: Pembelajaran sepanjang hayat sebanyak 6%,
PLO7: Kemahiran keusahawanan sebanyak 10%, PLO8: Moral dan etika
professional dan tanggungjawab sosial sebanyak 7% dan PLO9: Kemahiran
kepimpinan sebanyak 6%. Dapatan kajian ini menunjukkan hubungan tahap
pembelajaran berasaskan projek secara atas talian bagi penguasaan kemahiran
secara keseluruhannya, positif dan berkesan dengan peningkatan yang baik pada
tahun 2020 berbanding 2019.
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 167
GRAF PERBANDINGAN PENCAPAIAN CGPA 2019 DAN 2020
PELAJAR BIDANG PERTANIAN
500
400
300
200
100
0
3.8-4.0 3.5-3.79 3.0-3.49 2.5-2.99 2.0-2.49 1.0-1.99
2019 16 210 457 115 312 0
2020 30 243 330 445 202 0
2019 2020
Rajah 5: Graf Perbandingan Pencapaian CGPa 2019 dan 2020 Pelajar Bidang
Pertanian
Dapatan kajian menunjukkan hubungan pembelajaran berasaskan projek
secara atas talian dengan pencapaian akademik pelajar (CGPA) secara
keseluruhannya, mempunyai hubungan yang positif dan berkadar langsung dengan
pencapaian akademik (CGPA). Terdapat sejumlah 30 orang pelajar memperoleh
CGPA 3.8-4.0 dan yang paling menakjubkan ialah 243 orang pelajar memperoleh
CGPA 3.5-3.79. Hasil kajian ini selari dengan hasil kajian oleh Bailey dan rakan-
rakan (1964) dan Yahaya (2009) mendapati terdapat hubungan yang signifikan
antara pembelajaran berasaskan projek dengan pencapaian akademik pelajar. Hasil
kajiannya membuktikan pelajar yang berprestasi baik dalam pencapaian akademik
mempunyai hubungan dengan konsep kendiri positif. Sebaliknya, pelajar yang
prestasi lemah dalam pencapaian akademik mempunyai hubungan dengan konsep
kendiri negatif. Kenyataan ini juga disokong oleh kajian yang dilakukan oleh
Throndsen (2011) mendapati pelajar yang berprestasi tinggi mencerminkan strategi
yang mereka gunakan. Biasanya prestasi yang tinggi dikaitkan dengan strategi
keupayaan tinggi.
Selain itu, kajian Johnson et. al., (2011) juga mendapati pencapaian
cemerlang menunjukkan bahawa pelajar mampu untuk mengawal persekitaran
pembelajaran. Proses ini termasuklah merancang dan memantau strategi
pembelajaran. Pembelajaran berasaskan projek memerlukan pelajar membentuk
cara tersendiri dalam menganggap kejayaan dan kegagalan yang dialami. Sebagai
kesimpulan, hasil dapatan analisis menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan
antara pembelajaran berasaskan projek dengan pencapaian akademik dan
penguasan kemahiran pelajar TVET bidang pertanian.
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 168
Kebolehpasaran pelajar
Kajian Jejak Graduan soal selidik menggunakan sistem SKPG-TVET secara atas talian
Bekerja
Belum Usahawan
Bekerja
Menunggu Melanjutkan
Penempatan
Pekerjaan Pengajian
Meningkatkan
Kemahiran
Rajah 6: Pecahan Artikulasi Graduan TVET KV Pertanian Malaysia bagi tahun 2020
GRAF PERBANDINGAN PERATUS KEBOLEHPASARAN GRADUAN 2019
DAN 2020
80.00% 65.20%
57.10%
60.00%
40.00% 22.70% 25.60% 16.09%
20.00% 3.79% 2.45% 0% 0% 6.75% 0.31% 0%
0.00%
BEKERJA USAHAWAN MELANJUTKAN MENINGKATKAN MENUNGGU BELUM BEKERJA
PENGAJIAN KEMAHIRAN PENEMPATAN
KERJA
2019 2020
Rajah 7: Graf Perbandingan Peratus Kebolehpasaran Graduan 2019 dan 2020
Sebanyak 1250 responden daripada tahun 2019 dan 1282 responden
daripada graduan 2020 merujuk kepada Kajian Jejak Graduan Kementerian
Pendidikan Malaysia. Bagi tahun 2019 sebanyak 57.10% telah bekerja dengan
majikan, 22.71% menjadi usahawan, 3.79% melanjutkan pengajian, tiada graduan
yang meningkatkan kemahiran dan 16.09% sedang menunggu penempatan
pekerjaan dan 0.3% belum bekerja. Status kebolehpasaran graduan mengikut bidang
Pertanian pada tahun 2019 adalah 99.69%.
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 169
Manakala bagi tahun 2020 sebanyak 62.50% telah bekerja dengan majikan,
25.60% menjadi usahawan, 2.45% melanjutkan pengajian, tiada graduan yang
meningkatkan kemahiran dan 6.75% sedang menunggu penempatan pekerjaan dan 0%
belum bekerja. Status kebolehpasaran graduan mengikut bidang Pertanian pada tahun
2020 adalah 100%.
Keadaan ini menunjukkan keberkesanan pembelajaran berasaskan projek dan
penyelesaian masalah secara dalam talian untuk pelajar bidang TVET pertanian Kolej
Vokasional Malaysia dan ini dikuatkan lagi dengan graduan pertanian dianugerahkan
graduan terbaik keseluruhan Kolej Vokasional Malaysia iaitu Norhashimah Binti Rozali
dari bidang Akuakultur pada tahun 2018 dan Muhasabah Binti Mohad Shukri dari bidang
Pemprosesan Makanan pada tahun 2019.
Rajah 8: Penerima Anugerah Emas Menteri Pendidikan Tahun 2018 dan 2019
Maklumbalas dari pihak majikan yang dijalankan melalui soalselidik graduan
dalam memenuhi CQI program juga menunjukkan dapatan yang
memberangsangkan. Data menunjukkan prestasi amat baik dan baik mendominasi
pencapaian prestasi graduan yang dihasilkan.
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 170
25
20
15
10 AMAT LEMAH
5 LEMAH
SEDERHANA
0
BAIK
AMAT BAIK
Rajah 9: Graf Maklumbalas Soalselidik Majikan
Graduan yang melalui proses pembelajaran berasaskan projek juga lebih
cenderung untuk melibatkan diri dalam kerjaya sebagai dan pekerja mahir dan
usahawan.
KESIMPULAN
Berdasarkan kepada dapatan dan perbincangan, dapat dirumuskan bahawa
pembelajaran berasaskan projek dan penyelesaian masalah secara dalam talian
untuk pelajar bidang TVET pertanian Kolej Vokasional Malaysia telah dapat
membentuk kecemerlangan pelajar TVET. Kesepaduan antara pendidikan TVET dan
pembelajaran berasaskan projek dan penyelesaian masalah mendedahkan pelajar
secara langsung dalam proses berkomunikasi berkesan, pemikiran kritis dan kreatif,
kerjasama berpasukan dan pendedahan kepada tatacara membuat keputusan yang
berkesan. Namun begitu, terdapat juga ruang yang boleh ditambahbaik bagi
memantapkan lagi proses ini secara berterusan. Terdapat beberapa cabaran yang
telah dikenalpasti iaitu:
i. Penyelarasan awal antara BPLTV dan pelaksana di peringkat Kolej
Vokasional.
ii. Bilangan pelajar dan pensyarah yang terhad bagi satu-satu bidang yang
ada di Kolej Vokasional.
iii. Kurang jelas tatacara dan prosedur pelaksanaan proses pembelajaran dan
pengajaran berasaskan projek dan penyelesaian masalah secara dalam
talian.
iv. Terdapat kesilapan dalam mentafsir sesuatu yang perlu diselaraskan
antara individu dan organisasi.
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 171
Secara kesimpulan dapatlah dibuat rumusan bahawa pembelajaran
berasaskan projek dan penyelesaian masalah secara atas talian merupakan satu
kaedah pembelajaran yang amat sesuai digunakan dalam pembelajaran dan
pengajaran di Kolej Vokasional yang melaksanakan Latihan Pendidikan Teknikal dan
Vokasional (TVET) secara langsung dalam program pertanian. Kemahiran Insaniah
pula menjadi pelengkap kepada keperluan latihan pendidikan ini. Kemahiran
insaniah seperti berkomunikasi, berfikir, menyelesaikan masalah, membuat
keputusan dan kerja berpasukan adalah asas kepada proses pendidikan, seterusnya
dapat melahirkan para pelajar yang bersedia untuk memasuki alam pekerjaan.
Keupayaan seseorang pelajar berfikir dapat mempengaruhi cara pembelajaran dan
kepantasan serta keberkesanan pembelajaran (Yee Mei Heong, et. al., 2012).
Namun begitu, masih terdapat ruang-ruang yang perlu ditambahbaik dari
aspek pengurusan, kawalan, dan pemilihan projek dan lokasi yang sesuai dengan
kekangan dan cabaran masa yang diperuntukkan. Tindakan susulan juga patut diberi
perhatian dan diambilkira dalam dalam beberapa elemen bagi meningkatkan lagi
beberapa aspek latihan pendidikan dan kemahiran insaniah dalam melaksanakan
pembelajaran ini. Kesediaan semua pihak memainkan peranan yang amat besar
dalam menjayakan dan merealisasikan pendekatan ini. Proses pembelajaran dan
pengajaran yang menumpukan kepada hasil (outcome) dalam Latihan Pendidikan
Teknikal dan Vokasional (TVET) dapat dimantapkan dengan jaringan kolaboratif dan
kooperatif dengan pelbagai pihak perlu diperkemaskan. Semua aspek diatas jika
dilsusun dengan sebaiknya akan dapat merealisasikan hasil pembelajaran yang
selari dengan matlamat dan hasrat yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK).
SYOR CADANGAN KAJIAN
Beberapa cadangan dan strategi sepatutnya diberikan kepada semua pihak yang
terlibat terdiri dari pihak pengurusan, pensyarah, pelajar dan staf dalam
mengendalikan proses pembelajaran berasaskan projek dan penyelesaian masalah
secara dalam talian untuk pelajar bidang TVET pertanian Kolej Vokasional Malaysia.
i. Memberi pengetahuan dan kefahaman kepada semua yang terlibat
dengan mengadakan sesi latihan, kursus, taklimat dan perbengkelan dari
masa ke semasa. Oleh itu proses pembelajaran dapat diaplikasikan dalam
pembelajaran dengan lebih berkesan.
ii. Isu dan cabaran dalam pelaksanaan proses pembelajaran dilaksanakan
dengan menerapkan elemen ciri-ciri iaitu intelektual, kemahiran
komunikasi, kemahiran kerja berpasukan, pembelajaran sepanjang hayat,
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 172
kemahiran kepimpinan, pemikiran kritis, etika dan nilai professional,
jasmani, emosi dan rohani.
iii. Mewujudkan sistem penyampaian yang berkesan kepada setiap
peringkat.
iv. Tahap amalan baik dalam proses pelaksanaan oleh pensyarah dan
pelajar dapat dilaksanakan dengan membuat penyelarasan dan semakan
terhadap proses pelaksanaan secara lebih cekap dan berkesan.
v. Kekuatan, kelemahan, peluang dan cabaran dalam pembelajaran
berasaskan projek dan penyelesaian masalah secara dalam talian untuk
pelajar bidang TVET pertanian Kolej Vokasional Malaysia dikongsi dan di
tambah baik dari masa ke semasa.
Rujukan
Ab. Halim, T., Adnan, Y., Kamisah, O., Shahrin, A., Awaluddin Zamri, A. R., &
Khadijah, A. R. (2004). Keberkesanan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran
Pendidikan Islam ke Atas Pembangunan Diri Murid. Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Adlina, A. H., Normala, O., Ahmad Nasir, M. Y., Arfah A. M., & Norasyikin, A. (2020).
Keberkesanan Mooc Titas dalam Pembentukan Sikap Mahasiswa Universiti
Awam. Jurnal Dunia Pendidikan, 2(1), 40-48.
Ahmad Esa, Razali Hassan, Jamaludin Hashim & Mohd Yusop Hadi (2009). Cabaran
Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) Di Malaysia: Peranan UTHM Dalam
Melahirkan Pendidik Berketrampilan. Kertas Institusi seminar Jawatankuasa
Penyelarasan Pendidikan Guru 2009. Impiana Casuarina, Ipoh: Universiti
Pendidikan Sultan Idris.
Baturay, M. H. (2015). An Overview of the World of MOOCs. Procedia-Social and
Behavioral Sciences, 174, 427-433.
Bucovetchi, O., Stanciu, R. D., & Simion, C. P. (2016). Study on Designing a
Curriculum Suitable For MOOC Platforms Starting Out the Romanian students’
Expectations. Procedia-Social and Behavioral Sciences, 22, 1135-1141.
Buhl, M., & Andreasen, L. B. (2018). Learning Potentials and Educational Challenges
of Massive Open Online Courses (MOOCs) in Lifelong Learning. International
Review of Education, 64(2): 151–160.
Hasyamudin Othman & Rahifa Mustafa. (2008). Kertas Kerja Perbentangan
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 173
Kemahiran Generik dalam Kelas Bercirikan Pembelajaran Berasaskan
Masalah (PBL) di Kalangan Pelajar Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein
Onn (KUiTHO).
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2015. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Killen, R. (2000). Outcome Based Education: Principles and Possibilities. University
of Newcastle, Australia: Faculty of Education.
Nor Syuhada Abdullah & Sarimah Ismail. (2013). Pembinaan dan Penilaian
Kesesuaian Modul Pembelajaran Kendiri Penyelesaian Masalah Berasaskan
Projek (PoPBL). Universiti Teknologi Malaysia.
Savery, J.R. (2006). Overview of Problem Based Learning: Definitions and
Distinctions. Interdisciplinary Journal of Problem Based Learning.
Pusat Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia