J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 95
DAPATAN KAJIAN
Kajian ini mempunyai dapatan yang menjawab ketiga-tiga persoalan kajian yang
terkandung.
Masalah Murid Dalam Penguasaan Kemahiran Penukaran Perpuluhan Kepada
Peratus
Dapatan menunjukkan bahawa persoalan ini berjaya dijawab oleh beberapa
instrumen yang digunakan seperti analisis dokumen, temubual dan senarai semak
pemerhatian berstruktur.
Temu Bual
Temu bual yang dijalankan mendapati guru bersetuju dan menyatakan bahawa
terdapat permasalahan yang utama murid dalam kemahiran ini. Ini dapat dibuktikan
melalui petikan temubual yang direkod.
“..Ya, murid mempunyai masalah dalam menguasai topik ini kerana
bersifat abstrak dan hafalan. Balik-balik salah juga jawapan mereka.
Ada yang meneka jawapan saja tau...” (G1)
Melalui perbincangan temu bual guru ini, pengkaji dapat mentafsirkan bahawa
terdapat kepincangan masalah yang berlaku iaitu masalah murid dalam memahami
konsep penukaran perpuluhan kepada peratus dengan baik.
Pemerhatian Berstruktur
Berdasarkan pemerhatian, kajian mendapati bahawa murid kelihatan tidak berminat
melalui tingkah laku murid ketika menjawab soalan ujian pra dijalankan. Ini dapat
dilihat melalui borang senarai semak pemerhatian berstruktur melalui senarai semak
pengkaji.
Jadual 2: Bilangan dan Peratus bagi Jawapan Murid
No Kelakuan ketika Bilangan Peratus
menjawab ujian pra
1 Menjawab dengan 21 70%
tenang dan bersedia
2 Melihat rakan di sebelah 4 13.3%
3 Termenung 5 16.6%
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 96
Melalui Jadual 2, dapat diperhatikan bahawa terdapat wujudnya masalah
yang dihadapi murid berdasarkan tingkahlaku ketika menjawab ujian pra.
Analisis Dokumen
Melalui analisis dokumen terhadap ujian pra seperti dalam Jadual 3, pengkaji
mendapati terdapat beberapa kesilapan yang berlaku yang menunjukkan murid tidak
menguasai kemahiran penukaran perpuluhan kepada peratus. Sebagai contoh,
kesilapan operasi, meneka jawapan dan tidak menjawab soalan. Instrumen ini boleh
dilakukan oleh guru bagi mengenal pasti kelemahan dan kesilapan murid ketika
melakukan penukaran perpuluhan kepada peratus.
Jadual 3: Dapatan Analisis Dokumen
Dapatan menujukkan bahawa kesemua 9 orang peserta kajian menunjukkan
kesilapan yang berbeza melalui ujian yang dijalankan. Melalui dapatan ini jelas
menunjukkan peserta kajian mempunyai masalah yang berkaitan dalam kajian ini.
Maka, dapat disimpulkan bahawa ketiga-tiga instrumen ini dapat menjawab
persoalan kajian yang pertama.
Penggunaan Intervensi TriPikto dalam Meningkatkan Penguasaan Kemahiran
Perpuluhan Kepada Peratus
Dalam persoalan kajian ini, instrumen yang digunakan ialah ujian. Dapatan ujian
mendapati bahawa terdapat kesan positif penggunaan TriPikto dalam menjawab
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 97
persoalan kajian ini. Ujian pra dijalankan bagi mengesan tahap penguasaan
sebelum intervensi manakala ujian pasca dijalankan selepas intervensi.
Rajah 2: Perbezaan Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca
Melalui graf yang ditunjukkan dalam Rajah 2, adalah dapat dilihat berlaku
peningkatan bagi setiap markah yang diperoleh peserta kajian semasa ujian pra.
Berlaku juga peningkatan ketika ujian pasca dijalankan. Dapat dilihat berlakunya
keberkesanan kaedah TripIkto yang diperkenalkan oleh pengkaji bagi kajian ini.
Jadual 4: Markah Ujian Pra dan Pasca Mengikut Murid
Murid Markah Ujian Pra Markah Ujian Perbezaan Markah
Pasca (%)
A1 20% 60% +40
A2 20% 80% +60
A3 20% 80% +60
A4 0% 60% +60
A5 40% 80% +40
A6 40% 60% +20
A7 0% 60% +60
A8 40% 100% +60
A9 20% 60% +40
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 98
Berdasarkan Jadual 4, dapat dilihat bahawa terdapat peningkatan yang
ketara dapat dicapai oleh peserta kajian sebelum dan selepas intervensi TriPikto
diperkenalkan. Secara keseluruhannya, peningkatan markah dapat ditunjukkan
sebelum kepada selepas intervensi dilaksanakan ketika kajian. Kesemua peserta
kajian dapat menunjukkan peningkatan setelah kaedah TriPikto digunakan sewaktu
menjawab soalan penyelesaian penukaran perpuluhan kepada peratus dalam ujian
pasca yang dijalankan.
Penggunaan Kaedah TriPikto dalam Meningkatkan Kaedah PdPc Guru
Melalui analisis dokumen, dapat menunjukkan bahawa penggunakan kaedah
TriPikto dapat meningkatkan kaedah PdPc guru. Ini dapat dilihat melalui kaedah
yang diperkenalkan oleh guru dapat diikuti oleh peserta kajian dalam hal ini. Murid
didapati memilih beberapa kedah yang diikuti dengan baik seperti melukis segitiga
dan melakukan jalan kira seperti yang terkandung dalam prosedur Kaedah Tripikto
yang diperkenalkan. Penerapan PAK-21 juga boleh diterapkan dengan
menggunakan bahan konkit bagi memastikan pengajaran menjadi lebih baik
(Mantihal & Maat, 2020).
REFLEKSI
Kajian ini telah mendatangkan implikasi yang positif kepada diri pengkaji kerana
telah banyak memberi pengetahuan dan pengalaman baru. Pengkaji telah menimba
pengetahuan baharu mengenai kaedah menjalankan kajian terutamanya prosedur
kajian tindakan dilaksanakan. Kedua, Pengkaji juga telah menyedari bahawa
terdapat wujudnya perbezaan latar belakang dalam kalangan murid. Wujudnya
keadaan murid yang baik dan serba kurang dalam aspek akademik.
Pengkaji juga telah mendapati bahawa murid juga semakin aktif ketika kajian
ini dijalankan. Ini dapat dilihat melalui intervensi dengan menggunakan bahan konkrit
iaitu TriPikto dijalankan kepada murid. Pembelajaran aktif dalam kalangan murid
dapat membuktikan bahawa berlakunya pemahaman ketika belajar (Wan & Nur,
2015). Selain itu, kajian ini juga dapat menjadi salah satu kaedah alternatif kepada
murid dalam menjawab soalan yang berkaitan. Kaedah ini dapat memudahkan murid
dalam memahami dan menguasai suatu kemahiran dan konsep.
Seterusnya, pihak sekolah juga dapat impak positif melalui kajian ini menerusi
perkongsian pintar yang dikakukan ketika pelaksanaan kajian. Ini dapat dibukti
melalui perkongsian pintar oleh pengkaji kepada guru yang berkaitan. Secara tidak
langsung memberi kelebihan win-win situation kepada kedua pihak yang terlibat
dalam kajian ini.
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 99
CADANGAN TINDAKAN SUSULAN
Setelah kajian tindakan ini dilaksanakan, saya telah memikirkan beberapa cadangan
kajian lanjutan setelah kajian ini dilaksanakan. Pertama, perlaksanaan intervensi ini
ditingkatkan lagi dengan menggunakan kaedah TMK. Bahan konkrit ini boleh
dijadikan bahan TMK sebagai intervensi pada masa yang mendatang. Pada masa
ini, penggunaan TMK dalam pendidikan amat penting dan giat luas digunakan. Hal
ini demikian kerana pada era pasca pandemik Covid-19 ini, penggunaan TMK sering
digunakan bagi menggantikan pengajaran berbentuk fizikal. Adalah menjadi harapan
saya agar intervensi ini digunapakai dalam bentuk TMK bagi meningkatkan kaedah
PdPc dalam kalangan guru. Bukan itu sahaja, mendigitalisasikan produk kepada
bentuk TMK juga dapat memberi peluang dan ruang kepada guru dan murid untuk
meneroka dengan lebih luas mengenai amalan pengajaran berbentuk digital dengan
lebih baik.
Selain itu, kajian lanjutan yang boleh dicadangkan penggunaan intervensi ini
sebagai bahan untuk melaksanakan pengajaran secara kolaboratif. Hal ini sekaligus
dapat mendukung amalan PAK21 di dalam bilik darjah. Penggunaan intervensi ini
boleh ditambahbaik dengan melaksanakan aktiviti berkumpulan semasa mengendali
dan menggunakan intervensi ini oleh guru dan murid. Secara tidak langsung amalan
kerja berpasukan dapat diterapkan dalam kalangan murid ketika menggunakan
intervensi ini. Apabila aktiviti kolaboratif dijalankan, maka strategi pengajaran
bersifatkan bahan dan berpusatkan pelajar dapat diterapkan seterusnya pengajaran
dapat berlangsung secara dua hala dan pengajaran bersifatkan kaedah tradisional
dapat diminimakan.
Ketiga, cadangan kajian lanjutan lanjutan yang dicadangkan ialah dengan
menerapkan seni dalam pendidikan khususnya muzik ketika intervensi dijalankan.
Dalam hal ini, pengkaji mencadangkan bahawa perlu ada pemurnian dalam cara
untuk mengingati langkah untuk menyelesaikan masalah mengikut prosedur yang
betul. Antara cadangan yang diutarakan oleh pengkaji ialah dengan menerapkan
hafalan berbentuk bunyian muzik. Hal ini sekaligus dapat membantu murid untuk
mengingati perkara yang berkaitan untuk jangka masa yang panjang tanpa perlu
menghafal prosedur dengan sukar.
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 100
Rujukan
Wan Hasmah, W. M., & Nur Munirah, T. A. (2015) Pembelajaran Aktif. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka
Chuen, T. L., & Rosli, R. (2021) The Content Domain Analysis of the Revised KSSR
Standard 4 Mathematics Textbook Version 2017. Jurnal Pendidikan Sains dan
Matematik Malaysia, 11(2), 51-66.
Kassim, N., & Zakaria, E. (2015). Integrasi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Matematik: Analisis Keperluan Guru. In
Prosiding Seminar Education Graduate Regional Conference (EGRC 2015).
Mantihal, S., & Maat, S. M. (2020). Pengaruh Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21)
Terhadap Minat Murid dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik: Satu
Tinjauan Sistematik. Jurnal Dunia Pendidikan, 2(1), 82-91.
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 101
PENGGUNAAN GENIUS HAMZAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH
MENGENAL PASTI KEDUDUKAN HURUF HAMZAH
Nur Husnina Anuar ([email protected])
1
2
Mohammad Rusdi Ab. Majid ([email protected])
3
Aisyah Balqis Mohd Nizam ([email protected])
4
Nur Sofea Hanim Ahmad Ruzaizi ([email protected])
5
Nurul Nadia Mohamed@Mahmood ([email protected])
1,2,3,4,5 Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail
Abstrak
Huruf hamzah merupakan salah satu daripada 37 huruf Jawi yang perlu dikuasai
khususnya murid sekolah rendah dan menjadi kunci utama kepada penulisan Jawi
yang betul. Maka, penyelidikan ini bertujuan untuk membantu murid Tahun 4
mengenal pasti kedudukan huruf hamzah di atas alif, hamzah di bawah alif, hamzah
setara dan hamzah berumah dengan betul melalui PdPc Pendidikan Islam bagi
bidang Jawi iaitu topik Kenali Saya. Bagi memudahkan murid menguasai empat
kedudukan huruf hamzah tersebut, maka tercetusnya sebuah inovasi digital
dinamakan Genius Hamzah yang dibangunkan selari dengan Revolusi Industri 4.0
melalui penggabungan dunia digital dalam era pendidikan masa kini. Berdasarkan
pengumpulan data awal, tiga orang peserta kajian yang memperoleh markah
terendah dalam ujian diagnostik yang dijalankan telah dipilih dari kelas 4 Al-Batani.
Pengumpulan data dijalankan melalui kaedah temu bual, ujian bertulis dan analisis
dokumen. Data yang telah dikumpul seterusnya disemak menggunakan triangulasi
kaedah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Genius Hamzah sangat berkesan
dalam membantu murid mengenal pasti empat kedudukan huruf hamzah dengan
betul di samping meraikan minat generasi muda yang lebih tertarik kepada
penggunaan teknologi dan pembelajaran secara maya. Usaha mengintegrasikan
teknologi dalam pendidikan ini diharapkan dapat memberi nafas baru kepada PdPc
Pendidikan Islam yang lebih menyeronokkan. Tuntasnya, penyelidikan ini dilihat
berjaya memberikan penyelesaian yang berkesan kepada murid yang menghadapi
masalah dalam kemahiran menulis Jawi dengan memantapkan pemahaman
mengenai empat kedudukan huruf hamzah dalam perkataan dengan betul.
Kata kunci: Jawi, kedudukan huruf hamzah, Genius Hamzah, teknologi
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 102
Abstract
The letter hamzah is one of the 37 Jawi letters that need to be mastered especially
by primary school pupils and is the main key to write Jawi correctly. Therefore, this
research aims to help Year 4 pupils identify the position of the letter hamzah above
alif, hamzah below alif, hamzah equivalent to a line and hamzah with a house
correctly through PdPc Islamic Education under the field of Jawi which is the topic of
‘Kenali Saya’. To make it easier for the primary school pupils to master the four
positions of the letter hamzah, a digital innovation called Genius Hamzah was
developed in line with the Industrial Revolution 4.0 through the incorporation of the
digital world in the current era of education. Based on the initial data collection, three
research participants who obtained the lowest scores in the diagnostic tests
conducted were selected from class 4 of Al-Batani. Data collection was conducted
through interviews, written tests and document analysis. The collected data were
subsequently reviewed using triangulation method. The findings of the research
show that Genius Hamzah is effective in helping the pupils identify the four positions
of the letter hamzah correctly while celebrating the interest of the younger generation
who are more interested in the use of technology and virtual learning. Efforts to
integrate technology in education are expected to breathe new life into the PdPc of
Islamic Education which is more enjoyable. Ultimately, this research is seen to be
successful in providing effective solutions to students who facing problems in Jawi
writing skills by strengthening their understanding of the four positions of the letter
hamzah in the word correctly.
Keywords: Jawi, position of hamzah, Genius Hamzah, technology
PENGENALAN
Saya merupakan guru pelatih bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
(PISMP) Pendidikan Islam Ambilan Jun 2018 di Institut Pendidikan Guru Kampus
Dato’ Razali Ismail. Saya telah menjalani sesi praktikum fasa satu dan fasa dia
selama tiga bulan bagi setiap fasa. Dalam proses menjalankan penyelidikan
tindakan ini, saya telah membuat pemerhatian semasa sesi pembelajaran dan
pemudahcaraan (PdPc) berlangsung.
Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan, masalah yang paling ketara yang
dapat saya lihat adalah terdapat segelintir murid menganggap penulisan kedudukan
huruf hamzah dalam perkataan hanya terdapat satu kedudukan sahaja. Walaupun
pelbagai lembaran kerja diberikan seiring dengan kaedah latih tubi yang kerap
dijalankan, namun murid-murid sering terkeliru dengan empat kedudukan huruf
hamzah yang dipelajari. Sehubungan dengan itu, Syazwani Sebli (2018)
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 103
menegaskan bahawa kelemahan pemahaman murid dalam mengenal pasti
kedudukan huruf hamzah turut menjadi penyumbang utama dalam penulisan huruf
Jawi dengan betul. Permasalahan ini menarik perhatian saya untuk menjalankan
kajian tindakan bagi menambah baik kaedah PdPc Jawi di samping mengelakkan
murid daripada terus menerus melakukan kesilapan dalam penulisan kedudukan
huruf hamzah.
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bagi mata pelajaran Pendidikan
Islam dalam bidang Jawi tahun 4 telah meletakkan topik “Kenali Saya” sebagai salah
satu tajuk yang perlu dikuasai oleh murid. Topik ini menjelaskan mengenai empat
kedudukan huruf hamzah iaitu hamzah di atas, hamzah di bawah, hamzah setara
dengan garisan dan hamzah berumah. Hal ini membuktikan bahawa penguasaan
huruf Jawi tunggal khususnya huruf hamzah perlu diberi perhatian sejak peringkat
sekolah rendah. Oleh itu, kajian tindakan yang dijalankan ini berfokus kepada
mengenal pasti kedudukan huruf hamzah dalam perkataan dengan betul. Hal ini
kerana ketiadaan pemahaman murid dalam memahami kedudukan huruf hamzah
dan membezakan setiap kedudukan tersebut menjadi faktor utama dalam masalah
penulisan huruf hamzah.
Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan terhadap murid bagi topik “Kenali
Saya” telah memberi gambaran kepada saya bahawa segelintir murid menghadapi
masalah dalam mengenal pasti empat kedudukan huruf hamzah. Mereka juga
mudah terkeliru dengan empat kedudukan huruf hamzah dalam perkataan. Jawapan
yang diberikan oleh murid terhadap soalan yang dikemukakan juga menunjukkan
mereka masih belum menguasai sepenuhnya topik ini. Hal ini mendatangkan
kebimbangan kepada saya kerana mereka akan berhadapan dengan cabaran untuk
menguasai kemahiran menulis dan membaca Jawi dengan baik. Oleh hal yang
demikian, saya telah menghasilkan Genius Hamzah iaitu alat intervensi digital bagi
membantu mengatasi masalah murid mengenal pasti dan membezakan empat
kedudukan huruf hamzah dalam perkataan. Penggunaan Genius Hamzah ini turut
meraikan generasi muda masa kini yang lebih cenderung kepada penggunaan
teknologi dan pembelajaran secara maya. Bagi memastikan kelancaran penyelidikan
tindakan ini, terdapat beberapa aspek yang dititikberatkan dalam pemilihan fokus
kajian iaitu kebolehtadbiran, kepentingan, kebolehgunaan, kawalan, kolaboratif dan
kerelevenan.
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 104
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian bagi penyelidikan tindakan ini adalah seperti berikut:
a) Membantu murid mengenal pasti hamzah di atas alif menggunakan Genius
Hamzah
b) Membantu murid mengenal pasti hamzah di bawah alif menggunakan Genius
Hamzah
c) Membantu murid mengenal pasti hamzah setara dengan garisan
menggunakan Genius Hamzah
d) Membantu murid mengenal pasti hamzah berumah menggunakan Genius
Hamzah
PERSOALAN KAJIAN
Soalan kajian bagi penyelidikan tindakan ini adalah seperti berikut:
a) Apakah penggunaan Genius Hamzah dapat membantu murid mengenal pasti
hamzah di atas alif?
b) Apakah penggunaan Genius Hamzah dapat membantu murid mengenal pasti
hamzah di bawah alif?
c) Apakah penggunaan Genius Hamzah dapat membantu murid mengenal pasti
hamzah setara dengan garisan?
d) Apakah penggunaan Genius Hamzah dapat membantu murid mengenal pasti
hamzah berumah?
TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Azrulhizam et. al. (2020) menyatakan bahawa murid dikatakan lebih cenderung
kepada bentuk visual yang bergerak, mempunyai warna yang menarik dan
penggunaan audio bagi memudahkan mereka memahami sesebuah tajuk atau topik
pembelajaran. Selain itu, kajian Hasbi Muin (2021) menjelaskan bahawa kaedah
interaktif amat selari dengan perkembangan teknologi kini merangkumi semua deria
pembelajaran seperti pendengaran, penglihatan, pertuturan dan juga perbuatan
sekaligus. Sehubungan dengan itu, Genius Hamzah dibina dengan
mengintegrasikan pelbagai elemen multimedia seperti teks, audio, grafik serta video
penerangan dengan menerapkan kaedah pembelajaran interaktif.
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 105
Jadual 1: Langkah Pelaksanaan Genius Hamzah
Langkah Keterangan
Langkah 1 Pengenalan:
• Penyelidik membuat penerangan secara ringkas mengenai
Genius Hamzah berkenaan cara menggunakannya dan fungsi-
fungsi yang terdapat padanya.
• Peserta kajian diminta menonton sebuah video pengenalan
kedudukan huruf hamzah
• Peserta kajian diberikan penerangan tentang empat kedudukan
huruf hamzah yang terdapat dalam Genius Hamzah
• Empat kedudukan huruf hamzah tersebut ialah:
o Hamzah di atas alif
o Hamzah di bawah alif
o Hamzah setara dengan garisan
o Hamzah berumah
Rajah 1: Paparan utama Genius Hamzah Rajah 2: Paparan menu utama Genius
Hamzah
Rajah 3: Video Pengenalan Ringkas Empat Kedudukan Huruf Hamzah
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 106
Langkah 2 Kedudukan hamzah di atas alif:
أ
• Peserta kajian diminta menekan menu (
)
• Peserta kajian dirangsang dengan penggunaan grafik dan perlu
memerhatikan kedudukan huruf hamzah yang dipaparkan
• Peserta kajian kemudiannya perlu menekan butang ‘suara’ bagi
menonton video penerangan bagi mengenali ciri-ciri kedudukan
huruf hamzah atas alif dalam perkataan serta contohnya.
• Sumbang saran dijalankan mengenai contoh perkataan lain
yang mengandungi hamzah di atas alif
Rajah 4: Ilustrasi kedudukan hamzah di Rajah 5: Isi kandungan video
atas alif penerangan hamzah di atas alif
Langkah 3 Kedudukan hamzah di bawah alif:
إ
• Peserta kajian diminta beralih kepada menu (
)
• Peserta kajian dirangsang dengan penggunaan grafik dan perlu
memerhatikan kedudukan huruf hamzah yang dipaparkan.
• Peserta kajian kemudiannya perlu menekan butang ‘suara’ bagi
menonton video penerangan bagi mengenali ciri-ciri kedudukan
huruf hamzah bawah alif dalam perkataan serta contohnya.
• Sumbang saran dijalankan mengenai contoh perkataan lain
yang mengandungi hamzah di bawah alif
Rajah 6: Ilustrasi kedudukan hamzah di Rajah 7: Isi kandungan video
bawah alif hamzah di bawah alif Hamzah penerangan hamzah di bawah alif
Hamzah
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 107
Langkah 4 Kedudukan hamzah setara dengan garisan:
• Peserta kajian diminta pula menekan menu)ء(
• Peserta kajian dirangsang dengan penggunaan grafik dan perlu
memerhatikan kedudukan huruf hamzah yang dipaparkan.
• Peserta kajian kemudiannya perlu menekan butang ‘suara’ bagi
menonton video penerangan bagi mengenali ciri-ciri kedudukan
huruf hamzah setara dengan garisan dalam perkataan serta
contohnya.
• Sumbang saran dijalankan mengenai contoh perkataan lain
yang mengandungi hamzah setara dengan garisan
Rajah 8: Ilustrasi kedudukan hamzah Rajah 9: Isi kandungan video penerangan
setara dengan garisan hamzah setara dengan garisan
Langkah 5 Kedudukan hamzah berumah:
• Peserta kajian diminta beralih kepada menu)ئ(
• Peserta kajian dirangsang dengan penggunaan grafik dan perlu
memerhatikan kedudukan huruf hamzah yang dipaparkan.
• Peserta kajian kemudiannya perlu menekan butang ‘suara’ bagi
menonton video penerangan bagi mengenali ciri-ciri kedudukan
huruf hamzah berumah dalam perkataan serta contohnya.
• Sumbang saran dijalankan mengenai contoh perkataan lain
yang mengandungi hamzah berumah.
Rajah 10: Ilustrasi kedudukan hamzah Rajah 11: Isi kandungan video
berumah penerangan hamzah berumah
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 108
Langkah 6 Kuiz mengira bilangan setiap kedudukan huruf hamzah:
• Peserta kajian perlu menekan menu ‘Bermain’ dan mendengar
arahan yang diberikan.
• Peserta kajian diminta mengira bilangan keempat-empat
kedudukan huruf hamzah dengan betul.
• Setelah selesai mengira, peserta kajian akan menyemak
jawapan dengan menekan butang ‘Jawapan’
Rajah 12: Paparan arahan kuiz Rajah 13: Paparan kuiz mengira
huruf hamzah
__________________________________________________________________
DAPATAN KAJIAN
Bagi menjawab keempat-empat soalan kajian, instrumen ujian penilaian 1 dan 2,
temu bual dan lembaran kerja telah dianalisis secara bertema. Berdasarkan analisis
yang dijalankan, penyelidik telah menemui dua tema yang berkaitan dengan
penggunaan Genius Hamzah iaitu pembacaan dan pembezaan.
Penggunaan Genius Hamzah membantu menyelesaikan masalah mengenal
pasti hamzah di atas alif.
Berdasarkan analisis terhadap ketiga-tiga instrumen tersebut, penyelidik mendapati
bahawa kemahiran membaca dan membezakan hamzah di atas alif dalam kalangan
peserta kajian menunjukkan peningkatan. Analisis markah ujian juga menunjukkan
ketiga-tiga peserta kajian telah berjaya menjawab 80% soalan ujian penilaian 1
dengan betul. Peratus tersebut telah meningkat kepada 100% pada ujian penilaian 2
selepas intervensi dijalankan menggunakan Genius Hamzah.
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 109
150
100
50
0
Ujian 1 Ujian 2
Ujian 1 Ujian 2
Rajah 14: Perbandingan markah keseluruhan ujian penilaian 1 dan 2
Penggunaan Genius Hamzah membantu menyelesaikan masalah mengenal
pasti hamzah di bawah alif
Berdasarkan analisis terhadap ketiga-tiga instrumen tersebut, penyelidik mendapati
bahawa kemahiran membaca dan membezakan hamzah di bawah alif dalam
kalangan peserta kajian menunjukkan peningkatan yang ketara. Tambahan pula,
hasil analisis lembaran kerja menunjukkan bahawa ketiga-tiga peserta kajian berjaya
menulis hamzah di bawah alif pada kedudukan yang betul dalam perkataan tanpa
teragak-agak dan lebih yakin. Malah, ketiga-tiga peserta kajian mencatatkan peratus
keseluruhan sebanyak 100% bagi analisis lembaran kerja.
Jadual 2: Analisis lembaran kerja hamzah di bawah alif
PK PERKATAAN JUMLAH BETUL
1 E-mel /
Islam /
2 E-mel /
Islam /
3 E-mel /
Islam /
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 110
Penggunaan Genius Hamzah membantu menyelesaikan masalah mengenal
pasti hamzah setara dengan garisan
Berdasarkan analisis terhadap ketiga-tiga instrumen tersebut, penyelidik mendapati
bahawa kemahiran membaca dan membezakan hamzah di bawah alif dalam
kalangan peserta kajian menunjukkan peningkatan. Hal ini dapat dilihat melalui
dapatan temu bual yang menunjukkan bahawa ketiga-tiga peserta kajian dapat
menyebut perkataan نا ء رقلا dengan sangat lancar. Tambahan pula, perkataan ini
memang biasa dijumpai oleh peserta kajian maka mereka berupaya membacanya
dengan tepat sekali.
Jadual 3: Interprestasi temu bual bagi hamzah setara dengan garisan
PK SOALAN 3 JAWAPAN INTERPRETASI
1 Cuba kamu baca Al-Quran /
2 perkataan ini Al-Quran /
3 Al-Quran /
Penggunaan Genius Hamzah membantu menyelesaikan masalah mengenal
pasti hamzah berumah
Berdasarkan analisis terhadap ketiga-tiga instrumen tersebut, penyelidik mendapati
bahawa kemahiran membaca dan membezakan hamzah berumah dalam kalangan
peserta kajian menunjukkan peningkatan. Peratus keseluruhan yang diperoleh oleh
ketiga-tiga peserta kajian dalam ujian meningkat iaitu daripada 67% kepada 100%.
PK1 wajar diberi perhatian kerana memaparkan keputusan yang ketara iaitu hanya
mendapat 20% jawapan betul dalam ujian penilaian 1 sebelum intervensi dan
berjaya memperoleh 100% selepas intervensi dijalankan menggunakan Genius
Hamzah.
150
100
50
0
Ujian 1 Ujian 2
Ujian 1 Ujian 2
Rajah 15: Perbandingan markah keseluruhan ujian penilaian 1 dan 2
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 111
PERBINCANGAN
Sebagai Guru Pendidikan Islam
Wujud kekeliruan antara guru-guru Pendidikan Islam tentang kedudukan huruf
Hamzah dalam buku teks Pendidikan Islam yang diterbitkan pada tahun 2018 oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) masih wujud kedudukan Hamzah ¾. Hal
ini tidak selari dengan sistem ejaan Jawi terkini tahun 2020 melalui buku Pedoman
Ejaan Jawi yang Disempurnakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka yang
menegaskan bahawa hamzah ¾ telah dihapuskan dalam penulisan Jawi atas
beberapa sebab seperti (a) Hamzah ¾ tidak mesra pengguna seperti sukar ditulis
menggunakan komputer mahupun gadget elektronik. Oleh itu, hamzah ¾ digantikan
dengan hamzah setara yang lebih mesra pengguna.
Selain itu, perubahan sistem ejaan Jawi terkini yang dikemaskini setiap tiga
tahun sekali menyebabkan murid merasakan tulisan Jawi lebih rumit dan konservatif
berbanding tulisan Rumi dan hanya digunakan dalam bidang agama Islam sahaja
(Hazlan, 2019). Pandangan itu bertepatan dengan kajian Mohd Eezan dan Shalan
(2020) yang menyatakan bahawa pelajar juga keliru dengan pengkaedahan Jawi
moden dan Jawi Tradisional. Oleh hal yang demikian, guru Pendidikan Islam berada
di barisan hadapan bagi menyeragamkan sistem ejaan dalam tulisan Jawi terutama
di sekolah bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pelajar (Wan Ali Akbar &
Nursafra, 2018)
Implikasi Terhadap Peserta Kajian
Kajian tindakan yang telah dijalankan memberikan kesan yang positif kepada
peserta kajian dalam beberapa aspek seperti minat, kemahiran dan pencapaian
mereka. Sebelum intervensi dijalankan, peserta kajian agak keliru dan tidak dapat
mengenal pasti dan membezakan empat kedudukan huruf hamzah dengan betul.
Namun begitu, intervensi Genius Hamzah telah berjaya meningkatkan pemahaman
peserta kajian bagi tajuk Kenali Saya. Hal ini jelas membuktikan bahawa
penggunaan kaedah dan pendekatan PdPc yang menarik di samping menyelitkan
penggunaan teknologi memudahkan murid untuk memahami topik yang diajar.
Genius Hamzah turut menerapkan kaedah pembelajaran secara interaktif selari
dengan kajian oleh Mohd Mazis et. al. (2021) yang mengatakan bahawa mata
pelajaran Pendidikan Islam amat memerlukan pendekatan kaedah interaktif kerana
mempunyai topik-topik pengajaran yang memerlukan huraian terperinci dalam
pemahaman pelajar.
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 112
Rujukan
Azrulhizam Shapii, Zainal Rasyid, & Sabarina Othman. (2020). Jom Jawi: Meningkat
Penguasaan Bahasa Jawi di Kalangan Murid Sekolah Rendah Mengguna
Media Interaktif. Jurnal Dunia Pendidikan, 2, 212-230.
Hazlan Atan. (2019). Tahap Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan (PPIK) Guru
Mengajar Jawi Sekolah Rendah Daerah Klang. Tesis Sarjana. Universiti
Kebangsaan Malaya.
Mohd Eezan, & Shahlan Surat. (2020). Pemupukan Minat Terhadap Jawi dalam
Kalangan Murid Sekolah Rendah. Jurnal Personalia Pelajar, 23(2), 103-109.
Mohd Maziz, Saifulazry Mokhtar, & Kasoma Thia. (2021). Pendekatan Kaedah
Interaktif dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam ke-21 di
Sekolah Kebangsaan Kota Kinabalu [Paper presentation]. 5 International
th
Conference on Teacher Learning and Development (ICTLD) 2021.
Syazwani Sebli (2018). Aplikasi “Combo Hamzah” dalam Mengenal dan
Membezakan Kedudukan Huruf Hamzah. Jurnal Pendidikan Islam
Kontemporari, 1, 194-204.
Wan Ali Akbar, & Nursafra (2018). Inovasi Pendidikan Islam. Institut Terjemahan dan
Buku Malaysia.
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 113
PENDEKATAN HEUTAGOGI DALAM PEMBELAJARAN OPERASI BARIS
PERMULAAN MENGGUNAKAN KALKULATOR EROXCEL
1
Rabiatul Adawiah Ayop ([email protected])
2
Hairon Azman Adanan ([email protected])
3
Jamiatun Nadwa Ismail ([email protected])
4
Musiade Mohd Sharif ([email protected])
1,2,3,4 Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
Abstrak
Kajian ini dijalankan bagi pembelajaran operasi baris permulaan (ERO) dalam tajuk
Matrices and System of Linear Equations subjek Matematik Program Matrikulasi.
Kumpulan sasaran melibatkan 77 pelajar Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan sebagai
peserta kajian yang dipilih secara persampelan tujuan. Analisis dokumen dilakukan
terhadap jalan kerja pelajar dan tinjauan dilaksanakan dengan instrumen soal selidik
melalui edaran Google Form. Dapatan kajian mendapati 100% pelajar dapat
menjawab soalan ERO dan refleksi menunjukkan 98.7% pelajar suka menggunakan
kalkulator Eroxcel, 98.7% menyatakan kalkulator Eroxcel membantu pemahaman
konsep ERO, 97.4% menyatakan kalkulator Eroxcel membantu pelajar membuat
semakan langkah penyelesaian, 97.4% pelajar setuju kalkulator Eroxcel sesuai
dalam pembelajaran kendiri, manakala 97.4% pelajar setuju penggunaan kalkulator
Eroxcel sesuai digunakan oleh pelajar dalam pembelajaran ERO. Melalui
pemerhatian dan temubual, hasil dapatan menunjukkan pelajar menggunakan enam
elemen pendekatan heutagogi dalam pembelajaran berasaskan teknologi iaitu
meneroka, mencipta, kolaborasi, perkongsian, refleksi dan berhubung semasa
menggunakan kalkulator Eroxcel dalam pembelajaran konsep operasi baris
permulaan.
Kata Kunci: Operasi baris permulaan, heutagogi, kalkulator, Microsoft Excel.
Abstract
This study was conducted in Negeri Sembilan Matriculation College (KMNS) to
explore the heutagogical approach in the learning of elementary row operations
(ERO) method. Respondents are selected by purposive sampling consists of 77
KMNS students. Document analysis on students’ solution steps and survey is
implemented with a questionnaire instrument through the distribution of Google
Form. The findings show that 100% students can solve ERO question and 98.7% of
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 114
students like using the Eroxcel calculator, 98.7% stated that the Eroxcel calculator
helps in understanding the concept of ERO, 97.4% stated that the Eroxcel calculator
helps students in reviewing the solution steps, 97.4% of the students agree that the
Eroxcel calculator is suitable for self-study, while 97.4% of the students agree the
use of the Eroxcel calculator is suitable for this topic. Through observations and
interviews, the findings show that students use six elements of the heutagogy
approach in technology-based learning, namely exploring, creating, collaboration,
sharing, reflection and connecting while using Eroxcel calculator.
Keywords: Elementary row operations, heutagogy, calculator, Microsoft Excel.
PENDAHULUAN
Pendidikan negara pada masa kini menuju ke arah pendidikan yang selari dengan
Revolusi Perindustrian 4.0 (IR 4.0) berasaskan perubahan pesat teknologi digital.
Sebagai langkah menyediakan pendidikan abad ke-21 (PAK-21) negara setaraf
pendidikan antarabangsa yang memenuhi keperluan pendidikan IR 4.0, Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah dirangka oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Melalui anjakan utama PPPM 2013-2025
untuk mentransformasi pendidikan negara, anjakan ke-tujuh menekankan
penggunaan ICT bagi pembelajaran jarak jauh dan pembelajaran kendiri untuk
mencapai pengajaran berkualiti tinggi.
Pembelajaran kendiri merupakan kaedah pembelajaran mengikut kadar
kendiri pelajar dan guru hanya menjadi pemudah cara dan bukan pembekal
kandungan mata pelajaran secara langsung (Hase & Kenyon, 2013). Pembelajaran
kendiri dikenali sebagai pendekatan heutagogi dengan konsep pembelajaran kendiri
yang menfokuskan pelajar sebagai penentu kaedah pembelajaran dan kandungan
mata pelajaran (Blaschke, 2012). Pendekatan heutagogi mula mendapat perhatian
pendidik selepas sepuluh tahun diperkenalkan oleh Hase dan Kenyon pada tahun
2000 apabila aplikasi teknologi dalam pendidikan jarak jauh telah menjadi relevan
pada masa kini.
Corak pengajaran dan pembelajaran mengalami perubahan drastik apabila
pengajaran dan pembelajaran tidak boleh dilaksanakan secara bersemuka kerana
pandemik dan pendidik perlu mencari pendekatan yang sesuai dalam melaksanakan
pengajaran. Kolej Matrikulasi di bawah seliaan Bahagian Matrikulasi Kementerian
Pendidikan Malaysia (BMKPM) antara institusi pendidikan yang turut terkesan
dengan perubahan ini dan perlu melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran jarak jauh iaitu secara dalam talian semasa pandemik.
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 115
Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS) merupakan salah sebuah kolej di
bawah BMKPM yang menawarkan Program Matrikulasi iaitu program persediaan
pelajar lepasan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) ke peringkat universiti. Subjek
matematik merupakan subjek yang perlu diambil oleh semua pelajar Program
Matrikulasi dan pendekatan bersesuaian dengan pendidikan matematik peringkat
tinggi perlu diterapkan.
Pendekatan heutagogi untuk pendidikan matematik peringkat universiti oleh
Suhaimi dan Tajudin (2020) menyimpulkan enam kriteria heutagogi iaitu (i)
penentuan kendiri kontrak pembelajaran pelajar, (ii) pembentukan kurikulum fleksibel
oleh pelajar, (iii) penyoalan terarah kendiri, (iv) pentaksiran fleksibel dan
kebolehrundingan, (v) amalan reflektif dan, (vi) pembelajaran kolaboratif perlu
diamalkan oleh pendidik untuk membantu pelajar memahami matematik pendidikan
tinggi dengan baik. Bagi pelajar ambilan sesi 2021/2022, pengajaran dan
pembelajaran dilaksanakan secara dalam talian dan pendekatan heutagogi
dirasakan sesuai dilaksanakan bagi menyediakan pelajar yang berdaya saing dan
berkebolehan dalam menghadapi perkembangan pesat persekitaran digital.
PENYATAAN MASALAH
Topik Matrices and System of Linear Equations merupakan salah satu topik dalam
silibus matematik Program Matrikulasi. Operasi baris permulaan (Elementary Row
Operation, ERO) dalam topik tersebut digunakan dalam mencari matriks songsang
dan menyelesaikan persamaan linear. Penguasaan pelajar dalam topik Matrices and
System of Linear Equations membolehkan pelajar memperoleh gred yang baik bagi
mata pelajaran Matematik berdasarkan wajaran markah yang ditetapkan untuk
penilaian berterusan dan penilaian kursus.
Melalui refleksi pengajaran pensyarah, pelajar tidak dapat menyelesaikan
ERO dengan baik dan sering tidak dapat menghabiskan langkah penyelesaian ERO
kerana jalan kerja yang panjang dan tidak sistematik. Selain itu, proses semakan
jalan penyelesaian ERO oleh pelajar agak rumit dan memakan masa yang lama
menyebabkan pelajar hilang keyakinan diri serta motivasi kerana sukar menyemak
jawapan.
Operasi baris permulaan memerlukan kemahiran pengiraan dan penyelesaian
masalah, tetapi pelajar sering melakukan kesilapan apabila melibatkan pengiraan
pecahan (Malihatuddarojah & Prahmana, 2019; Sangit, 2007). Kajian terdahulu juga
mendapati kelemahan pelajar dalam soalan penyelesaian masalah (Ibrahim &
Sa’adah, 2016; Abd. Wahab, Hidayat & Zakaria, 2014). Akhirnya pelajar tidak dapat
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 116
menjawab soalan berkaitan ERO dengan baik dan memberi kesan kepada markah
penilaian berterusan pelajar serta gred pencapaian subjek matematik pelajar.
Kaedah penyelesaian ERO yang sistematik diperlukan bagi menggantikan
kaedah sedia ada yang menjadikan nilai “1” terlebih dahulu pada unsur pepenjuru
matrik sebelum mengosongkan unsur lain di lajur tertentu kerana mewujudkan
masalah seperti wujudnya nombor pecahan dalam langkah pengiraan, kecuaian
semasa mengira menggunakan kalkulator, kesukaran mencipta formula operasi
baris dan langkah penyelesaian yang panjang iaitu memerlukan sekurang-
kurangnya enam langkah pengiraan.
OBJEKTIF KAJIAN
Fokus utama kajian adalah untuk meneroka pendekatan heutagogi dalam
pembelajaran konsep ERO menggunakan alat inovasi kalkulator Eroxcel. Secara
khusus, objektif kajian adalah:
1. Menggunakan pendekatan heutagogi dalam pembelajaran ERO
menggunakan kalkulator Eroxcel.
2. Mengenalpasti kesesuaian pendekatan heutagogi dalam pembelajaran ERO
menggunakan kalkulator Eroxcel.
3. Menghasilkan kaedah yang sistematik untuk menyelesaikan ERO
menggunakan kalkulator Eroxcel.
4. Menghasilkan alat untuk mengesan kecuaian dalam penyelesaian pelajar
menyelesaikan ERO dengan pantas dan secara kendiri.
PERSOALAN KAJIAN
1. Apakah pendekatan yang digunakan pelajar dalam pembelajaran ERO
menggunakan kalkulator Eroxcel?
2. Adakah pendekatan heutagogi menggunakan kalkulator Eroxcel membantu
pelajar dalam pembelajaran ERO?
3. Adakah kalkulator Eroxcel dapat membantu pelajar menyelesaikan ERO?
4. Adakah kalkulator Eroxcel dapat membantu pelajar mengesan kecuaian
penyelesaian pelajar dangan pantas secara kendiri?
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 117
KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian menunjukkan PAK-21 boleh meningkatkan minat murid dalam mempelajari
topik yang lebih kompleks dan membantu meningkatkan kefahaman murid (Mantihal
& Maat, 2020). Kalkulator Eroxcel digunakan sebagai alat pembelajaran kendiri
pelajar dalam menyelesaikan ERO dan pelajar juga dapat menyemak jalan kerja
sendiri yang dapat memberi impak positif dalam pencapaian pelajar.
Pelajar juga didapati masih melakukan kesilapan konsep dalam operasi baris
di peringkat universiti (Aygor & Ozdag, 2012). Sebagai institusi yang menyediakan
pelajar ke peringkat universiti, kesilapan konsep oleh pelajar boleh di atasi di
peringkat matrikulasi dengan kaedah dan proses pembelajaran yang berkesan.
Penggunaan alat inovasi juga perlu memerlukan pendekatan yang selari PAK-
21 agar objektif pembelajaran tercapai dengan elemen pembelajaran bermakna
melalui persekitaran digital dan amalan pedagogi terkini. Selain itu, kalkulator
Eroxcel mempunyai ciri-ciri mesra pengguna kerana boleh digunakan oleh pelajar
pada bila-bila masa, tanpa menggunakan capaian internet serta mudah dicapai
dengan hanya penggunaan komputer atau telefon pintar.
Menurut Blaschke dan Hase (2016), terdapat enam elemen pendekatan
heutagogi dalam pembelajaran berasaskan teknologi iaitu (i) meneroka, (ii)
mencipta, (iii) kolaborasi, (iv) perkongsian, (v) refleksi dan, (vi) berhubung. Definisi
setiap elemen diperincikan oleh Saamri, Nawawi dan Amri (2021) seperti Rajah 1.
Rajah 1. Definisi Elemen Heutagogi Berasaskan Teknologi (Saamri, Nawawi & Amri,
2021)
Penyelidik mengimplementasikan elemen heutagogi mengikut definisi
Kamrozzaman, Badusah dan Mohammad (2019) terhadap pembelajaran ERO
melalui pembelajaran dalam talian seperti berikut:
1. Meneroka - Merupakan konsep asas dalam heutagogi dan pembelajaran
non-linear. Alat yang digunakan untuk meneroka seperti enjin carian dalam
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 118
talian atau media sosial membolehkan pelajar mencari pakar atau komuniti
pembelajaran yang sesuai.
2. Mencipta - Penggunaan perisian yang sesuai membolehkan pelajar
menjadi kreatif dalam menyatakan maklumat.
3. Kolaborasi - Kolaborasi bersama komuniti pembelajaran untuk
menyelesaikan masalah bersama atau mempelajari sesuatu. Pengajar
sebagai pemudah cara dan hanya bertindak apabila perlu.
4. Perkongsian - Hasil kerja pelajar boleh dibincangkan bersama melalui
SlideShare atau Research Gate. Pelajar juga boleh membangunkan
portfolio profesional dalam talian menggunakan perisian tertentu.
5. Refleksi - Refleksi hasil pembelajaran oleh pelajar seperti penulisan ilmiah
dengan menggunakan medium yang sesuai.
6. Berhubung - Berhubung antara komuniti untuk meningkatkan motivasi
intrinsik pelajar seterusnya meningkatkan motivasi komuniti bagi
persekitaran pembelajaran yang sama.
METODOLOGI
Kajian dilaksanakan dengan melaksanakan pendekatan heutagogi melalui kalkulator
Eroxcel terhadap sampel pelajar yang dipilih dari kelas tutorial yang sama.
Kumpulan sasaran terdiri daripada pelajar Sistem Dua Semester (SDS) Kolej
Matrikulasi Negeri Sembilan dari kuliah S1G, S2D dan S3B. Daripada tiga kuliah ini,
terdapat 77 responden yang terlibat semasa pengumpulan data. Instrumen yang
digunakan adalah temubual dan analisis dokumen iaitu jalan kerja yang ditunjukkan
oleh pelajar. Selain itu, soal selidik menggunakan Google Form juga diberi kepada
responden untuk mendapatkan refleksi terhadap penggunaan kalkulator Eroxcel.
Teknologi yang digunakan dalam kajian ini adalah alat inovasi kalkulator
Eroxcel yang boleh digunakan oleh pelajar melalui imbasan kod-QR (Rajah 2).
Rajah 3 pula menunjukkan paparan kalkulator Eroxcel yang digunakan dalam
pembelajaran ERO.
Rajah 2: Kod-QR Pautan Kalkulator Eroxcel
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 119
Langkah 1: Melalui capaian Google Drive menggunakan QR Code, pelajar dan pensyarah boleh mengakses EROXcel.
Langkah 2:
Bagi mencari matriks
songsang, masukkan
soalan di sini.
Langkah 3:
Jalan kerja ERO bagi
mendapatkan
matriks songsang
yang tepat
ditunjukkan di sini.
Langkah 4:
Jawapan akhir bagi
matriks songsang
ditunjukkan di sini.
Rajah 3: Paparan Operasi Baris Permulaan Menggunakan Kalkulator Eroxcel
DAPATAN KAJIAN
Proses refleksi terhadap kebolehan pelajar menyelesaikan soalan berkaitan ERO
dilakukan dengan mengkaji jalan kerja yang ditunjukkan oleh pelajar selepas
menggunakan kalkulator Eroxcel. Hasil temubual bersama pelajar mendapati
kesemua enam elemen heutagogi telah diimplementasikan semasa pembelajaran
ERO menggunakan alat inovasi kalkulator Eroxcel. Jadual 1 menunjukkan elemen
heutagogi dan penerapan elemen tersebut dalam pembelajaran ERO.
Elemen Penerokaan - ERO merupakan satu teknik mencari matriks songsang
melalui operasi baris. Proses menerbitkan operasi baris dilakukan dengan objektif
menjadikan matriks asal yang hendak diselesaikan kepada matriks identiti. Proses
menerbitkan operasi baris memerlukan keupayaan penyelesaian masalah aras tinggi
dan pemikiran sistematik untuk menyelesaikan ERO kerana terdapat sembilan unsur
/ elemen bagi matriks dimensi 3×3 yang perlu ditukar menjadi nombor “1” dan “0”
(matriks identiti). Pelajar melakukan penerokaan dan menunjukkan teknik
penciptaan formula dalam jalan penyelesaian yang ditunjukkan seperti Rajah 4.
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 120
Jadual 1: Elemen Heutagogi Menggunakan Kalkulator Eroxcel
Bil Elemen Pemerhatian
1 Meneroka Pembelajaran non-linear menggunakan kalkulator Eroxcel
membolehkan pelajar melakukan eksplorasi kendiri
terhadap formula yang dicipta dalam Microsoft Excel untuk
menyelesaikan soalan menggunakan ERO.
2 Mencipta Perisian Microsoft Excel digunakan dengan formula ERO
ditunjukkan secara satu persatu membolehkan pelajar
mencipta formula operasi baris permulaan sendiri bagi
soalan yang berlainan.
3 Kolaborasi Pelajar berkolaborasi dengan aplikasi lain atas talian untuk
menyelesaikan ERO dan membuat perbandingan dengan
kalkulator Eroxcel. Kaedah ini membolehkan pelajar
memperoleh pengetahuan dan dapat menyelesaikan
masalah dari dapatan perbandingan yang dilakukan dari
proses kolaborasi. Pendidik menjadi pemudah cara dalam
elemen ini.
4 Perkongsian Pelajar berkongsi hasil jawapan masing-masing melalui
formula yang dihasilkan dan membuat kesimpulan
kandungan mata pelajaran iaitu konsep operasi baris
permulaan.
5 Refleksi Refleksi pelajar terhadap penggunaan kalkulator Eroxcel
diambil melalui soal selidik di Google Form dan hasil kerja
pelajar.
7 Berhubung Pelajar berhubung antara sesama pelajar dan pengajar
serta aplikasi lain bagi mewujudkan persekitaran
pembelajaran yang positif.
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 121
Rajah 4. Hasil Kerja Pelajar dan Penciptaan Formula Penyelesaian ERO
Elemen Penciptaan - Pelajar mencipta formula dalam menyelesaikan ERO
dengan menjadikan unsur bukan pepenjuru kepada nilai “0” pada lajur pertama,
kedua dan ketiga dalam jalan kerja yang ditunjukkan. Melalui kalkulator Eroxcel,
baris pertama dilabel sebagai ‘A’, baris kedua sebagai ‘B’ dan baris ketiga sebagai
‘C’ seperti Rajah 5.
A 2 1 1 1 A 2 1 1 1
B 1 − 2 − 3 1 2B - 1A B 0 − 5 − 7 1
C 3 2 4 5 2C - 3A C 0 1 5 7
Unsur
pepenjuru
Rajah 5. Teknik Penciptaan Formula
Pelajar menunjukkan strategi memulakan operasi menukar unsur bukan
pepenjuru terlebih dahulu, mencipta formula dan menunjukkan teknik empat langkah
penyelesaian sahaja melalui elemen penciptaan.
Elemen Kolaborasi - Pelajar berkolaborasi dengan aplikasi lain atas talian
untuk menyelesaikan ERO seperti e-Math Calculator dan membuat perbandingan
dengan kalkulator Eroxcel. Kaedah ini membolehkan pelajar memperoleh
pengetahuan dan dapat menyelesaikan soalan dari dapatan perbandingan yang
dilakukan dalam proses kolaborasi. Pendidik menjadi pemudah cara dalam elemen
ini.
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 122
Elemen Perkongsian - Pelajar menyelesaikan ERO menggunakan teknik
seperti yang ditunjukkan dalam kalkulator Eroxcel dan berkongsi jalan kerja dan
penyelesaian bersama rakan dan juga pengajar untuk memastikan kefahaman
konsep yang betul.
Elemen Refleksi - Kaedah pengumpulan data dilakukan melalui kaedah
tinjauan dengan edaran soal selidik melalui Google Form. Hasil daripada soal selidik
yang diedarkan, didapati 98.7% pelajar suka menggunakan kalkulator Eroxcel,
98.7% menyatakan kalkulator Eroxcel membantu pemahaman konsep operasi baris
permulaan, 97.4% menyatakan kalkulator Eroxcel membantu pelajar membuat
semakan langkah penyelesaian, 97.4% pelajar setuju kalkulator Eroxcel sesuai
dalam pembelajaran kendiri, manakala 97.4% pelajar setuju penggunaan kalkulator
Eroxcel sesuai digunakan oleh pelajar dalam pembelajaran tajuk ini. Rajah 6
menunjukkan data yang diperoleh.
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 123
Tidak Pasti
Tidak Pasti
Rajah 6. Data Soal Selidik Refleksi Pelajar
Elemen Berhubung-Sepanjang proses pembelajaran ERO melalui kalkulator
Eroxcel, elemen berhubung diterapkan oleh pelajar melalui aplikasi Telegram,
Google Meet dan WhatsApp.
PERBINCANGAN
Melalui eksplorasi kendiri pelajar menggunakan kalkulator Eroxcel, pembelajaran
ERO dapat dikuasai oleh pelajar dan pelajar juga dapat menyemak jalan kerja
sendiri. Pendekatan heutagogi memberi impak yang baik kepada pelajar dan
pengajar dalam pembelajaran dan pengajaran ERO. Ciri-ciri paparan yang menarik,
mesra pengguna serta mudah capai memberi motivasi kepada pelajar untuk
mempelajari ERO melalui elemen meneroka. Teknik penciptaan formula dengan
memulakan operasi menukar unsur bukan pepenjuru terlebih dahulu dapat
mengurangkan pelajar melakukan kesilapan dalam pengiraan kerana tiada unsur /
elemen pecahan. Melalui pendekatan heutagogi, pelajar mampu melakukan ERO
dengan betul dan dapat menghasilkan formula operasi baris sendiri. Pelajar yang
melakukan kesilapan jalan penyelesaian pula dapat menyemak jalan kerja sendiri
dan ini memberi impak positif kepada pelajar kerana pelajar lebih yakin untuk
memberi jawapan. Pengajar juga dapat melihat kebolehan pelajar dalam ERO
secara berterusan, cepat dan lebih efisien kerana pensyarah dapat mengenal pasti
kelemahan pelajar dan tindakan penambah baik oleh pelajar dan pengajar dapat
dilaksanakan. Berdasarkan hasil temu bual bersama pelajar, analisis dokumen jalan
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 124
kerja / penyelesaian ERO pelajar serta dapatan soal selidik, refleksi pelajar
menunjukkan pendekatan heutagogi membantu dalam pembelajaran ERO.
KESIMPULAN
Hasil kajian menunjukkan pendekatan heutagogi diimplementasikan dengan
baik oleh pelajar dalam pembelajaran ERO menggunakan kalkulator Eroxcel.
Elemen meneroka, mencipta, kolaborasi, perkongsian, refleksi dan berhubung
sangat sesuai dengan pengajaran dan pembelajaran dalam talian dengan alat digital
selari dengan dapatan kajian lepas bahawa penerimaan pelajar terhadap
pendekatan heutagogi bagi pembelajaran matematik adalah sangat baik (Rashid,
Said, & Abdullah, 2021; Saamri, Nawawi, & Ramli, 2021; Suhaimi & Tajudin, 2020 ).
Pelajar bersetuju kalkulator Eroxcel sesuai untuk pembelajaran kendiri dan
membuktikan pendekatan heutagogi membantu dalam pembelajaran ERO
menggunakan kalkulator Eroxcel melalui soalan tugasan yang diselesaikan. Pelajar
juga menunjukkan jalan kerja yang betul serta penciptaan formula ERO yang mudah
dan ringkas. Kajian ini telah membuktikan penggunaan dan kesesuaian pendekatan
heutagogi dalam pembelajaran ERO dengan penggunaan kalkulator Eroxcel sebagai
alat inovasi dan menghasilkan kaedah yang pantas untuk mengesan kesilapan
pelajar menyelesaikan ERO.
Selaras dengan amalan pembelajaran abad ke-21 yang antaranya
menekankan literasi teknologi digital, aplikasi Microsoft Excel sesuai digunakan bagi
membantu pembinaan alat inovasi digital dan mudah digunakan oleh pelajar dan
pensyarah untuk pelbagai kandungan pelajaran yang melibatkan pengiraan.
Pendekatan heutagogi sangat sesuai untuk pelaksanaan kelas secara dalam talian.
Penghasilan inovasi digital kalkulator Eroxcel dengan pendekatan heutagogi
ternyata dapat membantu pelajar melakukan eksplorasi kendiri dan pendidik perlu
lebih kreatif mencari isi kandungan mata pelajaran yang sesuai menggunakan
pendekatan heutagogi.
Rujukan
Aygor, N., & Ozdag, H. (2012). Misconceptions in Linear Algebra: The Case of
Undergraduate Students. Procedia-Social and Behavioral Sciences, 46,
2989-2994.
Blaschke, L. M. (2012). Heutagogy and Lifelong Learning: A Review of
Heutagogical Practice and Self-Determined Learning. The International
Review of Research in Open and Distributed Learning, 13(1), 56-71.
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 125
Blaschke, L. M., & Hase, S. (2016). Heutagogy: A holistic Framework for Creating
Twenty-First-Century Self-Determined Learners. In The Future of Ubiquitous
Learning (pp. 25-40). Springer, Berlin, Heidelberg.
bt Abd Wahab, R., Hidayat, R., & Zakaria, E. (2014). Analisis Kesilapan dalam
Pembelajaran Pengamiran. Jurnal Pendidikan Matematik, 2(2), 14-30.
Hase, S., & Kenyon, C. (2000). From Andragogy to Heutagogy. UltiBASE In-Site.
Hase, S., & Kenyon, C. (Eds.). (2013). Self-determined Learning: Heutagogy in
Action. A&C Black.
Ibrahim, N., & Sa'adah, N. M. (2016). Kefahaman dan Kesilapan Pelajar dalam
Pembelajaran Topik Pembezaan Tingkatan Empat (Doctoral dissertation,
Universiti Pendidikan Sultan Idris).
Kamrozzaman, N. A., Badusah, J., & Mohammad, W. M. R. W. (2019). Heutagogy
Approach: Effectiveness of M-learning for Lifelong Learning Education/
Pendekatan Heutagogi: Keberkesanan M-pembelajaran untuk Pendidikan
Sepanjang Hayat. Sains Humanika, 11(3).
Mantihal, S., & Maat, S. M. (2020). Pengaruh Pembelajaran Abad Ke-21 (Pak21)
Terhadap Minat Murid Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik:
Satu Tijauan Sistematik. Jurnal Dunia Pendidikan, 2(1), 82-91.
Malaysia, K. P. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2025. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Malihatuddarojah, D., & Prahmana, R. C. I. (2019). Analisis Kesalahan Siswa
dalam Menyelesaikan Permasalahan Operasi Bentuk Aljabar. Jurnal
Pendidikan Matematika, 13(1), 1-8.
Rashid, N. A., Said, M. N. H. M., & Abdullah, Z. (2021). Persepsi Penerimaan
Pelajar Pascasiswazah UTM Terhadap Pendekatan Heutagogi Dalam
Pembelajaran. Innovative Teaching and Learning Journal, 5(1), 31-48.
Sangit, Z. (2007). Kesilapan dalam Ungkapan Algebra di Kalangan Pelajar
Tingkatan 4: Satu Kajian Kes. Master Thesis.
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 126
Saamri, N., Nawawi, S., & Ramli, R. (2021). Tahap Penerimaan Pelajar terhadap
Penggunaan Kemudahan di atas Talian untuk Menyokong Aktiviti
Pembelajaran Fleksibel Berdasarkan Elemen Rekabentuk Pendekatan
Heutagogi. International Journal of Modern Education, 3(8), 35-48.
Suhaimi, N. A. (2020). Mensinergikan Pengajaran Matematik Peringkat Universiti
Melalui Pendekatan Heutagogi ke Arah Kurikulum Tersedia Masa
Hadapan. International Journal of Education and Pedagogy, 2(3), 56-69.
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 127
KEBERKESANAN EDU HAJJ KIT DALAM MENINGKATKAN TAHAP
PENGUASAAN MURID TERHADAP PERISTIWA HAJI
Siti Nadirah Salim ([email protected])
Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang
Abstrak
Inovasi Edu Hajj Kit adalah sebuah kit gamifikasi didik hibur pendidikan selaras
dengan PAK21 yang menyeronokkan dengan menggabungkan kemahiran main dan
ingat dalam memahami peristiwa haji. Penyataan masalah bagi kajian ini adalah
murid sukar memahami perjalanan peristiwa haji berpandukan teori semata. Kajian
ini dijalankan bagi melihat sejauh mana keberkesanan inovasi Edu Hajj Kit dalam
meningkatkan penguasaan murid terhadap peristiwa haji. Responden terdiri
daripada 10 orang murid dari Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang yang dipilih
secara persampelan rawak mudah. Data dianalisis menggunakan kaedah
pemerhatian, penilaian Formatif Pra dan Formatif Pos. Dapatan kajian yang
diperolehi setelah melalui dua tahap penilaian menunjukkan peningkatan yang
ketara terhadap pemahaman murid berkaitan peristiwa haji. Murid juga aktif malah
PdPC juga dilihat lebih menarik dan menyeronokkan disamping dapat mencapai
objektif pembelajaran secara menyeluruh. Edu Hajj Kit amat berpotensi di masa
akan datang memandangkan impak yang berkesan, menarik dan menyeronokkan
dikalangan murid dalam memahami perjalanan peristiwa haji.
Kata Kunci: Gamifikasi Pendidikan, Edu Haji Kit, Inovasi, PAK21
Abstract
Innovation Edu Hajj Kit is a fun educational gamification kit in line with PAK21 that is
fun by combining play and memory skills in understanding the events of Hajj. The
problem statement for this study is that students find it difficult to understand the
course of Hajj events based on theory alone. This study was conducted to see how
effective the innovation of Edu Hajj Kit is in improving students' mastery of Hajj
events. Respondents consisted of 10 students from Sekolah Kebangsaan Pasir
Panjang who were selected by simple random sampling. Data were analyzed using
observation methods, Pre Formative and Post Formative assessment. The findings
of the study obtained after going through two levels of evaluation show a significant
improvement in students' understanding of Hajj events. Pupils are also active and
even PdPC is also seen as more interesting and fun in addition to being able to
achieve learning objectives as a whole. Edu Hajj Kit has great potential in the future
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 128
considering its effective, interesting and fun impact among students in understanding
the journey of Hajj events.
Keywords: Gamification of Education, Edu Haji Kit, Innovation, PAK21
PENGENALAN
Pengaruh teknologi dalam pendidikan pada masa kini amat memberi kesan kepada
kualiti terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Mohd Yusoff (2016),
kefahaman tentang inovasi penting sebagai pemangkin awal kepada kepelbagaian
aktiviti kreatif dan penghasilan inovasi yang boleh dimanfaatkan oleh guru terhadap
murid. Kaedah pengajaran seperti kaedah chalk and talk sudah tidak relevan lagi
buat masa kini (Mahasan, 2003).
Penggunaan alat dan bahan bantu mengajar adalah penting untuk
mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dan sekali gus membantu
mengekalkan minat dan momentum pelajar pada tahap yang optimum (Ab. Halim &
Rahimi, 2010). Edu Hajj Kit merupakan sebuah alat bantu mengajar yang berbentuk
kit gamifikasi didik hibur pendidikan selaras dengan PAK21 yang menyeronokkan
dengan menggabungkan kemahiran main dan ingat dalam memahami peristiwa haji.
Penyataan masalah bagi inovasi ini, murid sukar memahami perjalanan pelaksanaan
haji yang hanya berpandukan teori semata, selain itu, murid juga cepat bosan
apabila hanya mendengar dan sukar mengingati bacaan-bacaan tertentu dalam
peristiwa haji.
Objektif Edu Hajj Kit adalah bagi memudahkan kefahaman dan ingatan
terhadap bacaan-bacaan dan perjalanan peristiwa haji dengan cara yang
menyeronokkan. Edu Haji Kit didatangkan dengan Board of Hajj yang berkonsepkan
gamifikasi dalam pendidikan dan juga dilengkapi dengan replika tempat-tempat
terpilih, selain itu, ia juga mengandungi Who Knows Card iaitu sebuah gamifikasi
kad berbentuk kutipan mata yang akan diberi bagi setiap jawapan yang betul dan
murid dikehendaki mengakses jawapan melalui QR Code.
SOROTAN LITERATUR
Sistem pendidikan masa kini mengalami perubahan yang amat pesat. Dalam
meningkatkan tahap penguasan murid terhadap isi pengajaran, pelbagai kaedah
baru telah diperkenalkan. Ia bukan sahaja meliputi kurikulum sedia ada, akan tetapi
merentas kurikulum. Sejak bertahun dahulu, kaedah pengajaran dan pembelajaran
berteraskan teknologi maklumat (ICT) telah di aplikasikan dengan meluas
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 129
dikalangan pendidik. Bagi Mata pelajaran Pendidikan Islam, ia juga tidak terlepas
dengan tempias ICT ini. Proses PdP yang mengaplikasikan ICT dapat memberi
impak yang positif dikalangan murid. Menurut Rusmini (2009), pengajaran dan
pembelajaran berbantukan ICT telah membawa sikap yang positif kepada pelajar
kerana ICT menyediakan peluang yang luas dalam aktiviti pembelajaran berbanding
kaedah tradisional.
Mata pelajaran Pendidikan Islam secara umumnya mempunyai topik yang
bersesuaian dengan tema penggunaan ICT dalam pengajaran. Hal ini lebih
membuka ruang kepada pendidik untuk menggunakan ICT dalam pengajaran
mereka. Topik Ibadat Haji misalnya memberi cabaran yang besar kepada Guru
Pendidikan Islam (GPI) kerana topik ini memerlukan pengetahuan yang tinggi
berkenaan ibadat Haji terutama bagi yang belum mengerjakan ibadat haji. Oleh yang
demikian, penggunaan ICT dan bahan bantu mengajar yang bersesuaian amat perlu
dalam proses PdP mereka. Menurut Ab. Halim et. al. (2004), kaedah pengajaran
yang bersesuaian dengan topik ibadat adalah kaedah amali dan juga pengajaran
berbantukan teknologi maklumat.
Proses PdP yang menyeronokkan juga menjadi elemen penting dalam sistem
Pendidikan masa kini selaras dengan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025 (PPPM). Terdapat banyak kebaikan yang boleh didapati apabila
pengajaran berbentuk gamifikasi yang dikolaborasikan dengan teknologi. Inovasi
PdPc berbentuk permainan atau dikenali dengan gamifikasi adalah satu konsep
dalam pendidikan dan mula diperkenalkan hanya bermula 2003 (Azman, 2018).
Istilah gamifikasi pula mula digunakan sejak tahun 2010 dan popular setahun
selepas itu (Dichev & Dicheva, 2017). Nor Iiyani (2012) dalam Melvina (2018)
memetik kenyataan Awang Sariyan bahawa aktiviti pengajaran dan pembelajaran
perlu diberi penekanan supaya menarik secara didik hibur untuk membantu murid
sekolah rendah menguasai dan menghayati pembelajaran dengan lebih berkesan.
OBJEKTIF KAJIAN
1. Mengenal pasti masalah yang di hadapi murid dalam memahami
perjalanan peristiwa haji.
2. Mendedahkan murid kepada alat bantu mengajar yang berbentuk didik
hibur dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
3. Mengenalpasti keberkesanan Edu Hajj Kit dalam memberi pemahaman
murid terhadap perjalanan peristiwa haji.
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 130
PERSOALAN KAJIAN
1. Apakah masalah yang di hadapi murid dalam memahami perjalanan
peristiwa haji?
2. Bagaimanakah murid didedahkan dengan alat bantu mengajar yang
berbentuk didik hibur dalam proses pengajaran dan pembelajaran?
3. Apakah keberkesanan Edu Hajj Kit dalam memberi pemahaman murid
terhadap perjalanan peristiwa haji?
HURAIAN INOVASI
Komponen Produk
Edu Hajj Kit terdiri daripada 2 komponen utama iaitu:
ii. Board Of Hajj
Merupakan satu tapak yang mengandungi point tertentu berkaitan perjalanan haji.
Selain itu, ia juga didatangkan dengan beberapa replika tempat-tempat penting yang
terlibat dalam ibadat haji iaitu Jamrah Aqabah, Jamrah Wusta, Safa, Marwah dan
lain-lain lagi.
iii. Who Knows Card Games
Merupakan kesinambungan daripada “Board of Hajj” yang mana terdiri daripada 20
keping kad yang mengumpul soalan-soalan berkaitan haji. Setiap kad soalan
mengandungi kod QR untuk diimbas bagi mendapatkan jawapan. Markah yang
diperolehi akan dicatat di tapak ganjaran yang disediakan mengikut skor yang
diperolehi. Jika jawapan yang diberi tersebut salah, maka 100 markah akan
dipotong.
Penghasilan Akhir Produk
Edu Hajj Kit dibina sebahagiannya menggunakan bahan 3R seperti kotak, botol
plastik dan sebagainya. Projek ini juga menekankan kefahaman murid dari aspek
kemahiran melihat dan menyentuh. Ia didatangkan dengan replika tempat-tempat
tertentu seperti Jamrah Aqabah, Jamrah Wusta, Safa, Marwah dan lain-lain lagi.
Selain itu, Tapak simulasi haji ini juga direka dengan warna dan ilustrasi yang
menarik.
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 131
Faedah Inovasi
Rajah 1: Komponen Edu Hajj Kit
Inovasi ini sangat bermanfaat dalam memberi pemahaman kepada murid berkaitan
perjalanan peristiwa haji dengan cara yang lebih santai dan menyeronokkan. Unsur
gamifikasi yang diketengahkan juga dapat menarik minat dan perasaan ingin tahu
murid sekaligus dapat mencapai objektif yang ditetapkan.
METODOLOGI
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap keberkesanan murid dalam memahami
peristiwa haji sebelum dan selepas mengaplikasikan produk inovasi Edu Hajj Kit.
Oleh itu, kajian ini telah menggunakan 2 metode iaitu kaedah pemerhatian dan
kaedah ujian. Pemerhatian murid dilakukan semasa sesi permainan Edu Hajj Kit
dijalankan. Cara murid berinteraksi dan memerhati maklumat yang terdapat pada
papan laluan “Board of Hajj”, Cantuman replika yang dilakukan oleh murid dan
tampalan di ruang yang disediakan. Pemerhatian juga dijalankan semasa permainan
“Who Knows Games”, yang mana murid akan menjawab soalan berpandukan kad
yang disediakan. Bagi mendapatkan jawapan untuk setiap soalan, murid hendaklah
mengimbas QR CODE di belakang setiap kad. Respon murid dan jumlah markah
yang diperolehi dapat diperhatikan sekaligus dapat menilai kefahaman mereka.
Selain daripada kaedah pemerhatian, Penilaian Formatif Pra & Penilaian
Formatif Pos juga telah dijalankan. Seramai 10 orang murid daripada kelas 6
Cemerlang Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang dipilih secara persampelan rawak.
Murid dinilai dengan Penilaian Formatif Pra yang dijalankan sebelum permainan dan
Penilaian Formatif Pos yang dijalankan selepas permainan. Penilaian ini dapat
memberikan gambaran dan fakta yang tepat dalam menilai tahap penguasaan
mereka.
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 132
DAPATAN KAJIAN
Berdasarkan data ujian Penilaian Formatif Pos, purata menunjukkan peningkatan
markah sebanyak 52.38% daripada sebelumnya. Murid juga dapat mencapai skor
markah yang lebih tinggi dan menjawab dengan betul soalan yang disediakan
Jadual 1: Markah penilaian pra dan pos
Murid Penilaian Formati Pra Penilaian Formatif Pos Peningkatan/
(Sebelum permainan) % (Selepas permainan) % Penurunan
A 15 80 + 65
B 17 75 + 58
C 25 80 + 55
D 30 85 + 55
E 15 67 + 52
F 15 80 + 65
G 21 81 + 60
H 18 76 + 58
I 15 65 + 50
J 17 75 + 58
Berbanding skor pada Penilaian Formatif Pra. Dapatan kajian menunjukkan
bahawa Edu Hajj Kit dapat memberi impak positif kepada murid dalam memahami
perjalanan peristiwa haji. Sepanjang permainan dijalankan, murid dilihat aktif, malah
menjadikan PdPc lebih menarik dan menyeronokkan disamping dapat mencapai
objektif pembelajaran secara mudah dan berkesan.
Rajah 1: Graf Markah Ujian Pra dan Pos
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 133
KESIMPULAN
Pengajaran dan pembelajaran berasaskan kaedah dan teknik mengajar yang kreatif
berbantukan produk inovasi berteraskan ICT sebagai bahan bantu mengajar akan
menghasilkan kesan yang positif dikalangan murid. Inovasi pengajaran dan
pembelajaran berkait rapat dengan pembaharuan kreatif yang digunakan oleh
tenaga pengajar untuk menanggani masalah yang wujud dalam proses PdP dan
seterusnya mengangkat taraf sistem Pendidikan (Yahya & Lailananita, 2008). Mok
Soon Sang (2004) juga menegaskan, pendidik hendaklah menentukan strategi PdP
berlandaskan teori pembelajaran, pendekatan kaedah dan teknik mengajar.
Berikutan daripada dapatan kajian yang dijalankan, Proses Pengajaran dan
Pembelajaran berbantukan inovasi Edu Hajj Kit yang berbentuk didik hibur memberi
kesan yang amat positif terhadap kefahaman murid berkaitan Ibadat Haji. Selain itu,
murid juga menunjukkan minat dan seronok terhadap apa yang dipelajari disamping
dapat mencetuskan idea yang kreatif dan kritis.
Rujukan
Ab Rahman, A. (2018). Gamifikasi Global Zakat Game dalam Pendidikan Islam.
Nilai: Penerbit USIM.
Ahmad, N. & Othman, S. (2020). Penggunaan Kaedah Didik Hibur dalam
Pengajaran Kemahiran Membaca Guru Bahasa Melayu Sekolah Rendah.
International Journal of Education and Training (InjET).
Buntat, Y. & Ahamad, L. (2008). Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran dalam
Kalangan Guru-guru Teknikal di Sekolah Menengah Teknik dari Perspektif
Guru. Tesis PhD. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.
Dagang, M.Y. (2016). Amalan Kreativiti Pengajaran Guru Pendidikan Islam di
Sekolah-sekolah Negeri Johor. Tesis PhD. Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia.
Dichev, C., & Dicheva, D. (2017). Gamifying Education: What is Known, What is
Believed and What Remains Uncertain: a Critical Review. International
Journal of Educational Technology in Higher Education.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Aplikasi di
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 134
Sekolah. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Ku Rahman, R. (2009). Integrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam
Pengajaran dan Pembelajaran. Jurnal Kajian Kes Pengurusan dan
Kepimpinan Pendidikan. Jil. 11. Jitra: Institut Aminuddin Baki.
Mahmood, M. (2003). Kaedah Nemonik dalam P&P Matematik. Kuala Lumpur: SMK.
Yaacob Latif.
Sang, M.S. (2004). Ilmu Pendidikan untuk KPLI. Edisi Ketiga. Selangor. Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.
Tamuri A.H, Yusopp A, Osman K, Awaluddin S, A. Rahim Z, & A. Razak K. (2004).
Keberkesanan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam Ke
Atas Pembangunan Diri Pelajar. Laporan Penyelidikan. Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia.
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 135
MENINGKATKAN KEMAHIRAN ASAS MENGENAL DAN MENULIS ANGKA
MURID 1 UM MENERUSI INOVASI BUSY DICE
Muhammad Taufiq Razali ([email protected])
1
2
Masturah Md Ali ([email protected])
1 SK Merlimau Dua
2 Kolej Vokasional Datuk Seri Abu Zahar Isnin
Abstrak
Busy Dice merupakan bahan bantu belajar yang direka untuk membantu murid
menguasai kemahiran mengenal dan menulis angka sifar hingga sembilan. Inovasi
ini menggabungjalin elemen lihat, sebut, sentuh dan tulis (L.S.S.T) menerusi
pendekatan pembelajaran inkuiri penemuan berpusatkan murid. Kit pembelajaran ini
turut membantu guru mengamalkan pengurusan bahan bantu belajar yang lebih
bersistematik, mudah dikendali dan mudah disimpan. Tiga kemahiran asas
pranombor menjadi fokus dalam kajian ini iaitu keupayaan mengenal angka,
membilang objek dan menulis angka. Saringan awal melibatkan 79 orang murid
Tahun 1 dan 5 orang murid 1UM dipilih menyertai kajian ini. Data sebelum intervensi
menunjukkan tahap penguasaan murid yang rendah bagi kemahiran mengenal
angka (40%), membilang objek (20%), menulis angka (20%). Data selepas
intervensi menunjukkan peningkatan tahap penguasaan kemahiran mengenal angka
(100%), membilang objek (100%) dan keupayaan menulis angka dengan betul dan
tepat (100%). Busy Dice telah berjaya membantu murid menguasai kemahiran
mengenal dan menulis angka dengan mudah dan efisien.
Kata Kunci: Busy Dice, L.S.S.T, inkuiri penemuan, berpusatkan murid
Abstract
Busy Dice is a learning aid that aims to improve pupil’s skills on recognizing and
writing numbers from zero to nine. This innovation combines the elements of sight,
say, touch and write (L.S.S.T) through a student-centered inquiry learning approach.
This learning aid also helps teacher to practice the management of learning aids that
are more systematic, easy to handle and easy to store. Three basic pre-number
skills are the focus in this study which is the ability to recognize numbers, count
objects and write the numbers correctly. The screening test involved 79 Year 1
pupils and five of 1UM students were selected to participate in this study. The pre-
intervention data showed a low level of student mastery in the skills of recognizing
numbers (40%), counting objects (20%), writing numbers (20%). The data after the
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 136
intervention showed an increase in the mastery of the skill of recognizing numbers
(100%), counting objects (100%) and the ability to write numbers correctly and
accurately (100%). Busy Dice has successfully helped students master the skills of
recognizing and writing numbers easily and efficiently.
Keywords: Busy Dice, L.S.S.T, inquiry learning, student-centered
PENDAHULUAN
Kit pembelajaran yang dinamakan Busy Dice ini adalah salah satu bahan bantu
belajar kendiri yang sesuai digunakan oleh murid untuk peringkat pra nombor dan
mengenal angka. Konsep kit pembelajaran mengenal angka LSST (Lihat, Sebut,
Sentuh, Tulis) ini dibina dengan menerapkan pendekatan kaedah pembelajaran
inkuiri penemuan oleh murid. Kaedah ini membolehkan murid memangkin keperluan
ingin tahu mereka untuk meneroka Busy Dice ini untuk mengenal dengan lebih
mendalam dan secara bermakna serta konkrit berkaitan angka sifar (0) hingga
sembilan (9). Penggunaan anggota badan juga pancaindera murid diharapkan
memberi impak yang lebih besar kepada murid terhadap pembelajaran berdasarkan
pengalaman ini.
Rajah 1 : Kit Pembelajaran Mengenal Angka L.S.S.T Busy Dice
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 137
Rajah 2 : Permukaan Busy Dice
Kit pembelajaran ini sesuai digunakan oleh murid di peringkat awal
persekolah lima dan enam tahun, murid Tahun Satu, murid program pemulihan khas
dan murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Kit pembelajaran ini juga
diyakini mampu membantu murid yang dikategorikan sebagai diskalkulia.
Kit pembelajaran ini terdiri daripada 10 buah dice seperti Rajah 1 dan 2. Setiap dice
ini mewakili satu angka yang terkandung antara angka sifar hingga sembilan yang
ingin diperkenalkan kepada murid. Setiap dice ini terdapat enam permukaan dan
setiap setiap permukaan dice ini terdapat elemen-elemen tersendiri yang akan
diterokai oleh murid seperti jadual di bawah: Namun, murid tidak tertakluk untuk
meneroka Busy Dice ini mengikut turutan permukaan pertama hingga keenam
kerana mereka bebas untuk meneroka dice ini secara kendiri.
Jadual 1 : Elemen, gambar permukaan dan penerangan fungsi kit inovasi
Busy Dice
Gambar
Permukaan Elemen Catatan
permukaan
Murid melihat dan boleh
juga menyentuh objek
Pertama Lihat
konkrit (butang baju) yang
mewakili nilai angka ‘2’
Murid melihat angka ‘2’
Kedua Lihat yang terpapar di atas
permukaan dice
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 138
Murid mengeja dan
Ketiga Sebut menyebut perkataan yang
tercetak di permukaan dice
Murid menyentuh
permukaan manik yang
Keempat Sentuh
membentuk angka ‘2’
dengan jari mereka
Murid melakar dengan jari
atau menggunakan
Kelima Tulis whiteboard marker pen
mengikut turutan kaedah
menulis ‘2’
Murid menulis angka ‘2’
dengan menggunakan
Keenam Tulis
whiteboard marker pen
yang disediakan
PENYATAAN MASALAH
Saringan penguasaan asas pranombor telah dijalankan pada 30 Mac 2022
melibatkan 79 orang murid Tahun 1, SK Merlimau Dua Melaka. Lima orang murid 1
UM telah dikenal pasti memerlukan bimbingan berfokus lanjutan. Berdasarkan
keputusan saringan lanjutan yang dibuat menunjukkan tahap penguasaan murid ini
bagi kemahiran mengenal angka (40 %), membilang objek (20 %), menulis angka
(20 %) berada pada tahap yang rendah dan perlu menjalani proses intervensi
berfokus. Dapatan saringan lanjutan dirumuskan seperti jadual berikut:
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 139
Jadual 2 : Tahap penguasaan kemahiran asas pranombor sebelum sesi intervensi
Peserta Kajian Bilangan Peratus
Kemahiran Murid Murid Murid Murid Murid Murid Penguasaan
1 2 3 4 5 Menguasai (%)
Mengenal / / 2 40
angka
Membilang / 1 20
objek
Menulis / 1 20
angka
OBJEKTIF KAJIAN
1. Mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran asas mengenal dan
menulis nombor 5 orang murid 1 UM dengan penggunaan kit Busy Dice.
2. Mengenal pasti keberkesanan penggunaan bahan Inovasi Busy Dice
dalam meningkatkan penguasaan murid terhadap kemahiran yang diajar
guru.
PERSOALAN KAJIAN
1. Apakah tahap penguasaan kemahiran asas mengenal dan menulis
nombor 5 orang murid 1 UM dengan penggunaan kit Busy Dice?
2. Apakah keberkesanan penggunaan bahan Inovasi Busy Dice dalam
meningkatkan penguasaan murid terhadap kemahiran yang diajar guru?
KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian ini diharapkan dapat memberi impak positif terhadap tahap penguasaan
murid yang terlibat khasnya dan murid lain amnya dalam kemahiran mengenal dan
menulis angka sifar hingga sembilan. Murid Tahun 1 perlu menguasai kedua-dua
kemahiran ini dengan baik kerana ia menjadi tunjang paling asas dalam mempelajari
dan mendalami ilmu matematik.
Selain itu, kajian ini juga memberi gambaran serta idea kepada guru
matematik tahap 1 khasnya bahawa amalan inovasi terutamanya dalam
menghasilkan bahan bantu belajar untuk kegunaan murid serta guru mampu
membantu dan menambahbaik kualiti penyampaian pengajaran guru di dalam bilik
darjah. Bahan bantu belajar yang menarik, mudah dikendali serta interaktif mampu
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 140
meningkatkan kadar keterlibatan murid semasa penerokaan aktiviti pembelajaran
dan seterusnya meningkatkan tahap penguasaan murid dalam kemahiran yang
dipelajari.
METODOLOGI
Kajian ini adalah berbentuk kajian tindakan berdasarkan Model Kemmis dan Mc
Taggart (1988) melibatkan empat proses iaitu memerhati, refleksi, merancang dan
tindakan.
Saringan awal
Sesi persekolahan tahun 2022 telah bermula pada 21 Mac 2022. Seramai 79 orang
murid Tahun 1 telah mendaftar di SK Merlimau Dua, Melaka. Panitia Matematik telah
bermesyuarat dan bersetuju untuk menjalankan saringan bagi mengenalpasti tahap
penguasaan asas pranombor murid-murid ini. Tiga kemahiran asas pranombor
menjadi fokus dalam saringan ini iaitu keupayaan mengenal angka, membilang
objek dan menulis angka. Saringan awal telah dijalankan pada 30 Mac 2022
melibatkan keseluruhan 79 orang murid Tahun 1. Lima orang murid dari kelas 1 UM
telah dipilih khas untuk menyertai sesi intervensi bagi menambahbaik tahap
penguasaan asas pranombor mereka.
Pemerhatian sebelum intervensi (Peringkat memerhati dan refleksi)
Kelima-lima murid 1 UM yang dipilih telah melalui proses saringan lanjutan di mana
kaedah yang digunapakai bagi mengumpul data sebelum intervensi adalah melalui
soal jawab secara lisan, analisis semakan hasil kerja bertulis murid, aktiviti secara
‘hands-on’ membilang objek maujud dengan jumlah sehingga sembilan juga
pemerhatian secara berfokus.
Proses intervensi dan merekod pemerhatian perkembangan murid (Peringkat
merancang dan tindakan)
Proses intervensi telah dijalankan selama 4 minggu (12 sesi) pada April 2022
dengan tempoh aktiviti selama 10 – 15 minit setiap sesi semasa sesi PdPC
Matematik. Kit Pembelajaran Mengenal Angka L.S.S.T Busy Dice telah digunakan
sepanjang proses intervensi ini. Murid ditempatkan dalam kumpulan kecil atau
secara berpasangan dalam proses meneroka dan mengguna pakai Busy Dice ini.
Sepanjang sesi intervensi berlangsung, murid-murid ini akan menjalani sesi aktiviti
bersama guru. Guru melaksanakan sesi soal jawab secara lisan, analisis semakan
hasil kerja bertulis murid, aktiviti secara ‘hands-on’ membilang objek maujud dengan
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 141
jumlah sehingga sembilan dan pemerhatian tindakbalas murid. Setiap
perkembangan murid direkodkan bagi tujuan rujukan dan membuat rumusan akhir
kelak.
Rumusan pemerhatian selepas intervensi
Berdasarkan pemerhatian perkembangan murid yang direkodkan guru, guru
membuat rumusan pemerhatian selepas intervensi dan dijadualkan.
DAPATAN KAJIAN
Dapatan akhir perkembangan murid selepas intervensi menggunakan Busy Dice
dijadualkan bagi tujuan rumusan dapatan kajian. Jadual 3 menunjukkan dapatan
kajian bagi mengenalpasti tahap penguasaan kemahiran asas pranombor selepas
intervensi menerusi inovasi Busy Dice
Jadual 3 : Tahap penguasaan kemahiran asas pranombor selepas intervensi
menerusi inovasi Busy Dice
Peserta Kajian Bilangan Peratus
Kemahiran Murid Murid Murid Murid Murid Murid Penguasaan
1 2 3 4 5 Menguasai (%)
Mengenal
angka / / / / / 5 100
Membilang / / / / / 5 100
objek
Menulis
angka / / / / / 5 100
Jadual 3 menunjukkan tahap penguasaan kemahiran asas pranombor
selepas intervensi menerusi inovasi Busy Dice. Terdapat tiga kemahiran yang
difokuskan dalam kajian ini. Dapatan kajian selepas intervensi menunjukkan semua
lima murid menguasai kemahiran mengenal angka (100%). Kemahiran membilang
objek pula menunjukkan penguasaan penuh bagi kelima-lima murid ini (100%).
Semua lima murid juga berjaya menguasai kemahiran menulis angka dengan baik
(100%).
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 142
Perbandingan Peratus Penguasaan Peserta
Kajian
100
100 100 100
80
60
40
40
20
20 20
0
Mengenal angka Membilang objek Menulis angka
Sebelum intervensi
Rajah 1 : Perbandingan tahap penguasaan kemahiran asas pranombor menerusi
inovasi Busy Dice
Rajah 1 menunjukkan perbandingan tahap penguasaan kemahiran asas
pranombor sebelum dan selepas intervensi menerusi inovasi Busy Dice. Kemahiran
mengenal angka menunjukkan peratus penguasaan 40% (n=2) sebelum intervensi
dan meningkat kepada 100% (n=5) selepas sesi intervensi. Kemahiran membilang
objek atau bahan maujud pula berada pada tahap yang rendah iaitu 20% (n=1)
sebelum intervensi dijalankan dan meningkat kepada penguasaan penuh 100%
(n=5) bagi semua murid yang terlibat dalam kajian ini. Kemahiran menulis angka
pula, tahap penguasaan murid sebelum intervensi adalah 20% (n=1) dan mencatat
penguasaan 100% (n=5) selepas murid-murid mengikuti sesi intervensi dengan
berbantukan Busy Dice.
PERBINCANGAN
Di dalam kajian ini, terdapat beberapa batasan kajian dikenal pasti antaranya kajian
ini hanya melibatkan lima orang murid terpilih dari kelas 1 UM sahaja. Di samping
itu, terdapat beberapa ciri pada produk fizikal ini yang boleh ditambah baik agar
kelestarian penggunaanya dapat diperluas serta digunakan secara selesa dalam
kajian-kajian lain. Maka, beberapa cadangan dikemukakan untuk kajian lanjutan
yang lebih meluas, antaranya :
1. Peserta kajian diperluaskan meliputi murid-murid prasekolah, murid
pemulihan khas dan murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 143
2. Penggunaan pelbagai bahasa pada label Busy Dice seperti Bahasa Melayu,
Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab agar penggunaannya dapat diperluaskan.
3. Saiz fizikal semasa Busy Dice didapati kurang bersesuaian dengan tapak
tangan murid sekitar umur 5 hingga 8 tahun. Saiz produk ini dicadangkan
agar lebih kecil dan mudah dipegang oleh murid-murid yang menggunaannya.
KESIMPULAN
Berdasarkan pemerhatian terhadap pelaksanaan sesi intervensi berbantukan Busy
Dice ini, semua lima orang murid ini telah menunjukkan peningkatan tahap
penguasaan dalam kemahiran mengenal dan menulis angka sifar hingga sembilan.
Murid-murid ini juga turut menunjukkan reaksi yang sangat positif dan terlibat secara
aktif serta proaktif. Penggunaan kit pembelajaran ini juga telah memberi peluang
kepada mereka untuk meneroka bahan yang diberikan secara kendiri namun
dipantau rapi oleh guru yang mengendalikan sesi intervensi ini.
Penggunaan kit pembelajaran Busy Dice ini juga dilihat mampu menarik
perhatian murid dan menghindarkan rasa bosan dalam diri mereka. Murid
mempunyai alat atau bahan yang boleh mereka pegang dan lihat secara dekat
berbanding pelaksanaan proses PdPc yang menggunakan buku teks dan
berpusatkan guru yang lebih cenderung ke arah syarahan atau lisan semata-mata.
Penggunaan warna-warna yang ceria pada dice ini juga secara tidak langsung turut
memberi impak terhadap minat dan keterujaan murid untuk menggunakan kit
pembelajaran ini secara maksima.
Rujukan
Cruickshank D.R., Bainer D., Metcalf K.K, (1995). The Act of Teaching. New York:
McGraw-Hill.
Dunne, R. & Wragg, T. (1994). Effective Teaching. London & New York: Routledge.
Hunter, M. (1995). Teach for Transfer. Thousand Oaks, CA: Corwin.
Honey, P. & Mumford, A. (1986). Manual of Learning Styles London: P Honey.
Leblanc, R. (1998). Good Teaching: The Top Ten Requirements. The Teaching
Professor, Vol 12, 6.
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 144
Malikow, M. (2006). Effective Teacher Study. National Forum of Teacher Education
Journal, Vol 16, 3.
Shahril Hj. Marzuki. (2004). Amalan Pengajaran yang Berkesan: Kajian di Beberapa
Sekolah Menengah di Wilayah Persekutuan dan Selangor. Jurnal Pendidikan,
24:29-40.
Sufean Hussin et al. (2017). Bahan Maujud.
https://www.scribd.com/document/274191857/bahan-maujud.
Tajuddin Hassan (2017). Bahan Maujud.
https://cikgudeeparani.blogspot.my/