ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
_________________________________________________________________________
KOLEKSI INOVASI IPG JILID 8
(KOMPILASI LAPORAN DAN POSTER MInD IPG 2020 –
KATEGORI PENSYARAH)
ISSN 0128-1410
© Hakcipta Institut Pendidikan Guru Malaysia 2021
Semua hakcipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan
semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam bentuk atau dengan
sebarang alat juga pun. Sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman
dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru
Malaysia terlebih dahulu.
Diterbitkan oleh:
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1-3, Blok 2250, Jalan Usahawan 1,
63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel: +603-83126666 Faks: +603-83126655
Web: http://ipgm.moe.edu.my
Dicetak oleh:
ARMNET INTEGRATED SDN. BHD.
No. 38, Jalan Pekaka 8/4,
Seksyen 8, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya,
Selangor.
September 2021
i
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
_________________________________________________________________________
Penaung
Dr. RUSMINI BINTI KU AHMAD
Rektor
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Penasihat 1
Dr. MOHD NASRUDIN BIN BASAR
Timbalan Rektor
Pusat Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Penasihat 2
Dr. NORSITA BINTI ALI
Ketua Penolong Pengarah Kanan
Pusat Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Ketua Editor
Dr. NORHANNAN BINTI RAMLI
Penolong Pengarah
Pusat Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Penolong Ketua Editor
Dr. AZAHAR BIN AZIZ
Dr. SHAMSAZILA BINTI SAABAN
Penolong Pengarah
Pusat Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Editor
Dr. ABDUL MANAN BIN KASDI
En. BENEDICT CLEMENT D’SILVA
Pn. HJH. RAHMAH BINTI MOHD MOULUT
Pn. ZAIRINAH BINTI MOHD SHUKUR
Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar
Pereka Grafik
En. MOHAMAD FADZILI BIN BAHARIN
Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar
ii
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
_________________________________________________________________________
KATA ALU-ALUAN REKTOR
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan keizinan-
Nya, akhirnya buku Koleksi Inovasi IPG Jilid 8 dan 9 ini dapat diterbitkan juga
meskipun keadaan negara yang sedang berperang dengan pandemik COVID-19 ini.
Buku Koleksi Inovasi IPG ini adalah kompilasi 20 laporan dan poster terbaik yang
terhasil daripada penganjuran Minda Inovasi Dinamik (MInD) Institut Pendidikan Guru
(IPG) 2020 yang telah berlangsung pada 6 Ogos 2020 di IPG Kampus Raja Melewar,
Seremban, Negeri Sembilan. Pada tahun ini buku ini berjaya diterbitkan sebanyak dua
jilid iaitu Jilid 8 dan Jilid 9 berdasarkan dua kategori iaitu kategori pensyarah dan
kategori gabungan. Semoga buku ini dapat menjadi rujukan dan dimanfaatkan sebaik-
baiknya oleh para pelajar dan juga pensyarah IPG khususnya dalam menyemarakkan
lagi budaya inovasi di IPG dan sekolah secara keseluruhannya.
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua
pemenang yang telah berjaya di dalam pelbagai pertandingan yang dianjurkan dalam
MInD IPG 2020. Ucapan tahniah juga ditujukan kepada sidang redaksi yang telah
berjaya menerbitkan buku ini. Semoga usaha yang baik ini dapat diteruskan lagi pada
masa-masa yang akan datang.
Sekian, terima kasih.
Dr. Rusmini binti Ku Ahmad
Rektor
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
iii
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
_________________________________________________________________________
KATA ALU-ALUAN KETUA EDITOR
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,
Terlebih dahulu saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan
keizinan-Nya, akhirnya buku Koleksi Inovasi IPG ini dapat diterbitkan juga walau pun
sedikit terlewat disebabkan kekangan COVID-19 yang menuntut norma baharu
sewaktu pembikinan buku ini.
Buku ini merupakan kompilasi 20 buah laporan dan juga poster terbaik daripada lebih
280 laporan dan poster yang dihantar untuk pertandingan MInD Inovasi, iaitu salah
satu pertandingan dalam Minda Inovasi Dinamik (MInD) IPG 2020 yang telah
diadakan pada 6 Oktober 2020 di IPG Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri
Sembilan. Buku ini diterbitkan dalam dua jilid iaitu Jilid 8 yang dikhususkan kepada
kategori pensyarah IPG dan Jilid 9 yang dikhususkan kepada kategori gabungan
pelajar dan pensyarah IPG.
Adalah diharapkan buku ini dapat menyuntik semangat dan menjadi sumber inspirasi
kepada para pensyarah dan juga pelajar IPG untuk menghasilkan produk dan hasil
inovasi yang lebih menarik dan efektif pada masa hadapan. Ini ditambah dengan
situasi norma baharu yang menjurus ke arah pengajaran dan pembelajaran secara
dalam talian dengan penghasilan inovasi secara digital.
Pada ruangan ini juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua sidang
redaksi dan para editor yang telah memberikan komitmen yang tinggi dalam
penghasilan buku ini.
Sekian, terima kasih.
Dr. Norhannan binti Ramli
Penolong Pengarah
Pusat Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
iv
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
_________________________________________________________________________
KANDUNGAN HALAMAN
Kata Alu-aluan Rektor iii
Kata Alu-aluan Ketua Editor iv
JarGo 1
Dr. Lisa Yip Shukye, Lye Guet Poh, Lim Guat Goh
IPG Kampus Ilmu Khas
KIT ANTI TANTRUM 10
Dr. Noorashikin binti Edin, Dr. Mohd Azmi bin Mat Yusoff,
Dr. Nik Aida Suria binti Nik Zulkifli Ami
IPG Kampus Pendidikan Islam
MODUL CELIK KRAF (MCK) 17
Azlina Abdul Rani, Zaharah Mohamad, Dr. Azizah Suleiman,
Nor Azizah Atan, Dr. Hairul Faiezi Lokman
IPG Kampus Ilmu Khas
ERGO KHAT 2.0 30
Dr. Bani Hidayat bin Mohd Syafie, Badruddin bin Yatiban
IPG Kampus Pendidikan Islam
EZ-CAL-HI (KALENDAR MUDAH HAID DAN ISTIHADHAH) 37
Dr. Nor Kartina binti Tawang, Dr. Norliza binti Nor Hashim,
Maryati binti Mohd Amin, Dr. Raihaniah binti Zakaria,
Rabaishah binti Azirun
IPG Kampus Pendidikan Islam
TUKAD SNaPPP 48
Dr. Rozita Buyoh, Carole Anne Justine,
Khadijah @ Aswati Adenan
IPG Kampus Gaya
MAGIC RING 58
Dr Liong Kon Thai, Johanes bin Bulot @ Bulat
IPG Kampus Keningau
SIX FRAME REALITY 69
Cik Lai Yee Moi, Cheu Ching Ding
IPG Kampus Rajang
v
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
_________________________________________________________________________
Wa (Harmoni): Satu Konsep Pembelajaran Bermakna dalam 80
Pendidikan Bahasa Jepun
Dr. Ang Chooi Kean, Ngu Moi Kwe
IPG Kampus Bahasa Antarabangsa
CALL RIGHT NOW!: COMMUNICATING IN ENGLISH 89
THROUGH ZEM’S HOTs KIT
Edna Wellington, Dr. Zaira Abu Hassan Shaari,
Dr. Munira Mohsin
IPG Kampus Ilmu Khas
TaSK 97
Dr. Isyah Radhiah binti Idris, Faridon bin Baharin,
Rabaishah binti Azirun, Dr. Nabiroh binti Kassim
Nor Alniza binti Azman
IPG Kampus Pendidikan Islam
Buku Qaseh 109
Zurinah binti Ahmad, Dr. Norsiah binti Bahari,
Mustaffa bin Jantan
IPG Kampus Perempuan Melayu
Serai Wangi Satu Alternatif Mencegah Kehadiran Nyamuk 119
di IPGKPM
Dr. Norsiah binti Bahari, Dr. Zalela binti Abd Aziz,
Dr. Fauziah binti Yahya, Habibah binti Buang,
Roslizah binti A. Samad
IPG Kampus Perempuan Melayu
APLIKASI C-PANTUN 131
Azlin binti Mohd Rosdi, Anida binti Idrus,
Salmiah binti Md Salleh
IPG Kampus Pendidikan Teknik
UniX BcoL (Unit Conversions by Colour) 140
Roziah binti Anuar, Dr. Bushra Limuna binti Hj Ismail
IPG Kampus Pendidikan Teknik
RAYYAN RAYNA COLOURFUL DOUGH (RRCD) 147
- AROMATIC DOUGH
Zaharilah binti Abdul Kadir, Dr. Nirwana binti Mohd Rashid,
Roslimah binti Saat, Chong Siw Fong,
Erana binti Abd Seman
IPG Kampus Raja Melewar
vi
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
_________________________________________________________________________
PEDULI PICIT-PICIT 154
Mohd Fahridzakki bin Abd Rahman, Dr. Chua Lay Nie,
Alias Zakaria, Nozama binti Mahadi
Mohamaad Nurulamin Aaziz
IPG Kampus Raja Melewar
KLIK JE! 161
Dr. Norhayu Norany, Quinie Ong Kooi Loo,
Kathleen Dass, Dr. Muhammad Zeeree Kanreng,
Nor Azmah Abdul Karim
IPG Kampus Sultan Abdul Halim
EAZEE HAJJ 170
Dr. Khairani Binti Zakariya @ Abd. Hamid,
Hjh. Amanisah binti Shuib, Hjh. Norarabainah Shafie,
Dr. Rashidah Md Hasan, Dr. Siti Aishah Ashaari
IPG Kampus Tuanku Bainun
JAWI2EASY 178
Norarbainah Shafie, Zainab Ismail, Farah Farhana Rosli,
Zambri Ahmad, Shakib Ar Selan Mat Saman
IPG Kampus Tuanku Bainun
vii
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
JarGo
Dr. Lisa Yip Shukye, Lye Guet Poh, Lim Guat Goh
IPG Kampus Ilmu Khas
SINOPSIS
Projek inovasi ini bertujuan memperkenalkan permainan JarGo untuk
membantu murid menguasai elemen asas sejarah yang amat diperlukan
dalam pembelajaran sejarah. JarGo terdiri daripada kad-kad yang
mengandungi senarai tokoh, tempat, peristiwa dan tarikh untuk membantu
murid memahami peristiwa-peristiwa sejarah. Permainan ini menyeronokkan
dan mudah dikendalikan untuk merangsang minat murid-murid terhadap mata
pelajaran Sejarah. JarGo sesuai digunakan oleh murid-murid sekolah rendah
dan sekolah menengah. JarGo telah dilaksanakan di beberapa buah sekolah
rendah dalam daerah Tuaran. Hasil pelaksanaan inovasi ini menunjukkan
bahawa JarGo memudahkan murid memahami Sejarah. JarGo juga mampu
mengubah persepsi murid daripada negatif kepada positif terhadap mata
pelajaran Sejarah. Pendek kata, JarGo dapat menjadikan proses pengajaran
dan pembelajaran Sejarah lebih hidup dan menarik.
RASIONAL PROJEK
Murid-murid menganggap Sejarah sebagai mata pelajaran yang sukar kerana
terpaksa belajar peristiwa lepas yang kurang berkaitan dengan mereka.
Mereka tidak dapat melihat perkaitan dan kesinambungan peristiwa-peristiwa
yang berlaku. Masalah ini berpunca daripada kegagalan murid menguasai
kemahiran pemikiran sejarah yang melibatkan elemen asas sejarah seperti
tokoh, tempat, peristiwa dan tarikh/masa. Oleh itu akhirnya murid-murid akan
bertindak menghafal fakta-fakta sejarah tanpa memahaminya untuk
menghadapi peperiksaan. Akibatnya, apa yang dipelajari tidak akan kekal
dalam ingatan murid disebabkan kekurangan proses penaakulan. Maka
elemen permainan cuba diserap ke dalam pembelajaran sejarah
memandangkan dunia kanak-kanak adalah dunia bermain (Buzan, 2010 dan
Piaget, 1962).
Objektif projek
i. meningkatkan kemahiran pemikiran sejarah dalam aspek elemen asas
sejarah.
ii. melibatkan pembelajaran secara aktif.
iii. memberi keseronokan belajar kepada murid.
1
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
STRATEGI PENYELESAIAN
Masalah murid kurang kemahiran pemikiran sejarah dalam aspek elemen
asas sejarah telah dikenalpasti melalui temu bual pensyarah dan guru
sejarah. Sesi brain storming telah dilaksanakan untuk strategi penyelesaian.
Adalah dipersetujui bahawa kaedah bermain amat sesuai, khasnya
permainan kad. Cetusan idea datang daripada murid-murid yang bermain
Bingo sambil menunggu bas sekolah. Akhirnya, lahirlah idea JarGo.
Pasukan inovasi yang dibentuk untuk membina bahan JarGo ini mengambil
masa satu bulan. Bahan JarGo terdiri daripada sebuah kotak kertas,
mangkuk kertas dan call list berkaitan topik-topik sejarah. Call list topik yang
telah disediakan adalah seperti berikut:
Zaman pra sejarah
Zaman air batu
Sejarah dan kita
Kembara asal usul negeri
Setelah produk inovasi siap dibina, ia telah disemak oleh beberapa orang
pensyarah Sejarah. Cadangan penambahbaikan yang diterima termasuklah
penambahan topik call list dan packaging produk inovasi perlu lebih menarik.
Cadangan dan pandangan telah diambil kira. Pengubahsuaian yang dilakukan
ialah dengan memasukkan call list topik baharu seperti di bawah:
Kedatangan kuasa luar
Ibu negeri
Uniknya seni kita
Keluarga harmoni
Kotak dan mangkuk kertas telah diganti dengan kotak dokumen plastik dan
mangkuk berwarna agar lebih menarik, tersusun dan kemas. Harga binaan
Jargo ialah RM42.00 (Ringgit Malaysia Empat Puluh Dua sahaja)
Idea asal projek
Murid-murid cenderung untuk belajar sambil bermain. Dengan menjalinkan
idea permainan Bingo dan mata pelajaran sejarah maka tercetuslah idea
JarGo, iaitu gabungan perkataan SeJarah dan BinGo. Permainan Bingo dipilih
kerana murid-murid sudah biasa dengan peraturan permainan ini.
2
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
Cetusan idea JarGo ini adalah asli kerana belum terdapat permainan
berkonsep sedemikian di pasaran kad permainan mahu pun bahan bantu
mengajar di negara kita. Cara bermain JarGo pada asasnya sama seperti
Bingo iaitu guru bertindak sabagai pembaca nombor dan murid-murid sebagai
pemain. Berbeza dengan kad-kad Bingo yang hanya mengandungi nombor,
kad-kad JarGo mempunyai fakta, kejadian, nama atau tempat yang hendak
dipelajari.
PENGGUNAAN
Projek ini telah disebarluas ke:
i. IPG Kampus Kent
- Pendedahan kepada siswa guru opsyen TESL (Elektif Sejarah).
ii. sebuah sekolah rendah kebangsaan gred B kategori luar bandar dalam
daerah Tuaran
- digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah Tahun Enam
bertajuk “Negara Malaysia” selama 1 jam.
iii. sebuah sekolah rendah kebangsaan gred A kategori luar bandar dalam
daerah Tuaran
- digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah Tahun Empat
bertajuk “Zaman Prasejarah” selama 1 jam.
iv. IPG Kampus Ilmu Khas
- pendedahan kepada pensyarah IPG Kampus Ilmu Khas.
Keberkesanan projek dikumpul melalui soal selidik. Hasil analisis
menunjukkan projek ini berjaya meningkatkan kemahiran pemikiran sejarah
dalam aspek elemen asas sejarah, murid-murid berasa seronok,
menggalakkan pembelajaran aktif dan memberi keseronokan belajar kepada
murid.
Bukti Penggunaan
Rajah 1: Contoh komen guru sejarah terhadap murid
3
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
Dalam refleksi pengajaran guru (Rajah 1), kebanyakan kaedah yang dipilih
ialah chalk and talk. Kaedah ini menyebabkan murid pasif dan tidak fokus
semasa proses pengajaran dan pembelajaran seperti berbual, membuat kerja
mata pelajaran lain dan terdapat juga murid yang tidur. Oleh itu satu
permainan pendidikan iaitu JarGo diperkenalkan untuk membantu murid
belajar Sejarah. Rajah 2 menunjukkan kepuasan dan minat murid terhadap
mata pelajaran Sejarah dapat ditingkatkan.
Rajah 2: Contoh maklum balas murid Sejarah Tahun 6 terhadap
Permainan JarGo
IMPAK KE ATAS PEMBELAJARAN MURID
Apabila JarGo digunakan, suasana kelas amat memberangsangkan. Murid-
murid terlalu asyik dalam bermain. Keseronokan terukir di wajah mereka.
Mereka dapat menumpukan perhatian untuk tempoh masa lebih panjang dan
menunggu giliran dipanggil.
Setelah mengenal pasti elemen asas sejarah sesuatu peristiwa lepas, murid-
murid diminta menceritakan peristiwa berkenaan menggunakan kreativiti
sendiri. Ini dapat mencabar pemikiran aras tinggi mereka. Murid-murid perlu
kreatif dan kritis dalam aktivitI begini. Di samping itu, murid-murid dapat
menyusun urutan elemen asas sejarah dan menceritakan dengan penuh
perasaan, berintonasi dan lebih holistik. Ini menunjukkan pembelajaran aktif
berlaku. Penggunaan JarGo telah meningkatkan tahap kepuasan guru dan
murid, dan memupuk minat murid terhadap mata pelajaran Sejarah.
Revolusi Perindustrian 4.0 (IR 4.0) melibatkan pelbagai kemahiran seperti
penyelesaian masalah, pemikiran kritis dan kreatif dan kerja berpasukan.
Projek ini dapat memupuk kesemua aspek IR 4.0 tersebut. Dalam
menyelesaian masalah sejarah berkaitan peristiwa lepas, murid bekerja
dalam pasukan bertiga, berfikir secara kritis tentang elemen asas sejarah
(peristiwa, tokoh, tempat, tarikh/masa). Kecerdasan emosi bersabar dan
bertolak ansur diamalkan semasa bermain untuk memastikan permainan
berjalan lancar.
4
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
Sebelum projek ini, suasana pengajaran dan pembelajaran sejarah adalah
membosankan. Murid-murid tidak menumpukan perhatian, ada yang
meniarap di atas meja, ada yang bercakap-cakap, dan ada yang tidak dapat
menjawab dengan lengkap soalan berkaitan peristiwa lepas. Selepas
penggunaan JarGo, murid-murid terlibat aktif dan menumpukan perhatian
sepenuhnya sepanjang pengajaran dan pembelajaran menggunakan JarGo.
Mereka dapat menjawab soalan sejarah secara holistik. Murid-murid menjadi
lebih berminat terhadap Sejarah. Pembelajaran sejarah menjadi seronok dan
bermakna. Setiap kali setelah sesi pengajaran dan pembelajaran sejarah
menggunakan JarGo, murid-murid bertanya adakah kelas sejarah seterusnya
akan menggunakan JarGo.
Penggunaan JarGo telah dapat meningkatkan pencapaian murid-murid. Ini
menjadi daya dorongan kepada mereka untuk terus berusaha. Mereka
menjadi lebih yakin dengan mata pelajaran ini. Kemahiran sosial mendengar,
bertutur dan berbincang juga meningkat. Pada mulanya, oleh kerana terlalu
asyik, murid-murid berteriak kuat untuk jawapan perkataan yang ditanyakan.
Setelah beberapa kali diingatkan guru, mereka telah berjaya menghindari
sikap ini. Mereka menjadi lebih bersopan semasa bercakap, sedia mendengar
pendapat orang lain dan berupaya mengemukakan pandangan terhadap
peristiwa sejarah dengan lebih teratur. JarGo juga dapat memupuk kemahiran
memimpin semasa kerja berpasukan.
Bukti Penggunaan
Markah Ujian Awal Ujian Akhir
(bilangan murid) (bilangan murid)
0 - 20 15 0
21 – 40 8 0
41 – 60 4 10
61 – 80 4 6
81 - 100 9 24
Jadual 1: Keputusan Ujian Awal dan Ujian Akhir
5
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
Rajah 3: Graf Bar Keputusan Ujian Awal dan Ujian Akhir
Keputusan ujian akhir dalam Jadual 1 menunjukkan peningkatan yang
memberangsangkan berbanding ujian awal setelah menggunakan JarGo.
Keputusan ujian awal telah menunjukkan bahawa daripada 40 orang murid,
lima belas orang murid mendapat 0-20 markah, diikuti oleh lapan orang murid
mendapat 21-40 markah, seterusnya empat orang murid mendapat 41-60
markah, empat orang murid mendapat 61-80 markah dan hanya sembilan
orang murid mendapat 81-100 markah. Selepas permainan JarGo, markah
murid menunjukkan peningkatan yang jelas. Berdasarkan Rajah 3, murid yang
mendapat 81-100 markah telah meningkat dari sembilan orang murid ke dua
puluh empat orang murid serta tiada murid yang mendapat markah 40 ke
bawah.
Jadual 2: Analisis Maklum Balas Murid Terhadap Mata Pelajaran
Sejarah Sebelum dan Selepas Inovasi
6
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
Hasil tinjauan pasca terhadap kumpulan sasaran selepas inovasi
dilaksanakan menunjukkan respon yang sangat memberangsangkan. Jadual
2 menunjukkan murid-murid berasa pengajaran dan pembelajaran Sejarah
lebih menarik, mencabar dan menyeronokkan selepas JarGo dilaksanakan.
Melalui permainan JarGo, murid berpeluang melibatkan diri secara aktif dalam
proses pembelajaran Sejarah. Keadaan ini berbeza dengan tanggapan
sebelum ini yang beranggapan bahawa mata pelajaran Sejarah sebagai satu
mata pelajaran yang membosankan dan susah.
PERLUASAN / KOMERSIAL
i. Telah berdaftar dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO)
(No. Resit: RST/IP- 031125-2020 Tarikh: 6 Ogos 2020).
ii. Pendedahan kepada pensyarah IPG Kampus Ilmu Khas.
iii. Dibentang dalam Seminar National Conference on Thinking Culture, IPG
Kampus Tun Abdul Razak, Kota Samarahan, Sarawak (Keberkesanan
Penggunaan JarGo untuk Menguasai Elemen Asas Sejarah).
7
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
8
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
9
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
KIT ANTI TANTRUM
Dr. Noorashikin binti Edin, Dr. Mohd Azmi bin Mat Yusoff,
Dr. Nik Aida Suria binti Nik Zulkifli Ami
IPG Kampus Pendidikan Islam
SINOPSIS
Kit Anti Tantrum ini merupakan kit yang menggunakan pendekatan terapi
multisensori. Terapi multisensori merupakan salah satu terapi yang terdapat
dalam bidang Pendidikan Khas bagi membantu kanak-kanak bermasalah
pembelajaran seperti autisme, sindrom down, hiperaktif dan global delay.
Terapi ini juga digunakan secara meluas dalam bidang pediatrik, materniti,
psikiatri, strok dan traumatic brain injury, penyakit kronik, serta penjagaan
dementia (Ashby et.al, 1995). Kaedah terapi ini merupakan antara kaedah
berkesan untuk merangsang perkembangan minda kanak-kanak
berkeperluan khas menerusi lima rangsangan asas iaitu penglihatan,
pendengaran, sentuhan, bau dan rasa. Terapi ini bertujuan untuk menjadi
aktiviti santai, direka bentuk untuk mewujudkan rasa selamat, novelty dan
rangsangan yang berada di bawah kawalan pengguna (Ashby et al, 1995)
serta tidak ada jangkaan untuk prestasi (Baillon, 2002). Terapi ini bukan sahaja
dapat membantu menguruskan tantrum kanak-kanak berkeperluan khas,
malah juga terhadap kanak-kanak normal. Tantrum bermaksud kemarahan
secara tiba-tiba. Manakala "Temper Tantrum" ialah suatu luapan emosi yang
meledak-ledak sehingga tiada kawalan diri. Temper Tantrum seringkali
muncul pada anak berusia 15 bulan – 6 tahun. Tantrum biasanya terjadi pada
anak yang hiperaktif dan dimanifestasi dalam pelbagai tingkah laku seperti
menangis, menggigit, memukul, menendang, menjerit, menghempaskan
badan ke lantai, melemparkan barang, menghempas pintu, memaki hamun
orang lain serta memecahkan barang dengan sengaja.
RASIONAL PROJEK
Antara faktor yang menyebabkan terjadinya tantrum adalah seperti berikut:
i. Keinginan anak dihalang.
ii. Ketidakmampuan anak mengungkapkan dengan perkataan.
iii. Pergerakan yang terhad.
iv. Asuhan Ibubapa
a. Terlalu dimanjakan apabila semua keinginan dipenuhi dan tiba-tiba
ada keinginannya yang lain tidak dipenuhi.
b. Asuhan yang tidak konsisten.
c. Ibu bapa bertelagah pendapat yang mana baik atau buruk untuk anak.
v. Anak merasa penat, lapar atau dalam keadaan sakit.
vi. Anak sedang stress.
vii. Trauma atau fobia akibat pengalaman lalu.
10
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
Justeru, perlunya ada intervensi bagi menangani tantrum tersebut dengan
segera daripada berlarutan hingga mengganggu ketenangan suasana sekitar
serta orang lain.
Objektif projek
i. Guru/penjaga tidak panik apabila berhadapan dengan murid/anak
tantrum.
ii. Guru dapat mengajar dengan lebih lancar.
iii. Murid/anak tantrum dapat ditenteramkan dengan cepat,
iv. Murid lain tidak terganggu emosi dengan situasi tantrum rakannya.
STRATEGI PENYELESAIAN
Matlamat penghasilan Kit Anti Tantrum ialah membantu mengurus tingkah
laku murid/kanak-kanak tantrum dengan segera agar pengajaran dan
pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lancar dengan menggunakan
pendekatan terapi multisensori melalui kaedah ala Snoezelen (Fava &
Strauss 2010). Pengkaji menggunakan pendekatan PDCA (Plan Do Check
Act).
Plan – Kenal pasti masalah.
Do – Mencari jalan penyelesaian terhadap masalah melalui intervensi kit Anti
Tantrum.
Check – Mencari literatur yang berkaitan dan bersesuaian dengan intervensi.
Act – Melaksanakan intervensi terhadap sampel.
BIL JENIS ITEM TATA CARA PENGGUNAAN
1 A. Therapeutic Scalp Massager - Gosokkan di kepala murid berulang kali.
- Berhenti serta-merta penggunaannya
jika alat ini tidak berkesan menghentikan
tantrum.
- Tujuan untuk meransang sensori
sentuhan.
2 B. Acrylic Oil Glass Liquid - Letakkan salah satu alat ini di depan
murid.
- Alat ini dipegang oleh guru/pembantu.
- Murid juga dibenarkan memegang alat ini.
- Pastikan menggunakan alat yang
diperbuat daripada bahan jenis acrylic
dan tiada bucu tajam.
- Jangan sesekali menggunakan bahan
yang diperbuat dari kaca.
- Tujuan untuk meransang sensori visual.
11
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
3 C. Green stress ball - Tunjukkan kepada murid terlebih
dahulu untuk memicit-micit bola
tersebut.
- Kemudian berikan kepada murid untuk
dia buat perkara yang sama
- Murid juga akan merasa bahan tactile
dipermukaan squishy ball tersebut.
- Tujuan merangsang sensori sentuhan.
4 D. Xylaphone - Guru mengetuk alat ini untuk menarik
perhatian murid
- Benarkan murid bermain dengan alat
ini dengan kawalan
- Tujuan untuk merangsang sensori
auditori dan visual
5 E. Slinky Rainbow Rings - Guru mendemonstrasi penggunaan
alat slinky ini.
- Murid dibenarkan bermain-main
dengan alat ini
- Tujuan untuk merangsang sensori
sentuhan dan visual
6 F. Colourful Changing LED - Hidupkan lampu LED fibre optic.
Fibre Optic light - Guru memegang alat ini dan
Menunjukkan kepada murid.
- Tujuan untuk merangsang sensori
visual
Idea projek ini adalah asli berdasarkan pengalaman pengkaji menyelia
praktikum pelajar program KDPM Kemas, PISMP Major Prasekolah, PISMP
Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan PISMP Pendidikan Khas Masalah
Pembelajaran. Semasa para pelajar program tersebut menjalani praktikum,
mereka menjadi panik apabila berhadapan dengan murid/kanak-kanak
tantrum. Pengkaji mendapat ilham untuk membuat kompilasi alatan yang
dapat membantu menghentikan tantrum dengan segera berdasarkan
pendekatan terapi multisensori seperti di bilik Snoezelen. Namun, kos
menyediakan bilik Snoezelen yang lengkap mencecah ribuan ringgit. Justeru,
pengkaji mendapat cetusan idea menggunakan alatan multisensori secara
DIY dari bahan terpakai serta membeli alatan di kedai serbaneka yang
memenuhi konsep multisensori tersebut.
12
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
PENGGUNAAN
Para pelajar menyediakan kit ini dengan menggunakan bahan terpakai seperti
kotak kasut, kotak tools, beg goody malahan beg plastik biasa untuk mengisi
alatan yang memenuhi konsep multisensori. Pelajar menggunakan alatan
tersebut bagi mententeramkan tantrum murid berkeperluan khas masalah
pembelajaran, kanak-kanak di taska atau prasekolah semasa sesi PdP dan
bimbingan asuhan kanak-kanak. Keberkesanan alat di dalam kit tersebut
bergantung kepada individu. Setiap kanak-kanak/murid memberi respon yang
berlainan mengikut alatan yang diberikan. Apa yang penting adalah
pengurusan emosi guru/pengasuh/penjaga akan terkawal kerana mereka
tidak perlu panik apabila berhadapan dengan kanak-kanak tantrum.
IMPAK KE ATAS PEMBELAJARAN MURID
i. Kelancaran penyampaian pengajaran dan pembelajaran.
ii. Memberi impak yang positif kepada guru dan murid.
iii. Meminimakan kos pengurusan menyediakan bilik Snoezelen.
IR 4.0 menekankan aspek pembuatan pintar maka sumber manusia yang
bakal mengisinya mestilah bijak merebut peluang, kreatif dan berinovatif
dalam mengemukakan cadangan dan berani mengambil risiko. Dalam IR 4.0,
bijak sahaja tidak memadai. Individu cemerlang bukan sahaja perlu mahir
tindakannya dan penuh hikmah penuturannya, malah perlu pintar emosinya.
Kepintaran emosi adalah keupayaan mengenalpasti dan mengurus emosi diri
dan pihak lain dengan tiga teraju utama iaitu kesedaran, jaringan dan kawalan
emosi. Kepintaran emosi kunci kejayaan hubungan sosial dan profesional.
Murid akan lebih bersedia berhadapan dengan murid tantrum dengan adanya
kit ini sebagai ‘kelengkapan’ yang mudah dicapai.
PERLUASAN / KOMERSIAL
i. Kementerian Pendidikan Malaysia.
ii. Jabatan Pendidikan Negeri.
iii. Pejabat Pendidikan Daerah.
iv. Sekolah-sekolah dan pusat asuhan kerajaan/swasta.
v. Ibu bapa/penjaga.
vi. Syarikat pembekal alatan bantu mengajar.
13
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
Contoh Kit Anti Tantrum
Kotak asal merupakan kotak mengisi bekas makanan jenama
Tupperware. Kotak ini merupakan bahan terbuang. Bersifat
ringan dan praktikal kerana ada tangkai untuk memegangnya
juga boleh ditutup rapat.
Kotak kosong tersebut diubah suai oleh pengkaji sebagai Kit
Anti Tantrum.
Alatan untuk Kit Anti Tantrum dimasukkan ke dalam kotak
tersebut.
14
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
15
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
16
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
MODUL CELIK KRAF (MCK)
Azlina Abdul Rani, Zaharah Mohamad, Dr. Azizah Suleiman
Nor Azizah Atan, Dr. Hairul Faiezi Lokman
IPG Kampus Ilmu Khas
SINOPSIS
Modul Celik Kraf (MCK) adalah bagi meningkatkan kemahiran membuat kraf
doh berbantukan kit inovasi dan kod QR yang mudah dan praktikal. MCK
dilaksanakan semasa pandemik COVID-19 bagi membantu kanak-kanak,
orang dewasa dan Murid Berkeperluan Khas (MBK) dalam menghasilkan
produk kraf dengan lebih inovatif dan berkesan. Ini seiring dengan Revolusi
Industri 4.0 yang rancak berlaku di seluruh dunia memerlukan semua pihak
bertindak pantas seiring dengan pembangunan pesat dalam produk
berteknologi lebih pintar. Semasa dunia dilanda pandemik COVID-19, MCK
telah dilaksanakan dalam Bengkel Artability yang menggunakan platform
YouTube. Bengkel ini mendapat respon dan tontonan yang tinggi. Keunikan
idea bagi kit inovasi MCK ini merangkumi sebuah modul dalam bentuk kit dan
kod QR. MCK sangat mesra pengguna, kos yang murah, ringkas dan mudah
didapati di rumah. Modul ini sangat efektif dapat digunakan oleh sesiapa pun
dan praktikal digunakan oleh semua peringkat masyarakat. Hasil daripada
pelaksanaan inovasi ini, kemahiran pembuatan kraf doh telah dapat
dikembangkan dengan jayanya. Ia dapat menyumbangkan aktiviti bagi
masyarakat yang terpaksa berada di rumah sepanjang Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP). Dengan adanya norma baharu, MCK dapat dimanfaatkan
secara optimum.
RASIONAL PROJEK
Tinjauan awal melalui pemerhatian di Pusat Program Pemulihan Masyarakat
(PPDK) menunjukkan kemahiran kawalan psikomotor murid tidak mencapai
tahap yang memuaskan Hanya sedikit aktiviti membuat doh sederhana
pencapaian murid untuk aktiviti yang melibatkan beberapa kraf doh sederhana
sangat tidak memuaskan.
Tinjauan awal yang dilakukan menggunakan borang soal selidik google
semasa e-CPD Bengkel Artability menunjukkan para peserta tidak yakin hasil
kerja peserta tidak kemas terdapat kekurangan peralatan.
Masalah utama yang dihadapi oleh murid berkeperluan khas dan peserta di e-
bengkel semasa menjalankan aktiviti membuat doh adalah penyediaan bahan
dan proses penghasilan kraf yang tidak tepat.
17
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
Objektif projek
i. Murid berkeperluan khas (MBK) menghasilkan kraf doh untuk
menjalankan aktiviti penerokaan dan menjadikan penjualan kraf doh
sebagai sumber kewangan mereka.
ii. Murid arus perdana yang memerlukan satu produk yang sesuai untuk
pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 (PAK-21). Inti utama Revolusi
Industri 4.0 adalah Kecerdasan Buatan (AI) di mana produk perlu
diinovasikan, yang mampu meningkatkan pembelajaran tentang
persekitaran, meningkatkan hubungan orang, peralatan fizikal dan dunia
digital.
iii. Membantu masyarakat umum menghasilkan pelbagai jenis kraf doh
dalam industri kecil.
STRATEGI PENYELESAIAN
Modul ini telah dilaksanakan dengan menggunakan konsep PDCA iaitu Plan,
Do, Check dan juga Act berdasarkan kepada strategi penyelesaian Model
McKernan (1994). Dalam modul ini, kit MCK telah diperkenalkan bagi
kegunaan menghasilkan kraf doh. Di samping itu, kaedah pelaksanaannya
juga boleh diakses melalui saluran YouTube pada bila-bila masa. Pandemik
COVID-19 telah menyebabkan pelaksanaan inovasi MCK telah diubah suai
supaya berkemampuan digunakan oleh masyarakat dan MBK khususnya,
yang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan di rumah.
18
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
Pelaksanaan proses
Penetapan objektif dan proses (Jun)
(Feb-Mac 2020)
Tindakan untuk meningkatkan prestasi
proses secara berterusan Pengukuran pemantauan proses,
(Ogos) produk,
dan melaporkan hasilnya
(Jun)
Carta PDCA
Pengumpulan Data Awal
TINJAUAN • Tinjauan Awal
MASALAH • Soal Selidik
Penggunaan MCK:
• Ujian Rintis
• Bengkel
PROGRAM • e-CPD Bengkel Artability
INTERVENSI Pengumpulan Data
PENGGUNAAN • Pemerhatian
‘MODUL CELIK • Soal Selidik
KRAF’
(MCK) • Temubual
• Analisis Dokumen
•
Data Kualitatif • Huraian
Tema
Temubual secara
PEMPROSESAN Pemerhatian Deskriptif
DATA Data Kuantitatif • Descr
Soal Selidik • Statistik
Analisis dokumen • Peratusan
Model McKernan (1994) yang diubahsuai pengkaji.
19
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
Keaslian produk inovasi Modul Celik Kraf adalah resepi doh dari bahan semula
jadi yang tidak mudah kering dan dijauhi serangga. Modul Celik kraf mudah
diakses dalam bentuk kod QR YouTube. Kit Modul ini mudah disimpan dan
bahan isi semula juga mudah disediakan. Kosnya juga lebih rendah jika
dihasilkan secara makro. Reka bentuk kit sesuai dengan alatan dan bahan
khusus. MCK mudah diakses dalam bentuk kod QR YouTube. Murid mudah
mengakses panduan dan modul yang dibina di mana-mana sahaja, pada bila-
bila masa dan tanpa batasan. Ini bermakna murid telah dapat mengakses
MCK secara dalam talian dengan mudah dan efisyen sekaligus
mengimplimentasikan hasil kraf yang dipelajari.
PENGGUNAAN
Penggunaan produk inovasi MCK adalah berdasarkan panduan dalam bentuk
kod QR video (Youtube) yang disertakan:
i. Modul Celik Kraf (MCK) iaitu sebuah e-modul yang mengandungi:
Manual penggunaan produk inovasi.
Tunjuk Cara aktiviti berperingkat membentuk dan menghasilkan kraf
doh.
Testimoni Pengguna.
ii. Kit aktiviti yang merangkumi tiga fokus bahan aktiviti iaitu:
Bahan doh yang dihasilkan tidak mengandungi bahan kimia dan anti
serangga.
Alatan terap dan acuan, sebagai panduan kepada pengguna untuk
membentuk objek kraf.
Pewarna alam sebagai bahan untuk mencantikkan kraf doh.
20
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
Bimbingan dan latih tubi membuat kraf doh menggunakan MCK dilaksanakan
kepada pengguna melalui panduan dalam bentuk kod QR video (Youtube)
agar dapat mempertingkatkan kemahiran membuat kraf doh mudah.
Seterusnya pengguna boleh memilih kraf doh mengikut citarasa mereka
sendiri. Sebelum dan sepanjang aktiviti kraf doh dijalankan, pengguna boleh
merujuk semula langkah-langkah membuat kraf doh tunjuk cara aktiviti.
Dengan cara ini, bukan sahaja praktikal diberikan secara amali namun dalam
masa yang sama pengguna MCK diberi input secara teori tentang reka bentuk
mudah.
Keberkesanan penggunaan MCK dikenalpasti melalui:
Instrumen Cara Pengumpulan Data Cara Menganalisis
Data
Pemerhatian Senarai Semak Skala Ya/Tidak
Temu bual Temu bual berstruktur Interpretasi
Soal Selidik Borang soal selidik Peratus
Analisis Dokumen Borang Markah pertandingan Peratus
Artability
Bagi keseluruhan aktiviti kraf doh dalam eCPD e-Bengkel Artability telah
mendapat tontonan sebanyak 1042 penonton. Tontonan yang telah ke udara
secara langsung menggunakan platform YouTube pada 23 Jun 2020. Bagi
video hebahan MCK telah mendapat 280 tontonan.
https://youtu.be/5xy70HIWTnE https://youtu.be/tpGcsNoutr0
21
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
IMPAK KE ATAS PENGGUNA AKHIR
Hasil kraf doh murid di PPDK telah dipasarkan kepada masyarakat sekali gus
telah dapat menjana pendapatan. MCK juga telah membuat perjanjian
usahasama bersama Koperasi IPGKIK Sdn. Bhd. dan dalam masa terdekat
akan dipasarkan. Impak kepada PdP MBK adalah dapat meningkatkan
kemahiran motor halus, mata, tangan khasnya. Selain itu, terciptanya inovasi
ini adalah seiring dengan kehendak Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) iaitu dari aspek pemikiran kreatif dan inovatif. Kemampuan
menginovasi, menjana kemungkinan baharu dan mencipta idea atau
pengetahuan baharu bagi menyuburkan kemahiran berfikir. Terlaksananya
inovasi ini dapat menzahirkan hasrat tersebut merangkumi pihak murid dan
guru yang kreatif dan inovatif dalam PdP.
Projek inovasi ini telah mengembangkan potensi internet kebendaan (Internet
of Things) bukan sahaja kepada murid aliran perdana, para guru malah juga
kepada MBK. Internet kebendaan ini diintegrasikan melalui penggunaan
medium rangkaian media sosial (Learning Management System)
menggunakan aplikasi Youtube dan janaan kod QR.
Melalui inovasi ini, murid dapat mengembangkan potensi bakat serta
kemahiran dalam menghasilkan kraf doh bersama dengan rakan-rakan.
Pontensi yang berkembang dapat dilihat melalui pemerhatian yang dilakukan
sepanjang inovasi ini dihasilkan. Misalnya semasa murid sedang
menghasilkan bentuk acuan dan mewarna doh, murid telah berinteraksi
bersama rakan-rakan tentang kekreatifan dan karya yang sedang mereka
lakukan. Kemahiran sosial juga turut diterapkan apabila murid bertukar-tukar
idea dalam penghasilan karya kraf doh bersama rakan-rakan. Hal ini turut
berlaku kepada MBK apabila mereka saling berinteraksi dengan kaedah
interaksi kendiri (special interaction for disability) semasa penghasilan kraf
doh.
Graf Kajian sebelum dan selepas penggunaan Modul Celik Kraf
22
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
Temu bual & Testimoni bagi analisis keberkesanan penggunaan produk
MCK
Pakar Perubatan Kesihatan, Pengerusi Yayasan Anak Kurang Dosen Pend. Seni Rupa
Pejabat Kesihatan Klang Upaya Berdaya Hulu Langat & Tari, UPI Tasikmalaya
Guru SK Taman Midah 1 Penyelia PPDK KAMII Ibu Pelajar PPDK Pengguna Modul MCK
(2 orang anak MBK)
Kejayaan murid MBK dan aliran perdana dalam menghasilkan kraf doh
dengan Modul MCK
Senarai Pemenang e-CPD Artability
23
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
Bengkel MCK di sekolah
Aktiviti keluarga di rumah semasa perintah kawalan pergerakan
Kejayaan pasukan dalam pertandingan inovasi
Pasukan Art_IK iaitu Modul
Celik Seni Visual (MCSV)
Mendapat Naib Johan
dalam Pertandingan Majlis
Apresiasi & Karnival Inovasi
Pendidikan (MAKIP) 2019.
Pasukan Art_IK iaitu
Modul Celik Kraf (MCK)
Mendapat Naib Johan
dalam Pertandingan Majlis
Apresiasi & Karnival e-
Inovasi Pendidikan
(MAKIP) 2020.
24
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
PERLUASAN / KOMERSIAL
MCK telah dipatenkan melalui hak cipta produk di Perbadanan Harta Intelek
Malaysia Jun 2020. Ujian rintis telah dilaksanakan di IPG Kampus Ilmu Khas,
PPDK KAMII, Gombak Setia dan SK Taman Midah 1, Kuala Lumpur.
Surat Rasmi Ujian Rintis dan Pendaftaran MyIPO (Hak Cipta)
MCK telah disebarluaskan melalui Program E-CPD Anjuran Jabatan
Pendidikan Seni Visual IPGKIK dengan jumlah tontonan seramai 1000
tontonan. Program ini telah melibatkan guru dan murid seluruh negara.
Penyertaan Bengkel Artability dan pertandingan kraf mendapat sambutan
yang baik oleh murid berkeperluan khas, murid arus perdana dan masyarakat
umum. Bengkel ini dapat memenuhi aktiviti di rumah semasa PKP.
25
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
Youtube views 1000 penonton.
Di samping itu, MCK juga telah diperluaskan kepada kumpulan sasaran utama
iaitu murid berkeperluan khas. Perluasan telah dilakukan kepada Pusat
Pemulihan dalam Komuniti (PPDK) Kamii Seri Gombak. MCK juga telah
dimanfaatkan keupayaannya kepada murid aliran perdana di SK Taman Midah
1, Kuala Lumpur.
Hasil produk kraf doh daripada aktiviti Modul Celik Kraf (MCK)
yang dijual di kedai KAMII.
26
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
Surat Perjanjian menjual produk Modul Celik Kraf (MCK)
27
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
28
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
29
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
ERGO KHAT 2.0
Dr. Bani Hidayat bin Mohd Syafie, Badruddin bin Yatiban
IPG Kampus Pendidikan Islam
SINOPSIS
ERGO KHAT ini direka untuk memudahkan proses latih tubi kemahiran
penulisan khat dalam kalangan murid sekolah dan dewasa. Ia juga dapat
mengurangkan penggunaan dakwat dan kertas yang biasanya digunakan
dalam proses latih tubi penulisan khat. Ergo Khat ini diperbuat dari bahan yang
mudah diperoleh di pasaran dengan kos yang rendah dan berpatutan. Rekaan
ini memberi kemudahan kepada mereka yang kurang kemahiran mengawal
pen marker dengan penggunaan pen marker holder yang diperbuat dari plastik
PVC kelas 7.
RASIONAL PROJEK
Ramai dalam kalangan murid dan guru kurang menguasai kemahiran
penulisan khat sedangkan ia perlu dikuasai oleh murid tahun 5 dan 6 dalam
mata pelajaran Pendidikan Islam. Begitu juga murid tahun 4 dalam mata
pelajaran bahasa Melayu menerusi semakan kurikulum yang terbaharu.
Selain itu, masa pembelajaran yang agak terhad menjadi kekangan kepada
murid untuk menguasai kemahiran tersebut. Justeru, satu kaedah yang
mudah dan pantas perlu disediakan agar ramai pelajar dapat menguasai
kemahiran menulis khat dengan cepat dan betul.
Objektif projek
i. Membantu pelajar menulis dengan betul dalam penulisan khat Nasakh
dan Rika’ah.
ii. Membantu cara menulis pelajar melalui penggunaan “pen marker holder.”
iii. Membantu menentukan kedudukan mata pen dengan betul semasa
memulakan penulisan.
STRATEGI PENYELESAIAN
Strategi penyelesaian isu yang wujud dengan menentukan masalah utama
yang dihadapi oleh pelatih guru dengan mendapatkan analisis keperluan
kemahiran khat dalam kalangan mereka. Dapatan kajian menunjukkan:
30
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
Aspek Min SP Tahap
PengetahuanTulisan Khat 4.01 0.568 Tinggi
Minat Khat Nasakh 3.64 0.491 Sederhana
Minat Khat Rikaah 3.49 0.454 Sederhana
N=92
Tahap pengetahuan dan minat menulis khat Nasakh dan Rikaah
Aspek Bil Pelajar %
Mahir 26 28
Tidak Mahir 66 72
Jumlah 92 100
N=92
Tahap kemahiran menulis khat
Aspek Min SP Tahap
khat nasakh 2.64 0.436 lemah
khat rikaah 2.49 0.678 lemah
N=92
Tahap kemahiran menulis khat nasakh dan rikaah
Dapatan ini menunjukkan kemahiran responden lemah dan memerlukan
inovasi untuk meningkatkan kemahiran dan penguasaan menulis khat dalam
PdP Pendidikan Islam.
31
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
Proses penyediaan inovasi ini adalah seperti berikut;
1. Mereka bentuk prototype marker holder
2. Menguji prototype
Hasil kajian
Bil Aspek Min SP Tahap
1 Holder Pen Khat 4.74 0.332 tinggi
2 Pen Khat 4.89 0.167 tinggi
Tahap Kepuasan pengguna
Bil Aspek Min SP Tahap
1 Cara tulis Khat Nasakh 4.93 0.178 tinggi
2 Cara tulis khat Rikaah 4.90 0.169 tinggi
Peningkatan Hasil Kerja
32
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
Ujian rintis di sekolah juga dijalankan untuk menguji kebolehgunaan Ergo Khat
ini.
Idea asal projek
Idea ini adalah idea asli daripada penyelidik untuk meningkatkan PdP
penulisan khat dalam kalangan pelatih guru bagi mata pelajaran PIM dan
PIM3093 Pedagogi Pendidikan Islam 2.
PENGGUNAAN
Projek ini membantu pelatih guru dalam menguasai mata pelajaran PIM dan
PIM3093. Ia akan diuji dalam penulisan kerja kursus dan pentaksiran akhir
mata pelajaran tersebut. Ia juga akan digunakan sewaktu praktikum satu dan
dua di mana pelatih guru perlu mengajar khat dalam mata pelajaran
Pendidikan Islam di sekolah.
Bagi murid sekolah, projek ini dapat membantu mereka menguasai
sebahagian daripada mata pelajaran bahasa Melayu Tahun 4 dan Pendidikan
Islam Tahun 5 dan 6. Bagi guru, semua guru Pendidikan Islam sama ada aliran
arus perdana mahu pun kelas KAFA serta Sekolah Rendah Agama (SRA)
perlu mahir dengan penulisan khat yang diajar di sekolah. Bagi masyarakat
awam, projek ini dapat membantu peminat khat untuk menguasai kemahiran
menulis khat dengan lebih mudah dan efektif
33
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
IMPAK KE ATAS PEMBELAJARAN MURID
Impak utama pembelajaran murid adalah seperti berikut:
Masa menguasai kemahiran
Bil Cara Tradisi Masa KIT ERGO Masa Jimat Masa
KHAT
1 Khat Nasakh 3 minit Khat Nasakh 2 minit 1 minit
2 Khat Rikaah 4 minit Khat Rikaah 2 minit 2 minit
Murid semakin yakin dalam menguasai kemahiran menulis khat mengikut
kaedah yang betul. Ini kerana penguasaan mengendalikan alat tulis
menggunakan marker holder memudahkan kemahiran menulis khat.
Projek ini dapat meningkatkan kemahiran murid dari aspek kreativiti dan
keusahawanan. Ini dapat dilaksanakan dengan penghasilan produk yang
bernilai tinggi yang boleh dikomersialkan secara fizikal dan digital. Secara
tidak langsung, murid dapat menggabungkan kemahiran menghasilkan karya
kreatif dan memasarkan menggunakan platform digital. Ini kerana hasil karya
khat yang bermutu mendapat permintaan yang tinggi dalam pasaran.
Hasil pelaksanaan projek ini menunjukkan penguasaan kemahiran murid
dalam penulisan khat bertambah baik dan meningkatkan minat mereka untuk
menguasai pelbagai jenis khat yang lain. Selepas melalui pengalaman
menggunakan Ergo Khat ini, murid semakin yakin menghasilkan karya khat
dan melaksanakan tugasan yang diberikan.
34
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
35
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
36
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
EZ-CAL-HI (KALENDAR MUDAH HAID DAN ISTIHADHAH)
Dr. Nor Kartina binti Tawang, Dr. Norliza binti Nor Hashim,
Maryati binti Mohd Amin, Dr. Raihaniah binti Zakaria,
Rabaishah binti Azirun
IPG Kampus Pendidikan Islam
SINOPSIS
Inovasi EZ-CAL-HI adalah satu singkatan nama kepada kit berbentuk kalendar
yang mudah faham, ingat seterusnya beramal tentang perkara-perkara
penting berkaitan darah-darah wanita menurut perspektif Islam. Projek inovasi
ini memilih satu kit mudah akses di mana saja berada sama ada secara online
atau offline. Amalan harian umat Islam seperti solat, puasa, haji, umrah,
hubungan suami isteri, talak dan sebagainya boleh terbatal jika kekeliruan dan
kesalahan berterusan. Kumpulan kami menetapkan satu pendekatan
pembelajaran yang ditransformkan dalam bentuk yang mudah difahami,
senang diingat dan mudah diamalkan. Memiliki kit berkalendar yang mudah
faham, ingat dan amal melalui kalendar yang dinamakan EZ-CAL-HI ini
mampu menangani masalah kefahaman dan kekeliruan darah wanita serta
permasalahan yang timbul. Dapatan dalam kajian rintis kami mendapati
banyak kekeliruan, dan kesalahan responden dalam kebanyakan perkara
tentang haid dan istihadhah, maka kami telah membuat keputusan perlu
mengumpulkan satu maklumat yang seragam, terurus dan bersistematik
tentang maklumat tajuk yang dipilih sebagai panduan asas dan rujukan wanita
Islam. Maklumat berkaitan ini telah diurus dalam sebuah kalendar yang
menarik, mudah guna, mudah dibawa, kos yang murah selain dapat diakses
melalui kemudahan internet. Tuntasnya, EZ-CAL-HI yang bermaklumat ini
merupakan satu inovasi yang dapat menyelesaikan masalah kefahaman dan
kekeliruan fiqh wanita kontemporari yang sangat bersesuaian dengan amalan
kehidupan semua pelajar wanita khususnya dan semua kategori wanita
amnya, mesra pengguna, mudah digunakan, kos yang rendah serta mampu
dibawa ke mana-mana.
RASIONAL PROJEK
Masalah yang dikenal pasti ialah:
i. Responden keliru tentang warna-warna darah wanita mereka.
ii. Responden kurang memahami tempoh sebenar haid dan istihadhah.
iii. Responden keliru tentang perkara halal dan haram ketika haid dan
istihadhah.
iv. Responden tidak konsisten tentang amalan pengurusan darah-darah
wanita mereka.
v. Responden keliru tentang permasalahan hukum yang timbul akibat salah
faham tentang darah-darah wanita.
37
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
Objektif projek
i. Responden dapat memahami pengertian darah-darah wanita darah Islam.
ii. Responden dapat membezakan warna-warna darah wanita menurut
perspektif Islam.
iii. Responden dapat mengelaskan tarikh-tarikh haid dan istihadhah dengan
betul.
iv. Responden dapat menyelesaikan masalah berkait halal dan haram wanita
berhaid dan istihadhah.
v. Audien/pelajar dapat membuat keputusan dalam mengatur strategi
pengurusan ketika didatangai haid dan istihadhah.
STRATEGI PENYELESAIAN
Projek ini menggunakan 2 strategi penyelesaian dan idea reka bentuk iaitu:
i. Menggunakan satu penghasilan kit kalendar bermaklumat dan berfokus
kepada perkara berikut iaitu:
permulaan haid.
warna-warna darah haid.
kategori-kategori haid.
tempoh haid.
ciri-ciri istihadhah.
amalan pengurusan diri ketika didatangi darah-darah wanita.
amalan tentang pahala dan larangan ketika haid.
amalan hukum-hukum terpilih fiqh kontemporari.
ii. Terdapat Carta Alir
iii. Tools / Prototaip – Kalendar yang mengandungi semua maklumat berkaitan
darah haid dan istihadhah.
iv. Ujian Rintis – Ujian rintis telah diadakan di:
a. SK Convent Kajang, Selangor – 1 Julai 2020.
b. SMK Jalan Empat, Bandar Baru Bangi, Selangor – 2 Julai 2020.
c. SMA Sungai Merab Luar, Kajang Selangor – 3 Julai 2020.
d. Siswi Pelajar IPT, wanita bekerja, suri rumah – Melalui google form.
Tiada adaptasi atau tiada rujukan lagi daripada mana-mana penambahbaikan.
Ini merupakan idea asal pengkaji dan kumpulan. Diharapkan dapat
dikembangkan dalam pelbagai bentuk penambahbaikan inovasi berkaitan
pada masa-masa akan datang. Ketua penyelidik juga telah menghasilkan
sebuah tesis Peringkat Doktor Falsafah tentang ‘Pengurusan Darah-darah
38
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
Wanita Menurut Persepektif Islam’ (2017) berbentuk kualitatif dan kuantitatif.
Hasil daripada penulisan ini satu idea telah terbina untuk menghasilkan
sebuah kit yang mudah faham dan ringkas untuk kemudahan semua
peringkat.
PENGGUNAAN
Kekerapan – Secara individu kit ini digunakan sekurang-kurangnya sebulan
sekali atau berulang kali bergantung kepada keperluan individu. Secara
berkumpulan ianya menjadi rujukan semasa kumpulan yang memerlukan
rujukan. Sekurang-kurangnya wanita akan mengalami sekali sebulan
kedatangan haid.
Masa - Bergantung kepada kebiasaan wanita berkenaan. Masa ini juga
bergantung kepada individu yang mengalaminya seperti 7 hari, 9 hari
sehinggalah semaksima haid dalam tempoh sebulan.
Keberkesanan: EZ-CAL-HI ini sangat berkesan digunakan oleh semua
individu dan kumpulan wanita yang ingin mengukuhkan pengetahuan darah-
darah haid atau istihadhah mereka.
IMPAK KE ATAS PEMBELAJARAN MURID
Impak utama ke atas pengalaman pembelajaran dan pencapaian
pembelajaran murid:
i. Penambahbaikan kefahaman dalam hal-hal warna darah wanita baik
murid sekolah rendah, menengah, Institut Pengajian Tinggi (IPT),
golongan bekerja dan masyarakat umum.
ii. 2+1 dalam penambahan ilmu – Ilmu bertambah dan keseronokan belajar
berganda.
iii. Kejelasan hukum halal haram yang boleh memberi impak dosa dan pahala
kepada muslim.
iv. Membantu murid secara efektif tarikh-tarikh sebenar haid dan istihadhah.
v. Mewujudkan semangat bekerjasama yang melibatkan ahli kumpulan.
vi. Menjamin keseimbangan kefahaman dan amalan sebenar dalam fiqh
taharah menurut perspektif Islam.
39
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
vii. Dapat menarik minat murid khususnya memahami bentuk kefahaman
darah-darah wanita ini melalui perantaraan penggunaan prototaip yang
diperkenalkan.
viii. Meningkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran guru bersama
murid.
Projek ini mampu meningkatkan pencapaian pelajar dari aspek IR 4.0 kerana:
i. Pembentangan live berkaitan EZ-CAL-HI ini dibuat melalui website
Canva.Live, di mana sewaktu pembentang membentangkan slot penting
tentang darah-darah wanita, penonton boleh mengajukan persoalan
secara bertulis di telefon pintar masing-masing dan dapat dilihat dan
dibaca oleh pembentang. Semua penonton akan diberi kod untuk
mengakses maklumat. Kebaikannya, penonton tidak perlu mengangkat
tangan untuk menanyakan persoalan yang sulit.
ii. Semua isi kandungan darah-darah wanita ini menggunakan design
dalam canva.com yang sangat menarik dan jelas.
iii. Dapat diakses dengan kod QR khusus tentang projek ini.
Perubahan sikap dan peningkatan kemahiran sosial murid dapat dilihat pada:
i. Dapat membina hubungan yang baik dalam kumpulan.
ii. Dapat memimpin sesama rakan sebaya ke arah satu keputusan terbaik.
iii. Dapat menyelesaikan masalah semasa dan akan datang.
iv. Menjiwai semangat berpasukan.
v. Melatih komunikasi guru dengan pelajar, pelajar dengan guru dan
sesama rakan sebaya.
vi. Dapat mempengaruhi mod pembelajaran ke arah terbaik.
vii. Dapat menyelesaikan pengurusan konflik dengan cara terbaik dan
menepati hokum.
viii. Guru dan pelajar sebagai pemangkin perubahan dalam medan ilmu dan
organisasi.
ix. Sentiasa melahirkan kolaborasi dan kerjasama yang padu.
Berikut adalah analisa dalam ujian Pra dan Post bagi projek kami. Soal selidik
telah diisi oleh 100 orang murid perempuan daripada 4 buah sekolah iaitu SK
Convent Kajang, Selangor, SMK Jalan 4 Bandar Baru Bangi, Selangor dan SMA
Sungai Merab Luar, Kajang, Selangor dan SMK Dato’ Abu Bakar Baginda,
Bangi, Selangor.
40
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
Ujian Pra (Julai 2020)
BIL SOALAN % Setuju % Tidak % Tidak Petunjuk
(S) Setuju (TS) Pasti (TP) Jawapan
1 Warna darah haid menurut Islam ada 8 jenis 83% 10% 7% Paling
iaitu hitam, merah, merah kekuningan, ramai
coklat kekuningan, merah jambu, coklat setuju.
kehitaman, kuning dan keruh. Jawapan
5 shj
2 Saya keliru kiraan tempoh haid saya 87% 8% 5% Paling
ramai
keliru
3 Saya faham sekiranya saya mengalami 20% 75% 5% Paling
istihadhah selepas waktu haid saya ramai
tidak
faham
istihadhah
4 Darah nifas adalah sama dengan darah haid 75% 11% 14% Paling
ramai
pilih
setuju,
salah.
5 Perempuan yang keluar darah sebelum 22% 53% 25% Paling
umur 9 tahun dipanggil darah yang rosak ramai
menurut Imam Syafie jawab
salah
6 Saya akan melekatkan kapas pada alat sulit 15% 81% 4% Paling
dalam memastikan benar-benar bersih ramai
tidak
beramal
Ujian Post (Ogos 2020)
BIL SOALAN % Setuju % Tidak % Tidak Petunjuk
(S) Setuju (TS) Pasti (TP) Jawapan
1 Warna darah haid menurut Islam ada 8 jenis 10% 85% 5%
iaitu hitam, merah, merah kekuningan,
coklat kekuningan, merah jambu, coklat
kehitaman, kuning dan keruh.
2 Saya keliru kiraan tempoh haid saya 43% 45% 12%
3 Saya faham sekiranya saya mengalami 77% 10% 13%
istihadhah selepas waktu haid saya
4 Darah nifas adalah sama dengan darah haid 6% 87% 7%
5 Perempuan yang keluar darah sebelum 77% 20% 3%
umur 9 tahun dipanggil darah yang rosak
(fasad) menurut Imam Syafie
41