ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
This activity has proven to help students at all levels to use their senses to
express their feelings and communicate ideas through English language.
Besides that, the use of ZEM’s Hots Kit has successfully helped in building
higher analytical thinking and reasoning. Besides that, to also fit student
voices in language activities with the arts. Students’ social skills are also
evident when students explore, express and experience language in a
special way which helps increase collaboration and communication during
language activities. Zem’s Hots Kits also connects the dots in education
by helping students to incorporate music to express their feelings, creative
movement to express spoken or written words and art to use their senses
to be expressive when creating an advertisement. Observations conducted
during hands-on sessions with trainees and school teachers locally and
internationally have stated that the process of the activity promotes fun
st
learning in a variety of ways towards achieving 21 century education
framework
PERLUASAN / KOMERSIAL
Institution level: Date:14 July 2018. The session with trainees at the
institution revealed the potentials of trainees communicating in L2
and creating various advertisements on Instagram IGTV
92
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
International level:
MELTA International
Conference (Johor Bahru)
Date: 20 August 2018
International level: International level:
THAI TESOL International
Conference (Bangkok) MELTA International
Date: 18 January 2019 Conference
(Johor Bahru)
Date: 20 August 2018
Workshop with teachers
from the Asean region
adapted the usage of the
toolkit in communicative
group activities using the
arts and the 3Es
International level:
THAI TESOL International
ConferConference (Bangkok)
93
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
Date: 18 January 2019
Title:
Kit Pemikiran/ Thinking Kit
Publisher: Workshop with teachers from the
IPG Kampus Ilmu Khas
Asean region adapted the usage
of the toolkit in communicative
Extended to:
group activities using the arts and
the 3Es
Institute:
Student teachers from different
disciplines
National:
Primary & Secondary School
Teachers
International:
ASEAN region teachers
Title:
Kit Pemikiran/ Thinking Kit
Publisher:
IPG Kampus Ilmu Khas
Extended to:
Institute:
Student teachers from different
disciplines
National:
Primary & Secondary School
Teachers
International:
ASEAN region teachers
94
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
95
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
96
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
TaSK
Dr. Isyah Radhiah binti Idris, Faridon bin Baharin,
Rabaishah binti Azirun, Dr. Nabiroh binti Kassim,
Nor Alniza binti Azman
IPG Kampus Pendidikan Islam
SINOPSIS
TaSK adalah ringkasan tajuk Tahsin Solat Khusyuk. TaSK merupakan modul
yang lengkap merangkumi Kisah-kisah Motivasi Solat, Wuduk Khusyuk, Solat
Khusyuk dan Wirid Khusyuk. Modul ini berbentuk himpunan tajuk-tajuk penting
dalam melaksanakan solat dengan khusyuk dan ilmu tambahan sebagai
pelengkap kepada ilmu yang sedia ada. TaSK juga dimudahkan dengan BBM
TaSK dan boleh diaplikasikan melalui penggunaan internet, komputer, dan
lain-lain. Kaedah pembinaan projek ini menggunakan modul dan aplikasi
multimedia interaktif. Penggunaan multimedia pembelajaran secara digital
boleh dimanfaatkan di pelbagai tempat dan masa dengan menggunakan
komputer. Tujuan TaSK dan BBM TaSK adalah untuk membantu pengguna
mempelajari secara menyeluruh berkaitan penghayatan wuduk dan solat.
Melalui TaSK juga, peserta mampu khusyuk ketika berwuduk, khusyuk ketika
bersolat dan khusyuk ketika berwirid dengan menghayati doa-doa dan bacaan-
bacaan contoh serta maksud untuk kemudahan pengguna. Impak kepada
pengguna, BBM TaSK menyediakan bahan sokongan kepada para jurulatih
menyampaikan modul TaSK.
RASIONAL PROJEK
Sebelum inovasi ini dilaksanakan, pengkaji telah menemu bual secara rawak
pelajar PISMP Semester 8 yang akan bergraduat dan juga pelajar-pelajar IPG
selain pelajar Semester 8. Hasil temu bual mendapati bahawa pelajar-pelajar
tidak mengingati 13 rukun solat. Pengkaji juga telah mengedarkan 50 lembaran
kertas soal selidik kepada pelajar berkaitan 13 rukun solat dan penghayatan
wuduk khusyuk. Keseluruhan pelajar tidak menjawab dengan betul.
Tajuk Solat Fardu dalam bidang Ibadat telah dipelajari dalam mata pelajaran
Pendidikan Islam sekolah rendah dan sekolah menengah. Manakala di IPG
pula, kursus PIM1034 Pengantar Fiqh juga mengandungi tajuk Solat Fardu
menjadi subjek teras kepada pelajar PPISMP semester 1. Namun didapati
pelajar tidak bersolat (data pemerhatian secara rawak semasa ceramah), tidak
berjemaah di masjid atau surau, solat akhir waktu, solat tidak khusyuk dan
terdapat kesan negatif dan masalah disiplin dalam kalangan pelajar. Terdapat
juga pelajar tidak mengingati 13 rukun solat, tidak menghayati doa-doa amali
wuduk dan tidak mengerjakan solat dengan khusyuk.
97
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
Wajar dibina satu modul sebagai pelengkap, penambah ilmu, ilmu tambahan,
lebih menjurus ke arah penghayatan, merangkumi hikmah yang mendalam,
disusuli falsafah rukun dan sunat wuduk dan juga solat. Modul ini dinamakan
Modul TaSK.
Di samping Modul Tahsin Solat, terdapat BBM TaSK yang lebih menarik
perhatian dan penumpuan pelajar kerana terdapat visual, audio dan
pergerakan dalam perisian interaktif tersebut yang membantu memudahkan
pelajar mengingat dan mengamati isi penting yang terdapat dalam modul ini.
Selain itu juga, modul tahsin solat interaktif ini boleh dibuat pengulangan dan
latih tubi secara kendiri untuk lebih menguasai dan lebih mantap dalam
pengamatan.
Projek TaSK menjurus kepada bidang Inovasi Sosial Kategori Inovasi
Penambahbaikan. Projek ini bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang menitik beratkan keseimbangan JERIS. Melalui penerapan
nilai-nilai yang terdapat di dalam ibadat solat, akan membentuk seseorang
menjadi insan yang sempurna dan menjadi tonggak kepada sesebuah negara.
Maka, akan lahir pelajar dan masyarakat yang menepati kehendak dan tujuan
solat dilaksanakan. Sebagaimana maksud ayat Al-Quran surah Al-Ankabut
ayat 45 iaitu solat yang dikerjakan mampu menjadikan seseorang itu menjauhi
perkara keji dan mungkar.
Tujuan TaSK adalah untuk membantu pengguna mempelajari secara
menyeluruh berkaitan penghayatan/khusyuk ketika berwuduk, bersolat
dengan khusyuk dan wirid khusyuk dengan menghayati doa-doa wuduk dan
bacaan-bacaan dalam solat serta wirid-wirid selepas solat. Terdapat formula
13 rukun solat menggunakan jari jemari.
STRATEGI PENYELESAIAN
TaSK merupakan Modul yang lengkap mengandungi Kisah-kisah Motivasi
Solat, Wuduk Khusyuk, Solat Khusyuk dan Wirid Khusyuk. TaSK mengandungi
doa-doa untuk menghayati amali wuduk dan amali solat. BBM TaSK
merupakan media pembelajaran secara digital yang boleh diaplikasikan
melalui penggunaan internet, komputer, dan lain-lain. Kaedah pembinaan
projek inovasi ini menggunakan aplikasi multimedia interaktif. Penggunaan
multimedia pembelajaran secara digital boleh dimanfaatkan di pelbagai tempat
dan masa dengan menggunakan telefon pintar dan komputer.
98
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
Sumber/ Model
Modul TaSK adalah asli dan ianya adalah kompilasi / himpunan dari:
Ayat Al-Quran
Al-Hadis
Buku Ulama Silam
Buku Terkini
Buku Sains
Ceramah-ceramah
Kandungan TaSK:
Kisah Motivasi Solat
Wuduk Khusyuk
Solat Khusyuk (Jemari 13 Rukun Solat)
Wirid Khusyuk
Terapi Kesihatan
PENGGUNAAN
Kebanyakan peserta mengisi skor setuju dan sangat bersetuju. Hal ini
menjadikan Modul Tahsin Solat Interaktif sangat membantu peserta dan
pelajar untuk mengingat 13 rukun solat serta menguasai ilmu Tahsin Solat.
Selain itu juga, faedah modul TaSK dan BBM Tahsin Solat Interaktif adalah:
i. Kaedah dan teknik yang baharu dalam menyampaikan ilmu Tahsin Solat.
ii. Peningkatan markah dan ilmu.
Dengan menggunakan kaedah inovasi ini maka semakin banyaklah jumlah
markah dan peningkatan ilmu yang diperolehi oleh pelajar tersebut.
iii. Penjimatan masa.
Tempoh untuk menguasai ilmu solat khusyuk dalam bahasa Melayu dan
rumi serta kaedah inovasi ini adalah cepat dan sekali gus menjimatkan
masa.
iv. Kos cetak yang murah.
Inovasi ini memerlukan modal yang murah kerana tidak melibatkan kos
percetakan, susun atur reka bentuk. Ia hanya perlu difotokopi sahaja.
v. Ringkas dan mudah.
Kaedah inovasi modul TaSK ini ringkas dan BBM Tahsin Solat Interaktif
senang dikuasai oleh pelajar kerana ia berbentuk interaktif dan lebih mudah
dicapai.
99
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
https://drive.google.com/file/d/15mYzuSEVxsz3VCeqpjPu7Ji5ZUNSQY9X/view?usp=sharing
IMPAK KE ATAS PEMBELAJARAN PELAJAR
Impak yang terhasil dari projek yang dilaksanakan adalah amat besar. Melalui
projek yang dilaksanakan, didapati semakin ramai warga IPGKPI mula
meminati dan mempelajari Solat Khusyuk. Selain itu, sebahagian besar telah
menguasai Solat Khusyuk melalui perlaksanaan ini. Hubungan pihak IPGKPI
dengan warga luar seperti sekolah menengah, komuniti setempat, agensi
Islam menjadi semakin erat.
Produk ini juga memberi impak yang sangat tinggi dari aspek penjimatan masa
dan fleksibel dalam pembelajaran kendiri. Produk ini tidak melibatkan
sebarang kos berbanding dengan pembelian buku dan menghadiri kelas-kelas
pengajjian.
Perbandingan kos
Buku Arab Kelas/bengkel Modul TaSK dan BBM
TaSK
RM50.00 RM100.00 x 1 jam RM10.00
RM50.00x100= RM100.00 x 100 = RM1000.00
RM10,000.00
RM500.00
Jadual 1: Perbandingan kos projek dengan media yang lain
Penjelasan mengenai Modul TaSK ini boleh diperoleh melalui penerangan
secara langsung semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas atau di
mana-mana sahaja secara maya. Penerangan secara maya boleh diakses
melalui aplikasi YouTube. Pautan atau kod QR diberikan bagi sesiapa sahaja
yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang projek ini. Keupayaan pelajar untuk
mengakses penerangan secara maya menunjukkan kemahiran mereka dalam
memanfaatkan teknologi dan maklumat (TMK) sebagai pembelajaran kendiri.
100
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
Nilai tambah
Modul TaSK dibantu dengan aplikasi BBM TASK ini secara peribadinya dapat
meningkatkan imej dan kemuliaan insan yang menguasai ilmu agama,
memperkayakan keilmuan mereka sekali gus meninggikan izzah ummah dan
negara. Malahan membantu ummah mempelajari solat secara efektif dan
mudah.
Manfaat kepada organisasi
Secara tidak langsung, Modul Tahsin Solat turut memperkenalkan IPGKPI
kepada masyarakat sekali gus menjadi satu bentuk sumbangan kepada
komuniti. Selain itu, ia juga meningkatkan kejelekitan dalam kalangan
pensyarah JAPIM khususnya dan warga IPGKPI amnya.
Bukti
Bukti boleh diperoleh daripada keputusan setiap pelajar yang tamat belajar di
IPG yang akan menguasai peribadi unggul sesudah peperiksaan/ujian/pra dan
pasca ujian/anugerah dan pengiktirafan menguasai TaSK. Di samping itu,
mereka juga mampu menjadi imam solat fardu dan sunat tarawih dalam
kalangan masyarakat. Ilmu yang diperoleh juga dapat dikongsi melalui
success stories, refleksi pelajar dan sebagainya. Bukti juga disertakan dalam
bentuk portfolio dan diajarkan kepada orang lain yang ingin belajar. Ini
menunjukkan bahawa projek ini dapat dicetak dan/atau dibuat portfolio digital.
Hal ini memberi kesan yang positif kepada perubahan sikap dan kemahiran
sosial pelajar. TaSK mampu memberi mereka sentiasa bermotivasi dalam
mengerjakan solat dengan khusyuk sama ada melalui Modul TaSK ataupun
BBM TaSK. Anugerah dan pengiktirafan Modul dan perluasan Modul ini
adalah melalui Gambar 1 dan gambar 2 kod QR dan pautan berikut:
https://drive.google.com/file/d/1y9YFjZan8q63_AS7 hthttps://drive.google.com/file/d/1AQvXOpGTAOXpi
1KiF8P6h6cZF0nCN/view?usp=sharing tQYEd46ceO_7TEJ3a03/view?usp=sharing
Gambar 1: Anugerah dan Pengiktirafan Gambar 2: Perluasan dan Komersialisasi
101
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
Komitmen Pihak Atasan
i. Mendapat sokongan yang penuh dari pihak Pengarah dan Timbalan
Pengarah.
ii. IPG Kampus Pendidikan Islam.
iii. Bekerjasama dengan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.
iv. Jemputan ceramah oleh Andalusia Travel untuk jemaah umrah.
v. Bahagian Pendidikan Islam KPM berminat untuk menjemput membuat
pengisian program selepas peperiksaan.
PENGKOMERSIALAN
Inovasi Modul TaSK telah dicetak dalam bentuk buku oleh pihak JAPIM
sebanyak 200 buah sebagai sumbangan serta sokongan kepada JAPIM IPG
KPI. Dengan ini, modul menjadi lebih menarik dan kemas serta sesuai untuk
kegunaan jangka panjang, selain mempunyai peluang besar sebagai bahan
pengkomersilan. Begitu juga pihak RAIHAN Creatif Sdn. Bhd. bersetuju untuk
mencetak CD Tahsin Solat Interaktif untuk sumbangan dan juga jualan (sila
rujuk bahan dan lampiran surat).
PENYEBARAN INOVASI MODUL TAHSIN SOLAT 2018 & 2019
Antara perkara penting yang dilakukan adalah mendapatkan pendaftaran HAK
CIPTA INTELEKTUAL ke atas inovasi ini daripada pihak Perbadanan Harta
Intelek Malaysia (MyIpo). Pendaftaran itu dilakukan pada 16 Mei 2019 di
bawah nombor pendaftaran: LY2019002613. Pendaftaran ISBN juga telah
dilakukan di bawah nombor: ISBN 978-967-15785-7-5.
102
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
Modul ini telah disebar luas kepada institusi yang lebih luas seperti jadual 2
berikut:
Bil Tarikh Perkongsian Sasaran Jumlah
1 2 Okt 2018 Pemantapan Modul Tahsin Solat Pensyarah 15 orang
Interaktif di JAPIM Utama IPG KPI JAPIM
2 17 Okt 2018 Bengkel Kejurulatihan Ko kurikulum Fasilitator 26 orang
Pendidikan Islam Tahsin Solat di Bilik
Persidangan IPG, KPI
3 22 Okt 2018 Tahsin Solat di Surau Darul Saadah Pelatih Darul 35 orang
MAIWP Saadah dan guru
4 13 Dec 2018 Kuliah Muslimat di Masjid Zakaria Muslimat 25 orang
Bt.10 Gombak
5 22 Dec 2018 Kuliah Dhuha di Surau al Hikmah KIP Muslimat 15 orang
Bt. 8 Gombak
6 31 Dec 2018 Tahsin Solat di Hotel Malak Ajyad, Jemaah Umrah 100 orang
Makkah al Mukarramah Andalusia & Mutawwif
7 15 Feb 2019 Tahsin Solat di SMK Cyberjaya Pelajar Ting 1 80 orang
8 21-23 Feb Kem Ibadah di Akar Beach Resort Pelatih Darul 40 orang
2019 Port Dickson Saadah dan guru
2
9 7 Mac 2019 Kem Tahsin Solat di Masjid Desa Putra Terbuka 7 70 orang
hingga 12 tahun
dan fasilitator
10 8 April 2019 Tahsin Solat di Majlis Khatam al-Quran Muslimat 150 orang
di Surau al-Taqwa, Keramat
11 19 April 2019 Tahsin Solat slot Tazkirah Pagi Pensyarah dan Staf 170 orang
Jumaat di Dewan Abdul Jalil IPG KPI
12 10 Mei 2019 Tahsin Solat di SMK Seri Mahkota, Semua 1000
Melaka Pelajar tingkatan
1-5 dan guru orang
13 23 Mei 2019 Tahsin Solat di SK Bandar Tasik Tahun 4, 5 dan 6 dan 650 orang
Puteri, Rawang Selangor guru
14 29 & 30 Tahsin Solat - siri 1 di Hotel Jemaah Umrah 250 orang
Mei 2019 Mawaddah al-Wahah, Madinah Andalusia & Mutawwif
al-Munawwarah
15 6 Jun 2019 Tahsin Solat - siri 2 di Hotel Jemaah Umrah 100 orang
Hanim al-Firdausi Andalusia & Mutawwif
16 28 Jun 2019 Tahsin Solat slot SUMUR di Semua pelajar 800 orang
SAM Rawang Selangor
17 25 Julai 2019 Tahsin Solat di SABK al Falah Pelajar ting 6, 4, 4 400 orang
Jadual 2: Tarikh Penyebaran Inovasi
103
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
Markah 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13
Peserta - - - 1 7 26 6 1 2 2 2 - -
Jadual 3: Soal selidik analisis 13 rukun solat
Rajah 1: Graf Soal selidik: 13 Rukun solat
Pengkaji juga mendapatkan gambaran awal tentang keseluruhan kelas PISMP
semester 3. Terdapat keputusan yang menjelaskan keseluruhan kelas setelah
dibuat ujian pra masih tidak berada di tahap yang membanggakan dan agak
rendah. Jadual 4 menunjukkan tentang penghayatan mereka terhadap wuduk
khusyuk. Soalan-soalan berkaitan dengan keadaan pelajar semasa berwuduk
sama ada khusyuk atau pun tidak.
Ya Tidak pasti Tidak
5 30 12
5 29 13
Jadual 4: Analisis soal selidik tentang wuduk khusyuk
104
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
Rajah 2: Graf soal selidik: Wuduk Kusyuk
Berdasarkan jadual 4 dan graf 2, semua peserta kajian iaitu seramai 47 orang
peserta telah menjawab soal selidik. Dapatan daripada kajian pra dan ujian
pos dianalisis secara deskriptif mengikut skema pemarkahan yang ditetapkan
oleh LPM dan UPP IPG KPI dengan empat kategori markah sebagaimana
ditunjukkan dalam jadual 5.
Penskoran Markah Kriteria
A 75 - 100 Amat Cemerlang & Cemerlang
B 60-74 Kepujian
C 50-59 Lulus
D <50 Gagal
Jadual 5: Rubrik Pemarkahan Holistik
Berdasarkan jadual 6, keseluruhan peserta kajian yang mencapai markah
12/12 dalam sunat dan rukun wuduk (100%) betul semasa menjawab
lembaran kerja selepas Tahsin Solat digunakan. Manakala 2 item yang
dijawab dengan betul juga adalah niat wuduk dan doa selepas wuduk.
Markah 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13
Peserta - - - - - - - - - - - - 47
Jadual 6: Lembaran kerja penghayatan wuduk
105
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
Rajah 3: Analisis keputusan pra dan pos ujian doa wuduk kusyuk
Berdasarkan jadual 7, keseluruhan peserta kajian yang mencapai markah
13/13 (100%) betul semasa menjawab lembaran kerja 13 rukun solat selepas
inovasi Tahsin Solat digunakan.
Markah 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13
Peserta - - - - - - - - - - - - 47
Jadual 7: Lembaran jari jemari 13 rukun solat
Rajah 4: Keputusan selepas (13 rukun solat)
Kesimpulannya, jadual 7 dan rajah 4 di atas menunjukkan penguasaan pelajar
tehadap penghayatan wuduk dan 13 rukun solat selepas Modul TaSK dan BBM
Tahsin Solat Interaktif diperkenalkan. Ini menunjukkan bahawa inovasi ini
memberi impak yang besar terhadap skor markah dan tahap penghayatan
peserta.
106
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
107
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
108
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
Buku Qaseh
Zurinah Binti Ahmad, Dr. Norsiah Binti Bahari
Mustaffa Bin Jantan
IPG Kampus Perempuan Melayu
SINOPSIS
Buku Qaseh ini dibangunkan atas rasa tanggungjawab untuk membantu
kanak-kanak berkeperluan khas khususnya yang berada di peringkat awal
kanak-kanak. Buku ini terhasil setelah melihat keberkesanan Quiet Book yang
direka bentuk oleh Ummu Qistina (2018) untuk seorang kanak-kanak celebral
palsy. Buku ini diinovasi bagi membantu guru-guru pendidikan khas
prasekolah dalam memenuhi kekurangan bahan bantu mengajar yang sesuai
dan efektif untuk digunakan oleh murid berkeperluan khas (MBK) prasekolah.
Ini kerana hasil dapatan dari pemerhatian dan temu bual mendapati MBK
mempunyai masalah dari segi komunikasi, estim kendiri dan motor halus dan
kasar. Justeru, buku ini dibangunkan dengan mendasari Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Semakan 2017 Kurikulum Standard
Prasekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (KSPK) agar boleh diguna pakai
oleh guru-guru Pendidikan Awal Kanak-kanak Pendidikan Khas Masalah
Pembelajaran dalam meningkatkan kemahiran komunikasi, estim kendiri dan
motor halus dan kasar MBK prasekolah. Ini bertepatan dengan permasalahan
yang dikemukakan oleh beberapa orang guru Prasekolah Integrasi Masalah
Pembelajaran iaitu kekurangan alat bantu mengajar yang sesuai dan
berkesan. Hasil ujian rintis dan melalui kaedah temu bual yang dijalankan
terhadap seorang guru Program Pendidikan Khas Intergrasi Pendidikan Awal
Kanak-kanak (PPKI-PAKK) dan 10 orang murid PPKI-PAKK di sebuah
sekolah rendah di Melaka mendapati buku ini berjaya meningkatkan
komunikasi, estim kendiri dan motor halus murid pendidikan khas awal kanak-
kanak.
RASIONAL PROJEK
i. Guru pendidikan khas pendidikan awal kanak-kanak menghadapi masalah
dalam mencari dan mendapatkan bahan bantu mengajar (BBM) yang
sesuai, berkesan dan selamat dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Bahan-bahan yang dibekalkan dan yang terdapat di
pasaran tidak memenuhi kriteria dari segi keselamatan dan kurang
menepati tema/kurikulum serta kurang membantu dalam merancang
Rancangan Pendidikan Individu (RPI).
ii. Murid berkeperluan khas (MBK) memerlukan bahan yang boleh
membantu mereka untuk meningkatkan konsep kendiri dan seterusnya
meningkatkan komunikasi serta motor halus mereka dalam proses PdP.
Ini adalah kerana ketiga-tiga elemen ini merupakan faktor penting dan
utama dalam menambah kemahiran-kemahiran lain.
109
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
iii. BBM yang digunakan juga perlu menjadikan MBK lebih fokus, rasa teruja
dan gembira. Dengan ini dapat memotivasi mereka untuk menjalani
proses PdP dengan lebih berkesan.
Buku Qaseh ini dibangunkan untuk membantu:
i. dalam meningkatkan kemahiran komunikasi murid pendidikan khas.
ii. dalam meningkatkan konsep kendiri murid pendidikan khas pendidikan
awal kanak-kanak.
iii. dalam meningkatkan motor halus murid pendidikan khas pendidikan awal
kanak-kanak.
iv. guru dalam proses PdP dengan wujudnya bahan bantu mengajar yang
berkesan.
v. ibu bapa/penjaga dengan wujudnya bahan bantu mengajar yang berkesan.
STRATEGI PENYELESAIAN
Prototaip pertama Buku Qaseh dimulakan dengan reka bentuk sebuah Quiet
Book untuk seorang kanak-kanak Celebral Palsy. Penggunaan buku tersebut
telah dapat membantu meredakan trantrum, meningkatkan fokus dan
membantu kanak-kanak tersebut dalam peningkatan estim diri, motor halus
serta komunikasi (berjaya meningkatkan sebutan vokal + konsonan, menyebut
dua suku kata).
Tercetus idea untuk membantu murid berkeperluan khas khususnya di
peringkat pendidikan awal kanak-kanak dalam meningkatkan komunikasi,
estim diri dan motor halus dan kasar melalui proses PdP.
Pengkaji mendapatkan maklum balas daripada guru Program Pendidikan
Khas Integrasi Pendidikan Awal Kanak-kanak (PPKI-PAKK) tentang keperluan
dan masalah untuk meningkatkan komunikasi, estim kendiri dan motor halus
dan kasar murid-murid PPKI-PAKK.
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Semakan 2017
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (KSPK) dikaji
untuk melihat elemen yang boleh dijadikan panduan dalam pembinaan buku
ini.
Buku ini telah dibina berdasarkan standard pembelajaran yang digariskan
dalam KSKP dan DSKP agar guru mudah membuat pentaksiran. Buku ini juga
dibina bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh guru berdasarkan
maklum balas yang diperolehi dan menepati Senarai Semak Pentaksiran.
Buku ini juga dibangunkan bersama-sama manual panduan penggunaan agar
dapat membantu guru merancang Rancangan Pendidikan Individu.
110
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
Buku ini telah disemak bagi mendapatkan kesahan kandungan oleh empat
orang pakar. Hasil dapatan menunjukkan kesemua item berada di skala 4
(setuju) dan 5 (sangat setuju).
Uji lari telah dijalankan di SK Malim Program Pendidikan Khas Integrasi
Pendidikan Awal Kanak-kanak (PPKI-PAKK) dan mendapat maklum balas
yang sangat positif daripada guru PPKI-PAKK.
Sumber/Model
Buku Qaseh terhasil daripada idea Quiet Book yang merupakan prototaip
pertama bagi inovasi ini. Penambahbaikan dibuat bagi memastikan Buku
Qaseh dapat digunakan oleh guru-guru Pendidikan Khas Pendidikan Awal
Kanak-kanak dan MBK prasekolah serta ibu bapa. Penambahbaikan dan
penghasilan buku ini juga berdasarkan temu bual dengan beberapa guru
Program Pendidikan Khas Integrasi Pendidikan Awal Kanak-kanak dan
menggunakan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)
Semakan 2017 Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan Pendidikan
Khas (KSPK) sebagai panduan.
PENGGUNAAN
Murid Program Pendidikan Khas Intergrasi, Pendidikan Awal Kanak-kanak, SK
Malim telah menggunakan buku ini selama hampir tiga bulan iaitu bermula dari
6 Januari 2019 hingga 14 Mac 2020 setiap hari. Maklum balas yang diterima
daripada guru amat positif dan memberangsangkan. Murid-murid teruja dan
seronok menggunakan buku ini. Penggunaan buku ini dapat membantu dalam
proses PdP dan juga membantu guru untuk merancang RPI. Daripada temu
bual dengan guru yang menggunakan buku ini, didapati terdapat peningkatan
dalam komunikasi, estim kendiri dan motor halus dan kasar. Selain itu,
terdapat peningkatan dalam motivasi kendiri murid dan buku ini juga telah
dijadikan sebagai token/ganjaran/penggalak untuk murid-murid melakukan
tugasan. Emosi murid juga lebih stabil dengan penggunaan buku ini dan dapat
fokus dengan lebih lama. Masalah tantrum dapat diatasi.
111
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
Bukti
Gambar 1: Manual Buku Qaseh
Gambar 2: Murid PPKI-PAKK meniru memek muka
yang terdapat dalam Buku Qaseh
112
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
Gambar 3: Sesi pembelajaran Murid PPKI-PAKK
menggunakan Buku Qaseh
Portfolio Digital Menggunakan Platform Awan (URL) dan Kod QR.
Gambar 4: Kod QR Penggunaan Buku Qaseh oleh Murid PPKI-PAKK
IMPAK KE ATAS PEMBELAJARAN MURID
Buku Qaseh telah berjaya membantu MBK yang kerap menunjukkan tingkah
laku tantrum, tidak berupaya untuk mengurus diri, kurang berkomunikasi, tidak
fokus, rendah estim kendiri, lemah motor halus dan kasar kepada kanak-kanak
yang dapat memberi fokus, tingkah laku tantrum menurun pada tahap yang
sangat rendah, dapat berkomunikasi dengan baik, dapat menggunakan motor
halus dan kasar dengan lebih baik.
113
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
Selepas penggunaan seawal dua minggu Buku Qaseh, kanak-kanak
prasekolah pendidikan khas telah menunjukkan perubahan yang sangat
positif. Mereka menunjukkan peningkatan kemahiran komunikasi, estim
kendiri dan motor halus dan kasar.
Guru dapat menjadikan buku ini sebagai sumber untuk memotivasi MBK
dalam menjalani aktiviti. Buku ini juga telah memudahkan guru untuk
membuat Rancangan Pengajaran Individu (RPI). Kanak-kanak ini telah dapat
mencapai standard pembelajaran yang perlu dicapai lebih awal berbanding
sebelum penggunaan Buku Qaseh.
Dengan penggunaan buku Qaseh, kanak-kanak prasekolah pendidikan khas
berumur 4 dan 5 tahun yang berada di tahap rendah telah dapat meningkatkan
kemahiran pengamatan, imaginasi, berkomunikasi, melakar, kreatif dan kritis
serta menunjukkan tingkah laku positif yang memberangsangkan.
Dapat meningkatkan daya persediaan melalui pendedahan realiti dan praktikal
MBK. Melalui pemerhatian dan temu bual dengan guru Program Pendidikan
Khas Intergrasi PAKK, penggunaan Buku Qaseh telah berjaya mengubah
tingkah laku, sikap murid dan meningkatkan kemahiran sosial murid. Murid
yang sebelum ini merupakan murid yang selalu tantrum di rumah dan ketika
dihantar ke kelas berubah menjadi murid berminat untuk datang ke sekolah
dan dapat fokus terhadap aktiviti yang dijalankan.
Murid-murid menunjukkan minat dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Mereka turut bermotivasi untuk menjalankan aktiviti dan gerak kerja yang
dirancang. Mereka juga didapati boleh bermonolog dan bercerita serta
berinteraksi dengan guru dan rakan-rakan dengan penggunaan Buku Qaseh.
Terdapat ibu bapa yang memaklumkan akan perubahan tingkah laku positif
anak mereka di rumah seperti lebih fokus dan menunjukkan peningkatan
dalam bersosial.
Temu bual Buku Qaseh bersama-sama guru Program Pendidikan Khas
Intergrasi Pendidikan Awal Kanak-kanak - SK Malim, Melaka.
114
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
https://bit.ly/temubualbukuqaseh
Gambar 5: Kod QR Temu bual Buku Qaseh bersama-sama guru Program
Pendidikan Khas Intergrasi Pendidikan Awal Kanak-kanak
- SK Malim, Melaka
Hasil temu bual menunjukkan Buku Qaseh (BQ) telah memberi impak yang
sangat tinggi terhadap murid-murid PPKI-PAKK dan juga kepada guru. Guru
yang mengguna BQ memaklumkan buku amat berkesan dan membantu
dalam meningkatkan komunikasi, konsep kendiri dan motor halus dan motor
kasar murid. BQ juga membantu dalam pengamatan, imaginasi, kreativiti,
tingkah laku dan sosial murid. Menurut guru tersebut lagi, aktiviti untuk
menggunakan BQ dijadikan sebagai ganjaran kepada murid-muridnya. “Kalau
habis buat aktiviti ni, boleh guna BQ”. Dengan penggunaan BQ juga, didapati
murid dapat mencapai Standard Pembelajaran lebih awal daripada jangkaan
dan perancangan. Penggunaan BQ juga telah berjaya membantu dalam
pengurusan tingkah laku murid.
Melalui aplikasi WhatsApp
Pengkaji: Cikgu, bagaimana dengan penggunaan Buku
Qaseh?
Guru : Memang ia membantu.
Ni first time bagi senyuman, bila ada Buku
Qaseh.
Gambar 6: Gambar reaksi dan teks temu bual di
WhatsApps
Kesahan kandungan Buku Qaseh
Hasil dapatan kesahan kandungan BQ oleh empat orang pakar iaitu dari
Institut Pendidikan Guru, Universiti Awam dan guru PKKI-PAKK mendapati
bahawa kandungan BQ adalah dalam skala 4 (setuju) dan 5 (sangat setuju)
(Rajah 1). Sebanyak 75% menyatakan sangat setuju bahawa BQ boleh
meningkatkan komunikasi MBK, 100% menyatakan sangat setuju bahawa BQ
dapat meningkatkan estim kendiri MBK dan meningkatkan motor halus dan
kasar MBK.
115
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
KESAHAN KANDUNGAN BQ
1.2 100% 100%
1
75% 75% 75%
0.8
0.6 50% 50%
0.4 25% 25% 25%
0.2
0
Skala 1 1 Skala 2 2Skala 3 3Skala 4 4 Skala 5 5
Rajah 1 : Graf Kesahan Kandungan Buku Qaseh (BQ)
PERLUASAN / KOMERSIAL
1. MyIPO : CRLY00021026
2. Wacana Intelektual IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka Jilid 24,
2019 ISSN 2637-0417 (Penggunaan Quiet Book dalam Membantu
Perkembangan Sosial dan Kognitif Kanak-kanak Celebral Palsy).
3. Anekdot & Citra Kehidupan – Asuhan Kehidupan Edisi 22 : ISBN 978-
967-2316-02-2.
116
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
117
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
118
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
Serai Wangi Satu Alternatif Mencegah Kehadiran Nyamuk di IPGKPM
Dr. Norsiah binti Bahari, Dr. Zalela binti Abd Aziz,
Dr. Fauziah binti Yahya, Habibah binti Buang,
Roslizah binti A. Samad
IPG Kampus Perempuan Melayu
SINOPSIS
Satu kajian penggunaan serai wangi sebagai pencegah kehadiran nyamuk
Aedes sp. telah dijalankan di Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan
Melayu Melaka (IPGK PM), selama empat bulan bermula dari bulan April
sehingga Julai 2019. Kajian ini bertujuan melihat kesan penggunaan pokok
serai wangi bagi mencegah kehadiran nyamuk Aedes sp. di tiga lokasi terpilih
di IPGK PM iaitu di Jabatan Pra Sekolah, Jabatan Pendidikan Khas dan Unit
Praktikum yang telah dikenal pasti berpotensi untuk kehadiran nyamuk Aedes
sp. Pensampelan nyamuk Aedes sp. dijalankan menggunakan kaedah ovitrap.
Dapatan menunjukkan bahawa populasi Aedes sp. berkurangan di tiga lokasi
tersebut apabila pokok serai wangi diletakkan di sekitar ovitrap. Garisan linear
pada graf analisis membuktikan pengurangan bilangan nyamuk Aedes sp.
yang hadir apabila serai wangi diletakkan di ketiga-tiga lokasi. Kajian ini
menunjukkan bahawa pokok serai wangi dapat bertindak sebagai kawalan
biologi untuk mencegah kehadiran nyamuk. Di samping penjagaan kebersihan
persekitaran, pokok serai wangi wajar ditanam di kawasan persekitaran IPGK
PM sebagai usaha mencegah kehadiran nyamuk Aedes aegypti bagi
mengawal penyebaran pelbagai penyakit akibat vektor nyamuk.
RASIONAL PROJEK
Kajian populasi Aedes telah dijalankan pada bulan Mac hingga April 2019
berikutan peningkatan wabak demam denggi di daerah Melaka Tengah. Pada
25 Mei 2019 dilaporkan terdapat 635 kes kes denggi berbanding 131 kes
pada tahun 2018. Peningkatan sehingga 384 kes denggi ini (73%) adalah
bagi daerah Melaka Tengah sahaja. IPGK PM juga merupakan kawasan
jangkitan penyakit demam denggi. Hal ini kerana terdapatnya tiga orang
pelajar IPGK Perempuan Melayu yang telah dijangkiti demam denggi
bermula dari bulan April sehingga Julai 2019. Perkara ini wajar dipandang
serius kerana demam ini boleh mengakibatkan kematian.
Objektif Projek
i. Mencegah kehadiran nyamuk Aedes sp. di kawasan terpilih di IPGK
PM.
ii. Menyediakan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang
selamat, selesa dan kondusif kepada pensyarah dan pelajar.
119
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
iii. Mengurangkan risiko penularan demam denggi dalam kalangan
pensyarah, pelajar dan kakitangan IPGK PM.
iv. Menggalakkan penggunaan bahan kitar semula
v. Menggalakkan penggunaan bahan alami yang lebih selamat dan
murah.
vi. Kawalan biologi menjamin kelestarian alam.
STRATEGI PENYELESAIAN
Kajian yang dijalankan di IPGK PM melibatkan penanaman Serai Wangi di
dalam polibeg dan diletakkan berhampiran dengan ovitrap (yang
disediakan untuk pembiakan nyamuk). Inovasi penggunaan pokok Serai
Wangi sebagai kawalan biologi mencegah kehadiran nyamuk dalam
membendung peningkatan jumlah pembiakan nyamuk Aedes ini telah
dijalankan di beberapa lokasi terpilih di IPGK PM. Pemilihan tempat ini
adalah berdasarkan data awal kehadiran nyamuk yang diperoleh daripada
pemerhatian warga IPGK PM dan juga kajian rintis yang telah dijalankan
pada bulan April sehingga Mei 2019. Kehadiran nyamuk perlu dibendung
bagi mewujudkan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang
selamat, selesa dan kondusif kepada pensyarah dan pelajar.
120
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
Sumber/Model
Inovasi Nyah Aedes yang dibangunkan merupakan ubah suai daripada
penyelidikan lepas berkaitan kelebihan dan kebaikan serai wangi dalam
kehidupan. Kajian dijalankan adalah di dalam makmal dengan menggunakan
ekstrak minyak serai wangi. Penggunaan serai wangi sebagai pencegah
kehadiran nyamuk masih belum lagi dilaksanakan di IPGK PM. Oleh sebab
kawasan IPGK PM adalah luas maka inovasi ini adalah dengan menggunakan
pokok serai wangi yang ditanam dalam polibeg dan diletakkan di kawasan
yang dikenal pasti mempunyai populasi Aedes sp. yang tinggi. Penggunaan
serai wangi yang ditanam dalam polibeg dan boleh dialihkan dari satu tempat
ke tempat lain juga belum pernah dijalankan.
PENGGUNAAN
Penggunaan inovasi Nyah Aedes merupakan satu alternatif yang murah,
mudah dan selamat dalam usaha untuk mencegah kehadiran nyamuk dan
mengawal risiko penularan demam denggi dalam kalangan warga IPGK PM,
disamping mengekalkan kelestaraian alam. Penanaman serai wangi
diteruskan di dalam pasu dan dijadikan sebagai tanaman hiasan di samping
mencegah kehadiran nyamuk secara berterusan di sekitar kawasan IPGK PM.
Pokok serai wangi diletakkan di tempat-tempat yang dianggap berisiko untuk
pembiakan Aedes sp. Selain itu kebersihan kawasan persekitaran perlu
sentiasa dipantau untuk memastikan tiada tempat untuk pembiakan nyamuk
Aedes dan seterusnya dapat menghalang penambahan populasi Aedes.
Bukti
Persampelan melibatkan tiga fasa biologi iaitu peringkat telur, larva dan pupa
menggunakan ovitrap (Rajah 1). Ovitrap digunakan untuk mengesan
kehadiran Aedes aegypti atau Aedes albopictus di lapangan (Sallehudin,
1990). Bagi kajian ini, persampelan melibatkan persampelan Aedes sp. secara
umum dan mengikut kaedah seperti yang disarankan oleh Sallehudin dan
Jeffery (1986). Persampelan telah dijalankan sebanyak empat replikasi
selama empat minggu di mana pada setiap kali persampelan sebanyak tiga
unit ovitrap diletakkan di lokasi yang telah ditetapkan iaitu di Unit Praktikum
(UP), di Jabatan Prasekolah (JPs) dan di Jabatan Pendidikan Khas (JPK).
Pemilihan tempat ini adalah berdasarkan maklumat awal kehadiran nyamuk
yang diperoleh daripada pemerhatian warga IPGK PM. Persampelan pusingan
pertama tanpa pokok serai wangi telah dilakukan pada bulan April hingga Mei
2019. Persampelan dengan menggunakan serai wangi sebagai agen biologi
penghalau nyamuk Aedes telah dilakukan antara bulan Jun hingga Julai 2019.
Sejumlah 3 batang pokok serai wangi yang telah disemai dan ditanam dalam
polibeg diletakkan berhampiran setiap ovitrap (Rajah 2).
121
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
Rajah 1: Ovitrap
Rajah 2: Ovitrap bersama pokok serai wangi di lokasi kajian
Selepas tujuh hari, bekas ovitrap diambil dan dibawa ke makmal. Bagi
pengumpulan telur nyamuk, pendayung yang diambil dari bekas ovitrap
dibawa ke makmal untuk tujuan pengiraan dan pengecaman. Pendayung akan
dikeringkan di makmal selama 24 jam sebelum pengiraan dilakukan. Telur
yang terdapat pada pendayung dikira di bawah mikroskop pembedahan (40x).
Pengecaman spesies nyamuk adalah berdasarkan perbezaan ciri-ciri antara
nyamuk Aedes sp. dengan nyamuk lain. Air di dalam bekas ovitrap dicurahkan
ke dalam dulang putih untuk pengecaman dan pengiraan larva dan pupa
(Rajah 3). Kaedah ovitrap ini penting bagi mendapatkan jumlah bilangan telur,
larva dan pupa nyamuk (Rajah 4).
122
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
Rajah 3: Air dari ovitrap yang mengandungi larva dan pupa nyamuk
Rajah 4: Telur, larva dan pupa nyamuk Aedes sp. yang diperolehi
Rajah 5: Serai wangi diletakkan mengikut keperluan di sekitar kawasan Pra
Sekolah dan Jabatan Pendidikan Khas sebagai penghalau nyamuk dan
tanaman hiasan.
123
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
Rajah 6: Serai wangi diletakkan di kawasan lain sebagai landskap dalam
kampus IPGK PM.
Temubual telah dijalankan bersama 2 orang guru di Prasekolah IPGK PM.
Video temu bual ini dapat ditonton melalui kod QR.
Respon daripada guru Pendidikan Awal
Kanak-Kanak IPGKPM
Puan Suhairah binti Rahim @Ibrahim
Respon daripada Pembantu
Pengurusan Murid Pendidikan Awal
Kanak-Kanak IPGKPM
Puan Masbah binti Baharudin
124
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
IMPAK KE ATAS ORGANISASI
Penggunaan serai wangi sebagai inovasi pencegah dan penghalau kehadiran
nyamuk Aedes sp. di tiga lokasi terpilih IPGK PM didapati Berjaya
mengurangkan kehadiran nyamuk Aedes sp. di kawasan tersebut. Keadaan
ini memberi petanda baik kerana secara tidak langsung inovasi ini dapat
mengurangkan risiko penularan demam denggi dalam kalangan pensyarah,
pelajar dan kakitangan IPGK PM di samping mencantikkan kawasan
persekitaran. Seterusnya menyediakan persekitaran pengajaran dan
pembelajaran yang selamat, selesa dan kondusif kepada pensyarah dan
pelajar. Inovasi ini dapat mengekalkan kelestarian alam kerana inovasi Nyah
Aedes menggunakan tumbuhan dan bahan kitar semula dalam penyediaan
bahan inovasi. Inovasi ini juga dapat menjimatkan kewangan IPGKPM dalam
mengurangkan kos pengawalan pembiakan nyamuk di IPGKPM. Mengikut
sumber Pegawai eksekutif IPGK PM, kos semburan kabut (fogging) untuk
kawasan IPGK PM dianggarkan berjumlah sekitar RM3000 - RM4000. Namun
kos ini dapat dikurangkan dengan penggunaan serai wangi yang lebih alami
dan menjimatkan.
Selaras dengan hasrat kerajaan seperti yang dinyatakan dalam Mesyuarat
Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan KE-74:
i. Tindakan pencegahan dan kawalan yang memfokuskan kepada 18
kategori premis mengikut keutamaan risiko pembiakan nyamuk Aedes.
ii. Membudayakan komuniti melalui aktiviti pendidikan dan kesedaran
kepada komuniti dalam meningkatkan pengetahuan mengenai nyamuk
dan penyakit yang dibawa oleh nyamuk Aedes.
iii. Usaha menghalau dan pencegahan nyamuk dapat dijalankan dengan
efektif, selamat dan murah, di samping menyediakan landskap yang
menarik dengan penggunaan serai wangi sebagai penghalau nyamuk
dan sebagai tanaman hiasan di IPGK PM.
Projek ini tidak melibatkan kos yang besar. Pasu dan tanah diperoleh melalui
tender kerajaan manakala pokok serai wangi diperoleh daripada sumbangan
warga IPGK PM. Kajian ini berjaya mengurangkan populasi Aedes sp. di IPGK
PM tanpa menggunakan semburan kabut (fogging). Pokok serai wangi
merupakan pokok herba yang mudah hidup subur dan tidak memerlukan
penjagaan yang rapi. Pengunaan bahan secara alami dan tidak menggunakan
bahan kimia mampu melestarikan alam sekitar.
125
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
Dapatan ini telah dapat membuka minda warga IPGK PM berkaitan tanaman
yang boleh mencegah kehadiran nyamuk serta mencetuskan budaya
menghargai herba tempatan. Populasi nyamuk Aedes dapat dikurangkan dan
dengan pengurangan ini boleh mengurangkan penyakit bawaan vektor
terutama demam denggi.
Bukti
Pemilihan lokasi adalah berdasarkan kepada bilangan populasi Aedes sp.
yang didapati daripada hasil data analisis kajian rintis (Jadual 1)
Minggu Lokasi
PRA PK UP
1 41 20 0
2 7 0 21
3 25 25 16
4 51 60 82
Jadual 1: Data Analisis Kajian Rintis Populasi Aedes sp. di lokasi terpilih
Nota: PRA- Jabatan Pra Sekolah
PK- Jabatan Pendidikan Khas
UP- Unit Praktikum
Penggunaan serai wangi sebagai inovasi pencegah dan penghalau
kehadiran nyamuk Aedes sp. di tiga lokasi terpilih IPGK PM didapati berjaya
mengurangkan kehadiran nyamuk Aedes sp. di kawasan tersebut (Jadual 2).
Keadaan ini memberi petanda baik kerana secara tidak langsung inovasi ini
dapat mengurangkan risiko penularan demam denggi dalam kalangan
pensyarah, pelajar dan kakitangan IPGK PM di samping mencantikkan
kawasan persekitaran. Seterusnya menyediakan persekitaran pengajaran
dan pembelajaran yang selamat, selesa dan kondusif kepada pensyarah dan
pelajar. Inovasi ini dapat mengekalkan kelestarian alam kerana inovasi Nyah
Aedes menggunakan tumbuhan dan bahan kitar semula dalam penyediaan
bahan inovasi
126
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
Data Populasi Aedes sp. di lokasi terpilih sebelum dan selepas penggunaan
serai wangi
Sebelum Selepas penggunaan serai
penggunaan serai wangi
wangi
Minggu PRA PK UP PRA PK UP
1 41 20 - 0 12 14
2 7 - 21 2 6 36
3 25 25 16 6 12 12
4 51 60 82 3 5 9
Nota: PRA - Jabatan Pra Sekolah, PK - Jabatan Pendidikan Khas,
UP - Unit Praktikum
Jadual 2: Data Populasi Aedes sp. di lokasi terpilih sebelum dan selepas
penggunaan serai wangi
Nota: PRA - Jabatan Pra Sekolah, PK - Jabatan Pendidikan Khas, UP – Unit Praktikum.
Rajah 7: Kehadiran bilangan Aedes sp. sebelum dan selepas penggunaan
serai wangi
127
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
PERLUASAN / KOMERSIAL
i. Boleh dikomersilkan melalui penghasilan produk hasil daripada pokok
serai wangi.
ii. Telah diterbitkan dalam Jurnal Akademik IPGK PM. Tajuk : Pengunaan
Serai Wangi Cymbopogon nardus sebagai pencegah kehadiran nyamuk
Aedes sp. di IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka.
iii. Pertandingan Inovasi. Mendapat Pingat Perak dalam Pertandingan IaBD
2019 pada Peringkat Kebangsaan.
128
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
129
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
130
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
APLIKASI C-PANTUN
Azlin binti Mohd Rosdi, Anida binti Idrus
Salmiah binti Md Salleh
IPG Kampus Pendidikan Teknik
SINOPSIS
Inovasi yang dihasilkan ialah Aplikasi C-Pantun. Huruf C merupakan
singkatan kepada maksud cuba, cipta dan cakna. Inovasi ini memfokuskan
kepada penciptaan pantun dengan mudah, cepat dan seronok oleh sesiapa
sahaja (masyarakat) yang menggunakan aplikasi ini. Melalui aplikasi ini,
seseorang itu akan membina ‘maksud’ pantun berdasarkan tema yang dipilih
dan seterusnya membina ‘pembayang’ berdasarkan suku kata dan perkataan
yang disediakan. Aplikasi ini mempercepatkan seseorang untuk membina
‘pembayang’ pantun yang sebelum ini mengambil masa yang agak lama untuk
dicipta kerana kekurangan perbendaharaan kata. Penggunaan aplikasi ini akan
menjadikan penciptaan pantun menjadi mudah dan cepat. Selain inovasi reka
cipta, Aplikasi C-Pantun ini juga merupakan inovasi proses pengajaran dan
pembelajaran (PdP). Melalui inovasi ini, murid bukan sahaja seronok dan aktif
semasa PdP di dalam kelas seperti yang diaspirasikan dalam Program
Transformasi Sekolah TS25 tetapi mampu menggunakan kemahiran berfikir
aras tinggi (KBAT) apabila perlu membina ayat yang bersesuaian dengan
tema tertentu. Selain itu, pelaksanaan inovasi ini sudah pasti menggunakan
lima standard asas PAK 21, iaitu 4K dan 1N. Semasa PdP, murid akan
berkomunikasi dan berkolaboratif dalam kumpulan untuk mencuba dan
seterusnya mencipta pantun secara kreatif dan kritis. Berdasarkan pantun
yang dicipta, murid akan cakna tentang nilai murni dan estetika yang terdapat
dalam pantun tersebut. Sesuai dengan objektif seni bahasa yang dipelajari
mengikut DSKP, keindahan bahasa yang digunakan semasa aktiviti seni
bahasa ini terutama mencipta pantun Melayu dapat membantu murid
memantapkan lagi kemahiran berbahasa mereka.
RASIONAL PROJEK
Menyedari bahawa puisi tradisional seperti pantun dapat mendidik masyarakat
dengan nilai estetika, budi yang luhur dan pengajaran yang terdapat di
dalamnya, Kementerian Pendidikan telah meletakkan seni bahasa seperti
pantun untuk dipelajari oleh murid-murid sekolah rendah dan dalam mata
pelajaran KOMSAS kepada murid tingkatan satu hingga lima. Mengapa seni
bahasa?
Seni bahasa dapat membentuk kehidupan dan sifat-sifat peribadi murid yang
melibatkan perasaan, daya kreativiti, persepsi, konsepsi, imaginasi dan
estetika bagi pengembangan intelek, rohani, emosi dan jasmani untuk
melahirkan insan yang seimbang. Pembentukan ayat yang menggunakan
simile, peribahasa, bahasa kiasan dan personafikasi yang terdapat dalam
puisi dan penulisan kreatif juga menampakkan keindahan dan seni dalam
bahasa Melayu. Sehubungan dengan itu, salah satu objektif aspek seni
131
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
bahasa yang terdapat dalam mata pelajaran bahasa Melayu ialah membina
pantun empat kerat secara berpandu dan melafazkannya dengan sebutan dan
intonasi yang betul.
Namun begitu, agak sukar bagi murid-murid atau masyarakat untuk
mencipta pantun kerana kurangnya perbendaharaan kata. Pembayang yang
dicipta tidak menunjukkan keindahan seni bahasa itu sendiri kerana
kurangnya unsur-unsur alam yang digunakan. Hal ini disebabkan mereka
kekurangan perbendaharaan kata. Kesukaran untuk mendapatkan
perbendaharaan kata yang sesuai dan indah disebabkan kurang ilmu
pengetahuan lantaran kurang membaca. Tambahan pula, mereka mengambil
masa yang agak lama untuk menyiapkan pantun kerana terpaksa memikirkan
pembayang yang sesuai dan menepati rima akhir. Oleh sebab itu, aplikasi C-
Pantun telah direka cipta untuk memudahkan sesiapa sahaja yang berminat
untuk mencuba mencipta pantun dan akhirnya cakna terhadap nasihat dan
pengajaran yang diungkapkan secara tersirat.
Objektif Projek
Aplikasi C-Pantun dibuat adalah untuk membantu masyarakat atau murid
sekolah untuk mencipta pantun dengan cepat dan mudah. Rima akhir atau
suku kata akhir telah disediakan dalam aplikasi ini dan murid perlu membina
ayat menggunakan suku kata akhir tersebut. Penyediaan suku kata akhir ini
dapat mempercepatkan penciptaan pantun tanpa perlu berfikir terlalu lama.
Aplikasi ini juga melatih murid atau masyarakat mencipta ayat dengan
perbendaharaan kata yang tinggi justeru memahirkan mereka untuk
berbahasa indah. Selain itu, murid atau masyarakat akan lebih
berketerampilan dalam berbahasa.
STRATEGI PENYELESAIAN
Bagi membantu memudahkan pelajar membina pantun, kami telah
membangunkan Aplikasi C- Pantun menggunakan Visual Basic. Di dalam
aplikasi ini memuatkan 10 tema pantun. Aplikasi ini memudahkan murid dari
segi pemilihan suku kata rima akhir. Contohnya, sekiranya suku kata akhir ialah
a, murid dapat mencapai hampir semua perkataan yang mempunyai suku
kata akhir ialah a. Aplikasi ini menyediakan 60 suku kata dengan 2000 patah
perkataan. Paparan yang mesra pengguna. Setiap button yang disediakan
mempunyai arahan yang jelas. Manual penggunaan juga dibekalkan
menggunakan video. Walaupun aplikasi ini menyediakan suku kata, namun
murid masih memerlukan pemikiran yang kritis untuk mencipta pantun
mengikut tema yang dipilih. Gambaran keseluruhan strategi penyelesaian
dapat dilihat seperti rajah di bawah.
132
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
Sumber/Model
Merupakan idea asli daripada salah seorang ahli kumpulan ini yang
merupakan JU Pantun Kebangsaan. Beliau melihat pada permasalahan murid-
murid sukar untuk membina pantun disebabkan oleh kekurangan
perbendaharaan kata.
PENGGUNAAN
Semasa rintis, pemerhatian kami terhadap murid ialah mereka agak sukar
untuk membina pantun. Tema-tema pantun juga mereka tidak didedahkan.
Namun aplikasi ini juga menyediakan contoh bagi setiap tema pantun. Selepas
beberapa kali menggunakan aplikasi ini, mereka kelihatan sangat gembira
kerana dapat membina pantun dengan sendiri dan dapat membaca pantun
ciptaan sendiri di dalam kelas. Mereka juga dapat membezakan setiap tema
pantun dengan baik.
133
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
PENILAIAN KESELURUHAN APLIKASI C-PANTUN
30
25
20
15
10
5
0
Cadangan penambahbaikan daripada pengguna selepas menggunakan
aplikasi ini.
1 Memperbanyakkan pilihan perbendaharaan kata
2 Meletakkan garis panduan yang boleh dibaca.
Mempelbagaikan tema.
3 Menambahbaik paparan aplikasi (user interface).
Mengadan penilaian untuk pantun yang dicipta.
4 Penambahan fungsi memberi markah.
5 Boleh masukkan aplikasi rekaan kartun, gambar yang menarik sebagai
backround, tambahkan lagi digital.
Menukar warna background dengan warna yang lebih menarik perhatian.
6 Menambah perbendaharaan kata dalam aplikasi.
Menambah tema yang pelbagai dalam aplikasi.
7 Memberi contoh-contoh bagi pembayang yang sesuai dengan unsur alam.
Menambah baik reka bentuk aplikasi supaya dapat menarik minat murid
khususnya murid sekolah rendah.
8 Memperbaiki langkah penggunaan supaya lebih jelas, seperti langkah yang
perlu dilakukan akan menyala.
9 Menambahkan bahagian pemilihan tema dalam aplikasi.
10 Disebarkan dengan lebih meluas terutama di sekolah dan digunakan semasa
PdP.
11 Boleh tambah tema, perkataan dan info untuk membantu pengguna.
134
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
Penggunaan Apikasi C-Pantun oleh pengguna pelbagai peringkat (murid
sekolah, pesyarah, guru dan pelajar IPG).
IMPAK KE ATAS PEMBELAJARAN MURID
Murid bukan sahaja dapat membina pantun dengan cepat, mudah dan
seronok, mereka sekaligus dapat meningkatkan kemahiran berbahasa,
meningkatkan perbendaharaan kata. Selain itu, mereka berasa lebih seronok
terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu. Murid bukan sahaja mencuba untuk
mencipta pantun sekali gus akan rasa cakna terhadap kepentingan pantun.
Murid dapat meningkatkan kemahiran komunikasi dan kemahiran teknologi
apabila mencipta pantun di dalam kumpulan atau pun individu. Mereka juga
dapat meningkatkan pemikiran kritis dan kreatif apabila mencuba untuk
mencipta pantun. Perbincangan bersama rakan dan guru dapat meningkatkan
komunikasi mereka. Dengan aplikasi ini, permbelajaran berpusatkan murid
dan blended-learning dapat dilaksanakan.
135
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
Aplikasi ini dapat meningkatkan semangat berpasukan apabila guru
menjalankan aktiviti kumpulan untuk mencipta pantun. Kemahiran sosial dan
komunikasi dapat ditingkatkan. Murid juga dapat berkongsi pantun mereka di
dalam kelas apabila guru dapat menayangkan pantun yang dibina kerana
pantun yang dibina menggunakan aplikasi ini akan disimpan secara automatik
dalam bentuk file pdf dan boleh dihantar melalui emel kepada guru yang
mengajar. Perbincangan secara kumpulan juga dapat dibuat kerana pantun ini
dapat dikongsi secara offline atau pun online.
Bukti
Antara contoh pantun yang telah dihasilkan menggunakan Aplikasi C-Pantun:
136
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
PERLUASAN / KOMERSIAL
Telah mendapat pendaftaran daripada MyIPO. Nombor pendaftaran ialah No
Pendaftaran: LY2018005303.
APLIKASI C-PANTUN
Disebabkan maklum balas yang sangat positif terhadap aplikasi prototaip
yang pertama, kami bangunkan pula aplikasi pantun prototaip yang kedua.
Prototaip ini kami namakan dengan aplikasi C- Pantun. Prototaip ini
dibangunkan menggunakan bahasa pengaturcaraan Visual Basic. Ia lebih
mudah digunakan, cepat, mesra pengguna, menarik dan dapat meningkatkan
keseronokan pengguna dalam mencipta pantun. Di dalam prototaip ini
dimuatkan juga video pengenalan Pantun Melayu dan video bantuan agar
pengguna dapat melihat bagaiamana cara yang sebenar untuk menggunakan
aplikasi ini. Aplikasi ini mempunyai lebih 60 suku kata dengan lebih 2,000
patah perkataan yang dapat memudahkan pelajar untuk mencipta pantun.
Selain itu, aplikasi ini dikatakan mesra penguna kerana dilengkapi dengan
arahan yang ringkas dan padat untuk mencipta pantun. Selepas pengguna
mencipta pantun, pantun yang dicipta akan disimpan secara automatik di
dalam file pdf. File ini boleh diemel secara automatik kepada guru yang
mengajar. Sekiranya tiada capaian internet, guru boleh mencetak pantun yang
telah dicipta dan memberinya kepada pelajar untuk ditampal di dalam buku
latihan. Cara-cara untuk menggunakan aplikasi ini diterangkan secara lebih
mendalam di manual yang dibekalkan.
137
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
138
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
139
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
UniX BcoL (Unit Conversions by Colour)
Roziah Binti Anuar, Dr. Bushra Limuna Binti Hj Ismail
IPG Kampus Pendidikan Teknik
SINOPSIS
UniX BcoL adalah nama singkatan bagi Unit Conversions by Colour bagi tajuk
dalam pertukaran unit. Alat bantu mengajar ini direka sebagai salah satu
alternatif bagi memudahkan pelajar mengingat cara pertukaran unit dengan
lebih mudah. Ia direka seperti pembaris serta penggunaan warna yang dapat
membantu pelajar mengingat menggunakan warna. 80% pelajar dapat
mengingat dengan mudah dengan penggunaan warna. Kelebihan alat ini ialah
mudah difahami, cekap dan efisyen. Alat ini dapat membantu pelajar menukar
unit dengan lebih sistematik, berkesan dan dengan bantuan warna pelajar
mudah mengingat pertukaran unit dengan lebih mudah. Kos yang digunakan
juga rendah dengan menggunakan kertas tebal dan kertas berwarna yang
mudah didapati. Alat ini berpotensi besar untuk diguna pakai di sekolah-
sekolah mahu pun pada peringkat yang lebih tinggi
RASIONAL PROJEK
Pengalaman penyelidik sepanjang mengajar fizik sekolah menengah, tajuk
pertukaran unit adalah tajuk yang awal diajar sebagai asas pengiraan yang
digunakan dalam fizik. Apa yang dapat diperhatikan ialah pelajar tidak dapat
mengingat cara untuk menukar unit. Kerap kali pelajar hanya menggunakan
kaedah pertukaran unit seperti asas yang diingati di sekolah di peringkat
sekolah rendah. Apabila ini berlaku, pelajar-pelajar ini keliru dalam
menyelesaikan pertukaran unit yang lebih komplek.
Sekiranya pelajar tertinggal atau tidak memahami sesuatu konsep, mereka
akan mengalami kerumitan menjawab soalan pengiraan pertukaran dalam
fizik. Walaupun penggunaan kalkulator dibenarkan, ianya tidak akan berguna
sekiranya langkah-langkah yang terlibat tidak dapat diingati oleh pelajar.
Sehubungan dengan itu, penyelidik telah merancang suatu kaedah
pertukaran unit yang boleh membuatkan pelajar mengingat lebih lama malah
dapat menyelesaikan masalah pertukaran unit yang lebih kompleks.
Oleh itu, rasional penghasilan UniX BcoL ini adalah seperti berikut:
i. Pelajar menghadapi masalah dalam pengiraan pertukaran unit.
ii. Kaedah yang digunakan oleh pelajar bercampur-campur dan
mengelirukan.
iii. Tiada kaedah yang spesifik untuk pertukaran unit.
140
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
iv. Tiada alat khas untuk membantu meningkatkan kefahaman pelajar
mengingati dengan lebih berkesan.
Objektif Projek
i. Menghasilkan satu kaedah alternatif bagi memudahkan untuk
penukaran unit.
ii. Meningkatkan kemahiran penukaran unit dalam kalangan pelajar.
iii. Menarik minat pelajar menyelesaikan masalah penukaran unit.
STRATEGI PENYELESAIAN
Carta Alir Penghasilan UniXBcol
141