The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sham8877, 2021-10-17 09:12:24

KOLEKSI INOVASI JILID 8 EDISI MInD IPG 2020

ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021




























Strategi penyelesaian bagi projek inovasi UniX BcoL adalah berpandukan reka
bentuk model ADDIE. Secara amnya, berikut merupakan langkah-langkah
penghasilalan projek inovasi UniX BcoL menggunakan model ADDIE:


Fasa Model ADDIE Bahan Perincian


A: Analysis • Masalah dianalisis melalui perbincangan
(Analisis) penyelidik bersama para pelajar dan
pemerhatian ke atas hasil kerja pelajar.
• Dapatan perbincangan menunjukkan
pelajar mempunyai masalah untuk
mengingat cara pertukaran unit yang
Bagi pengiraan mudah kompleks.
seperti di atas, pelajar • Perbincangan isu ini dikembangkan
boleh terus dengan mengenalpasti isu-isu lain yang
mendapatkan jawapan. timbul daripada masalah untuk
Walau bagaimanapun mengingat kerana pelajar hanya
pengiraan seperti tidak menggunakan kaedah pertukaran unit
dapat menyelesaikan asas yang diingati semasa di peringkat
pengiraan kompleks. sekolah rendah.

D: Design (Reka • Rasional dan objektif projek UniX BcoL
dibina.
bentuk) • Draf lakaran UniX BcoL dilakarkan dan
dibincangkan.

D: Development • Peralatan dan bahan yang diperlukan
untuk dibina dipilih.
(Pembangunan)
• Bahan UniX BcoL mula dibangunkan.
• Perbincangan secara bersemuka
bersama pelajar mula dijalankan bagi
memastikan bahan UniX BcoL dapat
dihasilkan dengan betul dan sesuai
dengan pemahaman pelajar





142

ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021


I: Implementation • Bahan UniX BcoL yang telah siap
dihasilkan dan diaplikasikan dalam
(Pelaksanaan) proses pembelajaran dan pengajaran.


E: Evaluate • Keberkesanan bahan UniX BcoL diuji
menggunakan kaedah:
(Penilaian
o Ujian Pra dan Ujian Pasca:
menggunakan set soalan
pertukaran unit yang kompleks.
Hasil penilaian mendapati pelajar
mudah menyelesaikan masalah
pertukaran unit yang kompleks
dengan menggunakan bahan
UniX BcoL yang boleh diduplikasi
oleh pelajar.
o Cadangan untuk disebarluaskan
penggunaan bahan UniX BcoL
kepada sekolah-sekolah
menengah





Idea yang dijanakan dalam penghasilan projek inovasi ini adalah hasil
adaptasi pengiraan unit namun diubahsuai dengan bantuan alat inovasi yang
dihasilkan bagi mengatasi masalah pertukaran unit yang kompleks seperti
yang dialami oleh pelajar semasa menyelesaikan masalah dalam latihan

PENGGUNAAN

Boleh digunakan sepanjang masa terutama sekali kepada golongan pelajar
khususnya dalam penyelesaian masalah yang yang melibatkan proses
penukaran unit. Ini bukan sahaja menjimatkan masa pelajar dalam
menyelesaikan sesuatu soalan bahkan pelajar juga boleh meningkat
kemahiran mereka dalam mata pelajaran yang berkaitan. Alat ini amat mudah
diaplikasi dan diduplikasi kerana binaan yang ringkas dan berkesan.

IMPAK KE ATAS ORGANISASI

i. Berjaya mengurangkan kos.

ii. Berjaya menghasilkan cara kerja pelajar yang lebih sistematik dengan
cara kerja yang sistematik dan mudah diingati.

iii. Meningkatkan kemahiran menjawab soalan pertukaran unit.

iv. Boleh diduplikasi dengan mudah oleh pelajar.

v. Menerapkan unsur keusahawanan dan elemen kreatif dalam kalangan
pelajar.







143

ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021


Projek inovasi yang dihasilkan ini dapat membantu memudahkan proses
pengajaran guru kepada pelajar bagaimana cara kerja pengiraan lebih teratur
dan sistematik. Dengan menggunakan bahan ini (BBM) bahan bantu
mengajar, dapat meningkatkan kemahiran mengira pertukaran unit dalam
kalangan pelajar.

Projek inovasi UniX Bcol Pelajar ini dapat memberi kesan kepada sikap pelajar
kerana kemahiran mereka dalam menyelesaikan masalah yang melibatkan
proses pertukaran unit dapat ditingkatkan. Pelajar juga akan merasa gembira
kerana soalan pertukaran unit dan masa yang diambil bagi menyelesaikan
masalah dapat dipendekkan.

PERLUASAN/ KOMERSIAL

Projek inovasi Penggunaan UniX BCol ini akan disebarluaskan ke sekolah-
sekolah terutama sekali kepada pelajar sekolah menengah kerana ianya dapat
meningkatkan kemahiran mereka menyelesaikan masalah yang rumit dalam
matapelajaran yang melibatkan pertukaran unit.





















































144

ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
























































































145

ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
























































































146

ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021



RAYYAN RAYNA COLOURFUL DOUGH (RRCD) - AROMATIC DOUGH
Zaharilah binti Abdul Kadir, Dr. Nirwana binti Mohd Rashid,
Roslimah binti Saat, Chong Siw Fong,
Erana binti Abd Seman
IPG Kampus Raja Melewar

SINOPSIS

Rayyan Rayna Colourful Dough (RRCD) - Aromatic Dough ialah transfomasi
idea untuk mengganti dough berwarna-warni di pasaran, yang tidak pasti
selamat digunakan kerana bahan asasnya ada campuran bahan kimia. RRCD
dihasilkan berasaskan bahan alami iaitu tepung gandum dicampur bahan
semulajadi tumbuhan berwarna dan mengeluarkan aroma menyenangkan.
Masalah ketara murid pendidikan khas masalah pembelajaran dan pendidikan
awal kanak-kanak ialah kurang cekap menggunakan motor halus khususnya
jari jemari membuat kerja tangan, mengenal pasti bau dan warna. Ini
menyebabkan kanak-kanak sukar membentuk, membuat perbandingan,
mengklasifikasi dan keliru dalam konsep mendiskriminasi. Kesannya, kanak-
kanak membuat kesalahan berterusan, menghasilkan kerja tangan yang tidak
berkualiti dan meningkatkan tingkah laku pasif kanak-kanak. Model PDCA
digunakan dalam penyelesaian masalah yang efektif untuk aktiviti motor halus,
membuat banding beza dan terapi dalam konteks pendidikan. Hasil
penyelidikan RRCD telah dibentangkan dalam seminar. RRCD telah disebar
luas dalam bengkel kepada guru, murid, ibu bapa dan pelajar PISMP. Secara
dalam talian, pengguna boleh mengakses melalui pautan:
zaharilahduniapendidikanpemulihan.blogspot.com dan youtube. Implikasinya,
murid seronok dengan kaedah main sambil belajar, penggunaan motor halus
lebih baik dalam menggaul, membentuk dan membantu daya pengamatan
membuat perbandingan. Secara tidak langsung menajamkan daya bau dan
visual kanak-kanak. Produk didaftar dengan MyIPO LY2018001177 supaya
kualiti terkawal, dan dikongsi dengan pengguna secara dibukukan ISBN 978-
967-5820-20-5.


RASIONAL PROJEK

Masalah ketara murid pendidikan khas masalah pembelajaran dan pendidikan
awal kanak-kanak ialah kurang cekap menggunakan motor halus khususnya
jari jemari dalam membuat kerja tangan dan kurang cekap mendiskriminasi bau
dan warna. Murid berhadapan dengan kesukaran untuk membuat
perbandingan, pengelasan dan keliru dengan konsep diskriminasi bau dan
visual. Antara punca utama yang dikenal pasti adalah kerana mereka tidak
dapat membezakan bau, warna, saiz dan bentuk secara jelas. Keadaan ini
boleh mengakibatkan murid melakukan kesalahan berterusan dalam
menghasilkan kerja tangan dan kerja tangan yang dihasilkan tidak berkualiti.
Fenomena ini membawa kepada pembentukan tingkah laku pasif dan emosi
yang tidak stabil pada kanak-kanak.


147

ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021



Objektif projek

Rayyan Rayna Colourful Dough (RRCD) - Aromatic Dough
mentransformasikan ‘dough’ sebagai bahan PdP khususnya melibatkan
kanak-kanak bekeperluan khas dan kanak-kanak prasekolah. Dalam RMK
pelajar PISMP khususnya kursus Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran,
PAKK dan PSV, terdapat HPK yang mengaitkan perkembangan motor halus
dan penggunaan motor halus. RRCD dibangunkan sebagai BBM yang
digunakan oleh guru untuk merangsang penggunaan jari jemari, deria bau dan
visual kanak-kanak. RRCD bertindak sebagai bahan untuk terapi cara kerja
dalam konteks pendidikan khas selain menajamkan persepsi deria bau dan
warna kanak-kanak. Keistimewaan RRCD ialah nilai keselamatannya kerana
dihasilkan daripada sumber alami iaitu tepung gandum, air, bahan berwarna
dan beraroma semulajadi.

STRATEGI PENYELESAIAN

Model PDCA iaitu P untuk Plan, D untuk Do, C untuk Check dan A untuk
Action, digunakan dalam kajian tindakan untuk membantu guru menyediakan
bahan yang efektif untuk aktiviti motor halus dan membuat banding beza.
Dalam Plan, masalah dikenal pasti semasa PdP guru kurang mengupayakan
kebolehan murid menghasilkan sendiri kraf tangan berasaskan motor halus
dan melaksanakan aktiviti diskriminasi bau dan warna. Analisis menunjukkan,
aktiviti motor halus, diskriminasi warna dan bau yang menyebabkan
rangsangan kepada saraf-saraf neuron sesuai dijadikan aktiviti murid. Murid
meneroka warna dan bau semulajadi. RRCD ialah cadangan penyelesaian
kerana bahan selamat digunakan. Menggunakan sumber alami iaitu tepung
gandum, air dan bahan berwarna semulajadi dan beraroma. Dalam Do,
pelaksanaan uji cuba bersama murid pendidikan khas masalah pembelajaran
dan pengumpulan data melalui pemerhatian, temu bual dan rakaman video.
Analisis menunjukkan pelibatan murid lebih aktif dan menunjukkan minat.
Faktor keselamatan terkawal kerana menggunakan bahan semulajadi. Dalam
Check, murid berjaya menghasilkan RRCD dan kualiti hampir sama dengan
produk di pasaran dan ditambah baik dengan aroma. Dalam Action, untuk
tindakan penyeragaman dan tindakan susulan, aktiviti menghasilkan bahan
motor halus ada dalam kurikulum Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran,
tajuk aktiviti kreativiti dan estetika. RRCD disebar luas melalui bengkel
perkongsian ilmu, youtube dan blog.

Cetusan idea menghasilkan Rayyan Rayna Colourful Dough (RRCD) -
Aromatic Dough sebagai bahan PdP, bermula apabila pensyarah
melaksanakan penyeliaan praktikum. Guru memerlukan bahan yang selamat,
mudah dihasilkan dan boleh digunakan untuk aktiviti motor halus, diskriminasi


148

ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021


bau dan warna. Hasil penerokaan di laman sosial, play dough popular
digunakan, tetapi bahannya tidak ada kepastian selamat digunakan. RRCD
menggunakan bahan alami semula jadi bersumberkan makanan iaitu tepung,
air dan tumbuhan yang mengeluarkan bau dan warna. Bahan alami
menghasilkan bau dan warna merangsang deria kanak-kanak. Aktiviti RRCD
bercirikan didik hibur, di samping itu guru berkongsi maklumat berkaitan
tumbuh-tumbuhan yang mengeluarkan bau dan warna dengan kanak-kanak.

PENGGUNAAN

Aktiviti RRCD berbentuk hands on dan pembelajaran secara aktif menjadi
pilihan pelajar PISMP opsyen pendidikan khas masalah pembelajaran dan
PAKK untuk diaplikasi dalam kelas. Walau pun murid berasa sukar di peringkat
awal, namun setelah guru memberikan latihan dan murid melalui latihan yang
berulang, berlaku pembelajaran bermakna, di mana murid dapat
menghasilkan sendiri RRCD. Murid dapat menggunakan dough untuk aktiviti
membentuk, diskriminasi bau dan warna. Potensi pembelajaran murid, emosi
dan fizikal berkembang dengan aktif apabila mereka menjalani proses
pembelajaran berpusatkan murid. Justeru, pendidik disaran supaya lebih peka
terhadap keperluan murid serta bijak dalam mengguna pakai bahan bantu
mengajar bagi memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai.

Bukti penggunaan

i. portfolio bercetak.

ii. portfolio digital menggunakan platform awan (URL) dan kod QR

https://drive.google.com/drive/u/1/folders/0AKRUO4aUE_uuUk9PVA

Bukti RRCD dalam google drive mengandungi:

 File C2 - Bahan yang digunakan untuk menghasilkan RRCD.
 File C2 - Bahan penyelidikan RRCD
 File D3 - Bahan mesej pelajar PISMP Unit PAI guna RRCD
 File D4 - Bahan pengiktirafan kepada pelajar


Maklumat yang dikongsi dalam blog adalah sebar luas RRCD. Maklumat boleh
diakses dengan cara imbas kod QR yang diberikan. Pengguna boleh akses
video cara menghasilkan RRCD dalam capaian di youtube:


https://www.youtube.com/channel/UCE-
SJwaTnp08UcZxTxsbSCw/videos?view_as=subscriber





149

ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021



IMPAK KE ATAS PEMBELAJARAN MURID

Aktiviti RRCD berupaya menimbulkan keseronokan dan pengalaman
pembelajaran yang bermakna kepada guru pelatih dan murid. Murid dapat
menggunakan sepenuhnya motor halus, deria bau dan visual. Kanak-kanak
berkebolehan menggunakan otot-otot kecil pada tangan dan jari tangan.
Aktiviti RRCD dapat merangsang perkembangan motor halus murid
melibatkan kemahiran mengadun, menggaul, meramas, menggentel, menguli,
memicit dan membentuk. Ada peningkatan ketangkasan (dexterity) murid
dalam pergerakan tangan dan jari dalam melakukan aktiviti. Aktiviti RRCD
yang melibatkan kemahiran motor halus dan kemahiran mendiskriminasi deria
bau dan visual murid penting dan banyak digunakan dalam proses
tumbesaran kanak-kanak. Murid juga mendapat pengetahuan berkaitan
tumbuh-tumbuhan semulajadi yang boleh mengeluar bau dan warna yang
selamat untuk manusia gunakan.

Perkembangan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) memberi kesan kepada bidang
pendidikan. Salah satu ciri IR 4.0 ialah Internet of Thing (IOT). RRCD disebar
luas melalui IOT menggunakan maya, iaitu melalui saluran youtube, blog dan
google drive. RRCD mengalami transformasi bersesuaian dengan IR 4.0, iaitu
menggunakan teknologi maklumat untuk sebar luas kepada guru, ibu bapa
dan murid. Penggunaan teknologi dalam menyebarkan maklumat RRCD
dapat merangsang pengguna berfikir secara kreatif dan kritis. Pengguna boleh
akses maklumat RRCD melalui saluran maya. Kebolehan pelajar mengakses
maklumat dalam talian membantu meningkatkan kemahiran menggunakan
teknologi dan menambah informasi menggunakan bahan-bahan RRCD
bercirikan kreativiti dan inovatif. Penggunaan teknologi mempercepatkan
sebaran dan di mana sahaja walaupun di musim pandemik.

Bukti penggunaan

Semasa pelajar PISMP menjalani latihan praktikum Fasa Satu, pelajar
menggunakan pensil dan kertas mengajar murid asas menulis. Tetapi setelah
mengikuti bengkel RRCD yang diadakan untuk pelajar PISMP opsyen
Pemulihan, pelajar telah menggunakan RRCD untuk latihan motor halus
sebelum murid diajar asas menulis. RRCD digunakan untuk latihan motor
halus, mendiskriminasi bau dan warna, pelajar juga menerangkan bahan
semulajadi yang digunakan untuk menghasilkan RRCD kepada murid.

Pelajar kreatif, inovatif dan dapat mempelbagaikan penggunaan sumber
tumbuh-tumbuhan yang mengeluarkan aroma dan warna seperti daun
pandan, buah limau, kunyit, serbuk koko, serbuk kopi, buah strawberi, bunga
talang dan buah rozel.

150

ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021



Pelajar opsyen Pemulihan telah memperkenalkan RRCD dengan menyertai
pertandingan inovasi anjuran sebuah pusat pengajian tinggi dan dapat
menarik pengunjung untuk membeli produk RRCD. Pelajar telah memenangi
pertandingan inovasi dengan mendapat gold award untuk RRCD.

Pelajar PISMP aliran Pendidikan Agama Islam menggunakan RRCD sebagai
bahan mengajar tulisan jawi. Berdasarkan mesej di WhatsApp, sebelum
pelajar menggunakan RRCD pelajar tidak ada idea untuk mempelbagaikan
bahan latihan asas menulis. Tetapi dengan menggunakan RRCD pelajar ada
alternatif dalam menyediakan BBM untuk latihan asas menulis huruf hijaiyah.

Pelajar opsyen Pendidikan Khas berkeyakinan mengadakan bengkel RRCD
bersama ibu bapa, guru, murid dan berkongsi bagaimana RRCD boleh
dijadikan terapi cara kerja.

PERLUASAN / KOMERSIAL

i. Boleh akses di google drive
https://drive.google.com/drive/u/1/folders/0AKRUO4aUE_uuUk9PVA

File E1 - Bahan peluasan RRCD

ii. Logo untuk mengkomersialkan RRCD dicetak pada sticker dan dilekatkan
pada bekas RRCD untuk tujuan dipasarkan.

iii. Buku RRCD dengan nombor ISBN 978-967-5820-20-5.
a. Diterbitkan oleh IPG Kampus Raja Melewar.
b. Tujuan penerbitan untuk rujukan pengguna menghasil dan
menggunakan RRCD.

iv. Produk RRCD telah didaftarkan dengan Myipo LY2018001177
a. menjaga hak cipta innovator.
b. menjaga keaslian produk.















151

ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021

























































































152

ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021

























































































153

ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021



PEDULI PICIT-PICIT
Mohd Fahridzakki bin Abd Rahman, Dr. Chua Lay Nie,
Alias Zakaria, Nozama binti Mahadi
Mohamaad Nurulamin Aaziz
IPG Kampus Raja Melewar

SINOPSIS

Kehidupan manusia pasti tidak menarik jika tiada warna-warni seni.
Kepelbagaian hasil seni mampu menceriakan dan memeriahkan kehidupan
seseorang insan supaya hidup lebih bermakna. Bidang psikologi dan
kaunseling juga mengiktiraf seni sebagai satu alat dalam proses membantu
klien yang lebih dikenali sebagai terapi seni. Sehubungan itu, Terapi Seni Batik
Canting Peduli Picit-Picit merupakan satu pendekatan alternatif baharu yang
mendasari Teori Psikologi Individu (Pendekatan Adlerian) dalam membantu
klien ke arah proses perkembangan secara holistik. Secara kesimpulannya,
inovasi peduli picit-picit memberi impak yang positif terhadap strategi membina
hubungan dalam proses kaunseling yang mendasari pendekatan Alderian
khasnya untuk sesi pertama dalam proses kaunseling. Di samping itu,
kaunselor dapat mencari makna sebenar dalam kehidupan klien dengan
menggunakan terapi Seni Batik Canting Peduli Picit-Picit.


RASIONAL PROJEK

Sesi pertama dalam kaunseling adalah proses sangat penting untuk kauselor
dalam mengendalikan isu klien dalam memastikan proses kaunseling yang
seterusnya akan dapat dilaksanakan dengan baik dan teraputik. Oleh itu, Unit
Psikologi dan Kaunseling telah mengenalpasti isu yang sering timbul sewaktu
menjalankan sesi kaunseling pada sesi yang pertama. Isu-isu klien yang
dikenal pasti adalah seperti berikut:

i. Perkembangan klien agak lambat.
ii. Kaunselor kehabisan idea.
iii. Sukar untuk kembangkan persoalan.
iv. Klien yang sukar untuk bercakap.
v. Klien tidak mampu untuk berkongsi.


Objektif projek

Melihat kepada objektif inovasi Peduli Picit-picit membolehkan kaunselor
membuat sesi dengan lebih mudah, cepat dan terarah. Hal ini menunjukkan
sesi yang lebih jelas, menjadikan klien lebih fokus apabila berkongsi dengan
kaunselor. Ia juga dapat membantu klien meneroka diri sendiri bersama
dengan kaunselor dengan lebih baik.


154

ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021



Selain itu, inovasi Peduli Picit-picit merupakan alat untuk klien berkongsi isu
dengan kaunselor di mana dalam sesi kaunseling yang dilaksanakan, alat
picit-picit akan menjadi penggerak kepada klien untuk menyatakan apa yang
dialami oleh dirinya dan kaunselor akan melihat isu yang berlaku dalam
membantu klien. Akhirnya kaunselor dapat membina hubungan yang lebih
teraputik dalam sesi kaunseling yang dilaksanakan.

STRATEGI PENYELESAIAN

Strategi penyelesaian dalam inovasi Peduli Picit-picit ialah empati, kenal pasti,
jana idea, prototaip dan ujian.

Pertama ialah empati di mana sesi pertama adalah penting dalam memastikan
proses kaunseling yang seterusnya akan dapat dilaksanakan dengan baik dan
teraputik. Oleh itu, pihak kami telah mengenal pasti isu yang sering timbul
sewaktu menjalankan sesi kaunseling pada sesi yang pertama.

Kedua ialah kenal pasti masalah di mana menggunakan pendekatan 4W dan
1H iaitu Who untuk semua kaunselor yang menjalankan sesi, When untuk
digunakan dalam sesi kaunseling, Why untuk memberikan medium
perbincangan yang lebih luas dan memberikan idea pada kaunselor dan klien,
Where untuk waktu sesi yang pertama dan How untuk menggunakan
kepakaran dan kelebihan yang ada pada IPGK Raja Melewar.

Ketiga ialah jana idea di mana kaunselor perlulah memulakan dengan
memberikan gambaran umum, memfokuskan kepada gambaran perasaan
dan kenal pasti setiap keunikan dan ganjil yang dihasilkan.

Keempat ialah prototaip di mana menyediakan panduan, membuat kajian
rintis, membuat perkongsian dan mendapat maklumat tambahan. Semasa
peringkat ini kaunselor akan menggunakan panduan yang disediakan kepada
klien untuk melihat kekuatan dan kelemahan yang ada semasa sesi
kaunseling dilaksanakan.

Kelima ialah ujian di mana membuat refleksi, membuat analisis dan
melakukan perubahan yang perlu dan siapkan projek Peduli Picit-picit.
Refleksi dan ubah suai diperoleh daripada kaunselor yang telah mendapat
bimbingan projek Peduli Picit-picit yang telah dilaksanakan dan kaunselor
dapat menggunakan Peduli Picit-picit dalam sesi kaunseling.





155

ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021



Kesimpulannya, kelima-lima strategi ini dapat membantu penyelesaian projek
inovasi Peduli Picit-picit kepada Kaunselor Pendidikan KPM dan pelajar
bimbingan dan kaunseling di institusi pengajian tinggi.

Berikutan dengan itu, inovasi Peduli Picit-picit dapat dicipta dengan
menambah pendekatan kaunseling menggunakan terapi seni. Selain itu,
inovasi ini merupakan gabungan elemen seni dan kaunseling supaya
pendekatan sedia ada dalam terapi seni menggunakan crayon atau pencel
warna dapat diberikan nilai tambah iaitu picit-picit. Oleh itu, terhasillah inovasi
Peduli Picit-picit ini.

PENGGUNAAN

Kaunselor yang menggunakan Peduli Picit-picit ini dapat meneroka isu klien
dengan lebih cepat dan jelas di mana pendekatan terapi seni dapat
menunjukkan isu yang berlaku pada klien sebenarnya. Kaunselor dapat
meneroka isu dengan berfokus dan klien dapat membantu diri sendiri.
Rumusannya, kaunselor mempunyai alternatif dalam membantu isu klien
dengan menggunakan Peduli Picit-picit.


Bukti penggunaan


Boleh imbas kod QR atau klik pautan https://anyflip.com/kegul/dqpg/








IMPAK KE ATAS ORGANISASI

Keberhasilan projek inovasi 3 P IPG Kampus Raja Melewar ke arah institusi
yang akan menjalankan CPD kepada warga IPGM/K dan KPM pada tahun
2021. Hal ini memberi peluang pada UPsK untuk membuat sebar luas
penggunaan inovasi 3 P kepada Kaunselor Pendidikan KPM. Selain itu,
keberkesanan dalam sesi kaunseling di mana dapat memudahkan kaunselor
untuk menjalankan sesi dengan teratur dan baik. Ia juga menjadi satu
pendekatan kepada kaunselor menjalankan sesi kaunseling. Hasilnya,
kaunselor dapat membantu klien dalam isu yang dialami dan membentuk
kepercayaan dalam sesi kaunseling yang dilaksanakan.


156

ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021



Projek inovasi ini dapat memberi nilai tambah kepada Kaunselor Pendidikan
KPM dan pelajar bimbingan dan kaunseling yang sedang dalam pengajian
bidang bimbingan dan kaunseling di Institusi Pengajian Tinggi. Ia memberikan
variasi kepada kaunselor semasa menjalankan sesi kaunseling. Variasi di sini
bermaksud klien boleh menggunakan picit picit dalam menyatakan isu yang
dialami dengan lebih jelas. Selain itu, perkembangan kaedah dalam proses
membantu klien di mana kaunselor boleh mendapatkan maklumat daripada
klien dengan lebih baik dalam proses membantu. Oleh itu, inovasi Peduli Picit-
picit ini boleh memberi nilai tambah dalam proses membantu kaunselor dan
klien dengan lebih baik.

Projek ini telah memberikan satu nilai tambah dalam dunia terapi seni dalam
kaunseling dengan adanya pendekatan yang lebih dekat nilai-nilai masyarakat
setempat dengan mengunakan inovasi Peduli Picit-picit. Ciri ciri yang terdapat
dalam elemen ini telah dapat membantu kaunselor dalam menangani isu klien
yang sukar untuk bercakap pada awal sesi kaunseling dan secara langsung
memberikan pengalaman yang lebih teraputik pada diri klien. Dengan nilai
teraputik yang dirasai oleh klien membolehkan klien merasakan kebersamaan
dan memberi ruang dan peluang untuk kaunselor mendekati diri klien.
Rumusan secara keseluruhannya, pendekatan Peduli picit-picit dan terapi seni
dalam kaunseling ini telah memberikan satu nilai tambah dan memberikan
tambahan variasi dalam proses membantu klien untuk meningkatkan
hubungan yang lebih teraputik sewaktu bersama kaunselor dalam sesi
kaunseling. Dengan penghasilan inovasi ini dapat memberikan impak yang
lebih positif pada kaunselor di Unit Psikologi dan Kaunseling IPGK Raja
Melewar malah telah memberikan kelebihan dan keunikan pada bakal
kaunselor (guru pelatih) serta guru bimbingan kaunseling juga kaunselor
khasnya.

Bukti penggunaan

Boleh imbas kod QR atau klik pautan https://anyflip.com/kegul/dqpg/














157

ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021



PERLUASAN / KOMERSIAL

Boleh imbas kod QR atau klik pautan https://anyflip.com/kegul/dqpg/













































158

ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021

























































































159

ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
























































































160

ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021



KLIK JE!
Dr. Norhayu Norany, Quinie Ong Kooi Loo, Kathleen Dass,
Dr. Muhammad Zeeree Kanreng, Nor Azmah Abdul Karim
IPG Kampus Sultan Abdul Halim

SINOPSIS

Klik Je! merupakan satu mekanisme untuk mewujudkan inovasi dalam
pengurusan - satu pusat sehenti untuk mendapat maklumat dan
melaksanakan beberapa urusan secara dalam talian dengan menggunakan
telefon pintar dan komputer. Beberapa aplikasi di laman web telah digunakan
untuk membangunkan Klik Je!. Tapak untuk sistem ini ialah weebly.com dan
aplikasi lain termasuk kod QR, Google Calendar, Google Forms dan
WhatsApp – semua aplikasi percuma yang mudah didapati di laman web.

RASIONAL PROJEK

Empat masalah telah dikenal pasti iaitu cara merekod pergerakan pensyarah
dan mendapat maklumat keberadaan pensyarah yang renyah; pengurusan
aktiviti pensyarah dan pelajar yang kurang efisyen, pertindanan tempahan
bilik, dan cara membuat tempahan bilik dan perkhidmatan TMK serta
persiapan tempat yang kurang sistematik.

Projek ini akan dapat menyediakan satu tapak untuk mendapat maklumat
terkini dengan mudah, tepat dan cepat untuk mewujudkan satu sistem
pengurusan pentadbiran yang cekap, berkualiti dan mampan, selaras dengan
ciri-ciri pengurusan berstruktur dan berintegriti ke arah persekitaran abad ke-
21 serta ke arah kelestarian hidup.


Objektif projek

i. Memantapkan kaedah merekodkan pergerakan pensyarah yang lebih
efisyen.

ii. Membantu perancangan dan pengurusan aktiviti pensyarah dan pelajar
di IPGKSAH. Mengelakkan pertembungan aktiviti.

iii. Memudahkan tempahan bilik untuk menjalankan aktiviti.

iv. Memudahkan tempahan perkhidmatan TMK, persiapan tempat dan
peralatan untuk menjalankan aktiviti.

v. Meningkatkan keupayaan bagi inovasi dalam pembangunan Teknologi
Hijau dan meningkatkan daya saing dalam Teknologi Hijau di prasarana
antarabangsa.


161

ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021



vi. Menyumbang ke arah perkhidmatan profesional yang telus, berintegriti
dan inovatif dan merealisasikan slogan IPGK: ‘Pengurusan yang Cekap,
Cepat dan Amanah’

STRATEGI PENYELESAIAN

Model MICUP























Rajah 1: Strategi Penyelesaian yang telah digunakan adalah berdasarkan
Model MICUP

Pemetaan aktiviti dirumuskan dalam Jadual 1.

MODEL MICUP INPUT PROSES OUTPUT
MENGENAL- Ahli 1. Sumbangsaran semasa 1. Pemantapan pengurusan
PASTI MASALAH pasukan mesyuarat. pergerakan dan keberadaan
pensyarah.
2a. Pemantapan perancangan
aktiviti pelajar dan pensyarah.
2b. Pemantapan proses
tempahan bilik, perkhidmatan
TMK, persiapan tempat dan
peralatan.
IDEA Ahli 1. Membina satu pusat sehenti untuk 1. Menggunakan Google
pasukan maklumat terkini tentang aktiviti Calendar untuk menyimpan
pensyarah dan pelajar serta maklumat keberadaan
keberadaan pensyarah. pensyarah.
2. Membina 2 borang dalam talian di 2. One-stop-centre untuk
Google Forms untuk memudahkan maklumat pergerakan,
proses tempahan perkhidmatan kalendar akademik, aktiviti
TMK, persiapan tempat dan pensyarah & pelajar serta
peralatan siaraya. penempahan bilik.
perkhidmatan TMK, persiapan
tempat dan peralatan siaraya.
CIPTAAN Ahli 1. Membina satu kalendar bersama 1. Terhasil satu inovasi yang
Pasukan dalam Google Calendar untuk dinamakan Klik Je!
semua pensyarah mengisikan  Semua pensyarah
maklumat pergerakan keluar mengisi maklumat
kampus. pergerakan keluar
2. Membina 4 jenis kalendar dalam kampus dalam kalendar
Google Calendar iaitu: pergerakan pensyarah.
 Akademik Kalendar

162

ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021


 Kalendar aktiviti pensyarah dan  Tempahan bilik,
pelajar Kalendar penggunaan perkhidmatan TMK,
bilik persiapan tempat dan
 Kalendar pergerakan siaraya secara dalam
pensyarah talian.
3. Membina satu platfom, Klik Je! di
weebly.com.
4. Aplikasi tersedia ada dalam
sesawang digunakan untuk
membantu operasi Klik Je! Iaitu
Google Calendar, Google Forms,
QR Code Generator dan WhatsApp
Link Generator.
UJI Semua Pensyarah-pensyarah IPGKSAH 1. Dapatan dari soal selidik -
pensyarah engisi maklumat pergerakan dalam positif terhadap penggunaan
di Google Calendar bersama yang Klik Je!
IPGKSAH disediakan. 2. Pertambahan bilangan
Pensyarah menjawab soal selidik dalam penggunaan Google
dalam Google Forms. Calendar dari satu jabatan ke
satu IPG.
3. Perasmian penggunaan Klik
Je! oleh Tuan Pengarah
IPGKSAH.

PENJENAMAAN Ketua Membuat daftar harta intelek di My 1. Cadangan untuk
Kumpulan IPO. memperkenalkan inovasi ini di
semua IPG dan IPGM.

Jadual 1: Pemetaan Aktiviti

a. Projek ini merupakan satu idea asli. Time Travellers telah menggunakan
strategi penyelesaian kreatif melalui kaedah Design Thinking.

b. Dalam proses Memahami, Time Travellers mengkaji dan memahami
keperluan pelanggan dari segi mengisi serta mengakses maklumat
pergerakan pensyarah.

c. Dalam proses Meneroka pula, Time Travellers telah memikirkan suatu
kaedah yang dapat menyelesaikan masalah pergerakan ini dengan
penggunaan aplikasi Google Calendar.

d. Dalam proses Menjana idea, Time Travellers mengenalpasti beberapa lagi
masalah yang boleh diselesaikan bersama dengan penggunaan Kilk Je!.
Ini termasuklah pengurusan aktiviti pelajar dan pensyarah serta tempahan
bilik, perkhidmatan TMK, persiapan tempat dan peralatan.

e. Dalam proses seterusnya iaitu Menjadi kenyataan, Time Travellers telah
mengujicuba penggunaan Klik Je! dalam Jabatan Bahasa sebelum
berkongsi penggunaannya dengan jabatan-jabatan lain dalam IPGKSAH.







163

ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021



PENGGUNAAN

i. Fasa 1 (2017-2018)
Google Calendar mula-mula digunakan untuk e-pergerakan oleh
pensyarah Unit Pengajian Inggeris. Kemudian ianya diperkenalkan
kepada semua pensyarah Jabatan Bahasa. Selepas 16 bulan, semua
pensyarah Jabatan Bahasa menyokong pelaksanaannya setelah mereka
sedar akan kelebihan penggunaan e-pergerakan.

ii. Fasa 2 (Januari 2019 sehingga Mei 2019)
Penggunaan e-pergerakan diperluaskan kepada ahli-ahli Majlis
Profesional, Pengurusan dan Pentadbiran (13 Ketua Jabatan).

iii. Fasa 3 (Jun 2019 sehingga Disember 2019)
Dalam Taklimat Pengurusan Bil. 7/2019 pada 12 Mei 2019, Tuan
Pengarah telah mengumumkan bahawa e-pergerakan pensyarah
menggunakan Google Calendar akan melibatkan semua Jabatan dan
Unit berkuatkuasa Semester 2-2019.

iv. Fasa 4 (Januari 2020 sehingga kini)
Penggunaan Google Calendar diperluaskan untuk melihat aktiviti-aktiviti
pelajar dan pensyarah, kalendar akademik dan tempahan bilik-bilik
seminar dan dewan serta perkhidmatan TMK, persiapan tempat dan
peralatan. Projek ini dijenamakan sebagai Klik Je! Pautan portfolio digital
penggunaan:
https://drive.google.com/file/d/1X_-MS0xe-nFe1rDTeOW_72gp-
q3HT_xj/view?usp=sharing


IMPAK KE ATAS ORGANISASI

Impak Jangka Panjang kepada Pembangunan serta Kemajuan Negara. Projek
ini menyokong polisi ICT Negara (Malaysian Public Sector ICT Strategic Plan
2016 - 2020) dan perkembangan revolusi industri 4.0 (IR 4.0), ke arah
perkhidmatan yang cekap dan pantas dalam usaha mencapai status negara
maju.

a. Impak kepada IPGM
Projek ini dapat membantu meningkatkan lagi imej IPGM dalam usaha
meningkatkan kemudahan infrastruktur dan infostruktur sebagaimana
terkandung dalam dokumen transformasi IPGM 2016 – 2025.

b. Impak kepada IPGK
Projek ini menyediakan satu mekanisma kawalan dalaman bagi pihak
pentadbiran tertinggi mengenal pasti pergerakan dan keberadaan setiap
pensyarah. Ia juga membantu proses tempahan dan penggunaan bilik.
Dengan urusan tempahan secara dalam talian, perbelanjaan berkaitan
percetakan dan penggunaan kertas dapat dikurangkan. Ringkasnya,

164

ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021


projek ini menyediakan satu mekanisma yang membolehkan perekodan,
penyimpanan dan pengeluaran serta sebaran maklumat dilakukan dengan
lebih cekap dan berkesan.

c. Impak kepada pensyarah
Pensyarah secara tidak langsung akan berpeluang meningkatkan
kecekapan masing-masing dalam penggunaan ICT.


Projek ini secara tdak langsung dapat meningkatkan sistem pengurusan
organisasi dalam beberapa aspek:

a. e-Pergerakan pensyarah
i. Maklumat pergerakan pensyarah keluar kampus mudah dan cepat
dicapai.
ii. Proses merekod maklumat menjadi lebih cekap dan cepat.
iii. Proses merekod maklumat membantu menanam sikap amanah dan
bertanggugjawab sebagai penjawat awam.

b. e-Kalendar aktiviti pelajar dan pensyarah
Kalendar ini membantu perancangan aktiviti yang lebih cekap dengan
mengelakkan pertindihan aktiviti.

c. e-Tempahan bilik
Tempahan bilik menjadi lebih cepat dan cekap melalui penempahan
secara online.

d. e-Kalendar akademik
i. Maklumat calendar boleh dicapai dengan cepat dan tepat.
ii. Perancangan aktiviti lebih berkesan dan cekap.

e. e-Tempahan perkhidmatan TMK, persiapan tempat dan peralatan (Dalam
proses ujilari).

Kesan kepada perubahan sikap dan peningkatan peningkatan sistem
penyampaian organisasi:

a. Peningkatan Sasaran
i. Kesan kepada pengurusan pergerakan pensyarah.
Maklumat pergerakan pensyarah keluar kampus mudah diisi dan
dicapai.

ii. Tiada Kos Operasi
Projek ini menggunakan sumber sedia ada, iaitu aplikasi Google
Calendar, weebly.com, Google Forms, QR code dan WhatsApp,
tanpa tambahan kos instalasi dan penyenggaraan. Penggunaan
aplikasi Google Calendar hanya menggunakan kurang daripada
50.00MB dalam ruang simpanan memori telefon pintar. Projek ini


165

ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021


juga menjimatkan penggunaan kertas dan dakwat serta penggunaan
fail. Ini akan mengurangkan penggunaan sumber alam, ke arah
melestarikan kehidupan dengan membudayakan teknologi hijau.

iii. Peningkatan Output
Projek ini dapat memudahkan proses pengurusan pergerakan
pensyarah, perancangan aktiviti pensyarah dan pelajar serta urusan
penempahan bilik seminar dan dewan. Pensyarah dapat
menjalankan tugas dengan cekap dan cepat. Pertindihan dalam
perancangan aktiviti pelajar dan pensyarah serta penempahan bilik
dapat dielakkan.

iv. Penjimatan Masa

v. Penjimatan Kos

vi. Kepuasan Hati Pelanggan

Secara keseluruhan, lebih 80% pensyarah iaitu seramai 115 orang berpuas
hati dengan Klik Je! Peratusan ini diramal akan terus meningkat selepas
mereka semakin cekap dan selesa menggunakan aplikasi ini. Pautan portfolio
digital (sokongan Pengarah IPGKSAH dan rumusan kaji selidik penggunaan
e-pergerakan) adalah di dalam pautan berikut:

https://drive.google.com/drive/folders/1mo4N3K38LfIBMxCZPxjfFxnURx6qH
T2g?usp=sharing


PELUASAN / KOMERSIAL

Pendaftaran harta intelek telah dibuat pada 12/08/2020. Nombor pendaftaran:
LY2020003133. Pautan bukti:

https://drive.google.com/file/d/1mGW4mu3KQEgSSouEvHcJ1UUDY02skgW
p/view?usp=sharing

Projek ini berpotensi untuk dikembangkan dalam dua aspek; peringkat
penggunaan dan fungsi penggunaan.

a. Peringkat penggunaan

Dari segi peringkat penggunaan, projek ini berpotensi untuk dilaksanakan
di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan semua kampus institut
pendikan guru di seluruh negara (IPGK). Dengan pelaksanaan projek ini,
IPGM akan dapat memantapkan lagi sistem pengurusan dan pentadbiran
melalui satu pusat sehenti untuk mendapat maklumat TERKINI tentang
keberadaan pensyarah di kesemua 27 IPG serta maklumat aktiviti
pensyarah dan pelajar, penggunaan bilik, perkhidmatan TMK dan
persediaan tempat di setiap IPG di Malaysia. Ini dapat dilakukan dengan


166

ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021


mudah kerana projek ini tidak memerlukan apa-apa kos tambahan sama
ada dari segi keperluan peralatan (hardware) atau aplikasi (software).

b. Fungsi penggunaan

Dari segi fungsi, projek ini boleh dikembangkan bagi meningkatkan tahap
kecekapan pengurusan untuk aspek-aspek lain dalam sistem pengurusan
institut. Buat masa ini penggunaan Google Calendar di IPGKSAH
merangkumi aspek pengurusan, kalender akademik, aktiviti pensyarah
dan pelajar, dan pergerakan pensyarah. Projek ini boleh dikembangkan
menjadi satu platfom bagi menyelaraskan aktiviti-aktiviti berkaitan
perubahan dan penggantian kelas, pelaksanaan kerja kursus pelajar, dan
penyelarasan mesyuarat di semua peringkat institut.


































































167

ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021

























































































168

ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
























































































169

ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021




EAZEE HAJJ
Dr. Khairani binti Zakariya @ Abd. Hamid,
Hjh. Amanisah binti Shuib, Hjh. Norarabainah Shafie,
Dr. Rashidah Md Hasan, Dr. Siti Aishah Ashaari.
IPG Kampus Tuanku Bainun

SINOPSIS

EAZEE HAJJ merupakan satu inovasi pedagogi yang menarik dan sangat
membantu suasana pembelajaran bermakna di mana pelajar terlibat secara
aktif dan menghayati kandungan yang dipelajari. Pendekatan yang digunakan
ialah imersif maya dengan menggunakan apps atau mengimbas kod QR
tertentu yang berupaya menyediakan pengalaman pembelajaran imersif yang
sangat memberi impak yang mendalam ke atas pengalaman dan pencapaian
pembelajaran pelajar. Pendekatan maya yang digunakan adalah melebihi
80% waktu pembelajaran pelajar (SLT) kerana berlaku dalam bentuk digital
tanpa bersemuka. Projek ini sangat membantu semasa proses pembelajaran
kerana topik haji dan umrah adalah topik yang penting tetapi terlalu kompleks
untuk difahami. Pelajar dapat mendalami topik haji dan umrah secara maya
dengan mengaksesnya melalui muat turun apps Eazee Hajj di Google Play
Store atau dengan menggunakan kod QR secara percuma. Ia merupakan satu
apps yang dimudahcara dan mudah diakses. Aplikasi ini amat berinteraktif dan
boleh dicapai di mana sahaja melalui pelbagai jenis telefon pintar dan
komputer. Pelajar dapat melayarinya sendirian tanpa perlu bersemuka dengan
pensyarah. Ini dapat menjimatkan masa pembelajaran dan menjimatkan kos
bahan bantu belajar kerana maklumat penting disediakan dan digarap dengan
baik sekali dengan video dan audio yang amat jelas. Warnanya yang terang,
menarik dan mempunyai makna tertentu telah diterangkan melalui petunjuk
warna.


RASIONAL PROJEK

Rasional terciptanya Eazee Hajj ini ialah kerana topik haji dan umrah perlu
pendekatan yang berbeza daripada kaedah PdPc yang konvensional.
Pelaksanaan ibadah haji yang terbahagi kepada tiga jenis haji yang
perlaksanaannya berbeza menyebabkan perlu dicetuskan satu inovasi yang
sistematik untuk memudahkan pemahaman, penganalisian dan
pengaplikasiannya. Kaedah biasa melalui penerangan dan syarahan tidak
dapat menyelesaikan masalah ini. Maka dicipta Eazee Hajj bagi membantu
pelajar menguasai topik yang sukar dan kompleks ini. Penggunaan apps
Eazee Hajj merupakan salah satu cara pembelajaran melalui permainan/
“learning through fun” yang melibatkan pengalaman pelajar secara maya yang
boleh berlaku dalam bentuk digital tanpa bersemuka.





170

ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021



Objektif projek

i. Memudahkan proses pembelajaran dan pemudahcaraan topik Haji dan
Umrah.

ii. Membantu pelajar memahami topik Haji dan Umrah dalam bentuk yang
lain daripada kebiasaan yang dilakukan oleh guru-guru yang boleh
diakses secara online.

iii. Memberi kefahaman yang mantap tentang konsep Haji dan Umrah dan
dapat menyelesaikan permasalahan dengan lebih cepat dan mudah.

iv. Memberi gambaran yang jelas tentang Haji dan Umrah secara maya.

v. Menarik minat murid untuk terus mendalami topik Pendidikan Islam
terutamanya bagi topik Haji dan Umrah.


STRATEGI PENYELESAIAN

Bagi menyelesaikan masalah PdPc haji maka pendekatan pembelajaran
imersif maya melalui Eazee Hajj dilaksanakan. Ini kerana ia dicipta berpakej
dengan analisis pelaksanaan haji mengikut jenis-jenis tertentu seperti haji
ifrad, haji tamattuk dan haji qiran. Malah penggunaan warna dioptimumkan
untuk membezakan antara rukun haji, wajib haji dan sunat haji yang lengkap
dengan audio, video, gambar dan tulisan. Ini memudahkan proses
pembelajaran berlaku secara maya tanpa perlu bersemuka. Pendekatan
pembelajaran imersif maya melalui Eazee Hajj sangat transferable atau boleh
pindah. Ini kerana pemindahan ilmu boleh berlaku tanpa perlu bersemuka
dengan pensyarah. Mungkin pada awalnya pensyarah memberi taklimat cara
penggunaan aplikasi ini. Kemudiannya pelajar dapat mengakses dan
meneroka sendiri. Ini kerana pelajar akan dibimbing dengan audio, video,
tulisan dan gambar yang telah disediakan, Kebolehpindahan ini bercambah
apabila Eazee Hajj dicipta dalam dwibahasa. Jadi perpindahan ilmu dapat
berlaku dalam kalangan pelajar tempatan dan pelajar antarabangsa. Malah
lebih hebat lagi aplikasi ini boleh diakses melalui muat turun dari Google
Playstore - taip EAZEE HAJJ-BAHASA. Pendekatan pembelajaran imersif
maya melalui e Eazee Hajj sangat scalable atau boleh skala.

Pelaksanaan pendekatan pembelajaran imersif maya melalui e Eazee Hajj
dimulakan dengan:

i. Guru menyediakan set induksi video orang sedang tawaf mengelilingi
Kaabah. Guru mengedarkan ujian pra mengenai topik haji dan umrah.



171

ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021



ii. Pelajar diminta memuat turun aplikasi Eazee Hajj-Bahasa daripada
Google Play Store.

iii. Pelajar diberikan taklimat penggunaan Eazee Hajj secara maya mengenai
petunjuk warna, jenis-jenis haji, butang next dan previous, cara
mendengar audio dan cara melihat video dan sebagainya.

iv. Pelajar diberi kebebasan melayari sendiri aplikasi yang telah dimuat turun.
Sebarang kemusykilan boleh diajukan kepada pensyarah.

v. Guru memberikan masa untuk pelajar mendalami dan menghayati
pengalaman pembelajaran imersif secara maya secara kumpulan dan
individu.

vi. Guru kemudiannya menyediakan soalan sebagai penilaian untuk menguji
keberkesanan e Eazee Hajj melalui ujian pos.

Hasil daripada perbandingan antara ujian pra dan ujian pos, didapati terdapat
peningkatan dalam keputusan ujian pos. Selepas pembelajaran imersif maya
melalui apps e-Eazee Hajj atau mengimbas kod QR, ternyata ia berupaya
menyediakan pengalaman pembelajaran imersif yang sangat memberi impak
yang mendalam ke atas pengalaman dan pencapaian pembelajaran pelajar
dalam topik haji dan umrah.

Idea projek ini adalah asli. Ia terhasil daripada gabungan tiga teori iaitu Teori
Kognitif, Teori Behaviorisme dan Teori Kecerdasan Pelbagai untuk
memantapkan kefahaman, penganalisisan dan pengaplikasian ibadat haji dan
umrah.

PENGGUNAAN

Projek ini memberi pengalaman pembelajaran yang sangat bermakna dalam
aspek kognitif, psikomotor dan afektif. Gabungan tiga teori iaitu Teori Kognitif,
Teori Behaviorisme dan Teori Kecerdasan Pelbagai dapat memantapkan
kefahaman dan pengaplikasian ibadat haji dan umrah.

Penggunaan warna yang terang dan menarik bertujuan untuk menambah
ingatan dan memudahkan pengguna membezakan hukum yang berkaitan dan
diterangkan melalui petunjuk warna tersebut. Dari segi psikomotor, pelajar
boleh menggunakan jari untuk skrol ke kiri dan kanan dan ke atas dan ke
bawah. Malah pelajar dapat mempraktikkan video yang ditayangkan.

Dari segi afektif pula, pelajar dapat merasai khusyuk dan tenang apabila
memasang audio bacaan doa dan zikir. Dari segi masa, sangat menjimatkan
di mana masa PdPc dapat dijimatkan apabila pelajar dapat melayarinya
sendiri secara maya. Pelajar dibimbing melalui audio, video, gambar dan
tulisan menjadikan projek ini berlangsung tanpa perlu bersemuka dengan

172

ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021


pensyarah 100%. mungkin sekitar 20% sahaja malah ia dapat membantu
kecekapan pensyarah menghurai fakta dan memahamkan konsep kepada
pelajar.



Bukti penggunaan

http://www.eazeehajj.info/









IMPAK KE ATAS PENGGUNA AKHIR

Pembelajaran ini berjaya meningkatkan pengalaman pembelajaran dan
pencapaian pembelajaran pelajar. Hal ini kerana ia mampu memberi ilmu
pengetahuan yang baharu kepada pelajar. Topik haji dan umrah adalah suatu
tajuk yang kompleks dan sukar dan memandangkan pelaksanaannya hanya di
kawasan sekitar Mekah maka pelajar kita di sini tidak dapat membayangkan
bagaimana pelaksanaan ibadah di sana. Jadi pembelajaran imersif secara
maya diperlukan untuk pelajar meneroka bagaimana pelaksanaan ibadah
tawaf dan saie misalnya dilakukan. Ini kerana terdapat video keadaan sebenar,
malah audio bacaan niat, bacaan talbiah, doa setiap pusingan tawaf dan saie
turut disediakan. Penggunaan warna bagi membezakan rukun, wajib dan
sunat haji dapat memaksimakan pengetahuan murid.

Projek ini berjaya meningkatkan pencapaian pelajar dari aspek kemahiran I.R
4.0, kerana ia mampu membina kemahiran yang baharu kepada pelajar.
Seperti kemahiran berfikir aras tinggi dan berfikiran kreatif dan inovatif serta
berdaya saing. Ini kerana melalui inovasi eazee Hajj ilmu baharu yang
diperolehi melalui apps yang lengkap dengan info grafik, audio dan video.
Video yang menayangkan cara memakai kain ihram, tawaf dan saie mampu
membina kemahiran baharu dalam diri pelajar dan membimbing mereka
melakukannya dengan betul. Audio niat dan doa juga mampu membina
kemahiran baharu pelajar dalam membaca niat dan doa dengan betul dan
lancar kerana dibimbing oleh bacaan qari.





173

ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021



Pendekatan ini dapat memberi kesan kepada perubahan sikap dan
peningkatan kemahiran sosial pelajar. Ini kerana projek e Eazee Hajj ialah satu
kaedah pemudahcara dalam pembelajaran haji dan umrah yang sedia
dimaklumi amat kompleks jika diajar secara biasa. Melalui projek ini pelajar
dapat menghayati pelaksanaan ibadah ini melalui video sekali gus membentuk
jiwa pelajar lebih halus dan takutkan Allah. Pelajar akan timbul rasa ingin
melakukan ibadah dengan cara yang paling terbaik kerana bukan setiap tahun
ibadat ini dapat dilakukan. Jadi mereka akan menghayati setiap perbuatan haji
dan umrah dengan teliti. Berlaku perubahan sikap daripada tidak tahu kepada
tahu cara pelaksanaan haji dan umrah dan dapat membezaan perkara rukun,
wajib dan sunat haji. Bantuan bacaan doa dan zikir melalui audio dapat
menyemai rasa khusyuk dan yakin kerana dibimbing oleh audio bacaan qari.

Dari segi peningkatan kemahiran sosial pula. Aktiviti pembelajaran imersif
maya ini dapat dilakukan secara koperatif dan individu. Jika secara koperatif,
kemahiran sosial dapat ditingkatkan. Guru dapat mempelbagaikan kaedah ini
sama ada untuk sesi pembelajaran, pengukuhan, pemulihan atau penilaian.
Pelajar akan melakukan perbincangan dengan rakan untuk memantapkan lagi
pengetahuan dan penganalisisan mereka terhadap pembelajaran haji dan
umrah.

Bukti penggunaan

Pautan https://youtu.be/jr5yTPJLFc0

PERLUASAN / KOMERSIAL

Projek inovasi Eazee Hajj ini berjaya disebar luaskan kepada semua peringkat
masyarakat sama ada murid sekolah, pelajar IPT, para pendidik dan
masyarakat awam. Penggunaan apps Eazee Hajj secara percuma boleh
dimuat turun daripada Google Playstore pada bila-bila masa dan di mana
sahaja. Kod QR juga merupalan akses alternatif yang boleh digunakan.
Berdasarkan halaman utama kod QR, didapati pengunjung apps ini tercatat
seramai 2245 orang di seluruh Malaysia.

Tarikh mula dilaksanakan adalah pada 24 Mac 2019 ke atas dua kumpulan
guru Dini (40 orang) yang mengikuti Kursus dalam Cuti (KDC) di IPG Kampus
Tuanku Bainun (IPGKTB). Seterusnya dilaksanakan dalam kalangan pelajar
IPG PPSMP Sem 1 (150 orang) dan PISMP Sem 8 (14 orang) Pengajian
Agama di IPGKTB. Pernah juga dilaksanakan kepada murid sekolah
Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 oleh guru Pendidikan Islam di beberapa buah
sekolah menengah di negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Perlis iaitu di
Sekolah Menengah Sukan Bukit Jalil, Selangor, SMK Kota Kuala Muda,
Kedah, SMKA Arau, Perlis, SABK al-Hidayah, Perak dan SABK Maahad
Islahiah Addiniah, Perak.

174

ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021


Eazee Hajj direka cipta tanpa sebarang kos supaya semua pelajar mampu
memuat turun aplikasi ini. Ia amat menarik, mesra pengguna, boleh digunakan
dan mudah dibawa ke mana-mana. Merupakan satu alat PdPc yang menarik
dan sangat membantu pelajar dan guru bermula dari peringkat menengah
hingga ke peringkat pengajian tinggi malah masyarakat di luar yang ingin
menunaikan haji dan umrah. e Eazee Hajj sangat membantu semasa proses
pembelajaran Haji dan Umrah kerana Eazee Hajj telah mendapat
pengiktirafan daripadaMYIPO pada 25 Jun 2018 dengan nombor aplikasi
LY2018002515.



































175

ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021























































































176

ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021





















































































177

ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021


JAWI2EASY
Norarbainah Shafie, Zainab Ismail, Farah Farhana Rosli
Zambri Ahmad, Shakib Ar Selan Mat Saman
IPG Kampus Tuanku Bainun

SINOPSIS

Jawi2easy mengandungi kaedah pembelajaran jawi yang dibina
menggunakan perisian digital dengan aplikasi Zappar. Jawi2easy
merupakan cetusan idea kumpulan K5P berdasarkan kajian tinjauan
[http://bit.ly/KAJIANKAFA] terhadap guru agama yang terlibat secara
langsung yang mengaplikasikan tulisan jawi dalam pengajaran dan
pembelajaran. Hasil kajian tinjauan tersebut mendapati masalah utama
guru agama adalah kekeliruan dalam menulis jawi menggunakan sistem
ejaan jawi yang betul. Jawi2easy dihasilkan dengan bersumberkan
Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan (PEJYD) yang diiktiraf oleh
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Bermula dengan QR-Jawi (2018), Jawi
F1 (April 2019) dan QaJaDi (Julai 2019) yang masing-masing memperoleh
gangsa dan emas di peringkat IPG dan Kebangsaan. Matlamat Jawi2easy
dihasilkan adalah untuk membantu guru dan pelajar dari peringkat bawah
sehinggalah peringkat IPT serta individu yang berminat untuk memahami
dan menguasai kaedah ejaan dan tulisan jawi yang betul berdasarkan
sistem ejaan jawi yang disempurnakan. Di samping itu, Jawi2easy dapat
dijadikan sebagai bahan bantu mengajar (BBM) dalam PdPc, pembelajaran
kendiri dan pembelajaran sepanjang hayat. Jawi2easy yang dihasilkan ini
mempunyai elemen TMK yang merupakan salah satu daripada ciri
pedagogi Pembelajaran abad ke 21. Malah, projek inovasi Jawi2easy ini
juga bersesuaian dengan pendidikan dalam era revolusi Industri IR 4.0
pada masa kini.

RASIONAL PROJEK

Kumpulan K5P telah menjalankan kajian tahap penguasaan tulisan jawi
dalam kalangan guru Kafa negeri Pulau Pinang. Hasil kajian tinjauan
tersebut mendapati masalah utama guru Kafa adalah kekeliruan dalam
menulis jawi menggunakan sistem ejaan jawi yang betul. Selain itu, hasil
soal selidik yang dijalankan terhadap pelajar program persediaan ijazah
sarjana muda pendidikan islam juga didapati tahap penguasaan kaedah jawi
adalah rendah. Hal ini dapat dibuktikan melalui analisa dokumen hasil kerja
kursus dan pentaksiran akhir kursus. Bermula dengan permasalahan ini,
Pasukan K5P telah membuat keputusan untuk melaksanakan projek
Jawi2easy.






178

ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021

Objektif Projek

i. Dapat mempelajari jawi menggunakan kaedah jawi yang betul.
ii. Pelajar berjaya mengaplikasikan jawi2easy secara lebih komprehensif.
iii. Menggalakkan pelajar belajar dengan lebih efektif.
iv. Pelajar dapat membina perkataan mengikut kaedah sistem yang betul.
v. Mengaplikasikan Sistem Ejaan Jawi Yang Disempurnakan dalam
penulisan.
vi. Menyebarluaskan Jawi2easy dalam kalangan guru, pelajar dan
masyarakat.
vii. mengikut sistem ejaan jawi yang sempurna yang bersumberkan
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
viii. Membantu guru, pensyarah, pelajar IPT dan individu atau orang awam
yang berminat menjadikan Jawi2easy sebagai bahan rujukan untuk
memahami kaedah penulisan Jawi dengan betul.
ix. Menyediakan satu platform digital yang mesra pengguna, mudah,
cepat dan menggunakan kos yang rendah dan bermanfaat.
x. Melahirkan rakyat Malaysia yang celik Jawi dan mahir menulis Jawi.
xi. Memartabatkan tulisan Jawi dari pupus dan kian dilupakan.
xii. Menjadikan Jawi2easy sebagai bahan pembelajaran kendiri dan
pembelajaran sepanjang hayat.


STRATEGI PENYELESAIAN

Projek jawi2easy menggunakan model MICUP yang telah dibangunkan oleh
Siti Rosni Mohamad Yusoff & Abd Samad Hanif (2019). Bermula dengan
mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh guru dan pelajar untuk
mendapatkan bahan rujukan kaedah jawi dengan mudah dan pantas.
Berdasarkan kekangan ini, tercetus idea menggunakan aplikasi zappar yang
diselaraskan dengan kandungan pembelajaran kaedah jawi. Oleh itu,
terhasillah zappar jawi2easy bagi memudahkan rujukan pantas yang boleh
digunakan oleh guru dan pelajar. Projek ini juga telah dibuat uji rintis kepada
guru agama untuk mengetahui tahap kebolehgunaan dan kesesuaian dengan
pembelajaran terkini. Setelah mendapat maklum balas yang
memberangsangkan, projek ini seterusnya telah didaftarkan di bawah
hakcipta intelek (MyIPO) dan menggunakan kandungan yang telah mendapat
hakcipta penerbitan ISBN.






179

ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021

























Projek jawi2easy adalah hasil adaptasi daripada Pedoman Ejaan JawiYang
Disempurnakan (PEJYD). Terdapat pelbagai kaedah yang telah diutarakan
bermula daripada jawi Zaaba sehinggalah PEJYD. Didapati terdapat banyak
permasalahan menulis jawi dengan kaedah yang betul. Masalah lainnya:

i. sukar mengakses bahan rujukan Jawi.
ii. sukar menemui teknik ejaan yang betul biar pun terdapat
lambakan buku panduan penulisan Jawi di pasaran.

Oleh hal demikian, penyusunan yang lebih sistematik dan berfokus telah
dilaksanakan oleh kumpulan K5P. Selain itu, atas kesesuaian semasa yang
mengalami revolusi industri IR 4.0, pasukan kami mengambil peluang
menggunakan aplikasi zappar untuk diketengahkan kepada guru, pelajar
dan pengguna.


PENGGUNAAN

Pelajar menggunakan modul kaedah jawi sepanjang masa dalam tempoh
pembelajaran mereka. Mereka membaca modul berkenaan dalam tempoh
1-2 minggu dan mengaplikasikannya dalam bentuk penterjemahan dan
tugasan kursus. Dapatan dari 141 responden mendapati 86% pelajar
mengakui keberkesanan modul tersebut dalam tempoh yang singkat iaitu
kurang dari dua minggu penggunaan modul. Manakala 14% responden
mengakui mereka hampir faham dengan kaedah jawi yang diutarakan dalam
modul ini namun memerlukan masa yang lebih dari dua minggu
penggunaannya. Temu bual dengan 10 orang pelajar juga mendapati pelajar
berpuas hati dengan modul kaedah jawi ini dan menyifatkan ia berbaloi
dimiliki dan wajar dijadikan bahan bacaan asas bagi semua lapisan. Enam




180

ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021

orang pelajar menyatakan pembelajaran Jawi adalah menyeronokkan dan
kondusif apabila menggunakan modul kaedah Jawi ini.

Bukti penggunaan

i. portfolio bercetak
ii. portfolio digital menggunakan platform awan(URL) dan kod QR
https://bit.ly/penggunaan_jawi2easy















IMPAK KE ATAS PENGGUNA AKHIR

i. Pengalaman dan pencapaian pembelajaran.
ii. Pelajar dapat mempelajari penggunaan kaedah jawi yang betul.
iii. Pelajar dapat membuat rujukan pantas dengan menggunakan
aplikasi zappar dan kod QR.
iv. Pelajar dapat mengikuti pembelajaran menggunakan teknologi
secara berkesan.
v. Menghasilkan pelajar yang kompeten dan pakar rujuk masa
hadapan.
vi. Pelajar dapat menjadikan pelajar lain sebagai (peer coaching).
vii. Pelajar berupaya menjadi agen penyampaian terhadap masyarakat.
viii. Pelajar dapat meningkatkan kemahiran dalam penulisan jawi
dengan menggunakan kaedah yang betul.

Pelajar dapat menggunakan telefon pintar secara optimum serta dapat
memanfaatkan potensi teknologi digital dengan lebih meluas. Ini juga akan
menjadikan pelajar lebih berfikiran terbuka untuk mendapat sumber utama
maklumat pembelajaran secara maya.



Malahan proses pembelajaran akan menjadi lebih mudah dan pantas. Juga
pelajar dapat mempersiapkan diri mereka dengan pemantapan kefahaman
dan kemahiran teknologi berasaskan keperluan revolusi industri IR 4.0 ini
akan melahirkan lebih ramai pelajar yang lebih berfikiran kreatif dan kritis.

181

ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021


Pelajar dan guru lebih terangsang untuk menguasai kaedah penulisan jawi
dengan betul. Hal ini dapat menambah minat dan keyakinan mereka
terhadap penulisan jawi dengan lebih tepat. Para guru dan pelajar juga dapat
meningkatkan keyakinan diri mereka sebagai penyampai kaedah jawi
dengan lebih betul sama ada di sekolah atau dalam masyarakat setempat.

Penguasaan kaedah dapat disampaikan dalam pelbagai kaedah dan
strategi seperti youtube, instagram, FB serta video. Pelajar juga dapat
menambah kemahiran penggunaan telefon pintar dengan pelbagai aplikasi
serta mendedahkan pengetahuan pelajar kepada dunia IT. Lebih banyak
aplikasi yang perlu diterokai dan dipelajari bagi memantapkan pedagogi
dalam kelas.

https://bit.ly/impak_pelajar












PERLUASAN / KOMERSIAL

https://bit.ly/Perluasanjawi2easy



























182

ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021






















































































183

ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021






















































































184



Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1-3, Blok 2250
Jalan Usahawan 1
63000 Cyberjaya
Tel:+603-8312 6666
Faks:+603-8312 6655
web:http://ipgm.moe.edu.my


Click to View FlipBook Version