MALAY FIRST LANGUAGE Tarikh:
#8 Mengurangkan Simptom Alergik
Madu yang diperbuat daripada bunga atau pun disebut sebagai ‘pollen honey’
dipercayai boleh mengubati beberapa penyakit. Badan anda akan menghasilkan
immuniti kepada tindak balas pollen honey tersebut.
Tetapi, jangan lupa untuk pastikan keaslian pollen honey yang digunakan. Kerana ini
mungkin boleh membawa kesan yang berbeza. Pollen honey ini terbukti mampu
untuk mengurangkan alergik selain daripada mengurangkan kesakitan akibat alergik.
#9 Memberikan Tenaga
Seperti yang disebutkan di atas, madu membantu dalam pengedaran darah dengan
lebih baik. Maka, tidak hairanlah jika atlit sukan mengatakan mereka memakan madu
jika berasa pening atau tidak sihat.
Pening biasanya disebabkan oleh kekurangan darah dalam badan dan madu akan
bertindak sebagai penambah sel darah merah dan kadar oksigen di dalam badan
seseorang. Dan sudah tentu, oksigen yang tinggi bermakna tenaga yang tinggi.
Madu sangat berkesan kepada mereka yang selalu menggunakan tenaga pada
jangka waktu yang lama contohnya peserta maraton.
#10 Menjauhkan Diri Anda Daripada Kanser
Berdasarkan buku Honey Revolution oleh Dr Ron Fessenden, saintis mendapati madu
mengandungi flavonoids yang dipanggil sebagai anti oksiden di dalam badan.
Malah, kebanyakan ubat ubatan yang merawat kanser menggunakannya untuk
tujuan yang sama.
Setakat ini flavonoid masih belum terbukti berjaya merawat semua jenis sakit kanser.
Tetapi kepada wanita dan perokok di luar sana yang lebih terdedah kepada kanser,
ambillah madu setiap hari. Mencegah lebbih baik daripada mengubati bukan?
#11 Madu Di Dalam Masakan
Madu pastinya tidak akan terlepas daripada dalam makanan. Makanan seperti
waffle atau pan cake selalu diambil madu apabila makan bersamanya. Anda boleh
layari internet dan cari makanan yang menggunakan madu. Anda akan mendapati
hampir kebanyakan makanan menggunakan madu.
sse S E K O L A H A N T A R A B A N G S A S T J O H N ’ S – Y10 Page 51
MALAY FIRST LANGUAGE Tarikh:
Lebih baik kita mencegah penyakit daripada kita merawatnya. Ambillah madu di
dalam makanan seharian anda sekarang! Tetapi diingatkan. Jangan berikan madu
kepada bayi yang kurang berumur setahun kerana boleh mengakibatkan masalah
keracunan kepada mereka.
Itulah serba sedikit tentang khasiat madu yang menarik untuk diketahui. Jika ada info
menarik tentang khasiat madu, jangan lupa untuk berkongsi dengan kami.
A. Berdasarkan teks, berikan isi-isi penting. Kesan
Kelebihan
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
sse S E K O L A H A N T A R A B A N G S A S T J O H N ’ S – Y10 Page 52
MALAY FIRST LANGUAGE Tarikh:
AKTIVITI TAMBAHAN - KOMSAS
Madu dan Lebah
Di pohon sana
pada dahan pohon tualang
lihatlah lebah-lebah
sudah membuat sarang
serangga yang cergas
sentiasa hidup sepakat
sikap yang terpuji.
Ada ratu ada pekerja
berkumpul dan bekerjasama
madu manisnya
penawar penyakit manusia.
Lebah-lebah
pada dahan pohon tualang
kau membuat aku sedar
harus selalu berusaha
dan meninggalkan jasa
seperti madumu yang istimewa.
Rangkap 1
Pada dahan pokok tualang, kelihatan sekumpulan lebah membuat sarang. Lebah-
lebah itu menggambarkan sikap yang terpuji, iaitu sebagai serangga yang cergas
dan sentiasa hidup sepakat. Dalam kata lain, tiada seekor pun yang kelihatan
bermalas-malas, atau mengasingkan diri daripada kumpulan.
Rangkap 2
Koloni (kumpulan) lebah itu mempunyai ketua atau pemimpin, iaitu ratu lebah. Ratu
yang mengatur dan mengawasi aktiviti pekerja membuat sarang dan madu.
Penghasilan madu (dari bunga-bungaan terpilih) dengan rasanya yang manis,
kemudian menjadi penawar (yang mujarab) bagi penyakit yang dihidapi manusia.
Rangkap 3
Pemerhatian terhadap lebah pada dahan pohon tualang berkenaan menyedarkan
penyajak (manusia yang peka) bahawa seseorang itu harus sentiasa berusaha
sehabis daya dalam sesuatu pekerjaan. Selain itu. seseorang itu juga hendaklah
meninggalkan jasa sebagaimana lebah yang menghadiahi manusia dengan madu
yang istimewa. Pendek kata, sifat-sifat lebah patut menjadi contoh teladan kepada
manusia.
sse S E K O L A H A N T A R A B A N G S A S T J O H N ’ S – Y10 Page 53
MALAY FIRST LANGUAGE Tarikh:
Nilai
1. kecekapan / kecergasan / ketangkasan / ketekunan
_____________________________________________________________________________
2. kesepakatan / kemuafakatan / bekerjasama / saling membantu / saling
menolong __________________________________________________________________
3. kerajinan / kesungguhan / kegigihan _________________________________________
4. kepatuhan / ketaatan _______________________________________________________
5. kebijaksanaan ______________________________________________________________
6. hidup berjasa _______________________________________________________________
7. kepekaan / keprihatinan ____________________________________________________
Persoalan
1. Kecekapan / kecergasan / ketangkasan / ketekunan dalam melakukan
sesuatu pekerjaan.
2. Kesepakatan / kemuafakatan / bekerjasama / saling membantu / saling
menolong dalam sebarang kegiatan / pekerjaan.
3. Kerajinan / kesungguhan / kegigihan dalam menyempurnakan sesuatu aktiviti /
kegiatan / pekerjaan / tugasan.
4. Kepatuhan / ketaan terhadap ketua / pemimpin.
5. Kebijaksanaan dalam mengatur kumpulan / organisasi / pasukan.
6. Hidup berjasa sesama makhluk.
7. Kepekaan / keprihatinan terhadap sifat terpuji
Pengajaran
1. Kita hendaklah cekap / cergas / tangkas / tekun dalam melakukan sesuatu
pekerjaan
2. Kita hendaklah sepakat / bermuafakat / bekerjasama / saling membantu /
saling menolong dalam sesuatu kegiatan / pekerjaan
3. Kita hendaklah bersungguh-sungguh / gigih / rajin dalam melaksanakan
sesuatu aktiviti / kegiatan / pekerjaan / tugasan.
4. Kita hendaklah mematuhi arahan ketua / pemimpin (dalam kumpulan /
pasukan / organisasi).
5. Kita hendaklah bijak dalam memimpin (kumpulan / pasukan / organisasi).
6. Kita wajiblah hidup berjasa sesama makhluk.
7. Kita hendaklah peka / prihatin / mencontohi / meneladani / meniru sifat-sifat
terpuji.
sse
S E K O L A H A N T A R A B A N G S A S T J O H N ’ S – Y10 Page 54
MALAY FIRST LANGUAGE Tarikh:
Latihan 1: Kosa Kata
A. Tuliskan Sinonim bagi perkataan berikut
Pilihan jawapan:
cergas rajin ikut gigih prihatin meneladani
pasukan pertolongan
tangkas taat kebaikan kegiatan meniru organisasi
bekerjasama pekerjaan bermuafakat ambil berat
PERKATAAN SINONIM (Tulis 2 perkataan)
1. Cekap
2. Sepakat
3. Bersungguh-sungguh
4. Patuh
5. Kumpulan
6. Mencontohi
7. Aktiviti
8. Peka
9. Jasa
Jawab soalan-soalan berikut.
1. Siapakah yang menyusun pentadbiran lebah?
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
2. Nyatakan tujuan lebah membuat sarang di dahan pohon tualang?
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
Serangga yang cergas sentiasa hidup sepakat
3. Pengajaran yang ditunjukkan dalam baris di atas ialah ...
sse S E K O L A H A N T A R A B A N G S A S T J O H N ’ S – Y10 Page 55
MALAY FIRST LANGUAGE Tarikh:
AKTIVITI 3 : KATA ADJEKTIF
Kata adjektif dapat dibahagikan kepada sekurang-kurangnya sembilan jenis, seperti
yang berikut:
Jenis Kata Adjektif Contoh
Kata adjektif sifat/ pandai, cerdik, bijak, gopoh, kuat, lemah, sibuk, sakit, tenang
keadaan biru, hitam, hijau, kekuningan, kelabu, jingga, perang
Kata adjektif warna
Kata adjektif ukuran luas, panjang, pendek, tinggi, rendah
Kata adjektif bentuk bulat, bujur, cembung, segi tiga, segi empat, lonjong
Kata adjektif waktu lewat, awal, lambat, spontan, segera, baru
Kata adjektif cara deras, cepat, perlahan, lembap, laju
Kata adjektif perasaan sayang, rindu, marah, geram, simpati,sedih, kasihan, dendam
Kata adjektif jarak jauh, dekat, hampir
Kata adjektif tawar, manis, masin, cantik, kemas, nyaring, merdu, harum, busuk,
pancaindera kasar, licin
(pandang, dengar,
bau, sentuh dan rasa )
A. Kenal pasti dan garisi kata adjektif yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah.
1. Pak Cik Sharul rajin bersenam setiap petang agar dia sentiasa sihat dan cergas.
2. Keadaan kesihatan Aishah semakin membimbangkan dan wajahnya
kelihatan pucat serta kakinya lemah untuk berjalan.
3. Amirul berasa terharu kerana dihadiahi sebuah kereta berwarna biru oleh
ayahnya.
4. Cikgu Murni gembira kerana menerima hadiah baju berwarna
kuning daripada anak muridnya bersempena hari guru.
5. Lelaki kerdil itu diterima bekerja sebagai pensyarah di kolej kami.
6. Ibu menyimpan barang kemasnya di dalam sebuah kotak kecil di dalam peti
besi.
7. Adik membantu ibu membuat kuih buah kana yang berbentuk lonjong.
8. Kanak-kanak itu kelihatan comel berbaju kurung dan berambut lurus.
9. Peristiwa silam itu masih lagi terbayang dalam ingatannya.
10. Lewat petang baru abang tiba di kampung bersama-sama keluarganya.
11. Ayah amat benci lelaki itu kerana telah menipunya ketika membeli
tanah sawah di hujung kampung.
12. Setiap anak harus menghargai kasih ibu yang pastinya membawa ke syurga.
13. Selera makannya telah tertutup walaupun makanan yang dihidangkan amat
lazat.
sse S E K O L A H A N T A R A B A N G S A S T J O H N ’ S – Y10 Page 56
MALAY FIRST LANGUAGE Tarikh:
14. Adik Umar tidak mahu minum kerana air yang diberikan oleh kakak berasa payau.
15. Ayah memberitahu semua keluarganya bahawa kapal terbang
dari Sarawak hampir mendarat.
16. Perhubungan Amir dan Amar semakin renggang semenjak Amir
melanjutkan pelajarannya ke United Kingdom.
17. Sejak Nurin membeli komputer riba, dia jarang meminjam komputer riba
abangnya.
18. Syahmi kerap kali berulang ke rumah neneknya kerana dia kasihan melihat
neneknya tinggal keseorangan.
19. “Seronoknya, dapatlah kita pergi berjoging kerana cuaca redup pagi ini,”
kata ayah kepada Shah.
20. Lukisan yang dilukisnya tidaklah secantik lukisan abangnya, tetapi
Syahmi berbangga dengan hasil tangannya sendiri.
sse S E K O L A H A N T A R A B A N G S A S T J O H N ’ S – Y10 Page 57
MALAY FIRST LANGUAGE Tarikh:
B. Gariskan kesalahan yang terdapat pada ayat-ayat di bawah. Tulis kata
adjektif yang betul di ruang yang disediakan.
BIL Ayat JAWAPAN
1 Mahasiswa seharusnya lebih kreatif dan berfikiran tinggi.
2 Masa depan Aziz amat terang kerana dia pelajar yang bijak.
3 Istana lama itu canggih kerana dibina daripada kayu tanpa
menggunakan sebatang paku pun.
4 Saliza berasa kaku apabila melakonkan watak nenek semasa
pementasan teater di sekolahnya.
5 Walaupun sudah berusia lebih seratus tahun, jambatan itu
masih gagah.
6 Pergerakan pemain bola jaring yang ligat itu sukar dikawal
oleh pihak lawan.
7 Ahli pengakap yang bersemangat kukuh itu telah menerima
anugerah Pengakap Diraja.
8 Amin dan kawan-kawannya berasa gusar apabila terpaksa
bertemu dengan pasukan yang lebih handal
9 Mata Aina kelihatan murung kerana kurang tidur selama
beberapa hari.
10 Peristiwa lapuk itu masih segar dalam ingatan Azilah.
11 Sejak belakangan ini, badan adik semakin kecil kerana hilang
selera makan.
12 Ibu menghiris daging panggang yang kental itu nipis-nipis
untuk dihidangkan kepada tetamu.
13 Air sungai di kawasan itu menjadi deras kerana musim
kemarau yang berpanjangan.
14 Puan Ainon memotong kaki seluar anaknya kerana terlalu
singkat.
15 Tangan kakak berbau hamis setelah menyiang beberapa
ekor ikan.
sse S E K O L A H A N T A R A B A N G S A S T J O H N ’ S – Y10 Page 58
MALAY FIRST LANGUAGE Tarikh:
AKTIVITI 3 : Penulisan / Karangan Deskriptif
Tuliskan cara anda menjaga kesihatan diri.
___________________________________________________________________________

sse S E K O L A H A N T A R A B A N G S A S T J O H N ’ S – Y10 Page 59

Communication: / 10
Accuracy of Grammar and
Structures: / 10 Range,
Variety and Appropriateness: / 10
Jumlah Markah: / 30
Komen Guru: _____________________________________________________________
sse S E K O L A H A N T A R A B A N G S A S T J O H N ’ S – Y10 Page 60
MALAY FIRST LANGUAGE Tarikh:
TEMA 2 : KESIHATAN ( III )
Kepentingan Makanan Berkhasiat
Aktiviti 1 – Pemahaman / Bacaan
Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak
menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat. Ramai juga yang tidak
menyedari akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan
kesihatan yang baik. Punca utama serangan penyakit-penyakit tenat seperti kanser
dan penyakit jantung ialah kerana tidak memakan makanan yang sempurna dan
kurang memakan makanan yang berkhasiat serta kurang bersenam. Corak
pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Pepatah
ada mengatakan, “ Diri Anda Ialah Apa Yang Anda Makan ” dan kenyataan ini
benar dalam soal kesihatan.
Malaysia dikatakan mempunyai masalah obesiti yang serius.
“ Empat daripada sepuluh orang dewasa yang melebihi usia 18 tahun di negara ini
sama ada mengalami kegemukan atau terlebih berat badan (obesiti). ”
Sumber dari berita harian
Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh
badan. Manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan menjaga
kesihatan. Media massa turut mempopularkan pemakanan seimbang menerusi
pelbagai program dan penulisan artikel mengenai pemakanan yang sihat ini. Oleh
itu, wujud pelbagai kebaikan daripada makanan seimbang ini.
1. Pembesaran manusia itu lebih sempurna daripada aspek fizikal.
Tubuh badan menerima semua keperluan zat yang diperlukan untuk membina tubuh
badan yang kuat daripada keperluan fizikal manusia. Keupayaan fizikal yang ketara
ini menjadikan seseorang manusia itu boleh menjalankan tugasnya dengan begitu
baik dan sempurna. Jelaslah, pemakanan seimbang menjadikan fizikal manusia itu
lebih baik berbanding manusia lain yang kurang menjaga aspek pemakanannya.
2. Memberikan vitamin yang cukup kepada badan.
Keperluan vitamin yang cukup ini menjadikan tubuh manusia itu lebih tahan untuk
menghadapi sebarang jangkitan penyakit atau tidak mudah untuk jatuh sakit.
Kesihatan manusia dikatakan perkara yang paling penting dalam kehidupan
seseorang itu. Sesungguhnya, manusia yang mengamalkan pemakanan seimbang
akan mempunyai kesihatan yang sihat sejahtera sahaja. Page 61
sse S E K O L A H A N T A R A B A N G S A S T J O H N ’ S – Y10
MALAY FIRST LANGUAGE Tarikh:
3. Mampu mengawal kadar obesiti.
Salah satu aspek utama dalam pemakanan seimbang ialah manusia perlulah
mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi cukup khasiat yang diperlukan
oleh badan. Pengawalan pemakanan sebegi menjadikan tubuh seseorang itu tidak
terlalu gemuk dan memudahkan mereka untuk menjalankan pelbagai aktiviti
terutama aktiviti senaman yang mampu menyihatkan badan pula. Oleh itu, obesiti
mampu diatasi jika seseorang itu mempunyai diet pemakanan seimbang dalam
hidupnya.
4. Perkembangan mental seseorang itu tidak terganggu.
Kekurangan zat makanan yang tertentu boleh menjadikan mental seseorang itu tidak
cukup cerdas atau mudah letih apabila cuba menyelesaikan sesuatu perkara yang
dialami dalam kehidupan seseorang itu. Keadaan ini menjadikan seseorang itu gagal
berfikir untuk menyelesaikan masalahnya dengan lebih efektif berbanding dengan
individu yang seimbang aspek pemakanannya. Jadi, pemakanan seimbang
menjadikan aspek mental manusia lebih stabil dan berdaya tahan.
Kesimpulannya
Kita perlu mengambil makanan yang seimbang kerana semua kepentingannya
sudah dinyatakan tadi. Bukan sahaja individu tetapi masyarakat dan seterusnya
negara akan menerima kesan positif daripada pemakanan yang baik ini. Jika
masyarakat masih ingkar dan tidak mahu berubah sudah pasti jumlah pesakit
penyakit kronik di negara ini akan bertambah pula. Ketika itu mungkin sudah terlewat
untuk kita semua mengambil langkah pencegahannya. “Tepuk dada tanya selera”.
Makanan Seimbang Kurangkan Risiko Penyakit Berbahaya
Pengambilan makanan berkhasiat, berzat dan seimbang sering disarankan untuk
memastikan anda sentiasa sihat dan bebas daripada pelbagai penyakit berbahaya.
Ini kerana pengambilan makanan seimbang dalam diet seharian dapat membantu
mengurangkan risiko beberapa penyakit, termasuk kanser, serangan jantung dan
angin ahmar, tekanan darah tinggi, lebihan kolesterol, osteoporosis dan spina bifida.
Sejauh manakah makanan dapat membantu anda menjauhkan diri daripada
penyakit berbahaya?
1. Kanser (Barah)
Makan buah-buahan dan sayur-sayuran dapat membantu mengurangkan risiko
kanser kolon, perut, paru-paru dan esofagus. Bagaimanapun, bukti yang
menunjukkan pengurangan risiko itu tidak sekuat sebagaimana kanser payu dara dan
prostat.
sse S E K O L A H A N T A R A B A N G S A S T J O H N ’ S – Y10 Page 62
MALAY FIRST LANGUAGE Tarikh:
Diet tinggi lemak sering dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser prostat, kolon,
rektum dan endometrium. Bagaimanapun diet tinggi lemak sukar dikaitkan dengan
kanser payu dara tetapi ada bukti menunjukkan bahawa lemak tepu memainkan
peranan penting dalam meningkatkan risiko kanser.
2. Serangan jantung dan angin ahmar (Strok)
Satu kajian mendapati mereka yang mengikuti garis panduan pemakanan
disarankan Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) mengalami 28% dan 14%
pengurangan risiko terhadap serangan jantung dan strok berbanding mereka yang
tidak mengikuti garis panduan itu.
3. Lebihan kolesterol
Kurangkan pengambilan lemak, terutama lemak tepu akan merendahkan risiko
mengalami lebihan kolesterol di dalam darah, sekaligus risiko terhadap penyakit
jantung koronari.
4. Tekanan darah Tinggi
Mengambil banyak buah-buahan dan sayur-sayuran (8 hingga 10 hidangan) diikuti
diet rendah lemak dan mengambil produk tenusu (3 hidangan sehari) boleh
mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan merendahkan tekanan darah,
sekaligus mengurangkan risiko terhadap penyakit jantung koronari.
5. Osteoporosis
Mendapat kalsium secukupnya akan melindungi anda daripada osteoporosis.
Kalsium dijumpai dalam produk tenusu, sayuran hijau dan banyak lagi produk yang
diperkaya dengan kalsium.
6. Spina Bifida
Mengambil makanan yang mengandungi asid folik seperti sayur-sayuran hijau atau
asid folik yang diperkaya dengan bijirin sebelum dan ketika hamil dapat membantu
melindungi bayi daripada mengalami spina bifida.
Tips Diet Seimbang
Antara beberapa tips diet seimbang yang boleh diamalkan.
1. Banyakkan makan makanan yang berbuah.
Kalau nak kira memang banyak sebenarnya buah yang sedap lagi berkhasiat.
Diantaranya ialah buah apple, nenas, pisang, bawang putih, gandum, kentang, dan
buah betik. Semua jenis buah yang disebut ini sebenarnya banyak khasiat tersendiri.
2. Banyakkan juga memakan kekacang.
Kacang pea, kekacang dan lentil adalah kaya dengan protein, karbohidrat, gentian
dan beberapa vitamin (terutamanya vitamin B). Kacang soya yang sangat kaya
dengan protein tumbuhan – boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti susu
kacang soya, tauhu, tempe, protein sayuran bertekstur dan taugeh.
sse S E K O L A H A N T A R A B A N G S A S T J O H N ’ S – Y10 Page 63
MALAY FIRST LANGUAGE Tarikh:
3. Banyakkan minum air.
Air adalah sangat penting untuk fungsi-fungsi tubuh anda, termasuk penghadaman,
penyerapan dan pengangkutan zat, perkumuhan, pengawalan suhu badan dan
bertindak sebagai pelincir bahagian tubuh yang bergerak. Tubuh kita akan
kehilangan lebih kurang 11/2 hingga 21/2 liter air dalam satu hari melalui air kencing,
tinja, peluh dan wap daripada paru-paru. Jangan tunggu sehingga sudah berasa
dahaga, untuk menggantikan cecair yang telah hilang dari badan. Minum sekurang-
kurangnya 6 hingga 8 gelas air setiap hari. Cecair juga boleh didapati daripada
minuman lain, buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan lain.
4. Kurangkan kandungan lemak dalam makanan.
Sebenarnya lemak itu penting, tetapi dalam diet harus menyumbangkan 20% hingga
30% sahaja dalam jumlah keperluan tenaga harian.Jadi, oleh itu kita harus elakkan
pengambilan lemak berlebihan dengan:
• Memilih makanan yang rendah lemak dan kolesterol.
• Menggunakan minyak masak dalam kuantiti yang sedikit sahaja.
• Mengurangkan penggunaan santan atau minyak kelapa dalam masakan.
• Memilih daging tanpa lemak, serta membuangkan kulit jika boleh (contoh: kulit
ayam).
• Menghadkan penggunaan lemak yang boleh dilihat (seperti marjerin, mentega,
minyak salad, krim dan mayonis).
• Mengamalkan kaedah masakan alternatif (seperti membakar, menggunakan
ketuhar gelombang mikro atau mengukus) daripada menggoreng.
5. Kurangkan gula.
Makanan yang diproses dan makanan manis seperti kek coklat dan aiskrim
mengandungi banyak gula yang memberikan sejumlah besar kalori tanpa khasiat
makanan atau serat.Kehadiran gula juga menggantikan makanan yang berkhasiat
dan menyingkirkan beberapa vitamin dan galian dari tubuh.Memakan gula yang
berlebihan bermakna anda menanggung risiko kerosakan gigi, kegemukan dan
masalah-masalah lain yang dikaitkan dengannya seperti kencing manis, serangan
jantung dan sebagainya.
6. Kurangkan garam
Makanan segera, makanan dalam tin, daging yang diawet dan makanan ringan
bergaram seperti kentang goreng, mengandungi terlalu banyak garam. Memakan
terlalu banyak garam boleh menyebabkan tekanan darah tinggi yang akhirnya boleh
membawa kepada serangan jantung atau strok.Sesetengah orang mungkin
menghadapi masalah terlalu banyak air di bawah kulit (edema).
sse S E K O L A H A N T A R A B A N G S A S T J O H N ’ S – Y10 Page 64
MALAY FIRST LANGUAGE Tarikh:
A. Berdasarkan teks, berikan isi-isi penting. Kesan
Kelebihan
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
sse S E K O L A H A N T A R A B A N G S A S T J O H N ’ S – Y10 Page 65
MALAY FIRST LANGUAGE Tarikh:
Aktiviti Tambahan – Pemahaman / Bacaan
Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.
KELUARGA DAN GAYA HIDUP
Saya mempunyai sebuah keluarga yang 1)_____________________. Keluarga saya
terdiri daripada lima orang iaitu ibu, bapa, datuk, adik dan saya. Nama ibu saya ialah
Puan Santha Kumari. Dia berkerja sebagai pengurus kewangan in sebuah syarikat Nama
ayah saya ialah Encik Nadarajan. Dia berkerja sebagai Penguasa Kastam. Datuk saya ialah
bekas Guru Sesar Sekolah Tamil. Nama beliau ialah Encik Vasudevan. Umur datuk saya
tujuh puluh tiga tahun. Nama adik perempuan saya ialah Vaiesshnavee. Dia belajar di
Tahun 7 di sekolah saya.
Setiap hari Sabtu , kami sekeluarga akan pergi ke tasik di Kota Kemuning untuk 2)
_______________________. Kami juga akan membawa bola untuk bermain di padang
di sebelah tasik itu. Datuk saya akan 3) ________________________ saya dan adik saya
setiap hari. Kami sungguh gembira apabila belajar bersama datuk. Kami sekeluarga juga
suka menonton rancangan kartun “Tom and Jerry” dan “Mr Bean”. Saya suka 4)
________________________ apabila saya membaca buku cerita. Saya suka keadaan
yang 5)________________________ apabila membaca. Begitu juga apabila saya
mendengar lagu di radio pada waktu malam.
Apabila saya membuat kerja di komputer, saya tidak suka 6)
___________________ oleh ahli keluarga. Walaupun ada beberapa perkara yang saya
suka membuat sendirian, tetapi keluarga saya amat 7) ______________________
bagi saya. Ibu bapa dan datuk saya telah banyak 8) _________________________
demi kegembiraan saya. saya sangat 9) ___________________ kasih sayang dan
pengorbanan mereka, dan berjanji akan belajar bersungguh-sungguh dan
memperoleh 10) _________________ yang cemerlang sebagai membalas jasa
mereka.
sse S E K O L A H A N T A R A B A N G S A S T J O H N ’ S – Y10 Page 66
MALAY FIRST LANGUAGE Tarikh:
A. Jawab soalan berikut:
1. Apakah pekerjaan ibu dan bapa penulis?
______________________________________________________________________________
2. Apakah yang dilakukan oleh keluarga penulis pada setiap hari Sabtu?
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
3. Nyatakan aktiviti yang dilakukan oleh penulis apabila dia bersendirian?
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
4. Siapakah yang amat memahami ketika penulis hendak bersendirian?
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
5. Apakah rancangan yang mereka sekeluarga suka tonton?
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
sse S E K O L A H A N T A R A B A N G S A S T J O H N ’ S – Y10 Page 67
MALAY FIRST LANGUAGE Tarikh:
Aktiviti 2 – Lisan / Aktiviti Keluarga
Lihat gambar di bawah dengan teliti. Apakah perkataan yang
berkaitan dengan aktiviti bersama keluarga ini?
Jawapan:
Apakah yang aktiviti yang boleh kita lakukan untuk
mengeratkan hubungan dengan keluarga?
1) 2) 3)
4) 5) 6)
sse S E K O L A H A N T A R A B A N G S A S T J O H N ’ S – Y10 Page 68
MALAY FIRST LANGUAGE Tarikh:
Aktiviti 3 – Tatabahasa / Penjodoh Bilangan
A. Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.
genggam papan hiris jambangan laras
kaki ikat baris orang naskhah
1. Pak Ahmad membaca se _________ majalah di ruang tamu.
2. Abang mengambil se_ __________baja lalu ditaburkan di atas batas pokok
kacang.
3. Beberapa __________almari di pusat sumber itu digunakan untuk
meletakkan pelbagai jenis bahan bacaan.
4. Suasana menjadi bingit apabila sekumpulan penduduk membakar beberapa
mercun sempena Tahun Baru Cina.
5. Terdapat beberapa _________meriam lama di atas puncak Kota
Melawati.
6. Mak Limah membawa se _________ payung kerana cuaca kelihatan
mendung.
7. Suzana mempunyai se _______ abang yang tinggal di Kuala Lumpur.
8. Johan hanya memakan beberapa _______ mangga kerana buah itu amat
masam.
9. Mak Senah membeli se _________bayam untuk dimasak gulai lemak.
10. Shuhada menempah beberapa _________ bunga untuk majlis hari lahir
adiknya.
sse S E K O L A H A N T A R A B A N G S A S T J O H N ’ S – Y10 Page 69
MALAY FIRST LANGUAGE Tarikh:
B. Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.
1. Pak Mail membawa se______ pisang 2. Se_________tembikai itu berharga RM6.00
A. buah
pulang dari kebunnya . B. biji
C. ekor
A. buah D. pasang
B. tandan
C. ekor
D. biji
3. Juhaira ternampak beberapa burung 4. Dua_______bas digunakan untuk lawatan
hinggap di atas pokok kelapa. ke Kuala Terengganu.
A. tandan A. biji
B. sikat B. buah
C. potong C. pasang
D. ekor D. ekor
5. Emak menghadiahkan se_____ baju 6. Abang menggali lubang dengan
kurung untuk Nadia. menggunakan se______cangkul.
A. gulung A. batang
B. keping B. pucuk
C. lembar C. bilah
D. pasang D. urat
7. Tiga______ bunga ros menghiasi pasu 8. Dua_____filem digunakan untuk
kecil di atas meja itu. mengambil gambar perkahwinan Hazlin.
A. kuntum A. lembar
B. helai
C. keping B. keping
D. butir
C. buah
D. gulung
9. Se______kasut sukan Adidas 10. Se______pisang itu berharga RM4.00
A. tandan
berhargaRM200.00 B. biji
C. pokok
A. ekor D. sikat
B. pasang
C. tandan
D. keping
A. Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.
Fahmi menulis senarai barang yang hendak dibeli pada (1)
__________kertas. Ibunya menyuruh dia membeli dua (2) ___________ sabun
basuh, satu kilogram bawang merah, satu (3) ______ tali rafia, se(4) pisang
dan tiga (5)________________ anggur sebagai pencuci mulut,lima papan petai
untuk dibuat ulam.
sse S E K O L A H A N T A R A B A N G S A S T J O H N ’ S – Y10 Page 70
MALAY FIRST LANGUAGE Tarikh:
B. Betulkan kesalahan penggunaan penjodoh bilangan yang terdapat dalam
ayat di bawah.
1. Akibat cuaca yang terlalu panas, Salim meneguk beberapa titis air dalam masa
yang singkat sahaja.
[]
2. Adik menggosok badannya dengan sepapan sabun mandi.
[]
3. Alia memberikan sehelai nasi kepada ayam jantan kesayangannya.
[]
4. Kakak membelikan saya sepotong anting-anting yang cantik.
[]
5. Aliza kehilangan sebiji cincin berlian yang mahal harganya.
[]
6. Lucy memasukkan sebuah garam ke dalam kari yang sedang menggelegak.
[]
6. Pengemis tersebut menjumpai segugus roti di dalam tong sampah.
[]
8. Rosie menggubah sekeping bunga untuk diletakkan di ruang tamu.
[]
sse S E K O L A H A N T A R A B A N G S A S T J O H N ’ S – Y10 Page 71
MALAY FIRST LANGUAGE Tarikh:
Aktiviti 4 : Karangan Pendek
Penjagaan Kesihatan diri
A. Bina 5 ayat berdasarkan gambar di bawah:
1_____________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________
2.__________________________________________________________________________________ __
______________________________________________________________________________________
3.____________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________
4.____________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________
5.____________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________
sse S E K O L A H A N T A R A B A N G S A S T J O H N ’ S – Y10 Page 72
MALAY FIRST LANGUAGE Tarikh:
Aktiviti Tambahan : Penulisan
Gambar di atas menunjukkan sebuah keluarga yang kelihatan sihat dan gembira.
Mereka terdiri daripada ibu, bapa, datuk nenek, dan anak-anak. Ceritakan pula
tentang keluarga anda menjaga kesihatan harian yang mungkin boleh diamalkan
oleh pembaca. (130-140 perkataan)
__________________________________________________________________________________

sse S E K O L A H A N T A R A B A N G S A S T J O H N ’ S – Y10 Page 73

Accuracy of Grammar and Structures: / 10 Range,
Variety and Appropriateness: / 10
Jumlah Markah: / 30
Komen Guru: _____________________________________________________________
sse S E K O L A H A N T A R A B A N G S A S T J O H N ’ S – Y10 Page 74
MALAY FIRST LANGUAGE Tarikh:
TEMA 2 : KESIHATAN ( III )
7 Tips Menjaga Kesihatan Diri
AKTIVITI 1 : PEMAHAMAN / BACAAN
Untuk menjalani kehidupan yang sihat, adalah penting untuk menjaga tubuh anda.
Sentiasa pantau berat badan anda adalah salah satu cara untuk mengekalkan gaya
hidup yang sihat. Obesiti pada hari ini telah menjadi isu semasa dan ini adalah penting
untuk memberi perhatian khusus kepada diet dan aktiviti fizikal. Anda tidak perlu untuk
merosakkan kehidupan anda dengan masalah yang berkaitan dengan kesihatan.
Jangka hayat organ-organ penting anda seperti hati, paru-paru, perut, dan lain-lain
meningkat dengan makan sihat. Hidup sihat dan santai tidak hanya termasuk diet
yang seimbang dan bersenam tetapi juga pemikiran yang positif. Jom kita lihat 7 Tips
Kesihatan Yang Mudah Dan Berguna Dalam Menerajui Hidup Sihat.
BANYAKKAN MINUM AIR
Orang ramai tidak minum air secukupnya. Air merupakan sumber asas yang sangat
penting untuk fungsi badan kita. Kira-kira 60% daripada badan terdiri daripada air dan
ia adalah ramuan penting dalam menjalankan fungsi tubuh badan kita. Ia juga dapat
membantu dalam menyingkirkan bahan buangan dan membawa oksigen dan
nutrien ke seluruh badan. Badan kita kehilangan air sepanjang masa melalui
perpeluhan, air kencing, pernafasan dan lain-lain. ia adalah penting bahawa
peratusan air dikekalkan dalam badan supaya fungsinya boleh pergi tanpa apa-apa
masalah.
Satu lagi faedah minum air banyak adalah ia membantu dalam mengurangkan berat
badan. Air mengisi perut anda, membuat anda kurang lapar supaya anda tidak akan
makan terlalu banyak. Menyediakan bekalan air setiap hari untuk badan anda bagi
memastikan badan anda dapat membuat pencernaan dan membuang segala
benda yang tidak baik dalam badan anda.
sse S E K O L A H A N T A R A B A N G S A S T J O H N ’ S – Y10 Page 75
MALAY FIRST LANGUAGE Tarikh:
Tahap air yang diperlukan dalam badan anda bergantung kepada beberapa faktor
seperti kelembapan, berat, dan aktiviti fizikal. Tetapi seorang manusia biasa
sepatutnya minum air setidak-tidaknya antara 2,7-3,7 liter air setiap hari.
PASTIKAN DIRI KARANG CUKUP TIDUR
Rehat adalah satu bahagian penting
dalam kehidupan yang sihat. Apabila
anda tidak tidur dengan baik, anda
akan cenderung untuk makan lebih
banyak makanan ringan. Ini bermakna
anda akan memasukkan makanan
ringan dalam badan anda yang tidak
baik untuk kesihatan tidak kira dalam
apa jua cara. Kalau anda nak tahu
kurang tidur juga boleh membawa
kepada penuaan pra-matang.
BERMEDITASI
Bertafakur adalah cara terbaik untuk
menenangkan fikiran. Ia mempunyai
kesan positif ke atas fikiran anda dan
membawa ketenangan dalam hidup
anda. Minda yang tenang membawa
kepada kehidupan yang bahagia dan
sihat. mempunyai pemikiran positif
adalah penting untuk kehidupan yang
sihat dan meditasi membantu dengan
pemikiran yang positif.
BERSENAM
Kerap bersenam adalah kunci kepada
hidup sihat. Aktiviti fizikal adalah
bahagian penting daripada rutin harian
anda kerana ia meningkatkan jangka
hayat, membantu dengan penurunan
berat badan, memberikan kepadatan
tulang yang lebih tinggi, dan
mengurangkan risiko penyakit. Anda
boleh menyertai gimnasium atau hanya mengambil sukan kegemaran anda dan
bermain dengan kerap. Bersenam bukan sahaja tentang membuat badan anda
menderita, ia mengenai menikmati gaya hidup yang sihat. Anda boleh pelbagaikan
senaman itu supaya nampak menarik dan menyeronokkan supaya anda boleh terus
melakukan aktiviti tersebut.
sse S E K O L A H A N T A R A B A N G S A S T J O H N ’ S – Y10 Page 76
MALAY FIRST LANGUAGE Tarikh:
DIET YANG SEIMBANG
Mempunyai diet yang seimbang adalah
penting. Banyakkan makan buah-
buahan kerana mereka mempunyai
banyak mineral dan vitamin. Makan
buah-buahan segar adalah satu
bahagian penting dalam kehidupan
sihat. Sayur-sayuran juga sama
pentingnya dengan buah-buahan.
Sayur-sayuran dan buah-buahan yang
mempunyai warna-warna terang kaya
dengan anti-oksida. Pastikan anda memasukkan produk-produk makanan itu dalam
diet anda.
JAUHKAN DIRI DARI MAKANAN YANG DIPROSES
Makan makanan yang diproses
bukanlah satu idea yang baik. Ia tidak
baik untuk kesihatan kerana makanan
akan kehilangan nilai khasiatnya
selepas diproses, dan bahan pengawet
yang ditambah kepadanya tidak baik
untuk kesihatan sama sekali.
Kandungan garam sangat tinggi
dalam kebanyakan makanan yang
diproses. Ia boleh membawa kepada
tekanan darah tinggi dan penyakit
jantung. Sentiasa memilih produk segar
ke atas orang-orang yang diproses untuk mendapatkan nutrisi yang terbaik.
JANGAN LUPA UNTUK MENDAPATKAN INSURAN KESIHATAN
Mempunyai insurans kesihatan adalah
penting. Kos perubatan pada hari ini
amatlah tinggi lebih-lebih lagi melibatkan
kes kecemasan. Bukan sahaja ia boleh
membantu anda dari segi perubatan
sahaja malah membantu anda untuk
mengekalkan ketenangan fikiran dari
memikirkan masalah bil-bil hospital.
Terdapat beberapa syarikat-syarikat
yang menyediakan Insurans Perubatan
yang bagus, dan ia merupakan bantuan
segera untuk kesihatan yang baik.
sse S E K O L A H A N T A R A B A N G S A S T J O H N ’ S – Y10 Page 77
MALAY FIRST LANGUAGE Tarikh:
A. Berdasarkan teks, berikan isi-isi penting.
Kelebihan Kesan
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
sse S E K O L A H A N T A R A B A N G S A S T J O H N ’ S – Y10 Page 78
MALAY FIRST LANGUAGE Tarikh:
AKTIVITI TAMBAHAN : PEMAHAMAN / KOMSAS 1
Guruku
Harapanmu suatu perjuangan
Harapanmu suatu pengorbanan
Guruku
Kejayaan yang kau idamkan
Keringatmu dan impianmu
Terserlah menjadi kenyataan
Itulah janjiku kepadamu
Guruku
Azammu suci dan tulus
Membakar diri menerangi kami
Di matamu kami adalah sama
Tiada yang pintar atau dungu
Kasihmu tiada memilih
Membimbing kami ke sana
Ke puncak menara ilmu.
A. Jawab semua soalan berdasarkan sajak diatas.
1. Apakah tajuk yang sesuai bagi puisi ini ?
_____________________________________________________________________________
2. Membakar diri menerangi kami bermaksud...
_____________________________________________________________________________
3. “Puncak menara ilmu‟ merujuk kepada...
_____________________________________________________________________________
4. Apakah yang tidak benar tentang puisi ini?
A. Guru pemuisi seorang yang bertanggungjawab
B. Guru pemuisi sedang melanjutkan pelajaran di universiti
C. Guru pemuisi seorang yang tekun dan tabah
D. Guru pemuisi mahu semua pelajarnya berjaya
sse S E K O L A H A N T A R A B A N G S A S T J O H N ’ S – Y10 Page 79
MALAY FIRST LANGUAGE Tarikh:
5. Tuliskan nilai-nilai yang terdapat dalam sajak di atas.
• ___________________________________
• ___________________________________
• ___________________________________
6. Pada pendapat anda, apakah maksud yang ingin disampaikan dalam
rangkap kedua sajak?
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
7. Nyatakan pengajaran yang boleh diambil daripada sajak.
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
AKTIVITI TAMBAHAN : PEMAHAMAN / KOMSAS 2
A. Baca pantun di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
Matahari terlindung cuaca redup,
Budak bermain senangnya hati;
Ilmu itu pelita hidup,
Harus dicari hingga ke mati.
Gembira sungguh di hari raya,
Tetamu datang tiada henti;
Kaya ada bermacam kaya,
Ilmu di dada paling bererti.
Pak Lebai memakai kopiah,
Sambil tersenyum melayan tetamu;
Mencari ilmu bukannya payah,
Asalkan rajin tak kenal jemu.
Hati gembira apabila bertemu,
Setelahlama asyik berjauhan;
Membaca itu jambatan ilmu,
Rajin bertanya luas pengetahuan.
sse S E K O L A H A N T A R A B A N G S A S T J O H N ’ S – Y10 Page 80
MALAY FIRST LANGUAGE Tarikh:
1. Apakah maksud baris 'Ilmu itu pelita hidup'?
A. Ilmu dapat mencerahkan kehidupan manusia.
B. Pelita diperlukan semasa mencari ilmu.
C. Ilmu akan dibawa hingga ke mati.
D. Ilmu itu dapat menghidupkan pelita.
2. Perkataan 'payah' dalam rangkap ketiga sama ertinya dengan
A. rahsia
B. seksa
C. sukar
D. mudah
3. Menurut puisi di atas, sikap suka bertanya boleh…
A. menjadikan seseorang itu kaya dengan ilmu.
B. membantu seseorang semasa membaca untuk mencari ilmu.
C. menambah pengetahuan orang yang bertanya itu.
D. menjadi jambatan ilmu kepada orang yang rajin membaca.
4. Semua pernyataan berikut adalah benar, kecuali
A. kita jangan berasa bosan dalam mencari ilmu.
B. kekayaan yang paling bermakna ialah kaya ilmu'.
C. membaca merupakan salah satu cara mendapatkan ilmu.
D. Ilmu baik dan ilmu jahat boleh diamalkan dan dijauhi.
5. Tajuk yang paling sesuai bagi puisi di atas ialah
A. Mari Berpuisi
B. Faedah Ilmu
C. Pantun Ilmu
D. llmu Dalam Pantun
B. Baca pantun di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
1. Tuliskan Gaya Bahasa yang terdapat dalam pantun di atas.
A. ______________________
B. ______________________
C. ______________________
2. Pada pendapat anda, apakah maksud yang ingin disampaikan dalam rangkap
terakhir pantun?
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
3. Nyatakan pengajaran yang boleh diambil daripada pantun.
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
sse S E K O L A H A N T A R A B A N G S A S T J O H N ’ S – Y10 Page 81
MALAY FIRST LANGUAGE Tarikh:
AKTIVITI 3 : Tatabahasa / Kata Kerja Aktif
A. Pilih jawapan yang betul.
1) (Penebangan, Penanaman) hutan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab
telah merosakkan ekosistem kawasan hutan.
2) Orang ramai (bergayut, berebut) untuk menaiki komuter yang baru tiba itu.
3) Kapten kapal dagang itu mengarahkan anak-anak kapalnya
(menghulurkan, melabuhkan) sauh berhampiran dengan dermaga.
4) Pak Hamid (menjolok, memulas) beberapa biji buah kepala dengan
menggunakan sebatang galah.
5) Lelaki tidak siuman itu telah mati akibat (dilanyak,digilis) oleh kereta api ketika
dia melintas di kawasan itu.
6) Jasni sungguh (terpegun, terharu) melihat pedang bertatah emas dan permata
asli di pameran itu.
B. Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai
merindui bersuamikan menendang menceritakan
berbantalkan menghadapi
menjala menangkap menarik menjalankan
membiarkan menjual
menulis menjauhi
mempertemukan
1. Dia ________________ pengalamannya di luar negara.
2. Ibu sedang _______________ anaknya.
3. Dia _________________ seorang doktor.
4. Dia banyak _____________ masalah.
5. Kakak _________________ tangan adik dengan kuat.
6. Kami ________________ bola itu dengan deras.
7. Bapa saya sedang _________________ tugas.
8. Dia tidur dengan __________________ lengan.
9. Kucing itu ____________________ seekor burung.
10. Perempuan itu _______________ sayur.
11. Bapa sedang ____________________ surat.
12. Pak Abu _______________ ikan.
13. Orang ramai diminta _________________ kawasan itu.
14. “Kita tidak harus __________________ perkara ini berterusan,” kata ketua
kampung.
15. Pihak polis ________________ ibu itu dengan anaknya.
sse S E K O L A H A N T A R A B A N G S A S T J O H N ’ S – Y10 Page 82
MALAY FIRST LANGUAGE Tarikh:
C. Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul
Gugur bergurau runtuh bersolek terhumban Berguguran Berbaring
berehat tersusun tersenyum mandi berkibar berpandangan
1. Adik sedang ___________ di sungai dengan ayah.
2. Buah durian itu belum _______________ .
3. Bukit itu _____________ pada pagi semalam
4. Mereka ______________ di bawah pokok.
5. Salleh suka _____________ dengan adiknya.
6. Ayah ______________ di atas tikar.
7. Mary ______________ di dalam biliknya
8. Lori itu ______________ ke dalam sungai.
9. Bukunya _______________ di dalam almari.
10. Zamri ________________ kepada Nabila
11. Dedaun kering itu _____________ ditiup angin.
12. Bendera sekolah ______________ di puncak tiang.
13. Mereka terkejut dan saling ____________ setelah mendengar bunyi yang ganjil itu.
D. Lengkapkan ayat di bawah dengan jawapan yang betul.
menjadi runtuh beransur hinggap berdoa
beratap memutih berbual-bual
menguning tinggal
1. Keadaan di kampung itu baik setelah harimau itu ditembak.
2. Kami di kampung sejak sepuluh tahun yang lalu.
3. Pelancong itu kagum melihat padi di sawah yang sedang .
4. Pengemis itu tidur embun.
5. Mei Ling bercita-cita untuk guru.
6. Pohon yang rimbun itu adalah tempat burung-burung .
7. Miza selalu semoga kedua-dua orang ibu dan bapanya sihat selalu.
8. Bangunan lama itu telah dalam kejadian gempa bumi.
9. Rambut datuk kerana usianya telah lanjut.
10. Ayah sedang di telefon.
sse S E K O L A H A N T A R A B A N G S A S T J O H N ’ S – Y10 Page 83
MALAY FIRST LANGUAGE Tarikh:
Aktiviti 4 : Penulisan / Fakta
Berikan pandangan anda tentang obesiti di kalangan remaja di Malaysia.

sse S E K O L A H A N T A R A B A N G S A S T J O H N ’ S – Y10 Page 84

Komen Guru: _____________________________________________________________________
sse S E K O L A H A N T A R A B A N G S A S T J O H N ’ S – Y10 Page 85
MALAY FIRST LANGUAGE Tarikh:
TEMA 3 : DUNIA PEKERJAAN ( I )
Persiapan-Persiapan Untuk Menghadapi Alam Pekerjaan
AKTIVITI 1 : PEMAHAMAN / BACAAN
Setiap individu mempunyai cita-cita tersendiri yang menjadi impian untuk dicapai
suatu ketika nanti. Kita sedia maklum bahawa setiap peringkat dalam kehidupan
seseorang individu berkait rapat dengan keperluan dan kematangan masing-masing
dalam menghadapi sesuatu situasi atau konflik. Misalnya peringkat kanak-kanak dan
remaja dikaitkan dengan alam persekolahan manakala peringkat dewasa lebih
cenderung kepada alam pekerjaan yang pada dasarnya menentukan taraf hidup
seseorang individu sama ada mampu menampung keperluan diri, keluarga, dan
sebagainya dalam menjalani kehidupan yang semakin mencabar. Persoalannya,
apakah persiapan-persiapan yang wajar dilakukan untuk menghadapi alam
pekerjaan. Justeru, bagi merungkai persoalan ini, saya akan menerangkan secara
teliti dan terperinci tentang persediaan-persediaan yang perlu dilakukan untuk
menghadapi alam pekerjaan.
Antara persiapan untuk menghadapi alam pekerjaan adalah berkaitan dengan
kelayakan akademik yang sesuai dengan pengkhususan pekerjaan. Hal ini kerana,
jika seseorang individu ingin meneceburkan diri dalam sesuatu bidang pekerjaan
sudah tentu pihak majikan akan meneliti tentang kemahiran atau kebolehan yang
setaraf dengan sektor atau jabatan yang dapat dijawat melalui kelayakan
akademiknya. Sebagai contoh, individu yang mempunyai kelayakan akademik
dalam bidang perubatan kebiasaannya akan menceburkan diri dalam bidang sama
atau berkaitan dengan pengkhususan kemahiran seperti ahli farmasi, doktor pakar,
jururawat, pakar bedan dan sebagainya. Kesannya, seseorang individu dapat
menumpukan perhatian ketika di bangku sekolah terhadap bidang yang berkaitan
dengan pengkhususan pekerjaan yang sesuai dengan cita-citanya agar dapat
mengelakkan pengangguran akibat tidak memenuhi kriteria yang sepatutnya ada
apabila berkhidmat di bawah sesebuah agensi sama ada kerajaan mahupun swasta.
Justeru, jelaslah bahawa kelayakan akademik amat penting bagi seseorang
membuat persediaan menempuh alam pekerjaan.
Selain itu, seseorang individu juga hendaklah bersedia dari segi fizikal dan mental
sebelum memasuki alam pekerjaan. Hal ini demikian kerana, seseorang pekerja
seharusnya mempunyai fizikal dan mental yang kuat untuk membolehkan mereka
menghadapi tekanan kerja yang boleh memudaratkan bukan sahaja emosi malah
kesihatan sekiranya tidak dapat ditangani dengan baik. Contohnya, sekiranya
seseorang individu tidak biasa melaksanakan tugasan-tugasan yang berat dan
menguji kesabaran secara tidak langsung dapat menggangu emosi dan fikiran yang
bercelaru sehingga satu tahap boleh mengundang penyakit serius seperti tekanan
darah tinggi, migraine, dan sebagainya. Impaknya, apabila individu itu berkhidmat
dalam pekerjaan, akan menyukarnya untuk mengekalkan pretasi dan
berkemungkinan besar boleh dipecat oleh majikan. Natijahnya, jelaslah bahawa
seseorang individu perlulah bersedia dari segi mental dan fizikal sebelum memasuki
alam pekerjaan.
sse S E K O L A H A N T A R A B A N G S A S T J O H N ’ S – Y10 Page 86
MALAY FIRST LANGUAGE Tarikh:
Seterusnya, seseorang individu juga hendaklah mempertimbangkan tentang
prospek pekerjaan berkaitan bidang yang diceburi. Hal ini kerana, apabila seseorang
individu membuat pertimbangan awal berkaitan prospek pekerjaannya
membolehkan kadar perbelanjaan dan sumber pendapatan alternatif dapat
ditentukan untuk mengelakkan pembaziran masa, wang, dan tenaga. Contohnya,
sebelum berkhidmat dalam sesebuah agensi, seseorang individu perlulah
menekankan faedah sampingan yang bakal diperoleh selain daripada gaji pokok
yang ditawarkan seperti elaun tambahan, bonus, suasana tempat kerja, peluang
kenaikan pangkat, jarak ke tempat kerja dan sebagainya agar dapat menjamin
kedudukan kewangan yang stabil. Impaknya, individu dapat menyeimbangkan
kadar perbelanjaannya sesuai dengan pendapatan yang diperoleh untuk menjamin
tabungan dan kejadian luar jangka ketika berkhidmat dalam sesebuah sektor
pekerjaan. Bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan. Tuntasnya, jelaslah
bahawa prospek pekerjaan seseorang individu perlu dipertimbangkan sebelum
menceburi alam pekerjaan.
Di samping itu, persediaan-perssediaan yang perlu dilakukan untuk menghadapi
alam pekerjaan ialah mempunyai kemahiran komunikasi yang baik. Hal ini kerana,
apabila seseorang itu mempunyai komunikasi yang baik dapat membantunya
menyesuaikan diri dengan suasana tempat kerja melalui khidmat nasihat dan
pergaulan yang baik sesama rakan sekerja pada masa yang sama mengelakkan
perasaan hasad dengki sesama rakan sekerja. Contohnya, individu yang pandai
menjaga tutur kata dan adab sesama rakan akan mudah digauli serta mendapat
bimbingan khususnya ketika memasuki alam pekerjaan yang bukan sahaja
melibatkan komunikasi sesama rakan sekerja dan majikan, malah para pelanggan,
klien, pelabur dan sebagainya bergantung kepada bidang masing-masing.
Kesannya, kita dapat memperoleh kepercayaan majikan serta pelanggan dalam
memberi komitmen dalam tugasan secara profesional yang dapat dijadikan motivasi
atau penggerak untuk berkhidmat dalam sektor yang diceburi. Natijahnya, sudah
terang lagi bersuluh bahawa kemahiran berkomunikasi amat penting sebagai
persediaan menghadapi alam pekerjaan.
Sementelahan pula, persediaan-persediaan yang perlu dilakukan untuk
menghadapi alam pekerjaan ialah bijak membahagikan masa. Hal ini demikian
kerana seseorang yang dapat membahagikan masa dengan baik dapat
mengurangkan risiko menghadapi masalah tekanan akibat prestasi kerja yang tidak
selari dengan dengan kitaran biologi seseorang. Misalnya, jika seseorang gagal
membahagikan masa kerja dan masa tidur akan menyebabkan produktivitinya
menurun berpunca daripada gejala kekurangan tidur semata mata untuk
menyiapkan tugasan yang tertangguh. Kesannya, seseorang itu akan sukar untuk
melengkapi keperluan hidup yang sihat dari segi rohani, jasmani, emosi, dan
sebagainya jika tidak membahagi waktu dengan baik kerana pepatah Arab pernah
menyebut waktu bagaikan pedang, sekiranya kita tidak memotongnya dia akan
memotong kita. Justeru jelaslah bahawa pengurusan masa amat penting sebagai
persediaan menghadapi alam pekerjaan.
Kesimpulannya, terdapat pelbagai persediaan yang boleh dilakukan untuk
menghadapi alam pekerjaan. Sehubungan itu, semua pihak khususnya individu
seharusnya berganding bahu bagai aur dengan tebing dalam usaha bagi melahirkan
generasi yang professional dan syumul dalam pelbagai sektor pekerjaan. Oleh hal
yang demikian,diharapkan pelbagai program dan bengkel dapat terus dijalankan
untuk memberikan pendedahan kepada anak-anak muda tentang pelbagai bidang
pekerjaan untuk menjana taraf hidup dan pertumbuhan ekonomi negara.
sse S E K O L A H A N T A R A B A N G S A S T J O H N ’ S – Y10 Page 87
MALAY FIRST LANGUAGE Tarikh:
A. Terjemahkan ke dalam bahasa English.
Perkataan Maksud Perkataan Maksud
Kematangan kemahiran
konflik menempuh
menampung memudaratkan
merungkai dipecat
majikan menyeimbangkan
kelayakan Menceburi
tabungan adab
digauli penggerak
kepercayaan membahagikan
tertangguh Melahirkan
syumul menjana
B. Terjemahkan ke dalam bahasa English.
1. Apakah persiapan untuk memenuhi keperluan pekerjaan?
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
2. Mengapakah pengkhususan akedamik penting kepada majikan?
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
3. Mengapakah kekuatan fizikal dan mental penting kepada seseorang pekerja?
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
sse S E K O L A H A N T A R A B A N G S A S T J O H N ’ S – Y10 Page 88
MALAY FIRST LANGUAGE Tarikh:
4. Mengapakah seseorang pekerja perlu mempertimbangkan tentang prospek
pekerjaan berkaitan bidang yang diceburi?
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
5. Mengapakah komunikasi penting?
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
6. Bijak membahagikan masa penting. Mengapa?
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
7. Apakah dimaksudkan dengan pepatah :-
menyebut waktu bagaikan pedang?
______________________________________________________________________________
Bagai aur dengan tebing?
______________________________________________________________________________
8. Adab dan etika seseorang pekerja terhadap majikan adalah penting.
Mengapa?
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
9. Pada pendapat anda, mengapakah majikan perlu memilih seseorang pekerja
yang terbaik semasa sesi temuduga?
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
sse S E K O L A H A N T A R A B A N G S A S T J O H N ’ S – Y10 Page 89
MALAY FIRST LANGUAGE Tarikh:
AKTIVITI TAMBAHAN : PEMAHAMAN
A. Baca syarahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya:
Salam sejahtera saya ucapkan kepada Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Guru Besar,
Penolong Kanan, panel hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan yang saya
kasihi sekalian. "Kepentingan Mempunyai Hobi yang Berfaedah" adalah tajuk syarahan yang
akan saya sampaikan buat hadirin semua.
Hadirin sekalian,
Hobi merupakan sesuatu aktiviti yang dilakukan pada waktu senggang. Hobi boleh
dilakukan tidak kira di mana jua, sama ada di dalam mahupun di luar rumah. Banyak
kepentingan dan faedah yang boleh kita peroleh daripada hobi yang kita lakukan setiap hari.
Kita boleh memanfaatkan kepentingan dan faedah itu pada masa hadapan.
Contohnya, hobi yang menguntungkan ialah melayari internet, membaca buku dan juga
membaca surat khabar. Kita boleh memanfaatkan hobi ini dengan menambahkan ilmu dari segi
pengetahuan am dan juga tentang isu-isu semasa.
Hadirin sekalian,
Hobi boleh dilakukan oleh semua golongan masyarakat tidak kira yang tua mahupun yang
muda. Ini kerana terdapat banyak hobi yang boleh dilakukan oleh semua golongan masyarakat.
Contohnya, bersukan atau bersenam. Ini juga adalah hobi yang berfaedah kerana ia dapat
menyihatkan badan bukan sahaja setakat kesihatan fizikal malah kesihatan mental juga.
Selain itu, bercucuk tanam juga adalah salah satu hobi yang sangat menguntungkan. Bak
kata pepatah, "berbudi kepada tanah, pasti akan mendapat hasilnya". Dengan hasil tanaman
tersebut, kita boleh menjualnya untuk menambahkan pendapatan. Di samping itu, kita juga
dapat mengurangkan suhu cuaca yang kini menjadi semakin panas.
Kesimpulannya, jelaslah bahawa mempunyai hobi yang berfaedah amatlah berguna
kepada kita semua. Seperti yang saya nyatakan tadi, selain daripada mengisi masa lapang, kita
juga mendapat banyak faedah yang mana kita boleh memanfaatkannya sebaik yang
mungkin.
sse S E K O L A H A N T A R A B A N G S A S T J O H N ’ S – Y10 Page 90
MALAY FIRST LANGUAGE Tarikh:
A. Jawab soalan-soalan berdasarkan teks diatas.
1. Apakah tajuk syarahan yang disampaikan?
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
2. Berdasarkan petikan, tuliskan maksud hobi.
___________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
3. Berikan contoh-contoh hobi.
a) ____________________________________________
b) ____________________________________________
c) ____________________________________________
4. Menurut penulis, apakah faedah bersukan dan bersenam?
___________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
5. Mengapakah bercucuk tanam dikatakan hobi yang menguntungkan? Beri
DUA sebab.
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
6. Pada pendapat kamu, bagaimanakah cara untuk menggalakkan
para remaja supaya mempunyai hobi?
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
sse S E K O L A H A N T A R A B A N G S A S T J O H N ’ S – Y10 Page 91
MALAY FIRST LANGUAGE Tarikh:
AKTIVITI 2 : LISAN
Hobi dan aktiviti Masa Lapang
1. Apakah hobi kamu?
2. Bila dan di manakah kamu selalu melakukan hobi itu?
3. Dengan siapakah kamu selalu melakukan hobi ini?
4. Adakah hobi kamu merlukan perbelanjaan yang mahal?
5. Apakah faedah melakukan hobi ini?
1.
2.
3.
4.
5.
Aktiviti Berpasangan: Main Peranan
Calon: anda
Guru: pekerja di pusat
sukan
Anda pergi ke pusat sukan untuk bermain dengan beberapa orang
kawan. Anda mahu beli tiket masuk untuk diri anda dan kawan-kawan
anda.
1 Sambut ucapan pekerja dan beritahu anda mahu membeli beberapa tiket.
2 Dengar pertanyaan pekerja itu dan pilih jenis sukan yang anda mahu.
3 Beritahu berapa orang ada dalam kumpulan anda.
4 Beritahu umur anda.
5 Ucap terima kasih dan tanya jam berapa pusat sukan itu tutup.
sse S E K O L A H A N T A R A B A N G S A S T J O H N ’ S – Y10 Page 92
MALAY FIRST LANGUAGE Tarikh:
AKTIVITI TAMBAHAN : PEMAHAMAN
PerkhEMAhAn PENGAkAp di SekOLAh SAYA
PAdA cuti sekOLAh bAru-bAru ini, sAYA telAh menyeRTAi perkhEMAhAn penGAkAp
YAng diAdAkAn di sekolAh sAYA sELAMA dUA hAri sAtu mAlAm. PerkhEMAhAn ini telAh
disERTAi oleh 25 oRANG Ahli PENGAkAp dAn diiringi oleh 4 ORAng guru PENAsihAt.
KiRA-kiRA PAdA pukul 7.30 PAgi, kAmi telAh berhimpun di PAdAng sekOLAh.
KETUA perkhEMAhAn, Cikgu Rosli memberikAn TAkliMAt ringkAs kEPAdA semuA Ahli
PENGAkAp dAn membAhAgikAn kAmi kEPAdA bebERAPA kumpulAn untuk
menjAlAnkAn tugAs. KAmi PAsAng telinGA untuk mendENGAr ARAHAn beliAu.
MulA-mulA, kAmi mendirikAn khEMAh mengikut kumpulAn MAsing-MAsing.
SEMUA Ahli PENGAkAp bERGAnding bAhu untuk melAksAnAkAn tugAs yAng
diARAHKAn oleh ketuA kumpulAn bAGAi Aur dENGAn tebing. SelEPAs itu, kAmi
menGHADiri cerAMAh pertolonGAn CEMAs di dewAn sekOLAh. Cikgu KAMAl dAn
bebERAPA ORAng Ahli PENGAkAp senior mendemonsTRAsikAn CARA-CARA memberi
pertolonGAn CEMAs. BeliAu jUGA menGAjAr kAmi CARA-CARA membAlut lukA dENGAn
kAin Anduh.
PAdA wAktu tenGAh hAri, kAmi menGAdAkAn PERTAndinGAn MEMAsAk. SetiAp
kumpulAn dikehENDAki menyediAkAn sAtu hidAnGAn tRADisiONAl. KumpulAn sAYA
telAh menyediAkAn NAsi Goreng KAmpung. WAlAupun kAmi hAnYA berjAYA
mendAPAt TEMPAt ketiGA, nAmun sAyA beRASA sAnGAt gembiRA kERAnA dAPAt
mEMPELAjAri CARA-CARA MEMAsAk dAn menikMAti mAsAkAn sendiri wAlAupun TIDAk
sEENAk MAsAkAn ibu.
PAdA sebELAH petAng, kAmi berlAtih kAwAd kAki di tenGAh PAdAng. SEMUA Ahli
PENGAkAp mendENGAr ARAHAn ketuA dENGA teliti. KAmi berkAwAd kAki dENGAn penuh
disiplin dAn sEMAnGAt beRPASukAn. KEMUDIAn, kAmi mengutip kAyu Api untuk
menYAlAkAn unggun Api di hAdAPAn khEMAh.
SelEPAs MAkAn MAlAm, kAmi duduk mengelilingi unggun Api. SetiAp
kumpulAn mempersembAhkAn pertunjukAn mengikut kREAtiviti MAsing-MAsing.
Cikgu SAifudin turut memetik giTAr sAmbil menYAnyi lAgu RAsA SAyAng. KAmi
semUA bERAsA gembiRA dAn terhibur.
PAdA keesokAn PAgi, sEMUA Ahli PENGAkAp menjAlAnkAn sENAmrobik di
PAdAng. SelEPAs bersARAPAn PAgi, kAmi pun membersihkAn TAPAk perkhEMAhAn dAn
berkEMAs untuk pulAng ke rumAh. KAmi telAh mendAPAt bAnYAk PENGAlAMAn dAn
pengetAhUAn YAng berhARGA hAsil dAriPAdA perkhEMAhAn ini.
sse S E K O L A H A N T A R A B A N G S A S T J O H N ’ S – Y10 Page 93
MALAY FIRST LANGUAGE Tarikh:
A. Jawab soalan-soalan di bawah:
1. Di manakah perkhemahan ini diadakan?
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
2. Siapakah yang telah menyertai perkhemahan ini?
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
3. Tuliskan EMPAT aktiviti yang telah dijalankan sepanjang perkhemahan ini.
o __________________________________________________________________
o __________________________________________________________________________
o __________________________________________________________________________
o __________________________________________________________________________
4. Apakah yang dipelajari oleh penulis ketika menghadiri ceramah pertolongan
cemas?
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
5. Mengapakah penulis berasa gembira ketika menyertai pertandingan
memasak?
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
6. Apakah aktiviti yang dilakukan oleh penulis selepas makan malam?
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
7. Berikan faedah yang diperolehi penulis hasil daripada perkhemahan ini.
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
sse S E K O L A H A N T A R A B A N G S A S T J O H N ’ S – Y10 Page 94
MALAY FIRST LANGUAGE Tarikh:
AKTIVITI 3 : TATABAHASA / PENANDA WACANA
A. Pilih jawapan yang betul
Sudah beberapa kali Pak Husin mengalami Puan Suzana menghidangkan lauk-pauk ini
kerugian kerana haiwan ternakannya mati. di atas meja. ____, dia pun mempersilakan
_______, masalah itu tidak melemahkan tetamunya menjamu selera.
semangatnya untuk berusaha.
A. Oleh itu
A. Di samping itu B. Selepas itu
B. Oleh sebab itu C. Namun begitu
C. Oleh yang demikian D. Sudahlah begitu
D. Walau bagaimanapun
Sambutan Hari Guru akan diadakan tidak Pihak polis sering mengadakan rondaan di
lama lagi. ,murid-murid yang akan kawasan itu. , jenayah ragut masih kerap
mengambil bahagian dalam acara berlaku.
persembahan sedang giat berlatih.
A. Sebelum itu
A. Sebaliknya B. Kalau begitu
B. Di samping itu C. Namun begitu
C. Lebih-lebih lagi D. Di samping itu
D. Oleh sebab itu
Mula-mula, saya akan menyapu sampah di Aktiviti vandalisme banyak membawa
halaman rumah. ,saya akan keburukan dalam masyarakat. ,
membuang sampah sarap ke dalam tong tabiat tersebut perlulah dihindarkan.
sampah. A. Semenjak
A. Lantaran itu B. Di samping itu
B. Sebelum itu C. Namun demikian
C. Selepas itu D. Oleh yang demikian
D. Semenjak itu
Encik Jamal tidak berpuas hati dengan Kira-kira lima tahun yang lalu, Encik Sariman
perkhidmatan talian telefon di kawasan terlibat dalam suatu kemalangan jalan
tempat tinggalnya. , beliau telah pergi raya.
ke syarikat berkenaan untuk membuat
aduan. , dia takut untuk menunggang
motosikal.
A. Justeru
B. Namun begitu A. Sebelum itu
C. Tambahan pula B. Namun begitu
D. Walau bagaimanapun C. Semenjak itu
D. Bagaimanapun
Amalan menabung banyak membawa Encik Yuzairi berasa bimbang dengan
kebaikan kepada kita. ______ , amalan keadaan anaknya yang sering mengalami
tersebut digalakkan terutamanya kepada tekanan perasaan. _, beliau telah
murid-murid sekolah. menghantar anaknya untuk mendapatkan
rawatan kaunseling.
A. Di samping itu
B. Namun begitu A. Oleh itu
C. Oleh yang demikian B. Namun begitu
D. Walau bagaimanapun C. Tambahan pula
D. Walau bagaimanapun
sse S E K O L A H A N T A R A B A N G S A S T J O H N ’ S – Y10 Page 95
MALAY FIRST LANGUAGE Tarikh:
B. Isi tempat kosong dengan penanda wacana yang sesuai.
1. Nasib Encik Fong sangat malang apabila keretanya rosak lagi di tengah jalan.
___________________, keretanya itu baru sahaja dibaiki semalam.
2. Zaimah suka melancong dalam negara kerana negara kita banyak mempunyai
tempat yang menarik. ______ , melancong dalam negara dapat
menjimatkan belanja.
3. Tam Lai tidak mengendahkan nasihat ibunya supaya berjimat cermat.
__________________, dia bertambah kerap mengunjungi pusat-pusat hiburan
bersama-sama dengan rakan-rakannya.
4. Aiman mendapat markah yang tinggi dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia.
______________ Aiman gagal dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.
5. Sudin seorang yang pemalas tetapi suka berangan-angan menjadi kaya.
_________________, dia sering di gelar Mat jenin oleh penduduk di kampungnya.
6. Kejadian pecah rumah sering berlaku di kawasan itu _________________ pada
musim perayaan.
7. Jeslina sering mendapat tempat pertama dalam peperiksaan di sekolahnya,
_______________________ dia tidak pernah bersikap sombong atau bangga diri.
8. Sudah beberapa kali permohonan pinjaman Encik Hashim di olak.
_______________, itu tidak melemahkan semangatnya untuk berniaga.
9. Wabak demam denggi sering menular di negara kita. _________________, rakyat
diseru agar sentiasa menjaga kebersihan dan menghapuskan tempat pembiakan
nyamuk aedes.
10. Golongan remaja amat mudah dipengaruhi oleh gaya hidup yang tidak sihat.
______________ , bagi mereka yang mengalami masalah keluarga.
11. Rafina berasa amat sedih kerana ayahnya tidak dapat pulang pada hari itu.
______________ , hari tersebut merupakan hari lahirnya yang ke sepuluh.
12. Encik Jamil didapati bersalah kerana melakukan pecah amanah.
________________ , beliau telah dipecat oleh majikannya.
13. Berita tentang peletakan jawatan Encik Rafik heboh diperkatakan oleh para
pekerjanya. __________________, Encik Rafik telah menafikan berita tersebut.
14. Pengawal keselamatan itu berasa amat mengantuk kerana sudah seharian dia
berjaga. _______________ , dia terlena di atas kerusi.
sse S E K O L A H A N T A R A B A N G S A S T J O H N ’ S – Y10 Page 96
MALAY FIRST LANGUAGE Tarikh:
AKTIVITI 4 : PENULISAN
Cita-Cita Dan Alam Pekerjaan
Tuliskan karangan lengkap tentang cita-cita kamu pada masa hadapan.
(130-140 perkataan)
_________________________________________________________________________________________

sse S E K O L A H A N T A R A B A N G S A S T J O H N ’ S – Y10 Page 97

Structures: / 10 Range, Variety and
Appropriateness: / 10
Jumlah Markah: / 30
Komen Guru: __________________________________________________________________
sse S E K O L A H A N T A R A B A N G S A S T J O H N ’ S – Y10 Page 98
MALAY FIRST LANGUAGE Tarikh:
TEMA 3 : DUNIA PEKERJAAN ( II )
Laluan Kerjaya Anda
AKTIVITI 1 : PEMAHAMAN / BACAAN
Kerjaya Contoh Pekerjaan
Teknologi Automatif
Teknologi Marin Elektonik Industri,
Teknologi Mekanikal Terapi kecantikan,
Teknologi Awam Terapi Sukan
Teknologi Elektronik
Teknologi Elektrik
Hospitaliti
Teknologi Tekstil
Ternologi Manusia
Teknologi Fotografi
Teknologi Maklumat
Teknologi Sukan
Minyak dan Gas
sse S E K O L A H A N T A R A B A N G S A S T J O H N ’ S – Y10 Page 99
MALAY FIRST LANGUAGE Tarikh:
AKTIVITI TAMBAHAN : PEMAHAMAN / BACAAN
CITA-CITAKU
Semua orang memiliki sebuah atau mungkin lebih cita- cita
dalam hidupnya. Tidak semua orang mempunyai cita-cita yang sama.
Kebanyakan orang bercita-cita mengikut ilmu yang telah dipelajari
dan ada pula yang menambahkan ilmu semata- mata untuk mencapai
cita-cita mereka selepas bergelar mahasiswa.
Saya juga sama seperti mereka kerana saya mempunyai banyak
cita-cita. Namun, hanya satu cita-cita yang benar-benar menarik
minat saya.iaitu pramugari. Saya amat suka dengan pekerjaan itu
kerana memberi peluang kepada saya menjelajahi dunia di samping
memberikan cabaran sosial agar saya lebih ramah.Tidak semestinya
pekerjaan pramugari ini tidak ada cabaran. Ini kerana kita kadang-
kadang harus berdepan dengan kerenah penumpang dan juga bereaksi
cepat pada waktu kecemasan seperti pesawat yang diserang pengganas
ataupun mengalami masalah penerbangan. Selain itu, saya juga suka
berbual dan berkenalan dengan orang yang pelbagai bangsa. Dengan
berbual, saya dapat mempelajari bahasa dan juga budaya mereka.
Walaupun begitu, kadang-kadang saya terasa takut jikalau pesawat
yang saya naiki itu akan ditimpa kemalangan.
Demi mencapai cita-cita ini, saya percaya yang saya harus
belajar setinggi mungkin dan juga mempelajari sebanyak bahasa yang
saya boleh. Jika kita tidak berpendidikan tinggi, kita tidak dapat
menepati kriteria pendidikan untuk menjadi pramugari. Jika kita
tidak mahir pelbagai bahasa, susahlah hendak berbual dengan
penumpang dari negara lain. Selain itu, perwatakan saya juga
haruslah lemah-lembut dan bersopan santun. Saya tidak boleh mudah
marah apabila berhadapan dengan penumpang yang cerewet atau tidak
bertimbang rasa.
Saya amat berharap sekali ibu dan bapa saya merestui
keputusan saya untuk menjadi pramugari. Tidak kisahlah syarikat
penerbangan mana yang sudi mengambil saya kerana yang penting, saya
dapat bekerja dan melancong. Saya ingin sekali dikenali sebagai
seorang pramugari yang bersopan-santun sehingga mengharumkan nama
syarikat penerbangan yang mengambil saya bekerja.
sse S E K O L A H A N T A R A B A N G S A S T J O H N ’ S – Y10 Page 100