The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Malay First Language Y10 - 2020 (Latest)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Andysyabandy Syarany, 2020-12-09 08:44:22

Malay First Language Y10 - 2020 (Latest)

Malay First Language Y10 - 2020 (Latest)

Gaya Bahasa atau Unsur Keindahan
• Diksi
• Simile
• Metafora
• Hiperbola
• Sinkope
• Pembinaan Ayat
• Rima
• Asonansi
• Aliterasi
• Perulangan
• Perlambangan
• Personifikasi

Diksi
Menurut Fadzri Aris et al. (2013), diksi ialah pemilihan dan penggunaan kata dalam
sesebuah karya sastera. Diksi yang baik dapat dilihat pada pemilihan kata yang tepat
sesuai dengan maksud tertentu yang ingin disampaikan oleh pengkarya, penggunaan kata
yang munasabah yang dapat diterima sebagai penggunaan diksi yang baik serta
penggunaan kata yang jelas dan khusus. Dalam pada itu, pemilihan dan penggunaan kata
tersebut juga seharusnya sesuai dengan tema serta nada cerita. Di samping itu, setiap
kata yang dipilih haruslah dapat memberikan gambaran tentang sesuatu peristiwa dengan
tepat, jelas dan berkesan. Pemilihan dan penggunaan kata tersebut juga seharusnya
dapat menghidupkan dan menerangkan watak serta perwatakannya dalam karya. Diksi
mempunyai hubungan yang rapat dengan pembinaan ayat.

Simile
Simile ialah perbandingan dengan menggunakan perkataan seperti umpama, seperti, bak,
bagai, ibarat dan sebagainya (Fadzri Aris et al., 2013). Contoh simile dalam petikan
ayat Terasa ketika itu kakinya macam kaki gajah yang untut dan tidak cantik ialah
pengarang membandingkan kaki watak tersebut dengan kaki gajah.

Metafora
Menurut Fadzri Aris et al. (2013), metafora ialah perbandingan atau kiasan yang
mengandungi dua perkataan, iaitu konkrit dan abstrak. Contoh metafora ialah kotak
fikiran dan buku rahsia. Dalam contoh tersebut, kotak dan buku bersifat konkrit
manakala fikiran dan rahsia bersifat abstrak. Penggunaan metafora adalah untuk
menyatakan maksud yang mendalam dan menarik perhatian pembaca.

Hiperbola
Berdasarkan definisi yang diberikan oleh Fadzri Aris et al. (2013), hiperbola merupakan
sejenis bahasa kiasan yang digunakan untuk menyatakan sesuatu secara berlebih-
lebihan daripada maksud sebenarnya. Contoh hiperbola ialah Meski ilmu setinggi tegak.
Berdasarkan contoh tersebut, frasa ilmu setinggi tegak merupakan gambaran yang
berlebih-lebihan kerana tiada ilmu yang tinggi sehingga menegak. Gambaran tersebut
untuk menunjukkan betapa banyaknya ilmu di dunia yang terdapat di dunia ini.

Sinkope
Menurut Fadzri Aris et al. (2013), sinkope merupakan singkatan sesuatu perkataan.
Contoh frasa yang mengandungi sinkope ialah Saya dah tak tahan dengan kamu. Hari ini
saya nak denda kamu!. Berdasarkan contoh tersebut, perkataan tak disingkatkan
daripada perkataan tidak, manaka perkataan nak disingkatkan daripada
perkataan hendak.

Pembinaan Ayat
Fadzri Aris et al. (2013) menyatakan bahawa pengkarya menggunakan pelbagai jenis ayat
dalam menghasilkan karyanya. Penggunaan pelbagai jenis ayat tersebut disesuaikan
dengan tema, persoalan, peristiwa, situasi tertentu, watak dan sebagainya. Pelbagai jenis
ayat yang digunakan ialah ayat mudah, ayat sederhana dan ayat kompleks. Antara jenis
ayat tersebut termasuklah ayat inti, ayat tanya, ayat pasif, ayat penegas, ayat seruan, ayat
gabungan, ayat pancangan, dan sebagainya.

Rima
Fadzri Aris et al. (2013) menyatakan bahawa rima merupakan gaya bahasa yang terdapat
dalam puisi. Rima merupakan unsur bunyi pada suku kata terakhir dalam sesuatu ayat
atau sesuatu baris puisi. Dalam sesuatu puisi, rima yang terdapat pada baris akhir disebut
sebagai rima akhir. Rima yang terdapat pada awal dua atau lebih daripada dua patah kata
dalam puisi disebut sebagai rima awal. Rima terdapat juga pada beberapa tempat selepas
suku kata pertama dan sebelum suku kata terakhir yang disebut sebagai rima dalam.

Asonansi
Asonansi merupakan pengulangkan bunyi vokal yang sama yang dominan pada baris
sajak (Fadzri Aris et al., 2013). Contoh asonansi ialah Kita hanya tak lupa iaitu
pengulangan vokal a.

Aliterasi
Fadzri Aris et al. (2013) mendefinisikan aliterasi sebagai pengulangan bunyi konsonan
yang sama yang dominan dalam baris sajak. Contoh aliterasi ialah Penawar penyakit
manusia iaitu pengulangan konsonan n.

Perulangan
Fadzri Aris et al. (2013) menyatakan bahawa perulangan berlaku pada kata, ungkapan,
baris atau rangkap yang diulang dalam sajak. Lazimnya, terdapat empat jenis perulangan
iaitu anaphora, repitisi, simplok dan epifora. Anafora merupakan perulangan pada awal
baris, manakala epifora ialah perulangan pada akhir baris. Repitisi ialah perulangan kata
dalam sesuatu baris dan simplok pula bermaksud perulangan kata ditengah-tengah baris-
baris puisi.

Perlambangan
Perlambangan atau simbol merupakan sesuatu perkataan atau frasa yang digunakan

untuk memaksudkan sesuatu yang lain (Fadzri Aris et al., 2013). Contoh perlambangan
adalah pada azab dan seksa di sana. Berdasarkan contoh tersebut, frasa di
sana melambangkan alam barzakh, yakni alam selepas mati.

Personifikasi
Fadzri Aris et al. (2013) menyatakan bahawa personifikasi juga dikenali sebagai
perorangan atau penginsanan. Maksud personafikasi ialah tindakan pengarang memberi
sifat manusia sama ada dari segi perasaan, perwatakan atau tingkah laku kepada benda-
benda yang mati seperti binatang, idea, atau hal-hal yang lebih abstrak. Contoh
personafikasi ialah sebiji tahi lalat besar bersemayam.


Click to View FlipBook Version