The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by pocats78, 2021-02-28 03:18:56

Sejarah Tahun 6 SR Kegunaan 2022

Sekolah Kebangsaan

i-vi

Pendahuluan



Tema : Kemakmuran Negara 1



Unit 1 : Pembentukan Malaysia 2



Unit 2 : Negeri-negeri di Malaysia 20




Unit 3 : Rukun Negara 38



Unit 4: Kaum di Malaysia 54


Unit 5 : Agama dan Kepercayaan di 72
Malaysia


Unit 6 : Perayaan Masyarakat di 90
Malaysia




Unit 7 : Pemimpin Negara di Malaysia 108



Unit 8 : Kemajuan Ekonomi di 124

Malaysia

Unit 9 : Sukan Kebanggaan 140

Malaysia




Unit 10: Malaysia dan Dunia 158




Bibliografi 176

PENDAHULUAN

Buku Teks Sejarah Tahun 6 Sekolah Kebangsaan (SK) ditulis berdasarkan
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Semakan 2017 yang digubal oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memenuhi matlamat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Penulisan buku teks ini memberikan penekanan
terhadap penerapan nilai murni, semangat patriotik, elemen
kewarganegaraan dan nilai-nilai sivik. Penekanan ini perlu bagi melahirkan
murid yang berdaya saing dan berwawasan serta mempunyai semangat jati
diri sebagai warganegara Malaysia yang sayang dan cinta akan negaranya.

Kandungan dalam buku teks ini disusun dengan menekankan
kepelbagaian kaedah pembelajaran seperti pembelajaran berasaskan inkuiri,
kontekstual, kajian kes, kajian masa depan, pembelajaran di luar bilik darjah,
kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi serta mengaplikasikan
kemahiran abad ke-21.

Pembelajaran sejarah akan lebih menyeronokkan dengan penerapan
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan didik hibur yang membolehkan murid
melahirkan pemikiran sejarah yang lebih kritis, kreatif dan inovatif. Selain itu,
terdapat juga aktiviti yang memerlukan murid membuat kajian bagi
mendapatkan maklumat. Aktiviti kajian ini bertujuan memberikan
pengalaman dan kemahiran kepada murid dengan lebih berkesan. Murid
diharap akan dapat menghayati sejarah secara empati untuk membentuk jati
diri yang mantap dan memiliki pemikiran yang terbuka bagi menghayati ilmu
sejarah.

Buku Teks Sejarah Tahun 6 SK ini merupakan kesinambungan daripada
buku Teks Sejarah Tahun 4 dan 5. Tema sejarah tahun 6 ialah Kemakmuran
Negara Kita dan dibahagikan kepada tiga tajuk utama iaitu:



Tajuk 1 : Negara Malaysia

Tajuk ini berkaitan tentang pembentukan Malaysia, sebab pembentukan
Malaysia, proses pembentukan Malaysia, tokoh yang terlibat dan cabaran
pembentukan Malaysia. Tajuk ini juga menyentuh negeri-negeri yang
membentuk Malaysia, asal usul nama negeri dan identiti negeri-negeri
tersebut. Maklumat yang dipaparkan melalui tajuk ini bertujuan melahirkan
perasaan bangga dan cinta akan negara dalam kalangan murid. Selain itu
murid juga diharapkan dapat menghayati Rukun Negara yang menjadi teras
pembinaan jati diri untuk melahirkan warganegara yang bertanggungjawab.






i

Tajuk 2 : Kita Rakyat Malaysia

Tajuk ini membincangkan tentang masyarakat pelbagai kaum dan etnik di
negara ini. Melalui tajuk ini masyarakat didedahkan dengan pelbagai
budaya, kesenian, agama dan perayaan yang terdapat di negara kita. Murid
juga didedahkan dengan perlunya sikap toleransi, menghormati budaya,
kesenian, agama dan perayaan pelbagai kaum bagi mewujudkan
masyarakat Malaysia yang mempunya nilai menghormati setiap budaya,
agama dan perayaan semua kaum.

Tajuk 3 : Pencapaian dan Kebanggaan Negara

Tajuk ini membangkitkan semangat dan perasaan bangga tentang
pencapaian dan kebanggaan negara dalam pelbagai bidang yang meliputi
pelbagai bidang seperti sukan, kemajuan ekonomi serta hubungan antara
Malaysia dan dunia. Tajuk ini turut memberikan pendedahan kepada murid
tentang peranan pemimpin negara dan cara menghormati dan menghargai
jasa mereka. Tajuk ini juga mendedahkan penglibatan negara pada
peringkat antarabangsa dan kepentingannya kepada rakyat di negara ini.



Tiga tajuk dalam Buku Teks Sejarah Tahun 6 SK ini dibahagikan kepada 10 unit
yang boleh berdiri sendiri sebagai satu modul. Setiap unit dalam buku ini
dibincangkan mengikut Standard Pembelajaran yang terdapat di dalam
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Tahun 6. Pada akhir halaman
buku teks ini, senarai rujukan yang diguna dalam penulisan dipaparkan bagi
memudahkan guru membuat rujukan.



Bagi memudahkan guru dan murid menggunakan buku ini, beberapa ikon
digunakan.




Sinopsis - Gambaran umum tentang pembelajaran dalam
sesuatu unit.


Asas Kemahiran Pemikiran Sejarah – Murid boleh
menganalisis secara kritis dan analitis terhadap sumber
dan peristiwa sejarah dengan mengaplikasikan Asas
Kemahiran Pemikiran Sejarah iaitu elemen asas sejarah,
konsep masa, susunan dan konversi (pertukaran) masa,
signifikan bukti, imaginasi dan empati, isu dan masalah
masa lalu, perbandingan masa lalu dan mencari sumber.


ii

Apakah yang akan anda pelajari – Elemen ini dijelmakan
secara tersurat dan tersirat sama ada dalam teks, soalan
atau dalam pelbagai bentuk aktiviti.



Nilai Teras Sivik – Elemen utama nilai-nilai murni yang
diterapkan kepada murid.



Glosari – Menjelaskan maksud sesuatu perkataan yang
sukar difahami untuk memberikan kefahaman kepada

murid.


KBAT – Soalan berbentuk aras tinggi diberikan untuk
merangsang pemikiran murid tentang peristiwa sejarah
yang berlaku


Aktiviti – Mengandungi pelbagai aktiviti berdasarkan
konsep pembelajaran akses kendiri dan pembelajaran

luar bilik darjah. Contohnya I-Think, Jom Buat, Kajian Kes,
Kajian Masa Depan, Pembelajaran Abad ke-21 dan
Teknologi maklumat dan komunikasi.


Tahukah Anda – Mengandungi maklumat tambahan bagi
membantu murid memahami sesuatu perkara dengan
jelas dan mendalam.



Cakna Minda – Mengandungi soalan yang perlu dijawab
oleh murid berdasarkan pemahaman terhadap peristiwa
sejarah. Soalan diajukan secara ringkas dan sederhana.



Standard Pembelajaran dan Elemen Kewarganegaraan –
Petunjuk kualiti pembelajaran dan pencapaian yang
diperoleh murid dalam pengajaran dan pembelajaran
sesuatu tajuk. Elemen ini dijelmakan secara tersurat dan
tersirat sama ada dalam teks, soalan atau dalam

pelbagai bentuk aktiviti.


iii

Nota Guru – Membantu guru melaksanakan pembelajaran
dan pengajaran secara efisien bagi setiap unit


Kod QR – Imbas kod menggunakan alat peranti untuk
mendapatkan maklumat tambahan dalam bentuk video

atau dokumen lain.


Imbas kembali – Terdapat pada akhir setiap unit sebagai
kesimpulan bagi membantu murid mengimbas kembali
topik-topik yang telah dipelajari.


Fikir dan Jawab – Menyediakan pelbagai bentuk latihan
bagi mengukur pemahaman murid berkenaan
kandungan yang telah dipelajari daripada unit tersebut.



Cinta akan negara – Terdapat tiga unsur yang ditekankan
iaitu nilai, patriotisme dan iktibar. Murid akan menilai
kembali pembelajaran dalam unit dan mengaitkan
dengan tindakan pada diri sendiri, tindakan pada
masyarakat dan tindakan pada negara. Murid akan

berasa bangga sebagai rakyat Malaysia yang
mempunyai identiti nasional.




Buku Teks Sejarah Tahun 6 SK ini diharap dapat membantu meningkatkan
pengetahuan murid terhadap ilmu sejarah melalui proses pembelajaran yang
menyeronokkan. Secara tidak langsung murid dapat melengkapkan
pengetahuan dan kemahiran serta mengamalkan nilai-nilai murni seterusnya
murid dapat menguatkan semangat jati diri dan bangga sebagai
warganegara Malaysia yang sayang dan cinta akan Negaranya.

















iv

Unit 1 Pembentukan Malaysia

Unit 2 Negeri-negeri di Malaysia


Unit 3 Rukun Negara



Unit 4 Kaum di Malaysia

Unit 5 Agama dan
Kepercayaan di Malaysia

Malaysia
Unit 6 Perayaan Masyarakat

di Malaysia


Unit 7 Pemimpin Negara
di Malaysia


Unit 8 Kemajuan Ekonomi

di Malaysia


Unit 9 Sukan Kebanggaan
Malaysia


Unit 10 Malaysia dan Dunia

SEJARAH TAHUN 6 SK

Tajuk 10 : Negara Malaysia





Pembentukan Malaysia telah berlaku pada September 1963. Unit ini akan
membincangkan sebab dan langkah-langkah ke arah Pembentukan Malaysia. Unit ini

juga akan menjelaskan tokoh-tokoh yang terlibat dan negeri-negeri yang terlibat serta

cabaran ke arah Pembentukan Malaysia.






























1.Menyatakan idea pembentukan dan sebab-sebab Pembentukan Malaysia.
2.Menerangkan langkah-langkah ke arah Pembentukan Malaysia.

3.Menjelaskan tokoh-tokoh dan negeri-negeri yang terlibat dalam
Pembentukan Malaysia.
4.Menghuraikan cabaran ke arah Pembentukan Malaysia.



Perisytiharan Pembentukan Malaysia pada 16 September 1963 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur



2

SEJARAH TAHUN 6 SK



1. Mengkaji sebab-sebab pembentukan Malaysia.
2. Meneroka signifikan bukti langkah-langkah pembentukan Malaysia mengikut
urutan masa.

3. Mencari signifikan bukti tokoh dan negeri yang terlibat dalam pembentukan
Malaysia.

4. Mengkaji cabaran ke arah Pembentukan Malaysia.

















Perisytiharan Pembentukan Malaysia pada 16
September 1963 di Padang Central, Kuching,

Sarawak
















Perisytiharan Pembentukan Malaysia pada
16 September 1963 di Kota Kinabalu, Sabah
Kasih sayang




3

SEJARAH TAHUN 6 SK

Bermulanya Idea Pembentukan Malaysia

Tunku Abdul Rahman adalah seorang tokoh yang berpandangan jauh.

Kebijaksanaan Tunku Abdul Rahman telah terserlah apabila beliau mengumumkan

idea pembentukan Malaysia dalam satu majlis Persatuan Wartawan Luar Asia
Tenggara di Singapura pada 27 Mei 1961.









































Tunku Abdul Rahman mengumumkan idea pembentukan Malaysia semasa

berucap dalam majlis Persatuan Wartawan Luar Asia Tenggara di Singapura


4

SEJARAH TAHUN 6 SK

Tunku, pembentukan
Saya setuju Tunku. Pembentukan
Malaysia adalah idea Malaysia dapat menjamin
yang baik.
kesejahteraan kepada rakyat.


























Tunku Abdul Rahman telah memberikan sumbangan besar ke arah
Pembentukan Malaysia. Kegigihan Tunku Abdul Rahman telah menjadikan
Malaysia sebuah negara yang kuat dan maju di Asia Tenggara.








Perisytiharan Pembentukan Malaysia telah
diadakan serentak di Kuala Lumpur, Kota
Siapakah yang mengumumkan idea
pembentukan Malaysia? Kinabalu dan Kuching pada 16 September
1963.



Bimbing murid memahami penglibatan Tunku Abdul Rahman dalam pembentukan
10.1.1
Malaysia .


5

SEJARAH TAHUN 6 SK

Sebab Pembentukan Malaysia


Terdapat sebab-sebab tertentu yang membawa kepada idea Pembentukan Malaysia

Mempercepatkan kemerdekaan
✓ SBUB, Sarawak, Brunei dan

Singapura masih berada di bawah

naungan British

✓ Penyertaan dalam pembentukan

Malaysia menjamin kemerdekaan
yang lebih awal.


















Keseimbangan kaum
✓ Kemasukan Singapura menyebabkan kaum

bukan bumiputera akan meningkat
✓ SBUB, Sarawak dan Brunei pula mempunyai
kaum bumiputera yang ramai

✓ Dengan itu keseimbangan kaum bumiputera

dan bukan bumiputera dapat dicapai.






Apakah kepentingan Pembentukan Giliran Robin (Ralliy Robin)
Malaysia kepada anda? 1. Pilih seorang rakan di dalam kelas
2. Secara pasangan, bentangkan sebab-
sebab Pembentukan Malaysia.

6

SEJARAH TAHUN 6 SK



Keselamatan dan kestabilan negara
✓ Singapura dan Sarawak telah
menghadapi ancaman komunis
✓ Tanah Melayu telah mempunyai

pengalaman dalam menghadapi

ancaman komunis
✓ Kemasukan Singapura dan
Sarawak dapat menyekat ancaman

dan pengaruh komunis.










Memajukan sosioekonomi
✓ Penyertaan SBUB, Sarawak dan
Singapura akan meningkatkan

jumlah penduduk
✓ Berlaku permintaan tinggi
terhadap pasaran barangan

✓ Memberi peluang untuk

menikmati peningkatan taraf
hidup dan kemajuan dalam
ekonomi











Kema kmuran dan perpaduan kaum telah menjadi asas dalam pembentukan Malaysia.

Oleh itu rakyat Malaysia perlu hidup bersama untuk kesejahteraan negara Malaysia.



10.1.1 Bimbing murid memahami sebab-sebab pembentukan Malaysia.
K 10.1.7
7

SEJARAH TAHUN 6 SK

Bangkitnya Perjuangan Malaysia



Para pemimpin telah mengambil inisiatif untuk memastikan Pembentukan
Malaysia mencapai kejayaan. Oleh itu proses pembentukan Malaysia melalui

pelbagai langkah. Permuafakatan, rundingan dan proses perundangan telah
ditempuh sebelum lahirnya Persekutuan Malaysia.


✓ Tunku Abdul Rahman telah mengumumkan
idea pembentukan Malaysia.
✓ Cadangan Tunku Abdul Rahman diterima

1961 Mei oleh Singapura pada peringkat awal


✓ Kerajaan Persekutuan berusaha untuk
menyakinan Sabah dan Sarawak tentang
kelebihan menyertai Malaysia

✓ Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Kaum

Malaysia telah ditubuhkan

✓ Tujuannya untuk menerangkan tentang
pembentukan Malaysia dan mengumpulkan Julai 1961
pandangan orang ramai




✓ Kerajaan Persekuuan dan British telah bersetuju

untuk menubuhkan Suruhanjaya Cobbold bagi
meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak
1962 Sir Anthony Abell,Sir David Watherston, Dato
Januari ✓ Ahi suruhanjaya terdiri daripada Lord Cobbold,

Wong Pow Nee dan Tun Mohd Ghazali Shafie.





✓ Di Singapura telah diadakan referendum
✓ Masyarakat Singapura bersetuju dengan

Pembentukan Malaysia September
1962




Referendum ialah pungutan suara 8
rakyat tentang sesuatu isu politik. Apakah tujuan Suruhanjaya
Cobbold ditubuhkan?

SEJARAH TAHUN 6 SK

✓ Rundingan Penubuhan Malaysia teah diadakan
di London
✓ Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan
kerajaan British telah menerima cadangan

1963 Julai Laporan Suruhanjaya Cobbold


✓ Perjanjian Malaysia telah ditandatangani oleh
wakil kerajaan British, Persekutuan Tanah
Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura.


✓ Mendapat tentangan daripada Indonesia dan
Filipna
✓ Namun masyarakat Sarawak dan Borneo Utara Ogos 1963
masih menerima menyokong pembentukan

Malaysia.



September ✓ Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan


1963 pembentukan Malaysia.











Ahli Suruhanjaya Cobbold




Bilakah Tunku Abdul

Rahman mengisytiharkan
Pengisytiharan Malaysia di Stadium Merdeka pada 16 September 1963
pembentukan Malaysia?


Permuafakatan yang ditunjukkan oleh pimpin dalam pembentukan Malaysia telah

mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai negara yang stabil dari sudut politik,

ekonomi dan sosial.

10.1.2 Bimbing murid memahami langkah-langkah ke arah pembentukan Malaysia
K10.1.5 9

SEJARAH TAHUN 6 SK

Tokoh-Tokoh Pembentukan Malaysia


Pembentukan Malaysia telah tercapai pada 16 September 1963. Kebijaksanaan dan

permuafakatan pemimpin tempatan telah berjaya melahirkan pembentukan Malaysia.

Kita harus menghargai dan bangga dengan usaha gigih pemimpin tempatan.

Berikut adalah tokoh-tokoh dalam pembentukan Malaysia.



• Saya Tunku Abdul Rahman Perdana Menteri

Persekutuan Tanah Melayu yang
mengumumkan idea pembentukan Malaysia.


• Saya mengetuai lawatan ke Sarawak dan
Sabah untuk menerangkan matlamat

penubuhan Malaysia
• Saya juga mengetuai upacara menandatangani

Perjanjian Malaysia di London.

Tunku Abdul Rahman Putra
Al-Haj





• Saya Tun Abdul Razak Timbalan Perdana

Menteri Persekutuan Tanah Melayu

• Saya menerangkan tujuan pembentukan
Malaysia

• Saya terlibat dalam perbincangan hak dan

kepentingan penduduk di Sarawak dan Borneo
Utara


Tun Abdul Razak






Siapakah yang mengumumkan idea
pembentukan Malaysia?


10

SEJARAH TAHUN 6 SK




• Saya Lee Kuan Yew, Perdana Menteri
Singapura.
• Saya menyokong pembentukan Malaysia

untuk menghalang ancaman komunis di
Singapura.

• Saya menyokong diadakan referendum di

Singapura bagi meninjau pendapat penduduk
Singapura terhadap pembentukan Malaysia.

Lee Kuan Yew







• Saya Tan Sri Wong Pow Nee, Ketua Menteri

Pulau Pinang yang pertama.
• Saya merupakan ahli Suruhanjaya Cobbold .
• Saya terlibat dalam menilai reaksi penduduk

bagi negeri-negeri yang terlibat dalam
pembentukan Malaysia.

Tan Sri Wong Pow Nee







• Saya Tun Datu Mustapha, Yang Di-Pertua
Negeri Sabah yang pertama.

• Saya mengasaskan Parti Kebangsaan Sabah
Bersatu (USNO) yang menyokong
pembentukan Malaysia dan menjadi ahli

Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum.



Tun Datu Mustapha



11

SEJARAH TAHUN 6 SK




• Saya Tun Fuad Stephens, Ketua Menteri
Sabah yang pertama danm mengasaskan

Pertubuhan Kebangsaaan Kadazan
Bersatu(UNKO)
• Saya menjadi pengerusi Jawatankuasa

Perunding Perpaduan Kaum dan menyokong
pembentukan Malaysia.
Tun Fuad Stephens








• Saya Temenggong Jugah anak Barieng,

Menteri Ehwal Sarawak dan merupakan

pemimpin Parti Pesaka Anak Sarawak
(PESAKA).
• Saya menyokong Sarawak menyertai

pembentukan Malaysia.

Temenggong Jugah







• Saya Stephen Kalong Ningkan,Ketua Menteri

Sarawak yang pertama dan menubuhkan Parti
Kebangsaan Sarawak (SNAP)

• Saya merupakan Ahli Jawatankuasa
Perundingan Perpaduan Kaum dan menyokong
pembentukan Malaysia.

Stephen Kalong Ningkan




12

SEJARAH TAHUN 6 SK





• Saya Tan Sri Datuk Amar Ong Kee Hui yang
terlibat dalam penubuhan Parti Bersatu

Rakyat Sarawak

• Pada peringkat awal saya tidak setuju tetapi
kemudian menyokong Sarawak menyertai
pembentukan Malaysia

Tan Sri Datuk Amar Ong

Kee Hui







• Saya Tun Muhammad Ghazali bin Shafie.
Saya merupakan pegawai kanan kerajaan

dan anggota dalam suruhanjaya Cobbold.

• Saya adalah ketua setiausaha tetap
Kementerian Luar.
• Saya ditugaskan untuk merealisasikan
pembentukan Malaysia.
Tun Muhammad

Ghazali bin Shafie





Fikir-Pasang-Kongsi (Think-Pair Share)


Secara berpasangan, ceritakan peranan pemimpin yang terlibat dalam
Pembentukan Malaysia.



Pembentukan Malaysia tidak akan berlaku tanpa pengorbanan pemimpin. Kita
harus menghargai kebijaksanaan dan jasa pemimpin tersebut.




10.1.3 Bimbing murid memahami mengenai tokoh yang terlibat dalam
K 10.1.6
pembentukan Malaysia
13

SEJARAH TAHUN 6 SK

Cabaran Pembentukan Malaysia

Pelbagai cabaran telah ditempuh dalam menjayakan pembentukan Malaysia.

Kebijaksanaan pemimpin menyebabkan segala cabaran dapat diatasi dengan jayanya.








THAILAND








MALAYSIA


Presiden Indonesia Sukarano

membantah pembentukan

Malaysia kerana ia mengancam
matlamat mereka untuk

membentuk Indonesia Raya.

INDONESIA





Kerusi Panas- Hot Seat

Secara berkumpulan

1. Seorang murid akan duduk di kerusi yang
disediakan

2. Murid tersebut akan menjadi pakar dan menjawab

soalan berikut Namakan negara-negara yang
(a) Halangan yang berikan oleh negara –negara membantah pembentukan Malaysia

tertentu dalam pembentukan Malaysia




14

SEJARAH TAHUN 6 SK








FILIPINA
Presiden Filipina Macapagal menganggap

Sabah adalah sebahagian milik negara

mereka. Filipina membantah walaupun
penduduk Sabah bersetuju menyertai

pembentukan Malaysia. Pemimpin Parti Rakyat Brunei A.M
Azahari berpendapat pembentukan

Malaysia adalah usaha pihak British
untuk menguatkan lagi pengaruh

mereka. Selain itu khuatir Brunei akan
BRUNEI kehilangan sebahagian besar kekayaan

apabila menyertai pembentukan

Malaysia.












Dengan slogan Ganyang Malaysia,

Dengan menggunakan Internet cari Indonesia melancarkan dasar
maklumat tentang bukti Filipina yang konfrontasi dengan Semenanjung

menyatakan Sabah adalah milik sebahagian Tanah Melayu apabila tidak bersetuju
negara mereka. dengan pembentukan Malaysia.


Kebijaksanaan dan permuafakatan pemimpin dalam mengatasi cabaran telah

berakhir dengan pengisytiharan pembentukan Malaysia pada 16 September 1963.



10.1.3 Bimbing murid memahami cabaran dalam pembentukan Malaysia.
K 10.1.6 15

SEJARAH TAHUN 6 SK



Kajian Kes Tokoh Pembentukan Malaysia





Pernyataan Masalah Tokoh tempatan yang terlibat dalam menjayakan
pembentukan Malaysia



Objektif Kajian ✓ Menyatakan tokoh tempatan yang terlibat
dalam pembentukan Malaysia
✓ Menghuraikan sumbangan tokoh tempatan
✓ Menjelaskan kepentingan menghargai jasa
dan kebijaksanaan tokoh tempatan .



Sumber ✓ Buku/Jurnal
✓ Orang sumber
✓ Dokumen/Laporan

✓ Akhbar
✓ Laman sesawang rasmi
✓ Muzium/arkib



Laporan Kajian ✓ Pernyataan Masalah
✓ Objektif Kajian
✓ Kaedah Kajian
✓ Analisis Data
✓ Hasil dapatan
✓ Rujukan
✓ Lampiran









16

SEJARAH TAHUN 6 SK






Bermulanya Idea Pembentukan Malaysia
Tunku Abdul Rahman telah mengumumkan idea

pembentukan Malaysia




Sebab Pembentukan Malaysia
Mempercepatkan kemerdekaan, keseimbangan

kaum, keselamatan dan kestabilan politik dan

memajukan sosio-ekonomi merupakan sebab
pembentukan Malaysia.




Bangkitnya Perjuangan Malaysia
Terdapat langkah-langkah tertentu yang telah
dilalui dalam pembentukan Malaysia.




Tokoh-Tokoh Pembentukan Malaysia
Tokoh-tokoh tempatan telah menunjukkan
kesungguhan dalam menjayakan pembentukan

Malaysia.




Cabaran Pembentukan Malaysia

Negara Brunei, Indonesia dan Filipina telah
membantah pembentukan Malaysia.





Unit ini memberikan pemahaman tentang proses dan cabaran dalam pembentukan

Malaysia. Unit seterusnya membincangkan kedudukan negeri-negeri yang berada

dalam negara Malaysia
17

SEJARAH TAHUN 6 SK






1. Tunku Abdul Rahman telah mengisytiharkan pembentukan Malaysia pada

A. 15 September 1963 B. 16 September 1963 C. 17 September 1963


2 . Sebelum menyertai pembentukan Malaysia, Sarawak, Sabah dan Singapura

berada di bawah kuasa

A. Belanda B. British C. Sepanyol


3. Pemimpin dari Sabah yang terlibat dalam pembentukan Malaysia ialah

A. Ong Kee Hui B. Lee Kuan Yew C. Tun Datu Mustapha


4. Negeri-negeri yang tidak terlibat dalam pembentukan Malaysia ialah

A. Filipina B. Singapura C. Sabah



5. Referendum telah dijalankan di

A. Sabah B. Sarawak C. Singapura



6. Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Kaum Malaysia telah ditubuhkan

A. Uuntuk menerangkan tentang pembentukan Malaysia dan mengumpulkan

pandangan orang ramai
B. Memberikan penerangan kepada pemimpin tempatan

C. Meninjau semula pandangan penduduk Sarawak dan Borneo Utara

tentang penyertaan dalam pembentukan Malaysia






Unit ini membincangkan agama dan kepercayaan yang diamalkan di Malaysia. Unit ini
mendorong kita mengenali perayaan-perayaan yang disambut oleh setiap kaum di

negara kita pada unit berikutnya.




18

SEJARAH TAHUN 6 SK




Memahami pembentukan Malaysia membolehkan kita hidup makmur demi

kesejahteraan negara .
Masyarakat
Diri Perasaan menyayangi akan

Pemahaman pembentukan mengukuhkan perpaduan dalam
Malaysia mewujudkan perasaan kalangan rakyat Malaysia

menyayangi kepada negara





Negara
Hubungan kukuh dalam
rakyat akan mewujudkan
semangat
mempertahankan

kedaulatan Malaysia






























Putrajaya merupakan lambang keutuhan pembentukan Malaysia.
19

SEJARAH TAHUN 6 SK


Tajuk 10 : Negara Malaysia






Malaysia terbentuk daripada hasil penggabungan negeri-negeri yang ada di Tanah

Melayu, Sarawak dan Sabah. Unit ini akan membincangkan nama-nama negeri di
Malaysia, menamakan gelaran ketua negeri, mengenal pasti ibu negeri dan bandar

diraja serta menjelaskan bendera, lagu dan jata sebagai lambang negeri.













































20

SEJARAH TAHUN 6 SK







1. Nama negeri-negeri di Malaysia.
2. Gelaran ketua negeri bagi negeri-negeri di Malaysia.
3. Mengenal pasti ibu negeri dan bandar diraja.
4. Menjelaskan bendera, lagu dan jata sebagai lambang negeri.




















1. Bertanggungjawab
2. Hormat-menghormati





1. Mencari pengesahan bukti

negeri-negeri di Malaysia.
2. Meneroka signifikan bukti

gelaran ketua negeri bagi negeri-
negeri di Malaysia.
3. Mengenal pasti ibu negeri dan
bandar diraja.


4. Menjelaskan bendera, lagu dan
jata sebagai lambang negeri.


Dokumen Pemasyhuran Malaysia dalam bahasa melayu bertulisan
jawi dan dalam bahasa Inggeris






21

SEJARAH TAHUN 6 SK



Negeri-negeri di Malaysia



Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah mengisytiharkan pembentukan Malaysia
pada tahun 1963. Terdapat 14 buah negeri yang bergabung dan membentuk

Malaysia pada masa itu. Negeri-negeri tersebut ditunjukkan di dalam peta di bawah.
































Sumber peta:
Dewan Bahasa dan Pustaka








Nyatakan negeri-negeri yang membentuk Malaysia



SP 10.2.1 Nota Guru : Bimbing murid menamakan negeri-negeri yang membentuk Malaysia.


22

SEJARAH TAHUN 6 SK



.... maka telah dipersetujui bahawa hendaklah disekutukan Negeri Sabah,
Negeri Sarawak dan Negeri Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu
yang mengandungi Negeri Pahang, Negeri Terengganu, Negeri Kedah,

Negeri Johor, Negeri Sembilan, Negeri Kelantan, Negeri Selangor, negeri
Perak, Negeri Perlis, Negeri Pulau Pinang dan Negeri Melaka dan bahawa

persekutuan itu hendaklah dinamakan “Malaysia”.


Sumber : Pemasyhuran Malaysia, Arkib Negara Malaysia


























Singapura tidak lagi menjadi
anggota Malaysia pada
tahun 1965
Kajian gambar:


1. Secara berpasangan, teliti peta di atas.

2. Senaraikan nama-nama negeri yang membentuk Malaysia.
3. Catat dapatan anda dalam bentuk peta I-think yang sesuai.

4. Persembahkan hasil anda

Penggabungan negeri-negeri bagi membentuk Malaysia telah membuktikan

permuafakatan menjamin kesejahteraan. Sebagai rakyat kita seharusnya bersyukur dan

berterima kasih atas penggabungan dan menjadikan negara kita berdaulat pada hari ini.
23

SEJARAH TAHUN 6 SK

Ketua negeri


Malaysia adalah sebuah negara yang unik. Yang di-Pertuan Agong merupakan

Ketua Utama negara. Manakala setiap negeri mempunyai ketua yang berbeza dan
menjadi tonggak pemerintahan. Baginda mentadbir rakyat dan kerajaan di bawah
naungannya. Pelantikan setiap ketua negeri adalah unik dan ia merupakan satu

warisan yang perlu dipelihara.







Sultan

Ketua Negeri Bagi
Ketua Negeri Negeri-Negeri
Johor, Pahang,

Kelantan,
Terengganu,
Selangor,










Senaraikan negeri-negeri yang ditadbir oleh sultan






1. Murid dibahagikan kepada empat kumpulan.

2. Setiap kumpulan perlu menyenaraikan kepentingan taat setia dan menghormati

ketua negeri di Malaysia.
3. Catat dapatan anda dalam bentuk yang kreatif dan sesuai.
4. Persembahkan hasil kumpulan anda.







24

SEJARAH TAHUN 6 SK



Setiap negeri di Malaysia mempunyai ketua yang mentadbir negeri masing-masing.

Sebagai rakyat kita perlulah memberikan taat setia dan menghormati semua pemimpin

agar dapat melahirkan rakyat yang bertanggungjawab serta dapat mengekalkan
keamanan dan kesejahteraan










Raja Yang di-Pertuan Yang di-Pertua

Besar Negeri

Ketua Negeri Bagi
Ketua Negeri Bagi Ketua Negeri Bagi Negeri Melaka,

Negeri Perlis Negeri Sembilan Pulau Pinang,

Sarawak dan Sabah














Yang di-Pertua Negeri merupakan
ketua negeri bagi negeri-negeri yang

tiada sultan




Setiap negeri di Malaysia mempunyai ketua. Kesetiaan merupakan satu semangat yang
boleh menyatupadukan rakyat. Melalui ketaatan kepada pemimpin akan dapat melahirkan

rakyat yang sanggup berkorban demi mencapai kesejahteraan dan keamanan




SP 10.2.2 Nota Guru : Bimbing murid menamakan ketua negeri bagi negeri-negeri di Malaysia.
K 10.2.5


25

SEJARAH TAHUN 6 SK

Ibu negeri dan bandar diraja

Setiap negeri di Malaysia mempunyai ibu negeri masing-masing. Biasanya ibu negeri
merupakan bandar yang menempatkan pejabat tadbir negeri tersebut. Kebanyakan

negeri mempunyai bandar diraja iaitu daerah terletaknya Istana kediaman rasmi bagi
Sultan atau Raja dan daerah tersebut bukanlah daerah yang dipilih menjadi ibu negeri.








Ibu Negeri :
Ibu Negeri : Alor Setar
Kangar

Kedah


Perlis
Bandar Diraja :

Bandar Diraja : Arau Anak Bukit








Ibu Negeri : Ipoh




Ibu Negeri :
Shah Alam

Bandar Diraja : Perak

Kuala Kangsar

Selangor


Bandar Diraja : Klang





Ibu Negeri :

Senaraikan negeri-negeri yang tidak Pulau Pinang Georgetown
mempunyai bandar diraja. 26

SEJARAH TAHUN 6 SK







Ibu Negeri :
Ibu Negeri : Melaka Bandar Melaka

Seremban



Negeri

Sembilan

Bandar Diraja : Ibu Negeri : Kuantan
Seri Menanti





Pahang
Bandar Diraja : Pekan





Ibu Negeri :
Kota Bharu Kelantan


Ibu Negeri :
Johor Bahru



Johor


Ibu Negeri : Bandar Diraja : Bandar Maharani
Kuala Terengganu Terengganu










Ibu Negeri : Sabah
Ibu Negeri : Kuching Sarawak Kota Kinabalu


27
Ibu negeri dan bandar diraja merupakan lambang kemegahan negeri tersebut. Sebagai

rakyat yang taat setia kepada negara, kita perlu berbangga dan menghormatinya.

SP 10.2.3 Nota Guru : Bantu murid menamakan ibu negeri dan bandar diraja bagi negeri-negeri di Malaysia.

SEJARAH TAHUN 6 SK


Lambang negeriku

Bendera, lagu dan Jata negeri merupakan identiti setiap negeri di Malaysia. Sebagai

rakyat Malaysia, kita perlu berasa bangga dan sayang akan lambang negeri masing-
masing.


Negeri/ Wilayah Persekutuan Bendera Jata Lagu


Amin Amin

Perlis Ya Rabaljalil




Allah Selamatkan
Kedah Sultan Mahkota



Untuk


Pulau Pinang Negeri Kita




Allah Lanjutkan
Perak Usia Sultan




Duli Yang
Selangor
Maha Mulia




Berkatlah Yang
Negeri Sembilan
di-Pertuan Besar







Nyatakan tajuk lagu negeri Selangor. Mengapakah penting kita menghormati
28 lambang negeri?

SEJARAH TAHUN 6 SK


Negeri/ Wilayah Persekutuan Bendera Jata Lagu



Melaka
Melaka
Maju Jaya




Lagu Bangsa
Johor Johor




Allah
Pahang Selamatkan

Sultan Kami




Terengganu Selamat Sultan






Kelantan Selamat Sultan





Ibu Pertiwiku
Sarawak




Sabah Tanah
Sabah
Airku



Wilayah Maju dan
Persekutuan Sejahtera



Setiap negeri di Malaysia mempunyai identiti tersendiri. Mengenal dan menghormati
29
lambang negeri dapat menjamin keharmonian dan kesejahteraan rakyat. Negeri yang

sejahtera menjadi kemegahan seluruh rakyatnya.

SP 10.2.4 Nota Guru : Bimbing murid mengenal pasti bendera, jata dan lagu bagi negeri-negeri di
K 10.2.6 Malaysia.

SEJARAH TAHUN 6 SK


Keunikan negeri-negeri di Malaysia

Sejarah setiap negeri adalah unik. Asal usul nama negeri, budaya setempat, tempat
bersejarah dan tempat-tempat menarik adalah menjadi warisan dan kebanggaan setiap

rakyat.

Perlis diberi nama bersempena seorang tokoh iaitu “Tok Perlis”. Perlis juga
dikatakan mendapat nama, dari perkataan Siam “Phrau Loi” yang bermaksud

kelapa hanyut.

Perlis Perlis terkenal dengan keseniannya seperti Canggung, Hadrah, Jikey
ya Perlis, Makyong Laut dan Wayang Kulit Gedek


Gua Kelam, Gua Wang Burma, Pintu Wang Gunung, Empangan Timah Tasoh,
Bukit Merbok, Padang Besar dan Muzium Kota Kayang adalah antara tempat

bersejarah dan tempat menarik di Perlis.



Nama negeri ini berasal dari perkataan “Kheddah” yang bermaksud perangkap Gajah.

Ada juga yang mengatakan Kedah adalah bermaksud “Gelas berkaki” dalam bahasa
arab, Orang india memanggil kedah dengan panggilan “Kadaram”.

Kedah terkenal dengan kesenian seperti Tarian Mek Mulung, Tarian Inai,

Wayang Kulit Gedek, Baju kurung Kedah, Legenda Mahsuri dan Raja
Bersiung. Kedah

Istana Anak Bukit, Makam Mahsuri, Muzium padi, Menara Alor Setar, Tasik Pedu,

Pulau Langkawi, Terusan Wan Mat Saman, Lembah Bujang, Gunung Jerai, Balai
Besar adalah antara tempat bersejarah dan tempat menarik di negeri Kedah.


Nama Pulau Pinang diambil sempena barisan pokok-pokok pinang di kawasan
penempatan masyarakat asal melayu di kawasan pantai.


Pulau Pulau Pinang terkenal dengan keseniannya seperti boria. Masyarakat Cina di
Pinang Pulau Pinang juga popular dengan persembahan yang dikenali sebagai Chingay.


Antara tempat bersejarah dan tempat menarik di Pulau Pinang ialah Fort
Cornwallis, Padang Kota Lama, Masjid Kapitan Keling, Bukit Bendera, Jambatan

pulau Pinang dan Kuil Kek Lok Si.




Jelaskan bagaimana anda melahirkan
Nyatakan tiga tempat menarik di negeri Kedah. rasa bangga terhadap warisan negeri-

30 negeri di Malaysia.

SEJARAH TAHUN 6 SK

Menurut Hikayat Merong Maha wangsa, nama Perak diberi bersempena anak
panah bermata perak yang dilepaskan oleh anak Raja Merong Mahapodisat ke
kawasan yang dihajati beliau untuk dijadikan sebuah negeri. Nama Perak juga

diambil sempena sungai yang mempunyai ikan berwarna putih seperti perak.

Perak Di antara seni dan budaya Perak yang terkenal ialah busana 'Putera dan
Puteri Perak', pelamin Melayu Perak, seni tekat benang emas, Tarian Dabus,
seramik dan labu sayong.

Hutan Simpan Royal Belum, Gua Sam Poh Tong, Lenggong, Kota Tampan,
Muzium Taiping, Sungai Perak, Pulau Pangkor, Beruas, Pasir Salak Menara
Condong Teluk Intan adalah antara tempat menarik di negeri Perak.


Nama Selangor dikaitkan dengan nama Sungai Selangor yang terletak di Kuala Selangor


Tarian Dabus, Tarian Piring, Tarian Asli Bunga Tanjung, Tarian Makan Sirih
dan Tarian Pooja merupakan antara budaya masyarakat negeri Selangor.
Selangor
Bukit Malawati, Kota Raja Mahadi, Istana Shah Alam, Taman Templer, Batu Caves,

Kuala Selangor, Istana Jugra, I-icty merupakan antara tempat menarik dan tempat
bersejarah di Selangor.

Nama Negeri Sembilan diambil sempena sembilan negeri kecil iaitu Sungai


Ujong, Rembau, Jelebu, Johol, Ulu Muar, Inas, Gunung Pasir, Terachi, Jempol
yang disatukan di bawah satu pemerintahan berpusat di Seri Menanti.

Negeri Negeri Sembilan mempunyai adat dan budaya yang agak unik. Peribahasa

Sembilan "biar mati anak, jangan mati adat" menjadi pegangan hidup masyarakat
Minangkabau. Adat perpatih telah lama wujud dan kekal menjadi adat yang
unik di Negeri Sembilan.


Istana Seri Menanti, Kota Lukut, Pengkalan Kempas, Muzium Tentera Darat,
Muzium Negeri, Port Dickson merupakan antara tempat menarik dan tempat
bersejarah di negeri Sembilan.


Selain kisah Parameswara menyaksikan seekor pelanduk menendang anjingnya hingga jatuh

ke sungai dan Pokok Melaka, “Sejarah Melayu” telah menyebut “Malakat” atau “Mulagah”
digunakan oleh pedagang Arab yang membawa maksud “pusat / tempat perdagangan “.

Pelbagai adat etnik dan tradisi masyarakat Melayu, Cina, India, Baba dan

Nyonya, Portugis, Chitty dan Eurasia. Dondang Sayang, Silat Melaka, Nazam, Melaka
congkak dan Tarian Portugis adalah antara kebudayaan masyarakat Melaka.



Makam Hang Tuah, Makam Dol Said, Tangga batu, A Famosa, Jonker Street,
Kampung Morten, Menara Taming Sari, Muzium Melaka, Pulau Besar dan Bukit

Cina merupakan antara tempat bersejarah dan tempat menarik di Melaka.
31

SEJARAH TAHUN 6 SK

Nama Johor dikatakan berasal daripada perkataan Arab iaitu Jauhar yang

bermaksud permata. Dalam Sejarah Melayu menyebut Johor sebagai Ujung Tanah


Johor terkenal dengan tarian kuda kepang, zapin johor, ghazal, baju melayu
Johor cekak musang, baju teluk belanga dan baju riau.


Antara tempat menarik dan tempat bersejarah di Johor ialah Gunung Ledang,
Pantai Desaru, Pulau Sibu, Bukit Kepong, Air Hitam, Kota Tinggi, Batu Pahat,
Tanjung Piai, Istana Besar Johor, Bukit Timbalan dan Masjid Sultan Abu Bakar.


Nama Pahang dikatakan berasal daripada sebatang pokok mahang yang merentangi sungai

yang besar. Dalam bahasa Khmer pula, Pahang bermaksud “timah” yang dikaitkan dengan
Sungai Lembing yang terkenal dengan timah.

Pahang terkenal dengan Lagu-lagu Gendang Pahang, Lagu rakyat Pahang,

Joget Pahang dan Silat Lela Sembah Diraja Pahang.
Pahang

Antara tempat menarik dan tempat bersejarah di pahang ialah Cameron Highland,
Genting Highland, Bukit Fraser, Taman Negara, Gunung Tahan, Gunung Senyum,

Kuala Tembeling, Pulau Tioman, Tasik Chini, Tasik Bera dan Sungai Pahang.



Nama Terengganu dikatakan berasal dari penemuan taring di Pulau Duyong.
Saiz taring yang besar disebut sebagai “Taring anu”, sungai di mana taring
tersebut dijumpai juga dikenali sebagai “Sungai Taring Anu”.

Terengganu terkenal dengan tarian ulik mayang, industri batik dan songket,
Terengganu Teater Rodat, gamelan Terengganu dan seni bina rumah Terengganu.


Taman Tamadun Islam, Jambatan angkat, Gunung Bewah, Tasik Kenyir, Bukit Puteri,
Pasar Payang, Pulau Redang, Rantau Abang, Tasik Kenyir, Istana Maziah dan Istana
Syarqiyyah merupakan antara tempat bersejarah dan tempat menarik di Terengganu.


Dalam catatan China disebut “Ho-lan-tan” atau “Kou-lo-tan”. Nama Kelantan juga dikatakan

bersempena dengan nama pokok “Gelam Hutan” yang tumbuh di pesisir pantai negeri
Kelantan pada ketika itu. Ada juga yang menyebutnya sebagai kolamtanah yang akhirnya

menjadi Kelantan

Kelantan terkenal dengan wayang kulit, dikir barat, mak yong, wau bulan,
industri batik dan juga permainan gasing.
Kelantan


Masjid Kampung Laut, Pantai Sabak, Kuala Krai, Gua Musang, Rantau Panjang,
Pasir Puteh, Pasar Siti Khadijah, Pasar Tok Guru, Muzium wau dan muzium perang

merupakan antara tempat bersejarah dan tempat menarik di Kelantan.
32

SEJARAH TAHUN 6 SK


Terdapat sumber yang menyatakan nama Sarawak berasal dari ungkapan “serah
pada awak”, iaitu apabila Pengiran Muda Hashim menyerahkan pentadbiran
negeri itu kepada James Brooke pada tahun 1841. Ada juga menyatakan
Sarawak mendapat nama bersempena dengan nama Sungai Sarawak.
Sarawak Sarawak terkenal dengan pelbagai budaya, seni halus dan kraf dari pelbagai

etnik tempatan. Industri kek lapis, alat muzik dan pakaian tradisional
merupakan kebanggaan masyarakat Sarawak.


Gua Niah, Gunung Mulu, Sungai rajang, empangan Bakun, Fort Margherita,
Rumah panjang, Kuching dan Masjid Negeri merupakan tempat bersejarah dan
tempat menarik di Sarawak.


Sabah mendapat namanya daripada perkataan “Saba”, iaitu sejenis pisang. Kebanyakkan

penduduk asal menanam pisang ini di penempatan mereka untuk dijadikan sumber
makanan

Pelbagai etnik terdapat di Sabah. Pakaian berwarna hitam bersama manik-manik

kaca berwarna dan hiasan kepala lebih digemari oleh masyarakat Sabah.
Sabah
Hutan Simpan Sepilok, Tingkayu, Pulau Sipadan, Gua Madai, Pulau Gaya, Gunung

Kinabalu, Kundasang, Tanjung Simpang Mengayau, Lahad Datu dan Semporna
merupakan antara tempat bersejarah dan tempat menarik di Sabah.


Sumber asal usul nama negeri :
Asal Usul Negeri-Negeri Di Malaysia:
Zakiah Hanum, 1989
Pengiran Muda Hashim ialah wakil
kerajaan Brunei yang mentadbir


Sarawak. Beliau telah
menyerahkan Sarawak kepada
Gallery Walk James Brooke.


1. Murid dibahagikan kepada empat kumpulan.
2. Setiap kumpulan perlu memilih tiga negeri dengan menyenaraikan dan menjelaskan

bagaimana menzahirkan rasa bangga terhadap warisan bagi setiap negeri yang dipilih.

3. Catat dapatan anda dalam bentuk yang kreatif dan sesuai dan persembahkan hasil
kumpulan anda.


Setiap negeri di Malaysia mempunyai warisan tersendiri. Mengetahui setiap warisan

negeri dapat memupuk rasa bangga dan menghargainya agar terpelihara untuk tatapan
generasi akan datang.


33
SP 10.2.4 Nota Guru : Bimbing murid mengetahui warisan bagi negeri-negeri di Malaysia.

K 10.2.7

SEJARAH TAHUN 6 SK


Hari Malaysia

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati
penubuhan Malaysia. Hari Malaysia dijadikan cuti umum bermula pada tahun 2010

sebagai tanda persepakatan dan sayang akan negara. Kini sambutan Hari Malaysia

disambut meriah dan dapat mengeratkan kerjasama, kemakmuran dan hubungan rakyat
semua negeri.



























Nyatakan tahun diisytiharkan cuti

umum sempena Hari Malaysia.

4. Murid dibahagikan kepada empat kumpulan.
5. Setiap kumpulan perlu menyenaraikan kepentingan kerjasama antara negeri dan

kesan kepada masyarakat apabila menyambut Hari Malaysia dengan bersemangat.

6. Catat dapatan anda dalam bentuk yang kreatif dan sesuai dan persembahkan hasil
kumpulan anda.



Sebagai rakyat yang cintakan negara seharusnya kita menyatakan taat setia kepada

pemimpin dan menghormati ketua. Setiap warisan dan lambang negeri perlu dihormati dan
dipelihara serta menjadi kebanggaan dalam diri setiap rakyat agar kemakmuran dapat

dicapai.


34

SEJARAH TAHUN 6 SK






Nama-nama negeri di Malaysia

▪ Perlis ▪ Selangor ▪ Pahang
▪ Kedah ▪ Negeri Sembilan ▪ Sarawak
▪ Terengganu ▪ Sabah
▪ Pulau pinang ▪ Melaka ▪ Kelantan

▪ Perak ▪ Johor




Ketua negeri di Malaysia





Sultan Raja Yang di- Yang di-
Pertua
Negeri
Ketua Johor, Pahang, Pertuan Melaka, Pulau
Besar
Kelantan,



Negeri Terengganu, Perlis Negeri Pinang,

Selangor, Sembilan Sarawak,
Sabah




Ibu Negeri, Bandar diraja, Bendera, Jata dan lagu negeri




Semua negeri di Malaysia mempunyai ibu negeri, bendera, jata negeri dan lagu
negeri masing-masing. Kebanyakan negeri-negeri ini mempunyai bandar diraja dan

kesemuanya mempunyai sejarah dan keunikan tersendiri.







Unit ini membincangkan tentang mengenali negeri-negeri di Malaysia, ketua negeri,

ibu negeri, bandar diraja serta identiti sesebuah negeri. Mendalami dan menguasai

unit ini dapat membantu murid memahami rukun negara dalam unit seterusnya.


35

SEJARAH TAHUN 6 SK




Jawab semua soalan
A. Padankan negeri berikut dengan bendera dan jata negerinya.

1 Pahang




2 Johor



3 Sabah


4 Sarawak



5 kedah





B. Isi tempat kosong di bawah berpandukan jawapan yang diberi.


Negeri Sembilan 16 September Anak Bukit


Ulik Mayang Untuk Negeri Kita




1. _______________ ialah bandar diraja bagi negeri Perlis.

2. Yang di-Pertuan Besar adalah ketua negeri bagi ___________________

3. __________________ merupakan lagu negeri bagi Pulau Pinang.


4. Hari Malaysia disambut pada __________ setiap tahun bagi memperingati

pembentukan Malaysia.

5. Antara warisan kebudayaan yang terkenal dia Terengganu ialah


______________________.

Nota Guru : Perbanyakan halaman ini

36

SEJARAH TAHUN 6 SK






Menghormati ketua, lambang dan warisan setiap negeri membolehkan kita
menghargai dan menghayati sifat jati diri sebagai rakyat yang bertanggungjawab.



Diri Masyarakat
Kerjasama antara negeri dapat
Kita perlu mempunyai mengekalkan kesejahteraan
sifat jati diri dan
menghargai setiap semua.

identiti negeri


Negara
Negara yang harmoni

dapat menjamin

kemajuan dan
kesejahteraan rakyat.

































Kerjasama antara semua negeri dapat mengekalkan kesejahteraan negara.
37

SEJARAH TAHUN 6 SK

Tajuk 10 : Negara Malaysia








































Rukun Negara merupakan ideologi negara. Unit ini akan membincangkan

sebab dan matlamat Rukun Negara. Unit ini juga akan menjelaskan prinsip
Rukun Negara dan peranan Rukun Negara dalam kehidupan negara.













- 38 -

SEJARAH TAHUN 6 SK






1. Sebab-sebab pengenalan Rukun Negara.
2. Matlamat dan prinsip Rukun Negara.
3. Peranan Rukun Negara dalam kehidupan harian.




























1. Mengkaji sebab-sebab pengenalan Rukun Negara

2. Melihat sebab dan akibat prinsip dan matlamat Rukun Negara
3. Menghuraikan peranan Rukun Negara dalam kehidupan harian





Kasih sayang











- 39 -

SEJARAH TAHUN 6 SK


Rukun Negara Asas Tunjang Negara
Rukun Negara adalah merupakan ideologi negara. Ketiadaan perhubungan erat

dalam masyarakat telah membawa gangguan terhadap kestabilan politik negara.

Justeru Rukun Negara diperkenalkan untuk merapatkan perhubungan antara
masyarakat berbilang kaum di negara kita


Pihak British telah mengamalkan dasar pecah dan perintah semasa
menjajah Tanah Melayu.





Pihak British telah memperkenalkan ekonomi moden dan
mengekalkan ekonomi tradisional.





Masyarakat ditempatkan mengikut bidang pekerjaan masing-masing.
Orang Cina menetap di kawasan perlombongan, orang Melayu di

kawasan luar bandar dan orang India di kawasan perladangan getah.




Akibatnya perhubungan masyarakat menjadi terbatas. Persefahaman
dalam kalangan masyarakat juga terhad




Pihak British telah mengamalkan dasar pecah dan perintah semasa

menjajah Tanah Melayu.





Kafe

Siapakah yang mengisytiharkan Bentuk suasana kafe atau kedai kopi di dalam kelas.
Rukun Negara?
Bincangkan aktiviti yang boleh merapatkan perhubungan di
kalangan masyarakat berbilang kaum.



Rukun Negara telah digubal oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN).Mageran ditubuhkan

untuk mengawal keamanan negara akibat peristiwa 13 Mei 1969


- 40 -

SEJARAH TAHUN 6 SK


Ketidakseimbangan sosioekonomi menyebabkan masyarakat

berbilang kaum berasa tidak berpuas hati dan curiga.




Perpaduan kaum yang tidak erat menyebabkan perselisihan dan
perbalahan kaum berlaku pada 13 Mei 1969.



Langkah segera telah diambil untuk mewujudkan perhubungan dan

persefahaman di kalangan masyarakat berbilang kaum.



Rukun Negara telah diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada
31 Ogos 1970.




Rukun Negara diperkenalkan sebagai satu pegangan untuk

masyarakat berbilang kaum bagi mencapai perpaduan yang lebih erat.





















Ahli MAGERAN

Rukun Negara penting dalam mengeratkan perpaduan dan perhubungan antara
masyarakat berbilang kaum di negara kita. Oleh itu setiap warganegara Malaysia perlu

menghayati prinsip dan matlamat Rukun Negara.


10.3.2 Bimbing murid memahami sebab-sebab Rukun Negara diperkenalkan.
K10.3.4
- 41 -

SEJARAH TAHUN 6 SK

Prinsip-Prinsip Rukun Negara


Rukun Negara merupakan kunci utama kepada keharmonian dan perpaduan

kaum untuk kemakmuran Malaysia. Terdapat lima prinsip dalam Rukun Negara.



Kepercayaan Kepada
Tuhan




Kesetiaan Kepada
Kesopanan dan Raja dan Negara

Kesusilaan






Keluhuran
Kedaulatan Undang- Perlembagaan

Undang









Lima prinsip rukun negara yang dikaitkan dengan kelopak bunga raya


Rukun Negara menekankan hidup bermasyarakat dan harmoni dalam kalangan

masyarakat Malaysia. Oleh itu kita perlu menghayati kelima-lima prinsip Rukun Negara.



Kafe

Senaraikan lima prinsip Rukun Fikir-Pasang-Kongsi (Think-Pair-Share)

Negara mengikut urutan yang betul Secara berpasangan, bincang situasi yang menunjukkan
pengamalan Rukun Negara dalam kalangan masyarakat Malaysia.

10.3.2 •Bimbing murid memahami prinsip Rukun Negara.
K10.3.6 •Bimbing murid mengenal pasti situasi yang menunjukkan pengamalan Rukun Negara


- 42 -

SEJARAH TAHUN 6 SK


Hayati Prinsip Rukun Negara

Rakyat Malaysia perlu memahami dan mengamalkan lima prinsip yang terdapat
dalam Rukun Negara. Dengan itu kita dapat membina masyarakat yang berdisiplin
tinggi, cintakan negara dan menjaga keharmonian negara



Kepercayaan kepada Tuhan




Kehidupan beragama merupakan prinsip penting dalam kehidupan rakyat
Malaysia. Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan bahawa agama
Islam adalah agama rasmi Persekutuan dan agama-agama lain boleh

diamalkan dengan bebas. Melalui prinsip kepercayaan kepada Tuhan dapat
merapatkan hubungan dalam kalangan kepelbagaian kaum di Malaysia.
Selain itu dapat menjadikan masyarakat yang mengamalkan sikap
kesederhanaan dalam pengamalan agama dan bersikap bertolak ansur

untuk keharmonian negara .
































- 43 -

SEJARAH TAHUN 6 SK


Kesetiaan kepada Raja dan Negara





Negara kita mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan raja
berperlembagaan. Setiap warganegara Malaysia perlu menumpukan sepenuh
taat setia kepada Yang Di-Pertuan Agong dan negara. Di peringkat negeri
pula, rakyat menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri

tempat mereka bermastautin. Justeru ia dapat membentuk satu bangsa
Malaysia yang cintakan negara dan hidup dalam permuafakatan.

















Keluhuran Perlembagaan



Keluhuran perlembagaan bermaksud perlembagaan negara adalah merupakan
perundangan tertinggi negara Perlembagaan Persekutuan menjadi asas

penting untuk memberi perlindungan untuk rakyat Malaysia. Oleh itu rakyat
perlu menghormati dan mematuhi perlembagaan negara.








Cadangkan bagaimana
memastikan prinsip

kesopanan dan kesusilaan
sentiasa ada dalam diri
masyarakat Malaysia?

- 44 -


Click to View FlipBook Version