Perayaan Keagamaan dan Kebudayaan Masyarakat Malaysia
Malaysia mempunyai pelbagai jenis perayaan sepanjang tahun. Rakyat Malaysia
meraikan perayaan yang unik mengikut amalan agama dan budaya yang
diamalkan. Keunikan perayaan ini menjadi kebanggaan oleh setiap
warganegara.
Hari Raya Aidiladha
❖ Dirayakan oleh penganut
agama Islam..
❖ Dikenali sebagai Hari
Raya Korban atau Hari
Raya Haji.
Hari Wesak
❖ Diraikan oleh penganut
agama Buddha.
❖ Dikenali sebagai Visakah
Puja atau Buddha
Purnima.
95
Hari Easter
❖ Diraikan oleh penganut
agama Kristian.
❖ Dikenali sebagai Paskah.
Thaipusam
❖ Dirayakan oleh penganut
agama Hindu.
❖ Terdapat penganut yang
membayar nazar semasa
perayaan ini.
Perkataan ‘vel vel’ yang dilaungkan semasa sambutan
Thaipusam adalah sebagai simbolik lembing ‘vel’ yang
digunakan sebagai senjata untuk menewaskan semangat jahat.
96
Vaisakhi
❖ Dirayakan oleh kaum
Sikh.
❖ Dikenali sebagai Vasakhi
atau Baisakhi.
Tahun Baru Orang Asli
❖ Dirayakan oleh kaum
Orang Asli.
❖ Dikenali sebagai Jis Pai
atau Tahut Pai.
Keharmonian negara yang dikecapi pada hari ini membolehkan setiap rakyat
Malaysia meraikan perayaan kebudayaan serta keagamaan dengan aman dan
damai.
11.3.1 Bimbing murid memahami perayaan keagamaan masyarakat Malaysia.
K 11.3.4
97
Perayaan Menyemai Kasih Sayang Keluarga
Perayaan yang disambut oleh sesebuah kaum adalah mengikut pegangan agama
yang dianuti. Perayaan yang disambut bertujuan meraikan atau memperingati
sesebuah peristiwa. Tradisi perayaan yang disambut pada hari ini ialah warisan
daripada masyarakat terdahulu.
Hari Raya Aidilfitri Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan
utama masyarakat yang beragama Islam.
Tujuan sambutan perayaan ini adalah
untuk meraikan umat Islam yang
berpuasa selama sebulan pada bulan
Ramadan. Amalan kunjung mengunjungi
dan saling bermaafan menjadi tradisi
masyarakat Islam semasa merayakan
perayaan ini.
Deepavali
Deepavali bermaksud ‘sebaris pelita’.
Penganut agama Hindu percaya dengan
memasang pelita, kecerahan akan mengatasi
kegelapan dan kebaikan akan mengatasi
kejahatan. Amalan mandi minyak yang
diamalkan sebagai tanda menyucikan tubuh
dan berkunjung ke rumah keluarga dengan
membawa manisan menjadi tradisi dalam
perayaan ini.
Dengan merujuk kepada pelbagai sumber, dalam kumpulan,
lakonkan satu cara sambutan perayaan di Malaysia.
98
Tahun Baru Cina
Tahun Baru Cina pula disambut sebagai
tanda kedatangan tahun baru mengikut
kalendar Cina. Aktiviti makan besar yang
diadakan pada petang sebelum tahun baru
bertujuan mengeratkan hubungan
kekeluargaan. Pemberian ‘angpao’kepada
keluarga dan sahabat yang belum
berkahwin menjadi tradisi masyarakat Cina
merayakan perayaan ini.
Hari Gawai
Sambutan Hari Gawai pula diraikan
sebagai tanda berakhirnya musim menuai
padi dan bermulalah musim menanam
padi yang baharu. Upacara ranyai
diadakan sebagai tanda kesyukuran. Kuih
muih tradisional, air tuak dan tarian
ngajat yang dipersembahkan ialah tradisi
yang diamalkan semasa meyambut
perayaan ini.
Ranyai ialah pohon yang didirikan oleh sesebuah
Apakah kepentingan memelihara komuniti rumah panjang untuk menunjukkan
warisan perayaan masyarakat di kedatangan Hari Gawai. Pohon ini akan dihiasi
Malaysia? dengan pelbagai jenis makanan dan minuman.
99
Pesta Kaamatan dirayakan dengan Pesta Kaamatan
mengadakan upacara ‘Magavau’ yang
memuja semangat padi. Upacara yang
dilaksanakan ini bertujuan menunjukkan
tanda kesyukuran dan diadakan selepas
musim menuai padi.Kuih muih tradisional
dan air tapai yang dihidangkan serta tarian
sumazau yang dipersembahkan ialah
tradisi semasa sambutan perayaan ini.
Hari Krismas Sambutan Hari Krismas pula
diraikan untuk memperingati
kelahiran Jesus Christ iaitu
pengasas ajaran Kristian. Aktiviti
menghias pokok krismas dengan
lampu bewarna warni, berkumpul
bersama keluarga dan saling
bertukar hadiah menjadi tradisi
dalam sambutan Hari Krismas.
Peta Pemikiran (I-Think)
1. Pilih dua jenis perayaan masyarakat di Malaysia. Video tarian
2. Dengan menggunakan peta buih berganda, senaraikan Sumazau.
persamaan dan perbezaan perayaan tersebut.
Sambutan perayaan di Malaysia dapat melahirkan semangat cinta akan perpaduan
antara kaum. Persefahaman antara kaum, agama dan budaya di negara ini berjaya
mewujudkan suasana perayaan yang meriah dan harmoni.
11.3.2 Bimbing murid memahami kepentingan perayaan masyarakat Malaysia.
K 11.3.6
100
Tanglung
1
Dua keping kertas warna, gunting, ‘stapler’
dan tape.
2
Sekeping kertas dilipat dua.
3
Gunting dengan jarak yang sama dan
tidak putus.
4
Tampal rapat satu bahagian kertas
dan tampal jarak satu bahagian lagi.
5
Potong bahagian yang lebih.
6
Cantumkan kedua-dua bahagian
dengan ‘stapler’.
7
Gunakan lebihan kertas yang
dipotong untuk membuat pemegang.
Tanglung yang telah siap dihias 101
Yang Dahulu Dihormati, Yang Kini Dirai.
Cara sambutan perayaan dahulu masih diamalkan oleh sebilangan masyarakat
Malayisa sehingga ke hari ini.. Namun, kemajuan yang berlaku dalam bidang
teknologi, ekonomi dan sosial membawa beberapa perubahan terhadap cara
sambutan perayaan pada masa kini.
Dahulu Kini
Kad raya ditulis untuk Ucapan raya dihantar
menyampaikan ucapan. melalui media sosial.
Dahulu Kini
Kuih raya tradisi. Kuih raya moden.
102
Dahulu Kini
Acara makan besar diadakan Terdapat keluarga yang
di rumah. makan besar di restoran.
Dahulu Kini
Tepung digunakan untuk Beras atau hampas yang
menghasilkan kolam. berwarna-warni digunakan untuk
menghasilkan kolam.
Apakah kepentingan memelihara warisan perayaan
masyarakat di Malaysia?
103
Dahulu Kini
Menerima kunjungan Mengadakan rumah terbuka
saudara dan sahabat. untuk saudara dan sahabat.
Dahulu Kini
Pakaian tradisional Pakaian moden.
Nyatakan satu perbezaan cara sambutan perayaan dahulu dan kini.
Walaupun kemodenan menjadi pilihan cara menyambut sesebuah perayaan,
namun generasi muda pada hari ini perlu mengetahui warisan perayaan agar
tradisi tersebut terus kekal dan dihargai.
11.3.3 Bimbing murid memahami kepentingan perayaan masyarakat Malaysia.
104
K 11.3.6
Perayaan Memupuk Keharm onian Rakyat
• Hari Raya Aildilfitri • Hari Krismas
• Tahun Baru Cina • Pesta Kaamatan
• Deepavali • Hari Gawai
Perayaan Menyemai Kasih Sayang Keluarga
• Meraikan umat Islam berpuasa
• Mengharapkan kebaikan mengatasi kejahatan
• Makan besar dan bertukar hadiah untuk eratkan hubungan
kekeluargaan
• Menunjukkan tanda syukur setelah musim menuai
Yang Dahulu dihormati, Yang Kini Dirai
• Ucapan raya • Kolam
• Kuih raya • Kunjungan ke rumah
• Makan besar • Pakaian
•
Unit ini memberikan pemahaman tentang perayaan utama, tujuan perayaan dan
cara sambutan perayaan masyarakat Malaysia. Murid akan mempelajari dan
memahami Malaysia di persada sukan dalam unit seterusnya.
105
Padankan cara menyambut perayaan di bawah dengan jawapan yang betul
Tujuan sambutan perayaan ini adalah untuk
meraikan umat islam yang berpuasa selama Tahun Baru Cina
sebulan pada bulan Ramadan.
Aktiviti makan besar yang diadakan pada
petang sebelum tahun baru bertujuan Hari Gawai
mengeratkan hubungan kekeluargaan
Amalan mandi minyak diamalkan sebagai
tanda menyucikan tubuh dan berkunjung ke
Hari Raya Aidilfitri
rumah keluarga dengan membawa manisan
menjadi tradisi dalam perayaan ini.
Aktiviti menghias pokok Krismas dengan
lampu berwarna warni, berkumpul bersama Deepavali
keluarga dan saling bertukar hadiah menjadi
tradisi dalam sambutan Perayaan ini.
Upacara ‘Magavau’ yang memuja semangat
padi dilaksanakan bertujuan menunjukkan Hari Krismas
tanda kesyukuran dan diadakan selepas
musim menuai padi.
Upacara ranyai diadakan tanda kesyukuran.
Kuih muih tradisional, air tuak dan tarian Pesta Keamatan
ngajat dipersembahkan semasa menyambut
perayaan ini.
106
Menghargai warisan dan kepelbagaian perayaan di Malaysia dapat menjamin
kesejahteraan hidup rakyat yang berbilang kaum di negara kita.
Kasih sayang dan kemesraan penting dalam mengeratkan hubungan
kekeluargaan
Diri Masyarakat Negara Keamanan
Toleransi dalam negara terpelihara hasil
Menghormati tradisi dan masyarakat menjamin daripada persefahaman
budaya perayaan kaum lain sambutan perayaan yang antara warganegara.
dapat membentuk jati diri meriah dan harmoni.
yang cinta akan perpaduan.
107
SEJARAH TAHUN 6 SK
Tajuk 12 : Pencapaian dan Kebanggaan Negara
Pemimpin negara mempunyai peranan besar untuk memajukan dan menjaga
kesejahteraan negara. Unit ini akan membincangkan kedudukan dan tugas
Perdana Menteri dalam memimpin negara. Unit ini juga akan menjelaskan
pencapaian negara di bawah kepimpinan Perdana Menteri.
.
Bertanggungjawab.
- 108 -
SEJARAH TAHUN 6 SK
1. Nama dan biodata ringkas Perdana Menteri Malaysia mengikut urutan.
2. Bidang tugas Perdana Menteri.
3. Pencapaian negara di bawah kepimpinan Perdana Menteri.
1. Mengkaji signifikan bukti nama dan biodata Perdana Menteri Malaysia.
2. Menerangkan bidang tugas Perdana Menteri.
3. Meneroka bukti pencapaian negara di bawah kepimpinan Perdana Menteri.
- 109 -
SEJARAH TAHUN 6 SK
Perdana Menteri yang Ku Sayangi
Perdana Menteri merupakan ketua kerajaan Malaysia. Jawatan Perdana
Menteri telah diwujudkan apabila pihak British bersetuju memberikan
kemerdekaan untuk Persekutuan Tanah Melayu. Jawatan Perdana Menteri
telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.
✓ Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj ibni Almarhum Sultan Abdul
Hamid merupakan Perdana Menteri yang pertama.
✓ Beliau lahir pada 8 Februari 1903 di Istana Tiga Tingkat Alor Setar.
✓ Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Melayu di
Jalan Baharu, Alor Setar, Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar
dan Penang Free School sebelum melanjutkan pelajaran dalam
bidang keguaman di United Kingdom.
✓ Pada peringkat awal beliau bertugas sebagai Pegawai Daerah
Langkawi, Kulim dan Sungai Petani dan Pendakwa Raya dan juga
Presiden Mahkamah Seksyen.
✓ Pada tahun 1951 beliau dilantik sebagai Yang Dipertua UMNO
dan dilantik sebagai Ketua Menteri pada tahun 1955.
✓ Apabila Tanah Melayu mendapat kemerdekaan beliau dilantik
sebagai Perdana Menteri.
✓ Tunku Abdul Rahman telah mengumumkan pembentukan
Malaysia pada tahun 1963.
✓ Beliau bersara daripada jawatan Perdana Menteri pada tahun 1970
dan meninggal dunia pada tahun 1990.
✓ Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein merupakan Perdana Menteri
yang kedua. Beliau lahir di Pekan, Pahang pada 11 Mac 1922.
✓ Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Langgar,
Pekan dan Maktab Melayu Kuala Kangsar sebelum melanjutkan
pelajaran dalam bidang keguaman di United Kingdom.
✓ Pada peringkat awal beliau bertugas sebagai Setiausaha Kerajaan
Negeri Pahang dan juga Menteri Besar Pahang.
✓ Apabila Tanah Melayu mendapat kemerdekaan beliau dilantik
sebagai Timbalan Perdana Menteri.
✓ Tun Abdul Razak dilantik sebagai Pengarah MAGERAN apabila
Tanah Melayu diisytiharkan darurat ekoran Peristiwa 13 Mei 1969.
✓ Seterusnya beliau dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia dan
seterusnya dilantik sebagai Pengerusi Barisan Nasional.
✓ Tun Abdul Razak meninggal dunia pada tahun 1976 semasa beliau
masih memegang jawatan Perdana Menteri.
- 110 -
SEJARAH TAHUN 6 SK
✓ Tun Hussein bin Dato’ Onn merupakan Perdana Menteri yang
ketiga.
✓ Beliau lahir di Pekan, Pahang pada 12 Februari 1922.
✓ Beliau mendapat pendidikan awal di English College Johor
Bahru dan Maktab Tentera di Dehra Dunn,India sebelum
melanjutkan pelajaran dalam bidang keguaman di United
Kingdom.
✓ Pada peringkat awal beliau bertugas di cawangan perisikan ibu
pejabat tentera British di India, Pemerintah Depo Polis di Johor
Bahru, penolong Pegawai Daerah di Kuala Selangor dan
Kelang.
✓ Kemudian Tun Hussein Onn dilantik sebagai Menteri Pelajaran
dan Menteri Perdagangan.
✓ Pada tahun 1976 beliau dilantik memegang jawatan Perdana
Menteri Malaysia.
✓ Tun Hussein Onn bersara daripada jawatan Perdana Menteri
pada tahun 1981.
✓ Beliau meninggal dunia pada tahun 1990.
✓ Tun Dr Mahathir bin Mohamad merupakan Perdana Menteri
yang keempat.
Beliau lahir di Seberang Perak ,Alor Setar pada 20 Disember
✓
1925.
✓ Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu
Seberang Perak, Alor Setar dan Kolej Sultan Abdul Hamid
sebelum melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di
Kolej Perubatan King Edward VII di Singapura.
✓ Pada peringkat awal beliau bertugas sebagai pegawai
perubatan di Langkawi, Alor Setar dan Perlis.
✓ Pada tahun 1976 beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana
Menteri dan kemudian menjadi Perdana Menteri pada tahun
1981.
✓ Tun Dr Mahathir bersara pada tahun 2003.
✓ Namun begitu pada tahun 2008 Tun Dr Mahathir dilantik
semula memegang jawatan Perdana Menteri.
- 111 -
SEJARAH TAHUN 6 SK
✓ Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi merupakan Perdana Menteri
yang kelima.
✓ Beliau lahir di Bayan Lepas, Pulau Pinang pada 26 November 1939.
✓ Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Tinggi Bukit Mertajam
dan Sekolah lelaki Methodist, Pulau Pinang sebelum melanjutkan
pelajaran dalam pengajian Islam di Universiti Malaya.
✓ Pada peringkat awal beliau bertugas sebagai Penolong Setiausaha
Jabatan Perkhidmatan Awam dan Setiausaha MAGERAN.
✓ Kemudian Tun Abdullah dilantik sebagai Menteri Pendidikan,
Pertahanan dan Luar Negeri.
✓ Pada tahun 1999 beliau dilantik memegang jawatan Timbalan
Perdana Menteri Malaysia dan pada tahun 2003 pula sebagai
Perdana Menteri Malaysia.
✓ Tun Abdullah bersara daripada jawatan Perdana Menteri pada tahun
2009
✓ Dato’ Sri Mohd Naib bin Tun Abdul Razak merupakan
Perdana Menteri yang keenam.
✓ Beliau lahir di Kuala Lipis, Pahang pada 23 Julai 1953.
✓ Beliau mendapat pendidikan awal di sekolah St John
Institution, Kuala Lumpur sebelum melanjutkan
pelajaran di United Kingdom.
✓ Pada peringkat awal beliau bertugas sebagai pegawai
eksekutif di PETRONAS.
✓ Pada tahun 1982 beliau dilantik sebagai Menteri Besar
Pahang dan kemudian dilantik menjadi Menteri
Pertahanan, Menteri Pelajaran dan Menteri Pertahanan.
✓ Pada tahun 2004 beliau dilantik sebagai Timbalan
Perdana Menteri dan pada tahun 2009 pula sebagai
menjadi Perdana Menteri.
✓ Pada tahun 2018 Dato’ Sri Mohd Najib terpaksa
melepaskan jawatan Perdana Menteri ekoran parti
pimpinan beliau tidak mendapat undi majoriti dalam
pilihan raya umum.
- 112 -
SEJARAH TAHUN 6 SK
✓ Tan Sri Muhyiddin bin Yassin merupakan Perdana Menteri
yang ketujuh.
✓ Beliau lahir di Muar, Johor pada 15 Mei 1947. Beliau
mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan
Maharani Muar, Johor dan Sekolah Tinggi Muar dan
Sekolah lelaki Methodist, Pulau Pinang sebelum
melanjutkan pelajaran dalam ekonomi dan pengajian
melayu di Universiti Malaya.
✓ Pada peringkat awal beliau bertugas sebagai Penolong
Setiausaha Kerajaan Johor.
✓ Kemudian Tan Sri Muhyiddin dilantik sebagai Menteri
Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna,
Pertanian dan Industri Asas Tani, Perdagangan
Antarabangsa dan Industri dan juga Menteri Pelajaran
✓ Pada tahun 2009 beliau dilantik memegang jawatan
Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
✓ Pada tahun 2020 pula sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Perdana Menteri yang dilantik sebagai ketua kerajaan telah menjalankan tugas
demi untuk bangsa dan negara. Kita sebagai rakyat Malaysia perlu menghargai
jasa yang ditaburkan oleh Perdana Menteri dengan hidup bersatu dan menjaga
kedaulatan negara.
Senaraikan nama Perdana Menteri
negara kita mengikut turutan.
Giliran Robin (Rally Robin)
Secara berpasangan, nyatakan biodata salah
seorang Perdana Menteri yang anda sanjung .
12.1.1 • Bimbing murid memahami biodata Perdana Menteri
K12.1.6 .
- 113 -
SEJARAH TAHUN 6 SK
Terserlah Tugas Perdana Menteri
Negara kita telah mempunyai Perdana Menteri yang berkaliber dan komited terhadap
tugas untuk kesejahteraan negara Malaysia. Perdana Menteri mempunyai bidang
tugas tertentu dalam menjalankan pentadbiran negara agar negara terus berada
dalam keadaan makmur
Ketua Kerajaan
Penasihat kepada Yang di-Pertuan Agong
Yang di-Pertuan Agong melantik Perdana Perdana Menteri menasihati Yang di-
Menteri untuk mengetuai kerajaan Pertuan Agong tentang dasar-dasar
semasa dan pentadbiran negara. negara, pentadbiran pusat dan pelantikan
jawatan tertinggi dalam kerajaan.
Penyelaras Dasar Negara
Perdana Menteri akan menyelaraskan semua
dasar negara untuk ke arah kemajuan negara.
Kebajikan Rakyat
Perdana Menteri mempunyai tugas
untuk memastikan taraf hidup rakyat
Dengan menggunakan sumber ICT, cari gambar yang meningkat dan pembangunan negara
menunjukkan Perdana Menteri menjalankan peranan dilaksanakan dengan teratur.
menjaga kebajikan rakyat. Hasilkan dalam bentuk buku
skrap - 114 -
SEJARAH TAHUN 6 SK
Ketua Jemaah Menteri
Perdana Menteri mengetuai jemaah Jurucakap
menteri dalam menjalankan pentadbiran Perdana Menteri merupakan jurucakap
negara. dalam hal-ehwal negara yang melibatkan
peringkat antarabangsa dan juga dalam
negara.
Pelantikan Perwakilan
Perdana Menteri akan menentukan Pengerusi Mesyuarat Kabinet
taraf perwakilan di sesuatu negara luar Perdana Menteri menjadi pengerusi
Jemaah Menteri bagi membincangkan
hal ehwal negara.
Tanggungjawab dan kesungguhan dalam
menjalankan peranan sebagai Perdana
Menteri telah mengukuhkan kedudukan
Malaysia sebagai sebuah kerajaan yang Perdana Menteri menjalankan tugas sebagai
dihormati oleh negara jiran. ketua kerajaan selama lima tahun sahaja
• Bimbing murid memahami peranan Perdana Menteri.
12.1.2
K12.1.6 • Bimbing murid menghasilkan buku skrap tentang peranan Perdana
Menteri dalam menjaga kebajikan rakyat
- 115 -
SEJARAH TAHUN 6 SK
Kepimpinan Perdana Menteri Penentu Pencapaian Negara
Pencapaian negara bergantung kepada kepimpinan Perdana Menteri. Sumbangan
Perdana Menteri telah membolehkan negara kita mencapai kemajuan dalam
pelbagai bidang dan juga membawa kemakmuran negara.
Perjuangan Kemerdekaan Tanah Melayu Pertandingan Pestabola Merdeka
Pembentukan Malaysia
Setiausaha Agung Pertubuhan
Persidangan Islam(OIC)
Penubuhan Association
Southeast Asia (ASA)
Tengku Abdul Rahman Putra Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah
Hubungan diplomatik dengan Pengarah Majlis Gerakan Negara (MAGERAN)
negara China
Dasar Ekonomi Baru(DEB)
Penubuhan MARA dan FELDA
Penyata Razak 1956
Idea Zone of Peace Freedom dan - 116 -
Neutarlity (ZOPFAN) Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein
SEJARAH TAHUN 6 SK
Menekankan isu-isu perpaduan Dasar Petroleum Negara
Memerangi amalan rasuah
Melancarkan Skim Amanah
Saham Nasional
Tun Hussein bin Dato’ onn
Menara Berkembar PETRONAS Koridor Raya Multimedia (MSC)
Dasar pandang ke Timur
Wawasan 2020
Bersih Cekap dan Amanah
Heavy Industries Corporation of
Malaysia (HICOM)
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Tun Dr Mahathir bin Mohamad
Persekutuan (PUTRAJAYA)
Kuala Lumpur International Airport (KLIA)
- 117 -
SEJARAH TAHUN 6 SK
Pelan Integriti Nasional Jambatan Kedua Pulau Pinang
Dasar Modal Insan
Dasar Bioteknologi Nasional
Wilayah Pembangunan
Iskandar
Koridor Wilayah Ekonomi Utara,
Pantai Timur, Selatan, Sabah dan
Sarawak. Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi
Program Transformasi Kerajaan Eastern Sabah Security Command
(ESSCOM)
1 Malaysia
Bantuan Rakyat 1 Malaysia
National Key Results Area (NKRA)
Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun
Abdul Razak
- 118 -
SEJARAH TAHUN 6 SK
Bendung penularan wabak Covid -19 Tabung Covid-19
Pelan Jana Semula Ekonomi
Negara (PENJANA)
Pakej Rangsangan Ekonomi
Prihatin Rakyat (PRIHATIN)
Tan Sri Muhyiddin bin Yassin
Bagaimana anda menghargai Senaraikan sumbangan Tun Dr Mahathir
sumbangan Perdana Menteri ke arah dalam memakmurkan negara Malaysia
kemakmuran negara?
Sumbangan yang diberikan oleh Perdana Menteri telah menyebabkan negara
Malaysia telah mencapai kemakmuran dan juga membawa kesejahteraan kepada
rakyat. Oleh itu kita perlu memberikan sokongan kepimpinan negara agar negara
kita terus maju dalam semua lapangan.
12.1.3 • Bimbing murid memahami sumbangan Perdana Menteri.
K12.1.6 • Bimbing murid mengenal pasti cara untuk menghargai sumbangan
Perdana Menteri .
- 119 -
SEJARAH TAHUN 6 SK
Perdana Menteri Yang Ku Sayangi
Terdapat lapan orang Perdana
Menteri yang telah menjalankan
tugas sebagai ketua kerajaan
Malaysia
Terserlah Tugas Perdana Menteri
Perdana Menteri mempunyai tugas
tertentu dalam
menjalankan pentadbiran negara
Kepimpinan Perdana Menteri
Penentu Pencapaian Negara
Perdana Menteri telah memberi
sumbangan yang bermakna demi
untuk kemakmuran negara Malaysia
Unit ini membincangkan Perdana Menteri yang dilantik sebagai ketua kerajaan
Malaysia. Kita juga dapat mengetahui peranan dan sumbangan Perdana Menteri
dalam memakmurkan negara Malaysia. Unit ini mendorong kita untuk memahami
kemajuan ekonomi Malaysia dalam unit seterusnya.
- 120 -
SEJARAH TAHUN 6 SK
Berdasarkan jadual di bawah lengkapkan ciri-ciri kepimpinan yang
terdapat pada Perdana Menteri berdasarkan sumbangan kepada negara.
Sumbangan Perdana Menteri Ciri-Ciri Kepimpinan
Memerangi Penularan Wabak Covid-
19
Pembentukan Malaysia
Wawasan 2020
Pelan Integriti Nasional
Dasar Petroleum Negara
Program Transformasi Kerajaan
- 121 -
SEJARAH TAHUN 6 SK
Tuliskan jawapan dengan betul.
Saya telah mendapatkan kemerdekaan untuk Persekutuan Tanah
Melayu. Di samping itu saya telah mengasaskan pembentukan
Malaysia. Siapakah saya?
Saya telah melancarkan Dasar Ekonomi Baru. Selain itu saya telah
mengadakan hubungan diplomatik dengan negara China. Siapakah
saya?
Saya pencetus Dasar Petroleum Negara. Saya juga menekankan
perpaduan kaum negara untuk keamanan negara. Siapakah saya?
Saya telah membina Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Saya juga telah melancarkan Wawasan 2020. Siapakah saya?
Saya telah menekankan Dasar Modal Insan. Selain itu saya juga telah
melancarkan Pelan Integriti Nasional. Siapakah saya?
Saya melancarkan konsep 1 Malaysia. Saya juga menekankan Pelan
Transformasi Kerajaan. Siapakah saya?
- 122 -
SEJARAH TAHUN 6 SK
Menghargai dan menghayati peranan dan sumbangan pemimpin negara
dapat memupuk sifat yang mulia dalam diri rakyat Malaysia
Negara
Masyarakat yang
mempunyai jati diri
dapat memberikan
sumbangan
bermakna untuk
kemakmuran negara
Diri
Seseorang perlu memiliki nilai murni Masyarakat
yang baik untuk memberikan Masyarakat yang harmoni dapat
dilahirkan melalui nilai murni yang
sumbangan kepada ahli keluarga dan terpuji
masyarakat
Kemakmuran negara bergantung kepada kepimpinan negara yang
berwibawa
- 123 -
Tajuk 12 : Pencapaian dan Kebanggaan Negara
Kemajuan pesat yang dicapai oleh Malaysia pada hari ini adalah disebabkan
perkembangan ekonomi negara sejak dahulu lagi. Unit ini akan membincangkan
perkembangan awal ekonomi, kegiatan ekonomi dan pencapaian negara pada
masa kini.
Bertanggungjawab
Kasih sayang
124
1. Perkembangan awal ekonomi Malaysia mengikut sektor.
2. Kegiatan ekonomi yang memyumbang kepada kemajuan negara.
3. Pencapaian ekonomi negara.
Video kepelbagaian
agama di Malaysia.
1. Memahami kronologi sejarah perkembangan awal ekonomi di
negara kita.
2. Meneroka bukti signifikan kegiatan ekonomi di negara kita.
3. Membuat rasionalisasi tentang pencapaian ekonomi negara.
125
Sejak zaman kerajaan awal lagi, negara kita terlibat dengan pelbagai kegiatan
ekonomi seperti ekonomi sara diri dan ekonomi perdagangan. Di samping
aktiviti perdagangan, masyarakat melibatkan diri dalam sektor pertanian,
perlombongan dan pembuatan serta pengutipan hasil hutan dan hasil laut.
Pertanian Kedah Tua
Penanaman Padi Abad Kelima
Padi sawah ditanam di kawasan yang
bertakung air.
Padi huma ditanam di kawasan tanah
pamah dan lereng bukit. Gangga Negara
Abad Keenam
Pertanian Lain
Tanaman lain seperti pisang, kacang, ubi
kayu, jagung dan buah-buahan lain turut
diusahakan. Melaka
Abad Ke-10
Perdagangan
Kedudukan strategik di laluan perdagangan antara
China dan India menjadikan kerajaan-kerajaan ini
muncul sebagai tempat persinggahan para
pedagang.
Kedah Tua, Gangga Negara, Santubong dan
Melaka berkembang pesat sebagai pusat
perdagangan.
Antara barang dagangan utama ialah kain,
rempah-ratus, bijih besi, bijih timah, damar dan
kapur barus.
Masyarakat tempatan juga teribat dengan
perkhidmatan bekalan air dan makanan,
penginapan, gudang serta pembaikan kapal.
Suasana perdagangan di Melaka
pada abad ke-14.
126
Perlombongan dan Pembuatan
Kegiatan perlombongan seperti bijih besi,
bijih timah dan emas giat dilakukan.
Kegiatan melombong dijalankan secara
kecil-kecilan dengan menggunakan kaedah
mendulang.
Santubong dan Kedah Tua terkenal
Artifak relau peleburan bijih
besi pada zaman Kedah Tua. sebagai pusat peleburan bijih besi.
Gaharu dan kapur barus digunakan sebagai
bahan pewangi.
Hasil Hutan dan Hasil Laut
Kaya dengan sumber alam, masyarakat
tempatan terlibat dengan aktiviti mengutip
hasil hutan dan hasil laut.
Untuk mendapatkan hasil pendapatan,
lebihan hasil tersebut dijual di pelabuhan
sekitar.
Hasil hutan- gaharu, rotan, kapur barus
Santubong Abad Ke-10 dan sarang burung.
Hasil laut-gamat, mutiara dan rumpai laut.
Nyatakan empat kegiatan utama
pada zaman kerajaan awal.
127
Ekonomi negara kita mengalami transformasi berikutan kedatangan kuasa
Bermatlamat untuk mengeksploitasi kekayaan hasil bumi dan sumber
British.
alam, penjajah British memperkenalkan sistem ekonomi moden.
Perlombongan Bijih Timah
o Sejak 1870-an, kegiatan melombong bijih timah
dilakukan di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan.
o Pada 1890-an, kilang peleburan bijih timah dibuka
di Pulau Pinang dan Singapura untuk melebur bijih
timah untuk dieksport ke Eropah.
o Pada awal abad ke-20, kapal korek diperkenalkan
untuk memaksimumkan pengeluaran hasil bijih
timah.
Bijih timah
Perlombongan Lain
Emas
o Pada akhir abad ke-19, emas dilombong di Raub
(Pahang), Bau (Sarawak) dan Sungai Segama
(Sabah).
Antimoni
o Antimoni dilombong di Bau dan Kuching di
Sarawak.
Arang Batu
Antimoni o Perlombongan arang batu dijalankan di Batu Arang
(Selangor), Sadong (Sarawak) dan Sandakan serta
Labuan (Sabah).
Emas
Sistem ekonomi moden bermaksud
pengeluaran secara besar-besaran
Dimanakah emas dilombong? dengan menggunakan modal, tenaga
buruh dan teknologi
128
Penanaman Getah
o Pada akhir abad ke-19, penanaman getah giat Penanaman Kelapa Sawit
diusahakan di Perak, Selangor, Negeri o Pada tahun 1917, tanaman kelapa
sawit diperkenalkan di Selangor.
Sembilan, Johor, Sabah dan Sarawak.
o Kejatuhan harga kopi menggalakkan o Kelapa sawit juga ditanam di
penanaman getah. Perak, Johor, Sabah dan Sarawak
o H.N.Ridley memperkenalkan sistem torehan o Sekitar 1920-an, minyak kelapa
tulang ikan hering untuk melanjutkan hayat sawit dieksport.
pokok getah.
Pertanian Lain
Lada hitam
o Ladang lada hitam diusahakan di Pulau Pinang, Johor dan Sarawak
Tebu
o Sekitar 1830-an, tebu ditanam di Seberang Perai dan Perak untuk pemprosesan gula.
Kopi
Pada 1870-an, ladang-ladang kopi dibuka di Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Sabah
dan Sarawak.
Tembakau
o Tanaman tembakau diusahakan di Pulau Banggi, Teluk Marudu, Segama dan Sandakan.
Lada
Getah Kopi
hitam
Kegiatan ekonomi awal telah menyumbang besar terhadap
kemajuan dan kemakmuran negara.
Kafe (Café)
1. Seperti suasana di kafe, murid duduk secara berkumpulan di sebuah meja.
2. Guru memberikan tajuk perbincangan, iaitu “Kepentingan kemajuan ekonomi untuk
mengekalkan kemakuran negara”.
3. Murid membincangkan tajuk tersebut secara berkumpulan.
Nota Guru Bimbing murid mengetahui dan memahami kegiatan awal ekonomi di negara kita.
12.2.1, K12.2.4 129
Pembangunan Malaysia semakin pesat disebabkan kemajuan ekonomi pada hari
ini. Rakyat Malaysia berkecimpung dalam ekonomi sara diri dan ekonomi
komersial yang menyumbang kepada kemajuan negara.
Sawah padi Penternakan ikan air tawar Koko
Jenis kegiatan ekonomi yang paling banyak diusahakan di
Malaysia.
Ekonomi Diusahakan secara kecil-kecilan untuk tujuan sara diri.
Sara Tanaman seperti padi, sayur-sayuran dan buah-buahan ditanam.
Tanaman dagangan seperti kelapa sawit, getah, koko dan lada
Diri hitam turut diusahakan.
Penternakan, perikanan dan pembuatan kraftangan juga
dijalankan.
Pembuatan Penternakan kambing Sayur-sayuran
Kraftangan
Giliran Robin(Rally Robin)
1. Pilih seorang rakan di dalam kelas.
2. Secara berpasangan, bentangkan kegiatan ekonomi sara diri yang
dijalankan di kawasan tempat tinggal ansa secara bergilir-gilir.
130
Industri elektronik Madu lebah automotif
Ekonomi komersial diusahakan untuk kegunaan tempatan dan
eksport.
Ekonomi Diusahakan secara besar-besaran oleh syarikat-syarikat besar.
Komersial Menggunakan modal, peralatan moden dan tenaga buruh yang
banyak.
Tanaman seperti kelapa sawit, getah, teh dan nanas diusahakan.
Penternakan, perlombongan, perhutanan dan perindustrian juga
tergolong dalam ekonomi komersial.
Ladang Teh Pembalakan Nanas
Nyatakan tiga kegiatan ekonomi komersial: berkaitan dengan
komersial. perdagangan
131
Sejak penemuan telaga minyak di Miri, Sarawak pada tahun 1910, Malaysia
menjadi antara pengeluar utama minyak dan gas asli di dunia. Permintaan terhadap
petroleum negara kita meningkat kerana berkualiti tinggi.
Lokasi Utama Produk Berasaskan Petroleum
Kawasan pesisir pantai dan Petroleum mentah
lautan Gas cecair asli
Pusat Pemprosesan Minyak dan
Gas Asli
Port Dickson, Melaka, Kerteh,
Bintulu, Miri dan Pengerang
Negara Pengimport Utama
Petroleum Mentah
Australia, India, Thailand dan Jepun.
Gas cecair asli
Jepun, Taiwan dan Korea.
Menjelang akhir tahun 1991, petroleum menjadi penyumbang utama hasil eksport
negara kita. Hasil pendapatan yang diperolehi daripada petroleum digunakan bagi
memajukan negara.
Mengapakah kita harus
menyokong usaha meningkatkan
ekonomi negara?
Video industri petroleum di
Malaysia.
Nota Guru Bimbing murid memahami kepentingan industri petroleum untuk negara.
Bimbing murid memahami pentingnya menyokong usaha meningkatkan ekonomi 132
negara
Malaysia merupakan salah satu destinasi pelancongan terkemuka di dunia. Keindahan
flora dan fauna serta keunikan warisan budaya pelbagai kaum menjadi tarikan utama
buat pelancong. Kemudahan pendidikan, kesihatan, sukan dan rekreasi bertaraf
antarabangsa menarik orang asing untuk melawat Malaysia.
Warisan budaya Malaysia
Universiti Sains Malaysia Institut Jantung Negara
Gua Niah, Sarawak Pameran LIMA 2019
Kepelbagaian kegiatan ekonomi memberikan sumbangan besar terhadap kemajuan
negara. Negara memperoleh hasil pendapatan lumayan yang digunakan untuk
pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam. Bahkan, peluang pekerjaan dan
peluang kegiatan ekonomi sampingan seperti restoran, inap desa, pengangkutan dan
cenderamata turut meningkat.
Mengapakah warganegara asing berminat
untuk mendapatkan rawatan di Insitut Nyatakan tiga tarikan
Jantung Negara? pelancong datang ke
negara kita.
Nota Guru
133 12.2.2, K12.2.5 Bimbing murid memahami kegiatan ekonomi di Malaysia.
Hingga kini, Malaysia telah melakarkan banyak kejayaan yang mengharumkan
nama negara di serata dunia.Kejayaan yang dicapai ini membuktikan bahawa
Malaysia adalah sebuah negara yang utuh dan mampu bersaing dengan negara-
negara lain.
Pada 7 Mei 1983, Perusahaan Otomobil
Nasional Sdn. Bhd (PROTON) ditubuhkan.
PROTON adalah pengeluar kereta Malaysia
yang pertama dan berpusat di Shah Alam.
Hasil idea Tun Mahathir b Mohamed,
Perdana Menteri Malaysia.
Pada Julai 1985, model kereta nasional
yang pertama, Proton Saga dikeluarkan.
Tun Mahathir memandu sebuah kereta Proton Saga
semasa majlis pelancarannya.
Sumber: The New Strait Times (21 Ogos 2020)
Pada tahun 1995, Motorsikal dan Enjin Nasional
Sdn Bhd (MODENAS) ditubuhkan selepas
kejayaan PROTON.
MODENAS adalah pengeluar motorsikal
nasional yang pertama dan berpusat di Gurun,
Kedah.
Hasil idea Tun Mahathir b Mohamed, Perdana
Menteri Malaysia.
Pada Jun 1996, model motorsikal nasional yang
pertama, Kriss 100 dikeluarkan.
Logo PROTON mengalami perubahan dari masa ke masa.
Dimanakah terletaknya ibu pejabat Secara berkumpulan, cari perubahan logo PROTON
MODENAS? tersebut. Dengan menggunakan TMK, persembahkan
dapatan kumpulan anda secara kreatif.
Nota Guru Bimbing murid untuk mencari maklumat berkaitan dengan logo 134
PROTON.
Perkembangan pesat industri petroleum negara membawa kepada
penubuhan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) pada 17
Ogos 1974. PETRONAS diberikan hak, kuasa dan keistimewaan
untuk menguruskan industri petroleum negara.
PERANAN Mengawalselia pembangunan industri minyak dan gas asli.
Meneroka sumber minyak dan gas.
PETRONAS
Memajukan industri hiliran berasaskan petrokimia dan gas
asli.
Membuat pelaburan dalam kegiatan minyak dan gas di dunia.
Loji Gas Asli di Bintulu, Sarawak.
Sumber: Portal Rasmi Lembaga
Kemajuan Bintulu
Stesen Minyak PETRONAS Industri hiliran PETRONAS
Sumber: Portal Rasmi PETRONAS
Sumber: Portal Rasmi PETRONAS
Disamping menjana pendapatan negara, PETRONAS juga banyak menyumbang terhadap
pertumbuhan ekonomi dan kemajuan negara. Antaranya ialah penubuhan Yayasan
PETRONAS dan Universiti Teknologi PETRONAS serta Menara Berkembar PETRONAS.
Mercu tanda negara, Menara
Berkembar PETRONAS.
Yayasan Petronas menyumbang peralatan
Universiti Teknologi PETRONAS
hospital di Hospital Umum Sarawak semasa melahirkan generasi berpendidikan
pandemik COVID19.
Industri hiliran: berkaitan dengan kegiatan yang berkembang
dari satu kegiatan utama
Bilakah PETRONAS Petrokimia: bahan kimia yang terhasik daripada petroleum
ditubuhkan? dan gas asli.
135
Pelbagai produk dan perkhidmatan berjaya dihasilkan atas daya usaha rakyat tempatan
dengan sokongan kerajaan Malaysia. Sehingga tahun 2020, produk dan perkhidmatan
buatan Malaysia boleh didapati di lebih dari 200 buah negara di seluruh dunia. Pada tahun
1984, kerajaan melancarkan kempen ‘Beli Barangan Buatan Malaysia’ untuk meningkatkan
kemajuan ekonomi negara, di samping menanamkan semangat patriotisme dalam kalangan
rakyat terhadap barangan dan perkhidmatan buatan Malaysia.
Sumber: Portal Rasmi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia
Minyak masak Kipas meja jenama Khind
Produk Produk
Pertanian
Elektrik Televisyen jenama Pensonic
Makanan terproses
Produk Produk Minyak pelincir
Perhiasan
Petroleum kereta
Perkhidmatan
Minyak
petrol
Restoran Pawagam
Kita harus berbangga dengan segala pencapaian Malaysia dalam
bidang ekonomi. Sebagai rakyat, kita mengutamakan barangan
buatan Malaysia bagi memastikan negara kita terus maju dan
makmur..
Video PETRONAS untuk kempen
Secara berkumpulan, kumpulkan ‘Beli Barangan Buatan Malaysia’.
Mengapakah kita harus berbangga pembalut produk tempatan dan
terhadap barangan buatan hasilkan sebuah folio.
Malaysia?
Nota Guru Bimbing murid mengetahui kepentingan rasa bangga terhadap baragan buatan
12.2.3, K.12.2.6 Malaysia.
136
Perkembangan Awal Ekonomi
Zaman Kerajaan Awal
Pertanian
Perdagangan
Perlombongan dan Pembuatan
Hasil Hutan dan Hasil Laut
Zaman Penjajahan
Perlombongan Bijih Timah
Perlombongan Lain
Penanaman Getah
Penanaman Kelapa Sawit
Penanaman Lain
Kegiatan Ekonomi Pada Masa Kini
Negara kita terlibat dengan kegiatan
ekonomi sara diri dan ekonomi
komersial.
Namamu Gemilang di Persada Dunia
Antara pencapaian Malaysia adalah:
PROTON dan MODENAS
PETRONAS
Barangan Buatan Malaysia
Unit ini membincangkan kegiatan awal ekonomi dan semasa di Malaysia.
Pencapaian negara dalam bidang ekonomi yang memberansangkan
mendorong kita mengenali lebih mendalam tentang bidang sukan di negara
kita pada unit berikutnya.
137
A. Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.
1. Santubong merupakan salah satu pusat peleburan bijih besi
2. Perlombongan bijih timah giat dilakukan semasa zaman penjajahan.
3. Kejatuhan harga kopi menyebabkan sektor penanaman getah berkembang.
4. Ekonomi sara diri diusahakan secara kecil-kecilan untuk tujuan sara diri.
5. Telaga minyak yang pertama ditemukan di Miri, Sarawak pada tahun 1910.
6. PETRONAS ditubuhkan untuk menguruskan industri petroleum negara.
7. Kereta nasional pertama, Proton Saga dikeluarkan pada tahun 1985.
B. Cari dan bulatkan kata tersembunyi dalam kotak di bawah
B S T G K R I S S T Y O
N A S I O N A L W E S G KRAFTANGA
N
A F C G M J I M A I Q S
FLORA
G L W G E M M D T M A S KOMERSIAL
PETROKIMIA
N O T B R U I R T O A A
EKONOMI
A R A M S S K F R N U N MODENAS
T A M K I I O T O O E E KRISS
NASIONAL
F P A L A A R R Q K W D
HUMA
A K G M L V T X W E D O PETRONAS
DAMAR
R J U G G E E C E S Q M
GAMAT
K H S D P A P D A M A R
Nota Guru Perbanyak halaman ini. 138
Perkembangan ekonomi berjaya memacukan pembangunan Malaysia setanding
dengan negara-negara lain. Kemakmuran negara ini harus dipelihara oleh semua
rakyat Malaysia.
Menara Berkembar PETRONAS, Kuala Lumpur.
Sumber: Portal Rasmi PETRONAS
Diri
Memahami sejarah
perkembangan ekonomi
dapat memupuk rasa Negara
bangga terhadap negara
dalam diri kita. Warganegara yang
Masyarakat memiliki semangat
Rasa bangga patriotisme akan
terhadap negara mengutamakan
dapat melahirkan barangan buatan
masyarakat yang Malaysia.
mempunyai
semangat
patriotisme.
139
SEJARAH TAHUN 6 SK Tajuk 12 : Pencapaian dan Kebanggaan Negara
Sukan membawa Malaysia menjadi sebuah negara yang dihormati dan disegani kerana
penglibatan dan pencapaiannya di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Unit ini
menjelaskan pencapaian Malaysia dalam bidang sukan pada peringkat kebangsaan dan
antarabangsa, peranan sukan sebagai alat perpaduan, peranan Malaysia dalam
penganjuran sukan antarabangsa dan mengenali tokoh-tokoh sukan negara terdahulu
yang memberi inspirasi kepada sukan masa kini.
140
SEJARAH TAHUN 6 SK
1. Pencapaian Malaysia dalam bidang sukan pada peringkat kebangsaan dan
antarabangsa.
2. Peranan sukan sebagai alat perpaduan.
3. Peranan Malaysia dalam penganjuran sukan antarabangsa.
4. Tokoh-tokoh sukan negara terdahulu yang memberi inspirasi kepada sukan masa
kini
1. Bertanggungjawab
2. Hormat-menghormati
1. Meneroka signifikan bukti pencapaian
Malaysia dalam bidang sukan.
2. Menjelaskan peranan sukan sebagai alat
perpaduan.
3. Menghuraikan peranan Malaysia dalam
penganjuran sukan antarabangsa.
4. Membuat perbandingan masa lalu
tokoh-tokoh sukan yang memberi
inspirasi kepada sukan masa kini.
141
SEJARAH TAHUN 6 SK
Malaysia di Persada Sukan
Penglibatan negara kita dalam pelbagai temasya sukan di peringkat kebangsaan dan
antarabangsa telah mengharumkan nama Malaysia. Kejayaan ini bukan sahaja dari
segi penglibatan negara tetapi juga kejayaan atlet memenangi acara kejohanan.
Sukan Olimpik Video kejayaan
Malaysia dalam
sukan Olimpik
• Sukan ini mula diperkenalkan pada tahun 1896 yang diadakan empat tahun sekali.
Malaysia mula menyertai sukan ini pada tahun 1956.
• Sukan Olimpik Rio, 2016 merupakan penyertaan paling cemerlang kontinjen negara
apabila berjaya membawa pulang empat pingat perak melalui acara badminton
perseorangan, beregu campuran serta beregu lelaki. Satu acara terjun platform 10
meter seirama wanita dan satu pingat gangsa dalam acara berbasikal.
• Antara sukan lain yang mencatat pencapaian terbaik ialah dalam acara larian 200
meter di Tokyo pada tahun 1968. Larian 200 meter dan 110 meter lari berpagar di
Mexico pada tahun 1972.
Sukan Komanwel
• Sukan ini mula diperkenalkan pada tahun 1930, dianjurkan oleh Persekutuan Sukan
Komanwel (CGF). Sukan ini disertai oleh negara bekas tanah jajahan British dan
Malaysia mula menyertai sukan ini pada tahun 1950.
• Tahun 1998 Malaysia menduduki tempat keempat keseluruhan kejohanan daripada
70 buah negara.
• Sukan Komanwel New Delhi 2010 , Kontinjen Malaysia melakar sejarah tersendiri
apabila mengumpul bilangan pingat emas paling tinggi. Malaysia meraih 12 emas, 10
perak dan 14 gangsa.
Nyatakan pencapaian kontinjen Malaysia dalam Sukan Olimpik Rio, 2016.
142
SEJARAH TAHUN 6 SK
Sukan Asia
• Sukan ini disertai oleh negara-negara Asia dan mula diperkenalkan pada tahun 1951
di New Delhi. Sukan ini diadakan empat tahun sekali. Malaysia mula menyertai
sukan ini pada tahun 1954.
• Pada tahun 1994, Malaysia menyertai 59 acara dan 93 acara pada tahun1998. Pada
2010 Sukan Asia XVI, di Guangzhou, Malaysia telah menyertai 186 daripada 476
acara yang dipertandingkan. Ini merupakan penyertaan acara terbesar kontinjen
Malaysia ke Sukan Asia.
• Pencapaian terbaik Malaysia di Guangzhou, 2010 dengan memenangi 9 pingat
emas, 18 perak dan 14 pingat gangsa.
Sukan SEA
• Sukan ini dikenali sebagai Sukan SEAP, dianjurkan sejak tahun 1959 sebelum ditukar
kepada Sukan SEA apabila Indonesia, Brunei dan Filipina menganggotai SEAGF pada
tahun 1977.
• Sukan ini disertai oleh 11 buah negara Asia Tenggara termasuk Timor Leste.
• Pada tahun 2001, Malaysia telah menjadi juara kejohanan dengan mengutip 111 pingat
emas, 75 perak dan 85 gangsa.
SEAGF adalah singkatan bagi
Pertubuhan Sukan Asia Tenggara
Peta I think
1. Murid dibahagikan kepada empat orang dalam satu kumpulan.
2. Setiap kumpulan perlu memilih salah satu penglibatan Malaysia dalam sukan.
3. Catat dapatan anda dalam bentuk peta Ithink yang kreatif dan sesuai.
4. persembahkan hasil kumpulan anda.
143
SEJARAH TAHUN 6 SK
Piala Thomas
• Kejohanan Piala Thomas diperkenalkan pada tahun 1949 di Preston, England.
• Malaysia menjuarai kejohanan pada tahun 1949, 1952, 1955, 1967 dan 1992.
Kejohanan Badminton
Terbuka All England
• Kejohanan Badminton Terbuka All England diperkenalkan pada tahun 1899
di Preston, England.
• Malaysia menjuarai individu lelaki pada tahun 1950-1957, 1966, 2003, 2010,
2011, 2014 dan 2017.
• Beregu lelaki pada tahun 1949, 1951-1954, 1959, 1965-1966, 1971, 1982
dan 2007.
Hoki Piala Dunia
• Kejohanan ini diperkenalkan pada tahun 1971.
• Malaysia melayakkan diri sebanyak tujuh kali.
• Malaysia menduduki tempat keempat pada tahun
1975.
Senaraikan tahun Malaysia menjuarai
kejohanan Piala Thomas.
144