The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by pocats78, 2021-02-28 03:18:56

Sejarah Tahun 6 SR Kegunaan 2022

SEJARAH TAHUN 6 SK


Sukan Paralimpik



• Mula diperkenalkan pada tahun 1960. Malaysia mula menyertai sukan ini pada tahun
1984 ..
• Sukan Paralimpik merupakan sukan tertinggi yang melibatkan atlet-atlet kelainan upaya.

Sukan ini dianjurkan empat tahun sekali iaitu pada tahun yang sama dengan


penganjuran Sukan Olimpik.
• Pencapaian terbaik Malaysia adalah pada Sukan Paralimpik Rio 2016, dengan

membawa pulang 3 pingat emas serta 1 gangsa.





Sukan Malaysia
(SUKMA)


• Mula diperkenalkan pada tahun 1986 di Kuala Lumpur.

• Sukan Malaysia (SUKMA) adalah Temasya Sukan yang dianjurkan oleh pihak Majlis
Sukan Negara Malaysia dengan kerjasama Majlis Olimpik Malaysia, Persatuan Sukan

Kebangsaan serta Kerajaan negeri.

• Sukan ini dianjurkan bertujuan mencungkil bakat baru dan menaik taraf kemudahan

sukan serta membantu pembangunan sukan di Malaysia secara keseluruhannya.





Terdapat banyak lagi sukan yang

disertai Malaysia seperti Sukan Para
Secara berpasangan, senaraikan Asia, Sukan Para ASEAN, Sukan
kepentingan sukan yang boleh membawa Para SUKMA, Sukan Olimpik

kepada pembangunan negara.
Remaja, Sukan Komanwel Remaja
dan Sukan Asia Remaja.

Penglibatan dan pencapaian Malaysia dalam pelbagai temasya sukan telah mengharumkan

nama negara. Kecemerlangan ini juga menjadi pendorong kepada semua untuk berusaha

menjadi rakyat yang sihat sekali gus dapat menaikkan nama negara.

SP 12.3.1 Nota Guru : Bantu murid mengenal pasti penglibatan dan kejayaan Malaysia di peringkat
K 12.3.6 kebangsaan dan antarabangsa. 145

SEJARAH TAHUN 6 SK


Sukan Menyatukan Kita

Sukan diminati oleh semua kaum tanpa mengira latar belakang agama, kepercayaan
atau keturunan. Sukan berjaya membentuk keharmonian masyarakat bukan sahaja di

kalangan pemain bahkan juga di kalangan peminat. Sukan berperanan penting dalam


membentuk perpaduan masyarakat. Menerusi sukan, keharmonian dan perpaduan
kaum dapat dicapai.


Sukan Bola Sepak























Sukan Ragbi


















NRDP international 7s
Malaysia 2019


146

SEJARAH TAHUN 6 SK



Sukan dalaman (indoor Games)






Sukan renang
berirama





















Sukan Pemotoran

Sukan Pemotoran di

Malaysia




















Nyatakan kepentingan penglibatan Berikan dua acara sukan dalaman di

pelbagai kaum bagi mengharumkan negara kita.
nama negara dalam bidang sukan. 147

SEJARAH TAHUN 6 SK

Hoki




















Sukan Paralimpik






















Sukan
Paralimpik




Melalui sukan, atlet dan semua pihak yang terlibat bekerjasama bagi mencapai kejayaan.

Perpaduan turut disemai di kalangan penyokong dan menimbulkan semangat kekitaan yang
menaikkan semangat pasukan yang disokong mereka.


SP 12.3.2
Nota Guru : Bantu murid mengenali sukan-sukan yang digemari rakyat di Malaysia

K12.3.5
148

SEJARAH TAHUN 6 SK

Penganjuran sukan antarabangsa

Malay sia diberi penghormatan oleh badan sukan dunia untuk menganjurkan sukan

bertaraf antarabangsa. Negara kita dipilih kerana boleh menyediakan pelbagai

kemudahan dan berjaya mengendalikan sukan-sukan tersebut dengan baik. Negara kita

telah mula terlibat dalam penganjuran sukan antarabangsa semenjak 1965 lagi.
Penganjuran ini telah menempatkan Malaysia dalam sukan antarabangsa.

Sukan SEA




• Negara kita menganjur enam temasya sukan SEA iaitu

pada tahun 1965, 1971, 1977, 1989, 2001 dan 2017.
• Rimau telah dipilih sebagai maskot Sukan SEA 2017.
• Penganjuran sukan ini telah merapatkan hubungan


Malaysia dengan negara serantau Asia Tenggara.




Sukan Komanwel



• Malaysia merupakan negara Asia yang pertama
.
menganjurkan acara sukan ini pada tahun 1998.

• Orang Utan dipilih sebagai maskot Sukan Komanwel ini.
• Stadium Nasional Bukit Jalil menjadi stadium utama

kejohanan.



Le Tour de Langkawi




• Nama kejohanan lumba basikal antarabangsa ini diambil

sempena nama tempat pelepasan perlumbaan iaitu Langkawi.
• Kejohanan pertama dianjurkan pada tahun 1996 dan menjadi
acara tahunan sehingga kini.

• Laluan perlumbaan yang menjelajah seluruh negara telah
mempromosikan tempat-tempat menarik di Malaysia.


149

SEJARAH TAHUN 6 SK
Formula 1 dan Formula E




• Negara kita menjadi penganjur kejohanan Formula 1

sejak tahun 2000.
• Sepang International Circuit (SIC) merupakan litar

perlumbaan bertaraf dunia.
• Formula E telah diadakan di Putrajaya pada tahun 2014 -
2015.



Sukan Pemotoran




• Malaysia menganjurkan sukan pemotoran semenjak tahun 1991.
• Sukan pemotoran yang dianjurkan ialah :

❖ Grand Prix Motorcycle Racing (Moto GP)

❖ Superbike World Championship (SBK)


Piala Monsun



• Sukan ini dijadikan acara tahunan di Pulau Duyung,
Terengganu semenjak 2005.

• Perlumbaan di negara kita merupakan acara penutup dalam
kalendar kejohanan World Match Racing.




Hoki Piala Dunia


• Malaysia merupakan tuan rumah kejohanan ini pada

tahun 1975 dan 2002.
• Pad a tahun 1975 sukan ini diadakan di Stadium Merdeka
dan Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil pada tahun 2002.





Nyatakan tempat penganjuran Piala Monsun

150

SEJARAH TAHUN 6 SK



Piala Thomas



• Malaysia menganjurkan kejohanan ini sebanyak enam kali.

• Penganjuran pada tahun 1970,1984, 1988 dan 1992
bertempat di Stadium Negara, Kuala Lumpur.


• Kejohanan pada tahun 2000 dan 2010 diadakan di Stadium
Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.




KL Tower Towerthon




• Acara ini diadakan di Menara Kuala Lumpur
bermula pada tahun 2002.

• Sukan ini telah menarik ramai peserta dari dalam
dan luar negara.





Ironman Langkawi



• Sukan ini diadakan semenjak 2015 di Pulau Langkawi.

• Kejohanan ini memerlukan ketahanan fizikal dan mental
yang lasak dan kuat setiap peserta.

• Kejohanan ini disertai oleh ramai peserta dari dalam dan luar
negara.



Jelaskan kepentingan sukan kepada pembangunan negara.



Penganjuran sukan bertaraf antarabangsa ini penting kepada pembangunan negara. Kejayaan

penganjuran ini dapat membantu dalam perkembangan ekonomi menerusi pelancongan,
hubungan diplomatik antara negara serta dapat memperkenalkan Malaysia kepada negara luar.



SP 12.3.3 Nota Guru :Bantu murid mengetahui peranan Malaysia dalam penganjuran sukan antarabangsa .

K12.3.6 Bimbing murid memahami kepentingan sukan kepada pembangunan negara
151

SEJARAH TAHUN 6 SK

Tokoh Sukan Terdahulu

Atlet di Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum telah mengharumkan nama negara pada

peringkat antarabangsa. Kejayaan mereka dalam bidang sukan amat membanggakan.

Disipl in diri, semangat juang yang tinggi dan usaha yang gigih diperlukan bagi mencipta
kejayaan.

Datuk Nicole Ann David

• Pernah memegang gelaran pemain skuasy nombor

satu dunia.
• Pemenang Anugerah Atlet Terunggul Sepanjang

Zaman Sukan Dunia pada tahun 2021.
• Pencapaian cemerlang beliau telah mengharumkan
nama Malaysia;

- Terbuka dunia 2005-2006, 2008-2011 dan 2014.
- Terbuka British 2005, 2006, 2008, 2012, dan 2014.


- Qatar Klasik 2007, 2008, 2010 dan 2011.


Datuk Lee Chong Wei

• Memenangi kejohanan badminton berprestij dunia:

- Pingat emas Sukan Komanwel 2006, 2010 dan 2018.
- Pingat perak Sukan Olimpik 2008, 2012 dan 2016.

- Juara perseorangan lelaki Kejohanan Badminton Terbuka
All England 2010, 2011 dan 2014.

• Memegang gelaran pemain badminton nombor satu dunia
bagi tahun 2006, 2008, 2012, 2013, 2014 dan 2015.



Dato’ Mohamad Razif Dato’ Sidek dan Dato’ Seri Mohd Jalani Dato’ Sidek



• Atlet beregu badminton negara.
• Mengharumkan nama negara dalam

kejohanan sukan badminton dunia:
- Juara beregu lelaki Kejohanan Badminton

Terbuka All England 1982.
- Membantu Malaysia memenangi Piala

Thomas 1992.


152

SEJARAH TAHUN 6 SK

Tan Sri Dato’ Dr. M. Jegathesan

• Legenda sukan pecut negara dan antarabangsa.
• Mendapat gelaran ‘Manusia terpantas Asia’ pada tahun 1966.
- Atlet pertama negara yang layak bertanding Sukan Olimpik

pada tahun 1960, 1964 dan 1968.
- Pingat emas acara 100 meter Sukan Asia di Jakarta,1962,

- 3 pingat emas dalam acara 100 meter, 200 meter dan 4 x 100

meter di Sukan Asia Bangkok, 1966.


Dato’ Mohktar Dahari

• Legenda bola sepak negara.
• Menerima julukan “Supermokh” atas kemahiran dan pencapaian

beliau.

• Membantu pasukan Selangor memenangi Piala Malaysia

sebanyak 10 kali.
• Mewakili negara ke peringkat antarabangsa sebanyak 167 kali.

• Menjaringkan 125 gol pada peringkat antarabangsa.
• Membantu Malaysia menjuarai Kejohanan Pestabola Merdeka

pada tahun 1973, 1974 dan 1976.





Pandelela Rinong anak Pamg
• Cemerlang dalam acara sukan terjun papan anjal.


- Satu pingat emas dalam Sukan Komanwel 2010 di India.
- Dua Pingat perak dalam Sukan Olimpik Belia 2010 di

Singapura.
- Satu pingat gangsa dalam Sukan Olimpik 2012 di London.

- Satu pingat emas dalam Sukan SEA 2015 di Singapura.





Nyatakan salah seorang tokoh

1. Lakukan secara berpasangan. dalam sukan badminton.

2. Setiap pasangan perlu mencari tokoh-tokoh lain dalam bidang sukan yang anda minati.
3. Catat dapatan anda dalam bentuk yang kreatif dan persembahkan hasil anda.

153

SEJARAH TAHUN 6 SK

Nurul Huda Abdullah Ch’Shu Lin

• Atlet renang negara. Acara renang yang pernah

dimenangi beliau;
- Tujuh pingat emas dalam Sukan SEA di Bangkok pada

tahun 1985.
- Dua pingat perak dan dua pingat gangsa dalam Sukan

Asia 1986.
- Tujuh pingat emas dalam Sukan SEA di Jakarta pada

tahun 1987.

- Lapan pingat emas dalam Sukan SEA di Kuala Lumpur
pada tahun 1989.
• Olahragawati Negara lima tahun berturut-turut 1985

hingga 1989.



Shazlin Zulkifli
• Ratu boling negara. Antara kejayaan beliau;

- Gelaran Nombor Satu Asia bagi tahun 2000, 2001, 2002 dan
2004.


- Juara Wanita World Tenpin Masters England 2001.
- Juara Terbuka Antarabangsa Thailand pada tahun 2002.
- Juara Terbuka Antarabangsa Filipina pada tahun 2002.

- Juara Asian Bowling Tour Grand Slam 2003.
- Juara Terbuka Bahrain 2004.

- Juara Terbuka Sinai 2004.

- Juara ABF Tour Thailand 2004.
- Pingat gangsa Kejohanan Boling Komanwel 2005 di Cyprus.

- Pingat emas Sukan SEA 2015 di Singapura.
-

Tokoh-tokoh

lain dalam

Secara berpasangan, huraikan kepentingan nilai sahsiah dan acara sukan
etika dalam mempamerkan semangat kesukanan.

Setiap individu yang terlibat dalam sukan haruslah mengamalkan etika kesukanan dan

menanam semangat patriotisme yang tinggi. Semangat kesukanan haruslah menjadi asas bagi


membentuk disiplin diri. Setiap tingkah laku akan memberi imej kepada negara yang diwakili.

SP 12.3.4
Nota Guru :Bantu murid mengenali tokoh-tokoh sukan dari dahulu sehingga kini.
K12.3.7
154

SEJARAH TAHUN 6 SK




Malaysia di persada sukan



▪ Sukan Olimpik ▪ Kejohanan Badminton Terbuka
▪ Sukan Komanwel All England

▪ Sukan Asia ▪ Hoki Piala Dunia

▪ Sukan SEA ▪ Sukan Paralimpik
▪ Piala Thomas ▪ Sukan Malaysia (SUKMA)




Sukan Menyatukan Kita

▪ Bola sepak ▪ Sukan Pemotoran


▪ Ragbi ▪ Hoki
▪ Sukan dalaman ▪ Sukan Paralimpik


Penganjuran Sukan Antarabangsa



▪ Sukan SEA ▪ Piala Monsun

▪ Sukan Komanwel ▪ Hoki Piala Dunia
▪ Le Tour de Langkawi ▪ Piala Thomas
▪ Formula 1 dan Formula E ▪ KL Tower Towerthon

▪ Sukan Pemotoran ▪ Ironman Langkawi



Tokoh Sukan Terdahulu


▪ Datuk Nicole Ann David ▪ Dato’ Mohktar Dahari

▪ Datuk Lee Chong Wei ▪ Pandelela Rinong anak Pamg
▪ Dato’ Mohamad Razif Dato’ Sidek dan ▪ Nurul Huda Abdullah Ch’Shu Lin

Dato’ Seri Mohd Jalani Dato’ Sidek ▪ Shazlin Zulkifli

▪ Tan Sri Dato’ Dr. M. Jegathesan ▪ Jegathesan




Unit ini membincangkan tentang penglibatan dan pencapaian negara kita dalam
bidang sukan. Mendalami dan menguasai unit ini dapat membantu murid memahami

Malaysia dan dunia dalam unit seterusnya.
155

SEJARAH TAHUN 6 SK




A. Isi tempat kosong bagi setiap soalan di bawah berpandukan jawapan yang diberikan.



Sukan Olimpik menyatupadukan






mengharumkan Shazlin Zulkifli Dato’ Mokhtar

Dahari


1. Penglibatan dan pencapaian negara kita pada peringkat kebangsaan dan

antarabangsa telah _______________ nama Malaysia.


2. ___________________ di Rio, 2016 telah mencatat kejayaan bagi negara

kita yang boleh dibanggakan.

3. Sukan dapat __________________________ pelbagai kaum.


4. Nama Beliau ialah ______________. Beliau digelar Ratu Boling Negara.

5. Legenda bola sepak yang terkenal di negara kita ialah _______________.

______________________.
B. Kaji gambar di bawah dan jawab soalan yang diberikan.

Nyatakan dua kepentingan sukan
terhadap pembangunan negara.

1. _________________________

2. _________________________




Nyatakan dua nilai murni yang kamu
peroleh daripada gambar tersebut

1. _________________________

2. _________________________



Nota Guru : Perbanyakan halaman ini
156

SEJARAH TAHUN 6 SK






Menghormati ketua, lambang dan warisan setiap negeri membolehkan kita
menghargai dan menghayati sifat jati diri sebagai rakyat yang bertanggungjawab.



Diri

Kita perlu mempunyai Masyarakat Negara
disiplin yang tinggi Masyarakat yang berdisiplin Generasi yang berdisiplin
untuk mencapai akan dapat melahirkan dan bersatu padu dapat

kejayaan. generasi yang bersatu padu memacu negara ke arah

kejayaan.



































Disiplin yang tinggi dapat melahirkan individu yang menghargai semangat kesukanan




157

Tajuk 12 : Pemimpin Negara di Malaysia





































Persidangan Parlimen Komanwel Kali Ke-17 di bangunan
Parlimen, Kuala Lumpur pada 13 September 1971.
Sumber: Arkib Negara Malaysia


Selepas mencapai kemerdekaan, Malaysia melaksanakan dasar

bekerjasama dengan negara-negara lain dan bergiat aktif dalam

pelba gai pertubuhan. Unit ini membincangkan pelibatan Malaysia

dalam pertubuhan serantau dan antarabangsa iaitu Persatuan Negara-

negara Asia Tenggara (ASEAN), Komanwel, Persidangan Negara-

Negara Islam (OIC) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).



158

1. Keanggotaan Malaysia dalam pertubuhan serantau dan antarabangsa.

2. Pelibatan Malaysia dalam Persatuan Negara-negara Asia Tenggara


(ASEAN).


3. Pelibatan Malaysia dalam Komanwel.

4. Pelibatan Malaysia dalam Persidangan Negara-Negara Islam (OIC).

5. Pelibatan Malaysia dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).


















.






Sidang Kemuncak ASEAN ke-35 berjaya menghimpunkan para
pemimpin dan wakil negara, termasuk Malaysia pada 3
November 2019 di Thailand.
Sumber: Berita Harian, 4 November 2019.


Kegembiraan Video Sidang Kemuncak
ASEAN ke-35.



1. Memahami hubungan Malaysia dengan dunia
luar.
2. Mengkaji pelibatan Malaysia dalam
pertubuhan serantau dan antarabangsa.
3. Meneroka bukti signifikan pelibatan Malaysia 159

dalam ASEAN, Komanwel, OIC dan PBB.

Dasar luar negara menentukan hubungan sesebuah negara dengan negara yang

lain. Sebagai sebuah negara yang merdeka, Malaysia mempunyai dasar luar negara
yang tersendiri, iaitu berbaik-baik dengan semua negara. Berteraskan dasar

tersebut, Malaysia menjalinkan hubungan kerjasama dengan negara-negara lain

dengan menyertai pelbagai pertubuhan serantau dan antarabangsa.
Sumber: Kementerian Luar Negeri
Malaysia
UNITED NATIONS

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU
(PBB)









London, United Kingdom
• Ditubuhkan pada 24
Oktober 1945.
• Diasaskan bersama oleh 51
buah negara.
• Malaysia menyertai PBB New York, Amerika Syarikat
pada tahun 1957.
Jeddah, Arab Saudi








ORGANISATION OF ISLAMIC COOPERATION (OIC)
PERTUBUHAN KERJASAMA ISLAM


• Ditubuhkan pada 25 September 1969.

• Diasaskan bersama oleh 25 buah
negara termasuk Malaysia.
• Hingga kini, sebanyak 57 buah negara
menyertai OIC.



160 Malaysia berada dalam kawasan
serantau iaitu Asia Tenggara.

KOMANWEL


• Ditubuhkan pada tahun 1931.

• Diasaskan United Kingdom untuk

negara-negara bekas tanah jajahannya

yang merdeka.
• Malaysia menyertai Komanwel pada

tahun 1957.



ASSOCIATION OF SOUTHEAST ASIAN NATIONS (ASEAN)
PERSATUAN NEGARA-NEGARA ASIA TENGGARA




• Ditubuhkan pada 8 Ogos 1967.
• Diasaskan bersama oleh

Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina
dan Singapura
• Disertai oleh Brunei (1984), Vietnam
(1995), Laos dan Myanmar (1997) serta
Kemboja (1999).












Jakarta, Indonesia










Ibu pejabat pertubuhan








Mengapakah Malaysia
menyertai Komanwel?


161

Malaysia pernah menganggotai dua buah pertubuhan serantau, iaitu

ASA dan MAPHILINDO. Namun, kedua-dua pertubuhan ini tidak kekal

lama.

Association of Southeast Asia (ASA)

Persatuan Negara-negara Asia Tenggara



Thailand Malaysia Filipina







• Ditubuhkan pada 31 Julai 1961.

• Diasaskan bersama oleh Persekutuan Tanah Melayu,

Thailand dan Filipina.
• Merupakan kerjasama untuk membendung pengaruh

komunis.





MAPHILINDO
Filipina

• Ditubuhkan pada Julai 1963.
• Diasaskan bersama oleh Persekutuan

Tanah Melayu, Thailand dan Filipina. Malaysia
• Gabungan singkatan nama Malaysia,
Filipina dan Indonesia.
• Bertujuan untuk menyelesaikan

sebarang masalah antara negara Indonesia
anggota.






Meja Bulat (Round Table)
1. Bentukkan kumpulan mengikut pertubuhan.
2. Murid membincangkan tentang pertubuhan tersebut.
3. Wakil kumpulan membentangkan idea mereka secara kreatif.


Nota Guru ❖ Bimbing murid mengetahui pertubuhan serantau dan antarabangsa yang dianggotai
162 12.4.1
oleh Malaysia.

Kebijaksanaan dan kewibawaan pemimpin negara merangka dan melaksanakan
dasar kerjasama dengan negara-negara lain harus disanjungi. Penyertaan Malaysia

dalam ASEAN, Komanwel, OIC dan PBB menggambarkan hubungan baik Malaysia

dengan dunia luar. Tokoh-tokoh terkemuka negara memberikan pendapat tentang
pentingnya hubungan baik antara Malaysia dengan negara-negara lain.



Malaysia mengamalkan prinsip hidup bersama secara
aman dan harmoni. Oleh itu, Malaysia menjalinkan
hubungan baik dengan negara-negara lain agar keamanan
sejagat terpelihara.

Tan Sri Rais Yatim
Yang diPertua Dewan Negara


Kedaulatan dan keselamatan Malaysia dan
rakyatnya terjamin melalui hubungan baik
antara Malaysia dengan negara luar.


Datuk Periasamy Muthan
Mantan Pengarah Jabatan Penerangan Pulau Pinang




Hubungan baik Malaysia dengan dunia luar
memastikan kemajuan dan pembangunan negara
terus meningkat, terutama dalam sektor ekonomi.

Dato' Sri Siti Nurhaliza binti Tarudin
Seniwati and ahli perniagaan



Penglibatan Malaysia dalam pelbagai pertubuhan serantau dan antarabangsa
menunjukkan bahawa negara kita adalah sebuah negara yang memegang prinsip
hidup bersama secara aman dan harmoni. Sebagai rakyat, kita harus mendukung
aspirasi negara dalam mewujudkan dunia yang aman dan makmur.







Bagaimanakah anda akan Surih peta dan tandakan ibu pejabat setiap
menjaga hubungan baik negara pertubuhan. Tuliskan maklumat berkaitan
kita dengan negara luar? pertubuhan tersebut secara kreatif.




163
Nota Guru ❖ Bimbing murid memahami kepentingan menjalinkan hubungan baik
12.4.1, K12.4.6 dengan negara luar.

Sebagai salah satu negara anggota ASEAN, Malaysia
memainkan peranan penting untuk menjayakan matlamat

yang termaktub dalam Piagam ASEAN.



Menggalakkan keamanan
dan kestabilan politik di

rantau Asia Tenggara.


Atas cadangan Tun Abdul Razak bin

Hussein, Deklarasi Kuala Lumpur
mengisytiharkan rantau Asia Tenggara

sebagai ZOPFAN pada 27 November
1971. Antara tujuan utama ZOPFAN
ialah untuk memelihara keamanan

serantau tanpa sebarang campur
Deklarasi Kuala Lumpur pada tahun 1971. tangan kuasa luar.

Sumber: Arkib Negara Malaysia

Menggalakkan Pertumbuhan Ekonomi, Kemajuan
Sosial dan Pembangunan Kebudayaan.



Pada tahun 1997, Tun Dr Mahathir
Mohamed menyeru ASEAN
menjalinkan kerjasama ekonomi
dengan Asia Timur Utara. Pada
November 2002, ASEAN
memeterai perjanjian bersama
China bagi penubuhan Kawasan
Perdagangan Bebas ASEAN-China.


Persidangan ASEAN kelapan pada tahun 2002 di Phnom Penh,
Kemboja.
Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia
Asia Timur yang dimaksudkan ialah

China, Jepun dan Korea.
Piagam: tulisan rasmi tentang pernyataan yang
dipersetujui oleh sesebuah pertubuha.

Apakah tujuan ZOPFAN ditubuhkan?



164

Menggalakkan kerjasama dan
bantuan latihan dan
penyelidikan.


Buat julung kalinya, Malaysia
menjalankan kursus Latihan

Diplomat Muda ASEAN-China pada
tahun 2011. Kursus ini memberikan
maklumat tentang dasar luar

Malaysia kepada peserta dari negara
Para peserta yang terlibat dalam Latihan Diplomat Muda anggota dan juga China.

ASEAN-China
Sumber: Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri, Malaysia

Meningkatkan taraf hidup negara

anggota dalam sektor pertanian

dan perdagangan.


Pada tahun 1980, Institut Latihan dan
Pusat Kuarantin Tumbuh-tumbuhan
ASEAN ditubuhkan di Serdang.
Institut ini menjalankan penyelidikan
terhadap penyakit tumbuh-tumbuhan
dan makhluk perosak.



Penyelidikan terhadap penyakit tumbuh-tumbuhan
Sumber: Penulis

Penglibatan aktif dalam ASEAN mengeratkan lagi hubungan Malaysia dengan
negara-negara serantau. Hubungan erat dengan negara anggota menjamin
keselamatan negara, di samping mengukuhkan kedudukan ekonomi.




Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
2. Dengan menggunakan sumber Internet yang sahih,
setiap kumpulan diminta mencari maklumat bergambar
tentang ASEAN.
3. Murid membentangkan hasil dapatan.






Nota Guru 165
12.4.2 ❖ Bimbing murid memahami penglibatan Malaysia dalam ASEAN.

Sejak penubuhannya pada tahun 1931, Komanwel telah berkembang dan

kukuh. Antara tujuan utama penubuhan Komanwel ialah untuk mengeratkan
hubungan antara negara anggota dan menjalinkan kerjasama dalam pelbagai
bidang.
Fakta Menarik
• Malaysia adalah salah satu daripada 54

buah negara yang menyertai Komanwel.
• Sekretariat Komanwel ditubuhkan pada

tahun 1965 di London.
• Sehingga tahun 2012, Komanwel tidak
mempunyai piagam.




Malaysia dan Bantuan Komanwel

• Pasukan tentera anggota Komanwel membantu
Malaysia semasa konfrantasi Malaysia-
Indonesia.
• Di bawah Rancangan Colombo, program
pertukaran kepakaran dilaksanakan di Malaysia.
• Melalui Perjanjian Pertahanan Lima Negara,
Britain akan membantu Malaysia jika diserang
musuh.





















Australia membantu Malaysia semasa pencerobohan
Indpnesia di Sarawak.
Sumber: National Museum of Australia Program Pertukaran Jururawat Australia di bawah
Rancangan Colombo ke Malaysia.
Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia



Bilakah Sekretariat Komanwel ditubuhkan?






166

Sebagai sebuah negara anggota, Malaysia memberikan sumbangan besar

terhadap pertubuhan Komanwel dalam pelbagai aspek.

Dasar Aparteid di Afrika Selatan

• Malaysia menentang penindasan terhadap

orang kulit hitam di bawah dasar aparteid.

• Pada tahun 1960, Tunku Abdul Rahman
menyuarakan bantahan terhadap dasar ini

di London.
• Afrika Selatan menarik diri daripada

Komanwel pada Mei 1961
• Para pemimpin Malaysia terus mendesak Tun Dr. Mahathir bersama Nelson Mandela,

dunia sehingga dasar ini dihapuskan pada pejuang anti aparteid.
Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia

tahun 1993.

Commonwealth Heads of Government
Meeting (CHOGM)
• Menjadi tuan rumah CHOGM pada
tahun 1989 untuk membincangkan

pelbagai dasar dan isu semasa.

• Dalam persidangan ini juga, Deklarasi
Langkawi diisytiharkan bagi usaha
pemeliharaan alam sekitar dan
pengawalan masalah pencemaran.















Tun Dr. Mahathir di Persidangan CHOGM,
Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia

Sukan Komanwel
• Malaysia menjadi tuan rumah Sukan
Komanwel ke-16 pada tahun 1998. Sempena dengan Deklarasi Langkawi
• Malaysia mengadakan pertandingan untuk 15 1989, 21 Oktober diisytiharkan
jenis sukan. sebagai Hari Alam Sekitar Malaysia.
• Majlis pembukaan dirasmikan oleh Duli Yang
Maha Mulia, Yang di-Pertuan Agong Tuanku
Jaafar ibni Tuanku Abdul Rahman.

Usaha yang diambil oleh Malaysia untuk menjayakan matlamat Komanwel
mendapat pengiktirafan dunia. Kita harus berbangga dengan pencapaian
negara tercinta.


Nota Guru 167
12.4.3 ❖ Bimbing murid memahami penglibatan Malaysia dalam Komanwel.

Organisation of Islamic Cooperation (OIC) adalah pertubuhan kedua

terbesar selepas PBB. Pada tahun 1969, OIC berjaya ditubuhkan atas

idea bernas Tunku Abdul Rahman.
2 1
Betul, Vaishnavii. Beliau memegang
jawatan tersebut sehingga tahun 1973.

4
Wong, OIC ditubuhkan untuk
mewujudkan kerjasama dan memupuk Tahukah kawan-kawan,
perpaduan sesama negara Islam. Perdana Menteri Tunku

Abdul Rahman Putra al-
PROJEK SEJARAH Haj dipilih sebagai
Setiausaha Agung OIC
PERTUBUHAN yang pertama pada tahun

KERJASAMA ISLAM (OIC) 1970? Pelantikan beliau
adalah satu pengiktirafan

buat Malaysia.



















5
Wah, pemimpin negara kita 3
banyak menyumbang di
peringkat antarabangsa, Saya Cikgu, apakah tujuan OIC
amat berbangga menjadi ditubuhkan?
rakyat Malaysia.

















Apakah kepentingan mengekalkan Sewaktu penubuhannya, OIC dikenali sebagai
pengiktirafan dunia terhadap Organization of the Islamic Conference atau
Malaysia? Pertubuhan Persidangan Islam. Pada Jun 2011, nama
OIC diubah kepada Organisation of Islamic
Cooperation atau Pertubuhan Kerjasama Islam. 168

Tuan rumah bagi Persidangan OIC pada
tahun 1974 dan 2003. Dalam persidangan

ini, perkara-perkara berkaitan kemajuan
dan kebajikan masyarakat Islam
dibincangkan.

Tun Abdullah Badawi bersama pemimpin OIC.

Sumber: Berita Harian.


Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
(UIAM) ditubuhkan pada tahun 1983.

Matlamat utama universiti ini adalah

untuk meningkatkan tahap pendidikan
masyarakat Islam.

Universiti Islam Antarabangsa Islam
Sumber: Penulis



Malaysia menganjurkan Forum Ekonomi
Islam Sedunia. Forum ini bertujuan untuk
menggalakkan kerjasama dalam bidang
perniagaan, terutama antara negara Islam
dengan negara bukan Islam.
Pada tahun 2017, Forum Ekonomi Islam Sedunia kali-13
diadakan di Sarawak.
Sumber: WIEF Foundation, Kuala Lumpur



Malaysia menghantar pasukan
tentera dan bantuan makanan
semasa konflik Bosnia-
Herzegovina, 1992-1995.

Bantuan makanan kepada penduduk Bosnia.
Sumber: Berita Harian


Malaysia amat disegani dan dihormati oleh negara anggota atas peranan dan
sumbangannya terhadap perjuangan OIC. Malaysia diiktiraf sebagai sebuah
negara yang prihatin dan bertanggungjawab.




Siapakah yang dipilih sebagai Setiausaha
Agong OIC yang pertama?




Nota Guru ❖ Bimbing murid memahami penglibatan Malaysia dalam
12.4.4, K12.4.8 Persidangan Negara-Negara Islam. 169

Pada tahun 1957, Malaysia menyertai PBB atas dasar keamanan dan keselamatan

sejagat serta perlindungan terhadap hak asasi manusia yang diperjuangkan oleh
pertubuhan tersebut. Malaysia amat komited terhadap usaha-usaha yang

dilaksanakan oleh PBB.

SUMBANGAN MALAYSIA DALAM PBB





Misi keamanan untuk menyelesaikan
konflik antarabangsa.
Pasukan Pengaman PBB ke Congo

(1960), Namibia (1989) dan Somalia
serta Bosnia (1993).
Pasukan Pemerhati di Kemboja (1991).















Dadah
Sumber: Penulis








Menubuhkan Depot Respons Kemanusiaan
Misi Pengaman PBB PBB.
Sumber: Berita Harian, 11.2.2011
Pada tahun 2012, sebuah depot di bawah
Program Makanan Sedunia PBB dibina di
Subang.
Apakah tujuan Depot Respons Depot ini menguruskan misi bantuan
Kemanusiaan dibina di Subang? kemanusiaan di rantau Asia Pasifik
sekiranya berlaku bencana.



170

Jaring Kata Kumpulan (Team Word-Web)
1. Bentukkan beberapa kumpulan.
Terlibat dalam usaha membendung 2. Ketua kumpulan menulis topik “Kepentingan

gejala penyalahgunaan dadah Sumbangan Malaysia untuk Keamanan Dunia”.
Malaysia berpendirian tegas dalam 3. Setiap ahli kumpulan menulis idea mengikut

usaha memerangi gejala warna pen yang berbeza. Bentangkan.

penyalahgunaan dadah.
Tun Dr. Mahathir Mohamed

dilantik sebagai presiden

Persidangan Antarabangsa
Penyalahgunaan Dadah di Vienna, Jika anda dipilih sebagai pemimpin

Austria pada Jun 1987. negara, apakah usaha yang anda

akan laksanakan untuk keamanan
dunia?














Tun Abdullah Ahmad Badawi berucap tentang isu
Palestin di Parlimen Malaysia.
Sumber: Berita Harian, 12.1.2009


Memperjuangkan isu Palestin di
peringkat dunia.


Malaysia mengecam pencerobohan
Israel di Palestin.
Bekalan bantuan PBB Atas desakan Malaysia, Israel tidak
Sumber: Penulis diterima sebagai negara anggota
PBB.



Kita harus berbangga dengan keupayaan para pemimpin kita menangani isu global

dengan mantap demi keamanan dan kesejahteraan sejagat. Sebagai warganegara,
kita perlu menyokong dan menghargai usaha murni mereka.




Nota Guru ❖ Bimbing murid memahami penglibatan dan sumbangan Malaysia 171
12.4.5, K12.4.7 dalam Persidangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

INDUNG MADU BERINFORMASI

Cara Bermain:
1. Tentukan giliran pemain secara undian.
2. Pemain yang tiba di petak yang mengandungi soalan hendaklah menjawabnya.

3. Sekiranya jawapan tersebut betul, pemain akan terus bermain. Sekiranya salah, pemain
akan kehilangan giliran.

4. Pemain yang tiba di petak penamat akan dikira sebagai Pemenang.

17

9

1

10 18
MULA Dimanakah
terletaknya
Gerak ke ibu pejabat
Gerak ke
belakang PBB? satu petak ke
satu petak
belakang
2 8 11 16
Nyatakan 19
dua
pertubuhan
yang disertai
oleh
Malaysia.

3 7 12 15 20
Nyatakan Bilakah
lima anggota Bilakah OIC Malaysia
asal ASEAN. ditubuhkan? menjadi tuan
rumah
CHOGM?

4 6 12 14

21
Apakah
dasar yang BERJAYA
diamalkan di
Seekor lebah Afrika
membantu Selatan?
anda.
Bergerak 5 MADU
satu petak ke 13
hadapan






172 Nota Guru ❖ Berikan masa untuk murid bermain.
❖ Bimbing murid untuk memberikan jawapan.

Dasar Luar Negara Malaysia.

• Dasar luar negara Malaysia adalah untuk berbaik-baik
dengan semua negara.
• Malaysia menyertai pertubuhan serantau dan

antarabangsa untuk bekerjasama dengan semua negara.



Malaysia dan ASEAN

• Malaysia memainkan peranan penting untuk
menjayakan matlamat yang termaktub dalam Piagam

ASEAN.
• Penglibatan aktif dalam ASEAN mengeratkan lagi
hubungan Malaysia dengan negara-negara serantau.



Malaysia Bersama Komanwel

• Komanwel ditubuhkan untuk mengeratkan hubungan
antara negara anggota dan menjalinkan kerjasama

dalam pelbagai bidang.

• Malaysia menyertai Komanwel pada tahun 1957.


Seiringan Dengan OIC

• Organisation of Islamic Cooperation (OIC) adalah

pertubuhan kedua terbesar selepas PBB.
• Pada tahun 1969, OIC berjaya ditubuhkan atas idea

bernas Tunku Abdul Rahman.


Malaysia Pendukung Keamanan Sejagat

• Malaysia menyertai PBB atas dasar keamanan dan

keselamatan sejagat serta perlindungan terhadap hak
asasi manusia yang diperjuangkan oleh pertubuhan
tersebut.



Unit ini memberikan pemahaman tentang pertubuhan serantau dan

antarabangsa yang dianggotai oleh Malaysia. Pengetahuan ini dapat

menanamkan rasa bangga terhadap negara dalam diri rakyat Malaysia.


173

A.Lengkapkan jadual dengan maklumat yang tepat.









Nama Pertubuhan


Ibu pejabat pertubuhan
Tahun penyertaan Malaysia

dalam pertubuhan
Sumbangan Malaysia dalam
pertubuhan



B. Jawab semua soalan dengan betul.


1. Malaysia mengamalkan dasar ………………….. dengan semua negara.

2. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ditubuhkan pada tahun
………………



3. Pada tahun 1971, rantau Asia Tenggara diisytiharkan sebagai ZOPFAN
melalui Deklarasi ……………….

4. MAPHILINDO adalah gabungan nama …………….., ………………. dan

…………………..

5. Negara anggota …………….. membantu Malaysia semasa Konfrantasi

Malaysia-Indonesia.





174 Nota Guru ❖ Perbanyak halaman ini.

Penyertaan dalam pertubuhan serantau dan antarabangsa membuktikan
Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan dasar berbaik-baik dan

kerjasama dengan semua negara.




























Perdana Menteri ketiga, Tun Hussein Onn bersama para perserta mesyurat Pertubuhan
Islam Serantau Asia Tenggara dan Pasifik di Kuala Lumpur pada tahun 1980.
Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia


Diri Masyarakat
Berbangga dengan dasar Masyarakat yang memahami
berbaik-baik Malaysia dengan hasrat murni negara dalam
semua negara adalah salah mengekalkan keamanan dan
satu untuk menunjukkan rasa kesejahteraan dunia akan sentiasa
cinta akan negara. menyokong usaha kerajaan.

Negara


Sokongan padu rakyat
akan mewujudkan
keharmonian dan
kesejahteraan dalam
negara.













175

SENARAI RUJUKAN


Abdul Rahman Haji Ismail dan Azmi Ariffin (ed), 2006, Sejarah Maalaysia: Wacana
Kedaulatan Bangsa, Kenegeraan dan Kemerdekaan. Pulau Pinang: Penerbit Universiti
Sains Malaysia.
Abdul Samad Idris, 1982. 25 Tahun Merdeka: Kenangan Abadi kepada Bangsa,
Agama dan Tanahair, Kuala Lumpur: Pustaka Budiman.
Amran Abdullah dan Hamidah Hussain,1993. Suku Kaum. Petaling Jaya: Penerbitan
Prisma Sdn. Bhd.
Andaya, B.W. dan Leornard, Y.A.,1983. Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur:Macmillan

Publishers.
Ann Wan Seng,1996. Kepercayaan Orang Cina. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn Bhd.
Asmah Haji Omar, 2008. Ensiklopedia Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Azmah Abdul Manaf,2001. Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia. Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Emerson, R., 1982. Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Farhana Haji Mustapha,2014. Pelbagai Kaum di Malaysia. Petaling Jaya: Pustaka
Tintamas
Hashim Musa, 2005. Pemerkasaan Tamadun Melayu Malaysia:Menghadapi

Globalisasi Barat. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Ibrahim Ismail,1992. Menuju Kelahiran Malaysia. Kuala Lumpur: Edusystem Sdn.
Bhd.
Iman Suffiya,2006. Seni Lagu dan Peralatan Muzik Tradisional. Kuala Lumpur:
Penerbit Era Didik.
Iman Suffiya,2006. Permainan Tradisional dan Seni Kraf Tangan. Kuala Lumpur:
Penerbit Era Didik
Jabatan Warisan Negara,2013. World Heritage Malaysia, Al-Bukhary Series IX, Kuala
Lumpur: Jabatan Warisan Negara.
Jasiman Ahmad dan Nora Haji Samad,2001. Siri Ensiklopedia Kebudayaan: Perayaan
Pelbagai Kaum. Kuala Lumpur:Kuala Lumpur Enterprise.
Jasiman Ahmad dan Rosnah Ramli,1997. Siri Kebudayaan Masyarakat Malaysia:
Masyarakat Cina. Melaka: Associated Education Distributors (M) Sdn Bhd.

Jasiman Ahmad dan Rosnah Ramli,1997. Siri Kebudayaan Masyarakat Malaysia:
Masyarakat Orang Asli. Melaka: Associated Education Distributors (M) Sdn Bhd.
Kassim Tukiman, 2010. Malaysia Perspektif Sejarah dan Politik. Johor Bahru:
Penerbit UTM.
Mohd Rosmizi Abd Rahman et al., 2011.Agama-agama di Dunia. Nilai: Universiti
Sains Islam Malaysia.
Muhammad Yusoff Hashim, 2008.Tun Perak dalam Sejarah dan Dinamisme
Ketamadunan Bangsa. Melaka: Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia.



176

Malaysia. Kementerian Luar Negeri,1995.Malaysia dalam Misi Pengaman Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu. Kuala Lumpur: Kementerian Luar Negeri.
Mohamed Noordin Sopiee, 1976. From Malayan Union to Singapore Separation.
Kuala Lumpur: University Malaya Press.

Mohd Isa Othman,2002. Sejarah Malaysia (1880-1963). Kuala Lumpur: Utusan
Publications and Distributions.
Muhammad Yusoff Hashim, 1980. “Islam dalam Sejarah Perundangan Melaka di
Abad ke-15/16”, dlm. Khoo Kay Kim (ed.) Islam di Malaysia. Kuala Lumpur:
Penerbitan Persatuan Sejarah Malaysia.
Naura Syifa,2007. Bangsa Malaysia. Kuala Lumpur: Sabunai Media Sdn. Bhd.
Nik Safiah Karim, 2004. Bahasa Melayu Sedekad Lalu. Kuala Lumpur: Dewam
Bahasa dan Pustaka.
Ramlan Adam,1999. Sumbanganmu Dikenang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Tan Yao Sua,2010. Isu Bahasa, Etnik dan Pembinan Negara Bangsa dalam Sistem
Pendidikan Malaysia. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.
Zaid Ahmad, Ruslan Zainuddin dan Ho Hui Ling,2010. Hubungan Etnik di Malaysia.
Kuala Lumpur: Oxford Fajar.

Zakiah Hanum, 1989. Asal-usul Negeri-negeri di Malaysia. Kuala Lumpur: Times
Book International.
Zarina Syukor, 2006. Perpaduan Masyarakat Berbilang Kaum, Subang Jaya:
Penerbitan Pinang Sdn. Bhd.

Portal Rasmi
ASEAN, www.asean.org
Jabatan Warisan Negara,www.heritage.gov.my
Kementerian Penerangan Malaysia,www.penerangan.gov.my
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia,www.motac.gov.my
Komanwel, www.thecommonwealth.org
Pertubuhan Kerjasama Islam, www. oic-oci.org

Petroliam Nasional Berhad, www.Petronas.com.my
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, www.un.org

Orang Sumber
Tan Sri Dato' Seri Utama Dr. Rais bin Yatim

Datuk Periasamy Muthan
Dato' Sri Siti Nurhaliza binti Tarudin












177


Click to View FlipBook Version