SEJARAH TAHUN 6 SK
Kedaulatan Undang-Undang
Kedaulatan undang-undang bermaksud setiap rakyat adalah sama tarafnya di
sisi undang-undang negara. Rakyat dijamin agar dapat hidup dengan selamat
tanpa sebarang gangguan. Oleh itu rakyat perlu mempertahankan kedaulatan
undang-undang agar membawa ketenteraman negara.
Kesopanan dan Kesusilaan
Kesopanan dan kesusilaan menekankan nilai moral dan akhlak yang perlu
diamalkan oleh rakyat. Dengan itu rakyat akan bersikap sopan santun dan
bersusila untuk hidup sebagai masyarakat yang harmoni.
Rukun Negara perlu dihayati dan diamalkan oleh setiap warganegara Malaysia.
Dengan itu kita dapat hidup bersatu padu dan menghormati antara satu sama lain.
10.3.2 Bimbing murid menghayati matlamat Rukun Negara.
K10.3.4
- 45 -
SEJARAH TAHUN 6 SK
Rukun Negara Menjamin Keharmonian Masyarakat Malaysia
Rukun Negara memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat berbilang
kaum. Dengan itu dapat melahirkan masyarakat yang bersatu padu dan mempunyai
sikap keterbukaan dalam semua perkara.
Membentuk masyarakat yang adil
• kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama
• masyarakat yang lemah akan dibantu untuk membolehkan mereka
mendapat peluang yang sama rata.
• Dengan itu mereka mampu bersaing dengan anggota masyarakat yang
telah maju ke hadapan.
Menjamin kebebasan hak asasi anggota masyarakat
• kepentingan bangsa dan negara diutamakan dibandingkan
dengan kepentingan sesuatu kaum.
• dapat bergerak bebas dalam negara dengan mematuhi
perlembagaan Persekutuan.
- 46 -
SEJARAH TAHUN 6 SK
Kebebasan Berpolitik
• Menjamin kebebasan kegiatan berpolitik dalam kalangan anggota
masyarakat dengan syarat mereka tidak melanggar undang-undang
negara.
• Mengutamakan perjuangan negara dibandingkan perjuangan kaum
masing-masing
Memupuk perpaduan di kalangan masyarakat
• Masyarakat di negara Malaysia adalah terdiri daripada pelbagai kaum
• Anggota masyarakat dipupuk supaya mengamalkan sikap toleransi dan
hidup bermuafakat untuk keharmonian negara.
- 47 -
SEJARAH TAHUN 6 SK
Membentuk bangsa Malaysia
• Seluruh anggota masyarakat adalah merupakan rakyat Malaysia tanpa
mengira kaum, bangsa dan agama.
• Rukun Negara dapat membentuk satu bangsa yang bersatu padu
Membentuk masyarakat yang bersikap terbuka terhadap tradisi kebudayaan
• Anggota masyarakat diberikan kebebasan untuk mengamalkan
kebudayaan, adat resam dan agama masing-masing
• Kebebasan mengamalkan kebudayaan dan agama tidak menjadi asas
keharmonian negara
Dengan menggunakan sumber, cari maksud jati diri dan contoh jati diri yang
mempengaruhi perwatakan pelajar sekolah.
- 48 -
SEJARAH TAHUN 6 SK
Membina masyarakat progresif dengan pengamalan sains dan teknologi
moden
• Sains dan teknologi merupakan asas kemajuan negara Malaysia
• Anggota masyarakat akan menyumbang kepakaran sains dan teknologi
untuk membawa kemajuan negara
Membina masyarakat yang berakhlak mulia
• Masyarakat diterapkan kesopanan dan kesusilaan dalam kehidupan harian
• Negara akan bebas daripada masalah sosial yang menganggu gugat
keharmonian negara
• Permuafakatan sentiasa terpelihara dalam setiap warganegara Malaysia
Rukun Negara dapat membentuk jati diri masyarakat Malaysia dari sudut perwatakan
melalui kehidupan seharian. Jadi kita perlu berpegang teguh kepada prinsip Rukun Negara
yang melambangkan keperibadian masyarakat Malaysia.
10.3.2 Bimbing murid memahami peranan Rukun Negara dalam kehidupan
K10.3.6 seharian
- 49 -
SEJARAH TAHUN 6 SK
Rukun Negara Asas Tunjang Negara
Rukun Negara diperkenalkan untuk merapatkan perhubungan antara
masyarakat berbilang kaum di negara kita
Prinsip-Prinsip Rukun Negara
Terdapat lima prinsip Rukun Negara yang perlu diamalkan oleh masyarakat
Malaysia
Hayati Prinsip Rukun Negara
Masyarakat perlu menghayati prinsip Rukun Negara untuk membina
masyarakat yang berdisiplin tinggi, cintakan negara dan menjaga
keharmonian negara.
Rukun Negara Menjamin Keharmonian Masyarakat Malaysia
Rukun Negara melahirkan masyarakat yang bersatu padu dan mempunyai
sikap keterbukaan dalam semua perkara.
Unit ini memberikan pemahaman tentang prinsip Rukun Negara dan pengamalan
dalam kehidupan seharian. Unit seterusnya membincangkan kedudukan kaum di
Malaysia
- 50 -
SEJARAH TAHUN 6 SK
Cara bermain
1. Dimainkan secara berkumpulan
2. Setiap ahli kumpulan akan menjawab mengikut giliran masing-masing
3. Ahli kumpulan perlu menjawab mengikut masa yang ditetapkan
4. Kumpulan yang mendapat markah tertinggi dianggap menang.
Penghayatan Prinsip Rukun Negara
Membentuk masyarakat yang adil
Memupuk sikap cintakan negara
Membina masyarakat progresif dari
sudut sains dan teknologi
Mencapai nilai keperibadian yang
tinggi
Membentuk masyarakat yang
mementingkan keadilan
Membentuk masyarakat yang
berakhlak mulia
Memupuk perpaduan
- 51 -
SEJARAH TAHUN 6 SK
Tuliskan jawapan yang betul.
mempertahankan moral selamat
diamalkan bersusila kesederhanaan
hubungan Kedaulatan tuhan
Kehidupan beragama merupakan prinsip penting dalam kehidupan
rakyat Malaysia. Melalui prinsip kepercayaan kepada _______dapat
merapatkan ___________ dalam kalangan kepelbagaian kaum di
Malaysia. Selain itu dapat menjadikan masyarakat yang mengamalkan
sikap ___________dalam pengamalan agama .
____________undang-undang bermaksud setiap rakyat adalah sama
tarafnya di sisi undang-undang negara. Rakyat dijamin agar dapat
hidup dengan____________ tanpa sebarang gangguan. Oleh itu
rakyat perlu_____________ kedaulatan undang-undang agar
membawa ketenteraman negara.
Kesopanan dan kesusilaan menekankan nilai _________ dan akhlak
yang perlu _________ oleh rakyat. Dengan itu rakyat akan bersikap
sopan santun dan _________ untuk hidup sebagai masyarakat yang
harmoni.
- 52 -
SEJARAH TAHUN 6 SK
Kita perlu bangga dengan adanya prinsip Rukun Negara yang mempengaruhi
kehidupan seharian masyarakat Malaysia
Diri Masyarakat
Penghayatan Rukun Negara dapat Perasaan cintakan negara akan
melahirkan masyarakat yang perasaan mewujudkan permuafakatan dalam
cintakan akan negara masyarakat
Negara
Masyarakat yang kuat dapat
menjaga keharmonian dan
kestabilan negara
Permuafakatan dalam masyarakat berbilang kaum menjamin keharmonian negara
- 53 -
SEJARAH TAHUN 6 SK
Tajuk 11 : Kita Rakyat Malaysia
Keistimewaan Malaysia dapat dilihat daripada kewujudan masyarakat yang berbilang
kaum. Setiap kaum di Malaysia mempunyai warisan dan budaya yang tersendiri. Unit
ini akan membincangkan kepelbagaian kaum di Malaysia, petempatan serta kegiatan
ekonomi masyarakat di Malaysia dahulu dan kini, alat muzik dan tarian tradisional
masyarakat di Malaysia, jenis permainan tradisional masyarakat di Malaysia dan cerita
rakyat berunsur tempatan dalam masyarakat di Malaysia.
54
SEJARAH TAHUN 6 SK
1. Memahami kepelbagaian kaum yang terdapat di Malaysia.
2. Melihat perubahan dan kesinambungan petempatan serta kegiatan ekonomi
masyarakat di Malaysia dahulu dan kini.
3. Membuat imaginasi secara visual tentang alat muzik, tarian tradisional dan
permainan tradisional masyarakat di Malaysia.
4. Membuat imaginasi berdasarkan perasaan tentang cerita rakyat berunsur
tempatan dalam masyarakat di Malaysia.
Video ‘Saya Anak
Malaysia 2020’.
Hormati-menghormati
1. Kepelbagaian kaum di Malaysia.
2. Petempatan serta kegiatan ekonomi masyarakat di Malaysia dahulu dan kini.
3. Alat muzik dan tarian tradisional masyarakat di Malaysia.
4. Jenis permainan tradisional masyarakat di Malaysia.
5. Cerita rakyat berunsur tempatan dalam masyarakat di Malaysia.
55
SEJARAH TAHUN 6 SK
Masyarakat Majmuk Harmoni Negara
Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum. Perpaduan yang terjalin antara kaum
menjadi kunci utama untuk kita mengekalkan kejayaan, keharmonian dan kesejahteraan
negara.
Kepelbagaian Kaum di Malaysia
Kaum Melayu
❖ Masyarakat terbesar Kaum Cina
di Malaysia. ❖ Masyarakat kedua
❖ Bertutur dalam terbesar di Malaysia.
Bahasa Melayu, ❖ Bertutur dalam
Inggeris dan dialek Bahasa Cina, Melayu,
tersendiri. Inggeris dan dialek
tersendiri.
❖ Mengamalkan ❖ Mengamalkan tradisi
tradisi dan adat dan kepercayaan
Melayu hingga kini. tersendiri.
Kaum India Etnik Orang Asli
❖ Masyarakat ketiga ❖ Antara etnik Orang
terbesar di Asli ialah Semai,
Malaysia. Jakun, Jahai,
❖ Bertutur dalam Semelai dan Bateq.
Bahasa Tamil, ❖ Setiap etnik
Melayu dan mempunyai bahasa
Inggeris. pertuturan, budaya
❖ Mengekalkan dan adat resam
kebudayaan India tersendiri.
hingga kini.
Nyatakan kelompok masyarakat
kedua terbesar di Malaysia. Terdapat 18 etnik orang asli
di Malaysia.
56
SEJARAH TAHUN 6 SK
Etnik di Sarawak
❖ Antara etnik di
Sarawak ialah
Melayu, Iban,
Melanau,
Bidayuh, Kelabit
dan Bisaya.
Iban Melanau
Etnik di Sabah
❖ Antara etnik di
Sabah ialah
Kadazandusun,
Bajau, Murut,
Orang Sungai dan
Suluk.
Kadazandusun Bajau
Kaum lain di
Malaysia
❖ Antara kaum lain
di Malaysia ialah
Sikh, Baba dan
Nyonya serta
Siam.
Baba dan Nyonya Sikh
Masyarakat berbilang kaum di Malaysia mewujudkan pelbagai
warisan dan budaya yang mempunyai keunikannya tersendiri.
Persefahaman dan toleransi dalam kalangan masyarakat Apakah kepentingan
berbilang kaum merupakan asas untuk mencapai perpaduan. sikap toleransi dalam
kalangan masyarakat
berbilang kaum di
11.1.1 ➢ Bimbing murid mengenali kaum di Malaysia. Malaysia?
K11.1.6 ➢ Bimbing murid menyatakan kepentingan toleransi antara kaum.
57
Makmur Negara Rakyat Sejahtera
SEJARAH TAHUN 6 SK
Kemakmuran yang dikecapi negara pada hari ini ialah hasil usaha masyarakat pelbagai
kaum sejak dahulu lagi. Petempatan dahulu adalah berdasarkan pekerjaan masing-
masing. Kerjasama antara kaum membawa perubahan kepada petempatan dan kegiatan
ekonomi masyarakat di Malaysia.
Petempatan Masyarakat Malaysia
Dahulu
Petempatan kaum Melayu tertumpu di kawasan Petempatan kaum Cina terletak di pekan
kampung, pesisir pantai dan muara sungai. dan bandar
Petempatan kaum India terletak di Masyarakat di Sarawak dan Sabah menetap di
kawasan estet. pedalaman, pesisir pantai dan muara sungai
Kini
Kemakmuran ekonomi mewujudkan Terdapat masyarakat Malaysia yang masih
pelbagai jenis petempatan baharu untuk lagi menetap di kawasan kampung dan
masyarakat di Malaysia. bekerja dalam pelbagai bidang.
58
SEJARAH TAHUN 6 SK
Perkembangan ekonomi negara telah membawa perubahan terhadap bidang pekerjaan
masyarakat di Malaysia. Perubahan ini membawa kesan yang baik kepada ekonomi
negara dan meningkatkan taraf hidup rakyat.
Kegiatan Ekonomi Masyarakat Malaysia
Dahulu
Orang Melayu menjalankan kegiatan pertanian. Orang Cina bekerja sebagai pelombong
Masyarakat di Sarawak dan Sabah bekerja
Orang India bekerja di ladang getah
Sebagai petani dan memungut hasil hutan.
Kini
Kini
Masyarakat terlibat dalam pelbagai bidang Menjalankan kegiatan ekonomi mengikut
pekerjaan antaranya ialah perkhidmatan lokasi tempat tinggal mereka dan terlibat
awam, perbankan dan perniagaan dalam Industri Kecil Sederhana bekerja dalam
masyarakat di Malaysia. pelbagai bidang.
Petempatan dan kegiatan ekonomi masyarakat Malaysia pada hari ini berubah berbanding
dengan sebelum merdeka. Sebagai warganegara yang bertanggungjawab, kita hendaklah
sentiasa berusaha untuk memakmurkan ekonomi negara.
11.1.1 ➢ Bimbing murid memahami perubahan petempatan dan kegiatan ekonomi di Malaysia dahulu
K11.1.6 dan kini.
. 59
SEJARAH TAHUN 6 SK
Keunikan Seni Budaya kita
Rakyat Malaysia kaya dengan pelbagai warisan kesenian dan kebudayaan. Antara warisan
tersebut ialah alat muzik dan tarian. Kita hendaklah mengenali dan menghargai warisan
kesenian pelbagai kaum di Malaysia demi mewujudkan masyarakat yang berilmu dan
harmoni.
Alat Muzik Tradisional Masyarakat Malaysia
Bonang Sompoton
Digunakan dalam persembahan gamelan. Digunakan dalam nyanyian dan
tarian masyarakat di Sabah.
Veenai
Digunakan dalam ynyanyian dan Yangqin
tarian tradisional. Dimainkan dalam opera Cina.
Seruling
Orang India memanggilnya sebagai Pullangkulai dan
orang Cina memanggilnya sebagai Zhudi atau Dizi.
Video
gamelan
.
60
SEJARAH TAHUN 6 SK
Kompang Sape
Dimainkan dalam majlis perkahwinan, Berasal daripada Sarawak. Sape
majlis rasmi serta mengiringi nyanyian dimainkan dengan memetik tali seperti
dan tarian. gitar.
Tabla
Liu Qin Digunakan dalam upacara keagamaan
Digunakan untuk mengiringi Opera
masyarakat India.
Cina, Orkestra Cina dan nyanyian
rakyat.
Alat muzik tradisional adalah merupakan warisan masyarakat Malaysia sehingga ke
hari ini. Alat muzik ini mempunyai kepentingan dan keistimewaan yang tersendiri.
Sebagai warganegara yang cinta akan negara, kita perlulah berbangga dengan alat
muzik tradisional pelbagai kaum yang terdapat di Malaysia.
Secara berpasangan, hasilkan satu jenis alat muzik
Bilakah kompang dimainkan? tradisional menggunakan bahan terpakai.
11.1.2 Bimbing murid mengenali alat muzik tradisional masyarakat Malaysia.
K11.1.8
61
SEJARAH TAHUN 6 SK
Tarian Tradisional Masyarakat Malaysia
Masyarakat berbilang kaum di Malaysia mewarisi pelbagai jenis tarian tradisional. Tarian
tradisional sesebuah kaum perlu dikenali dan dipelihara keasliannya. Tarian tradisional ini
bukan sahaja menjadi identiti sesebuah kaum tetapi turut menjadi identiti negara kita.
Tarian Inang
Tarian ini ditarikan sejak zaman Kesultanan
Melayu Melaka.
Tarian ini ditarikan secara lemah gemalai.
Alat muzik yang mengiringi tarian ini
antaranya ialah rebana, biola dan gendang.
Tarian Bharathanatyam
Tarian tradisional masyarakat India ini
memerlukan gerakan tangan, kaki dan
mata yang membawa maksud tertentu.
Lazimnya dipersembahkan oleh wanita
dalam majlis keagamaan atau keramaian.
Tarian Sumazau
Tarian ini merupakan tarian tradisi etnik
Kadazandusun.
Tarian ini dipersembahkan semasa
perayaan Tadau Kaamatan.
Sumazau ditarikan bagi menunjukkan rasa
syukur berkaitan kegiatan menuai padi,
menolak bala dan mengubati penyakit.
Tarian Ngajat
Ngajat merupakan tarian tradisional etnik
Iban di Sarawak.
Tarian ini dipersembahkan semasa
menyambut Hari Gawai serta selepas musim
menuai.
Tarian ini diiringi oleh alat muzik seperti
gong besar, gong sederhana, sape, gendang
62
dan engkromong (satu set gong kecil).
SEJARAH TAHUN 6 SK
Tarian Singa
Tarian ini merupakan tarian tradisional
kaum Cina.
Tarian ini ditarikan semasa istiadat
membuka perniagaan baharu, Tahun
Baru Cina atau upacara membuang
semangat jahat.
Tarian Sewang
Sewang terkenal dalam masyarakat Orang
Asli.
Tarian ini ditarikan bagi tujuan perubatan,
majlis keramaian dan perkahwinan.
Tarian ini diiringi oleh alat muzik seperti
buluh cetong dan nyanyian.
Tarian Bhangra
Tarian ini lazimnya ditarikan oleh
etnik Sikh.
Tarian ini dipersembahkan dalam
majlis keramaian dan kekeluargaan.
Dhol, harmonika dan tamborin ialah
alat muzik yang mengiring tarian ini.
Tarian Zapin
Tarian ini diilhamkan oleh peranakan Arab.
Tarian ini ditarikan semasa majlis
kebesaran atau keramaian.
Tarian ditarikan secara berkumpulan dan
diiringi dengan nyanyian.
Kepelbagaian tarian tradisional masyarakat pelbagai kaum di Malaysia memeriahkan lagi
pentas kebudayaan negara. Kita haruslah menghargai tarian tradisional agar warisan ini
terpelihara sepanjang zaman.
Dalam kumpulan, pilih satu tarian yang Apakah kepentingan menghargai
diminati, persembahkan di hadapan kelas. keunikan budaya tempatan?
63
11.1.3 ➢ Bimbing murid memahami tarian tradisional masyarakat Malaysia.
K11.1.7
SEJARAH TAHUN 6 SK
Permainan Tradisi Warisan Bangsa
Masyarakat pelbagai kaum pada zaman dahulu menjadikan permainan tradisional sebagai
aktiviti masa lapang. Permainan ini diwarisi dan masih dimainkan sehingga kini. Kita perlu
mengenali dan mengekalkan permainan ini untuk generasi akan datang.
Konda Kondi
Permainan ini memerlukan dua
batang kayu.
Sebatang kayu diletakkan di tengah
lubang secara melintang.
Kayu lain digunakan untuk menguit
dan mengungkit kayu di lubang agar
terpelanting jauh dari pemain.
Rampanau
Permainan ini terkenal dalam
masyarakat Dusun di Sabah.
Pemain akan menaiki batang
buluh yang direka sebagai kasut.
Akibat arus pemodenan,kini
rampanau hanya dapat disaksikan
ketika Pesta Kaamatan.
Lompat Getah
Permainan ini dikenali sebagai lompat
tali atau ‘zero point’.
Pada awal permainan, getah dipegang
tegang pada tapak kaki seterusnya
dinaikkan ke paras lutut hinggalah ke
paras sejengkal dari kepala. Pemain
dikira mati jika menyentuh getah.
Xiangqi
Permainan ini dimainkan oleh dua
pasukan dan dikenali juga sebagai
catur Cina.
Permainan ini memerlukan strategi
untuk mengalahkan pihak lawan.
64
SEJARAH TAHUN 6 SK
Kabbadi
Permainan ini dimainkan oleh dua pasukan.
Satu pasukan akan menghantar penyerang
kepada pihak lawan. Penyerang perlu
menahan nafas, menyebut kabbadi dan
menyentuh pihak lawan supaya pemain
tersebut tersingkir.
Tating Lawi
Permainan ini dikenali sebagai sepak
bulu ayam, chap teh atau jambak lawi.
Tiga atau empat helai bulu ayam diikat
pada kepingan getah bagi membentuk
tating.
Congkak
Permainan ini dimainkan secara
berpasangan.
Congkak diperbuat daripada kayu atau
plastik. Biji congkaknya ialah guli.
Tibau
Permainan ini dimainkan ketika Pesta Kaul.
Tibau berbentuk piramid dan bertingkat.
Dibina daripada beberapa batang buluh
atau kayu keras.
Pemain akan melompat secara bergilir
sehingga tibau tidak berayun lagi.
Pesta Kaul ialah perayaan
Apakah nama lain Apakah kepentingan perkongsian selepas musim menuai
bagi permainan maklumat tentang kepelbagaian yang diraikan oleh etnik
Tating Lawi? kaum di Malaysia? Melanau di Sarawak.
Permainan tradisional setiap kaum di Malaysia merupakan warisan yang perlu dijaga kerana
permainan tersebut merupakan identiti negara.
65
11.1.4 ➢ Bimbing murid memahami permainan tradisional masyarakat Malaysia.
K11.1.7
SEJARAH TAHUN 6 SK
Cerita Rakyat Kebanggaanku
Cerita rakyat ialah cerita rekaan dari zaman dahulu yang disampaikan dari satu generasi kepada
generasi yang lain secara lisan. Cerita rakyat disampaikan bertujuan memberi pengajaran dan
berhibur. Antara jenis cerita rakyat ialah legenda, mitos, cerita binatang, jenaka dan hikayat.
1
Datuk, siapakah
Pak Pandir?
2
Pak Pandir ialah watak yang wujud dalam cerita
rakyat. Pak Pandir merupakan seorang suami yang
lurus bendul. Dia mempunyai seorang isteri yang
sangat sabar dengan karenahnya iaitu Mak Andeh.
3
Apakah tujuan cerita rakyat Cerita ‘Pak Pandir’ ini ialah
cerita jenaka Melayu yang direka
disampaikan?
untuk menghiburkan pendengar
pada masa lapang.
Pada zaman dahulu, cerita rakyat disampaikan oleh
penglipur lara. Antara gelaran bagi penglipur lara ini
ialah Tok Selampit dan Awang Batil.
11.1.5 ➢ Bimbing murid memahami tujuan dan jenis cerita rakyat masyarakat Malaysia.
66
SEJARAH TAHUN 6 SK
4
Kelucuan dalam cerita ‘Pak Pandir;
ini dapat dilihat melalui tindakan
‘Pak Pandir’ yang tidak bijak.
Video teater ‘Pak Pandir
Sebuah Muzikal’.
5
Sebenarnya ada banyak lagi cerita
rakyat di Malaysia. Antaranya ialah
‘Puteri Santubong’, ’Pak Belalang’,
‘Si Tanggang’, ,Si Luncai’, dan
‘Anjing dengan Bayang-bayangnya’.
Main Peranan (Role Play)
1. Berdasarkan video teater ‘Pak Pandir Sebuah Muzikal’,
murid diberi tanggungjawab untuk memegang
beberapa watak dalam teater tersebut.
2. Murid diberi masa untuk membuat persediaan.
3. Persembahkan di hadapan kelas. Glosari mitos lagenda
Cerita rakyat berunsur tempatan pada hari ini sering dipaparkan dalam pelbagai saluran
yang ada. Cerita rakyat ini bukan sahaja menghibur, tetapi pengajaran yang terkandung
dalam sesebuah cerita boleh diteladani oleh masyarakat.
67
SEJARAH TAHUN 6 SK
Cara membuat :
1
2
Kain, benang, jarum, gunting dan 3
kacang hijau.
Gunting kain bentuk segi
empat dengan ukuran Terbalikkan bahagian Isikan kacang hijau ke
yang telah dijahit.
4.5cmx8.5cm dan jahit tepi. dalam kain tersebut
4
5
Kelepet ke dalam kawasan yang
terbuka dan jahit melintang Batu seremban yang
untuk membentuk segi tiga. telah siap.
➢ Bimbing murid membuat batu seremban.
➢ Pantau aspek keselamatan murid.
68
SEJARAH TAHUN 6 SK
Masyarakat Majmuk Harmoni Negara
• Melayu
• Cina • Orang Asli
• Etnik di Sarawak dan Sabah
• India
Makmur Malaysia Rakyat Sejahtera
Petempatan dan kegiatan ekonomi masyarakat di Malaysia berubah
disebabkan perkembangan dan kemajuan ekonomi dan sosial.
Istimewanya Seni Budaya Negara
• Alat muzik - Kompang, Sape, Tabla, Dagu, Yangqin, Seruling dan
Veenai.
• Tarian- Tarian, Tarian Singa, Bhangra, Sewang Bharatanatyam,
Ngajat, Sumazau
Permainan Tradisi Warisan Bangsa
Konda kondi, Kabbadi, Rampanau, Tibau, Sepak Manggis, Weiqi, Lompat
Getah, Xiangqi, Batu Seremban, Congkak, Paramapadham dan Tating Lawi.
Cerita Rakyat Penuh Manfaat
Cerita rakyat ialah cerita rekaan dari zaman dahulu yang disampaikan
daripada satu generasi kepada generasi yang lain secara lisan.
Unit ini memberikan pemahaman tentang kaum di Malaysia. Unit seterusnya
akan membincangkan agama dan kepercayaan di Malaysia.
69
SEJARAH TAHUN 6 SK
Mari Bermain Tarsia
Alatan dan bahan Kad cantum dan gunting
Peserta Berpasangan atau berkumpulan
Langkah permainan
1. Imbas dan selesaikan soalan yang tercatat pada set kad cantum.
2. Cantumkan soalan dengan jawapannya.
3. Imbas set bentuk segi tiga untuk semak jawapan.
Contoh:
Set kad Set
cantum bentuk
segi tiga.
70
SEJARAH TAHUN 6 SK
Masyarakat berbilang kaum di Malaysia telah mewujudkan kepelbagaian budaya dan
warisan tradisi. Perpaduan dalam kalangan masyarakat kekal terpelihara hingga ke
hari ini kerana amalan hormat menghormati yang diamalkan oleh seluruh
warganegara Malaysia.
(Sumber : Yayasan Perpaduan Malaysia)
Diri Masyarakat
Sikap toleransi dalam diri Masyarakat haruslah saling memahami
penting untuk membentuk dan menghormati kepelbagaian warisan
peribadi yang cinta akan dan budaya yang wujud dalam kaum yang
lain.
perpaduan antara kaum.
Negara
Keamanan dan keharmonian
negara dapat dicapai melalui
kasih sayang dan
persefahaman antara kaum.
71
Tajuk 11 : Kita Rakyat Malaysia
Malaysia merupakan sebuah negara yang unik. Sebagai sebuah negara yang
bermasyarakat majmuk, pelbagai agama dan kepercayaan diamalkan dengan bebas.
Unit ini akan membincangkan agama dan kepercayaan serta rumah-rumah ibadat di
Malaysia. Selain itu, unit ini juga akan menjelaskan kedudukan Islam sebagai
agama Persekutuan dan agama-agama lain dalam Perlembagaan Malaysia.
Hormati-menghormati
72
1. Agama dan kepercayaan di Malaysia.
2. Kedudukan agama Islam sebagai agama
Persekutuan.
3. Kedudukan agama-agama lain dalam
Perlembagaan Malaysia.
4. Rumah-rumah ibadat di Malaysia.
Video kepelbagaian agama
di Malaysia.
1. Memahami kepelbagaian agama dan kepercayaan
masyarakat di Malaysia.
2. Mengkaji kedudukan agama Islam sebagai agama
Persekutuan.
3. Meneroka bukti signifikan kedudukan agama-agama lain
dalam Perlembagaan Malaysia.
4. Membuat rasionalisasi tentang rumah-rumah ibadat di
Malaysia.
73
Agama dan kepercayaan merupakan elemen penting dalam kehidupan masyarakat
di Malaysia. Sebahagian besar rakyat Malaysia menganuti agama-agama tertentu
sebagai panduan hidup mereka. Antara agama yang diamalkan di Malaysia ialah
Islam, Hindu, Buddha, Kristian, Sikh dan Tao.
Agam a Agama Agama
Islam Hindu Buddha
➢ Agama yang ➢ Dikenali sebagai ➢ Diasaskan oleh
dibawa oleh para Agama Abadi. Siddhartha
nabi bermula Nabi ➢ Percaya kepada Gautama.
Adam hingga kelahiran semula. ➢ Berpegang pada
Nabi Muhammad. ➢ Percaya kepada Jalan Lapan
➢ Kepercayaan hukum karma. Lapis Mulia.
kepada Allah. ➢ Mempunyai kitab ➢ Menghormati
➢ Berpandukan suci seperti Veda, segala hidupan
kitab suci, al- Mahabaratha,Gita, di dunia.
Quran dan Hadis. dan Ramayana. ➢ Percaya kepada
➢ Wajib kelahiran
menunaikan solat semula.
lima waktu sehari.
Siapakah pengasas agama Buddha? Di bawah hukum karma, perbuatan
seseorang akan dibalas kembali
dengan setimpalnya. Perbuatan baik
akan dibalas dengan balasan yang
baik.
74
Agama Agama Agama
Kristian
Tao Sikh
➢ Agama yang ➢ Dibawa oleh Lao ➢ Dibawa oleh Guru
dibaw a oleh Jesus. Tze. Nanak.
➢ Mempercayai ➢ Menerapkan ➢ Percaya bahawa
Jesus sebagai anak keharmonian hidup Tuhan adalah satu.
Tuhan. dengan alam ➢ Menerapkan
➢ Berpandukan kitab semesta. kehidupan
suci, Injil. ➢ Percaya kepada Yin harmoni.
➢ Menerapkan kasih dan Yang. ➢ Berpandukan kitab
sayang dan belas ➢ Berpandukan kitab suci, Sri Guru
kasihan sesama suci, Tao Te Ching. Granth Sahib Ji.
manusia. .
Pentingnya pegangan agama di Malaysia tergambar dengan jelas dalam prinsip
pertama Rukun Negara iaitu Kepercayaan kepada Tuhan. Setiap agama mendidik
dan membimbing penganutnya menjadi seorang manusia yang berkeperibadian
tinggi.
Dengan menggunakan peta pemikiran yang
sesuai, senaraikan agama.
75
Di samping pegangan agama, masyarakat di Malaysia turut mengamalkan pelbagai
kepercayaan. Amalan kepercayaan berkait rapat dengan pemujaan roh nenek moyang,
semangat dan kuasa ghaib. Kepercayaan diwarisi secara turun temurun dan menjadi
panduan hidup.
Masyarakat Orang Asli daripada etnik Mah
Meri menyambut Hari Moyang untuk
memperingati nenek moyang. Sambutan ini
juga diadakan untuk memohon restu bagi
kesejahteraan untuk keluarga dan tempat
tinggal.
Sumber: Tourism Malaysia
Masyarakat Orang Asli daripada etnik
Semai menyambut Hari Genggulang
untuk memohon kesejahteraan dan
keselamatan. Pawang memulakan
perayaan ini dengan bacaan mantera
dan jampi untuk untuk memanggil roh
dan keramat.
Sumber: Tourism Malaysia
Masyarakat Iban mengadakan
‘Upacara Miring’ sebagai persembahan
doa kepada Tuhan. Upacara ini
diadakan untuk mendapat keberkatan,
perlindungan dan keharmonian.
Sumber: Tourism Malaysia
Apakah perayaan yang diraikan oleh masyarakat
Mah Meri ?
Pawang: bomoh
76
Masyarakat Melanau meraikan perayaan
Kaul untuk menghargai pelbagai jenis
semangat seperti semangat tanah, hutan,
laut, sungai dan angin. Masyarakat
Melanau mengadakan upacara
kesyukuran ini untuk memohon restu,
kedamaian dan nasib yang baik.
Sumber: Tourism Malaysia
Masyarakat Kadazandusun percaya bahawa
Kinorohingan adalah pencipta alam. Mereka
memohon kepada Kinorohingan untuk
keselamatan dan perlindungan daripada
penyakit dan kuasa ghaib. Percaya kepada
semangat padi, masyarakat Kadazandusun
turut mengadakan upacara Magavau untuk
menghormatinya. Sumber: Tourism Malaysia
Masyarakat Bajau mengadakan upacara
Magombo untuk mendapatkan restu dan
rahmat daripada roh nenek moyang.
Sajian dan alunan muzik
dipersembahkan semasa upacara
dijalankan.
Sumber: Tourism Malaysia
Kepelbagaian agama dan kepercayaan adalah salah satu keunikan negara kita.
Sebagai warganegara yang cintakan negara, kita haruslah menghormati setiap
agama dan kepercayaan yang wujud di Malaysia.
Mengapakah amalan agama dan Penulisan Pantas (Rocket Writing)
kepercayaan penting buat diri anda? Dalam masa lima minit, catatkan kepentingan
menghormati amalan agama dan kepercayaan
dalam kehidupan kita.
Nota Guru ❖ Bimbing murid mengetahui pelbagai agama dan kepercayaan masyarakat di
11.2.1, K11.2.6 Malaysia. 77
Di Malaysia, kepelbagaian kaum dan etnik melahirkan diversiti agama dan
kepercayaan yang tersendiri. Apabila negara kita mencapai kemerdekaan, agama
Islam diiktiraf sebagai agama Persekutuan. Namun demikian, agama dan
kepercayaan lain boleh diamalkan secara aman dan bebas.
Selamat datang ke Muzium Islam
Sarawak.
Sebelum kita memulakan lawatan, kita
sebagai rakyat Malaysia perlu tahu
bahawa dalam Perkara 3, Perlembagaan
Persekutuan, dimaktubkan bahawa “
Islam ialah agama bagi Persekutuan…”.
Ya betul, Puan Rina.
Di Malaysia, majoriti rakyatnya
menganut agama Islam. Kedatangan
Islam ke negara kita sudah bermula
sejak zaman Kerajaan Melayu Awal.
Apabila sultan dan raja Melayu
memeluk Islam, golongan rakyat turut
memeluk Islam.
Diversiti: berbagai
Perlembagaan: Undang-undang tertinggi
sesebuah negara.
Apakah agama Persekutuan?
78
Dalam Perlembagaan Persekutuan
juga, dinyatakan bahawa Yang di-
Pertuan Agong adalah Ketua
agama Islam di peringkat
Persekutuan, negeri baginda
sendiri, negeri yang tidak
mempunyai sultan dan Wilayah
Persekutuan.
Benar, Firdaus. Di peringkat
negeri pula, sultan, raja dan
Yang di-Pertuan Besar
menjadi Ketua agama Islam.
Main Peranan (Role Play)
Berdasarkan dialog di atas, lakonkan secara kreatif.
Nota Guru ❖ Bimbing murid memahami kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan.
11.2.2 79
Negara kita mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran
Raja Berperlembagaan. Sebagai sebuah negara berdemokrasi, perlembagaan
menjadi teras pemerintahan kerajaan Malaysia. Di bawah Perlembagaan
Malaysia, hak asasi dan kebebasan setiap warganegara terjamin. Salah satu
daripadanya ialah kebebasan beragama.
Sumber: Jabatan Perdana Menteri, Malaysia
Di bawah Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan termaktub bahawa “agama-agama
lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.
Mengapa pentingnya menghormati diversiiti
agama dan kepercayaan di Malaysia ?
80
Selain itu, Perkara 11 (1) Perlembagaan Persekutuan turut memperuntukkan hak
kebebasan beragama. Di bawah peruntukan ini, semua rakyat bebas menganuti dan
mengamalkan agama masing-masing. Namun begitu, masyarakat Melayu diwajibkan
untuk menganut agama Islam.
KEBEBASAN BERAGAMA
Bebas
Pembinaan menguruskan hal
rumah ibadat ehwal agama
dibenarkan.
Bebas melakukan
aktiviti Cuti umum
keagamaan untuk perayaan
keagamaan.
Sebagai rakyat Malaysia, kita harus menerima
amalan agama dan kepercayaan yang berbagai
dengan fikiran terbuka. Sikap hormat Nyatakan dua bukti
menghormati dapat mewujudkan masyarakat kebebasan beragama.
Malaysia yang bersatu padu.
Nota Guru ❖ Bimbing murid memahami kedudukan agama lain dalam Perlembagaan 81
11.2.2,
k.11.2.7 Malaysia.
Rumah ibadat merupakan simbolik bagi agama atau kepercayaan. Rumah
ibadat digunakan sebagai tempat beribadah dan juga untuk menjalankan
amalan dan upacara keagamaan. Sebagai sebuah kerajaan yang prtihatin
terhadap kebajikan rakyatnya, kerajaan Malaysia membenarkan pembinaan
rumah-rumah ibadat, dengan tertakluk kepada undang-undang.
Wat Masjid Gereja
Tokong
Kuil
Gurdwara
Sumber: Tourism Malaysia .Nyatakan tiga rumah ibadat
di Malaysia.
Dengan memahami tentang kewujudan pelbagai
rumah ibadat, perasaan hormat dan toleransi
terhadap agama dan kepercayaan dapat disemai
dalam diri rakyat Malaysia. Secara berkumpulan, hasilkan album
mini tentang rumah-rumah ibadat di
Malaysia.
82 Nota Guru ❖ Bimbing murid mengetahui rumah-rumah ibadat di
11.2.4 Malaysia.
Rumah ibadat merupakan tempat suci bagi setiap agama dan kepercayaan.
Setiap rumah ibadat mempunyai garis panduan, peraturan dan larangan yang
perlu dipatuhi oleh semua individu. Maka wajarlah, kita perlu menjaga adab
serta tatasusila kita semasa berada di rumah ibadat tertentu.
Agama Islam Adab semasa berada di masjid
• Berpakaian bersih dan sopan serta
menutup aurat.
• Menanggalkan kasut sebelum sebelum
masuk ke masjid.
• Menjaga kebersihan masjid.
• Menganggu jemaah yang sedang
bersolat.
• Bercakap atau berbual-bual.
Agama Hindu Adab semasa berada di kuil
• Berpakaian bersih dan sopan.
• Membasuh kaki sebelum masuk ke kuil.
• Bergerak dalam kuil mengikut putaran
jam.
• Membawa makanan berdaging.
• Berbual ketika sami menjalankan upacara
keagamaan.
Nyatakan tiga adab semasa
berada di masjid.
83
Agama Buddha Adab semasa berada di wat
• Berpakaian bersih dan sopan.
• Menanggalkan kasut sebelum masuk ke
wat.
• Masuk ke wat dari arah kanan.
• Membuang sampah merata-rata di wat.
• Meninggikan kepala semasa berada di wat.
Agama Kristian Adab semasa berada di gereja
• Berpakaian sopan dan bersih.
• Mendengar ucapan paderi dengan senyap.
• Tiba awal sebelum upacara keagamaan
bermula.
• Tidak mengucap salam kepada penganut
lain.
• Keluar dan masuk semasa upacara
keagamaan berlangsung.
The Yarn Yarn
1. Bentukkan beberapa kumpulan.
2. Setiap kumpulan berbincang tentang kepentingan memahami
adab dan tatasusila di rumah ibadat.
3. Bagi setiap pandangan yang diberikan, tangan murid akan
dililitkan dengan benang.
4. Jumlah lilitan yang diperolehi akan menentukan kumpulan mana
yang menang.
84
Agama Tao Adab semasa berada di tokong
• Berpakaian sopan dan bersih.
• Semasa memasuki tokong, langkah dengan
kaki kiri dan diikuti dengan kaki kanan.
• Meletakkan kembali barangan diambil di
tempatnya.
• Bercakap atau membuat bising.
• Membawa makanan berdaging.
Agama Sikh Adab semasa berada di gurdwara
• Berpakaian sopan dan menutup kepala.
• Duduk bersila tanda sama taraf antara
manusia.
• Memberi hormat kepada kitab suci apabila
masuk dan sebelum keluar dari gurdwara.
• Memakai kasut di dalam gurdwara.
• Membawa makanan berdaging.
Bagi amalan kepercayaan yang tidak dilakukan di rumah-rumah ibadat,
kita masih perlu menjaga adab dan tatasusila. Dengan mematuhi garis
panduan, peraturan dan larangan yang ditetapkan, hubungan silaturahim
dalam kalangan rakyat akan terjalin dengan lebih erat lagi.
Mengapakah semua rumah ibadat menekankan
berpakaian sopan dan bersih ?
Nota Guru ❖ Bimbing murid mengetahui dan memahami adab dan 85
11.2.4, K11.2.7 tatasusila di rumah-rumah ibadat.
AGAMA DAN KEPERCAYAAN
DI KAWASAN SETEMPAT
Pernyataan Kebebasan beragama membantu mewujudkan
Masalah perpaduan antara kaum. Bincangkan.
➢ Menyatakan amalan agama dan kepercayaan di
kawasan tempat tinggal.
Objektif ➢ Menghuraikan kepentingan amalan agama dan
Kajian kepercayaan bagi setiap kaum.
➢ Menjelaskan nilai yang boleh dicontohi dari
setiap agama dan kepercayaan untuk
mewujudkan perpaduan.
➢ Muzium/arkib/agensi berkaitan
Objektif ➢ Orang sumber
Kajian ➢ Buku/jurnal/majalah
➢ Dokumen/laporan/diari
➢ Akhbar
➢ Laman sesawang rasmi
➢ Tajuk
➢ Penyataan Masalah
Laporan Kajian
➢ Objektif Kajian
➢ Kaedah Kajian
➢ Analisis Data
➢ Hasil Dapatan
➢ Kesimpulan
➢ Rujukan
➢ Lampiran
86
Diversiti Agama dan Kepercayaan di Malaysia
1
Agama yang utama di Malaysia ialah Islam,
Hindu, Buddha, Kristian, Tao dan Sikh.
Kepercayaan berkait rapat dengan roh nenek
moyang, semangat dan kuasa ghaib
Agama Islam Agama Persekutuan
2
Dalam Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan,
termaktub bahawa agama Islam sebagai
agama Persekutuan.
Kebebasan Beragama di Malaysia
3 Dalam Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan,
agama-agama lain bebas diamalkan.
Kenali Rumah Ibadat
Agama Islam - Masjid
4 Agama Buddha -Wat
Agama Hindu - Kuil
Agama Kristian -Gereja
Agama Tao -Tokong
Agama Sikh -Gurdwara
Unit ini membincangkan agama dan kepercayaan yang diamalkan di
Malaysia. Unit ini mendorong kita mengenali perayaan-perayaan yang
disambut oleh setiap kaum di negara kita pada unit berikutnya.
87
Lengkapkan silang kata di bawah.
1 5
8 I
A
9 4 7
S
2 10
U 12 A
3
11 A 6
1
K
N R
N
Menegak
1. Perayaan kaul diraikan oleh masyarakat Melanau di Sabah.
2. Agama Islam merupakan agama Persekutuan.
3. Masyarakat Iban mengadakan ‘Upacara Miring’ untuk mendapatkan
keberkatan.
4. Mematuhi dan tatasusila di rumah ibadat dapat mewujudkan perpaduan.
5. Penganut agama Tao percaya terhadap konsep yin dan yang.
6. Kita harus duduk bersila semasa berada di gurdwara.
7. Perlembagaan Malaysia memberikan kebebasan beragama untuk rakyatnya.
Melintang
8. Penganut Kristian bersembahyang di gereja.
9. Orang Islam wajib menunaikan solat lima waktu sehari.
10.Penganut Hindu percaya terhadap hukum karma.
11. Masyarakat Orang Asli dari etnik Semai merayakan Hari Genggulang
12. Rumah ibadat merupakan simbolik bagi setiap agama dan kepercayaan.
❖ Perbanyak halaman ini.
88
Menerima kepelbagaian agama dan kepercayaan dengan hati terbuka
membolehkan negara kita bertambah makmur dan harmoni.
Diri
Amalan agama dan Masyarakat
kepercayaan penting Masyarakat yang
untuk membentuk diri berkeperibadian tinggi dapat
yang berkeperibadian menerima dan menghormati
tinggi. agama dan kepercayaan kaum-
kaum lain.
Negara
Dengan itu, semangat
perpaduan antara kaum
terjalin. Keharmonian
dan kesejahteraan dalam
negara akan terus
terpelihara.
89
TAJUK 11: KITA RAKYAT MALAYSIA
Sambutan perayaan yang pelbagai menunjukkan kewujudan masyarakat yang
berbilang kaum di Malaysia. Setiap perayaan disambut dengan meriah oleh seluruh
masyarakat, tanpa mengira bangsa, agama dan budaya. Unit ini membincangkan
perayaan utama masyarakat Malaysia, tujuan sambutan perayaan serta cara sambutan
perayaan dahulu dan kini.
90
1. Perayaan utama masyarakat di Malaysia.
1. Hormat menghormati
2. Tujuan sambutan perayaan di Malaysia.
Kegembiraan
2. 3. Cara sambutan perayaan dahulu dan kini.
Video sambutan
perayaan di Malaysia
1. Memahami perayaan utama masyarakat di Malaysia
2. Mencari persamaan sambutan perayaan di Malaysia.
3. Melihat perubahan dan kesinambungan cara sambutan perayaan dahulu dan kini.
91
Perayaan Memupuk Keharmonian Rakyat
Masyarakat majmuk di Malaysia mewujudkan kepelbagaian perayaan dalam
negara. Setiap perayaan disambut dengan gembira dan mewarisi adat serta
tradisi kaum tersebut. Perayaan yang disambut ini dapat menjalinkan hubungan
yang erat dan mesra antara ahli keluarga.
Perayaan Utama Masyarakat Malaysia
Hari Raya Aidilfitri
❖ Dirayakan oleh penganut
agama Islam.
❖ Disambut pada 1 Syawal
tahun Hijrah.
❖ Dikenali sebagai Hari
Raya Puasa atau Hari
Lebaran.
Deepavali
❖ Dirayakan oleh penganut
agama Hindu.
❖ Disambut pada bulan
gelap bernama ‘aippasi’.
❖ Dikenali sebagai Diwali.
Bilakah Hari Raya Puasa disambut oleh
penganut agama Islam?
92
Tahun Baru Cina
❖ Dirayakan oleh penganut
agama Buddha.
❖ Disambut pada hari
pertama di kalendar Cina.
❖ Dikenali sebagai Tahun
Baru Qamari atau
Perayaan Musim Bunga.
Hari Krismas
❖ Dirayakan oleh penganut
agama Kristian.
❖ Disambut pada 25
Disember oleh
kebanyakan mazhab
gereja.
❖ Dikenali sebagai Hari
Natal.
Apakah kepentingan sambutan Kalendar Cina terbahagi kepada 12 tahun dan
perayaan dalam keluarga? dinamakan sempena nama haiwan.
93
Pesta Kaamatan
❖ Dirayakan oleh kaum
Kadazan-Dusun.
❖ Disambut pada bulan Mei
setiap tahun setelah
selesai musim menuai
padi
❖ Dikenali sebagai Tadau
Kaamatan atau \
‘Magavau’.
Hari Gawai
❖ Dirayakan oleh kaum
Dayak di Sarawak.
❖ Disambut pada 1 Jun
setiap tahun.
❖ Dikenali sebagai Ari
Gawai atau Andu Gawai.
Nyatakan tiga perayaan utama masyarakat
di Malaysia.
Perayaan yang menjadi identiti sesebuah kaum di Malaysia perlu dihormati. Amalan
ini penting bagi mewujudkan keharmonian dan kesejahteraan dalam masyarakat.
11.3.1 Bimbing murid memahami perayaan utama masyarakat Malaysia.
K 11.3.4
94