The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Himpunan karya yang dihasilkan oleh
guru-guru susulan Bengkel Penulisan
Kreatif anjuran Sektor Perancangan dan di bimbing oleh Mohd Zabidi bin Nordin dan Nik Mohd Iznan bin Tuan Yaakub.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by emmzek, 2021-06-25 00:55:36

Kompilasi Anekdot

Himpunan karya yang dihasilkan oleh
guru-guru susulan Bengkel Penulisan
Kreatif anjuran Sektor Perancangan dan di bimbing oleh Mohd Zabidi bin Nordin dan Nik Mohd Iznan bin Tuan Yaakub.

Kompilasi Anekdot
Guru-guru PPDKiS 2021

Rezeki Tak Salah Alamat

Sektor Perancangan
Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Selatan

2021

i

Kompilasi Anekdot Guru-guru PPDKiS 2021
Rezeki Tak Salah Alamat

Cetatan Pertama 2021
© Sektor Perancangan,
Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Selatan

Kompilasi Anekdot Guru-guru PPDKiS 2021
Rezeki Tak Salah Alamat

Himpunan karya yang dihasilkan oleh
guru-guru susulan Bengkel Penulisan
Kreatif anjuran Sektor Perancangan dan
di bimbing oleh Mohd Zabidi bin Nordin
dan Nik Mohd Iznan bin Tuan Yaakub.

Editor
Azmi bin Mat Saat
Mohammad Azizan bin Abdullah
Muhammad Shahabudin bin Talib

Pereka Grafik Kulit Buku
Mohammad Azizan bin Abdullah

ii

''Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman
kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (menafkahkan
hartanya di jalan Allah) supaya Allah melipat gandakan
balasannya dengan berganda-ganda banyaknya.? Dan
(ingatlah), Allah jualah yang menyempitkan dan yang
meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu
semua dikembalikan''

(Al Baqarah 2:245)

iii

SEKAPUR SIREH

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…

Segala Puji dan Syukur saya panjatkan kepada Tuhan
Yang Maha Esa atas rahmat, taufiq, dan hidayah yang
telah diberikan sehingga pihak Pejabat Pendidikan
Daerah Kinta Selatan dapat menghasilkan “Kompilasi
Anekdot Guru-Guru PPDKiS 2021 : Rezeki Tak Salah
Alamat”. Usaha ini adalah julung-julung kali
dilaksanakan selaras dengan hasrat Jabatan Pendidikan
Negeri Perak dalam menggalakkan penghasilan
penulisan kreatif dalam kalangan warga pendidikan.
Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Selatan mengambil
inisiatif ini untuk memberi ruang kepada guru-guru
daerah ini untuk berkarya, seterusnya melahirkan warga
pendidik yang kreatif dan kritis.

iv

Penerbitan kompilasi ini masih jauh dari
sempurna. Semoga dengan terbitnya buku ini, guru-guru
akan terdorong untuk terus menulis dan berkongsi
pengalaman dan ianya pasti menjadi kenangan pada
masa akan datang.

Saya sedar bahawa penulisan buku ini merupakan
hasil kerja keras semua pihak. Ada banyak pihak yang
sudah berjasa dalam membantu untuk menyelesaikan
kompilasi ini. Maka dari itu, saya mengucapkan ribuan
terima kasih kepada guru-guru yang terlibat, Cikgu
Zabidi bin Nordin, PK Pentadbiran Sekolah Menengah
Agama Syubbaniah Batu Kurau, Perak, En. Nik Mohd
Iznan Bin Tuan Yaakub, Pensyarah Politeknik Ungku
Omar Ipoh, Sektor Perancangan Pejabat Pendidikan
Daerah Kinta Selatan dan pihak-pihak yang telah
membantu memberikan sokongan dan bimbingan kepada
kami sebelum dan semasa proses untuk menerbitkan
buku ini.

Akhir kata saya mengucapkan setinggi-tinggi
tahniah kepada semua yang terlibat dalam penghasilan
buku ini.

Dr. Mior Hamdan bin Hj. Ghazali
Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Selatan

v

KANDUNGAN iii
1
Sekapur Sireh 4
Bulan Oh Bulan 7
Sekampit Beras 9
Dia Kekasihku 12
Satu Ringgit
Reda Sajalah 14
Sebutir Permata Yang Hilang Pada Hari-
Hari Kurungan 16
Semangat Jangan Luntur !!! 18
Adik Jatuh 20
PdPR 21
Tolong Saya Ustazah 23
Dielek Kelirukan Anakku 24
Aku Dan Seluar Kecil Itu 26
Apa Cita-Citamu 28
Covid Oh Covid 29
Duit Belanja 30
Si Baju Pink 31
Kasih Yang Hilang 34
Gaji Pertama 37
Cuti Idaman 40
Cikgu Salmah Guruku 43
Redha Itu Pasrah 45
„Ya Allah, Malunya Aku!!!‟
vi

Perubahan Zaman 47
Jaga-Jaga, Ada Yang Memerhati! 49
Perginya Bingo 51
Tarian Kuda Kepang 53
Hadiah Lupa Puasa 56
Magik 58
Ummi Dan RSTV 59
Gilapan Sebutir Permata 61
Cik Siti Wan Kembang…Tunggu Aku
Datang 64
Lopes Oh Lopes
Topeng Muka 67
Terlalu Bersemangat 70
Kelas PdPRku 73
Kelas Baru Norma Baharu 75
Sepasang Selipar Jepun 77
Tangisan Dalam Keredhaan 80
Hijau 83
Rezeki Tak Salah Alamat 87
Prihatin 89
Kejayaan 91
Bilik Darjah Atau Bilik Tidur? 93
Kerisauan Yang Terpendam 95
Usaha Tangga Kejayaan 97
Rumahku, Pejabatku 99
Bolos Saja Dinding Itu 101
Panik Si Gelang Pink 103
105

vii

Rindu Oh Windu! 107
Belang 109
PKP PdPR 111
Rezeki 113
Maghrib 117
Antara Mahu Dan Mampu 119
Pengorbanan 122
Selingan 10 Minit 126
Menghargai, Dihargai 128
Hikmah 130
Cikgu Hasnah Dan Kata Laluan “Macam
Biasa” 131
Kelas PdPR Aku
Ragam Kelas „Online‟ 133
PdPR Norma Baharu 134
Jodohku Abang Polis 139
Alahai Anak Emak 143
Kerana Pelitup Muka 145
Tiada Lagi Alat Penguji 147
Coklat Dan Pdpr 149
Masihkah Ada Peluang 151
Kelas PdPR Cikgu Amili 153
Aisyah Medina 155
Kisah Seram Bilik Guru 157
Kamera Oh Kamera 159
Ibu dan Aku 162
Terima Kasih 164
171

viii

Ahmad Abdullah Bin Osman
SMK Dato Bendahara C. M. Yusuf

BULAN OH BULAN

Pagi ini macam biasa aku bertugas sebagai pengawas
peperiksaan dan subjek hari ini adalah Matematik.
Selepas memulakan Matematik Kertas I, aku mengira
seorang murid tidak hadir pada hari ini. Terus aku
maklumkan kepada ketua pengawas supaya pihak
sekolah menghubungi murid tersebut. Selepas 15 minit,
murid tersebut tak kunjung tiba. Aku kira memang tak
akan hadir, mungkin ada masalah besar kot, sampai tak
boleh hadir peperiksaan yang penting ini. Aku membuat
serkap jarangku sendiri sambil membuang pandangan ke
luar pintu kelas.

Masa menjawab berlalu sekitar 45 minit, tiba-
tiba... sosok budak perempuan pakai baju sukan dan
bertudung bawal siap ada manik-manik lagi menjenguk
dari pintu bilik peperiksaan. Mata kami bertaut seketika
dan aku melemparkan sebuah senyuman kepadanya. Dia
membalasnya.

''Cikgu, minta maaf saya lambat. Boleh saya
masuk untuk jawab peperiksaan?'' ujar murid tersebut.

Aku terkejut dan terkedu sambil melirik ke arah
jarum jam di dinding. Mungkin ramai yang tak tahu jika
calon hadir lewat 30 minit mesti mendapat kebenaran
daripada ketua pengawas dan budi bicara ketua
pengawas untuk membenarkan calon tersebut masuk
atau tidak. Calon perlu kemukan alasan yang kukuh dan
masa tambahan tidak diberikan. Jadi jangan suka-suka

1

datang lambat waktu peperiksaan. Silap-silap tak dapat
ambil peperiksaan.

''Cepat masuk dan terus jawab soalan,'' aku
menjawabnya. ''Tetapi cikgu minta maaf sebab masa
tambahan tak dapat diberikan.''

Mukanya berubah, wajahnya terlihat sedih dan
sangat kecewa selepas mendengar kata-kataku. Air
matanya bergenang. Dia akhirnya tertunduk.

''Terima kasih cikgu,'' ucapnya perlahan sambil
berlalu ke mejanya.

Bayangkan masa menjawab hanya tinggal 30
minit lagi. Soalan yang perlu dia jawab ada 40 soalan.
Memang pening la. Nak bahagi 1 minit untuk satu soalan
pun tak dapat. Tetapi apapun aku puji semangatnya yang
tak mudah berputus asa dan cuba menjawab dengan
sebaik mungkin.

''Masa menjawab telah tamat. Calon-calon
diminta berhenti menulis,'' kataku dengan nada yang
tegas.

Selesai mengutip soalan, aku memanggil murid
itu tadi.

''Maaf, cikgu nak tanya? Kenapa datang lambat.
Ada masalah ke?'' tanya aku dengan lembut.

''Saya tertukar bulan cikgu,'' katanya sambil
mengukir senyuman.

Aku terlopong mendengar ceritanya. Nak gelak
rasa berdosa, tak nak gelak rasa lawak. Dia sebenarnya
tertukar bulan. Ya tertukar bulan bukan tarikh. Macam
mana tu? Bulan Februari kan ada 28 hari je. Dia ingat
ada 30 hari. dia tahu subjek matematik tersebut pada 1
Mac, tapi dia tak tahu 1 Mac tu ialah hari ni. hahaha.
Dia ingat hari ni baru 29 Februari dan esok 30 Februari.
Jadi Rabu la baru 1 Mac kan.

2

Bukan main seronok lagi dia tidur lambat
semalam. cikgu call pagi tadi pun tengah tidur lagi. Tu
yang kelam kabut datang sekolah pakai baju sukan. Baju
sekolah memang tak sempat gosok. Bahaya betul lupa
bulan kan. Nasib juga sempat jawab tadi. Aku berdoa
harap-harap dia lulus la Matematik tu. Semoga Berjaya.

3

Ahmad Abdullah Bin Osman
SMK Dato Bendahara C. M. Yusuf

SEKAMPIT BERAS

Semalam aku bertugas macam biasa di sekolah. Pada
waktu rehat, ramai murid beratur untuk membeli
makanan di koperasi sekolah. Aku hanya memerhati
sambil mengingatkan murid-murid supaya mematuhi
peraturan dan yang paling penting jaga jarak antara
mereka. Tiba-tiba terdengar satu suara, ''Cikgu...Cikgu...''
Aku menoleh ke belakang, nampak dua orang murid
berjalan dengan laju dan tercungap-cungap. Tangannya
melambai-lambai ke arah aku. Aku memerhati, sehingga
dua batang tubuh tu betul-betul terpacak di depan mata
aku. Aku kenal sangat dengan dua orang murid ni, sebab
aku guru kelas mereka. Seorang berbangsa Cina dan
seorang lagi berbangsa India.

''Hah kamu berdua kenapa!'' tanya aku kepada
mereka.

''Dia…dia sakit cikgu.'' Sambil tunjuk kepada
kawannya yang berbangsa Cina tu.

''Kamu sakit apa? Demam ke? Bila lagi? Dah
pergi klinik?'' Bertalu-talu aku tembak soalan, sebab
musim sekarang bukan boleh buat main.

Tapi rupa-rupanya dia hanya sakit perut. Dari
pagi tadi lagi dia ulang-alik ke tandas. Aku menarik
nafas tanda lega, sebab bukan sakit yang aku fikirkan.
Hmmm... takut sangat aku ni dengan Covid-19.

''Cikgu saya nak balik tapi tiada sesiapa di rumah.
Saya dah tak tahan asyik pergi tandas je. Cikgu boleh
hantar saya balik tak ?''

4

Murid ini baru kehilangan ibunya. Bapanya pula
bekerja di Singapura. Dia hanya tinggal sendirian di
rumah. Ibu saudaranya di sebelah rumahnya sahaja.
Apa-apa masalah, ibu saudaranya yang akan datang
membantu. Lebih sedih lagi dia disahkan menghidap
kencing manis sejak dari sekolah rendah lagi. Selalu
tidak hadir ke sekolah kerana ke hospital untuk
mendapatkan rawatan. Air mataku mula bergenang bila
teringat kisahnya. Di usia 17 tahun, ujiannya sudah
berat…

''Ok boleh. Tapi pergi isi borang kebenaran balik
dan jumpa Penolong Kanan Pentadbiran,'' arah aku
kepadanya.

Syarat untuk balik mesti ibu bapa yang datang
ambil di sekolah atau guru yang hantar murid ke rumah.

Jadi dipendekan cerita aku pun hantar la murid ni
balik ke rumah. Sampai je dekat rumah murid tu.

''Cikgu!!! Tunggu sekejap. Jangan balik lagi.''
Katanya kepada aku.

Aku pun angguk je. Sepantas kilat dia
menghilang di sebalik pintu rumah kayu yang tampak
usang itu, tetapi sepantas kilat juga dia keluar menuju ke
arah kereta aku.

''Ini untuk cikgu!'' Sambil meletakkan sekampit
beras di kerusi hadapan kereta.

Aku terkejut. Aku menolak dengan baik tapi dia
tetap berkeras nak aku ambil. Dia kata cikgu dah banyak
jaga dia dan kawan-kawan yang lain.

''Cikgu dah banyak tolong Saya. Ambillah cikgu
saya ikhlas.'' Nadanya seakan merayu.

Dengan rasa bersalah aku terima juga pemberian
dia. Dia kata rumah dia banyak lagi beras sebab ada
orang bagi. Cikgu jangan risau ya. Aku tak tahu nak

5

cakap apa dah, selain ucapan terima kasih. Terima kasih
sebab berikan cikgu beras ni dan cikgu doakan kamu
semua berjaya dalam SPM 2021 nanti.

6

Ahmad Abdullah Bin Osman
SMK Dato Bendahara C. M. Yusuf

DIA KEKASIHKU

Tadi kawan aku WhatsApp cakap ada nampak bekas
kekasih aku dekat Seri Iskandar. Aku terus menelefon.

''Hello, ko jumpa dekat mana bekas kekasih aku
tu!'' tanya aku dengan tak sabar.

Dia tergelak, ''aku jumpa dekat simpang lampu
isyarat bandar Seri Iskandar,'' katanya. Dia menyambung
lagi, ''makin cantik weh bekas kekasih ko. Nanti aku
hantar gambar dia yang aku ambil tadi.'' Huh menyirap
aku!!!

''Ok, cepat sikit hantar,'' pesan aku kepadanya.
Selang beberapa saat, bunyi nada yang
menandakan ada mesej masuk. Aku terus membukanya.
Perasaan aku masa ni bercampur-baur. Antara rindu,
gembira dan sedih, Aku selalu berharap dapat
bertembung denganya. Tetapi selalu hampa. Aku terus
membuka WhatsApp kerana tak sabar nak tengok
gambarnya. Mataku terus bergenang melihat gambarnya.
Dia nampak sihat je. Nampak bahagia je. Dulu susah
senang dia dengan aku je. Dialah yang pertama dalam
hidup aku. Ke mana-mana dia akan ada dengan aku tapi
tu semua dah jadi kenangan. Paling aku tak sangka
sampai sekarang dia masih pakai baju warna biru yang
aku hadiahkan kepadanya. Adakah dia juga rindu kepada
aku?. Tapi macam mana sekalipun aku dengan dia tak
kan dapat bersama kembali. Aku dan dia masing-masing
ada pendamping yang baru.

7

Aku berharap kekasih baru dia akan jaga dia
lebih baik dari aku. Akan sentiasa belai dia dan
manjakannya. Dia tu memang manja dan suka shooping.
Bila dia kemaruk shooping, setiap minggu mesti ada je
barang yang nak dibeli. Kadang-kadang naik pening juga
aku nak melayannya, tapi kerana sayang aku ikutkan
saja. Aku tak pernah berkira dengan dia, tak ada duit
macam mana pun aku tetap usahakan, asalkan dia
gembira.

Benarlah kata orang mencintai tidak semestinya
memiliki. Harap kau jaga diri baik-baik ya. Jangan nak
buat hal je. Semoga kau terus bahagia dengan dia. Jaga
kesihatan juga, sebab sekarang ni musim Covid-19.
Jangan lupa pakai mask nanti kena saman. Huhu…

Aku membuka galeri gambar dan mengklik
folder yang bertulis KERETAKU. Aku melihat gambar-
gambar lama kami sewaktu bersama dulu. Aku
bermonolog, 'dia bukan kereta biasa. Dia umpama
kekasihku.'

8

Ahmad Abdullah Bin Osman
SMK Dato Bendahara C. M. Yusuf

SATU RINGGIT

Alkisahnya, semalam isteri ajak keluar makan. sebelum
ke kedai aku singgah dulu di Petronas untuk ambil duit.
Sesampainya aku di sana, aku tergesa-gesa nak ambil
duit dan tak perasaan terpotong barisan. Rasa tak sedap
hati aku menoleh ke belakang. Ada seorang pak cik
dalam lingkungan umur 50-an, memakai jubah putih
yang agak kusam dan berkopiah tersenyum kepada ku.

''Minta maaf Pak Cik, saya tak perasaan ada
orang tadi,'' kata aku kepadanya.

''Tak pe. Pak Cik bukan nak cepat pun nak. Anak
ambil la dulu duit tu,'' balas pak cik tu. ''eh tak apa!. Pak
Cik dulu.'' Balas aku kembali.

Sambil aku memberi ruang dan minta dia ke
depan aku. senyumannya tidak lekang dari bibir. Aku
mengamati perwatakannya, orangnya sederhana tinggi,
berkulit sawo matang, perwatakan biasa dan tidak
nampak macam orang berada malah nampak macam
orang susah. Mungkin pak cik ni nak ambil duit bantuan
atau pun duit yang anaknya masuk, getus aku di dalam
hati.

Dia tersenyum sambil menyeluk poket baju...
matanya tak lepas memandang aku. Dalam hati aku pak
cik ni nak ambil apa ye… mungkin kad bisnes... namun
telahanku salah apabila dia keluarkan sekeping duit
kertas bernilai RM1 dan memberikan kepada anakku.
Masa tu aku tengah dukung anakku yang sulung. Aku
minta anakku ucap terima kasih. Anak aku malu-malu

9

ucap terima kasih, maklum la umur dia baru 3 tahun. Dia
mengangguk dan tersenyum.

Jika ikutkan hati aku, nak je aku tolak pemberian
pak cik tu. Mana tau dia lebih memerlukan duit tu tapi
aku tak sampai hati nak tolak orang tengah buat pahala.
Dalam hati aku, pak cik ni baik la. Walaupun tak kaya
tetap nak bersedekah.

Dipendekkan cerita, sampai giliran pak cik tu.
dia keluarkan beberapa kad bank yang diikat kemas
dengan getah. Aku perasan dua sahaja kad bank iaitu
CIMB dan Maybank. Kad yang lain aku tak sempat nak
sekondeng, haha…

Dia ambik kad Maybank dan terus cucuk di
mesin ATM dan aku rasa macam lambat la pula, aku
cuba mengintai, mana tau ada masalah ke… boleh aku
tolong. Secara tak sengaja aku ternampak baki duit dia.
Hmmm... ada la dalam RM 200 lebih.

Aku macam tak percaya je...aku perhati betul-
betul angka tu. Memang betul angka di skrin tu RM 200
000 lebih... hahahaha. kaya beb.nampak macam tak da
duit tapi fuhhh...tu baru satu kad. kad yg lain aku tak tau
la berapa. Aku perasan dia tak keluarkan duit tapi buat
pindahan ke akaun pihak ketiga. Mungkin untuk anak
lelakinya. Sebab ada tertulis nama lelaki.

Peristiwa ni bagi pengajaran kepada aku supaya
tidak menilai seseorang dari pakaiannya. Selesai habis
urusan, dia berpaling dan senyum kepada ku. Aku
membalas senyumannya dan berfikir adakah dia perasan
aku nampak jumlah duit yang ada dalam akaunnya.
Harap-harap dia tak perasan la.

Akhirnya aku dapat agak kenapa dia berduit.
Pertama dia suka bersedekah walaupun tidak kenal.
Kedua, dia suka sedekahkan senyumannya yang manis

10

itu. Ketiga, berniaga itu sunnah nabi. Aku yakin dia
berniaga sebab sewaktu dia melintas di depan aku, dia
membawa buku nota dan kebetulan resit-resit di celah
bukunya terjatuh. Aku cuba membantu tetapi tangannya
lebih cekap mengutip resit-resit yang berteraburan itu.
Dia bangun sambil tersenyum dan terus berlalu pergi.

11

Ahmad Syukri Naim Bin Mohd Tahir
SMK Methodist (ACS) Kampar

REDA SAJALAH

Ketika Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR)
sedang berlangsung melalui Google Meet, saya perasan
ada seorang murid yang tidak pernah menyertai kelas
sebelum ini, masuk ke kelas pada sesi kali ini. Terlewat
sedikit daripada kawan-kawannya yang lain.

Namanya, Suriya Kumaran a/l Arivinthan (bukan
nama sebenar). Saya sedikit teruja. Lalu secara spontan
saya berkata, ''Selamat datang, Suriya Kumaran. Selamat
belajar. Semoga terus sertai kelas pada masa akan
datang.'' Lalu dia membalas, ''Ya cikgu. Terima kasih,
cikgu. Saya nak belajar hari ni.'' ''Bagus, teruskan
semangat untuk belajar,'' ujar saya lagi.

Kalau boleh, saya tidak mahu banyak bersoal
jawab. Dalam keadaan Pandemik Covid-19 yang
melanda dunia dan Malaysia khususnya, semua golongan
dalam kesusahan. Mungkin tiada wang untuk membeli
data internet, tiada peranti elektronik, talian
telekomunikasi yang lembab dan macam-macam lagilah
masalah. Jadi, saya teruskan pengajaran saya sampailah
tamat sesi Google Meet.

Seperti biasa, seorang demi seorang murid keluar
dari sesi dan mengucapkan terima kasih. Yang peliknya,
Suriya Kumaran masih belum keluar.

Saya panggil ''Suriya Kumaran, kelas dah
tamat.'' Tiada respons. Saya tunggu.

12

Biasanya saya tidak akan keluar dari pautan
Google Meet ini kerana pautan yang sama akan saya
gunakan untuk kelas seterusnya. Saya panggil lagi.
Namun, tiada respons. Saya panggil kali ketiga, juga
tiada respons.

Dah sah. Kalau tidak tidur, mungkin buat perkara
lain. Telefon hanya dipasang dan ditinggalkan begitu
sahaja.

Reda sajalah.

13

Ahmad Syukri Naim Bin Mohd Tahir
SMK Methodist (ACS) Kampar

SEBUTIR PERMATA YANG HILANG PADA
HARI-HARI KURUNGAN

"Sesiapa yang mengenali Cikgu Yahaya, beliau sekarang
berada di wad kecemasan. Separa kritikal. Mohon
doakan". Itulah mesej ringkas yang mula tersebar di
media sosial.

Siapa yang tidak kenal akan cikgu Yahaya bin
Khairom?. Boleh dikatakan sesiapa yang pernah belajar
di SMK Seri Kampar pasti mengenalinya. Ya, beliau
ialah guru saya yang pernah mengajar kelas saya, 4 Sains
Alfa mata pelajaran Bahasa Melayu tahun 2002.

Tatkala beliau ditukarkan ke SMK Methodist
(ACS) Kampar, maka secara automatik beliau menjadi
rakan sejawat. Namun, beliau tetap guru saya yang amat
saya hormati.

Ketika saya sedang menanda tugasan murid yang
dihantar kepada saya melalui WhatsApp, saya mendapat
mesej yang mengkhabarkan Cikgu Yahaya telah pun
menghembuskan nafas terakhir.

Ketika ini dalam tempoh Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP). Saya tergamam seketika. Saya hanya
mampu mengungkapkan doa. Saya agak terkilan kerana
tidak dapat pergi berziarah dan melaksanakan solat
jenazah untuknya kerana bimbang untuk keluar
rumah disebabkan Covid-19, serta PKP yang ketat
dengan Prosedur Operasi Standard atau SOPnya.

Terasa baru sahaja kami guru-guru ACS
mengadakan majlis persaraan beliau pada 28 Februari

14

2020 yang lalu. Sempat juga saya memberi ucapan
sebagai wakil Majlis Guru dan Kakitangan (MGK) dan
menyampaikan beberapa baris lagu untuk beliau.

“Jangan diucap selamat tinggal
Jangan kau ucap selamat tinggal
Jangan diucap selamat tinggal

Kepadaku
Walaupun seketika
Walaupun sekelip mata
Simpan saja kata-kata
Ke akhir hayat yang ada
Walaupun seketika
Walaupun sekelip mata
Simpan saja kata-kata
Ke akhir hayat yang ada”
(Petikan lagu Jangan Ucap Selamat Tinggal - Shades)

Saya masih ingat, antara permintaan beliau ialah
mesin rumput untuk dijadikan hadiah persaraan. "Dapat
juga mesin rumput di halaman rumah selepas bersara,"
kata beliau. Ketika saya, Cikgu Saiful Faizal dan Ustaz
Mohd Alwi ke rumah beliau untuk menghantar hadiah-
hadiah persaraan daripada guru dan anak muridnya, kami
sempat bergambar bersama di hadapan rumahnya. Kami
juga berpelukan. Rupa-rupanya, itulah kali terakhir saya
dapat mengabadikan kenangan bersama beliau.

Semoga Allah mengampuni segala dosa
kesalahan beliau serta segala jasanya sebagai guru
menjadi bekal amalan di negeri abadi.

Al-Fatihah

*Tn. Hj. Yahaya bin Khairom telah meninggal dunia pada
17 April 2020 setelah hampir 2 bulan bersara.

15

Ahmad Syukri Naim Bin Mohd Tahir
SMK Methodist (ACS) Kampar

SEMANGAT JANGAN LUNTUR!

Perjuangan bukannya baru bermula. Malah, sudah
hampir setahun sepanjang tahun 2020 Pengajaran dan
Pembelajaran di Rumah (PdPR) telah saya jalankan.
Pada tahun 2021 ini, PdPR berlangsung dari sekolah.

Hanya 30% daripada jumlah keseluruhan guru
perlu ke sekolah mengikut jadual penggiliran kerana
mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tahun
2021.

Saya hadir ke sekolah dengan pakaian yang
lengkap-berbaju kemeja, berseluar slek dan bertali leher.
Tidak lupa pelitup muka. Walaupun pada anggapan saya,
mungkin ada yang berpandangan tak perlulah hendak
bergaya sangat. Dengan iklim Malaysia yang panas,
sangatlah tidak sesuai memakai tali leher ke sekolah.
Tetapi saya rasa, waktu bertugaslah kita perlu bergaya.
Takkanlah waktu pergi membeli-belah di Tesco Kampar
atau ke Pasar Kampar membeli ikan baru hendak
bergaya bertali leher. Siap bertanda nama pula. Lagilah
pelik, kan. Kalau tidak waktu sekolah, waktu bila lagi?.
Tak mengapalah, itu topik lain. Sambung semula.

Saya memohon kebenaran Cikgu Haslinda, Guru
Perpustakaan dan Media untuk menggunakan bilik
tayangan yang terletak di dalam pusat sumber. Seperti
biasa, saya tetap bersemangat semasa menjalankan PdPR
melalui Google Meet.

16

Walaupun saya berseorangan di dalam bilik
tayangan, tetapi ada beberapa guru yang turut
menjalankan PdPR di ruangan pusat sumber
tersebut. Dua atau tiga kali juga pintu bilik tayangan
dibuka oleh rakan sejawat yang lain untuk menjenguk,
kerana suara saya terkuat sehingga mereka rasa
terganggu. Agaknya semua guru yang duduk di sumber
pusat sumber mendengar suara saya mengajar.

Suara mengajar pun dah kuat, gaya mengajar
apatah lagi. Ah, semua itu tidak saya hiraukan!
Semangat jangan luntur walaupun kehadiran murid pada
hari ini hanya 4 daripada 22 orang. Huh!!!

17

Azimah Binti Abdul Karim
SBP Integrasi Gopeng

ADIK JATUH

Hujung minggu ini seperti biasa, Linda sekeluarga akan
ke rumah emak yang tinggal 30 minit dari rumahnya.
Oleh sebab PKP, anak-anak lain tidak boleh menziarah
emak dan ayah yang sudah uzur dan kesunyian. Sambil
tangannya tangkas bersiap mengemas rumah, sesekali
dia mengingatkan anak-anaknya bersiap.

''Kak Long, Jamil, Fia, jangan mengadap TV je,
siapkan beg cepat!'' jerit Linda kepada anak-anaknya dari
dapur.

Seperti biasa, tiada yang menyahut. Tiba-tiba…
Dum…Waaaa!!! Semua yang leka dengan hal masing-
masing terbangun melihat adik yang terlentang sambil
menjerit kesakitan. Linda segera berlari
mendapatkannya.

''Ya Allah, kenapa tak ada sesiapa yang jaga
adik?! '' teriak Linda kepada anak-anaknya.

Semua diam membisu dengan wajah yang pucat.
Tiba-tiba adik muntah dan lemah.

''Kenapa adik ni? Cepat panggil ayah di luar!''
arah Linda kepada Kak Long.

Kak Long berlari mendapatkan ayah. Sampai di
hospital, doktor membuat pemeriksaan dengan teliti
kerana insiden ini boleh membawa maut. Linda tidak
putus berdoa.

Awal perancangan hendak menyantuni ibu dan
ayah bertukar dengan menziarahi hospital pula. Doktor
minta adik ditahan di wad kecemasan bagi tujuan

18

pemerhatian. Setelah 6 jam, akhirnya doktor
mengesahkan adik tidak mengalami komplikasi.

''Alhamdulillah Ya Allah, Kau masih pinjamkan
anakku ini kepada ku.'' Linda bersyukur dalam hati.

Tiba di rumah, Kak Long yang pertama
mengambil adik dari pelukan Linda. Matanya
memandang jauh kedalam mata adik sambil tangan
mengusap kepalanya. Linda hanya memandang penuh
pengertian. Kak Long kucup pipi dan dahi adik dan
menggendongnya penuh kasih sayang.

''Menyesal agaknya sebab tak jaga adik tadi, leka
dengan TV,'' bisik hati Linda. Dalam diam Linda
bersyukur dengan hikmah disebalik kejadian hari ini.

19

Azimah Binti Abdul Karim
SBP Integrasi Gopeng

PdPR

Dalam kelas…
Cikgu : Azim, kenapa kamu tak hadir Google Meet
sepanjang PdPr sebelum ni?
Azim : Saya minta maaf cikgu, saya tolong ayah saya
berniaga air.
Cikgu : Ha? Kenapa kamu berniaga sekali? Itu kan
tanggungjawab ayah kamu, bukan kamu?
Azim : Erm… saya tahu cikgu, tapi…
Cikgu : Kamu sepatutnya fokus dengan pelajaran
sekarang, sebab kamu akan menduduki peperiksaan SPM
tahun ni. Satu lagi, ayah kamu tak suruh kamu belajar
ke? Dia tak risau ke dengan masa depan kamu?
Azim : Ayah saya tak suruh pun cikgu, tapi saya yang
tak sampai hati nak biarkan ayah kerja sorang-sorang.
Cikgu : Habis tu, sebelum Covid ni, bukankah ayah
kamu kerja sorang-sorang juga kan?
Azim : Ye cikgu, tapi… masa tu saya di asrama,
memang saya tak boleh tolong. Bila di rumah, lihat ayah
letih bekerja seorang diri, saya tak sanggup cikgu…
lagipun ayah saya pun selalu tak sihat, dia dah agak
berusia. (mengesat air mata)
Cikgu : Allahu…Cikgu minta maaf. Bukan cikgu nak
halang kamu tolong ayah kamu, tapi sekali sekala kamu
perlu fikirkan juga masa depan kamu ye Azim. Cikgu
harap kamu berusahalah untuk menggantikan semua
kelas yang kamu dah terlepas.
Azim : Baik cikgu, saya janji…(tersenyum)

20

Azimah Binti Abdul Karim
SBP Integrasi Gopeng

TOLONG SAYA USTAZAH

Petang itu, aku mengajak suami ke Pasar Ramadan
Kampar untuk membeli juadah berbuka puasa. Tetapi
sebelum itu, kami singgah Maybank untuk mengambil
sedikit wang dari mesin ATM.

''Abang tunggu dalam kereta sajalah ye?'' Tanya
suamiku.

Aku diam sebentar, kerana keadaan di Maybank
pada petang itu agak sunyi. Tambahan pula, suami
meletakkan kereta agak jauh dari bank itu.

''Baiklah bang, sekejap je pun'' balasku. Perasaan
sedikit gementar sewaktu melangkah ke arah pintu
masuk bank.

Perlahan aku membuka pintu yang menuju ke
mesin-mesin ATM.

''Takde orang, cepatlah sikit urusan aku,'' aku
berbisik sendiri, tapi pada masa yang sama, masih
gementar.

Keadaan di dalam bank itu amat sunyi. Selepas
selesai mengambil wang, aku pusing ke belakang untuk
keluar dari bank.

''Allahuakbar, terkejut saya!!!'' suaraku agak kuat
kerana terkejut. Di belakangku, seorang gadis
memandangku. Aku fikir dia mahu membuat urusan
yang sama.

Tiba-tiba ''Ustazah,. Saya nak minta tolong…''
rayu gadis itu.

21

Aku hanya mampu melihat matanya kerana kami
berdua memakai pelitup muka. Aku rasa tak sedap hati
apabila orang datang begini dan merayu meminta tolong.
Aku dapat mengagak yang dia perlukan duit, kalau tak,
mana mungkin dia datang ke bank.

''Tolong apa ye? '' aku bertanya pula. ''Saya nak
minta duit sikit, kena bayar sewa billik, kalau tak nanti
saya kena halau.'' Dia merayu lagi. Aku antara nak
percaya dan tidak.

''Tolonglah ustazah…'' dia masih mencuba nasib.
Kalau ikutkan hati, aku ingin menyoal dengan
mendalam kesahihan cerita gadis tu, tapi waktu sudah
lewat dan suami sedang menunggu di kereta. Maka aku
tawakkal.
''Ni je yang saya boleh tolong.'' Aku
menghulurkan RM50 kepadanya.
''Terima kasih ustazah, terima kasih,'' dia berkata.
Aku segera melangkah keluar. Sebelum itu, sempat aku
menoleh kearahnya ''Saya harap kamu tak tipu saya, saya
tolong kerana Allah…'' luahku kepada gadis itu.
''Betul ustazah, saya tak tipu,'' segera dia
menjawab.
Laju langkahku kearah kereta. Takut juga kalau-
kalau gadis itu sekadar umpan untuk menyerang aku.
Perasaanku berbaur, takut, ingin tahu dan redha. Mujur
aku selamat sampai ke kereta.
Aku tidak menceritakan apa-apa pada suamiku
kerana aku tahu, dia pasti akan marah aku. Hatiku berdoa
supaya aku memang betul-betul telah meringankan
beban orang yang dalam kesusahan.

22

Cik Noriani Binti Ishak
SK Tualang Sekah

DIELEK KELIRUKAN ANAKKU

Ibu : Alahai, kenapa wajah anak ibu ni masam je, letih
ye?
Adik : Taklah ibu, adik sedih sikit je.
Ibu : Sedih kenapa pula? Cikgu marahkan adik ke atau
adik bergaduh dengan kawan? Cuba cerita pada ibu,
mana tahu mungkin ibu boleh tolong adik.
Adik: Tadi waktu rehat adik ada bersembang dengan
kawan adik yang baru pindah ke sekolah kami. Kami
bersembang tentang hobi. Kawan adik tu le yang buat
adik sedih.
Ibu : La..., kenapa pula…apa yang kawan adik bagitahu
yang buatkan adik sedih pula? Terasa tidak puas hati
Adik : Kawan adik tanyakan adik tentang hobi adik…,
adik cerita lah yang hobi adik membela kucing. Kawan
adik beritahu bahawa dia suka membela basikal, kadang-
kadang dia juga bela motosikal. Adik rasa pelik, mana
ada orang membela kenderaan. Tapi kawan adik tetap
berkeras katakan dia memang membela basikal, ayahnya
juga selalu membela macam-macam kenderaan. Di
rumahnya juga ada tempat membela. Adik sedih, kenapa
adik cuma bela kucing sedangkan kawan adik boleh bela
basikal. Adik pun tak tahu macam mana dia boleh
membela basikal, basikal bukan binatang pun...
Ibu : Ya Allah anak ibu…kawan baru adik tu dari mana?
Adik : Dia kata dia pindah dari SK Tualang Sekah di
Perak
Ibu : Ooo..., patutlah.

23

Cik Noriani Binti Ishak
SK Tualang Sekah

AKU DAN SELUAR KECIL ITU

Malam semakin larut. Pagi mula menjemput, mata ku tak
mampu bertahan lagi. tersengguk-sengguk di depan
periuk tembaga ibu yang berisi kuih bakar. Bara sabut
kelapa tidak terasa hangat lagi kerana mata hampir
terkatup.

''Tidurlah, tersengguk-sengguk, tertumus pula
pada periuk tu,'' arah ibu ku.

Berlari aku ke ruang depan, rebahkan badan atas
tikar mengkuang lusuh yang bertukar warna. Hilanglah
segala derita dunia untuk seketika.

''Bangun kak, mek nak pergi motong getah nih,
siapkan adik-adik, bawa kuih tu sekali,'' muncung mulut
ibu ke arah raga merah di tepi pintu yang hampir reput.
Mataku terkebil-kebil. mengangguk perlahan.

''Bangun-bangun, pergi sekolah,'' jeritku pada
Idah, Iki, Ira, Topa…Linda terkejut dan mula menangis.

''Eh, tidur je lah. Bukan adik sekolah pun,
sibuklah teriak pagi-pagi,'' cuak aku.

Seorang demi seorang adik-adik aku siapkan,
pakai baju apa yang ada. Lusuh semuanya, sepasang
dipakai lima hari. Stokin tinggi sebelah, warna pun beza-
beza. Takpe lah yang penting baju sekolah. Giliran aku
pula menyarung pinafore lusuh, singkat di atas lutut.

''Allah, mana seluar pendek nih.'' Jenuh mencari
merata raga, belakang pintu, atas gerobok, satu pun
tiada. Puas menyelongkar, terjumpa sehelai di ceruk
dinding, lembab. Tanpa berfikir, tanpa ku lengah. ku

24

sarung seluar itu. Terasa tidak selesa tapi biarlah. tiada
pilihan sedangkan mentari semakin meninggi. Terbayang
cikgu Razak tegak di pintu pagar sekolah, misainya
bergerak-gerak, sebatang rotan tergenggam di tangan
sasanya.

Waktu beratur masuk ke kelas, dua rakan
menjeling-jeling ke arahku. Malas aku peduli. Duduk di
kerusi, punggung pinafore itu terasa basah sedikit.

''Eh, kenapa nih!!!'' Dua tiga rakan mula
berkerumun.

''Eh, kenapa kau bau busuk, hancing..kau
kencing ye?'' Allah…Bila pula aku kencing. Iras wajah
ku memerah, malu bukan main.

Ya Allah, betullah uniform ku cukup busuk, aku
terpakai seluar kencing adikku. Sekarang baru aku
terbau, dalam kekalutan aku hilang deria, kekalutan
menjadikan aku rasa terhina.

Hari ini, jika terkenang, airmata ku jatuh untuk
kesekian kali. Budak seluar hancing itu kini seorang
guru. Terasa cemburu dengan anak-anak sekolah hari ini,
Terima kasih atas pengalaman hidup yang membuatkan
aku matang sebelum dewasa.

25

Cik Noriani Binti Ishak
SK Tualang Sekah

APA CITA-CITAMU

Dua belas tahun menjadi guru, tidak lama tapi bukan
juga sekejap untuk mendapat sesuatu. Guru itu
pengalaman hidup, dikutip saban hari berbeza-beza
kerana di keliling anak-anak naif yang pelbagai.

Teringat aku sewaktu hari pertama melapor di
sekolah itu. Ramai rakan menyapa, berkenalan…
memberi gambaran awal yang cemerlang di mata dan
hatiku. Berbunga hati bertaup dengan semangat untuk
mendidik anak bangsa.

Dua hari kemudian, aku sendirian di kantin. Ku
teguk perlahan Milo kosong, Di minda berjuta perkataan
berlegar menunggu diluahkan di atas buku tebal itu...
RPH. Tiba-tiba, terdengar suara menegur…

''Puan, kenapa puan masih di sini, ibu tak
dibenarkan menunggu anak-anak di dalam kawasan
sekolah''

Mata ku terkebil-kebil memandang lelaki itu,
belum sempat aku menjawab…dia bertutur lagi. ''Sudah
tiga hari saya tengok puan di sekolah, puan mesti
percaya kepada pihak sekolah. Kami akan jaga anak
puan, puan jangan risau,'' panjang lebar pula penerangan
dia.

''Maafkan saya cikgu…cikgu Nazri ye, saya guru
baru di sekolah ini. Mungkin cikgu tak perasan sebab
cikgu tiada di bilik guru.'' Aku senyum sehabis manis.

26

''Oh ye ke, minta maaf le cikgu, saya ingat ibu
murid, maaf sekali lagi cikgu ye,'' terus dia melangkah
pergi dalam kelat wajahnya.

Aku terkesima, minda mula bekerja meneka
jawaban…kenapa ye? Apakah persalinanaku tidak se
gah seorang guru, adakah iras wajah ku tak se intelek
seorang pendidik?

Dalam berkira-kira, aku mendapat rumusan
mudah, raut wajah ku terlalu tua untuk seorang guru
baru. Bergelar guru secara formal di usia 34 tahun
setelah hampir sepuluh tahun menjadi guru tidak
bertauliah di rumah menjadikan aku kelihatan tidak
layak sebagai seorang guru sekolah. Oh…Tuhan aku
akan buktikan bahawa aku juga seorang guru yang baik
walaupun tertinggal sepuluh tahun di belakang.

Kini, aku seiring bergerak bersama. Kenangan
hari ke tiga itu aku simpan, tiada kecil hati kerana
selewat mana pun aku bertolak dari pelabuhan itu, aku
tetap berlabuh pada jeti yang sama. Alhamdulillah. Allah
itu perancang terbaik, kebaikan itu akan terserlah hari ke
hari. Terima kasih Tuhan kerana izinkan aku dipanggil
guru sebagaimana cita-cita ku saat darjah satu bila
pertama kali ditanya ''apa cita-citamu?'' CIKGU.

27

Faridah A. Amin Binti Mat Amin
SK St. Bernadette's Convent

COVID OH COVID

PdPR diumumkan malam semalam. Hati aku berdetik
semula. Pelbagai perasaan bercampur baur. Sebagai
cikgu kita telah berpengalaman menghadapinya sebelum
ini.

PdPR kembali lagi. Tiada lagi PdP bersemuka,
PdPR mengambil alih. Tiada lagi Kelas Offline, kini
bertukar dengan kelas Online.

Group WhatApp kelas akan kembali aktif, setelah
hampir dua bulan sepi. Sekolah akan sepi kembali,
rumah akan bertukar menjadi kelas.

Ibu bapa akan menjadi cikgu pelbagai mata
pelajaran. Handphone cikgu akan gegar kembali, tanpa
mengira waktu.

Gallery telefon cikgu akan penuh dengan
screenshort dengan latihan murid. Cikgu kembali beraksi
di Youtube Live, Google Meet, Canva dan sebagainya

Itulah hakikat pembelajaran masa kini dalam
norma baharu. Kaedah pembelajaran dua versi yang
berbeza dapat kita rasai ujian yang diberikan oleh Yang
Maha Kuasa

28

Faridah A. Amin Binti Mat Amin
SK St. Bernadette's Convent

DUIT BELANJA
Irfan : Mama selepas ni, jangan letak duit belanja
dalam kotak pensel lagi.
Mama: Kenapa pula?
Tanya mama tidak puas hati. Pelik rasanya bila anak
beritahu seperti itu. Sedangkan selama ini, memang itu
adalah kebiasaannya.
Irfan : Damia ambil duit belanja Irfan tadi.
Mama : Dah tu Irfan tak makan?. Kenapa tak bagitau
cikgu?
Soalku bertalu-talu. Pelbagai perasaan bercampur-baur.
Kesian ada. Marahpun ada.
Irfan : Mama tau Irfan cakap apa?
Aku geleng-gelengkan kepala tanda tidak tahu. Mesti
Irfan bagitau cikgu tekaku.
Irfan : Kamu ambil le, duit haram. Nanti kamu makan,
kamu masuk neraka.

29

Faridah A. Amin Binti Mat Amin
SK St. Bernadette's Convent

SI BAJU PINK

Petang itu hujan renyai-renyai. Aku masuk ke ruangan
menuju ke kaunter Mc Donald, itu menu untuk berbuka
puasa. Ramainya Si Baju Pink getus hatiku.

Bau makanan dari pelbagai jenis menu menusuk
ke lubang hidungku. Bau burger ayam, daging, kentang
goreng dari pelbagai versi makanan, membuat perutku
meronta-ronta untuk diisi. Sabar puasa.

Selesai membuat pesanan, aku duduk menunggu
giliran. Tiba-tiba hati sayu Si Baju Pink lalu di
hadapanku membawa pesanan pelanggan. Nampak dia
bergegas menuju ke motorsikalnya.

Alahai kesiannya getus hatiku. Nampak kalut dia
untuk menghantar pesanan pelanggan.

Apakah dia tiada deria bau sepertiku? Adakah dia
biasa menikmati makanan yang dihantar kepada
pelanggan? Adakah dia kebal dengan Covid-19?

Sedangkan orang lain hanya menunggu di rumah,
tapi Si Baju Pink bertaburan di muka bumi tanpa
memikirkan risiko keselamatan diri.

Sanggup mengharungi cuaca panas terik dan
meredah hujan demi mencari rezeki demi kelangsungan
hidup.

30

Fatimah Binti Yeop Shaharudin
SK Bakap

KASIH YANG HILANG

Tip tap, tip tap, rintik hujan di luar rumah.
Sejak petang tadi hujan masih belum berhenti.

Kedinginan malam kian terasa hingga ke tulang. Tiupan
angin di celah-celah rekahan dinding membuat aku
menarik selimut hingga ke dagu. Tapi mataku masih
belum mahu terlelap. Entah apa yang kufikirkan, aku
pun tidak pasti.

''Ayah, ayah…!''
Terdengar sayup suara orang memanggil ayah.
Aku memasang telinga. Aku pasti benar suara itu suara
abang. Aku bingkas bangun membuka jendela menghala
ke serambi rumah. Kelihatan susuk tubuh abang dalam
cahaya kelam malam. Terdengar juga ayah bangun
membuka pintu. ''Ha, kenapa hujan-hujan ni kamu
datang? '' tanya ayah. ''Siha, Siha ayah, dia dah nak
besalin! '' Kata abang tercungap-cunggap. Rumah abang
tidak jauh daripada rumah kami.
Aku mengukir senyuman dan kebimbangan silih
berganti. 'Oh, ini rupanya khabar yang ku nanti.
Kehadiran anak saudaraku yang pertama.'
''Habis macam mana nak ke hospital ke …,
panggil bidan?'' tanya ayah lagi. ''Hospital lah ayah, tu
yang datang ni, nak ajak ayah sekali.'' Jelas abang. ''Aku
nak ikut.'' ibu mencelah, entah bila ibu muncul aku pun
tak pasti. ''Ecah, Ecah…!'' Ibu memanggil namaku. Aku
bergegas keluar. ''Kamu jaga rumah, Apa-apa nanti ibu
beritahu kamu.'' Kata ibu. Kelang-kelibut ibu dan ayah

31

bersiap. Ibu mencapai payung lalu mengekori abang dan
ayah dari belakang. Aku menutup pintu semula
menunggu penuh debaran.

Setelah usai subuh aku membuat sedikit sarapan
roti bakar dan air kopi panas.

Belum ada khabar berita dari hospital. ''Bilalah
ayah dan ibu nak pulang ni?'' Aku berharap benar Kak
Siha selamat bersama anaknya. Sedang aku menghirup
kopi, dari jendela dapur, aku ternampak ibu tergopoh-
gapah menghala ke rumah. Apa lagi sepitas kilat aku
sudah berada di muka pintu. ''Ibu, apa khabar Kak Siha?''
Tanyaku belum sempat ibu menjejak anak tangga rumah.
''Perempuan.'' Jawab ibu pendek. Lain yang ku tanya,
lain pula jawapan ibu. ''Ah, itu tak penting.'' Bentak hati
kecilku. ''Kak Siha dan bayi selamat?'' Tanyaku lagi.
''Selamat… tapi.'' Suara ibu terhenti di situ. Riak
wajahnya membimbangkanku. ''Kak Siha engkau tumpah
darah, dia masih tidak sedarkan diri.''

Tergenang sedikit air mata ibu. Ibu memang
susah hendak menangis tapi kali ini. Aku bertambah
takut. ''Habis macam mana?'' Aku inginkan penjelasan.
''Ini, ibu nak ke hospital semula. Nak ambil apa yang
perlu. Harap tak jadi apa-apa.'' kata ibu terus ke dapur.
Ibu mejamah sedikit sarapan yang ku buat. ''Bayinya
sihat je. Comel budaknya.'' Kata ibu , sambil menyuap
roti kemulutnya. Aku bertambah teruja ingin melihat
anak saudaraku itu. Bimbang dan gembira silih2
berganti. ''Ecah nak ikutlah ibu.'' Terpacul dari mulutku.
''Mana boleh musim Covid-19 ni, kita tak dibenarkan
masuk.'' Jelas ibu lagi . Aku berdengus, ''Ha, lambat lagi
nak lihat anak saudaraku ini.''

Kini dah setahun masa berlalu. Aku melihat
Murni berjalan menapak perlahan-lahan bermain di

32

halaman rumah sambil ditemani abang. Gembira
sungguh mereka. Tapi siapa tahu perasaan abang
kehilangan Kak Siha buat selama-lamanya. Seminggu
Kak Siha berjuang akhirnya dia pergi jua menemui
penciptanya. Semoga Kak Siha abadi di sana. Murni
pengganti kasih kami pada Kak Siha. Anak saudaraku,
kesayanganku dunia akhirat…

33

Fatimah Binti Yeop Shaharudin
SK Bakap

GAJI PERTAMA

Gembira sungguh Kak Ina mendapat gaji pertamanya.
''Hari ini Kak Ina belanja.'' Katanya kepada ibu, ayah dan
adik-adiknya. Sebagai anak yang sulung dia begitu teruja
untuk mengeluarkan sebahagian duit gaji pertama untuk
keluarganya itu. Ibu dan ayahnya tersenyum melihat
gelagat Kak Ina.

Dalam hati mereka bangga dengan sikap anaknya
yang tidak lupa akan keluarga. Tidak sia-sia mereka
mendidiknya selama ini. Bagi adik-adiknya mereka turut
gembira dan bersorak keriangan apabila Kak Ina ingin
berbelanja. ''Tapi.. nak makan apa?'' Tanya Kak Ina.
''Musim Covid-19 ni kita tak boleh kemana-mana.'' Suara
kak Ina agak sedih. Dia sudah lama menyimpan hasrat
tersebut tetapi apakan daya. Mereka tak akan dapat
makan di luar seperti dulu. Adiknya, Amin yang bongsu
pula mengidap asma. Ibu memang takut untuk
membawanya keluar rumah apatah lagi untuk keluar
makan.

''Tak apa, biar ibu masak,'' kata ibunya menutup
kesedihan anaknya itu. Ha… tersenyum Kak Ina semula
apabila mendengar ibunya bersuara. ''Ibu nak makan
apa?''

''Kak Ina belikan barangnya.'' kata Kak Ina lagi.
''Chicken Chop.'' kata, adik-adiknya seraung. Mereka
bertiga beradik memang sangat mesra. Kak Ina memang
sudah mengagak kerana itu menu kegemaran mereka.
''Senaraikan sahaja barangnya sekejap lagi Kak Ina beli,

34

Siti tolong temankan kakak.'' Jelas Kak Ina lagi. Ibu dan
ayahnya hanya tersenyum.

Usai bersarapan Siti sudah terperusuk di dalam
kereta Kak Ina. Dia Memang suka mengikut Kak Ina.
Bangga kerana dapat naik kereta Myvi kakaknya yang
baru. Sampai di pekan kakak menuju ke kedai serbaneka
untuk membeli sedikit keperluan diri. Siti hanya
menunggu di dalam kereta. Sekejap sahaja kata Kak Ina.
Kereta Kak Ina bergerak lagi menuju kekedai runcit Ah
Hong untuk membeli barang kering. Kali ini, Kak Ina
mengajak Siti ikut sekali. Tolong bawakan barang.
Memang Kak Ina cekap membeli. Tak sampai sepuluh
minit habis siap semua barang yang di pesan kepada
tauke kedai itu. Sambil menunggu barang-barang itu
dibungkus Kak Ina berdiri di tepi kaunter sambil
membelek-belek bungkusan coklat yang ada diletakkan
di situ. Tiba-tiba Kak Ina menjerit. ''Eh... tolong saya
tauke , ada cicak masuk dalam baju saya.'' Kata Kak Ina
dengan perasaan geli-geleman. Tangan Kak Ina kemas
menggenggam bahagian baju yang dikatakan ada cicak
itu. ''Ya, ke, kasi buang, you pergi belakang,'' kata tauke
kedai itu lagi.

Siti hanya memerhati hendak menolong dia pun
takutkan cicak. Rasa mahu tergelak pun ada
memerhatikan gelagat kakaknya itu. Kak Ina bergegas ke
belakang, sambil ditunjukkan arah oleh tauke kedai itu.
Tidak lama kemudian Kak Ina muncul dari belakang.
Mukanya merah padam mungkin terlalu geli hendak
membuang cicak yang dikatakannya itu. ''Ha, sudah
buang ke itu cicak?'' Tanya tauke kedai itu lagi. ''Ha,
sudah, banyak besar.'' kata Kak Ina lagi.

''Sorry lah, selalu tak ada cicak dekat sini.'' Tauke
kedai itu ingin membetulkan keadaan. ''Tak apa, sudah

35

buang.'' Jawab Kak Ina sambil mencapai barang yang
dipesannya tadi. Separuh dihulurkan kepada adiknya Siti
sambil tersenyum. Siti membalas senyuman kakaknya.

Berlalu dari deretan kedai di situ menuju ke
kereta, Kak Ina menarik tangan adiknya.

Tak sabar dia hendak bercerita hal sebenarnya.
''Tadi baju Kak Ina bukannya dimasuk cicak.'' ''Habis
itu?'' tanya Siti lalu langkahnya terhenti. Dia memandang
wajah kakaknya yang ketawa dari tadi. ''Sebenarnya tali
baju dalam kakak tercabut,'' katanya lagi. Bederai bunyi
gelak tawa mereka berdua. Beberapa orang yang lalu di
situ menjeling sinis. Teringat riak wajah Kak Ina pada
masa di kedai tadi memang melucukan. Meraka berdua
terkekeh-kekeh ketawa hingga ke kereta. Bagi mereka
peristiwa itu tidak akan luput dan akan menjadi
kenangan dalam ingatan mereka pada hari gaji kakak
pertama.

36

Fatimah Binti Yeop Shaharudin
SK Bakap

CUTI IDAMAN

Pagi-pagi lagi Sabtu itu, Encik Azmil sekeluarga
bertolak ke Bukit Merah. Bukan anak-anak, tetapi Encik
Azmil sendiri juga berasa gembira kerana telah lama
tidak bercuti. Dia ingin melepaskan segala penat
lelahnya yang betungkus lumus sebagai petugas barisan
hadapan sewaktu wabak Covid-19. Mereka sekeluarga
menghabiskan masa bersama-sama di Laketown
Waterpark, Bukit Merah itu dengan gembiranya. Masa
berlalu begitu cepat, matahari mula mengorak langkah
ke penghujung siang. Mereka semua bersiap-siap untuk
menuju ke tempat penginapan yang tidak jauh dari
kawasan itu. Tetapi hampa, kerana hotel yang mereka
ingin menginap telah penuh pada hari itu. Anaknya mula
merengus keletihan.

Akhirnya, Encik Azmil membuat keputusan
untuk menginap di Suria Apartment. Nampak menarik,
Encik Azmil terus membawa anaknya ke situ
memandangkan hari hampir senja. Setelah tiba, seorang
nenek tua menegur mereka,

''Hendak ke bilik Maria ke?'' tanyanya. Encik
Azmil hanya mengangguk. ''Saya yang bersihkan bilik
itu tadi,'' sambungnya lagi. ''Oh, terima kasih!'' balas
Encik Azmil malas melayan. Baru sampai sahaja ke lif,
pintu nya tiba-tiba terbuka sendiri. Encik Azmil saling
berpandangan agak kehairanan. Alang-alang terbuka,
kaki terus melangkah. Letih sungguh anak-anaknya.
Masing-masing diam membisu. Sampai tingkat lima, lif

37

pun berhenti dan mereka mengheret beg berisi pakaian
ke bilik nombor tujuh. ''Selesa dan kemas bilik ini,'' kata
Encik Azmil. Isterinya mengangguk sahaja sambil
membuka jendela menjenguk ke bawah. ''Ada kolam
besar dan cantik tapi kotorlah pulak,'' kata isteri Encik
Azmil. Anaknya bangun untuk menjengah sekali. ''Tiada
pendingin hawalah, ayah. Macam ini panaslah kita
nanti,'' kata anak sulungnya. ''Nanti ayah pergi tanya
macam mana,'' balas Encik Azmil. Encik Azmil bergegas
turun semula kerana Maghrib hampir tiba. Sekali lagi, lif
terbuka dengan sendiri. Rasa seram mula menghantuinya
dia pun kurang pasti kenapa.

Sampai di tingkat bawah, pintu lif dibuka. Dia
mencari-cari seseorang untuk dia bertanya. Ternampak
pula seorang perempuan berbaju labuh serba putih
berambut panjang mengurai berjalan menaiki tangga.
Memang menyeramkan. Terkejut dan terpaku Encik
Azmil. Kumat-kamit mulutnya membaca ayat-ayat suci
yang terlintas di fikirannya. Baru hendak melangkah,
telefonnya berbunyi. Isterinya memberitahu bahawa
pendingin hawa bilik mereka telah berfungsi semula. Dia
cepat-cepat menuju ke lif dan naik ke atas. Malam itu
sungguh sunyi. Lampu di bilik mereka asyik berkelip-
kelip. Anak-anaknya mula berasa takut.

Kejadian petang tadi masih dirahsiakan oleh
Encik Azmil dari keluarganya. Rasa lapar dilupakan saja.
Mereka mengambil keputusan untuk tidak keluar pada
malam itu dan tidur semua sebilik. Sesekali terdengar
bunyi hentakan kaki orang berjalan di kaki lima. Mereka
memekakkan telinga. Masing-masing senyap dan
akhirnya tertidur.

Pagi-pagi lagi mereka bersiap dan keluar serta
menyerahkan kunci kepada pengawal bangunan di situ.

38

Apabila di tanya kepada pengawal di situ keadaan
sebenar bangunan itu, rupanya tempat itu sudah lama
tidak berpenghuni semenjak Covid-19 melanda. Katanya
lagi, tempat itu memang ada yang menggangu. Encik
Azmil hanya tersenyum. Dia mengambil iktibar daripada
percutiannya kali ini. Dia harus lebih berhati-hati
memilih tempat penginapan, mungkin musim Covid-19
ini memberi kesan kepada tempat ini.Mereka sekeluarga
berlalu daripada apartment itu dengan seribu persoalan.
Apartment itu juga dikenali sebagai Pagar Buruk.

39

Hamiza Binti Yusop
SK Toh Indera Wangsa Ahmad

CIKGU SALMAH GURUKU

Aku berlari dengan pantasnya menuju ke tandas… Aku
benci... Benci betul dengan wajah itu... Cikgu Bahasa
Melayu kelas aku... Padanlah cikgu tu tak kahwin-
kahwin... Garang betul... Aku bukannya teruk sangat...
Tak siap kerja rumah aje pun... Cikgu-cikgu lain tu
semua tak kisah... Dia saja yang sibuk. Hari-hari
membebel... pot-pet pot-pet... Menyampah!!! Memang
selama ni aku tak pernah buat kerja sekolah pun. Bukan
aku tak nak buat, tapi aku tak tahu macamana nak buat.
Aku tak faham. Sebenarnya aku bukan pandai sangat
membaca... Tahap pemahaman aku sangat rendah.
Masih merangkak... Salah aku juga... Hehe... Aku
memang pandai berlakon... sangat bijak menutup
kekuranganku.

Nantilah aku mengadu kat ayah aku. Baru padan
muka dia. Aku akan buat sampai cikgu tu kena pindah
sekolah. Selama ini pun sudah dua kali guru kelasku
ditukarkan ke sekolah lain kerana aduan aku. Pengaruh
ayah aku memang kuat di tempat tinggal kami. Ayahku
memiliki kilang kelapa sawit di sini . Kebun sawitnya
pun luas.. Beratus-ratus ekar. Ayahku juga ramai
kenalan dari kalangan orang politik. Cikgu-cikgu sekolah
ini pun tahu... Aku anak orang kaya yang tidak boleh
diusik!!!

Tiba-tiba... Bedebub... aku terjatuh. Kepalaku
terhantuk di bucu singki. "Aduhhh..!!!" Aku menjerit
kesakitan. Darah mengalir ke bajuku. Cikgu Salmah

40


Click to View FlipBook Version