berlari masuk ke dalam tandas lalu mencempung aku
menuju ke keretanya.
"Tak apa... Sikit je tu... Kita pergi hospital ye?"
Aku memalingkan mukaku ke luar cermin kereta...
" Huh.. Kalau tak kerana engkau, aku tak jatuh
tau...!!!" Aku menarik muka masam.
Hari ini aku sangat gembira.. Aku sudah
memainkan perananku untuk mengusir cikgu Salmah..
Aku sengaja beritahu ayahku cikgu Salmah yang tolak
aku di bilik air... Aku menangis depan ayahku untuk
memastikan lakonanku berjaya... Ayahku berkerut-kerut
mendengar ceritaku... Selama ini ayahku percaya bulat-
bulat ceritaku... Pasti kali ini ayah percaya... Aku anak
tunggalnya yang paling berharga dalam hidupnya. Aku
nampak ayah mengepal-ngepal penumbuknya..
Pagi itu cikgu Salmah tidak masuk kelas. Ustaz
Rizal menggantikan tempatnya. Aku perasan Ustaz
Rizal asyik terjeling-jeling melihat aku. Peduli apa aku.
Tidak lama kemudian seorang pengawas memanggil
nama aku mengatakan Guru Besar hendak berjumpa aku.
Aku tersenyum… Mesti ayah aku sedang berusaha untuk
keluarkan cikgu Salmah dari sekolah ini. Aku berjalan
dengan pantas sambil tersenyum menuju ke pejabat
sekolah. Aku nampak ayah, guru besar, dua orang rakan
baikku dan Cikgu Salmah dalam pejabat. Muka ayah
sungguh berseri-seri. Sesekali ayah ketawa menunjukkan
senyumannya yang manis itu. Sejak ibu meninggal,
ayah jarang sekali tersenyum dan ketawa seperti itu.
Bagi ayah, kehidupannya telah musnah dan hanya aku
sahaja semangatnya untuk terus bertahan. Tiba-tiba
senyum ayah hilang apabila ternampak aku. Ayah
menarik muka masamnya sambil berdehem.
41
"Mari duduk sini. Cerita pada ayah apa
sebenarnya berlaku. " Kata ayah sambil menarik kerusi
di depannya dengan muka yang amat serius.
Aku terkasima. Aku takut. Aku berpeluh-peluh.
Mukaku pucat lesi.
"Errr… Errr." Semua mata tertumpu ke arahku.
Air mataku mengalir. Kali ini bukan lakonan. Aku malu
dengan diriku sendiri. Semua orang sudah tahu
lakonanku. Aku maluuuu!!!
Sehingga kini aku masih tersenyum-senyum bila
terkenangkan peristiwa itu. Cikgu Salmah kini sudah
jadi sebahagian hidupku. Dia sudah menjadi ibu tiriku,
manusia paling garang di sekolah dulu rupanya seorang
ibu yang paling penyayang dalam hidupku kini.
Maklumlah seorang guru, sentiasa bijak menyesuaikan
diri dalam apa juga situasi. Sejak beliau hadir dalam
keluarga kami, pelajaran aku terus cemerlang. Kini aku
berada di menara gading, tempat yang tidak pernah aku
mimpikan selama ini. Ini semua berkat kesabarannya
mendidikku. Beliau telah menghadiahi kami dengan tiga
orang putera yang comel-comel. Beliau juga sudah
berhenti menjadi seorang guru untuk menumpukan
sepenuh perhatian kepada kami sekeluarga. Walaupun
begitu, beliau masih menjadi guruku dan akan sentiasa
menjadi guruku sehingga Allah menjemputnya nanti.
42
Hamiza Binti Yusop
SK Toh Indera Wangsa Ahmad
REDHA ITU PASRAH
Pondok usang beratapkan langit
Dikegelapan malam gelita
Bercahaya hanyalah bintang-bintang
Selimut kita angin malam
Umpama lagu yang disiulkan, begitu juga yang terjadi
kepada sebuah rumah tua yang telah mencapai usia
separuh abad telah mengalami bencana alam yang tidak
terduga sama sekali.
Kejadian bermula dengan hujan lebat, petir
berdentam-dentum, guruh mengegarkan bumi Allah dan
ribut taufan dari pelbagai penjuru telah memukul
sekalian benda yang terdapat di laman rumah. Yang
baik, yang buruk semua dengan izin Allah. Berpuluh-
puluh tahun rumah papan beratapkan zink itu masih
kukuh untuk didiami. Namun pada hari itu, papan
tercabut, zink berterbangan, dahan pokok patah
hinggalah pokok-pokok yang puluhan tahun turut
tumbang.
Namun tiada siapa menyangka dengan izin Allah
jualah, rumah usang juga dilanda badai sehingga
panahan petir yang memanah batang pokok durian besar
dan rendang suku abad usianya, rebah ke bumi. Batang
pokok itu mulai merekah lalu menghempap atap zink
rumah itu.
Prapp…prapp... bunyi batang pokok durian mulai
patah. Sempat juga cucu tuan rumah lari selamatkan diri.
Hanya cedera kecil terkena ranting pokok hanya
43
tumbang di belakangnya sahaja. Alhamdulillah semua
nyawa di rumah itu terselamat. Hanya tergamam terdiam
terduduk melihat kejadian yang bisa merobohkan
separuh rumah usang tersebut.
Rumah boleh dibaiki, barang rosak boleh dibeli
tetapi nyawa? Syukur Allah masih melindungi
hambaNya. Bersyukurlah dengan apa yang Allah
kurniakan buat kita. Nasib manusia tak sama. Biarlah
kecil, buruk, lama tetapi bersyukur kerana ada yang jauh
lebih susah dari kita. Redha… pasrah… dengan
ketentuanNya.
44
Kamariah Binti Idris
SMK Seri Kampar
„YA ALLAH, MALUNYA AKU!!!‟
Seperti kebiasaannya, aku mengorak langkahku dengan
yakin menuju ke kelas. Sesampainya aku di kelas, ketua
kelas bingkas bangun dan memberi salam hormat
kepadaku.
''Bangun... Assalamualaikum, cikgu.''
Aku menjawab salam tersebut dan meneruskan
sesi pengajaranku dengan semangat yang berkobar-
kobar.
''Baiklah, murid-murid. Hari ini kita akan
teruskan pengajaran Bahasa Melayu. Sila keluarkan buku
antologi masing-masing.''
Aku melihat semua murid tidak memberi respons
terhadap arahanku, sebaliknya semua mata
memandangku dengan dahi berkerut-kerut seolah-olah
ada yang tidak kena. Kenapa aku rasa mereka seperti
hairan melihatku? Ada yang tidak kena pada akukah?
Aku dibebani seribu satu persoalan.
Tiba-tiba, seorang murid bernama Amir
memberanikan diri untuk mengangkat tangan seolah-
olah memahami kehairanan yang ku alami dan cuba
untuk menjelaskan sesuatu kepadaku.
''Cikgu, sebenarnya sekarang bukan waktu cikgu.
Sekarang waktu rehat.''
Aku terkedu mendengar kata-kata Amir. Namun,
aku cuba berlagak tenang dengan memberi respons
terhadapnya.
45
''Waktu rehat? Saya lihat kamu semua sudah
berada di dalam kelas dan tiada tanda-tanda kamu rehat
pun?''
Semua murid seolah-olah menahan tawa di
sebalik topeng muka yang dipakai. Amir melanjutkan
percakapannya.
''Cikgu, hari ini kita sudah mula berpuasa. Ke
mana lagi kami nak pergi, cikgu. Bukannya boleh makan
dan minum pun.'' Serentak dengan itu, suasana kelas
menjadi bingit dengan gelak tawa murid-murid.
Barulah aku sedar bahawa hari ini sudah mula
berpuasa. Aku terlalu bersemangat untuk mendidik
sehingga terlupa hari penting ini. Tambahan pula, SOP
terbaharu sesi persekolahan tidak membenarkan murid-
murid berkeliaran di sekitar sekolah pada musim Covid-
19 ini. Aku minta maaf dengan semua murid atas
kealpaan aku dan kelas kembali tenang semula.
'Ya Allah, malunya aku.'
46
Kamariah Binti Idris
SMK Seri Kampar
PERUBAHAN ZAMAN
Suatu pagi yang hening, kira-kira jam 8.00 pagi. Aku
sudah bersedia di hadapan komputer ribaku untuk
memulakan kelas atas talianku untuk pertama kalinya.
Aku meneruskan pengajaranku dengan membuat
perkongsian power point yang telah ku hasilkan.
''Baiklah, murid-murid. Pada hari ini saya akan
memberi pendedahan awal untuk mata pelajaran Bahasa
Melayu KSSM Tingkatan 4. Kamu semua boleh lihat
paparan dalam power point.''
Aku melihat semua murid terpinga-pinga. Salah
seorang murid berkata.
''Cikgu, kami tidak nampak apa-apa pun. Tiada
paparan seperti yang dikatakan.''
''Oh, betulkah?''
Semua murid mengangguk. Aku sendiri
menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Aku melihat ada
antara murid-muridku yang sudah mula tersengih-sengih
melihat keletahku.
''Alamak, macam mana ni? Aku pun bukan tahu
berkaitan Google Meet ni. Terpaksa minta tolong Mr.
Google ni.''
''Sebentar, ya. Saya cuba buat semula.''
Setelah memahami cara penggunaan Google
Meet melalui bantuan Mr. Google, aku dengan yakin
membuat perkongsian semula dengan anak muridku.
''Bagaimana sekarang? Sudah nampak paparan
yang saya kongsikan?''
47
Serentak mereka menjawab. ''Sudah, cikgu.''
Salah seorang daripada mereka mengucapkan
tahniah kepadaku. ''Tahniah, cikgu!''
Aku hairan dengan ucapan tersebut, lalu inginkan
penjelasan daripadanya. ''Mengapa kamu ucapkan
tahniah?''
Murid tersebut lantas menjawab. ''Tahniah kerana
cikgu berjaya menggunakan aplikasi Google Meet
dengan jayanya.''
Apakah semua ini? Adakah aku perlu berasa
bangga atau berasa malu? Bangga kerana berjaya
berkongsi semula paparan atau malu kerana tidak
mempunyai pengetahuan yang luas berkaitan aplikasi
Google Meet? Ah, sememangnya zaman pendidikan
semakin berubah mengikut peredaran zaman! Aku yang
ketinggalan zaman!
48
Kamariah Binti Idris
SMK Seri Kampar
JAGA-JAGA, ADA YANG MEMERHATI!
Pada waktu rehat, guru-guru diarahkan supaya berada di
dalam kelas untuk memastikan semua murid mematuhi
SOP yang ditetapkan. Aku tidak terkecuali daripada
menjalankan tanggungjawab tersebut. Setelah selesai
sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari itu, murid-
murid dibenarkan rehat. Semua murid keluar setelah
mengucapkan terima kasih kepadaku.
''Baiklah, kamu semua boleh pergi membeli
makanan di kantin dan kembali semula ke dalam kelas
untuk makan.'' ''Baik, cikgu.''
Selang beberapa minit, semua murid masuk ke
dalam kelas. Aku melihat ada antara mereka yang
membeli makanan, ada juga yang tidak membeli apa-apa
makanan. Aku terus memantau setiap pergerakan mereka
sambil mengisi kehadiran dalam Aplikasi Pangkalan
Data Murid (APDM). Sedang aku asyik membelek
telefon menunggu paparan dalam APDM yang
berpusing-pusing itu, aku melihat sekumpulan murid,
iaitu Dira, Mira, Amy, dan Zura sedang seronok
menikmati makanan mereka tanpa menghiraukan SOP
yang ditetapkan. Aku menegur dari tempat dudukku.
''Murid-murid, kamu semua dibenarkan makan
bersama kawan-kawan. Namun, SOP perlu dipatuhi.
Kamu tidak dibenarkan berkongsi meja sewaktu makan.''
Malangnya, semua pesananku hanya berkesan
sementara waktu. Mereka mula lupa akan SOP yang
perlu dipatuhi. Aku tidak boleh berlengah lagi. Aku
49
perlu memberi teguran dengan cara yang lebih berkesan.
Aku mendapat satu idea. Aku mengambil replika virus
Covid-19 yang terdapat di sudut hadapan kelas tersebut
dan membawanya kepada Dira dan kawan-kawannya.
Kehadiranku tidak disedari oleh mereka. ''Nah, ambil
ni!''
Dira dan kawan-kawannya terkejut dan melompat
dari tempat duduk masing-masing. Murid-murid lain
yang melihat kejadian tersebut ketawa berdekah-dekah.
Aku turut sama ketawa. Aku melihat muka Dira dan
kawan-kawannya pucat kerana terlalu terkejut bercampur
malu. Aku terus menasihati mereka.
''Lain kali jangan ingkar arahan. Kan dah terkena.
Ingat, kamu kena selalu berhati-hati. Virus ada di mana-
mana.''
''Baiklah, cikgu. Maafkan kami semua.''
50
Maizura Binti Zahari
SK Kuala Dipang
PERGINYA BINGO
Sarah melambai-lambaikan tangan kepada suaminya
yang hendak bertolak ke Pulau Pinang bagi menghadiri
program selama tiga hari dua malam di sana.
''Baca Bismillah, bang!'' kata Sarah
mengingatkan.
''Okay. Insya-Allah…,'' sahut suaminya.
Suaminya pun menekan pedal untuk bergerak.
Namun…semacam ada bonggol pulak. Ditekannya
semakin kuat. Tiba-tiba, Bingo melompat keluar dari
bawah kereta. Sarah terkejut lalu terus melambai-lambai
kepada suaminya.
''Bingo bawah kereta tadi!'' jerit Sarah.
''Astaghfirullahaladzim…aku terlanggar Bingo!!!
Bingo ke tadi…patut le susah nak jalan tadi,'' bisik hati
kecil Ramli. Dia bergegas keluar dari Hiluxnya.
Sarah mencari-cari Bingo. Bingo terbaring
berhampiran pagar yang satu lagi. Kedengaran Bingo
sedang mengerang-ngerang kerana ajalnya sudah
hampir. Berbuih-buih air keluar dari mulutnya. Sarah
menutup mata dengan tangannya.
''Allahu Akbar…,'' kata Sarah dengan sebak.
Itu sahaja perkataan yang dapat diucapkannya.
Tidak sanggup rasanya hendak menyaksikan keadaan
Bingo pada ketika itu.
Suami Sarah segera membawa Sarah masuk ke
dalam rumah. Dia tahu… isterinya begitu mudah
menangis... tambahan pula Bingo selalu menjadi intan
51
dalam rumah mereka. Keletahnya selalu menjadi hiburan
kepada mereka sekeluarga.
''Macam mana ni, bang. Nak bawa ke klinik ke?
Kesian dia..,'' kata Sarah dalam sedu-sedan.
''Tak pe…tak pe… tak lama tu…,'' pujuk
suaminya bagi menenangkan Sarah yang begitu resah.
Tidak lama kemudian, suami Sarah
memberitahunya bahawa Bingo sudah pun meninggalkan
mereka. Sarah hanya terdiam…kerana itu sudah
dijangkanya. Namun begitu, dia menerima dengan hati
yang tenang kerana jika Bingo hidup pun, tentu dia akan
cacat. Sesungguhnya, Sarah redha dengan ketentuan
Illahi.
''Semoga Bingo aman di sana. Terima kasih
Allah.. kerana meminjamkan Bingo selama setahun
bersama kami,'' bisik hati Sarah.
Pada tengah hari itu, suami Sarah menangguhkan
perjalanannya ke Pulau Pinang kerana begitu sedih atas
pemergian Bingo. Petang itu, Bingo disemadikan di
belakang rumah mereka.
52
Kamariah Binti Idris
SMK Seri Kampar
TARIAN KUDA KEPANG
Cikgu Maira begitu teruja untuk menggunakan Smart TV
semasa PdPcnya setiap kali masuk ke kelas. Apa
tidaknya..boleh gunakan telefon sahaja melalui applikasi
Screen Mirroring. Boleh buka youtube untuk
memudahkan pengajaran. Murid-murid pun teruja dan
amat seronok.
Semua kemudahan ini adalah hasil usaha Guru
Besar sekolahnya. Beliau memang suka untuk mencari
kelainan dalam membangunkan sekolah mereka. Sudah
banyak usaha yang dilakukan oleh beliau seperti
mengecat bangunan sekolah serta memberi keselesaan
kepada guru-guru untuk bekerja dengan seronok.
Pada hari itu, Cikgu Maira telah merancang
untuk mengajar tema Citra Seni bagi subjek Bahasa
Melayu tahun 5. Tajuknya berkaitan dengan Tarian Mak
Yong. Setelah selesai murid membuat latihan, dia ingin
berkongsi kesenian lain yang menjadi warisan di
Malaysia.
''Murid-murid, kamu nak tak melihat kesenian
bagi negeri-negeri lain?'' tanya Cikgu Maira.
''Nakkk!!!'' jerit murid-muridnya memberikan
respon positif.
Maka, Cikgu Maira pun menaip Ulik Mayang
pada youtube untuk membukanya.
''Haa...ini tarian Ulik Mayang...dari negeri
Terengganu,'' beritahu Cikgu Maira.
53
Pada waktu rehat, murid-murid akan makan di
kelas sahaja semasa pandemik Covid-19. Cikgu Maira
mengambil peluang ini untuk berkongsi maklumat
kepada anak-anak didiknya. Murid-murid pun
menyaksikan tarian tersebut sambil makan di meja
masing-masing. Bolehlah mereka menonton televisyen
sambil menjamu selera.
Akhir sekali, Cikgu Maira berkongsi tarian Kuda
Kepang dari Johor. Dia memilih satu video untuk
dipasang. Setelah selesai..masa rehat pun habis. Cikgu
Maira pun keluar dari kelas itu dengan hati yang puas
atas perkongsian itu.
Rupa-rupanya… cerita ini tidak berhenti di situ
sahaja. Masalahnya… jelmaan penari kuda kepang
mengganggu anak-anak muridnya... tapi bukan semua.
''Cikgu..cikgu..semalam saya mimpi..orang yang
menari kuda kepang tu marah kat cikgu. Die suruh saya
bagitau kat cikgu…,'' beritahu Farid.
''Marah kat cikgu? Kenapa?'' soalku dengan rasa
musykil.
''Orang tu marah kat cikgu sebab cikgu pasang
lagu kuda kepang. Die suruh cikgu minta maaf kat
die…'' cerita Farid dengan termengah-mengah.
''Ok..tak pe…kamu balik kelas dulu..,''suruh
Cikgu Maira.
Hati Cikgu Maira berasa gelisah. Namun, dia
cuba bertenang dan beristighfar..Mula-mula dia berasa
kecut juga dengan kejadian itu. Hendak masuk kelas pun
dia cuak. Apa tidaknya.. ada murid-muridnya yang
berserempak dengan penari kuda kepang itu semasa
masuk ke kelas pada awal pagi.
''Rupanya sebijik cikgu… macam penari dalam
video tu..,'' beritahu Amina.
54
Pada keesokan harinya… Farid hadir ke sekolah.
Awal pagi lagi dia telah dirasuk oleh kuda kepang.
Syukurlah Ustazah Azah memberi bantuan. Farid mula
sedar. Ayah Farid pun dihubungi. Ayahnya datang
dengan tenang sahaja.
''Encik…pernah ke Farid jadi macam ni sebelum
ni?'' tanya Cikgu Maira untuk meminta kepastian.
''Tak pernah,'' katanya.
''Encik perlu bawa anak encik berubat dengan
ustaz…lain macam dah saya tengoknya,'' kata Cikgu
Maira lagi.
Selepas mendapatkan rawatan, Farid telah
kembali sedia kala. Rupa-rupanya, lagu tarian kuda
kepang itu dipercayai adalah mantera mereka.
Kemungkinan makhluk halus di situ telah terangsang
apabila mendengarnya. Sudah menjadi tugas jin dan
syaitan untuk menyesatkan manusia.
Alhamdulillah…semuanya telah selesai. Namun,
bagi Cikgu Maira, itu merupakan satu pengajaran bagi
dirinya agar lebih berhati-hati dalam membuat tindakan
pada masa hadapan.
55
Nazirul Nizam Bin Mohamad
SK Methodist (ACS)
HADIAH LUPA PUASA
Masuk tengah hari, aku nampak dia keluar dari dewan
makan sambil mengelap mulutnya yang basah. Kami
tinggal di asrama. Setiap hari Isnin dan Khamis pelajar
asrama memang digalakkan untuk puasa sunat.
Sah…memang sah…dia baru lepas makan tengah hari.
Lalu aku tegur dia.
''Eh, kau dari mana ni?''
''Dewan makan la,'' balas dia pendek.
''Bukan ke pagi tadi kau kata nak puasa eh. Ke
kau tak puasa ke?'' kata aku.
''Hahhhh…???'' dengan muka nerd dia celik mata
kat aku sampai bulat.
''Adoiii...kau ni kan…kah…kah...kah...'' gelak
aku tak tahan lucu. Boleh pulak pegi makan tengah
puasa.
Rupanya dia terlupa yang dia puasa dan dengan
selamba dia pergi makan tengah hari pula di dewan
makan tanpa sedikit pun teringat yang dia sedang puasa.
Dia dah mula gelabah. Tak tahu nak teruskan
puasa ke tidak. Yelah kan, perut dah kenyang tekak dah
hilang haus.
Pada petang tu pula, aku tanya lagi dia puasa ke
tak. Dia kata dia teruskan puasa. Katanya dia ada
bertanya kepada seorang senior yang faqih dalam bab
agama sikit. Dia kata kalau kita sedang berpuasa dan kita
termakan atau terminum tanpa sengaja contohnya
macam terlupa yang kita sedang berpuasa, maka dia
56
boleh teruskan puasa. Anggap itu adalah hadiah daripada
Allah SWT.
Maka waktu Maghrib tu kami berbuka lah
bersama-sama.
57
Nazirul Nizam Bin Mohamad
SK Methodist (ACS)
MAGIK
''Bang, tadi sayang buat magik,'' kata isteriku.
''Hah, magik apa pulak ni?'' balas aku.
''Tadi sayang isi minyak kereta tak masukkan kad
kredit pun dapat isi jugak. Magik kan?'' katanya dengan
bangga.
Baru aku teringat, semalam aku ada bagi kad
kredit pada isteri aku. Aku suruh dia isi minyak kereta
sebab aku penat nak keluar. Selalunya memang aku yang
akan penuhkan tangki minyak kereta. Tapi kali ni aku
minta bantuan isteri untuk isikan.
Bila dia kata isi minyak kereta tanpa guna kad
kredit tu, aku dah syak sesuatu. Mesti ada benda tak kena
nih.
Maka aku tanya lagi, ''Macam mana boleh keluar
minyak kalau tak masukkan kad kredit?''
''Entah ler, itu yang sayang kata magik. Mula-
mula masukkan kad Petronas, lepas tu tekan-tekan, terus
dia suruh isi minyak. Sayang isi je lah,'' jelasnya lagi.
Aku tepuk dahi. Aku syak ada sesuatu berlaku
kat situ. Tanpa buang masa, aku terus hidupkan enjin
kereta pergi ke stesen Petronas. Sampai sana, aku beri
kad Petronas tu pada cashier suruh dia cek baki Bonus
Point. Sah… Betul tekaan aku. Habis licin semua bonus
point digunakannya.
Dekat setahun lebih aku kumpul point tu, sekelip
mata dia buat magik, habis licin bonus point tu. Magik la
sangat. Huh…
58
Nizam Binti Baharuddin
SK Gopeng Taman Gopeng Baru
UMMI DAN RSTV
''Umi, Umi mesti beri kredit kepada RSTV.''
''Umi, bahaya tau. Umi dah guna video dia.''
''Umi… Umi… Umi...''
Tak tahan telinga Umi dengan leteran Abang.
Umi tahu dan sedar. Umi pun ada juga mengikuti
bengkel pembinaan video tahun lepas. Sewaktu awal
PKP memang banyak juga ilmu yang Umi terokai.
Namun, tak sangka pula sejauh ini pengalaman yang
Umi rasa.
Umi sedar, Abang, gelaran untuk anak lelaki
sulung Umi, jauh lebih berilmu daripada Umi. Banyak
yang abang ketahui tentang dunia digital berbanding
Umi. Umi akur Umi perlu banyak belajar daripada
Abang. Meskipun usia Abang baru menginjak 15 tahun,
namun Abang jauh lebih matang. Tak lena tidur Umi
malam itu. Malam-malam buta Umi mengarang ayat.
''Siapa Robi Sincalair ni?'' Susah hati Umi.
''Adakah dia akan saman Ummi?'' Kata-kata
Abang pagi tadi turut mempengaruhi fikiran Umi.
Dua malam Umi menunggu. Pesanan Umi di
Messanger masih belum berbalas. Ada getar dan resah
juga di dada. Namun, Umi terus positif. Umi tidak
mengaut sebarang keuntungan, Umi hanya menggunakan
video RSTV untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.
Kebetulan, setelah meneliti sekian banyak video tentang
Hutan Lipur Lata Bayu, hanya video itu yang mencuit
kalbu. Malam ketiga, Umi masih menunggu.
59
Ternyata malam ini malam rezeki. Robi Sinclair
membalas pesanan Umi. Berdebar Ummi membaca
catatannya. Robi Sinclair dengan besar hati mengizinkan
Ummi menggunakan videonya. Beliau turut memuji
video yang Ummi hasilkan. Berbunga hati Ummi
menerima pujian. Malahan, beliau memberi kredit pula
kepada Ummi kerana menggunakan video tersebut untuk
PdPR. Penghargaan yang membuat Umi terharu.
Umi sekadar berharap tidak disaman kerana telah
menggunakan video tanpa kebenaran, Namun ternyata,
penghargaan yang Umi terima. Umi dikatakan gigih dan
berani mencuba demi mendidik anak bangsa.
Keesokannya, Abang menyapa Umi seperti biasa.
Umi hanya tersenyum bahagia. Senyum hingga ke
telinga…
60
Nizam Binti Baharuddin
SK Gopeng Taman Gopeng Baru
GILAPAN SEBUTIR PERMATA
Haziq Ziqry. Nama yang masih terpahat di hati. Jujur
kata-katanya lewat berbicara masih lagi terngiang-ngiang
di telinga.
Anak remaja ini tinggi orangnya. Berkulit cerah,
Berambut ikal. Tutur katanya tersekat-sekat, seakan
tidak begitu lancar, pada saat awal aku mengenalinya.
''Cikgu, saya tak faham.''
''Cikgu, saya kurang jelas.''
''Cikgu, boleh terangkan sekali lagi?''
''Cikgu, betul tak apa yang saya buat?''
Kegigihannya mengatasi kekurangan dalam diri,
meruntun hatiku. Di saat murid lain berpaling untuk
dibimbing, dia begitu tulus memohon bimbingan.
''Cikgu, esok ada kelas petang?'' Itulah
pertanyaan yang sering berkumandang.
Saat aku perlu menguruskan beberapa urusan dan
tidak mampu menghulurkan bimbingan, lidahku jadi
kelu dan begitu berat untuk menyatakan, ''Maaf, Cikgu
ada urusan.'' Riak kecewa di wajahnya kelihatan.
Saat pandemik melanda, memang aku agak risau
juga akan nasibnya. Bimbang anak ini tenggelam dalam
dunia gajet yang mencengkam. Hati kecilku sering
berdoa. Doaku agar semua murid diberi kekuatan ketika
belajar di rumah. Sesungguhnya aku tahu dugaan itu
bukannya mudah. Tidak kusangka, era pandemik
membuka lembaran baharu buatnya. Dia menjadi berani
kerana perbincangan antara kami lebih terbuka.
61
Pantas sahaja dia menggunakan pesanan suara
untuk bertanyakan setiap keraguan. Tentunya sebagai
guru, aku tidak akan membiarkan setiap pertanyaan
berlalu tanpa penjelasan. Kulihat prestasinya semakin
baik. Setiap kali memperoleh skor yang tinggi dia akan
memaklumkan.
Aku lantas memuji sebagai tanda penghargaan.
Dia membalasnya dengan simbol emoji keriangan.
Begitulah sikapnya. Kuturutkan sahaja kerana
sesungguhnya dia anak syurga yang begitu istimewa.
Saat PdPR berakhir dan sekolah dibuka semula, aku
melihat aura yang begitu berbeza di wajahnya. Tutur
katanya jauh lebih lancar. Ingatannya jauh lebih baik.
Paling mengejutkan aku, dalam ujian yang dilalui
dia memperoleh gred B. Lonjakan prestasi yang amat
tinggi. Bukan hanya pengetahuannya meningkat, bahkan
keyakinan diri semakin kuat. Ketika pertandingan
membaca berita diadakan, aku membuat keputusan untuk
mewajibkan semua murid dalam kelasku mengambil
bahagian. Di wajahnya, riak ceria kelihatan.
Hampir setiap malam dia gigih berlatih, dan
setiap kali jugalah aku diminta mengulas penyampaian
beritanya.
''Ok tak cikgu, latihan saya hari ini.'' Begitulah
pertanyaannya setiap hari.
Sesekali, terasa deras air mataku mengalir
melihat kegigihannya. Hanya dia satu-satunya yang
begitu beria-ia. Saat keputusan diumumkan dia berjaya
mendapat tempat ketiga. Begitu ceria wajahnya
mendengar berita. Meski bukan pertandingan yang hebat
namun kesannya begitu kuat. Buat seorang diri bergelar
Haziq Ziqry.
62
Esoknya, aku menerima pesanan yang cukup
bermakna.
''Cikgu, terima kasih kerana menyuntik semangat
yang hilang dalam diri anak saya.''
''Dia begitu gembira menerima hadiah tempat
ketiga.''
''Sebelum ini, saya amat bimbang.''
''Saya tidak sangka dia mampu menjadi berani
dan yakin seperti ini.''
''Terima kasih Cikgu, kerana mengubah dirinya
menjadi Ziqry yang baharu.''
Apabila dua orang ibu berbicara, tumpah juga air
mata. Terima kasih Haziq Zikry…atas pengalaman yang
amat berharga ini.
63
Nizam Binti Baharuddin
SK Gopeng Taman Gopeng Baru
CIK SITI WAN KEMBANG… TUNGGU AKU
DATANG
Deru ombak Pantai Cahaya Bulan agak jauh kedengaran.
Meski dibatasi benteng yang agak tinggi masih tetap
menggamit kehadiran. Hidangan sotong dan udang
goreng tepung menjadi kegemaran. Karenah anak-anak
kecil bermain layang-layang turut menarik perhatian.
Tidak putus-putus pengunjung datang meski pantai tidak
kelihatan. Begitu santai aku memerhatikan suasana
ketika itu tatkala menunggu hidangan tiba ke meja.
Bertemu rakan yang telah hampir 25 tahun tidak
bersua memang banyak yang ingin dibicara. Perlahan-
lahan malam menghampiri dan kami meninggalkan
pantai yang kian sepi.
Begitu takdir Ilahi. Meski pandemik melanda di
seluruh negara, diizinNya jua aku berkelana. Seingat
aku, begitu lama aku tidak ke sini. Saat zaman
persekolahanku dan sewaktu awal bekerja sahaja. Begitu
banyak memori yang hilang dari ingatan.
September 2020 mencatat pengalaman yang amat
bermakna. Dua persidangan dalam bulan yang sama.
Dua minggu berturut-turut juga aku bertamu di bumi Cik
Siti Wan Kembang. Demi perkongsian ilmu kucekalkan
hati. Di samping itu, aku tak putus-putus berdoa agar
wabak ini tidak menghampiri.
Pertemuan dengan insan-insan hebat ternyata
mencetuskan inspirasi. Motivasi yang berharga buat diri
sendiri. Mengenali mereka terasa begitu kerdilnya diri, di
64
sebalik gelaran mereka yang begitu tinggi. Dr. Mazeni
Ismail, anak kelahiran Kelantan. Wataknya begitu ramah
dan sopan. Memegang jawatan Ketua Bidang Pendidikan
Awal Kanak-kanak di KPTM KB. Begitu bertuah
rasanya dapat mengenali insan sebegini.
Aku masih lagi terkenang memori itu.
''Puan, kenapa Puan left group?''
Satu hari aku mendengar pesanan suara tanpa
nama. Aku agak beliau merupakan insan penting dalam
kumpulan pembentang yang ku sertai sebelum ini.
Aku lantas bertanya. ''Maaf, boleh saya tahu Puan
siapa ?''
Dia yang masih di talian lantas membalas. ''Saya
Dr Mazeni, Pengarah Persidangan ICTE.''
Aku terkedu. Malu pun ada. Mana tidaknya.
Pengarah Persidangan sendiri yang bertanya.
''Apa yang patut ku nyatakan?''
Lantas, jujur saja aku memberikan jawapan.
''Saya tak mampu, Dr. Mazeni.''
''Saya kehilangan motivasi. Persidangan kali ini
begitu berlainan sekali.''
''Tambahan di perigkat antarabangsa. Saya
bimbang tak mampu mencapai hasil penyelidikan yang
dijangka.''
''Tak mengapa Puan. Saya boleh bimbing Puan.''
Lembut beliau membalas.
''Saya pun dahulu seperti Puan juga. Bermula dari
bawah dengan menyertai persidangan seperti ini,''
ujarnya lagi.
Aku terkedu mendengar jawapan beliau. ''Saya
masukkan semula dalam group ya, pujuknya kembali.''
Aku setuju dalam malu. Pengarah Persidangan
yang tidak ku kenali begitu luhurnya hati memujukku
65
untuk terus menyertai. Aku tak mampu memberi alasan
lagi.Begitu detik perkenalan yang berlanjutan sehingga
kini. Akhirnya, aku berjaya juga menyiapkan hasil
penyelidikan tanpa ada sebarang kesilapan. Hati
berbunga riang.
Sesi pembentangan kali ini juga ternyata berbeza.
Soal jawab daripada pakar-pakar yang sememangnya
hebat mengundang getar di dada. Apaupun, semuanya
telah berlalu. Meninggalkan seribu satu pengalaman
yang menyentuh kalbu. Namun, memori ini memberikan
pengajaran yang cukup bererti. Setinggi manapun kita
berdiri, tetaplah merendah hati seperti rumput di bumi.
66
Noor Azura Binti Abdul Wahab
SMK Malim Nawar
LOPES OH LOPES
Setiap kali menjelangnya Ramadan, pasti kuih lopeslah
yang dicari oleh emak. Kuih kegemaran emak ni
dikongsi pula dengan aku. Akupun sangat menggemari
kuih tradisional ini. Apabila disuruh buat, emak kata
malas nak susah-susah, beli je katanya. Aku pun lepas tu
dah malas nak tanya mak, bila nak buat lopes. Sudah
pasti jawapannya sama. Sebab itulah sampai sekarang
aku tak pandai nak buat, sebab emak tak ajar. Alasan…
Seperti tahun-tahun sebelum ini, Bazar Ramadanlah
menjadi tempat tumpuan kami membeli kuih yang sedap
ni.
''Mak, jangan lupa kuih lopes kita,'' kataku
kepada emak sambil berjalan melintasi gerai-gerai yang
menjual pelbagai jenis lauk dan air.
''Ye, tak lupa. Ni sambil berjalan-jalan ni kamu
tengok le mana ke gerai kakak yang biasa kita beli tu,''
jawab emak.
''Ha… kat sana tu le mak kedainya!'' Kataku
dengan penuh teruja.
''Betul le tu… jom,'' balas emak. ''Kak, bagi lopes
pulut ni RM5,'' minta emak pada penjual itu. ''Ni ha dik
kuihnya,'' sambil menghulurkan plastik kuih kepada
emak. Emakpun membayar harga kuih tersebut.
''Jomlah kita balik, dah banyak ni kita beli,'' arah
emak kepadaku.
67
''Tulah tu… Kalau boleh satu bazar ni mak nak
beli,'' sambil tersenyum aku menyakat emak. ''Kamu tu
kalau tak menjawab memang tak sah,'' bebel emak.
Sampai sahaja di rumah, terus kami ke dapur
untuk menghidangkan lauk yang dimasak oleh emak
sebelum ke Bazar Ramadan dan juadah yang di beli tadi.
Masa dah agak suntuk sebab lewat keluar tadi. Ayah dah
menggeleng-gelengkan kepala melihat juadah yang
dibeli sambil menarik kerusi untuk duduk.
'' Emak kamu ni kalau ke bazar tak sah kalau tak
beli kuih lopes,'' ayah memulakan perbualan
''Dah pebret saya, nak buat macam mana bang,''
balas emak tak nak mengalah.
''Ye le tu… Izah, panggil adik-adik kamu tu
duduk kat meja ni. Entah apa dibuat di dalam bilik tu,
waktu berbuka dah dekat ni,'' arah ayah kepadaku.
Akupun bergegas pergi ke depan untuk
memanggil Hana dan Aslam. Setelah menunggu hampir
sepuluh minit, akhirnya azan pun berkumandang. Ayah
membaca doa berbuka puasa sebelum kami menyuap
buah kurma dan meneguk air ke mulut masing-masing.
Tanpa berlengah, aku terus mencapai piring untuk
mengisi kuih kegemaran aku dan emak, apa lagi kuih
lopeslah. Aku ambil tiga ketul, kemudian menuangkan
kuahnya. Ngap…
''Aaaaaah…,'' jeritku kuat sambil berlari ke sinki.
''Kamu ni dah kenapa?'' Tanya emak dan ayah
serentak.
''Kuahnya pedas…,'' jawabku sambil terkesit-
kesit kepedasan. ''Pedas?'' Jawab mereka serentak sambil
menghamburkan tawa. Geram pula aku rasa, boleh
mereka ketawakan aku.
68
''Agaknya kakak yang jual tu tadi terletak kicap
mihun sup kut,'' kata emak setelah habis mentertawakan
aku.
Mungkin betullah kata emak, sebab mak cik yang
jual kuih tu memang jual mihun sup. Kecewa betul aku
rasa. Lepas ni aku akan pastikan emak buat sendiri kuih
lopes dan aku berazam untuk belajar membuatnya. Kalau
emak tak mahu ajar, aku akan cari sendiri dalam
youtube.
69
Noor Azura Binti Abdul Wahab
SMK Malim Nawar
TOPENG MUKA
Sudah setahun norma baharu ini menjadi kebiasaan kita.
Rasa seperti orang bersalah kalau tidak memakai topeng
muka, memang salahpun kalau tempat awam tak pakai.
Kadang-kadang sampai terlupa hendak dibuka walau pun
telah berada di dalam rumah. Pernah juga aku ditegur
oleh rakan serumahku akibat terlupa menanggalkan
topeng muka.
Suatu hari, aku bercadang untuk belanja abang
aku makan di sebuah restoran yang agak terkemuka di
bandar ini., Seperti yang telah dijanjikan dan tanpa
melupakan si topeng muka kami pun bertemu di pasar
raya terlebih dahulu. Aku bercadang untuk membeli
sehelai dua tudung untuk dipakai waktu kerja. Sudah
agak lama juga aku tidak membeli tudung.
Sambil berjalan-jalan dalam pasar raya itu, aku
perasaan juga yang abang aku ni asyik terpandang-
pandang seorang gadis berbaju hijau muda.
''Haa… siapa yang abang intai-intai tu,'' soalku.
Kelihatan abang agak terkejut dengan teguranku. Mesti
dia ingat aku tak nampak apa yang sedang
diperhatikannya.
''Ishh.. kamu ni, mana ada abang tengok siapa-
siapa,'' nafi abang.
''Abih, kalau tak, kenapa asyik tertoleh-toleh je
dari tadi,'' tambahku.
Abang hanya tersenyum. Abang aku ni seorang
yang pemalu. Dah banyak anak gadis yang cuba
70
dihalakan oleh ibu. Namun semuanya ditolak oleh abang.
Pada aku, abang ni cerewet agaknya. Sempat jugalah aku
jeling-jeling manja gadis yang menarik perhatian abang
tadi. Orangnya sederhana, berkulit putih, memiliki alis
mata yang lentik, sangat menawan. Hanya mata
sahajalah yang nampak sebab dah pakai topeng muka.
Patutlah abang tak putus-putus menoleh. Gadis itu
bersama dengan ibu, ayah, dan seorang adik lelaki. Aku
agaklah.
Kami pun meneruskan perjalanan ke restoran
yang dijanjikan. Pelayan mengambil pesanan kami
berdua. Setelah membuat pesanan, tiba-tiba mata aku
terpandang meja di sudut sebelah kanan, duduknya gadis
yang diintai oleh abang bersama keluarganya. Aku pun
memberi isyarat mata kepada abang. Abang menoleh,
melihat arah muncung aku. Aku lihat abang tersenyum
malu. Kebetulan gadis itu telahpun membuka topeng
mukanya.
Mak ai!!!. ''Cantik betul,'' getus hatiku.
Memang bakal kakak ipar akulah ni…Aku
tertoleh lagi ke arah gadis itu, kedudukannya betul-betul
bertentangan dengan aku. Kebetulan semasa aku sedang
merenung itu, aku meneguk air dan dia sedang ketawa.
Tersembur air yang aku minum . Nasib baik tidak
terkena makanan yang telah disajikan
''Cubalah bersopan sikit,'' tegur abang. ''Opss…
maaf bang, tak sengaja,'' balasku.
Nampak macam nak marah. Mujur abang tak jadi
marah. Selamat aku. Mana tidaknya, ketika gadis itu
ketawa terpampang tiga batang giginya yang dah tiada.
Mahu tak tersedak aku. Wajarkah aku aku menceritakan
perkara itu kepada abang? Tetapi apabila difikirkan
balik, buat apa hendak membuka aib orang, Mungkin dia
71
terlupa untuk memakai gigi palsunya yang tertinggal di
rumah. Nasiblah ada si topeng muka. Kalau nak ketawa
kuat-kuat pun orang tak nampak. Cuma waktu nak
makan terpaksalah buka. Biarlah itu menjadi rahsia aku
dan si gadis manis berbaju hijau.
72
Noorain Binti Mat Shariff
SMK Sultan Yussuf
TERLALU BERSEMANGAT
KRINGGGGG!!!
Loceng berbunyi menandakan waktu pertama
persekolahan akan bermula. Semasa loceng berbunyi,
aku telah menyusun langkah dengan berbaju kebaya
merah dan memegang beberapa naskhah buku menuju ke
kelas 4PSV. 4PSV. Ya, itulah kelas pertama aku untuk
sesi persekolahan yang baru dibuka. Jantung aku
berdebar-debar menunggu untuk masuk ke kelas kerana
sudah agak lama tidak menjalankan pengajaran dan
pembelajaran secara bersemuka. Aku cuba
mengingatkan kembali bilangan pelajar yang menghadiri
kelas dalam talian yang dijalankan sebelum ini. Walau
pun tidak pernah bersua muka, tetapi aku dapat
merasakan pelbagai ragam pelajar yang bakal aku
tempuhi memandangkan kelas tersebut ialah kelas
terakhir dalam tingkatan empat.
Dengan langkah penuh yakin, aku menuju ke
kelas tersebut. Aku berjalan sambil memikirkan apakah
kata-kata pertama yang akan aku bicarakan apabila
bertentang mata dengan pelajar aku. Nervous. Itulah
perasaan aku ketika melangkah ke kelas tersebut. Aku
menyusun ayat yang mudah untuk sesi berkenalan.
Perkara pertama yang dapat aku fikirkan ialah menulis
nama aku sebesar-besarnya di papan putih. Aku tidak
mahu pelajar keliru dengan nama walau pun nama aku
sangat ringkas dan mudah diingati.
73
Sepanjang perjalanan dari bilik guru ke blok
kelas 4PSV, aku disapa mesra oleh beberapa orang
murid yang sama-sama menuju ke kelas. Aku berasa
sungguh gembira kerana akhirnya dapat kembali ke
sekolah dan meneruskan perjuangan aku mendidik anak
bangsa. Sesampainya di kelas, aku penuh yakin masuk
dan murid semuanya tergamam. Aku dengan penuh
hairan melihat gelagat anak murid aku serentak aku
bertanya bahawa kelas pagi ini adalah kelas Bahasa
Melayu. Pelajar kelas tersebut menggeleng dan
mengatakan bahawa ini adalah waktu Matematik. Malu.
Aku malu dan terus berlalu pergi sambil mengatakan
''Oh!!! Mungkin cikgu tersalah lihat jadual,
jumpa sekejap lagi''. Aku berlalu pergi sambil ketawa
kecil dan menepuk dahi aku. Itulah pengalaman hari
pertama persekolahan aku.
74
Noorain Binti Mat Shariff
SMK Sultan Yussuf
KELAS PdPRKU
Hari ini merupakan hari pertama aku akan menjalankan
kelas secara online. Sejak semalam lagi, aku telah
menyediakan bahan pengajaran yang sesuai untuk
muridku. Maka, kelas hari ini akan bermula jam 9.00
pagi hingga 10.00 pagi. 15 minit sebelum kelas bermula,
aku telah memberikan pautan Google Meet kepada murid
aku dalam WhatsApp kelas. Alhamdulillah, ramai murid
yang memberikan respons yang baik dan mereka serta
merta terus masuk ke pautan tersebut. Aku berasa sangat
gembira kerana murid akan turut serta dalam kelas yang
akan dijalankan.
Jam menunjukkan pukul 9, setakat ini ada
seramai 12 orang murid daripada 23 orang murid yang
menyertai kelas. Tanpa membuang masa, aku
meneruskan sesi pengajaran untuk subjek Bahasa
Melayu. Aku berasa sangat gembira kerana sepanjang
kelas berlangsung murid aku memberikan respons dan
bersoal jawab dengan aku. Sebelum tidur semalam, aku
dapat membayangkan kelas online esok akan sunyi
kerana aku tahu ramai murid yang menghadapi kekangan
untuk hadir ke kelas yang akan dijalankan. Aku sudah
pun memikirkan beberapa cara lain untuk aku
menjalankan PdPR. Tanpa disedari, kelas aku sudah
sampai ke penghujngnya.
Sebelum kelas berakhir, aku sempat
mengucapkan ucapan terima kasih kepada murid aku
75
kerana mereka sanggup mengorbankan waktu tidur
untuk hadir ke kelas.
Aku berasa gembira dan bersyukur kerana murid
aku masih ingin mendapatkan ilmu pengetahuan
walaupun dalam keadaan kita yang menghadapi
pendemik Covid-19.
76
Nor Aizatilkhairani Asin @ Zakaria
SK Seri Tronoh
KELAS BARU NORMA BAHARU
Tepat jam 7.00 pagi. Setibanya Cikgu Rashida ke
Sekolah Kebangsaan Seri Tronoh, dia terus ke
perkarangan sekolah untuk mengambil suhu dan
memakai hand sanitizer. Melihat seorang demi seorang
anak didiknya memasuki perkarangan sekolah, tiba-
tibanya hatinya sayu dan sebak. Mungkin kerana terlalu
rindu dan lama dia tidak menatap wajah anak-anak
didiknya setelah lama warga sekolah bercuti ekoran
penularan pandemik Covid-19.
Walaupun disebalik face mask yang menutup
sebahagian daripada wajah murid-muridnya, Cikgu
Rashida masih mampu mengecam nama setiap muridnya
tanpa melihat tanda nama pada uniform mereka.
''Assalamualaikum cikgu Shida.'' Sapa seorang
murid perempuan.
''Waalaikumussalam.'' Sopan suara Cikgu
Rashida.
''Saya…Saya…'' Murid itu tidak meneruskan
kata-katanya.
Cikgu Rashida kehairanan. ''Ada yang tidak kena
pada pakaian akukah? Aku pakai tudung terbalikkah?''
Bisik hati kecil Cikgu Rashida tatkala melihat seorang
anak muridnya berkeadaan sedemikian.
''Humaira. Nama awak Humaira ya? '' Cikgu
Rashida cuba mengumpan muridnya itu supaya
bercakap. ''Boleh cikgu tolong saya?'' Kedengaran suara
77
yang terlalu perlahan. ''Boleh. Cikgu boleh tolong.
Cakaplah.'' Pinta Cikgu Rashida.
''Sebenarnya… Sebenarnya…'' Sekali lagi dia
tidak meneruskan kata-katanya.
''Cikgu tahu Humaira rindu sangat pada cikgu,
tapi janganlah sampai tidak mampu untuk berkata-kata.''
Bisik hati kecil Cikgu Rashida nakal.
''Sebenarnya, saya lupa nama kelas saya.'' Jawab
Humaira sambil menundukkan kepala.
''Takkan Humaira tidak ingat langsung nama
kelas?'' Tanya Cikgu Rashida sambil hulurkan
senyuman.
''Saya kelas 1 Inovatif. Tapi sekarang papan tanda
1 Inovatif sudah tidak ada pada kelas itu.'' Jawab
Humaira sambil memuncungkan mulutnya ke arah kelas
2 Inovatif.
''Oh… 1 Inovatif itu masa awak darjah 1 pada
tahun lepas. Sekarang awak sudah darjah 2. Jadi awak
kena belajar di kelas Tahun 2 bukan lagi Tahun 1.''
Jawab Cikgu Rashida.
''Tapi cikgu, mengapa saya rasa sekejap sangat
saya bersekolah tahun lepas?''
''Semua orang rasa begitu sebab pada masa itu
wujudnya Coronavirus. Jadi, sekolah terpaksa ditutup
dan murid-murid perlu belajar di rumah masing-masing.''
Jelas Cikgu Rashida. ''Ingat lagi tak awak belajar secara
google meet di rumah.''Tanya Cikgu Rashida sambil
merenung wajah anak muridnya itu.
''Ingat, cikgu.''
''Jadi sekarang sudah masuk Tahun 2021,
Humaira sudah pun darjah 2.''
''Mana kelas darjah 2?'' Cikgu Rashida ingin
menguji muridnya itu.
78
''Sana tu cikgu.'' Jawab Humaira sambil jarinya
menunjuk ke arah kelas 2 Inovatif.
''Pandai… Sekarang Humaira boleh masuk ke
kelas.''
''Baik cikgu. Terima kasih cikgu.'' Jawab
Humaira sambil berlalu pergi ke kelasnya.
''Alahai anak muridku, nasib baik nama cikgu
kamu masih ingat. Tahun lepas baru beberapa bulan
sahaja cikgu tengok kamu belajar di darjah 1, sekarang
ini kamu sudah pun menjadi murid darjah 2. Allah Maha
Besar, bila agaknya virus ini akan hilang?'' Bisik hati
kecil Cikgu Rashida.
Loceng sekolah telahpun berbunyi tanda waktu
pembelajaran bermula. Cikgu Rashida bergegas menuju
ke kelas pertamanya pada hari pertama persekolahan
Tahun 2021. Semoga semua warga sekolah dapat
meneruskan perjuangan dalam norma baharu.
79
Nor Aizatilkhairani Asin @ Zakaria
SK Seri Tronoh
SEPASANG SELIPAR JEPUN
Sebelum pulang, Cikgu Anita akan meneruskan waktu
pengajarannya di Kelas 2 Saujana. Hari ini Cikgu Anita
membawa murid-murid 2 Saujana ke Makmal Komputer
untuk belajar Matematik menggunakan komputer.
Sebelum memasuki makmal, Cikgu Anita akan
berpesan kepada murid-muridnya tentang peraturan
sebelum, semasa dan selepas menggunakan Makmal
Komputer.
''Sebelum masuk ke dalam Makmal Komputer
ini, semua murid perlu menanggalkan kasut dan susun
kasut di rak kasut. Pastikan kamu ingat dan cam kasut
masing-masing. Ingat, pastikan kamu masuk ke dalam
makmal dalam barisan.'' Pesan Cikgu Anita panjang.
Setelah 1 jam berlalu, maka tamatlah waktu
pembelajaran Matematik hari ini. Semua murid telah pun
menuju ke kelas. Hanya tinggal seorang murid yang
sedang mencari-cari sesuatu di rak kasut.
''Anaqi, apa yang sedang kamu cari?'' Tanya
Cikgu Anita kehairanan.
''Kasut saya hilang cikgu.'' Jawab Anaqi perlahan.
Matanya sudah berkaca.
''Macam mana boleh hilang? Takkan lah kawan
kamu hendak ambil pula. Marilah cikgu tolong carikan.''
Setelah puas mencari, kasut Anaqi masih tidak
ditemui. Sehinggalah Cikgu Anita ternampak sepasang
selipar jepun berdekatan rak kasut di situ.
80
''Maaf Anaqi. Sudah penat cikgu cari tapi tidak
jumpa. Awak pakai sahaja selipar jepun ini. Lagipun
sudah waktu balik. Esok sahaja kita sambung cari.''
Pujuk Cikgu Anita lembut.
Anaqi tiada pilihan. Dengan sedih dia pulang
memakai selipar jepun.
***
Malamnya, sedang Cikgu Anita usai menanda
buku latihan murid, kedengaran telefonnya berdering.
Dicapainya lalu menjawab panggilan itu.
''Assalamualaikum cikgu.'' Kedengaran suara
serak-serak basah seorang wanita di hujung talian.
''Saya ibu Anaqi.'' Rasa hendak luruh jantung
apabila mendengar nama Anaqi disebut wanita itu.
''Adakah ibu Anaqi hendak memarahiku?
Mungkin dia tidak berpuas hati kasut anaknya hilang
siang tadi.'' Bisik hati kecil Cikgu Anita.
''Siang tadi Anaqi balik sekolah memakai selipar
jepun. Dia cakap kasut sekolahnya hilang masa kelas
cikgu di Makmal Komputer. Kasut itu baru saya beli,
sudah hilang. Sebelum tidur tadi, Anaqi beritahu saya
semula yang dia baru ingat.''
Talian senyap seketika.
''Ingat apa, puan?'' Tanya Cikgu Anita ingin tahu.
''Semasa cikgu membawa murid-murid ke
Makmal Komputer, Anaqi masih di Kelas Pemulihan.
Dari jauh dia nampak kawan-kawan sekelasnya menuju
ke Makmal Komputer. Dengan terburu-buru, dia terus
menyarungkan selipar jepun yang ada di rak kelas
pemulihan itu. Apabila tamat subjek cikgu, dia terlupa
yang dia telah memakai selipar jepun itu. Kasut Anaqi
81
ada di rak kasut di kelas pemulihan.'' Ibu Anaqi memberi
penjelasan.
''Masya-Allah… saya ingatkan kasut Anaqi betul-
betul hilang.'' Jawab Cikgu Anita sambal ketawa.
''Minta maaf cikgu. Disebabkan kecuaian Anaqi,
cikgu bersusah payah mencari kasutnya tadi.''
''Malu saya dibuatnya.'' Sambung ibu Anaqi lagi.
''Tidak mengapalah puan. Lagipun, Anaqi tidak
sengaja. Puan jangan marah dia pula.'' Pujuk Cikgu
Anita.
''Esok, saya akan minta Anaqi hantar semula
selipar jepun ini dan ambil semula kasutnya.''
''Baiklah puan. Lagipun selipar jepun itu hak
milik kelas pemulihan.'' Cikgu Anita berjenaka.
''Terima kasih, cikgu.''
82
Nor Aizatilkhairani Asin @ Zakaria
SK Seri Tronoh
TANGISAN DALAM KEREDHAAN
Januari 2019, saat dunia sedang rancak meneruskan
perjalanan kehidupan yang penuh dengan globalisasi dan
pemodenan, tiba-tiba muncul satu watak yang amat
digeruni dunia pada masa kini. Coronavirus atau Covid-
19 kini terlalu popular. Ya, terlalu popular sehingga
mengalahkan populariti Mariah Cary dan Dato‟ Siti
Nurhaliza. Ekoran pandemik ini, amat memberi kesan
yang mendalam terhadap kehidupan manusia di seluruh
dunia.
Setelah beberapa hari Dr. Hadwa tidak
menjenguk anak-anaknya di rumah demi tugas dan
tanggungjawab yang perlu dipikulnya, hari ini dia dapat
menarik nafas lega. Kerinduan terhadap kedua-dua
puterinya tidak dapat dibendung lagi. Syukur kerana
dianugerahi suami yang sangat memahami tugasnya kini.
''Assalamualaikum anak-anak ibu.'' Suara ceria
Dr. Hadwa setibanya dia di rumah.
''Ibu!!!'' menjerit anak-anak kecil keriangan
sambil merangkul susuk tubuh insan yang amat dirindui.
''Ibu Ok? Ibu tak apa-apa kan?'' Tanya puteri
sulung yang berusia 12 tahun. Dia juga sudah mengerti
dan memahami situasi yang berlaku kini.
''Alhamdulillah sayang. Ibu sihat. Ibu harap Allah
sentiasa berikan ibu sihat kerana ramai lagi pesakit yang
perlu ibu tolong.''
''Hadwa, saya tahu awak memang seorang doktor
yang sangat komitmen. Tapi kadang-kadang kami risau
83
kesihatan dan keselamatan awak. Kami tak nak awak
pula yang sakit.'' Tiba-tiba Amran muncul mendekati
mereka.
''Insya-Allah Am, kami sebagai frontliner akan
sentiasa dilindungi Allah. Selagi Allah izinkan kami
berjuang''
***
Malam itu, selesai solat Isyak, Hadwa termenung
jauh. Hatinya tiba-tiba sayu mengenangkan keadaan
pesakit-pesakit yang dijangkiti Covid-19. Tanpa disedari,
pipi Hadwa dibasahi dengan linangan air mata.
''Ya Allah, terlalu berat ujian yang Engkau
berikan kepada kami. Adakah kami mampu untuk hadapi
semua ujian ini? Atau, adakah kami akan tewas
akhirnya?'' Bisik hati kecil Dr. Hadwa.
Tiba-tiba dia teringatkan seorang warga emas
yang sedang bertarung nyawa di wad kecemasan siang
tadi.
''Pakcik, pakcik. Mengucap pakcik. Mengucap
pakcik.'' Sedaya upaya Dr. Hadwa cuba menenangkan
salah seorang pesakit yang telah dijangkiti Covid-19.
Sosok tubuh yang kurus. Dadanya berombak-ombak.
Nafas tersekat-sekat. Terlalu sukar untuk bernafas.
Dalam keadaan terkawal Dr. Hadwa dan beberapa
jururawat cuba menenangkan pesakit tua itu, Namun,
terjurai jua air mata Dr. Hadwa. Mana mungkin dia
mampu menahan kepiluannya melihat seorang tua persis
seorang ayah dalam keadaan nazak begitu. Namun,
semua aturan Allah. Pesakit tua itu masih diberi peluang
bernafas. Kini, keadaannya kembali stabil.
84
Tiba-tiba terasa tangannya digenggam seseorang.
Dr. Hadwa lantas mengesat air matanya. Dia sendiri
tidak sedar agak lama dia termenung di hujung katil.
''Insya-Allaah sayang, semuanya akan kembali
seperti biasa. Segala apa sahaja ujian yang Allah
turunkan kepada manusia ada sebabnya. Kita sebagai
hamba dan khalifah perlu sentiasa bersedia apa-apa
sahaja kemungkinan yang akan berlaku. Doa, tawakkal
dan usaha itulah yang perlu kita pegang sekarang ni.''
Nasihat Amran kepada isteri yang amat dicintainya.
Dia tahu, isterinya terlalu bimbangkan pesakit-
pesakit di hospital. Dia juga tahu, isterinya terlalu letih.
Terlalu banyak air matanya tumpah. Sebagai suami,
Amran perlu sentiasa menjadi tulang balakang isterinya
dan tidak sesekali putus dengan memberi kata-kata
semangat kepada isterinya.
Alhamdulillah syukur pada-Mu Ya Allah. Setelah
setahun berlalu dengan perubahan perjalanan kehidupan
manusia dengan norma baharu, Dr. Hadwa bahagia dapat
meluangkan sepenuhnya bersama suami dan anak-anak
kesayangannya. Telefon bimbit Dr.Hadwa berbunyi. Dia
baru selesai solat Isyak. Lantas dicapainya telefon bimbit
yang berada di atas meja.
''Ye. Baik. Saya pergi sekarang.'' Bersahaja nada
suara Dr. Hadwa.
''On call? '' Tanya Amran seolah-olah memahami
panggilan yang baru diterima oleh isterinya sebentar
tadi..
Dengan pandangan sayu, Dr. Hadwa menatap
wajah suaminya sambil mengangguk lemah.
''Maafkan Hadwa Am. Malam ni saya terpaksa
bertugas. Arahan PKP seluruh negeri akan
dikuatkuasakan esok.'' Sayu nada suaranya.
85
Air mata Dr. Hadwa mengalir lagi. Sangkaannya
tidak ada lagi kes baharu. Rupa-rupanya setelah
pembukaan semula sektor pendidikan dan ekonomi,
Coronavirus menyerang lagi. Pasrah dan redha dengan
perancangan Yang Maha Esa kerana hanya Dia yang
tahu akan setiap kejadiannya.
86
Nor Asikin Binti Hj Yusoff
SK Siputeh
HIJAU
Sedang aku sibuk menanda buku latihan tatabahasa,
telinga aku terdengar perbualan rancak tiga orang anak
muridku. Perbualan mereka berkisar tentang persiapan
membeli baju raya.
Azri: Taqris, Awwal, kamu dah beli baju raya
ke?
Taqris: ''Puasa kan baru sepuluh hari. Buat apa
beli awal-awal.'' Jawab Taqris dengan bersahaja.
Awwal: ''Yang kamu sibuk tanya tu kenapa?
Mesti kamu dah beli baju raya kan, Azri?'' Tanya Awwal
sambil mencemikkan mukanya.
Azri: ''Ye, aku dah beli semalam. Baju kurta
warna hijau… lawa gila.'' Jelas Azri kepada rakan-
rakannya dengan wajah yang ceria.
Taqris : ''Ayah kamu kurta warna apa?'' Soal
Taqris ingin tahu.
Azri : Kurta hijau jugak.
Awwal : ''Oooo… Tema raya warna hijau la ye?''
Tanya Awwal sambil cuba membuat kesimpulan tentang
warna kurta keluarga Azri.
Azri: ''Eh, Bukan! Bukan hijau semuanya.''
Terang azri kepada Awwal.
Taqris: ''Habis tu, baju raya mak kamu warna
apa. Merah ke?'' Tanya Taqris inginkan kepastian.
Azri: ''Baju aku warna hijau kuat. Ayah aku dan
mak aku hijaunya perlahan sikit. Lepas tu, kurta abang
long aku, lagi kuat hijaunya. Kak ngah aku, kale hijau
87
sikit-sikit je. Adik aku pulak kale hijaunya kat koler je.''
terang Azri sedalam-dalamnya kepada Taqris dan
Awwal sampai terangkat-angkat tangannya.
Aku lihat Awwal dan Taqris mengerutkan muka.
Pecah berderai gelak aku mendengar perbualan mereka
pagi tadi. Isunya kurta hijau.
88
Norasiah Binti Abdullah Sani
SK Tronoh
REZEKI TAK SALAH ALAMAT
Usai memberi tugasan kepada murid-murid melalui
WhatsApp serta melayan pelbagai pertanyaan dari murid,
aku merehatkan minda. Aku cuba menjengah laman
muka bukuku.
Aku menjengah halaman muka buku Kami Guru
Malaysia. Banyak juga karya para guru dikongsi di
laman ini. Aku tertarik dengan karya berunsur dakwah
oleh Cikgu Haitun Kamarazaman. Karya yang disiarkan
oleh beliau secara bersiri. Menyebabkan aku ternanti-
nanti.
Karya Cikgu Zaini merupakan karya yang unik
kerana ceritanya berkisar unsur mistik. Kisah yang
melibatkan alam lain. Sungguh di luar kotak fikiran aku.
Ada lagi. Karya cikgu yang menggelarkan
dirinya Mok Que Que Que. Seunik namanya, unik juga
kisah yang dipersembahkan.
Begitulah kisah aku mengisi masa semasa
tempoh berPdPR. Walau masa agak terhad, peluang
untuk membaca karya rakan seperjuangan tidak boleh
dilupakan.
Dalam masa berkongsi karya di laman muka
buku, mereka turut mempromosikan buku karya mereka.
Hebat sungguh. Teringat dulu-dulu…memang ramai
penulis di kalangan guru. Cuma dewasa ini, tugas hakiki
yang terlalu banyak, menyebabkan ramai yang
mempersa-siakan bakat. Tanpa berfikir panjang, aku beli
89
karya mereka. Boleh kubaca bagi mengisi masa
terluang.
Teringat aku dengan rakan sekumpulan semasa
ditugaskan sebagai Pemeriksa Kertas UPSR. Tidak
sangka aku berjumpa dengan seorang penulis novel juga
seorang pemuisi. Aima Armia. Begitulah nama pena
yang tertulis pada Novel Sisipan Cinta Mengharum,
2011 dan Hati ke Hati, 2012.
Baru beberapa minggu mengikuti kelas
bersemuka selepas berPdPR, aku dipanggil menghadiri
Bengkel Penulisan Kreatif. Apakah itu?
Namun, bila tarikhnya tiba, barulah aku tahu.
Penulisan Kreatif di kalangan guru untuk melahirkan
penulis-penulis di kalangan kami. Memang menarik. Jika
dulu, tidak terlintas untuk menulis, sebaliknya aku suka
membaca karya-karya orang lain. Alangkah bertuahnya
bila diberi peluang untuk cuba menulis. Rezeki aku
terpilih untuk mengikuti bengkel ini. Benarlah kata
pepatah, rezeki tak salah alamat.
90