Norasiah Binti Abdullah Sani
SK Tronoh
PRIHATIN
''Cikgu, anak saya hanya boleh siapkan kerja yang cikgu
beri pada waktu malam sahaja. Kami ada satu telefon
sahaja,'' luah Puan Yati, ibu Iman melalui mesej di
telefon.
''Tidak mengapa, puan. Saya faham. Buatlah
setakat yang termampu,'' balas Cikgu Yanie, Guru
Matematik kelas 6 Jupiter.
Cikgu Yanie cuba bertanya rakan sejawatnya
perihal keluarga Iman. Menurut Cikgu Riena, Guru
Kelas 6 Jupiter, kesusahan keluarga Iman disebabkan
bapanya tidak bekerja kerana menjaga anak bongsu yang
masih kecil.
''Kenapa tidak bekerja? Bukankah bapanya masih
muda dan sihat,'' Persoalan yang bermain di minda
diluahkan.
Menurut Cikgu Riena, bapa murid ini pernah
terjebak dengan najis dadah. Oleh itu, dia dibuang kerja.
Kini, dia telah bebas dari najis dadah namun amat sukar
untuknya mendapat pekerjaan. Isterinya, Puan Yati
hanya bekerja pencuci pejabat.
Sebelum ini, bapa Iman mencari bahan-bahan
seperti tin aluminium dan botol plastik untuk dijual di
pusat kitar semula. Dalam keadaan negara diisytiharkan
PKP, mana mungkin untuk bapa Iman merayau-rayau
mencari barangan yang boleh dijual semula.
91
Cikgu Yanie berharap agar anak didiknya itu tahu
pentingnya ilmu. Semoga kedaifan keluarganya dapat
diperbaiki.
Cikgu Yanie sepakat dengan rakan sejawatan di
sekolah untuk menyediakan bahan pelajaran berupa
modul bagi memudahkan Iman belajar.
Bersama sumbangan berupa keperluan makanan,
Cikgu Yanie dan Cikgu Riena telah berkunjung ke
rumah Iman. Mereka menghantar Modul PdPR bagi
memudahkan Iman belajar.
Semoga keprihatinan guru-guru ini dapat
meringankan beban keluarga Iman.
92
Norasiah Binti Abdullah Sani
SK Tronoh
KEJAYAAN
''Terima kasih, cikgu. Jasa cikgu akan saya kenang.
Maafkan saya atas kekasaran saya dahulu,'' luah Encik
Zakuan
Tina, puteri bongsu Encik Zakuan telah menjadi
johan dalam pertandingan menulis esei. Siapa sangka,
seorang murid yang lemah dalam Bahasa Melayu, lemah
dalam membina ayat, akhirnya telah menempa kejayaan.
Terimbas kembali kisah setahun yang lalu.
''Salam, cikgu. Saya nak minta cikgu-cikgu
selaraskankan tajuk grouping. Ada group Bahasa
Melayulah, ada group Bahasa Inggerislah. Peninglah
saya cikgu. Kadang-kadang termissing latihan yang
dihantar melalui wasap walaupun dah dibuka awalnya.''
''Saya bukan hanya duduk di rumah. Tapi buat kerja
pejabat, juga. Nak mengajar anak lagi. Melayan karenah
anak-anak.'' Demikianlah pesanan yang dihantar oleh
Encik Zakuan semasa awal berPdPR dahulu.
Guru-guru ingin memudahkan ibu bapa
menerima tugasan. Rupanya mereka tidak menyenangi
cara begitu. Akhirnya, semua guru sepakat, tugasan
diberi dalam satu group rasmi kelas Tahun 3 Excellent.
Siapa sangka, anak yang lemah itu akhirnya
berjaya berkat bimbingan dan tunjuk ajar dari ayahnya.
Encik Zakuan gigih membimbing anaknya setelah
mendapati anaknya terlalu lemah dan tidak berminat
menyiapkan kerja-kerja persekolahan.
93
Berkat kesungguhan Encik Zakuan dan kegigihan
Tina belajar, akhirnya Tina berjaya. Tina telah mampu
menulis esei dengan baik. Buktinya, Tina telah berjaya
mengalahkan murid-murid dari kelas lain dalam
pertandingan tersebut.
Sesungguhnya, kejayaan tidak datang tanpa
usaha.
94
Nurjannah Binti Yasuni
SMK Sentosa
BILIK DARJAH ATAU BILIK TIDUR?
Cikgu Farihin masuk ke kelas 3 Bestari. Pandangannya
tertumpu kepada seorang murid. Murid itu sedang tidur.
''Selamat pagi cikgu Farihin,'' semua murid
memberi salam. Tetapi murid itu masih tidur di meja
sambil memeluk beg sekolahnya.
Cikgu Farihin pergi ke tempat murid yang tidur
itu lalu mengetuk mejanya. Cikgu Farihin bersuara
dengan nada lembut ''hei, bangun. kenapa masih tidur?''
murid itu masih tidak menjawab.
Cikgu Farihin mengejutkan lagi dengan nada
lembut ''bangun sekarang, pergi basuh muka.'' Murid itu
masih tidak mahu diganggu.
Kali ketiga ini, cikgu Farihin sudah hilang sedikit
kesabaran. Tiba-tiba datang satu idea. Dengan nada
seperti cemas dalam kebakaran, cikgu Farihin
melaungkan dengan kuat di tepi telinganya ''api… api…
api …!!! Cepat selamatkan diri !!!''
Tiba-tiba dia terus bangun seolah-olah hendak
menyelamatkan diri. Dia berlari memeluk beg ke arah
muka pintu kelas dengan pantas.
Beberapa saat kemudian, dia berhenti di luar
kelas. Dia menoleh kembali ke belakang. Dia melihat
rakan-rakan di dalam kelas sedang tertawa dengan
gelagatnya. Dia tersipu malu dengan mukanya tersengih
mengukir senyuman yang menampakkan air liur
berlinang di tepi bibirnya.
95
Cikgu Farihin mengeluh ''dalam kelas PdPR
kamu tidur, kelas bersemuka pun kamu tidur.'' dia masih
tersengih tanpa ada rasa bersalah.
96
Nurjannah Binti Yasuni
SMK Sentosa
KERISAUAN YANG TERPENDAM
Jam menunjukkan tepat 8.00 pagi menandakan kelas
PdPR Cikgu Aini akan berlangsung. Sepatutnya kelas
sudah bermula. Tetapi paparan laman google meet kelas
5 Seri masih kosong. Hanya ada paparan muka Cikgu
Aini sahaja. Cikgu Aini menghirup secawan kopi dan
setia lagi menunggu murid-muridnya.
30 minit berlalu…
Dilihat pada skrin group WhatsApp kelas, tiada
seorang pun yang muncul menjawab pertanyaan cikgu
Aini. Mereka tidak memberi kerjasama pun.
45 minit sudah berlalu… Cikgu Aini masih
menghadap skrin paparan google meetnya.
Selang beberapa minit, kedengaran deringan
panggilan masuk melalui telefon Cikgu Aini. Panggilan
dijawab, namun hanya kedengaran suara latar murid di
belakang panggilan itu.
"Cikgu... Cikgu... Kami dalam kelas ni. Cikgu kat
mana? Kami tak sabar nak belajar dengan cikgu. Semua
latihan telah kami siapkan tau" latar suara murid-murid
itu sering berulang-ulang didengar dan semakin
bergempita mengganggu pendengaran cikgu Aini.
"Aikkk... " Cikgu Aini berasa pelik.
Dia menoleh kiri dan kanan. Seolah merasa dia
berada di alam yang lain. Pandangan matanya tertumpu
ke arah paparan google meet yang jelas menampakkan
wajahnya. Sekali imbas, paparan menjadi kosong.
Sekelilingnya menjadi gelap gelita.
97
Kringgggggg....Kringgggggg...
Jam yang telah dikunci berbunyi menandakan
jam 6.00 pagi. Cikgu Aini bangun dalam kesayuan.
Mimpi ngeri itu muncul lagi menghantuinya. Kerisauan
terhadap pembelajaran muridnya sentiasa bermain di
fikiran. Namun, sikap murid yang memandang PdPR ini
tidak serius, amat membimbangkan.
Dia termenung sejenak. "Harapanku, semoga
kelas hari ini penuh dengan kehadiran murid-muridku…
ilmu ini akan aku sampaikan kerana tugas inilah jiwa dan
ragaku sepanjang hayat" desis hati kecilnya.
98
Nurjannah Binti Yasuni
SMK Sentosa
USAHA TANGGA KEJAYAAN
Dia Yusuf, seorang murid yang serba kekurangan. Tetapi
mempunyai jiwa yang cukup luar biasa.
"Cikgu, nanti masa PdPR , saya tak dapat nak
sertai kelas. Saya minta maaf" katanya.
" Kenapa? Kamu akan ketinggalan nanti Yusuf"
jawabku.
"Cikgu, saya tak mampu. Saya tiada telefon.
Ayah saya tak mampu beli. Apa lagi pilihan yang saya
ada". Katanya lagi.
Aku teringat kisah dia meluah rasa seminggu
yang lalu.
Kelas PdPR pertama bermula .
" Baik, cikgu akan ambil kehadiran ya" kataku.
Kelas 3 Dahlia ini ada 25 orang murid.. tapi
kehadiran hanya 24 sahaja kerana Yusuf tidak menyertai
kelas PdPR pertama aku.
"Alhamdulillah, terima kasih semua. Esok kelas
kita ada lagi ya. Jumpa jam 10.00 pagi esok" kataku
sebelum menamatkan kelas.
Keesokan harinya.
"Assalamualaikum cikgu, hari ni saya hadir
kelas" suara Yusuf dengan penuh semangat menyapaku
di google meet. Ku lihat mukanya di paparan google
meet Ashraf.
Ku tanya "Yusuf, kamu di mana? "
"Cikgu, saya di rumah Ashraf. Awal-awal pagi
sudah ke sini untuk sertai kelas cikgu. Saya tak nak
ketinggalan. Nanti saya rugi" Tersentap aku dengan kata-
99
katanya. Semangat yang luar biasa. Sedangkan masa dia
meluah rasa dan masalah tidak boleh sertai kelas PdPR,
aku buat tak endah saja.
"Cikgu, cikgu.. jom kita mulakan kelas"
lamunanku terhenti apabila Suri menegurku.
"Baik, ayuh kita mulakan kelas. Semua mesti
semangat ya !" Ujarku penuh gembira.
100
Nurul Nadiah Binti Khairuddin
SK Seri Jaya
RUMAHKU, PEJABATKU
Notifikasi Aplikasi Telegram di telefon pintar berbunyi.
Aku merenung sepi telefon pintar di atas meja.
Denyutan di kepalaku semakin kuat. Masih terngiang-
ngiang pesanan majikanku, Encik Azman dalam
mesyuarat kakitangan secara atas talian menerusi
aplikasi google meet sebentar tadi.
''Bagi mengekalkan produktiviti syarikat di tahap
optimum, saya menyeru agar semua kakitangan peka
dengan sebarang maklumat dan informasi di dalam e-mel
masing-masing dan juga di Telegram Rasmi. Bekerja
dari rumah bukanlah satu alasan yang boleh anda semua
gunakan untuk tidak dapat menjalankan tugasan dengan
baik. Sehubungan itu, saya ingin memutuskan di sini,
jika ada mana-mana kakitangan yang tidak respons
dengan e-mel mahupun Telegram dalam masa 30 minit,
individu tersebut dikira tidak hadir pada hari tersebut,''
ujar Encik Azman dengan nada tegas.
Aku bagaikan terpukul dengan kata-kata itu.
Fikiranku menerawang. Peristiwa aku terlepas pandang
e-mel klien menerpa dalam ingatan. Sesungguhnya aku
benar-benar tidak sengaja. Hampir tiga jam telefon pintar
dan komputer ribaku digunakan oleh anak-anakku secara
bergilir-gilir. Terusik hatiku melihat kesungguhan
mereka menyiapkan tugasan sekolah masing-masing
secepat mungkin.
''Argghh, bukan salah mereka,'' jeritku dalam
hati. Aku menarik nafas panjang. Aku segera membalas
101
e-mel klien yang bertanyakan mengenai sebut harga
produk syarikatku. Di akhir e-mel tersebut tidak lupa aku
titipkan seribu kemaafan di atas kelewatan.
Jam di dinding berbunyi menandakan pukul 6.00
petang. ''Alamak, makan malam belum lagi aku
sediakan,'' bisikku dalam hati. Teringat suamiku yang
merupakan petugas di hospital yang sudah pastinya penat
apabila pulang nanti. Aku menyusun langkah ke dapur.
Sesungguhnya keadaan norma baharu rentetan daripada
pandemik Covid-19 ini benar-benar menguji. Aku
memujuk hati. InsyaAllah keadaan akan kembali pulih
dan bertambah baik.
Notifikasi Aplikasi Telegram di telefon pintar
berbunyi lagi.
102
Nurjannah Binti Yasuni
SMK Sentosa
BOLOS SAJA DINDING ITU
Lama tatapanku singgah di skrin telefon pintar. Kagum
aku melihat kesungguhan rakan-rakanku memuat naik
video pengajaran di Youtube. Masing-masing telah
mencuba sebaik mungkin untuk menyampaikan ilmu
agar murid-murid tidak ketinggalan.
'Wah hebatnya mereka,' bisik hatiku.
Aku perhatikan pelbagai aplikasi yang tidak
pernah aku tahu. Sejujurnya aku kurang gemar meneroka
aplikasi baru untuk menyampaikan pengajaran. Pada
aku, kaedah pengajaran lama seperti chalk and talk
adalah lebih berkesan.
Tiada siapa menyangka, tiada siapa menduga
kehadiran pandemik Covid-19 benar-benar merubah
keadaan. Aku yang dahulunya hanya gemar melayari
facebook dan youtube untuk menonton drama Korea
secara atas talian, mula berubah.
Telefon pintarku sudah mula dipenuhi aplikasi
seperti XRecorder, Canva dan Kinemaster. Semua
aplikasi ini aku muat turun bagi memudahkan aku
menyediakan bahan pengajaran untuk Pengajaran dan
Pembelajaran Di Rumah (PdPR).
''Bolos saja dinding itu, '' ucap Sarah, rakan
seperjuanganku memetik cogan kata pengacara terkenal
Zizan Razak dalam Rancangan Bolos. Ini semua gara-
gara aku menghubunginya lantaran kerisauan dan
kegusaran aku untuk menghadapi PdPR. Beliau juga
memberi kata-kata semangat kepadaku untuk membina
103
bahan pengajaran yang menarik dan interaktif kepada
murid-murid.
''Bolos saja dinding itu.'' Kata-kata itu terngiang-
ngiang lagi.
104
Nurjannah Binti Yasuni
SMK Sentosa
PANIK SI GELANG PINK
Suasana di dalam kelas hingar-bingar. Ini semua gara-
gara murid yang baharu berpindah dari Kuala Lumpur
pada bulan Oktober lalu.
''Cikgu, saya nampak Afiah, murid baru itu pakai
gelang pink. Bila saya cuba hendak lihat, dia cepat-cepat
sembunyikan di bawah lengan baju,'' bisik Farah pada
Cikgu Linda. Bagai hendak tersembul biji mata Cikgu
Linda mendengar aduan tersebut. Matanya lantas meliar
mencari kelibat Afiah. Kelihatan murid tersebut seperti
dalam ketakutan sambil menyembunyikan tangan di
bawah meja.
''Cikgu mahu awak semua pakai pelitup muka
sekarang, sesiapa yang bawa face shield boleh pakai
juga. Semua murid sila duduk di tempat masing-masing.''
Arah Cikgu Linda dengan nada yang sangat tegas.
Perlahan-perlahan Cikgu Linda bergerak menuju ke arah
murid baru tersebut. Dia teragak-teragak hendak
bercakap dengan Afiah dari jarak yang mana.
''Afiah, betul ke awak pakai gelang pink datang
ke sekolah?'' Soal Cikgu Linda dengan nada yang agak
kuat ekoran dirinya yang berada dari jarak yang jauh dari
murid tersebut. Murid-murid lain semua panik dan
memandang ke arah satu sama lain . Afiah kelihatan
pucat. ''Betul cikgu. Saya ambil kakak saya punya
gelang hadiah hari jadi sebab saya suka warna pink.
Saya janji lepas ini saya tidak akan ambil barang tanpa
105
kebenaran tuannya.'' jawab Afiah sambil teresak-esak
menahan tangis.
''Ya Allah, gelang hadiah rupanya. Cikgu ingat
„gelang pink‟ kena kuarantin tadi,'' ujar Cikgu Linda
menarik nafas lega. Matanya merenung tajam seperti
mahu menelan Farah yang tersengih-sengih di depan
kelas.
106
Rafeah Binti Sapari @ Pardi
SMK Idris Shah
RINDU OH WINDU!
Wajah tua itu aku tatap. Kuamati setiap inci wajahnya.
Garis-garis halus dan kasar bersarang pada wajah tuanya.
Sana sini terlukis gambar kedukaan dalam dirinya.
Hampir satu abad wajah ini mendambakan diri setia pada
tuhannya dan pada suaminya. Tiada keluh kesah yang
terbisik dalam hatinya walaupun tidak setitis pun
kegembiraan yang dikecapinya. Setiap saat waktunya
pengabdian kepada Yang Maha Esa dan suaminya
menjadi pengubat kepada kedukaannya.
''Adik tak balik ke tengok emak dengan ayah,''
wajah tua yang penuh mengharap menunggu jawapan
dari anak yang dirinduinya.
''Tak bolehlah mak,'' anaknya memulakan bicara
dengan suara yang sebak menahan tangis.
''Nak rentas negeri sekarang susah mak, adik dah
cuba,'' sambung bicaranya lagi.
''Mak sihat?,'' adik bertanya.
Belum sempat emak menjawab talian telefon
terputus. Wajah tua itu seakan kecewa namun dia tetap
mengharap anak bongsunya akan menghubunginya
semula.
Emak beredar setelah tiada tanda-tanda yang
anaknya akan menghubungi semula. Walaupun hatinya
sedih dirasakan tetapi dia tetap mendoakan kebahagiaan
anak tunggalnya.
'Selalunya adik tak macam ni,' hatinya berbisik.
107
'Adik akan telefon balik kalau terputus,' bisiknya
lagi.
'Mungkin dia sibuk agaknya,' getus hatinya.
Emak terus melaksanakan rutin hariannya
melayani buah hatinya.
''Assalamualaikum…''
''Mak…''
''Mak…''
Emak terbongkok-bongkok meneliti suara halus
yang didengarnya. Sebaik tiba di muka pintu, wajah tua
itu terbeliak seolah-olah tidak percaya susuk tubuh yang
ada di hadapannya. Berjurai air mata tuanya apabila
melihat susuk montel dan ceria di hadapannya adalah
anak yang dirinduinya. Emak memeluk erat tubuh
montel itu sambil tidak henti-henti mengucapkan syukur
kepada Yang Maha Esa kerana mengabulkan doanya.
Mereka berpelukan sambil beriringan masuk ke rumah
untuk bertemu dengan buah hati emak dengan rasa
kepuasan dan kegembiraan.
108
Rafeah Binti Sapari @ Pardi
SMK Idris Shah
BELANG
''Belang, Belang, Belang,'' suara aku makin kuat.
'Manalah perginya Si Belang ni, dah 2 hari hilang,' getus
hatiku.
Dah 2 hari aku berpusing-pusing menunggang
basikal sekeliling taman perumahanku untuk mencari
kucing kesayanganku .
Aku tak putus asa, terus mencari kelibat Belang.
Setiap waktu aku tak putus doa untuk Belang . Aku rindu
Belangku. Aku rindu telatahnya yang manja denganku.
Puas aku bertanya kepada jiranku tentang Belang, tapi
jawapan mereka tetap sama, tak nampak kata mereka.
'Baliklah Belang…' aku menangis sendirian.
Semasa aku membuka pintu, kulihat Belang
menunggu di muka pintu. Belang mengiau sambil berlari
ke sana dan kemari seolah-olah mengajak aku melihat
sesuatu. Aku mengikuti Belang …
'Ya Allah, anak ular tedung selar ini,' bisik
hatiku.
Belang tetap berlari ke sana dan ke mari. Aku
segera memanggil suamiku. Suami aku pun terkejut
apabila melihat anak ular tedung selar yang lemah di
hadapan pintu pagar. Aku mengagak yang Belang telah
mengalahkan anak ular tedung selar tu dengan teknik
helahnya.
''Belang penyelamat kita,'' suamiku memulakan
bicaranya.
Aku mengangguk setuju.
109
Sejak itu Belang menjadi kesayangan kami. Sejak
itu Belang akan menjadi pembantu kami menangkap
cencurut dan haiwan lainnya. Dapat kubayangkan yang
haiwan tersebut menari-nari gembira apabila Belang tak
ada.
Tiba-tiba pada petang itu, anak jiranku berlari-
lari mendapatkanku.
''Makcik''
''Makcik, saya nampak Belang,'' ujarnya.
''Nampak kat mana?'' aku bertanya
''Di rumah Pakcik Bahri,'' katanya.
''Kata Pakcik Bahri, dia nampak Belang mundar-
mandir, macam sesat,'' katanya lagi.
Tanpa lengah aku mencapai basikalku dan terus
menuju ke rumah Pakcik Bahri. Sebaik sampai kulihat
Belang berlari ke arahku seolah-olah rindu akan aku.
Aku memeluk Belang dan dapat kurasakan erat pelukan
Belang seolah-olah tidak mahu berpisah lagi denganku.
Tanpa henti aku mengucapkan syukur kepada Yang
Maha Esa kerana menemukan aku dengan Belang. Aku
berjalan pulang sambil membawa Belang kesayanganku
dengan perasaan gembira yang tidak dapat diungkapkan
dengan kata-kata.
110
Rafeah Binti Sapari @ Pardi
SMK Idris Shah
PKP PdPR
Seperti biasa aku mengingatkan anak muridku tentang
kelas Bahasa Melayu. Setiap kali itu jugalah mereka
berjanji akan hadir . Hanya beberapa murid sahaja yang
menyatakan ketidakhadiran mereka atas alasan tiada
peranti. Aku akur kerana tidak semua pelajar
berkemampuan untuk memiliki peranti sendiri.
''Cikgu saya tak dapat sertai kelas Google Meet
cikgu, data dah nak habis,'' Marry memberitahuku.
''Cikgu , macam mana saya nak hadir kelas cikgu.
Telefon bimbit saya adik saya guna sebab dia ada kelas,''
Ali menyusul memberikan alasan. Aku akur dengan
alasan mereka.
'Nak marah pun tak boleh. Memang mereka tak
mampu,' aku berbisik dengan diriku.
Aku mengambil keputusan untuk memperbanyak
salinan tugasan untuk kuberikan kepada anak didikku.
Aku terus bergegas untuk menyediakan bahan yang
sesuai untuk minggu tersebut dan untuk minggu-minggu
yang seterusnya. Aku yakin anak muridku akan
melaksanakan tugasan seperti orang lain yang
mempunyai gajet.
Setelah selesai urusan menyediakan dan
memperbanyak salinan tugasan, aku bergegas menuju ke
setiap rumah anak muridku. Walaupun agak
menyusahkan tapi aku tetap teruskan mencari rumah-
rumah anak muridku agar mereka tidak ketinggalan.
111
'Kalau aku tak buat macam ini mesti mereka
ketinggalan,' aku berbisik lagi.
Keesokan harinya sewaktu kelas Bahasa Melayu
melalui aplikasi Google Meet aku terkejut apabila semua
pelajarku hadir. Terharu rasanya apabila mereka sanggup
berkongsi gajet antara satu sama lain.
'Cikgu… kami tak mahu ketinggalan,' jerit
Marry.
''Saya pun, cikgu,'' Ali mencelah.
Sesi PdPR pada hari itu amat meriah dengan
suara mereka. Mereka juga berjanji akan berusaha untuk
hadir kerana tidak mahu ketinggalan dalam pelajaran.
112
Rafqah Binti Bahazan
SK Sultan Yussuf
REZEKI
Mak Timah mengusap lembut deretan lampin bayi yang
baru dilipatnya sambil tersenyum. Sudah lama tidak
kedengaran tangisan bayi kecil di rumah peninggalan
arwah suaminya ini. Kali terakhir ketika dia melahirkan
anak bongsunya Arman, 27 tahun dahulu.
Arman.
Anak bongsu dari tiga adik beradik itu benar-
benar menguji kesabaran. Tatkala umur Arman
mencecah 14 tahun, ketika itulah suaminya dijemput
Ilahi secara tiba-tiba setelah empat hari diserang demam
panas. Mungkin tidak dapat menerima takdir, sikap
Arman mula berubah. Daripada seorang anak yang baik,
dia mula terpengaruh dengan rakan-rakannya. Lumba
haram, ponteng sekolah, merokok... Senaraikan apa
sahaja salah laku remaja, hampir semuanya Arman
terjebak. Rasa dah tebal sangat muka Mak Timah
mengadap Pengetua sekolah hampir saban minggu.
Nasihat sudah, denda sudah, hatta digantung sekolah pun
sudah. Arman masih tidak menunjukkan sebarang
perubahan. Hanya kepada Allah Mak Timah bergantung
harap. Hingga tiba saat pengumuman keputusan SPM.
Bagaikan tidak percaya, Arman menggondol gelaran
Pelajar Cemerlang SPM sekolah bagi tahun itu.
Jangankan Mak Timah, semua guru dan kawan-
kawannya juga turut tidak percaya!
113
Entah bila dia belajar. Asyik keluar masuk Bilik
Disiplin sahaja. Di rumah pun dia jarang ada. Ini kan
pula di sekolah. Keputusan ini memang luar jangkaan.
Berbekalkan keputusan cemerlangnya, Arman
melanjutkan pelajaran ke UIAM. Sanggup dia menolak
tawaran untuk ke Ireland dalam bidang perubatan
semata-mata tidak sanggup berpisah jauh dengan
Jamilah, anak Ketua Kampung. Cinta sehidup semati
katanya. Mak Timah menurut sahaja. Jauh di sudut
hatinya, dia juga tidak sanggup berjauhan dengan anak
teruna bongsunya itu
. Setelah 5 tahun, Arman menamatkan pengajian
dengan keputusan cemerlang walaupun dugaan menimpa
pada tahun ketiga pengajiannya. Disangkakan panas
hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Jamilah
berkahwin dengan anak mami tauke karpet dari Pulau
Pinang. Dengar cerita dari Mak Cik Esah jiran sebelah,
kacak sungguh suami Jamilah. Ala-ala Shah Rukh Khan.
Milah anak Pak Samad pula kata, suami Jamilah macam
Bangla jual karpet sahaja. Entah la ... Cerita orang…
Mata masing-masing… Penilaian pun lain-lain.
Mak Timah sengaja tidak memenuhi undangan
perkahwinan Jamilah dari Ketua Kampung semata-mata
ingin menjaga hati Arman yang remuk ketika itu. Risau
hati Mak Timah bukan kepalang. Takut pisang berbuah
dua kali.
"Man, Sampai bila nak duduk rumah ni man?
Tak nak keluar cari kerja ke?" Seingat Mak Timah, ini
bukan kali pertama Mak Timah mengajukan soalan yang
sama. Setiap kali ditanya soalan tersebut, jawapan yang
sama Mak Timah akan terima adalah "Nantilah..."
Mak Timah tiada niat langsung mahu menghalau
anak kesayangannya itu. Tetapi Arman sudah besar
114
panjang. Sudah boleh bergelar ayah pun. Bagaimana
mahu jadi ayah orang, kalau diri sendiri pun Mak Timah
yang tanggung. Gusar di hati Mak Timah kembali lagi.
Arman tetap begitu. Subuhnya di masjid. Apabila
matahari meninggi, pulang sebentar untuk makan tengah
hari. Sebelum Zohor nanti ke masjid lagi. Jam 9 malam
baru pulang. Itu pun kadang kala membawa sampai ke
jam 10 hingga 11 malam. Begitulah saban hari.
Mengulangi rutin yang sama.
Sepanjang 3 tahun selepas tamat belajar, tak
pernah sekali pun Mak Timah nampak dia hantar
permohonan kerja. Jauh sekali keluar mencari peluang
pekerjaan. Cuba berniaga dalam talian pun dia tidak
mahu. Hidupnya hanya di masjid. Entah apa yang
dibuatnya, Mak Timah tidak tahu. Agaknya, kecewa
pada Jamilah masih bersisa.
Suatu hari Mak Timah dikejutkan dengan
kehadiran seorang tetamu. Setelah diperkenalkan oleh
Arman, barulah Mak Timah tahu, rupa-rupanya itulah
Pengerusi Masjid baharu yang menggantikan Pak Samad
yang sudah semakin uzur, Tan Sri Khalid. Tan Sri
Khalid ini bukan calang-calang orangnya. Mempunyai
syarikat gergasi di bandaraya, tetapi pulang ke kampung
kerana sudah terlalu penat mengejar dunia. Banyak yang
dipuji oleh Tan Sri Khalid tentang Arman. Hati Mak
Timah berbunga bahagia. Bangga sungguh rasanya.
Tetapi diluahkan juga rasa kecewanya perihal anaknya
yang enggan bekerja pada Tan Sri Khalid.
"Tak apa puan... Rezeki dari Allah itu tidak
pernah salah. Tidak lewat, dan tidak akan cepat dari
ketetapanNya". Ringkas dan padat jawapan yang
diberikan Tan Sri Khalid ketika itu.
115
Mak Timah tersenyum sendiri bila mengenangkan kisah
lalu sambil menyusun pula barut-barut bayi yang
bergelimpangan di tepi lampin tadi.
"Assalamualaikum Puan Sri!" Lamunan Mak
Timah dikejutkan oleh suara Milah.
"Isk Milah... Terkejut Mak Timah. Apa yang gatal ber
Puan Sri bagai ni? Mai masuk." Jemput Mak Milah
mesra.
"Arman mana?" Tanya Milah mesra.
"Tu yang mintak tolong Milah ni. Arman tak ada.
Bawak ayahnya mesyuarat apa entah di Port Dickson.
Esok baru balik." Terang Mak Timah.
"Ooh... Jomla Mak Timah... Kalau lambat, nanti
ramai pula orang di klinik" Gegas Milah
mempercepatkan langkah Mak Timah. Perlahan Mak
Limah mengatur langkah membontoti Milah menuju ke
kereta.
Sungguh rezeki itu tidak pernah salah alamat.
Arman sungguh bertuah. Bukan sekadar mendapat ayah
dan pekerjaan baharu, dia juga bakal mendapat adik
baharu.
116
Rafqah Binti Bahazan
SK Sultan Yussuf
MAGHRIB
Marli mempercepatkan langkah. Tak mahu suaminya
menunggu terlalu lama di dalam kereta. Azan Maghrib
mula berkumandang.
'Kalau bukan kerana kelas PdPR esok, tak kuasa
aku nak menjengah ke sekolah waktu begini.' Degus hati
Marli sendiri.
Marli tidak bersedia. Bahkan satu Malaysia tidak
bersedia. Sejak sekolah dibuka pada pertengahan Julai
yang lalu, tiada siapa yang sangka PKP diumumkan
semula pada pertengahan November. Bahan pengajaran,
semuanya Marli tinggalkan di sekolah. Sebab itu dia
terpaksa datang ke sekolah hari ini juga. Jika tidak, sukar
untuk dia bersedia menghadapi PdPR.
Ketika Marli melalui Makmal RBT, keadaan
terang benderang, tetapi pintu tertutup rapat. Hanya
kedengaran bunyi orang bertukang dari dalam.
'Rajin sungguh Cikgu Syamsul. Dalam situasi
PKP pun datang ke sekolah buat kerja hingga waktu
sebegini.' Bisik hati Marli.
Cikgu Syamsul merupakan guru RBT sekolah.
Dia memang pandai bertukang. Namakan apa saja projek
yang diimpikan. Dia pasti dapat realisasikan. Sebab itu
Cikgu Syamsul amat disayangi para Pentadbir Sekolah.
Marli cuba membuka pintu Makmal RBT. Hajat
hatinya mahu menegur Cikgu Syamsul yang asyik
bertukang. Ketat. Seolah-olah dikunci dari dalam.
117
Makmal yang tadinya meriah dengan bunyi bertukang,
tiba-tiba sunyi.
''Assalamualaikum Cikgu Syam.'' Marli melaung
dari luar makmal tersebut. Salam Marli tidak bersahut.
"Amboi.. Rajinnnya dia. Maghrib dah ni. Balikla
dulu cikgu oi.. Kesian Kak Aira tinggal seorang kat
rumah tu." Marli cuba bergurau.
Sunyi.
Bukan sahaja salam, gurauan Marli juga tiada
balasan. Suasana sepi. Hanya kedengaran sayup-sayup
suara Muazzin melaungkan lafaz terakhir dalam azan.
Tiba-tiba lampu makmal terpadam. Seluruh
bangunan menjadi gelap gelita. Sejurus selepas itu,
kedengaran satu suara garau mendengus dari dalam
Makmal RBT.
Marli cuak. Dia terus berlari menuju ke kereta.
Kakinya terasa seperti tidak mencecah tanah. Jarak 100
meter terasa sangat jauh dalam keadan seperti itu.
"Kenapa ni?" Tanya Faizal apabila melihat
isterinya pucat dan tercungap-cungap.
"Jom balik. Cepat!!!" Marli cuba
menyembunyikan perasaannya. Dia tidak pernah rasa
seram sebegini.
Sumpah, dia tidak akan ke sekolah lagi pada
waktu begini!
118
Rafqah Binti Bahazan
SK Sultan Yussuf
ANTARA MAHU DAN MAMPU
Selesai kelas PdPR, Sumayyah menyemak senarai
kehadiran murid dalam Google Form yang
disediakannya. Begitulah rutinnya. Borang dari aplikasi
Google Form digunakan untuk mengesan kehadiran
murid bagi setiap kelas yang dijalankan samada di atas
talian, mahupun luar talian.
Sudah tiga minggu kelas PdPR berjalan. Taufiq
sekali pun tidak pernah memunculkan diri dalam kelas
atas taliannya. Sumayyah membelek pula tugasan yang
di hantar oleh murid yang mengikuti kelas di luar talian.
Nama Taufiq masih tidak kelihatan.
Pelik. Seingat Sumayyah, Taufiq bukan murid
yang bermasalah. Memang dia pelajar kelas akhir, tetapi
dia seorang murid yang berdisiplin dan sentiasa memberi
komitmen yang tinggi di dalam kelas. Anak sulung dari
7 adik beradik itu merupakan seorang pelajar yang
sangat bertanggungjawab.
Sumayyah tekad. Petang nanti, dia mesti ke
rumah Taufiq. Jauh di sudut hatinya, Sumayyah dapat
rasakan bagai ada sesuatu yang tidak kena.
Untuk mencari rumah Taufiq bukanlah satu
masalah baginya. Kebetulan Sumayyah dan beberapa
orang guru pernah menziarahi keluarga Taufiq ketika
mereka baru memeluk Agama Islam tahun lepas.
Usai urusan di rumah, Sumayyah memecut kereta
ke Pekan Batu Gajah. Dalam perjalanan, dia sempat
singgah membeli 15 keping roti canai sebagai buah
119
tangan. Tidaklah dia datang dengan tangan kosong
sahaja nanti.
'Tentu Taufiq dan adik-adiknya gembira.' Getus
hati Sumayyah sendiri. Seingat Sumayyah, Taufiq
pernah bercerita yang dia dan adik-adiknya sangat
sukakan roti canai.
Sampai di rumah Taufiq, Sumayyah memberi
salam. Seperti ziarahnya yang pertama, kehadiran
Sumayyah di sambut gembira oleh Taufiq dan adik-
adiknya.
"Ustazah, jom masuk dulu." Pelawa ibu Taufiq
ramah.
" Tak mengapa puan. Kita berbincang di sini
sahaja ya." Sumayyah menolak pelawaan ibu Taufiq
dengan sopan. Dalam situasi Covid-19 yang tidak
menentu, Sumayyah perlu berwaspada.
"Puan... Taufiq tak pernah ikuti kelas atas talian
saya. Tugasan luar talian pun saya tak terima sebarang
maklum balas dari dia." Sumayyah cuba mengatur butir
kata memulakan perbualan.
"Ada sebarang masalah ke puan?" Sumayyah
menyambung lagi.
Ibu Taufiq mula tunduk. Diam seribu bahasa.
"Puan... Kenapa ni? Kalau ada masalah, cuba
ceritakan.. Mana tahu, saya boleh bantu." Sumayyah
cuba memujuk. Dia dihimpit rasa bersalah. Risau andai
ada bait bicaranya mengguris rasa.
"Tak ada masalah ustazah. Semuanya baik-baik
sahaja. Saya terlepas pandang jadual PdPR dia. Saya
cuba atur waktu belajar dia lepas ni ya Ustazah." Janji
ibu Taufiq.
"Alhamdulillah, kalau begitu lega hati saya. Saya
sayang Taufiq macam anak saya sendiri. Dia ada potensi.
120
Sayang jika dia ketinggalan dalam pelajaran." Sumayyah
memberi semangat kepada ibu Taufiq.
"Saya balik dulu ye puan. Ni ada sedikit buah
tangan untuk puan sekeluarga." Sumayyah
menghulurkan plastik roti canai kepada ibu Taufiq.
Tiba-tiba ibu Taufiq menangis teresak-esak
sambil menggenggam erat tangan Sumayyah.
Sumayyah kaget.
"Ustazah... Saya baru tahu suami saya berkahwin
lagi. Sejak kahwin baru, baliknya dah tak menentu.
Makanan dalam rumah ni dah tak ada langsung. Nak
keluar beli pun saya tak ada duit. Saya tak bekerja.
Semuanya harap pada suami. Dari pagi tadi anak-anak
merengek kelaparan. Saya pujuk suruh sabar. Saya tak
tahu nak buat apa lagi. Saya hanya mampu berdoa. Tak
sangka Allah dengar doa saya, ustazah. Allah hantar
ustazah bawa makanan untuk kami. Alhamdulillah, ada
rezeki anak-anak saya hari ini.''
Berlinang air mata Sumayyah mendengar
pengakuan ibu Taufiq. Rupa-rupanya dia memendam
rasa. Menyimpan bebanan masalah di bahunya sendiri.
Taufiq tidak mengikuti kelasnya bukan kerana tidak
mahu, tetapi dia tidak mampu.
121
Rafqah Binti Bahazan
SK Sultan Yussuf
PENGORBANAN
'Ya Allah, sudah jam 9!!!' Julia bingkas bangun dari
katil. Di dalam hati, dia tidak berhenti menyumpah
dirinya kerana tertidur usai Solat Subuh pagi tadi. Dia
perlu ke sekolah pagi ini. Dia telah berjanji dengan
Cikgu Shamsiah untuk membantunya membuat kelas
PdPR secara Youtube Live. Kelas bermula jam 10.30
pagi. Bermakna dia hanya ada satu jam tiga puluh minit
untuk sampai ke sekolah.
Setelah bersiap ala kadar, Julia bergegas
menghidupkan enjin kereta. Syukur semua bahan
rujukan dan komputer riba telah dimasukkan ke dalam
kereta sejak semalam lagi.
Tiba-tiba lampu merah pada papan pemuka
keretanya berkelip-kelip.
''Alamak, minyak dah nak habis pula.'' Jerit Julia
sambil menghentak stereng keretanya. Mahu tidak mahu,
dia perlu singgah ke stasyen minyak berhampiran
terlebih dahulu.
Ketika sampai di stesyen minyak, kelihatan tiga
orang polis sedang berlegar-legar. Julia mula kaget.
Dalam kepalanya, puas dia cuba mengingati semula
Prosedur Operasi Standard yang perlu diikuti ketika
berada di stesyen minyak. Disamping menjaga
keselamatan diri, Julia perlu juga menjaga poketnya agar
tidak didenda. Satu ribu Ringgit Malaysia bukan nilai
yang sedikit buat rakyat marhaen sepertinya.
122
Sedang dia mengisi minyak kereta, tiba-tiba, dia
disapa.
''Assalamulaikum.'' Sapa salah seorang pegawai
polis tersebut. Julia memandang ketiga-tiga pegawai
tersebut dengan perasaan bercampur baur. Seingat dia,
dia tidak melakukan sebarang kesalahan.
''Waalaikumussalam.'' Jawab Julia sambal
melemparkan senyuman yang paling manis kepada
ketiga-tiga pegawai tersebut.
''Nampak tergesa-gesa sangat ni cikgu. Nak ke
mana?'' Tanya seorang pegawai polis lagi.
''Eh, mana tuan tahu saya cikgu?'' Julia
mengajukan soalan semula. Dia pelik bagaimana
pegawai tersebut mengetahui profesyennya dalam
keadaan dia tampil biasa.
''Setakat ni, saya belum salah lagi teka kalau
orang tu adalah cikgu. '' Terang pegawai polis tersebut.
''Saya nak ke sekolah tuan. Ada kelas atas talian
hari ini'' Julia menjawab persoalan pegawai polis tadi.
“Oh. PdPR la ni ye? Cikgu tak tertekan ke?
Macam saya, anak-anak memang terabai. Saya dan isteri,
dua-dua orang petugas barisan hadapan. Waktu kerja
kami tak menentu. Kerapkali kami perlu bekerja lebih
masa. Anak-anak di rumah memang kami harapkan pada
yang sulung untuk jaga. Anak ada empat. Semua PdPR.
Memang tak mampu nak penuhi hasrat semua untuk
belajar atas talian.” Panjang lebar pegawai tersebut
bercerita.
''Cikgu macam mana? Anak-anak cikgu mesti tak
ada masalah, kan? '' Tanya pegawai polis tersebut lagi.
''''Sama lah kita tuan. Saya ni ajar anak orang,
anak sendiri pun banyak ketinggalan. Tak sempat.
Contohnya hari ini. Saya ke sekolah. Saya memang tak
123
benarkan anak menggunakan peranti jika saya tidak ada
di rumah. Pengalaman sebagai guru, saya dah lihat
banyak murid yang rosak akibat penggunaan peranti
tanpa kawalan. Jadi, bila saya tiada di rumah, biasanya
saya sediakan tugasan yang mereka mampu buat sendiri.
Contohnya, hafal sifir, hafal surah pendek, hafal
peribahasa dan simpulan bahasa. Kadang-kadang saya
buat cabaran untuk mereka. Siapa paling banyak hafal
perkataan dalam kamus beserta maksud, saya akan beri
ganjaran. Alah…barang kedai dua ringgit sahaja pun.
Tugasan sekolah pula, bila saya ada di rumah, baru saya
akan pantau mereka buat. Itu pun banyak juga tugasan
yang anak-anak saya ketinggalan. Sekadar yang saya
mampu. Yang penting, anak sentiasa dapat belajar
sesuatu. Jangan dibiarkan terus. Nanti tanpa sedar kita
akan tanam sikap malas dalam diri mereka.'' Jelas Julia.
''Oh, bagus pendekatan cikgu. Insya-Allah, nanti
saya nak cuba juga.'' Balas pegawai polis tersebut
ringkas.
''Tuan, saya mohon izin untuk bergerak dulu ye.
Kelas saya nak mula lagi lima belas minit.'' Sopan Julia
meminta izin dari pegawai-pegawai tersebut. Dia merasa
serba salah. Tetapi, apabila mengenangkan kelas Cikgu
Shamsiah yang sudah terlalu hampir, dia terpaksa jua.
''Oh, baik. Silakan cikgu.'' Balas pegawai
tersebut.
Julia melemparkan senyuman buat ketiga-tiga
pegawai tadi tanda hormat kepada mereka. Ketika Julia
menghidupkan enjin kereta, tiba-tiba cermin keretanya
diketuk.
''Cikgu…''
''Ya tuan. Saya ada tertinggal apa-apa ke?'' Tanya
Julia cemas.
124
''Tak. Cuma, lain kali, pakai pelitup muka ye
cikgu. Lepas ni, kalau cikgu tak pakai lagi, kami terus
saman je tau.'' Jawab pegawai tadi sambal ketawa kecil.
''Ya Allah!'' Jerit Julia sambal menepuk dahi.
125
Saidatul Hanis Binti Ibrahim
SMK Toh Indera Wangsa Ahmad
SELINGAN 10 MINIT
Krekkkkk…
Perlahan-lahan pintu bilik dibuka. Pagi ni aku
bersiap sedia untuk memulakan kelas yang pertama.
Sambil menanti kelas bermula, aku sempat mengisi perut
dengan seketul karipap. Terngiang-ngiang perbualanku
bersama ayah beberapa minggu lepas.
Aku : ''Erm, angah rasa sekolah pun kena tutup
juga nanti ni.''
Ayah : ''Kalau tu yang terbaik untuk kita semua
ngah.''
Aku : ''Hmm….''Aku terdiam seribu kata.
Kini, realiti yang perluku hadapi. Bukan mudah
nak sampaikan ilmu secara dalam talian. Aku lebih puas
dan seronok mendidik secara bersemuka berbanding
secara maya. Tapi, tu bukan batu penghalang untuk aku
usahakan yang terbaik demi anak bangsa. Mengeluh itu
mudah, tapi sabar itu jauh lebih indah. Aku sematkan
kata-kata ini dalam sanubari agar ikhlas dalam
perjuangan mendidik generasi zaman ini.
Murid 1 : ''Cikgu, cikgu…dah mula kelas ke ni?''
Murid 2 : ''Sabar laa, tunggu cikgu bagi salam
dulu.''
Murid 3 : ''Cikgu, ohh cikgu! ''
Aku tersentak. Eh, jauhnya aku mengelamun.
Tak sedar murid-murid dah menunggu dalam talian.
126
Aku : ''Iyaa, maafkan cikgu.'' Aku tersenyum
mesra. ''Jom, kita mulakan kelas!'' Aku mengamit penuh
semangat.
127
Saidatul Hanis Binti Ibrahim
SMK Toh Indera Wangsa Ahmad
MENGHARGAI, DIHARGAI
Aku menggeliat santai. Fuh, akhirnya selesai empat kelas
untuk hari ini. Aku mengambil peluang meregangkan
badan sementara menanti pesanan makanan tiba. Aku
akui sepanjang tempoh negara mengharungi pandemik
Covid-19, pelbagai reaksi dan emosi yang terganggu.
Aku jatuh simpati pada golongan yang berniaga demi
kelangsungan hidup. Ramai peniaga yang terpaksa
bertungkus-lumus melariskan jualan untuk meraih
sumber pendapatan. Hatiku paling terusik dengan
peniaga-peniaga kecil yang gigih menghantar pesanan
makanan dari rumah ke rumah.
Penghantar makanan : ''Assalamualaikum…
Assalamualaikum…''
Sayup-sayup kedengaran orang memberi salam.
Lantas, aku bangkit menuju ke luar rumah.
Aku : ''Waalaikumussalam, ohh…dah sampai
ya.'' Aku menjawab salamnya.
Penghantar makanan : ''Cik Ida ke?'' Dia bertanya
ramah.
Aku : ''Iya, saya. Nah, duitnya.'' Aku membayar
duit makanan tersebut.
Penghantar makanan : ''Eh, terlebih duit ni.'' Dia
menghulurkan semula lebihan wang.
Aku : ''Tak apa, ambil je. Moga terus limpah
rezeki ya.'' Aku membalas penuh sopan.
Penghantar makanan : ''Terima kasih. Terima
kasih.'' Ucapan tu dituturkan bersungguh-sungguh.
128
Aku membalas semula dengan anggukan. Aku
masih tergamam dan terasa keluhurannya dalam
menghargai pemberian kecil ini.
Moga mudah buat kalian…
129
Saidatul Hanis Binti Ibrahim
SMK Toh Indera Wangsa Ahmad
HIKMAH
Terima kasih 2020 dan 2021 yang telah menyayangiku.
Aku sangat bersyukur dalam tempoh pandemik Covid-19
ini, aku berada dekat bersama ibu bapaku. Tidak
tergambar perasaan insan lain yang berjauhan dari
keluarga masing-masing. Sayu, hiba dan seumpamanya
pasti merajai kalbu.
'Allah itu Maha Kaya, penuh hikmah rupa-
rupanya. Alhamdulillah, aku duk dekat dengan mak
ayah. Tak terbayang kalau duk jauh tapi tak dapat jumpa,
hish hish…Kesiannya baca kisah ni, haihh macam mana
perasaan dia ni kan.' Aku bermonolog sendirian sambil
jari laju scroll laman instagram.
Hati kecilku terdetik apabila membaca kisah
seorang anak yang tidak dapat pulang ke rumah
menjenguk kedua-dua ibu bapanya dalam waktu kritikal
ini. Terus teringat kata pujangga 'Ada waktu, hati kata
mahu. Namun, Tuhan kata tunggu.' Sedih. Itu perkataan
yang pasti dirasai walau sekelumit dalam diri anak itu.
Tidak semua insan memahami sesuatu situasi jika tidak
pernah berada dalam keadaan itu. Jujurnya, aku sendiri
acapkali merasainya semasa berjauhan dengan ibu bapa
zaman belajar dulu. Apatah lagi, dalam tempoh rumit
yang dialami oleh seluruh negara pada hari ini. Hikmah
itu tersembunyi jika kita terus menangisi. Aku percaya di
sebalik hujan ini, tersinar sang pelangi yang akan
kunjung tiba.
130
Sharizal Muzairi Bin Ab Azih
SK Kampar
CIKGU HASNAH DAN KATA LALUAN “MACAM
BIASA”
Cikgu Hasnah ingin mengemaskini data di laman web
KPM. Setelah mengisi nama pengguna dan kata laluan
seperti biasa dilakukanya. Setelah dia mencuba
berulangkali beliau tidak dapat masuk ke halaman web
tersebut. Cikgu Hasnah mencuba menggunakan kata
laluan yang berbeza keputusannya tetap sama. Cikgu
Hasnah cuba daya dengan menukar kata laluan
menggunakan talian hayat melalui e-mel pun gagal.
Cikgu Hasnah hubungi pegawai meja PPD, Puan Aina
untuk menyelesaikan masalahnya melalui aplikasi group
WhatsApp.
Cikgu Hasnah : Assalamualaikum Puan, Saya
Cikgu Hasnah. Saya ada masalah untuk masuk laman
web. Terlupa kata laluan. Boleh Puan bantu saya.
Puan Aina : Waalaikusalam, Ya boleh Cikgu
Hasnah. Sekejap saya reset Kata Laluannya.
Puan Aina : Ok, Cikgu Hasnah boleh masukkan
kata laluan macam biasa.
Cikgu Hasnah : Baik Puan, saya cuba.
Setelah mencuba kata laluan “macam biasa”. Setelah
mencuba beberapa kali tidak berjaya. Tangkap layar
telah di hantar ke group Whatsapp.
Cikgu Hasnah : Ini tangkap layar (Tertulis kata
laluan “macam biasa”).
Puan Aina : Cikgu Hasnah, yang saya maksudkan
kata laluan macam biasa. Kata laluannya 12345678.
131
Cikgu Hasnah terus Left Group WhatsApp. Semua ahli
group WhatsApp memberi berbagai reaksi. Ada yang
gelak, ada yang diam tidak faham dan ada yang
tersenyum dengan icon muka masing-masing.
132
Saidatul Hanis Binti Ibrahim
SMK Toh Indera Wangsa Ahmad
KELAS PDPR AKU
Dunia pendidikan telah berubah dalam sekelip mata.
Pembelajaran tidak dapat dilaksanakan secara bersemuka
kerana dibimbangi dijangkiti dan penularan virus Covid-
19 di sekolah. Murid belajar di rumah secara atas talian
dan luar talian. Ibu bapa risau akan pembelajaran anak
mereka akan ketinggalan dan terjejas akibat Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP). Ini kisah terjadi semasa
kelas atas talian aku.
Sebelum memulakan kelas atas talian
menggunakan aplikasi Google Meet. Murid telah diberi
arahan untuk bersedia lebih awal agar perjalanan kelas
lancar. Kelas atas talian aku bermula awal pagi. Setelah
tiba waktu PdPR ada beberapa orang murid masuk dan
perkenalkan diri. Salah seorang murid aku tidak
memperkenalkan dirinya hanya diam dan keadaan
kamera dan mikrofon ditutup sepanjang kelas
berlangsung. Apabila aku menanyakan soalan, tiada
jawapan daripada murid tersebut. Ini menyebabkan aku
musykil.
Setelah berakhir kelas PdPR secara atas talian.
Aku telah bertanya secara peribadi dengan penjaga
murid. Ibu murid tersebut berterus-terang, murid yang
belajar diatas talian tadi ialah ibunya kerana anaknya
masih lena dibuai mimpi indah.
Sekian salah satu cerita PdPR aku masa PKP
yang penuh mencabar ini.
133
Suhaila Binti Sapri
SMK Seri Teja
RAGAM KELAS „ONLINE’
Ragam murid-murid 3 Ikhlas pada minggu kedua kelas
PdPr Bahasa Melayu secara atas talian.
Cikgu Hayati : ''Baiklah murid-murid, hari ini
kita akan melaksanakan kelas secara atas talian
menggunakan aplikasi google meet bermula jam 9.00
pagi,'' pesan Cikgu Hayati kepada murid-murid kelas 3
Ikhlas.
Azim : Cikgu, boleh tak kita mulakan kelas lewat
sikit kerana saya ingin pergi ke kedai sekejap?
Sarah : ''Eh, mengada betul Azim ni, masa kelas
juga hendak ke kedainya.'' Dengan pantas Sarah
mencelah.
Azim : ''Ha...ha...ha… (Azim gelak sambil
berkata) suka hatilah, cikgu Hayati pun tak cakap apa.''
Jawab Azim kepada Sarah.
Cikgu Hayati : Baiklah Azim, pergilah ke kedai
dulu. Jangan lupa belikan cikgu perencah tomyam untuk
cikgu buat masak karang.
Azim : Ahhhh…errr (sambil tergaru-garu
kepalanya yang tidak gatal)
Sarah : Ha..ha..ha…kan dah kena (gelak Sarah
terbahak-bahak)
Azim : Tak apa lah cikgu, saya pergi kedai
lepas habis kelas la. Hehee…
Cikgu Hayati tersenyum sendirian kerana Azim
tidak dapat mencari alasan untuk ke kedai. Tepat jam
9.00 pagi, cikgu Hayati memaklumkan kepada murid-
134
murid untuk memulakan kelas supaya bersedia lebih
awal.
Cikgu Hayati : Baiklah, kalau macam tu boleh
cikgu mulakan kelas sekarang?
Rahman : Cikgu, saya rasa tak dapat nak masuk
kelas online la.
Cikgu Hayati : ''Kenapa Rahman, kamu ada
masalah rangkaian internet ke?'' tanya Cikgu Hayati
kepada Rahman.
Rahman : ''Iya cikgu, internet saya kena curi
dengan jiran sebelah. Saya nak pergi balai polis untuk
buat report.'' Jawab Rahman
Cikgu Hayati : Alah, macam-macam la kamu ni
Rahman! (sambil menggeleng-gelengkan kepalanya)
Rahman : He...he...he… Maaf cikgu, saya gurau
saja. Saya janji akan masuk kelas.
Cikgu Hayati menghantar „link google meet‟
dalam kumpulan Whatsapp dan memberi masa selama 5
minit untuk murid-murid menyertai kelas PdPr ini.
Nazeem : ''Cikgu, tunggu sekejap, saya nak
mandi dulu.'' Balas Nazeem kepada Cikgu Hayati.
Cikgu Hayati : ''Tak apa kalau tak mandi pun
lagi, kita kelas online je ni.'' Kata Cikgu Hayati kepada
Nazeem.
Nazeem : ''Tak boleh cikgu, kalau saya tak mandi
nanti saya akan sambung tidur.'' Jawab Nazeem secara
spontan.
Cikgu Hayati : ''Eh, macam tu pula? Nazeem
pergi basuh muka sajalah, cikgu tunggu.'' Arah Cikgu
Hayati kepada Nazeem.
Nazeem : HAHAA…ok cikgu.
15 minit kemudian, cikgu hayati menunggu
dengan penuh kesabaran dan kelas PdPR barulah dapat
135
dimulakan kerana cikgu Hayati terpaksa melayan
macam-macam ragam murid-murid 3 Ikhlas.
Cikgu Hayati : ''Baiklah murid-murid, hari ini
kita akan belajar menulis karangan yang bertajuk
Masalah Melepak Mendatangkan Kesan Buruk dalam
Kalangan Remaja.'' Terang Cikgu Hayati kepada murid-
murid.
Khairul : ''Cikgu…kalau kita melepak ada kesan
buruk juga ke?'' soal Khairul kepada cikgu Hayati.
Cikgu Hayati : ''Iya, kalau asyik melepak je
kamu tak akan dapat apa-apa. Apa yang dapat hanyalah
buang masa dengan sia-sia.'' Jawab cikgu Hayati kepada
Khairul.
Khairul : Eh, mana ada cikgu, kami melepak
sambil berbincang mengenai isu-isu semasa.
Cikgu Hayati : ''Boleh percaya ke kamu ni, cuba
bagi cikgu satu isu semasa yang kamu pernah
bincangkan?'' soal cikgu Hayati
Khairul : Ha…ha...ha… lupa la cikgu. (jawab
Khairul sambil gelak)
Cikgu Hayati mampu menggelengkan kepala dan
tersenyum sinis kerana mendapat macam-macam respon
daripada muridnya.
Cikgu Hayati : ''Sila salin kerangka penulisan
yang cikgu paparkan ini sekarang, '' pesan Cikgu Hayati
kepada murid-murid.
Narven : ''Cikgu, nak salin dalam buku apa? ''
Tanya Narven sambil mengusap-ngusap dagunya.
Cikgu Hayati : ''Sila salin dalam buku karangan!''
Jawab Cikgu Hayati
Narven : ''Cikgu, buku karangan yang panjang
ke pendek ? '' Soal Narven lagi.
136
Cikgu Hayati : ''Dah minggu kedua, masih
keliru dengan buku kerja. Baik, cikgu ingatkan kalau
buku karangan yang panjang.'' Jawab Cikgu Hayati
Narven : ''Oh, ok cikgu. Saya lupa ! Cuti-cuti ni
otak saya banyak lemah, Hahaa…'' Beritahu Narven
sambil gelak.
hrmm… sabar je la dengan murid-murid ni ( Cikgu
Hayati mengeluh panjang )
Cikgu Hayati : ''Baiklah, sampai di sini sahaja
untuk kelas hari ini,'' kata Cikgu Hayati kepada murid-
murid.
Daniel : ''Cikgu, kelas dah habis ke?'' tanya
Daniel kepada cikgu Hayati.
Cikgu Hayati : ''Iya Daniel. Dah habis.'' Jawab
Cikgu Hayati.
Daniel : ''Saya baru nak masuk kelas online ni,
sebab tadi saya tertidur.'' Dengan pantas Daniel
memberitahu Cikgu Hayati.
Cikgu Hayati : ''Lena betul kamu tidur, sampai
lupa kelas Bahasa Melayu.'' Balas Cikgu Hayati sambil
senyum sinis.
Daniel : Maaf cikgu, saya mimpi kelas Bahasa
Melayu dibatalkan.
Cikgu Hayati : Amboi, seronok betul mimpi
kamu ni.
Daniel : Ha...ha...ha.…Iya cikgu, itu yang saya
tidur lena ni.
Cikgu Hayati : Yela Daniel, tak dapat nak cakap
apa lah kalau mimpi macam tu. Kelas pon dah tamat
untu hari ini,
Daniel : Ha...ha...ha… (gelak jahat sambil
gembira sebab dah terlepas untuk masuk kelas online)
137
Demikianlah hari-hari terpaksa melayan
pelbagai ragam murid-murid ini sepanjang PdPr.
Perasaan bercampur baur, kadang nak tergelak, kadang
nak sedih dengan ragam murid-murid. (cetus hati Cikgu
Hayati)
138
Suhaila Binti Sapri
SMK Seri Teja
PDPR NORMA BAHARU
Setelah 2 bulan kelas secara atas talian, KPM telah
memutuskan bahawa mulai esok, murid-murid akan
mula belajar secara bersemuka di sekolah.
Pada hari pertama persekolahan secara bersemuka di
dalam bilik darjah.
Cikgu Amira : ''Baiklah murid-murid, selamat
kembali ke sekolah dan apa perasaan kamu semua
sekarang?'' Tanya cikgu Amira kepada murid-murid
sambil tersenyum lebar.
Hisham : ''Selamat kembali juga cikgu. Kalau
saya sangat seronok sebab dapat berjumpa dengan
cikgu.'' Hehee… Dengan pantas Hisham menjawabnya
sambil gelak.
Cikgu Amira : ''Amboi, bukan main kamu ni ya
Hisham!'' Balas Cikgu Amira.
Arman : ''Cikgu, kalau saya seronok juga sebab
dapat jumpa dengan Lily, Hehee'' Jawab Arman sambil
menunjukkan jari telunjuknya ke arah Lily.
Lily tersenyum malu kerana Arman menyakatnya.
Keadaan di dalam kelas menjadi agak bising kerana
ramai murid lain turut tergelak dengan gelagat Arman
yang sudah dikenali sebagai playboy.
Cikgu Amira : ''Gatal betul kamu ni ya Arman.''
Balas Cikgu Amira kepada Arman.
Arman : Hahaa… (gelak macho sambil
merapikan rambutnya dengan jari)
139
Cikgu Amira menggelengkan kepala sambil
tersenyum sambil melihat tingkah laku Arman yang agak
bersikap macho di depan murid perempuan.
Cikgu Amira : ''Sebelum itu cikgu nak ingatkan
kamu semua ya, tolong jaga SOP masing-masing sebab
sekarang kita berada dalam norma baharu.'' Pesan cikgu
Amira kepada murid-muridnya.
Arif : ''Baik cikgu, saya akan jaga jarak antara
kita berdua.'' Dengan pantas Arif menjawabnya sambil
gelak dengan menundukkan kepalanya di bawah meja.
Cikgu Amira : ''Bukan dengan cikgu sahaja,
kamu juga kena jaga SOP dengan kawan-kawan yang
lain.'' Balas Cikgu Amira.
Arif : Hahaa…pickupline tak jadi la pulak. ( bisik
Arif kepada Amir dengan lantang)
Cikgu Amira dan murid-murid yang lain turut
tergelak kerana mendengar bisikan Arif kepada Amir.
Tiba-tiba gelak tawa terhenti setelah Hafiz dengan
semangatnya meminta untuk Cikgu Amira memulakan
pengajaran pada hari ini.
Hafiz : ''Cikgu, jom kita belajar, saya dah tak
sabar ni.'' Kata Hafiz kepada Cikgu Amira.
Cikgu Amira : ''Bagus betul la kamu ni Hafiz,
semangat macam ni yang kita mahukan.'' Balas Cikgu
Amira sambil memberikan tepukan kepada Hafiz.
Hafiz : ''Mestilah cikgu, saya sentiasa
bersemangat.'' Dengan berlagaknya Hafiz menjawab
sambil gelak.
Ahmad : ''Eh eleh, iya la tu. Semangat pon sebab
Cikgu Amira je.'' Ahmad mencelah sambil menjelingkan
mata ke arah Hafiz.
140