The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Himpunan karya yang dihasilkan oleh
guru-guru susulan Bengkel Penulisan
Kreatif anjuran Sektor Perancangan dan di bimbing oleh Mohd Zabidi bin Nordin dan Nik Mohd Iznan bin Tuan Yaakub.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by emmzek, 2021-06-25 00:55:36

Kompilasi Anekdot

Himpunan karya yang dihasilkan oleh
guru-guru susulan Bengkel Penulisan
Kreatif anjuran Sektor Perancangan dan di bimbing oleh Mohd Zabidi bin Nordin dan Nik Mohd Iznan bin Tuan Yaakub.

Hafiz : ''Ishhhh…Hahaa, diam la.'' Balas Hafiz
sambil menunjukkan isyarat supaya Ahmad tidak
berbicara dengan lancar.

Cikgu Amira : ''Ok baik, sebelum tu cuba buka
buku tatabahasa, cikgu nak buat semakan kerja yang
cikgu berikan semasa PdPR.'' Arah Cikgu Amira dengan
tegasya.

Hafiz : ''Cikguuuuu…buku saya tertinggal kat
rumah la.'' Dengan pantas Hafiz memberitahu Cikgu
Amira.

Cikgu Amira : ''Tadi kamu yang bersemangat nak
belajar, tapi buku Bahasa Melayu kamu tinggal kat
rumah.'' Perli Cikgu Amira kepada Hafiz.

Hafiz : ( sambil gelak Hafiz meminta maaf
kepada cikgu Amira )Hehehe… Maaf cikgu.
Ahmad : ''Cikgu, Hafiz tinggal buku kat rumah sebab
dia tak siap kerja la tu.'' Dengan pantas Ahmad
memberitahu Cikgu Hayati.

Cikgu Amira pon menjeling ke arah Hafiz dan
menanyakan sama ada betul atau salah apa yang
dikatakan oleh Ahmad.

Hafiz : Errrr… sikit lagi cikgu nak siap. (Jawab
Hafiz sambil menekupkan mukanya pada buku teks.
Cikgu Amira : Patutlah semangat lain macam kamu ni,
rupanya sebab tak siap kerja sekolah ya!

Hafiz : Hehe… Maaf cikgu !
Cikgu Amira : ''Baiklah, yang lain macam mana?
Ada yang tak siap juga ke tugasan yang cikgu bagi
semasa PdPR.'' Tanya cikgu Amira kepada murid-murid.
Rusdi : ''Cikgu, saya tak sempat nak buat kerja
sekolah yang cikgu beri.'' Jawab Rusdi dengan
selambanya.

141

Cikgu Amira: ''Kenapa ? Kamu ada masalah ke
?'' Soal Cikgu Amira dengan penuh tanda tanya.

Rusdi : ''Saya kerja cikgu sebab nak kumpul duit
untuk kahwin.'' Jawab Rusdi sambil tersenyum.

Cikgu Amira : ''Amboi, kumpul duit untuk
kahwin dah, kamu tu PT3 tak lepas lagi.'' Balas Cikgu
Amira.

Rusdi : (sambil gelak Rusdi menjawabnya)
Hehee …Alah cikgu, saya tak sabar dah.

Cikgu Amira : Jangan nak mengada ya, belajar
dulu baru fikir pasal kahwin.

Rusdi : Hahaa…Baik cikgu. Saya yang menurut
perintah.

Saya yang dah kerja ni pon, tak sempat nak fikir
pasal kahwin ( cetus Cikgu Amira dalam hatinya sambil
tersenyum dan menggelengkan kepala)

142

Suhaila Binti Sapri
SMK Seri Teja

JODOHKU ABANG POLIS

Perutusan KPM telah mengumumkan bahawa larangan
merentas negeri diteruskan sehingga 17 Mei 2021.
Sebak di dada agak terasa kerana sudah 3 bulan tidak
dapat pulang ke kampung. Hati ini terasa ingin mencuba
nasib memohon untuk merentas negeri di balai polis.
Setibanya di balai polis, seorang pegawai polis yang
menjaga pintu masuk pun tegur.

Abang polis : Assalamualaikum cik, ada apa
yang boleh saya bantu ?

Bella : Encik, saya nak memohon merentas
negeri sebab nak pulang ke kampung halaman.

Abang polis : Kamu tinggal di mana?
Bella : Saya tinggal di hati encik. (spontan Bella
menjawabnya sambil tersenyum)
Abang polis : Patut la saya rasa macam ada
penghuni je kat hati ini. (abang polis gelak sambil
meletakkan tangannya di dada)
Tersentak Bella mendengarnya dan menekupkan
mukanya dengan telapak tangan sambil tersenyum. Bella
terus menyatakan kampung sebenar untuk „cover line‟
perasaan segannya itu kerana telah memulakan
pickupline dengan pegawai polis itu.
Bella : Hahaa… kampung saya kat Kelantan.
Abang polis : Cik nak balik boleh, tapi kena ada
alasan yang kukuh. (jawab pegawai polis sambil
mengerutkan dahinya)
Bella : Tapi saya 3 bulan dah tak balik kampung.

143

Abang polis : Awak 3 bulan, saya 3 tahun dah tak
balik

Bella : Opsss, hehee. Kalau saya bagi alasan
sebab urusan keluarga boleh ke encik?

Abang polis : Urusan apa tu?
Bella : Urusan pertunangan ke perkahwinan ke?
Abang polis : (Dengan pantas pegawai polis itu
menjawabnya) Saya rasa tak lulus, sebab saya ada kat
sini, macam mana urusan tersebut boleh dijalankan tanpa
saya.
Bella : Betul juga tu, Hahaa. Kalau macam tu
encik minta la pelepasan sekali, boleh dijadikan sebagai
alasan bersama.
Abang polis : Hahaa…kalau macam tu saya akan
pastikan permohonan cik lulus.
Bella : Yeayyy… terima kasih abang polis.
Abang polis : Sama-sama calon tunanganku.
(Tersentak Bella mendengar pegawai polis itu
berkata sedemikian sambil tersipu malu. Tak sangka,
gurauan tersebut telah menjadi kenyataan, iaitu
jodohku. Hehee)

144

Syarifah Syahirah Bt Syed Shaharuddin
SMK Tronoh

ALAHAI ANAK EMAK

Suatu petang aku duduk bersantai di buaian di laman
rumah. Tiba-tiba anakku Arif, datang dan duduk di
sebelahku sambil tersengih.

''Mama,'' tegur Arif sambil tersengih lagi.
''Kenapa?'' jawabku dengan rasa yang pelik.
''Aaa… macam mana nak cakap ya,'' jawab Arif
sambil menggaru-garu kepalanya.
''Ada apa? Nak cakap apa ni?'' tanyaku lagi.
''Ermm… kalau Arif sambung belajar, Arif kena
tinggal dekat asrama ke?'' tanya Arif. Oh, itu yang
difikirkannya.
''Yalah… takkan nak berulang-alik dari rumah.
Bukannya dekat tau!''
''Alaa… ni yang malas ni,'' jawabnya dengan
muka yang kerut seribu.
''Apa masalahnya? Duduk asrama, kan senang.
Tak payah buat kerja rumah, belajar je. Mama, pun
duduk asrama juga. Lagi lama. Tujuh tahun sekolah
menengah, sambung empat tahun lagi di UiTM. Tiada
masalah pun,'' jawabku panjang lebar.
''Bukan masalah apa… tak best laa kalau mama
tiada depan mata,'' kata Arif sambil menunjukkan mimik
muka sedih.
''Ma, ada tak UiTM yang dekat dengan rumah
kita?'' tanya Arif.
''Kenapa?'' tanyaku kehairanan.

145

''Senanglah Arif nak balik rumah,'' jawabnya
selamba.

''Manalah nak ada anak bertuah oii,'' jawabku
sambil menggeleng-geleng kepala.

''Kalau nak paling dekat pun dekat Seri Iskandar
sana tu,'' sambungku lagi apabila melihat wajah suram
Arif.

''Alaa jauhlah Seri Iskandar tu dari rumah kita,''
balas Arif dengan mimik mukanya yang suram.

''La…itulah yang paling dekat dengan rumah
kita. Kalau rasa jauh jugak suruhlah ayah kamu buat
UiTM depan rumah ni!'' jawabku sambil menggeleng
kepala.

''Hehehe Arif sebenarnya tak nak duduk jauh
daripada mama,'' kata Arif sambil tersengih.

Mengada-ngada anak jantan seorang ni. Asyik
nak berkepit bawah ketiak mak je.

146

Syarifah Syahirah Bt Syed Shaharuddin
SMK Tronoh

KERANA PELITUP MUKA

6.40 pagi.
Aku sampai di perkarangan bilik kebal, menanti

penyelia kawasan untuk membuka pintu besi. Setelah
urusan selesai aku terus memandu ke pusat peperiksaan.
Tahun ini, peperiksaan dilaksanakan dalam suasana yang
berlainan. Semuanya baharu. Perasaan bimbang dan
gementar mula dirasai. Masuk pagar suhu di ambil.
Tangan perlu dicuci, pelitup muka sentiasa dipakai.

''Allahuakbar, lemasnya pakai benda ni.''
Hari ini aku memakai pelitup muka berwarna
merah jambu seiring dengan warna baju dan tudungku.
''Cikgu, cantik la mask cikgu. Kena pulak dengan
baju cikgu.'' tegur salah seorang calon sebelum masuk ke
bilik peperiksaan. ''Sempat pulak budak ni perhatikan
aku.'' ''Terima kasih. Cepat masuk. Saya nak bacakan
arahan ni.'' kata kepada calon tadi.
Alhamdulillah, sepanjang sepuluh hari bertugas
mengawas peperiksaan di pusat peperiksaan ini tiada
berlaku perkara yang di luar jangka. Cuma kesian
melihat pelajar-pelajar terpaksa menjawab dalam
keadaan yang tidak selesa kerana memakai pelitup muka
dan cuaca juga sangat panas.
Tiba hari kesepuluh, aku disapa oleh calon yang sama.
''Cikgu, habis exam nanti saya dan kawan-kawan nak
bergambar dengan cikgu. Boleh tak?'' tanya calon
tersebut.

147

''Insya-Allah, boleh.'' Ada juga yang hendak
bergambar dengan aku. Macam artis pula.
Ish…,perasan!!!

Setelah dua jam, peperiksaan tamat. Aku sibuk
menyelesaikan segala perkara hingga terlupa janji
dengan calon tersebut. Rupa-rupanya mereka sedang
menunggu aku.

''Cikgu, jom kita selfie. Tapi kan, hari ni mask
cikgu tak match dengan tudung cikgu!''

''Iya…memang tak kena warna mask saya hari ni,
sebab mask warna hijau dah habis.'' jawabku.

''Sempat jugak awak tengok warna mask yang
saya pakai ye?''

''Haah…cikgu. Sepuluh hari kami periksa,
sepuluh warna berlainan cikgu pakai.'' jawab pelajar itu.

''Ok, cepat la. Kata nak selfie tadi.'' gesaku.
Setelah itu, ''Terima kasih cikgu kerana sudi
bergambar dengan kami.'' Kata pelajar-pelajar tadi
dengan gembira. ''Doakan kami cikgu. Bye-bye cikgu.''

148

Wan Aznizan Bt Wan Abdullah
SK Sentosa

TIADA LAGI ALAT PENGUJI

Pernah suatu ketika dulu dia mengimpikan sebuah
rumahtangga bersama suami yang penyayang dan anak-
anak comel yang bijak. Akhirnya dia bersyukur kerana
lelaki yang dipilih untuk digelar suami, cukup sempurna
memenuhi apa yang diinginkan. Impian terus dicipta
bersama untuk punya cahaya mata. Genap setahun usia
perkahwinan, lahir seorang putera yang sangat comel.

Namun Allah penentu segala. Pada usia sembilan
hari, si putera kembali menemui Pencipta. Walau dalam
tangis, mereka redha. Hari dan bulan silih berganti.
Genap tujuh tahun menanti, rahim si isteri kembali terisi.
Air mata kegembiraan tumpah tanda kesyukuran. Tapi
pada usia kandungan 3 bulan, si isteri keguguran. Kisah
duka kembali bertapa. Tanpa jemu, mereka terus berdoa
dan mencuba.

Tanpa disangka, dalam tahun yang sama, khabar
gembira diterima. Si isteri mengandung lagi. Kandungan
dijaga sebaik mungkin, hingga lahir seorang lagi putera.
Allah sebaik penentu, sekali lagi anakanda dijemput
Sang Pencipta. Cuma sempat 32 hari mereka bersama.

Suami tetap bersama si isteri menjadi penguat
saat diri di rasa semakin lemah. Menemani setiap detik
sukar bersama dan cuba memberi kebahagiaan sebaik
termampu agar isteri tidak berasa kekurangan. Mereka
terus menanti lagi, untuk punya zuriat sendiri. Akhirnya,
selepas dua tahun pemergian anak kedua, Allah hadirkan

149

lagi rezeki buat mereka. Sujud tanda syukur kerana doa
dimakbulkan. Namun, sebaik mana mereka merancang,
perancangan Allah melebihi segalanya. Peristiwa yang
sama, kisah dan cerita yang sama, sekali lagi terpaksa
mereka terima. Buat kali ketiga putera mereka dijemput
menjadi penghuni syurga selepas enam hari mereka
bersama. Ujian, mungkin kerana Allah sayang. Tiba
masanya mereka akur untuk tidak lagi berharap dan
menanti kerana si isteri sudah tidak mampu mengandung
lagi. Dan kini, tiada lagi pregnant test yang menjadi alat
penguji.

150

Wan Aznizan Bt Wan Abdullah
SK Sentosa

COKLAT DAN PdPR

Terdengar keriuhan suara Alif, Hana dan Ain bermain di
depan rumah, aku menegur "Alif dah buat kerja sekolah
yang cikgu bagi Masa PdPR ni?"

"Tak buat pun. Tak ada orang nak ajarkan. Mamy
kerja balik lewat" dengan bersahaja dia menjawab. Alif
merupakan yang paling muda antara mereka bertiga,
lapan tahun.

Berbekalkan sedikit rasa simpati dalam hati, aku
bertekad meminta izin ibunya untuk membantu mereka
bertiga menyiapkan tugasan. Permintaanku ternyata
disambut baik.

"Terima kasih ya cikgu, akak memang sibuk tak
sempat nak tengokkan kerja sekolah mereka" ucapan
terima kasih dihulurkan tanda gembira.

"Sama-sama kak. Tak mengapa, saya bantu
sedikit mana yang sempat. Itupun waktu petang la,
selepas habis waktu PdPR saya". Aku membalas

Hari pertama di rumahku, mereka sangat seronok
nampaknya. Semua tugasan yang diberikan guru dapat
siapkan. Alif cuma membawa sebuah buku untuk satu
tugasan sahaja. Sebelum pulang, aku memberikan coklat
untuk mereka bertiga.

"Terima kasih acik". Ucap mereka serentak
dengan gembira.

"Sama-sama, petang esok datang lagi yer" aku
membalas.

151

Keesokannya, Alif datang bersama lima buku
teks dan beberapa buku tulis.

"Banyaknya buku Alif hari ini" aku menegur
sambil mengambil tempat duduk di tepi Ain dan Hana.

"Sebab Alif nak dapat banyak coklat bila balik
nanti". Jawabnya dengan penuh bangga.

Berderai tawa kami bertiga dengan jawapan yang
dia rasakan paling tepat itu.

152

Wan Aznizan Bt Wan Abdullah
SK Sentosa

MASIHKAH ADA PELUANG

Tangan tua yang dipenuhi urat itu kucium lembut. Terasa
sangat sebentar masa empat hari bersama. Berat hati
untuk melangkah pulang ke tempat mencari rezeki bila
memikirkan si ayah yg semakin tua, menghabiskan sisa
kehidupan di rumah itu seorang diri.

"Hati-hati bawa kereta, jangan laju-laju" pesan si
ayah kepada menantunya.

"Insya-Allah" suamiku membalas pendek.
"Sampai nanti jangan lupa telefon ayah" ayah
berkata lagi.
Dalam nada sebak aku bersuara "Kita doakan
semoga virus Covid-19 cepat pergi, cepat hilang dari
muka bumi ini. Bolehlah kami pulang jenguk ayah
dengan lebih kerap. Ayah jaga diri, jaga makan minum,
jangan terlalu banyak makan ubat jika demam tak teruk
sangat" Panjang lebar pula pesanan persis seorang ibu
berpesan kepada si anak.
"Jangan risaukan ayah. Tahu lah ayah jaga diri.
InshaaAllah ayah tak apa-apa di sini" Ayat itu membuat
aku bertambah sebak.
Pendemik Covid-19 yang menyerang dunia,
telah merubah terlalu banyak norma hidup manusia. Si
peniaga hilang sumber pendapatan, pekerja hilang
pekerjaan, tak kurang juga majikan yang terpaksa
menutup premis perniagaan. Apatah lagi, Perintah
Kawalan Pergerakan, telah menjadikan ramai si ayah

153

dan ibu tua kesepian merindukan hilai tawa anak-anak
dan cucu berkumpul pulang ke kampung halaman.

Terpandang akan si suami yang bersalaman
dengan ayah, itu tandanya sudah tiba masa untuk kami
berangkat. Berbekalkan rasa akur, aku menyusun
langkah memasuki perut kereta. Tangan melambai sepi
ke arah susuk tua itu. Jelas terpancar kesedihan di raut
wajahnya. 'Ya Allah, Kau jagakan dia untuk ku,
sejahterakan dia Ya Allah'. Doa di panjatkan di dalam
hati.

Semakin lama, susuk badannya semakin sayup
dari pandangan cermin sisi kereta, semakin kecil dari
penglihatan mata. 'Semoga masih ada ruang dan peluang
untuk aku pulang menjenguknya, sebelum dia tiada.'

154

Zahratulnani Binti Zainan
SK Pengkalan Baharu

KELAS PdPR CIKGU AMILI

5 minit
15 minit
30 minit
60 minit

Cikgu Amili sabar menanti di hadapan komputer
ribanya. Sudah sejam lamanya dia menunggu. Namun
belum nampak lagi kelibat murid-muridnya di
gelanggang google meet.

Pagi semalam dia telah meninggalkan pesanan di
Whatsapp kelas 6 Jauhari. Malam tadi juga dia telah
mengingatkan semula akan temujanji bersama-sama
murid 6 Jauhari untuk subjek Bahasa Inggeris.
Namun hari ini hatinya hampa teramat. Tiada seorang
pun daripada 25 orang murid 6 Jauhari yang muncul di
skrin komputernya.

'Mereka ni lupa ke kelas pukul 9?' detik hatinya.
'Atau semalam budak-budak ni main game
sampai terlewat bangun. Sejam aku tunggu, sorang pun
tak muncul,' bisik hati kecilnya lagi.
Selepas sejam setengah menunggu, Cikgu Amili
menutup komputer ribanya. Ring light dan mikrofonnya
disimpan semula. Perasaannya bercampur baur. Sedih
dan tertanya- tanya. Hampa. Nak marah pun ada.
Tidak dinafikan dia sedikit berkecil hati dengan
sikap anak-anak muridnya. Dia mula bersangka yang
tidak-tidak.

155

Tepat pukul 6 petang, satu pesanan masuk di
telefon bimbitnya.
Cikgu, minta maaf. Saya bekerja. Jadi anak saya tak
dapat join kelas cikgu tadi. Harap cikgu dapat maafkan
anak saya.

Satu lagi pesanan masuk.
Cikgu, sorry ya. Bukan tak nak join class cikgu
pagi tadi. Tapi ibu saya tak ada kredit nak topup telefon.
Ini pun ayah baru beli topup. Minta maaf ya cikgu.
Pesanan yang lain pula diterima. Bertalu- talu
pesanan diterima. Cikgu Amili melirik jam di dinding.
Menunjukkan pukul 6 petang.
'Mungkin ibu bapa budak- budak ni baru sampai
rumah,' getusnya sendirian.
Cikgu, minta maaf ya. Kakak saya pakai telefon
masa kelas cikgu tadi. Sebab tu saya tak masuk kelas
online cikgu tadi. Cikgu jangan marah ya.
Satu-persatu pesanan dibacanya.
Akhirnya Cikgu Amili terpana. Dia meraup
wajahnya penuh penyesalan. Betapa tadi dia
berprasangka yang tidak baik terhadap anak- anak 6
Jauhari. Dia perlu menukar strategi PdPRnya.
Nampaknya, pembelajaran secara maya tidak
bersesuaian dengan anak- anak muridnya ini. Mungkin
penggunaan bahan latihan yang diedarkan lebih sesuai.
Dia kembali membuka komputer ribanya.
'Maafkan cikgu, anak-anak,' bisiknya sedikit sebak.

156

Zahratulnani Binti Zainan
SK Pengkalan Baharu

AISYAH MEDINA

''Aisyah Medina,' detik Cikgu Juliana.
'Eh, mana Aisyah?' getus Cikgu Juliana semula.
'Ke mana pulak perginya Aisyah ni?' Puas

dijengah- jengah sekitar kelas, langsung tidak nampak
kelibat Aisyah.

Aisyah Medina, murid Tahun 1 Mutiara yang
berbadan agak kecil berbanding yang lain. Walaupun
kecil, keletahnya kadang kala memenatkan dia dan
rakan- rakan guru. Pernah sekali puas guru-guru mencari
Aisyah. Rupa-rupanya dia tertidur di atas sofa di dalam
bilik guru.

Ye lah, sesi petang kan cuacanya agak panas.
Bilik Guru pula lengkap dengan penyaman udara. Ada
ketika yang lain pula, Aisyah hilang seketika.

Rupa-rupanya dia berada di kelas lain. Pening
juga dibuat dek Aisyah ni. Akan tetapi, guru-guru tetap
bersabar melayan karenah anak murid yang seorang ini
kerana sudah menjadi tanggungjawab guru-guru
memastikan keselamatan dan keselesaan setiap anak
murid di sekolah.

Cikgu Juliana berfikir sejenak. Sebentar tadi ada
Aisyah meminta izin untuk ke tandas. Tetapi, serasa
Cikgu Juliana, sudah agak lama Aisyah keluar.

Cikgu Juliana lantas ke pintu kelas. Dia
memerhatikan suasana luar. Terjengah-jengah kepalanya
cuba mencari kelibat Aisyah.

''Allahuakbar!!!'' jerit Cikgu Juliana perlahan.

157

Laju kaki Cikgu Juliana melangkah ke arah
Aisyah yang sedang asyik menyiram pokok-pokok
bunga di luar kawasan tandas tanpa rasa bersalah.

158

Zahratulnani Binti Zainan
SK Pengkalan Baharu

KISAH SERAM BILIK GURU

Bila diberitakan tiba giliran dia, Anisah dan Aina untuk
datang ke sekolah esok, Aileen rasa betul- betul teruja.
Ye lah, sudah hampir 100 hari dia duduk di rumah, tak
ke mana- mana. Cuma menjalankan sesi pembelajaran
dari rumah sahaja.

'Eh, diorang berdua ni senyap je. Aku mesej pun
takde balas apa. Ehmmm nak buat surprise la tu. Takpe
lah. Esok kan dah nak jumpa kawan- kawan aku ni,' ujar
Aileen sendirian.

Keesokan paginya, dengan semangat berkobar-
kobar, Aileen bersiap-siap. Tak sabar dia hendak sampai
ke sekolah.

Aileen menolak pintu bilik guru perlahan-lahan.
Lega sebab semuanya telah dibersihkan beberapa hari
yang lalu oleh pekerja sekolah. Laju kakinya melangkah
menuju ke mejanya.

'Eh, Aina… Anisah… lama dah sampai?
Ingatkan aku yang sampai paling awal. Korang sihat tak
ni?' tanya Aileen teruja.

Anisah dan Aina berpandangan sesama sendiri.
Aileen perasan perubahan ketara pada riak wajah
sahabat-sahabatnya.

''Eh, kenapa 2 orang ni tak nak bercakap dengan
aku? Aku ada salah cakap ke? Baru 3 hari lepas elok
sahaja bergelak ketawa dalam Whatsapp,' detik Aileen.

159

Dengan perasaan kecewa, Aileen melangkah ke
meja nya. 'Apa salah aku? Kenapa diorang ni tak nak
layan aku?' ujarnya sedih.

Sekilas Aileen menoleh ke arah Aina yang
sedang berbual-bual dengan gembira bersama Anisah.
Kemudian, berkali-kali dia memandang akan dua orang
sahabatnya itu. Aileen cuba bertenang. Tetapi hatinya
bagai dihiris sembilu. Dia berpura-pura membaca buku.
Menyelak helaian demi helaian. Semakin lama semakin
laju helaian buku diselaknya. Nafasnya laju. Matanya
terpaku.

''Aileen!!!'' Tiba-tiba dia terdengar suara Anisah
menjerit.

''Kami sayang kan kau Aileen, Cuma sedihnya
dunia kita dah lain sekarang ni. Tapi percayalah, kami
tetap sayang kau, Leen!!!'' kata Anisah.

Aileen berhenti menyelak buku. Dia bingkas
bangun. Merapati Anisah dan Aina.

''Aileen... kau pergi balik tempat kau ya. Tempat
kau bukan lagi di sini. Kami sayang kau. Kami tak nak
kau macam ni. Ya, memang kita pernah berjanji untuk
susah senang sama-sama, tapi bukan macam ni Leen,''
sayu suara Aina.

Aileen bingung. Badannya rasa melayang-layang.
Satu-satu gambaran menerjah ke ruang fikirannya.
Aileen nampak ibunya.

''Maaf, Puan. Anak Puan tak dapat diselamatkan.
Dia meninggal dunia serta merta di tempat kemalangan,''
jelas seorang lelaki berpangkat doktor di kawasan
kemalangan tersebut.

Aileen ternampak sekujur tubuh kaku di jalan
raya. Darah merah terpercik merata-rata. Dan dia
nampak diri dia sendiri yang terbaring kaku.

160

Fahamlah dia kini. Dia bukan lagi penghuni
dunia. Betul lah kata Aina tadi.
Dunia mereka sudah berbeza. Dengan perlahan Aileen
melayang keluar dari bilik guru tersebut.

161

Nur Atiqah Binti Mahmood
SK Gopeng Jalan Ilmu

KAMERA OH KAMERA

Sedang sibuk si ayah menguruskan urusan check in
hotel, anak-anak dan isteri asyik melihat susun atur.
Cantik...tenang...

''Kakak, jom kita bergambar,'' ajak si ibu dengan
penuh pengharapan.

Kakak dan adik-adik tidak mengendahkan ajakan
ibunya itu, mereka terus melakukan pelbagai aksi teruja.
Ada yg melompat di atas sofa.Ada yg lari ke sana ke
sini. Ada yg membelek-belek lukisan yang tergantung.

Tiba-tiba, si ibu tersenyum sendirian... Terasa
seperti ingin mengusik anak-anaknya.... Geram...
dipanggil bergambar, tidak diendah.

Lalu, si ibu mengambil kameranya dan
mengarahkan ke arah lagak anak-anaknya seakan ingin
merakamkan gambar.

Si Kakak perasan perilaku ibunya itu dan terus
membuat possing dan menjerit jerit memanggil adik-
adiknya..

''Harraz… Adib... Cepat...cepat... Tengok
kamera,'' jerit si kakak memanggil adik-adiknya..

Ibunya gelak kecil.. Si ibu pula, menunjukkan
reaksi bersahaja. Adik-adiknya mula membuat aksi
masing-masing .

Si kakak, terus melentok-lentok persis model... Si
Harraz pula, sengeh menunjukkan giginya... matanya
menjadi sepet… kepalanya didongakkan ke atas...
tangannya menunjukkan peace.

162

Si Adib, gaya nakalnya... melompat-lompat di
atas sofa. Seronok... terpelantun.... Seakan akan terbang
bebas.

Ibunya masih melayan. Seolah-olah seperti
jurukamera professional.

''Ibu, kakak nak tengok gambar tadi,'' pinta si
kakak.

''Boleh, tunggu sekejap,'' Si ibu jawab dengan
senyuman.

''Nah, kakak tengok la. Banyak tu,'' kata si ibu
sambil menghulurkan kameranya.

Si Kakak mengambil kamera dengan penuh
keterujaan. Senyum.

Tiba2.. suara kecil kedengaran.
''Ibu, tak ada pun gambar kakak, Haraz, Adib...
Kakak tengok, ni gambar sofa, lantai,dinding je,'' rengek
Si Kakak.
Muka Si Kakak seolah-olah ingin menangis.
''Eh, tadi ibu ajak bergambar semua orang tak
nak, ibu rakamlah gambar barang-barang yang ada kat
sini, dijadikan kenangan,'' jawab si ibu dengan selamba.
'' Penat je kami possing tadi, tak nak kawan
mama,'' Si Kakak bersuara dengan nada merajuk.
Si ibu senyum... seronok dapat mengusik anak-
anaknya.
Alhamdulillah, masih diberikan kesempatan
untuk bergurau senda bersama anak-anak walaupun saat
ini hidup dicemburui oleh pandemik Covid-19
Rezeki tidak pernah salah alamat
Syukur kepadaMu Ya Allah…

163

mirafiz
Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Selatan

IBU DAN AKU

Assalamualaikum… assalamualaikum…
tuan rumah ada ke… pingggggggggg… bunyi hon
Panjang…
special macam cerita P. Ramlee…
Ishhh siapa pulak datang ni…
baru nak melelapkan mata kat tepi pintu…
creeeekkkk…pintu di hadapan dibuka…

Adik… Ni surat berdaftar… sain kat sini…
oooo surat… abang posman rupanya mengetuk pintu
tadi…
dalam hati membentak… orang baru jer nak mimpi ada
jer gangguan…
terima kasih bang…

Adik… resit tu… bagi balik kat abang…
bebudak sekarang mana ada merasa dapat surat
berdaftar…
oppss maaf bang… mamai sikit …
dengan senyuman posman tadi terus membelok handel
depan dan terus berlalu…

letak tepi dulu nanti aku baca surat tu…
sape yang datang tu haji… Kedengaran suara sayup-
sayup memanggil…
Tadi posman mak … surat…

164

Surat apak kamu ke haji… bertanya ibuku untuk
kepastian…
bukan … Tak tengok nama tadi… emmm saja jer …

Kamu dah bangun elok la tu … ha terus ke dapur …
mak dah siap nasi tu…
apak kamu balik lewat kot…
kata nak pergi odit syarikat tu… Makan dulu…
mak lepas ni nak cari pisang dan daun nak buat lepat…

Tanpa sebarang masalah terus sahaja aku duduk
menghadap hidangan…
Pertama buka dulu tudung saji… wah….. nasi lauk ikan
kembung panggang, ada asam belimbing dalam sambal
belacan, ikan masin pun ada…
Wow lumayan makanan tengahari ni…
Ahhhhh tunggu apa lagi sapu jer… Bisik hatiku…
Lapar betul rasa hari ini…
Seharian bersama ibu ke kebun … menoreh getah…

Tetiba ada suara bertanya sesuatu…
rupanya suara ibu aku di dapur…
dapur rumah ku begitu istimewa…
dapur kayu… penuh dengan abu kayu di atas dapur tu…
Bau asap dapur kayu membawa selera…

Surat apa tu haji… gelaran ibu kepada aku hanya haji…
hahahaha…
Tahukan kalau ada gelaran tu…
Tahun 1989/90 bersama ibu dan apak dan nyah…
Kakak nombor 2 (semua sudah menemui Pencipta – Al-
Fatihah)

165

mengerjakan haji ke Mekah… umur muda lagi… baru
sahaja habis tingkatan enam….
Aku diam sedang menikmati makanan mewah ni…
Tak buka lagi mak… sat lagi la … nak makan jap…
ishhh malas aku nak buka surat tu….
Tiba-tiba sahaja suasana jadi hingar-bingar…
Mak…mak…mak… syukur … syukur mak… syukur
mak…
Pantas aku berlari… aku ke dapur tempat ibu sedang
mengemas tempat makan tadi…
ehhhh elok-elok sikit berjalan tu nanti terjatuh atas
pinggan tu tak dapat habis semua terbalik…
apa ani macam orang kena keja hantu jer… tetiba ibuku
bersuara…

Mak dapat USM mak… USM mak… USM?
Apa tu... Universiti mak… Universiti kat Pulau Pinang
tu…
Terus aku memberi surat kepada ibuku membaca…
Allahu… ibuku menitiskan air mata… tak berkata-kata
Alhamdulilah mak… Alhamdulilah mak….

***

Pokok yang tepi sana sudah selesai ke haji? Ibuku
bertanya kepada ku….
Ahhhhh… belum lagi mak… ada 4 baris lagi… nanti
Dan buat kat situlah…
Belah sana dekat bukit tu belum lagi mak…
Emmmm baru jam 9.00 pagi … Detik hati aku… awal
pulak hari ini…
susu getah cantik mengalir dalam bekas … torehan satu
daun je…

166

Sayang pokok kalau ditoreh banyak daun…

Kamu sudah makan ke roti yang mak letak tepi pokok
tu…
Jerit ibuku yang berada disebalik pokok getah tua milik
keluarga sebelah apak ku…

Emmmm… Sat lagi mak… Banyak lagi pokok nak
abis… tak sempat lagi….
Mak…mak… mak… Tetiba suara cemas memecah
kesunyian kebun getah…
ada binatang… ada binatang kat lembah sana… mak…
mak… Sunyi… mak… mak… jerit aku dengan suara
lagi kuat…
ada binatang berlari atas bukit tu makkkk!!!
Dengan termengah-mengah aku cari mana pulak ibuku…
mak… mak… mak!!!

Haaah…… kamu panggil aku? Tanya ibuku …
sementelah aku mendaki bukit dari lembah …
Ada binatang besar tepi tu… Mak… Banyak…

Selamba sahaja ibuku menjawab…
Tu biasa binatang yang suka cari cacing tu... yang suka
sondol-sondol tu…
Warna kelabu dan hitam kan… emmmmm babi hutan
tu…
Alamak… Langsung tiada rasa terkejut diriak wajah
ibuku… steady jer…
Ishhhh … Mak tak takut kalau binatang tu hambat kita…
Ala… Besar dari tu pun mak dah hadap…
Terkedu lidah aku… alamak… besar mana lagi… yang
tadipun dah besar…

167

Haaah … kamu takut ye nak seberang bukit sana tu
yeee…
Ehhhhh… Taklah mak… Tapi tak sedap juga sebab
binatang tu macam ada lagi di situ…
Makan dulu… sarapan mak bawak tu… kamu dah lapar
tu…

Sambil menikmati sarapan dengan ibu, aku terus
memerhati sekeliling…
wah aman betul duduk bawah pokok getah … menikmati
kopi mak bancuh dan roti yang mak siapkan ikan
sardine…
Memang lumayan… macam duduk kat hotel … sunyi …
sesekali bunyi lotong, monyet ekor merah, burung dan
deruan air Sungai Perlus didengari sampai ke telinga
ku…

Suasana yang amat jarang aku nikmati sebelum ini…
Sebelum ini aku hanya berseorangan menoreh di sini…
kebun aruah Opah dan Oki… (panggil sebelah bapa ku)

tah mengapa seminggu lepas, ibuku nak ikut bersama
menoreh getah…
hahahahaha ketawa kecil dalam hati kerana best ada mak
teman bersama di kebun…
sebelum ni berseorangan sahaja…

emmmmm takut… Hahahaha mestilah …
Dengar ranting patah pun pernah aku berlari sampai ke
bawah …
Kebun getah dah berusia… Lebih 20 tahun tiada siapa
yang mengusahakan…

168

aku lah anak dari tujuk beradik yang menoreh di kebun
tu….
Nak cari duit poket… mana tak lumayan … tiga hari
menoreh… pungut getah sekerap... Jual dapat RM 80…
RM 120… masa tu …. Getah mahal…
Siap selepas balik menoreh… ikut rakan-rakan
sekampung melihat orang buat getah keping…
Merasalah memijak getah yang belum kering… itulah
zaman tu …
mana ada telefon bimbit… internet dan sebagainya…

secara tiba-tiba… ibuku bersuara…

kamu dah habis pikirke nak ke Pulau Pinang tu haji...
Haah mak…Mengapa mak?
Emmm banyak belanja tu nanti… mana nak dapat duit
nak tanggung kamu…
Gaji apak kamu pun dah kecik… abang dan kakak kamu
baru jer yang kahwin banyak tanggungan… abang kamu
Nuar dan Kak Yuih (Ros) kat maktab… adik kamu di
Kuala Lumpur apak kamu tanggung….

Terdiam sejenak… macam mana nak jawab…
ibuku seorang pemerhati yang cukup teliti… setiap ayat
dan jawapan kalau silap …
alamatnya berpanjanganlah soal jawab…

Emmmm… Ada pinjaman rasanya mak… boleh minta…
tapi kena bayar sebab bukan biasiswa…
Ibuku tak membalas … Cuma dia berkata…
emmm mak ada gelang kalau boleh gadai… kamu bawak
sahaja la….
Allah… sampai ke situ ibuku berfikir…
Emmmm… takpa mak… belum masuk lagi…

169

nanti Dan carilah sumber-sumber yang boleh beri
pinjaman….

Ibuku diam sambil menikmati hidangan sarapan…
aku bukan apa haji… kamu tu yang awal masuk
unibersiti (ikut cara ibuku bertutur)…
sebelum ni belanja tak banyak… dan tak lama setahun
dua dah habis…
empat tahun lama tu…

Nak jawab macam mana ye…
masa tu mana ada internet dan hand phone boleh bawak
dalam kebun getah…
Emmm takpa mak… nanti Dan tanya kawan-kawan yang
sudah masuk universiti…
awal ni nak sedia berapa?

Moh kita balik haji… sikit lagi apak kamu nak sampai
kat rumah…
tiada siapa di rumah…
Suara ibuku memberi arahan…
Pisau toreh satu lagi kat mana mak? Tanya aku kepada
ibu yang sedang memungut pokok paku sekeliling tanah
nak dibuat ulam…
ada tepi pokok kita duduk tu….
Warna hitam mana nak Nampak… ibuku bersuara…
haaaaa ada….ada mak….

170

Azmi Bin Mat Saat
Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Selatan

TERIMA KASIH

'Meningkatkan penyertaan warga pendidikan dalam
penulisan.' Aku bermonolog pada suatu pagi setelah
meneliti Kluster 4 Perancangan Strategik PPD Kinta
Selatan.

''Assalamulaikum… Zizan, ada di bilik?'' aku
bertanya melalui telefon.

''Waalaikumussalam… ada En. Mie.'' Jawab En.
Azizan, Penolong PPD Perancangan. Pegawai yang
menguruskan Perancangan Strategik dan menjadi
rujukan di PPD.

''Boleh saya datang?'' tanya aku lagi. ''Boleh.''
Jawabnya ringkas

''Zan… kita bincang sikit berkaitan penulisan
kreatif. '' Aku memulakan bicara apabila masuk ke bilik
beliau.

''Saya pun… dok tengok jugak ni, kita tak ada
pengalaman dalam bidang ni. '' ''En. Mie ada ke kawan-
kawan yang boleh bantu kita?'' Soalnya padaku.

Terlintas di fikiran Cikgu Zabidi bin Mohd
Nordin, rakan yang sama mengajar di Ipoh suatu ketika
dahulu. Sekarang beliau adalah Penolong Kanan di
SMKA Syubbaniah, Batu Kurau.

''Ada… Zan, saya cuba contact mana tahu kot dia
boleh tolong. '' Jawabku.

Tokk…tokk…tokk… Azizan mengetuk dinding
bilik beliau. ''En. Din, mai sat,'' katanya dalam loghat
utara.

171

''Ya…ya,'' terdengar suara dari bilik sebelah. En

Shahabudin, seorang lagi Penolong PPD Perancangan.
''Ya… En. Mie ada apa? '' tanya beliau. ''Saya

tengah kumpul maklumat Covid-19.'' Tambahnya lagi

setelah masuk ke bilik En. Azizan.

Kami pun berbincang untuk melaksanakan

bengkel penulisan kreatif dan seterusnya akan

menerbitkan antologi hasil penulisan guru-guru yang

menyertai bengkel tersebut.
''Luar bidang ni…nak komen tak berani…dapat

ilmu baru. '' Kata En. Shahabudin.

''Harap-harap jadilah kali ni, kita buat juga

dengan apa carapun dalam situasi pandemik Covid-19,

saya akan maklumkan kepada Tuan PPD berkaitan
perbincangan kita ini. Oh ya … minta tolong Pn. Jamilah

carikan tempat yang sesuai untuk kita berbengkel.''

Kataku mengakhiri pertemuan itu.

Pada 12 April 2021, di lobi Hotel Grand Kampar
aku disapa oleh Cikgu Zabidi, ''Assalamulaikum…

Cikgu Mie. Saya kenalkan En. Nik Mohd Iznan Bin

Tuan Yaakub, pensyarah Jabatan Kejuruteraan Awam

Politeknik Ungku Omar yang juga merupakan ahli

Karyawan Perak. Beliau akan bersama saya pada pagi ini

untuk mengendalikan bengkel penulisan hari ini.''

Jelasnya memperkenalkan rakan beliau.

''Waalaikumussalam, terima kasih En. Nik kerana sudi

hadir pada pagi ini,'' jawabku dan memandang kepada

En. Nik Mohd Iznan.

''En. Mie, semua peserta seramai 30 orang telah

mendaftar, '' maklum Pn. Juliza selaku urusetia bengkel.

''Selepas sarapan pagi, bolehlah kita mulakan. Nanti

pukul 10 pagi, Dr. Mior Hamdan akan ambil satu slot.''

Balasku.

172

Peserta bengkel memberi sepenuh perhatian
kepada penyampaian Tuan Pegawai Pendidikan Daerah.
Tajuk yang beliau sampaikan adalah VUCA dalam
mendepani pandemik Covid-19. Penyampaian beliau
diselang-seli dengan soal-jawab bersama guru-guru. Satu
ungkapan yang beliau sebut semasa slot tersebut adalah
Rezeki Tak Salah Alamat, ungkapan itu menjadi
cetusan dan diambil sebagai tajuk bagi antologi ini.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam
menjayakan bengkel penulisan kreatif dan seterusnya
menghasilkan antologi Rezeki Tak Salah Alamat.
Tahniah kepada semua guru yang menyumbang hasil
penulisan kepada terbitan kali pertama ini. Di sini kita
dapat berkongsi maklumat dan pengalaman semasa
mendepani situasi sekarang. Semoga kita dapat
berkongsi cerita lagi pada tahun akan datang. Permintaan
saya kepada guru-guru yang terlibat dalam penghasilan
antologi ini jangan left group Telegram “GROUP
PENULISAN KREATIF PPDKiS”. Tahun ini kita ada
ahli seramai 32 orang, insya-Allah tahun depan kita
tambah ahli lagi.

Tidak ketinggalan kepada The Crafting Music
Academy, Taiping, Perak, melalui En Loh Chee Kee
kerana memberi sedikit sumbangan untuk menampung
kos mencetak antologi ini.

Terima kasih semua… jasa anda tak terbalas…

173

174




Click to View FlipBook Version